You are on page 1of 37

031006-04-0049

MAKAN TRADISI SEMASA MAKAN BESAR TAHUN BARU CINA YANG


DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT CINA DI JALAN TERATAI 60
HINGGA JALAN TERATAI 75, TAMAN JOHOR JAYA, JOHOR BHARU,
JOHOR

ABSTRAK
Kajian ini mengemukakan dua objektif iaitu mengenal pasti jenis makanan
yang dimakan semasa makan besar Tahun Baru Cina dalam kalangan
masyarakat Cina serta mangkaji faktor makanan masyarakat Cina semakin
dilupai dalam masyarakat Cina. Lokasi kajian ini dilakukan di Jalan Teratai 60
hingga Jalan Teratai 75, Taman Johor Jaya, Johor Bharu, Johor. Metodologi
kajian menggunakan kaedah soal selidik, temu bual, pemerhatian dan rujukan.
Seramai 30 orang responden dan 3 orang informan telah terlibat dalam kajian ini.
Dapatan kajian menunjukkan jenis makanan utama yang dimakan oleh
masyarakat Cina ialah Yee Shang. Kajian juga mendapati faktor utama makanan
masyarakat Cina semakain dilupai ialah generasi moden sibuk bekerja sehingga
tidak mempunyai masa dan tenaga untuk memasak. Kesimpulannya makanan
tradisi harus diwarisi semata-mata.

1
031006-04-0049

ISI KANDUNAGN

BIL PERKARA M/S


ABSTRAK 1
ISI KANDUNGAN 2
PENGHARGAAN 3
1.0 PENGENALAN 4-5
2.0 OBJEKTIF KAJIAN 6
3.0 LOKASI KAJIAN 7-10
4.0 METODOLOGI KAJIAN 11-14
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 15-33
6.0 RUMUSAN/KESIMPULAN 34-36
7.0 RUJUKAN/BIBLIOGRAFI 37

2
031006-04-0049

Penghargaan
Saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus Pengajian Am dengan
lancar dan jayanya walaupun menghadapi sebarang masalah dan rintangan. Di sini,
setinggi-tinggi penghargaan yang saya ingin ucapkan kepada pengetua SMK Taman
Johor Jaya 1,Tuan Haji Mohammed Salleh Bin Zainal Abidin dan Penolong Kanan
Pusat Tingkatan Enam SMK Taman Johor Jaya 1, Encik Fauzi bin Awang kerana
sentiasa memberi kerjasama kepada saya dalam menjalankan kajian ini.

Saya juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa yang merupakan orang terdekat
yang sentiasa memberi galakan dan bantuan kewangan kepada saya sepanjang saya
menjalankan kajian ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Pengajian Am saya, Puan
Hawa binti Ahmed yang banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada saya untuk
menyempurnakan kajian ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Seterusnya, saya juga mengucapkan terima kasih kepada para responden yang
memberi kerjasama kepada saya sepanjang masa dalam menjalankan kajian ini kerana
sudi mengisi borang soal selidik yang telah disediakan dan terima kasih juga kepada
informen yang sudi ditemu buah.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah
memberi sokongan dan bimbingan kepada saya bagi menjalankan kajian ini dengan
lancar.

3
031006-04-0049

1.0 Pengenalan

Kajian ini adalah bagi memenuhi keperluan Penilaian Berdasarkan Sekolah (PBS)
untuk mata pelajaran Pengajian Am 900/4. Tema kajian ini ialah “Sosial dan Budaya :
Makanan” dan tajuk kajian ini ialah “Makanan tradisi semasa makan besar Tahun Baru
Cina yang diamalkan oleh masyarakat Cina di Jalan Teratai 60 hingga 75, Taman Johor
Jaya, Johor Bharu, Johor”.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), sosial bermaksud segala yang
berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan. Budaya
bermaksud tamadun, peradaban. Sebenarnya sosial dan budaya juga ditakrif sebagai
amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari
pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunan sosial
kehidupan masyarakat berkenaan. Di Malaysia, kepelbagaian penduduk telah
mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi pegangan dan amalan hidup mereka.
Kebudayaan kebangsaan di Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang
melayu, orang cina, orang india dan kaum yang lain. Kebudayaan orang melayu
mengutamakan nilai-nilai sopan santun, kesederhanaan, keindahan dan keharmonian
hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. Walaubagaimanapun
kebudayaan di malaysia melalui budaya cina dan india sama seperti budaya yang
diamalkan oleh orang melayu. Oleh itu, kebudayaan yang diamalkan oleh penduduk di
malaysia adalah sama dan mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Ianya dapat menunjukkan nilai-nilai yang positif dalam kalangan penduduk di Malaysia.
Manakala makanan apa sahaja yang boleh dimakan (seperti roti, nasi dan dll), rezeki.
Makanan juga merupakan bahan-bahan yang boleh dicerna, biasanya terdiri dari
karbohidrat, lemak, air dan/atau protein, yang boleh dimakan atau diminum oleh
manusia dan haiwan untuk mendapat nutrien dan/atau nikmat. Kebanyakan budaya
mempunyai masakan tersendiri: tradisi dan cara memasak khas, keutamaan dan amalan.
Kajian mengenai ini dinamakan gastronomi. Kajian mengenai makanan pula dipanggil
sains makanan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), tradisi bermaksud sesuatu kebiasaan
(adat, kepercayaan, dll) yg kekal turun-temurun, sesuatu yg sudah menjadi amalan yg
sudah sebati dgn sesuatu masyarakat (golongan, kumpulan, dsb). Makan bermaksud
memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dll)

4
031006-04-0049

sesuatu. Besar bermaksud tidak kecil ukurannya; lebih drpd sedang ukurannya. Makan
besar juga merujukkan kepada makan bersama dengan ahli keluarga pada hari perayaan
untuk merapatkan hubungan antara sama dengan lain.

Setiap makanan yang menjadi pilihan kepada masyarakat Cina semasa Tahun Baru
Cina di Jalan Teratai 60 hingga Jalan Teratai 75 mempunyai maksudnya tersendiri.
Sebagai contohnya, Mee Goreng yang dipercayai dapat berumur panjang bagi orang
tua di keluarga. Yee Shang dipercayai dapat membawa kehidupan yang lebih baik bagi
kehidupan tahun semasa. Menurut artikel yang bertajuk Bukan Saja-saja Dihidangkan,
Ini Simboliknya Kenapa Yeesang Jadi Makanan Wajib Ada Ketika Raya Cina dari
laman sesawang https://www.mingguanwanita.my/bukan-saja-saja-dihidangkan-ini-
simboliknya-kenapa-yee-sang-jadi-makanan-wajib-ada-ketika-raya-cina/ , “Yeesang”
merupakan sejenis makanan Kantonis yang membawa simbolik kebangkitan,
kemewahan dan panjang umur.

