You are on page 1of 35

030114-11-0310

1.0 PENGENALAN

Amalan berpantang secara tradisional cukup sinonim dalam kalangan masyarakat


melayu yang sudah diamalkan sejak ratusan tahun lalu. Ilmu warisan nenek
moyang ini masih diamalkan sehingga kini sebagai amalan tradisi yang sudah
sebati dalam kehidupan masyarakat. Makanan berperanan besar dalam kehidupan
manusia dari sudut budaya. Bagaimana makanan dinikmati dan kandungannya
yang boleh membawa penyakit turut dikaitkan dengan budaya. (Aishah @ Eshah
& Abd Aziz : 2010) Pemilihan makanan berdasarkan idea kesihatan dan pantang
larang turut dikaji. Makanan yang berunsurkan angin, bisa, tajam, dan kesannya
kepada kesihatan masyarakat melayu antara kajian diet masyarakat melayu
(Juliana, Nor Hashimah & Junaidi : 2018)

Amalan berpantang selepas bersalin adalah satu kaedah pemulihan secara


tradisional di dalam satu jangka masa tertentu untuk wanita yang baru melahirkan
anak. Amalan ini masih diamalkan sehingga ke hari ini dan diwarisi sejak turun
temurun di kalangan masyarakat Asia terutamanya orang melayu. Pada tempoh
masa ini, si ibu akan dirawat secara berstruktur dari segi kesihatan, kebersihan
diri, dan pemakanan yang terkawal. Definisi ‘berpantang’ bermaksud si ibu
melalui tempoh pengasingan daripada mengambil apa-apa yang boleh
memudaratkan diri melainkan hanya beberapa bahan atau makanan yang perlu
diambil. Tempoh berpantang biasanya berlangsung selama lebih kurang 44 hari
atau 6 minggu dari hari kelahiran anak.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) amalan ialah sesuatu yang dilakukan,
dikerjakan, dilaksanakan dan sebagainya. Manakala makanan bermaksud apa
sahaja yang boleh dimakan seperti nasi, roti dan sayur-sayuran. Perkataan
berpantang pula ialah mempunyai pantang atau larangan iaitu tidak boleh makan
dan lain-lain sesuatu, tidak mahu atau tidak suka, tidak dapat atau tidak boleh.
Masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat
dengan aturan dan cara tertentu. Masyarakat melayu dalam kajian ini merujuk
kepada wanita-wanita bersalin di Kampung Gong Jelutong. Kesimpulannya,
amalan makanan berpantang ialah makanan yang mempunyai larangan tertentu
bagi wanita bersalin dan perlu dititikberatkan semasa berpantang. Amalan

1
030114-11-0310

sebegini sudah diamalkan sejak turun temurun dalan kalangan wanita di Kampung
Gong Jelutong sepanjang tempoh berpantang iaitu selama 40 hari.

Pengambilan makanan berpantang perlu dititikberatkan kepada wanita-wanita


selepas bersalin. Hal ini dikatakan demikian kerana makanan-makanan ini mampu
memberikan tenaga kepada ibu-ibu selepas bersalin sekali gus mengembalikan
kesihatan tubuh badan. Pengambilan makanan berpantang juga bertujuan untuk
menyembuhkan luka dalaman akibat proses kelahiran. Makanan yang boleh
diambil oleh wanita selepas bersalin adalah seperti ikan dan ayam yang dapat
memberikan tenaga kepada tubuh badan. Tambahan pula, makanan yang
mengandungi fiber sepeti sayur-sayuran juga baik untuk menambahkan susu
badan si ibu. Walaupun demikian, makanan yang mengandungi lemak berlebihan
perlu dielakkan kerana dapat melambatkan proses pelancaran darah. Oleh itu,
apakah jenis-jenis makanan yang diamalkan oleh masyarakat melayu di Kampung
Gong Jelutong.

Kini, amalan berpantang masih diamalkan dalam kalangan masyarakat melayu di


Kampung Gong Jelutong. Rawatan tradisional seperti mengurut juga turut
dilaksanakan bagi melancarkan peredaran darah dalam badan. Pengamalan tradisi
ini masih dilakukan kerana banyak manfaat dan kebaikan yang diperoleh.
Antaranya, dapat membantu mengembalikan bentuk badan, dapat menyembuhkan
luka akibat melahirkan serta dapat mengurangkan stress. Oleh itu, apakah sebab
pengambilan makanan berpantang selepas bersalin yang perlu diamalkan oleh
masyarakat melayu di Kampung Gong Jelutong, Besut, Terengganu.

Kesimpulannya, amalan makanan sewaktu berpantang selepas bersalin merujuk


kepada gaya hidup sihat yang diamalkan oleh masyarakat dalam negara ini
khususnya masyarakat melayu bagi menjaga kesihatan tubuh badan ibu bersalin.
Selain itu, penjagaan pemakanan yang betul juga mampu mengurangkan masalah-
masalah yang dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin. Amalan ini bukan sahaja baik
dari segi fizikal malah mental mereka juga turut menjadi sihat dan sentiasa positif.
Di samping itu, penyediaan makanan berpantang ini dianggap mudah kerana ia
hanya menggunakan bahan-bahan yang biasa digunakan di rumah cuma sahaja
cara penyediaannya yang berbeza. Makanan-makanan dalam pantang ini perlu
dijaga dengan sebaiknya supaya penyakit-penyakit lain tidak menyerang si ibu.

2
030114-11-0310

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


1) Mengenal pasti jenis makanan berpantang selepas bersalin yang diamalkan
oleh masyarakat melayu di Kampung Gong Jelutong, 22200 Besut,
Terengganu.
2) Mengkaji sebab-sebab pengambilan makanan berpantang selepas bersalin
yang diamalkan oleh masyarakat melayu di Kampung Gong Jelutong,
22200 Besut, Terengganu.

3.0 LOKASI KAJIAN

Peta 1: Lokasi Kampung Gong Jelutong, Besut, Terengganu

Sumber: https://goo.gl/maps/gSa92vMh3TorbWnf8
Kampung Gong Jelutong terletak di daerah Besut, Terengganu. Jarak di antara
kampung ini dengan bandar Jerteh dianggarkan sejauh 15 km dan mengambil
masa perjalanan selama 22 minit jika menaiki kereta. Mercu tanda atau sempadan
yang menandakan permulaan Kampung Gong Jelutong ialah sungai yang terletak
di tepi jalan raya yang menghubungkan Kampung Gong Jelutong dengan
Kampung Kubang Ikan. Kampung ini juga mempunyai kemudahan prasarana
seperti surau, balai raya, bekalan elektrik, jalan raya dan lain-lain yang dapat
memberi kemudahan kepada penduduk kampung ini.

3
030114-11-0310

Foto 1: Sempadan Permulaan Kampung Gong Jelutong

Sumber: kajian lapangan 2022

Foto 2: Surau Kampung Gong Jelutong

Sumber: Kajian lapangan 2022

4
030114-11-0310

Foto 3 : Balai Raya Kampung Gong Jelutong

Sumber : kajian lapangan 2022

Foto 4: Jalan Raya Kampung Gong Jelutong

Symber: Kajian lapangan 2022

5
030114-11-0310

Foto 5: Bekalan Elektrik

Sumber: Kajian lapangan 2022

Foto 6: Padang Bola Kampung Gong Jelutong

Sumber: Kajian lapangan 2022

6
030114-11-0310

Terdapat banyak kemudahan asas yang disediakan di Kampung Gong Jelutong.


