You are on page 1of 172

RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara Kita Malaysia


mendukung cita-cita hendak;

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan


seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara


akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap


tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan


sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia,


berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN
SAINS, SOSIAL
DAN ALAM SEKITAR

PENDIDIKAN KHAS
TINGKATAN 4
PENULIS
Shamsul Azahari bin Zainal Badari (Ph.D)
Julaidah binti Ahmad (P.P.W) Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah

EDITOR
Nurulhudha binti Omar

PEREKA BENTUK
Al Fatma binti Ibrahim

ILUSTRATOR
Mohd Nizam bin Md. Isa

2019
No Siri Buku : 0147 PENGHARGAAN
KPM2019 ISBN 978-967-2212-55-3 Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama
banyak pihak. Sekalung penghargaan dan
Cetakan Pertama 2019 terima kasih ditujukan kepada semua pihak
© Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlibat:
• Jawatankuasa Penambahbaikan
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan Pruf Muka Surat,
dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan Bahagian Sumber dan Teknologi
semula, disimpan dalam cara yang boleh Pendidikan,
dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam Kementerian Pendidikan Malaysia.
sebarang bentuk atau cara, baik dengan • Jawatankuasa Penyemakan
elektronik, mekanik, penggambaran semula Pembetulan Pruf Muka Surat,
mahupun dengan cara perakaman tanpa Bahagian Sumber dan Teknologi
kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pendidikan,
Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk
• Jawatankuasa Penyemakan
kepada perkiraan royalti atau honorarium.
Naskhah Sedia Kamera,
Bahagian Sumber dan Teknologi
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Pendidikan,
Malaysia oleh: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. (164242-W)
• Penyelaras Projek dan Pegawai Teknikal
No. 18 & 20, Jalan Damai 2,
Bahagian Sumber dan Teknologi
Taman Desa Damai, Sungai Merab,
Pendidikan,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
No. Telefon: 03-8925 8975
No. Faksimile: 03-8925 8985 • Pegawai Bahagian Pembangunan
Laman Web: www.arasmega.com Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Reka Letak dan Atur Huruf: • Jawatankuasa Kawalan Mutu
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
• SMK Seri Tasik, Bandar Seri Permaisuri,
Muka Taip Teks: Atlanta Roman Kuala Lumpur.
Saiz Muka Taip Teks: 13 poin
• SMK Putrajaya Presint 14 (1), Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Dicetak oleh:
Attin Press Sdn. Bhd. • Pejabat Ketua Menteri Sarawak.
No 8, Jalan Perindustrian PP4, • Pejabat Menteri Besar Selangor.
Taman Perindustrian Putra Permai, • MJ Fatonah Sdn. Bhd. Kuala Selangor,
43300 Seri Kembangan, Serdang, Selangor.
Selangor Darul Ehsan.
• Keplu International Sdn. Bhd.
Semua pihak yang terlibat dalam proses
penerbitan buku ini.
KANDUNGAN
Pendahuluan vii
Penerangan Ikon viii
Topik Pembelajaran 1

UNIT 1 : MANUSIA 2
1.1 Sistem Pembiakan 4
1.1.1 Sistem Pembiakan Manusia 4
1.1.2 Organ Pembiakan Manusia 5
i. Organ Pembiakan Lelaki 5
ii. Organ Pembiakan Perempuan 5
1.1.3 Fungsi Organ Pembiakan 8
1.1.4 Proses Persenyawaan dalam Asas Kejadian Manusia 12
Imbas Maklumat 16
Penilaian 17
Refleksi Diri 19

UNIT 2 : HAIWAN 20
2.1 Penjagaan Haiwan Ternakan 22
2.1.1 Cara Menjaga Haiwan Ternakan 23
2.1.2 Aspek Penjagaan Haiwan Ternakan 26
i. Tempat Tinggal 26
ii. Pemakanan 27
iii. Kesihatan 27
iv. Rawatan 28
2.1.3 Kepentingan Penjagaan Haiwan Ternakan 31
Imbas Maklumat 36
Penilaian 37
Refleksi Diri 39

iii
UNIT 3 : TUMBUHAN 40
3.1 Penjagaan Tumbuhan 42
3.1.1 Cara Menjaga Tumbuhan 42
3.1.2 Keselamatan Ketika Menjaga Tumbuhan 44
3.1.3 Menjaga Tumbuhan 48
3.1.4 Kepentingan Penjagaan Tumbuhan 50
Imbas Maklumat 52
Penilaian 53
Refleksi Diri 55

UNIT 4 : PENGAWETAN MAKANAN 56


4.1 Pengetinan dan Pembotolan 58
4.1.1 Makanan yang Melalui Proses:
i. Pengetinan 58
ii. Pembotolan 59
4.1.2 Proses Pengawetan Makanan Secara:
i. Pengetinan 61
ii. Pembotolan 62
4.1.3 Kepentingan Pengawetan Makanan 66
4.1.4 Mengetin atau Membotolkan Bahan Makanan 68
Imbas Maklumat 72
Penilaian 73
Refleksi Diri 75

UNIT 5 : MALAYSIA MAJU 76


5.1 Pengangkutan 78
5.1.1 Jenis Pengangkutan 78
i. Pengangkutan Air 78
ii. Pengangkutan Darat 79
iii. Pengangkutan Udara 80
iv
5.1.2 Kepentingan Pengangkutan dalam Kehidupan Harian 82
5.2 Telekomunikasi 87
5.2.1 Alat Telekomunikasi 87
i. Telefon 87
ii. Mesin Faksimile 87
iii. Komputer 87
iv. Televisyen 88
v. Radio 88
5.2.2 Kepentingan Alat Telekomunikasi dalam
89
Kehidupan Harian
Imbas Maklumat 92
Penilaian 93
Refleksi Diri 95

UNIT 6 : KELESTARIAN 96
6.1 Kitar Semula Bahan Buangan Aluminium 98
6.1.1 Bahan Buangan daripada Aluminium 98
6.1.2 Produk Kitar Semula Bahan Buangan
100
daripada Aluminium
6.1.3 Pameran Projek Kitar Semula 103
6.1.4Hasil Produk Kitar Semula Bahan Buangan
107
daripada Aluminium
Imbas Maklumat 109
Penilaian 110
Refleksi Diri 111

UNIT 7 : SEJARAH KITA 112


7.1 Kawasan Tempat Tinggal 114
7.1.1 Memerihalkan Kawasan Tempat Tinggal 114
i. Nama Tempat Tinggal 114
ii. Lokasi Tempat Tinggal 115
v
iii. Asal Usul Nama Tempat Tinggal 116
iv. Aktiviti Masyarakat Setempat 117
7.1.2 Sejarah Tempat Tinggal Saya 120
Imbas Maklumat 122
Penilaian 123
Refleksi Diri 125

UNIT 8 : PEMIMPIN 126


8.1 Pemimpin Negeri 128
8.1.1 Kenali Pemimpin Negeri 128
8.1.2 Memerihalkan Pemimpin Negeri 132
i. Nama dan Tarikh Lahir
ii. Jawatan
iii. Tugas
iv. Minat
v. Sikap
vi. Sumbangan Bakti kepada Masyarakat
8.1.3 Pemimpin Negeri yang Dihormati 134
Imbas Maklumat 138
Penilaian 139
Refleksi Diri 141

UNIT 9 : PEMERINTAHAN DI MALAYSIA 142


9.1 Bentuk Pemerintahan 144
9.1.1 Pemerintahan Beraja dan Pemerintahan Tidak Beraja 144
9.1.2 Pemerintahan Raja Berperlembagaan 148
9.1.3 Kepentingan Kesetiaan kepada Raja dan Negara 151
Imbas Maklumat 155
Penilaian 156
Refleksi Diri 158
Rujukan 159
Indeks 160

vi
PENDAHULUAN
Buku Teks Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar Pendidikan Khas
Tingkatan 4 ini dihasilkan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) yang disediakan oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kandungan
buku teks ini mencakupi beberapa elemen seperti sains, geografi dan alam
sekitar, sejarah dan kewarganegaraan serta sosial.

Gaya penulisan, persembahan dan cara pembelajaran yang dijelmakan


dalam buku ini adalah untuk mengembangkan potensi Murid Berkeperluan
Khas (MBK). Kesemua tajuk yang diajar adalah menjurus kepada keperluan
ilmu dan kemahiran MBK dalam menjalani kehidupan harian.

Buku ini terdiri daripada halaman rangsangan yang mampu menarik


minat murid untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang diajar.
Kandungan buku ini pula dipersembahkan dengan cara yang ringkas,
mudah difahami serta disediakan juga aktiviti dan latihan yang menguji
kefahaman murid.

Selain itu, disertakan juga sisipan seperti Celik Ilmu, Glosari, Carian
Internet, Imbas Saya (yang mengandungi Quick Response Code - QR
Code), soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Nilai Murni dan Celik
Keusahawanan yang membantu murid memahami tajuk yang diajar.
Elemen didik hibur juga diterapkan dalam buku ini melalui aktiviti yang
dijalankan. Pada akhir setiap unit, disediakan juga Imbas Maklumat
yang merupakan nota ringkas untuk setiap unit, bahagian Penilaian dan
halaman Refleksi Diri.

Diharapkan buku teks ini mampu dijadikan sebagai rujukan dalam


pengajaran dan pembelajaran MBK. Guru boleh mengubah suai bahan
atau aktiviti dengan keperluan MBK. Berpandukan buku ini, diharap
MBK mampu berdikari, boleh berkomunikasi dengan masyarakat, tahu
menghargai alam sekitar dan dapat menanam rasa cinta akan negara.

vii
PENERANGAN IKON

Unit

1 MANUSIA Refleksi Diri


Pembahagian unit dalam buku yang Penilaian murid terhadap
disertakan dengan halaman rangsangan. perkara yang telah dipelajari.
1.1.1 Celik
Keusahawanan
Pecahan unit yang lebih terperinci Pendidikan awal
untuk kefahaman murid. keusahawanan kepada murid.

Imbas saya Celik Ilmu


Mengimbas QR code yang Maklumat tambahan
mengandungi informasi. berkaitan unit yang diajar.

Latihan Jom buat


Menguji kefahaman murid tentang Aktiviti murid untuk memenuhi Standard
tajuk yang dipelajari. Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Nilai Murni Carian Internet


Nilai-nilai murni yang diajar dan Mencari maklumat yang berkaitan
diterapkan kepada murid. di laman sesawang.

KBAT Cadangan aktiviti pembelajaran dan


Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. pengajaran di dalam kelas.

Glosari 2.1.1
Menerangkan maksud sesuatu Nombor Standard Pembelajaran yang
perkataan. terkandung dalam DSKP.

Imbas Maklumat Penilaian


Rumusan kandungan yang Latihan bagi menguji pengetahuan
menggunakan peta minda. dan pemahaman murid pada akhir
setiap unit.

viii
TOPIK PEMBELAJARAN
Unit
MANUSIA
1 Unit
KELESTARIAN
6
Unit HAIWAN
2
Unit SEJARAH KITA
7
Unit TUMBUHAN
3
Unit PEMIMPIN
PENGAWETAN
8
Unit
4 MAKANAN
Unit PEMERINTAHAN
9 DI MALAYSIA
Unit MALAYSIA
5 MAJU

1
Unit

1 MANUSIA
Sistem pembiakan manusia berfungsi untuk melahirkan anak. Tujuannya
untuk memastikan kehidupan berterusan dan ciri-ciri warisan dapat
diturunkan dari satu generasi ke generasi akan datang.

Celik Ilmu
Melalui perkahwinan,
manusia dapat melahirkan
anak untuk meneruskan
keturunan mereka.

2
Imbas saya
Layari laman web http://arasmega.com/qr-link/nota-adat-perkahwinan-
masyarakat-malaysia/untuk mengetahui tentang adat perkahwinan
masyarakat Malaysia. (Dicapai pada 12 Julai 2019).

3
1.1 SISTEM PEMBIAKAN
Pembiakan bermaksud proses membiak untuk menghasilkan anak bagi
memastikan sesuatu spesies tidak pupus. Kaedah pembiakan manusia ialah
pembiakan seks. Proses ini melibatkan percantuman dua sel pembiakan
yang setiap satunya berasal daripada satu induk jantan dan satu
induk betina.
1.1.1 Sistem Pembiakan Manusia
Celik Ilmu
Sel pembiakan perempuan Pembiakan penting untuk
menghasilkan generasi
Lapisan jeli baru dan mengelakkan
kepupusan spesies.

Imbas saya
Layari laman web
http://arasmega.
com/qr-link/video-
sistem-pembiakan-
manusia/ untuk
menonton video
Sitoplasma Sistem Pembiakan
Manusia. (Dicapai
pada 12 Julai 2019).
Nukleus

Apakah perbezaan
pembiakan manusia
dan tumbuh-tumbuhan?
Sel pembiakan lelaki

Bahagian tengah
Kepala

Nukleus

• Murid membincangkan sistem pembiakan manusia dengan 1.1.1


4
bimbingan guru.
1.1.2 Organ Pembiakan Manusia

Organ Pembiakan Lelaki


Organ pembiakan lelaki terdiri daripada skrotum dan zakar (bahagian
luar) dan testis, uretra, kelenjar prostat, duktus sperma dan vesikel semen
(bahagian dalam).

Duktus sperma

Vesikel semen
Kelenjar prostat

Uretra

Testis
Zakar Skrotum

Organ Pembiakan Perempuan


Organ pembiakan perempuan terdiri daripada faraj (bahagian luar) dan
uterus, serviks, ovari dan tiub Fallopio (bahagian dalam).

Tiub Fallopio
Uterus
Ovari

Serviks

Faraj

Celik Ilmu
Faraj juga dikenali dengan Apakah perbezaan organ pembiakan
nama vagina. lelaki dan perempuan?

• Murid membezakan organ pembiakan lelaki dan perempuan 1.1.2 5


dengan bimbingan guru.
Latihan

1. Isikan ruangan kosong dengan jawapan yang betul.

Organ Pembiakan Lelaki

Organ Pembiakan Perempuan

6 • Murid menjawab latihan dengan merujuk kepada maklumat 1.1.2


di dalam buku teks.
2. Padankan struktur organ pembiakan berikut dengan induknya.

Testis Zakar

Kelenjar prostat Skrotum

Lelaki

Uretra Uterus

Perempuan

Tiub Fallopio Serviks

Faraj Ovari

3. Berdasarkan latihan di atas, jawab soalan di bawah.

a. Namakan organ pembiakan di bahagian luar.

Lelaki : _____________________________________

Perempuan : _____________________________________

b. Namakan organ pembiakan dalaman.

Lelaki : _____________________________________

Perempuan : _____________________________________

7
1.1.3 Fungsi Organ Pembiakan

Sistem pembiakan lelaki berfungsi untuk menghasilkan, menyimpan dan


menyalurkan sperma keluar daripada badan. Sperma akan dikeluarkan
melalui air mani.

Fungsi Organ Pembiakan Lelaki

Vesikel semen Duktus sperma


Menghasilkan cecair semen Membawa sperma
bagi mengaktifkan sperma. dari testis ke uretra.

Uretra
Saluran untuk menyalurkan
sperma keluar dari badan.

Zakar
Organ yang masuk ke dalam
faraj untuk membawa
masuk sperma.

Skrotum
Menempatkan dan
melindungi testis.
Kelenjar prostat
Mengeluarkan cecair bagi
mengaktifkan sperma. Testis
Menghasilkan sperma.

Glosari
Sperma Celik Ilmu Apakah fungsi uretra
Benih yang dikeluarkan
oleh orang lelaki atau Sperma terdapat bagi lelaki selain
oleh binatang jantan. dalam air mani lelaki. mengeluarkan sperma?

8 • Murid membincangkan fungsi organ pembiakan lelaki dengan 1.1.3


bimbingan guru.
Fungsi Organ Pembiakan Perempuan

Sistem pembiakan perempuan berfungsi untuk menghasilkan ovum dan


menyediakan tempat fetus berkembang.

Ovari Tiub Fallopio


Tempat menghasilkan ovum. Saluran tempat mengangkut ovum dari ovari
ke uterus. Tempat persenyawaan berlaku.

Uterus
Tempat perkembangan
fetus jika persenyawaan
ovum berlaku dan tempat
melindungi fetus.

Serviks
Menghasilkan cecair untuk
pergerakan sperma.

