You are on page 1of 35

KOLEJ UNDANG-UNDANG, KERAJAAN DAN

PENGAJIAN ANTARABANGSA (GOLGIS)

PEMBANGUNAN WILAYAH
(GMJT 3123)

TAJUK TUGASAN :
WILAYAH PEMBANGUNAN (MSC)

DISEDIAKAN UNTUK:

DR MOHD FITRI BIN ABDUL RAHMAN

TARIKH SERAHAN:

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD HANIF BIN MOHD SHAH (199905)


RAHIMI BIN UMAR (199949)
ZAHAREL REEZA BIN RUSLAN (201086)
MOHD AZWAN BIN ALIAS (199746)
BAKHTIAR BIN YOEP AHMAD (199937)
ISI KANDUNGAN

1.0- PENGENALAN KEPADA ( MSC )

1.1- Fasa Pertama ( MSC )


1.2- Tujuh Aplikasi ( MSC )
1.3- Fasa Kedua ( MSC )
1.4- Fasa Ketiga ( MSC )
1.5- Pelan Pembangunan ( MSC )

2.0- APLIKASI PENUBUHAN ( MSC )

2.1- Penubuhan MSC


2.2- Aplikasi Daya Saing MSC

3.0-LATAR BELAKANG DAN KEDUDUKAN ( MSC )

3.1- Kawasan Pembangunan dan Keluasan MSC


3.2- CyberJaya
3.3- Insfanstuktur
3.4- Pengenalan MyKad
3.5- Fasa Pertama – Ketiga MSC

4.0- KEPENTINGAN ( MSC ) KEPADA PENDUDUK SETEMPAT ( MSC )

4.1- Sumber Pendapatan yang Menjana Melalui MSC


4.2- Firma yang Berstatuskan MSC

5.0- KEPENTINGAN ( MSC ) KEPADA RAKYAT

5.1- Pengangkutan dan Perhubungan


5.2- Kemudahan Pengurusan MSC
5.3- MyKad
5.4- Sumber Pendapatan

6.0- KELEMAHAN ( MSC )

6.1- Kawasan MSC


6.2- Kerajaan Elektronik
6.3- Sekolah Bestari
6.4- Kad Pelbagai Kegunaan ( MyKad )

7.0- KESIMPULAN
1.0-PENGENALAN KEPADA MSC

Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) bermula pada 1996 sebagai sebahagian dari visi

jangka panjang Malaysia untuk menjadi negara maju dan kaya dengan pengetahuan

menjelang 2020.MSC merupakan koridor khas seluas15x50 km yang menjangkau dari

Menara Kembar Petronas di utara sehingga LapanganTerbang Antarabangsa Kuala

Lumpur diselatan serta merangkumi Cyberjaya (Teras Teknologi) dan Putrajaya (pusat

pentadbiran KerajaanPersekutuan Malaysia).

Sejak penubuhannya, ia telah berkembang menjadi hub teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) yang dinamik dan menjadi tapak kepada syarikat

multinasional,syarikat yang dimiliki asing dan syarikat tempatan untuk mengeluarkan

produk multimedia dan komunikasi, penyelesaian,perkhidmatan serta penyelidikan dan

pembangunan (P&P) berkaitan dengan ICT.

1.1- FASA PERTAMA (MSC)

Fasa pertama MSC, 1996-2003, telah selesai dilaksanakan. Kejayaannya termasuklah

sejumlah 1,208 syarikat yang telah diberi status MSC, penjanaan 19,000

pekerjaan berasaskan pengetahuan, penjualan produk ICT sebanyak RM6.8 ribu juta

(RM1.5 juta daripadanya dieksport) dan sejumlah RM522 juta dibelanjakan untuk P&P.

MSC juga telah memainkan peranan penting dalam memupuk inovasi dan perkembangan

syarikat yang berasaskan ICT, di mana sehingga kini lebih 70 peratus daripada syarikat

yang disenaraikan di pasaran sekuriti MESDAQ berstatus MSC.


