You are on page 1of 34

KAJIAN TERHADAP PERSEKITARAN UMUM DAN PERANAN

INTERNET BAGI MELUASKAN PELUANG PERNIAGAAN


PERUSAHAAN OTOMOBIL KEDUA SDN. BHD (PERODUA)
041212-12-1455

ABSTRAK
Kajian ini merupakan kajian terhadap pengaruh persekitaran umum dan peranan internet
dalam meluaskan peluang-peluang perniagaan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd.
(PERODUA). Terdapat dua objektif kajian iaitu mengenal pasti pengaruh persekitaran umum
perniagaan kepada operasi perniagaan dan mengkaji peranan internet dalam meluaskan
peluang-peluang perniagaan PERODUA. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah
kualitatif dari sumber data sekunder iaitu akhbar dalam talian, laman web, media sosial,
youtube dan buku ilmiah. Dapatan kajian objektif pertama iaitu pengaruh persekitaran umum
kepada operasi perniagaan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. bagi aspek persekitaran
teknologi dipengaruhi oleh perkembangan teknologi dan kemunculan kaedah baharu.
Seterusnya, persekitaran ekonomi dipengaruhi oleh rancangan strategik itu sendiri dan
keadaan sesebuah negara. Di samping itu, persekitaran perniagaan persaingan dan jaringan
pula dipengaruhi oleh kewujudan produk yang sama oleh syarikat pengeluaran otomobil yang
lain di pasaran otomobil dan keinginan pemilik PERODUA untuk bersaing secara sihat
dengan mengalu-alukan persaingan sihat dari syarikat otomobil yang lain. Dapatan kajian
objektif kedua pula ialah menunjukkan peranan internet dalam meluaskan peluang-peluang
perniagaan PERODUA seperti penggunaan Laman Sosial iaitu Facebook, Instagram dan
Tiktok. Selain itu, e-Pembayaran seperti institusi kewangan dalam talian iaitu Maybank2U,
CIMB Click dan Publik Bank Online. Seterusnya, e-Pemesanan yang digunakan melalui
laman web rasmi PERODUA yang dapat meluaskan peluang-peluang perniagaannya dan e-
Temuduga yang juga dapat diakses melalui laman web rasmi untuk memudahkan pencarian
dan pengrekrutan pekerja berdasarkan spesifikasi dan ciri-ciri pekerja yang diinginkan untuk
meluaskan peluang-peluang perniagaan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. Di akhir
kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan kepada PERODUA bagi melakukan
penambahbaikan dari pelbagai aspek agar perniagaan dapat terus berkekalan dan
mengembangkan syarikatnya dalam pasaran otomobil yang mencabar dan dapat memberikan
persaingan yang kuat dengan syarikat-syarikat pengeluar otomobil yang lain.

II
041212-12-1455

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


ABSTRAK I
ISI KANDUNGAN II
1.0 PENGENALAN 1
2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2
3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN 2-4
4.0 KAEDAH KAJIAN
4.1 AKHBAR DALAM TALIAN
4.2 LAMAN WEB
4.3 MEDIA SOSIAL 5-7
4.4 BUKU ILMIAH
4.5 YOUTUBE

5.0 DAPATAN KAJIAN


5.1 MENGENAL PASTI PENGARUH PERSEKITARAN UMUM
PERNIAGAAN KEPADA OPERASI PERNIAGAAN PERODUA
SDN. BHD
5.1.1 PERSEKITARAN UMUM EKONOMI
5.1.2 PERSEKITARAN UMUM TEKNOLOGI
5.1.3 PERSEKITARAN UMUM PERSAINGAN DAN 7-12
JARINGAN
5.2 MENGKAJI PERANAN INTERNET DALAM MELUASKAN
PELUAN-PELUANG PERNIAGAAN PERODUA SDN. BHD.
5.2.1 LAMAN SOSIAL
5.2.2 E-PEMBAYARAN
5.2.3 E-PEMESANAN
5.2.4 E-TEMUDUGA
6.0 PENUTUP DAN CADANGAN 13-16
7.0 SENARAI RUJUKAN 17-18
8.0 LAMPIRAN 19-28

1.0 PENGENALAN

III
041212-12-1455

Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad atau lebih dikenali sebagai PERODUA
adalah syarikat pengeluar automotif Malaysia yang kedua selepas Proton. Ditubuhkan pada
tahun 1993, kilangnya terletak di tapak seluas 80 hektar di Sungai Choh, Serendah, Selangor.
Penubuhan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA) pada tahun 1993 yang
merupakan kerjasama antara syarikat Malaysia dan Jepun membuka lembaran baharu dalam
landskap industri automotif tempatan. Setahun selepas kewujudannya, PERODUA telah
memperkenalkan produk pertamanya iaitu PERODUA Kancil (1994). Tindakan itu
membuktikan kebijaksanaan PERODUA memahami keperluan para pengguna tempatan.
PERODUA Kancil membolehkan lebih ramai pengguna memiliki sebuah kereta terutama
dalam kalangan keluarga berpendapatan sederhana.

PERODUA dikelilingi persekitaran umum yang sangat luas dan mempunyai


hubungan tidak langsung dengan perniagaan. Hal ini bermakna persekitaran umum adalah
pemboleh ubah yang tidak langsung kepada prestasi perniagaan. Proses pengeluaran ini perlu
melalui pelbagai pengaruh persekitaran umum yang dapat mempengaruhi PERODUA.
Sesebuah perniagaan dapat berfungsi dengan baik dengan merangkumi faktor-faktor yang
mempengaruhi prestasi perniagaan secara langsung atau tidak langsung. PERODUA perlu
sentiasa memantau dan menyesuaikan strategi perniagaan mereka mengikut perkembangan
dalam faktor-faktor ini.

Seterusnya, dengan adanya jaringan internet yang luas dan meningkat seiring
perkembangan teknologi pada masa ini, perusahaan PERODUA boleh melebarkan lagi
jaringan perniagaan dengan pesat ke seluruh dunia dengan sesiapa sahaja tidak kira jaraknya
bagi membolehkan hubungan baik dengan syarikat atau negara lain terjalin. Internet yang
digunakan oleh perusahaan PERODUA merupakan alat yang kuat dalam meluaskan peluang-
peluang perniagaan dan jika manfaat ini digunakan dengan bijak, PERODUA dapat mencapai
pertumbuhan dan kejayaan jangka panjang.

