You are on page 1of 36

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Abstrak i
2 Isi kandungan ii
3 Penghargaan iii
4 1.0 Pengenalan 1-2
5 2.0 Objektif kajian 3
6 3.0 Lokasi kajian 4-8
3.1 Peta
3.2 Gambar
7 4.0 Metodologi kajian 9 - 11
4.1 Sampel kajian
4.2 Instrumen kajian
4.2.1 Soal selidik
4.2.2 Pemerhati
4.2.3 Rujukan
4.3 Cara pengumpulan data
4.3.1 Borang soal selidik
4.3.2 Maklumat secara pemerhati
4.4 Pemprosesan Data
8 5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan 12 - 25
5.1 Profil demografi/ Maklumat responden
5.2 Mengenal Pasti Jenis-Jenis Pengambilan Makanan Viral di Melaka
Yang Digemari dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 6 SMK Tinggi
Melaka.
5.3 Mengkaji Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pemakanan Makanan
Viral dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 6 SMK Tinggi Melaka.
9 6.0 Rumusan dan Kesimpulan 26 -27
6.1 Jenis-Jenis Pengambilan Makanan Viral di Melaka dalam Kalangan
Pelajar Tingkatan 6 SMK Tinggi Melaka
6.2 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pemakanan Makanan Viral
dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 6 SMK Tinggi Melaka
10 7.0 Rujukan 28

ISI KANDUNGAN

iii
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu
Encik Ali bin Mohammad Ja’afar dan Puan Nuraini binti Mustofa kerana telah memberikan semangat dan
dorongan yang jitu kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih yang tidak terhingga
dicurahkan kepada guru Pengajian Am saya iaitu Puan Sahana kerana telah banyak membantu dan
membimbing saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Di samping itu, saya juga ingin berterima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Tinggi
Melaka, Dr Ramnan bin Saidun kerana telah memberikan kebenaran kepada kami untuk melaksanakan
kajian ini. Kalungan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat saya yang telah banyak membantu dalam
memberikan pandangan yang bernas ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga ucapan terima
kasih yang tidak terhingga diberikan kepada responden yang telah memberikan kerjasama yang padu serta
sanggup meluangkan masa mereka untuk menjawab soal selidik.

Akhir sekali, setulus ikhlas terima kasih diucapakan kepada semua pihak yang telah membantu
saya secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.

iii
AMALAN PEMAKANAN MAKANAN VIRAL DI MELAKA DALAM KALANGAN
PELAJAR TINGKATAN 6 SMK TINGGI MELAKA

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji budaya pemakanan makanan viral di Melaka dalam
kalangan pelajar Tingkatan 6 SMK Tinggi Melaka. Di dalam kajian ini akan mengemukakan dua objektif
utama kajian iaitu bagi mengenal pasti jenis-jenis pengambilan makanan viral di Melaka dalam kalangan
pelajar Tingkatan 6 SMK Tinggi Melaka dan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pemakanan
makannan viral di Melaka dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 SMK Tinggi Melaka. Lokasi kajian ini
dijalankan di SMK Tinggi Melaka

iii
1.0 PENGENALAN

Makan selain untuk hidup boleh menjadi terapi yang cukup membahagiakan kepada seseorang
lebih- lebih lagi kalau makanan tersebut mempunyai rasa yang amat sedap. Makanan juga mampu
menjadikan sesuatu tempat itu menjadi viral serta membuatkan seseorang itu sanggup datang dari
jauh untuk mencuba makanan di tempat tersebut malah, terdapat juga influencer yang sanggup untuk
membuat review makanan yang viral itu. Sesuatu makanan itu boleh menjadi viral berkemungkinan
kerana makanan tersebut mempunyai pemasaran yang hebat ataupun makanan tersebut memang
terbaik rasanya yang memenuhi selera dan cita rasa pelanggan sehingga mampu membuat orang
ramai jatuh cinta dengan makanan tersebut.

Pada zaman kini, tiada apa yang mustahil apabila telefon pintar telah menjadi separuh ‘nyawa’
dalam kehidupan manusia. Apa yang dikongsi akan merebak dengan sepantasnya lebih-lebih lagi
tentang perkara baik seperti makanan yang sedap. Definisi tular menurut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka Edisi Keempat ialah sesuatu yang merebak. Secara takrifan, menular boleh dikategorikan
sebagai berjangkit atau merebak (tentang penyakit atau benih penyakit) atau merebak ke merata-rata
(tentang sesuatu yang kurang baik). Manakala makanan tular atau viral membawa maksud sesuatu
makanan yang disebarkan maklumat mengenainya kerana mempunyai pelbagai faktor yang menarik
perhatian masyarkat terhadap makanan tersebut.

Amalan pemakanan makanan viral ini dilihat semakin giat diikuti oleh pelbagai jenis lapisan
masyarakat lebih-lebih lagi daripada generasi muda. Rata-rata makanan viral ini terdiri daripada
makanan moden mahupun tradisional yang dipopularkan melalui media massa atau media sosial
seperti Tik Tok dan Instagram. Malah terdapat juga makanan viral ini yang diubahsuai resepinya
dengan lebih kreatif dan menarik supaya makanan tersebut menjadi lebih sedap dan lazat serta
memenuhi cita rasa pelanggan. Budaya pemakanan makanan viral di negara kita kian bertambah
apabila budaya makanan luar dibawa masuk ke dalam negara ini seperti makanan Oden daripada
negara Jepun dan Vietnamese roll daripada negara Vietnam. Terdapat pelbagai jenis makanan viral
yang diniagakan oleh para peniaga tempatan sebagai sumber pendapatan ekonomi mereka di samping
dapat memperoleh keuntungan.

Selain itu, makanan viral ini boleh didapati melalui pelbagai cara mengikut peredaran zaman
yang moden. Makanan ini boleh dipesan secara atas talian atau dibeli di kedai makanan yang menjual
makanan tersebut. Namun, jika kita tidak mahu membeli makanan viral tersebut di kedai, ia juga t

1
memasak makanan tersebut secara sendiri di rumah melalui perkongsian resepi-resepi makanan viral
yang boleh didapati di internet, media sosial dan YouTube.

