You are on page 1of 6

MARKAH

SEMESTER 2 SESI 2015/2016


KPS 6044: PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN SOSIAL

TAJUK

ANALISIS ARTIKEL JURNAL SOSIOLOGI PENDIDIKAN

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

PROGRAM

YOGANANTHINI A/P RAMACHANDRAN

M20142002084

SOSIOLOGI
PENDIDIKAN

KUMPULAN KULIAH : ( A )
PENSYARAH

: DR.NORWALIZA BINTI ABDUL WAHAB

Tarikh Serah

: 22.04.2016

Tajuk Jurnal

: Amalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Dalam Kalangan Guru


Matematik Sekolah Menengah

Penulis

: Mazlini Adnan dan Noorfazelawati Abd.Kadir

Jurnal

: Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia

Terbitan

: Vol 4 No.1 Jun 2014 / ISSN 2232-0303

1.0 Pengenalan
Pengkaji menjalankan kajian ini bagi mengkaji mengenai amalan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru-guru Matematik sekolah menengah.
Sebanyak 13 buah sekolah menengah di daerah Raub, Pahang telah dipilih untuk
menjalankan kajian ini. Pengkaji telah memilih seramai 103 orang guru matematik daripada
13 buah sekolah sebagai sampel kajiannya.
Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan sepanjang kajian ini. Kaedah soal selidik telah
digunakan sebagai instrumen bagi mengutip data yang berkaitan dengan kajian ini. Hasil
dapatan yang dikumpulkan ditafsir dengan menggunakan analisis deskriptif dan analisis
inferensi.

2.0 Metodologi Kajian


Pengkaji telah menggunakan kaedah tinjauan yang berbentuk kuantitatif sepanjang
kajian ini dan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen dalam pengumpulan
data. Pengkaji telah menganalisis data yang diperolehi dengan menggunakan analisis
deskriptif dan analisis inferensi.
Borang soal selidik diedarkan dalam kalangan kesemua 103 orang guru matematik
daripada sekolah menengah dan ditafsirkan. Pengkaji telah menyediakan 2 bahagian
dalam borang soal selidik ini dimana bahagian pertamanya ialah mengenai maklumat guru
dan bahagian kedua ialah mengenai amalan PBS. Bahagian pertama mengandungi
sebanyak 10 item soalan manakala bahagian kedua pula mengandungi sebanyak 20 item

soalan untuk dijawab oleh kesemua 103 responden kajian ini. Borang soal selidik ini
menggunakan skala likert 5 mata iaitu daripada sangat tidak setuju hingga sangat setuju.
Setiap item dalam borang soal selidik ini telah dibina berdasarkan kepada rujukkan
daripada pelbagai kajian yang sedia dijalankan oleh pengkaji yang lain. Beberapa
pengubahsuaian telah dilakukan pada item borang soal selidik ini berdasarkan kepada
tujuan kajian ini oleh penyelidik.
Pengkaji juga telah menjalankan kajian rintis terhadap borang soal selidik ini sebelum
mengedarkannya kepada sampel kajian bagi mengetahui tahap kebolehpercayaan borang
ini. Mengikut nilai Cronbach Alpha, item-item dalam soal selidik ini memeroleh 0.74mata
dimana ini menunjukkan kebolehpercayaan kepada soal selidik ini adalah tinggi dan
berada pada tahap yang memuaskan untuk meneruskan kajian sebenar. Tiga pensyarah
universiti yang pakar dalam bidang berkenaan, seorang pegawai dari Jabatan Pendidikan
Negeri Pahang (JPN) dan seorang pegawai PBS dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
telah dirujuk bagi mengesahkan setiap item dalam borang soal selidik ini. Selepas
mendapat pengesahan daripada kesemua pihak ini, pengkaji telah menggunakan borang
ini dalam kajiannya.
103 sampel kajian yang dipilih daripada 13 buah sekolah menengah ini terdiri daripada
guru-guru dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Walaupun daerah ini mempunyai sebanyak
126 tenaga pengajar yang mengajar matematik di sekolah menengah, namun pengkaji
hanya memilih secara rawak sebanyak 103 orang guru matematik sebagai sampelnya.

3.0 Ulasan dan Isu-isu yang dibincangkan


Respondan-respondan yang dipilih ini terdiri daripada 31 orang guru lelaki dan 72
orang guru perempuan. Ini menunjukkan sebahagian besar sampelnya adalah terdiri
daripada guru perempuan yang mengajar matematik di sekolah menengah. Seramai 80
orang daripada sampel ini adalah mereka yang berbangsa Melayu,16 orang merupakan
daripada bangsa Cina dan 7 orang ialah daripada bangsa India.
Dari segi kelulusan akademik pula, sebanyak 80 guru mempunyai Ijazah Sarjana Muda,
20 orang Ijazah Sarjana, 2 orang Diploma Pendidikan manakala baki seorang pula
mempunyai Sijil Perguruan. Hasil analisis daripada item borang soal selidik ini juga

