You are on page 1of 38

030901-13-0484

KUIH TRADISIONAL KAUM MELAYU DI KAMPUNG MUARA

TUANG,SARAWAK

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti jenis kuih tradisional kaum

melayu di kampung muara tuang. Objektif kajian yang kedua adalah untuk

mengkaji keunikan dan daya tarikan yang ada pada setiap jenis kuih

tradisional kaum melayu di kampung muara tuang. Kajian ini dijalankan di

kampung muara tuang .Pengkaji memilih lokasi tersebut sebagai lokasi kajian

kerana lebih mudah untuk mendapatkan maklumat .Kaedah kajian yang

digunakan untuk mendapatkan maklumat ialah temu bual,pemerhatian, dan

kepustakaan. Seramai 3 orang informan terlibat dalam memberikan maklumat

dalam kerja kursus . Dapatan kajian memnunjukkan bahawa terdapat pelbagai

jenis kuih tradisional kaum melayu di kampung muara tuang. Melalui kajian

ini, diharapkan masyarakat setempat dapat mengekalkan makanan

tradisional .kesimpulannya, kuih tradisional kaum melayu sangat popular

dalam kalangan penduduk kampung muara tuang.

1
030901-13-0484

ISI KANDUNGAN

Bil kandungan Muka surat

Abstrak 1

Isi kandungan 2-3

penghargaan 4-5

1.0 pengenalan 6-8

2.0 Objektif kajian 9

3.0 Lokasi kajian 9-12

4.0 Metodologi kajian 12-15

4.1Reka bentuk kajian

4.2 Cara mendapatkan responden

4.3 Cara mendapatkan maklumat atau data

4.3.1 Temu bual

4.3.2 pemerhatian

4.3.3kepustakaan

4.4Cara memproses dan mempersembahkan

data

4.5 Cara menganalisis data

5.0 Dapatan kajian dan perbincangan 16-31

5.1 Mengenal pasti jenis kuih tradisional

kaum melayu

5.2 Mengkaji faktor-faktor yang

menyebabkan kuih tradisional kaum melayu

semakin dipinggirkan dalam kalangan

2
030901-13-0484

penduduk kampung Muara Tuang,kota

samarahan , Sarawak

6.0 Rumusan kesimpulan 32-33

Rujukan bibliografi 34

Lampiran 35-38

3
030901-13-0484

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kajian bagi

kerja kursus pengajian am yang dibuat ini telah dapat dilaksanakan. Tajuk bagi

kerja kursus ini ialah amalan makanan sewaktu berpantang selepas bersalin

dalam kalangan masyarakat melayu di muara tuang,sarawak. Selain itu, kerja

kursus ini juga penting iaitu merupakan syarat kepada semua pelajar tingkatan

6 untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada guru bagi matapelajaran

pengajian am iaitu Encik Muhammad bin Jaya yang telah banyak membantu

dalam memulakan dan memberi penerangan kepada pengkaji untuk

menjalankan kajian bagi kerja kursus ini..selain itu, tidak lupa juga dititipkan

rasa penghargaan terhadap jasa guru matapelajaran pengajian am kerana

memberi bimbingan untuk mencari maklumat kajian dan juga banyak memberi

nasihat yang amat berguna untuk kerja kursus ini serta bantuan oleh guru dari

semasa ke semasa sama ada ketika susah atau senang dalam menyelesaikan

kerja kursus ini .Jasa beliau akan dikenang hingga ke akhir hayat.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pengetua sekolah menengah

kebangsaan kota samarahan iaitu encik Nayan bin Yamin yang merupakan

individu penting yang membenarkan kajian ini dibuat oleh pelajar tingkatan 6

untuk mendapatkan maklumat bagi menyelesaikan kajian mengenai kerja

kursus pengajian am ini. Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa iaitu

Jaimah binti Jubal dan Faishall bin Roslee kerana memberi sokongan dan

dorongan sepanjang kerja kursus ini disiapkan . sesungguhnya mereka adalah

yang paling banyak berjasa untuk mendorong ke arah kejayaan .

4
030901-13-0484

Akhir kata,seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah

membantu pengkaji secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan

kerja kursus ini. Semoga kerja kursus ini memberi manfaat kepada semua dan

boleh dijadikan bahan rujukan untuk pengkaji-pengkaji akan datang.

5
030901-13-0484

PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum,bangsa, agama dan budaya.

Masyarakat majmuk bebas mengamalkan cara dan gaya hidup masing-masing tanpa

sekatan daripada mana-mana pihak.. Selepas kemerdekaan, perpaduan di antara segenap

anggota masyarakat ini semakin erat dan harmoni. Tambahan pula dengan proses

perbandaran dan migrasi yang semakin pesat berlaku setiap masa. Selain etnik terbesar

melayu,cina dan india, malaysia juga terdiri daripada pelbagai etnik lain seperti orang asli,

iban, bidayuh, kadazan , dusun serta suku bumiputera lainnya yang mendiami Sabah dan

Sarawak.Kepelbagaian ini yang telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu dan

pembentukan Malaysia merupakan hasil perjuangan semua kaum yang berpegang pada

prinsip perpaduan, permuafakatan dan persefahaman antara satu sama lain sekalipun

menjadi sebuah negara yang baru lahir dan bercirikan kepelbagaian .Dengan kepelbagaian

ini, wujudlah pelbagai jenis kuih tradisional

Apabila disebut sahaja tentang kuih-muih melayu ataupun kuih tradisi masyarakat

melayu, selera kita dengan serta merta berasa terliur. Terdapat pelbagai jenis kuih tradisi

di negara kita ini dengan pelbagai nama dan rupa.setiap negeri berkongsi cita rasa yang

sama.Membezakan adalah nama kuih tradisi itu mengikut negeri. Sebut sahaja kuih tradisi

melayu pasti akan terbayang akan keenakan kuih serimuka,kuih karipap, dan kuih cucur

badak. Kuih-muih tradisi ini bukan sahaja popular di kalangan masyarakat melayu bahkan

kaum lain juga amat menggemarinya. Pada zaman dahulu kuih-muih melayu ini hanya

dihasilkan di rumah untuk dinikmati bersama ahli keluarga sahaja tetapi sekarang kuih-

muih selalu dijual di tepi jalan terutamanya kuih-muih tradisional.

6
030901-13-0484
Menurut kamus dewan bahasa edisi keempat , makanan merujuk kepada apa sahaja

yang boleh dimakan. Selain itu, menurut kamus Dewan Bahasa Edisi keempat sosial

bermaksud segala yang berkaitan dengan masyarakat,perihal masyarakat dan

kemasyarakatan. Seterusnya, Budaya bermaksud tamadun, peradaban.

Pengkaji menjalankan kajian ini adalah bagi mengenal pasti jenis kuih tradisional

kaum Melayu di kampung Muara Tuang ,Sarawak dan mengkaji keunikan dan daya

tarikan yang ada pada setiap jenis kuih tradisional kaum Melayu di kampung Muara

Tuang,Sarawak.

Sikap masyarakat yang acuh tak acuh tentang kewujudan kuih tradisional, cara

pembuatannya dan asal usul kuih tersebut.Sikap seperti ini, akan menyebabkan satu hari

nanti asal usul kuih tradisional dilupakan oleh generasi masa depan dan kesannya

kewujudan kuih tersebut akan mula dilupakan.Pengkaji berhasrat dengan kajian ini, kuih

tradisional mendapat tempat di hati masyarakat khususnya di persada dunia.