Rasional kajian bagi kerja kursus ini ialah ramai masyarakat cina masih menyediakan
makanan tradisi semasa makan besar Tahun Baru Cina. Melalui kajian ini kita dapat
tahui bahawa makanan tradisi masih popular dalam masyarakat Cina.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis makanan yang dinikmati oleh masyarakat


Cina di Jalan Teratai 60 hingga Jalan Teratai 75. Melalui kajian ini, pengkaji berharap
agar makanan masyarakat Cina boleh diwarisi secara turun-temurun kepada generasi
akan datang pada masa depan.

5
031006-04-0049

2.0 Objektif Kajian

Balam kajian ini, penyelidik menggariskan dua objektif yang mampu menjadi landasan
dan panduan semasa menjalankan kajian ini. Objektif kajian ialah:

1. Mengenal pasti jenis makanan yang dimakan semasa makan besar Tahun Baru
Cina dalam kalangan masyarakat Cina di Jalan Teratai 60 hingga Jalan Teratai
75, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor.
2. Mengkaji faktor makanan masyarakat Cina semasa Makan Besar Tahun Baru
Cina semakin dilupai dalam kalangan masyarakat Cina di Jalan Teratai 60 hingga
Jalan Teratai 75, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor.

6
031006-04-0049

3.0 LOKASI KAJIAN

Dalam menjalankan kajian, lokasi ialah salah satu elemen yang sangat penting.
Kawasan yang difokus oleh pengkaji adalah di Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor.

3.1 NEGERI JOHOR

Peta 1:Negeri Johor

Sumber: dipetik daripada Laman Web Google Maps

Johor Darul Ta’zim juga dikenali sebagai Johor atau ialah negeri di selatan
Semenanjung Malaysia. Negeri Johor mempunyai sempadan maritim dengan
Singapura di selatan dan Indonesia di kedua-dua barat dan timur. Kota Iskandar ialah
pusat pentadbiran kerajaan negeri yang baru. Negeri Johor dikelilingi perairan Selat
Johor di Selatan, Laut China Selat di Timur dan Selat Melaka di barat. Negeri ini
mempunyai jumlah 400 kilometer garis pantai dengan majoriti garis pantai terutamanya
di pantai barat, dilitupi dengan hutan bakau dan nipah. Negeri Johor adalah
bersempadan dengan negeri Pahang di utara, negeri Melaka dan Negeri Sembilan di
Barat Laut.

7
031006-04-0049

3.2 DAERAH JOHOR BAHRU

Peta 2:Daerah Johor Bahru

Sumber: dipetik daripada Laman Web Google Maps

Johor Bahru ialah ibu negeri dan daerah di negari Johor yang terletak di
selatan Semenanjung Malaysia. Johor Bahru merupakan bandaraya kedua terbesar dan
pusat perniagaan dan perdagangan di Malaysia yang mempunyai kepadatan penduduk
melebihi 876,000 orang. Daerah Johor Bharu ditadbir oleh Majlis Bandaraya Johor
Bahru, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Johor
Bahru bersempadan daerah daerah Pontian di Barat Kota Tinggi di Timur dan daerah
Kulai di Utara.

8
031006-04-0049

3.3 TAMAN JOHOR JAYA

Peta 3:Taman Johor Jaya

Sumber: dipetik daripada Laman Web Google Maps

Taman Johor Jaya ialah sebuah bandar satelit yang terletak di pinggir bandaraya Johor
Bahru, Johor.Taman Johor Jaya terdiri daripada beberapa zon terutamanya zon kediaman zon
perindustrian dan komersial zon ringan.Taman Johor Jaya ditadbir oleh Majlis Perbandaran
Johor Bahru Tengah (MPJBT) di bahagian utara Lebuhraya Pasir Gudang dan oleh Majlis
Bandaraya Johor Bahru (MBJB) lebuh raya selatan (kawasan Rosmerah). Taman Johor Jaya
disekeliling dengan taman perumahan seperti Taman Ehsan Jaya,Taman Desa Terbau dan
Taman Molek. Taman Johor Jaya mempunyai nama jalan seperti Bakawali, Anggerik,
Rosmerah, Dedap, Keembong, Teratai dan Seroja.

9
031006-04-0049

3.4 Jalan Teratai 60 hingga Jalan 75

Peta 4 : Jalan Teratai 60 hingga Jalan 75

Sumber : dipetik daripada Laman Web Google Maps

Jalan Teratai 60 hingga Jalan Teratai Jalan 75 ialah satu Kawasan perumahan yang terletak
di Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor. Jalan Teratai berdekatan dengan Jalan Dedap,Jalan
Anggerik dan Jalan Bakawali. Jalan Teratai merupakan kawasan perumahan kos sederhana.
Jalan Teratai berdekat dengan SK Taman Johor Jaya 3 dan SMK Taman Johor Jaya 2.

Gambar 1 : Jalan Teratai

Sumber : dipetik daripada Laman Web Google Maps

10
031006-04-0049

4.0 Metodologi Kajian

4.1 Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), metodologi bermaksud sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan
sebagainya. Selain itu, metodologi juga merupakan satu kaedah yang digunakan untuk
melaksanakan kajian atas subjek kajian yang tertentu mengikut disiplin yang teratur. Tujuan
metodologi adalah untuk membantu memahami pengaplikasian kaedah dengan lebih luas atau
lebih terperinci lagi dengan membuat huraian tentang proses kajian.

4.2 Reka Bentuk

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi
dengan menggunakan data-data kuantitatif yang dipungut melalui soal selidik dan temu bual.
Data-data yang diperoleh daripada sampel rawak ini kemudiannya dianalisis dan
dipersembahkan dengan statistik perihalan dan ujian signifikan. Keputusan ujian-ujian statistik
seterusnya akan memberikan kesimpulan terhadap ciri-ciri populasi yang dikaji.

