You are on page 1of 30

030610-01-0102

PENJIMATAN PERBELANJAAN BULANAN DALAM KALANGAN


PENDUDUK DI TAMAN SOGA, BATU PAHAT

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tentang jumlah perbelanjaan penduduk di
Taman Soga,83000 Batu Pahat, Johor. Selain itu, pengkaji juga ingin mengetahui
sama ada amalan perbelanjaan telah diamalkan oleh penduduk di kawasan ini.
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jumlah perbelanjaan bulanan dan
mengkaji cara penjimatan perbelanjaan bulanan dalam kalangan penduduk di Taman
Soga. Senarai 30 orang responden dari Taman Soga terlibat dalam kajian ini. Bagi
mengenal pasti jenis perbelanjaan bulanan ,kaedah soal selidik, temu bual dan rujukan
telah digunakan. Data kajian dianalisis dan dipaparkan secara kuantitatif dan
kualitatif. Daripada dapatan kajian, perbelanjaan bulanan yang paling banyak adalah
dari segi aspek bil utiliti di Taman Soga. Melalui kajian ini, amalan penjimatan dapat
dikatakan adalah begitu penting bagi melahirkan penduduk yang bijak semasa
berbelanja.

1
030610-01-0102

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 Abstrak 1

2 Isi Kandungan 2

3 Penghargaan 3

4 Pengenalan 4-5

5 Objektif Kajian 6

6 Lokasi Kajian 7-10

7 Metodologi Kajian 11-12

8 Dapatan Kajian dan Perbincangan 13-24

9 Rumusan/Kesimpulan 25

10 Rujukan 26

11 Lampiran 27-30

2
030610-01-0102

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru Pengajian
Am saya iaitu Encik Jumaat Abd Kadir di atas kesudian beliau untuk meluangkan
masa bagi memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dalam membantu saya dalam
proses penghasilan kerja kursus ini. Teguran dan tunjuk ajar beliau amatlah saya
hargai.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa memberi
semangat serta dorongan kepada saya.

Sekian, terima kasih kepada anda semua.

3
030610-01-0102

1.0 PENGENALAN

Dalam kerja kursus Pengajian Am ini ,saya telah memilih tema ekonomi bagi pengguna
bijak. Tajuk saya ialah penjimatan perbelanjaan bulanan dalam kalangan penduduk di Taman
Soga, Batu Pahat.

Ekonomi didefinisikan sebagai kajian tentang pengeluaran, pengedaran, dan


penggunaan kekayaan dalam masyarakat manusia. Secara ringkasnya, ekonomi
boleh dikatakan juga sebagai kajian yang membenarkan manusia membuat pilihan.
Ekonomi juga adalah sains sosial yang mengkaji kelakuan manusia.

Definisi bagi jimat ialah cermat, hemat, tidak boros serta berhati-hati terutama
dalam penggunaan wang dan lain-lain. Amalan berjimat ini perlu dipraktikkan oleh
semua anggota masyarakat kerana berjimat cemat telah memberi faedah yang
banyak. Oleh itu, pada zaman kos sara hidup yang semakin meningkat, berjimat
cermat dalam perbelanjaan wang adalah begitu penting. Tekanan ekonomi telah
membebankan kehidupan orang ramai kerana ada yang tidak mampu untuk
berbelanja secara berlebihan. Ketidakcukupan sumber kewangan telah menjadi
masalah.

Perbelanjaan bulanan ialah penggunaan wang untuk pelbagai perkara dalam


kehidupan seharian dalam tempoh sebulan. Contoh jenis perbelanjaan bulanan
termasuklah pembayaran bil-bil elektrik dan air, pemakanan di luar, prabayar
perkhidmatan telefon, insurans dan hutang-hutang lain. Perbelanjaan bulanan tidak
semestinya adalah sama pada setiap bulan tetapi akan meningkat jika masyarakat
tidak biasa mengamalkan amalan berjimat cermat.

Bagi pengetahuan saya , amalan berjimat cermat dapat melahirkan pengguna


bijak. Jadi, tema ekonomi yang berkaitan pengguna bijak telah saya pilih untuk
menjadikan kajian yang ingin dijalankan, iaitu penjimatan perbelanjaan bulanan
dalam kalangan penduduk di Taman Soga, Batu Pahat. Melalui kajian ini, saya juga
ingin mengetahui perbelanjaan bulanan penduduk serta penjimatan perbelanjaan
yang boleh dilakukan bagi mengurangkan penggunaan wang dalam kehidupan.