Kampung Muara Tuang dipilih menjadi lokasi kajian. Lokasi ini dipilih bagi

memudahkan proses kutipan data di samping menjimatkan kos, Hal ini penting kerana

keterbatasan masa dan kos dalam menjalankan kajian ini. Rasional kajian ini dijalankan

kerana ingin mengenal pasti jenis kuih tradisional kaum melayu di kampung Muara

Tuang, Sarawak.Selain itu, tujuan kajian ini juga untuk mengkaji keunikan dan daya

tarikan yang ada pada setiap jenis kuih tradisional kaum Melayu di kampung Muara

Tuang,Sarawak.

Batasan kajian hanya terhad kepada penduduk kampung Muara Tuang.Responden

kajian ini hanya terhad kepada 30 orang penduduk kampung Muara Tuang, maklumat

7
030901-13-0484
kajian diperoleh melalui instrumen yang berbentuk temu bual.Oleh itu maklumat ini

mungkin banyak bergantung kepada kefahaman informan mengenai temu bual dan

kejujuran sampel menjawab soalan-soalan yang diajukan.Hal ini mungkin menjejaskan

sedikit sebanyak tahap realibiliti kajian ini.Namun beberapa langkah telah diambil untuk

memastikan realibiliti kajian terjamin.

Kesimpulannya, keunikan kuih tradisional perlu dikekalkan oleh generasi pada masa

kini agar kewujudan kuih tradisional yang pelbagai jenis tidak lapuk dek hujan lekang dek

panas.Keunikan rasa dan kepelbagaian bentuk kuih tradisional haruslah menjadi

sebahagian daripada identiti masyarakat yang tidak hilang ditelan zaman . Oleh itu,

sebagai generasi muda pengkaji berhasrat agar kajian ini akan menjadi rujukan oleh

generasi akan datang.

8
030901-13-0484

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian secara khususnya adalah untuk:

1. Mengenal pasti jenis kuih tradisional kaum melayu di kampung muara tuang, sarawak

2. Mengkaji faktor- faktor yang menyebabkan makanan tradisional kaum melayu


semakin dipinggirkan dalam kalangan penduduk kampung muara tuang

3.0 LOKASI KAJIAN

Sarawak merupakan wilayah terbesar di Malaysia. Sebelum pembentukan


Persekutuan Malaysia, Sarawak bebas dari kolonial British pada 22 Julai 1963. Pada
peringkat awalnya, Sarawak merupakan sebuah wilayah yang bergabung bersama-

9
030901-13-0484
sama Sabah, Singapura dan Tanah Melayu membentuk satu Persekutuan yang dikenali
sebagai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Akibat masalah ekonomi dan
politik, idea penggabungan diterima oleh masyarakat Sarawak. Sarawak memiliki
kawasan yang terbesar di Malaysia. Sarawak, Labuan dan Sabah dikenali
sebagai Malaysia Timur.

Penghunian manusia yang paling awal di Sarawak di Gua Niah bermula pada 40,000
tahun adalah kaum asal Borneo sendiri .Ini berdasarkan keputusan hasil kajian ke atas
tengkorak purba dan tulang paha yang berusia 40,000 dipercayai ada kaitan dengan orang
asli Borneo sendiri berdasarkan hasil kajian deep skull dan tulang paha dengan orang asli
wanita Iban.

Malahan penemuan Tembikar Iban NUAN atau PENUAN di Gua Niah Sarawak yang
berusia lebih 1000 tahun juga telah membuktikan tentang Peradaban awal manusia di
Pulau Borneo yang sama dengan tembikar tanah buatan Iban sendiri.

Satu siri seramik Cina bertarikh dari abad ke-8 hingga ke-13 Masihi telah ditemui di
tapak arkeologi Santubong. Wilayah pesisir Sarawak berada di bawah pengaruh Empayar
Brunei pada abad ke-16. Pada tahun 1839, James Brooke, seorang penjelajah British, tiba
di Sarawak. Beliau dan keturunannya memerintah negeri itu dari 1841 hingga 1946.
Semasa Perang Dunia II, ia diduduki oleh Jepun selama tiga tahun. Selepas perang, Rajah
Putih yang terakhir, Charles Vyner Brooke, menyerahkan Sarawak ke Britain, dan pada
tahun 1946 ia menjadi Koloni Mahkota British. Pada 22 Julai 1963, Sarawak diberikan
kerajaan sendiri oleh British dan kemudiannya menjadi salah seorang anggota
pengasas Persekutuan Malaysia, yang ditubuhkan pada 16 September 1963. Namun,
persekutuan itu ditentang oleh Indonesia yang membawa kepada konfrontasi selama tiga
tahun. Penciptaan Persekutuan juga mengakibatkan pemberontakan komunis yang
berlangsung hingga tahun 1990.

Ketua negara adalah Gabenor, juga dikenali sebagai Yang di-Pertua Negeri, manakala
ketua kerajaan adalah Ketua Menteri. Sarawak dibahagikan kepada bahagian pentadbiran,
dan daerah-daerah, yang dikawal oleh sebuah sistem yang dimodelkan dengan teliti
pada sistem parlimen Westminster dan merupakan sistem perundangan negeri terawal di
Malaysia.Sumber semula jadi Sarawak mengkhususkan dalam
eksport minyak dan gas, kayu dan kelapa sawit, selain memiliki sektor perkilangan,
tenaga dan pelancongan yang kuat. Fenomena ini bersifat etnik, budaya, dan linguistik;
Kumpulan etnik utama termasuk Iban, Melayu, Cina, Melanau, Bidayuh dan Orang Ulu.
Bahasa Melayu dan Inggeris adalah dua bahasa rasmi negeri ini; Tidak ada agama rasmi.

10
030901-13-0484

Kota Samarahan dahulunya merupakan sebuah daerah kecil yang dikenali sebagai
"Muara Tuang" dan ketika itu ia di bawah pentadbiran Daerah Kuching. Pada tahun 1983,
Daerah Kecil Muara Tuang telah dinaikkan taraf menjadi daerah penuh dan telah
dinamakan sebagai Daerah Samarahan. Pada tahun 1987, Samarahan telahpun dinaikkan
taraf sebagai bahagian yang kelapan di negeri Sarawak yang dimana ia telah gabungan
daerah Serian, Simunjan dan Asajaya untuk membentuk sebuah bahagian yang dinamakan
sebagai Bahagian Samarahan. Pada 1 Oktober 2015, Daerah Serian telah dipisahkan
sepenuhnya daripada Bahagian Samarahan.

11
030901-13-0484

Kampung Muara Tuang terletak di daerah Kota Samarahan, Sarawak yang terletak
20.3 kilometer dari bandar Kuching dan mengambil masa selama 29 minit untuk sampai
dengan menaiki pacuan empat roda. Nama Muara Tuang berasal daripada faktor
geografinya yang berada di muara Sungai Batang Samarahan. Perkataan “Tuang” pula
diambil kerana menurut cerita warga emas kampung tersebut, air sungai muaranya seolah-
olah keluar mengalir keanak-anak sungai berhampiran. Kampung ini dipimpin oleh
penghulu yang bernama Haji Sanyut Shazali Bin Haji Lias. Pada tahun 2008, jumlah
penduduk di kampung ini seramai 1068 orang penduduk dan terbahagi kepada 117 buah
keluarga.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi merupakan satu kaedah yang digunakan untuk melaksanakan ke atas


subjek tertentu mengikut disiplin yag teratur. Tujuannya adalah untuk menghasilkan
kajian yang bermutu. Pengkaji akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel
kajian,berasan kajian,instrumen kajian dan prosedur analisis data bagi menjawab
persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal.Selain itu,metodologi
kajian juga boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan
data yang sah dan dipercayai.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian memberi gambaran tentang kerangka, perancangan atau strategi
yang menentukan prosedur kajian. Aspek-aspek reka bentuk merangkumi pendekatan
kajian, kaedah pensampelan,pengumpulan dataserta teknik memproses dan menganalisis
data.Pengunaan reka bentuk borang soal selidik secara langsung adalah sesuai kerana
lebih senang ditadbir,diurus dan datanya juga boleh dianalisa secara sistematik manakala
pelaksanaan temubual juga akan dilaksanakan secara langsung.