menunjukkan bahawa kebanyakkan responden yang dipilih terdiri daripada umur antara
31-40 tahun. Dari segi pengalaman mengajar matematik di sekolah menengah pula,
seramai 34 orang guru mempunyai pengalaman kurang daripada 5 tahun. Manakala
sebanyak 37 orang guru pula berada pada tempoh 5 hingga 10 tahun pengalaman
mengajar matematik di sekolah menengah dan baki 32 orang guru lagi mempunyai
pengalaman mengajar dalam bidang ini selama lebih daripada 10 tahun. Maka
kesimpulannya, berdasarkan kepada analisis item pada borang soal selidik ini didapati
bahawa majority sampel mempunyai pengalaman mengajar matematik di sekolah
menengah pada tempoh 5 hingga 10 tahun.
Item seterusnya yang dianalisis ialah berkaitan dengan pengalaman pelaksamaan PBS
di kelasnya bagi matapelajaran matematik. Pengkaji mendapati bahawa bilangan guru
yang menjalankan PBS ini adalah paling ramai dalam tempuh 2 tahun iaitu seramai 58
orang guru berbanding dengan tempoh 1 tahun ialah hanya 36 orang dan yang tiada
pengalaman langsung ialah seramai 9 orang guru.
Dalam bahagian pertama juga, pengkaji telah menyelitkan item berkaitan dengan lokasi
sekolah yang diajarnya. Data menunjukkan bahawa paling ramai iaitu sebanyak 65 orang
guru mengajar di sekolah di kawasan bandar, di pinggir Bandar 12 dan yang selebihnya di
kawasan luar bandar. Bilangan guru yang mengajar di sekolah jenis harian biasa merupan
bilangan yang paling tinggi iaitu seramai 95 orang berbanding dengan mereka yang
mengajar di sekolah yang berasrama penuh.
Bahagian kedua dalam borang soal selidik ini pula mengupas tentang amalan PBS
dalam kalangan guru matematik di sekolah menengah tingkatan 1 hingga tingkatan 3.
Secara keseluhannya, berdasarkan kepada 20 item yang diselidik, didapati bahawa amalan
PBS oleh guru matematik yang mengajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 adalah tinggi.
Dapatan kajian ini turut menyokong dapatan daripada kajian yang dijalankan oleh beberapa
pengkaji pada tahun tahun sebelum ini yang menyatakan bahawa guru memang
mengamalkan pentaksiran.

4.0 Konsep-konsep Yang Digunakan


Pentaksiran merupakan suatu komponen yang penting dalam system pendidikan bagi
mengetahui perkembangan seseorang murid kepada guru yang mengajar, ibu bapa dan

murid itu sendiri. Hasil daripada pentaksiran ini dapat membantu guru berkenaan untuk
menilai kaedah pengajaran dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang proses
pengajaran dan pembelajarannya.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau lebih terkenal dengan singkatannya PBS
merupakan suatu bentuk pentaksiran yang dijalankan di sekolah sepanjang tahun.
Pentaksiran ini merupakan pentaksiran yang bersifat holistik dimana ini akan menilai setiap
murid dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kurikulum Kebangsaan Malaysia yang sedia disediakan.
Pentaksiran ini merupakan sesuatu perubahan yang dilakukan terhadap system
peperiksaan di Malaysia yang selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM). Tujuan utama pembaharuan ini adalah bagi melahirkan
murid-murid yang seimbang dalam pelbagai aspek selain menjadi indikator untuk menilai
potensi murid dan sebagai kesediaan untuk belajar.
Maka hasil daripada dakwaan daripada pelbagai pihak mengenai sistem pendidikan di
Malaysia yang terlalu berpaksikan kepada peperiksaan, maka dalam Mesyuarat Jemaah
Menteri yang bertarikh 17.12.2010 telah bersetuju untuk melaksanakan PBS sebagai
sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan. Didapati ramai tokoh pendidikan,
ahli politik dan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan turut bersetuju dengan
penambahbaikan dalam sisitem pentaksiran ini.

5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya didapati bahawa pengkaji telah mendapati bahawa amalan PBS
bukannya sesuatu yang baharu dalam system pendidikan di Malaysia malahan ini mula
dijalankan sejak tahun 90-an lagi. Perubahan nama dan beberapa aspek sahaja yang telah
berlaku dan diwujudkan balik dengan nama baharu iaitu PBS. Akan tetapi amalan PBS ini
tidak meluas kepada semua mata pelajaran seperti yang telah dirancang.

6.0 Rujukan
Abdul Rahim Hamdan & Saliza Ahmad (2008). Tahap Penguasaan Guru dalam PEKA Sains Menengah
Rendah. Diperoleh November 23, 2013 daripada http://eprints. utm.my/7674/1/P30-Saliza.pdf.
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2012).
Berinderjeet Kaur (2005). Assessment of Mathematics in Singapore Schools. Diperoleh November 18,
2013 daripada http://www.math.ecnu.edu.cn/earcome3/TSG6/7- Kaur B().doc.
Chua Yan Piaw (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw- Hill Education.
Esah Sulaiman (2004). Pengenalan Pedagogi. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, Johor Darul
Takzim.
Giallo, R. & Little, E. (2003). Classroom behavior problems: The Relationship between Preparedness,
Classroom Experiences, and Self-Efficacy in Graduate and Student Teachers. Australian Journal of
Educational & Developmental Psychology 3: 21- 34.
Ismadiah Omar (2012). Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah di Sekolah- Sekolah sekitar Gelang
Patah Johor.Disertasi Sarjana yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).


Diperoleh September 20, 2013 daripada http://buletinkpm.blogspot.com/2012/11/
pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs.html

You might also like