1.2- TUJUH APLIKASI (MSC)

Tujuh aplikasi perdana untuk merealisasikan inisiatif MSC, iaitu kerajaan elektronik (e-

Kerajaan), kad pelbagai guna(teknologi kad bistari), Sekolah Bistari, tele-perubatan,

kelompok P&P, e-Dagang dan Pembangunan Tekno-usahawan,berada di pelbagai

peringkat pelaksanaan.Lonjakan MSC bagi tempoh 2004-2010 akan ditumpukan kepada

usaha untuk menggerakkan Malaysia ke arah memastikan dan mengekalkan daya saing

dengan mengutamakan penekanan kepada inovasi. Strategi utama untuk merealisasikan

matlamat ini termasuklah mempercepatkan pertumbuhan bagi industri ICT yang mapan,

memperluaskan konsep MSC supaya meliputi seluruh negara serta meningkatkan

penggunaan dan penerimaan produk dan perkhidmatanICT tempatan yang berinovatif.

1.3- FASA KEDUA (MSC)

Dalam fasa kedua ini, konsep MSC telah diperluaskan meliputi lokasi di utara iaitu Pulau

Pinang dan Taman Teknologi Tinggi Kulim. Perasmian Bandaraya Siber PulauPinang

pada 1 Januari 2005 merupakan peristiwa penting dalam usaha ini. Sasaran bilangan

syarikat bertaraf global dalam fasa ini adalah sebanyak 250 yang meliputi kedua-dua

syarikat tempatan dan syarikat multinasional. Aplikasi perdana akan

dipertingkatkan,sementara aplikasi perdana baru akan diperkenalkan untuk

memperkukuhkan daya saing negara. Usaha yang lebih gigih akan diteruskan untuk

mewujudkan industri ICT yang berdaya maju dan dapat bersaing di peringkat serantau

dan antarabangsa.
Matlamat akhir fasa ini adalah untuk memastikan koridor MSC di Malaysia

dihubungkan dengan masyarakat bistari antarabangsa bagi menikmati bersama faedah

sosial dan ekonomi. Adalah dijangkakan apabila fasa ini berakhir, sebanyak 245,000

peluang pekerjaan bernilai tinggi akan diwujudkan.Fasa ketiga bagi tempoh 2010-2020

dijangka memperluaskan koridor ke seluruh negara dan seterusnya menjadikan Malaysia

sebuah masyarakat berpengetahuan. Bilangan syarikat global berstatus MSC akan

dipertingkatkan kepada 500 buah.

1.4- FASA KETIGA (MSC)

Dalam fasa ini, MSC dijangka menjadi sebuah medan ujian antarabangsa bagi aplikasi

multimedia baru. Untuk mempromosikan persekitaran pengawalseliaan yang

memudahkan aktiviti multimedia, terdapat rancangan untuk menubuhkan Mahkamah

Keadilan Siber Antarabangsa dalam MSC. Di samping itu, dalam tempoh ini Malaysia

dijangka mencapai status sebagai pengeksport bersih produk dan perkhidmatan ICT.

MSC juga akan dihubungkan dengan 12 bandaraya bistari dalam rangkaian maklumat

antarabangsa untuk mempertingkatkan faedah sosial dan ekonomi.


1.5- PELAN PEMBANGUNAN MSC

Multimedia Super Coridor dikenali dengan kata pendek MSC.MSC dilancarkan secara

rasmi pada 1996.

Rajah 1.5: Pelan Pembangunan MSC

Rajah 1.5 menunjuk kawasan pembangunan MSC yang meliputi kawasan pembangunan

MSC di selatan dan utara.Di kawasan selatan meliputi daerah

Cyberjaya,Putrajaya,Serdang (UPM-MTDC),Taman Teknologi Malaysia(Seri


Kembangan),Pusat Bandaraya Kuala Lumpur,Menara Kuala Lumpur dan Lapangan

Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Manakala di kawasan utara pula meliputi

kawasan,Bandaraya Siber Pulau Pinang 1,dan Taman Teknologi Kulim.Kawasan-

kawasan berikut merupakan daerah pilihan yang telah mendapatkan Bagi kawasan

utara,pelaksaan konsep MSC bermula pada 1 Januari 2005 dimana perasmian kepada

Bandaraya Siber Pulau Pinang menjadi penggerak utama kepada konsep MSC di utara.

