You are on page 1of 12

020806020106

KAJIAN TERHADAP KEPERCAYAAN DALAM KALANGAN PENDUDUK DI


TAMAN BINTONG SETIA TERHADAP PENGUNAAN KOMPUTER RIBA
JENAMA ASUS DI KANGAR

ABSTRAK
020806020106

SENARAI KANDUNGAN
Bil Butiran Muka surat
Abstrak
Senarai Kandungan
1.0 Penghargaan
2.0 Pengenalan
3.0 Objektif Kajian
4.0 Lokasi Kajian
5.0 Metadologi
6.0 Dapatan Kajian Dan Perbincangan
7.0 Rumusan
8.0 Rujukan
9.0 Lampiran
10.0 Contoh Borang Soal Selidik

bagus
020806020106

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir


sekolah SMK Syed Hassan, khasnya pengetua Encik Rose Aza Bin Che Arifin
dan penolong kanan Tingkatan 6, Encik Abdul Latiff Bin Ahmad kerana memberi
sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini,saya ingin mengucapkan setinggi-


tinggi penghargaan kepada Puan.Fairunnisah Binti Ali selaku guru pengajian am
saya. Beliau telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan
membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga
berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan galakan
kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.

Khas untuk ibu bapa saya yang tercinta, iaitu Encik Abdul Latiff Bin Ahmad
dan Puan Salmah Binti Mohd Zain jutaan terima kasih dirakamkan kerana
memberi sokongan moral dan dan kewangan kepada saya sepanjang masa.

Penghargaan kepada rakan-rakan baik saya iaitu Anis, Mawaddah, Madihah,


Farzana dan Ain serta semua rakan-rakan lain atas kesudian membantu segala
nasihat yang diberikan. Tidak lupa juga, terima kasih kepada semua responden
saya kerana sudi meluangkan masa menjawab soal selidik dan temu bual.

Akhir kata, seikhlas tulus terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan kerja kursus
ini.

bagus
020806020106

2.0 PENGENALAN
Pengertian komputer riba adalah ialah komputer peribadi untuk penggunaan secara
bimbit. Komputer bimbit (kecil dan dapat dibawa ke mana-mana dengan mudah)
adalah integrasi komponent daripada komputer atas meja, termasuk paparan, papan
kekunci,peranti petunjuk dikenali sebagai bantalan sentuh dan juga pembesar suara ke
dalam satu unit. 

Komputer riba juga mempunyai berat sekitar 1 hingga 6 kilogram bergantung pada


ukuran, bahan dan spesifikasi. Sumber elektrik berasal dari bateri atau adaptor A/C
yang dapat digunakan untuk mengecas bateri dan menghidupkan komputer itu sendiri.
Bateri komputer riba pada umumnya dapat bertahan sekitar 1 hingga 6 jam
bergantung pada cara pemakaian, spesifikasi dan ukuran bateri. 

Komputer mudah alih, asalnya berdasarkan monokrome CRT dan selepas itu
dibangunkan menjadi komputer riba yang moden. Sebagai komputer mudah alih, ia
telah menjadi lebih kecil, ringan, murah, lebih berkuasa dan paparanya lebih besar
dan kualitinya juga bertambah. Dengan teknologi yang bertambah baik, penggunaan
komputer riba lebih meluas untuk pelbagai tujuan.

Komputer riba merupakan keperluan penting oleh semua golongan tidak kira jantina
atau bangsa. Malah komputer riba juga merupakan keperluan harian dan memudahkan
kerja bagi golongan yang sedang bekerja contohnya pekerjaan guru,doktor,pereka
grafik dan lain-lain.

Komputer riba merupakan gajet yang digunapakai selepas tamat sesi persekolahan.
Apabila memasuki peringkat universiti semua pelajar memerlukan komputer riba.
Komputer riba akan digunakan untuk melaksanakan segala tugasan yang diberi. Hal
ini menyebabkan pelajar amat memerlukan komputer riba untuk menyiapkan segala
kerja semasa di peringkat universiti.
020806020106

Namun demikian, pada masa kini komputer riba telah digunakan oleh hampir semua
pelajar dan guru. Komputer riba juga digunakan sepanjang hari oleh pelajar-pelajar
untuk menjalankan proses pembelajaran norma baharu. Hal ini demikian kerana
seluruh negara sedang dilanda wabak Covid-19, dan negara kita mengambil inisiatif
untuk menjalankan proses berkurung supaya dapat mengurangkan kadar jangkitan dan
menyebabkan semua sekolah ditutup. Oleh itu para guru dan pelajar telah
menggunakan kaedah PDPR dengan menggunakan peranti elektronik contohnya
komputer riba dan telefon pintar.

Malah penggunaan komputer riba bukan sahaja digunakan di dalam negara kita
sahaja,sebaliknya penggunaan komputer riba juga digunakan oleh seluruh negara.
Komputer riba juga kebanyakkannya dimiliki oleh setiap individu. Oleh itu,tidak pelik
jika permintaan komputer riba selalu memenuhi permintaan.

Faktor-faktor pemilihan komputer riba jenama asus dikalangan penduduk Taman


Bintong Setia akan dikaji supaya mendapat maklumat berkaitan pemilihan jenama
tersebut. Oleh itu semua pihak akan menyatakan maklumat yang tepat mengapa
jenama asus menjadi pilihan mereka.
020806020106

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

1.Mengenalpasti faktor-faktor penduduk Taman Bintong Setia memilih komputer riba


jenama Asus.

2.Mengkaji kelebihan penggunaan komputer riba jenama Asus berbanding jenama


lain.
020806020106

4.0 LOKASI KAJIAN

Peta 1 : Perlis
Sumber : Google Maps
Perlis juga dikenali dengan nama Perlis Indera Kayangan dan merupakan
negeri terkecil di semenanjung Malaysia.