Hal ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk
kampung ini. Contohnya, dengan adanya surau, para penduduk dapat menunaikan
solat secara berjemaah serta dapat melakukan amal ibadat bersama tanpa perlu ke
masjid di kampung lain untuk solat. Selain itu, kemudahan seperti balai raya pula
dibina bagi memudahkan urusan penduduk yang ingin membuat sebarang aduan
serta berbincang berkaitan masalah-masalah di kampung. Jalan raya juga dibina
supaya para penduduk kampung dapat bergerak ke mana-mana sahaja dengan
mudah dan cepat. Bukan itu sahaja, penduduk dari kampung lain juga dapat
melaluinya untuk datang ke Kampung Gong Jelutong ini.

Peta 2: peta lakaran Kampung Gong Jelutong

Sumber: kajian lapangan 2022

Kampung Gong Jelutong berada di dalam mukim Tembila dan bersempadan


dengan Kampung Kubang Ikan, Kampung Pak Mentosa dan Kampung Gong
Medang. Kampung ini juga memiliki keluasan 2 km persegi. Jumlah penduduk
yang menetap di kampung ini dianggarkan seramai 800 orang yang terdiri
daripada lapisan masyarakat dari golongan warga emas, golangan dewasa,
golongan remaja dan kanak-kanak. Penduduk di kampung ini turut terdiri
daripada golongan yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan seperti guru,
maritim, dan jururawat. Selain iti, ada juga yang bekerja sendiri iaitu sebagai

7
030114-11-0310

petani, penternak dan peniaga kecil. Ada juga dalam kalangan mereka yang tidak
bekerja atau suri rumah.

Foto 7: kedai runcit Kampung Gong Jelutong

Sumber: kajian lapangan 2022

Selain daripada kemudahan prasarana, Kampung Gong Jelutong ini juga


mempunyai keunikannya yang tersendiri. Salah satunya ialah kampung ini
memiliki sebuah kedai runcit yang maju. Kedai runcit ini menjadi tumpuan
kepada penduduk kampung kerana Kampung Gong Jelutong berada jauh dari
Bandar Jerteh. Oleh itu, penduduk kampung amat bergantung kepada kedai runcit
ini bagi mendapatkan keperluan harian mereka. Di samping itu, kedai runcit ini
juga menjadi pusat penghantaran urusan surat menyurat oleh Pos Malaysia dan
pusat penghantaran barangan yang dibeli secara dalam talian seperti pembelian
dalam aplikasi Shopee, Lazada dan banyak lagi.

8
030114-11-0310

4.0 KAEDAH KAJIAN

Pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mengumpul maklumat


atau data-data kajian sama ada data primer atau data sekunder. Data primer
dikumpul melalui kaedah temu bual, soal selidik dan pemerhatian. Manakala
kaedah kepustakaan dilakukan untuk mengumpul data sekunder. Oleh itu, data-
data kajian atau maklumat kajian adalah berbentuk data kualitatif dan data
kuantitatif.

4.1 Kaedah Soal Selidik

Kaedah soal selidik memudahkan pengkaji untuk mengumpul data dan maklumat
dalam jangka masa singkat. (Sidek Mohd Noah: 2002) Pengkaji telah
menyediakan satu set soalan soal selidik kepada informen. Pengkaji dapat
mengumpul data kuantitatif daripada informen iaitu wanita-wanita yang pernah
bersalin dalam kalangan penduduk di Kampung Gong Jelutong, Besut,
Terengganu.

4.1.1 Cara mendapatkan responden

Responden yang terlibat ialah seramai 30 orang wanita-wanita yang pernah


bersalin dan mereka dipilih secara rawak. Menurut Bailey (1994) bilangan sampel
kajian sebanyak 30 orang adalah sesuai bagi kajian berbentuk perangkaan.
Pengkaji telah menemui responden di kediaman masing-masing bagi
mengedarkan borang soal selidik. Pengkaji mengambil masa selama dua hari
untuk mengedarkan borang soal selidik kepada responden. Pengkaji biasanya
menemui responden pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari selama dua
hari berturut-turut.

4.1.2 Cara mengumpulkan data

Pengkaji telah menyediakan 1 set borang soal selidik dan telah membuat 30 set
salinan untuk diedarkan kepada responden. Borang soal selidik mengandungi 2
bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. terdapat 7 soalan dalam bahagian A
mengenai latar belakang maklumat responden. Dalam bahagian B pula

9
030114-11-0310

mengandungi 6 soalan mengenai sebab-sebab pengambilan makanan berpantang


selepas bersalin dalam kalangan wanita-wanita yang pernah bersalin di Kampung
Gong Jelutong, Besut, Terengganu. Semua soalan adalah berbentuk soalan
tertutup. Soalan bahagian B menggunakan skala likerts iaitu 5 skala respons.
Skala 1 mewakili sangat tidak setuju, skala 2 mewakili tidak setuju, skala 3
mewakili kurang setuju, skala 4 mewakili setuju dan skala 5 mewakili sangat
setuju. Purata masa yang diambil oleh informen untuk menjawab semua soalan
soal selidik ialah selama 5 minit sahaja kerana semua item soal selidik mudah
difahami. Borang soal selidik yang telah lengkap dijawab dikumpulkan semula
untuk dianalisis.

4.1.3 Cara memproses dan mempersembahkan data

Data-data soal selidik diproses menggunakan analisis statistik. Analisis tersebut


ialah skor bagi kekerapan, peratus, dan nilai min. Jika skor min di antara 4 hingga
5, keadaan ini menunjukkan bahawa informen bersetuju dengan penyataan atau
item soal selidik. Manakala skor min di antara 1 hingga 3 menunjukkan bahawa
informen tidak bersetuju. Analisis statistik data soal selidik dipersembahkan
dalam bentuk jadual, graf, dan carta menggunakan MS Excell. Penyediaan jadual,
graf dan carta ini akan menjelaskan lagi dengan lebih terperinci dapatan kajian.

4.2 Kaedah Temu Bual

4.2.1 Cara mendapatkan informen

Pengkaji telah menggunakan kaedah temu bual untuk mengumpulkan data primer.
Data-data primer yang diperoleh ialah data kualitatif. Seramai 2 orang informen
telah dipilih melalui Teknik persampelan bacian. Pengkaji telah menemui semua
informen di rumah masing-masing bagi mengadakan sesi temu bual.

4.2.2 Cara mengumpulkan data

Temu bual telah dibuat secara bersemuka dengan informen. Kedua-dua orang
informen telah ditemu bual oleh pengkaji dan mengemukakan soalan berstruktur
kedapa informen sebanyak 5 soalan telah disediakan. Soalan temu bual yang
disediakan oleh pengkaji berkaitan dengan objekif kajian iaitu mengenal pasti
jenis makanan berpantang selepas bersalin yang diamalkan oleh masyarakat
melayu di Kampung Gong Jelutong, Besut, Terengganu. Jawapan informen telah

10
030114-11-0310

dicatat dan dirakam dengan menggunakan telefon pintar. Jawapan temu bual telah
dicatat di dalam borang catatan temu bual. Sebanyak 2 sesi temu bual telah
diadakan dan mengambil masa lebih kurang selama 15 minit bagi setiap sesi.
Temu bual juga mengambil masa selama 2 hari.