Akhir sekali, di dalam kajian ini akan membincangkan dua objektif utama iaitu mengenalpasti
jenis-jenis pengambilan makanan viral di Melaka yang digemari dalam kalangan pelajar Tingkatan 6
SMK Tinggi Melaka serta mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pemakanan makanan viral di
Melaka dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 SMK Tinggi Melaka.

2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tumpuan kajian adalah :

1. Mengenal pasti jenis-jenis pengambilan makanan viral di Melaka yang digemari dalam
kalangan pelajar Tingkatan 6 SMK Tinggi Melaka.
2. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pemakanan makanan viral dalam kalangan
pelajar Tingkatan 6 SMK Tinggi Melaka.

3
3.0 LOKASI KAJIAN

Peta 1 : Peta Negeri Melaka


Sumber : https://www.google.com.my/maps

Melaka merupakan negeri bandar raya bersejarah dan telah diiktirafkan sebagai Bandar Warisan Dunia
(World Heritage) oleh UNESCO pada tahun 2008. Melaka juga dinamakan sebagai Negeri Bandar
Teknologi Hijau yang merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia. Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta
bertentangan dengan Sumatera. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri

4
Sembilan di utara dan Johor di timur. Pulau Besar juga termasuk dalam sempadan negeri. Jumlah
penduduk Melaka setakat tahun 2022 dicatatkan sebanyak 834,781 orang. Penduduk-penduduk negeri
Melaka terdiri daripada kaum: Melayu: 67% Cina dan Peranakan (Baba dan Nyonya): 26% India,
termasuk segolongan kecil bangsa Chitty: 6% Lain-lain bangsa, termasuk bangsa Papia Kristang, iaitu
bangsa Serani yang berketurunan daripada bangsa Portugis dan yang bertutur dalam bahasa Cristao
(sejenis dialek Portugis yang lama): 1%. Melaka merupakan antara negeri-negeri di kawasan pantai barat
yang membangun di mana mempunyai peratus kaum Melayu antara yang terbesar (67%) berbanding
negeri-negeri lain yang membangun di kawasan pantai barat seperti Johor, Negeri Sembilan, Selangor,
Perak dan Pulau Pinang. Bandar-bandar utama di negeri Melaka ialah Bandaraya Melaka, Alor Gajah,
Masjid Tanah, Jasin, Merlimau, Tampin/Pulau Sebang, Ayer Keroh dan Asahan.

Peta 2 : Daerah Melaka Tengah.


Sumber : https:/www.google.com.my/maps
Daerah Melaka Tengah merupakan daerah termaju antara 3 daerah di Melaka dimana ianya terletak
ditengah-tengah Melaka.  Bandaraya Melaka juga terletak di daerah Melaka Tengah. Selain Bandaraya
Melaka, terdapat beberapa bandar dan pekan seperti Bukit Baru, Ayer Keroh, Ayer Molek, Batu
Berendam, Banda Hilir, Bukit Beruang, Tangga Batu, Tanjong Kling, Paya Rumput, Klebang  dan Sungai
Udang. Daerah Melaka Tengah merangkumi 29 mukim. Keluasan Kawasan daerah ini ialah 314
kilometer persegi dengan jumlah kepadatan penduduk sebanyak 503,217 orang.

5
Pentadbiran di daerah Melaka Tengah bagi Pihak Berkuasa Negeri terletak di Pejabat Daerah dan Tanah
Melaka Tengah manakala bagi Pihak Berkuasa Tempatan terbahagi kepada 2 kawasan iaitu Majlis
Perbandaran Hang Tuah Jaya dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.Kawasan Pentadbiran daerah
Melaka Tengah terletak di kawasan Ayer Keroh. Bagi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah ianya
terletak di kawasan Pentadbiran di Bangunan Wisma Negeri, Hang Tuah Jaya, MITC manakala
Pentadbiran MBMB di Graha Maju Ayer Keroh dan MPHTJ di Melaka Mall, Ayer Keroh.

Daerah Melaka Tengah merupakan daerah tumpuan dan mempunyai kelengkapan pengangkutan awam
yang terbaik antara daerah lain. Melaka Sentral iaitu pusat perhentian bas dan teksi utama di Melaka
terletak dalam daerah ini. Di Melaka Sentral terdapat perhentian bas untuk syarikat pengangkutan awam
bagi bas ekspress,bas henti-henti serta kemudahan teksi .Ia lengkap dengan kemudahan seperti
tandas,surau, mesin ATM, kedai-kedai makan dan sebagainya. Di daerah Melaka Tengah juga terletaknya
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka(LTAM) di Batu Berendam.

Daerah Melaka Tengah juga merupakan daerah yang paling menjadi tumpuan di Melaka. Lokasi
kemasukan Lebuhraya Utara Selatan, Ayer Keroh sering dilalui jutaan kenderaan terutama pada hujung
minggu. Berikut merupakan 10 lokasi tumpuan pelancong di daerah Melaka Tengah :-

1. Zoo Melaka, Taman Mini ASEAN, Taman Buaya, Taman Burung dan Taman Rama-
Rama di Ayer Keroh Melaka
2. Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di MITC, Melaka
3. Kota A Famosa di Banda Hilir Melaka
4. Taman Botanikal Melaka di Ayer Keroh, Melaka
5. Bayou Lagoon Bukit Katil, Melaka
6. Coconut Shake dan Kuih Keria Antarabangsa di Klebang, Melaka
7. Hospital Melaka di Bukit Baru, Melaka
8. Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka
9. Leypark Station, Ayer Keroh.
10. Jonker Walk Street Night Market.
11. Bukit Melaka (St.Paul).
12. Mahkota Parade Melaka
13. Masjid Selat, Pulau Melaka
14. Dataran Pahlawan Melaka Mega Mall
15. The Shore Melaka .

6
Peta 3 : SMK Tinggi Melaka, Jalan Chan Koon Cheng, Bandar Hilir, Melaka.

Sumber : https:/www.google.com.my/maps
SMK Tinggi Melaka terletak di Kawasan Bandar Hilir yang juga merupakan kawasan pelancongan di
Melaka. Sekolah ini merupakan sekolah kedua tertua di Malaysia selepas Penang Free School.