IV
041212-12-1455

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai dua objektif utama kajian bagi PERODUA

2.1 Menjelaskan pengaruh persekitaran umum perniagaan kepada PERODUA dari aspek

i. Persekitaran teknologi

ii. Persekitaran ekonomi

iii. Persekitaran persaingan dan jaringan

2.2 Menjelaskan peranan internet dalam meluaskan peluang-peluang perniagaan


PERODUA

i. Laman sosial

ii. e-Pembayaran

iii. e-Pemesanan

iv. e-Temuduga

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kenderaan pertama keluaran PERODUA adalah PERODUA kancil yang telah


dilancarkan pada Ogos 1994. Kemudian diikuti oleh beberapa model yang lainnya yang mula
memasuki pasaran tempatan dan antarabangsa sehingga kini. PERODUA juga merupakan
antara syarikat pengeluaran kereta Malaysia yang berada pada paras prestasi penjualan
bersaing dengan syarikat PROTON. Pemegang saham PERODUA terdiri daripada UMW
Corporation Sdn Bhd dengan 38% kepentingan diikuti dengan Daihatsu Motor Co. Ltd
(20%), MBM Resources Bhd (20%), PNB Equity Resources Corporation Sdn Bhd (10%),
Mitsui & Co. Ltd (7%) dan Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd (5%). Pada tahun 2004, PERODUA
mula memasang Toyota Avanza di kilang mereka di Rawang untuk dijual di Malaysia.
Perodua menjual lebih 189,000 unit kenderaan pada tahun 2012, yang merupakan rekod
jualan paling tingginya. Bahagian pasarannya di Malaysia dianggarkan adalah 30.2 peratus.
Ia merancang untuk mendirikan kilang pembuatan kereta kedua dari RM770,000,000
pelaburan yang dirancang pada tahun-tahun akan datang.

5
041212-12-1455

Kereta berjenama PERODUA merupakan salah satu pesaing yang hebat dalam
pasaran kenderaan bermotor di Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1993 hingga kini.
Selain daripada UK dan Singapura, PERODUA juga mengeksport kereta mereka
ke Mauritius, Brunei, Sri
Lanka, Cyprus, Malta, Mesir, Nigeria, Senegal, Lubnan, Qatar, Arab
Saudi, Syria, Nepal, Fiji dan Republik Ireland dalam jumlah yang kecil oleh peniaga
tempatan. PERODUA telah mengeluarkan 153,813 unit kenderaan dalam tempoh enam bulan
pertama 2023, meningkat 17 peratus berbanding 131,641 unit yang dikeluarkan dalam
tempoh sama pada 2022. Bezza menjadi model terlaris PERODUA setakat tahun ini iaitu
tahun 2023 dengan jumlah yang didaftarkan antara Januari dan Jun adalah sebanyak 40,555
unit, diikuti Perodua Myvi sebanyak 32,319 unit dan Perodua Axia sebanyak 28,199 unit.

Perniagaan PERODUA banyak dipengaruhi oleh persekitaran umum dan persekitaran


tugas. Persekitaran umum perniagaan merupakan satu set elemen yang mampu
mempengaruhi sistem perniagaan walaupun elemen-elemen ini bukan di bawah kawalan
perniagaan. Persekitaran umum meliputi persekitaran yang sangat luas dan mempunyai
hubungan tidak langsung dengan perniagaan. Persekitaran umum terdiri daripada persekitaran
ekonomi, persekitaran persaingan dan jaringan, persekitaran sosiobudaya, persekitaran politik
dan perundangan, persekitaran teknologi, persekitaran prasarana dan persekitaran
antarabangsa.

Menurut Sabri Hj Hussin (2002), persekitaran umum boleh didefinisikan sebagai


persekitaran yang sekiranya mengalami perubahan akan memberi kesan secara tidak langsung
kepada sesebuah perniagaan. Persekitaran ekonomi merujuk kepada situasi ekonomi dalam
dan luar negara, sistem ekonomi, pasaran wang dan kadar bunga. Ekonomi yang stabil dapat
meningkatkan produktiviti dalam sesebuah organisasi. Persekitaran persaingan dan jaringan,
persaingan perniagaan merujuk kepada aktiviti antara firma yang bersaing untuk
memaksimumkan keuntungan melalui pelbagai strategi. Jaringan perniagaan merujuk
hubungan perjanjian yang dibuat secara formal atau Pakatan strategik antara perniagaan
dengan pihak lain. Manakala persekitaran sosiobudaya merujuk kepercayaan agama, budaya
adat resam dan cita rasa penduduk sesebuah negara.

Politik merupakan keadaan sesebuah negara yang dipengaruhi ileh fahaman politik
yang memerintah. Perundangan pula merujuk peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
berkuasa terhadap perniagaan. Persekitaran teknologi merujuk kepada kaedah baharu dalam

6
041212-12-1455

melakukan sesuatu kerja. Penggunaan teknologi baharu dalam pengeluaran sesuatu produk
amat penting bagi meningkatkan produktiviti, menjimatkan masa dan mengurangkan kos
perniagaan. Disamping itu, persekitaran prasarana merujuk kemudahan atau infrastuktur yang
tersedia bagi memudahkan perniagaan beroperasi. Manakala persekkitaran antarabangsa iaitu
konsep dunia tanpa sempadan dan globalisasi telah menggalakkan kewujudan persekitaran
antarabangsa. Antarabangsa merujuk kepada semua aktiviti perniagaan terdedah kepada dunia
luar daripada sempadan sesebuah negara

Dalam era globalisasi yang semakin canggih ini, perkembangan teknologi maklumat
dan komunikasi khususnya internet telah banyak menyumbang dalam kemajuan bidang
perniagaan. Menurut Zainuddin Zakaria (2001), internet sebagai satu rangkaian global yang
terdiri daripada gabungan rangkaian-rangkaian computer yang kecil (global network of
computer neetworks). Rangkaian sejagat ini menghubungkan berjuta-juta computer di
pelbagai negara di seluruh dunia. Komputer-komputer ini terdiri daripada computer peribadi
hinggalah ke computer rangka utama menggunakan satu set aturan atau piawai pemindahan
data yang dikenali sebagai Protokol Kawalan Transmisi dan Protokol Internet (TCP/IP).
Ahmad Zaharim Abdul Azis (1999) mendifinisikan internet dari aspek penggunaan iaitu
sebagai sebuah rangkaian yang memberikan perkhidmatan komunikasi elektronik, capaian
jauh, pemindahan fail, penyebaran dan pencarian maklumat serta beberapa perkhidmatan
yang lain. Daripada aplikasi-aplikasi inilah dibina pelbagai perkhidmatan internet seperti
perdagangan elektronik, perbankan elektronik, pemgiklanan melalui internet dan sebagainya.