4.3 Instrumen Kajian

Instrumen kajian merupakan satu alat yang digunakan oleh penyelidik ketika menjalankan
sesuatu penyelidikan. Instrumen kajian digunakan sebagai asas bagi memperoleh data yang
dikehendaki oleh penyelidik untuk mencapai objektif kajian. Dalam kajian ini kaedah yang
digunakan ialah kaedah borang soal selidik, kaedah temu bual dan kaedah rujukan. Instrumen
kajian untuk mendapat data terbahagi kepada dua, iaitu kuantitatif dan kualitatif. Kuantitatif
dijalankan melalui borang soal selidik manakala kualitatif dijalankan melalui temu bual dan
rujukan untuk memperoleh data yang tepat.

4.4 Cara mendapat responden dan informan

Bagi kaedah borang soal selidik, pengkaji telah memilih 30 orang responden daripada
kalangan penduduk di Jalan Teratai 60 hingga 75, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor untuk
menjawab borang soal selidik. Maklumat demografi seperti jantina dan etnik telah disediakan
dalam borang soal selidik

Bagi kaedah temu bual, tiga orang informan daripada kalangan penduduk di Jalan Teratai 60
hingga 75, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor talah dipilih untuk ditemu bual. Mereka telah
ditemu bual berdasarkan soalan-soalan yang disediakan oleh pengkaji.

11
031006-04-0049

4.5 Cara mendapat maklumat / data daripada responden

4.5.1 Kaedah borang soal selidik

Borang soal selidik dalam kajian ini telah dijawab oleh penduduk di Jalan Teratai 60 hingga
Jalan 75, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor. Borang soal silidik ini berbentuk soalan
tertutup. Butiran bentuk tertutup ialah butiran yang berhendakan jawapan pendek seperti “Ya”
atau “Tidak” , atau memilih pilihan-pilihan yang telah disediakan. Rasional menggunakan soal
selidik tertutup adalah untuk mendapat jawapan yang berbeza-beza, mudah dibandingkan,
diproses dan dianalisiskan.

Borang soal selidik terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan Bahagian
C. Bahagian A berkaitan dengan maklumat demografi. Bahagian B merangkumi soalan yang
berkaitan dengan jenis makanan yang dimakan semasa makan besar Tahun Baru Cina dalam
kalangan masyarakat cina di Jalan Teratai 60 hingga Jalan Teratai 75, Taman Johor Jaya, Johor
Bahru, Johor. Dalam bahagian ini, responden diberi skala dua aras iaitu Ya dan Tidak sahaja.
Bahagian C pula merangkumi soalan yang berkaitan dengan faktor makanan masyarakat Cina
semasa Makan Besar Tahun Baru Cina semakin dilupai dalam kalangan masyarakat Cina di
Jalan Teratai 60 hingga Jalan Teratai 75, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor. Kajian ini
menggunakan skala likert empat aras iaitu sangat setuju, setuju, tidak setuju dan sangat tidak
setuju. Borang soal selidik ini telah diedarkan kepada penduduk semasa waktu petang.

Skala dua aras

Ya ✓
Tidak ✓

Skala likert empat aras

Sangat Setuju ✓
Setuju ✓
Tidak Setuju ✓
Sangat Tidak Setuju ✓

12
031006-04-0049

4.5.2 Kaedah temu bual

Menerusi temu bual, pengkaji menemubual 3 orang penduduk yang tinggal di Jalan Teratai
60 hingga Jalan Teratai 75, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor. Pengkaji menyediakan
borang temu bual yang mengandungi 5 soalan berstruktur. Tujuan utama temu bual ini adalah
untuk mengenal pasti jenis makanan yang dimakan semasa makan besar Tahun Baru Cina
dalam kalangan masyarakat dan faktor makanan masyarakat Cina semasa Makan Besar Tahun
Baru Cina semakin dilupai dalam kalangan masyarakat cina di Jalan Teratai 60 hingga Jalan
Teratai 75, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor. Pengkaji mengadakan sesi temu bual dengan
mengunjungi rumah penduduk untuk mengadakan sesi temu bual.

4.5.3 Kaedah permehatian

Pemerhatian telah dilakukan dengan membuat lawatan ke lokasi kajian. Dalam proses
pemerhatian, gambar-gambar yang relevan telah diambil. Pengkaji telah mengunjungi ke
rumah jiran untuk memerhatian cara menyedia makanan Tahun Baru Cina.

4.5.4 Kaedah Rujukan

Pengkaji telah memperoleh banyak maklumat daripada bahan ilmiah seperti buku-buku,
kamus, sumber internet yang berkaitan dengan makanan tradisi semasa Makan Besar Tahun
Baru Cina. Sumber rujukan adalah penting untuk melihat hasil dapatan terdahulu.

13
031006-04-0049

4.5.4.1 Buku

Pengkaji telah menggunakan pelbagai buku yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih oleh
pengkaji. Terdapat pelbagai maklumat telah diperoleh oleh pengkaji daripada beberapa buah
buku bagi menambah lagi maklumat dalam kajian ini.

4.5.4.2 Kamus

Pengkaji telah merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) untuk mendapat
definisi perkataan-perkataan tertentu dengan tepat dan terperinci. Melalui kaedah ini, pengkaji
telah berjaya menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.

4.5.4.3 Internet

Pengkaji melayari internet untuk mencari sumber maklumat yang berkaitan dengan tajuk
kajian ini seperti berita internet. google map dan sebagainya. Kaedah internet banyak
membantu dalam menyempurnakan kerja kursus ini.

4.6 Memproses dan mempersembahkan data

Selepas mengumpulkan borang soal selidik, penganalisis data dan penilaian telah dijalankan.
Dalam borang soal selidik bahagian A, data yang diperolah dibahagikan kepada jantina, etnik,
adakah responden akan balik rumah untuk makan besar bersama ahli keluarga sempena
Tahun Baru Cina dan bila waktu makan besar. Dalam bahagian B, kaedah statistik deskriptif
digunakan untuk menganalisis data yang berbentuk skala dua aras. Analisis deskriptif bertujuan
untuk memberikan gambaran tentang sesuatu data. Data yang telah diperoleh daripada analisis
ini dipersembahkan delam bentuk kekerapan, peratusan, jadual, graf dan carta.