4.1.2 Cara memperoses dan mempersembahkan data

Pengkaji menulis semula transkripsi temu bual di dalam kertas jawapan yang
berasingan. Pengkaji telah mengemukakan semua jawapan informen di dalam
bahagian dapatan kajian. Soalan temu bual telah dilampirkan di bahagian
lampiran bersama dengan borang catatan jawapan informen.

4.3 Kaedah Pemerhatian

Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk mengukuhkan lagi


dapatan kajian. Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji dapat mengetahui situasi
sebenar di lokasi kajian. Pengkaji menggunakan kaedah ini untuk mengumpulkan
data kuantitatif (Sidek Mohd Noah : 2002)

4.3.1 Cara mendapatkan informen

Seramai 2 orang informen telah dipilih oleh pengkaji melalui persempelan bacian.
Pengkaji telah ke rumah informen untuk memerhati sendiri dengan lebih
terperinci jenis-jenis makanan yang diambil ketika berpantang yang sering
diamalkan oleh informen.

4.3.2 Cara mengumpulkan data

Untuk mengumpul data kualitatif, pengkaji telah ke lokasi beberapa kali untuk
memerhatikan tindakan informen melakukan aktiviti harian semasa dalam pantang
serta sebab-sebab mereka mengamalkan pemakanan berpantang tersebut. Bagi
mengukuhkan lagi bukti, pengkaji mencatat dalam borang pemerhatian seperti
buku catatan dan merakam foto menggunakan telefon pintar.

4.3.3 Cara memproses dan mempersembahkan data

11
030114-11-0310

Pengkaji telah mencetak foto yang telah dirakam untuk dijadikan bukti yang
kukuh. Foto yang dicetak dilampirkan di lokasi kajian, dapatan kajian dan
bahagian lampiran. Hasil catatan pemerhatian juga telah dijadikan bahan rujukan
penulisan di dalam bahagian dapatan dan lokasi kajian.

4.4 Kaedah Kajian Kepustakaan

4.4.1 Cara mendapatkan bahan rujukan

Pengkaji telah menggunakan metode kepustakaan untuk memperoleh data


sekunder. Data ini bertujuan untuk melengkapkan data kajian. Antara bahan
rujukan yang digunakan ialah kamus, buku dan sumber internet atau laman
sesawang yang berkaitan.

4.4.2 Cara mengumpulkan data

Pengkaji telah melayari internet melalui telefon pintar dan komputer riba serta
pusat internet untuk mendapatkan bahan rujukan sekunder. Selain itu, pengkaji
juga mengunjungi pusat sumber sekolah untuk mengumpulkan data-data
sekunder. Pengkaji telah mengunjungi Pusat Sumber Sekolah sebanyak 1 kali
iaitu kali pertama pada hari Selasa bertarikh 25 mei 2020 pada pukul 10:30 pagi
iaitu semasa waktu rehat. Bagi mendapatkan data sekunder, pengkaji telah
mencari bahan dan membuat rujukan untuk mengukuhkan metode kepustakaan.
Bacaan bahan dan rujukan yang dibuat oleh pengkaji berdasarkan bahan-bahan
seperti kamus, majalah, internet dan sebagainya. Pengkaji juga memuat turun dan
menyimpan bahan yang dirujuk di dalam internet. Contoh laman sesawang yang
telah dilayari bagi mengumpulkan maklumat tentang amalan berpantang ialah
https://my.theasianparent.com. Selain itu, pengkaji menggunakan kamus untuk
mencari maksud yang terkandung di dalam tajuk kajian.

4.4.3 Cara memproses dan mempersembahkan data

Semua bahan rujukan kepustakaan digunakan bagi melengkapkan bahagian


seperti pengenalan, lokasi kajian, dan metodologi kajian. Pengkaji juga telah

12
030114-11-0310

menggunakan bahan-bahan rujukan sebagai panduan untuk membina item soal


selidik. Selain itu, pengkaji juga telah mencatat sumber bahan rujukan iaitu
memasukkan nama pengarang dalam penulisan kajian. Semua bahan rujukan
dicatat dalam senarai bibliografi mengikut format yang telah ditetapkan dan
mengandungi tiga jenis sumber rujukan yang berlainan.

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan


kajian yang dianalisis daripada borang soal selidik yang telah diisi lengkapkan
oleh responden. Data-data tersebut dipersembahkan pula dalam bentuk jadual,
carta pai, dan graf bar bagi menjelaskan lagi dapatan kajian berdasarkan objektif
kajian yang telah ditetapkan. Perbincangan dapatan kajian juga berdasarkan hasil
temu bual yang telah dilaksanakan.

5.1 BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN

Seramai 30 orang responden telah dipilih secara rawak bertujuan bagi


melengkapkan borang soal selidik. Pengkaji juga telah menemubual seramai 2
orang informen yang dipilih dalam kalangan 30 orang responden tersebut.
Huraian analisis latar belakang responden melibatkan angkubah umur, pekerjaan,
pendapatan, tempoh berpantang, bilangan anak, pengamalan berpantang, dan
tahap pendididkan.

5.1.1 Umur

Jadual 1: Kekerapan dan peratusan umur

UMUR (tahun) KEKERAPAN (orang) PERATUS (%)


20 hingga 30 2 6.67
31 hingga 35 4 13.33
36 ke atas 24 80
Sumber: kajian lapang 2022

13
030114-11-0310

UMUR

7%
13%

80%

20 hingga 30 tahun 31 hingga 35 tahun 36 tahun ke atas

Carta 1: Umur Responden (Tahun)

Sumber: Kajian lapangan 2022

Carta 1 menunjukkan seramai 2 orang responden atau 6.67 peratus berumur dalam
lingkungan 20 hingga 30 tahun dan 4 orang responden atau 13.33 peratus berumur
dalam lingkungan umur 31 hingga 35 tahun dan seramai 24 orang responden atau
80 peratus dalam lingkungan umur 36 tahun ke atas. Hal ini menunjukkan bahawa
penduduk di Kampung Gong Jelutong terdiri daripada wanita yang lebih berusia
berbanding dengan wanita yang masih muda.

5.1.2 Tahap Pendidikan

Jadual 2: Kekerapan dan peratusan tahap Pendidikan

TAHAP KEKERAPAN (orang) PERATUS (%)


PENDIDIKAN
SPM 15 50
STPM 5 16.67
Diploma 1 3.33
Ijazah 2 6.67
Lain-lain 7 23.33
Sumber: Kajian lapangan 2022

14
030114-11-0310

TAHAP PENDIDIKAN

23%

7% 50%
3%

17%

SPM STPM Diploma Ijazah Lain-lain

Carta 2: Tahap pendidikan Responden

Sumber: Kajian lapangan 2022

Carta 3 menunjukkan seramai 15 orang responden atau 50 peratus yang


mempunyai tahap pendidikan sehingga SPM manakala seramai 5 orang
responden atau 16.67 peratus daripada mereka yang melanjutkan pengajian
sehingga peringkat STPM. Selain itu, seorang responden atau 3.33 peratus
daripadanya yang mempunyai Diploma serta seramai 2 orang responden atau
6.67 peratus daripada mereka yang telah melanjutkan pelajaran ke peringkat
Ijazah. Namun, ada juga dalam kalangan responden yang hanya melanjutkan
pelajaran sehingga tingkatan 3 atau dikenali sebagai SRP pada suatu ketika
dahulu. Majoriti responden di Kampung Gong Jelutong hanya melanjutkan
pelajaran ke peringkat SPM kerana mempunyai masalah-masalah tertentu
sewaktu zaman dahulu.