Damian Ryan dan Calvin Jones (2013) menyatakan fungsi internet yang paling utama
adalah sebagai satu platform kepada entiti perniagaan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti
perniagaan tanpa halangan kos, masa dan tempat. Jelasnya, internet menawarkan banyak
kemudahan tambahan kepada perniagaan. Dari satu sudut pandangan, internet menawarkan
pasaran yang terbuka luas kepada entiti perniagaan atau sesiapa sahaja yang mempunyai
produk dan perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada pengguna internet di seluruh dunia.
Pembaharuan yang dapat diberikan oleh internet telah banyak mengubah dan seterusnya
mewujudkan model perniagaan yang menjadikan kebaikan-kebaikan internet sebagai aset
terpenting dalam membantu kejayaan sesebuah organisasi perniagaan.

Dengan adanya kewujudan internet, ia membolehkan organisasi berhubung dengan


pelanggan lebih pantas dan efisien. Secara ringkasnya, internet mempunyai pelbagai

7
041212-12-1455

kegunaan sekiranya dimanfaatkan dengan baik dan efisyen dan membantu perniagaan dalam
meluaskan peluang-peluang pasaran mereka.

8
041212-12-1455

4.0 KAEDAH KAJIAN

Menurut Sabitha Marican (2005), kaedah kajian adalah cara memperoleh maklumat
bagi mencapai sesuatu matlamat penyelidikan. Kaedah kajian juga merupakan sesuatu Teknik
membentuk data, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang
boleh menyokong sesuatu kajian yang dirumuskan. Kaedah kajian yang digunakan ialah
pendekatan kualitatif.

Kajian ini menggunakan data jenis deskriptif dan proses yang dijalankan dalam kajian
jenis deskriptif adalah mengenal pasti komponen kajian dan keterangan kaitan antara
komponen. Menurut Rohana Yusof (2004), pendekatan kualitatif menekankan kepentingan
pengalaman subjektif individu yang perlu dianalisis secara kualitatif dan realiti sosial
mempunyai makna tertentu yang bersifat subjektif dan personal.

Menurut Yusof (2003), data primer ialah data yang berasal daripada sumber asli yang
dikumpul untuk menjawab persoalan kajian. Data-data ini dikumpul oleh penyelidik melalui
proses eksperimental atau kajian lapangan seperti soal selidik, pemerhatian, temu bual dan
sebagainya. Menurut Sabitha Marican (2005), data sekunder ialah data yang telah dikumpul
dan diperoleh oleh pengkaji lain. Secara umumnya, data sekunder ialah data yang diolah
daripada sumber yang sedia ada (data primer) yang telah diterbitkan atau didedahkan kepada
umum seperti artikel, jurnal, buku, dokumen awam dan sebagainya.

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang merupakan satu-satunya kaedah yang
boleh menjawab objektif kajian ini dengan bantuan daripada sumber sekunder bagi
mendapatkan maklumat berkaitan dengan PERODUA. Antara sumber data sekunder yang
digunakan dalam menjayakan kajian ini ialah

4.1 AKHBAR DALAM TALIAN

Semasa kajian dijalankan, akhbar online turut menjadi sumber rujukan bagi
mendapatkan maklumat-maklumat yang diinginkan berkaitan Perniagaan PERODUA
Malaysia. Akhbar-akhbar ini dapat membantu kajian kerana isu-isu yang dibincangkan
merupakan isu-isu semasa dan terbaru. Antaranya ialah akhbar Berita Harian yang
menuliskan artikel yang bertajuk “PERODUA turunkan unjuran jualan 2020” diterbitkan
pada 13 Ogos 2020, “PERODUA manfaat khidmat kewangan digital Maybank” pada 18
Januari 2023, “PERODUA sedia hadapi persaingan” diterbitkan pada 28 Oktober 2019 dan
“Pengeluaran PERODUA Meningkat 17 Peratus Pada Separuh Pertama Tahun Ini” pada 7

9
041212-12-1455

Julai 2023. Selain itu, akhbar Harian Metro yang menerbitkan artikel bertajuk “Perodua Catat
Pengeluaran Tertinggi Pada Mac” pada 10 April 2023. Selanjutnya, MStar Online turut
menerbitkan artikel berkaitan pengoperasian PERODUA seperti ‘PERODUA Cari Teknologi
Hijau Lebih Murah’ terbitan 13 Disember 2010, “PERODUA Sasar Jualan 2017 lepasi
200,000 Unit” diterbitkan pada 17 Januari 2017. Di samping itu, The Merdeka Times juga
menerbitkan artikel bertajuk ‘PERODUA Alza 2022 Berteknologi Canggih Namun Harga
Berpatutan’ pada 27 Julai 2022. Akhir sekali ialah akhbar Astro Awani yang digunakan
untuk mencari jualan terkini, “Public Bank sedia kemudahan pembiayaan untuk pengedar sah
Perodua”terbitan 29 Mei 2023

4.2 LAMAN WEB

Kajian ini menggunakan laman web rasmi Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua
Sendirian Berhad iaitu https://www.perodua.com.my/ bagi membantu pelaksanaan kajian
untuk mengetahui jenis-jenis produk yang ditawarkan. Selain itu, kajian turut melayari laman
web blog Perodua iaitu https://perodua.co/blog/ yang terdiri daripada artikel-artikel berkaitan
Perodua yang dapat membantu dalam mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan yang hendak
diketahui semasa kajian.

4.3 MEDIA SOSIAL

Kajian turut dijalankan dengan menggunakan media sosial dengan mengakses ke


akaun utama PERODUA seperti Facebook yang bertuliskan “Tiba masanya untuk Harus Ada
Aruz - SUV 7 tempat duduk yang melengkapkan gaya hidup anda! Tandai kalendar anda
untuk Hari Pelanggan yang tidak dapat dilupakan di Bilik Pameran Perodua Seluruh Negara,
Sabtu ini, 21 Oktober, dari 9 pagi hingga 5 petang! Ambil peluang anda hujung minggu ini
untuk berhubung dengan kami, dapatkan rebat eksklusif RM4,000, pandu uji Perodua Aruz,
dan terokainya dari dekat”. Selain itu, Instagram (https://www.instagram.com/perodua/)
untuk mengetahui respon pelanggan kepada produk yang dikeluarkan oleh Perusahaan
Otomobil Kedua Sendirian Berhad (PERODUA) Malaysia.

