You are on page 1of 3

RUMUSAN COVID -19

Pendahuluan:
Rumusan membincangkan impak pandemic Covid-19 dan usaha untuk
mengurangkan kadar pengganguran di negara kita.

Isi:
Bahan 1 Fokus 1 (impak pandemic Covid-19):
1. Kadar pengganguran di dalam negara semakin meningkat.
2. Pencari-pencari pekerjaan sukar memperoleh pekerjaan yang diingini.
3. Beberapa jenis perniagaan menanggung kerugian.
4. Kawasan-kawasan pelancongan tidak dapat beroperasi.
5. Peningkatan masalah sosial.
6. Masalah jenayah juga dianggap akan menjadi bebanan kepada masyarakat.

Bahan 1 Fokus 2 (Usaha Mengurangkan kadar pengangguran)


1. Mengambil inisiatif dengan membantu penduduk tempatan yang kehilangan
pekerjaan.
2. Tenaga pekerja tempatan mestilah diberi peluang bekerja dalam sektor-sektor
tertentu.

Bahan 2 Fokus 1 (impak pandemic Covid-19):


1. Lebih 800,000 individu kehilangan pekerjaan.
2. Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup.

Kesimpulan:
Kesimpulannya, pelbagai pihak mestilah berganding bahu untuk menangani
kesan Covid-19 agar kehidupan masyarakat pulih seperti biasa.

Rumusan membincangkan impak pandemic Covid-19 dan usaha untuk


mengurangkan kadar pengganguran di negara kita.
Impak Covid-19 ialah kadar pengganguran di dalam negara semakin
meningkat. Selain itu, beberapa jenis perniagaan menanggung kerugian.
Kawasan-kawasan pelancongan juga tidak dapat beroperasi. Di samping itu,
Covid-19 menyebabkan peningkatan masalah sosial. Seterusnya, masalah
jenayah dianggap akan menjadi bebanan kepada masyarakat. Lebih 800,000
individu kehilangan pekerjaan sementara banyak perniagaan yang terpaksa
ditutup. Usaha mengurangkan kadar pengangguran ialah kerajaan mengambil
inisiatif dengan membantu penduduk tempatan yang kehilangan pekerjaan.
Kesimpulannya, pelbagai pihak mestilah berganding bahu untuk menangani
kesan Covid-19 agar kehidupan masyarakat pulih seperti biasa.
( 96 patah
perkataan)

You might also like