4.7 Rumusan

Metodologi yang jelas amat penting sebelum menjalankan sesuatu kajian. Hal ini kerana
kualiti kajian itu bergantung kepada ketepatan penggunaan kaedah yang sesuai dengan objektif
yang ditetapkan oleh penyelidik.Metodologi yang menggunakan Teknik yang betul dan
bersistematik depat menghasilkan dapatan kajian yang mempunyai kesahan dan nilai yang
tinggi. Oleh sebab itu, pengkaji akan mengikut amalan kajian yang ketat dengan menepata
prosedur kutipan data dan instrument yang telah dikenal pasti dalam proses menyiapkan kajian
ini.

14
031006-04-0049

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden
terhadap soal selidik yang berkaitan jenis makanan yang dimakan semasa makan besar Tahun
Baru Cina dan faktor makanan masyarakat Cina semasa Makan Besar Tahun Baru Cina
semakin dilupai dalam kalangan masyarakat Cina di Jalan Teratai 60 hingga Jalan Teratai 75,
Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor. Persempalan responden yang terdiri daripada
masyarakat Cina di Jalan Teratai 65 hingga Jalan 75 yang dipilih secara rawak. Pemilihan
secara rawak dapat mewujudkan variasi pendapat yang berlainan latar belakang.

15
031006-04-0049

5.1 Demografi Responden

5.1.1 Jantina

Jadual 1 dan rajah 1 menunjukkan bilangan responden kepada soal selidik yang dijalankan
mengikuti jantina.

Jadual 1 : Jantina

Jantina Kekerapan (orang) Peratusan (%)


Lelaki 10 33
Perempuan 20 67

Rajah 1 : Jantina

Jantina

33%
Lelaki
Perempuan
67%

Sumber : Kajian Lapanagn 2022

Berdasarkan jadual 1 dan rajah 1 menunjukkan responden yang terdiri deripada 30 orang
masyarakat Cina yang tinggal di Jalan Teratai. Seramai 10 orang responden adalah lelaki
bersamaan dengan 33% dan seramai 20 orang responden adalah perempuan bersamaan dengan
67%. Orang perempuan lebih ramai kerana perempuan lebih memahami tentang makanan
semasa makan besar Tahun Baru Cina dan lebih berminat untuk menjawab soal selidik. Hal ini
mungkin disebabkan orang perempuan biasa dan akan membantu ibu bapa memasak semasa
penyediaan makanan makan besar Tahun Baru Cina.

16
031006-04-0049

5.1.2 Etnik

Jadual 2 dan Rajah 2 menunjukkan bilangan responden kepada soal selidik yang dijalankan
mengikuti katagori jantina.

Jadual 2 : Etnik

Etnik Kekerapan (orang) Peratusan (%)


Cantonese 4 13
Hakka 6 20
Hainan 7 23
Hokien 8 27
Teochew 5 17
Lain-lain 0 0

Rajah 2 : Etnik

Etnik
0%
Contonese
17% 13%
Hakka
Hainan
20%
27% Hokien
Teochew
23%
Lain-lain

Sumber : Kajian Lapanagn 2022

Berdasarkan Jadual 2 dan Rajah 2 di atas menunjukkan seramai 4 orang responden (13%)
ialah etnik cantonese. Terdapat 6 orang (20%) daripada responden adalah etnik hakka. Selain
itu, kekerapan bagi etnik Hainan dan hokian masing-masing ialah 7 orang dan 8 orang dan
peratusnya masing-masing ialah 23% dan 27%. Seterusnya, didapati seramai 5 orang
responden daripadanya ialah etnik Teochew dan peratusnya ialah 17%. Tiada reponden dalam
kalangan etnik lain-lain. Data ini menunjukkan penduduk Cina di Jalan Teratai terdiri daripada
pelbagai etnik.

17
031006-04-0049

5.1.3 Makan Besar dengan ahli keluarga

Jadual 3 dan Rajah 3 menunjukkan bilangan responden kepada soal selidik yang dijalankan
mengikuti katagori adakah akan makan besar bersama dengan ahli keluarga.

Jadual 3 : Adakah akan makan besar dengan ahli keluarga

Ya/Tidak Kekerapan (orang) Peratusan (%)


Ya 30 100
Tidak 0 0

Gambar 3 : Adakah akan makan besar dengan ahli keluarga

0%

100%

Ya Tidak

Sumber : Kajian Lapanagn 2022

Berdasarkan Jadual 3 dan Rajah 3 di atas menunjukkan sejumlah 30 orang responden


tersebut terdapat iaitu 100% akan akan balik rumah untuk makan besar bersama ahli keluarga
sempena Tahun Baru Cina. Hal ini demikian kerana makan besar semasa Tahun Baru Cina
merupakan tradisi untuk kaum Cina yang diwarisi daripada zaman dulu ini juga manjadi
budaya yang istimewa bagi kaum Cina. Keadaan ini jelas manunjukkan semua masyarakat
Cina di kawasan Teratai pada zaman sekarang masih mangamal warisi budaya Makan Besar.

5.1.4 Waktu makan besar

18
031006-04-0049

Jadual 4 dan Rajah 4 menunjukkan bilangan responden kepada soal selidik yang dijalankan
mengikuti katagori waktu makan besar bersama dengan ahli keluarga.

Jadual 4 : Waktu makan besar

Waktu Kekerapan (orang) Peratusan (%)


Pagi 13 43
Petang 6 20
Malam 11 37

Rajah 4 : Waktu makan besar

Waktu

37%
43%

20%

Pagi Petang Malam

Sumber : Kajian Lapanagn 2022

Berdasarkan Jadual 4 dan Rajah 4 di atas menunjukkan responden akan makan pada waktu
pagi iaitu 13 orang responden bersamaan dengan 43%. Selain itu kekerapan responden yang
akan makan pada waktu petang dan waktu malam masing-masing ialah 6 orang dan 11 orang
iaitu 20% dan 37%. Daripada maklumat tersebut Makan Besar pada waktu pagi adalah waktu
yang paling banyak orang akan makan besar dengan ahli keluarga. Hal ini disebabkan oleh
kebanyakan kaum Cina akan menyembah nenk moyang yang telah meninggal dunia dan akan
makan besar selapas penyembahan. Juga terdapat banyak orang akan makan besar pada waktu
malam disebabkan perlu nenunggu ahli keluarga yang balik dari negeri atau negara lain.