4.2 CARA MENDAPATKAN RESPONDEN


Pengkaji telah pergi ke kampung muara tuang kerana disinilah terletaknya lokasi
kajian.Tujuan pengkaji pergi ke lokasi tersebut adalah untuk mendapatkan respondan bagi
membantu pengkaji memperoleh data yang penting dalam penulisan kerja kursus ini.

12
030901-13-0484
Bagi mendapatkan respondan secara rawak yang bertujuan untuk mengkaji,pengkaji
mengedarkan borang soal selidik dan menjalankan temubual dengan sesiapa sahaja yang
berada di lokasi tersebut .

4.3 CARA MENDAPATKAN MAKLUMAT ATAU DATA


Cara mendapatkan maklumat atau data adalah dengan menggunakan 3 respondan dan
melaksanakan pemerhatian di lokasi kajian. Instrumen kajian adalah bersifat kajian
kuantitatif dan kualitatif.

4.3.2 TEMU BUAL

Temubual telah dijalankan di antara pengkaji dengan informan bagi mendapatkan


maklumat secara langsung dan secara lebih mendalam tentang tajuk kajian pengkaji.
Bahasa yang mudah, jelas dan ringkas digunakan semasa sesi temubual dijalankan.
Pengkaji menjalankan sesi temubual dalam keadaan selesa dan pengkaji juga berwatak
sebagai pendengar yang baik. Soalan yang ditanya oleh pengkaji adalah berdasarkan
objektif kajian.

Temubual berstruktur telah dilakukan dengan soalan-soalan yang telah dirangka


dengan ramalan jawapan yang mungkin diberi oleh informan. Alat perakam suara telah
digunakan untuk merakam perbualan antara pengkaji dengan informan.Rakaman ini perlu
untuk memastikan maklumat yang disampaikan dapat dicatat dengan sepenuhnya. Alat
perakam ini juga membantu agar tidak kehilangan maklumat yang telah diberikan . Selain
itu,rakaman tersebut juga penting sebagai bukti proses temubual adalah benar benar
berlaku.

13
030901-13-0484

Sumber:Kajian Lapangan 2022

14
030901-13-0484
4.3.3 PEMERHATIAN

Kaedah pemerhatian telah digunakan bagi mendapatkan gambaran sebenar atau


secara langsung ke atas perkara-perkara yang dikaji.pengkaji telah memerhati sendiri
peranan masyarakat dalam mengekalkan keunikan kuih tradisional kaum melayu di
kampung Muara Tuang.Pengkaji akan menyediakan borang pemerhatian untuk
memerhati dan mengananlisis dapatan kajian .Pengkaji mencatatkan item-item yang
diperhatikan dan mengambil gambar-gambar yang berkaitan. Sesi pemerhatian telah
dijalankan di kampung muara tuang .

4.3.4 KEPUSTAKAAN

Instrumen kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan ilmiah bertulis yang
telah diterbitkan seperti buku teks, bahan rujukan, majalah dan kamus bagi mendapatkan
maklumat tambahan berkaitan dengan tajuk kajian pengkaji. Maklumat data sekunder ini
telah diperoleh daripada perpustakaan. Sumber rujukan adalah penting bagi menyokong
hujah-hujah isi utama bagi menyempurnakan kajian ini. Sumber rujukan digunakan untuk
membantu mengenal pasti kesahihan maklumat yang diperoleh disamping sebagai bahn
informasi tambahan.

Di samping itu, pengkaji juga telah membuat rujukan internet . kaedah ini adalah
menjadi kaedah tambahan kepada kajian agar mendapat skop yang dikehendaki. Rujukan
internet merupakan kaedah moden zaman ini bagi melengkapkan maklumat yang
diperoleh. Rujukan internet banyak membantu kerana melalui medium ini pengkaji dapat
melihat informasi kajian daripada pelbagai prespektif yang berbeza.

4.5 CARA MENGANALISIS DATA

Pengkaji menganalisis data-data yang dikutip daripada kaedah-kaedah yang


dijalankan .Data-data tersebut dianalisis secara kualitatif . Data yang telah dikumpul oleh
pengkaji dipersembahkan melalui gambar yang telah diambil di kampung Muara Tuang
berikutan dengan penjelasan yang berkenaan dengan objektif kajian. Data-data yang
diperoleh melalui temu bual ,pemerhatian, internet dan buku-buku cetak akan dimasukkan
ke dalam penjelasan sebagai sokongan.

15
030901-13-0484
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan temu bual serta
tindak balas responden terhadap borang soal selidik berkaitan kajian.Respondan terdiri
daripada penduduk kampung muara tuang .Pemilihan respondan adalah secara rawak bagi
mewujudkan variasi pendapat responden yang berlainan latar belakang.

5.1 MENGENAL PASTI JENIS KUIH TRADISIONAL KAUM MELAYU DI


KAMPUNG MUARA TUANG,SARAWAK

5.1.1 KUIH BONGKOL

Sumber: Kajian Lapangan 2022

Gambar di atas merupakan salah satu jenis kuih tradisional kaum melayu di kampung
muara tuang yang dikenali sebagai kuih Bongkol.Kuih asli masyarakat Melayu Sarawak
ini memang terkenal sejak dulu lagi, Kuih Bongkol hanya dihasilkan daripada tepung
beras, santan dan gula apong yang diadun, Sebelum dimasukkan ke dalam daun pisang
dan dikukus. Rasanya enak, lembut dan manis. Namun selain perasa gula apong, ada juga
perasa gula pasir dan berperisa pandan. Pendek kata, kuih bongkol memang berada pada
carta paling atas dalam kalangan kuih muih tradisional di Sarawak,setiap kali Ramadan.
Tidak lengkap rasanya juadah berbuka, tanpa kehadiran kuih Bongkol. Kuih ini
merupakan kuih yang popular di negeri Sarawak.

16
030901-13-0484
Berdasarkan pemerhatian saya, Masyarakat zaman ini kurang berminat dalam
pembuatan kuih Bongkol ini yang dianggap rumit dan leceh. Berbanding dengan kuih
moden, kuih tradisional jenis ini kurang mendapat tempat dihati golongan remaja dan
kanak-kanak khususnya. Kuih Bongkol majoritinya hanya diminati oleh golongan yang
lebih berusia. Kuih tersebut lazimnya kerap diperoleh dan popular terutama pada bulan
Ramadan dan majils-majlis kenduri tertentu sahaja .

Melalui temubual saya dengan penduduk di sekitar kampung muara tuang,saya


mendapati bahawa kuih Bongkol kurang popular dalam kalangan penduduk kampung
muara tuang pada Ketika ini.Kebanyakan responden berpendapat bahawa kuih tersebut
sukar diperoleh lagi dan proses pembuatannya yang agak rumit menyebabkan mereka
kurang berminat untuk mempelajari penghasilan kuih ini. Walau bagaimanapun, kuih
Bongkol masih menjadi pilihan penduduk kampung Ketika musim perayaan, majlis
kesyukuran dan pada bulan ramadan.

Berdasarkan pemerhatian dan temubual, kuih Bongkol semakin kurang mendapat


tempat dihati masyarakat terutama golongan kanak-kanak dan remaja. Oleh itu, kuih
tradisional ini perlu diperkenalkan lagi dengan kreativiti dan sedikit inovasi seiring
dengan peredaran zaman. Sebagai legasi melayu, golongan remaja perlu didedahkan
dengan cara pembuatan dan rasa kuih tersebut sejak kecil di samping pendedahan
terhadap kepentingan kuih Bongkol yang unik dari segi bentuk dan rasanya yang
tersendiri.