5.1.3 Pekerjaan

Jadual 3: Kekerapan dan peratus pekerjaan

PEKERJAAN KEKERAPAN PERATUS (%)


Suri rumah 15 50
Kakitangan swasta 0 0
Kakitangan kerajaan 3 10
Bekerja sendiri 12 40

15
030114-11-0310

PEKERJAAN

40%
50%

10%

suri rumah kakitangan swasta


kakitangan kerajaan bekerja sendiri

Carta 3: Pekerjaan Responden

Sumber: Kajian Lapangan 2022

Carta 3 menunjukkan seramai 15 orang responden atau 50 peratus bekerja


sebagai suri rumah manakala tiada responden di kampung Gong Jelutong yang
bekerja sebagai kakitangan swasta. Selain itu, seramai 3 orang responden atau
10 peratus bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan seramai 12 orang
penduduk atau 40 peratus yang bekerja sendiri. Majoriti wanita di kampung
ini hanya bekerja sebagai suri rumah. Hal ini demikian kerana peluang
pekerjaan yang ada di kampung adalah sedikit tambahan pula kebanyakan dari
mereka mempunyai tahap Pendidikan yang rendah iaitu sehingga SPM sahaja.

5.1.4 Pendapatan

Jadual 3: Kekerapan dan peratusan pendapatan

PENDAPATAN (RM) KEKERAPAN PERATUS (%)


500 hingga 1000 18 60
1001 hingga 2000 8 26.67
2001 ke atas 4 13.33
Sumber: Kajian lapangan 2022

16
030114-11-0310

Jadual 4 menunjukkan seramai 18 orang responden atau 60 peratus yang


berpendapatan sebanyak RM500 hingga RM1000 dan seramai 8 orang responden
atau 26.67 peratus responden yang berpendapatan RM1001 hingga RM2000.
Selain itu, seramai 4 orang responden atau 13.33 peratus yang berpendapatan
sebanyak RM2001 ke atas. Mereka biasanya terdiri daripada penduduk yang
bekerja sebagai guru, kerani, maritim dan jururawat. Majoriti wanita di kampung
ini berpendapatan dalam lingkungan RM500 hingga RM1000. Hal ini kerana
mereka tidak bekerja atau hanya sebagai suri rumah. Bukan itu sahaja, ada juga
dalam kalangan mereka yang bekerja sendiri iaitu sebagai petani, penternak, dan
peniaga kecil.

5.1.5 Tempoh Berpantang

Jadual 5: Kekerapan dan peratusan tempoh berpantang

TEMPOH KEKERAPAN PERATUS


BERPANTANG (hari) (orang) (%)
40 hingga 60 17 56.67
61 hingga 80 0 0
71 hingga 90 2 6.67
91 ke atas 11 36.67
Sumber: Kajian lapangan 2022

Jadual 5 menunjukkan seramai 17 orang atau 56.67 peratus berpantang selama 40


hingga 60 hari manakala tiada seorang pun responden yang berpantang selama 61
hingga 80 hari tetapi terdapat seramai 2 orang responden atau 6.67 peratus yang
berpantang selama 71 hingga 90 hari. Selain itu, seramai 11 orang atau 36.67
peratus daripada responden berpantang selama 91 hari ke atas. Kebanyakan dari
mereka menyatakan bahawa mereka mengamalkan amalan berpantang ini selama
40 hingga 60 hari. Hal ini demikian kerana, mereka berpendapat bahawa dalam
tempoh masa tersebut, proses penyembuhan luka dapat berlaku dengan lebih
cepat.

17
030114-11-0310

5.1.6 Bilangan Anak

Jadual 6: Kekerapan dan peratusan bilangan anak

BILANGAN ANAK KEKERAPAN PERATUS (%)


(orang) (orang)
1 hingga 3 11 36.67
4 hingga 6 17 56.67
7 ke atas 2 6.67
Sumber: Kajian lapangan 2022

Jadual 6 menunjukkan seramai 11 orang responden atau 36.67 peratus yang


mempunyai anak seramai 1 hingga 3 orang manakala seramai 17 orang atau
56.67 peratus daripadanya memiliki 4 hingga 6 orang anak. Selain itu, seramai
2 orang responden atau 6.67 peratus yang memiliki anak sehingga 7 orang ke
atas. Majoriti responden telah mempunyai 4 hingga 6 orang anak. Hal ini
demikian kerana, mereka sering mengamalkan amalan berpantang setiap kali
bersalin menyebabkan tubuh badan mereka menjadi lebih sihat dan mereka
cenderung untuk melahirkan lebih ramai anak. Selain itu, kebanyakan
penduduk juga sudah berusia 36 tahun ke atas. Oleh sebab itu, mereka
mempunyai anak yang ramai.

5.1.7 Amalan Berantang

Jadual 7: Kekerapan dan peratusan reponden yang mengamalkan


amalan berpantang

AMAL BERPANTANG KEKERAPAN PERATUS (%)


(orang)
Ya 30 100
Tidak 0 0
Sumber: Kajian lapangan 2022

Jadual 7 menunjukkan seramai 30 orang responden atau 100 peratus yang


menyatakan mereka selalu mengamalkan amalan berpantang setiap kali
bersalin manakala tiada seorang responden pun yang menyatakan tidak pernah

18
030114-11-0310

mengamalkan amalan berpantang selepas bersalin. Menurut responden,


mereka mengamalkan amalan ini kerana amalan ini telah diamalkan oleh
nenek moyang mereka sejak turun temurun. Oleh hal yang demikian, mereka
memilih untuk berpantang supaya kesihatan ibu serta bayi akan terjamin serta
mengelakkan berlakunya masalah-masalah kesihatan yang lain.

5.2 TEMU BUAL: JENIS-JENIS MAKANAN BERPANTANG


SELEPAS BERSALIN YANG DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT
MELAYU DI KAMPUNG GONG JELUTONG, BESUT,
TERENGGANU.

5.2.1 Jenis makanan atau minuman berpantang yang diamalkan ketika


berpantang.