4.4 BUKU ILMIAH

Semasa menjalankan kajian ini, buku ilmiah digunakan dalam mencari maklumat.
Antaranya ialah buku yang bertajuk Penyelidikan Sains Sosial oleh Rohana Yusof yang
diterbitkan oleh PTS Pubs & Distri pada tahun 2004 bagi merujuk maksud data primer. Selain
itu, kajian turut menggunakan buku ilmiah dalam mencari maksud data sekunder dengan

10
041212-12-1455

menggunakan buku Kaedah Penyelidikan Sains Sosial, Sabitha Marican yang diterbitkan oleh
Prentice Hall / Pearson Malaysia.

4.5 YOUTUBE

Bagi melengkapkan keperluan carian berkaitan PERODUA, kajian yang dijalankan


telah menggunakan sumber youtube untuk mengetahui perkembangan jenama dan produk
bagi PERODUA dalam negara merangkumi jualan tercapai dan penawaran produk baharu
seperti di akaun rasmi youtube iaitu https://www.youtube.com/channel/UC7BTZqGdul-
61RyHETWpgPQ.

5.0 DAPATAN KAJIAN

Kajian membincangkan hasil dapatan kajian daripada dua objektif kajian iaitu
menjelaskan pengaruh persekitaran umum perniagaan kepada Perusahaan Otomobil Kedua
Sendirian Berhad (PERODUA) dari aspek persekitaran teknologi, persekitaran ekonomi dan
persekitaran persaingan dan jaringan dan menjelaskan peranan internet dalam meluaskan
peluang-peluang perniagaan PERODUA.

5.1 Menjelaskan Pengaruh Persekitaran Umum Perniagaan Kepada Perusahaan


Otomobil Kedua Sdn. Bhd (PERODUA)

5.1.1 Persekitaran Umum Teknologi

Hasil kajian menunjukkan persekitaran teknologi dapat melancarkan operasi


perniagaan bagi Syarikat PERODUA. PERODUA yang merupakan penjual utama kereta di
negara ini akan mendapatkan teknologi hijau yang lebih murah bersama-sama dengan rakan
teknologinya iaitu Daihatsu, bagi mengeluarkan kereta kompak mesra alam sekitar yang
mampu dimiliki sambal mendahului pesaingnya. Bagi mencapai matlamat itu, Pengarah
Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh memberitahu Bernama bahawa PERODUA sedang
menguji teknologi “metal-free liquid feed cell” kerana teknologi hijau yang ada sekarang ini
terlalau mahal, bukana sahaja bagi pengeluar malah juga kepada para pengguna. Mengikut
rangka pelan lima tahunnya, Syarikat itu akan menggunakan “precious metal-free liquid feed
fuel cell” (PMfLFC) sebagai keebihan untuk mengeluarkan kereta mampu milik kepada
orang ramai.

11
041212-12-1455

Analisis kajian turut mendapati persekitaran teknologi semakin berkembang dalam


pengoperasian Syarikat PERODUA Malaysia. Selepas 13 tahun, PERODUA akhirnya
mengeluarkan Alza generasi kedua dengan reka bentuk Baharu yang lebih menarik yang turut
dilengkapi dengan enjin berkuasa tinggi dan teknologi canggih masa kini. Pengeluaran kereta
PERODUA Alza ini direka mengikut Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan dibuat
di PERODUA Global Manifacturing Plant (PGMSB), Rawang. Teknologinya dapat
ditunjukkan pada rekaan yang dibuat khusus iaitu tag Radio Frequency Idenification (RFID)
yang merupakan teknologi dimana data pada kad kredit atau debit dibaca oleh scanner
melalui gelombang radio yang diletakkan dibahagian kiri-atas cermin depan kereta sangat
membantu pengguna dalam piawaian untuk membayar tol. Selain itu, PERODUA Alza
generasi kedua ini turut dilengkapi dengan Smart Drive Assist Level 2 semi-autonomous
driving piawaian AEB. Keluaran baharu Alza ini merupakan PERODUA ketiga yang
mendapatkan PERODUA Smart Drive Assist (PSDA) selepas Ativa dan Myvi baharu.
Keluaran ini dilengkapi dengan Advance Safety Assist (ASA) yang turut ada Pre-collision
Braking (PCB) atau dikenali sebagai brek kecemasan automatic, Pedal Misoperation Contro;
(PMC) dan Front Departure Alert (FDA) serta Lane Departure Warning (LDW), Lane
Departure Prevention (LDP) dan Auto High Beam (AHB). Di samping itu, Alza ini turut
dilengkapi dengan teknologi kamera 360-darjah,, brek parkir elektronik, paparan instrument 7
inci, kamera paparan hadapan dan lampu hadapan Matrix LED dilengkapi dengan Adaptive
Driving Beam.

5.1.2 Persekitaran Umum Ekonomi

Hasil kajian mendapati persekitaran ekonomi mempengaruhi ekonomi Syarikat


Perusahaan Otomobil kedua Sdn. Bhd. (PERODUA) berdasarkan rancangan strategi yang
dibuat oleh Syarikat PERODUA. Dalam ekonomi yang mencabar, PERODUA menetapkan
sasaran sebanyak 202,000 unit jualan bagi tahun 2017, kurang dua peratus berbanding
sasaran jualan sebanyak 207,100 unit jualan pada tahun 2016. Walaupun pengurangan tiga
peratus dalam prestasi jualan bagi tahun 2016 berbanding sasaran awal sebanyak 216,000
unit, bahagian pasaran berkembang kepada 35.7 peratus daripada 32.0 peratus pada tahun
sebelumnya. Pencapaian ini merupakan jumlah jualan tertinggi bagi syarikat. Mengenai
jumlah keseluruhan industri (TIV), PERODUA mencatatkan peningkatan dengan
pertumbuhan dua peratus daripada 579,600 unit pada tahun 2016 kepada 590,000 unit pada
tahun 2017. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata
sasaran jualan konservatif PERODUA bagi tahun 2017 akan menunjukkan penurunan

12
041212-12-1455

sebanyak 1.5 peratus dalam bahagian pasaran. Dalam keadaan pasaran yang sukar dan
kemungkinan disebabkan oleh peserta industri lain juga berdepan cabaran, TIV industri tahun
lepas mengecil 13 peratus tetapi PERODUA hanya kurang 3 peratus. Hal ini menunjukkan
PERODUA dapat mengawal ekonomi syarikatnya walaupun mengalami keadaan ekonomi
yang mencabar.