7
Foto 1 : Bird Eye Malacca High School

8
4.0 METODOLOGI KAJIAN

Menurut Hornby(1985), Metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan
kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. Oleh itu, bahagian ini membincangkan sampel kajian,
instrument kajian, cara pengumpulan data dan cara analisis data bagi menjawab persoalan-persoalan
kajian yang telah dikemukakan lebih awal.

4.1 Sampel Kajian

Persampelan adalah prosedur pemilihan sampel atau responden daripada sekumpulan populasi di
sesuatu tempat. Persampelan adalah penting dalam penyelidikan bagi memastikan kesimpulan yang
dibuat daripada sampel benar-benar mewakili pandangan atau persepsi sejumlah populasi. Tiada
peraturan ditetapkan kepada responden.

Seramai 30 orang responden telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik. Bilangan sampel
bersesuaian dengan kajian kuantitatif yang memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili
populasi yang dikaji (R.Kuberan et al, 2013) . Responden ini merupakan pelajar yang belajar di SMK

9
Tinggi Melaka. Responden yang dipilih terdiri daripada pelajar tingkatan 6 yang berumur 19 tahun
kesemuanya. Pada peringkat umur tersebut, responden dapat membuat keputusan yang rasional.

4.2 Instrumen Kajian

Kajian menggunakan instrumen borang soal selidik dan temubual.

4.2.1 Borang Soal Selidik

Kaedah soal selidik merupakan satu proses kajian untuk menghasilkan suatu laporan ilmiah
bagi menyelesaikan masalah mengikut disiplin-disiplin tertentu. Soal selidik adalah kaaedah
utama dalam pengumpulan data kerana kaedah ini menghubung terus dengan kumpulan
sasaran. Soalan dalam boranag soal selidik perlulah bersesuaian dan mengikut objektif kajian.
Instrumen soal selidik yang dibina menggunakan prinsip soalan yang ringkas dan mudah
difahami oleh responden. Soalan dalam borang soal selidik menggunakan skala likert 5 point.

4.2.2 Temu Bual


Kaedah temu bual telah digunakan dalam kajian ini untuk merakam perbualan maklum balas
antara pengkaji dan responden bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian Transkripsi perbualan
telah dirangka terlebih dahulu sebelum temu bual dijalankan bagi memperoleh data yang
tepat dan boleh dipercayai.

4.2.3 Rujukan

Instrumen rujukan utama pengkaji ialah sumber daripada internet yang berkaitan dengan
makanan yang menarik di sekitar Melaka.

4.3 Cara Pengumpulan Data

4.3.1 Borang Soal Selidik

Dalam kajian ini, boring soal selidik diedarkan secara atas talian bagi tujuan mendapatkan
maklum balas secara terus daripada pengunjung yang pernah datang ke lokasi kedai-kedai

10
makanan viral di sekitar negeri Melaka. Data yang diperoleh dianalisis bagi mendapatkan
indeks purata. Selain itu, pemilihan individu yang dilakukan secara rawak bagi mendapatkan
maklumat taburan secara menyeluruh. Melalui maklumat yang dikumpulkan dapat
menggambarkan keadaan sebenar serta memahami permasalahan yang hendak dianalisis data
ini juga dapat digunakan untuk meramal keperluan pada masa sekarang dan masa hadapan
bagi kajian yang dilakukan.

4.4 Pemprosesan Data

Dalam borang soal selidik, skala likert 5 peringkat digunakan dalam menilai persepsi
Responden dalam kalangan pelajar SMK Tinggi Melaka berkenaan makanan viral di Melaka.
Angka 1 mewakili sangat tidak setuju, angka 2 mewakili tidak setuju, angka 3 mewakili tidak
pasti, angka 4 mewakili setuju dan angka 5 mewakili sangat setuju. Data yan g diterima
diperoleh daripada responden melalui borang soal selidik dan dikaji serta disusun
menggunakan kaedah purata indeks yang bersesuaian dengan objektif dan skop kajian. Data
dipersembah dalam bentuk jadual dan histogradan carta pai untuk mendapatkan gambaran
yang lebih jelas.
Jadual di bawah menunjukkan kategori skill yang diambil kira dalam proses menganalisis data.

SKALA PURATA INDEKS


5= Sangat setuju 4.50< Purata Indeks <5.00
4=Setuju 3.50< Purata Indeks <4.50
3=Tidak pasti 2.50< Purata Indeks <3.50
2=Tidak setuju 1.50< Purata Indeks <2.50
1=Sangat tidak setuju 0.00< Purata Indeks <1.50

11
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Demografi Responden

Jadual 1 : Bilangan Jantina

Jantina Kekerapan (orang) Peratus (%)


Lelaki 21 70.0
Perempuan 9 30.0
Jumlah 30 100

Sumber : Kajian Lapangan 2022

12
Rajah 1 : Bilangan Responden Mengikut Jantina.

Sumber : Kajian Lapangan 2022.

Jadual l dan carta pai menunjukkan bilangan responden mengikut jantina. Jumlah keseluruhan responden
yang disoal selidik ialah 30 orang. Berdasarkan jadual 1 dan carta pai di atas, bilangan jantina bagi lelaki
ialah seramai 21 orang (70.0%). Manakala bilangan jantina responden perempuan pula ialah seramai 9
orang (30.0%).
Sampel kajian bilangan responden mengikut jantina diambil untuk memastikan dapatan kajian lebih jelas
dan dapat megelakkan pandangan yang menyebelahi daripada satu jantina sahaja.

Jadual 2 : Bilangan Responden Mengikut Kaum.

Kaum Kekerapan (orang) Peratus (%)


Melayu 17 56.7
Cina 7 23.3
India 5 16.7
Thai 1 3.3
Jumlah 30 100

13
Sumber : Kajian Lapangan 2022

Rajah 2 : Bilangan Responden Mengikut Kaum.

Sumber : Kajian Lapangan 2022.

Berdasarkan 30 orang responden yang disoal selidik, bilangan responden daripada kaum Melayu
merupakan paling ramai iaitu 17 orang (56.7%). Bilangan kedua teramai ialah daripada kaum Cina
iaitu seramai 7 orang (23.3%), diikuti dengan responden kaum India seramai 5 orang (16.7%) dan
disertai responden daripada kaum Thai dengan bilangan hanya 1 orang (3.3%). Pendapatan kajian
menujukkan lebih ramai responden yang berbangsa Melayu di kalangan pelajar tingkatan 6 SMK
Tinggi Melaka. Bilangan kajian bagi kaum diambil bagi menganalisis data penggemaran makanan
viral dalam kalangan pelajar Tingkatan 6.

