You are on page 1of 31

030928-14-0316

ABSTRAK

KAEDAH PEMBAYARAN TANPA TUNAI DALAM KALANGAN GURU DI SMK


HULU KELANG : SATU KAJIAN KES

Kaedah pembayaran tanpa tunai semakin hangat digunakan dalam kalangan guru
kerana ianya begitu mudah untuk membayar secara atas talian. Kemudahan ini sesuai untuk
golongan yang tidak mahu membawa wang yang banyak. Kajian ini telah dijalankan di SMK
Hulu Kelang, Gombak, Selangor. Objektif yang pertama adalah untuk mengenal pasti jenis
kaedah pembayaran tanpa tunai dalam kalangan guru dan seterusnya untuk mengkaji faktor-
faktor yang mempengaruhi guru-guru memilih kaedah pembayaran tanpa tunai. Kaedah
seperti soal selidik dan temu bual telah digunakan bagi mendapatkan maklumat tentang jenis
dan faktor-faktor pemilihan kaedah pembayaran tanpa tunai. Jumlah responden adalah
seramai 30 orang . Data dianalisis dengan menggunakan kaedah peratusan dan
dipersembahkan dalam bentuk carta dan graf. Kaedah pemarkahan likert 4 mata digunakan
bagi menganalisis hasil kajian. Hasil objektif pertama mendapati bahawa majoriti guru
memilih FPX sebagai kaedah pembayaran tanpa tunai yang sering digunakan manakala
objektif kedua pula mendapati bahawa mereka bersetuju menggunakan kaedah di atas kerana
menjimatkan masa.

1
030928-14-0316

ISI KANDUNGAN

BIL BUTIRAN HALAMAN


1. Abstrak Kajian 1
2. Isi Kandungan 2
3. Penghargaan 3
4. 1.0 Pengenalan 4-5
5. 2.0 Objektif Kajian 6
6. 3.0 Lokasi Kajian 7-10
7. 4.0 Metadologi Kajian 11-12
8. 5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan 13-27
9. Rumusan dan Kesimpulan
10. Bibliografi/Rujukan
11. Lampiran

2
030928-14-0316

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah,


segala puji bagi Allah SWT, penguasa langit dan bumi,, dengan limpah izin dan kurnianya,
saya telah dapat menyelesaikan kerja kursus Pengajian Am 900/4 dengan jayanya.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan
kepada pihak sekolah yang telah memberikan kerjasama yang jitu dalam membantu saya
untuk meyiapkan kerja kursus ini dan terutamanya kepada guru mata pelajaran Pengajian Am
saya, iaitu Puan Nur Hafizah binti Ibrahim yang telah mengajar saya subjek ini sejak saya
berada di Semester 1 lagi. Puan Nur Hafizah banyak mengajar saya tentang cara – cara untuk
menyempurnakan kerja kursus ini dan pelbagai tunjuk ajar bermula dari tugasan ini diedarkan
sehinggalah proses menyiapkan kerja kursus ini selesai.

Tidak lupa juga, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya, iaitu
Manhairi bin Othman dan Wan Noraziah binti Wan Rosli kerana telah banyak memberikan
sokongan dan galakan yang kuat ketika sedang berada dalam proses menyiapkan kerja
kursus ini. Jika tiada sokongan dan galakan yang kuat daripada mereka, saya mungkin tidak
dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Begitu juga dengan adik beradik saya
yang banyak memberikan bantuan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
kawan-kawan Tingkatan 6 saya yang banyak membantu dalam menyelesaikan kerja kursus
ini.

Akhir sekali, saya berharap agar segala tugasan saya mendapat markah yang terbaik
dalam peperiksaan Semester 2 dan di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya.

3
030928-14-0316

1.0 PENGENALAN

Pembayaran tanpa tunai atau “cashless” bukan lagi perkara yang baharu dalam
masyarakat kita. Malah, pembayaran tanpa tunai sudah pun menjadi amalan masyarakat di
negara maju dan apabila Malaysia bergerak ke arah itu, rakyat dan peniaga juga perlu
mempertimbang kaedah pembayaran tanpa tunai. Trend pembayaran tanpa tunai atau e-
dompet semakin digemari rakyat. Malah golongan peniaga mula mengambil pelbagai langkah
dalam meningkatkan platform e-pembayaran termasuk peniaga gerai makanan.