Analisis kajian turut mendapati ekonomi PERODUA juga terkesan akibat wabak
penyakit yang merebak pada hujung bulan 2019 hingga suku pertama tahun 2022. Perusahaan
Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menurunkan unjuran jualan keseluruhan tahun 2020
kepada sekitar 210,000 unit berbanding sasaran asalnya iaitu sekitar 240,000 unit. Presiden
dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata semakan semula
jualan 15 peratus lebih rendah berbanding sasaran awal dilaksanakan selepas mengambil kira
impak jualan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dicetuskan COVID-19.
Semakan angka jualan PERODUA juga dilakukan selepas syarikat itu melaksanakan kajian
bersandarkan data yang dikeluarkan Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) dan sektor ekonomi
yang terjejas kesan dari pandemik. Zainal Abidin berkata, selepas pembukaan semula aktiviti
ekonomi pada Mei, kadar tempahan kenderaan PERODUA kembali pulih dengan tempoh
menunggu kini menjadi lebih dua bulan untuk barisan model keluarannya.

5.1.3 Persekitaran Umum Persaingan Dan Jaringan

Hasil kajian mendapati bahawa persekitaran persaingan dan jaringan juga


mempengaruhi perkembangan perniagaan syarikat PERODUA disebabkan pelbagai syarikat
dan jenis kenderaan yang berada di dalam pasaran automotif negara dan antarabangsa.
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) tidak bimbang mengenai wujudnya
persaingan lebih sengit selepas kehadiran jenama nasional ketiga. Presiden dan Ketua
Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata PERODUA sentiasa bersedia
menghadapi persaingan meskipun jumlah keseluruhan industri (TIV) adalah sekitar 600,000
setahun. Zainal Abidin berkata, TIV Malaysia masih memiliki ruang untuk berkembang,
namun ramai yang lupa bahawa pasaran automotif tidak hanya tertumpu kepada jualan
keseluruhan industri.Katanya, ramai yang melihat TIV berjumlah sekitar 600,000 setahun,
tetapi lupa adanya 600,000 unit untuk pasaran sekunder dan 600,000 unit lagi untuk
motosikal. Sebelum ini, PERODUA menyambut baik kehadiran jenama nasional ketiga dan
bersedia berkongsi kepakaran vendor, teknologi dan kemudahan pemasangan dengan
pengeluar kereta nasional ketiga demi kepentingan pasaran automotif tempatan. PERODUA

13
041212-12-1455

menyokong projek pembangunan dan menerima secara positif kehadiran jenama baharu
kereta nasional itu kerana ia bakal melengkap ekosistem jenama tempatan di pasaran. Malah,
pengeluar kereta kompak paling laris di Malaysia turut melihat perkongsian teknologi antara
Daihatsu Motor Co Ltd (DMC) dan DreamEDGE Sdn Bhd (DreamEDGE) dari sudut positif
dengan matlamat utamanya adalah untuk kepentingan pasaran automotif negara. Ogos 2019
lalu, kerajaan mengumumkan bahawa kereta nasional ketiga akan dibangunkan DreamEDGE
dengan sokongan teknologi daripada DMC. Projek kereta nasional ketiga dicetuskan oleh Tun
Dr Mahathir Mohamad pada Jun lalu, kira-kira sebulan selepas beliau kembali menjadi
Perdana Menteri susulan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14
(PRU-14).

Selain itu, PERODUA turut mengalu-alukan persaingan sihat daripada syarikat yang
berada dalam industri yang sama. Hal ini dapat dilihat melalui petikan akhbar dalam talian
Paul Tan’s Automotive News yang mengatakan Proton mengumumkan beberapa berita positif
untuk syarikat itu sepanjang 2019, termasuk kembali meraih keuntungan daripada jumlah
jualan kenderaan yang meningkat. Dan bagi Perodua, itu satu perkembangan yang bagus.
Kebangkitan Proton adalah baik untuk industri automotif tempatan dan akan galakkan lebih
banyak persaingan sihat. Mengulas tentang perkara itu, Presiden dan CEO Perodua, Datuk
Zainal Abidin Ahmad mengalu-alukan persaingan itu. Ia juga membuatkan Perodua juga
tidak akan duduk diam; misalnya, sasaran jualan untuk tahun 2020 telah ditetapkan dengan
peningkatan 32% atau 132,000 unit. Bagi beliau, mereka sukakan persaingan dan mengalu-
alukan perkara tersebut kerana ia akan menjadikan situasi PERODUA lebih baik dan
bersedia. PERODUA akan memerhati dan meneliti serta mencari jalan yang membolehkan
syarikat ini bersaing tentunya secara sihat dan memastikan PERODUA sentiasa di depan.
Selain itu, industri automotif tempatan juga berpeluang untuk mendapat lebih manfaat
sekiranya situasi Proton bertambah kukuh. Misalnya, Proton mengumumkan peningkatan
sebanyak 30% bagi jumlah keluaran tahun ini. Berdasarkan itu, serta ramalan Datuk Zainal
Abidin Ahmad terhadap jumlah keseluruhan tahun 2019 iaitu 610000 unit, ia sesuatu yang
sangat baik untuk industri.

5.2 Menjelaskan Peranan Internet Dalam Meluaskan Peluang-Peluang Perniagaan


Syarikat Perodua Sdn. Bhd

5.2.1 Laman Sosial

14
041212-12-1455

Hasil kajian mendapati Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd menggunakan internet
dalam laman sosial untuk mengiklankan dan memperkenalkan produk keluaran mereka. Hal
ini dapat dilihat melalui akaun rasmi Facebook, Instagram dan Youtube PERODUA.
Menerusi hantaran PERODUA di akaun Facebook pada pengiklanan kereta PERODUA Aruz
yang mengatakan “Tiba masanya untuk Harus Ada Aruz - SUV 7 tempat duduk yang
melengkapkan gaya hidup anda! Tandai kalendar anda untuk Hari Pelanggan yang tidak dapat
dilupakan di Bilik Pameran Perodua Seluruh Negara, Sabtu ini, 21 Oktober, dari 9 pagi
hingga 5 petang! Ambil peluang anda hujung minggu ini untuk berhubung dengan kami,
dapatkan rebat eksklusif RM4,000, pandu uji Perodua Aruz, dan terokainya dari dekat”.

Selain itu, laman Instagram PERODUA turut menjadi platform pengiklanan yang
berkesan dalam menggunakan internet sebagai media penyampai maklumat kepada pengguna
bukan sahaja dalam negara namun juga di peringkat antarabangsa. Buktinya dapat dilihat
melalui cuplikan video yang diunggah oleh PERODUA di Instagram pada 17 Oktober 2023.