Jadual 3 : Bilangan Responden Mengikut Agama.

Agama Kekerapan (orang) Peratus (%)


Islam 21 70.0
Buddha 3 10.0
Hindu 4 13.3
Kristian 2 6.7

14
Jumlah 30 100

Sumber : Kajian Lapangan 2022.

Rajah 3 : Bilangan Responden Mengikut Agama.

Sumber : Kajian Lapangan 2022.

Berdasarkan 30 orang responden kajian, menunjukkan seramai 21 orang (70.0%) responden yang
beragama Islam dan diikuti 3 orang (10.0%) responden beragama Buddha. Selebihnya ialah beragama
Hindu dan Kristian dengan bilangan masing-masing seramai 4 orang (13.3%) dan 2 orang (6.7%).
Berdasarkan rajah di atas dapat dilihat lebih ramai responden yang beragama Islam kerana kebanyakkan
responden yang menjawab soal seilidik kebanyakkan berbangsa Melayu.

Jadual 4 : Bilangan Responden Mengikut Negeri Asal.

Negeri Asal Kekerapan (orang) Peratus (%)


Melaka 19 63.3
Johor 2 6.7

15
Negeri Sembilan 1 3.34
Kuala Lumpur 3 10.0
Perak 1 3.3
Pulau Pinang 1 3.3
Kedah 1 3.3
Kelantan 1 3.3
Sarawak 1 3.3
Jumlah 30 100

Sumber : Kajian Lapangan 2022.

Rajah 4 : Bilangan Responden Mengikut Negeri Asal.


Sumber : Kajian Lapangan 2022.
Berdasarkan pengumpulan data 30 orang responden, dapat dilihat majoriti responden berasal daripada
negeri Melaka iaitu seramai 19 orang (63.3%) diikuti oleh responden daripada Kuala Lumpur dan
negeri Johor dengan bilangan masing-masing sebanyak 3 orang (10.0%) dan 2 orang (6.7%). Bagi
responden daripada negeri-negeri yang lain seperti Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Kedah,
Kelantan dan Sarawak masing-masing hanya 1 orang (3.3%) bagi setiap negeri tersebut. Responden
yang berasal daripada negeri Melaka dilihat paling ramai kerana kebanyakkan mereka telah menetap
lama di Melaka dan juga merupakan penduduk asal negeri Melaka.
Jadual 4: Bilangan Responden Mengikut Kelas.

Kelas Kekerapan (orang) Peratus (%)


Aliran Sains 5 83.3

16
Aliran Sastera 25 16.7
Jumlah 30 100

Sumber : Kajian Lapangan 2022.

Rajah 5 : Bilangan Responden Mengikut Kelas.


Sumber : Kajian Lapangan 2022.
Daripada 30 orang responden yang terlibat, lebih ramai responden daripada kelas aliran sastera iaitu
seramai 25 orang (83.3%). Bilangan responden daripada kelas aliran sains pula menujukkan hanya
seramai 3 orang ( 16.7%). Bilangan responden daripada kelas aliran sastera lebih ramai kerana jumlah
pelajar tingkatan 6 kelas aliran sastera mengatasi jumlah pelajar kelas aliran sains. Kajian ini diambil
untuk memastikan perolehan data yang lebih tepat dan seimbang.

Jadual 6 : Bilangan Responden Mengikut Kekerapan Pengambilan Makanan Viral di Melaka


dalam Tempoh Sebulan.

Kekerapan Pengambilan Kekerapan (orang) Peratus (%)

17
Makanan Viral di Melaka
dalam Tempoh Sebulan.
1 hingga 2 kali 7 23.3
3 hingga 5 kali 16 53.3
5 hingga 10 kali 5 16.7
Melebihi 10 kali 2 6.7
Jumlah 30 100

Sumber : Kajian Lapangan 2022.

Rajah 6 : Bilangan Responden Mengikut Kekerapan Pengambilan Makanan Viral di Melaka


dalam Tempoh Sebulan.
Sumber : Kajian Lapangan 2022.
Berdasarkan hasil soal selidik kajian didapati sebilangan besar responden kerap mengambil makanan
viral di Melaka dalam tempoh sebulan iaitu 3 hingga 5 kali seramai 16 orang (53.3%). Seterusnya,
bagi kekerapan pengambilan makanan viral di melaka dalam tempoh sebulan oleh responden ialah 1
hingga 2 kali dengan bilangan seramai 7 orang (23.3%) dan diikuti dengan kekerapan 5 hingga 10
kali dan melebihi 10 kali dengan bilangan masing-masing seramai 5 orang (16.7%) dan 2 orang
(6.7%). Hasil dapatan kajian ini dapat membolehkan pengkaji mengira dan analisis data kekerapan
pengambilan makanan viral di Melaka dalam tempoh sebulan oleh responden.
4.5 Mengenal Pasti Jenis-Jenis Pengambilan Makanan Viral di Melaka yang Digemari dalam
Kalangan Pelajar Tingkatan 6 SMK Tinggi Melaka.

18
Jadual 7 : Bilangan Responden Mengikut Jenis Pengambilan Makanan Viral di Melaka yang
Digemari dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 6.

Jenis-Jenis Makanan Viral di Ya Tidak


Melaka f % f %
Corndog 25 83.3 5 16.7
Boba Milk Tea 25 83.3 5 16.7
Manggo Float 21 70.0 9 30.0
Cendol Kampung Hulu 24 80.0 6 20.0
Coconut Shake Klebang 22 73.3 8 26.7
Asam Pedas Claypot 22 73.3 8 26.7

Sumber : Kajian Lapangan 2022.

JENIS- JENIS PENGAMBILAN MAKANAN VIRAL DI MELAKA


DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 6 SMK TINGGI
MELAKA
12

10

0
Corndog Boba Milk Manggo Float Cendol Coconut Asam Pedas
Tea Kampung Shake Claypot
Hulu Klebang

Ya Tidak

Rajah 7 : Bilangan Responden Mengikut Jenis-Jenis Pengambilan Makanan Viral di Melaka


Yang Digemari dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 6 SMK Tinggi Melaka.
Sumber : Kajian Lapangan 2022.