17
030901-13-0484
5.1.2 KUIH CELOROT

Sumber:Kajian Lapangan 2022

Kuih celorot merupakan antara kuih tradisional masyarakat Melayu Sarawak.


Makanan ini selalu mejadi menu untuk sarapan pagi, dihidang semasa pengilan
(kenduri) mahupun musim perayaan. Kuih ini diminati oleh semua golongan bukan hanya
kerana rasanya yang sedap malah tekstur isinya juga lembut. Antara bahan yang
diperlukan untuk membuat kuih celorot adalah beras pulut, gula apong dan santan.
Gula apong digunakan sebagai pemanis kuih dan mengekalkan rasanya yang asli
tanpa campuran bahan yang lain. Sarung kuih pula diperbuat daripada daun
nipah muda yang akan digulung memanjang. Semasa proses membuat sarung
kuih, kemahiran menggulung diperlukan agar sarung yang dibuat tidak bocor apabila
dimasukkan adunan kuih (Muhamad Fadzllah Haji Zaini, 2014). Di kampung-
kampung, kuih tradisi ini dijual dengan harga yang murah iaitu 3 biji hanya RM3.

Kos pembuatannya tidak memerlukan modal yang banyak kerana menggunakan


bahan yang mudah didapati di sekeliling kampung. Antara bahan yang diperlukan untuk
membuat kuih celorot adalah beras pulut ,gula apong dan santan. Gula apong
digunakan sebagai pemanis kuih dan mengekalkan rasanya yang asli tanpa campuran

18
030901-13-0484
bahan yang lain. Sarung kuih pula diperbuat daripada daun nipah muda yang akan
digulung memanjang. Semasa proses membuat sarung kuih, kemahiran menggulung
diperlukan agar sarung yang dibuat tidak bocor apabila dimasukkan adunan kuih.

Daripada pemerhatian, Kuih celorot masih popular dalam kalangan kaum melayu di
kampung muara tuang.kuih tersebut akan dihidangkan setiap kali majlis-majlis keramaian
seperti kenduri kahwin, kenduri kesyukuran dan majlis sambut bayi.Kuih tersebut masih
menjadi pilihan kerana rasa klasik dan unik serta reka bentuk yang menarik. Berbanding
kuih tradisional lain, kuih Celorot masih mendapat tempat dihati golongan kanak-kanak
dan remaja. Tekstur kuih ini yang lembut menarik minat kanak-kanak kerana mudah
dinikmati dan senang dihadam.

Berdasarkan temubual dengan responden yang terdiri daripada penduduk kampung


Muara Tuang, masyarakat kampung ini masih meminati kuih Celorot. Hal ini terbukti
dengan penglibatan Persatuan Wanita Kampung ini yang masih mengadakan aktiviti
khusus untuk pembuatan kuih-kuih tradisional kampung terutama kuih celorot yang
menjadi perhatian semua golongan masyarakat. Terdapat juga penduduk kampung yang
telah menginovasikan perisa celorot tersebut kepada perisa yang lebih moden. Namun
begitu, perisa asli kuih ini masih menjadi pilihan utama masyarakat.

Kesimpulannya, berdasarkan pemerhatian dan temubual kuih celorot masih popular


dalam kalangan masyarakat kampung Muara Tuang.Kuih ini kekal menjadi pilihan semua
golongan masyarakat terutama Ketika musim keramaian.Pada umumnya, kuih celorot asli
masih memikat citarasa kerana keunikannya dan bentuk yang menarik.Pelbagai inisiatif
perlu dilaksanakan dalam usaha mengekalkan keaslian kuih tradisional tersebut agar tak
lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

5.1.3 KUIH PELITA

19
030901-13-0484

Sumber: Kajian Lapangan 2022

Kuih tepung pelita merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang masih popular
dalam kalangan masyarakat. Berbeza dengan kuih tako yang diletakan dalam daun
pandan, kuih tepung pelita dimasak dalam acuan bekas daun pisang.Namun begitu, Kuih
ini popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura Tepung pelita merupakan
sejenis kuih yang manis tetapi tidak tahan lama.Tepung pelita pada asasnya dibuat
daripada santan dan tepung beras dan dimasak dalam bekas yang diperbuat daripada daun
pisang. Di tengah-tengahnya pula diisi dengan air gula yang menjadikannya rasa lemak
manis. Kuih ini mudah rosak dan tidak tahan lama disimpan pada suhu bilik. Kuih ini
akan tahan lama 2 hingga 3 hari jika disimpan dalam peti sejuk.

Pada asasnya tepung pelita terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian atas atau
dikenali sebagai kepala, Tekstur kuih yang lembut dan dibuat daripada santan serta
bewarna putih. Bahagian bawahnya pula dibuat daripada tepung beras dan biasanya
bewarna kehijauan dan lebih keras sedikit dari bahagian atas tetapi masih dibuat lembut.
Kuih ini, sejenis kuih manis dan amat digemari di pantai timur. Namun begitu, kuih ini
juga masih popular dalam kalangan masyarakat Melayu Sarawak.

Berdasarkan pemerhatian terhadap penduduk kampung Muara Tuang, kuih pelita


Berjaya menambat hati semua golongan masyakat kampung ini. Hal tersebut dapat

20
030901-13-0484
dibuktikan apabila kuih Pelita turut dijual dikebanyakkan gerai kuih-muih yang ada di
sekitar kampung. Selain itu, kuih pelita juga turut dijadikan juadah dalam sarapan di
samping sering dijadikan buah tangan Ketika mengunjungi sanak saudara. Kuih ini,
mudah didapati walaupun tidak tahan lama.

Berdasarkan temubual Bersama responden, kuih Pelita digemari ramai kerana tekstur
yang lembut dan rasanya yang unik. Keaslian kuih Pelita masih dikekalkan agar generasi
muda dapat menikmati rasa kuih yang asli. Daripada temubual ini juga, pengkaji dapat
mengenal pasti bahawa kuih pelita masih menjadi pilihan semua golongan masyarakat
kampung ini. Kuih tersebut kekal menjadi pilihan hidangan pencuci mulut dalam majlis-
mjlis keramaian di kampung Muara Tuang.

Kesimpulannya, Kuih Pelita masih popular dan diminati oleh generasi sekarang apa
lagi dengan adanya inovasi perisa dan warna kuih ini. Rasa kuih ini yang unik
menyebabkan kuih tersebut masih menjadi perhatian tidak mengira waktu dan tempat.
Generasi zaman ini juga menunjukkan minat dengan pembuatan kuih tersebut malah ada
dalam kalangan penduduk yang menjadikan kuih ini sebagai sumber pendapatan
tambahan.

5.1.3 KUIH BAHULU

21
030901-13-0484

Sumber: Kajian Lapangan 2022

Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang
biasanya sangat terkenal terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian. Walaupun
demikian, ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasar raya-pasar raya pada bila-bila
masa kerana sambutan yang menggalakkan. Secara amnya kuih bahulu terdiri daripada 3
jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu
lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah daripada
pembuat kuih tradisional.. Bahulu pada umumnya tidak sama dengan kek kerana bahulu
adalah sejenis kuih.