Faraj
Menerima sperma
daripada zakar.

Glosari
Apakah yang akan berlaku jika ovum
tidak disenyawakan di dalam organ
pembiakan perempuan?
Fetus
Anak manusia yang belum dilahirkan.

Celik Ilmu
Ovum
Gamet betina yang akan menjadi
anak apabila disenyawakan dengan Uterus juga dikenali sebagai rahim
gamet jantan. bagi perempuan.

1.1.3 9
Latihan

1. Berdasarkan jawapan di bawah, isikan ruangan kosong dengan jawapan


yang betul.

Testis Zakar Skrotum Duktus sperma

Vesikel semen Kelenjar prostat Uretra

No. Organ pembiakan lelaki Fungsi

Saluran untuk menyalurkan


1. sperma keluar dari badan.

Membawa sperma dari testis


2. ke uretra.

3. Menghasilkan sperma.

Menghasilkan cecair semen


4. bagi mengaktifkan sperma.

Mengeluarkan cecair bagi


5. mengaktifkan sperma.

Organ yang masuk ke dalam


6. faraj untuk membawa
masuk sperma.

Menempatkan dan melindungi


7. testis.

10 • Murid menjawab latihan berdasarkan maklumat di dalam buku teks dengan


bimbingan guru.
2. Dalam kumpulan kecil, bincang dan suaikan jawapan yang betul daripada
Kotak 1 dan Kotak 2. Tuliskan jawapan anda dalam jadual di bawah.
Kotak 1 Kotak 2

Saluran tempat
mengangkut ovum dari
Tiub Fallopio ovari ke uterus. Tempat
persenyawaan berlaku.

Tempat perkembangan
fetus jika persenyawaan
Ovari ovum berlaku dan tempat
melindungi fetus.

Menerima sperma
Uterus
daripada zakar.

Menghasilkan cecair untuk


Faraj
pergerakan sperma.

Tempat
Serviks
menghasilkan ovum.

Organ
No. Fungsi
pembiakan perempuan

1.

2.

3.

4.

5.

• Murid membentuk kumpulan kecil dan menjawab latihan dengan bimbingan guru. 11
1.1.4 Proses Persenyawaan dalam Asas Kejadian Manusia

Proses persenyawaan manusia berlaku apabila bercantumnya gamet


jantan dan gamet betina untuk menghasilkan zigot.

Organ pembiakan
Lelaki perempuan
+ menghasilkan ovum.
Perempuan

1 Percantuman

Berkahwin 3

Glosari
Gamet
Sel pembiakan.
Organ pembiakan lelaki
Zigot menghasilkan sperma.
Sel yang terbentuk hasil
persenyawaan benih jantan dan benih
betina.
Embrio
Kandungan ibu dari peringkat
permulaan hingga ke bulan ketiga.

12 • Murid merumuskan maklumat berkaitan sistem pembiakan dalam asas 1.1.4


kejadian manusia dengan bimbingan guru.
6

Zigot Embrio

7
Persenyawaan

4
Fetus

8
Hanya satu sperma sahaja
yang berjaya disenyawakan
dengan ovum.

Celik Ilmu
Mengapakah hanya satu
Proses persenyawaan sperma sahaja yang
manusia berlaku dalam berjaya disenyawakan Bayi
sistem pembiakan dengan ovum?
perempuan. Bincangkan.

13
Latihan
Labelkan proses persenyawaan asas kejadian manusia di dalam kotak yang
disediakan di bawah.

Lelaki Perempuan

Berkahwin

PERCANTUMAN

PERSENYAWAAN

14
Jom buat
Susun Suai Gambar Organ Pembiakan
Tujuan: Menghasilkan bahan pembelajaran mengenai sistem pembiakan
manusia secara kreatif.
Peralatan dan bahan:

• Kertas tebal (saiz A4)


• Gunting
• Komputer
Langkah-langkah:
• Mesin pencetak

Langkah - langkah:

1. Cari dan muat turun rajah organ pembiakan manusia lelaki atau
perempuan di Internet.
2. Buka perisian Microsoft Word.
3. Ubah orientasi kertas daripada portrait ke landscape.
4. Masukkan gambar yang akan dijadikan puzzle ke dalam dokumen.
5. Klik Insert Picture.
6. Masukkan gambar berpola puzzle pada clip art.
Klik Insert Clip Art.
7. Klik gambar, kemudian klik Format Shape fill dan pilih no fill.
Kemudian atur ukurannya dan letakkan di atas gambar yang
dijadikan puzzle.
8. Lakukan copy paste pada gambar berpola puzzle dan susun di atas
gambar hingga memenuhi seluruh gambar.
9. Cetak di atas kertas tebal dan gunting mengikut bentuk
jigsaw puzzle.
10. Kemudian murid boleh melakukan aktiviti susun suai gambar
organ pembiakan.

Imbas saya
Layari laman web http://arasmega.com/qr-link/jom-buat-lampiran-
rajah-sistem-pembiakan-manusia/ untuk memuat turun lampiran
rajah Sistem Pembiakan Manusia. (Dicapai pada 25 Julai 2019).

• Murid membuat aktiviti dengan bimbingan guru. 15


• Guru memuat turun latihan dengan mengimbas QR Code yang diberi.
Imbas Maklumat
Uretra
Duktus Kelenjar
Sperma Prostat
Vesikel
Testis
Semen

Skrotum Zakar
Organ Pembiakan
Lelaki

Sistem
Persenyawaan Zigot Embrio Fetus Bayi
Pembiakan

Organ Pembiakan
Perempuan

Tiub
Faraj
Fallopio

Ovari Serviks

Uterus

16
Penilaian
Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 1 hingga 4.
1. Sel pembiakan lelaki dikenali sebagai ________
A. Testis
B. Sperma
C. Air mani
D. Uretra
2. Sel pembiakan perempuan dikenali sebagai_________
A. Ovari
B. Uterus
C. Ovul
D. Ovum
3. Fungsi skrotum ialah melindungi zakar.
A. Betul
B. Salah
4. Ovari bertindak sebagai tempat untuk menghasilkan ovum.
A. Betul
B. Salah
5. Tandakan (✔) pada pernyataan yang betul dan (✘) pada pernyataan
yang salah bagi fungsi organ pembiakan lelaki dan perempuan.

Organ pembiakan Fungsi Tanda (3) atau (7)


Organ yang masuk ke dalam faraj
Testis
untuk membawa masuk sperma.
Skrotum Menempatkan dan melindungi testis.
Saluran untuk menyalurkan sperma
Uretra
keluar dari badan.
Duktus Sperma Membawa sperma dari testis ke uretra.
Zakar Menghasilkan sperma.
Faraj Menerima sperma daripada zakar.
Ovari Tempat menghasilkan ovum.
Menghasilkan cecair untuk
Uterus
pergerakan sperma.

17
6. Berdasarkan gambar di bawah, tuliskan dengan nama yang betul.

7. Berikan maksud bagi nama-nama berikut:

a. Sperma

b. Ovum

c. Zigot

d. Embrio

e. Fetus

18
Refleksi Diri

Tandakan (✓) mengikut tahap penguasaan anda.

Saya faham Saya tidak faham

Pada akhir pembelajaran ini:

• Saya boleh menyatakan maksud sistem


pembiakan manusia.

• Saya boleh mengenal pasti organ


pembiakan lelaki dan perempuan.

• Saya boleh menjelaskan fungsi organ


pembiakan lelaki dan perempuan dalam
proses persenyawaan bagi asas kejadian
manusia.

• Saya boleh menganalisis maklumat


berkaitan organ pembiakan manusia
dengan betul dan secara sistematik.

• Saya boleh merumus maklumat


mengenai sistem pembiakan dalam asas
kejadian manusia secara sistematik, tekal
dan yakin.

• Saya boleh menjana idea dengan


menghasilkan bahan grafik mengenai
sistem pembiakan manusia secara
sistematik, kreatif dan boleh dicontohi.

19
Unit

2 HAIWAN

Haiwan ternakan ialah haiwan yang dipelihara


secara sistematik di dalam kurungan. Haiwan
ini memerlukan makanan seimbang yang
secukupnya. Haiwan ternakan juga mestilah
tidak menghidapi penyakit sama ada penyakit
biasa atau penyakit berjangkit.

20
Celik Ilmu
Menyediakan tempat
tinggal yang sesuai,
makanan yang cukup,
penjagaan kesihatan
dan kebersihan serta
memberi rawatan ialah
suatu kebajikan kepada
haiwan ternakan.

21
2.1 PENJAGAAN HAIWAN TERNAKAN

Haiwan ternakan boleh dibahagikan kepada ternakan ruminan seperti


kambing, lembu dan kerbau. Manakala ternakan bukan ruminan adalah
seperti ayam, itik dan angsa.

BUKAN RUMINAN

Kerbau

Itik
Angsa

Lembu
Ayam

RUMINAN

Kambing

Glosari Celik Ilmu Carian Internet


Ruminan Haiwan ruminan Taipkan perkataan
Haiwan seperti lembu, mempunyai empat RUMINAN dan baca
kambing dan rusa yang ruangan perut maklumat lanjut
mengeluarkan balik makanan manakala haiwan tentang haiwan
yang separuh cerna dari bukan ruminan hanya ruminan di Internet.
perut untuk dikunyah semula. mempunyai satu
ruangan perut sahaja.

22
2.1.1 Cara Menjaga Haiwan Ternakan
Penjagaan haiwan ternakan bermula dengan:

1. Penyediaan tempat tinggal haiwan 2.


Pengurusan pemakanan.
ternakan.

3. Menguruskan penyakit haiwan. 4. Menjaga kebajikan haiwan dari


segi kesihatan.

Celik Ilmu
Penjagaan haiwan ternakan yang teratur
boleh meningkatkan produktiviti, kesihatan Apakah perbezaan haiwan
haiwan, kualiti daging, susu atau telur ternakan dengan haiwan
yang dihasilkan. peliharaan? Bincangkan.

• Murid membincangkan cara menjaga haiwan ternakan


23
dengan bimbingan guru. 2.1.1
Latihan
1. Berdasarkan gambar haiwan ternakan di bawah, nyatakan sama ada
haiwan tersebut jenis ruminan atau bukan ruminan.

Jenis haiwan:

Jenis haiwan:

Jenis haiwan:

Jenis haiwan:

Jenis haiwan:

24 • Murid menjawab latihan yang diberikan dalam kumpulan dengan


bimbingan guru.
2. Tuliskan perkataan BETUL pada pernyataan yang betul dan perkataan
SALAH pada pernyataan yang salah.

Pernyataan Jawapan

Haiwan ternakan perlu disediakan tempat


a.
tinggal bagi memudahkannya membiak.

Keperluan pemakanan yang seimbang


b. dapat memastikan pertumbuhan haiwan
ternakan yang baik.

Kebajikan haiwan ternakan termasuk juga


c.
dari segi rawatan penyakit dan kesihatan.

Haiwan seperti itik dan angsa merupakan


d.
jenis haiwan yang dipelihara untuk dijual.

Haiwan seperti kucing dan anjing


e.
merupakan haiwan ternakan.

3. Jawab soalan di bawah dengan mengisi huruf yang tertinggal.

a. Haiwan ternakan perlu diberi t mp t t n a


yang sesuai.

b. Penternak mestilah menjaga kebajikan haiwan dari segi


k s h a .

c. Penjagaan haiwan termasuk menguruskan p m an n.

d. Merawat p n a t adalah perlu bagi memastikan haiwan


ternakan sihat.

25
2.1.2 Aspek Penjagaan Haiwan Ternakan

Tempat Tinggal

• Haiwan ternakan memerlukan tempat tinggal yang sesuai.


• Haiwan ternakan memerlukan tempat tinggal untuk membiak dan
berlindung daripada bahaya.

Reban ayam Reban puyuh

Kandang kambing Kandang lembu

Nilai Murni
Belas kasihan kepada haiwan
dengan menyediakan tempat
tinggal yang luas dan bersih
supaya haiwan dapat tinggal
dengan selesa.
Kolam ternakan ikan

26 • Murid menceritakan tentang penjagaan haiwan ternakan


dari aspek tempat tinggal. 2.1.2
Pemakanan

• Pemakanan seimbang perlu diberikan kepada haiwan ternakan untuk


keperluan tenaga dan fisiologi tubuh haiwan ternakan.
• Pemakanan seimbang penting bagi memastikan haiwan ternakan
dapat mengekalkan kesihatan, pertumbuhan dan pembiakan.

Glosari
Fisiologi
Fungsi tubuh dan
bahagian tubuh.

Kesihatan

• Penjagaan kesihatan sangat


penting untuk haiwan ternakan
bagi proses tumbesaran,
pengeluaran dan pembiakan. Huraikan
• Kesihatan haiwan ternakan kepentingan
pemakanan
yang baik dapat mengurangkan
seimbang
kadar kematian haiwan kepada
dan mencapai keupayaan kesihatan
tumbesaran yang maksimum. haiwan
• Hasilnya, pengeluaran dapat ternakan.
dipertingkatkan.

Glosari
Tumbesaran
Peringkat pertumbuhan haiwan.

• Murid membincangkan aspek makanan dan penjagaan kesihatan 27


dengan bimbingan guru. 2.1.2
Rawatan

• Rawatan perlu diberikan kepada haiwan ternakan bagi memastikan


penyakit yang dihidapinya tidak berjangkit kepada haiwan ternakan
yang lain.
• Pemberian vaksin, antiseptik dan antibiotik perlu bagi memastikan haiwan
ternakan tidak mudah mendapat penyakit.
• Pencegahan dan pengawalan penyakit penting bagi haiwan ternakan
seperti penggunaan baka yang tahan penyakit, kuarantin dan menjaga
kebersihan tempat tinggal haiwan untuk memastikan haiwan ternakan
tidak mudah mendapat penyakit.

Rawatan Glosari
untuk
Vaksin
kambing
Sediaan bakteria, virus, dan
lain-lain yang sudah mati
atau dilemahkan untuk
disuntik atau ditanam
ke dalam badan supaya
menghasilkan daya tahan
terhadap penyakit tertentu.
Rawatan
untuk Antiseptik
lembu Bahan kimia yang digunakan
untuk membunuh kuman.
Antibiotik
Bahan kimia yang
dihasilkan oleh
mikroorganisma,
Rawatan yang boleh mencegah
untuk pembiakan atau
ayam memusnahkan bakteria.
Kuarantin
Tempoh masa seseorang,
haiwan, atau tumbuhan
yang disyaki membawa
sesuatu jenis penyakit
ditahan di tempat
Bagaimanakah proses rawatan penyakit pengasingan khas untuk
kepada haiwan ternakan dilakukan? mencegah penyakit itu
daripada merebak.

28 • Murid membincangkan aspek rawatan dengan bimbingan guru. 2.1.2


Latihan

Berdasarkan gambar di bawah, jawab soalan-soalan berikut.

Gambar A

Gambar B

1. Namakan haiwan ternakan yang sesuai untuk tempat tinggal seperti


dalam gambar A.

2. Mengapakah tempat tinggal haiwan ternakan dalam gambar A dan B


berbeza?

3. Senaraikan jenis makanan yang sesuai diberikan kepada haiwan


ternakan dalam gambar A dan B.

• Murid menjawab soalan dengan bimbingan guru. 29


4. Berikan contoh makanan seimbang bagi haiwan ternakan seperti itik
dan kambing.

5. Padankan pernyataan dengan aspek penjagaan haiwan ternakan.

Pemakanan

Pemberian suntikan vaksin.

Tempat Tinggal

Makanan seimbang dan sesuai.

Kesihatan

Berlindung daripada bahaya.

Rawatan

Tumbesaran yang maksimum.

30
2.1.3 Kepentingan Penjagaan Haiwan Ternakan
Sumber produk:
Kosmetik
Sumber makanan dan sabun

Sumber pakaian:
Sumber Bulu dan kulit
pendapatan haiwan ternakan
Kepentingan
penjagaan
haiwan
ternakan

Keseimbangan
ekosistem:
Pemuliharaan
alam

Menggalakkan
penyelidikan
berkaitan haiwan
ternakan
Bagaimanakah
pemuliharaan alam
secara keseimbangan
ekosistem dapat
Celik Ilmu
dicapai melalui Kosmetik merupakan nama lain bagi alat solek untuk
penjagaan haiwan kaum wanita. Kebanyakannya dibuat daripada bahan
ternakan? Bincangkan. kimia dan juga sumber haiwan ternakan.