19
Berdasarkan jadual 7, pengambilan makanan viral corndog dan boba milk tea menunjukkan
bilangan tertinggi responden yang menandakan “Ya” bagi penggemaran makanan tersebut. Hal ini
dapat dibuktikan melalui borang soal selidik iaitu seramai 25 daripada 30 responden dengan
peratusan masing-masing sebanyak 83.3% yang telah memilih “Ya”. Baki responden selebihnya iaitu
seramai 5 responden bersamaan 16.7% telah menandakan “Tidak” bagi penggemaran kedua-dua jenis
makanan viral tersebut. Berdasarkan hasil data soal selidik, secara umumnya dapat dilihat lebih ramai
responden memilih makanan corndog dan boba milk tea sebagai makanan viral yang yang paling
digemari dan kerap diambil oleh para responden. Berdasarkan hasil data temubual, didapati informen
1 kerap mengambil jenis makanan viral seperti corndog dan boba milk tea kerana berpendapat
bahawa makanan tersebut merupakan makanan moden yang masih baru diperkenalkan. Oleh itu,
terdapat ramai orang berminat untuk mencuba sesuatu makanan yang baharu dan menarik lebih-lebih
lagi makanan yang terkenal serta mendapat maklum balas positif daripada pelanggan. Di samping itu,
informen 1 juga berpendapat bahawa pengambilan makanan viral seperti corndog dan boba milk tea
ini majoriti diminati oleh generasi muda sahaja kerana pada tanggapan mereka, makanan tersebut
berunsur hipster dan unik.

Seterusnya, bilangan kedua tertinggi pengambilan makanan viral yang digemari ialah Cendol
Kampung Hulu. Pengambilan makanan ini mencatat jumlah sebanyak 24 orang responden yang
menandakan “Ya” iaitu kira-kira 80%. Baki selebihnya, iaitu sebanyak 6 responden bersamaan 20%
telah menandakan “Tidak” pada borang soal selidik yang telah diedarkan. Makanan viral Cendol
Kampung Hulu dilihat mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh kebanyakkan responden.
Hal ini terjadi demikian kerana makanan ini mempunyai keunikan resepi cendolnya yang lain
daripada cendol biasa selain dikatakan terkenal di Melaka. Menurut kenyataan daripada Informen 2,
beliau memilih Cendol Kampung Hulu sebagai makanan viral kerana kesedapan makanan tersebut
yang mempunyai rasa yang unik dan menarik perhatian pembelinya. Tambahan daripada informen 2,
Cendol Kampung Hulu juga mempunyai pelbagai aneka perisa cendol yang menarik serta memenuhi
cita-rasa para pelanggannya. Namun begitu, informen 3 yang telah menandakan “Tidak” menggemari
pengambilan makanan viral Cendol Kampung Hulu berpendapat bahawa makanan tersebut
mempunyai kandungan gula yang tinggi dan terlalu manis untuk dimakan.

20
Di samping itu, makanan Coconut Shake Klebang dan Asam Pedas Claypot masih mendapat
bilangan yang tinggi pengambilan makanan viral yang digemari oleh kebanyakkan
responden.Pengambilan makanan ini telah mencatat jumlah sebanyak 22 responden yang
menandakan “Ya” bagi penggemaran makanan tersebut. Jumlah peratusan yang menandakan “Ya”
bagi penggemar makanan Coconut Shake Klebang dan Asam Pedas Claypot ialah sebanyak 73.3%
responden manakala baki selebihnya iaitu seramai 8 responden bersamaan 26.7% telah menandakan
“Tidak” menggemari makanan tersebut. Hasil analisis data menunjukkan ramai responden yang
menggemari serta kerap mengambil makanan tersebut. Berdasarkan kenyataan daripada informen 3
melalui sesi temu bual, “Asam pedas Claypot merupakan makanan tradisional Melaka yang mana
resepinya diperoleh daripada turun-temurun serta menjadi rahsia kesedapannya. Oleh itu, tidak
hairanlah jika ramai pelancong sanggup datang daripada jauh untuk merasai keenakan makanan ini.”.
Menurut kenyataan daripada informen 2 pula, “Coconut Shake pula merupakan makanan pencuci
mulut yang sangat lazat dan diminati ramai kerana resepinya yang kreatif dan telah ditambahbaik
seperti peletakkan topping dan ais krim pada air kelapa tersebut supaya kelihatan lebih menarik pada
mata pelanggannya”.

Akhir sekali, Makanan Manggo Float juga tidak terkecuali mendapat bilangan yang tinggi
bagi pengambilan makanan viral yang digemari dalam kalangan responden. Hal ini dapat dibuktikan
berdasarkan data yang dikumpul iaitu sebanyak 21 daripada 30 responden telah menandakan “Ya”
manakala bilangan responden yang menandakan “Tidak” ialah sebanyak 9 orang. Jumlah peratusan
responden yang memilih “Ya” bagi penggemar makanan Manggo Float ialah sebanyak 70%
mengatasi jumlah responden yang memilih “Tidak” iaitu sebanyak 30%. Hal ini dapat dilihat secara
keseluruhanya makanan Manggo Float juga merupakan salah satu makanan yang digemari dan kerap
diambil oleh para responden. Hasil temu bual bersama informen 1 menyatakan bahawa Manggo Float
mampu laris dan diminati oleh kebanyakkan pelangganya oleh kerana makanan tersebut yang berupa
pemanis mulut serta resepinya yang unik dan rasa yang menarik. Tambahan daripada informen 2,
“Manggo Float merupakan makanan generasi muda sekarang kerana mempunyai rasa yang manis dan
diubahsuai resepinya supaya mempunyai rasa yang lebih sedap seperti menambah ais krim, topping
dan cheese. Namun begitu, terdapat sedikit kekurangan Manggo Float iaitu lokasi perniagaan Manggo
Float yang sukar didapati kerana hanya mempunyai satu sahaja cawangan utamanya.

Kesimpulannya, majoriti responden dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 SMK Tinggi Melaka
ramai menggemari makanan viral di Melaka seperti Corndog, Cendol Kampung Hulu, Boba Milk
Tea, Asam Pedas Claypot, Coconut Shake dan Manggo Float.