Cara membuat ketiga-tiga jenis kuih bahulu tersebut agak mudah dan memerlukan
resipi yang ringkas iaitu telur, tepung gandum, gula pasir, sedikit minyak masak/minyak

sapi. Bahulu lapis dan gulung ditambah jem atau kaya. Kuih bahulu adalah resepi kuih
raya tradisional yang dibuat menggunakan bahan-bahan yang amat ringkas iaitu telur gula
dan juga tepung. Selalunya, cara tradisional pembuatan bahulu adalah dibakar
menggunakan bara sabut kelapa yang diletakkan di bahagian atas dan juga di bahagian

22
030901-13-0484
bawah acuan. Pembuatannya agak rumit kerana tepungnya juga dijemur sehingga menjadi
ringan, telur pula dipukul bersama gula sehingga kembang menggunakan tangan.Sesiapa
saja yang pernah mengalami pembuatan bahulu ini akan tahu betapa rumitnya proses
membuatnya. Namun begitu, kini pembuatannya lebih mudah untuk disediakan.
Pembuatan kuih ini telah diinovasi dan lebih praktikal untuk dilakukan pada zaman
moden. Caranya juga lebih ringkas dan menjimatkan masa.

Berdasarkan pemerhatian terhadap penduduk kampung Muara Tuang, kuih Bahulu


amat mudah diperoleh di gerai-gerai kecil dan kedai-kedai runcit sekitar kampung. Kuih
tersebut masih terkenal dalam semua lapisan penduduk kampung ini. Menurut penduduk
kampung, reka bentuk kuih Bahulu yang menarik dan pelbagai menarik minat penduduk
terutama golongan kanak-kanak. Kuih Bahulu juga mudah dibawa kemana-mana sebagai
buah tangan dan dijadikan bekal.Kuih ini juga dijadikan hidangan pada musim-musim
perayaan dan majlis-majlis keramaian.

Melalui temubual Bersama respondan, kuih Bahulu menarik minat masyarakat


kampung disebabkan kuih ini mudah didapati dan pembuatannya yang tidak rumit. Kos
pembuatan dan harga kuih bahulu ini juga amat berpatutan. Reka bentuk kuih yang
bervariasi sangat menarik perhatian terutama golongan kanak-kanak. Bentuk kuih Bahulu
yang pelbagai seperti bentuk bunga, ikan, siput dan burung menjadi daya penarik kuih ini
menjadi popular. Selain itu, rasa kuih bahulu yang lembut dengan pelbaga perisa
memuatkan kuih tradisional ini menjadi perhatian.

Kesimpulannya, daripada pemerhatian dan temubual yang dibuat, kuih Bahulu adalah
satu daripada jenis kuih tradisional yang masih popular dalam kalangan semua golongan
penduduk kampung Muara Tuang. Cara pembuatan yang mudah, rasa yang sedap, kos
yang murah dan reka bentuk yang pelbagai menjadi daya penarik kepopularan kuih
tersebut. Oleh itu, walaupun telah diinovasi rasa, warna dan bentuk, namun tidak menjadi
halangan kepada penggemar kuih ini untuk menikmatinya. Namun begitu, keaslian kuih
ini masih dikekalkan agar warisan kuih tradisional tidak luput ditelan zaman.

5.1.4 KUIH SERI MUKA

23
030901-13-0484

Sumber:Kajian Lapangan 2022

Kuih Seri Muka merupakan salah satu daripada kuih tradisional dalam kalangan
masyarakat melayu di negara kita. Suatu ketika dulu kui ini menjadi pilihan utama untuk
majlis-majlis keramaian. Kuih tersebut juga sesuai untuk dijadikan hidangan ketika
sarapan pagi mahupun minum petang. Keistimewaan kuih ini adalah pulut yang telah
dikukus kemudiannya dilapiskan dengan campuran tepung, gula dan santan di bahagian
atasnya serta dikukus hingga masak. kuih seri muka ini boleh juga didapati dalam dua
warna samada hijau ataupun coklat.

Seri muka atau Puteri Salat ialah sejenis kuih talam dan pencuci mulut dua
lapis Melayu dar Banjar dengan pulut kukus membentuk lapisan bawah dan lapisan
kastard hijau dibuat dengan jus pandan (sebab itu warna hijau).Santan ialah ramuan utama
untuk membuat kuih ini. Santan digunakan untuk memberi rasa krim apabila masak pulut
dan membuat lapisan kastard. Kuih ini didapati di Indonesia (terutamanya di Kalimantan
Selatan

Berdasarkan pemerhatian di sekitar kampung Muara Tuang, Kuih seri muka masih
popular sebagai hidangan Ketika majlis keramaian dan juadah sarapan penduduk
kampung. Permukaan kuih yang licin dan lembut menarik minat masyarakat terutama
golongan tua dan kanak-kanak untuk menikmatinya. Rasa kuih yang agak manis juga
menjadi pemangkin golongan tersebut memilih kuih ini sebagai juadah. Warna kuih
dengan lapisan yang unik juga dapat menarik perhatian golongan kanak-kanak untuk

24
030901-13-0484
menikmatinya. Kuih Seri muka mudah diperoleh di sekitar kampung Muara Tuang kerana
lebih ramai penduduk yang cekap membuat kuih tersebut.

Berdasarkan temubual saya dengan penduduk di kampung muara tuang, penduduk


kampung muara tuang sangat minat dengan kuih seri muka kerana keenakannya yang
tidak terkira.Oleh itu kuih tersebut sentiasa dicari-cari . Menurut mereka juga. Tekstur
kuih yang lembut dengan warna menarik(hijau) memperlihatkan keaslian kuih tersebut.
Pada pendapat mereka, kuih ini mudah dibuat dan bahannya juga senang didapati dengan
kos yang murah.Kebanyakan Wanita kampung ini, pandai membuat kuih seri muka
memandangkan resepi kuih yang mudah diperoleh di media-media social.\

Kesimpulannya, dapatan daripada pemerhatian dan temubual menunjukkan bahawa,


kuih Seri muka masih terkenal dalam kalangan penduduk kampung Muara Tuang. Kuih
ini masih popular Ketika musim perayaan dan majlis keramaian dalam semua golongan
masyarakat kampung. Namun begitu, kuih tersebut telah mengalami proses inovasi seiring
dengan peredaran zaman. Walau bagaimanapun, golongan tua kampung ini masih
mengekalkan keaslian rasa dan reka bentuknya agar resepi asal tidak hilang ditelan
zaman. Pada tahun 2009, Jabatan Warisan Negara Malaysia mengisytiharkan seri muka
sebagai satu daripada 100 makanan dan minuman warisan Malaysia.

25
030901-13-0484
5.2 Mengkaji Faktor-Faktor yang menyebabkan kuih tradisional kaum melayu semakin
dipinggirkan dalam kalangan penduduk kampung Muara Tuang,kota
Samarahan ,Sarawak.

Kuih Melayu tradisonal makin dilupakan dari semasa ke semasa oleh segelintir
masyarakat terutama golongan muda. Mereka tidak lagi menganggap kuih tradisional ini
sebagai hidangan harian mereka ketika sarapan dan minum petang. Namun begitu, masih
ada segelintir masyarakat yang berusaha mengekalkan keaslian kuih tradisional Melayu
dan memperkenalkan di mata orang luar. Berdasarkan pemerhatian dan temubual bersama
respondan di kampung Muara Tuang, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kuih
tradisional makin dipinggirkan oleh masyarakat setempat khususnya.

5.2.1 Perubahan Citarasa Masyarakat zaman moden

Citarasa masyarakat zaman ini semakin berubah menyebabkan rasa kuih Melayu
tradisional kurang menarik perhatian. Pengaruh citarasa daripada luar negara seperti
Eropah, Korea dan Jepun menjadi cabaran untuk mengekalkan citarasa tradisional kuih
Tradisional Melayu. Disebabkan faktor tersebut Kuih Melayu tradisional seperti kuih
Bongkol, Celorot dan Kuih Pelita kurang menarik perhatian masyarakat modan terutama
golongan muda dan kanak-kanak.

