You are on page 1of 5

Tajuk Artikel : Kesan Psikologi Guru Terhadap Pelaksanaan Kajian Pembelajaran di

Sekolah

Berdasarkan kajian Faizah Che Mat (2021), tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti
tahap pengetahuan guru dan tahap penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian
Pembelajaran serta tahap tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian
Pembelajaran. Terdapat beberapa objektif kajian, iaitu untuk mengenal pasti tahap
pengetahuan guru, tahap penerimaan guru, tahap tekanan guru terhadap pelaksanaan
Kajian Pembelajaran di sekolah. Objektif kajian ini termasuk perbezaan antara
penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran berdasarkan tahun
pengalaman guru mengajar dan hubungan antara guru terhadap pelaksanaan Kajian
Pembelajaran di sekolah.
Kajian ini dijalankan dengan penggunaan kaedah tinjauan, iaitu menggunakan
instrumen borang soal selidik. Populasi yang dipilih ialah satu daerah sekolah menengah
kebangsaan harian dalam negeri Selangor. Kaedah persampelan ialah persampelan rawak
berstrata. Sampel yang dipilih ialah 186 orang guru yang mengajar di sekolah menengah
kebangsaan harian. Soal selidik dibahagi kepada 3 bahagian, iaitu data demografi,
pengetahuan dan penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran dan tekanan
guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran. Analisis korelasi Pearson
digunakan untuk mengesahkan kesahan instrumen, kebolehpercayaan dinilai dengan
menggunakan Cronbach’s alpha. Kaedah penganalisis data ialah analisis deskriptif, ujian
ANOVA dan korelasi Spearman’s rho.
Daripada dapatan kajian, analisis deskriptif menunjukkan hasil yang jelas.
Berdasarkan semua item yang dikaji, kesemua item dalam interprestasi tahap tinggi kerana
skor min yang didapati adalah antara 3.84 hingga 4.10. Keseluruhannya, analisis deskriptif
menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran
di sekolah adalah tinggi, iaitu skor min keseluruhan 3.98. Dari segi penerimaan guru pula,
kesemua item mendapati nilai skor min antara 3.85 hingga 4.05. Data analisis deskriptif
tahap penerimaan pelaksanaan Kajian Pembelajaran berada pada tahap yang tinggi. (3.99).
Data tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran
menunjukkan skor min bagi semua item dikaji adalah di antara 1.67 hingga 2.97. Jelas
dilihat bahawa tahap tekanan guru berada pada tahap rendah, iaitu skor min 2.26. Dapatan
kajian perbandingan antara penerimaan guru terhadap pelaksanaan kajian pembelajaran
dengan tahun pengalaman guru mengajar ialah tidak terdapat perbezaan yang signifikan
skor. (F(2,183)=0.539;p>0.05).
Ujian ANOVA sehala telah digunakan oleh pengkaji semasa mengumpul dan
menganalis data. Melalui dapatan ANOVA, tidak terdapat perbezaa signifikan skor min
penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran berdasarkan pengalaman
mengajar guru. [F(2,183=0.539;p>0.05)] merujuk dapatan kajian ini, jelas ditunjukkan
bahawa tiada perbezaan yang besar antara skor min penerimaan guru dengan pelaksaan
Kajian Pembelajaran berdasarkan tahun pengalaman guru mengajar. Jelas kita tahu
bahawa walaupun guru-guru yang masih baru juga mementingkan pelaksanaan Kajian
Pembelajaran supaya dapat tingkatkan kualiti pengajaran mereka.
Penggunaan pekali korelasi Spearman’s rho menunjukkan terdapat hubungan
linear yang negatif dan sangat lemah antara penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian
Pembelajaran dengan tekanan guru. [r(184)= -0.276; p<0.05]. Jelas dinyatakan semakin
kurang tekanan guru, semakin tinggi tahap penerimaan guru terdapat Kajian Pembelajaran.
Dapatan ini menunjukkan bahawa pembolehubah kajian ini tidak memberi kesan yang
besar kepada responden kajian.
Secara kesimpulannya dalam kajian yang dilaksanakan ini, Kajian Pembelajaran
perlu dijalankan di sekolah supaya dapat membantu guru-guru yang menghadapi masalah
dapat mencari jalan penyelesaian. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa Kajian
Pembelajaran perlu dijalankan di sekolah. Walaupun penerimaan guru terhadap
pelaksanaan Kajian Pembelajaran masih lemah, tetapi amat diperlukan untuk laksanakan
kajian ini.
Implikasi kajian ini ialah guru-guru perlu diberi pendedahan yang lebih
mendalam terhadap pelaksanaan kajian pembelajaran supaya dapat meningkatkan kualiti
profesionalisme guru pada masa hadapan. Selain itu, kajian ini juga dapat membentuk satu
budaya baru dalam kalangan guru untuk kebaikan guru, pembelajaran pelajar dan juga
impak yang baik.