• Murid membincangkan kepentingan penjagaan haiwan ternakan 31


dengan bimbingan guru. 2.1.3
Latihan
1. Lengkapkan silang kata di bawah.
1. 2.
P E D P A N
K

3.
S A N
I
4.
S P

E K
5.
M A A A

6.
D G G
N

Melintang
1. Penternakan boleh menyumbang kepada sumber _______________
seseorang.
3. ___________ ialah antara contoh sumber produk pengguna daripada
penternakan.
5. Penjagaan haiwan ternakan yang betul menghasilkan sumber
______________ yang berkualiti.
6. Penjagaan haiwan yang teratur menghasilkan ______________ yang
berkualiti.
Ke bawah
2. Keseimbangan __________________dapat diwujudkan melalui
penternakan yang mesra alam.
4. Bulu dan kulit haiwan ternakan boleh dijadikan _________________.

32 • Murid menjawab latihan berpandukan kepada maklumat di dalam buku


teks dengan bimbingan guru.
2. Isikan ruangan kosong dengan maklumat yang betul.

Kepentingan
menjaga haiwan
ternakan

33
Jom buat
Bekas Makanan Ayam

Tujuan: Menjaga haiwan ternakan dengan menyediakan peralatan


bekas makanan untuk kegunaan haiwan.

Peralatan dan bahan:

• Botol minuman plastik


• Dawai kasar (panjang 30 cm)
• 2 paip PVC elbow (2 cm x 1.5 cm)
• Gam paip PVC

Langkah-langkah:

1. Ambil satu botol minuman yang 2. Cantumkan kedua-dua paip PVC


siap berpenutup. Tebuk satu lubang menggunakan gam paip PVC.
pada bahagian penutupnya.

3. Masukkan mulut botol ke dalam


paip PVC. Ikatkan dawai
di sekeliling botol dan gantung
atau letakkan di mana-mana
bahagian reban yang sesuai.

• Murid melakukan aktiviti ini secara kumpulan dengan pemantauan guru.


34
Pengiraan Kos Projek Bekas Makanan Ayam
Pengiraan kos membantu kita mengetahui jumlah kos pengeluaran sesuatu
projek. Kos pengeluaran ialah segala perbelanjaan yang dikeluarkan untuk
menghasilkan sesuatu produk atau barangan. Melalui kos pengeluaran,
harga produk dapat ditentukan.
Cara mengira kos
1. Kos bahan
Bil Bahan Kuantiti Kos Seunit (RM) Jumlah Kos (RM)
Botol minuman
1 10 botol 0 0
plastik
2 Paip PVC elbow 20 biji 0.50 10.00
3 Dawai 1 gulung 3.00 3.00
4 Gam paip PVC 1 tin 4.00 4.00
Jumlah kos bahan 17.00

2. Kos upah
Formula: Kos upah = Bilangan pekerja × masa (jam) × kadar upah sejam
Mengira kos upah untuk 10 unit projek Kos upah = 1 orang × 20 jam
Masa digunakan untuk 1 unit = 2 jam × RM2
Masa digunakan untuk 10 unit = 20 jam = RM40
Kadar upah bagi 1 jam = RM2

3. Kos overhed
Bil Perkara Kos
1 Elektrik RM20.00
2 Air RM 3.00
Jumlah RM23.00
Kos Pengeluaran Projek Kos Pengeluaran Seunit
Mengira kos pengeluaran 10 unit Mengira kos pengeluaran seunit
projek
= kos bahan + kos upah = Jumlah kos pengeluaran 10 unit
10
+ kos overhed RM80.00
=
= RM17.00 + RM40.00 + RM23.00 10
= RM80.00 = RM8.00

35
Imbas Maklumat

Penjagaan Haiwan
Ternakan

Haiwan ruminan Haiwan bukan ruminan

Aspek Penjagaan

Tempat tinggal Pemakanan Kesihatan Rawatan

Kepentingan Penjagaan
Haiwan Ternakan

Sumber makanan Penyelidikan

Sumber produk Keseimbangan


pengguna ekosistem

Sumber Sumber
pendapatan pakaian

36
Penilaian
1. Berdasarkan gambar di bawah, tuliskan haiwan ruminan atau
bukan ruminan.

2. Senaraikan haiwan yang tinggal berdasarkan gambar A dan gambar B.

Gambar A: Gambar B:

• •
• •
• •

37
3. Gariskan jawapan yang betul berdasarkan aspek penjagaan
haiwan ternakan.

Pemberian antiseptik ____________


vaksin
dan antibodi adalah perlu untuk
haiwan ternakan. ubat pelali

Tempat tinggal yang bersih dan


tempat tinggal
kuarantin merupakan satu proses
pencegahan _____________. penyakit

Pengekalan kesihatan yang sihat bagi


seimbang
haiwan ternakan adalah dengan
pengambilan makanan ___________. berlemak

Haiwan ternakan berlindung api


daripada ___________ dan membiak
di dalam reban atau kandang. bahaya

4. Isikan ruangan kosong dengan jawapan yang betul.

Kepentingan
penjagaan
haiwan
ternakan

38
Refleksi Diri

Tandakan (✓) mengikut tahap penguasaan anda.

Saya faham Saya tidak faham

Pada akhir pembelajaran ini:

• Saya boleh menyatakan cara menjaga


haiwan ternakan.

• Saya boleh mengenal pasti cara penjagaan


haiwan ternakan dengan bimbingan guru.

• Saya boleh menjaga haiwan ternakan


dengan betul.

• Saya boleh mengkategorikan haiwan ternakan


dan cara menjaganya dengan betul.

• Saya boleh membandingkan cara penjagaan


haiwan-haiwan ternakan dengan betul,
yakin dan tekal.

• Saya boleh menyebarluaskan maklumat


penjagaan haiwan ternakan dan kepentingan
menjaganya dengan betul, yakin dan tekal
serta boleh dicontohi.

39
Unit

3 TUMBUHAN

Celik Ilmu
Selain membekalkan
oksigen, tumbuhan juga
mampu menenangkan.
Apabila mata dan otak kita
letih, lihat pada tumbuhan
hijau dalam satu hingga
dua minit. Otak akan mula
berasa tenang dan bersedia
untuk menerima tekanan
yang seterusnya.

Penjagaan tumbuhan merupakan kerja yang dilakukan selepas


sahaja tanaman sehingga memungut hasil. Secara umumnya,
kerja-kerja penjagaan tumbuhan adalah sama untuk semua jenis
tanaman kecuali beberapa tanaman seperti kacang panjang
dan timun.

40
41
3.1 PENJAGAAN TUMBUHAN

Penjagaan tumbuhan penting untuk memastikan tanaman dapat hidup


segar dan selamat daripada serangga perosak.

3.1.1 Cara Menjaga Tumbuhan


Terdapat beberapa cara menjaga tanaman iaitu:

1 Memberi naungan 2 Menyiram

3 Sungkupan 4 Merumput

42
5 Menggembur tanah 6 Membaja

Mengawal perosak
7 Memberi sokongan 8
dan penyakit

Celik Ilmu
Fotosintesis

Glosari
merupakan proses
penukaran tenaga
Tanaman kacang Sungkupan dari matahari
panjang memerlukan Bahan daripada tumbuhan atau kepada tenaga
penjagaan yang bahan lain yang digunakan untuk kimia di dalam
berbeza dengan menutupi permukaan tanah, tumbuhan untuk
tanaman lain. biasanya dibuat daripada bahan digunakan bagi
Apakah perbezaan buangan kelapa sawit, sabut tumbesaran
tersebut? Bincangkan. kelapa dan plastik. tumbuhan.

• Murid menyatakan cara menjaga tumbuhan dengan bimbingan guru. 43


3.1.1
3.1.2 Keselamatan Ketika Menjaga Tumbuhan

Terdapat beberapa langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian


semasa menjaga tumbuhan atau tanaman.

Langkah-langkah Keselamatan
Ketika Menjaga Tumbuhan

1. Keselamatan diri

Ketika menjaga tumbuhan atau tanaman, kita perlulah memakai:


• baju kemeja-T berlengan panjang
• seluar panjang
• kasut but getah
• sarung tangan
• topi
2. Keselamatan semasa menjaga tumbuhan atau tanaman

• Kita perlu menjalankan aktiviti bersama dengan orang dewasa.


• Kita juga perlu membaca arahan pada label peralatan yang
digunakan atau pada label racun perosak sebelum melakukan
aktiviti berkebun.
• Jangan berlari ketika melakukan aktiviti penjagaan tumbuhan
atau tanaman.
• Menggunakan peralatan yang bersesuaian semasa melakukan
aktiviti berkebun.
• Jangan menggunakan peralatan yang rosak.
• Memakai sarung tangan dan topeng muka semasa menyembur
racun serangga perosak dengan pengawasan orang dewasa.

44 • Guru menerangkan kepada murid langkah-langkah keselamatan


semasa menjaga tumbuhan. 3.1.2
3. Keselamatan selepas menjaga tumbuhan atau tanaman

• Bersihkan peralatan yang telah digunakan.


• Simpan semua peralatan di dalam stor.
• Pastikan semua peralatan yang tajam
dan bahaya seperti cangkul, pencakar,
sudip tangan dan serampang tidak
bertaburan di kebun.

• Pastikan kawasan kebun berada dalam


keadaan bersih dan selamat.
• Bersihkan tangan dengan
membuang kotoran dan
cuci tangan dengan sabun
di bahagian celah jari dan kuku.
• Bilas tangan dengan air bersih.

Carian Internet
Dapatkan maklumat
lanjut tentang
keselamatan ketika
berkebun daripada
Internet.
Celik Ilmu
Mengapakah langkah keselamatan Pencakar digunakan untuk mengumpul
perlu diutamakan semasa rumpai yang telah dipotong dan
melakukan penjagaan tumbuhan meratakan batas. Serampang pula
dan tanaman? Bincangkan. digunakan untuk menggembur tanah.

45
Latihan

1. Berdasarkan pernyataan yang diberikan, isikan ruangan kosong dengan


cara penjagaan tumbuhan yang betul.

Pernyataan Cara penjagaan tumbuhan

Untuk mendapatkan hasil


a.
tumbuhan yang bermutu.

Menyediakan ruang struktur


b. tanah supaya air boleh meresap
ke dalam tanah.

Membantu tumbuhan untuk


c. melilit, menjalar atau berbatang
yang lemah.

Melindungi anak benih daripada


d.
pancaran matahari.

2. Jawab soalan dengan menyusun huruf yang diberi.


a. Digunakan untuk mengawal hakisan. S N G P A K N U U __________
b. Dapat mengekalkan kelembapan tanah dengan menggunakan
air. M E N Y M A I R ___________
c. Membekalkan nutrien kepada tumbuhan dalam bentuk organik
atau bahan kimia. M E M A A J B ___________
d. Cara ini dilakukan bagi mengelakkan persaingan mendapatkan
cahaya, air dan ruang. M E U P U T R M ___________

46 • Murid menjawab latihan berpandukan kepada nota di dalam buku teks


dengan bimbingan guru.
3. Berdasarkan gambar di bawah, senaraikan alatan yang
diperlukan untuk keselamatan diri semasa menjaga tumbuhan.

a. _______________________________________________________________
b. _______________________________________________________________
c. _______________________________________________________________
d. _______________________________________________________________
e. _______________________________________________________________

4. Nyatakan TIGA perkara yang perlu dilakukan bagi keselamatan


semasa dan selepas menjaga tumbuhan.

Semasa menjaga tumbuhan:


a. _______________________________________________________________
b. _______________________________________________________________
c. _______________________________________________________________

Selepas menjaga tumbuhan:


a. _______________________________________________________________
b. _______________________________________________________________
c. _______________________________________________________________

• Murid menjawab latihan dengan bimbingan guru. 47


3.1.3 Menjaga Tumbuhan

Tumbuhan perlu dijaga dengan baik supaya selamat daripada serangan


serangga perosak atau penyakit.

Jom buat
Penjagaan Tumbuhan

Peralatan:

• Cangkul • Pongkes Celik


• Sudip tangan • Baja Keusahawanan
• Serampang tangan • Anak pokok Pertanian adalah suatu
• Pencakar tangan • Pisau perniagaan.
• Penyiram

Langkah-langkah:

1. Setiap kumpulan
diberikan
anak pokok
dan peralatan
berkebun.

2. Bersihkan kawasan
yang ingin ditanam.

• Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil (tiga orang murid dalam
satu kumpulan).
• Guru memastikan murid memakai pakaian yang sesuai semasa melakukan
aktiviti ini.
48 • Murid melakukan aktiviti mengikut arahan guru.
• Murid berbincang dengan guru tentang cara penjagaan tumbuhan yang betul.
3. Gunakan pisau 4. Buatkan 5. Pindahkan anak
untuk memotong lubang dengan pokok ke dalam
beg poli semasa menggunakan lubang yang telah
mengeluarkan sudip tangan. dibuat.
anak benih
bersama-sama
medium.

6. Gunakan 7. Siram anak pokok menggunakan penyiram.


serampang tangan
untuk mengambus
lubang dan
menggemburkan
tanah. Kemudian,
taburkan baja.

Selepas selesai, murid perlu membersihkan


kawasan tanaman dengan menggunakan
serampang tangan, pencakar tangan dan
pongkes. Berhati-hati semasa menggunakan
alatan perkebunan sepanjang menjalankan
aktiviti ini.

49
3.1.3
3.1.4 Kepentingan Penjagaan Tumbuhan
Berikut ialah kepentingan penjagaan tumbuhan:

Memerangkap air dan


mengelakkan berlakunya banjir.

Sumber vitamin, mineral


dan makanan.

Kepentingan Menyimpan air


penjagaan di dalam tanah.
tumbuhan

Menstabilkan
ekosistem.

Menapis gas karbon dioksida


dan melepaskan oksigen
semasa fotosintesis.

Celik Ilmu
Bincangkan tentang Vitamin dan mineral merupakan nutrien yang diperlukan
proses fotosintesis oleh manusia dan mesti diambil daripada sumber makanan
dalam tumbuhan. kerana manusia tidak boleh menghasilkannya.

• Murid membincangkan kepentingan penjagaan tumbuhan


50
di dalam kelas dan guru memberikan contoh. 3.1.4
Latihan

Bulatkan jawapan yang tepat bagi soalan 1 hingga 3.

1. Ekosistem akan stabil jika kita menjaga tumbuhan.


A. Betul
B. Salah

2. Proses fotosintesis merupakan proses yang menghasilkan gas karbon


dioksida.
A. Betul
B. Salah

3. Dengan menjaga tumbuhan, kita dapat membantu tumbuhan


menyimpan air di dalam tanah.
A. Betul
B. Salah

4. Tandakan (3) pada kotak yang disediakan pada pernyataan yang


betul dan tandakan (7) jika pernyataan tersebut salah.

Tanda 3
Kepentingan penjagaan tumbuhan
atau 7

Memerangkap air dan mengelakkan


a.
berlakunya banjir.

Mengelakkan berlakunya penyimpanan air


b.
di dalam tanah.

c. Sumber vitamin, mineral dan makanan.

d. Punca persekitaran menjadi panas.

Menapis gas karbon dioksida dan melepaskan


e.
oksigen semasa proses fotosintesis.

51
Imbas Maklumat

Cara menjaga
tumbuhan

• Memberi naungan
• Menyiram
• Sungkupan
• Merumput
• Menggembur tanah
• Membaja
• Memberi sokongan
• Mengawal perosak
dan penyakit

Langkah keselamatan

• Keselamatan diri
Penjagaan • Keselamatan ketika
Tumbuhan penjagaan tumbuhan
• Keselamatan selepas
penjagaan tumbuhan
Kepentingan

• Perangkap air dan


mengelakkan banjir
• Menyimpan air di dalam tanah
• Menapis gas karbon dioksida
dan melepaskan gas oksigen
semasa fotosintesis
• Sumber makanan,
vitamin dan mineral
• Menstabilkan
ekosistem

52
Penilaian
1. Padankan cara penjagaan tumbuhan dengan fungsinya.

Merumput

Membaja

Menyiram

Menggembur
tanah

53
2. Tandakan (3) pada gambar yang menunjukkan peralatan yang perlu untuk
keselamatan diri semasa menjaga tumbuhan dan (7) pada yang salah.

