You are on page 1of 146

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA

TASAWWUR
ISLAM

TASAWWUR ISLAM
Tingkatan 4

TINGKATAN 4

fp_k=VTUJVSTJPUUJQVTJN
RM12.60
ISBN 978-967-388-497-1

9 789673 884971
FT454001
Dengan ini SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini
dengan baiknya dan bertanggungjawab atas kehilangannya,
serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada
RUKUN NEGARA tarikh yang ditetapkan
Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak; Skim Pinjaman Buku Teks

Sekolah
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;
Tarikh
Tahun Tingkatan Nama Penerima
Memelihara satu cara hidup demokrasi; Terima
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip
yang berikut: Nombor Perolehan:
Tarikh Penerimaan:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

TASAWWUR ISLAM
TINGKATAN 4
Penulis Dr. Mohd Nizam bin Sahad
Dr. Suhaila binti Abdullah
Mohd Nor Alias bin Mohammed Jais

Editor Mohd Farid bin Onn


Siti Nor Fatimah binti Ramli

Pereka Bentuk Wan Roziah binti Wan Ali

Ilustrator Nurul Nazihah binti Mohd Som


Mohamad Isnin bin Zainuddin

Jurugambar Rahmat Hidayat bin Abdul Rahman

Juruvideo Nur Tauffik bin Aris

2019
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

No. Siri Buku: 0119 PENGHARGAAN


KPM2019 ISBN 978-967-388-497-1 Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama
banyak pihak. Sekalung penghargaan dan
Cetakan Pertama 2019
terima kasih ditujukan kepada semua pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia
yang terlibat:
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan di
• Jawatankuasa Penambahbaikan
dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan
Pruf Muka Surat,
semula, disimpan dalam cara yang boleh
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam
Kementerian Pendidikan Malaysia.
sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara
elektronik, mekanik, penggambaran semula • Jawatankuasa Penyemakan
mahupun dengan cara perakaman tanpa Pembetulan Pruf Muka Surat,
kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk
kepada perkiraan royalti atau honorarium. • Jawatankuasa Penyemakan
Naskhah Sedia Kamera,
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
Malaysia oleh: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Telaga Biru Sdn. Bhd. (Co. No. 429118-A)
• Penyelaras Projek dan Pegawai Teknikal
No. 28, Jalan Tembaga SD 5/2A,
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
Sri Damansara Industrial Park, Kementerian Pendidikan Malaysia.
52200 Kuala Lumpur.
Tel: 03-6275 4070 • Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Faks: 03-6275 4110 Kementerian Pendidikan Malaysia.
E-mel: admin@telagabiru.net.my • Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.
Reka Letak dan Atur Huruf: • Panel Penyemak Luar.
Telaga Biru Sdn. Bhd.
Muka Taip Teks: Franklin Gothic Medium • Semua pihak yang terlibat secara langsung
Saiz Muka Taip Teks: 11 poin atau tidak langsung dalam menjayakan
penerbitan buku.
Dicetak oleh:
Tihani Cetak Sdn. Bhd., Sekalung Senarai Halaman
Penghargaan Kod QR
No. 1 Jalan SB Jaya 15,
Taman Industri SB Jaya,
47000 Shah Alam, Selangor.
KANDUNGAN
Pendahuluan IV

Pengenalan Ikon V

Tema: Islam Sebagai al-Din 1

Pelajaran 1: Islam Adalah Cara Hidup 2

Pelajaran 2: Akidah Menurut Islam 13

Pelajaran 3: Ibadah Menurut Islam 22

Pelajaran 4: Akhlak Menurut Islam 31

Pelajaran 5: Prinsip Pandangan Hidup Islam 43

Tema: Manusia Sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT 55

Pelajaran 6: Fitrah Kejadian Insan 56

Pelajaran 7: Tanggungjawab Sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT 67

Pelajaran 8: Peranan Wahyu dan Akal 78

Tema: Sistem Sosial Islam 88

Pelajaran 9: Asas Sistem Sosial Islam 89

Pelajaran 10: Sistem Kekeluargaan Menurut Islam 99

Pelajaran 11: Prinsip Pergaulan Menurut Islam 110

Pelajaran 12: Hiburan Menurut Islam 120

Pelajaran 13: Kesenian Menurut Islam 128

Rujukan 137

iii
PENDAHULUAN
Buku teks Tasawwur Islam Tingkatan 4 ditulis berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, mental,
emosi, rohani dan intelek.
Buku teks ini turut mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai serta
memasukkan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Elemen Kemahiran
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) dan Elemen Merentas Kurikulum (EMK). Di samping
itu, buku ini memberi penekanan dan fokus kepada Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) serta Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang berpusatkan murid yang
menekankan aspek inkuiri dan pembelajaran berasaskan projek. Kandungannya
mengandungi ilustrasi, gambar, peta minda, penyendal dan ikon-ikon tertentu supaya
dapat memberikan penghayatan dan kefahaman dengan lebih mudah dan berkesan
kepada murid. Buku ini turut mengandungi aktiviti yang menyeronokkan dan uji
diri bagi tujuan pentaksiran. Selain itu, Quick Response Code (QR Code) dan Kuiz
Interaktif Kahoot turut disertakan bagi meningkatkan rasa seronok semasa proses
pembelajaran.
Terdapat tiga tema utama yang terkandung dalamnya 13 pelajaran bagi Tasawwur
Islam Tingkatan 4. Tiga tema utama tersebut ialah Islam Sebagai al-Din, Manusia
Sebagai Hamba dan Khalifah Allah dan Sistem Sosial Islam.
Tema Islam Sebagai al-Din membekalkan murid dengan kemahiran memahami
dan menilai kepentingan melaksanakan prinsip-prinsip pandangan hidup Islam dan
keistimewaannya. Tema ini juga dirangka bagi membolehkan murid mengamalkan
Islam sebagai al-Din secara syumul dan menjadikannya sebagai asas dalam tindakan
serta panduan dalam kehidupan.
Tema Manusia Sebagai Hamba dan Khalifah Allah pula membekalkan murid dengan
kemahiran memahami dan menilai kepentingan insan sebagai hamba dan khalifah
sehingga boleh melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah SWT
melalui pimpinan wahyu dan akal dalam kehidupan.
Tema Sistem Sosial Islam pula membekalkan murid dengan kemahiran memahami
dan menilai kepentingan pelaksanaan tatacara kehidupan Islam sebagai asas dalam
penyempurnaan hak asasi manusia serta mengamalkannya secara syumul untuk
pembentukan masyarakat rabbani.
Diharapkan buku ini dapat memenuhi matlamat dan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan prinsip-prinsip Maqasid Syariah dalam melahirkan murid yang mampu
memahami Islam secara syumul dan menangkis salah faham terhadap Islam serta
bertanggungjawab membangunkan tamadun bangsa dan negara demi kesejahteraan
hidup di dunia dan akhirat.

iv
PENGENALAN IKON
STANDARD KANDUNGAN DAN PEMBELAJARAN: Pengetahuan dan
kemahiran yang akan dicapai setelah mempelajari sesuatu tajuk atau unit.

NILAI PENGHAYATAN: Nilai murni bertujuan untuk menambah penghayatan


murid.

INFORMASI: Maklumat tambahan dan pengetahuan baru mengenai topik


yang dipelajari.

GLOSARI: Daftar kata berserta maksud dan dilengkapi dengan penjelasan


lain yang sesuai.

NOTA GURU: Memberi panduan kepada guru semasa melakukan aktiviti


pembelajaran.

INTERAKSI: Aktiviti yang menerapkan elemen Kemahiran Pembelajaran


Abad ke-21 (PAK-21) dan Elemen Merentas Kurikulum (EMK).

UJI DIRI: Menilai kefahaman murid pada setiap pelajaran.

SIMULASI: Mendidik murid menggunakan ilmu yang telah dipelajari untuk


menganalisis dan menilai sesuatu situasi secara kritis.

REFLEKSI: Senarai semak untuk menguji kefahaman dan pelaksanaan


tentang perkara yang dipelajari oleh murid.

KBAT: Soalan-soalan yang dibina untuk membangunkan Kemahiran Berfikir


Aras Tinggi murid.
Learning Trios
A-B-C

KOD QR: Maklumat dan bahan rujukan tambahan daripada Internet.

KAHOOT: Guru menjalankan latihan berbentuk kuiz interaktif melalui aplikasi


Kahoot. Layari laman sesawang https://kahoot.com/ atau muat turun
aplikasi Kahoot dari Google Playstore atau Apple Apps Store.

v
AK-

P
21
Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21)
Pembelajaran berpusatkan murid dengan menumpukan kepada lima piawaian asas
iaitu komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis, kreativiti serta nilai dan sahsiah (4K1N).
Terdapat 25 elemen yang boleh diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui
buku ini.

1 Pembentangan 14 Rotating Review


2 Learning Trios A-B-C 15 Stesen
3 Table Cloth 16 Hot Seat
4 Kajian Lapangan 17 Role Play
5 Peta Pemikiran 18 Round Robin
6 Pembelajaran Penyelesaian Masalah 19 Four Corners
7 Round Table 20 Windows Pane
8 Hasil Sendiri 21 Eksperimen
9 Kad Situasi 22 Expert Group
10 Rally Table 23 Personal Learning Experiences
11 Team Word-Web 24 Gallery Walk
12 Deklamasi Sajak/Nyanyian 25 Survey
13 Rush Idea Sumber: https://www.pendidik2u.my/
pembelajaran-abad-ke-21-pak21/

vi
ISLAM SEBAGAI
AL-DIN

Pelajaran 1 : Islam Adalah Cara Hidup


Pelajaran 2 : Akidah Menurut Islam
Pelajaran 3 : Ibadah Menurut Islam
Pelajaran 4 : Akhlak Menurut Islam
Pelajaran 5 : Prinsip Pandangan Hidup Islam

1
ajaran
Pel

1
Islam Adalah
Cara Hidup

َ َّ َ
Standard !‫الصل ِة‬ ‫َح َّي َعلى‬
Kandungan ََ َ
!‫َح َّي َعلى الفل ِح‬
• Mengamalkan Islam sebagai
al-Din dan melaksanakan
tuntutannya dalam kehidupan.

Standard
Pembelajaran
• Menyatakan maksud Islam
sebagai al-Din.
• Menjelaskan pengertian
Islam, Iman dan Ihsan.
• Menghuraikan Rukun Islam,
Rukun Iman dan Ihsan.
• Menilai kepentingan
mengamalkan Rukun Iman,
Rukun Islam dan Ihsan dalam
kehidupan.
• Mencadangkan tindakan
yang boleh dilakukan untuk
mengamalkan Islam sebagai
al-Din secara syumul dan
menjadikannya sebagai asas
tindakan serta panduan
dalam kehidupan.

2
1.1.1
Maksud Islam Sebagai al-Din

Islam ialah agama Allah SWT untuk seluruh


manusia. Nilai Penghayatan

Islam sebagai al-Din bermaksud Islam


Agama Islam yang telah disempurnakan dan
adalah cara hidup yang lengkap merangkumi diredai Allah SWT adalah nikmat terbesar
akidah, ibadah dan akhlak. bagi umat manusia sehingga mereka tidak
memerlukan selainnya.

Allah SWT berfirman,


‫ ﭼ‬...‫ﭽﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ‬
Ertinya: “Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam...”
(Surah Ali ‘Imran 3: 19)

Memandu arah hidup


manusia supaya
mengikut syariat Islam.

2 4
Cara hidup Islam ialah Sebab manusia Islam menjadi
jalan untuk mendapat asas tatacara
perlu kepada
kebahagiaan di dunia perhubungan manusia
Islam sebagai
dan akhirat. untuk mencapai
cara hidup
keharmonian hidup
bermasyarakat.

3 Akal manusia terbatas untuk


mengetahui hakikat kebenaran
sesuatu perkara.

Interaksi
Nota Guru
Secara berkumpulan, bincangkan konsep “Islam
Sebagai Satu Cara Hidup dalam Pergaulan di Guru meminta murid mengemukakan dalil Islam
Sekolah”. Bentangkan hasil perbincangan anda. sebagai al-Din.

3
1.1.2
Pengertian Islam, Iman dan Ihsan
Islam Adalah Cara Hidup

Islam

Bahasa: Bermaksud sejahtera, selamat dan


penyerahan.
Istilah: Taat dan patuh kepada perintah Allah
SWT, meninggalkan larangan-Nya, beroleh
kesejahteraan dan keselamatan apabila
berserah kepada-Nya.

Iman

Pengertian Bahasa: Yakin dan percaya.


Islam,
Istilah: Membenarkan dengan hati, berikrar dengan
Iman lisan dan beramal dengan anggota badan
dan terhadap segala perintah dan suruhan
Ihsan Allah SWT.

Ihsan

Bahasa: Berbuat kebaikan.

Istilah: Kesungguhan dalam melakukan sesuatu


ibadah dan pekerjaan semata-mata kerana
Allah SWT.

Learning Trios
Interaksi A-B-C

Berdasarkan aktiviti Learning Trios A-B-C, bincangkan Islam, Iman dan Ihsan sebagai
komponen utama Islam sebagai al-Din.

4
1.1.3
Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan

Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan termaktub dalam sebuah hadis yang Hadis Jibrail

masyhur yang dikenali sebagai “Hadis Jibrail”.

Rukun
1 Islam
Mengucap dua kalimah
syahadah.
2
• Penyaksian bahawa tiada tuhan
melainkan Allah SWT dan bersaksi Menunaikan solat fardu
bahawa Nabi Muhammad SAW lima waktu sehari semalam.
merupakan utusan Allah SWT.
• Penyaksian ini adalah asas kepada • Ibadah yang mengandungi
penerimaan sesuatu ibadat oleh perkataan dan perbuatan yang
Allah SWT. dimulai dengan takbiratulihram dan
disudahi dengan salam.
• Solat yang diwajibkan ialah Subuh,
3
Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak.

Mengeluarkan zakat.
4
• Ibadah dengan cara mengeluarkan Berpuasa pada bulan
harta yang tertentu pada kadar tertentu
Ramadan.
dengan syarat-syarat tertentu.
• Zakat tersebut ialah zakat fitrah dan • Ibadah dengan cara menahan diri
zakat harta. daripada melakukan perkara-perkara
yang membatalkan puasa dari terbit
fajar sehingga terbenam matahari
5 berserta niat.
Mengerjakan haji bagi • Puasa wajib selama sebulan bagi
mereka yang mampu. yang cukup syarat-syaratnya.

• Melakukan ibadah haji sekali seumur


hidup dengan syarat- syarat tertentu. Glosari
• Berkemampuan dalam aspek harta
dan kesihatan.
Rukun: Asas atau prinsip yang mendasari sesuatu.

5
• Yakin dan percaya • Yakin dan percaya
kewujudan malaikat kewujudan Allah SWT
sebagai makhluk serta menunaikan
Allah SWT yang segala perintah-Nya dan • Yakin dan percaya
diciptakan daripada meninggalkan segala bahawa segala yang
Islam Adalah Cara Hidup

cahaya dan sentiasa larangan-Nya. berlaku kepada


taat menjalankan manusia dan alam
tugas yang keseluruhannya
ditetapkan oleh 1 telah ditetapkan oleh
Allah SWT. Beriman Allah SWT.
kepada
Allah SWT
2 6
Beriman Beriman
kepada kepada
Malaikat Qadak dan
• Yakin dan percaya Qadar
bahawa Allah SWT
menurunkan kitab-
Rukun
kitab kepada para Iman
rasul-Nya sebagai 3
5
panduan hidup Beriman
manusia. kepada Kitab- Beriman
kitab-Nya kepada Hari
Akhirat
4
Beriman
kepada Para
Nabi dan
Rasul • Yakin dan percaya bahawa
alam ini akan musnah.
Semua manusia akan
• Yakin dan percaya para nabi dibangkitkan semula dan
dan rasul ialah lelaki pilihan dihisab untuk menerima
Allah SWT yang diberikan balasan-Nya sama ada
wahyu kepada mereka. syurga atau neraka.

Nota Guru Glosari

Guru membimbing murid Qadak: Sesuatu yang berlaku kepada makhluk Allah SWT
mengadakan perbincangan tentang semasa hidupnya.
setiap Rukun Islam dan Rukun Iman Qadar: Sesuatu hal yang telah ditentukan oleh Allah
serta menghayati pelaksanaannya. SWT yang akan berlaku kepada makhluk-Nya,
sebelum makhluk itu dijadikan.

6
Ihsan
• Ihsan merupakan keadaan di mana manusia melakukan ibadah dan pekerjaan dengan
penuh kesungguhan semata-mata kerana Allah SWT.
• Ihsan terhasil daripada gabungan sifat ikhlas serta perasaan takut dan tunduk kepada
Allah SWT.
• Ihsan akan mendorong manusia untuk sentiasa mempertingkat kualiti ibadah dan pekerjaan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Ihsan ialah kamu menyembah Allah SWT seolah-olah kamu melihat-Nya dan sekiranya
kamu tidak dapat melihat-Nya, maka yakinlah Allah SWT melihat perbuatan dan
amalan kamu.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apakah contoh aplikasi nilai


Kita berbuat baik kerana tahu Allah
Ihsan dalam kehidupan?
Maha Mengawasi kita dan ada balasan
baik di akhirat nanti. Saya suka tolong
jiran saya walaupun kami berlainan
Belas kasihan kepada haiwan agama dan bangsa.
kerana Allah SWT Maha Pengasih
dan Maha Penyayang.

Allah SWT Maha


Mendengar. Kita tidak
boleh mengumpat dan
mengata orang lain.

Nota Guru
• Guru memastikan murid menghayati nilai Ihsan dalam kehidupan.
• Sumbang saran tentang contoh-contoh lain nilai Ihsan yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan.

7
1.1.4
Kepentingan Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan

Kepentingan Rukun Islam


Islam Adalah Cara Hidup

ISLAM
• Asas ketaatan kepada ajaran Islam.

Syahadah

Puasa
• Menjamin hubungan baik antara manusia dengan Allah SWT.

Zakat
Solat

Haji
• Merupakan kunci kejayaan di dunia dan akhirat.
• Membawa kebahagiaan dalam hidup manusia.

Kepentingan Rukun Iman

• Iman merupakan syarat amalan diterima oleh Allah SWT.


• Rukun Iman menghubungkan makhluk dengan Allah SWT dari
sudut kepercayaan dan keyakinan yang bersumberkan wahyu.
• Menegaskan konsep mengesakan Allah SWT sebagai ajaran
yang dibawa oleh semua nabi dan rasul.

Kepentingan Ihsan

• Merasakan Allah SWT mengawasi dan melihat segala gerak-geri


manusia sepanjang masa.
• Mengajar manusia untuk berbuat baik kepada manusia dan
makhluk yang lain.
• Mewujudkan masyarakat yang harmoni.

Interaksi
Table Cloth

Melalui aktiviti Table Cloth, bentuk tiga kumpulan yang akan berbincang dan menulis
kesan Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan kepada individu, masyarakat dan negara.

8
1.1.5
Islam Adalah Cara Hidup yang Lengkap

Allah SWT berfirman,


‫ﭼ‬...‫ﭽﭻﭼﭽﭾﭿﮀﮁﮂﮃﮄﮅ‬
Ertinya: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu dan
Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redakan Islam itu
menjadi agamamu.”
(Surah al-Ma’idah 5: 3)

Islam ialah agama yang sempurna dan lengkap.


Apakah tindakan yang boleh kita lakukan untuk
menjadikan Islam sebagai cara hidup?
1
6
Membaca, menghayati
Mendalami ilmu asas
dan mengamalkan
Islam yang terdiri
al-Quran.
daripada akidah, syariah
dan akhlak.

2
Menjadikan Rasulullah
SAW sebagai contoh ikutan
dalam segala tindakan.
5
Menghayati dan
melaksanakan Rukun
3
Islam, Rukun Iman
Menghayati 4 dan Ihsan.
sirah perjuangan Menghayati sirah
Rasulullah SAW. perjuangan para sahabat
dan salafusoleh.

Nota Guru Glosari

Guru meminta murid mencadangkan tindakan Salafusoleh: Golongan umat Islam generasi
lain yang boleh dilakukan untuk mengamalkan terdahulu yang hidup dalam kurun
Islam sebagai al-Din secara syumul. pertama sehingga kurun ketiga Hijrah.

9
Simulasi

Berdasarkan situasi berikut, nyatakan tindakan anda untuk mengamalkan Islam sebagai al-Din
secara syumul dan menjadikannya sebagai asas tindakan serta panduan dalam kehidupan.
Islam Adalah Cara Hidup

1 Ketika makan di sebuah restoran


yang ramai pelanggan, saya terlihat
gantungan tangkal azimat di dalam
restoran tersebut.

2 Anda melihat kawan anda


sering solat berjemaah, namun
beliau tidak menutup aurat
ketika keluar dari rumah.

3 Faruq sering solat tahajud tetapi dia


juga suka memberitahu kawan-kawan
tentang amalan tersebut.

4 Jiran saya seorang usahawan berjaya


dan selalu membantu golongan fakir
dan miskin, namun beliau bersikap
sombong dengan orang lain.
Penjual di Tak baik kamu
gerai ini kata begitu.

5
peng !!! Kita berada !!!

Ramai orang yang berpuasa, tetapi tidak


menjaga lisan dan pandangan.

Contoh Situasi 1

Tindakan yang sepatutnya saya lakukan Kepentingan

Saya akan menasihati pengusaha restoran Menyedari kepentingan bekerja


tersebut supaya berhati-hati dalam mengamalkan mencari rezeki dan akidah yang saling
perkara yang boleh menjejaskan akidahnya. berkait rapat.

10
Aktiviti

1 Hasilkan buku skrap tentang keperibadian Rasulullah SAW secara berkumpulan.


Aktiviti Buku
Skrap

Sila imbas kod QR untuk melihat langkah-langkah penghasilannya.

2 Layari Internet dan cari kisah hidup pelajar yang cemerlang dalam pelajaran. Kaitkan kisah
mereka dengan konsep qadak dan qadar.

3 Jelaskan sebab manusia perlu kepada al-Din menggunakan peta pemikiran di bawah.

Sebab manusia perlu


kepada al-Din

4 Guru menguji kefahaman murid tentang Islam Adalah Cara Hidup dengan
menjawab kuiz interaktif melalui aplikasi Kahoot. Sila imbas di sini.

11
Uji Diri

Jawab soalan-soalan berikut.


Islam Adalah Cara Hidup

1 Antara ciri keunggulan agama Islam sebagai al-Din ialah .

A menggalakkan perkembangan sains dan teknologi


B bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia
C bertepatan dengan arus kemodenan
D membenarkan amalan berpoligami

2 Kalimah merujuk kepada penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan


Allah SWT dan menyaksikan bahawa Nabi Muhammad SAW ialah utusan Allah SWT.