19
031006-04-0049

5.2 Menganal pasti jenis makanan yang dimakan semasa makan besar Tahun Baru
Cina dalam kalangan masyarakat Cina di Jalan Teratai 60 hingga Jalan Teratai 75,
Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor.
Jadual 5 menunjukkan jenis makanan yang dimakan semasa makan besar Tahun Baru Cina
dalam kalangan masyarakat Cina di Jalan Teratai 60 hingga Jalan Teratai 75, Taman Johor
Jaya, Johor Bahru, Johor.

Bil. Jenis Makanan Ya Tidak


Kekerapan(orang) % Kekerapan(orang) %
1 Yee Shang 28 93 2 7
2 Dumpling 16 53 14 47
3 Tang Yuan 24 80 6 20
4 Ikan Sweet Sour 20 67 10 33
5 Udang Sweet Sour 11 37 19 63
6 Mee Goreng 19 63 11 37
7 “Chun Juan”/Popia 9 30 21 70
8 “Nian Gao”/Pulut 22 73 8 27
9 “Poon Chooi” 5 17 25 83
10 Rebung 20 67 10 33
Rajah 5 menunjukkan responden dari kalangan masyarakat yang tinggal di kawasan Teratai
terhadap makanan Yee Shang, Dumpling, Tang Yuan, Ikan Sweet Sour, Udang Sweet Sour,
Mee Goreng, “Chun Juan”/Popia, “Nian Gao”/Pulut, “Poon Chooi”, Rebung.

Jenis Makanan
30 93%
80% 83%
25 67% 70% 73% 67%
63% 63%
20 53%
47%
15 33% 37% 37% 33%
30% 27%
10 20% 17% Ya
5 7%
0 Tidak

Sumber : Kajian Lapanagn 2022

20
031006-04-0049

Gambar di bawah menunjukkan makanan yang akan dijadikan pilihan untuk makan besar
semasa Tahun Baru Cina.

Yee Shang Dumpling Tang Yuan

Ikan Sweet Sour Udang Sweet Sour Mee Goreng

“Chun Juan”/Popia “Nian Gao”/Pulut “Poon Chooi”

Rebung

21
031006-04-0049

5.2.1 Yee Shang

Dapatan kajian menunjukkan Yee Shang adalah makanan yang paling banyak disediakan
oleh responden di Taman Johor Jaya semasa makan besar iaitu sebanyak 28 orang responden
(93%) dan 2 orang responden (7%) tidak akan memilih makanan ini. Hal ini demikian kerana
Yee Shang dalam budaya Cina dipercayai dapat menyatukan ahli keluarga dan melancarkan
kehidupan pada tahun semasa. Yee Shang juga dipilih kerana ia berwarna-warni membawa
maksud kehidupan tahun semasa akan menarik.

5.2.2 Dumpling

Dapatan kajian menunjukkan seramai 16 orang responden (53%) yang memilih Dumpling
sebagai makanan makan besar dan 14 orang responden (47%) tidak akan memilihnya. Didapati
kekerapan orang yang akan memilih dan kekerapan orang yang tidak akan memilih makanan
dumpling amat seimbang. Juga didapati masyarakat Cina akan letak syiling delam beberapa
biji dumpling dan orang yang dapat memakan dumpling yang ada syiling dipercayai akan nasib
baik pada tahun semasa.

5.2.3 Tang Yuan

Dapatan kajian menunjukkan kekerapan responden yang akan memilih Tang Yuan sebagai
makanan semasa makan besar juga amat banyak iaitu sebanyak 24 orang responden (80%) dan
6 orang responden (20%) tidak memilih makanan ini. Hal ini demikian, kerana bentuk
dumpling adalah bulat, dalam budaya masyarakat Cina ia bermaksud ahli keluarga akan
sentiasa bersatu padu dan dapat mengeratkan hubungan ahli keluarga. Biasanya rasa Tang
Yuan adalah manis kerana dipercayai kehidupan yang akan dihadapi pada masa depan adalah
lancar dan baik.

5.2.4 Ikan Sweet Sour

Dapatan kajian menunjukkan seramai 20 orang responden (67%) yang akan memilih Ikan
Sweet Sour sebagai makanan semasa makan besar dan 10 orang responden (33%) tidak akan
memilihnya. Hal ini kerana dalam budaya masyarakat Cina ikan dipercayai dapat
menambahkan tabungan, kerana bunyi sebutan perkataan ikan dalam Bahasa Cina sama dengan
baki bermaksud wang bagi setiap tahun akan ada baki untuk tahun depan. Jadi dalam
masyarakat Cina mereka biasa akan memasak seekor ikan pada Malam Tahun Baru dan letak
sehingga hari pertama Tahun Baru Cina dengan bermaksud ada baki tabungan.

22
031006-04-0049

5.2.5 Udang Sweet Sour

Dapatan kajian menunjukkan Udang Sweet Sour yang akan menjadi pilihan makanan
semasa makan besar Tahun Baru Cina iaitu 11 orang responden (37%) dan 19 orang renponden
(67%) tidak akan memilih makanan ini. Responden yang memilih makanan ini juga disebabkan
selepas udang dimasak akan menunjukkan warna merah yang bermaksud “Ang Ang” dalam
masyarakat Cina dan depercayai merah dapat membawa perkara yang baik pada tahun semasa.

5.2.6 Mee Goreng

Gambar-gambar di bawah merupakan pemerhatian masak dan bahan yang diperlukan.

Gambar di atas merupakan bahan dan masakan Mee Gorng

Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 19 orang responden (63%) akan memilih Mee
Goreng sebagai makanan semasa makan besar dan 11 orang renponden (37%) tidak akan
memilih makanan tersebut. Hal ini demikian kerana mee yang digunakan dalam mee goreng
adalah sangat pajang dengan dipercayai oleh kebanyakan masyarakat Cina bahawa ia dapat
berumur panjang untuk orang tua dalam rumah. Jadi apabila suatu kekeluarga mempunyai
orang tua mereka akan menyediakan makanan tersebut semasa makan besar Tahun Baru Cina.
Dalam pemerhatian terdapat makan ini amat senang disediakan walaupun makanan ini adalah
makanan bagi Tahun Baru Cina tetapi juga akan disediakan semasa hari jadi untuk mendapat
kesihatan.