21
4.6 Mengkaji Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pemakanan Makanan Viral dalam Kalangan
Pelajar Tingkatan 6 SMK Tinggi Melaka.

Jadual 8 : Bilangan Responden Mengikut Faktor-Faktor yang Mempengaruhi


Pemakanan Makanan Viral dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 6
SMK Tinggi Melaka.

Sangat
Tidak Tidak Setuju Sangat
Tidak
Setuju Pasti Setuju
Setuju
Faktor-
Min
Faktor
(1)
(2) (3) (4) (5)
f % f % f % f % f %
Rasa yang 0 0 1 3.33 4 13.33 13 43.3 12 40.00 4.2
unik 3
Pemasaran 0 0 2 6.67 3 10.00 14 46.6 11 36.67 4.13
yang hebat 7
Mengikuti 0 0 1 3.33 3 10.00 11 36.6 15 50.00 4.3
trend 7
terkini
Mencuba 0 0 1 3.33 1 3.33 13 43.3 15 50.00 4.4
sesuatu 3
makanan
baharu
Ilustrasi 1 3.33 2 6.67 7 23.33 8 26.6 12 40.00 3.93
hiasan pada 7
makanan
yang
menarik
Ketagihan 1 3.33 3 10.00 7 23.33 10 33.3 9 30.00 3.77
akibat 3
terlalu
sedap
Pengaruh 0 0 0 0 5 16.67 13 43.3 12 40.00 4.23
media 3
sosial

Sumber : Kajian Lapangan 2022.

22
FAKTOR-FAKTOR PENDORONG MAKANAN VIRAL MENJADI PILIHAN
PELAJAR
TINGKATAN 6 SMK TINGGI MELAKA
16 14 15 15
13 12 13 12 13 12
12 11 11 10 9
8 7 8 7
4 5
4 2 3 3
1 2
3
0 1 0 0 1 0 1 1 1 0 0
0
ik t i ru ik p l
un ba in ar da si a
he rk ha en se so
ng te ba
ya ng nd an
m lu ia
a ya tre ng er
la ed
as an kan ya t m
R ti a t h
ar ku m an ib
a ru
as gi u an ak
a
m en at a k ng
Pe M su m ha
n Pe
se si i
ba tra t ag
ncu i lu
s Ke
e
M

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti


Setuju Sangat Setuju

Rajah 8 : Bilangan Responden Mengikut Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pemakanan


Makanan Viral dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 6 SMK Tinggi Melaka.
Sumber : Kajian Lapangan 2022.

Berdasarkan jadual 8, faktor pertama yang mempengaruhi pemakanan makanan viral dalam
kalangan Pelajar Tingkatan 6 SMK Tinggi Melaka ialah rasa makanan yang unik. Bagi faktor ini,
tiada responden yang memberikan kenyataan “Sangat Tidak Setuju”. Seterusnya, hanya seorang
sahaja responden yang menyatakan “Tidak Setuju” bersamaan 3.33% dan diikuti oleh “Tidak Pasti”
sebanyak 4 responden bersamaan 13.33%, “Setuju” sebanyak 13 responden bersamaan 43.33% dan
yang terakhir “Sangat Setuju” sebanyak 12 responden bersamaan 40%. Min bagi faktor ini ialah 4.2
(4) iaitu “Setuju”. Berdasarkan hasil temu bual bersama informen 3, beliau memberi tahu bahawa
“rasa makanan yang unik dan sedap adalah punca sesuatu makanan tersebut berjaya menjadi viral dan
diminati ramai. Selain itu, kebiasaannya makanan yang unik ini terkenal kerana mempunyai nama
yang pelik atau cara penghasilanya yang sukar”. Informen 3 juga telah memilih “Setuju” pada rasa
yang unik sebagai faktor yang mempengaruhi pemakanan makanan viral oleh Pelajar Tingkatan 6
sekolah ini.

Selain itu, faktor kedua yang mempengaruhi pemakanan makanan viral ialah pemasaran
makanan yang hebat atau berjaya. Berdasarkan data yang diperoleh, tiada responden yang
menyatakan “Sangat Tidak Setuju”. Seterusnya diikuti oleh responden yang menyatakan“Tidak

23
Setuju” sebanyak 2 responden bersamaan 6.67%, “Tidak Pasti” sebanyak 3 responden bersamaan
10.00%, “Setuju” sebanyak 14 responden bersamaan 46.67% dan yang terakhir sebanyak 11
responden yang menyatakan “Sangat Setuju” dengan peratusan sebanyak 36.67%. Min yang
diperoleh menunjukkan 4.13 (4) iaitu “Setuju”. Hasil temu bual bersama informen 2 menyatakan
bahawa “pemasaran yang hebat, berkesan dan menarik merupakan salah satu faktor yang
membolehkan makanan tersebut dikenali ramai. Kaedah jualan dan promosi secara agresif dan kreatif
oleh para penjual mampu mengangkat makanan mereka sebagai makanan viral. Di samping itu, pada
era teknologi moden ini pemasaran produk makanan menjadi lebih mudah, pantas dan berkesan
kerana dibantu oleh kuasa viral yang digunakan oleh netizen di pelbagai platform media social seperti
Instagram, Tik Tok dan Telegram Channel”. Oleh itu, informen 2 “Sangat Setuju” bahawa faktor
yang mempengaruhi pemakanan makanan viral ialah kaedah pemasaran yang hebat.

Di sampaing itu, faktor ketiga yang mempengaruhi pemakanan makanan viral ialah mengikuti
trend terkini. Berdasarkan analisis data menunjukkan tiada responden yang berpendapat “Sangat
Tidak Bersetuju” bagi faktor tersebut. Seterusnya, data menunjukkan sebanyak seorang sahaja yang
menandakan “Tidak Setuju” bersamaan 3.33% serta diikuti oleh “Tidak Pasti” sebanyak 3 responden
bersamaan 10.00% , responden “Setuju” sebanyak 11 orang bersamaan 36.67% dan responden
“Sangat Setuju” sebanyak 15 orang bersamaan 50.00% bagi faktor mengikuti trend terkini. Min
purata untuk faktor ini menunjukkan nilai 4.3 (3) iaitu skala “Sangat Setuju”. Hasil dapatan temu bual
di antara informen 1 memberi respon bahawa “kebanyakkan makanan ini menjadi terkenal kerana
para penjual makanan ini cuba mengikuti trend atau situasi terkini yang berlaku di sesebuah tempat”.
Pada pendapatnya, dengan cara meniru trend terkini dapat membantu makanan tersebut diperkenalkan
kepada pelanggan serta mampu menarik pelanggan untuk mencuba sesuatu makanan baharu.
Tuntasnya, informen 1 “Sangat Setuju’ bahawa faktor mengikuti trend terkini terbukti mampu
mempengaruhi pemakanan makanan viral oleh masyarakat.