A sa‘adah B syahadah
C tauhid D syumul

3 Lengkapkan penyataan berikut.

i. Ibadah bermaksud mengeluarkan harta tertentu pada kadar tertentu


dengan syarat-syarat tertentu.

ii. ialah kamu menyembah Allah SWT seolah-olah kamu melihat-Nya


dan jika kamu tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia melihat kamu.

iii. Malaikat mendatangi Rasulullah SAW untuk mengajar tentang Islam.

4 Padankan situasi berikut dengan istilah yang sesuai.

Situasi Istilah

Ali takut melakukan maksiat kerana yakin Allah SWT


Maha Melihat. IHSAN

Ahmad seorang usahawan berjaya yang tidak mengabaikan


pembayaran zakat. IMAN

Salmah konsisten berbuat baik dan menyeru kawan-


kawannya berbuat kebaikan kerana percaya dan yakin ISLAM
akan balasan baik di akhirat nanti.

5 Sifat Ihsan dapat membantu mengawal tingkah laku negatif dalam penggunaan telefon
pintar dalam kalangan murid. Berikan hujah anda.

12
ajaran
Pel

2
Akidah
Menurut
Islam
Standard
Kandungan
• Melaksanakan pegangan
akidah yang memenuhi
tuntutan hukum syarak.

Standard
Pembelajaran
• Menyatakan konsep akidah
menurut hukum syarak.
• Menjelaskan amalan yang
berkaitan dengan pegangan
akidah dalam Islam.
• Menilai kepentingan
melaksanakan amalan
akidah yang menepati
tuntutan hukum syarak.
• Mencadangkan amalan
yang dapat membuktikan
pegangan akidah bagi
memenuhi tuntutan
hukum syarak.

13
1.2.1
Konsep Akidah

Akidah ialah keyakinan yang teguh Nama-nama Allah SWT


terhadap kewujudan Allah SWT serta sifat-
Akidah Menurut Islam

sifat kesempurnaan-Nya berdasarkan


dalil naqli dan aqli. Zat Allah SWT

Sifat-sifat Allah SWT

Perbuatan (Af‘al)
Allah SWT

Ketuhanan (Ilahiyyah )
Sifat-sifat
Konsep Kenabian dan Kerasulan (Nubuwwah )
Wajib Rasul

Akidah Sifat-sifat
Perkara-perkara Ghaib
Mustahil Rasul
(Ghaibiyyah )
Kitab

Tujuan
Glosari Perutusan
Nabi: Lelaki pilihan Allah SWT yang
diberikan wahyu kepadanya • Perkara yang tidak dapat dilihat dan
dan tidak diperintahkan tersembunyi serta tidak nampak
menyampaikannya kepada pada pandangan mata kasar.
orang lain.
• Hanya diketahui oleh manusia
Rasul: Lelaki pilihan Allah SW T
melalui wahyu iaitu al-Quran dan
yang diberikan wahyu dan
al-Sunnah yang sahih.
diperintahkan menyampaikannya
kepada orang lain. • Manusia wajib percaya dan yakin
akan kewujudan perkara ghaib
yang dikhabarkan oleh para nabi
dan rasul.
Interaksi
Berdasarkan kaedah catat dan kongsi, bincang perihal perkara-perkara nubuwwah secara berkumpulan
dan kongsi maklumat tersebut dengan kumpulan yang lain.

14
Dalil Nama-
nama Allah

Allah SWT memiliki nama-nama yang indah (Asma’ al-Husna). Nama yang paling
agung ialah Allah.

Setiap mukalaf perlu meyakini Allah SWT itu wujud, tetapi hakikat Zat Allah SWT tidak dapat
diketahui oleh manusia.

Sifat-sifat Allah

Sifat-sifat Allah SWT banyak dan tidak terbatas jumlahnya. Antara yang wajib
diketahui ialah 20 Sifat Wajib, 20 Sifat Mustahil dan 1 Sifat Harus.

Perbuatan Allah SWT adalah setiap perlakuan yang dilakukan oleh-Nya dengan penuh
kebijaksanaan dan keadilan berdasarkan kekuasaan-Nya (Qudrat) dan kehendak-Nya (Iradat).

Benar (As-siddiq), amanah (Al-Amanah), menyampaikan (At-Tabligh) dan bijaksana (Al-Fatanah).

Bohong (Al-Kizb), pecah amanah (Al-Khianah), menyembunyikan (Al-Kitman) dan bodoh (Al-Baladah).

Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran.

25 Rasul
• Menyeru manusia mentauhidkan dan menyembah Allah SWT.
• Mengajar manusia cara beribadat yang betul.
• Menunjukkan cara hidup yang benar dan lengkap.

Dalil Perkara
Ghaibiyyah
• Malaikat, Iblis, Syaitan, Jin
• Qadak dan Qadar
• Barzakh, Hari Kiamat, Mahsyar, Hisab, Titian, Syurga dan Neraka

Allah SWT berfirman,

‫ ﭼ‬... ‫ﭽﭴﭵﭶﭷﭸﭹﭺﭻﭼ ﭽﭾﭿ‬


Ertinya: “Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan dalam kalangan setiap
umat seorang rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka), ‘Hendaklah
kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut (syaitan, berhala, roh-roh serta apa
sahaja yang disembah selain Allah)...’”
(Surah al-Nahl 16: 36)

15
1.2.2
Amalan yang Berkaitan dengan Pegangan Akidah

1 4 Berpegang dengan dalil


Berasaskan tauhid.
naqli dan aqli.
Pegangan
Akidah Menurut Islam

Akidah yang
Bertepatan dengan Benar Berlandaskan ilmu,
al-Quran dan al-Sunnah. 2 3 iman dan amal.

Tahap iman manusia boleh bertambah dan berkurang. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha
melakukan amal yang baik supaya dapat merasai kemanisan iman. Antara amalan yang amat
berkaitan dengan pegangan akidah dalam Islam adalah seperti berikut:

1 2
• Berdoa ialah senjata • Berzikir akan
Berdoa orang Mukmin. Berzikir menenangkan jiwa
kepada • Yakin bahawa Allah SWT mengingati orang beriman.
Allah SWT memperkenankan doa Allah SWT • Amalan berzikir amat
orang yang bertakwa. disukai Allah SWT.

3 • Berserah kepada Allah


4
SWT setelah berusaha dan • Memperbanyak istighfar.
Bertawakal berdoa. Bertaubat • Menyesal dan tidak
• Yakini ketentuan baik mengulangi kesilapan
daripada Allah SWT. yang telah dilakukan.

5 6
• Berusaha bersungguh- • Menilai dan melihat
sungguh melawan nafsu. kekurangan diri.
Mujahadah • Meningkatkan ibadah Muhasabah • Bertaubat atas
untuk beroleh keredaan kesilapan dan
Allah SWT. memperbaiki diri.

Nota Guru Informasi

Guru membimbing murid Apakah maksud dalil naqli dan aqli?


memberikan cadangan amalan
Dalil naqli ialah dalil yang bersumberkan nas al-Quran dan al-Sunnah.
yang boleh mengukuhkan
pegangan akidah mereka. Dalil aqli pula ialah dalil yang lahir daripada akal yang sejahtera.

16
1.2.3
Kepentingan Amalan Akidah Menurut Islam

1 Syarat utama
amalan diterima
2 Benteng daripada
perkara syirik,
3 Tunjang kekuatan
umat Islam.
oleh Allah SWT. khurafat dan bidaah.

Kepentingan Pelaksanaan Amalan


Akidah Mengikut Syarak

4 Beroleh rahmat
dan keberkatan
5 Membentuk jati
diri sebagai
6 Penentu
kebahagiaan
daripada Allah SWT. Muslim sejati. di dunia dan akhirat.

Nota Guru Interaksi


Guru membimbing murid menilai Bincangkan implikasi pelaksanaan ibadah tanpa
kepentingan amalan akidah. pegangan akidah yang betul.

17
1.2.4
Pembuktian Akidah yang Benar

Antara amalan yang dapat membuktikan pegangan akidah yang benar termasuklah:
Akidah Menurut Islam

1 Memohon perlindungan hanya kepada 2 Bersyukur apabila beroleh kejayaan


Allah SWT. dalam kehidupan.

Sumber:
http://www.
muftiselangor.gov.
my/senarai-mufti-
di-media/250-30-
ajaran-sesat

3 Sentiasa ikhlas dalam amalan. 4 Menjauhi fahaman yang menyeleweng


daripada ajaran Islam.

5 Reda dengan ketentuan Allah SWT. 6 Menjauhi amalan tilik nasib atau
ramalan bintang kelahiran.

Nota Guru
Guru meminta murid mencadangkan amalan lain yang boleh dilakukan oleh murid untuk
membuktikan pegangan akidah yang benar.

18
Simulasi

Analisis situasi berikut dan bincangkan cara mempraktikkan pegangan akidah yang benar.

Farah akan
menduduki Situasi 1
peperiksaan SPM.

Fitri akan menjalani


Situasi 2 pembedahan pintasan
jantung pada minggu
hadapan.
Hayati berasa iri hati
dengan kejayaan Aliya
mendapat kenaikan Situasi 3
pangkat.
Zarif telah terjumpa
Situasi 4 beg tangan
penumpang yang
tercicir di dalam bas.
Rozi masih belum
dinaikkan pangkat Situasi 5
walaupun telah lama
berkhidmat.

Rafi mengajak Linda


Situasi 6 berhibur di pusat
karaoke.

Nota Guru
• Minta murid menjelaskan sebab kepada jawapan yang diberikan.
• Guru boleh mencadangkan situasi lain.

19
Aktiviti

1 Senaraikan nama-nama Allah SWT dalam surah al-Fatihah berserta maknanya.


Akidah Menurut Islam

2 Ciptakan sebuah puisi yang bertemakan sifat-sifat Allah SWT dan persembahkannya
di hadapan kelas.

3 Lakarkan peta pemikiran bagi sifat-sifat Allah SWT yang telah anda pelajari.

4 Laksanakan aktiviti Round Table untuk membincangkan:

i. Allah SWT Maha Pencipta.


ii. Allah SWT Maha Pemberi Rezeki.
iii. Allah SWT Maha Pentadbir.

5 Melalui Internet, cari artikel mengenai perkara-perkara ghaib dan bentangkan hasil dapatan
anda di hadapan kelas.

6 Lengkapkan peta pemikiran di bawah.

Sebab Akibat

Terpesong dari
landasan akidah
yang benar

7 Guru menguji kefahaman murid tentang Akidah Menurut Islam dengan


menjawab kuiz interaktif melalui aplikasi Kahoot. Sila imbas di sini.

20
Uji Diri

Jawab soalan-soalan berikut.

1 Kepercayaan dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah SWT serta sifat-sifat

kesempurnaan berdasarkan dalil naqli dan aqli.

Penyataan di atas merujuk kepada .

A akidah B akhlak
C syariat D ibadah

2 Berikut merupakan antara sifat wajib bagi rasul.


I Amanah II Tabligh
III Nubuwwah IV Siddiq

A I, II dan III B I, II dan IV


C I, III dan V D II, III dan IV

3 Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.


i. Berdasarkan rajah di bawah, berikan bukti tentang kewujudan dan kekuasaan Allah SWT.

Kejadian langit
dan bumi
Bukti Kewujudan
dan Kekuasaan
Allah SWT

ii. Berdasarkan rajah di bawah, nyatakan contoh-contoh alam ghaib.


Alam Ghaib

4 Nyatakan tiga amalan akidah yang menepati hukum syarak.

5 Jelaskan tiga kepentingan amalan akidah yang menepati hukum syarak.

6 Allah SWT Maha Berkuasa dan Allah SWT Maha Berkehendak. Pada pendapat anda, apakah
yang akan terjadi jika manusia mengingkari sifat-sifat Allah SWT tersebut.

21
ajaran
Pel

3
Ibadah
Menurut
Islam
Standard
Kandungan
• Mengamalkan ibadah yang
memenuhi tuntutan hukum
syarak.

Standard
Pembelajaran
• Menyatakan konsep ibadah
menurut hukum syarak.
• Menjelaskan amalan yang
berkaitan ibadah dalam Islam.
• Menilai kepentingan
melaksanakan ibadah yang
menepati tuntutan hukum
syarak.
• Mencadangkan ibadah yang
wajib dilaksanakan bagi
memenuhi tuntutan hukum
syarak.

22
1.3.1
Konsep Ibadah dalam Islam

Ibadah bermaksud pengabdian kepada Allah SWT melalui perbuatan, perkataan dan pengakuan
hati yang ikhlas semata-mata kepada-Nya yang berlandaskan syariat Allah SWT.

Allah SWT berfirman,

‫ﭽﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭼ‬
Ertinya: “Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka
menyembah-Ku.”
(Surah al-Dzariyat 51: 56)

1
Keikhlasan menjadi asas
Nilai
penerimaan ibadah di sisi
Penghayatan
Allah SWT.
• Hubungan akidah dan
2
4 ibadah sangat erat.
Kewajipan • Akidah merupakan ikatan
menuruti Ibadah
melibatkan hati dan perasaan manusia
perintah yang Konsep segala kegiatan
kepada Allah SWT.
disyariatkan
dan tidak Ibadah manusia dari • Ibadah merupakan gerak
segi rohani dan langkah manusia bagi
mengada-
jasmani. meneguhkan hubungan
adakan ibadah. antara manusia dengan
3 Allah SWT.

Tujuan hidup manusia


adalah untuk beribadah
kepada Allah SWT.

Interaksi
Bincangkan dalam kumpulan tujuan anda beribadah. Bentangkan hasil perbincangan anda.

23
Pembahagian Ibadah
Asas Sistem Sosial Islam

Ibadah Khusus Ibadah Umum

Semua amalan khusus Semua amalan kebaikan yang disyariatkan


yang disyariatkan oleh oleh Allah SWT bagi menghubungkan
Allah SWT sama ada manusia dalam sesebuah masyarakat demi
fardu atau sunat. kebaikan dan keharmonian hidup bersama.

Fardu Ain Sunat Fardu Ain Sunat

Contoh: Contoh: Contoh: Contoh:


• Solat fardu • Solat sunat • Bekerja • Membuang benda
• Mengeluarkan • Puasa sunat • Belajar yang bahaya dari
zakat jalanan

Fardu Kifayah Fardu Kifayah

Contoh: Contoh:
• Solat jenazah • Membuat penyelidikan
• Mengurus • Bekerja sebagai doktor
jenazah
Sumber: Mohammad Zaini Yahaya et. al. (2015).

Informasi Glosari

Dua Syarat Ibadah: Fardu Ain: Kewajipan individu atas suatu amalan yang
dituntut secara tegas oleh syarak ke atas setiap mukalaf.
• Ikhlas: Ibadah dilakukan
Pengamalannya mendapat pahala dan pengabaian tanpa
hanya kerana Allah
SWT semata-mata dan uzur syari‘e mendapat dosa.
mengharapkan keredaan-Nya. Fardu Kifayah: Kewajipan secara kolektif yang merujuk
kepada suatu amalan yang dituntut oleh syarak ke
• Ittiba‘ as-Sunnah (Mengikut
Sunnah): Ibadah dilakukan atas seluruh kaum Muslimin secara umum untuk
sebagaimana yang mengerjakannya. Apabila sebahagian daripada mereka
disyariatkan oleh Allah dan melaksanakannya, maka sebahagian yang lain terlepas
rasul-Nya. daripada kewajipan tersebut.

24
1.3.2
Amalan yang Berkaitan dengan Ibadah

• Solat lima waktu sehari semalam.


Solat • Amalan pertama yang akan dihisab.
Fardu • Kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan walaupun dalam
keadaan sakit atau darurat.

• Sedekah wajib.
Zakat • Terbahagi kepada zakat fitrah dan zakat harta.
• Memberikannya kepada asnaf.

• Kewajiban yang penting sebagai individu Muslim.


Belajar
• Perintah iqra’ (baca) sebagai proses belajar.
• Mempelajari ilmu yang bermanfaat.

• Merupakan salah satu kewajipan dalam pengurusan jenazah.


• Solat jenazah mempunyai tujuh rukun iaitu niat, berdiri
Solat
bagi yang mampu, bertakbir empat kali, membaca surah
Jenazah
al-Fatihah, membaca selawat, doa kepada jenazah dan
memberi salam.

• Melakukan penyelidikan dan inovasi yang mendatangkan


Penyelidikan manfaat kepada masyarakat.
• Memajukan umat Islam supaya tidak mundur dan dizalimi
oleh orang lain.

Glosari Asnaf Zakat


Tarikh capaian:
13 Julai 2019

Asnaf: Kelompok yang berhak menerima zakat iaitu asnaf fakir, asnaf miskin,
asnaf amil, asnaf mualaf, asnaf riqab, asnaf gharimin, asnaf fisabilillah,
asnaf ibnu sabil.

25
1.3.3
Kepentingan Ibadah Menurut Islam Kemanisan
dalam Beribadah
Tarikh capaian:
12 April 2019
Setiap amalan ibadah pasti mengandungi hikmah tertentu. Antara kepentingan
ibadah dalam Islam adalah seperti berikut:
Asas Sistem Sosial Islam

• Menjadi bukti penyaksian Allah SWT


Lafaz sebagai pencipta dan Nabi Muhammad
Syahadah SAW sebagai utusan Allah SWT.
• Syarat menjadi seorang Muslim.

• Meneguhkan hubungan manusia


Muslim
dengan Allah SWT.
Solat Cemerlang
• Meningkatkan ketakwaan.
• Meningkatkan hubungan baik dalam
masyarakat melalui solat berjemaah.

• Mendidik hawa nafsu.


Puasa • Merehatkan sistem pencernaan.
• Merasai kesusahan orang miskin.

• Mencari nafkah dikategorikan


sebagai ibadah.
Bekerja
• Hidup mulia dan tidak membebankan
orang lain.

• Menambahkan ilmu pengetahuan dan


kemahiran.
Belajar
• Membangunkan tamadun agama,
bangsa dan negara.

Interaksi Nota Guru

Secara berkumpulan, bincangkan cara anda Guru meminta murid menyenaraikan


untuk memberikan sumbangan kepada kepentingan ibadah-ibadah lain.
masyarakat melalui ibadah umum.

26
1.3.4
Pelaksanaan Ibadah Wajib

Ibadah wajib perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan. Antara ibadah wajib yang perlu
dilaksanakan ialah:

Marhaban Ya Ramadan
Menjaga solat lima waktu. Berpuasa penuh di bulan Melaksanakan ibadah
Ramadan jika tiada haji dan umrah apabila
keuzuran syari‘e. memenuhi syarat wajibnya.

Mengeluarkan zakat untuk Bekerja untuk memenuhi Menjalankan penyelidikan


membantu mereka yang keperluan hidup dan dan pembangunan
memerlukan. memberi nafkah kepada dalam bidang sains untuk
tanggungan. menghasilkan produk yang
diperlukan masyarakat.

Nilai Penghayatan

Cara Meningkatkan Kualiti Ibadah

• Sentiasa mengingati Allah SWT ketika


melakukan pekerjaan.
• Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang
ibadah khusus dan umum. Nota Guru
• Berdamping dengan orang soleh dan berilmu.
Guru membimbing pelajar
• Sabar dan istiqamah dalam melakukan ibadah. mencadangkan ibadah-ibadah lain
• Memahami hikmah di sebalik kewajipan yang perlu dilakukan bagi memenuhi
sesuatu ibadah. tuntutan hukum syarak.

27
Simulasi

1 Analisis situasi berikut dan nyatakan kewajiban ibadah yang perlu dilaksanakan bagi
memenuhi tuntutan hukum syarak.
Situasi 1 Situasi 2 Situasi 3
Asas Sistem Sosial Islam

Remy mahu solat dalam Aminah memiliki Ali diserang


keadaan tangannya barangan kemas yang penyakit gastrik
berbalut kerana luka. banyak. pada bulan puasa.

Situasi 4 Situasi 5
Salman mendapat
tawaran melanjutkan
pengajian di luar negara, Ahmad mendengar
namun ibunya meminta laungan azan Jumaat
bantuan Salman untuk ketika sedang
menyara adik-adik membeli-belah.
memandangkan ayahnya
telah meninggal dunia.

Refleksi

2 Lengkapkan senarai semak di bawah tentang pelaksanaan ibadah yang telah berjaya
anda laksanakan. Tandakan () pada ‘Ya’ atau () pada ‘Tidak’.

Bil. Penyataan Ya/Tidak


1 Saya mengetahui maksud dua kalimah syahadah.
2 Saya menutup aurat dengan sempurna.
3 Saya menunaikan solat fardu lima waktu sehari semalam.
4 Saya solat fardu dengan khusyuk.
5 Saya sentiasa menunaikan solat fardu secara berjemaah.
6 Saya berpuasa pada bulan Ramadan.
7 Saya memahami bahawa zakat fitrah dibayar oleh penjaga.
8 Saya memahami tuntutan haji berserta syarat-syarat kewajipannya.
9 Saya belajar dengan niat yang ikhlas.
10 Saya membuang benda yang berbahaya dari jalanan.

Skor Ya = 1 Tidak = 0

Markah 7 hingga 10: Tahniah! Anda seorang Muslim yang menunaikan tuntutan ibadah.
Markah 4 hingga 6: Anda perlu meningkatkan ibadah anda.
Markah 0 hingga 3: Anda perlu lebih banyak berusaha dan melaksanakan ibadah.

28
Aktiviti

1 Hasilkan nota poket mingguan untuk meningkatkan kuantiti dan Nota Poket

kualiti ibadah anda. Sila imbas kod QR untuk melihat langkah-langkah


penghasilannya.

2 Bina peta pemikiran tentang ibadah khusus dan ibadah umum secara berkumpulan.
Kemudian bentangkan hasil tugasan di hadapan kelas.

3 Layari Internet dan kumpulkan gambar yang menunjukkan perlakuan ibadah umum.
Bentang dan ceritakan tentang gambar tersebut di hadapan kelas.

4 Laksanakan aktiviti Round Table. Setiap murid dikehendaki mencatatkan Round Table

satu isi bagi amalan sunat harian yang pernah dilakukan dalam sekeping
kertas yang diedarkan oleh guru. Jawapan yang dicatat perlu berbeza dengan
jawapan yang telah diberikan.

5 Cari maklumat melalui Internet tentang zakat secara berkumpulan dan bincangkan
cara sistem zakat mampu meningkatkan sosioekonomi masyarakat Islam. Bentangkan
hasil dapatan anda.

6 Bincangkan dalam kumpulan tujuan beribadah. Bentangkan hasil perbincangan anda.

Gallery Walk
7 Laksanakan aktiviti Gallery Walk bagi meningkatkan kesedaran mengenai
kepentingan dan kesempurnaan ibadah dalam Rukun Islam.