Akhir kata, amalan berjimat cermat amat penting untuk dipraktikkan semasa
berbelanja supaya wang yang ada dapat menampung kehidupan seharian. Kehidupan

4
030610-01-0102

seharian senanglah sikit apabila sumber wang itu cukup untuk digunakan. Saya
berharap penduduk boleh terus mengamalkan amalan yang baik ini sejak hari ini.

5
030610-01-0102

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dihasilkan berdasarkan
kepada objektif tersebut:

i. Mengenal pasti jenis perbelanjaan bulanan dalam kalangan penduduk di Taman


Soga, Batu Pahat.
ii. Mengkaji cara penjimatan perbelanjaan bulanan dalam kalangan penduduk
di Taman Soga, Batu Pahat.

6
030610-01-0102

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 Peta Negeri Johor

PETA 1: NEGERI JOHOR

Sumber: Wikipedia Geografi Johor

Dari segi geografi, Johor yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Malaysia
pada asalnya merupakan sebuah negeri yang rata kecuali di bahagian utaranya. Johor
mempunyai pantai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia, dengan 400 km di
pantai timur dan barat semenanjung.

Johor merupakan negeri yang paling selatan di Semenanjung Malaysia dan


bersempadankan Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang di utara, dan Singapura di
selatan.

7
030610-01-0102

3.2 Peta Daerah Batu Pahat

PETA 2: DEARAH BATU PAHAT

SUMBER: http://www.heritagemalaysia.my/

Batu Pahat (dikenali sebagai Bandar Penggaram) merupakan sebuah daerah di pantai
barat Semenanjung Malaysia, di negeri Johor. Daerah ini terletak di tenggara Muar,
barat daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan Segamat. Daerah Batu Pahat adalah
salah satu daripada sepuluh daerah di Johor. Pada tahun 2008, Batu Pahat di tangga
ke-12 di Malaysia sebagai bandar besar yang berkepadatan tinggi. Pada tahun 2012,
Batu Pahat menjadi bandar ke-16 di seluruh Malaysia yang pesat membangun, akibat
limpahan perkembangan perindustrian dan juga bidang pendidikan.

8
030610-01-0102

3.3 Peta Taman Soga

PETA 3 :TAMAN SOGA

SUMBER: GOOGLE MAPS, https://tamansoga.com/

Taman Soga ialah kawasan perumahan di Batu Pahat. Taman Soga ini mempunyai
banyak jalan yang saling menghubungi.Pemaju Taman Soga ialah Soga Sendirian
Berhad seterusnya dipindah ke bawah Lion Group. Terdapat banyak rumah-rumah,
kedai yang ada di taman ini.Di taman ini, pelbagai infrastruktur juga disediakan
seperti sekolah dan hospital.

9
030610-01-0102

Laluan untuk masuk ke Taman Soga

10
030610-01-0102

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan berbentuk deskriptif. Kajian ini merupakan satu
rangka rujuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan,
pemerhatian dan analisis data. Penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis
penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku.
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti jumlah perbelanjaan bulanan dan mengkaji
cara penjimatan perbelanjaan bulanan dalam kalangan penduduk di Taman Soga.

4.2 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen ialah proses menyediakan alat pengumpulan data menerusi konsep yang
berkaitan dengan penjimatan perbelanjaan bulanan.

Kaedah Instrumen

Kualitatif Rujukan , Pemerhatian, Temubual

4.2.1 Pemerhatian

Instrumen pemerhatian adalah kaedah yang dijalankan secara langsung. Kaedah ini
dijalankan semasa pengkaji melawat Taman Soga. Pengkaji memerhati kawasan dan
menganalisis dapatan kajian. Pengkaji mencatat item-item yang diperhatikan dan
menyediakan gambar-gambar yang berkaitan. Banyak maklumat yang sangat berguna
dan membantu semasa menbuat kajian.

4.2.2 Temu Bual

Instrumen temu bual ialah alat mendapatkan maklumat yang sahih dalam kajian
tinjauan. Soalan temu bual ini mengemukakan soalan yang mudah difahami dan
ringkas. Soalan temu bual ini mengandungi beberapa soalan. Soalan temu bual ini
merangkumi objektif yang ingin dicapai iaitu mengenal pasti jumlah perbelanjaan
bulanan dan mengkaji cara penjimatan perbelanjaan bulanan dalam kalangan
penduduk di Taman Soga.