Kaedah pembayaran tanpa tunai mendapat sambutan yang hangat apabila wujudnya
kluster penyakit Covid-19. Krisis pandemik Covid-19 mewujudkan satu fenomena global
dalam masyarakat dunia hari ini. Isu kesihatan global ini memberi kebimbangan dalam diri
masyarakat awam dalam melaksanakan urusan pembelian barangan dan perkhidmatan
menggunakan wang tunai. Hal ini disebabkan wang tunai merupakan agen paling mudah bagi
penyebaran virus Covid-19 melalui sentuhan. Amalan pembelian tanpa tunai dalam
masyarakat awam di Malaysia merupakan salah satu inisiatif yang selamat semasa tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mendapatkan barangan dan perkhidmatan.
Perubahan amalan pembelian ini membawa penciptaan norma baharu dalam memastikan
penularan pandemik ini dapat dikekang di peringkat awal. Pandemik COVID-19
meningkatkan penggunaan pembayaran digital dalam kalangan rakyat Malaysia, sekali gus
mengukuhkan peralihan ke arah masyarakat tanpa tunai menjelang 2025.

Seiring dengan kemajuan teknologi, transformasi kaedah pembayaran konvensional


kepada digital terus berkembang di seluruh dunia. Aliran tunai secara fizikal beransur
berkurangan. Semua pembayaran dan penerimaan tunai berlaku di dunia maya. Senario ini
bukan sahaja berlaku di Malaysia atau negara-negara Asia malah di seluruh dunia. Bak kata
pepatah, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Walaupun begitu, setakat ini belum ada
negara yang 100% masyarakatnya hidup tanpa tunai (cashless society). Kebanyakan negara di
seluruh dunia kini masing-masing sedang berusaha ke arah menjadikan negaranya tanpa tunai
secara sepenuhnya.

Kaedah pembayaran tanpa tunai ini telah diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada
Ogos 2020 disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) dikuatkuasakan. Kaedah
ini dilaksanakan bagi memerangi pandemik Covid-19. Menurut Pengurus Negara Visa
Malaysia, Ng Kong Boon, krisis kesihatan dan pergerakan yang dihadkan menyebabkan

4
030928-14-0316

pembayaran tanpa tunai meningkat hanya dalam beberapa bulan, bersamaan tiga tahun nilai
pertumbuhan. Peralihan kepada transaksi tanpa tunai ternyata disokong oleh kadar
penembusan telefon pintar yang tinggi di negara ini.

Rasional kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti sejauh manakah
penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai dalam kalangan guru di SMK Hulu Kelang dan
mengenal pasti jenis kaedah pembayaran tanpa tunai yang digunakan. Hal ini perlu dikaji
kerana kaedah pembayaran tanpa tunai terutamanya di kawasan kajian mencatatkan
peningkatan dari semasa ke semasa. Tambahan pula, ketika kerajaan menguatkuasakan
Perintah Kawalan Pergerakan yang disebabkan oleh wabak Covid-19, aktiviti pembelian
menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai semakin pesat.

Seterusnya, pengkaji juga ingin mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi guru-


guru di SMK Hulu Kelang memilih kaedah pembayaran tanpa tunai. Hal ini kerana terdapat
perbezaan pandangan dalam kalangan guru yang menyebabkan mereka melakukan aktiviti
pembayaran secara tanpa tunai berbanding pembayaran secara tunai. Oleh hal yang demikian,
bersesuaian dengan sasaran dan lokasi yang dikaji, para guru mampu memberikan respon
yang positif terhadap kaedah pembayaran tanpa tunai untuk melakukan sesuatu transaksi.

5
030928-14-0316

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Beberapa objektif kajian yang dapat dikenalpasti dalam kajian ini iaitu :

2.1 Mengenal pasti jenis-jenis medium pembayaran tanpa tunai dalam kalangan

guru di SMK Hulu Kelang

2.2 Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi guru-guru di SMK Hulu Kelang

memilih kaedah pembayaran tanpa tunai

6
030928-14-0316

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 Peta Kajian

Dalam membuat kajian, aspek kawasan kajian kawasan


merupakan elemen yang paling penting dalam membuat sesuatu kajian. Kawasan kajian
yang ditumpukan ini ialah SMK Hulu Kelang.

3.1.1. SMK Hulu Kelang

Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang. SMK Hulu
Kelang merupakan salah satu sekolah di daerah Gombak, Selangor. SMK Hulu Kelang
beralamat di KM 7, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. Lokasi kajian
ini terletak di sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Lokasi ini terletak dalam
radius lima perpuluhan empat kilometer dari ibu kota Kuala Lumpur. Tambahan pula,
pengkaji merupakan pelajar Tingkatan 6 Semester 2 di lokasi kajian. Oleh hal yang demikian,
lokasi ini memudahkan pengkaji untuk menjalankan kajian disebabkan oleh kawasannya
yang strategik serta berdekatan dengan kediaman pengkaji iaitu mengambil masa 14 minit
untuk sampai ke lokasi tersebut dan berdekatan dengan beberapa tempat yang terkenal.