Berdasarkan pemerhatian terhadap penduduk kampung Muara Tuang, Walaupun kuih


muih tradisional dijual di gerai-gerai kecil sekitar kampung, hanya generasi tua yang
berminat untuk membelinya. Golongan kanak-kanak dan muda tidak begitu berminat.
Menurut mereka, rasa kuih yang manis dan tekstur yang lembut menyebabkan mereka
tidak minat untuk menikmatinya. Contonya, kuih seri muka, kuih Penyaram dan Bongkol.
Selain itu, kuih muih tradisional seperti ini sukar untuk dibawa ke mana-mana sebagai
jika dijadikan bekalan. Golongan muda menganggap, kuih Melayu tradisional tidak sesuai
dengan citarasa mereka.

Menurut temubual bersama respondan pertama, terdapat pelbagai kuih tradisional


yang terkenal di kampung Muara Tuang seperti kuih Bongkol, kuih Penyaram, kuih
Bahulu. Respondan pertama menyatakan bahawa kuih Penyaram dan kuih Celorot
merupakan kuih yang unik di kampung muara tuang kerana bentuk kuih yang unik
menarik perhatian orang ramai. Bentuk kuih-kuih tradisional tersebut melambangkan

26
030901-13-0484
betapa kreatifnya pencipta kuih tersebut pada zaman dahulu. Namun begitu, Kebanyakan
penduduk terutama golongan muda kurang berminat untuk menikmati kuih-kuih tersebut
kerana citarasa yang tidak menepati selera mereka.

Kesimpulannya, Perubahan citarasa penduduk yang berubah seiring peredaran zaman


telah menyebabkan kuih muih Melayu tradisional semakin terpinggir. Generasi muda
khususnya kurang menggemari rasa dan tekstur kuih Melayu tradisional. Bentuk menarik
dan unik tidak Berjaya sepenuhnya menarik minat para generasi muda untuk menggemari
kuih muih tradisional jenis ini. Citarasa mereka lebih kepada jenis kuih yang ringan,
mudah di bawa dan tidak melecehkan bagi mereka. Bagi mengelakkan daripada kuih muih
tradisional dipinggirkan, promosi dan usaha yang lebih giat perlu dilaksanakan.

5.2.2 Proses Pembuatan Kuih yang dianggap Rumit

Di samping itu,pada zaman moden ini, proses pembuatan kuih kebanyakannya


menggunakan mesin khas untuk membuat kuih. Faktor kesuntukan masa, tenaga yang
terhad dan kos juga menjadi pemangkin kepada masyarakat meminggirkan kuih-kuih
melayu tradisional. Mereka beranggapan kuih-kuih tradisonal seperti kuih Bongkol,
Celorot dan kuih Pelita amat sukar penghasilannya kerana memerlukan kreativiti tertentu
untuk menghasilkan sarung kuih.

Daripada tinjauan dijalankan di sekitar kampung Muara Tuang, kebanyakan


penduduk kampung tidak begitu berminat untuk mempelajari cara pembuatan kuih
Melayu seperti kuih Bongkol, Celorot dan kuih Pelita. Pada pendapat mereka, proses
pembuatan yang rumit dan mengambil masa yang lama menyebabkan mereka kurang
meminatinya. Generasi muda pula menganggap bahawa kaedah moden dalam pembuatan
kuih muih lebih berkesan serta menjimatkan masa dan tenaga. Berdasarkan pemerhatian
juga,hanya segelintir penduduk kampung yang terdiri daripada generasi lama yang masih
cekap dalam kaedah pembuatan kuih muih tradisional Melayu ini.

Berdasarkan temubual bersama respondan kedua, terdapat pelbagai kuih tradisional


yang dikenalinya di kampung muara tuang contohnya, kuih Bongkol,kuih Pelita, kuih
buah Melaka dan kuih Celorot. Respondan kedua menyatakan bahawa kuih tradisional
yang paling unik di kampung muara tuang ialah kuih Bongkol kerana kuih Bongkol jarang
dijumpai di Semenanjung Malaysia. Kuih bongkol dianggap unik kerana cara pembuatan

27
030901-13-0484
sarungnya yang menarik , kreatif dan juga dari segi rasanya yang berbeza daripada yang
lain.

Kesimpulannya, Proses pembuatan kuih tradisional yang rumit menjadi faktor lain
yang menyebabkan kuih tradisional semakin terpinggir. Kebanyakan kuih moden Ketika
ini dihasilkan menggunakan mesin khas pengadun kuih. Proses seperti ni memudahkan
dan menjimatkan masa dan tenaga. Dalam proses pembuatan kuih tradisional seperti
Bongkol, pembuatnya perlu mendapatkan daun pisang untuk membuat sarung kuih,
kemudian, daun pisang itu perlu dibentuk seperti yang dikehendaki. Bagi generasi muda,
proses seperti ini sangat remah dan memerlukan masa. Oleh itu, untuk mengekalkan
supaya kuih seperti ini tidak dilupakan, generasi muda perlulah diberikan pendedahan
sejak awal lagi. Seiring dengan peribahasa, Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya.

5.2.3 Kuih Melayu Tradisional yang Tidak Tahan Lama disimpan.

Selain itu,Kebanyakan jenis kuih Melayu tradisonal tidak tahan disimpan pada suhu
bilik. Keadaan ini menyebabkan tidak ramai yang berminat untuk membeli atau membuat
kuih seperti ini. Contohnya, kuih Seri Muka, Kuih Pelita dan kuih Bongkol. Bahan asas
kuih-kuih tersebut ialah santan kelapa yang menyebabkan kuih sepert ini tidak tahan lama
atau mudah basi. Hal ini menyebabkan kuih muih tradisional sukar untuk di bawa ke
mana-mana dalam tempoh yang lama.

Berdasarkan temubual bersama respondan ketiga, respondan berpendapat bahawa


antara kuih tradisional yang beliau fikirkan unik ialah kuih Bongkol,kuih celorot,kuih
penyaram dan kuih Seri Muka.Menurut beliau lagi, kuih yang paling unik ialah kuih
Bongkol. Keunikan kuih tradisional itu terletak pada rasa kuih yang lemak manis dan
digunakan untuk membuat kuih tradisional tersebut. Pada pendapat respondan
kebanyakan kuih tradisional di sarawak menggunakan gula apong dan santan sebagai
bahan asas penyedap rasa. Bahan itulah yang memperlihatkan keunikan dalam masakan
setiap jenis kuih tradisional Sarawak. Bahan seperti santan memberikan rasa lemak pada
kuih. Namun, kuih tidak tahan lama apabila disimpan.

Melalui pemerhatian di sekitar kampung Muara Tuang, Kuih-kuih tradisional seperti


kuih Seri Muka dan kuih Pelita hanya akan dijual pada masa waktu pagi atau petang,
Tempoh masa jualan pun sangat terhad. Keadaan tersebut menunjukkan bahawa kuih

28
030901-13-0484
muih yang berasaskan santan tidak tahan lama disimpan terutama pada suhu bilik.Kuih
seperti ini hanya boleh bertahan jika dimasukkan ke dalam peti sejuk. Namun begitu,
tempoh ketahananya juga terhad. Faktor ketahanan inilah menyebabkan kuih-kuih
tradisional tidak diminati dan dipinggirkan oleh generasi muda.

Kesimpulannya, Faktor ketahanan kuih juga memainkan peranan penting demi


memastikan kuih-kuih Melayu tradisional tidak terpinggir dan ditelan zaman. Pihak-pihak
yang bertanggungjawab seperti Kementerian kebudayaan dan Warisan perlu
menggembeling tenaga dalam usaha mengekalkan kewujudan kuih muih tradisional
tersebut. Inovasi untuk mengekalkan ketahanan kuih pada zaman moden ini perlu
dilakukan agar keaslian kuih tidak terjejas.