PERBINCANGAN
Berdasarkan kajian ini, saya setuju dengan pendapat pengkaji bahawa
pelaksanaan Kajian Pembelajaran di sekolah amat diperlukan. Kajian Pembelajaran perlu
dijalankan di sekolah. Kajian Rohaida(2017) menyokong dapatan kajian pengkaji yang
menyatakan bahawa guru Bahasa Melayu mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam
kajian pembelajaran. Kajian Chiew, Mohd Hasani dan Lim (2016a) pula telah
melaksanakan dua kali kajian. Kajian pertama mendapati beberapa orang guru kurang tahu
dan tidak yakin untuk teruskan pelaksanaan kajian pembelajaran. Disebabkan oleh itu,
guru tidak suka menyertai program ini. Berdasarkan kajian Chiew, Mohd Hasani dan Lim
(2016a), kita dapati bahawa apabila guru tidak yakin dan tidak mengenal Kajian
Pembelajaran, guru akan mengelakkan daripada melibatkan diri.
Selain itu, Bitty dan Vincent (2017) berpendapat bahawa penerimaan guru
terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran adalah berkait rapat dengan kesediaan dan
kebolehan guru untuk berubah kemahiran mengajar di sekolah. Walaupun kajian ini
menunjukkan penerimaan guru tinggi dalam menjalankan Kajian Pembelajaran, terdapat
juga kajian yang dijalankan di Malaysia tidak sama dapatan dengan kajian ini.
Guru-guru kurang keyakinan diri dan tidak berminat untuk berubah dari aspek kualiti
pengajaran terutama guru-guru yang baru berkhidmat. (Kajian Ewe, Chap dan Munirah,
2010). Chiew, Mohd Hasani dan Lim (2016a) juga mengatakan Kajian Pembelajaran
belum menjadi budaya di Malaysia kerana pandangan dan tanggapan guru.
Walaubagaimanapun, beberapa kajian luar negara menyokong hasil dapatan
kajian ini. Kajian Pembelajaran yang dikaji oleh Lamibao (2016) diterima baik oleh para
guru di Filipina kerana mereka sudi mengikuti Kajian Pembelajaran. Kajian Copriady
(2013) di Indonesia juga menunjukkan sebanyak 90 % guru bersifat positif dan mencuba
bagi inovasi ini dan menganggap sebagai satu pendekatan baru untuk meningkatkan cara
mengajar masing-masing.
Sementara itu, pelaksanaan Kajian Pembelajaran akan mengakibatkan guru-guru
mengalami tekanan. Dapatan kajian ini menunjukkan tekanan rendah sewaktu guru
menjalankan Kajian Pembelajaran. Kajian Lia Indah & Ruslin 2018, Baharin & Mariam
2010, dan Noor Mala 2015 menyokong kajian ini. Guru-guru meskipun mengalami
tekanan yang rendah tetapi masih boleh dikawal. Jelas kita lihat bahawa walaupun guru-
guru masih mengalami tekanan semasa melaksanakan tugasan sekolah, tetapi tekanan ini
boleh dikawal dan diatasi oleh guru masing-masing. Dapatan kajian Helen (2005) pula
menunjukkan guru yang mengajar di sekolah menengah agama daerah Johor Bharu tidak
mengalami tekanan di tempat kerja. Walaubagaimanapun, punca utama tekanan daripada
kajian itu ialah disebabkan oleh bebanan kerja berlebihan.
Kajian Md Yusoff et al. (2014) menyatakan bahawa kaedah ini sudah lama
digunakan di negara Jepun tetapi masih tidak lagi terkenal di dunia kita. Zanaton et al.
(2014) uga mengatakan kajian pembelajaran masih baru diperkenalkan dan belum menjadi
satu amalan di kalangan guru Malaysia. Guru sekolah yang tidak pernah ikuti bengkel atau
kursus Kajian Pembelajaran susah untuk mengikut untuk menjalankan Kajian
Pembelajaran kerana tidak memahami proses pelaksanaan. (Nik Nur Salwa dan Zanaton,
2012).
Berdasarkan kajian ini juga, tidak terdapat perbezaan yang besar antara persepsi
guru muda dengan guru berpengalaman mengajar yang lebih panjang. Walaupun guru
muda baru mengajar, tetapi mereka mengaku dan menerima bahawa kualiti pengajaran
dapat ditingkatkan melalui Kajian Pembelajaran. Maknanya, seseorang guru tidak kira
pengalaman mengajar baru atau lama tetap mengaku kepentingan pelaksanaan Kajian
Pembelajaran dalam pengajaran mereka.
Kajian Pembelajaran sangat penting bagi seseorang guru dalam meningkatkan
kualiti mengajar dan menghasilkan teknik mengajar yang lebih sesuai dengan murid
sekolah. Guru yang menerima pelaksanaan Kajian Pembelajaran akan mengalami tekanan
yang lebih rendah berbanding dengan guru yang bertentangan dengan pelaksanaan Kajian
Pembelajaran. Walaupun tugasan ini memberi tekanan kepada guru, guru tetap ingin
mencuba dan menjalankan Kajian Pembelajaran.