Peta 1 : SMK Hulu Kelang


Sumber :
https://www.google.com/maps/place/SMK+Hulu+Kelang/@3.1634886,101.7473917,15z/dat
a=!4m5!3m4!1s0x0:0x7b31465a5ec2458c!8m2!3d3.1634886!4d101.7473917

7
030928-14-0316

3.1.2 Negeri Selangor

Negeri Selangor yang juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan. Negeri Selangor
merupakan salah sebuah negeri daripada tiga belas buah negeri yang terdapat di Malaysia.
Negeri Selangor berada di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Putrajaya dikelilingi oleh negeri Selangor kerana pernah berada di bawah
naungan kerajaan Selangor pada satu ketika dahulu. Shah Alam merupakan bandaraya
pertama yang terancang dan tersusun di Malaysia. Daerah – daerah di bawah negeri Selangor
adalah seperti Negeri Selangor mempunyai keluasan sebanyak 8,104 km persegi. Terdapat
beberapa daerah lain di dalam negeri Selangor seperti Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam,
Sepang dan sebagainya. Negeri yang terkaya di Malaysia berdasarkan Keluaran Dalam
Negara Kasar adalah negeri Selangor.

Peta 2 : Negeri Selangor


Sumber :
https://www.mywilayah.com/2020/10/sempadan-daerah-negeri-selangor-pkpb.html

8
030928-14-0316

3.1.3. Daerah Gombak

Di dalam negeri Selangor, terdapat sebuah daerah yang dikenali sebagai daerah
Gombak. Daerah termuda yang terbentuk dalam negeri Selangor merupakan daerah Gombak.
Dahulunya, daerah Gombak ini merupakan daerah Kuala Lumpur yang telah terpisah. Daerah
ini terpisah disebabkan oleh, untuk membentuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
sebahagian daripada daerah tersebut diberikan kepada Kerajaan Persekutuan. Daerah
Gombak merangkumi keluasan sebanyak 65,008 hektar. Keluasan ini ialah yang ketiga
terkecil berbanding dengan daerah-daerah lain di negeri Selangor. Bandar Selayang dan
Bandaraya Ampang Jaya merupakan dua buah bandar di daerah Gombak. Di bahagian barat
daerah Gombak, Bandar Selayang berpusat di bahagian tersebut manakala Bandaraya
Ampang Jaya berada di bahagian timur daerah Gombak. Mukim Ampang terletak di bawah
daerah Hulu Langat.

Peta 3 : Daerah Gombak


Sumber :
https://www.selangor.gov.my/gombak.php/pages/view/18?mid=61

9
030928-14-0316

3.2 Foto Kajian

Foto 1 : Pengkaji berada di hadapan pintu masuk utama


kawasan SMK Hulu Kelang

Sumber : Kajian Lapangan 2022

10
030928-14-0316

4.0 METADOLOGI KAJIAN

4.1. Pendahuluan

Metadologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan
penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalahan kajian. Bagi
melaksanakan kajian dengan efektif, metadologi yang dirangka adalah melibatkan
pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk, kaedah pengumpulan data, penentuan
populasi dan pemilihan sampel, ujian rintis dan kaedah analisis data bagi menjawab
persoalan-persoalan kajian yang dikemukakan dengan lebih awal.

4.2. Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Tinjauan merupakan satu rangka rujuk mengenai
perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan analisis data. Kajian
ini adalah untuk mengenal pasti jenis medium pembayaran tanpa tunai dalam kalangan guru
di SMK Hulu Kelang dan bagi mengkaji faktor-faktor pemilihan pembayaran tanpa tunai
dalam kalangan guru di SMK Hulu Kelang

4.3. Instrumen Kajian

Instrumen ialah proses menyediakan alat mengukur data menerusi konsep yang berkaitan
dengan sikap, persepsi, pandangan serta keterangan latar belakang responden. Dalam kajian
ini, instrumen yang digunakan bagi memperolehi data adalah dengan menggunakan borang
soal selidik, kaedah rujukan buku dan internet serta kaedah pemerhatian. Pemerhatian pula
ialah kaedah yang dilakukan oleh pengkaji semasa melawat kawasan kajian di SMK Hulu
Kelang. Akhir sekali, pengkaji telah menggunakan kaedah rujukan. Pengkaji telah merujuk
bahan-bahan kajian dengan tepat dan teliti seperti internet, buku ilmiah dan siaran video.

4.4. Cara Mendapatkan Responden

Responden ini terdiri daripada 30 orang guru di SMK Hulu Kelang yang terdiri daripada
4 orang responden lelaki dan 26 orang responden perempuan.