2.0- APLIKASI PENUBUHAN MSC

2.1- PENUBUHAN MSC

Alvin Toffler, seorang pakar dalam bidang futuristik telah menyatakan dalam bukunya

bernama Power Shift bahawa zaman pertanian serta zaman perindustrian yang telah

berlanjutan selama beberapa kurun lalu akan tamat dan digantikan dengan zaman

maklumat menjelang alaf baru. Menyedari hakikat ini, banyak negara kini mengalihkan

perhatian mereka ke bidang teknologi maklumat dengan mengambil peluang untuk

menjadikan industri teknologi maklumat sebagai enjin pertumbuhan eknonomi negara.

Dalam hal ini, Malaysia turut tidak ketinggalan, Projek Koridor Raya Multimedia

(Multimedia Super Coridor atau MSC) telah diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir

semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1hb Ogos 1996.


Pengumuman ini secara tidak langsung menunjukkan Malaysia sedang menuju ke

arah dunia multimedia dan pada masa yang sama menyediakan diri dalam menghadapi

zaman maklumat ini. pencapaian Malaysia dalam usaha membentuk sebuah masyarakat

yang berteknologi tinggi dan berindustri menjelang tahun 2020 ialah dengan

pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC). Ia dibangunkan bagi membantu

usahawan muda dan syarikat-syarikat yang baru bertapak yang memerlukan tunjuk ajar

dan sokongan. Tapak Inkubator MSC yang seluas 7.65 ekar terletak di dalam kampus

Universiti Multimedia. Pusat Inkubator MSC pula terletak di Cyberjaya, sebuah bandar

bistari yang bersebelahan dengan bandar pusat pentadbiran kerajaan iaitu Putrajaya.

Idea MSC nampaknya menarik dan sekiranya berjaya dilaksanakan seperti dalam

perancangan akan mentransformasikan taraf ekonomi negara kepada negara berasaskan

pembangunan teknologi maklumat. Idea MSC juga merupakan satu pencapaian bagi

Malaysia dalam industry ICT. Ini membangakan masyarakat Malaysia dan dapat

mengunakan segala ICT yang sedia ada. MSC tidak harus meniru bulat-bulat atau "cut

and paste" dari model SiliconValley, Californai, Amerika Syarikat. Apa yang penting

ialah mesti mengambil pertimbangan keunikan sosial, politik dan pembangunan

ekonomik Malaysia. Dengan itu barulah bersesuaian dengan keperluan kita. Begitu juga,

manfaat yang diperolehi harus dilimpahkan ke seluruh negara dan bukan tertumpu

kepada MSC sahaja.


2.2- APLIKASI DAN DAYA SAING MSC

Evolusi dalam perkembangan telekomunikasi serta multimedia telah menggabungkan

kedua-dua industri tersebut. Multimedia merupakan gabungan antara bunyi, data, grafik

dan video. Sementara itu, industri telekomunikasi telah membolehkan hubungan jarak

jauh didekatkan dengan rangkaian komputer. Ini dapat meningkatkan industry teknologi

di Malaysia. Perhubugan jarak jauh dimana dapat berkembang, malah di Malaysia

merupakan salah satu industri telemonukasi yang terbaik. Pencapaian ini membuktikan

MSC bukan sekadar ICT dan MSC juga dapat membuktikan ICT di Malaysia di tahap

yang tinggi. Masa depan untuk perkembangan industri multimedia seta telekomunikasi

bergantung kepada pergabungan kedua-dua teknologi untuk memberikan lebihan daya

saingan kepada syarikat yang menjalankan perniagaan strategik.

