You are on page 1of 7

040630-01-1641

PENGHARGAAN

Pertama sekali,saya mahu berterima kasih dan melafazkan kesyukuran kepada


Tuhan kerana dia telah membantu saya sepanjang masa dalam menyiapkan Kerja
Kursus Pengajian Am 900/4.

Untuk permulaan,saya ingin menyampaikan ucapan ribuan terima kasih kepada


pengetua SMK Dato Jaafar,Cikgu Sugendran A/L Kumaran dan Penolong Kanan
Tingkatan Enam,Cikgu Aminah Binti Hamid kerana memberi saya kelulusan untuk
melaksanakan kajian ini.Dalam menjayakan Kajian Kerja Kursus ini,saya ingin
mengucapkan setinggi-tinggi pengharagaan saya kepada Guru Pengajian Am
saya,Cikgu Siti Norzah Binti Daris.Beliau banyak menunjuk ajar,membantu serta
membetulkan segala kesalahan saya sepanjang proses menyiapkan Kerja Kursus
Pengajian Am 900/4.Seterusnya,saya juga ingin berterima kasih kepada semua guru
yang memberi dorongan dan nasihat kepada saya sepanjang pelaksanaan kerja kursus
ini.

Sehubungan dengan semua ini,saya ingin berterima kasih dan mencurah segala
penghargaan dan kesyukuran kepada kedua ibu bapa.Tatkala itu,tidak dilupakan juga
ahli keluarga yang lain yang sentiasa memberi kata-kata semangat serta sokongan
moral yang padu untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Selain itu,kepada rakan-rakan sekelas saya,terima kasih juga kerana banyak


membimbing,membantu,serta berkongsi ilmu kepada saya supaya dapat
melengkapkan kerja kursus ini dengan mudah.

Akhir sekali,saya ingin berterima kasih kepada semua yang membantu saya dalam
menyiapkan hasil kajian saya,terutamanya responden yang meberi Kerjasama yang
baik.

Sekian,terima kasih
040630-01-1641

1.0 Pengenalan

Maksud Kejiranan menurut Kamus Dewan edisi ke-4 adalah hubungan dengan
jiran atau hidup sebagai jiran.Dalam Kamus Melayu,maksud jiran orang yang
berdekatan atau bersebelahan.Dalam pengertian yang lain,Kejiranan ialah komuniti
setempat secara geografi dalam bandar,pekan,pinggir bandar,atau kawasan luar
bandar yang lebih besar,Kebiasaanya,Kejiranan ialah sebuah komuniti sosial dengan
interaksi bersemuka yang agak besar di antara kalangan ahli.

Maksud Penduduk menurut Kamus Dewan edisi ke-4 ialah penduduk


merupakan orang yang menduduki sesuatu daerah,tempat,negeri dan lain-lain.terdapat
pelbagai maksud yang lain yang mengertikan penduduk iaitu orang yang secara
hukum berhak tinggal di daerah tersebut.Dengan kata lain orang yang mempunyai
dokumen rasmi untuk tinggal di situ.sebagai contoh,bukti kewarganegaraan,tetapi
pilih untuk tinggal di daerah lain.Secara lebih umum,penduduk juga merujuk kepada
seluruh organisma daripada kumpulan atau spesies yang sama yang tinggal dalam
kawasan geografi sama dan boleh saling membiak.

Definisi Kawasan
040630-01-1641

2.0 Objektif Kajian

Kajian ini telah dilaksankan dan dikaji berdasarkan dua objektif yang menjadi
panduan semasa kajian dijalankan.Objektif Kajian adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan oleh masyarakat-


masyarakat PPR Taman Sri Stulang,Johor Bahru,Johor.
2. Mengkaji manfaat penglibatan masyarakat dalam aktiviti yang dijalankan di
PPR Taman Sri Stulang,Johor Bahru,Johor
040630-01-1641

3.0 Lokasi Kajian

Dalam membuat kajian,kawasan kajian merupakan salah satu aspek yang paling
penting.Kajian ini telah dijalankan di PPR Taman Sri Stulang ,Johor Bahru,Johor

PETA 1: NEGERI JOHOR

SUMBER: https://www.google.com.my/maps
Johor ialah negeri yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Malaysia.Johor
mempunyai sempadan darat dengan negeri-negeri di Malaysia seperti Pahang di Utara
dan Melaka dan Negeri Sembilan di Barat Laut.Johor Bahru ialah Ibu negeri Johor
yang terletak berhampiran dengan negara jiran dan pusat ekonomi negeri,Kota
Iskandar ialah pusat pentadbiran kerajaan negeri baharu,dan Muar yang berfungsi
sebagai bandar diraja diisytiharkan oleh Sultan Johor,Sultan Ibrahim.Dari segi
Geografi,jumlah kawasan tanah Johor hamper 19102 kilometer persegi dan dikelilingi
Laut China Selatan di Timur,Selat Johor di Selatan dan Selat Melaka di Barat.Negeri
ini mempunyai jumlah 400 kilometer garis pantai dengan majoriti garis pantai
terutamanya di pantai barat,dilitupi dengan hujan paya bakau dan nipah.Negeri Johor
terdiri daripada 11 daerah iaitu,Batu Pahat,Johor Bahru,Kluang,Kota
Tinggi,Mersing,Ledang,Segamat,Pontian,Muar,Kulai,dan Pasir Gudang.
040630-01-1641

3.2 PETA DAERAH JOHOR BAHRU

PETA 2:DAERAH JOHOR BAHRU

SUMBER:https://www.google.com/maps

Johor Bahru ialah Bandaraya,Ibu negeri dan daerah di Johor,Malaysia yang terletak di
selatan Semenanjung Malaysia.Johor Bahru merupakan bandaraya kedua terbesar dan
pusat perniagaan dan perdagangan di Malaysia yang mempunyai kepadatan penduduk
melebihi sekitar 1,711,191 juta orang di kawasan Pusat Bandaraya sahaja tanpa
merangkumi kawasan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Majlis
Bandaraya Pasir Gudang melebihi 2.5 juta orang di kawasan Metropolitan Iskandar
Malaysia(Pasir Gudang,Iskandar Puteri,Johor Bahru,Kulai,dan sebahagian Pontian.
Johor Bahru merupakan sebuah pusat pelancongan,perindustrian,dan perdagangan
yang utama di negara Malaysia.Bidang Pelancongan ialah peyumbang utama kepada
ekonomi Johor Bahru.Johor Bahru menjadi salah satu pusat perindustrian yang
terbesar di Malaysia apabila berlakunya perkembangan yang pesat dari segi aktiviti
perindustrian.

3.3 PETA PPR TAMAN SRI STULANG


040630-01-1641

PETA 3:PPR TAMAN SRI STULANG

SUMBER: https://www.google.com/maps

PPR Taman Sri Stulang merupakan sebuah kawasan penduduk Rumah Flat yang
terletak di Johor Bahru,dalam negeri Johor.PPR Taman Sri Stulang dilengkapi dengan
pelbagai kemudahan awam seperti Medan Selera,Pasaraya,Klinik Komuniti serta
perkhidmatan bas percuma iaitu Bas Muafakat Johor.Selain itu,PPR Taman Sri
Stulang terletak di kawasan yang sangat strategik kerana ia berada berdekatan dengan
Pusat Bandaraya yang hanya memerlukan 9 hingga 14 minit untuk sampai serta Pusat
Beli-Belah seperti The Mall,Midvalley,Southkey dan juga Hospital Sultanah Aminah
yang hanya mengambil masa selama 8 hingga 13 minit untuk sampai.
040630-01-1641

You might also like