5.2.2 e-Pembayaran

Kajian mendapati bahawa internet berperanan penting dalam meluaskan pasaran


PERODUA melalui pembayaran digital atau dikenali sebagai e-Pembayaran atau e-
Perbankan. Hal ini dapat dilihat melalui kerjasama yang diwujudkan oleh Perusahaan
Otomobil Kedua Sdn. Bhd dengan institusi-institusi kewangan. Maybank dan Perodua Sdn
Bhd menandatangani memorandum kerjasama (MoC) untuk menyediakan perkhidmatan
kewangan digital bersepadu hujung ke hujung kepada PERODUA melalui platform M2e
Maybank. Bank itu juga akan menawarkan sokongan kewangan tambahan melalui pakej
pembiayaan bernilai hampir RM400 juta untuk membantu mengembangkan lagi perniagaan
PERODUA. Menerusi MoC itu, Maybank melalui platform M2e akan menawarkan akses
perbankan komprehensif dan produk-produk pembiayaan dan perkhidmatan sehenti merentas
keseluruhan rantaian bekalan kepada PERODUA serta peniaga dan pelanggannya di
Malaysia. Ini akan merangkumi semua aspek operasi PERODUA, daripada pembuatan,
pengedaran, dan peruncit vendor kepada perkhidmatan selepas jualan

Selain itu, PERODUA tutur menjalinkan hubungan baik dengan Public Bank dalam
memudahkan penggunaan internet melalui e-Pembayaran. Public Bank Bhd telah memeterai
memorandum kerjasama (MoC) dengan Perodua Sales Sdn Bhd (Perodua) bagi menyediakan
kemudahan pembiayaan untuk pengedar Perodua yang sah. Kerjasama itu akan membolehkan
Public Bank memudahkan usaha digitalisasi melalui penghantaran permohonan pembiayaan

15
041212-12-1455

akhir sewa beli secara dalam talian kepada bank, termasuk memuat naik dokumen
permohonan asas dan menyemak status permohonan. Dalam kenyataan Pengarah Urusan dan
Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek berkata, kerjasama itu juga sejajar
dengan kedudukan Perodua sebagai pengeluar kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama di
Malaysia.

5.2.3 e-Pemesanan

Dapatan kajian mendapati bahawa pemesanan dalam talian atau dikenali sebagai
Online Booking turut menjadi platform dalam internet yang dapat memberansangkan pasaran
keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. Hal ini dapat dibuktikan melalui laman
sesawang rasmi PERODUA (https://www.perodua.com.my/online-booking.html) yang
memerlukan pengguna atau pembeli mengisi maklumat-maklumat untuk memudahkan
pelulusan permohonan atau pemesanan.

5.2.4 e-Temuduga

Internet juga menjadi salah satu kegunaan yang sangat membantu PERODUA
menggunakan e-Temuduga atau dikenali sebagai e-Appointment dalam meluaskan peluang-
peluang perniagaan. PERODUA tidak melepaskan peluang kegunaan internet yang sangat
bermanfaat dalam penggunaan internet dengan memberikan kemudahan kepada masyarakat
melalui temuduga dalam talian yang disediakan di dalam laman web rasmi PERODUA
((https://www.perodua.com.my/online-booking.html) yang dapat mencari pekerja yang
berkemahiran dan berkredibliti serta menepati ciri-ciri atau spesifikasi PERODUA. Hal ini
jelas dapat membantu pemasaran kerana syarikat mempunyai pekerja yang berkualiti.

16
041212-12-1455

6.0 PENUTUP DAN CADANGAN

Kajian ini merupakan kajian terhadap pengaruh persekitaran umum dan peranan
internet dalam meluaskan peluang-peluang perniagaan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn.
Bhd. (PERODUA). Objektif kajian yang pertama ialah mengenal pasti pengaruh persekitaran
umum perniagaan kepada operasi perniagaan. Kajian mendapati persekitaran teknologi dari
aspek perkembangan teknologi dan kemunculan kaedah baharu mempengaruhi operasi
perniagaan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA). Maka, untuk
menambahbaik operasi perniagaan melalui perkembangan teknologi adalah dengan
menambahkan fungsi tanpa kunci atau keyless entry function untuk keluar atau masuk kereta
dan menghidupkan kereta tanpa kunci. Peranti sistem tanpa kunci ini mempunyai cip
identitinya yang tersendiri supaya ia boleh berhubung dengan kereta tertentu atau milik
seseorang sahaja. Hal ini dapat memudahkan pengguna untuk menghidupkan enjin dengan
efisien kerana tidak memerlukan kunci fizikal yang dapat menyukarkan sesetengah pengguna
terutamanya individu yang mempunyai masalah mudah lupa seperti tempat letak kunci kereta
mereka khususnya. Dari aspek penggunaan kaedah baharu, PERODUA perlu melahirkan
keluaran kereta elektrik berskala besar menjelang tahun 2024. Hal ini akan sangat berkesan
dan dapat menarik perhatian bukan sahaja kepada pengguna tempatan malahan pengguna luar
negara untuk membeli dan menggunakan keluaran kereta tempatan yang berteknologi
canggih. Hal ini memberikan kemudahan dan pengurangan kos dari aspek penggunaan bahan
api kereta seperti petrol kerana kereta elektrik dapat diisi atau dicaj dengan menggunakan
tenaga elektrik dan kebanyakan stesyen-stesyen minyak seperti PETRONAS juga sudah
menyediakan hab perkhidmatan pengisian tenaga elektrik untuk kenderaan elektrik (EV).

Selain itu, pengaruh persekitaran umum yang mempengaruhi operasi PERODUA Sdn.
Bhd. ialah persekitaran ekonomi dari aspek rancangan strategik dan keadaan ekonomi
sesebuah negara. Maka, penambahbaikan yang dapat dilakukan oleh PERODUA Sdn. Bhd
dari aspek rancangan strategik ialah dengan membuka lebih banyak cawangan baharu di
setiap negeri dan daerah di seluruh Malaysia. Pembukaan cawangan ini dapat membantu