29
Uji Diri

Jawab soalan-soalan berikut.


Asas Sistem Sosial Islam

1 Antara yang berikut, yang manakah bukan tujuan Allah SWT mewajibkan zakat?

A Membantu orang susah.


B Menyucikan harta dan jiwa.
C Menghapuskan sifat bakhil.
D Menjadi pemisah antara iman dengan kufur.

2 Lengkapkan penyataan berikut berdasarkan pilihan jawapan yang diberikan.

Menuntut ilmu Riak Wakaf

Hadis Zakat Solat

i. Antara perkara yang boleh merosakkan ibadah ialah .

ii. Cara melaksanakan solat dihuraikan secara terperinci melalui .

iii. ialah contoh bagi ibadah umum.

iv. mengukuhkan hubungan kita dengan Allah SWT.

3 Huraikan maksud ibadah dalam Islam berserta dalil.

4 Nyatakan tiga kepentingan ibadah menurut Islam.

Suasana Solat Jumaat Suasana Solat Subuh

5 Wujud perbezaan jumlah makmum dalam gambar di atas. Pada pandangan anda,
mengapakah hal ini berlaku?

30
ajaran
Pel

4
Akhlak
Menurut
Islam
Standard
Kandungan
• Mengamalkan akhlak yang
memenuhi tuntutan hukum
syarak.

Standard
Pembelajaran
• Menyatakan konsep akhlak
menurut hukum syarak.
• Menjelaskan amalan yang
berkaitan dengan akhlak
dalam Islam.
• Menilai kepentingan
melaksanakan amalan
akhlak yang menepati
tuntutan hukum syarak.
• Mencadangkan amalan
akhlak yang wajib
dilaksanakan bagi memenuhi
tuntutan hukum syarak.

31
1.4.1
Konsep Akhlak Islam

Maksud Akhlak
Akhlak ialah sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong sesuatu perbuatan dan
perlakuan tanpa memerlukan pertimbangan yang mendalam.

Sabda Rasulullah SAW:


َّ ‫اك في َن ْفس َك َو َكر ْه َت َأ ْن َي َّطل َع َع َل ْيه‬
ُ ‫الن‬ َ َ َ ُ ْ َْ ُُ ْ ُ ْ ُ ْ
.‫اس‬ ِ ِ ِ ِ ِ ‫ال ِب ُّر حسن الخل ِق وا ِإلثم ما ح‬
Ertinya: “Kebaikan itu adalah akhlak yang mulia dan dosa adalah apa yang
terasa mengganggu jiwamu, dan engkau tidak suka jika diketahui manusia.”
(Riwayat Muslim)

1 4
Tetap dan tidak
Bersumberkan al-Quran
berubah sepanjang
dan al-Sunnah
zaman

Ciri-ciri
Akhlak
Menurut
Islam

2 3

Berlandaskan fitrah Meliputi semua


kejadian manusia aspek kehidupan

32
Pembahagian Akhlak

Akhlak Mahmudah Akhlak Mazmumah

Akhlak terpuji yang bersumberkan Akhlak terkeji yang dilarang oleh


wahyu al-Quran dan al-Sunnah. al-Quran dan al-Sunnah daripada
diamalkan.

Contoh Akhlak Mahmudah Contoh Akhlak Mazmumah

Akhlak dengan • Reda • Putus asa


Allah SWT • Bersyukur • Kufur

Akhlak • Menghormati orang lain • Memandang hina orang lain


dengan manusia • Amanah • Khianat

Akhlak • Menjaga kebersihan • Pengotor


dengan alam • Memelihara alam sekitar • Mencemarkan alam sekitar

Informasi

Proses Penyucian Jiwa


Mahmudah vs
Mengosongkan jiwa Bermatlamat mencari Mazmumah

daripada sifat buruk. keredaan Allah SWT.

Menghias jiwa dengan Mengindahkan pekerti


sifat-sifat terpuji. melalui kelakuan lahiriah.

33
1.4.2
Amalan Berkaitan Akhlak

Allah SWT memuji ketinggian akhlak Rasulullah SAW dalam al-Quran al-Karim.
Akhlak Menurut Islam

Firman Allah SWT,


‫ﭽﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﭼ‬
Ertinya: “Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai budi pekerti
yang tinggi.”
(Surah al-Qalam 68: 4)

Kisah1 Penyabar

Contoh:
Apabila usaha dakwah Nabi Muhammad
SAW di Mekah berhadapan ancaman yang
kuat, Baginda SAW meneruskan dakwahnya
ke Taif. Taif merupakan kawasan tanah tinggi,
berada sejauh 135 km dari Mekah.
Namun demikian, penduduknya menolak
dakwah Baginda SAW. Mereka juga mencemuh,
mengejek dan membaling batu kepadanya.
Rasulullah SAW berjalan keluar dari Kota Taif dalam
keadaan cedera dan keletihan.
Malaikat Jibrail mendengar keluhan Baginda SAW
lalu meminta kebenaran untuk menghempap mereka
dengan dua gunung. Lalu jawab Baginda SAW, Masjid Ku‘ atau Masjid Siku merupakan
“(Tidak) namun aku berharap supaya Allah SWT tempat Rasulullah SAW berlindung ketika
melahirkan daripada anak keturunan mereka orang diserang oleh penduduk Taif.
yang beribadah kepada Allah SWT semata-mata, tidak
menyekutukan-Nya dengan apa pun jua.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Contohilah sifat sabar Rasulullah SAW yang lahir daripada kematangan hati dan akal serta
bersedia untuk berkongsi kebaikan dengan orang lain.

Nota Guru
• Guru membimbing murid melakukan sumbang saran faktor pembentukan akhlak melalui
informasi daripada bahan-bahan di Internet melalui carian kata kunci “Pembentukan Akhlak”.

34
Kisah 2 Pemaaf
Contoh:
Setelah umat Islam berjaya membuka kota Mekah,
Rasulullah SAW telah menyampaikan ucapan yang
bemaksud, “Hai sekalian orang Quraisy, apa yang
kamu sangka akan aku lakukan kepada kamu?” Mereka
menjawab, “Kebaikan, kerana engkau ialah saudara yang
mulia dan anak kepada saudara yang mulia.”
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya aku
berkata kepadamu sebagaimana Nabi Yusuf a.s. berkata
kepada saudara-saudaranya. Pada hari ini tidak ada
celaan terhadapmu. Pergilah, kamu semua dibebaskan.”
(Riwayat al-Baihaqi)
Baginda SAW merupakan seorang yang penyayang dan pemaaf. Baginda SAW tidak pernah
membalas dendam meskipun berkuasa untuk menuntut balas.

Kisah3 Pemurah
Contoh:
Baginda Nabi Muhammad SAW disifatkan
sebagai seorang yang amat pemurah dan lebih
pemurah lagi apabila menjelang bulan Ramadan.
Dalam satu riwayat, Anas r.a. berkata: “Tidaklah
Rasulullah SAW diminta sesuatu melainkan Baginda
SAW memberinya.”
Telah datang seorang lelaki meminta kepadanya, lalu
Baginda SAW memberikan kepada orang itu kambing
yang banyak sehingga memenuhi antara dua gunung. Lelaki
tersebut kembali kepada kaumnya dan berkata: “Hai kaumku
masuklah Islam, sesungguhnya Muhammad memberi suatu
pemberian seperti pemberian orang yang tidak takut miskin.”
(Riwayat Muslim)
Sifat pemurah Nabi Muhammad SAW mencapai peringkat Itsar iaitu mengutamakan orang
lain berbanding dirinya. Sifat ini merupakan sifat tertinggi dalam kemurahan hati.

Faktor
Pembentukan
Interaksi Akhlak

Kumpulkan kisah lain yang menunjukkan kemuliaan akhlak Rasulullah SAW.


Bentangkan faedah dan kepentingan akhlak tersebut.

35
1.4.3
Kepentingan Akhlak Menurut Islam

Islam amat memberi penekanan kepada


pembinaan akhlak. Hal ini selari dengan tujuan
Akhlak Menurut Islam

Nabi Muhammad SAW dilantik sebagai rasul.

Sabda Rasulullah SAW,


ََْ ْ َ َُ ْ
.‫ِإ َّن َما ُب ِعث ُت ِألت ِّم َم َمكا ِر َم األخل ِق‬
Ertinya: “Sesungguhnya aku diutus
untuk menyempurnakan akhlak
yang mulia.”
(Riwayat Ahmad)

Individu
• Membina jati diri yang baik
Akhlak terpuji akan mewujudkan suasana mengikut al-Quran dan al-Sunnah.
aman dan memberi ruang memperbaiki potensi • Melahirkan individu yang bertakwa.
manusia serta menambah produktiviti.

Akhlak ialah cerminan dari dalam diri


seseorang yang mempunyai ilmu dan adab.
Tuntutlah ilmu dengan beradab dan berakhlak.

Keluarga
• Membentuk sebuah keluarga
bahagia.
• Saling bertolak ansur dan bantu-
membantu.

36
Cara Memupuk Akhlak Mulia

Masyarakat
Mentaati perintah

• Melahirkan masyarakat yang harmoni.


Allah SWT dan
Rasul-Nya.
1
• Meneguhkan perpaduan masyarakat.
Mencontohi dan
meneladani
2 Rasulullah SAW
yang berpekerti
mulia.
Kepentingan Sentiasa berdoa

Akhlak
memohon dihiasi
akhlak mulia. 3
Menurut
Islam Mujahadah
4 dalam
memperbaiki diri.

Sentiasa
bermuhasabah
diri. 5
Bersabar dan
6 istiqamah dalam
berakhlak mulia.
Negara
• Membina negara sejahtera dan dirahmati Allah
SWT.
• Meningkatkan imej negara.

Akhlak Terpuji

Interaksi Tarikh capaian:


02 Mei 2019

Bincangkan kepentingan akhlak menurut Islam dalam pelbagai situasi.

37
1.4.4
Pengamalan Akhlak Islam

Akhlak Islam perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan. Antara amalan akhlak Islam yang
boleh dilakukan termasuklah:
Akhlak Menurut Islam

Hormat-menghormati

• Saling menghormati sesama rakan tanpa mengira bangsa


dan agama.
• Memuliakan tetamu tanpa mengira kedudukan.

Prihatin

• Bersimpati dengan penderitaan orang lain.


• Sentiasa ada usaha dan inisiatif membantu.

Tolong-menolong

• Suka menghulurkan bantuan seperti membantu rakan


yang berada dalam kesusahan.
• Cepat membantu apabila orang lain memerlukan
pertolongan.

Kasih Sayang

• Mengeratkan silaturahim dan merapatkan ukhuwah


sesama manusia.
• Mengelakkan pergaduhan dan permusuhan.

Nota Guru
Guru meminta murid mencadangkan amalan akhlak terpuji yang wajib dilaksanakan bagi memenuhi
tuntutan hukum syarak.

38
Simulasi

Amalkan Kebaikan Hindari Keburukan


Secara berpasangan, jalankan aktiviti di bawah melalui kad situasi yang diberikan.

KAD 1
Anda sering mendengar pertengkaran KAD 2
dalam keluarga jiran sehingga Anda bersama rakan sedang
mengganggu ketenteraman anda. menikmati makan tengah hari.
Apakah tindakan dan akhlak yang Tiba-tiba anda didekati oleh seorang
perlu anda tunjukkan kepada jiran pengemis, sedangkan dalam
anda? saku anda tiada langsung wang.
Bagaimana anda membantunya?

KAD 3
KAD 4
Hilmi selalu lewat masuk ke kelas,
sedangkan guru telah memulakan
pengajaran. Ramalkan kesan Adik anda telah terpengaruh dengan
tindakan Hilmi dan nyatakan cara rakan-rakan yang merokok sehingga
anda menanganinya. dia juga turut merokok. Nyatakan
tindakan anda.

Cara menjalankan aktiviti:


1 Pilih salah satu kad situasi.
2 Bincang bersama pasangan anda cara menangani isu dan situasi yang
diberi dengan berhemah dan akhlak terpuji.
3 Tampalkan hasil perbincangan anda secara kreatif pada dinding kelas.
4 Semua murid melakukan aktiviti Gallery Walk untuk melihat dan memberi
komen terhadap hasil kerja rakan yang lain.

Nota Guru
Guru boleh menambahkan kad situasi yang sesuai.

39
Aktiviti

1 Laksanakan aktiviti survey secara berkumpulan tentang akhlak mahmudah dan akhlak
Akhlak Menurut Islam

mazmumah dalam kalangan murid. Bentangkan hasil dapatan di hadapan kelas.

2 Lakukan aktiviti Rush Idea untuk meminta pendapat murid mengenai faktor-
Rush Idea

faktor keruntuhan akhlak remaja.

3 Hasilkan dialog yang sesuai berdasarkan situasi berikut, kemudian lakonkannya di


hadapan kelas.

Bil. Perkara Situasi

i Murid dengan ibu Ibu meminta tolong anda untuk


menyidai pakaian.

ii Murid dengan jiran bukan Jiran anda yang bukan beragama Islam
beragama Islam menjemput anda sekeluarga datang ke
majlis perkahwinan anaknya.

iii Murid dengan rakan Rakan anda mahu meminjam duit


untuk membeli makanan.

iv Murid dengan guru Guru menegur sikap murid yang selalu


datang lambat.

4 Guru menguji kefahaman murid tentang Akhlak Menurut Islam dengan


menjawab kuiz interaktif melalui aplikasi Kahoot. Sila imbas di sini.

40
5 Lengkapkan senarai semak di bawah tentang pengamalan akhlak Islam.
Tandakan () pada penyataan yang anda setuju atau () pada tidak setuju.

Bil. Senarai Semak (/)

1 Saya pernah merokok.

2 Saya tidak pernah melepak.

3 Saya suka membantu jiran.

4 Saya seorang yang panas baran.

5 Saya sayang guru.

6 Saya selalu mentaati perintah ibu bapa.

7 Saya sering menziarahi saudara mara ketika mereka sakit.

8 Saya tidak suka menggunakan bahasa percakapan yang kasar dan kesat.

9 Saya membalas kejahatan dengan kejahatan.

10 Saya sukar memaafkan orang lain.

6 Bincangkan kesan pengamalan akhlak seperti di atas.

7 Kongsikan pengamalan akhlak Islam lain yang telah berjaya anda laksanakan.

41
Uji Diri

Jawab soalan-soalan berikut.


Akhlak Menurut Islam

Akhlak terkeji yang dilarang oleh al-Quran dan al-Sunnah daripada diamalkan.

1 Penyataan berikut merupakan definisi kepada .

A akhlak mahmudah B dosa


C akhlak mulia D akhlak mazmumah

2 Berikut merupakan ciri-ciri akhlak menurut Islam kecuali .


A bersumberkan al-Quran B meliputi semua aspek
dan al-Sunnah kehidupan
C berubah mengikut D berlandaskan fitrah
peredaran zaman kejadian manusia

3 Lengkapkan pernyataan berikut dengan pilihan jawapan yang betul.

sedekah akhlak berzina bertakwa hasad zakat

i. Rasulullah SAW diutuskan kepada manusia untuk menyempurnakan


yang baik.

ii. Islam menggalakkan amalan kepada golongan fakir miskin.

iii. kepada Allah SWT menjadi kayu ukur kemuliaan seseorang hamba di
sisi-Nya.

iv. adalah perbuatan keji kerana perbuatan itu boleh mengganggu nasab
atau keturunan manusia.

4 Berdasarkan gambar di atas, cadangkan cara anda untuk membantu meningkatkan kualiti
hidup mereka.

42
ajaran
Pel

5
Prinsip
Pandangan
Hidup Islam
Standard
Kandungan
• Mengamalkan prinsip
pandangan hidup Islam dalam
semua aspek kehidupan.

Standard
Pembelajaran
• Menyatakan pengertian
Rabbaniyyah, Syumuliyyah,
Waqi‘iyyah, ‘Alamiyyah,
Thabat dan Murunah.
• Menerangkan ciri-ciri
Rabbaniyyah, Syumuliyyah,
Waqi‘iyyah, ‘Alamiyyah,
Thabat dan Murunah.
• Menjelaskan keistimewaan
prinsip pandangan hidup
Islam dalam kehidupan
manusia.
• Menilai kepentingan
mengamalkan prinsip hidup
Islam dalam semua aspek
kehidupan.
• Mencadangkan amalan
prinsip hidup Islam yang boleh
dijadikan sebagai kaedah
penyelesaian kepada isu dan
persoalan ummah.
43
1.5.1
Pengertian Rabbaniyyah, Syumuliyyah, Waqi‘iyyah,
‘Alamiyyah, Thabat dan Murunah
Prinsip Pandangan Hidup Islam

1
Rabbaniyyah

2
Syumuliyyah

Prinsip 3
Pandangan ‘Alamiyyah

Hidup Islam

4
Waqi‘iyyah

5
Thabat
dan
Murunah

44
Ketuhanan iaitu segala hukum, konsep, prinsip,
nilai dan peraturan yang terkandung dalam
Islam adalah bersumberkan wahyu Allah SWT.

Lengkap iaitu agama Islam yang dibawa oleh Nabi


Muhammad SAW lengkap dan sempurna serta
meliputi kehidupan di dunia dan akhirat.

3
Sarwajagat iaitu Islam ialah agama yang sesuai bagi semua
manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan zaman.

Realiti Islam ialah agama praktikal, mampu


diamalkan oleh semua golongan manusia.

Thabat Murunah
Tetap dan teguh iaitu perkara yang tetap Luwes atau anjal iaitu boleh berubah
(qat‘iyy), tidak boleh diubah dasar, prinsip mengikut kesesuaian, namun masih
serta pelaksanaannya menurut Islam. tetap pada prinsip asasnya.

45
1.5.2
Ciri-ciri Prinsip Pandangan Hidup Islam

Rabbaniyyah Syumuliyyah ‘Alamiyyah


Prinsip Pandangan Hidup Islam

Islam ialah agama yang Kesempurnaan hanya milik Kedudukan manusia


diwahyukan oleh Allah SWT. Allah SWT. sebagai sebaik-baik
kejadian.
Islam dan seluruh makhluk Islam tidak terikat dengan
merupakan hak milik masa, tempat dan ruang Nilai keadilan Islam
Allah SWT. tertentu. bersifat sejagat.

Islam ialah satu pegangan Manusia dibekalkan dengan Islam sentiasa


yang jitu dan bersih daripada akal dan syariat yang lengkap menegakkan kebenaran
kekurangan, kejahilan dan sesuai dengan tanggungjawab dan mencegah
dorongan hawa nafsu. sebagai hamba dan khalifah kemungkaran.
Allah SWT.
Allah SWT sebagai pemberi Islam menjamin hak
peraturan hidup. asasi manusia.

Waqi‘iyyah Thabat Murunah

Praktikal dan mampu Akidah, kepercayaan dan Islam agama yang mudah.
diamalkan. keyakinan terhadap
Allah SWT sebagai Tuhan Dilaksanakan mengikut
Menyelesaikan masalah Yang Masa Esa dan tiada keadaan dan kemampuan.
kehidupan. sekutu bagi-Nya.
Menekankan kesederhanaan Ibadat khusus seperti
dan keseimbangan hidup. solat fardu, puasa, haji
dan zakat telah ditetapkan
cara pelaksanaannya oleh
syariat Islam.

Ketetapan hukum syariah


seperti hudud, qisas, diat
dan takzir.

Nota Guru
Guru melaksanakan aktiviti sumbang saran berkaitan contoh bagi ciri-ciri prinsip pandangan hidup
Islam yang telah mereka pelajari.

46
1.5.3
Keistimewaan Prinsip Pandangan Hidup Islam

Antara keistimewaan prinsip pandangan hidup Islam termasuklah:

1 Sesuai dengan fitrah dan akal manusia

• Selaku pencipta manusia, Allah SWT lebih mengetahui fitrah kejadian manusia.
• Wahyu yang diturunkan sesuai dengan fitrah dan akal manusia.

2 Bersifat jelas dan praktikal

• Peraturan dan panduan hidup dalam al-Quran dan al-Sunnah amat jelas dan praktikal.
• Mudah dilaksanakan dan tidak membebankan.

3 Sesuai dengan peranan sebagai khalifah

• Manusia ialah pengganti dalam melaksanakan ajaran Islam.


• Bertujuan untuk memakmurkan kehidupan dan kesejahteraan manusia.

4 Keseimbangan

• Seimbang dari sudut rohani dan jasmani.


• Seimbang dalam hubungan dengan Allah SWT, manusia dan alam sekitar.

5 Mementingkan budaya ilmu

• Mengangkat darjat manusia dengan penguasaan ilmu pengetahuan.


• Membina ketamadunan dan kemajuan hidup berdasarkan ilmu.

6 Rahmat bagi sekalian alam

• Islam membawa rahmat kepada semua makhluk.


• Islam mementingkan nilai kasih sayang dan persaudaraan.

Canva.com
Interaksi Tarikh capaian:
05 Oktober 2018

Berdasarkan maklumat tentang ciri-ciri Rabbaniyyah dalam Internet, hasilkan


infografik yang sesuai.

47
1.5.4
Kepentingan Mengamalkan Prinsip Hidup Islam

Melalui aktiviti PdPc secara inkuiri terpimpin di dalam kelas, guru mata pelajaran Tasawwur Islam
Prinsip Pandangan Hidup Islam

memberikan gambar-gambar berkaitan kepentingan prinsip pandangan hidup Islam kepada


murid. Murid diminta menyenaraikan dan berbincang perkara yang mereka lihat. Kemudian,
mereka perlu membuat perkaitan antara gambar dengan kepentingan mengamalkan prinsip
hidup Islam. Seterusnya, mereka perlu membentangkan hasil penelitian mereka di hadapan kelas.

Prinsip Rabbaniyyah dalam Islam


Islam tidak memisahkan agama
sangat penting bagi saya memahami
daripada norma kehidupan.
tujuan kehidupan. Segala yang ada di
Malah, Islam meraikannya dan
dunia ini adalah sementara, akhirat
menetapkan sistem yang cukup
ialah destinasi sebenar. Allah SWT
lengkap merangkumi seluruh aspek
telah memberikan panduan yang jelas
kehidupan. Itulah prinsip Syumuliyyah.
dan benar kepada saya.

Islam adalah A em Kehidupan


gama Islam sebagai Sist
yang Benar
SISTEM
ISLAM SEBAGAI
KEHIDUPAN
NGAN
SISTEM PERUNDA
& KEHAKIMAN
H
SISTEM KHALIFA
& HAMBA

TAHAN &
SISTEM PEMERIN
PENTADBIRAN
ISLAM
SISTEM SOSIAL

I
SISTEM EKONOM

Nota Guru
• Guru memastikan murid menghayati kepentingan mengamalkan prinsip hidup Islam.
• Guru boleh menambah lagi pelbagai gambar lain berkaitan prinsip hidup Islam.