23
031006-04-0049

5.2.7 “Chun Juan”/Popia

Dapatan kajian menunjukkan seramai 9 orang responden (30%) yang memilih “Chun
Juan”/Popia sebagai makanan semasa makan besar Tahun Baru Cina dan 21 oarang responden
(70%) tidak akan memilih makanan tersebut. Hal ini kerana dalam budaya masyarakat Cina
“Chun Juan” dipercayai dapat membawa kesihatan dan kekayaan kepada ahli keluarga.

5.2.8 “Nian Gao”/Pulut

Selain itu, terdapat “Nian Gao”/Pulut mempunyai 22 orang responden (73%) yang memilih
makanan ini semasa Makan Besar dan 8 orang responden (27%) tidak memlih makanan ini.
Responden memilih makanan ini semasa Makan Besar Tahun Baru Cina disebabkan dalam
budaya masyarakat Cina makanan ini dipercayai dapat panjang umur disebabkan bacaan
makanan ini dalam Bahasa Cina amat sama dengan Bacaan panjang umur dan mendapat
kehidupan yang lebih baik.

5.2.9 “Poon Chooi”

Dapatan kajian menunjukkan “Poon Chooi” merupakan makanan yang paling sedikit
responden yang akan makan semasa makan besar Tahun Baru Cina iaitu 5 orang responden
(17%) sahaja dan seramai 25 orang responden (83%) tidak akan memilihnya. Hal ini demikian
kerana makanan ini biasanya dimakan oleh etnik cantonese tetapi juga ada segelintir etnik lain
yang akan makan. Dalam Budaya maasyarakat Cina bagi etnik contonese makanan ini dapat
mengeratkan hubungan ahli keluarga seperti makanan itu yang letak semua sayur-sayuran
dalam satu mangkuk.

5.2.10 Rebung

Dapatan kajian menunjukkan Rebung terdapat sebanyak 20 orang responden (67%) yang akan
memilih makanan ini dan 10 orang responden (33%) yang tidak akan makan. Dalam budaya
masyarakat Cina rebung dipercayai akan membawa kesan kepada kehidupan semasa akan
semakin baik. Hal ini kerana bentuk rebung dan buluh adalah sebahagian demi sebahagian dan
semakin tinggi menunjukkan yang baru akan lebih baik.

24
031006-04-0049

5.3 Mengkaji faktor makanan masyarakat Cina semasa Makan Besar Tahun Baru
Cina semakin dilupai dalam kalangan masyarakat cina di Jalan Teratai 60 hingga Jalan
Teratai 75, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor.

Jadual 6 menunjukkan analisis pandangan responden dalam soal selidik terhadap faktor
makanan masyarakat Cina semasa Makan Besar Tahun Baru Cina semakin dilupai.

Bil Faktor-faktor Sangat Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju


tidak (2) (3) (4)
Setuju
(1)
K % K % K % K %
1. Masyarakat Cina 4 13 1 3 15 50 10 33
dipengaruh oleh budaya
asing.
2. Resepi masakan masyarakat 3 10 1 3 13 43 13 43
Cina tidak diwaris secara
turun-temurun.
3. Generasi moden sibuk 1 3 1 3 16 53 12 40
bekerja sehingga tidak
mempunyai masa dan
tenaga untuk memasak.
4. Generasi moden berasa 1 3 5 17 10 33 14 47
malas untuk menyediakan
masakan Tradisi.
5. Masyarakat Cina cenderung 1 3 4 13 11 37 14 47
untuk makan di restoran.
6. Cara penyediaan masakan 0 0 9 30 12 40 9 30
Cina yang rumit.
7. Masakan Cina memerlukan 0 0 2 7 20 67 8 26
banyak bahan.
8. Terdapat pengubahsuaian 1 3 3 10 13 43 13 43
terhadap resepi masakan
tradisi cina.

25
031006-04-0049

5.3.1 faktor : masyarakat Cina dipengaruh oleh budaya asing.

masyarakat Cina dipengaruh oleh budaya


asing.
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

16 50%
14
12
33%
10
8
6
13%
4
2 3%
0
Category 1

Rajah 4 : masyarakat Cina dipengaruh oleh budaya asing.

Sumber : Kajian Lapanagn 2022

Berdasarkan rajah 4 di atas, terdapat paling banyak responden adalah setuju dengan faktor
ini iaitu 15 orang responden (50%).Bilangan responden yang sangat tidak setuju dan tidak
setuju masing-masing ialah 4 orang responden (13%) dan 1 orang responden (3%) . Manakala
sebanyak 10 orang responden (33%) adalah sangat setuju bahawa faktor ini.

Daripada kajian ini, kita dapat tahu bahawa responden setuju dengan faktor ini. Hal ini
demikian kerana pada masa kini pelbagai kedai makanan segara dan pelbagai budaya dibuka
di negara kita. Pada pandangan infeorman 2, generasi moden lebih suka makanan budaya lian
seperti makanan Korea dan Japun. Golongan remaja kini juga lebih gemar makan makanan
yang lebih moden dan masakan segara seperti KFC, Mcd , burger, pizza dan lain-lain.

26
031006-04-0049

5.3.2 faktor : resepi masakan masyarakat Cina tidak diwaris secara turun-temurun.

14
43% 43%

12

10

4
10%

2
3%

Sangat tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Rajah 5 : resepi masakan masyarakat Cina tidak diwaris secara turun-temurun.

Sumber : Kajian Lapanagn 2022

Berdasarkan rajah 5 di atas, dapatan kajain menunjukkan bilangan responden bagi setuju dan
sangat setuju bagi faktor ini adalah sama iaitu 13 orang responden (43%). Manakala bilangan
responden bagi sangat tidak setuju dan tidak setuju masing-masing ialah 3 orang responden
(10%) dan 1 orang responden (3%).

Hal ini demikian kerana biasanya penyediaan makanan tersebut disediakan oleh ibu bapa kita.
Apabila generasi baru tidak belajar cara menyediakan makanan tradisi tersebut akan semakin
dilupai. Keadaan ini juga disebabkan oleh kehidupan masyarakat sekarang yang sudah senang,
semua masakan ditempah dari kedai. Oleh yang demikian generasi baru tidak tahu cara
menyediakannya.

27
031006-04-0049

5.3.3 faktor : generasi moden sibuk bekerja sehingga tidak mempunyai masa dan
tenaga untuk memasak.