Mengikut tradisi masyarakat melayu, terdapat beberapa jenis makanan berpantang


bagi wanita bersalin. Mereka perlu mengamalkan pengambilan makanan
berpantang supaya tahap kesihatan mereka akan pulih dalam tempoh yang lebih
cepat. Hal ini disokong oleh temu bual antara pengkaji dengan informen.
Informen 1 menyatakan bahawa “ . . . antara jenis makanan berpantang ialah ikan
bakar, ikan kering, ragi, sayur-sayuran. Selain itu, lada hitam yang ditumbuk dan
dihidangkan bersama nasi putih, ikan bilis, ayam bakar . . . Beliau menambah
bahawa jenis ikan yang tidak boleh dimakan ketika berpantang ialah ikan tongkol
dan ikan kerisi manakala ikan yang boleh dimakan ialah ikan cencaru, selayang,
dan ikan selar yang dibakar sahaja, minuman air halia juga diamalkan . . . ’’ (
informen 1 temubual pada 3 mei pada jam 9 malam ). Hal ini juga disokong oleh
informen 2 beliau menyatakan bahawa “ . . . hanya makan nasi putih bersama ikan
bakar, ayam bakar, sup ayam, ikan singgang dan ibu berpantang juga digalakkan
makan lada hitam yang ditumbuk. Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa
hanya ikan-ikan tertentu sahaja yang boleh dimakan ketika berpantang iaitu ikan
selar, ikan kembung manakala ikan tongkol tidak sesuai diambil oleh ibu
berpantang . . . ’’ ( informen 2 temubual pada 5 mei pada jam 4.30 petang )
kesimpulannya, terdapat makanan-makanan tertentu sahaja yang boleh dimakan
oleh wanita bersalin.

5.2.2 Keistimewaan makanan berpantang

19
030114-11-0310

Walaupun makanan berpantang dari segi rasanya tidak begitu menyelerakan,


tetapi terdapat keistimewaan tertentu yang dapat diperoleh daripada makanan ini.
Hal ini disokong oleh temu bual antara pengkaji dengan informen. Informen 1
mengatakan bahawa “. . . keistimewaan makanan ragi adalah untuk menyegarkan
urat saraf ibu bersalin kerana ragi bersifat panas. Selain itu, informen juga
mengatakan jenis ikan yang tidak boleh dimakan ialah ikan tongkol dan ikan
kerisi kerana mempunyai bisa dan menyebabkan gatal-gatal pada bahagian luka.
Seterusnya beliau menambah bahawa pengambilan ikan bakar dapat
membekalkan tenaga kepada badan memandangkan makanan laut seperti udang,
ketam dan sotong tidak boleh dimakan. Beliau juga mengatakan bahawa bawang
putih baik untuk menyegarkan tubuh badan serta dapat mempercepatkan
penyembuhan luka dalaman. Sayur-sayuran pula banyak mengandungi vitamin
yang mana dapat mempercepatkan penyembuhan luka sekali gus dapat
membekalkan zat besi dalam badan, dapat melancarkan proses pencernaan. Nasi
pula dapat memberikan tenaga kepada ibu berpantang. . . ( informen 1 temu bual
pada 3 mei pada jam 9 malam ) . Hal ini juga disokong oleh informen 2. Beliau
mengatakan bahawa “. . . keistimewaan lada hitam dalam makanan berpantang
ialah dapat mengeluarkan angin dalam badan serta mengekalkan kesihatan si ibu,
ikan dan ayam bakar dapat membekalkan tenaga, pengambilan sayur-sayuran
mempunyai banyak khasiat untuk ibu berpantang iaitu dapat memberi tenaga,
dapat mempercepatkan penyembuhan luka. Beliau menambah bahawa sayur yang
berkuah lebih baik untuk mengelakkan sembelit . . . ” ( informen 2 temubual pada
5 mei pada jam 4.30 petang ) kesimpulannya, makanan berpantang mempunyai
banyak khasiat dalam membantu wanita bersalin memulihkan semula tahap
kesihatan mereka.

5.2.3 Jenis sayuran yang diambil semasa berpantang.

Pengambilan sayuran juga amat penting kepada kesihatan wanita bersalin. Hal ini
disokong oleh temu bual antara pengkaji dengan responden. Responden 1
mengatakan bahawa “… antara sayur yang diambil ialah sayur sawi, sayur kubis
yang ditumis dengan bawang putih dan air, lobak merah …” ( informen 1
temubual pada 3 mei pada jam 9 malam ) hal ini juga disokong oleh informen 2.
Beliau mengatakan bahawa “… sayuran yang diambilnya ialah sayur air seperti
sawi yang dicampur dengan kubis. … beliau menambah bahawa sayur-sayuran

20
030114-11-0310

tersebut mempunyai khasiat yang banyak kepada ibu berpantang iaitu dapat
mempercepatkan penyembuhan luka dalaman, menambahkan tenaga, kuah sayur
itu juga perlu makan bagi mengelakkan sembelit serta melawaskan penghadaman.
Sayur yang digoreng juga boleh dimakan tetapi dengan kuantiti minyak yang
sedikit. Beliau berkata sayur yang bersantan tidak boleh diamalkan oleh wanita
semasa dalam pantang kerana dapat melambatkan proses penyembuhan luka…” (
informen 2 temubual pada 5 mei pada jam 4.30 petang ) kesimpulannya,
pengambilan sayur-sayuran baik untuk mengekalkan kesihatan serta
menambahkan tenaga dalam badan

5.2.4 Buah-buahan yang diambil semasa berpantang.

Selain sayuran, terdapat juga makanan-makanan manis seperti buah-buahan yang


berjus yang boleh dimakan oleh wanita berpantang cuma sahaja dalam kuantiti
yang terkawal. Hal ini disokong oleh temu bual antara responden 1 dengan
pengkaji. Beliau mengatakan bahawa “… buah-buahan yang diambil ialah bual
limau kerana buah ini mengandungi banyak vitamin c. Beliau juga memberitahu
buah limau yang masam baik untuk pengaliran darah dalam badan serta dapat
melancarkan pembuangan. Walau bagaimanapun, buah yang terlalu masam tidak
digalakkan kerana dapat memberi kesan kepada bayi yang sedang menyusu dan
dikhuatiri sakit perut bayi. Selain itu, apel hijau, pisang manis adalah baik untuk
melancarkan pencernaan wanita bersalin …” ( informen 1 temubual pada 3 mei
pada jam 9 malam ) kenyataan ini juga disokong oleh informen 2. Beliau
mengatakan “… buah pisang yang direbus tanpa perisa tambahan seperti gula atau
garam, buah limau

sankis dan epal hijau. Pengambilan makanan ini adalah untuk mengurangkan
sembelit. Beliau menambah … buah-buahan tersebut tidak perlu makan terlalu
banyak sebaliknya sekadar untuk mengunyah…” ( informen 2 temubual pada 5
mei pada jam 4.30 petang ) kesimpulannya, terdapat banyak jenis buah-buahann
yang boleh diamalkan ketika dalam pantang.