3. Isikan ruangan kosong dengan kepentingan penjagaan tumbuhan.

Kepentingan
Penjagaan
Tumbuhan

54
Refleksi Diri

Tandakan (3) mengikut tahap penguasaan anda.


Saya faham Saya tidak faham

Pada akhir pembelajaran ini:

• Saya boleh menyatakan cara menjaga


tumbuhan.

• Saya boleh mengenal pasti cara penjagaan


tumbuhan dengan bimbingan guru.

• Saya boleh menjaga tumbuhan dengan betul.

• Saya boleh menentukan langkah-langkah


keselamatan ketika menjaga tumbuhan.

• Saya boleh menjelaskan kepentingan menjaga


tumbuhan dengan betul dan yakin.

• Saya boleh membandingkan cara penjagaan


tumbuhan dengan sebab-sebabnya dengan
betul, yakin dan tekal.

• Saya boleh menyebarluaskan maklumat


penjagaan tumbuhan dan kepentingan
menjaganya dengan betul, yakin dan tekal
serta boleh dicontohi.

55
Unit
PENGAWETAN
4 MAKANAN

Pengawetan makanan penting bagi mengelakkan kerosakan makanan.


Kebanyakan makanan yang diproses menggunakan kaedah pengawetan
dan pembotolan.

56
Celik Ilmu Imbas saya
Pada tahun 1804, seorang chef dari Layari laman web http://
Perancis yang bernama Nicolas Appert arasmega.com/qr-link/nota-
telah memperkenalkan kaedah tentang-nicolas-appert/ untuk
pengetinan dan pembotolan. mengetahui lebih lanjut tentang
(Sumber: www.britannica.com/biography/ Nicolas Appert. (Dicapai pada
Nicolas-Appert). 18 Jun 2019).

57
4.1 PENGETINAN DAN PEMBOTOLAN
Pengawetan makanan ialah satu kaedah pemprosesan makanan.
Kaedah ini mampu menghalang atau memperlahankan pertumbuhan
mikroorganisma. Contoh pengawetan makanan melalui kaedah
pengetinan dan pembotolan.

4.1.1 Makanan yang Melalui Proses:

Pengetinan
Contoh makanan yang boleh ditinkan:

Pengetinan

tuna Sotong
Ikan Kari daging masak kic
ap

pa nggang
Kacang Buah longan

58 • Murid menyatakan contoh makanan yang boleh ditinkan.


4.1.1
Pembotolan
Contoh makanan yang dibotolkan:

Buah Budu
Buah zaitun zaitun Budu

Kicap

Jus
Manis

Kicap
Kicap Pembotolan Jus
Cap Sedap

Sos tiram

Pes tom yam Sos tiram


Pes
tom yam
Ayam Sos tiram

Glosari Celik Ilmu


Mikroorganisma Tujuan pengetinan
Apakah perbezaan antara Organisma yang dan pembotolan
kaedah pengetinan, sangat kecil dan supaya makanan
pembotolan dan hanya boleh dilihat tahan lama dan tidak
penjerukan? Bincangkan. melalui mikroskop. mudah rosak.

• Murid menyatakan contoh-contoh makanan yang dibotolkan. 59


Latihan

1. Isikan ruangan kosong dengan cara yang sesuai untuk mengawet


bahan makanan di bawah:

a. b. c.

d. e. f.

2. Tandakan (3) pada pernyataan yang betul, dan tandakan (✗) pada
pernyataan yang salah.

Tujuan utama kaedah pengetinan dan pembotolan dilakukan pada


makanan adalah untuk:

a. Makanan lebih tahan lama.



b. Makanan cepat rosak.

c. Melambatkan proses pembiakan mikroorganisma.

d. Makanan lambat rosak.

e. Kualiti makanan tetap sama.

60 • Murid menjawab latihan dengan bimbingan guru.


4.1.2 Proses Pengawetan Makanan Secara:
Pengetinan
Kaedah pengetinan merupakan cara mengawet makanan seperti ikan,
ayam, daging, produk tenusu dan buah-buahan di dalam tin. Makanan
tersebut perlu dimasak dan dikeluarkan semua udara sebelum ditinkan.

• Makanan yang sudah diproses dimasukkan


ke dalam tin.
• Makanan dicampurkan dengan larutan
garam atau gula di dalam tin.

• Makanan dipanaskan pada suhu 121° celsius.


• Makanan dipanaskan selama 20 minit.

• Kemudian, tin tersebut ditutup dan dipateri


dalam keadaan kedap udara.
• Tujuannya adalah untuk menghalang
mikroorganisma dalam udara merosakkan
makanan yang telah diproses.

• • TinTindipanaskan padasuhu
dipanaskan pada suhuyang
yang tinggi
tinggi untuk
untuk
membunuh
membunuhsemua mikroorganisma.
semua mikroorganisma.
• • TinTindilabelkan dan disimpan.
dilabelkan dan disimpan.

Imbas saya
Glosari
Celsius
Apakah yang Layari laman web http:// Skala suhu yang
akan terjadi jika arasmega.com/qr-link/video- merakamkan
makanan yang pengetinan-ikan-sardin/ takat sejuk beku
ditinkan dipanaskan untuk menonton video air pada 0°C dan
terlalu lama? Pengetinan Ikan Sardin. takat didih air
(Dicapai pada 18 Jun 2019). pada 100°C.
• Murid menamakan makanan yang boleh diawet dengan cara pengetinan
dengan bimbingan guru. 61
• Murid menyatakan proses pengetinan makanan dengan bimbingan guru. 4.1.2
Pembotolan

Kaedah pembotolan juga merupakan salah satu cara pengawetan makanan.


Contoh makanan yang dibotolkan seperti sos cili, tomato, jus buah, kicap,
pes makanan dan buah-buahan. Makanan tersebut akan tahan lama jika
disimpan di dalam botol yang kedap udara.

1 2

Makanan disediakan dan Makanan dimasak dan


dibasuh bersih. dimasukkan ke dalam botol.

3 4

Makanan dipanaskan pada suhu Kemudian, botol dipaterikan


yang tinggi untuk mengeluarkan dengan segera untuk
udara. menjadikannya kedap udara.

5 6

Botol tersebut dipanaskan Botol makanan tersebut


sekali lagi untuk membunuh dilabelkan dan disimpan.
mikroorganisma.
• Murid menamakan makanan yang boleh diawet dengan cara pembotolan
62 dengan bimbingan guru.
4.1.2
• Murid menyatakan proses pembotolan makanan dengan bimbingan guru.
Latihan

1. Berdasarkan gambar di bawah, tandakan (3) jika bahan tersebut boleh


diawet secara proses pengetinan dan (7) jika bukan proses pengetinan.

a b

c d

e f

• Murid menjawab latihan dengan bimbingan guru. 63


2. Berdasarkan pernyataan di bawah, tuliskan nombor 1 hingga 6 pada
ruangan kosong mengikut turutan proses pembotolan makanan
yang betul.

• Makanan dipanaskan pada suhu yang tinggi


untuk mengeluarkan udara.

• Makanan disediakan dan dibasuh bersih.

• Botol makanan dilabelkan dan disimpan.

• Botol dipanaskan sekali lagi untuk membunuh


mikroorganisma.

• Makanan dimasak dan dimasukkan


ke dalam botol.

• Kemudian, botol dipaterikan dengan segera


untuk menjadikannya kedap udara.

64 • Murid menjawab latihan dengan bimbingan guru.


Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan berikut.

3. Proses terakhir dalam proses pengetinan ialah _______________


A. Tin dikeringkan.
B. Tin dicuci bersih.
C. Makanan dihidangkan.
D. Tin dilabel dan disimpan.

4. Berikut merupakan pernyataan yang betul tentang pengetinan


dan pembotolan makanan.
i. Pengetinan makanan sesuai untuk makanan seperti sos cili
dan kicap.
ii. Proses pembotolan dan pengetinan makanan adalah
antara contoh pengawetan makanan.
iii. Makanan perlu dipanaskan selama 30 minit untuk
proses pengetinan.
iv. Makanan yang dibotolkan perlu dipanaskan sekali lagi
setelah dipateri.
A. i dan ii
B. ii dan iii
C. ii dan iv
D. Semua jawapan di atas.

5. Antara yang berikut, yang manakah proses pembotolan makanan?


i. Makanan disediakan dan dicuci bersih.
ii. Makanan dimasak sebelum dibotolkan.
iii. Makanan dipanaskan untuk membunuh mikroorganisma.
iv. Makanan dipateri, dipanaskan sekali lagi dan dilabelkan.
A. i dan ii
B. ii, iii dan iv
C. i, ii dan iv
D. Semua jawapan di atas.

65
4.1.3 Kepentingan Pengawetan Makanan

Berikut merupakan kepentingan pengawetan makanan kepada manusia.

Mengurangkan
pembaziran
Mikroorganisma makanan.
tidak dapat Memastikan
membiak dalam sumber makanan
makanan yang berterusan.
tiada udara.

Makanan Pengawetan Memudahkan


mudah penghantaran
Makanan
disimpan. makanan.

Dapat merasai
Makanan tahan makanan dari
lebih lama. negara lain.

Celik Ilmu Celik


Apakah
Pengawetan makanan
Keusahawanan
kekurangan
pengawetan dapat memastikan Pengawetan makanan juga
makanan secara makanan berada dalam dapat dijadikan satu cabang
pengetinan dan keadaan baik apabila perniagaan dengan menjual
pembotolan? diberikan kepada askar makanan yang diawet kepada
Bincangkan. yang sedang bertugas. pengguna.

• Murid dapat membezakan proses pengawetan makanan yang dipelajari.


66 • Murid dapat menyatakan kepentingan pengawetan makanan yang betul
dengan bimbingan guru. 4.1.3
Latihan

Berdasarkan rajah di bawah, isikan ruangan kosong dengan pernyataan


yang betul.

Memastikan
sumber
makanan
berterusan.

Mikroorganisma
Kepentingan tidak dapat
Makanan tahan Pengawetan membiak dalam
lebih lama. Makanan makanan yang
tiada udara.

• Murid menjawab soalan dengan bimbingan dan perhatian guru. 67


4.1.4 Mengetin atau Membotolkan Bahan Makanan

Pemilihan kaedah pengetinan dan pembotolan makanan.

Pengetinan makanan
Sebab-sebab pemilihan:
• Penggunaan tin boleh menjadikan
makanan tahan lasak.
• Makanan tidak mudah dijangkiti
mikroorganisma.
• Sesuai untuk makanan
berbentuk pepejal.
• Contoh, ikan sardin, jagung, jenis
kekacang dan sebagainya.

Pengetinan

Pembotolan makanan
Sebab-sebab pemilihan:

• Makanan nampak lebih menarik


di dalam botol.
• Makanan tahan lebih lama.
• Sesuai untuk makanan dalam
bentuk cecair.
• Contoh, jem buah-buahan, madu,
pes, sos dan sebagainya.

Pembotolan

Bincang dan senaraikan makanan yang


sesuai untuk proses pengetinan dan
pembotolan.

• Murid membincangkan faktor pemilihan proses pengetinan


68 dan pembotolan makanan dengan bantuan guru. 4.1.4
Latihan
Kenal pasti sama ada bahan berikut merupakan proses pengetinan atau
pembotolan. Padankan dengan jawapan yang betul.

Pengetinan

Pembotolan

Ikan sardin

Pengetinan

Pembotolan

Sos tomato

Pengetinan

Pembotolan

Kacang merah

Pengetinan

Pembotolan

Jem strawberi

69
Jom buat
Pembotolan Buah Nanas
Tujuan: Mengawet buah nanas secara pembotolan.

Peralatan dan bahan:

• 1 biji buah nanas


• 1 liter air gula
• Balang yang berpenutup
• Periuk dan dapur
• 850 mililiter air

Langkah-langkah:

1. 2.

Basuh balang dan penutupnya Buah nanas dibersihkan.


sehingga bersih dan keringkan.

3. 4.

Buah nanas dipotong dadu. Masukkan buah nanas dan air


gula ke dalam balang.

70 • Murid melakukan aktiviti ini dilakukan dengan pengawasan guru.


5. 6.

Letakkan
balang
ke dalam
Panaskan 850 mililiter air di periuk.
dalam periuk sehingga hampir
mendidih.

7. 8.
Setelah
masak,
buka
penutup
periuk dan
biarkan
sehingga
Tutup periuk dan biarkan sejuk.
selama satu minit.

9.
Celik
Keusahawanan
Lakukan proses pembotolan
untuk buah-buahan yang lain dan
selepas selesai, buah-buahan yang
dibotolkan boleh dijual.
Periksa penutup balang
keesokan harinya bagi
memastikan penutup botol
ditutup rapat. Balang sedia
untuk disimpan.

71
Imbas Maklumat

Pengawetan
Makanan

Proses
Pengawetan

Pengetinan Pembotolan

Kaedah pengetinan Kaedah pembotolan

Kepentingan
Pengawetan Makanan

Dapat
Makanan Sumber
Mengelakkan menikmati
tahan lebih makanan
pembaziran makanan dari
lama berterusan
negara lain

Makanan Mengelakkan Mudahkan


mudah pembiakan penghantaran
disimpan bakteria makanan

72
Penilaian
1. Isikan ruangan kosong dengan jawapan yang betul.
pengetinan pembotolan minit buah-buahan

kari daging kicap sayur-sayuran

a. Ikan, ayam dan daging sesuai diawetkan dengan cara ____________.


b. Pengawetan secara pembotolan sering menggunakan makanan
berasaskan __________________ dan __________________.

c. Cara pengawetan pengetinan makanan menggunakan suhu sebanyak


121°C dan dipanaskan selama 20 ____________________.

d. Cara pengawetan ini boleh dilakukan di rumah menggunakan periuk


tekanan tinggi. Cara pengawetan ini dinamakan _________________.

e. ________________ dan sos cili merupakan contoh pengawetan secara


pembotolan manakala ___________ dan sambal ikan bilis merupakan
contoh pengawetan secara pengetinan.

2. Berpandukan gambar yang diberi, jawab soalan berikut.


a.

i. Nama buah: ______________________.


ii. Nama proses pengawetan yang sesuai untuk buah ini: ___________.
iii. Contoh makanan lain yang diawet melalui proses yang sama:
• __________________
• __________________
• __________________

73
b.

i. Nama buah: ______________________.


ii. Nama proses pengawetan yang sesuai untuk buah ini: ___________.
iii. Contoh makanan lain yang diawet melalui proses yang sama:
• __________________
• __________________
• __________________

3. Berikan jawapan sama ada PENGETINAN atau PEMBOTOLAN untuk


pernyataan berikut:

a. Makanan akan menjadi tahan lasak.

b. Makanan dalam bentuk pepejal.

c. Makanan dalam bentuk cecair.

d. Makanan nampak lebih menarik.

e. Contoh makanan seperti sardin


dan kekacang.

f. Contoh makanan seperti pes dan jem


buah-buahan.

74 • Murid menjawab latihan dengan bimbingan guru.


Refleksi Diri

Tandakan (✓) mengikut tahap penguasaan anda.

Saya faham Saya tidak faham

Pada akhir pembelajaran ini:

• Saya boleh menyatakan mengenai makanan


yang ditinkan atau dibotolkan.

• Saya boleh menamakan makanan yang


boleh ditinkan, dibotolkan serta proses
pengawetan.

• Saya boleh mengenal pasti dan menamakan


makanan yang boleh diawet dengan cara
pengetinan dan pembotolan.

• Saya boleh membandingkan antara


makanan yang telah ditinkan atau
dibotolkan serta kepentingannya dengan
betul, yakin dan tekal.

• Saya boleh menghubungkaitkan


pengetahuan mengenai pengawetan
pelbagai jenis makanan dengan betul
dan yakin.

• Saya boleh bercerita mengenai kepentingan


pelbagai proses pengawetan makanan serta
boleh mencontohinya.

75
Unit

5 MALAYSIA MAJU

Pengangkutan dan telekomunikasi di Malaysia semakin berkembang


maju. Kedua-duanya menjadi keperluan kepada semua manusia bagi
memudahkan perjalanan kehidupan seharian.

76
Celik Ilmu
Kementerian Pengangkutan Malaysia bertanggungjawab dalam
merancang dan melaksanakan dasar, strategi, dan program
sektor pengangkutan awam yang meliputi pengangkutan darat,
pengangkutan air, dan pengangkutan udara.