48
Selain mendatangkan manfaat dan
Prinsip ‘Alamiyyah ialah prinsip utama kebaikan, syariat yang ditetapkan
dalam bidang kemanusiaan. Sikap oleh Allah SWT sebenarnya adalah
diskriminasi perkauman sangat praktikal. Kesemuanya mampu
ditentang oleh Islam. Keadilan adalah untuk kita lakukan. Jika terdapat
untuk semua. kesukaran, pasti ada pemudah cara.
Itulah prinsip Thabat dan Murunah.

Islam ialah agama praktikal. Setiap


suruhan dan tegahan mempunyai
manfaat rohani dan jasmani. Kita perlu
mengkajinya dengan lebih mendalam.

Ibadah Haji n Solat dari Perspektif Sains


Rukhsah dalam Solat
a
Menghapusksi
Diskrimina

Interaksi

IslamQR LINKdiamalkan sepanjang zaman. Buktikan penyataan tersebut dengan menghasilkan satu
sesuai
peta pemikiran.

49
1.5.5
Islam Sebagai Penyelesaian

Ustaz Safwan telah meminta murid-murid membincangkan isu dan persoalan ummah yang
Prinsip Pandangan Hidup Islam

berlaku dalam kalangan masyarakat. Melalui prinsip pandangan hidup Islam yang telah mereka
pelajari, murid-murid dikehendaki mencadangkan kaedah penyelesaian bagi isu-isu tersebut.

Setiap kumpulan akan Banyak berlaku salah faham Hikmah pembahagian


membincangkan isu mengenai hukum faraid atau pada kadar tersebut
yang telah diberikan tadi. pembahagian harta pusaka kerana kewajipan
Kamu boleh mulakan dalam masyarakat sekarang. memberi nafkah adalah
perbincangan sekarang. pada pihak lelaki.

Hukum faraid telah ditetapkan dalam


al-Quran. Bahagian seorang anak lelaki
adalah sama dengan dua bahagian
anak perempuan.

Adakah Islam mencabuli


hak asasi manusia?

Hak asasi bermaksud hak-hak Melalui prinsip hidup Islam yang kita pelajari,
asas yang wajib diberikan sama sekali tiada pencabulan hak asasi
kepada setiap individu. terhadap manusia dalam Islam. Kita perlu
Contohnya, hak keamanan, hak menjelaskan kepada masyarakat tentang
pendidikan dan lain-lain lagi. konsep keadilan sejagat dalam Islam.

Nota Guru
Guru membimbing murid untuk membincangkan isu dan permasalahan ummah serta mencadangkan
amalan prinsip hidup Islam yang boleh dijadikan sebagai kaedah penyelesaian.

50
Simulasi
Berdasarkan situasi berikut, nyatakan tindakan yang boleh diambil sebagai langkah merealisasikan
amalan prinsip hidup Islam sebagai kaedah penyelesaian kepada isu dan persoalan ummah.

1 2 Dalam satu majlis forum,


Majikan melarang anda anda mendengar ahli panel
menutup aurat ketika bekerja mempertikaikan autoriti suami
bagi tujuan melariskan jualan. dalam menjatuhkan talak.

3 4
Kenalan anda dari Eropah Jiran anda berlainan agama
bertanyakan tentang menjemput anda ke rumah
kesesuaian Islam pada zaman terbuka beliau sempena hari
milenium. perayaan.

5 Anda sedang berjalan menuju


ke masjid lalu terserempak
dengan sekumpulan remaja
yang sedang melepak setelah
azan berkumandang.

Contoh Situasi 1

Tindakan yang sepatutnya saya lakukan Kepentingan

Saya akan memberitahu secara berhemah Mempertahankan prinsip hidup Islam


kepada majikan saya bahawa menutup aurat Rabbaniyyah iaitu segala hukum, konsep dan
adalah kewajipan agama yang tidak boleh prinsip nilai dan peraturan yang terkandung
saya tinggalkan. dalam Islam adalah bersumberkan wahyu
Allah SWT dan wajib dipatuhi.

Nota Guru
Minta murid memberikan situasi lain yang memerlukan kepada penyelesaian menggunakan amalan
prinsip hidup Islam.

51
Aktiviti
Prinsip Pandangan Hidup Islam

1 Secara berkumpulan, persembahkan dalam bentuk peta pemikiran perkara berikut:

a. Prinsip pandangan hidup Islam.

b. Kepentingan mengamalkan prinsip pandangan hidup Islam sebagai seorang murid.

2 “Budaya gengsterisme dalam kalangan murid boleh mengganggu Rally Table

ketenteraman awam dan merosakkan masa depan mereka.”


Melalui aktiviti Rally Table, murid memberikan respons berdasarkan
prinsip Waqi‘iyyah dalam penyelesaian masalah di atas.

3 Secara berkumpulan, layari Internet dan kaji isu-isu ajaran sesat.


Berdasarkan dapatan anda, bincangkan cara anda menyelesaikan isu-isu ajaran sesat
berdasarkan prinsip Thabat.

4 Uji kefahaman anda berkaitan Prinsip Pandangan Hidup Islam dengan


menjawab kuiz interaktif melalui aplikasi Kahoot. Sila imbas di sini.

52
5 Lengkapkan teka silang kata di bawah:

1 A Y

2 4 5 6
U H

3
U
1
B
2
R Menegak
O 1 Lawan praktikal.
2 Perkara yang dinyatakan
secara tetap atau qat‘iyy,
B tidak boleh dipinda dan
diubah dasar, prinsip
4
Y serta pelaksanaannya.

A 3 Perintah atau kalam


Allah SWT yang
disampaikan kepada
para rasul-Nya melalui
perantaraan malaikat
Jibrail a.s.
4 Segala hukum,
konsep, prinsip, nilai
dan peraturan yang
terkandung dalam Islam
Melintang adalah bersumberkan
wahyu Allah SWT.
1 Islam tidak mengharamkan sesuatu perkara melainkan
perkara itu membawa kemudaratan kepada manusia. 5 Merupakan destinasi
sebenar bagi manusia.
2 Luwes atau anjal.
6 Meliputi seluruh aspek
3 Hukum jenayah Islam.
kehidupan manusia dari
4 Menjadi rahmat untuk sekalian alam, menjadi petunjuk urusan peribadi, keluarga,
kepada seluruh umat manusia dan merupakan peraturan masyarakat, negara dan
untuk manusia sejagat pada semua masa dan tempat. antarabangsa.

53
Uji Diri

Jawab soalan-soalan berikut.

Islam ialah agama yang sempurna yang mengandungi peraturan hidup untuk
kesejahteraan hidup manusia di dunia dan akhirat.

1 Penyataan ini merujuk kepada .

A ‘Alamiyyah B Rabbaniyyah
C Syumuliyyah D Waqi‘iyyah

Ali melakukan solat jamak dan qasar ketika


bermusafir dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

2 Situasi di atas menjelaskan Prinsip Pandangan Hidup Islam .


I Murunah II Thabat
III Waqi‘iyyah IV Syumuliyyah

A I dan II B II dan III


C III dan IV D I dan IV

3 Suaikan antara prinsip pandangan hidup Islam dengan pengertiannya:

Thabat Luwes atau anjal iaitu boleh berubah mengikut


kesesuaian, namun masih tetap atas prinsip.

Murunah
Ketuhanan iaitu segala hukum, konsep,
prinsip, nilai dan peraturan dalam Islam adalah
bersumberkan wahyu Allah SWT.
Rabbaniyyah

Tetap dan teguh serta tidak berubah dari segi


‘Alamiyyah dasar dan pelaksanaan.

4 Jelaskan tiga Prinsip Pandangan Hidup Islam.


5 Jelaskan dua bukti ajaran Islam bersifat ‘Alamiyyah.

Perasaan tidak puas hati dipercayai menjadi punca kes buli yang berlaku di sebuah sekolah
rendah yang rakaman videonya tular di laman-laman sosial.

6 Huraikan cara penyelesaian masalah di atas berdasarkan prinsip Waqi‘iyyah.

54
MANUSIA SEBAGAI
HAMBA DAN
KHALIFAH ALLAH SWT

Pelajaran 6 : Fitrah Kejadian Insan


Pelajaran 7 : Tanggungjawab Sebagai Hamba
dan Khalifah Allah SWT
Pelajaran 8 : Peranan Wahyu dan Akal

55
ajaran
Pel

6
Fitrah
Kejadian
Insan
Standard
Kandungan
• Memelihara tuntutan fitrah
kejadian insan dalam
pembentukan jati diri.

Standard
Pembelajaran
• Menyatakan maksud insan.
• Menerangkan proses kejadian
insan menurut al-Quran.
• Menjelaskan peringkat dan
hakikat sebenar alam yang
perlu dilalui oleh manusia
untuk menjadi insan kamil.
• Menghuraikan keistimewaan
insan yang dikurniakan akal
untuk membentuk jati diri.
• Menilai kepentingan
memelihara fitrah kejadian
insan sebagai hamba dan
khalifah Allah SWT.
• Mencadangkan tindakan yang
sesuai dilaksanakan untuk
mengembalikan manusia
kepada fitrahnya yang sebenar.

56
2.1.1
Maksud Insan

Insan ialah makhluk ciptaan Allah SWT yang dikurniakan akal dan ditugaskan untuk mengabdikan
diri kepada Allah SWT serta memakmurkan alam.
Allah SWT telah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian.

Allah SWT berfirman,

‫ﭽﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭼ‬
Ertinya: “Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam bentuk yang
sebaik-baiknya.”
(Surah al-Tin 95: 4)

Kronologi Kisah Penciptaan Nabi Adam a.s.

Manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT ialah Adam a.s. Baginda
ialah Abu al-Basyar (bapa semua manusia). Allah SWT menciptakan
Adam a.s. dari segumpal tanah.
(Surah Sad 38: 71)

Allah SWT memberitahu kepada para malaikat bahawa Dia akan


menciptakan manusia di muka bumi. Mendengar hal ini, malaikat bertanya
kepada Allah SWT tentang hikmah penciptaan manusia di muka bumi.
(Surah al-Baqarah 2: 30)

Setelah Adam a.s. diciptakan, Allah SWT memerintahkan para malaikat


dan jin untuk sujud memberikan penghormatan sebagai memuliakan
baginda a.s.
(Surah al-Baqarah 2: 34)

Allah SWT mempersilakan Adam a.s. untuk tinggal di dalam syurga


bersama pasangan yang dijadikan untuknya iaitu Hawa. Kedua-duanya
dibenarkan untuk menikmati semua kenikmatan di dalam syurga, kecuali
memakan satu jenis buah. (Surah al-Baqarah 2: 35)

Kisah
Iblis telah berasa iri hati dan dengki dengan kemuliaan yang dikurniakan Nabi Adam a.s.

kepada Adam a.s. Dia telah ingkar dengan perintah Allah SWT dan meminta
terus hidup untuk menjerumuskan anak cucu Nabi Adam a.s. ke jalan yang
sesat dan merosakkan fitrah kejadian mereka.
(Surah al-A‘raf 7: 12-17)

57
2.1.2
Proses Kejadian Insan

Proses kejadian insan menurut al-Quran adalah


selari dengan kajian sains.
Fitrah Kejadian Insan

Sperma lelaki dan ovum


Allah SWT berfirman,
perempuan bercantum dan
‫ﭽﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ‬ disenyawakan di dalam rahim
perempuan (permanian).
‫ﮜﮝﮞﮟﮠﮡﮢﮣ‬
‫ﮤ ﮥﮦﮧﮨﮩ‬ NUTFAH
(CONCENTRATION) 1
‫ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ‬
‫ﮮﮯﮰﮱﯓﯔ‬
‫ﯕﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﭼ‬
‘IZAM dan LAHM 4
Ertinya: “Dan sesungguhnya Kami (EMBRIO)
telah menciptakan manusia daripada
pati (yang berasal) daripada tanah.
Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) Daging akan membaluti
air benih pada penetapan yang kukuh; tulang sehingga membentuk
kemudian Kami ciptakan air benih itu lembaga manusia yang
menjadi sebuku darah beku. Lalu Kami sempurna fizikalnya.
ciptakan darah beku itu menjadi seketul
daging; kemudian Kami ciptakan daging
itu menjadi beberapa tulang; kemudian
Kami balut tulang-tulang itu dengan
daging. Setelah sempurna kejadian itu,
Kami bentuk dia menjadi makhluk yang
lain sifat keadaannya. Maka, nyatalah
kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-
baik Pencipta.”
(Surah al-Mu’minun 23: 12–14)

58
Percantuman Alaqah akan menjadi seketul
nutfah menjadi daging. Pada peringkat ini
segumpal darah. terbentuk tangan, kepala, kaki
dan tulang rusuk.

ALAQAH MUDGHAH
(ZIGOT) 2 (EMBRIO) 3

JANIN BAYI 6
Proses

5 Kejadian Insan
Tarikh capaian:
(FETUS) (INFANT) 05 Mei 2019

Pada peringkat ini, Allah SWT Dilahirkan ke dunia apabila


akan meniupkan roh ke cukup tempohnya.
dalam tubuh janin yang
berumur empat bulan.

Nilai Penghayatan

1 Sentiasa mengingati asal usul kejadian agar sentiasa bersyukur.


2 Sentiasa menggunakan nikmat Allah SWT di jalan yang diredai.

59
2.1.3
Peringkat Alam yang Dilalui Manusia

Setiap manusia akan menempuh lima peringkat alam:


Fitrah Kejadian Insan

1 ALAM ROH 2 ALAM RAHIM 3 ALAM DUNIA


• Alam roh ialah alam • Merujuk kepada alam • Iaitu alam nyata yang kita
yang dirahsiakan ketika manusia dalam diami saat ini. Allah SWT
oleh Allah SWT. Roh kandungan ibunya. mencipta alam ini sebagai
bermaksud nyawa tempat untuk manusia
• Ditiupkan roh,
yang menyebabkan beribadah dan menjadi
ditetapkan ajal, rezeki
jasad hidup dan khalifah-Nya.
dan amalannya.
bergerak.
• Alam sementara manusia diuji.
• Manusia berikrar
dan mengakui akan
keesaan Allah SWT.

4 ALAM BARZAKH/ALAM KUBUR 5 ALAM AKHIRAT


• Alam yang memisahkan antara alam • Alam akhirat ialah alam yang kekal
dunia dengan alam akhirat. Barzakh dan abadi setelah terjadi kiamat.
menjadi tempat persinggahan sementara Allah SWT memberikan balasan
menunggu hari kiamat sesudah kematian. kepada para hamba-Nya atas segala
amalan mereka selama di dunia.
• Soalan Munkar dan Nakir.
• Buku amalan, timbangan (al-Mizan),
• Nikmat dan seksaan kubur.
titian sirat, syurga dan neraka.

Informasi
Hikmah Beriman
dengan Perkara
Ghaib
ALAM MUSYAHADAH: Alam nyata yang dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal
manusia tentang kewujudannya seperti manusia, haiwan dan tumbuhan.
ALAM GHAIB: Alam yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal. Kewujudannya
hanya dapat diketahui dan diyakini daripada penjelasan al-Quran dan al-Sunnah seperti
alam barzakh, alam mahsyar, syurga dan neraka.

60
2.1.4
Keistimewaan Insan

Allah SWT berfirman,

‫ﭽﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ‬
‫ﮛ ﮜﮝﮞﮟﮠ ﭼ‬
Ertinya: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami
telah memberi mereka menggunakan pelbagai kenderaan di daratan dan lautan
serta Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada apa-apa yang
baik serta Kami telah utamakan mereka dengan selebih-lebihnya ke atas banyak
makhluk yang telah Kami ciptakan.”
(Surah al-Isra’ 17: 70)

1 4
Dianugerahkan
Dikurniakan akal
rasul sebagai
fikiran.
pembimbing.

Keistimewaan
Insan
2 3
Diberikan kitab Diberi
sebagai panduan. tanggungjawab
sebagai
khalifah.

61
2.1.5
Kepentingan Memelihara Fitrah Kejadian Insan

Allah SWT berfirman,

‫ﭼ‬...‫ﭽ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰﯱ ﯲ ﯳﯴ ﯵ ﯶ ﯷﯸﯹ ﯺ ﯻﯼ‬


Fitrah Kejadian Insan

Ertinya: “Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada


mereka (yang Musyrik) itu; siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia
hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya? Sudah tentu
mereka akan menjawab, Allah.”
(Surah al-‘Ankabut 29: 63)

1
Mendapat
keredaan dan
petunjuk Allah
SWT.

2 5
Mengukuhkan Dapat
keimanan dan
Kepentingan
memakmurkan
menyemai bumi.
ketakwaan. Memelihara
Fitrah Kejadian
Insan
3 4
Mengukuhkan
Menerima Membentuk
Menerima
keimanan
kebenaran dan kebenaran
kehidupan
dan
menyemai
menolak yang
dan menolak
aman dan
ketakwaan.
kebatilan. kebatilan.
harmoni.

Manusia perlu memelihara fitrah


kejadian insan sebagai hamba dan
khalifah Allah SWT.

62
2.1.6
Tindakan untuk Memelihara Fitrah Kejadian Insan
Antara cara untuk memelihara fitrah kejadian insan sebagai hamba dan khalifah Allah SWT
termasuklah:

Saya akan menjaga sikap dan tingkah laku, memupuk akhlak


mulia dan menjaga kesucian diri.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya berjayalah
orang yang menjaga fitrahnya (dengan iman dan amal kebajikan),
tetapi akan rugi orang yang mengotori fitrahnya sendiri (dengan
sebab kekotoran maksiat).” (Surah al-Syams 91: 9–10)

Saya akan berusaha untuk menjadikan keluarga saya keluarga


yang dibina atas ketakwaan dan kasih sayang agar kehidupan
kami tenteram.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan bertakwalah kepada
Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-
Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat
kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi)
kamu.” (Surah al-Nisa’ 4: 1)

Saya akan mengambil berat, membantu dan membimbing rakan-


rakan supaya mereka sentiasa positif melakukan kebaikan.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sebenarnya orang-orang
yang beriman itu adalah bersaudara.” (Surah al-Hujurat 49: 10)

Saya wajib melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab,


berlaku adil dan menjauhi kezaliman.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh
kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya
(yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum
antara manusia, hukumlah dengan adil.” (Surah al-Nisa’ 4: 58)

Nota Guru
Guru membimbing murid melaksanakan sumbang saran berkaitan cara memelihara fitrah kejadian
insan sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.

63
Simulasi

Berdasarkan situasi berikut, nyatakan tindakan yang perlu diambil sebagai langkah
mengembalikan manusia kepada fitrah sebenar.
Fitrah Kejadian Insan

Situasi

Anda bersama rakan bermain bola sepak di padang. Sedang asyik bermain, azan
berkumandang menandakan masuk waktu Solat Asar.

Anda bercuti bersama keluarga di suatu pusat perkelahan. Apabila hendak


mendirikan khemah, didapati kawasan tersebut dipenuhi sampah sarap yang
ditinggalkan oleh pengunjung.

Jiran anda menghadapi kecemasan kerana anaknya dipatuk ular ketika anda
hendak ke sekolah.

Ketika menghadiri rumah terbuka rakan di hari raya, anda melihat ramai tidak
menutup aurat dengan sempurna.

Rakan-rakan sekelas anda sering menggunakan perkataan-perkataan kasar dan


kesat ketika berbicara.

Contoh
Situasi 1 Tindakan

Anda bersama rakan bermain bola sepak Saya akan berhenti bermain bola,
di padang. Sedang asyik bermain, azan kemudian mengajak rakan-rakan
berkumandang menandakan masuk waktu dengan berhemah agar mereka
solat asar. berhenti untuk menunaikan Solat
Asar secara berjemaah.

Nota Guru

Guru membimbing murid mencadangkan tindakan bagi mengembalikan manusia kepada fitrah
sebenar dalam pelbagai situasi kehidupan.

64
Aktiviti

1 Laksanakan aktiviti Team Word-Web tentang kisah Nabi Lut a.s. berkaitan
Team Word-Web

perkara berikut:

a) Latar belakang Nabi Lut a.s.

b) Cabaran-cabaran yang diterima oleh Nabi Lut a.s. dalam berdakwah.

c) Kisah kaum Nabi Lut a.s. yang menyimpang daripada fitrah sebenar.

d) Faktor penolakan fitrah oleh kaumnya.

2 Laksanakan aktiviti pin-up dalam kumpulan, tindakan yang perlu dilakukan berdasarkan
perkara berikut:

a) Cara memelihara fitrah kejadian insan.

b) Sebab dan akibat penolakan memelihara fitrah kejadian insan.

3 Cipta sajak bertajuk “Insan”. Deklamasikan sajak tersebut di hadapan kelas.

4 Ateisme ialah fahaman yang menolak kewujudan tuhan dan amalan beragama.
Golongan ini mempunyai pengikut yang ramai sejak kebelakangan ini. Bincangkan
dalam kumpulan, mengapa golongan ini menolak fahaman beragama?

5 Bina peta pemikiran yang sesuai berkaitan kepentingan memelihara fitrah kejadian
insan sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.

6 Guru menguji kefahaman murid tentang Fitrah Kejadian Insan dengan


menjawab kuiz interaktif melalui aplikasi Kahoot. Sila imbas di sini.

65
Uji Diri

Jawab soalan-soalan berikut.

1 Berikut merupakan ciri-ciri keistimewaan manusia kecuali .


Fitrah Kejadian Insan

A mempunyai naluri untuk mencipta dan mendapatkan sesuatu.


B berkemampuan untuk memikirkan tentang zat-zat Allah SWT.
C mempunyai kekuatan akal untuk berfikir kebesaran Tuhan-Nya.
D berkemampuan untuk menerima amanah Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi.

2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

i. Insan ialah makhluk Allah SWT.

ii. Menurut Islam, ketika janin berusia Allah SWT meniupkan roh ke
dalam jasad manusia.

iii. adalah unsur utama yang membezakan manusia dengan makhluk


lain ciptaan Allah SWT.

iv. Allah SWT menjadikan manusia sebagai atau pentadbir di atas


muka bumi.

v. Asal usul kejadian insan adalah bermula daripada penciptaan yang


berasal daripada tanah.

3 Apakah maksud insan?

4 Jelaskan tiga keistimewaan insan berbanding makhluk lain.

5 Nyatakan maksud Alam Roh dan Alam Barzakh.

6 Mahsyar ialah tempat perhimpunan agung bagi seluruh makhluk di akhirat setelah
dibangkitkan dari kubur. Sebagai seorang Muslim, apakah persediaan anda bagi menghadapi
keadaan semasa di Mahsyar?