RUJUKAN
Bitty Ansawi, & Vincent Pang. (2017). The Relationship between Professional Learning
Community and Lesson. Sains Humanika, 9(1–3), 63–70.
Chiew, C. M., Mohd Hasani Dali, & Lim, C. S. (2016a). Issues Relating to the
Implementation
of Lesson Study in the Malaysian Education Context. Journal of Research & Method in
Education, 6(3), 77–85.
Copriady, J. (2013). The Implementation of Lesson Study Programme for Developing
Professionalism in Teaching Profession, Asian Social Science, 9(12), 176–186.
Faizah Che Mat Zi, Zanaton Iksan. (2021). Kesan Psikologi Guru Terhadap Pelaksanaan
Kajian
Pembelajaran di Sekolah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 135-147.
Helen Malaka, Rojiah Abdullah, Nora’azian Rohani, Eldrana Augustin Daniel & Mustafa
Kamal Mohammad. (2005). Hubungan Punca Stres Dan Tahap Stres Di Kalangan Guru-
Guru Di Sebuah Sekolah Menengah Agama Johor Bahru. Prosiding Seminar Pendidikan,
1–12.
Lamibao, L.S. (2016). Enhancing Mathematics Teachers’ Quality through Lesson Study.
Springerplus, 5, 1590.
Lia Indah Ahmad, & Ruslin Amir. (2018). Tekanan Dan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan
Guru Sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa
Sains Sosial Dan Kemanusiaan 2018, April, 82–95.
Md Yusoff Daud, Zanaton Iksan, Fariza Khalid, & Roslinda Rosli. (2014). Refleksi
Pendekatan
Lesson Study Dalam Menjalani Latihn Mengajar oleh Bakal Guru Sains di Beberapa
Sekolah Terpilih. World Association of Lesson Studies International Conference.
Nik Nur Salwa & Zanaton Iksan. (2012). Pendedahan, pengetahuan dan kesediaan guru sains
menggunakan model pengajaran lesson study. Prosiding Seminar Penyelidikan
Pendidikan
Guru Malaysia-Indonesia, Oktober, 309- 312.
Noor Mala. (2015). Pengaruh Tahap Stres Terhadap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan
Pengajar
Kolej Vokasional Di Negeri Pahang. Tesis Sarjana, Pendidikan Teknik dan Vokasional,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Zanaton H. Iksan, Aidah Abdul Karim, Fariza Khalid, Effandi Zakaria, Rosseni Din, Md
Yusof
Daud, & Roslinda Rosli. (2014). Lesson Study (Jogyoukenyu): Kajian Perbandingan
Jepun
dan Malaysia. The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014),
271-
278

You might also like