77
5.1 PENGANGKUTAN
Pengangkutan membolehkan sesuatu barang atau perkhidmatan dibawa
dari satu tempat ke tempat yang lain.
5.1.1 Jenis Pengangkutan

Pengangkutan Air
Pengangkutan air digunakan di sungai, tasik, pesisir pantai dan laut.

Kapal kontena

Perahu Feri

Pengangkutan
Air
Rakit Kapal persiaran

Bot

• Murid diminta oleh guru untuk memberikan contoh kenderaan lain selain
daripada contoh yang diberikan.
• Murid menceritakan pengalaman tentang kenderaan yang pernah dinaiki
di hadapan kelas.
78 • Murid melakukan aktiviti membuat peta pemikiran di dalam kelas dengan
menyediakan bahan seperti kad manila dan pen penanda. 5.1.1
Pengangkutan Darat

Pengangkutan darat digunakan di atas jalan raya, lebuh raya dan landasan bagi
kereta api.

Basikal
Kereta
Teksi

Beca Lori

Pengangkutan
Darat

Motosikal Kereta Api

Bas
Celik Ilmu
Pada tahun 1885, landasan kereta api yang pertama telah dibina dari Taiping ke Port
Weld untuk mengangkut bijih timah. (Sumber: https://www.pnm.gov.my/yangpertama/
Auto_lLandasan.htm).

79
Pengangkutan Udara

Pengangkutan udara dikendalikan di atas udara untuk mengangkut manusia


atau barangan dalam waktu yang cepat. Pengangkutan udara juga dapat
mempercepat perjalanan ke sesebuah tempat yang jauh.

Pengangkutan Helikopter
Udara

Kapal Terbang

Apakah jenis pengangkutan yang anda ingin miliki?


Nyatakan alasan anda.

80
Aktiviti
Permainan Kenal Kenderaan
Kenal pasti jenis pengangkutan berdasarkan gambar yang berikut.

1 2 3

MULA 4

Undur 5
tiga
kotak
10 9 Hilang 8 7 6
satu
pusingan

11

12
13 14 15
Undur
enam
kotak
TAMAT

Cara bermain:
1. Permainan ini dimainkan dalam kumpulan yang kecil iaitu, antara dua hingga tiga orang.
2. Permainan ini memerlukan buah dadu dan penanda, contohnya duit syiling.
3. Murid akan menyebut nama kenderaan pada kotak yang mereka berhenti. Jawapan
yang betul akan mendapat dua markah, manakala jawapan yang salah tidak mendapat
sebarang markah.
4. Jika murid berhenti pada kotak kosong, murid tidak akan mendapat apa-apa markah.

• Murid perlu meneka jenis pengangkutan yang telah dipelajari.


• Murid menjawab latihan di atas mengikut turutan nombor satu hingga 15.
81
5.1.2 Kepentingan Pengangkutan dalam Kehidupan Harian
Pengangkutan memudahkan urusan harian manusia. Pengangkutan
penting untuk memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang
lain, ataupun mengangkut barangan. Berikut merupakan kepentingan
pengangkutan air:
Boleh mengangkut muatan dalam
kuantiti yang banyak ke tempat
yang jauh.

Mudah mengangkut manusia dan


barangan dari kawasan pedalaman
ke kawasan bandar.

Kos pengangkutan lebih murah.

Sangat penting dalam urusan


Kepentingan perdagangan antarabangsa.
Pengangkutan
Air
Meningkatkan sektor
pelancongan negara.

Menjana peluang pekerjaan


kepada orang ramai.

Celik Ilmu Glosari


Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Perdagangan
Pelepas ialah pusat aktiviti perdagangan Perihal berdagang, urusan berniaga
antarabangsa utama di Malaysia. antara negara.

• Murid membuat peta pemikiran tentang kepentingan pengangkutan


82 di Malaysia.
• Aktiviti dilakukan secara berkumpulan. 5.1.2
Kepentingan pengangkutan darat adalah
seperti berikut:

Mengangkut
barangan
dan penumpang.

Meningkatkan sektor Memudahkan


perniagaan seperti pergerakan dari
perkhidmatan bas dan satu tempat
kereta api. ke tempat
yang lain.

Kepentingan
Pengangkutan
Darat
Menggalakkan
Memodenkan pelaburan asing
sektor kerana mempunyai
pengangkutan pengangkutan darat
awam. yang moden
dan lengkap.
Meningkatkan
perkembangan

Glosari
sektor pelancongan
di sesebuah
Pengangkutan awam kawasan.
Sistem pengangkutan
bermotor seperti teksi, bas,
dan kereta api yang boleh
digunakan oleh orang
ramai di kawasan tertentu
dengan kadar tambang
yang telah ditetapkan.

83
Kepentingan pengangkutan udara adalah seperti berikut:

Kepentingan
Pengangkutan Udara

Memudahkan pergerakan
untuk jarak yang jauh.

Menjimatkan masa.
Memudahkan perjalanan
ke kawasan terpencil
atau pedalaman.
Keselamatan barangan
lebih terjamin.
Kualiti barangan terjamin
kerana dapat menghantar
dalam waktu yang singkat.
Meningkatkan sektor
pelancongan negara.

Celik Ilmu
Doktor Udara telah
digunakan untuk memberi
perkhidmatan rawatan
perubatan ke kawasan
pedalaman seperti Sabah
dan Sarawak.

84
Latihan

1. Tuliskan nama-nama kenderaan berdasarkan jenis.


a. Pengangkutan air

b. Pengangkutan darat

c. Pengangkutan udara

85
2. Gariskan pada jawapan yang betul.

a. Bas dan kereta api ialah contoh pengangkutan (udara / darat) .


b. Pengangkutan air sangat penting dalam urusan
(perdagangan / percukaian) luar negara.
c. Pengangkutan udara dan air mampu (menurunkan / meningkatkan)
sektor pelancongan negara.
d. Kos pengangkutan kenderaan darat lebih (mahal / murah)
berbanding pengangkutan udara.
e. Pengangkutan udara dapat menjimatkan (masa / kos) .
f. (Doktor / Jurutera) Udara ialah perkhidmatan rawatan kesihatan
melalui pengangkutan udara kepada penduduk kawasan
pedalaman Sabah dan Sarawak.

Jom buat
Peta Pemikiran: Kepentingan Pengangkutan di Malaysia

Peralatan:

• Pen atau pensel warna • Gam


• Kad manila • Kertas warna
• Gunting • Buku rujukan

Langkah-langkah:

1. Bahagikan murid kepada tiga orang dalam satu kumpulan.


2. Cari gambar pengangkutan awam yang terdapat di Malaysia. Gambar
boleh diperoleh dengan menggunakan bahan rujukan seperti buku,
majalah, surat khabar atau Internet.
3. Gunakan gambar tersebut untuk dimasukkan ke dalam peta pemikiran
yang sesuai.
4. Hias peta pemikiran anda secara kreatif.
5. Bentangkan hasil kerja anda di hadapan kelas.

• Murid membuat aktiviti dengan menggunakan bahan rujukan yang


disediakan oleh guru.
86 • Guru juga boleh meminta murid membawa bahan rujukan tambahan
yang terdapat di rumah. 5.1.2
5.2 TELEKOMUNIKASI

Telekomunikasi bermaksud sains yang berkaitan dengan penghantaran


maklumat melalui talian telefon, mikrogelombang, gentian optik dan satelit.

5.2.1 Alat Telekomunikasi

Alat telekomunikasi ialah alat perantaraan yang digunakan untuk


berhubung. Penggunaannya melibatkan jarak yang jauh antara penyampai
dan penerima maklumat. Perkembangan kemajuan alat telekomunikasi
berlaku mengikut peredaran zaman.

Telefon
Digunakan untuk berhubung dengan individu yang berada di tempat lain.

Telefon gagang Telefon bimbit Telefon pintar

Mesin Faksimile
Menyalin dan menghantar imej cetak ke satu tempat yang lain melalui
talian telefon.

Mesin teleks Mesin faksimile

Komputer
Menerima, memproses, menyimpan dan menyampaikan maklumat.

Komputer riba Komputer peribadi Komputer tablet

• Murid menerangkan jenis alat telekomunikasi yang terdapat di Malaysia. 87


• Murid menerangkan fungsi alat telekomunikasi. 5.2.1
Televisyen
Penyiaran gambar hidup atau bergerak berserta bunyi di skrin atau
kaca televisyen.

Celik Ilmu

Televisyen hitam putih Televisyen warna

Telegraf diperkenalkan
di Tanah Melayu pada
tahun 1876 yang digunakan
untuk memudahkan urusan
pentadbiran British.

Televisyen plasma Televisyen LED/LCD

Radio
Penghantaran dan pengiriman maklumat
berbentuk bunyi menerusi pembesar suara. Imbas saya
Layari laman web
http://arasmega.
com/qr-link/nota-
sejarah-telegraf/
untuk mengetahui
lebih lanjut
tentang sejarah
telegraf. (Dicapai
Pemutar piring hitam Radio klasik pada 8 Julai 2019).

Nilai Murni
Melahirkan generasi
muda yang menghargai
kepentingan pengangkutan
Radio digital dan alat telekomunikasi
Radio kaset
bagi memudahkan
perjalanan aktiviti harian.

88
5.2.2 Kepentingan Alat Telekomunikasi dalam
Kehidupan Harian
Kemajuan teknologi alat telekomunikasi banyak memberi manfaat kepada
pembangunan negara. Antara kepentingan alat telekomunikasi ialah:

Meningkatkan
Merapatkan urusan
hubungan pentadbiran
antara keluarga, negara.
rakan dan
masyarakat. Maklumat boleh
diperoleh
Mewujudkan dengan
pembelajaran cepat.
secara maya
atau
e-pembelajaran.
Memudahkan
urusan
Memudahkan pekerjaan.
proses
komunikasi
dijalankan. Mencepatkan
urusan
Menjimatkan pembayaran bil
tenaga dan dan perbankan.
kos operasi.

Glosari
1. Apakah alat telekomunikasi yang
E-pembelajaran
anda gunakan?
Proses pembelajaran melalui
2. Berikan sebab mengapa anda rangkaian Internet.
menggunakan alat telekomunikasi
tersebut?

• Murid menyenaraikan kepentingan alat telekomunikasi dalam bentuk peta 89


pemikiran secara kreatif dengan bimbingan guru. 5.2.2
Latihan

1. Jawab soalan teka-teki di bawah.

a. Saya tinggal di pejabat,


saya menghantar surat tanpa setem.
Siapakah saya?

b. Saya alat penting masa kini,


saya diisi dengan pelbagai aplikasi.
Anda boleh bercakap dan menulis
menggunakan saya. Saya juga boleh
mengambil gambar. Teka siapakah saya?
c. Saya digunakan untuk menaip,
menyimpan dan menghantar maklumat.
Anda juga boleh menonton filem
dan mendengar lagu melalui saya.
Siapakah saya?

d. Saya berbentuk segi empat tepat,


manusia boleh menonton pada badan
saya, dahulu saya tebal, kini saya nipis.
Tekalah siapa saya?

2. Susun huruf di bawah supaya menjadi nama alat-alat telekomunikasi


pada masa ini.

a . D O I A R

b . F N O E T L E

c. L T E E V S I E N Y

d. S E I M N L E T E S K

e. P T E R K O U M T E B L AT
90
Jom buat
Kereta Kuasa Belon

Tujuan: Mereka cipta bahan pembelajaran mengenai pengangkutan


berbentuk model kereta.
Peralatan dan bahan:

• Belon • 1 keping kadbod bersaiz 8 cm × 10 cm


• 2 batang straw • 4 biji penutup botol plastik yang
• 1 batang lidi (dipotong dua) ditebuk di bahagian tengah
• Pita pelekat • Pistol perekat panas
• Gelang getah

Langkah-langkah:

1. Lekatkan setiap 2. Masukkan potongan 3. Tampal penutup


hujung straw lidi melalui lubang botol pada
dengan kadbod. straw. permukaan bawah
kadbod.

4. Masukkan hujung 5. Kemudian, lekatkan 6. Tiupkan belon sebelum


belon pada keratan sambungan belon menggerakkan kereta
straw dan sambungkan dan straw pada anda.
dengan gelang getah. bahagian atas
permukaan kadbod.

• Murid melakukan aktiviti ini dengan pemantauan guru.


91
Imbas Maklumat

Pengangkutan di Malaysia

Pengangkutan
Air

Pengangkutan
Darat

Pengangkutan Memudahkan
Udara pergerakan dari satu
tempat ke tempat
yang lain.
Kepentingan

Memudahkan
Alat telekomunikasi di Malaysia mengangkut barangan.

Kepentingan

• Memudahkan proses komunikasi dijalankan.


• Maklumat boleh diperoleh dengan cepat.
• Memudahkan urusan pekerjaan.
• Menjimatkan tenaga dan kos operasi.
• Mencepatkan urusan pembayaran bil dan perbankan.
• Mewujudkan pembelajaran secara maya atau e-pembelajaran.
• Merapatkan hubungan antara keluarga, rakan dan masyarakat.
• Meningkatkan urusan pentadbiran negara.

92
Penilaian
1. Cari 10 perkataan yang berkaitan dengan jenis-jenis pengangkutan
yang terdapat di Malaysia.
K P U F K U W Q V F
H E L I K O P T E R
F K N B L I F U P U
G B A S I K A L N P
T K I O I K V B Z E
E E E R S B F A T R
B J B R K G E S A A
Q E O E E C R C T H
W V T R T T I M A U
E O H E A A A X O T
P F J L T F A L P S
W L W A N A L O R I
1. BASIKAL 2. BECA 3. KERETA 4. PERAHU 5. LORI
6. FERI 7. BAS 8. HELIKOPTER 9. BOT 10. TEKSI

2. Nyatakan kepentingan pengangkutan berikut dalam ruang yang disediakan.

Jenis Pengangkutan Kepentingan Pengangkutan


a.
b.
c.

a.
b.
c.

a.
b.
c.

93
3. Namakan alat telekomunikasi yang berikut.

Alat
Telekomunikasi
di Malaysia

4. Gariskan jawapan yang betul.

a. Alat telekomunikasi membolehkan kita mendapat maklumat dengan


lambat cepat.
b. Penggunaan alat telekomunikasi meningkatkan menjimatkan kos
operasi sesebuah perniagaan.
c. Alat telekomunikasi dapat mencepatkan melambatkan urusan
pembayaran bil dan perbankan.
d. Hubungan antara ahli keluarga, rakan dan masyarakat yang jauh
dapat dieratkan direnggangkan dengan alat telekomunikasi.
e. Penggunaan alat telekomunikasi dapat menurunkan meningkatkan
urusan pentadbiran negara.

94
Refleksi Diri

Tandakan (✓) mengikut tahap penguasaan anda.

Saya faham Saya tidak faham

Pada akhir pembelajaran ini:

• Saya mampu mengenal pasti jenis


pengangkutan yang terdapat di Malaysia.

• Saya boleh menyatakan kepentingan


pengangkutan dalam kehidupan harian.

• Saya mampu mengenal pasti alat


telekomunikasi yang terdapat di Malaysia.

• Saya boleh menyatakan kepentingan alat


telekomunikasi dalam kehidupan harian.

95
Unit

6 KELESTARIAN

Lestari bermaksud kekal dan tidak berubah. Manakala, kelestarian


alam sekitar dikaitkan dengan tanggungjawab untuk melindungi dan
mengekalkan keindahan flora dan fauna. Melindungi alam sekitar
dapat mengurangkan pencemaran. Hal ini menjamin dunia pada masa
akan datang masih baik dan selamat untuk generasi seterusnya.

96
Celik Ilmu
Pelbagai peralatan yang digunakan seharian diperbuat
daripada aluminium. Antaranya ialah peralatan memasak,
barangan elektronik dan bahagian dalam kenderaan.
Aluminium digunakan dengan meluas kerana ciri-cirinya
yang tahan lama, ringan dan tidak mudah berkarat.

97
6.1 KITAR SEMULA BAHAN BUANGAN ALUMINIUM
Bahan buangan daripada aluminium mempunyai nilai yang tinggi dalam
pasaran. Mengumpul bahan buangan yang diperbuat daripada aluminium
mampu menjadi sumber pendapatan. Selain itu, kebersihan kawasan sekitar
juga terjamin.