5.2.5 Mengamalkan air herba.

Air herba sememangkan mempunyai khasiat yang tersendiri walaupun


kebanyakan wanita-wanita berpantang sekarang kurang gemar dengan rasa dan
bau daripada air herba tersebut tetapi orang-orang dahulu amat menggalakkan

21
030114-11-0310

mengamalan air herba ini. Hal ini disokong oleh temu bual antara informen
dengan pengkaji. Informen 1 mengatakan bahawa “ … air herba ini amat baik
untuk kesihatan dalaman wanita berpantang. Beliau mengamalkan air halia
sepanjang dalam pantang. Beliau juga menambah … cara penyediaan air herba ini
amat mudah iaitu dengan memasukkan halia yang telah dihiris, 1cm kunyit hidup,
sebatang serai serta rebus dengan air sehingga mendidih. Selain itu, akar kayu
sepeti akar pokok kapal terbang yang dapat mempercepatkan penyembuhan luka
kesan melahirkan serta memperbanyakkan susu badan, daun pokok tersebut juga
boleh ditumbuk dan disapukan pada luka pembedahan pada perut si ibu, akar
kedudup yang direbus juga baik untuk kesihatan dalaman wanita berpantang
walaupun ia mempunyai rasa yang kurang enak. Beliau mengatakan lagi bahawa
minuman air herba ini telah diamalkan setiap hari sehingga 100 hari. Selain itu,
beliau juga minum air teh kelat yang juga direbus dengan air sehingga mendidih
bagi mengurangkan rasa lapar. Beliau berkata bahawa susu pekat tidak sesuai
diambil ketika dalam pantang kerana dapat menyebabkan kembung, sakit perut,
angin tersumbat. Seterusnya, wanita dalam pantang juga tidak digalakkan minum
air yang berais kerana dapat menyebabkan sakit urat …” ( informen 1 temubual
pada 3 mei pada jam 9 malam ) Hal ini turut disokong oleh informen 2. Beliau
mengatakan bahawa “… jenis air herba ialah air akar kayu yang dicampur dengan
bahan lain dan air kunyit. Cara penyediaan yang dilakukannya adalah dengan
merebus bahan-bahan seperti serai, halia, kunyit. Tambahan pula, beliau juga
sering meminum herba seperti air sepang kederang, buah manjakani. Khasiat yang
ada pada herba tersebut adalah dapat mempercepatkan penyembuhan luka bagi
wanita bersalin, dapat mengeluarkan angin dalam badan, melancarkan pengaliran
darah serta dapat menyegarkan tubuh badan. Selain itu, wanita berpantang juga
boleh mengamalkan air biasa seperti air milo, teh panas. Beliau menegaskan
bahawa wanita dalam pantang tidak digalakkan meminum minuman berais kerana
dapat melambatkan proses pemulihan rahim, peranakan menjadi bengkak, sejuk
dalaman sekali gus dapat memudaratkan kesihatan si ibu. Sebaiknya minuman air
suam amat disyorkan bagi melancarkan darah dalam badan. Beliau mengamalkan
minuman air herba ini setiap hari selama sebulan. Air susu juga boleh diamalkan
untuk menambahkan susu badan, dan meningkatkan tenaga …” ( informen 2
temubual pada 5 mei pada jam 4.30 petang ) kesimpulannya, walaupun rasa dan

22
030114-11-0310

aroma daripada air herba itu tidak enak, tetapi pengamalan minuman tersebut
dapat memberi seribu khasiat kepada wanita berpantang.

5.3 BAHAGIAN B: SEBAB-SEBAB PENGAMBILAN MAKANAN


BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

STS TS KS S SS MIN
ITEM PENYATAAN
K % K % K % K % K %
Amalan
berpantang dapat
1 mengembalikan 0 0 0 0 0 0 18 60 12 40 4.4
kelangsingan
badan

Rahim wanita
mengecut dengan
2 cepat apabila 0 0 0 0 0 0 16 53.3 14 46.7 4.5
mengamalkan
amalan berpantang

Aktiviti bersenam
tidak sesuai
3 0 0 1 3.3 0 0 17 56.7 12 43.3 4.3
dilakukan sewaktu
dalam pantang

Makanan
berpantang dapat
4 mempercepatkan 0 0 0 0 0 0 12 40 18 60 4.6
proses peyembuhan
luka

Pemakanan halia
dalam makanan
5 0 0 0 0 0 0 14 46.7 16 53.3 4.5
dapat melancarkan
pengaliran darah

Amalan
berpantang dapat
6 0 0 0 0 0 0 13 43.3 17 56.7 4.6
mengekalkan awet
muda

23
030114-11-0310

5.3.1 Amalan berpantang dapat mengembalikan kelangsingan badan

Mengembalikan kelangsingan badan


Peratus (%)
70
60
50
40
30
20
10
0
STS TS KS S SS
Skala Likert

Graf 1: Peratusan Jawapan Responden Berdasarkan Item 1


Sumber: Kajian lapangan 2022
Graf 1 menunjukkan tiada responden yang sangat tidak setuju, tidak setuju dan
kurang setuju dengan penyataan item 1. Seramai 18 orang responden atau 60
peratus responden yang setuju dan 12 orang responden atau 40 peratus
responden yang sangat setuju dengan pernyataan item 1. Nilai min ialah 4.4
dan menunjukkan bahawa responden bersetuju dengan pernyataan item 1. Hal
ini menunjukkan semua responden setuju dengan amalan berpantang dapat
mengembalikan kelangsingan badan. Apa yang pasti semua responden yang
mengamalkan amalan berpantang ini telah mengakui kebenarannya. Hal ini
kerana ketika dalam pantang, mereka tidak dibenarkan makan makanan yang
berlemak seperti mentega dan keju, makanan bersantan serta makanan
berminyak sepeti ikan dan ayam goreng. Sebaliknya, mereka hanya
dibenarkan makan makanan yang sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan,
serta ikan dan ayam yang dibakar sahaja. Kesannya, wanita selepas bersalin

24
030114-11-0310

secara tidak langsung dapat mengembalikan bentuk tubuh badan asal mereka
seperti sedia kala.

5.3.2 Rahim wanita mengecut dengan cepat apabila mengamalkan amalan


berpantang.

Rahim wanita mengecut dengan cepat


Peratus (%)
60
50
40
30
20
10
0
STS TS KS S SS
Skala Likert

Graf 2: Peratusan Jawapan Responden Berdasarkan Item 2


Sumber: Kajian Lapangan 2022
Graf 2 menunjukkan tiada responden yang sangat tidak setuju, tidak setuju dan
kurang setuju dengan penyataan item 2. Seramai 16 orang responden atau 53.33
peratus responden yang setuju dan 14 orang responden atau 46.67 peratus
responden yang sangat setuju dengan pernyataan item 2. Nilai min ialah 4.5 dan
menunjukkan responden bersetuju dengan pernyataan item 2. Hal ini
menunjukkan semua responden setuju dengan pernyataan bahawa rahim wanita
mengecut dengan cepat apabila mengamalkan amalan berpantang. Hal ini terbukti
dengan pengamalan berpantang ini, rahim wanita akan lebih terjaga daripada
unsur-unsur yang tidak sihat khususnya daripada makanan yang dimakan oleh
wanita itu sendiri. Responden memberi perbandingan antara wanita yang
mengamalkan amalan berpantang dengan betul iaitu tidak makan makanan yang
tidak sepatutnya dengan wanita yang tidak mengamalkan amalan berpantang
dengan betul iaitu dengan makan apa sahaja makanan yang ada. Perbandingan ini
dapat dilihat dengan jelas keberkesanannya terhadap pengecutan rahim.

25
030114-11-0310

Responden amat mengambil berat tentang kesihatan rahim selepas bersalin kerana
mereka mengatakan bahawa rahim wanita amat penting untuk dijaga dengan baik.
Rahim wanita juga antara anggota yang paling penting dalam tubuh badan
manusia. Jika rahim wanita tidak dijaga dengan baik selepas melahirkan,
menyebabkan peranakan terjejas serta dapat memberi risiko terhadap kesuburan
rahim tersebut. Selain daripada dapat mempercepatkan proses pengecutan rahim,
pengamalan makanan berpantang ini juga dapat menguatkan rahim serta
meningkatkan tahap kesuburan seseorang wanita sekali gus menjamin kesihatan
dalamannya.