Keyakinan terhadap al-Mizan boleh membentuk keperibadian


diri murid yang baik.

7 Berdasarkan penyataan di atas, berikan hujah anda.

66
ajaran
Pel

7
Tanggungjawab
Sebagai Hamba
dan Khalifah
Allah SWT
Standard
Kandungan
• Melaksanakan tanggungjawab
sebagai hamba dan khalifah
Allah SWT dalam kehidupan.

Standard
Pembelajaran
• Menyatakan konsep hamba
dan khalifah Allah SWT.
• Menjelaskan tanggungjawab
manusia sebagai hamba dan
khalifah Allah SWT.
• Menilai kepentingan
melaksanakan tanggungjawab
manusia sebagai hamba dan
khalifah Allah SWT.
• Mencadangkan tindakan yang
sesuai untuk menyempurnakan
tanggungjawab sebagai hamba
dan khalifah Allah SWT.
• Melaksanakan tanggungjawab
sebagai hamba dan khalifah
Allah SWT.

67
2.2.1
Tanggungjawab sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT

Konsep Hamba dan Khalifah Allah SWT

Maksud Hamba dan Khalifah

Hamba Khalifah

Manusia sebagai hamba Allah Manusia sebagai khalifah


SWT bermaksud manusia wajib Allah SWT bermaksud
mengabdikan diri hanya kepada manusia wajib mentadbir dan
Allah SWT dengan mematuhi memakmurkan bumi selari
segala suruhan-Nya dan dengan kehendak syariat.
menjauhi segala larangan-Nya.

Hubungan Hamba dan Khalifah

1 Hakikat manusia sebagai hamba Allah


SWT bukanlah satu penghinaan sebaliknya
satu kemuliaan.

2 Keistimewaan manusia sebagai hamba


dan khalifah Allah SWT ialah anugerah
dan amanah yang tidak dimiliki oleh
makhluk lain.

3 Hubungan hamba dengan khalifah Allah SWT


dapat dijelmakan dengan konsep penyerahan
diri kepada Allah SWT dalam akidah, syariat
dan akhlak.

Nilai Penghayatan

Walaupun manusia sebagai khalifah di muka bumi, gelaran hamba sentiasa mengingatkannya
kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa.

68
TUJUAN PENCIPTAAN MANUSIA

Mengabdikan diri kepada Memakmurkan bumi Allah SWT


Allah SWT. berdasarkan syariat Allah SWT.

Allah SWT berfirman, Allah SWT berfirman,

‫ﭽﭳ ﭴ ﭵ ﭶ‬ ‫ﭽﰈﰉﰊ ﰋ ﰌ‬
‫ﭷﭸ ﭹﭼ‬ ‫ﰍ ﰎ ﰏ ﰐ ﰑ‬
Ertinya: “Dan (ingatlah) Aku ‫ ﭼ‬...‫ﰒ ﰓ ﰔ ﰕ‬
tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan untuk Ertinya: “Dan Dialah yang menjadikan
mereka menyembah dan kamu khalifah di bumi dan
beribadat kepada-Ku.” meninggikan sesetengah kamu atas
sesetengahnya yang lain beberapa
(Surah al-Dzariyat 51: 56)
darjat kerana Ia hendak menguji kamu
pada apa yang telah dikurniakan-Nya
kepada kamu ...”
(Surah al-An‘am 6: 165)

69
2.2.2
Tanggungjawab sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT

Tanggungjawab Manusia Sebagai Hamba dan


Khalifah Allah SWT

Allah dan Rasul Manusia Alam

1. Menyembah Allah SWT 1. Menjalinkan hubungan 1. Mentadbir dan


Yang Maha Esa tanpa silaturahim sesama memakmurkan alam
mensyirikkan-Nya. manusia. secara terancang.

2. Mematuhi segala 2. Memelihara hak 2. Menggunakan sumber


perintah Allah SWT serta sesama manusia seperti alam semula jadi secara
menjauhi larangan-Nya. memelihara hak jiran. bijaksana dan efektif.

3. Bersyukur atas nikmat 3. Mengamalkan nilai murni 3. Memelihara alam


Allah SWT dan sentiasa dalam masyarakat dengan daripada pencemaran
mengingati-Nya dengan konsep amar makruf nahi dengan tidak membuang
zikrullah. mungkar. sampah merata-rata.

4. Berselawat dan 4. Sentiasa hormat- 4. Menggiatkan usaha


meneladani sunnah menghormati sesama pemuliharaan alam bagi
Rasulullah SAW. masyarakat. menjaga kelangsungan
hidup flora dan fauna.

70
2.2.3 Kepentingan Melaksanakan Tanggungjawab Manusia
Sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT

1 Agama 2 Pendidikan

• Syariat dan undang-undang Islam • Melahirkan masyarakat madani


dapat dilaksanakan. yang bertakwa.
• Rakyat berpegang teguh dengan ajaran • Masyarakat mendapat pendidikan
agama Islam yang sebenar. rohani, fizikal, mental dan emosi
• Nilai murni dan akhlak mulia dapat yang seimbang.
dihayati dan dipraktikkan oleh • Melahirkan tenaga pakar untuk
masyarakat. mentadbir dan memakmurkan alam ini.

3 Politik 4 Ekonomi

• Melahirkan pemimpin yang berintegriti. • Ekonomi maju dan pesat.


• Kestabilan politik terjamin dan • Pembangunan negara dapat dijalankan
melancarkan urusan pentadbiran negara. dengan lancar.
• Negara menjadi aman dan sejahtera. • Merapatkan jurang ekonomi dalam
kalangan masyarakat.

5 Sosial

• Perpaduan dapat dikekalkan.


• Masyarakat hidup dengan toleransi dan saling menghormati.
• Wujud keharmonian dalam masyarakat.

Glosari
Nota Guru
Madani: Masyarakat dan generasi yang
Sumbang saran tentang tanggungjawab oleh maju dari segi pemikiran,
murid sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. kerohanian dan kebendaan.

71
Tanggungjawab sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT

Antara punca dan kesan pengabaian tanggungjawab oleh manusia sebagai hamba dan khalifah
Allah SWT termasuklah:

Punca Kesan

Syariat Islam tidak Berlaku keruntuhan


dilaksanakan. akhlak dan jenayah
berleluasa.

Masyarakat akan
Mengabaikan
kekurangan ilmu
pendidikan.
dan jahil.

Pengabaian
Tanggungjawab
Kelemahan urusan
pentadbiran dan salah
Manusia Hilang kepercayaan
kepada pemimpin
guna kuasa. Sebagai Hamba dan negara akan
dan Khalifah mundur.

Allah SWT

Masyarakat bersikap Ekonomi tidak


malas dan memilih membangun.
pekerjaan.

Berlaku perpecahan
Hilang sikap hormat-
dan diskriminasi
menghormati antara
dalam masyarakat.
masyarakat.

72
2.2.4
Tindakan Sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT

Antara aktiviti yang sesuai untuk melaksanakan tindakan sebagai hamba dan khalifah
Allah SWT dalam kehidupan termasuklah:

Kempen Kitar Semula Bengkel Kemahiran dan Inovasi

• Membentuk diri supaya sentiasa • Menjana pemikiran kreatif dan kritis.


menjaga kebersihan. • Menggunakan akal dalam mencipta
• Memupuk masyarakat supaya sesuatu yang dapat dimanfaatkan oleh
mencintai dan menyayangi orang lain.
alam sekitar. • Memupuk persefahaman antara murid.

Kursus Kepimpinan Sekolah Kem Jati Diri

• Melatih diri menjadi pemimpin • Membentuk keyakinan diri dan


yang baik. kekuatan rohani.
• Mengamalkan “Amar Makruf • Memberi kesedaran tentang manusia
Nahi Mungkar”. sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.

Nota Guru
Guru meminta murid:
• Mencadangkan aktiviti lain yang boleh dilakukan oleh murid bagi melaksanakan tanggungjawab
sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.
• Menjelaskan kepentingan dalam aktiviti yang dijalankan oleh murid.
• Membincangkan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan aktiviti tersebut.

73
Tanggungjawab sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT

Simulasi

Analisis situasi berikut dan bincangkan tindakan anda sebagai seorang hamba dan khalifah
Allah SWT di muka bumi.

Anda melihat kemalangan berlaku di


hadapan mata sewaktu pulang dari
sekolah.

Anda sering melihat rakan baik anda


dibuli oleh rakan-rakan lain.

Selaku Pengerusi Kelab Lestari Alam,


cadangkan tindakan penjagaan alam
sekitar di sekolah anda.

Anda merupakan pembantu jurulatih


kelab bola sepak di sekolah. Semasa
sesi latihan, beberapa orang ahli pasukan
meminta kebenaran anda untuk keluar
menunaikan solat.

Nota Guru Nilai Penghayatan

Guru meminta murid menyatakan tindakan Manusia memikul amanah yang paling besar
mereka untuk memelihara sistem sosial, sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di muka
pendidikan serta ekonomi sebagai hamba dan bumi. Manusia akan dipertanggungjawabkan
khalifah Allah SWT. di hadapan Allah SWT jika mengabaikan tugas
kepimpinan ini.

74
2.2.5 Melaksanakan Tanggungjawab Sebagai
Hamba dan Khalifah Allah SWT
Lengkapkan senarai semak di bawah tentang pelaksanaan tanggungjawab sebagai hamba
dan khalifah Allah SWT yang telah berjaya anda laksanakan. Tandakan () pada ‘Ya’ atau ()
pada ‘Tidak’.

Bil. Penyataan Ya Tidak


1 Saya mendirikan solat pada awal waktu.
2 Saya mengurangkan penggunaan plastik untuk memelihara alam.
3 Saya berdoa dan berzikir setiap kali selepas solat.
4 Saya membantu jiran yang memerlukan bantuan.
5 Saya membakar sampah di tempat tertutup.
6 Saya meluahkan rasa tidak puas hati kepada orang lain di laman sosial.
7 Saya membuang sisa makanan ke dalam tong sampah.
8 Saya berbakti kepada tanah dengan menanam pokok.
9 Saya mengucapkan terima kasih jika mendapat hadiah.
10 Saya bersungguh-sungguh menuntut ilmu.

Skor Ya = 1 Tidak = 0

Markah 7 hingga 10: Tahniah! Anda seorang yang sentiasa melaksanakan


tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.
Markah 4 hingga 6: Anda perlu tingkatkan tanggungjawab sebagai hamba dan
khalifah Allah SWT.
Markah 0 hingga 3: Anda perlu berubah sikap untuk lebih bertanggungjawab sebagai
hamba dan khalifah Allah SWT.

Kongsi pengalaman usaha-usaha Apakah nasihat anda


yang pernah anda lakukan untuk kepada sahabat yang suka
melaksanakan tanggungjawab membuang masa melakukan
sebagai hamba dan khalifah perkara yang tidak berfaedah?
Allah SWT.

Nota Guru
Guru menambah item senarai semak mengikut kesesuaian.

75
Tanggungjawab sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT

Aktiviti

1 Dalam kumpulan, laksanakan sumbang saran berkaitan perkara berikut:

i. Perkara mungkar yang sering berlaku di kawasan tempat tinggal anda.


ii. Punca berlaku kemungkaran tersebut.
iii. Cara penyelesaian kemungkaran tersebut.

2 Hasilkan hiasan dinding menggunakan kaligrafi tulisan khat bertemakan:


i. Solat Tiang Agama.
ii. Cintai Sungai Kita.
iii. Amar Makruf Nahi Mungkar.
iv. Sayangi Nyawa Anda.

3 Berdasarkan gambar di bawah, laksanakan aktiviti Rush Idea untuk


Rush Idea

menyenaraikan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.

i ii iii

iv v vi

76
Uji Diri

Jawab soalan-soalan berikut.

1 Perkara yang membezakan antara insan dengan haiwan ialah .


A hawa nafsu B berbudaya
C akal fikiran D berkeluarga

2 Pilih penyataan yang menunjukkan tanggungjawab insan terhadap alam.


I Menjaga habitat haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
II Memelihara dan memulihara alam daripada kerosakan.
III Melakukan pembakaran terbuka untuk membersihkan sampah.
IV Menggunakan nikmat pemberian Allah SWT dengan sebaik-baiknya.

A I, II dan III B I, II dan IV


C I, III dan IV D II, III dan IV

3 Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

i. Sebagai manusia, kita dikehendaki kepada Allah SWT sebagai tanda


bersyukur.
ii. Saling menghormati dan bertoleransi adalah tanggungjawab manusia kepada
.
iii. Kita hendaklah merenung dan berfikir kejadian insan sebagai bukti
Allah SWT.
iv. Insan ialah makhluk berbudaya dan yang sentiasa meningkatkan taraf hidup.

4 Nyatakan dua tanggungjawab manusia terhadap Allah SWT.

5 Terangkan dua akibat sekiranya manusia mengabaikan tanggungjawab terhadap alam.

STATISTIK PENDAFTARAN PERCERAIAN


MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA 2013-2017 Sumber:
2013: 49 728 http://www.data.gov.my/
2014: 54 113 data/ms_MY/dataset/
statistik-pendaftaran-
2015: 58 704
perceraian-mahkamah-
2016: 61 094 syariah-seluruh-malaysia/
2017: 60 088

6 Berdasarkan statistik di atas, kes penceraian pasangan suami isteri di negara ini semakin
meningkat. Pada pendapat anda, bagaimanakah konsep hamba dan khalifah dapat
mengatasi masalah ini?

77
ajaran
Pel

8
Peranan
Wahyu dan
Akal
Standard
Kandungan
• Menggunakan wahyu dan
akal sebagai panduan
untuk menyempurnakan
tanggungjawab sebagai hamba
dan khalifah Allah SWT.

Standard
Pembelajaran
• Menyatakan pengertian
wahyu dan akal.
• Menerangkan fungsi wahyu
dan akal dalam kehidupan
manusia.
• Menjelaskan kedudukan
wahyu dan akal dalam
menyempurnakan
tanggungjawab.
• Menghuraikan perkara
dan tindakan yang boleh
merosakkan akal.
• Menilai kepentingan
berpegang dengan wahyu
dalam memelihara akal.
• Menyelaraskan peranan
antara wahyu dan akal
untuk menyempurnakan
tanggungjawab sebagai
hamba dan khalifah.

78
2.3.1
Pengertian Wahyu dan Akal

Wahyu Akal

Pengertian Pengertian

Kalam Allah SWT yang disampaikan kepada Keupayaan berfikir yang dikurniakan
para nabi dan rasul melalui perantaraan oleh Allah SWT kepada manusia untuk
malaikat Jibrail a.s. atau terus daripada membezakannya dengan haiwan.
Allah SWT.

Ciri-ciri Ciri-ciri
• Datang daripada Allah SWT yang kebenarannya • A n u g e r a h p a l i n g i s t i m ewa ya n g
adalah mutlak. dikurniakan oleh Allah SWT kepada
• Diturunkan kepada nabi dan rasul sahaja, manusia untuk berfikir.
bukan kepada orang awam. • Akal membezakan manusia dengan
• Penurunan wahyu adalah melalui perantaraan haiwan.
malaikat Jibrail a.s., mimpi yang benar, suara • Akal tidak mampu memikirkan perkara
di sebalik tabir atau Allah SWT mengilhamkan ghaib.
ke dalam hati Rasulullah SAW. • Akal sentiasa berubah dan berkembang.
• Kesuciannya terpelihara sehingga hari kiamat.
• Wahyu terhenti dan tidak diturunkan selepas
kewafatan Rasulullah SAW.

Dalil Dalil
Firman Allah SWT: Firman Allah SWT:

‫ﭽﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﭼ‬ ‫ﭽﮗ ﮘ ﮙ ﮚﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﭼ‬
Ertinya: “Sesungguhnya Kamilah yang Ertinya: “Sesungguhnya Kami telah jelaskan
menurunkan al-Dzikr (wahyu al-Quran) dan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika
Kamilah yang akan menjaganya.” kamu mahu berfikir.”
(Surah al-Hijr 15: 9) (Surah Ali ‘Imran 3: 118)

79
2.3.2
Fungsi Wahyu dan Akal

Fungsi Wahyu
Peranan Wahyu dan Akal

Terhadap Akidah Terhadap Ibadah Terhadap Akhlak

Panduan dan pedoman bagi Sebagai sumber utama Panduan dalam


akidah yang sahih. syariat Islam. pembentukan akhlak
mulia.

Memperbaiki dan Membimbing dan Menetapkan hukum-


membetulkan akidah membetulkan tatacara hukum praktis yang
manusia. beribadat. berkaitan dengan akhlak.

Menerang dan menjelaskan Ganjaran dan balasan Membimbing masyarakat


perkara ghaib seperti beribadah ditetapkan untuk berinteraksi antara
syurga, neraka dan oleh wahyu. satu sama lain.
titian sirat.

Keistimewaan al-Quran

• Kandungan al-Quran benar dan tidak ada Informasi


keraguan.
Anatomi al-Quran:
• Kandungan dan hukum al-Quran kekal
sehingga hari kiamat. • 114 Surah

• Panduan al-Quran meliputi pelbagai aspek • 30 Juzuk


seperti akidah, ibadah, akhlak dan lain-lain. • 6 236 Ayat
• Membaca dan mendengar al-Quran dikira • Jumlah surah Makkiah
sebagai ibadah dan mendapat pahala. adalah sebanyak 86.
• Jumlah surah Madaniah
adalah sebanyak 28.

Nilai Penghayatan

• Sentiasa bersyukur kepada Allah


SWT yang telah mengurniakan
wahyu dan akal.

80
Fungsi Akal

Memahami
hakikat Memahami dan Memahami dan
kebesaran dan memikirkan membuktikan
kekuasaan wahyu firman kebenaran Islam.
Allah SWT. Allah SWT.

1 2 3

Mempelajari Membezakan
cara-cara untuk antara perkara Memikirkan
mendekat diri dan kebenaran (hak) kejadian makhluk
beribadat kepada dengan perkara dan alam.
Allah SWT. kesesatan (batil).

4 5 6

Wahyu dan
Akal
Tarikh capaian:
25 Jun 2019

Interaksi
Secara berkumpulan, bincangkan kelebihan berfikir bagi seorang pelajar.

81
2.3.3
Kedudukan Wahyu dan Akal

Islam meletakkan wahyu dan akal di kedudukan yang sama penting. Wahyu
memandu akal dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah
Peranan Wahyu dan Akal

Allah SWT.

Kedudukan Wahyu

Wahyu merupakan sumber dan panduan kepada setiap manusia.

Menjadi rujukan utama dalam menentukan hukum-hakam.

Sebagai pemisah antara hak dengan batil.

Pemikiran yang bertentangan dengan wahyu dianggap salah dan sesat.

Sebagai petunjuk mutlak yang tidak terpengaruh dengan suasana


ataupun peristiwa.

Kedudukan Akal

Kurniaan Allah SWT yang paling istimewa kepada manusia.

Membantu memahami kandungan wahyu.

Menjadi syarat dalam mempelajari ilmu.

Menjadi syarat penerimaan taklif Syariat Islamiah bagi manusia yang sempurna akal.

Mempunyai keterbatasan untuk menjelaskan sesuatu seperti perkara ghaib.

82
2.3.4
Perkara yang Merosakkan Akal

Penyalahgunaan bahan terlarang


seperti dadah dan syabu.

Gejala negatif dan maksiat


seperti membaca atau
menonton bahan-bahan lucah.

Mengambil makanan dan


minuman yang memabukkan serta
merosakkan akal seperti arak.

Memikirkan perkara di luar


kemampuan akal seperti
memikirkan tentang zat Allah SWT.

Nota Guru Interaksi

Guru berbincang dengan pelajar tentang Pilih satu daripada tajuk berita di atas dan cari
perkara lain yang merosakkan akal dan maklumat tentang badan kerajaan atau badan
cara mengatasinya. bukan kerajaan yang boleh membantu mereka
mengatasi masalah yang dihadapi.

83
2.3.5
Kepentingan Wahyu dalam Memelihara Akal

Akal perlu dibimbing oleh wahyu kerana kemampuan akal terbatas dan terdedah kepada
kesilapan. Antara kepentingan wahyu dalam memelihara akal termasuklah:
Peranan Wahyu dan Akal

• Wahyu memerintahkan
manusia menggunakan akal 1
sepenuhnya.

• Wahyu membimbing akal


2 dalam memelihara kebenaran
akidah dan iman.

• Wahyu memastikan kesahihan


3
ibadah yang dilaksanakan oleh
manusia.

• Wahyu mempengaruhi akal


4 untuk menghasilkan kemuliaan
akhlak dan tingkah laku.
• Wahyu memelihara akal
supaya berfikir dan bertindak
5
secara logik serta selari dengan
tuntutan syarak.

6 • Wahyu melarang perkara yang


merosakkan akal seperti arak.
Contoh
Saranan Wahyu
Memelihara
Akal

Nilai Penghayatan

• Sentiasa membaca, memahami dan beramal dengan wahyu Allah SWT.


• Sentiasa bertindak berpandukan al-Quran dan timbang tara akal dengan bijak.

84
2.3.6
Keselarasan Wahyu (al-Quran) dan Akal
2
Aktiviti seks songsang
Situasi 1 bertentangan dengan tuntutan
wahyu (al-Quran). Perkara
1 ini telah terbukti membawa
Mengapa gejala seks penyakit dan meruntuhkan nilai
songsang ditegah dalam akhlak dan moral.
Islam sedangkan perkara
tersebut merupakan hak
kebebasan individu?

4
Tepat sekali. Allah SWT berfirman yang 3
bermaksud, “Dan kalaulah kebenaran
itu tunduk mengikut nafsu mereka, Kebebasan itu mestilah
nescaya rosak binasalah langit dan dihadkan supaya tidak
bumi, serta segala yang ada.” membawa mudarat.
(Surah al-Mu’minun 23: 17)

2 Walaupun menguntungkan,
Situasi 2 namun riba menzalimi orang
lain. Wahyu melarang kita
1 Mengapa riba diharamkan melakukan kezaliman di
dalam Islam sedangkan perkara muka bumi.
tersebut menguntungkan?

3 Bagus Laila. Itulah perbezaan


antara akal yang terpandu oleh
wahyu dengan akal yang hanya
mementingkan keuntungan
semata-mata.

Nota Guru
Guru membimbing murid mencadangkan tindakan lain bagi menyelesaikan masalah yang berbeza
berpandukan wahyu dan akal.

85
Aktiviti

1 Lakarkan peta buih tentang perbezaan antara ciri wahyu dengan akal.
Peranan Wahyu dan Akal

2 Laksanakan aktiviti Rotating Review untuk membincangkan peranan


Rotating Review

wahyu dalam memelihara akal berserta contoh.