Ibu kota Perlis ialah Kangar dan Arau bandar diraja. Perlis mempunyai 3
kawasan parlimen iaitu Kangar,Arau dan Padang Besar .

Selain itu, Perlis pada tahun2000 , jumlah penduduknya dianggarkan seramai


198,335 orang,dengan pembahagian etnik : Melayu (166,200 atau 78%), Cina (24,000
atau 17%), India (3,700 atau 2%), lain -lain (5,400 atau 3%), dan bumiputera lain
(600 atau 0.3%) .
020806020106

Peta : 2
Sumber : Google Maps

Kangar merupakan pusat pentadbiran negeri perlis dan berperanan sebagai


pusat perdagangan utama. Kangar terletak di dalam 5 mukimiaitu Sena, Kechor,
Wang Bintong, Seriab dan Utan Aji. Kangar merupakan Kawasan yang paling padat
dengan pembangunan di Perlis. Kangar dibuka oleh Tok Paduka. Kewujudan Bandar
Kangar semenjak 350 tahun dahulu iaitu dalam tahun 1653 adalah apabila Kota Sena
yang dibina sebagai pusat pemerintahan pada awalnya diduduki oleh Sultan Kedah
ke-14 iaitu Sultan Muhyiddin Mansor Shah. Kangar suatu Ketika dahulu merupakan
sebuah pelabuhan darat (Pangkalan) di mana perahu dan tongkang berlabuh.

Hal ini adalah kerana terdapat sebatang sungai yang mengalir melalui Bandar
Kangar terus ke Kuala Perlis iaitu Sungai Perlis.
020806020106

Gambar 1 : lokasi Taman Bintong Setia

Sumber : Google maps

Kampung Bintong merupakan sebuah kampung yang terletak di Kangar, dalam


negeri Perlis Indera Kayangan, iaitu negeri paling utara di Malaysia, dan yang
bersempadan dengan negara Thailand. Negeri Perlis merupakan sebuah negeri yang
terkenal sebagai sebuah negeri pertanian yang maju di Malaysia, terutamanya sebagai
pengeluar mempelam Harum Manis.

Taman Bintong Setia terletak di Wang Bintong Kangar. Taman Bintong Setia telah
dibina pada tahun 2004. Taman ini juga mempunyai lebih kurang 50 buah rumah.

Kajian ini dijalankan di Taman Bintong Setia kerana Taman Bintong Setia
merupakan tempat tinggal saya dan mudah untuk bertemu responden dan melakukan
soal selidik.
020806020106

5.0 Metadologi Kajian


Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat kajian untuk
mengenalpasti faktor-faktor penduduk Taman Bintong Setia memilih komputer riba
jenama Asus. Pemilihan sampel kajian melibatkan 30 orang responden di Taman
Bintong Setia.

5.1 Pemerhatian
Kaedah ini boleh digunakan semasa melawat kawasan kajian dengan memerhati
perlakuan individu. Dalam kajian saya, saya telah melakukan kaedah pemerhatian di
Taman Bintong Setia. Pemerhatian ini dijalankan selama seminggu. Bertarikh 10 Mei
2021. Tujuan pemerhatian ini dilaksanakan supaya eviden kajian saya benar-benar
tepat dan berkesan.

5.2 Temu bual


Kaedah ini melibatkan dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Kajian
secara formal melibatkan responden yang mempunyai jawatan dalam sesebuah
organisasi atau kelompok masyarakat. Temubual ini menyentuh mengenai maklumat
yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus. Manakala temu bual secara tidak formal
berdasarkan temu bual dengan responden persendirian. Kaedah ini kebiasaannya
menggunakan alat perakam suara untuk merakam perbualan dan menganalisis temu
bual tersebut.

Temubual secara formal saya lakukan dengan Encik Rizal bin Kadal Basah.

Selaku pengerusi Taman Bintong Setia. Memandangkan PKP 3.0 berlangsung.


Temubual saya melibatkan aplikasi WhatsApp.

Bagi temubual secara tidak formal, saya menghubungi secara panggilan suara
beberapa orang penduduk taman, dan saya telah rakamkan perbincangan ini.

5.3 Soal Selidik


020806020106

Dalam kaedah ini, borang soal selidik perlu diedarkan kepada 30 orang responden di
Taman Bintong Setia. Borang soal selidik ini adalah untuk melakukan kajian tentang
faktor-faktor pemilihan komputer riba jenama Asus di Taman Bintong Setia. 30 orang
responden diambil secara rawak melibatkan penduduk Taman Bintong Setia.
Memandangkan PKP 3.0, segala soal slidik saya telah menggunakan aplikasi Google
form.

5.4 Keperpustakaan
Kaedah ini dijalankan dengan cara merujuk kepada buku teks dan buku rujukan di
perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Kaedah ini juga membolehkan
pengkaji mengetahui tentang kajian melalui bahan bacaan. Saya melayari laman web
perpustakaan negeri.

5.5 Internet

Dalam kaedah ini, pengkaji dapat mencari maklumat melalui laman sesawang dan
lain-lain yang boleh dijadikan rujukan sebagai sumber rujukan internet. Kaedah ini
kebiasaannya menjadi kaedah tambahan kepada kajian. Memandangkan PKP saya
menggunakan kaedah rujukan internet. Saya melayari ke web-web rasmi dan web
perpustakaan Negeri.

5.6 Instrumen kajian

Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan
menggunakan borang temu bual, borang soal selidik dan rujukan.

Kaedah Instrumen kajian


1)Kuantitatif Borang soal selidik
2)Kualitatif Borang temu bual, pemerhatian dan
rujukan.
020806020106

You might also like