18
53%
16

14
40%
12

10

2 3% 3%

Sangat tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Rajah 6 : generasi moden sibuk bekerja sehingga tidak mempunyai masa dan tenaga
untuk memasak

Sumber : Kajian Lapanagn 2022

Berdasarkan rajah 6 di atas, dapatan kajian menunjukkan faktor generasi moden sibuk
bekerja sehingga tidak mempunyai masa dan tenaga untuk memasak, bilangan responden yang
sangat tidak setuju dan tidak setuju adalah sama iaitu 1 orang responden (3%). Manakala paling
ramai responden adalah setuju dengan faktor ini iaitu 16 orang responden (53%) dan seramai
12 orang responden (40%) adalah sangat setuju kepada faktor ini.

Kesibukan bekerja untuk memenuhi tuntutan kehidupan menyebabkan generasi muda tidak
mempunyai masa dan tanaga untuk memasak mereka akan membeli makanan segera dan lain.

28
031006-04-0049

5.3.4 faktor : generasi moden berasa malas untuk menyediakan masakan tradisi.

16
47%
14

12
33%
10

6 17%

2 3%

Sangat tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Rajah 7 : generasi moden berasa malas untuk menyediakan masakan tradisi.

Sumber : Kajian Lapanagn 2022

Berdasarkan rajah 7 di atas, dapatan kajian menunjukkan responden yang sangat setuju
dengan faktor ini adalah paling banyak iaitu 14 orang responden (47%) dan kedua ialah
setuju iaitu 10 orang responden (33%). Seterusnya, bagi sangat tidak setuju dan tidak setuju
masing-masing ialah 1 dan 5 orang responden bersamaan 3% dan 17%.

Hal ini kerana untuk menyediakan makanan tradisi seseorang perlu mahir dengan cara
penyediaan yang rumit dan bahan yang tepat. Oleh itu, jenerasi muda berasa malas untuk
menyediakannya seterusnya memberi kesan semakin dilupai.

29
031006-04-0049

5.3.5 faktor : masyarakat Cina cenderung untuk makan di restoran.

16
47%
14

12 37%

10

6
13%
4

2 3%

Sangat tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Rajah 8 : faktor : masyarakat Cina cenderung untuk makan di restoran.

Sumber : Kajian Lapanagn 2022

Berdasarkan rajah 8 di atas, hanya 1 orang responden (3%) sangat tidak setuju kepada
faktor ini. Responden yang tidak setuju dan setuju masing-masing seramai 4 dan 11 orang
responden bersamaan 13% dan 37%. Terdapat paling banyak responden yang sangat setuju
dengan faktor ini iaitu sebanyak 14 orang responden (47%).

Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan responden bersetuju dengan penyataan


masyarakat Cina cenderong untuk makanan di restoran. Hal ini desebabkan kesibukan
bekerja dan kemampuan mereka membayar harga makanan yang ditempah.

30
031006-04-0049

5.3.6 faktor : Cara penyediaan masakan Cina yang rumit.

14

40%
12

10
30% 30%

0%
0

Sangat tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Rajah 9 : Cara penyediaan masakan Cina yang rumit

Sumber : Kajian Lapanagn 2022

Dapatan kajian menunjukkan, terdapat responden yang setuju dengan faktor Cara
penyediaan masakan Cina yang rumit adalah paling tinggi iaitu 12 orang (40%). Bagi
responden yang sangat setuju dan tidak setuju adalah sama iaitu 9 orang responden (30%)
dan tiada responden yang sangat tidak setuju.

Hal ini kerana penyediaan makanan masyarakat Cina biasanya memerlukan langkah yang
banyak dan susah. Oleh yang demikian masyarakat Cina akan memilih makanan yang
senang disediakan untuk makan semasa makan besar. Pada pandangan inferman 1, makanan
tradisi masyarakat Cina adalah susah untuk masak disebabkan makanan masyarakat Cina
memerlukan langkah dan masa yang panjang. Jika keadaan ini berterusan lama-lamanya
makanan tertentu akan semakin dilupai.

31
031006-04-0049

5.3.7 faktor : Masakan Cina memerlukan banyak bahan.

25

67%
20

15

10
26%

5
7%
0%
0

Sangat tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Rajah 10 : Masakan Cina memerlukan banyak bahan.

Sumber : Kajian Lapanagn 2022

Berdasarkan gambar rajah, terdapat responden yang setuju kepada faktor ini adalah paling
banyak iaitu 20 orang bersamaan 67%. Bagi kekerapan tidak setuju dan sangat setuju
masing-masing ialah 2 oramg (7%) dan 8 orang (26%) serta tiada responden yang sangat
tidak setuju.

Makanan masyarakat Cina semasa Tahun Baru Cina memerlukan bahan yang banyak dan
biasanya masyarakat Cina tidak menyediakan makanan tersebut disebabkan memerlukan
bahan yang banyak. Contohnya, bagi “Poon Chooi” sekurang-kurang memerlukan 9 jenis
sayur-sayuran atau daging yang berbeza.

32
031006-04-0049

5.3.8 faktor : terdapat pengubahsuaian terhadap resepi masakan tradisi cina.

14
43% 43%

12

10

4
10%

2
3%

Sangat tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Rajah 11 : faktor : terdapat pengubahsuaian terhadap resepi masakan tradisi cina.

Sumber : Kajian Lapanagn 2022

Dapatan kajian menunjukkan responden yang setuju dan sangat setuju kekerapannya
adalah sama iaitu 13 orang bersamaan 43%.Manakala bilangan responden bagi sangat tidak
setuju dan tidak setuju masing-masing ialah 1 orang (3%) dan 3 orang (10%).

Responden amat setuju kepada faktor ini, kerana resepi makana akan diubahsuai
mengikut suka pemasak atau ahli keluarga. Apabila resepi tersebut berubah lama-lananya
masyarakat Cina akan melupai resepi asal bagi makanan tradisi tersebut. Selain itu, resepi
sesuatu makanan juga akan dipengaruhi oleh budaya sekelilingnya. Pada pandangan
informan 3, resepi bagi makanan tradisi masyarakat Cina adalah susah dan biasa akan ada
pengubahsuaian terhadat resepi makanan.

33
031006-04-0049

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Bahagian ini menunjukkan segala data yang dikaji untuk memenuhi objektif kajian.