3 Jalankan aktiviti permainan Stesen Minda Akhirat. Sila imbas di sini.


Aktiviti Stesen
Minda Akhirat

4 Cari maklumat melalui Internet tentang akal dan wahyu dari perspektif Islam.

5 Ciptakan slogan bagi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan memelihara akal.

6 Sumbang saran dalam kumpulan membincangkan tentang punca kerosakan akal dan
cara mengatasinya. Kemudian bentangkan di hadapan kelas.

7 Guru menguji kefahaman murid tentang Peranan Wahyu dan Akal dengan
menjawab kuiz interaktif melalui aplikasi Kahoot. Sila imbas di sini.

Uji Diri

Jawab soalan-soalan berikut.

1 Berikut adalah ciri-ciri wahyu kecuali .

A wahyu diturunkan kepada semua manusia


B kandungan wahyu terpelihara sehingga hari kiamat
C kebenaran wahyu adalah mutlak
D wahyu tidak diturunkan selepas kewafatan Rasullah SAW

86
2 Akal fikiran sangat memerlukan bimbingan wahyu untuk .
I mengetahui hukum-hakam syariat Islam
II memikirkan zat dan hakikat Allah SWT
III memikirkan hakikat pahala dan dosa
IV mengetahui perkara-perkara ghaib
A I, II dan III B I, II dan IV
C I, III dan IV D II, III dan IV
3 Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

i. Malaikat menyampaikan wahyu Allah SWT kepada para nabi dan rasul.
ii. Fungsi akal adalah dapat membezakan antara perkara dengan perkara
kesesatan.
iii. Apabila manusia menyalahgunakan , mereka akan menjadi hina dan
tarafnya lebih hina daripada haiwan.
4 Tuliskan istilah yang bersesuaian di dalam ruangan yang disediakan.

i. Kemampuan berfikir yang dikurniakan Allah SWT kepada manusia


untuk membezakannya dengan haiwan atau makhluk lain.
ii. Ilham atau perintah daripada Allah SWT yang disampaikan kepada
para nabi dan rasul melalui perantaraan malaikat Jibrail a.s. atau
secara terus daripada Allah SWT.

5 Tandakan () pada penyataan yang betul dan tandakan () pada penyataan yang salah.

i. Akal ialah alat yang berfungsi untuk berfikir.

ii. Akal dianugerahkan kepada semua makhluk.

iii. Wahyu masih diturunkan lagi selepas kewafatan Rasulullah SAW.

iv. Wahyu kekal sehingga hari kiamat.

6 Terangkan dua peranan akal dalam kehidupan manusia.

Arak diharamkan oleh syarak kerana ia merosakkan akal.

7 Mengapakah masih ada segelintir masyarakat masih melakukan amalan yang tidak sihat
ini. Bagaimanakah cara anda untuk mengatasi masalah ini?

87
SISTEM SOSIAL
ISLAM

Pelajaran 9 : Asas Sistem Sosial Islam


Pelajaran 10 : Sistem Kekeluargaan Menurut Islam
Pelajaran 11 : Prinsip Pergaulan Menurut Islam
Pelajaran 12 : Hiburan Menurut Islam
Pelajaran 13 : Kesenian Menurut Islam

88
ajaran
Pel

9
Asas Sistem
Sosial Islam
Standard
Kandungan
• Mengamalkan adab dan
etika berasaskan Sistem
Sosial Islam.

Standard
Pembelajaran
• Menyatakan konsep Sistem
Sosial Islam.
• Menerangkan adab dan etika
berdasarkan Sistem Sosial
Islam.
• Menghurai dan mengaplikasi
hak asasi manusia sebagai
adab dan etika berdasarkan
Sistem Sosial Islam.
• Menilai keistimewaan Sistem
Sosial Islam dan kepentingan
melaksanakannya dalam
kehidupan.
• Mencadangkan tindakan yang
sesuai dilaksanakan bagi
merealisasikan Sistem Sosial
Islam dalam kehidupan.

89
3.1.1
Konsep Sistem Sosial Islam

Sistem Sosial Islam ialah sistem yang mengawal dan memberi panduan berkaitan cara manusia
berhubung antara satu sama lain.
Asas Sistem Sosial Islam

Kalam Allah SWT yang diturunkan melalui malaikat


Al-Quran Jibrail a.s. kepada Rasulullah SAW untuk diamalkan
dan disampaikan kepada umat manusia.

Sumber Segala perkara yang disandarkan kepada Nabi


Al-Sunnah Muhammad SAW dari segi perkataan, perbuatan,
Utama pengakuan, sifat fizikal atau akhlak.
Sistem
Sosial
Kesepakatan para ulama mengenai sesuatu hukum
Al-Ijmak syarak berasaskan al-Quran dan al-Sunnah selepas
Islam kewafatan Rasulullah SAW.

Menyamakan sesuatu hukum yang tiada nasnya


Al-Qias dengan sesuatu hukum yang ada nasnya disebabkan
adanya persamaan illah (sebab) hukum.

Allah SWT berfirman,

‫ﭽ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿﮀ ﮁ ﮂ ﮃ‬
‫ﮄ ﮅﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﭼ‬
Ertinya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada
lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara
kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)”.
(Surah al-Hujurat 49: 13)

• Mendapatkan keredaaan Allah SWT.


Matlamat
• Melaksanakan tugas sebagai khalifah untuk mentadbir dan
sistem memakmurkan alam.
sosial • Melaksanakan hak dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.
Islam • Mencapai kesejahteraan dan keharmonian hidup di dunia dan akhirat.

90
3.1.2
Adab dan Etika Berdasarkan Sistem Sosial Islam

1 Menghormati
kepelbagaian
Berpandukan
al-Quran dan
al-Sunnah.
budaya dan adat
resam.
5

2 Adab dan Mengamalkan


Etika
Perhubungan atas
dasar iman dan takwa akhlak mulia pada
kepada Allah SWT. setiap masa.

4
Mengutamakan

3 kepentingan
umum berbanding
kepentingan individu.

Interaksi Glosari
Berdasarkan Sistem Sosial Islam, murid
membincangkan secara berkumpulan tentang Adab: Tingkah laku sopan, berbudi
sifat-sifat mahmudah dalam pergaulan. bahasa, pekerti yang halus dan
Pengenalan mulia.
Sistem Sosial
Islam
Tarikh capaian: Etika: Prinsip moral atau nilai-nilai
28 Januari 2019
akhlak yang menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu
kumpulan manusia.

91
3.1.3
Hak Asasi Manusia

Islam amat mementingkan aspek hak asasi manusia. Hak asasi manusia ialah hak-hak asas
yang diperlukan oleh setiap manusia untuk menjalani kehidupan dengan sejahtera. Antara hak
Asas Sistem Sosial Islam

asasi manusia yang dijamin oleh Islam termasuklah:

1 Kebebasan Beragama 2 Kebebasan Bersuara


• Islam tidak memaksa orang bukan Islam • Islam menjamin kebebasan bersuara bagi
untuk menganuti agama Islam. Penganutan mengemukakan pendapat masing-masing.
agama Islam adalah berdasarkan kerelaan • Islam mengharamkan perbuatan yang boleh
hati setiap individu tersebut. merosakkan perpaduan masyarakat seperti
• Islam memberi kebebasan kepada menyebarkan fitnah dan mengadu domba.
penganut agama lain untuk mengamalkan
agama mereka.

3 Perlindungan Nyawa 4 Kehormatan Diri


• Islam meletakkan nyawa manusia sebagai • Islam mewajibkan manusia memelihara
sesuatu yang sangat berharga. kehormatan diri agar tidak dipandang hina
• Pelaksanaan undang-undang Islam oleh orang lain.
bertujuan menegakkan keadilan dan • Masyarakat Islam perlu menghindar
melindungi nyawa manusia. perbuatan yang boleh mencemarkan
maruah diri seperti zina, pergaulan bebas
dan sebagainya.

5 Pemilikan Harta 6 Keamanan dan Keselamatan


• Islam menganjurkan agar manusia berusaha • Islam menjamin keamanan dan kesejahteraan
meningkatkan taraf hidup dan mencari rezeki dalam kehidupan manusia.
Hukum
secara halal. • Keselamatan dan kebebasan Jenayah Islam
Tarikh capaian:
• Harta yang diperoleh hendaklah digunakan golongan bukan Islam turut 14 Mei 2019

untuk menyara keperluan hidup seharian dan terjamin jika mereka tinggal
membantu golongan yang memerlukan. dalam negara Islam.

Interaksi
Secara berkumpulan, kumpulkan maklumat dari Internet tentang Hukum Jenayah Islam. Bentangkan
hasil dapatan anda.

92
3.1.4
Keistimewaan Sistem Sosial Islam

Bersumberkan al-Quran &


al-Sunnah Menjaga Hak
1 2
Bersumberkan al-Quran
dan al-Sunnah Asasi Manusia

Bersumberkan al-Quran &


al-Sunnah
• Menjalinkan perhubungan dan pergaulan • Menjamin hak asasi manusia meliputi hak untuk
antara manusia berteraskan panduan hidup, persamaan darjat, hak untuk mendapat
wahyu dan peraturan yang ditetapkan oleh keadilan, pemilikan harta dan kebebasan
Allah SWT. mengamalkan ajaran agama masing-masing.
• Pembentukan dan pentadbiran masyarakat • Merealisasikan keadilan sosial kepada seluruh
bersumberkan kepada prinsip akidah, syariah ahli masyarakat berteraskan kepada prinsip
dan akhlak. keadilan dalam Islam.
• Bermatlamat untuk mencapai kesejahteraan • Menyemai sikap saling memahami antara
dan keharmonian hidup di dunia dan akhirat. ahli masyarakat.

Menjadikan keluarga Membangunkan modal


3 sebagai asas
masyarakat sejahtera
4 insan yang berilmu dan
berakhlak mulia

• Mewujudkan individu yang berkualiti, • Mementingkan penguasaan ilmu pengetahuan


b e rp e r i l a ku m u l i a d a n b e r a k h l a k dan memberikan peluang untuk mendapatkan
terpuji melalui pendidikan dan asuhan pendidikan kepada seluruh ahli masyarakat.
dalam keluarga.
• Menitikberatkan pemupukan akhlak mulia
• Melahirkan anggota masyarakat yang yang dapat melahirkan perpaduan, kasih
bertakwa yang sentiasa menyeru kepada sayang dan perasaan hormat-menghormati
kebaikan dan mencegah kemungkaran. dalam masyarakat.
• Keharmonian institusi kekeluargaan • Melahirkan individu yang terdidik dengan
merupakan asas kepada kesejahteraan ilmu pengetahuan dan akhlak mulia sebagai
masyarakat dan negara. modal insan yang dapat menjalankan
amanah untuk membangunkan negara pada
masa akan datang.

Interaksi
Secara berkumpulan, hasilkan peta pemikiran tentang perbezaan Sistem Sosial Islam dengan
Sistem Sosial Bukan Islam.

93
Kepentingan Sistem Sosial Islam
Asas Sistem Sosial Islam

1 Agama 2 Politik 3 Ekonomi

• Menegakkan
keadilan ekonomi
• Melahirkan • Menjamin kestabilan dalam masyarakat
masyarakat yang politik. berdasarkan kepada
mentaati perintah sistem jual beli dan
• Memastikan
Allah SWT dalam mengharamkan riba.
pemerintahan
kehidupan.
dilaksanakan dengan • Memberi kebebasan
adil dan amanah. kepada semua pihak
berusaha mencari
harta dan memiliki
kekayaan secara halal.

4 Pendidikan
5 Perpaduan

• Membangunkan • Mewujudkan masyarakat


sistem pendidikan yang saling hormat-
holistik yang meliputi menghormati antara satu
ilmu fardu ain dan sama lain.
fardu kifayah.

Interaksi
Secara berkumpulan, teliti maklumat mengenai kepentingan Sistem Sosial Islam kemudian laksanakan
aktiviti Hot Seat tentang implikasi jika Sistem Sosial Islam tidak dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

94
3.1.5 Merealisasikan Sistem Sosial Islam
dalam Kehidupan
Antara tindakan yang sesuai bagi merealisasikan Sistem Sosial Islam dalam kehidupan
termasuklah:

Gotong-royong Program RIMUP


(Rancangan Integrasi
Murid untuk
Perpaduan)

• Membantu masyarakat setempat


membersihkan persekitaran kawasan
perumahan.
• Memupuk semangat perpaduan dalam • Menjalinkan hubungan baik antara murid
kalangan masyarakat. daripada pelbagai kaum.
• Mewujudkan suasana saling membantu • Mewujudkan persefahaman antara murid
untuk kebaikan bersama. berbilang bangsa dan agama.
• Melahirkan perasaan saling menghormati
Sukaneka perbezaan dan menghargai antara satu
sama lain.

Nota Guru
Guru meminta murid:
• Mencadangkan aktiviti lain yang
boleh dilakukan oleh murid untuk
merealisasikan Sistem Sosial Islam.
• Memupuk perpaduan dalam • Menjelaskan penghayatan ciri-ciri
masyarakat. Sistem Sosial Islam dalam aktiviti yang
• Mewujudkan semangat bekerjasama dijalankan oleh murid.
dalam kumpulan. • Membincangkan cabaran yang dihadapi
• Menjalinkan perasaan muhibah antara dalam pelaksanaan aktiviti tersebut.
peserta yang terlibat.

95
Simulasi
Berdasarkan situasi berikut, nyatakan tindakan yang perlu diambil sebagai langkah merealisasikan
adab dan etika berasaskan Sistem Sosial Islam.
Asas Sistem Sosial Islam

1 2
Terdapat seorang wanita Ketika berjalan di sebuah
yang mengemis sambil pasar raya, anda terlihat
mendukung anak kecil di sekumpulan sukarelawan
tepi jalan sekitar kawasan sedang mengadakan kempen
kediaman anda. derma darah.

3 4
Bapa saudara anda telah
Rakan anda tidak dapat
mengalami kemalangan,
membeli makanan
namun anda tidak dapat
disebabkan masalah
menziarahinya kerana
kewangan keluarganya.
kekangan masa.

5
Jiran anda amat
6
Sudah dua tahun abang
memerlukan wang untuk anda tidak pulang ke
merawat anaknya yang rumah kerana berselisih
sakit tenat di hospital. faham dengan ayah.

Contoh
Tindakan yang Sepatutnya
Situasi Kepentingan
Saya Lakukan

Saya membantunya dengan Memupuk amalan bersedekah


1 memberikan keperluan asas dan dan tolong-menolong antara
membawanya ke pihak berwajib. satu sama lain.

Nota Guru
Minta murid memberikan situasi lain yang berlaku dalam masyarakat berdasarkan pengalaman
mereka dalam bentuk perbincangan.

96
Aktiviti
Round Table

1
Laksanakan aktiviti Round Table untuk membincangkan cara anda
beradab dengan jiran yang berlainan agama di tempat anda.

2
Secara berkumpulan, hasilkan peta pemikiran berkaitan adab dan etika dalam Sistem
Sosial Islam.

3 SUHAKAM
Dengan melayari laman sesawang SUHAKAM, kenal pasti hak asasi manusia. Tarikh capaian:
25 November 2018

4
Hasilkan infografik secara berkumpulan tentang peranan Sistem Sosial Islam dalam
memupuk perpaduan antara masyarakat.

5
Laksanakan satu aktiviti kebajikan di sekolah anda secara berkumpulan kemudian
sediakan laporan bertulis dan kaitkannya dengan pelaksanaan Sistem Sosial Islam
dalam kehidupan.

6
Bina peta buih untuk menerangkan keistimewaan Sistem Sosial Islam yang direalisasikan
melalui ibadah zakat.

7 Selesaikan cari kata di bawah.

K H A L I F A H O N E T A 1 Antara faktor penting dalam sistem


sosial Islam.
E S D A N K R N M E S T O 2 Peranan manusia dalam
memakmurkan alam.
R F A I T O L E R A N S I 3 Hubungan antara manusia.
J A B A E A B E R I L D U 4 Tingkah laku yang sopan.
5 Bertolak ansur dalam hubungan
A Q B N R S K R A M P U T sesama manusia.
S K I R A D R W M H N B A 6 Hasil keimanan yang mendalam.
7 Manusia yang tinggal berdekatan
A B E C K P A U A T I U T antara satu sama lain.
8 Masyarakat pelbagai kaum.
M B E B S U N G G U N G J
9 Sistem akhlak dan perilaku manusia.
A N U A I Y M A K I T E F 10 Perbuatan baik kepada manusia lain.
L D Z N A R I J I K M A H Majmuk
Etika
Budi Interaksi

I I G H K T A H A X Y M D Jiran
Takwa
Toleransi
Adab
Khalifah
Kerjasama

F E R H K A N L Q M P S V

97
Uji Diri

Jawab soalan-soalan berikut.


1 Berikut adalah sumber Sistem Sosial Islam kecuali .
Asas Sistem Sosial Islam

A al-Quran B al-Sunnah
C qias D qisas

2 Berikut adalah kepentingan Sistem Sosial Islam kecuali .

A memberi kebebasan mencari harta


B memastikan keseimbangan rohani dan jasmani
C menyeru anggota masyarakat ke arah kebaikan
D mengukuhkan semangat perkauman

3 Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

ijmak interaksi toleransi politik keluarga qias

i. Tujuan Sistem Sosial Islam adalah untuk mewujudkan yang harmoni dalam
kehidupan manusia.
ii. bermaksud kesepakatan para mujtahid daripada kaum Muslimin dalam
suatu masa atas hukum syarak.
iii. Penghayatan prinsip penting bagi mewujudkan perpaduan dalam
masyarakat majmuk.
iv. Institusi merupakan unit asas dalam pembentukan masyarakat
dan negara.
4 Huraikan tiga kepentingan Sistem Sosial Islam.

5 Jelaskan tiga keistimewaan Sistem Sosial Islam.

6 Berdasarkan gambar di atas, huraikan tindakan anda untuk merealisasikan keadilan sosial
dalam membantu golongan tersebut.

98
ajaran
Pel

10
Sistem
Kekeluargaan
Menurut Islam
Standard
Kandungan

• Mengamalkan Sistem
Kekeluargaan Islam dalam
kehidupan.

Standard
Pembelajaran
• Menyatakan konsep
kekeluargaan Islam.
• Menjelaskan peranan ahli
keluarga dalam Sistem
Kekeluargaan Islam.
• Menilai kepentingan
membina keluarga
berasaskan tuntutan syarak.
• Mencadangkan tindakan
yang sesuai dilakukan
untuk membina keluarga
berasaskan tuntutan syarak.
• Melaksanakan
tanggungjawab sebagai ahli
keluarga berasaskan Sistem
Kekeluargaan Islam.

99
3.2.1
Konsep Kekeluargaan Islam
Sistem Kekeluargaan Menurut Islam

Keluarga ialah unit sosial yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau
pengambilan anak angkat. Keluarga asas terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak.

Allah SWT berfirman,

‫ﭽﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ‬
‫ﮕ ﮖﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﭼ‬
Ertinya: “Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya,
bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya
antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya
yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan bagi orang yang berfikir. ”

(Surah al-Rum 30: 21)

Ciri-ciri Kekeluargaan Islam

1 Dibina berdasarkan ketaatan kepada Allah SWT.

Sentiasa mengamalkan akhlak mulia dan Informasi


2
contoh teladan yang baik.
Rukun Nikah:
3 Melaksanakan peranan dan tanggungjawab
• Suami
masing-masing.
• Isteri
4 Sentiasa berkomunikasi secara positif. • Dua orang saksi

• Wali
5 Sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain. • Akad (ijab dan kabul)

100
Menjaga kehormatan
Melahirkan generasi manusia.
yang bertakwa kepada
Allah SWT.

7
1 Melaksanakan
tanggungjawab
manusia sebagai

Membentuk
6 hamba dan
khalifah.
Matlamat
kesempurnaan
akhlak mulia. 2 Institusi
Kekeluargaan
Islam
5
3 Menjamin
Memastikan keutuhan sosial
kelangsungan zuriat
manusia melalui
4 dan ekonomi.

ikatan pernikahan
yang sah.
Dapat melaksanakan
ajaran Islam dalam
semua aspek
kehidupan.

101
3.2.2
Peranan Ahli Keluarga
Sistem Kekeluargaan Menurut Islam

Peranan Ahli Keluarga

SUAMI ISTERI
• Berperanan sebagai pemimpin keluarga. • Taat kepada suami dalam
hal-hal yang tidak bertentangan
• Memastikan setiap ahli keluarga
dengan perintah Allah SWT.
mentaati perintah Allah SWT dan
menjauhi larangan-Nya. • Menjaga rahsia rumah tangga.
• Menyediakan keperluan asas seperti • Mengurus hal ehwal rumah
makanan, minuman, pakaian dan tangga seperti menjaga harta
tempat tinggal. suami dengan baik.
• Melindungi ahli keluarga. • Membantu suami dalam
mendidik anak-anak.
• Memberi pendidikan yang sempurna
kepada ahli keluarga.
• Berlaku adil jika berpoligami.

Peranan Bersama Suami


dan Isteri
• Memelihara dan mendidik anak dengan baik.

• Menghubungkan silaturahim antara kedua-dua belah keluarga.

• Menunaikan hak kepada pasangan.

• Memberikan layanan mesra dan menghormati antara satu sama lain.

• Nasihat-menasihati ke arah kebaikan.

• Mengamalkan akhlak mulia dan bersopan dalam pergaulan sesama ahli keluarga.

• Memelihara kehormatan diri dan maruah.

• Membantu melengkapkan antara satu sama lain.

• Menjaga keterampilan dan kebersihan diri.

102
Informasi

Allah SWT berfirman yang bermaksud,

ANAK “Lelaki (suami) itu pemimpin bagi perempuan


(isteri) kerana Allah telah melebihkan
• Mematuhi ajaran agama. sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian
yang lain (perempuan) dan kerana mereka
• Menjauhi perbuatan mungkar. (lelaki) telah memberikan nafkah daripada
• Mematuhi nasihat daripada ibu bapa. hartanya ...”
(Surah al-Nisa’ 4: 34)
• Menghormati ibu bapa.
• Berbakti kepada ibu bapa.
• Berkomunikasi dengan sopan.
• Membantu ibu bapa di rumah.
• M e n j a g a m a r u a h i b u b a p a d a n
keluarga.
• Menghormati rakan kedua-dua ibu
bapa.
• Mendoakan ibu bapa ketika masih hidup
atau telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah SAW:

َ ُ َ ََ َ ُ َ ُ َ
.‫ َوأنا خ ْي ُرك ْم ِل ْه ِلي‬،‫خ ْي ُرك ْم خ ْي ُرك ْم ِل ْه ِل ِه‬
Ertinya: “Sebaik-baik kamu adalah sebaik-baik kamu terhadap keluargamu
dan aku adalah terbaik daripada kamu terhadap keluargaku.”