11
030928-14-0316

Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah
persampelan rawak mudah. Dengan menggunakan prosedur ini, setiap responden di kawasan
kajian ini diberikan peluang. Secara keseluruhannya, melalui latar belakang umur, jantina,
guru di SMK Hulu Kelang yang menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai .

4.5. Cara Mendapatkan Maklumat/ Data Daripada Responden

Borang soal selidik yang bersesuaian telah disediakan oleh pengkaji bagi memperolehi
data dan mengumpul maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Selain itu,
borang soal selidik juga telah diedarkan secara rawak kepada 30 orang responden di kawasan
tersebut. Borang soal selidik terdiri daripada 3 bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian
A adalah berkaitan dengan maklumat peribadi responden. Sebagai contoh, daripada aspek
jantina, umur dan pekerjaan. Bahagian B pula, terdiri daripada soalan-soalan mengenai jenis
medium pembayaran tanpa tunai dalam kalangan guru di SMK Hulu Klang. Manakala
bahagian C pula mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan faktor-faktor yang
mempengaruhi penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai. Seterusnya, kajian ini telah
menggunakan skala pemarkahan likert 4 mata. Antara skala yang digunakan adalah skala
likert skala 1 ( sangat tidak setuju ), skala 2 ( tidak setuju ), skala 3 ( setuju ) dan skala 4 (
sangat setuju ).

PERKARA Sangat Tidak Setuju Sangat


Tidak Setuju Setuju
Setuju

SKALA 1 2 3 4
Jadual 1 : Skala Likert 4 Mata

Sumber : Kajian Lapangan 2022

Di samping itu, pengkaji juga menggunakan kaedah pemerhatian sebagai alternatif lain
bagi mengumpul maklumat berkenaan dengan kajian yang dilakukan. Kaedah ini
memerlukan pengkaji melihat sendiri keadaan sebenar tempat kajian pengkaji. Berdasarkan
kajian yang dijalankan, pengkaji telah membuat pemerhatian untuk mengenal pasti jenis
medium pembayaran tanpa tunai dalam kalangan guru di SMK Hulu Kelang. Pengkaji telah
mengambil gambar dari tempat kajian yang dijalankan.

12
030928-14-0316

5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

Bahagian ini menerangkan hasil keputusan analisis data berdasarkan tindak balas
terhadap kaedah pembayaran tanpa tunai dalam kalangan guru yang merupakan sebuah kajian
kes di di SMK Hulu Kelang. Bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan dan
kekerapan, data yang dimasukkan akan diproses.

5.1 Data Demografi Responden

Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada kalangan guru di SMK Hulu
Kelang. Hal maklumat peribadi responden yang terdiri daripada aspek jantina, umur, bangsa
dan pekerjaan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.

Jantina Responden

Kategori Jantina Bilangan Responden (orang) Peratusan (%)


Lelaki 4 13
Perempuan 26 87
Jumlah 30 100
Jadual 2 : Bilangan dan Peratusan Responden

( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

Demografi Jantina
13%

Lelaki
Perempuan

87%

13
030928-14-0316

Rajah 1 : Demografi Responden Berdasarkan Jantina

( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

Berdasarkan jadual dan rajah di atas menunjukkan bilangan dan peratusan responden di
SMK Hulu Kelang mengikut aspek jantina. Seramai 30 orang responden dalam kajian ini.
Hasil kajian mendapati seramai 4 orang responden guru yang berjantina lelaki bersamaan
dengan 13% dan seramai 26 orang guru perempuan bersamaan dengan 87%. Faktor jantina
turut memberi pengaruh dalam kajian kes ini. Hal ini dikatakan demikian kerana kaedah
pembayaran tanpa tunai dikatakan lebih selamat. Semasa pengkaji menjalankan lawatan ke
tempat kajian, pengkaji mendapati guru perempuan lebih ramai dan mudah untuk didekati
berbanding dengan guru lelaki.

Umur Responden

Kumpulan Umur ( tahun ) Bilangan Responden Peratusan ( % )