Seterusnya, faktor yang mempengaruhi pemakanan makanan viral ialah mencuba sesuatu
makanan baharu. Bagi faktor ini memaparkan nilai peratusan sebanyak 0% bagi kategori skala
“Sangat Tidak Setuju” iaitu tiada responden yang memilih tidak bersetuju dengan faktor tersebut.
Sementara itu, bagi kategori skala “Tidak Setuju” dan “Tidak Pasti” memperoleh bilangan responden
yang sama iaitu masing-masing sebanyak seorang responden sahaja bersamaan 3.33% dan disertai
oleh skala “Setuju” sebanyak 13 responden bersamaan 43.33% dan skala “Sangat Setuju”
memperoleh sebanyak ½ daripada 30 responden bersamaan 50.00% bagi faktor mencuba sesuatu
makanan baharu. Berdasarkan hasil kiraan data, min purata bagi faktor ini menunjukkan nilai yang

24
tertinggi iaitu sebanyak 4.4 untuk skala “Sangat Setuju”. Menurut informen 3, “masyarakat lebih
cenderung untuk mencuba sesuatu makanan yang baharu berkemungkinan kerana telah berasa bosan
dengan rasa makanan yang sama dan tiada perubahan yang dilakukan pada makanan sedia ada. Ciri-
ciri yang menarik masyarakat mencuba makanan yang baharu ialah dari segi penamaan makanan
yang menarik, rasa yang unik dan sedap serta sejarah asal makanan tersebut yang mengujakan.” Oleh
demikian itu, informen 3 menyatakan “Sangat Setuju” berkaitan mencuba sesuatu makanan baharu
sebagai faktor yang mempengaruhi pemakanan makanan viral.

Tambahan pula, faktor berikutnya yang mempengaruhi pemakanan makanan viral ialah
ilustrasi hiasan pada makanan yang menarik. Berdasarkan analisis data menunjukkan seramai seorang
responden bersamaan 3.33% telah memilih kategori skala “Sangat Tidak Setuju” berkenaan dengan
faktor berikut. Seterusnya, bagi kategori skala ‘Tidak Setuju” memperoleh sebanyak 2 responden
bersamaa 6.67% undian, skala “Tidak Pasti” sebanyak 7 responden bersamaan 23.33% undian, skala
“Setuju” sebanyak 8 responden bersamaan 26.67% undian dan skala terakhir “Sangat Setuju”
memperoleh undian sebanyak 12 responden yang bersamaan 40.00% bagi faktor ilustrasi hiasan pada
makanan yang menarik. Secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa faktor tersebut memperoleh min
purata sebanyak 3.93 iaitu berkenaan skala “Sangat Setuju”. Berdasarkan maklumat yang diterima
daripada hasil temu bual informen 2, beliau berpendapat bahawa “hiasan pada makanan yang menarik
dan melazatkan mampu menarik minat pelanggan untuk mencuba makanan tersebut. Selain itu, dapat
dilihat terdapat pelbagai jenis makanan yang menggunakan hiasan makanan yang kreatif dan cantik
untuk menarik perhatian para pembeli seperti meletakkan cheese atau pelbagai corak hiasan pada
makanan. Malah, sesuatu makanan itu dilihat menarik secara fizikalnya disebabkan oleh penggunaan
peralatan hidangan makanan yang unik dan kreatif pada makanan seperti cawan, pinggan mangkuk
serta cara hidangan yang memukau. Oleh sebab itu, informen 2 menyatakan “Setuju” pada ilustrasi
hiasan pada makanan yang menarik sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi pemakanan
makanan viral.

Selain itu, faktor seterusnya yang mempengaruhi pemakanan makanan viral ialah ketagihan
akibat terlalu sedap. Hasil kutipan data mendapati sebanyak seorang responden bersamaan 3.33%
menjawab skala “Sangat Tidak Setuju”, seterusnya sebanyak 3 responden bersamaan 10.00%
menjawab “Tidak Setuju”, 7 responden bersamaan 23.33% menjawab “Tidak Pasti”, 10 responden
bersamaan 33.33% menjawab “Setuju” dan yang terakhir sebanyak 9 responden bersamaan 30.00%
menjawab “Sangat Setuju” bagi faktor ketagihan akibat terlalu sedap. Min purata yang diperoleh
daripada faktor ini ialah sebanyak 3.77 untuk skala “Setuju”. Berdasarkan maklumat temu bual yang

25
diperoleh, informen 1 menyatakan bahawa “ketagihan untuk merasa sesuatu makanan secara berulang
kali pernah saya alami. Hal ini terjadi demikian kerana makanan yang dimakan tersebut
sememangnya sedap dan sempurna pada cita rasa saya. Tambahan pula, ketagihan untuk merasa
makanan secara berulang-ulang tidak langsung membuatkan selera saya berasa jemu atau bosan
kerana makanan tersebut sudah menjadi kegemaran saya” .Namun demikian, ketagihan untuk merasa
makanan itu masih boleh dikawal dan tidaklah begitu taksub menginginkan makanan viral tersebut.
Oleh yang demikian, informen 1 memilih skala “Setuju” bagi faktor ketagihan akibat terlalu sedap
sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi pemakanan makanan viral oleh masyarakat pelajar.

