You are on page 1of 4

040809-01-0171

KAJIAN TERHADAP PERSEKITARAN UMUM DAN PERANAN INTERNET


DALAM MELUASKAN PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN TERHADAP
SYARIKAT PETROLIAM NASIONAL BERHAD ( PETRONAS )

ABSTRAK
Tajuk kajian ini adalah kajian terhadap pengaruh persekitaran umum perniagaan Syarikat
Petroliam Nasional Berhad ( PETRONAS ) kepada operasinya dan peranan Internet
dalam meluaskan peluang perniagaan kepada operasinya. Petronas merupakan sebuah
syarikat minyak dan gas multinasional. Lokasi syarikat ini terletak di Menara Berkembar
Petronas, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Hal ini menjadikan Syarikat Petronas dikenali
oleh pengguna di serata tempat. Dalam kajian ini, pengkaji hanya menggunakan satu
sumber data iaitu data sekunder. Kaedah yang digunakan ialah rujukan laman web dan
buku. Objektif kajian yang pertama ialah mengkaji persekitaran umum yang memberi
pengaruh kepada operasi Syarikat Petronas. Persekitaran ekonomi adalah skop kejatuhan
harga minyak semasa pandemik Covid-19. Persekitaran teknologi yang digunakan adalah
teknologi Advanced Dual Friction Modifier dan teknologi Baker Hughes dan C3 AI.
Persekitaran persaingan dan jaringan adalah persaingan antara syarikat pengeluar
petroleum iaitu Shell, Petron dan Caltex. Persekitaran prasarana pula adalah pembinaan
premis Petronas. Objektif kajian yang kedua ialah mengkaji peranan Internet yang
memberi pengaruh kepada operasi Syarikat Petronas. Peranan dalam pengurusan sumber
manusia adalah pengambilan pekerja melalui laman web MingguanKerja. Peranan dalam
promosi adalah Petronas mempromosikan produk melalui media sosial seperti Instagram
dan Facebook. Peranan dalam e-Pembayaran pula adalah Syarikat Petronas
membangunkan aplikasi Setel Petronas. Akhir sekali, pengkaji telah memberi cadangan
kepada Syarikat Petronas untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan. Dengan ini, pengkaji
yakin bahawa Syarikat Petroliam Nasional Berhad ( PETRONAS ) akan menjadi jenama
pilihan utama bagi para pengguna.

i
040809-01-0171

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir Sekolah
Menengah Kebangsaan Benut , khasnya kepada Tuan Mohidin bin Suyot , Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Benut dan Puan Hajah Asiah binti Yamin , Guru
Penolong Kanan Tingkatan Enam kerana memberi sokongan kepada saya untuk
melaksanakan kerja kursus ini. Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini , saya ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Hajah Asiah binti Yamin , selaku
guru Pengajian Perniagaan saya. Beliau telah meluangkan banyak masa dalam memberi
tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya ,
saya juga ingin berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan
galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini. Khasnya untuk ibu bapa
yang tercinta , Puan Rohayu binti Hamdan dan Encik Hamdi bin Dawam , jutaan terima
kasih dirakamkan kerana memberi sokongan dari segi moral dan kewangan kepada saya
sepanjang menjalankan kerja kursus ini. Penghargaan kepada rakan baik saya , iaitu
Muhammad Amirul bin Razak dan semua rakan lain atas kesudian membantu saya. Akhir
kata , seikhlas hati ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya
sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.

ii
040809-01-0171

ISI KANDUNGAN

BIL. BUTIRAN MUKA SURAT

1 Abstrak

2 Penghargaan

3 Isi Kandungan

4 Pengenalan

5 Objektif Kajian

6 Latar Belakang Kajian

7 Metodologi Kajian

a) Sumber Data
b) Analisis Data

8 Dapatan Kajian dan Perbincangan

a) Persekitaran Umum Perniagaan


b) Peranan Internet dalam Meluaskan Peluang
Perniagaan

9 Rumusan dan Cadangan

10 Senarai Rujukan

iii
040809-01-0171

11 Lampiran

iv

You might also like