11
030610-01-0102

4.2.3 Rujukan

Instrumen rujukan utama yang pengkaji peroleh daripada bahan ilmiah seperti buku-
buku, kamus dan laman web. Sumber rujukan adalah penting untuk melihat hasil
dapatan kajian.

4.3 Kaedah soal selidik

Soal selidik merupakan kaedah yang utama sekali bagi mengumpul data. Terdapat 30
orang responden yang dipilih untuk menjawab soal selidik yang disediakan.

Borang soal selidik ini dibuat dalam bentuk Google Form bagi mempercepatkan dan
memudahkan pengumpulan data. Borang soal selidik digunakan juga adalah untuk
membuat perbandingan dengan senang.

Setiap responden menjawab soalan dengan memberikan pendapat atau jawapan yang
dirasakan relevan.

4.4 Pemprosesan, Analisis dan Mempersembahkan Data

Pada peringkat akhir kajian ini, telah dijalankan analisis secara deskriptif untuk
menganalisis data daripada temu bual dan soal selidik serta rujukan untuk
menghasilkan laporan kajian. Data yang telah diperoleh daripada analisis ini
menggunakan jadual, carta serta graf.

Dalam borang soal selidik, skala Likert 5 peringkat digunakan bagi mengenal pasti
perspektif penduduk terhadap penjimatan perbelanjaan dan jumlah perbelanjaan
bulanan bagi penduduk di Taman Soga, Batu Pahat. Setiap peringkat penilaian diberi
nilai nombor iaitu 1 mewakili sangat tidak setuju, 2 ialah tidak setuju, 3 ialah tidak
pasti,4 ialah setuju, 5 ialah sangat setuju.

1 2 3 4 5
Sangat tidak Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju
setuju

12
030610-01-0102

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan data yang diperoleh
daripada hasil kajian iaitu borang selidik yang telah diisi oleh 30 orang responden.
Data yang dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik data.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Seramai 30 orang responden yang tinggal di Taman Soga, Batu Pahat telah menjawab
soal selidik. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek umur, kaum,
tahap pendidikan dan jumlah perbelanjaan bulanan dipersembahkan dalam bentuk
rajah dan jadual.

13
030610-01-0102

5.1.1 UMUR

Jadual 1: Umur Responden

BIL UMUR BILANGAN PERATUS


RESPONDEN

1 18-27 5 16.67%

2 28-37 9 30.00%
3 38-47 10 33.33%
4 48-57 6 20.00%
JUMLAH 30 100%

UMUR

16.67%
20.00%

30.00%
33.33%

18-27 TAHUN 28-37 TAHUN 38-47 TAHUN 48-57 TAHUN

Responden yang berumur antara 38-47 tahun adalah paling banyak iaitu
33.33%. Responden yang berumur antara 28-37 tahun telah mencatat
30.00%.Seterusnya, responden antara 48-57 tahun mencatat sebanyak 20.00%. Yang
paling sedikit ialah responden yang berumur 18-27 tahun ,iaitu 5 responden sahaja,
sebanyak 16.67%.

14
030610-01-0102

5.1.2 KAUM

Jadual 2: Kaum Responden

Bil Kaum Bilangan Peratus


responden
1. Melayu 9 30.00%
2. Cina 17 56.67%
3. India 4 13.33%
4. Lain-lain 0 0%
JUMLAH 30 100%

UMUR
0%

13.33%

30.00% Melayu
Cina
India
lain-lain
56.67%

Terdapat 30 orang responden,. Seramai 9 orang Melayu yang telah mencapai


30%.Seramai 17 orang Cina dan telah mencatat 56.66%. Selain itu, terdapat 4 orang
India dan telah mencatat 13.33%.Tiada responden yang dari kategori kaum lain-lain.

15
030610-01-0102

5.1.3 STATUS PERKAHWINAN

Bil Status perkahwinan Bilangan responden Peratus

1 Bujang 12 40.00%

2 Berkahwin 15 50.00%

3 Duda 3 10.00%

Jumlah 30 100.00%

Status perkahwinan
10.00%

40.00%

50.00%

Bujang Berkahwin Duda

Seramai 12 orang responden iaitu 40.00% adalah bujang manakala seramai 15 orang
responden telah berkahwin dan telah mencatat 50.00%. Responden yang duda adalah
seramai 3 orang sahaja dan telah mencatat 10.00%.