21 – 30 11 37
31 – 40 9 30
41 – 49 6 20
50 dan ke atas 4 13
Jumlah 30 100

Jadual 3 : Bilangan dan Peratusan Responden Berdasarkan Umur

( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

14
030928-14-0316

Demografi Umur
13%

37%
20%
21 - 30
31 -40
41 - 49
50 ke atas

30%

Rajah 2 : Demografi Responden Berdasarkan Umur


( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

Berdasarkan jadual dan rajah di atas, ia menunjukkan responden berdasarkan umur dalam
kalangan guru di SMK Hulu Kelang. Daripada responden yang dipilih secara rawak, kategori
umur 21 hingga 30 tahun, seramai 11 orang dengan kadar peratusan sebanyak 37%.
Seterusnya, kategori umur 31 hingga 40 tahun, seramai 9 orang dengan bilangan peratusan
sebanyak 30%. Selain itu, kategori 41 hingga 49 tahun mempunyai 6 orang dengan kadar
peratusan sebanyak 20%. Akhir sekali, seramai 4 orang responden yang berumur 50 tahun
dan ke atas yang mempunyai kadar peratusan sebanyak 13%. Golongan responden yang
berumur dalam lingkungan 21 hingga 30 tahun mempunyai jumlah yang paling banyak. Hal
ini dikatakan demikian kerana golongan muda lebih mengetahui tentang kaedah pembayaran
tanpa tunai berbanding dengan golongan yang sudah berusia. Jumlah ini menunjukkan
perbezaan purata yang signifikan terhadap 4 golongan umur yang berbeza.

15
030928-14-0316

Bangsa Responden

Bangsa Bilangan Responden Peratusan (%)


Melayu 27 90
Cina 1 3
India 2 7
Lain – lain 0 0
Jumlah 30 100
Jadual 4 : Bilangan dan Peratusan Berdasarkan Bangsa

( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

Demografi Bangsa
India Lain-lain
Cina 7% 0%
3%

Melayu
Cina
India
Lain-lain

Melayu
90%

Rajah 3 : Demografi Responden Berdasarkan Bangsa


( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

Berdasarkan jadual dan rajah 3 di atas, rajah menunjukkan demografi responden


berdasarkan bangsa. Seramai 30 orang responden, bilangan responden guru yang berbangsa
Melayu didapati seramai 27 orang dengan kadar peratusan 90%, bilangan responden guru
yang berbangsa Cina adalah seramai 1 orang yang menunjukkan peratusan 3%. Seterusnya,
guru yang berbangsa India pula seramai 2 orang yang menunjukkan kadar peratusan

16
030928-14-0316

sebanyak 7% manakala bangsa lain – lain menunjukkan 0%. Hal ini demikian kerana
pengkaji lebih mudah mendekatkan diri dengan guru-guru yang berbangsa Melayu, Cina,
dan India.

Pekerjaan Responden

Pekerjaan Responden Bilangan Responden Peratusan (%)


Kerajaan 30 100
Swasta 0 0
Bekerja Sendiri 0 0
Jumlah 30 100
Jadual 5 : Demografi Berdasarkan Pekerjaan

( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

Demografi Pekerjaan
Bekerja sendiri Swasta
0% 0%

Kerajaan
Swasta
Bekerja sendiri

Kerajaan
100%

Rajah 4 : Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan


( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

Berdasarkan jadual dan rajah 4, rajah menunjukkan demografi responden


berdasarkan pekerjaan. Seramai 30 orang responden, iaitu guru di SMK Hulu Kelang didapati
bekerja sebagai kakitangan kerajaan yang menunjukkan kadar peratusan 100% .

17
030928-14-0316

5.2 Mengenal Pasti Jenis Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai Yang Menjadi Pilihan Dalam
Kalangan Guru Di SMK Hulu Kelang

Jenis Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai Yang Menjadi Pilihan Dalam Kalangan Guru Di
SMK Hulu Kelang

Bil. Jenis Kaedah Ya % Tidak %


Pembayaran Tanpa Tunai
1. FPX 26 87 4 13
2. BOOST 8 27 22 73
3. PAYPAL 6 20 24 80
4. GRABPAY 14 47 16 53
5. MYDEBIT 21 70 9 30
6. UNION PAY 4 13 26 87
7. SHOPEE PAY 22 73 8 27
8. WECHAT PAY 0 0 30 100
9. MAYBANK QRPAY 14 47 16 53
10. TOUCH ‘N GO E 21 70 9 30
WALLET
Jumlah 30 100 30 100
Jadual 6 : Jenis Medium Pembayaran Tanpa Tunai Dalam Kalangan Guru di SMK Hulu
Kelang

( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

18
030928-14-0316

JENIS KAEDAH PEMBAYARAN TANPA


TUNAI DALAM KALANGAN GURU DI
SMK HULU KELANG
100%

80% 87%
80%
73% 70%
60%
YA
53%
40% 47% TIDAK

20% 27% 30%


13% 20%
0%
FPX BOOST PAYPAL GRABPAY MYDEBIT

Rajah 5 : Jenis Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai Dalam Kalangan Guru