6.1 Pengenalan

Secara kesimpulan, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji makanan tradisi semasa
Makan Besar Tahun Baru Cina yang diamalkan oleh masyarakat cina di Jalan Teratai 60 hingga
Jalan Teratai 75, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor. Objektif kajian ini ialah mengenal
pasti jenis makanan yang dimakan semasa makan besar Tahun Baru Cina dalam kalangan
masyarakat cina dan mengkaji faktor makanan masyarakat Cina semasa Makan Besar Tahun
Baru Cina semakin dilupai dalam kalangan masyarakat cina di Jalan Teratai 60 hingga Jalan
Teratai 75, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor.

6.2 Kaedah Kajian dan Demografi Responden

Terdapat empat kaedah kajian yang dipilih untuk manjalankan kajian ini iaitu kaedah soal
selidik, kaedah temu bual, kaedah pemerhatian dan rujukan. Untuk kaedah soal selidik telah
memilih seramai 30 orang penduduk dipilih sebagai responden. Dalam kalangan responden
terdiri daripada pelbagai etnik yang berlainan. Bagi kaedah temu bual telah memilih 3 orang
penduduk sebagai informan untuk mendapat pandangan mereka berkaitan dengan kajian.
Selepas mengumpulkan data dari para responden dan informan, dalam aspek penganalisisan
data, pengiraan manual akan diguna pakai. Oleh itu, kekerapan, peratusan dan min sahaja akan
dijadikan data yang dianalisis.

6.3 Jenis makanan yang dimakan semasa makan besar Tahun Baru Cina dalam
kalangan masyarakat cina di Jalan Teratai 60 hingga Jalan Teratai 75, Taman Johor
Jaya, Johor Bahru, Johor.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan terdapat beberapa jenis makanan yang akna
menjadi pilihan bagi masyarakat Cina semasa makan besar Tahun Baru Cina seperti Yee Shang,
Mee Goreng, Buluh, Dumpling dan lain-lain.

Antaranya makanan yang paling popular ialah Yee Shang, sebanyak 28 orang daripada 30
orang akan makan semasa makan besar. Hal ini disebabkan oleh Yee Shang merupakan
makanan tradisi Masaraat Cina yang diwarisi dari zaman dahulu. Ia dipercayai dapat membawa
nasib baik dan membawa kehidupan yang semakin baik bagi tahun semasa.

34
031006-04-0049

Selain itu, Makanan yang paling sedikit responden memilih ialah “Poon Chooi” iaitu hanya
5 orang responden yang memilih makanan ini. Hal ini kerana biasanya “Poon Chooi” adalah
makanan bagi etnik cantonese tetapi juga ada segelintir etnik akan makannya dan dalam
Budaya maasyarakat Cina bagi etnik contonese makanan ini dipercayai dapat mengeratkan
hubungan ahli keluarga seperti makanan itu yang letak semua sayur-sayuran dalam satu
mangkuk.

6.4 Faktor makanan masyarakat Cina semakin dilupai dalam masyarakat Cina di
Jalan Teratai 60 hingga Jalan Teratai 75, Taman Johor Jaya, Johor Bharu, Johor.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan terdapat beberapa faktor makanan masyarakat
Cina semakin dilupai dalam masyarakat Cina. Antaranya faktor-faktor terdapat tiga faktor
minnya adalah sama iaitu generasi moden sibuk bekerja sehingga tidak mempunyai masa dan
tenaga untuk memasak, masyarakat cina cenderung untuk makan di restoran, terdapat
pengubahsuaian terhadap resepi masakan tradisi cina. Ketiga-tiga faktor minnya ialah 3.27
bermakna responden adalah sangat setuju dengan faktor ini. Hal ini kerana pada zaman yang
penuh dengan persaingan kebanyakan generasi akan sibuk dengan mencari rezeki dan mereka
akan makan di restoran untuk menuntut kesenangan. Juga terdapat resepi makanan masyarakat
Cina telah berubah mengikut budaya, cita rasa etnik masing-masing.

Selain itu, faktor yang paling kurang responden memilih ialah cara penyediaan masakan
Cina yang rumit iaitu minnya adalah 3. Bermakna responden adalah setuju lagi dengan faktor
ini, kerana biasanya makanan tradisi masyarakat memerlukan bahan yang banyak dan langkah
penyadiaan yang rumit menyababkan generasi moden kurang suka menyediakan makanan
tersebut, tetapi masih terdapat kebanyakan orang tua masih akan menyediakan makanan
tersebut walaupun penyadiaanya rumit tetapi ia dianggap merupakan warisi dan mewakili
identiti bagi masyarakat Cina. Setiap makanan juga dipercayai akan mambawa kesan positif
bagi mereka.

35
031006-04-0049

6.5 Kesimpulan
Daripada kajian ini, kita dapat tahu jenis-jenis makanan masyarakat cina yang akan dimakan
semasa makan besar Tahun Baru Cina. Makanan yang dimakan semasa makan besar Tahun
Baru Cina bukan makan sesuka hati sahaja, ia membawa maksud tertentu dan akan diwarisi
oleh masyarakat Cina dari zaman dahulu dan mewarisi sepanjangnya. Selain itu, juga dapat
tahu faktor-faktor yang menyebabkan makanan masyarakat Cina semakin dilupai dalam
masyarakat Cina. Walaubagaimanapun masih terdapat kebanyakan masyarakat Cina masih
mengamalkan warisinya dan memilih makanan tradisi sebagai makanan semasa makan besar
Tahun Baru Cina.

36
031006-04-0049

7.0 RUJUKAN
- https://www.mingguanwanita.my/bukan-saja-saja-dihidangkan-ini-simboliknya-kenapa-
yee-sang-jadi-makanan-wajib-ada-ketika-raya-cina/
- https://says.com/my/makan/10-makanan-tahun-baru-cina-popular-unik
- Google Maps (2022), Negeri Johor. Dicapai pada 30 Jun 2022 dari
https://www.google.com/maps/place/Johor
- Google Maps (2022), Daerah Johor Bahru. Dicapai pada 30 Jun 2022 dari
https://www.google.com/maps/place/Johor+Bahru,+Johor/
- Google Maps (2022), Taman Johor Jaya. Dicapai pada 30 Jun 2022 dari
https://www.google.com/maps/place/Taman+Johor+Jaya,+Johor/
- Google Maps (2022), Jalan Teratai 60 hingga 75. Dicapai pada 30 Jun 2022 dari
https://www.google.com/maps/place/Jalan+Teratai+60,+Johor+Jaya,+81100+Johor+
Bahru,+Johor/
- Kamus Dewan Edisi Keempat(2005)

37

You might also like