16
030610-01-0102

5.1.4 Tahap pendidikan

Bil Tahap pendidikan Bilangan responden Peratus


1 UPSR 2 6.67%
2 PMR 6 20.00%
3 SPM 12 40.00%
4 STPM 7 23.33%
5 Universiti/Kolej 3 10.00%
Jumlah 30 100%

Tahap pendidikan
Universiti/Kolej UPSR
10% 7%

PMR
20%

STPM
23%

SPM
40%
UPSR PMR SPM STPM Universiti/Kolej

Terdapat ramai responden yang mencapai tahap pendidikan SPM ,iaitu seramai 12
orang daripada 30 orang responden dan telah mencatat rekod sebanyak 40%. Selain
itu, terdapat sebanyak 23.33% iaitu 7 orang telah mencapai tahap pendidikan STPM.
Ada juga yang mencapai tahap pendidikan PMR sahaja, dan ini telah mencatat rekod
sebanyak 20.00%. Beberapa orang responden juga telah berjaya mencapai tahap
pendidikan universiti atau kolej ,iaitu sebanyak 10.00% daripada 30 orang responden.
Segelintir responden pula mencapai tahap pendidikan UPSR sahaja iaitu 2 orang dan
mencatat rekod sebanyak 6.67%.

17
030610-01-0102

5.1.5 JUMLAH PERBELANJAAN SEBULAN

Bil Jumlah pendapatan sebulan Bilangan responden Peratus


1 Bawah RM 800 6 20.00%
2 RM801-RM1000 12 40.00%
3 RM1001-RM2000 10 33.33%
4 RM2000 ke atas 2 6.67%
JUMLAH 30 100%

JUMLAH PERBELANJAAN BULANAN


RM2000 ke atas
7% Bawah RM800
20%

RM1001-RM2000
33%

RM801-RM1000
40%

Bawah RM800 RM801-RM1000 RM1001-RM2000 RM2000 ke atas

Jumlah perbelanjaan bulanan yang mencecah RM2000 ke atas mempunyai 2 orang


responden ,iaitu 6.67%. Selain itu, perbelanjaan bulanan antara RM1001 hingga
RM2000 adalah 10 orang ,iaitu 33.33%.Seterusnya, terdapat 12 orang yang membuat
perbelanjaan antara RM801 hingga RM1000,iaitu sebanyak 40.00%.Terdapat juga 6
orang responden yang membuat pebelanjaan di bawah RM800 dan mencatat rekod
sebanyak 20%

18
030610-01-0102

5.2 Jenis Perbelanjaan Bulanan Penduduk di Taman Soga

BIL JENIS PERBELANJAAN YA TIDAK


BULANAN

1 Makanan di luar 16 14
2 Bil utiliti 25 5
3 Insurans 20 10
4 Pengangkutan 12 18
5 Hiburan 10 20
7 Perubatan 17 13
8 Pinjaman 19 11
9 Penglibatan sosial 3 27
10 Simpanan 23 7

Chart Title
35

30

25

20

15

10

YA TIDAK

Ramai responden membayar bil utiliti mereka dalam sebulan, iaitu seramai 25 orang.5
orang lagi tidak berbelanja untuk membayar bil utiliti kerana bil ini dibayar oleh
orang lain. Banyak juga responden yang berbelanja untuk makan di luar iaitu seramai
16 orang responden, dan 14 orang lagi lebih gemar makan di rumah. Terdapat 20
orang responden yang membayar untuk insurans mereka pada setiap bulan manakala
10 orang lagi tidak membeli insurans. Selain itu, terdapat 12 orang yang berbelanja
bagi untuk pengangkutan mereka pada setiap bulan.18 orang tidak berbelanja untuk
pengangkutan kerana mereka tidak biasanya menggunakan pengangkutan sendiri dan
berkongsi pengangkutan dengan orang lain. Perbelanjaan bagi hiburan juga ada 10

19
030610-01-0102

orang responden tetapi 20 orang lagi tidak berbelanja bagi hiburan kerana mereka
menganggap perbelanjaan untuk hiburan tidak semestinya perlu ada dalam setiap
bulan. Perbelanjaan bagi perubatan juga mempunyai banyak responden iaitu seramai
17 orang tetapi 13 orang responden lagi tidak berbelanja untuk perubatan. Banyak
orang juga membuat pinjaman dalam setiap bulan. Seramai 19 orang responden yang
berbelanja untuk pinjaman tetapi 11 orang lagi tidak membuat pinjaman. Dari aspek
penglibatan sosial pula, jarang responden yang membuat perbelanjaan untuk aspek
ini, dan hanya 3 orang yang berbelanja untuk ini dalam setiap bulan. Akhir sekali,
boleh dikatakan banyak responden yang membuat simpanan sendiri dalam
perbelanjaan bulanan iaitu seramai 23 orang responden.