di SMK Hulu Kelang
Sumber : Kajian Lapangan 2022

19
030928-14-0316

Berdasarkan Rajah 5 di atas yang menunjukkan perkara 1 hingga perkara 5 kaedah


pembayaran tanpa tunai yang menjadi pilihan dalam kalangan guru di SMK Hulu Kelang.
Hasil analisis pertama mendapati bahawa terdapat seramai 26 orang yang menjawab “ Ya ”
kaedah pembayaran tanpa tunai FPX mempunyai dengan kadar peratusan sebanyak 87%
yang memilih FPX sebagai kaedah pembayaran tanpa tunai manakala terdapat beberapa
orang responden iaitu seramai 4 orang responden dengan peratusan sebanyak 13% yang
memilih “ Tidak ” kerana mereka tidak tahu tentang kaedah pembayaran FPX. Hampir
keseluruhan responden bersetuju bahawa FPX merupakan kaedah pembayaran tanpa tunai
yang sangat mudah dan popular. Hal ini dikatakan demikian kerana pengkaji mendapati
bahawa responden lebih banyak menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai FPX bagi
memudahkan urusan mereka. Responden lebih terbuka untuk memilih FPX kerana ia lebih
memudahkan kerja mereka.

Foto 2 : FPX

Sumber : https://www.musees.com.my/products/artisan-mu-soy-sauce-1-1-1

Hasil analisis yang kedua mendapati bahawa seramai 8 orang responden menjawab “ Ya ”
dengan kadar peratusan 27% untuk aplikasi pembayaran Boost dan juga terdapat 22 orang
responden dengan kadar peratusan yang menjawab “ Tidak ” dalam memilih kaedah
pembayaran tanpa tunai Boost. Pengkaji mendapati bahawa kaedah pembayaran tanpa tunai
ini tidak mendapat sambutan yang hangat daripada kalangan guru di SMK Hulu Kelang. Hal
ini demikian kerana tidak ramai guru yang mengetahui tentang kaedah pembayaran ini dan
kebanyakan daripada responden tidak memuat turun aplikasi Boost dalam telefon bimbit
mereka

20
030928-14-0316

Foto 3 : Boost
Sumber : https://www.google.com/search?q=boost

Hasil kajian yang ketiga iaitu kaedah pembayaran tanpa tunai GrabPay, terdapat seramai
14 orang responden iaitu guru yang menjawab “ Ya ” akan soalan yang dijawab dengan kadar
peratusan bagi responden yang menjawab ya adalah sebanyak 47%. Terdapat juga guru-guru
yang mengatakan “ Tidak ” seramai 24 orang dengan kadar peratusan 80%. Hal ini dikatakan
demikian kerana tidak semua guru mempunyai aplikasi “Grab” di dalam telefon bimbit
mereka. Perkara ini juga disokong oleh tidak semua barangan boleh dibayar dengan
menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai GrabPay. Selain itu, hasil kajian yang keempat
iaitu MyDebit. Seramai 21 orang menjawab “Ya” dengan kadar peratusan 70% manakala
seramai 9 orang dengan kadar peratusan 30% menjawab “ Tidak ”. Kaedah pembayaran
MyDebit juga mendapat sambutan yang hangat kerana ianya sangat mudah. Para responden
hanya perlu menyentuhkan kad debit mereka. Perkara ini disokong apabila semua guru di
SMK Hulu Kelang didapati mempunyai kad debit.

21
030928-14-0316

Foto 4 : GrabPay

Sumber : https://vulcanpost.com/641225/grabpay-malaysia-features-registration/

Foto 5 : GrabPay

22
030928-14-0316

Foto 6 : MyDebit
Sumber : https://paynet.my/TOP/index.html

23
030928-14-0316

JENIS KAEDAH PEMBAYARAN TANPA TUNAI


DALAM KALANGAN GURU DI SMK HULU
KELANG
120%
100%
100% 87%
80% 73% 70%
60% 47% 53%
30% YA
40% 27%
20% 13% TIDAK
0%
0%
UNION PAY SHOPEE WECHAT MAYBANK TOUCH 'N
PAY PAY QR PAY GO E
WALLET
Rajah 6 : Jenis Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai Dalam Kalangan Guru
di SMK Hulu Kelang
( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

Hasil kajian yang kelima mendapati bahawa penggunaan ShopeePay banyak dalam
kalangan guru. Seramai 22 orang responden menjawab “ Ya ”, yang memperoleh kadar
peratusan sebanyak 73%. Pengkaji juga mendapati bahawa terdapat segelintir responden
seramai 8 orang yang menjawab “ Tidak ” dan kadar peratusannya adalah sebanyak 27%. Hal
ini menandakan bahawa guru-guru mengetahui tentang ShopeePay. Kebanyakan responden
menggunakan ShopeePay kerana terdapat pelbagai tawaran yang menarik seperti jualan akhir
tahun, diskaun yang ditolak dengan “coin” dan penghantaran percuma apabila menggunakan
kaedah pembayaran ShopeePay. Perkara ini juga disokong oleh apabila kerajaan
mengumumkan bahawa RM150 akan dikreditkan ke dalam akaun pengguna Shopee. Selain
itu, kaedah pembayaran Touch ‘N Go E Wallet juga mendapat sokongan yang tinggi.
Sebanyak 21 orang responden yang menjawab “Ya” serta kadar peratusannya adalah
sebanyak 70% dan sebaliknya seramai 9 orang dengan kadar peratusan sebanyak 30%.
Pengkaji mendapati bahawa responden ramai menggunakan kaedah jenis ini kerana ianya
sangat fleksibel. Perkara ini mendapat sokongan daripada kerajaan di mana pengguna Touch
‘N Go E Wallet akan mendapat wang eBelia sebanyak RM150.