Akhir sekali, faktor terakhir yang mempengaruhi pemakanan makanan viral ialah pengaruh
media sosial. Bagi faktor ini, data memperlihatkan peratusan sebanyak 0% iaitu tiada responden yang
memilih kategori skala “Sangat Tidak Setuju” dan “Tidak Setuju” berkenaan faktor tersebut.
Manakala bagi kategori skala “Tidak Pasti” memperoleh sebanyak 5 responden bersamaan 16.67%
diikuti oleh skala “Setuju” sebanyak 13 responden bersamaan 43.33% dan skala “Sangat Setuju”
sebanyak 12 responden bersamaan 40.00% undian bagi faktor pengaruh media sosial. Berdasarkan
hasil kiraan data, min purata bagi faktor ini ialah sebanyak 4.23 bagi skala “Setuju”. Hasil temu bual
bersama informen 2, beliau menyatakan bahawa “media sosial membolehkan penggunanya
mengetahui trend yang terkini berkaitan makanan supaya trend makanan tersebut dapat diikuti dan
dicuba. Di samping itu, kebanyakkan sesuatu makanan mula terkenal dan menjadi viral kerana
merupakan hasil bantuan kuasa viral media sosial seperti Instagram dan Tik Tok. Oleh yang
demikian, informen 2 “Setuju” dengan faktor pengaruh media sosial mempengaruhi pemakanan
makanan viral dalam kalangan masyarakat pelajar sekolah ini.

Kesimpulannya, tiga faktor yang mempengaruhi pemakanan makanan viral yang memperoleh purata
min tertinggi ialah mencuba sesuatu makanan yang baharu, mengikuti trend terkini dan pengaruh
media sosial.

26
6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

6.1 Rumusan Jenis-Jenis Makanan Viral di Melaka yang digemari dalam Kalangan Pelajar
Tingkatan 6 SMK Tinggi Melaka.

Jenis makanan viral di Melaka yang paling tinggi mendapat undian “Ya” sebagai
makanan yang digemari oleh pelajar Tingkatan 6 SMK Tinggi Melaka ialah Corndog dan
Boba Milk Tea. Hal ini dikatakan demikian kerana makanan tersebut merupakan makanan
moden yang masih baru diperkenalkan. Di samping itu, pengambilan makanan viral seperti
corndog dan boba milk tea ini majoriti diminati oleh generasi muda sahaja kerana pada
tanggapan mereka, makanan tersebut berunsur hipster dan unik. Manakala jenis makanan
viral di Melaka yang paling tinggi mendapat undian “Tidak” pada makanan yang digemari
ialah Manggo Float. Hal ini dikatakan demikian kerana lokasi perniagaan Manggo Float yang
sukar didapati kerana hanya mempunyai satu sahaja cawangan utamanya. Namun begitu,
dapatan kajian ini tidak memperlihatkan kekurangan pada makanan ini kerana rata-rata
responden masih menggemari makanan tersebut.

6.2 Rumusan Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pemakanan Makanan Viral dalam


Kalangan Pelajar Tingkatan 6 SMK Tinggi Melaka.

Faktor yang paling tinggi mendapat persetujuan para responden ialah mencuba sesuatu
yang baharu. Faktor ini memperoleh nilai purata min paling tinggi kerana masyarakat lebih
cenderung untuk mencuba sesuatu makanan yang baharu berkemungkinan kerana telah
berasa bosan dengan rasa makanan yang sama dan tiada perubahan yang dilakukan pada
makanan sedia ada. Manakala faktor yang mendapat persetujuan paling rendah ialah
ketagihan akibat terlalu sedap. Faktor ini mendapat nilai purata min paling rendah kerana
ketagihan untuk merasa makanan itu masih boleh dikawal dan tidak begitu taksub kepada
makanan viral tersebut.

27
KESIMPULAN

Pengambilan makanan viral dilihat mampu mempengaruhi budaya dan gelagat pemakanan
masyarakat. Hal ini dapat dibuktikan melalui pelbagai jenis makanan viral yang menarik dan
sedap seperti Corndog, Boba Milk Tea, Manggo Float, Cendol Kampung Hulu, Coconut Shake
dan lain-lain lagi. Pemakanan makanan viral ini terdiri daripada beberapa faktor yang berjaya
mempengaruhi budaya pemakanan masyarakat ini. Antaranya, ingin mencuba sesuatu makanan
baharu, mengikuti trend terkini, pengaruh daripada media sosial dan sebagainya.

28
RUJUKAN

 Jenis makanan viral


https://www.jomjalan.com.my/kedai-makan-sedap-bandar-melaka/
 Ciri-ciri makanan viral
https://ilabur.com/sejauh-mana-makanan-viral-boleh-bertahan/
 Faktor makanan viral
https://mohdzarin.com/blog/produk-viral-yang-ditiru/
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/trend-makanan-hipster-keterlaluan-192730
 Gambar makanan viral Melaka
https://www.google.com/search?
q=makanan+viral+melaka&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjF6s3Pt7H6
AhVWzDgGHQEPCXIQ_AUoAXoECAEQAw&biw=1366&bih=638&dpr=1
 Peta negeri Melaka
https://commons.wikimedia.org/wiki/File:DUN_Melaka_2020.svg
 Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat tahun 2007, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=picisan

29
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka

Transkripsi Temu Bual

Nama Penyelidik : Muhammad Lukhman bin Ali

Nama Informen 1 : Aneeq bin Nor Azmi

Tarikh Temu Bual : 27 Julai 2022

Cara Temu Bual : Bersemuka

Sesi Temu Bual

Bil Soalan Jawapan


1. Berdasarkan borang soal selidik yang telah
dijawab, berapakah kerap anda mengambil
makanan Corndog dan Boba Milk Tea?
2. Adakah makanan viral senang didapati di
kawasan anda?
3. Apakah jenis makanan viral yang diambil
4. Pada pendapat anda, adakah makanan viral
ini berkhasiat?

30
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka

Transkripsi Temu Bual

Nama Penyelidik : Muhammad Lukhman bin Ali

Nama Informen 1 : Muhammad Hafiz bin Sallehuddin

Tarikh Temu Bual : 28 Julai 2022

Cara Temu Bual : Bersemuka

Sesi Temu Bual

Bil Soalan Jawapan


1. l
2.
3.
4.

31
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka

Transkripsi Temu Bual

Nama Penyelidik : Muhammad Lukhman bin Ali

Nama Informen 1 : Muhammad Al-Amin bin Hisafaruddin

Tarikh Temu Bual : 29 Julai 2022

Cara Temu Bual : Bersemuka

Sesi Temu Bual

Bil Soalan Jawapan


1.
2.
3.
4.

32
33

You might also like