5.3.3 Aktiviti bersenam tidak sesuai dilakukan sewaktu dalam pantang.

Aktiviti bersenam tidak sesuai dilakukan


Peratus (%)
60

50

40

30

20

10

0
STS TS KS S SS
Skala Likert

Graf 3: Peratusan Jawapan Responden Berdasarkan Item 3


Sumber: Kajian Lapangan 2022
Graf 3 menunjukkan tiada responden yang sangat tidak setuju dan kurang setuju
tetapi terdapat seorang responden atau 3.33 peratus responden yang tidak setuju
dengan penyataan item 3. Seramai 17 orang responden atau 56.67 peratus
responden yang setuju dan 12 orang responden atau 40 peratus responden yang
sangat setuju dengan pernyataan item 3. Nilai min ialah 4.3 dan menunjukkan
responden bersetuju dengan pernyataan item 2. Hal ini menunjukkan bahawa
semua responden bersetuju aktiviti bersenam tidak sesuai dilakukan sewaktu
dalam pantang. Namun, bukan semua aktiviti senaman tidak sesuai dilakukan
semasa dalam pantang sebaliknya terdapat beberapa senaman yang digalakkan

26
030114-11-0310

oleh pihak tertentu. Antara senaman yang boleh dilakukan oleh wanita dalam
pantang ialah hanya menggerakkan tangan, berjalan perlahan dan duduk bangun
dengan kerap. Tujuannya, adalah untuk melancarkan peredaran darah dalam
badan, mengelakkan badan menjadi lesu atau lemah serta meningkatkan stamina
kepada wanita selepas bersalin. Menurut mereka, wanita dalam pantang tidak
seharusnya melakukan aktiviti lasak seperti mengangkat benda berat dan berjalan
dengan laju. Hal ini menyebabkan berlaku pendarahan di bahagian jahitan yang
belum sembuh sepenuhnya. Selain itu, urat saraf wanita selepas bersalin akan
menjadi tegang sekali gus menyebabkan rasa sakit pada bahagian tulang dan urat.

5.3.4 Makanan berpantang dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Mempercepatkan proses penyembuhan luka


Peratus (%)
70
60
50
40
30
20
10
0
STS TS KS S SS

Skala Likert

Graf 4: Peratusan Jawapan Responden Berdasarkan Item 4


Sumber: Kajian Lapangan 2022
Graf 4 menunjukkan tiada responden yang sangat tidak setuju, tidak setuju dan
kurang setuju dengan penyataan item 4. Seramai 12 orang responden atau 40
peratus responden yang setuju dan 18 orang responden atau 60 peratus responden
yang sangat setuju dengan pernyataan item 4. Nilai min ialah 4.6 dan
menunjukkan responden bersetuju dengan pernyataan item 4. Hal ini
menunjukkan semua responden setuju dengan pernyataan bahawa makanan
berpantang dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka. Salah satu
sebabnya adalah makanan berpatang mengandungi banyak zat, vitamin, protein,
karbohidrat dan banyak lagi yang boleh menyebabkan segala luka-luka kesan
jahitan dapat kering dengan lebih cepat. Kesannya, mereka dapat menikmati gaya

27
030114-11-0310

hidup yang lebih sihat disamping keluarga tersayang. Contohnya, amalan minum
air kunyit atau penggunaan kunyit dalam makanan dapat menggalakkan kadar
penyembuhan luka yang cepat dan menghindarkan kelesuan badan akibat
melahirkan. Buktinya, kunyit mengandungi bahan yang boleh memanaskan badan
iaitu amat penting untuk memastikan mengaliran darah dalam badan menjadi
lancar. Selain itu, sayur-sayuran hijau sepeti bayam, kangkung, dan brokoli
mempunyai sumber zat besi yang baik sepanjang tempoh pemilihan luka selepas
bersalin.

5.3.5 Melancarkan pengaliran darah

Melancarkan pengaliran darah


Peratus (%)
70
60
50
40
30
20
10
0
STS TS KS S SS

Skala Likert

Graf 5: Peratusan Jawapan Responden Berdasarkan Item 5


Sumber: Kajian Lapangan 2022
Graf 5 menunjukkan tiada responden yang sangat tidak setuju, tidak setuju dan
kurang setuju dengan penyataan item 5. Seramai 14 orang responden atau 46.67
peratus responden yang setuju dan 16 orang responden atau 53.33 peratus
responden yang sangat setuju dengan pernyataan item 5. Nilai min ialah 4.5 dan
menunjukkan responden bersetuju dengan pernyataan item 5. Hal ini
menunjukkan semua responden setuju dengan pernyataan bahawa pemakanan
halia dalam makanan dapat melancarkan pengaliran darah. Menurut kajian,
tumbuhan halia ini kaya dengan kandungan kalium, kalsium, tenaga, protein,
karbohidrat, Vitamin C dan banyak lagi. Hal ini boleh meningkatkan tahap
kepanasan badan dan membantu memperbaiki aliran darah sekali gus
mengelakkan adanya angin berlebihan di dalam badan wanita selepas bersalin.

28
030114-11-0310

Tambahan pula, halia juga mampu untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam
badan. Kesannya, tubuh badan si ibu akan menjadi segar dan sentiasa bertenaga
sepanjang hari. Oleh itu, pemakanan halia kepada wanita perpantang amat
digalakkan memandangkan terdapat banyak khasiat yang diperoleh daripada
sebatang halia.

5.3.6 Amalan berpantang dapat mengekalkan awet muda.

Amalan berpantang dapat mengekalkan awet


Peratus (%) muda
60

50

40

30

20

10

0
STS TS KS S SS

Skala Likert

Graf 6: Peratusan Jawapan Responden Berdasarkan Item 6


Sumber: Kajian Lapangan 2022
Graf 6 menunjukkan tiada responden yang sangat tidak setuju, tidak setuju dan
kurang setuju dengan penyataan item 6. Seramai 13 orang responden atau 43.33
peratus responden yang setuju dan 17 orang responden atau 56.67 peratus
responden yang sangat setuju dengan pernyataan item 6. Nilai min ialah 4.6 dan
menunjukkan responden bersetuju dengan pernyataan item 6. Hal ini
menunjukkan semua responden bersetuju dengan pernyataan bahawa amalan
berpantang dapat mengekalkan awet muda. Hal ini dapat dibuktikan dengan
kebanyakan daripada responden sudah berusia lebih dari 30-an tetapi masih
terlihat muda dan berseri. Menurut mereka, salah satu sebabnya adalah mereka
sering mengamalkan amalan berpantang dengan betul dan konsisten setiap kali
bersalin. Sudah tentu, melalui pemakan juga dapat mempengaruhi keanjalan kulit

29
030114-11-0310

dan kesihatan tubuh badan dapat dijaga. Contohnya, minuman air herba itu sendiri
sudah mengandungi berbagai khasiat semula jadi yang baik untuk kesihatan
dalaman wanita supaya kekal anjal. Selain itu, makanan yang tidak mengandungi
lemak berlebihan juga baik untuk melancarkan sistem pencernaan dan
memandangkan makanan wajib wanita berpantang ialah sayur-sayuran, maka
tidak hairanlah mereka masih memiliki wajah yang muda dan berseri sehingga
kini.