Malaysia dianggarkan bahawa pasaran multimedia akan mencecah angka US$3.5

trilion menjelang tahun 2002. Ini adalah lebih kurang saiz ekonomi negara USA pada

awal tahun 1980an. Memandangkan “ kek industri ” bagi industri multimedia adalah

terlalu besar untuk mana-mana Negara, langkah Malaysia mewujudkan MSC untuk turut

bersama Negara-negara lain dalam pembangunan industri multimedia adalah langkah

bijak. Walaupun Malaysia baru menceburi bidang multimedia secara serius dan terdapat

empayer industri teknologi maklumat di Silicon Valley, Carlifornia, Amerika Syarikat,

tetapi MSC menawarkan beberapa tarikan yang boleh disifatkan lebihan daya saingan

berbanding lokasi lain di dunia.


Tarikh 16-1-1997 merupakan hari bersejarah dalam arena teknologi maklumat Malaysia

apabila Panel Penasihat Antarabangsa bertemu di Stanford University, California, USA

untuk membicangkan isu-isu berkaitan pembangunan MSC. Antara ahli dalam panel

Penasihat Antarabangsa ialah Bill Gates ( CEO Microsoft ), James Barksdale,

( CEO Netscape), Stan Shih ( CEO Acer ), dan Louis Gerstner ( CEO IBM ).

Kebanyakan ahli-ahli panel ini merupakan ketua eksekutif bagi syarikat besar teknologi

maklumat serta orang yang banyak menyumbang idea dalam era pembangunan teknologi

maklumat ini seperti Alvin Toffler serta Kehichi Ohmae.

Persidangan tersebut merupakan julung-julung kali dalam sejarah industri

teknologi maklumat yang dapat mengumpulkan begitu ramai "Kapten Industri". Semua

ini atas tarikan yang ditawarkan oleh MSC dan kerajaan Malaysia. Antara syarikat yang

telah mula menjadi syarikat MSC ialah Syarikat Sun Malaysia yang mendapat kelulusan

dari MDC pada 4-11-96. Syarikat Ernst & Young turut mengumumkan bahawa syarikat

tersebut akan mendirikan pusat latihan di MSC.

Menurut MDC, terdapat 12 syarikat yang akan dijangka diluluskan menyertai

MSC menjelang akhir tahun 1996 (Chan Lee Meng , The Star, 5-11-96).Sambutan

terhadap penubuhan MSC nampaknya menggalakkan. Walau bagaimanapun, ini hanyalah

satu permulaan awal. Menanti di depan ialah pelbagai rintangan yang bakal ditempuhi.
Sekiranya MSC berjaya dilaksanakan , ia akan membawa Malaysia ke era maklumat dan

seterusnya merelisasikan impian wawasan 2020.

3.0- LATAR BELAKANG DAN KEDUDUKAN MSC

3.1- KAWASAN PEMBANGUNAN DAN KELUASAN PROJEK MSC

Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) bermula pada 1996 sebagai sebahagian dari visi

jangka panjang Malaysia untuk menjadi negara maju dan kaya dengan pengetahuan

menjelang 2020. MSC merupakan koridor khas seluas 15x50 km atau 750 kilometer

persegi yang menjangkau dari Menara Kembar Petronas di utara sehingga Lapangan

Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di selatan serta merangkumi Cyberjaya (Teras

Teknologi) dan Putrajaya (pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia).

Sejak penubuhannya, ia telah berkembang menjadi hub teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) yang dinamik dan menjadi tapak kepada syarikat multinasional,

syarikat yang dimiliki asing dan syarikat tempatan untuk mengeluarkan produk

multimedia dan komunikasi, penyelesaian, perkhidmatan serta penyelidikan dan

pembangunan (P&P) berkaitan dengan ICT. Projek ini telah diperuntukan sebanyak RM

5.5 bilion.
Projek ini diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir semasa merasmikan

Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996. Walaubagaimanapun, lawatan Dr

Mahathir ke Amerika Syarikat pada Januari 1997 untuk mempromosi MSC kepada

syarikat-syarikat di sana telah berjaya menarik minat banyak syarikat gergasi teknologi

maklumat. Pada lawatan itu, sebuah "Panel Penasihat Antarabangsa" yang terdiri

daripada 30 orang ahli teknologi maklumat telah ditubuhkan untuk bertukar pendapat

terhadap kejayaan MSC.