20
030610-01-0102

5.2.2 Cara Penjimatan Perbelanjaan Bulanan

5.2.2.1 Membuat tabungan

SKOR Bilangan
Sangat tidak setuju 2
Tidak setuju 4
Tidak pasti 6
Setuju 10
Sangat Setuju 8
JUMLAH 30

Membuat tabungan
12

10

0
Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat Setuju

Membuat tabungan merupakan salah satu cara bagi menjimatkan perbelanjaan


bulanan.Data di sini telah menunjukkan bahawa ramai responden adalah setuju dan
sangat setuju cara penjimatan ini.Beberapa responden tidak rasanya membuat
tabungan adalah cara penjimatan dan mereka pasti ada cara-cara lain.Ada juga yang
tidak pasti sama ada membuat tabungan dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan
mereka.Seramai 2 orang yang sangat tidak setuju,4 orang yang setuju,6 orang yang
tidak pasti,10 orang yang setuju dan 8 orang lagi adalah sangat setuju

21
030610-01-0102

5.2.2.2 Menjimatkan penggunaan air dan elektrik

SKOR Bilangan
Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 4
Tidak pasti 0
Setuju 8
Sangat setuju 17
JUMLAH 30

Menjimatkan penggunaan air dan elektrik


18

16

14

12

10

0
Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

Dapatan data ini menunjukkan bahawa tiada orang yang tidak pasti terhadap
menjimatkan penggunaan air dan elektrik merupakan cara penjimatan a bulanan.17
orang responden adalah sangat setuju dan 8 orang responden adalah setuju manakala
ada 4 orang tidak setuju dan 1 orang sangat tidak setuju. Jadinya, menjimatkan
penggunaan air dan elektrik adalah cara yang sangat berguna bagi menjimatkan
perbelanjaan bulanan.

22
030610-01-0102

5.2.2.3 Menghasilkan senarai belian barang

SKOR Bilangan
Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Tidak pasti 3
Setuju 8
Sangat setuju 16
JUMLAH 30
Menghasilkan senarai belian barang
18

16

14

12

10

0
Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

Daripada kajian ini, terdapat 3 orang responden yang tidak pasti sama ada
menghasilkan senarai belian barang adalah cara penjimatan yang membantu. Terdapat
ramai responden yang sangat setuju dengan cara penjimatan ini. Sebaliknya, ada
segelintir responden yang tidak setuju dengan cara penjimatan ini. Data ini
menunjukkan seorang responden adalah sangat tidak setuju. 2 orang lagi responden
adalah tidak setuju.8 orang lagi responden adalah setuju dan 16 orang responden
adalah sangat setuju.

23
030610-01-0102

5.2.2.4 Membuat bajet kewangan

SKOR Bilangan
Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Tidak pasti 3
Setuju 8
Sangat setuju 16
JUMLAH 30

Membuat bajet kewangan


18

16

14

12

10

0
Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

Seorang responden adalah sangat tidak setuju. 2 orang lagi adalah tidak setuju.3 orang
responden pula tidak pasti membuat bajet kewangan adalah membantu penjimatan
perbelanjaan bulanan. Namun, ada ramai responden yang bersetuju dan sangat
bersetuju. 8 orang responden adalah bersetuju dan 16 orang adalah sangat bersetuju.

24
030610-01-0102

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini dijalankan adalah bagi memenuhi objektif kajian .Segala objektif yang saya
kaji telah dirumuskan dalam bahagian ini.

 Berdasarkan keseluruhan, tajuk kajian yang telah dijalankan ialah penjimatan


perbelanjaan bulanan dalam kalangan penduduk di Taman Soga, Batu Pahat . Kajian
ini mengemukakan data bagi memenuhi objektif kajian. Hasil kajian yang didapati
adalah melalui kaedah soal selidik dan temu bual. 30 orang responden soal selidik
yang diedarkan merangkumi dua bahagian iaitu bahagian pertama tentang latar
belakang responden dan bahagian kedua tentang keputusan responden terhadap kajian
yang dijalankan.