17
041212-12-1455

PERODUA untuk meningkatkan jualan PERODUA kerana memudahkan pelanggan untuk


melihat peroduk keluaran PERODUA secara fizikal yang dapat meningkatkan kepuasan
penggunaan pelanggan melalui tinjauan langsung atau ‘walk-in”. PERODUA juga dapat
menyahut seruan untuk mengeluarkan kenderaan PERODUA Rahmah untuk memudahkan
pengguna memiliki kenderaan sulung mereka dengan harga yang berpatutan dan mampu
milik. Kesannya, permintaan terhadap kenderaan PERODUA akan semakin meningkat dan
keuntungan serta matlamat perniagaan dapat dicapai. Cadangan lain yang boleh dilaksanakan
oleh PERODUA ialah dengan membuat pelaburan ke dalam pasaran wang atau syarikat-
syarikat yang berpotensi maju dan berkembang untuk mendapatkan pulangan yang lumayan.
Pulangan yang diperoleh daripada pelaburan tersebut dapat digunakan untuk menyuntik
modal dalam membuka lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia. Hal ini dapat
mempercepatkan lagi proses pembukaan cawangan dalam tujuan memudahkan pencapaian
pengguna untuk mengunjungi kilang atau tempat penjualan kenderaan keluaran PERODUA.
Selanjutnya, cadangan bagi keadaan bagi keadaan ekonomi yang mempengaruhi operasi
perniagaan PERODUA Sdn. Bhd. ialah dengan menawarkan harga yang berpatutan kepada
orang ramai ketika negara mengalami keadaan ekonomi yang tidak stabil. Hal ini
membolehkan PERODUA mengaut keuntungan dalam keadaan ekonomi yang mencabar dan
terus kekal bersaing secara sihat dalam pasaran otomobil di Malaysia dan luar Malaysia
seperti Singapura, Indonesia dan Thailand. Di samping itu, cadangan yang boleh digunakan
oleh PERODUA Sdn. Bhd. ialah dengan mencari dan memilih pekerja yang mahir dalam
kegawatan ekonomi. Hal ini dilakukan adalah untuk mengurangkan kos pengeluaran dan
meminimumkan pembaziran sumber operasi seperti kerosakan bahan mentah dan
penggunaan buruh yang melebihi daripada yang diperlukan. Hal ini akan membantu
meningkatkan produktiviti perniagaan dan mengurangkan pengangguran tak ketara.

Seterusnya, pengaruh persekitaran umum yang mempengaruhi operasi PERODUA


Sdn. Bhd. ialah persekitaran umum persaingan dan jaringan dari aspek kewujudan keluaran
produk yang sama dalam pasaran otomobil oleh syarikat-syarikat sedia ada atau pesaing.
Maka, penambahbaikan yang dapat dilaksanakan oleh PERODUA ialah meningkatkan kualiti
peralatan atau alat-alat tambahan (spare-part) yang dapat dibeli secara berasingan. Dengan
penambahbaikan ini dapat menarik perhatian dan keinginan penggunaan pengguna terhadap
kereta jenama PERODUA. Ini dapat mencegah pengguna menggunakan barangan tambahan
daripada syarikat lain atau barangan kurang berkualiti yang dapat menjejaskan nama baik
PERODUA Sdn. Bhd. selain dapat meningkatkan kepuasan pelanggan dan kerisauan untuk

18
041212-12-1455

mendapatkan barangan tambahan yang berkualiti seperti dapat digunakan dalam tempoh
masa yang panjang dan mudah untuk digunakan serta dapat mengekalkan keaslian kenderaan
itu sendiri dengan penggunaan barangan tambahan yang dikeluarkan asli atau original dari
kilang pembuatan PERODUA. Selanjutnya, PERODUA juga dapat menambahbaik dan
mengembangkan perniagaannya dengan menjalinkan hubungan perniagaan dengan institusi
kewangan kerajaan dan swasta dengan lebih banyak lagi agar pengguna dapat berurusan
dengan mana-mana pihak bank pilihan mereka. Hal ini dapat membantu kedua-dua pihak
dalam pengurusan permohonan atau pembelian kereta kerana tidak berpusat di institusi
kewangan tertentu sahaja. Kesannya, jaringan yang tercipta antara PERODUA dengan
institusi-institusi kewangan dapat meningkatkan lagi produktiviti kedua-dua pihak.

Objektif kedua ialah mengkaji peranan internet dalam meluaskan peluang-peluang


perniagaan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA). Hasil kajian mendapati
PERODUA menggunakan internet dalam meluaskan peluang-peluang perniagaan melalui
laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Tiktok. Cadangan yang dikemukakan dalam
aspek penggunaan laman sosial ialah pihak pengurus perlu menyediakan pelatihan kepada
pemegang akaun media sosial perniagaan dalam tujuan untuk meningkatkan kreativiti dan
kemahiran dalam menggunggah gambar dan video produk atau pengiklanan supaya dapat
menarik perhatian pengguna media sosial yang lain. Selain itu, syarikat juga perlu
menjalinkan hubungan atau berkolaborasi dengan pihak media sosial. Hal ini dilakukan
adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi pengiklanan perniagaan melalui kerjasama yang
luas dengan syarikat media sosial kerana sebahagian besar penduduk dunia mempunyai
telefon pintar, internet dan media sosial hari ini. Hal ini memudahkan perniagaan dikenali
dengan lebih luas tanpa perlu melawati laman web rasmi syarikat PERODUA.

Selain itu, internet turut berperanan dalam meluaskan peluang-peluang perniagaan


PERODUA melalui e-Pembayaran seperti Maybank, CIMB Bank dan Public Bank.
PERODUA dapat menjalinkan hubungan perniagaan yang baik untuk mendapatkan faedah
dari segi kemudahan pelanggan untuk membuat pembayaran dan permohonan pinjaman
untuk membeli kereta. PERODUA perlu memberikan penambahbaikan antara muka
pengguna di mana pengguna dapat menggunakan navigasi dengan lancar dan menjalankan
transaksi tanpa kesulitan. Pilihan pembayaran yang pelbagai juga perlu ditawarkan kepada
pengguna seperti kad kredit, kad debit, e-wallet dan pemindahan bank. Aspek yang paling
penting untuk dititikberatkan oleh PERODUA adalah pengalaman keselamatan pengguna
dalam menjalankan e-Pembayaran dengan pengesahan transaksi yang selamat. Hal ini dapat

19
041212-12-1455

dilaksanakan jika PERODUA memastikan sistem e-Pembayaran mempunyai lapisan


keselamatan yang tinggi untuk melindungi data peribadi dan kewangan pengguna.
PERODUA perlu menerapkan prosedur pengesahan dua faktor (2FA) untuk transaksi yang
lebih selamat. Setrerusnya, PERODUA dan institusi-institusi kewangan perlu
mengembangkan kolaborasi melalui integrasi dengan aplikasi mudah alih kepada pengguna

Selanjutnya, internet turut menyumbang kepada peluang-peluang perniagaan melalui


penggunaan e-Pemesanan yang tersedia di laman web rasmi PERODUA. Antara cadangan
yang perlu diambil kira oleh PERODUA ialah menambahbaik antara muka pengguna yang
lebih intuitif. Reka bentuk antara pengguna yang lebih intuitif dan mudah difahami ini dapat
memudahkan pelanggan dalam membuat pesanan kereta. Selain itu, PERODUA perlu
menambahbaik konfigurator kereta maya dengan menawarkan alat konfigurator yang
membolehkan pelanggan menyesuaikan kereta mereka dengan ciri-ciri dan pilihan yang
mereka inginkan. Selanjutnya, PERODUA perlu menambahbaik gambar dan spesifikasi yang
jelas dalam portal rasmi dan pengiklanan mereka. Hal ini dapat dilaksanakan dengan
menyediakan gambar yang berkualiti tinggi dan maklumat spesifikasi yang lengkap untuk
setiap model kereta, termasuk warna, enjin, kelengkapan dan harga. PERODUA juga dapat
memberikan tawaran dan diskaun seperti promosi atau pakej istimewa bagi pelanggan yang
membuat pesanan melalui platform e-Pemesanan.