5.2.4 Pasaran Yang Terhad

Tidak dinafikan bahawa, pasaran untuk kuih-kuih melayu tradisonal amat terhad
memandangkan kebanyakan kuih tidak tahan lama dan proses pembuatan yang
rumit .Pasaran terhad di kawasan-kawasan setempat sahaja. Jika dibandingkan dengan
kuih-kuih moden seperti kek lapis, kuih seperti kuih Bongkol dan Celorot kurang
mendapat tempat di pasaran luar.Oleh itu, pembuatan kuih-kuih melayu tradisional kurang
menarik minat masyarakat dan tidak mendapat tempat di pasaran antarabangsa, Di
Malaysia, belum ada inisiatif khusus untuk pasaran kuih-kuih Melayu tradisional basah
dipasarkan di persada antarabangsa.

Berdasarkan temubual daripada respondan ketiga, agak mustahil untuk memasarkan


produk-produk basah seperti kuih-kuih Melayu tradisional jika tiada inovasi untuk
mengekalkan ketahanan kuih tersebut tanpa menjejaskan keasliannya. Masih belum ada
kajian dan inisiatif daripada mana-mana pihak menangani isu ini. Buat masa ini, hanya
kuih Bahulu yang boleh dipasarkan hingga peringkat antarabangsa kerana dianggap kuih
kering tradisional. Oleh itu, bagi mengekalkan makanan tradisional seperti ini, pelbagai
pihak perlu bejkerjasama dalam menangani cabaran tersebut. Keunikan dan keaslian kuih
perlu dikekalkan.

Daripada pemerhatian yang dijalankan yang dibuat di kampung Muara Tuang,


pasaran kuih-kuih tradisional amat terhad. Sekitar gerai-gerai kampung juga amat sukar
untuk mendapatkan bekalan kuih-kuih seperti Bongkol dan Celorot. Menurut pandangan

29
030901-13-0484
penduduk kampung, kuih muih tradisonal ini sukar dipasarkan atau dijual memandangan
permintaan amat terhad. Generasi muda sekarang lebih gemar menempah kuih muih yang
agak tahan lama dan praktikal untuk di bawa ke mana-mana seperti kek, pau dan
Takoyaki. Kuih-kuih tradisional yang basah amat kurang mendapat perhatian . Oleh itu,
para peniaga mengurangkan penjualan terhadap kuih-kuih tradisional seperti itu. Bagi
mereka penjualan kuih-kuih tradisional yang kurang mendapat tempahan hanya akan
merugikan. Lazimnya, mereka hanya akan menjual kuih-kuih tersebut jika menerima
tempahan khusus untuk majlis-majlis keramaian.

Kesimpulannya, Kuih-kuih tradisional Melayu amat terhad pasarannya disebabkan


oleh faktor ketahanan memandangkan iklim negara kita yang panas dan lembab sepanjang
tahun. Walaupun kuih-kuih tersebut unik namun, generasi zaman ini kurang berminat
dengan rasa dan tekstur kuih yang basah dan lembut.Permintaan kuih-kuih seperti ini amat
terhad pada masyarakat setempat sahaja. Oleh itu, jika kita tidak mahu kuih-kuih
tradisional terus terpinggir, perlu ada inisiatif untuk menangani masalah pasaran ini
supaya boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

5.2.5 Masyarakat Terlalu Menyanjung Makanan Dari Luar

Faktor lain yang mencadi punca kuih muih Melayu tradisional semakin dipinggirkan
ialah sikap masyarakat yang terlalui mengagung-agumgkan makanan dari luar. Citarasa
masyarakat setempat yang semakin berubah adalah disebabkan mereka terpengaruh
dengan dunia luar tanpa sempadan. Golongan kanak-kanak dan remaja khususnya tidak
lagi berminat dengan rasa manis kuih Bongkol, Celorot dan kuih Pelita. Mereka lebih
memilih makanan yang berperisa keju (Eropah), sushi(Jepun) dan kek beras (Korea).

Menurut respondan kedua, golongan muda kampung Muara Tuang perlu didedahkan
dengan kepentingan mengekalkan kuih melayu tradisional sebagai hidangan warisan.
Pelbagai inisiatif boleh dilakukan oleh jawatankuasa kampung melalui pelbagai aktiviti
yang melibatkan golongan muda. Contohnya, Peraduan menghasilkan kuih melayu
tradisional, pertandingan inovasi kuih tanpa menjejaskan rasa asli dan bentuk, dan cara
mempromosikan kuih melayu tradisional di mata dunia. Respondan mengharapkan kuih-
kuih melayu Tradisional seperti Bongkol, Celorot dan kuih Pelita terus kekal dalam
ingatan generasi muda dan diwarisi.

30
030901-13-0484
Berdasarkan tinjauan dan pemerhatian terhadap penduduk kampung Muara Tuang,
sikap masyarakat yang mengagung-agungkan makanan dari luar negara ini menjadikan
makanan tempatan semakin terpinggir. Generasi muda khususnya lebih memilih makanan
segera dan berperisa dari luar negara. Kuih muih yang berperisa keju,pedas dan rasa yang
berbeza digemari oleh generasi muda. Keunikan kuih-kuih tradisional tidak dipandang
lagi kerana bagi mereka ketinggalan zaman dan tidak memenuhi kehendak dan citarasa
moden. Tidak dinafikan bahawa, amat sedikit kuih muih tradisional yang menawarkan
perkhidmatan dalam talian terutama penghantaran ke rumah jika ditempah.

Kesimpulannya, Berdasrkan kaedah pemerhatian dan temubual, terbukti bahawa


sikap generasi masa kini yang terlalu mengagung-agungkan makanan dari Luar negara
turut menjadi faktor terpinggirnya kuih Melayu Tradisional. Jika tiada inisiatif yang
dilakukan untuk menangani masalah ini, maka kewujudan kuih muih tradisional akan
hilang ditelan zaman. Generasi muda akan lupa keaslian citarasa Melayu kuih-kuih
tersebut dan keunikan reka bentuknya. Oleh itu, inisiatif bersepadu perlu dilakukan oleh
semua pihak agar warisan makanan tradisional tidak dilupakan pada masa akan datang.

31
030901-13-0484

6.0 RUMUSAN KESIMPULAN

Sebagai rumusannya, pengkaji telah mencapai objektif kajian iaitu mengenal pasti
jenis kuih tradisional kaum melayu di kampung muara tuang dan mengkaji keunikan dan
daya tarikan yang ada pada setiap jenis kuih tradisional kaum melayu di kampung muara
tuang,sarawak. Objektif kajian dapat dicapai melalui kaedah-kaedah kajian yang
digunakan iaitu melalui pemerhatian dan temubual bersama penduduk-penduduk
kampung Muara Tuang yang terpilih sebagai sampel kajian atau respondan.

Kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk membuat tinjauan terhadap kuih
tradisional kaum Melayu di kampung Muara Tuang. Pengkaji ingin melihat jenis-jenis
kuih tradisisonl kaum melayu yang popular di kampung Muara Tuang. Pengkaji juga
ingin memberikan kesedaran kepada penduduk di kawasan tersebut agar mengekalkan
keaslian kuih tradisional kaum melayu di kampung Muara Tuangseperti kuih Celorot,
Bahulu, dan kuih Bongkol. Menurut pengkaji, Mengekalkan kewujudan kuih Melayu
tradisional di kampung tersebut adalah tanggungjawab semua lapisan masyarakat tanpa
mengira kaum.