Jenis perbelanjaan bulanan merangkumi makanan di luar, bil utiliti, insurans,


pengangkutan, hiburan, perubatan, pinjaman, penglibatan sosial, dan simpanan.

Selain itu, cara penjimatan termasuklah membuat tabungan, menjimatkan penggunaan


air dan elektrik, menghasilkan senarai belian barang, dan membuat bajet kewangan.

Secara ringkasnya, amalan berjimat cermat adalah begitu penting bagi menjimatkan
perbelanjaan bulanan. Berjimat cermat dapat meringankan beban kehidupan serta
dapat melahirkan pengguna yang bijak semasa pengguna berbalanja untuk apa-apa
pun dalam kehidupan. Jadinya, amalan ini adalah amalan baik dan perlu dipraktikkan
bila-bila masa. Pengguna yang bijak adalah sentiasa mengamalkan berjimat cermat.

Justeru, pengkaji ingin mengatakan bahawa kajian saya adalah menepati objektif
kajian yang ingin dikaji.

25
030610-01-0102

7.0 Rujukan

CARA BERJIMAT

https://therohani.com/cara-jimat-duit/

https://ipinjamanperibadi.com.my/tips-menjimatkan-wang-anda-untuk-perbelanjaan-
bulanan/

https://sinarplus.sinarharian.com.my/fyi/berjimat-cermat-daripada-kerap-berbelanja/

https://www.malaysiakini.com/advertorial/562150

https://www.ipendidikan.my/berjimat-cermat-amalan-mulia.html

https://boomsophieroberts.blogspot.com/2022/06/contoh-karangan-langkah-langkah-
untuk.html

MAKSUD PERBELANJAAN

https://account.moh.gov.my/v4/upload/akruan/3.pdf

https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=perbelanjaan

26
030610-01-0102

BORANG SOAL SELIDIK

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM

KOD MATA PELAJARAN 900/4

Makluman Kepada Responden:

Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan Kerja Kursus untuk mata pelajaran
Pengajian Am 900/4. Soal selidik ini bertujuan untuk mengenal pasti perbelanjaan dan
cara penjimatan penduduk. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan
digunakan bagi kepentingan kajian sahaja.

BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN

1. UMUR
UMUR BILANGAN
RESPONDEN

18-27 5

28-37 9

38-47 10

48-57 6

2. KAUM
Kaum Bilangan
responden

Melayu 9

Cina 17

India 4

Lain-lain 0

27
030610-01-0102

3. STATUS PERKAHWINAN
Status Bilangan
perkahwinan responden

Bujang 12

Berkahwin 15

Duda 3

4. TAHAP PENDIDIKAN
Tahap pendidikan Bilangan responden

UPSR 2

PMR 6

SPM 12

STPM 7

Universiti/Kolej 3

5. PENDAPATAN
Jumlah pendapatan Bilangan
sebulan responden

Bawah RM 800 6

RM801-RM1000 12

RM1001-RM2000 10

RM2000 ke atas 2

28
030610-01-0102

BAHAGIAN B

Jenis Perbelanjaan Bulanan Penduduk di Taman Soga

Sila tandakan (/) pada YA atau TIDAK.

BIL JENIS YA TIDAK


PERBELANJAAN
BULANAN

1 Makanan di luar 16 14

2 Bil utiliti 25 5

3 Insurans 20 10

4 Pengangkutan 12 18

5 Hiburan 10 20

7 Perubatan 17 13

8 Pinjaman 19 11

9 Penglibatan sosial 3 27

10 Simpanan 23 7

29
030610-01-0102

BAHAGIAN C: CARA PENJIMATAN PERBELANJAAN

1 2 3 4 5
Sangat tidak Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju
setuju

Sila tandakan (/) mengikut skala.

Bil Penyataan 1 2 3 4 5
1 Membuat 2 4 6 10 8
tabungan

2 Menjimatkan 1 4 0 8 17
penggunaan air
dan elektrik

3 Menghasilkan 1 2 3 8 16
senarai belian
barang
4 Membuat bajet 1 2 3 8 16
kewangan

30

You might also like