You are on page 1of 7

1.

0 Pengenalan

“Pemakanan semasa berpantang” sering dikaitkan dengan pantang-larang makanan yang

tidak boleh dimakan selepas bersalinkan anak. Ia adalah suatu kepercayaan tradisional yang

diamalkan oleh masyarakat Malaysia tidak kira bangsa sama ada Melayu, Cina, India dan

sebagainya. Pelbagai makanan dikaitkan dengan ‘panas’, ‘berangin’, ‘sejuk’, ‘tajam’ dan tidak

boleh dimakan semasa tempoh berpantang kerana dikhuathiri menjejaskan luka bersalin serta

kesihatan dalaman. Namun, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam portal MyHealth

menekankan bahawa setakat ini tiada bukti dari segi perubatan dan kajian saintifik bahawa

makanan-makanan tertentu ini memberi kemudaratan kepada ibu selepas bersalin. Kunci utama

adalah memilih makanan serta mengamalkan diet pemakanan yang sihat.

Seorang doktor , Imelda Balchin yang juga merupakan Profesor Jabatan Obstetrik dan

Ginekologi, melalui artikel di https://bidadari.my/cara-berpantang-selepas-bersalin/ menurut

Prof.Dr Imelda Balchin iaitu seorang pakar sakit puan yang dikagumi menerusi posting di

facebook miliknya, seseorang ibu yang baru lepas bersalin perlu mengamalkan pemakanan

seimbang. Menurut beliau, selagi tiada masalah kesihatan yang kronik atau alahan pada ibu

dan anak, tiada makanan yang perlu dipantang. Amalkan pemakanan yang berkhasiat dan gaya

hidup yang sihat. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada kepercayaan ibu itu sendiri

sama ada untuk mengikut pantang-larang seperti yang telah diamalkan secara turun-temurun.

Menurut Prof.Imelda berpantang secara moden lebih menjurus pada panduan menjaga

kesihatan secara umum. Ia tidak tertakluk untuk menjaga kesihatan selepas bersalin sahaja.

Amalan ini boleh dipraktikkan oleh semua orang tidak kira wanita atau lelaki.

Rasional kajian ini dijalankann kerana untuk mengenal pasti jenis -jenis makanan yang

dimakan oleh ibu bersalin sewaktu berpantang dalam kalangan masyarakat melayu di Taman

Segambut Bahagia , Kuala Lumpur. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengkaji sebab-sebab
pengambilan makanan berpantang kepada ibu bersalin dalam kalangan masyarakat melayu di

Taman Segambut Bahagia , Kuala Lumpur. Maklumat dan data yang diperoleh melalui kaedah

kajian dapat dianalisis untuk mengetahui sebab-sebab pengambilan makanan berpantang

kepada ibu bersalin.

Disamping itu , langkah – Langkah untuk mengatasi isu ini turut dikaji berdasarkan kajian

yang dilakukan. Melalui maklumat yang dikongsi oleh penduduk sebagai responden di Taman

Segambut Bahagia , Kuala Lumpur, sebab – sebab pengambilan makanan berpantang iini boleh

dikenalpasti.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini berlandaskan dua objektif utama iaitu :

1. Mengenal pasti jenis-jenis makanan yang dimakan oleh ibu bersalin sewaktu

berpantang dalam kalangan masyarakat melayu di Taman Segambut Bahagia , Kuala

Lumpur.

2. Mengkaji sebab-sebab pengambilan makanan berpantang kepada ibu bersalin dalam

kalangan masyarakat melayu di Taman Segambut Bahagia , Kuala Lumpur.


3.0 LOKASI KAJIAN

Bahagia ini menunjukan peta negeri , peta daerah dan peta kawasan kajian.

3.1 PETA KUALA LUMPUR

( Sumber : https:www.google.maps.com)

Peta di atas merujuk kepada negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Malaysia.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini merupakan ibu negara dan bandaraya terbesar di

Malaysia. Kawasan ini meliputi tanah seluas ………. . Berdasarkan bancian yang dijalankan

pada tahun 2018, negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini mempunyai penduduk

seramai 1.796 juta orang. Kuala Lumpur terkenal sebagai kawasan metropolitan besar di

Malaysia.
3.2 PETA DAERAH SEGAMBUT

( Sumber : https://www.google.maps.com)

Peta di atas menunjukkan Daerah Segambut yang terdiri daripada salah satu kawasan di

Kuala Lumpur di bawah Zon Sentul. Daerah ini terletak kira-kira 8.2km dari KLCC. Antara

kawasan yang diliputi oleh daerah Segambut ialah Mont Kiara , Kepong , Sri Hartamas ,

Jalan Kucing dan lain-lain.


3.3 FOTO TAMAN SEGAMBUT BAHAGIA , KUALA LUMPUR

( Sumber : Gambar kawasan kajian )

Peta dan gambar di atas menunjukkan kawasan kajian , iaitu Taman Segambut Bahagia ,

Kuala Lumpur. Taman perumahan ini terletak di jalan kelapa segambut Kuala Lumpur.

Taman perumahan Segambut Bahagia atau dahulunya dikenali sebagai tapak perumahan yang

didiami oleh pelbagai bangsa.


4.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagia ini membincangkan sampel kajian , cara pengumpulan data dan cara menganalisis

data.

4.1 Sampel Kajian

Pemilihan sampel kajian dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan 20 orang penduduk

dari Taman Segambut Bahagia , Kuala Lumpur. Penduduk dikehendaki memberi pandangan

masing-masing terhadap jenis-jenis makanan berpantang. Pada masa yang sama, mereka juga

dikehendaki untuk memberikan persetujuan mereka tentang sebab-sebab pengambilan

makanan berpantang.

4.2 Instrumen Kajian

Kajian ini mengunakan instrumen pemerhatian, temu bual dan boring soal selidik. Intrumen

kajian ini digunakan untuk mengumpul maklumat dan data bagi merumuskan hasil kajian

4.2.1 Pemerhatian

Penyelidikan telah membuat pemerhatian ke kawasan lokasi kajian untuk mendapat informasi

awal berkaitan lokasi kajian. Pemerhatian penting untuk kesahan kajian yang dibuat.

Pemerhatian dilakukan oleh penyelidik terhadap penduduk di kawasan perumahan Taman

Segambut Bahagia . Tindakan ini membantu penyelidik untuk mengenal pasti jenis-jenis dan

sebab- sebab pengambilan makanan berpantang.

You might also like