24
030928-14-0316

Foto 7 : ShopeePay
Sumber : https://soyacincau.com/2020/12/15/shopeepay-now-supports-duitnow-qr-malaysias-
unified-qr-code/

Foto 8 : Touch ‘N Go E Wallet


Sumber : https://www.touchngo.com.my/customer-service/eservices/

25
030928-14-0316

Hasil kajian yang terakhir mendapati bahawa Wechat Pay mempunyai nilai “rating”
yang paling rendah. Pengkaji mendapati bahawa kesemua responden seramai 0 orang yang
menjawab “Ya” dan kadar peratusannya pula sebanyak 0% manakala yang menjawab
“Tidak” pula, seramai 30 orang responden dengan kadar peratusannya yang sangat tinggi
iaitu 100%. Perkara ini membuatkan pengkaji untuk lebih mengambil tahu tentang mengapa
perkara sebegini terjadi. Perkara ini terjadi kerana aplikasi “Wechat” merupakan aplikasi
yang digunakan oleh kanak-kanak berfokuskan kepada kanak-kanak yang mahu belajar
mengenali alam luar. Pengkaji sedang mengkaji kaedah pembayaran tanpa tunai ini dalam
kalangan orang dewasa yang tidak mempunyai akses ke dalam akaun Wechat. Perkara ini
juga disokong bahawa pengkaji mendapati semua responden tidak memuat turun aplikasi
Wechat ini. Selain itu, tidak semua premis kedai menawarkan bayaran tanpa tunai
menggunakan kaedah WechatPay ini.

Foto 9 : Wechat Pay


Sumber : https://www.techinasia.com/wechat-pay-malaysia

26
030928-14-0316

5.3 Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi guru-guru di SMK Hulu Kelang

memilih kaedah pembayaran tanpa tunai

Bil. Faktor Yang Mempengaruhi Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat Setuju
Guru-guru di SMK Hulu Kelang Setuju Setuju
Memilih Kaedah Pembayaran
Tanpa Tunai
1. Lebih pantas 0 0 19 11
0% 0% 63% 37%
2. Lebih selamat 0 2 14 14
0% 7% 47% 46%
3. Menjimatkan masa 0 0 24 6
0% 0% 80% 20%
4. Pulangan wang tunai 0 11 17 2
0% 37% 57% 6%
5. Ganjaran yang ditawarkan 0 7 21 2
0% 23% 70% 7%
6. Boleh dilakukan di mana-mana 0 5 8 17
0% 16% 27% 57%
7. Memudahkan urusan pembelian 0 2 10 18
0% 7% 33% 60%
8. Menarik lebih banyak pelanggan 0 8 13 9
0% 27% 43% 30%
9. Menawarkan bayaran secara 0 8 18 4
ansuran 0% 27% 60% 13%
10. Tidak perlu membawa duit yang 0 0 7 23
banyak 0% 0% 23% 77%
Jumlah 30 100% 30 100%
Jadual 7 : Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Guru-Guru di SMK Hulu
Kelang Memilih Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai

( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

27
030928-14-0316

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Guru-Guru di SMK Hulu Kelang


Memilih Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai
90%
80%
80%
70%
70% 63%
60% 57%

50% 47% 46%

40% 37% 37%

30% 23%
20%
20%
10% 7% 6% 7%
0% 0% 0% 0% 0% 0% 0%
0%
lebih pantas lebih selamat menjimatkan masa pulangan wang ganjaran yang
tunai ditawarkan

sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 7 : Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Guru – Guru di SMK Hulu Kelang
Memilih Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai

( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

Berdasarkan Rajah 7 di atas yang menunjukkan hasil analisis perkara 1 hingga perkara
5 iaitu faktor – faktor yang mempengaruhi guru – guru di SMK Hulu Kelang memilih kaedah
pembayaran tanpa tunai. Hasil analisis perkara 1 ialah faktor yang pertama, iaitu lebih pantas.
Sebanyak 37% orang responden yang menyatakan bahawa mereka sangat bersetuju dengan
faktor di atas. Bagi yang bersetuju pula, seramai 63% responden yang menyatakan bahawa
mereka bersetuju . Hal ini disebabkan oleh perbezaan antara pembayaran secara tunai dengan
tanpa tunai yang sangat berbeza. Perkara ini disokong oleh laman web
https://adlankhalidi.com/kelebihan-e-wallet-kenapa-perlu-guna-e-wallet/ yang menyatakan
bahawa pertukaran wang ringgit dari tangan ke tangan itu agak melecehkan berbanding
dengan e-wallet yang hanya memerlukan juruwang mengimbas kod QR yang tertera di
aplikasi e-wallet pembeli. Tiada juga permasalahan duit syiling yang tidak mencukupi dan
sebagainya.

28
030928-14-0316

Hasil analisis faktor yang kedua iaitu lebih selamat pula mendapati bahawa seramai 46%
responden yang menyatakan bahawa mereka sangat bersetuju. Seramai 47% orang responden
yang menyatakan bahawa mereka bersetuju dengan faktor yang diberikan. Mereka
berpendapat bahawa mereka tidak perlu untuk membawa wang tunai dalam jumlah yang
banyak dan risau jika mereka akan dirompak. Selain itu, terdapat juga seramai 7% orang
responden yang menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan faktor lebih selamat
seperti yang di atas. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka mungkin mempunyai persepsi
seperti maklumat peribadi mereka mungkin akan diceroboh dan semua wang dalam akaun
mereka akan hilang.

Selain itu, hasil analisis perkara ketiga iaitu menjimatkan masa. Untuk kajian ini,
terdapat seramai 20% orang responden yang menyatakan bahawa mereka sangat bersetuju
dengan faktor di atas. Tambahan pula, seramai 80% orang responden yang memilih untuk
bersetuju dengan faktor ini. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak perlu untuk
keluar dari rumah untuk membayar sesuatu. Perkara ini mendapat sokongan yang padu
menurut laman web https://lundudc.sarawak.gov.my yang menyatakan bahawa jabatan dan
organisasi awam telah memperkenalkan sistem pembayaran atas talian yang memudahkan
pengguna untuk membayar cukai, zakat dan lain-lain lagi tanpa perlu membuat bayaran
secara terus di kaunter.

Hasil analisis faktor keempat iaitu pulangan wang tunai. Hasil analisis mendapati
bahawa hanya 6% responden yang sangat bersetuju dengan perkara di atas. Di samping itu,
seramai 57% responden yang mengemukakan pendapat bahawa mereka bersetuju dengan
faktor pulangan wang tunai. Perkara ini disokong apabila semua kaedah pembayaran tanpa
tunai yang menawarkan pulangan wang tunai. Akan tetapi, terdapat juga responden yang
tidak bersetuju dengan faktor di atas. Seramai 37% orang responden yang tidak bersetuju.
Mereka berpendapat bahawa tidak semua kaedah pembayaran tanpa tunai di atas
menawarkan pulangan wang tunai.

29
030928-14-0316

Faktor kelima yang telah dianalisis adalah ganjaran yang ditawarkan. Terdapat seramai
7% responden yang mengatakan bahawa mereka sangat bersetuju dengan faktor di atas. Bagi
yang bersetuju pula, seramai 70% orang yang bersetuju dengan faktor ganjaran yang
ditawarkan. Perkara ini disokong dengan kenyataan daripada laman web
https://www.aia.com.my/ms/what-matters/finance/kelebihan-dan-kekurangan-e-wallet.html
yang mengatakan bahawa semua syarikat e-wallet sedang bersaing tinggi, semua syarikat e-
wallet telah menawarkan beberapa ganjaran. Namun, terdapat juga yang tidak bersetuju
dengan faktor di atas iaitu seramai 23% responden. Mereka mempunyai pandangan bahawa
tidak semua kaedah pembayaran tanpa tunai di atas menawarkan yang lumayan.

30
030928-14-0316

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Guru-Guru di SMK Hulu


Kelang Memilih Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai
90%
77%
80%
70% 60% 60%
57%
60%
50% 43%
40% 33% 30%
27% 27% 27%
30% 23%
20% 16% 13%
7%
10% 0% 0% 0% 0% 0% 0%
0%
boleh dilakukan memudahkan menarik lebih menawarkan tidak perlu
di mana-mana urusan banyak bayaran secara membawa duit
pembelian pelanggan ansuran yang banyak
sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 8 : Faktor - Faktor Yang Mempengaruhi Guru - Guru di SMK Hulu Kelang Memilih
Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai
( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

Hasil analisis perkara keenam telah menunjukkan bahawa seramai

31

You might also like