You are on page 1of 2

PENGARUH PERSEKITARAN UMUM PERNIAGAAN DAN PERANAN INTERNET

DALAM MELUASKAN PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN BAGI SYARIKAT


PENAPIS AIR COWAY

ABSTRAK
Pengkaji telah menjalankan kajian berkaitan pengaruh persekitaran umum perniagaan dan
peranan internet dalam meluaskan peluang-peluang perniagaan bagi syarikat penapis air Coway.
Kajian ini dijalankan bagi melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)
yang telah diberikan masa yang telah ditetapkan pada tahun 2023. Kaedah kajian mempunyai
dua jenis data, iaitu data primer dan data sekunder manakala dalam kajian ini pengkaji hanya
menggunakan data sekunder sahaja. Data sekunder lebih sesuai digunakan dalam penghasilan
kajian ini kerana maklumat yang diperlukan boleh didapati daripada laman sesawang sahaja.
Data sekunder merupakan data penelitian yang diperoleh melalui penelitian secara tidak
langsung melalui media perantara. Data sekunder terdiri daripada buku ilmiah, majalah, kamus,
jurnal dan laman sesawang atau laman web rasmi yang menjadi bahan rujukan utama untuk
mendapatkan maklumat lengkap bagi menghasilkan kajian ini. Dapatan kajian yang diperolehi
oleh pengkaji ialah menjelaskan pengaruh persekitaran umum perniagaan syarikat penapis air
Coway. Pengaruh persekitaran umum yang dirangkumi oleh syarikat ini ialah persekiataran
teknologi, sosiobudaya, persaingan dan jaringan serta prasarana. Di samping itu, pengkaji telah
mendapati syarikat penapis air Coway . menggunakan peranan internet dalam meluaskan
peluang-peluang perniagaan syarikat mereka dari segi pemasaran, pengurusan sumber manusia
dan tempahan. Syarikat penapis air Coway mempunyai laman web tertentu bagi setiap aspek
tersebut seperti laman membeli dan menempah. Pengkaji mencadangkan agar pengaruh
persekitaran lebih dititikberatkan bagi sesebuah syarikat untuk berjaya dalam meneruskan
perniagaannya. Malahan bijak menggunakan media massa dalam memasarkan produk bagi
menarik minat pengguna baharu dan mengekalkan pengguna yang setia.

i
ISI KANDUNGAN

MUKA
ISI KANDUNGAN
SURAT
Abstrak i
Isi Kandungan ii
1.0 Pengenalan 1–2
2.0 Objektif Kajian 3
3.0 Latar Belakang Kajian 4–6
4.0 Kaedah Kajian 7–9
5.0 Dapatan Kajian 10 – 18
5.1 Menjelaskan pengaruh persekitaran umum perniagaan
10 – 15
bagi syarikat penapis air Coway
5.2 Menjelaskan peranan internet dalam meluaskan peluang-
16 – 18
peluang perniagaan bagi syarikat penapis air Coway
6.0 Rumusan dan Cadangan 19 – 20
7.0 Rujukan 21
8.0 Lampiran 22 – 26

ii

You might also like