6.0 RUMUSAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang jenis-jenis makanan berpantang yang
diamalkan oleh masyarakat melayu dan sebab-sebab pengambilan makanan
tersebut dalam kalangan wanita selepas bersalin di Kampung Gong Jelutong,
Besut, Terengganu. Tiga kaedah kajian digunakan untuk mengumpulkan data-data
kajian seperti kaedah soal selidik, kaedah temu bual dan kaedah pemerhatian.
Penganalisisan data-data soal selidik adalah menggunakan analisis statistik iaitu
kekerapan, peratusan dan min telah menunjukkan analisis tentang keberkesanan
pengamalan amalan berpantang ini terhadap kesihatan mental dan fizikal wanita
selepas bersalin di Kampung Gong Jelutong.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai jenis makanan berpantang yang


perlu dipilih oleh wanita selepas bersalin. Hal ini demikian kerana hanya
makanan-makanan tertentu sahaja yang boleh dimakan oleh mereka ketika dalam
tempoh berpantang. Antara makanan tersebut termasuklah nasi putih Bersama
ikan bakar, ayam bakar, sup sayur, buah-buahan, air herba dan sebagainya.
Makanan yang dipilih ini sememangnya memberi pelbagai kelebihan kepada
mereka bukan sahaja dari segi fizikal malah dalaman wanita juga akan menjadi
sihat sekali gus sukar untuk memperoleh penyakit lain. Tambahan pula,
pengamalan makanan sebegini bukan sahaja baik untuk ibu malah tumbesaran
bayi juga akan menjadi cepat dan sihat.

Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat pelbagai sebab makanan berpantang


perlu diamalkan oleh wanita selepas bersalin. Antara sebab utama makanan

30
030114-11-0310

berpantang diamalkan oleh mereka ialah dapat mempercepatkan penyembuhan


luka. Proses penyembuhan luka yang cepat dapat membantu wanita bersalin untuk
melakukan aktiviti harian seperti sedia kala tanpa berasa bimbang dengan tahap
kesihatan mereka. Bukan itu sahaja, penyembuhan luka yang cepat juga dapat
menyebabkan tempoh berpantang menjadi singkat sekali gus dapat
mengembalikan keselesaan kepada wanita berpantang apabila melakukan
sebarang pekerjaan.

Kesimpulannya, amalan berpantang ini perlulah diamalkan oleh wanita selepas


bersalin dengan sebaiknya agar tahap kesihatan mereka tidak terjejas. Hal ini
dikatakan demikian kerana, tubuh badan yang sihat dapat menjamin keharmonian
dan keselesaan yang berpanjangan kepada si ibu dalam menguruskan
perkembangan anak mereka. Amalan tradisi ini seharusnya perlu diperkenalkan
kepada setiap golongan masyarakat di negara kita khususnya golongan muda
supaya amalan ini tidak luput ditelan zaman.

7.0 RUJUKAN

1) Asyikin Md Isa (2022) “Budaya Berpantang Masyarakat Asia”. Dicapai pada


12 April 2022 dari https://my.theasianparent.com

2) Iskandar Zulkarnain (2022) “7 khasiat Kunyit untuk Kesihatan Berdasarkan


Kajian”. Dicapai pada 12 April 2022 dari https://jiwasihat.com/khasiat-kunyit/

3) Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

4) Kenneth D.Bailey, 1994. Social Research Methods, New York: The Free Press

5) Netty Ah Hiyer (2022) “Sebab Kena Pantang MAKAN Lepas Bersalin” dlm.
MingguanWanita. Dicapai 12 April 2022 dari https://www.mingguanwanita.my/

6) Peta Kampung Gong Jelutong, Besut, Terengganu (2022) Dicapai pada 30


April 2022 dari https://goo.gl/maps/gSa92vMh3TorbWnf8
7) Sidek Mohd Noah, 2002. Reka bentuk Penyelidikan:Falsafah, Teori dan
Praktis. Selangor: Universiti Putra Malaysia

31
030114-11-0310

8.0 LAMPIRAN

8.1 BORANG SOAL SELIDIK

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NASIRUDDIN SHAH


KERJA KURSUS PENGAJIAAN AM 900/4 2021
AMALAN MAKANAN SEWAKTU BERPANTANG SELEPAS BERSALIN
DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU DI KAMPUNG GONG
JELUTONG, BESUT, TERENGGANU.
Bahagian A: Latar belakang Responden
Arahan: Jawab semua soalan. Sila tandakan ( / ) dan isi tempat kosong pada ruang
yang di sediakan.
1)Umur : 20 hingga 30 tahun
31 hingga 35 tahun
36 tahun ke atas
2)Bilangan Anak : 1 hingga 3 orang
4 hingga 6 orang
7 orang ke atas
3)Pekerjaan : Suri Rumah
Kaki Tangan Swasta
Kaki Tangan Kerajaan
Berkerja sendiri

32
030114-11-0310

Lain-lain :- Nyatakan:____________________
4)Pendapatan : RM500 hingga RM1000
RM1001 hingga Rm2000
Rm2001 keatas
5)Tempoh Berpantang : ___________
6)Adakah sentiasa mengamalkan amalan berpantang setiap kali bersalin: Ya
: Tidak

Bahagian B : Sebab Sebab Pengambilan Makanan Berpantang Selepas Bersalin


Arahan: Jawab semua soalan. Sila tandakan ( / ) pada ruang yang di sediakan.
Skala Respons
1 Sangat Tidak Setuju (STS)
2 Tidak Setuju (TS)
3 Kurang Setuju (KS)
4 Setuju (S)
5 Sangat setuju (SS)

Skala Respons

No Penyataan 1 2 3 4 5
(STS) (TS) (KS) (S) (SS)
1 Amalan berpantang dapat mengembalikan
kelansingan badan.

2 Rahim Wanita mengecut dengan cepat


apabila mengamalkan amalan berpantang.
3 Aktiviti bersenam tidak sesuai dilakukan
sewaktu dalam pantang.

33
030114-11-0310

4 Makanan berpantang dapat mempercepatkan


proses penyembuhan luka.

5 Pemakanan halia dalam makanan dapat


melancarkan pengaliran darah.
6 Amalan berpantang dapat mengekalkan
awet muda.

8.2 SOALAN TEMU BUAL

1) Apakah jenis makanan atau minuman yang sering diamalkan ketika


berpantang?
2) Apakah keistimewaan makanan itu?
3) Apakah jenis sayuran yang diambil ketika berpantang?
4) Apakah buah-buahan yang selalu diambil ketika berpantang?
5) Adakah air herba diamalkan ketika berpantang?

8.3 FOTO

Air minuman semasa berpantang – air kunyit

34
030114-11-0310

Nasi putih bersama sayur sawi dan daging masak halia

nasi putih bersama ikan singgang dan ayam panggang

8.4 BORANG CATATAN PEMERHATIAN


Tarikh/Hari Pemerhatian Catatan
15 April / jumaat memerhati mercu tanda Rakam foto
kampung dan kemudahan asas

16 April / Sabtu memerhati pekerjaan Rakam foto


penduduk
16 April / Sabtu Memerhati susun atur lokasi Rakam foto
kajian

35

You might also like