Akhir sekali, PERODUA juga tidak ketinggalan dalam memanfaatkan internet yang
dapat meluaskan peluang-peluang perniagannya dengan menyediakan e-Temuduga atau e-
Appointment di portal rasmi PERODUA. Antara cadangan yang dapat dilaksanakan ialah
memberikan peluang kepada semua golongan pelamar. Jabatan sumber manusia bagi syarikat
PERODUA perlu memastikan sistem e- Temuduga boleh diakses oleh pelamar dari pelbagai
latar belakang dan golongan termasuk penyandang disabiliti. PERODUA juga perlu
menambahbaik sistem e-Temuduga dari aspek integrasi dengan sistem pengurusan pejabat
dengan memastikan e-Temuduga berintegrasi dengan sistem pengurusan pejabat bagi
memudahkan pengurusan rekod temuduga dan penilaian calon. Dengan penambahbaikan ini,
sistem e-Temuduga PERODUA akan lebih efisien, mudah diakses, dan memberikan
pengalaman yang lebih baik baik kepada pelamar serta memudahkan pengurusan temuduga
oleh pihak PERODUA.

20
041212-12-1455

7.0 SENARAI RUJUKAN


Ahmad Zaharim Abdul Azis, 1999, Menguasai Internet. Pustaka Cipta Sdn. Bhd
Bernama, “Public Bank Sedia Kemudahan Pembiayaan Untuk Pengedar Sah PERODUA”,
dlm. Astro Awani 29 Mei 2023. https://www.astroawani.com/berita-bisnes/public-
bank-sedia-kemudahan-pembiayaan-untuk-pengedar-sah-perodua-421603
Bernama, “PERODUA Sasar Jualan 2017 Lepasi 200,000 Unit” dlm. MStar 17 Januari 2023.
https://www.mstar.com.my/niaga/2017/01/17/sasaran-jualan-perodua
Damian Ryan & Calvin Jones, 2013, Memahami Pemasaran Digital: Strategi pemasaran
untuk generasi digital, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia
Lizam Ridzuan, “Perodua catat pengeluaran tertinggi pada Mac” dlm. Harian Metro 10 April
2023. https://www.hmetro.com.my/bisnes/2023/04/955325/perodua-catat-
pengeluaran-tertinggi-pada-mac
Mohd Zaky Zainuddin, “Pengeluaran PERODUA Meningkat 17 Peratus Pada Separuh
Pertama Tahun Ini” dlm. BHOnline 7 Julai 2023.
https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2023/07/1123473/pengeluaran-perodua-
meningkat-17-peratus-pada-separuh-pertama-tahun-ini
Mohd Zaky Zainuddin, “PERODUA Sedia Hadapi Persaingan” dlm. BHOnline 28 Oktober
2019. https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2019/10/622398/perodua-sedia-
hadapi-persaingan
Mohd Zaky Zainuddin, “PERODUA Turunkan Unjuran Jualan 2020” dlm. BHOnline 13
Ogos 2020. https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2020/08/720905/perodua-
turunkan-unjuran-jualan-2020
PERODUA Cari Teknologi Hijau Lebih Murah, MStar, 13 Disember 2010.
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/12/13/perodua-cari-teknologi-hijau-
lebih-murah
PERODUA Manfaat Khidmat Kewangan Digital Maybank, BHOnline, 18 Januari 2023.
https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2023/01/1053472/perodua-manfaat-
khidmat-kewangan-digital-maybank
Rohana Yusof, 2004. Buku Penyelidikan Sains Sosial, PTS Pubs & Distri
Sabitha Marican, 2005. Penyelidikan Sains Sosial, Pearson Malaysia
Sabri Hj Hussin, 2005. Pengenalan Kepada Perniagaan, Thomson

21
041212-12-1455

Tiba masanya untuk Harus Ada Aruz, Facebook, 18 Oktober 2023.


https://www.facebook.com/Perodua

Wartawan TMT, “PERODUA Alza 2022 Berteknologi Canggih Namun Harga Berpatutan!”,
dlm Time Merdeka Times 27 Julai 2022.
https://themerdekatimes.com/news/2022/07/perodua-alza-2022-berteknologi-canggih-
namun-harga-berpatutan/
https://perodua.co/blog/

https://www.instagram.com/reel/Cye375mBV-K/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

https://www.perodua.com.my/

https://www.youtube.com/channel/UC7BTZqGdul-61RyHETWpgPQ.

22
041212-12-1455

8.0 LAMPIRAN

Lampiran 1

Akhbar 1 : PERODUA Turunkan Unjuran Jualan 2020

23
041212-12-1455

Lampiran 2

Akhbar 2 : PERODUA Manfaat Khidmat Kewangan Digital Maybank

24
041212-12-1455

Lampiran 3

Akhbar 3 : PERODUA Sedia Hadapi Persaingan

25
041212-12-1455

Lampiran 4

Akhbar 4 : PERODUA Cari Teknologi Hiaju Lebih Murah

26
041212-12-1455

Lampiran 5

Akhbar 5 : PERODUA Sasar Jualan 2017 Lepasi 200,000 Unit

27
041212-12-1455

Lampiran 6

Akhbar 6 : PERODUA Alza 2022 Berteknologi Canggih Namun Harga Berpatutan !

28
041212-12-1455

Lampiran 7

Akhbar 7 : Public Bank Sedia Kemudahan Pembiayaan Untuk Pengedar Sah PERODUA

29
041212-12-1455

Lampiran 8

Laman Web Rasmi PERODUA

30
041212-12-1455

Lampiran 9

Facebook : Tiba masanya untuk Harus Ada Aruz - SUV 7 tempat duduk yang melengkapkan
gaya hidup anda!

31
041212-12-1455

Lampiran 10

Akaun Instagram Rasmi PERODUA

32
041212-12-1455

33
041212-12-1455

34

You might also like