Dalam mendepani arus pemodenan global ini, kuih Melayu tradisional tidak
seharusnya dilupakan oleh generasi muda. Walaupun Ketika ini kuih-kuih Melayu
tradisional mengalami inovasi akibat perubahan citarasa, namun keaslian kuih seperti kuih
Bongkol, Celorot, Penyaram dan Kuih Pelita perlu dikekalkan agar tidak dilupakan
sepenuhnya oleh semua golongan masyarakat. Pada umumnya, penduduk Kampung
Muara Tuang masih menjadikan kuih tradisional tersebut sebagai hidangan harian dan
memperkenalkan dan turut mengajarkan resepi tersebut kepada anak cucu mereka. Situasi
ini dapat dilihat apabila kuih-kuih tersebut mudah di dapati di sekitar kampung Muara
Tuang. Keadaan ini juga menunjukkan bahawa mereka bangga dengan warisan tradisional
turun-temurun yang mereka warisi. Hal ini telah membuktikan betapa pentingnya kajian
tentang kuih Melayu tradisional tersebut dijalankan.

Selain itu, pengkaji mendapati hasil daripada temubual menyatakan bahawa


sesetengah daripada penduduk di kampuang muara tuang meminati kuih Bongkol kerana
cara pembungkusannya yang unik . Berdasarkan temubual kuih bongkol merupakan jenis
kuih tradisional yang popular di kampung muara tuang . Kuih Bongkol sangat popular di

32
030901-13-0484
Sarawak hingga terkenal di mata dunia. Buktinya, kuih bongkol antara hidangan pencucui
mulut yang turut dihidangkan di majlis-majlis yang bertaraf antarabangsa seperti Ketika
Festival Kebudayaan Antarabangsa yang diadakan setiap tahun di Sarawak. Oleh itu,
keunikan kuih ini perlu dikekalkan oleh generasi muda agar tidak hilang keasliannya di
telan arus pemodenan makanan di seluruh dunia.

Tidak dinafikan bahawa, kebanyakan kuih Melayu tradisional kurang diminati oleh
golongan muda khususnya disebabkan oleh pengaruh citarasa luar negara seperti Jorea,
Jepun dan Eropah. Oleh itu, minat mereka terhadap kuih Melayu tradisional semakin
pudar dan semakin ramai yang tidak mengenali jenis-jenis kuih tradisionl mereka sendiri.
Keadaan ini amat membimbangkan kerana jika tidak dibendung kewujudan kuih-kuih
Tradisional dan keunikannya akan dilupakan suatu hari nanti. Oleh itu, amatlah penting
kajian seperti ini dilaksanakan sebagai satu daripada cara untuk mengingatkan Kembali
golongan muda tentang tanggungjawab generasi pewaris masa depan bagi mengekalkan
makanan warisan terutamanya kuih-kuih tradisional yang unik.

Kesimpulannya , kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk mengekalkan


keaslian kuih tradisional di kampung muara tuang,kota samarahan, sarawak agar
keunikannya dapat dipelihara.Pelbagai inisiatif juga perlu dilakukan oleh semua pihak
yang terlibat untuk memperkenalkan kuih-kuih Melayu tradisional ini kepada golongan
muda dan di mata dunia. Antara inisiatif yang boleh dilakukan adalah seperti
mempromosikan resepi asli kuih-kuih seperti kuih Bongkol, Celorot dan Kuih Pelita di
media sosial dengan kaedah yang lebih kreatif dan menarik perhatian. Kuih-kuih
tradisionl ini juga perlu dijadikan menu sampingan dalam hidangan seharian supaya tidak
dilupakan oleh generasi akan datang. Tuntasnya, sebagai pengkaji, saya berasa
bertanggungjawab untuk menggalas tanggungjawab tersebut sebagai pewaris akan datang.

33
030901-13-0484

RUJUKAN BIBLIOGRAFI

Laman google mapsSarawak,https://pdfcoffee.com/download/lokasi-kajian-pdf-free.html

Laman google maps kota samarahan,https://m.facebook.com/Kota-Samarahan-Update-


28359764872153

Laman google maps Muara


Tuang,https://nona.net/features/map/placedetail.1974600/Muara%20Tuang/jk;

Sheikh Othman Bin Sheik Salim,B.A.(Hons.),2015,KAMUS DEWAN,edisi


keempat,Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wawancara secara bebas antara penulis dengan informan ,Faezahtul Zanariah Binti
Roslee,penduduk kampung Muara Tuang,Sarawak,pada jam 12.00 tengah hari, 6 Jun 2022

Wawancara secara bebas antara penulis dengan informan,Saptuyah Bin Paimin,penduduk


kampung Muara Tuang ,Sarawak,pada jam 12.30 tengah hari,6 Jun 2022

Wawancara secara bebas antara penulis dengan informan, Jaimah Binti Jubal,penduduk
kampung Muara Tuang, Sarawak,pada jam 11.00 pagi,8 Jun 2022

34
030901-13-0484

LAMPIRAN

i)Kamus Dewan

35
030901-13-0484

ii)Teks persediaan temubual

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM 2022


KOD MATA PELAJARAN 900/4

Tajuk:Kuih tradisional kaum melayu di kampung muara tuang, sarawak

Makluman kepada respondan:

Soalan Temubual ini adalah bagi memenuhi keperluan kerja kursus [kk] untuk mata
pelajaran Pengajian Am 900/4.Soalan yang dikemukakan bertujuan untuk mengenal pasti
jenis kuih tradisional kaum melayu di kampung muara tuang, sarawak dan mengkaji
keunikan dan daya tarikan yang ada pada setiap jenis kuih tradisional kaum melayu di
kampung muara tuang,sarawak.

Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan ia akan hanya digunakan bagi
kepentingan kajian sahaja

Arahan:

Maklumat Am dan soalan-soalan Temubual ini dikemukakan kepada respondan secara


lisan dan dirakam menggunakan digital recorder.

MAKLUMAT AM

Nama Pengkaji : DAMIA LUTFIAH BINTI FAISHALL

Nama Respondan :

Tarikh Temubual :

Tempat Temubual :

36
030901-13-0484

SOALAN TEMUBUAL

Pengkaji Assalamualaikum dan selamat sejahtera puan,nama saya Damia


Lutfiah Binti Faishall.Tujuan saya membuat temubual ini adalah
untuk mengenal pasti jenis kuih tradisional kaum melayu di
kampung muara tuang dan mengkaji keunikan dan daya tarikan
yang ada pada setiap jenis kuih tradisional kaum melayu di
kampung muara tuang.Saya mengucapkan ucapan terima kasih
kepada puan kerana sudi meluangkan masa menjawab soalan
temubual saya.
Pengkaji Selamat pagi puan

Informan 1 Selamat pagi


Pengkaji Apakah kuih tradisional yang puan tahu dalam kampung ini?

Informan 1

Pengkaji Antara kuih tersebut, apakah kuih tradisional yang paling


digemari?

Informan 1
Pengkaji Mengapakah kuih tradisonal tersebut digemari?

Informan 1

Pengkaji Bagaimana cara pembuatan kuih tradisional tersebut


Informan 1
Pengkaji Apakah bahan-bahan utama kuih ter\sebut?
Informan 1

Pengkaji Apakah kuih tradisional yang unik dalam masyarakat melayu di


kampung muara tuang?
Informan 1
Pengkaji Mengapakah kuih tradisional itu dianggap unik?
Informan 1
Pengkaji Pada pendapat puan, bagaimana cara mempromosikan kuih
tradisional?
Informan 1
Pengkaji Adakah puan berminat untuk mempelajari kuih tradisional?
Informan 1
Pengkaji Bagaimanakah cara untuk mengekalkan keaslian kuih
tradisional dalam zaman moden ini?

37
030901-13-0484

38

You might also like