6.1.1 Bahan Buangan daripada Aluminium

Bahan buangan daripada aluminium yang mudah ditemui di sekeliling kita


adalah seperti berikut:

Tin makanan
Tin makanan Tin minuman Tin susu
haiwan

Bekas makanan Kerajang Penutup botol


Botol aerosol
aluminium aluminium minuman

Sudu Kuali Periuk


dan garpu

• Ringan
• Tidak mudah berkarat
Ciri-ciri • Tahan lasak
Barang • Konduktor haba yang baik
Aluminium • Tidak mempunyai bau
• Berwarna putih keperakan
• Tidak bermagnet
98 • Murid membincangkan tentang bahan buangan daripada
aluminium dengan bimbingan guru. 6.1.1
Aktiviti
Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan. Namakan bahan buangan
daripada aluminium dalam gambar berikut.

Jawapan
1. ______________________________________________________________
2. ______________________________________________________________
3. ______________________________________________________________
4. ______________________________________________________________
5. ______________________________________________________________

99
6.1.2 Produk Kitar Semula Bahan Buangan daripada Aluminium
Tahukah anda bagaimana produk kitar semula bahan buangan daripada
aluminium dihasilkan? Lihat rajah di bawah untuk mengetahui lebih lanjut
tentang proses penghasilan produk ini.

Bahan buangan daripada


1. aluminium dikumpulkan
di dalam tong kitar semula.

Gulungan aluminium
diproses menjadi produk
6. baharu seperti tin minuman,
kerajang aluminium dan
pembalut coklat.

Jongkong diproses
5.
menjadi gulungan.

100 • Murid menerangkan proses produk kitar semula bahan buangan


daripada aluminium dengan bimbingan guru. 6.1.2
Imbas saya
Layari laman web http://
arasmega.com/qr-link/
proses-kitar-semula-tin-
aluminium/ untuk menonton
video proses kitar semula tin
aluminium. (Dicapai pada
1 Ogos 2019).

Aluminium yang terkumpul


dibawa ke kilang untuk diproses.
2.
Aluminium akan dicuci terlebih
dahulu.

3. Aluminium dicairkan.

Celik Ilmu
Proses penghasilan aluminium baharu
Aluminium yang dicairkan menggunakan bahan buangan
4. dibentuk menjadi ketulan blok aluminium hanya memerlukan
dipanggil jongkong. lima peratus tenaga berbanding
menggunakan bahan mentah.

101
Latihan

1. Nomborkan gambar di bawah mengikut urutan proses kitar semula


yang betul.

2. Jawab soalan berikut berdasarkan proses kitar semula bahan buangan


daripada aluminium.

a. Apakah nama blok yang terhasil daripada cecair aluminium?


_____________________________________________________________

b. Apakah proses pertama mengitar semula bahan buangan daripada


aluminium?
_____________________________________________________________

c. Senaraikan tiga jenis barangan aluminium yang dihasilkan daripada


proses kitar semula.
i. __________________________________________________________
ii. __________________________________________________________
iii. __________________________________________________________

102
6.1.3 Pameran Projek Kitar Semula
Pameran projek kitar semula bahan buangan dapat memupuk semangat
cinta akan alam sekitar.
Rancang satu pameran di sekolah bersama rakan kelas anda dengan
menekankan aspek berikut:

1. Kepentingan kitar semula


Aktiviti 1:
Hasilkan galeri gambar yang menunjukkan kesan buruk pembuangan
sampah aluminium tanpa pengurusan yang baik.

Menjadi tempat pembiakan Mencemarkan pemandangan


jentik-jentik. alam sekitar.

Celik Ilmu
Pencemaran yang terhasil daripada
perlombongan bauksit sebagai
bahan mentah untuk menghasilkan
aluminium dapat dikurangkan dengan
mengitar semula bahan buangan
daripada aluminium. Longgokan sisa buangan.

• Murid melaksanakan pameran projek kitar semula bahan buangan 103


daripada aluminium dengan bimbingan guru. 6.1.3
2. Cara mengumpul bahan terbuang daripada aluminium
Aktiviti 2:
Hasilkan satu poster yang menunjukkan cara mengumpul bahan
terbuang daripada aluminium.

Cara Mengumpul
Bahan Terbuang

Tin aluminium
Dikemikkan sebelum dibuang.

Kerajang aluminium atau


bekas makanan aluminium
Kesan makanan dicuci
sebelum dibuang.

Botol aerosol
Pastikan kosong sebelum
dibuang dan jangan
dikemikkan.

104
3. Memupuk amalan menjaga alam sekitar
Aktiviti 3:
• Menyertai gotong-royong di kawasan sekolah bersama rakan sekelas.
• Membersihkan kawasan persekitaran sekolah.
• Mengumpul bahan buangan yang boleh dikitar semula.
• Mengasingkan barangan mengikut kumpulan bahan buangan kitar
semula.
4. Memupuk kreativiti murid dalam mengitar semula bahan buangan
Aktiviti 4:
Menjalankan pertandingan atau pameran reka cipta barangan kitar
semula bahan buangan daripada aluminium. Contoh hasil reka cipta
bahan buangan daripada aluminium:

Karya seni kerajang aluminium. Tabung tin susu.

Bekas serba guna daripada


Pasu bunga daripada tin minuman. tin makanan.

105
Jom buat
Bekas Serba Guna Aluminium

Tujuan: Menghasilkan barangan serba guna daripada bahan buangan


kitar semula.
Peralatan dan bahan:

• Tin aluminium (yang sudah • Kain perca


dibersihkan dan ditanggalkan label) • Reben
• Gunting
• Gam kuat pelbagai guna

Langkah-langkah:

1. Guntingkan kain perca mengikut 2. Gunting reben dan buatkan


saiz tin. Balut tin dengan kain hiasan seperti yang ditunjukkan
perca dan tampal pada bahagian dalam gambar.
hujungnya.

3. Ambil reben lain dan lilitkan pada 4. Tampal reben hiasan pada
tin. Tampal hujung reben dengan reben yang dililit.
gam.
• Bekas yang siap boleh digunakan untuk meletakkan alat tulis, peralatan
106 lukisan dan sebagainya.
6.1.4 Hasil Produk Kitar Semula Bahan Buangan daripada
Aluminium

Selain menjual hasil barang buangan aluminium yang terkumpul, kita


juga boleh menghasilkan produk baharu. Nilai barangan yang dijual akan
meningkat kerana fungsi, kualiti dan kreativiti bahan tersebut. Contoh reka
cipta bahan buangan daripada aluminium yang mempunyai nilai komersial
di pasaran:

Rantai kunci Tempat lilin


Contoh Hasil
Produk Kitar
Semula

Jambangan bunga Bingkai gambar

Komersial
Glosari Berkaitan dengan atau bersifat perdagangan.

• Guru menerangkan kepada murid persediaan-persediaan sebelum


membuat pameran dan cara menjual hasil produk kitar semula 107
bahan buangan daripada aluminium. 6.1.4
Jom buat
Pameran dan Jualan Bahan Buangan Aluminium

Tujuan: Membuat pameran dan menjual bahan buangan daripada


aluminium.
Langkah-langkah:

• Sediakan poster atau gegantung untuk


1. Pengiklanan memperkenalkan fungsi dan kelebihan
produk produk kepada pembeli.
• Mengiklankan produk melalui media sosial.
• Membuat pembentangan secara terbuka
2. Memperkenalkan
di kios pameran.
produk kepada
• Menerangkan nama, fungsi dan kelebihan
pembeli
produk.
3. Membuat • Menerangkan cara menggunakan produk
demonstrasi kepada pembeli
penggunaan • Melakonkan situasi sebenar ketika
barangan penggunaan barangan.
• Merekodkan jualan di kios mengikut hari.
4. Jualan produk • Menerima tempahan produk jika stok
habis dijual.

Contoh produk jualan

• Murid menyediakan ruang pameran dan menjual hasil produk kitar semula
108 bahan buangan daripada aluminium semasa Hari Usahawan di sekolah
dengan bimbingan guru.
Imbas Maklumat

Jenis Bahan Buangan daripada Aluminium

• Tin makanan haiwan


• Tin minuman
• Tin susu
• Tin biskut
• Kerajang aluminium
• Penutup botol
• Botol aerosol
• Kuali
• Sudu
• Garpu
• Periuk
• Bekas makanan aluminium

Proses Kitar Semula

1. Pengumpulan 2. Bahan dihantar 3. Bahan dicairkan


bahan. ke kilang dan dan dibentuk
dicuci. menjadi jongkong.

4. Produk baharu 5. Jongkong diproses menjadi


aluminium dihasilkan. gulungan aluminium.

Pameran Kitar Semula Bahan Buangan


• Galeri kesan buruk pencemaran alam sekitar.
• Poster penerangan cara mengumpul bahan buangan daripada
aluminium.
• Gotong-royong.
• Pertandingan reka cipta.

Pameran dan Jualan Produk Kitar Semula Bahan Buangan


daripada Aluminium
• Pengiklanan
• Penerangan produk secara langsung
• Demonstrasi
• Kiraan keuntungan dan tempahan
109
Penilaian
1. Dengan menggunakan barangan buangan daripada
aluminium seperti gambar di sebelah, reka satu produk
anda sendiri yang mempunyai nilai komersial
di pasaran. Kemudian, lukis satu poster yang
lengkap dengan gambar produk, nama produk,
fungsi dan kelebihannya. Bentangkan
di hadapan kelas hasil kerja anda.
2. Berdasarkan gambar di bawah, senaraikan kesan buruk pencemaran
alam sekitar hasil pembuangan sampah seperti aluminium tanpa
kawalan. Bincangkan bersama ahli kumpulan anda.

Tulis jawapan anda di bawah ini.


a.
b.
c.
d.
e.

110
Refleksi Diri

Tandakan (✓) mengikut tahap penguasaan anda.

Saya faham Saya tidak faham

Pada akhir pembelajaran ini:

• Saya boleh mengenal pasti bahan


buangan daripada aluminium.

• Saya boleh menerangkan produk


kitar semula bahan buangan
daripada aluminium.

• Saya boleh melaksanakan pameran


projek kitar semula bahan buangan
daripada aluminium.

• Saya boleh mempamer dan menjual


hasil produk kitar semula bahan
buangan daripada aluminium.

111
Unit

7 SEJARAH KITA

Tempat tinggal ialah rumah


atau tempat perlindungan yang
didiami oleh individu, keluarga
atau masyarakat. Namun begitu,
nama dan lokasi tempat tinggal,
asal usul nama tempat tinggal dan
aktiviti masyarakat setempat ialah
berbeza antara satu sama lain.

112
Celik Ilmu
Keistimewaan sesebuah tempat
tinggal terdiri daripada beberapa
aspek, iaitu:
• Keadaan bentuk muka bumi
• Kesenian dan kebudayaan
• Kemudahan awam atau prasarana
• Sumber pendapatan

113
7.1 KAWASAN TEMPAT TINGGAL

7.1.1 Memerihalkan Kawasan Tempat Tinggal


Rumah atau tempat yang didiami merupakan tempat tinggal kita. Kawasan
tempat tinggal seseorang pula tidak sama dengan orang lain. Ada yang
tinggal di kawasan kampung dan ada di bandar.
Nama Tempat Tinggal
Tempat tinggal kita selalunya akan dilengkapi dengan alamat rumah.
Alamat rumah yang lengkap mempunyai:

• Nombor rumah
• Nama jalan
• Tempat
• Poskod
• Nama negeri

Alamat rumah yang lengkap memudahkan kita mengenal pasti lokasi


sesebuah rumah atau tempat yang dituju.
Rajah di bawah menunjukkan contoh alamat rumah yang lengkap.

Nama Jalan

Nombor Rumah

NO. 123, JALAN SETIA ALAM 3,


Tempat
TAMAN SETIA ALAM,
40170 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN .
Poskod

Nama Negeri

Tuliskan alamat lengkap tempat tinggal anda.

114 • Murid menulis alamat lengkap sekolah berserta nombor


telefon sekolah dengan bimbingan guru. 7.1.1
Lokasi Tempat Tinggal

Berikut ialah penerangan tentang lokasi tempat tinggal berdasarkan alamat


rumah yang lengkap.

Lokasi Mukim Daerah Negeri


Kawasan yang Bahagian Daerah
Kedudukan di bawah yang berada
dalam
sesuatu perintah seorang di bawah
sesebuah
tempat. penghulu. pemerintahan
negeri.
seorang sultan
atau raja.

Contoh:
No. 456,
Pahang Darul
Jalan Seri Kuala Kuantan 2, Kuantan,
Makmur.
Inderapura 9,

Lokasi rumah di kawasan bandar selalunya ialah taman perumahan,


rumah pangsa, kondominium dan sebagainya. Bagi kawasan luar bandar,
lokasi rumah ialah di pekan, kampung, ladang atau pedalaman.
Sesebuah kawasan tempat tinggal terletak dalam sebuah mukim. Mukim
pula terletak dalam sebuah daerah dan daerah dalam sebuah negeri.

Nyatakan tempat tinggal anda berkaitan


lokasi, mukim, daerah dan negeri.

115
Asal Usul Nama Tempat Tinggal
Asal usul bermaksud peringkat awal atau permulaan. Asal usul nama
tempat tinggal ialah asal nama sesuatu tempat yang diberi oleh penduduk
asal di situ. Berikut beberapa contoh asal usul nama tempat di Malaysia:
Melaka
• Dikatakan mendapat nama daripada pokok Melaka. Pokok ini menjadi
tempat Parameswara berehat setelah peristiwa anjingnya ditendang
oleh pelanduk.
• Ada juga pendapat mengatakan “Melaka” diambil daripada bahasa
Arab “mulaqah” yang bermaksud pertemuan atau “malakat” bermaksud
perhimpunan.
Kuching, Sarawak
• Kuching dikatakan mendapat nama daripada Sungai Kuching yang
terletak di antara Muzium Cina dan Kuil Tua Pek Kong.
• Sungai Kuching berkemungkinan memperoleh nama daripada Kucing
Hutan yang kerap mengunjunginya. Sungai tersebut juga berhampiran
dengan sebuah bukit yang banyak ditumbuhi oleh pokok Buah Mata
Kucing. Justeru, diberi nama Bukit Mata Kucing.

Imbas saya
Layari laman web http://arasmega.com/qr-link/asal-usul-nama-
kuching/untuk mengetahui lebih lanjut tentang asal usul nama
Kuching. (Dicapai pada 16 Jun 2019)

Kota Kinabalu, Sabah


• Nama asalnya ialah Jesselton.
• Nama Kota Kinabalu dipilih
menggantikan nama asal.
Imbas saya
Nama “Kinabalu” bersempena Layari laman web http://
arasmega.com/qr-link/asal-
mercu tanda negeri Sabah, iaitu
usul-nama-kota-kinabalu/
Gunung Kinabalu. untuk mengetahui lebih
lanjut tentang asal usul
nama Kota Kinabalu.
(Dicapai pada 16 Jun 2019).

116
Aktiviti Masyarakat Setempat
Aktiviti masyarakat setempat terbahagi kepada dua, iaitu sosioekonomi
dan sosiobudaya. Sosiobudaya merupakan aktiviti yang merapatkan
hubungan masyarakat di sesebuah tempat tinggal melalui aktiviti yang
dijalankan bersama-sama.
Manakala sosioekonomi ialah aktiviti masyarakat setempat yang
dilakukan sebagai sumber pencarian pendapatan dan memajukan sesebuah
kawasan.

Aktiviti Sosioekonomi Masyarakat Setempat


Luar bandar atau kampung Bandar

• Petani • Profesional
• Peniaga makanan dan minuman • Peniaga
• Pembuat kraftangan
• Usahawan kecil dan sederhana

Pantai Pergunungan

• Nelayan • Petani
• Pekerja sektor gas dan minyak • Pengumpul hasil hutan
• Penggiat aktiviti laut

• Murid mencari maklumat tentang sejarah tempat tinggal melalui buku, 117
majalah atau Internet dengan bimbingan guru. 7.1.2
Aktiviti Sosiobudaya Masyarakat Setempat

Gotong-royong Sambutan perayaan


Membersihkan kawasan Majlis rumah terbuka
perumahan

Rondaan keselamatan Program khidmat masyarakat


Rondaan waktu tengah malam • Membuat kutipan sumbangan
• Membersihkan kawasan rumah
• Memberi sumbangan kepada
yang memerlukan

Nyatakan aktiviti sosiobudaya lain yang boleh dilakukan


oleh masyarakat di sesebuah kawasan tempat tinggal.