(Riwayat Ibnu Majah)

103
3.2.3
Kepentingan Pembinaan Keluarga
Sistem Kekeluargaan Menurut Islam

Memenuhi naluri semula jadi manusia


untuk hidup berpasangan berdasarkan 1
lunas syarak.
2 Mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.

Memelihara diri daripada maksiat 3


dan penyakit.
Membina ahli keluarga yang terdidik
4
dengan nilai-nilai Islam.
Membentuk masyarakat yang 5
bertamadun berteraskan syariat Islam.
6 Memastikan kelangsungan zuriat
manusia melalui ikatan pernikahan
Menjalinkan cinta dan kasih sayang 7 yang sah.
berlandaskan peraturan syariat.

Interaksi Nilai Penghayatan

Melalui aktiviti Role Play, kumpulan anda Firman Allah SWT yang bermaksud,
dikehendaki melakonkan sketsa sebuah
keluarga bahagia dengan memainkan “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan
peranan masing-masing selaku ayah, ibu makhluk-makhluk semuanya berpasangan;
dan anak. sama ada daripada yang ditumbuhkan
Role Play oleh bumi atau daripada diri mereka
ataupun daripada apa yang mereka tidak
mengetahuinya.”

(Surah Yasin 36: 36)

104
3.2.4
Pembinaan Keluarga Islam

Antara tindakan yang sesuai bagi merealisasikan pembinaan keluarga Islam termasuklah:

Solat berjemaah Makan bersama

• Dapat mengeratkan hubungan


kekeluargaan dan hubungan dengan
Allah SWT. • Menikmati hidangan bersama-sama antara
• Melalui solat berjemaah, ahli keluarga cara kita bersyukur kepada Allah SWT terhadap
juga dapat berdoa bersama-sama, rezeki yang dikurniakan.
bersalaman dan bermaafan. • Waktu makan antara waktu yang paling sesuai
untuk berkumpul dan berbual santai.
Beriadah dan berekreasi
Meraikan Kejayaan

• Dapat meluangkan masa yang berkualiti


bersama-sama.
• Ahli keluarga perlu sihat tubuh badan dan
fikiran bagi menjayakan segala aktiviti
• Mengeratkan hubungan dan kasih sayang
dalam kehidupan seharian.
antara ahli keluarga.
• Membantu meningkatkan kepekaan dan
kemampuan sosial ibu bapa dan anak.

Nota Guru
Guru meminta murid:
• Mencadangkan tindakan lain yang sesuai dilakukan untuk membina keluarga berasaskan
tuntutan syarak.
• Menjelaskan penghayatan ciri-ciri Sistem Kekeluargaan Menurut Islam dalam tindakan yang
dicadangkan oleh murid.
• Membincangkan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan aktiviti tersebut.

105
Simulasi
Sistem Kekeluargaan Menurut Islam

Analisis situasi berikut dan bincangkan tindakan yang sesuai bagi mewujudkan
keharmonian keluarga:

ngikut rakannya
1 Imtiyaz ingin me
mendaki
menyertai aktiviti riadah
an ap un ,
bu kit . Wala u ba ga im
arkan dia
ayahnya tidak memben 2 Sofiya gemar memba
ca buku
t kerana
menyertai aktiviti tersebu pa da wa kt u lap an g.
Na m un ,
atannya.
bimbang akan keselam ibunya meminta beliau me
mbantu
mengurus perniagaan
di kedai
pada setiap hujung ming
gu.

3 Enc ik Jam al men ghad api


masalah kesihatan dan tidak
dapat bekerja. Isterinya juga
tidak bekerja. Apakah yang sr a m a
ti n g g a l d i a
mereka perlu lakukan? 4 M u st a fa awa
at berita bah
dan mendap pital
tukn ya dim a sukkan ke hos
da
kerana sakit.

ma
ti n gg a l b er sa
5 Ja n n a h
ing berlaku
mentuanya. Ser
tara mereka.
salah faham an
n yang perlu e ru p a k a n
Apakah tindaka S ya k ir d a n A zr i m
6 ring
diambil oleh Jann
ah? tiri. Mereka se
adik beradik a lam
er walaupun d
bertegang leh
.
hal yang remeh

Interaksi
Secara berkumpulan, hasilkan poster bertemakan kekeluargaan kemudian bentangkan poster
tersebut di hadapan kelas.

106
3.2.5
Pelaksanaan Tanggungjawab Ahli Keluarga
Bagi memastikan pelaksanaan tanggungjawab ahli keluarga, murid diminta mengisi senarai
semak berikut. Tandakan () pada skala yang sesuai dengan diri anda.

Skala

Bil. Penyataan 2 1 0
1 Saya mematuhi ajaran agama.
2 Saya menjauhi perbuatan mungkar.
3 Saya mematuhi nasihat daripada ibu bapa.
4 Saya menghormati ibu bapa.
5 Saya berbakti kepada ibu bapa.
6 Saya berkomunikasi dengan sopan.
7 Saya membantu ibu bapa di rumah.
8 Saya menjaga maruah ibu bapa dan keluarga.
9 Saya menghormati rakan kedua-dua ibu bapa.
10 Saya mendoakan ibu bapa ketika masih hidup atau telah
meninggal dunia.

Skala

Sentiasa Kadang-kadang Tidak Pernah


(2 markah) (1 markah) (0 markah)

Skor
Markah 16 Anda telah melaksanakan tanggungjawab
hingga 20: kekeluargaan Islam dengan baik. Teruskan Nota Guru
usaha!
Guru membimbing
Markah 6 Anda perlu meningkatkan kefahaman murid melaksanakan
hingga 15: prinsip kekeluargaan dalam Islam. tanggungjawab sebagai ahli
keluarga berasaskan Sistem
Markah 0 Anda perlu lebih banyak berusaha Kekeluargaan Islam.
hingga 5: mendalami dan menghayati prinsip
kekeluargaan dalam Islam.

107
Aktiviti
Sistem Kekeluargaan Menurut Islam

1 Laksanakan aktiviti Round Robin secara berkumpulan tentang cara anda


Round Robin

menjalankan aktiviti bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan bersama-


sama keluarga dan bentangkan hasil dapatan kajian di hadapan kelas.

2 Cari maklumat melalui Internet secara berkumpulan berkaitan cara untuk mengukuhkan
institusi kekeluargaan Islam dan lakarkan dalam bentuk peta pemikiran yang sesuai.

3 Laksanakan aktiviti sumbang saran tindakan yang perlu dilakukan apabila berlakunya
situasi berikut dalam sesebuah keluarga:
i. Perbalahan antara adik-beradik.
ii. Adik-beradik yang leka bermain telefon pintar masing-masing.

4 Tuliskan catatan harian mengenai pelaksanaan tanggungjawab anda sebagai


seorang anak.

5 Bincangkan secara berkumpulan, apakah faktor-faktor yang menyebabkan keruntuhan


rumah tangga?

6 Lengkapkan peta pemikiran di bawah.

Sebab Akibat

Anak menghantar
ibu bapa ke rumah
orang tua

7 Guru menguji kefahaman murid tentang Sistem Kekeluargaan Menurut


Islam dengan menjawab kuiz interaktif melalui aplikasi Kahoot. Sila imbas
di sini.

108
Uji Diri

Jawab soalan-soalan berikut.


1 Manakah antara berikut merupakan konsep kekeluargaan Islam?
A Perkahwinan bertujuan untuk memiliki harta.
B Perkahwinan atas dasar ketaatan kepada Allah SWT.
C Mengeratkan hubungan percintaan sebelum berkahwin.
D Menyamaratakan taraf kedudukan antara suami dengan isteri.

2 Berikut merupakan kepentingan menunaikan tanggungjawab antara suami dengan isteri


kecuali .

A memastikan keharmonian keluarga


B mewujudkan ketaatan isteri kepada suami
C memberi kebebasan kepada isteri untuk mencari nafkah
D melaksanakan keadilan kepada suami, isteri dan anak-anak
3 Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
i. Perkahwinan merupakan Rasulullah SAW.

ii. Institusi kekeluargaan Islam dibina atas dasar kepada Allah SWT.

iii. kepada ibu bapa merupakan antara tanggungjawab anak ketika ibu
bapa sudah tua dan uzur.

4 Huraikan dua tanggungjawab suami (bapa) bagi mengelakkan masalah sosial dalam
kalangan ahli keluarganya.
5 Jelaskan tiga kepentingan perkahwinan dalam Islam.

6 Berdasarkan gambar di atas, bagaimanakah cara anda dapat merealisasikan slogan


“Rumahku Syurgaku”?

109
ajaran
Pel

11
Prinsip
Pergaulan
Menurut Islam
Standard
Kandungan
• Mengamalkan prinsip
pergaulan Islam dalam
kehidupan.

Standard
Pembelajaran
• Menyatakan konsep
pergaulan dalam Islam.
• Menjelaskan adab pergaulan
dalam Islam.
• Menghuraikan sifat
mahmudah dalam
pergaulan Islam.
• Menilai kepentingan
mengamalkan prinsip-
prinsip pergaulan menurut
hukum syarak.
• Melaksanakan prinsip
pergaulan Islam dalam
kehidupan sebagai usaha
untuk membentuk ummah
sejahtera.

110
3.3.1
Konsep Pergaulan dalam Islam

Pergaulan dalam Islam pula merujuk kepada komunikasi antara seorang individu dengan individu
lain berteraskan syariat Islam.

Allah SWT berfirman,

‫ ﭼ‬... ‫ﭽﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ‬
Ertinya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu
berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan
(dan beramah mesra antara satu dengan yang lain) ...”

(Surah al-Hujurat 49: 13)

Islam menggalakkan pergaulan yang memberikan manfaat kepada umatnya. Kita wajib
mengambil kira batas-batas mahram, jantina dan juga jenis aktiviti yang dijalankan dalam
pergaulan. Islam tidak melarang pergaulan antara lelaki dengan perempuan asalkan mengikut
prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh syarak.

Asas Pergaulan

Saling Mengenali Saling Memahami Saling Bekerjasama


(Ta‘aruf) (Tafahum) (Ta‘awun)

• Memberi salam ketika • Saling tolong-


• Bersikap lapang dada dan menolong ke arah
bertemu. pemaaf. kebaikan.
• Mengenal latar • Saling nasihat-menasihati.
belakang antara satu • Prihatin antara satu
sama lain. • Menjauhi sikap adu domba sama lain.
(namimah). • Menghulurkan
• Berkomunikasi dengan
sopan. bantuan kepada
golongan yang
memerlukan.

111
Allah SWT berfirman,
Prinsip Pergaulan Menurut Islam

‫ﭼ‬...‫ﭽﯭ ﯮ ﯯ ﯰﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶﯷ‬
Ertinya: “Hendaklah kamu tolong-menolong dalam perkara
kebaikan dan ketakwaan dan janganlah pula kamu
tolong-menolong dalam perkara yang mendatangkan
dosa dan permusuhan ...”

(Surah al-Ma’idah 5: 2)

Bermatlamatkan Mengutamakan keamanan


keimanan. dan keharmonian.

1 6

Berlandaskan Prinsip Bekerjasama dalam


syariat Islam. 2 Pergaulan 5 perkara kebaikan dan
mencegah kejahatan.

3 4
Memberikan panduan
berinteraksi sesama manusia Menghormati antara satu
berdasarkan ajaran Islam. sama lain.

Nilai Penghayatan

Pandangan Sayyid Qutb:

“Terdapat tiga perkara penting yang menjadi asas keadilan sosial iaitu kebebasan jiwa, kesamarataan
kemanusiaan dan jaminan sosial yang kukuh”.

112
3.3.2
Adab Pergaulan dalam Islam

Islam menggalakkan umatnya agar sentiasa mengamalkan akhlak mulia dalam pergaulan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,


“Janganlah kamu berhasad dengki, tipu-menipu, benci-membenci, berpaling
muka, dan janganlah (berebut) membeli atau menjual (barang) yang sedang
dibeli atau dijual oleh orang lain. Dan jadilah engkau sekalian hamba Allah SWT
yang bersaudara. Seseorang Muslim itu adalah saudara bagi Muslim yang lain
dan tidak boleh menzaliminya …”
(Riwayat Muslim)

1 6
Menjaga tutur kata
supaya tidak menyakiti Menjaga batasan
hati orang lain. aurat.

Berlaku adil dan Adab Menjaga batasan

2 ihsan terhadap Pergaulan pergaulan antara


lelaki dengan 5
semua manusia. dalam Islam perempuan.

Menghormati dan
tidak menghina Bersangka baik.
orang lain.

3 4

113
3.3.3
Sifat Mahmudah dalam Pergaulan
Prinsip Pergaulan Menurut Islam

Sifat mahmudah dalam


Apakah maksud sifat
pergaulan ialah sifat terpuji
mahmudah dalam
yang diamalkan oleh seseorang
pergaulan?
individu semasa berinteraksi
dengan orang lain.

Contoh Sifat Mahmudah dalam Pergaulan

1 Ikhlas 2 Benar 3 Amanah

Melakukan sesuatu Bersikap benar dalam Melaksanakan tanggungjawab


kebaikan semata-mata percakapan, perbuatan dan mengikut prosedur serta tidak
kerana Allah SWT. niat di dalam hati. mempunyai kepentingan
peribadi.

5 Sopan 6 Menghormati
7
Bersangka
baik

Beradab sopan dan berbudi Mengamalkan sikap


Berfikiran positif terhadap
bahasa dalam pergaulan menghormati terhadap
semua pihak.
dengan semua pihak. ahli keluarga, kenalan dan
juga antara sesama ahli
masyarakat.

114
Rasulullah SAW bersabda,
“Tidak beriman seseorang daripada
kamu sehinggalah dia mengasihi
saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya sendiri.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bekerjasama dalam menuntut ilmu.

Informasi

Cara-cara Memupuk Sifat Mahmudah:

• Mempelajari ilmu yang benar.


• Dilatih dan dipupuk sejak kecil.

4
• Mempraktikkan sifat mahmudah
Penyayang dalam pergaulan sesama manusia.
• Menggalakkan kesediaan setiap
individu untuk sentiasa mengamalkan
Saling menyayangi antara nilai-nilai Islam.
sesama ahli masyarakat.
• Membudayakan sifat mahmudah
pada seluruh lapisan masyarakat.

Contoh Akhlak Mahmudah


Rasulullah SAW:
Akhlak Mahmudah
Rasulullah SAW

8 Bekerjasama

Melakukan sesuatu
secara bersama-sama dan
melakukan yang terbaik
untuk mencapai kejayaan. Interaksi
Secara berkumpulan, hasilkan sketsa tentang
sifat mahmudah dalam pergaulan.

115
3.3.4
Kepentingan Prinsip Pergaulan Islam
Prinsip Pergaulan Menurut Islam

Membentuk
masyarakat yang Melahirkan manusia
Memelihara
harmoni, saling yang bertakwa,
kesucian dan
memahami dan istiqamah dan
maruah umat Islam.
membantu antara berdisiplin.
satu sama lain.

Mengukuhkan
Mewujudkan
institusi
masyarakat yang
perkahwinan.
bersatu padu.

an Mengela
Menghindark keruntuh
kkan
diri daripada an akhla s
perkara
dan mak
siat seca
k Membantera
melakukan berlelua ra perlakuan ya
n g
ai sa dalam
yang dimurk trah.
kalangan
masyara menyalahi fi
Allah SWT. kat.

Interaksi Four Corners

Lakukan akiviti Four Corners berkaitan kepentingan mengamalkan prinsip pergaulan


menurut hukum syarak.

116
3.3.5
Pelaksanaan Prinsip Pergaulan Islam

STATISTIK
KES BUANG BAYI
JUMLAH KES 2011-2016
di Malaysia
1 Berdasarkan statistik di sebelah, murid
berbincang secara berkumpulan dan
TAHUN JUMLAH membuat peta pemikiran yang sesuai
tentang:
2013 98
2014 103
Cara
2015 111 Punca Kesan
mengatasi
2016 115

Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

2 Lengkapkan senarai semak di bawah tentang pelaksanaan prinsip pergaulan Islam yang
telah berjaya anda laksanakan. Tandakan () pada ‘Ya’ atau () pada ‘Tidak’.

Bil. Penyataan Ya Tidak

1 Saya sentiasa mencari peluang untuk membantu rakan-rakan.


2 Saya menggunakan perkataan yang berhemah apabila berinteraksi dengan orang
yang lebih tua.
3 Saya mengucapkan terima kasih apabila menerima bantuan.
4 Saya bersedia memaafkan orang lain apabila mereka meminta maaf.
5 Saya gemar melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong.
6 Saya segera melaporkan kejadian yang mencurigakan kepada ibu bapa atau jiran.
7 Saya memberi tumpuan semasa berbual dengan orang lain.
8 Saya memberikan tempat duduk kepada orang tua dan wanita mengandung
ketika menaiki perkhidmatan awam.
9 Saya mengambil makanan secara sederhana dalam sesuatu jamuan makan agar
tidak membazir.
10 Saya beratur untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan di kaunter.

Skor Ya = 1 Tidak = 0
Nota Guru
Markah 7 Syabas, anda melaksanakan Prinsip Pergaulan
hingga 10: Islam dengan baik! Guru membimbing murid
Markah 4 Anda perlu meningkatkan usaha untuk menghayati dan melaksanakan
hingga 6: melaksanakan Prinsip Pergaulan Islam. prinsip pergaulan Islam dalam
Markah 0 Ayuh berusaha lebih gigih untuk melaksanakan membendung pergaulan bebas.
hingga 3: Prinsip Pergaulan Islam.

117
Aktiviti
Round Table
Prinsip Pergaulan Menurut Islam

1 Kes pecah rumah sering berlaku di kawasan tempat tinggal anda. Melalui
kaedah Round Table, bincangkan secara berkumpulan tindakan yang perlu
dilakukan bagi menangani masalah tersebut.

2 Secara berkumpulan, hasilkan Pelan Perancangan Projek Kejiranan untuk


Projek Perpaduan
Masyarakat

meningkatkan ilmu dan kesedaran tentang kepentingan mengamalkan sifat


mahmudah dalam pergaulan masyarakat.

3 Berdasarkan rajah di bawah, laksanakan aktiviti Windows Pane tentang


Windows Pane

tindakan memupuk amalan hormat-menghormati yang semakin terhakis


dalam kalangan masyarakat.

a Bersahabat d Beriadah
Amalan
Hormat-
b Bermuamalat menghormati e Bekerja

c Belajar f Memandu

Expert Group
4 Berdasarkan situasi di bawah, bincangkan adab pergaulan Islam yang perlu
diterapkan melalui aktiviti Expert Group.

i ii iii iv v
Antara lelaki Antara kaum Antara Antara
dengan dengan ibu bapa golongan Antara jiran
perempuan agama yang dengan muda dengan tetangga
berbeza anak-anak tua

5 Laksanakan aktiviti pertandingan pidato yang bertajuk “Kepentingan Prinsip Pergaulan Islam”.

6 Secara berkumpulan, hasilkan infografik tentang Prinsip Pergaulan Islam dan bentangkan
di dalam kelas.

118
Uji Diri

Jawab soalan-soalan berikut.

1 Ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh umat Islam dalam pergaulan dengan masyarakat berbilang
kaum ialah .
A akhlak mulia B penguatkuasaan undang-undang
C mengasingkan diri D beragama

2 Berdasarkan Sistem Sosial Islam, prinsip pergaulan dalam sebuah masyarakat majmuk
perlulah berdasarkan kepada .
A salasilah keturunan B persaingan ekonomi
C kepentingan peribadi D prinsip hormat-menghormati

3 Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.


i. Sifat merupakan sifat terpuji dalam akhlak seseorang semasa berinteraksi
dengan orang lain.

ii. Antara sifat mahmudah dalam pergaulan ialah membantu rakan yang
susah tanpa mengharapkan balasan daripadanya.

iii. Istilah merupakan satu konsep pergaulan Islam yang bermaksud saling
bekerjasama.

iv. merujuk kepada pelaksanaan tanggungjawab mengikut prosedur serta


tidak mempunyai kepentingan peribadi.

4 Huraikan tiga adab pergaulan dalam keluarga menurut perspektif Islam.

5 Jelaskan kepentingan sifat mahmudah dalam kehidupan bermasyarakat berserta contoh


yang sesuai.

“Akhlak merupakan cerminan hati budi


yang tertanam dalam diri seseorang.”

6 Berdasarkan penyataan di atas, berikan hujah anda bagaimana penyataan tersebut


dapat dicapai?

119
ajaran
Pel

12
Hiburan
Menurut Islam

Standard
Kandungan
• Melaksanakan adab dan
etika berhibur menurut
Islam untuk diamalkan
dalam kehidupan.

Standard
Pembelajaran
• Menyatakan konsep hiburan
menurut Islam.
• Menjelas dan
melaksanakan adab dan
etika berhibur menurut
Islam dalam kehidupan.
• Menilai kepentingan
mengamalkan adab dan
etika berhibur menurut
Islam dalam kehidupan.
• Mencadangkan tindakan
yang boleh dilakukan
semasa berhibur menurut
Islam dalam kehidupan.
• Mengamalkan adab
berhibur yang bertepatan
dengan perspektif Islam.

120
3.4.1
Konsep Hiburan Menurut Islam

Hiburan dalam Islam merujuk kepada sesuatu perkara yang dapat menghiburkan dan
menggembirakan hati seseorang yang selari dengan kehendak syarak.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.ha. katanya,

“Aku telah diziarahi oleh Abu Bakar r.a. di rumahku. Ketika itu di sampingku
ada dua orang gadis hamba daripada golongan Ansar sedang mendendangkan
syair golongan Ansar pada hari Bu‘aths. Aishah r.ha. berkata, ‘Sebenarnya
mereka berdua bukanlah penyanyi.’ Abu Bakar r.a. berkata, ‘Patutkah ada
nyanyian syaitan di rumah Rasulullah SAW dan pada hari raya pula?’ Lalu,
Rasulullah SAW bersabda, ‘Wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kaum itu
mempunyai hari raya dan ini ialah hari raya kita!’”
(Riwayat Ibn Majah)

Konsep Hiburan dalam Islam


Manfaat Hiburan

1 Bertujuan mengagungkan
Allah SWT dan mendidik jiwa.

2
Berhibur selari dengan
kehendak syariat.

3
Meliputi aspek iman dan akhlak.

4
Hiburan sebagai memenuhi
tuntutan fitrah manusia.

5
Membangunkan potensi umat
Islam dalam seni hiburan.

121
3.4.2
Adab dan Etika dalam Berhibur Menurut Islam

Adab dan Etika Hiburan


Hiburan Dalam Islam

Hiburan yang boleh meningkatkan Menghasilkan karya hiburan


keimanan. yang asli.