3.2- CYBERJAYA

Cyberjaya merupakan tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia.

Bandar yang dibangunkan daripada ladang kelapa sawit ini mempunyai keluasan 2,890

hektar dan terletak di daerah Sepang, Selangor. Cyberjaya berada kira-kira 50 km di

selatan Kuala Lumpur, iaitu bersebelahan dengan Putrajaya. Bandar ini diasaskan sebagai

bandar pintar mengikut konsep Lembah Silikon di Amerika Syarikat.

Cyberjaya juga merupakan satu daripada bandar siber MSC Malaysia yang diharap dapat

memacu negara Malaysia ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Antara syarikat

multinasional yang beroperasi di Cyberjaya adalah BMW, HSBC, DHL, Shell, Nokia,

Ericsson dan Motorola.

Seterusnya kawasan MSC adalah di pelabuhan klang. Pelabuhan Klang ialah

sebuah bandar dan pintu masuk perkapalan utama di Malaysia. Asalnya dikenali sebagai

Pelabuhan Swettenham, ia merupakan pelabuhan terbesar dan tersibuk di Malaysia.


Terletak di kawasan seluas 806 hektar di daerah Klang, Selangor, pelabuhan ini

merangkumi Pelabuhan Utara, Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Selatan. Pelabuhan Klang

menawarkan kemudahan-kemudahan perkhidmatan yang serba lengkap dan tercanggih

untuk mengendalikan sebarang jenis dagangan.Ia merupakan pelabuhan pemindahan ke-

13 tersibuk di dunia pada tahun 2004, pelabuhan ke-26 tersibuk berdasarkan jumlah tanan

kargo yang dikendalikan pada tahun 2005, dan pelabuhan ke-16 tersibuk di dunia pada

tahun 2007.

3.3- INFRUSTRUKTUR

Seterusnya infrastuktur MSC pula terdiri daripada Express Rail Link, lebuhraya Kuala

Lumpur-Putrajaya dan total airport management systems. KLIA Ekspres adalah

perkhidmatan kereta api laju tanpa henti yang menghubungkan bandar raya Kuala

Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Ia dimiliki dan

dikendalikan sepenuhnya Express Rail Link Sdn Bhd. Lebuhraya Maju (MEX) (sebelum

ini dikenali sebagai Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (KLPE) dan Lebuhraya Khusus

KL-KLIA) merupakan sebuah lebuh raya di Kuala Lumpur dan Selangor, Malaysia.

Lebuh raya sepanjang 26 km (16 batu) ini menghubungkan pusat bandar raya Kuala

Lumpur dengan Putrajaya, dan seterusnya pada masa akan datang ia bakal dipanjangkan

sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang,

Selangor.
3.4- PENGENALAN MyKAD

MyKad merupakan sekeping kad pengenalan pintar yang digunakan di Malaysia yang

juga sebagai pemohonan utama MSC. Bersama-sama dengan pasport, Malaysia

merupakan negara pertama di dunia yang menggunakan kad pengenalan dan pasport yang

menggabungkan teknologi cip dan biometrik terkini untuk meningkatkan keselamatan

dan kesahihan pemiliknya. Kad ini telah dilancarkan secara rasminya pada September

2001. Perkataan ‘MyKad’ mempunyai maksud yang tersendiri. Perkataan ‘My’ bererti

Malaysia dan juga kata ganti nama kepunyaanku dalam bahasa Inggeris. Perkataan ‘Kad’

pula boleh bermaksud kad ataupun singkatan kepada ‘Kad Akuan Diri’.

Fungi utama kad ini ialah sebagai kad pengenalan diri. Ia mengandungi nama,

alamat, gambar, nombor kad pengenalan, jantina dan agama yang terpapar di luar kad.