118 • Guru membimbing murid mencari maklumat tentang tempat menarik


di tempat tinggal menggunakan Internet.
Latihan

1. Lengkapkan jadual di bawah.


No. 25, Jalan Jasmin 9,
Taman Jasmin, Senawang,
70450 Seremban, Negeri Sembilan.

Alamat No. 25,


Negeri
tempat Jalan Seremban
Sembilan
tinggal Cempaka 10,
Lokasi
tempat Mukim Daerah
tinggal

2. Berdasarkan gambar yang diberi, tuliskan sama ada SOSIOEKONOMI


atau SOSIOBUDAYA.


• Murid menjawab latihan dengan bimbingan guru. 119
7.1.2 Sejarah Tempat Tinggal Saya

Langkawi, Pulau Lagenda


Setiap tempat mempunyai kisah dan cerita yang menarik. Begitu juga
dengan Pulau Langkawi yang terletak di dalam negeri Kedah Darul Aman.
Langkawi juga digelar Permata Kedah.
Langkawi memiliki 99 buah pulau tropika di persisiran barat laut
Semenanjung Malaysia. Pulau utama dikenali sebagai Pulau Langkawi.
Keistimewaan dan keunikan Langkawi:
• Cerita warisan mitos dan lagendanya.
Kisah yang sering dikaitkan dengan Langkawi ialah kisah Mahsuri.
Kisah Mahsuri ialah tentang seorang wanita yang baik tetapi difitnah.
Akhirnya Mahsuri yang tidak bersalah dihukum bunuh.

• Penganugerahan status "Geopark" oleh UNESCO.


Anugerah ini diberi kepada Langkawi kerana mempunyai binaan batu
kapur yang unik, gua, gerbang laut dan fosil-fosil yang terhasil sejak
jutaan tahun.

Tempat-tempat Menarik di Langkawi, antaranya:

Dataran Helang Makam Mahsuri

Pantai Chenang Tasik Dayang Bunting


• Murid melayari Internet untuk mendapatkan informasi tambahan tentang
Langkawi dengan bimbingan guru.
120 • Murid juga mendapatkan maklumat tentang keistimewaan dan keunikan
tempat tinggal mereka dengan bimbingan guru.
Jom buat
Buku Skrap Sejarah Tempat Tinggal Saya
Tujuan: Mengenali tempat tinggal.

Peralatan dan bahan:

• Gunting • Pen penanda pelbagai warna


• Gam • Penebuk lubang
• Kertas A4 • Reben
• Kertas warna

Langkah-langkah:
1. Tuliskan alamat dan lokasi tempat tinggal anda pada kertas dengan
menggunakan pen penanda pelbagai warna.
2. Tuliskan aktiviti masyarakat setempat tempat tinggal anda.
3. Carikan maklumat tentang asal usul dan keistimewaan tempat tinggal
anda menggunakan Internet.
4. Cetak maklumat dan tampal pada kertas warna.
5. Hiaskan buku skrap anda dengan corak yang menarik dan kreatif.
6. Tebuk bahagian tepi kertas dan ikat dengan reben.
7. Buku skrap anda sedia dipamerkan.

• Murid membuat aktiviti dengan bimbingan guru.


• Murid berkongsi maklumat tentang sejarah tempat tinggal dalam 121
media sosial. 7.1.2
Imbas Maklumat

Nama Jalan

Nombor Rumah

Tempat NO. 123, JALAN SETIA ALAM 3,


TAMAN SETIA ALAM,
40170 SHAH ALAM,
Poskod SELANGOR DARUL EHSAN .

Nama Negeri

Lokasi Tempat Tinggal

Kawasan yang Bahagian Daerah


Kedudukan di bawah yang berada
dalam
sesuatu perintah seorang di bawah
sesebuah
tempat. penghulu. pemerintahan
negeri.
seorang sultan
atau raja.
Contoh:

No. 456,
Pahang Darul
Jalan Seri Kuala Kuantan 2, Kuantan,
Makmur.
Inderapura 9,

Keistimewaan Tempat Tinggal

• Asal usul tempat tinggal


• Aktiviti masyarakat

122
Penilaian

1. Baca petikan di bawah. Tandakan (✓) pada jawapan yang betul.

Mashitah dan keluarganya tinggal di No. 22, Jalan


Harmoni 13, Taman Harmoni Setia, 50678 Kuala Lumpur.
Rumahnya terletak berhampiran dengan KL Sentral. Selain
itu, tempat tinggal Mashitah juga disediakan dengan
pelbagai kemudahan awam seperti balai polis, klinik, dan
pejabat pos.

a. Di manakah Mashitah tinggal?


Bandar ( ) Kampung ( )

b. Apakah poskod tempat tinggal Mashitah?


43200 ( ) 50678 ( )

c. Namakan jenis kediaman Mashitah.


Rumah tradisional ( ) Rumah teres ( )

d. Apakah keistimewaan tempat tinggal Mashitah?


Terdapat prasarana atau kemudahan awam ( )
Keindahan alam semula jadi ( )

2. Lengkapkan jawapan tentang tempat tinggal anda.

Alamat rumah Lokasi tempat tinggal

Keistimewaan tempat tinggal Aktiviti masyarakat setempat

123
3. Jawab soalan berikut dan cari jawapan dalam ruangan di bawah.
a. Aktiviti masyarakat setempat dibahagikan kepada dua, iaitu
aktiviti ___________ dan sosioekonomi.
b. Aktiviti sosioekonomi bagi masyarakat setempat ialah
di luar bandar, bandar, ____________ dan pergunungan.
c. Sosiobudaya melibatkan aktiviti yang merapatkan hubungan
masyarakat di sesebuah tempat _____________.
d. Aktiviti masyarakat setempat yang melibatkan kerjasama
semua anggota masyarakat untuk menjaga kebersihan kawasan
perumahan ialah __________________.

G B B S Q D C

O B B O B R B

T P Z S V R J

O A B I C B B

N N B O B K B

G T U B U J U

R A E U E M E

O I N D N I N

Y B S A S W A

O Z A Y A V N

N L W A Y B A

G B K P B Y Q

T I N G G A L

124 • Murid menjawab soalan yang diberi dengan bimbingan guru.


Refleksi Diri

Tandakan (✓) mengikut tahap penguasaan anda.

Saya faham Saya tidak faham

Pada akhir pembelajaran ini:

• Saya boleh menyatakan dengan jelas tentang


nama tempat tinggal saya.

• Saya boleh menerangkan dengan jelas tentang


lokasi tempat tinggal saya.

• Saya boleh menerangkan dengan jelas tentang


asal usul tempat tinggal saya.

• Saya boleh menyertai aktiviti yang dilakukan


oleh masyarakat setempat di tempat
tinggal saya.

• Saya boleh menceritakan tempat tinggal saya.

125
Unit

8 PEMIMPIN

Kepimpinan yang baik sangat diperlukan bagi mentadbir sesebuah


negeri. Setiap negeri di Malaysia ditadbir oleh seorang pemimpin
tertinggi yang dikenali sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri.

126
Celik Ilmu
Rujukan kehormat untuk Menteri Besar dan Ketua Menteri ialah Yang Amat
Berhormat, manakala Yang Berhormat ialah rujukan kehormat yang digunakan
untuk Ahli Dewan Undangan Negeri.
(Sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=berhormat&d=175768&).

127
8.1 PEMIMPIN NEGERI

Setiap negeri mempunyai ketua negeri sebagai pemerintah yang mentadbir


sesebuah negeri. Gelaran dan pelantikan setiap ketua negeri berbeza
antara satu negeri dengan negeri yang lain.
Negeri-negeri yang mempunyai raja seperti negeri Perlis, Johor,
Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, dan
Kelantan dipimpin oleh pemimpin negeri yang dikenali sebagai Menteri
Besar. Gelaran dan pelantikan setiap pemimpin negeri berbeza dengan
negeri yang lain.

8.1.1 Kenali Pemimpin Negeri

Pemimpin setiap Negeri

Negeri-negeri yang menggunakan gelaran Menteri Besar


Negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar ialah negeri yang mengamalkan
sistem pemerintahan beraja.

Johor Kedah Perlis

Selangor Negeri Sembilan Kelantan

128 • Murid mencari maklumat, iaitu nama Menteri Besar dan Ketua
8.1.1
Menteri bagi setiap negeri di Malaysia dengan bimbingan guru.
Perak Pahang Terengganu

Negeri-negeri yang menggunakan gelaran Ketua Menteri


Negeri yang mengamalkan sistem pemerintahan tidak beraja dipimpin oleh
Ketua Menteri.

Sabah Sarawak

Pulau Pinang Melaka

Nilai Murni
Celik Ilmu
Pemimpin negeri yang
Pemilihan Menteri Besar atau Ketua Menteri dilakukan bertanggungjawab
oleh Ketua Negeri, iaitu Sultan, Raja, Yang di-Pertuan akan dihormati
Besar atau Yang di-Pertua Negeri. oleh rakyat.

129
Tugas Menteri Besar dan Ketua Menteri

Antara peranan yang dilakukan oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri
ialah:

Menasihati
sultan, raja atau
Yang di-Pertuan
Besar dalam
pelantikan ahli-ahli
kerajaan negeri.

Melaksanakan Memilih
tugas sebagai ahli-ahli majlis
ketua eksekutif mesyuarat kerajaan
negeri. Peranan negeri yang
Menteri Besar dilantik oleh
dan Ketua ketua negeri.
Menteri

Mengetuai
mesyuarat
kerajaan Mengurus
negeri. tadbir kerajaan
negeri.

Celik Ilmu
Gelaran jawatan Menteri Besar
dan Ketua Menteri diwujudkan
Siapakah nama
semasa zaman Pemerintahan
pemimpin di negeri
British di Tanah Melayu pada
kelahiran anda?
tahun 1948.

130
Latihan

1. Tuliskan MENTERI BESAR atau KETUA MENTERI pada nama-nama


negeri yang diberi.

Kedah Sarawak

Johor Pulau Pinang

Perak Selangor

Sabah Pahang

2. Isikan rajah di bawah dengan peranan Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Peranan
Menteri Besar
atau Ketua
Menteri

131
8.1.2 Memerihalkan Pemimpin Negeri
Setiap negeri mempunyai pemimpin negerinya sendiri. Bagi Sarawak,
pemimpin negerinya diberi gelaran Ketua Menteri. Mari kita kenali pemimpin
Negeri Sarawak.
Kenali Pemimpin Negeri

Ketua Menteri Sarawak


Nama: Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul
Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang
Haji Openg
Tarikh Lahir: 4 Ogos 1950
Tempat Lahir: Limbang, Sarawak
Jawatan: Ketua Menteri Sarawak yang keenam
Tugas: Melaksanakan tugas sebagai ketua
eksekutif negeri.
Minat: Membaca buku dan memancing.

Sikap:
• Pemimpin berjiwa rakyat.
• Masyarakat tempatan menghormati beliau kerana beliau lahir
daripada keluarga pemimpin Sarawak yang sentiasa menjaga
kebajikan rakyat.

Sumbangan Bakti kepada Masyarakat:


• Memastikan rakyat yang berbilang agama
dan kaum dapat hidup secara aman.
• Menyediakan perumahan mampu milik
kepada rakyat.
• Melaksanakan projek bekalan air bersih
ke kawasan pedalaman.
• Menyediakan peluang pendidikan yang
terbaik dan bantuan pendidikan kepada
murid yang cemerlang.

• Murid menceritakan tentang seorang pemimpin negeri dengan


132 bimbingan guru. 8.1.2
• Melahirkan generasi yang cinta akan kesenian, kebudayaan, warisan
dan kesedaran hidupan liar.
• Menjayakan program belia dan sukan bagi memajukan akitiviti sukan.
• Membantu peniaga-peniaga kecil.
• Memperkenalkan dasar baharu iaitu ekonomi digital.

Imbas saya
Layari laman web http://arasmega.com/qr-link/senarai-menteri-besar-dan-
ketua-menteri/untuk mengetahui senarai nama Menteri Besar dan Ketua
Menteri di Malaysia. (Dicapai pada 1 Ogos 2019).

Aktiviti
Album Mini Pemimpin Negeri

Tujuan: Mengenali Pemimpin Negeri di Malaysia.

Langkah-langkah:

1. Layari Internet untuk mendapatkan maklumat Menteri Besar dan


Ketua Menteri bagi semua negeri di Malaysia.
2. Cetak gambar pemimpin negeri dan tampal pada kertas A4.
3. Tulis maklumat seperti nama dan negeri di bahagian bawah gambar
pemimpin negeri.
4. Persembahkan hasil carian anda secara kreatif.
5. Album mini anda siap untuk dipamerkan.

• Murid membuat aktiviti dengan bimbingan guru. 133


8.1.3 Pemimpin Negeri yang Dihormati
Seorang pemimpin yang baik mampu memberikan contoh terbaik dan
disegani oleh rakyat. Pemimpin juga memberikan sumbangan kepada
kemajuan sesebuah negeri yang mana sumbangan tersebut akan dikenang
sepanjang zaman.

Amanah

Disegani rakyat Berwibawa

Ciri-ciri
Pemimpin
Negeri yang
Dihormati

Berpengaruh Berintegriti

Berjiwa rakyat
Glosari
Berintegriti
Mempunyai kejujuran
dan ketulusan.

Peranan Pemimpin Negeri kepada Masyarakat dan Negeri

• Mewujudkan perpaduan antara masyarakat setempat.


• Menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan.
• Meningkatkan taraf ekonomi negeri.
• Membantu peniaga atau usahawan dengan menyediakan
bantuan kewangan dan tapak berniaga.
• Menjayakan program belia yang melibatkan penyertaan
semua masyarakat atau rakyat.
• Menyediakan kemudahan asas dan prasarana yang baik
kepada rakyat.

• Murid menceritakan mengenai pemimpin negeri dengan bimbingan guru.


134
8.1.3
Aktiviti

Deklamasikan sajak berikut di hadapan kelas.

Tajuk: Pemimpin yang Kusanjung

Pemimpinku,
berdirimu di situ,
dengan penuh semangat,
berjuang untuk kami.
Pemimpinku,
kau kusanjungi,
khidmat baktimu,
tiada batas masa,
tiada beza bangsa,
kami hargai.
Pemimpinku,
berkhidmat sentiasa,
dengan jujur dan amanah,
demi membantu kami,
yang setia di sisimu.
Engkaulah harapan kami,
Mentadbir dan memajukan negeri ini,
Moga usahamu diberkati,
Memakmurkan negeri ini.

Nukilan: Iman Hadi

• Murid mendeklamasikan sajak dengan bimbingan guru. 135


Latihan

Tandakan (3) pada ciri-ciri pemimpin yang baik dan (7) pada yang sebaliknya.

1 2

3 4

5 6

136
Jom buat
Poster Pemimpin Negeri Kebanggaanku

Tujuan: Menghasilkan poster pemimpin negeri yang dihormati.

Peralatan dan bahan:

• Keratan gambar pemimpin • Gunting


• Kertas lukisan • Gam
• Pensel • Reben
• Pen warna

Langkah-langkah:

1 2

Cari keratan gambar pemimpin Tampalkan keratan gambar


negeri, foto yang menggambarkan pemimpin di tengah-tengah kertas
jasa atau sumbangan pemimpin lukisan. Tuliskan juga nama dan
dan bendera negeri daripada tampal gambar bendera negeri.
Internet.
3 4

Tampalkan juga foto-foto yang Hiaskan poster mengikut kreativiti.


menggambarkan jasa atau
sumbangan pemimpin.
• Murid melakukan aktiviti ini dengan bimbingan guru.
137
Imbas Maklumat
Kedah

Kelantan

Terengganu
Menteri Besar Pahang

Perlis

Perak
Pemimpin Selangor
Negeri
Johor

Negeri Sembilan

Pulau Pinang

Melaka
Ketua Menteri
Sabah

Sarawak

Peranan Pemimpin kepada Masyarakat dan Negeri


• Menjaga keamanan negeri.
• Mewujudkan perpaduan antara masyarakat setempat.
• Menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan.
• Meningkatkan taraf ekonomi negeri.
• Membantu peniaga atau usahawan dengan menyediakan bantuan
kewangan dan tapak berniaga.
• Menjayakan program belia yang melibatkan penyertaan semua
masyarakat atau rakyat.
• Menyediakan kemudahan asas dan prasarana yang baik kepada rakyat.