Hiburan yang tidak bercanggah Berhibur secara sederhana dan tidak


dengan syarak. melampaui batas.

Hiburan yang berteraskan nilai Tiada unsur yang merosakkan


akhlak Islam. akidah dan maksiat.

Sentiasa memelihara ibadah wajib Tidak mengganggu atau


ketika berhibur. menzalimi orang lain.

3.4.3
Kepentingan Adab dan Etika Berhibur Menurut Islam

4
1 Menghasilkan hiburan yang
Meningkatkan selari dengan nilai akhlak Islam.
keimanan dan
ketakwaan kepada
Allah SWT.

Kepentingan
Adab dan Etika
Hiburan 3
Menjaga jiwa dan
maruah diri.

2 Hindari Hiburan
Melampau

Mengetahui batasan manusia


dalam berhibur.

122
3.4.4
Hiburan dalam Kehidupan

Firdaus dilantik sebagai pengelola Konsert Amal dan diminta untuk menyediakan garis
panduan yang perlu dipatuhi semasa penganjuran program tersebut. Antara garis panduan
yang telah ditetapkan termasuklah:

1 Bertujuan untuk perkara kebaikan.

2 Betulkan niat mengadakan program untuk


mendapatkan keredaan Allah SWT.
3 Program hendaklah mendapat kelulusan
daripada pihak berkuasa.

4 Memakai pakaian yang sopan dan menutup


aurat.

5 Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan


perempuan.

6 Lirik lagu yang tidak bercanggah dengan


hukum syarak.

7 Gaya persembahan yang tidak mengundang


maksiat.

8 Menghormati waktu solat.

9 Amanah terhadap wang yang dikumpulkan


daripada program tersebut.
10 Memastikan kemudahan awam mencukupi
untuk keselesaan hadirin.

Nota Guru
Guru membimbing murid melaksanakan sumbang saran tentang pelbagai situasi hiburan masa kini dan
tindakan yang sesuai mengikut syarak.

123
Simulasi

Analisis situasi berikut dan bincangkan tindakan yang perlu dilakukan berdasarkan adab
dan etika berhibur dalam Islam.
Hiburan Dalam Islam

Situasi 1

Rakan anda mengajak anda


ke pusat karaoke.

Situasi 2

Anda bersama-sama rakan


sedang bermain game di
kafe siber. Azan maghrib
berkumandang.

Situasi 3

Anda menghadiri majlis


perkahwinan jiran anda.
Muzik yang dipasang terlalu
kuat sehingga mengganggu
ketenteraman.

Situasi 4

Siti seorang penulis lirik


yang berbakat. Lirik lagu
bertemakan cinta menjadi
kegemarannya.

Situasi 5

Sarah meminati seni tarian sejak


kecil. Apabila meningkat remaja, ibu
Sarah tidak membenarkan beliau
terlibat dalam seni tarian lagi.

124
3.4.5
Aplikasi Hiburan sebagai Ibadah

Lengkapkan senarai semak di bawah tentang aplikasi hiburan sebagai ibadah dalam kehidupan
yang telah berjaya anda laksanakan. Tandakan () pada penyataan yang anda setuju atau ()
pada tidak setuju.


angan na syid yang meningkatkan
1 Saya menyukai dend
keimanan.
.
g mengandungi unsur lucah
2 Saya menghindari lagu yan
yang
hadiri konsert hiburan
3 Saya tidak suka meng
melalaikan.
g disiarkan
ar me ngi kuti musabaqah al-Quran yan
4 Sa ya gem
di televisyen.
asa
yang menutup aurat sem
5 Saya tetap memakai pakaian an.
nyanyi
menyertai persembahan
ila
ainan di Internet apab
6 Saya menghentikan perm g.
ndan
mendengar azan berkuma
andungi
rtai hiburan yang meng
7 Saya tidak suka menye ki dengan perempuan.
lela
pergaulan bebas antara
k hiburan dan
ya ge ma r bersukan sebagai satu bentu
8 Sa
aktiviti riadah.
n Islam.
jalah hiburan berunsurka
9 Saya gemar membaca ma
belum pasti
ya tid ak be rko ngsi maklumat yang
10 Sa
nggunakan media sosial.
kesahihannya ketika me

Skor Setuju = 1 Tidak Setuju = 0

Markah 7 hingga 10: Syabas, anda mengaplikasikan hiburan sebagai ibadah!


Markah 4 hingga 6: Anda perlu meningkatkan usaha untuk mengaplikasikan
hiburan sebagai ibadah.
Markah 0 hingga 3: Ayuh berusaha lebih gigih untuk untuk mengaplikasikan
hiburan sebagai ibadah.

Nota Guru

• Guru membimbing murid untuk mengamalkan adab dan etika berhibur menurut Islam.

125
Aktiviti

1 Berikut merupakan jenis-jenis hiburan dalam masyarakat. Bincangkan dalam kumpulan


tentang adab dan etika berhibur serta bentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
Hiburan Dalam Islam

Bermain permainan
komputer
Mendengar radio Mendengar muzik

Membaca novel Menonton televisyen

Jenis-jenis
Bersukan Hiburan Menonton filem

Tarian Alunan zikir

Menyanyi Nasyid

2 Murid mencari satu klip video berkaitan hiburan di Internet dan beri ulasan terhadap klip
video tersebut.

3 Dengan menggunakan infografik yang sesuai, huraikan hiburan yang digemari oleh
golongan remaja masa ini dan pandangan Islam mengenainya.

4 Bincangkan bagaimana menjadikan hiburan sebagai ibadah dalam kehidupan remaja


Muslim. Bentangkannya di hadapan kelas.

5
Personal Learning
Dengan menggunakan kaedah Personal Learning Experiences, kongsikan Experiences

pengalaman menghadiri program hiburan berunsurkan Islam kepada rakan


sekelas anda.

Lagu Rakyat
6 Tulis sebuah lirik lagu bertemakan ketuhanan berdasarkan irama lagu yang Tarikh capaian:
05 Jun 2019
berjudul “Keagungan Tuhan” dan persembahkannya secara berkumpulan
di hadapan kelas melalui irama lagu rakyat yang anda tahu.

126
Uji Diri

Jawab soalan-soalan berikut.

1 Berikut merupakan konsep hiburan dalam Islam kecuali .

A bertujuan mendidik jiwa B menghasilkan ketenangan sanubari


C memenuhi tuntutan fitrah D melayan hawa nafsu

2 Apakah kepentingan menghayati adab semasa berhibur?


A Menjaga maruah diri B Kebebasan berhibur sesuka hati
C Hiburan untuk memenuhi masa lapang D Mengutamakan keseronokan berhibur

3 Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.


i. Islam membenarkan manusia berhibur asalkan hiburan tersebut tidak melanggar batas
.

ii. Antara manfaat hiburan dalam Islam adalah agar manusia dapat fikiran.

iii. Hiburan tanpa batasan akan merosakkan dan menjerumuskan manusia


ke lembah maksiat.

iv. Adab yang perlu dihayati apabila terdapat lelaki dan perempuan dalam sesuatu majlis
ialah berpakaian menutup .

4 Senaraikan tiga contoh hiburan yang diharuskan dalam Islam.

5 Huraikan tiga adab dan etika berhibur dalam Islam.

6 Jelaskan tiga cara mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan hiburan yang
melalaikan.

“Terdapat segelintir remaja yang gemar mengunjungi


pusat-pusat hiburan yang menyajikan hiburan berbentuk
nyanyian, tarian, muzik yang kuat dan pergaulan bebas
untuk mencari ketenangan jiwa.”

7 Berikan pandangan anda kenapa perkara tersebut berlaku?

127
ajaran
Pel

13
Kesenian
Menurut Islam
Standard
Kandungan
• Melaksanakan adab dan
etika kesenian menurut
Islam untuk diamalkan
dalam kehidupan.

Standard
Pembelajaran

• Menyatakan konsep kesenian


menurut Islam.
• Menjelas dan melaksanakan
adab dan etika kesenian
menurut Islam dalam
kehidupan.
• Menilai kepentingan
mengamalkan adab dan
etika kesenian menurut Islam
dalam kehidupan.
• Mencadangkan adab dan
etika kesenian menurut Islam
dalam kehidupan.
• Mengamalkan adab dan etika
kesenian yang bertepatan
dengan perspektif Islam.

128
3.5.1
Konsep Kesenian Islam

Kesenian Islam bermaksud aktiviti seni atau hasil karya yang dicipta dengan menggunakan
bakat dan kreativiti manusia bagi menzahirkan keindahan dan kehalusan yang menepati syarak.
Terdapat banyak ayat al-Quran yang menceritakan keagungan seni ciptaan Allah SWT
pada alam ini. Antaranya:

Allah SWT berfirman,

‫ﭽﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ‬
‫ ﭼ‬...‫ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ‬
Ertinya: “Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi dan
menurunkan hujan dari langit bagi kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan
air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang subur menghijau) dengan indahnya,
yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya...”

(Surah al-Naml 27: 60)

1 5

Mengagungkan Membangun
Allah SWT. potensi umat Islam.

Konsep
Kesenian
2 4
Islam
Berteraskan Bersifat
syariat Islam. menyeluruh
meliputi fizikal
dan kerohanian.

3
Meliputi aspek
iman dan akhlak.

129
3.5.2
Adab dan Etika Kesenian Menurut Islam

Adab dan Etika Kesenian Islam


Kesenian Menurut Islam

1 Menghasilkan kesenian yang 5 Mencipta karya yang asli.


boleh meningkatkan keimanan. 6
Berkarya secara sederhana
2 Hasil seni yang tidak bercanggah dan tidak melampaui batas.
dengan syarak. 7 Tiada unsur merosakkan akidah
3 Kesenian yang berteraskan nilai dan maksiat.
akhlak Islam. 8 Tidak mengganggu atau
4 Sentiasa memelihara ibadah menzalimi orang lain.
wajib ketika berkarya.

Seni dalam
Islam tidak melarang Tamadun Islam
Tarikh capaian:
kesenian. Islam hanya 06 September 2019

menolak seni yang


melanggar batasan agama
dan akhlak.

Rasulullah SAW bersabda


yang bermaksud,

“Sesungguhnya Allah itu indah,


Apakah pandangan
Dia suka akan segala yang indah.”
Islam tentang
kesenian, cikgu? (Riwayat Muslim)

130
Refleksi

Guru Tasawwur Islam di sebuah sekolah telah membawa murid kelasnya mengadakan
lawatan ke Muzium Kesenian Islam. Berikut adalah perbualan semasa sesi lawatan tersebut.

Kurator: Selamat datang Cikgu Redza dan para murid ke Muzium Kesenian Islam. Muzium ini
merupakan muzium terbesar di Asia Tenggara. Terdapat lebih kurang 9000 artifak
seni di muzium ini. Koleksi yang terdapat di sini mencerminkan gambaran sebenar
penghasilan seni dunia Islam.
Murid boleh melihat artifak berkaitan model-model masjid yang dipamerkan
termasuklah Masjidilharam dan kitab suci al-Quran bersaiz ibu jari anda. Selain itu,
terdapat juga tulisan khat, tembikar, serta Galeri Senjata dan Perisai yang boleh
dikunjungi oleh anda semua.
Guru: Terima kasih Encik Muhammad atas penerangan ini.
Murid: Cikgu, bagaimanakah seniman melaksanakan adab dan etika dalam kesenian Islam?
Guru: Bagus soalan kamu itu, Anis. Seniman Islam perlu menghasilkan karya yang menepati
prinsip-prinsip Islam seperti mentauhidkan Allah SWT, menghasilkan seni yang boleh
meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT, mencipta seni yang
boleh menyampaikan mesej positif, tidak lalai daripada mengingati Allah SWT, tidak
melanggar batas syariat dan tidak berlebihan mengagungkan seni.
Baiklah, semua murid boleh terus melihat barangan pameran yang ada di sekitar
muzium ini.

Interaksi Nota Guru


• Rancang bersama rakan sekelas untuk mengadakan Guru membimbing murid
lawatan ke Muzium Kesenian Islam. membincangkan dialog
• Catat hasil dapatan tentang Adab dan Etika Kesenian berkaitan adab dan etika
Menurut Islam dalam karya dan artifak yang dipamerkan. kesenian menurut Islam.

131
3.5.3 Kepentingan Adab dan Etika Kesenian
Menurut Islam
Kesenian Menurut Islam

1 4
Mengakui dan meyakini
Kekuasaan Allah SWT Mengetahui batasan
Yang Maha Berkuasa lagi manusia dalam berkarya.
Maha Menciptakan.

2 5
Meningkatkan Memberi panduan
keimanan dan dalam menghasilkan
ketakwaan kepada seni yang menepati
Allah SWT. nilai-nilai akhlak Islam.

3 6
Memenuhi fitrah Mempamerkan
manusia yang menyukai kecemerlangan
keindahan selari tamadun Islam.
dengan syarak.

Glosari

Estetika: Cabang falsafah yang mengkaji konsep berkaitan keindahan, cita rasa dan lain-lain.

Interaksi Nilai Penghayatan

Berdasarkan perbincangan dalam kumpulan, Ibn Khaldun menyatakan bahawa “Seni itu
murid melakarkan infografik berkaitan adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan di
kepentingan menghayati adab dan etika mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika,
Kesenian Islam oleh karyawan Muslim. etika dan logik”.

132
3.5.4
Kesenian dalam Kehidupan

1 Analisis situasi berikut dan bincangkan tindakan yang perlu dilakukan supaya individu
yang terlibat dapat mempraktikkan adab dan etika kesenian Islam.

Abdullah mempunyai bakat seni melukis yang hebat. Beliau mendapat banyak
Situasi 1 tempahan melukis potret wanita.

Yusuf ingin menyertai pertandingan seni ukiran yang diadakan di Perbadanan


Situasi 2
Kemajuan Kraftangan Malaysia. Beliau perlu memilih motif yang ingin diukir.

Situasi 3 Hafiz merupakan seorang pengusaha batik. Proses mencanting batik


memerlukan ketelitian yang biasanya memakan masa yang agak panjang.

Saiful meminati bidang penulisan. Dia ingin memasuki pertandingan


menulis novel bertemakan ‘Cinta’.
Situasi 4

Adam merupakan seorang tukang emas yang menghasilkan pelbagai jenis


Situasi 5 barangan kemas untuk perhiasan wanita. Adakalanya beliau mendapat
tempahan untuk membuat aksesori daripada emas untuk lelaki.

2 Berikut merupakan manifestasi penghayatan adab dan etika dalam Kesenian


Islam. Pilih salah satu jenis kesenian dan bincangkan adab dan etika dalam
kesenian tersebut.

Seni Khat dan Kaligrafi Seni Reka Fesyen

Seni Seramik Seni Fotografi

Nota Guru
Guru membimbing murid dalam pertimbangan dan tindakan yang dicadangkan oleh mereka.

133
3.5.5
Aplikasi Kesenian sebagai Ibadah

Lengkapkan senarai semak di bawah berdasarkan pengamalan adab dan etika kesenian
menurut Islam. Tandakan () pada ‘Ya’ atau () pada ‘Tidak’ dan berikan sebab kepada pilihan
Kesenian Menurut Islam

jawapan anda.

Bil. Situasi Ya Tidak

1 Saya menyukai seni lukisan bermotifkan alam sekitar.

2 Saya menghias kediaman saya dengan khat al-Quran.

3 Saya membeli pakaian mengikut fesyen terkini.

4 Saya gemar menghayati keindahan seni bina masjid.

5 Saya membeli barangan kulit tanpa mengambil kira jenis


kulit yang digunakan.

6 Saya menyukai lukisan pemandangan alam yang


menggunakan cat minyak kerana warnanya lebih menarik.

7 Saya suka menghias rumah dengan ukiran patung haiwan


dan manusia.

8 Saya yakin kemahiran asas dalam seni mempertahankan


diri penting untuk melindungi diri.

9 Saya tidak kisah untuk memakai pakaian yang mempunyai


simbol bertentangan dengan syariat Islam.

10 Saya menggemari seni tenunan songket yang bermotif


tumbuhan kerana ia memperlihatkan keunikan seni tekstil
masyarakat Melayu.

Kongsikan kegiatan seni yang Nyatakan kesan


anda minati kepada rakan sekiranya adab dan etika
anda dan adab serta etika berhibur menurut Islam
yang perlu anda patuhi. tidak dipatuhi.

Nota Guru
Guru membimbing murid untuk mengamalkan adab dan etika kesenian menurut Islam.

134
Aktiviti

1 Dengan melayari Internet, hasilkan peta pemikiran tentang keunikan seni busana di
beberapa buah negara Islam berserta penerangan yang berkaitan.

2 Hasilkan infografik berkaitan keistimewaan seni bina Islam yang terdapat di seluruh dunia.
Tampalkan di dinding kelas untuk aktiviti Bus Stop.

3 Secara berkumpulan, gunakan perisian Movie Maker atau aplikasi di telefon bimbit yang
bersesuaian, sediakan satu video pendek berbentuk dokumentari berkaitan keunikan seni
yang anda minati. Kongsikan kepada rakan anda.

4 Guru mengadakan pertandingan persembahan kesenian Islam. Murid turut


Borang
Penilaian

diminta membentangkan adab dan etika yang diterapkan dalam persembahan


mereka. Juri perlu mengisi borang penilaian bagi menilai persembahan,
penghayatan dan pengamalan adab serta etika kesenian Islam.

5 Secara berkumpulan, bincang dan lengkapkan rajah di bawah.

Sebab Akibat

Pengabaian Adab
dan Etika Kesenian
Islam

6 Guru menguji kefahaman murid tentang Kesenian Menurut Islam dengan


menjawab kuiz interaktif melalui aplikasi Kahoot. Sila imbas di sini.

135
Uji Diri

Jawab soalan-soalan berikut.


Kesenian Menurut Islam

1 Berikut merupakan konsep kesenian Islam kecuali .


A menekankan keindahan. B meningkatkan keimanan.
C bermatlamatkan keagamaan. D berteraskan hawa nafsu.

2 Antara aspek yang perlu dititikberatkan dalam penghasilan kesenian Islam ialah
.
A penggunaan warna B penghayatan akhlak
C pengukiran patung D pengukuhan pendapatan

3 Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

i. Islam merupakan aktiviti atau karya yang dicipta menggunakan bakat


dan kreativiti bagi menzahirkan keindahan yang menepati syarak.

ii. Antara adab dan etika kesenian Islam menurut Islam yang perlu dihayati oleh
seniman ialah ialah mencipta yang asli.

iii. Penghasilan seni yang berinspirasikan ayat al-Quran mampu


meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

iv. merupakan cabang falsafah yang mengkaji konsep berkaitan keindahan.

4 Terangkan tiga adab dan etika kesenian menurut Islam.

5 Jelaskan dua adab yang perlu dipatuhi oleh seorang pelukis Muslim semasa menjalankan
aktiviti melukis.

“Terdapat banyak karya seni lukisan yang tidak menepati Adab


dan Etika Kesenian Menurut Islam”.

6 Kemukakan pendapat anda.

136
Rujukan

Ab Halim Tamuri & Zarin Ismail. (2002). Pendidikan Akhlak dalam KBSM: Persepsi Pelajar
Terhadap Konsep Akhlak. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Kebangsaan (Siri 1).

Al-Jaza’iri, Abu Bakr. (T.th.). ‘Aqidah al-Mu’min. T.t: Al-Maktabah al-Taufiqiyyah.

Al-Maidani, ‘Abd al-Rahman Hasan Habannakah. (2002). Al-‘Aqidah al-Islamiyyah. Damsyik:


Darul al-Qalam.

HAMKA. (1995). Falsafah Hidup. Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD.

Haron Din et. al. (2012). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haron Din. (2007). Islam: Ada Apa dengan Islam?. Batu Caves: PTS Millenia.

Mahayudin Yahya. (2004). Tamadun Islam. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd Ali Abu Bakar. (1986). Kejadian Manusia dan Perjuangan Hidup. Kota Bharu: Pustaka
Aman Press Sdn. Bhd.

Mohd Asri Abdullah et. al. (2006). Prinsip-prinsip Asas Islam: Islam dan Akidah. Shah Alam:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.

Mohd Nizam Sahad. (2014). Tafsir Maudhu‘iy Akidah. Jil. 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Mohammad Zaini Yahaya et. al. (2015). Tafsir Maudhu‘iy Ibadah. Jil. 1. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Muammar Ghaddafi Hanafiah et. al. (2015). Tafsir Maudhuiy: Masyarakat & Pembangunan
Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Uthman el-Muhammady. (1988). Akhlak dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Murtadha Mutahari. (1984). Perspektif al-Quran Tentang Manusia dan Agama. Bandung:
Penerbit Mizan.

137
Othman Mohd. Yatim. (1989). Warisan Kesenian dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Paizah Ismail. (2003). Kekeluargaan Islam Menurut al-Quran dan al-Sunnah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramlan Ahmad & Nor Aishah Raduan. (2010). Buku Teks Tasawwur Islam Tingkatan 4. Shah
Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Rijaluddin Yahya et. al. (2015). Tafsir Maudhuiy: Akhlak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Safaee Zakaria & Moh Zin Daud. (2013). Buku Teks Tasawwur Islam Tingkatan 5. Kota Bharu:
Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

Said Ibrahim. (2000). Aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah. Kuala Lumpur: Darul Ma’rifah.

Sayyid Sabiq. (2000). Al-‘Aqa’id al-Islamiyyah. Kaherah: Dar al-Fath lil ‘alami al-‘Arabi.

Shahnon Ahmad. (1981). Kesusasteraan dan Etika Islam. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sidi Gazalba. (1977). Pandangan Islam Tentang Kesenian. Kuala Lumpur: Polygraphyc Sdn.
Bhd.

Suhaila Abdullah et. al. (2015). Tafsir Maudhuiy: Ilmu dan Tamadun. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Wan Nordin Wan Abdullah et. al. (2015). Tafsir Maudhuiy: Kekeluargaan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yusuf al-Qaradhawi. (2000). Kemanisan Iman. (Penterjemah: Mahmud Hj Ahmad). Kuala


Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Yusuf al-Qardhawi. (1998). Fiqh al-Daulah dalam Perspektif al-Quran dan al-Sunnah.
(Penterjemah: Kathur Suhardi). Jakarta: Pustaka al-Kautsar.

Yusuf al-Qardhawi. (2002). Seni dan Hiburan dalam Islam. (Penterjemah: Muhammad
Baihaqi). Selangor: Al-Hidayah.

138

You might also like