138
Penilaian
1. Tuliskan BETUL pada peranan Menteri Besar atau Ketua Menteri dan
SALAH pada yang bukan.
a. Melaksanakan tugas sebagai ketua eksekutif
kerajaan pusat.
b. Mengurus tadbir kerajaan negeri.
c. Bukan Ahli Dewan Undangan Negeri.
d. Mengetuai mesyuarat kerajaan negeri.
e. Memilih ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan
negeri yang akan dilantik oleh ketua negeri.

2. Tuliskan jawapan yang betul.

kemajuan tempat perpaduan

ekonomi belia

a. Seorang pemimpin yang bagus akan memastikan ____________


ekonomi negeri dan rakyat.

b. Mewujudkan ________________ antara masyarakat setempat.

c. Menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan bagi


meningkatkan taraf ______________________ negeri.

d. Membantu peniaga atau usahawan dengan menyediakan


bantuan kewangan dan __________________.

e. Menjayakan program ____________________ yang melibatkan


semua rakyat.

139
3. Tandakan (3) pada ciri-ciri pemimpin yang baik dan (7) pada yang
sebaliknya.

Bersikap sombong
Amanah dan jujur Bijak
dan angkuh

Bersikap tenang
Berkomunikasi
Berjiwa rakyat menghadapi
dengan baik
cabaran

Mengabaikan Menghargai
Leka dan lalai
kebajikan rakyat orang lain

140
Refleksi Diri

Tandakan (3) mengikut tahap penguasaan anda.

Saya faham Saya tidak faham

Pada akhir pembelajaran ini:

• Saya mampu mengenal pemimpin negeri.

• Saya boleh menjelaskan ciri-ciri


kepimpinan dengan baik.

• Saya berupaya memerihalkan pemimpin


negeri yang dihormati dengan jelas.

141
Unit
PEMERINTAHAN
9 DI MALAYSIA

Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa, agama


dan budaya. Walaupun terdiri daripada latar bangsa yang berbeza, rakyat
Malaysia tetap hidup aman dan harmoni. Kemakmuran negara ini adalah
disebabkan oleh pemerintahan yang amanah, adil dan mementingkan
kesejahteraan rakyatnya.

142
Celik Ilmu
Pemerintahan ialah perihal memerintah,
cara atau sistem memerintah.

143
9.1 BENTUK PEMERINTAHAN

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah


pentadbiran Raja Berperlembagaan. Di peringkat negeri pula, mengamalkan
pemerintahan beraja dan pemerintahan tidak beraja.

9.1.1 Pemerintahan Beraja dan Pemerintahan Tidak Beraja

U
Perlis Kedah Kelantan Terengganu

Pahang

Pulau
Pinang

Perak

Selangor

Wilayah
Se

Persekutuan
la
tM

Kuala Lumpur
el
ak
a

Wilayah
Persekutuan
Putrajaya
Negeri
Sembilan Melaka Johor

Petunjuk
Pemerintahan Beraja
Pemerintahan Tidak Beraja

144 • Murid menyenaraikan negeri yang mengamalkan dan tidak


mengamalkan sistem pemerintahan beraja. 9.1.1
Imbas saya
Layari laman web http://arasmega.com/qr-link/video-sistem-pemerintahan-
malaysia/ untuk menonton video berkenaan sistem pemerintahan dan
pentadbiran negara Malaysia. (Dicapai pada 28 Julai 2019).

U
Sarawak Wilayah Sabah
Persekutuan
Labuan

Laut Sulu
Laut China Selatan

9.1.1
9.1.2 145
9.1.3
Latihan

Anda telah mengetahui negeri-negeri yang mengamalkan sistem


pemerintahan beraja dan tidak beraja. Mari warnakan peta di bawah
mengikut arahan yang diberi.

Negeri yang mengamalkan pemerintahan beraja.


Negeri yang tidak mengamalkan pemerintahan beraja.
Se
la
tM
el
ak
a

146 • Guru membuat salinan untuk halaman ini.


• Murid membuat latihan dengan bimbingan guru.
U

Laut Sulu

Laut China Selatan

147
9.1.2 Pemerintahan Raja Berperlembagaan
Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut
peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong menduduki
tempat tertinggi dalam sistem pemerintahan negara. Raja-raja Melayu dan
Yang di-Pertua Negeri pula pemerintah tertinggi di peringkat negeri.
Di negara kita terdapat sembilan buah negeri yang mengamalkan sistem
pemerintahan beraja dengan menggunakan gelaran-gelaran tertentu
seperti:

Negeri Gelaran

Kedah, Perak, Selangor, Johor,


Sultan
Pahang, Kelantan dan Terengganu

Perlis Raja

Yang di-Pertuan Besar atau


Negeri Sembilan
Yamtuan Besar

Empat negeri yang mengamalkan sistem pemerintahan tidak beraja,


menggunakan gelaran seperti berikut:

Negeri Gelaran

Melaka, Pulau Pinang, Sabah


Yang di-Pertua Negeri
dan Sarawak

Nilai Murni
Melahirkan generasi menghormati Siapakah pemerintah
pemerintahan beraja. negeri anda?

148
Persamaan dan Perbezaan antara Pemerintahan Beraja dan Pemerintahan
Tidak Beraja
Nyatakan dua cara anda menghargai pemerintah negara.

Menggunakan
gelaran Sultan,
Raja atau Yang
di-Pertuan
Besar.
Menggunakan
Boleh dilantik Ketua gelaran Yang
menjadi Yang kerajaan negeri. di-Pertua Negeri.
di-Pertuan
Agong.

Ketua agama
Dilantik oleh
dan adat PEMERINTAHAN Melantik PEMERINTAHAN Yang di-Pertuan
istiadat BERAJA pemimpin TIDAK BERAJA Agong.
Melayu. negeri.

Berperanan
sebagai ketua Jawatan
tentera. Menganugerah tidak diwarisi.
bintang
kebesaran.

149
Latihan

Gunting dan tampal jawapan tentang pemerintahan beraja dan


pemerintahan tidak beraja pada ruang jawapan yang betul.

Pemerintahan Beraja

Pemerintahan Tidak Beraja

Menggunakan Menggunakan gelaran Bermula sejarah


gelaran Yang Raja, Sultan atau yang Kesultanan
di-Pertua Negeri. di-Pertuan Besar. Melayu Melaka.

Tidak mempunyai Jawatan


sultan atau raja. tidak diwarisi.

• Guru membuat salinan untuk halaman ini.


150 • Murid membuat latihan dengan bimbingan guru.
9.1.3 Kepentingan Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan
Agong. Prinsip-prinsip dalam Rukun Negara membentuk perpaduan yang
kukuh antara kaum demi mencapai kejayaan dan kestabilan negara.

RUKUN NEGARA
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Kesetiaan
kepada
Raja dan Bolehkah anda menyebut Rukun Negara dengan jelas
tanpa melihat teks dalam buku? Berdiri dan sebutkan
Negara dengan penuh semangat di hadapan bilik darjah anda.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara ialah prinsip kedua dalam Rukun Negara.
Prinsip kedua ini perlu tersemat dalam diri setiap rakyat Malaysia kerana:

1. Membuktikan taat setia rakyat kepada pemerintah tertinggi negara.


2. Raja ialah simbol penyatuan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum.
3. Keamanan dan keselamatan negara akan terpelihara.
4. Institusi kesultanan dapat dipertahankan.
5. Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dalam mempertahankan
kedaulatan negara.

Celik Ilmu
Perkataan daulat berasal daripada perkataan Arab, iaitu
daulah yang membawa maksud kerajaan.

• Murid menerangkan Kesetiaan kepada Raja dan Negara yang 9.1.1


terkandung dalam Rukun Negara. 9.1.2 151
• Murid mengingat dan menghafal Rukun Negara dengan bimbingan guru. 9.1.3
Latihan

Lengkapkan silang kata berikut:

1.
S I A

2.
S
3.
I S T T S

4.
B N G B

Melintang

1. Rakyat perlu memberikan taat __________________ kepada Yang


di-Pertuan Agong.
3. _____________________ kesultanan negeri-negeri Melayu dapat
dipertahankan.
4. Rasa cinta akan negara melahirkan perasaan _________________
menjadi rakyat Malaysia.

Menegak

1. Membuktikan tanda kesetiaan rakyat kepada pemerintah negeri,


iaitu raja, ____________________, Yang di-Pertuan Besar dan Yang
di-Pertua Negeri.
2. Raja ialah_______________ penyatuan rakyat Malaysia yang
berbilang bangsa.

152 • Guru membuat salinan untuk halaman ini.


• Murid menjawab latihan dengan bimbingan guru.
Jom buat
Poster Pemerintah Negaraku
Tujuan: Menambah pengetahuan murid mengenai sistem pemerintahan
beraja di negara ini dan menyemai semangat cinta akan raja
dan negara.

Peralatan dan bahan:


• Gunting • Kertas warna
• Gam • Kad manila

Langkah-langkah:

1 Taipkan ayat “Kesetiaan kepada Raja dan


Negara”. Taipkan juga penghargaan anda
kepada raja dan negara. Kemudian, cetak.

2 Cari gambar di Internet berkaitan Yang di-Pertuan Agong.


Kemudian, cetak.
• Murid melakukan aktiviti dengan bantuan guru.
153
Saya sayang akan raja dan negara. Saya sayang akan raja dan negara.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

3 Gunting bahan dan gambar 4 Hias dengan kertas warna


yang dicetak. Kemudian, mengikut kreativiti.
tampal pada kad manila.

5 Poster sedia
untuk dipamerkan.

Saya sayang akan raja dan negara.


Daulat Tuanku!

154
Imbas Maklumat

Pemerintahan
di Malaysia

Pemerintahan Pemerintahan
Beraja Tidak Beraja

• Kedah • Pulau Pinang


• Kelantan • Melaka
• Terengganu • Sabah
• Pahang • Sarawak
• Perlis
• Perak
• Selangor
• Johor
• Negeri Sembilan

Kepentingan Kesetiaan kepada Raja dan Negara

• Membuktikan taat setia rakyat kepada pemerintah


tertinggi negara.
• Raja ialah simbol penyatuan rakyat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum.
• Keamanan dan keselamatan negara akan terpelihara.
• Institusi kesultanan dapat dipertahankan.
• Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dalam
mempertahankan kedaulatan negara.

155
Penilaian
1. Padankan jenis pemerintahan pada negeri berikut.

Johor Selangor

Pulau Pinang Negeri Sembilan

Pemerintahan
Beraja

Sabah Perlis
Pemerintahan
Tidak Beraja

Melaka Sarawak

156
2. Senaraikan ciri-ciri sistem pemerintahan beraja dan pemerintahan tidak
beraja pada ruang yang disediakan.

a. Pemerintahan
Beraja

b. Pemerintahan
Tidak Beraja

3. Lengkapkan ayat di bawah tentang Kepentingan Kesetiaan kepada


Raja dan Negara.

Raja taat keselamatan

bersatu-padu beraja

a. Seorang rakyat perlu memberi ____________________ setia kepada


pemerintah negara.
b. _____________________ ialah simbol penyatuan rakyat yang hidup
bersatu-padu walaupun berbeza agama dan bangsa.
c. Adanya raja, keamanan dan ___________ negara akan terpelihara.
d. Kesetiaan kepada Raja dan Negara penting supaya rakyat
_______________ mempertahankan kedaulatan negara.
e. Institusi ___________ dapat dipertahankan yang telah wujud sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka.

157
Refleksi Diri

Tandakan (✓) mengikut tahap penguasaan anda.

Saya faham Saya tidak faham

Pada akhir pembelajaran ini:

• Saya mampu mengenal negeri yang


mengamalkan pemerintahan beraja
di Malaysia.

• Saya boleh menyatakan pemerintahan raja


berperlembagaan dengan jelas.

• Saya berupaya menjelaskan dengan yakin


kepentingan taat setia kepada raja
dan negara.

158
RUJUKAN
Glosari Sains Sekolah Menengah Atas. (2013). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Glosari Sains Sekolah Menengah Rendah. (2013). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Hassan, A., Amutha, V. P., Anuar, M. I (2016). Pertanian Tingkatan 4. Kementerian


Pendidikan Malaysia. Petaling Jaya: Multi Educational Book Enterprise.

http://feral-kk.blogspot.com/2013/12/siri-terjah-kandang-kambing-ketemba.html. Keratong
Agrofarm. (17 Ogos 2019)

http://lalahrivergoatfarm.blogspot.com/ (11 Ogos 2019)

https://cm.sarawak.gov.my/ (7 Januari 2019)

https://link.springer.com/article/10.1007%2FBF01734045 (4 Januari 2019)

https://selangorkini.my/2019/05/500-penduduk-dun-sungai-tua-terima-sumbangan-aidilfitri/
(18 Jun 2019)

https://www.mplbp.gov.my/ms/pelawat/sejarah-lagenda-langkawi (15 Jun 2019)

https://www.perpaduan.gov.my/ms/wp-kuala-lumpur/berita-perpaduan/majlis-pelancaran-
kawasan-rukun-tetanggakrt-dan-skim-rondaan (15 Julai 2019)

https://www.sinarharian.com.my/article/7867/EDISI/Sabah-Sarawak/Berita-gembira-untuk-
bayi-lahir-di-Sarawak! (20 Januari 2019)

https://www.sinarharian.com.my/article/9537/EDISI/Sabah-Sarawak/Sabah-jadikan-sektor-
pendidikan-fokus-utama (2 Mac 2019)

https://www.utusan.com.my/rencana/forum/pupuk-kesedaran-8232-jaga-alam-
sekitar-1.539955 (24 Disember 2018)

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prokopov, T.; Tanchev, S. (2007). Methods of food preservation. Dalam Mc Elhattan,


A. ; Marshall, R. J. (Ed.). Food safety: A practical and case study approach. New York:
Springer Science+Business Media.

Soon W.Y (2016), Modul Menguasai PT3 Terkini Sejarah (Cetakan Pertama). Petaling Jaya:
Sasbadi Sdn. Bhd.

Vengadesh, P., Noraini, A., Fauziah, M. (2016). Sains Tingkatan 1. Kementerian Pendidikan
Malaysia. Shah Alam: Karangkraf Network Sdn. Bhd.

159
INDEKS
A persenyawaan 9, 12
alat telekomunikasi 85, 87 produk kitar semula 100, 107
proses pengawetan 56, 58, 61, 62
B
bahan buangan daripada aluminium R
96, 98 radio 88
Raja Berperlembagaan 144, 148
D
Raja-raja Melayu 148
demokrasi berparlimen 144
rawatan 28
J Rukun Negara 151
jualan 108
S
K sel pembiakan lelaki 4
kawasan tempat tinggal 114, 115 sel pembiakan perempuan 4
kepentingan alat telekomunikasi 89 sperma 5
kepentingan pengangkutan air 82 T
kepentingan pengangkutan darat 83 telefon 87
kepentingan pengangkutan udara 84 televisyen 88
keselamatan diri 44 tempat tinggal 26, 112
kesihatan 23, 27 ternakan ruminan 22
Ketua Menteri 126, 129, 130 ternakan bukan ruminan 22
M Y
Menteri Besar 126, 128, 130 Yang di-Pertuan Agong 148
mesin faksimile 87 Yang di-Pertua Negeri 148
O
organ pembiakan lelaki 5
organ pembiakan perempuan 5
ovum 9
P
pameran 103
pemakanan 23, 27
pembotolan 56, 58, 59, 62
pemerintahan beraja 144, 148, 149
pemerintahan tidak beraja 144, 148, 149
pemimpin negeri 128, 132, 134
pengangkutan air 77, 78
pengangkutan darat 79
pengangkutan udara 80
pengawetan 56, 58, 61, 66
pengetinan 58, 61, 68
penjagaan tumbuhan 42, 44

160
Dengan ini SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini
dengan baiknya dan bertanggungjawab atas kehilangannya,
serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada
tarikh yang ditetapkan .

Skim Pinjaman Buku Teks

Sekolah ______________________________

Tarikh
Tahun Tingkatan Nama Penerima
Terima

Nombor Perolehan: _____________________________

Tarikh Penerimaan : _____________________________

BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL

You might also like