Dulunya digelar Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan (KPPK), kad ini mempunyai satu cip

mikropemproses dan ingatan EEPROM 32k / 64k yang berupaya menyimpan pelbagai

data dan aplikasi di dalamnya. Contohnya adalah maklumat biometrik (cap jari / imbasan

iris), lesen memandu, PKI, duit MEPS, Touch 'n Go, kad ATM, maklumat kesihatan serta

maklumat pasport.

3.5- FASA PERTAMA-KETIGA MSC

Fasa pertama MSC, 1996-2003, telah selesai atau dilaksanakan. Kejayaannya

termasuklah sejumlah 1,208 syarikat yang telah diberi status MSC, penjanaan 19,000

pekerjaan berasaskan pengetahuan, penjualan produk ICT sebanyak RM6.8 ribu juta

(RM1.5 juta daripadanya dieksport) dan sejumlah RM522 juta dibelanjakan untuk P&P.
MSC juga telah memainkan peranan penting dalam memupuk inovasi dan

perkembangan syarikat yang berasaskan ICT, di mana sehingga kini lebih 70 peratus

daripada syarikat yang disenaraikan di pasaran sekuriti MESDAQ berstatus MSC. Tujuh

aplikasi perdana untuk merealisasikan inisiatif MSC, iaitu kerajaan elektronik (e-

Kerajaan), kad pelbagai guna (teknologi kad bistari), Sekolah Bistari, tele-perubatan,

kelompok P&P, e-Dagang dan Pembangunan Tekno-usahawan, berada di pelbagai

peringkat pelaksanaan.

Lonjakan MSC bagi tempoh 2004-2010 akan ditumpukan kepada usaha untuk

menggerakkan Malaysia ke arah memastikan dan mengekalkan daya saing dengan

mengutamakan penekanan kepada inovasi. Strategi utama untuk

merealisasikan matlamat ini termasuklah mempercepatkan pertumbuhan bagi industri

ICT yang mapan, memperluaskan konsep MSC supaya meliputi seluruh negara serta

meningkatkan penggunaan dan penerimaan produk dan perkhidmatan ICT tempatan yang

berinovatif.

Dalam fasa kedua ini, konsep MSC telah diperluaskan meliputi lokasi di utara

iaitu Pulau Pinang dan Taman Teknologi Tinggi Kulim. Perasmian Bandaraya Siber

Pulau Pinang pada 1 Januari 2005 merupakan peristiwa penting dalam usaha ini. Sasaran

bilangan syarikat bertaraf global dalam fasa ini adalah sebanyak 250 yang meliputi

kedua-dua syarikat tempatan dan syarikat multinasional. Aplikasi perdana akan


dipertingkatkan, sementara aplikasi perdana baru akan diperkenalkan untuk

memperkukuhkan daya saing negara.

Usaha yang lebih gigih akan diteruskan untuk mewujudkan industri ICT yang

berdaya maju dan dapat bersaing di peringkat serantau

dan antarabangsa. Matlamat akhir fasa ini adalah untuk memastikan koridor MSC di

Malaysia dihubungkan dengan masyarakat bistari antarabangsa bagi menikmati bersama

faedah sosial dan ekonomi. Adalah dijangkakan apabila fasa ini berakhir, sebanyak

245,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi akan diwujudkan.

Fasa ketiga bagi tempoh 2010-2020 dijangka memperluaskan koridor ke seluruh

negara dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah masyarakat berpengetahuan.

Bilangan syarikat global berstatus MSC akan dipertingkatkan kepada 500 buah. Dalam

fasa ini, MSC dijangka menjadi sebuah medan ujian antarabangsa bagi aplikasi

multimedia baru. Untuk mempromosikan persekitaran pengawalseliaan yang

memudahkan aktiviti multimedia, terdapat rancangan untuk menubuhkan Mahkamah

Keadilan Siber Antarabangsa dalam MSC. Di samping itu, dalam tempoh ini Malaysia

dijangka mencapai status sebagai pengeksport bersih produk dan perkhidmatan ICT.

MSC juga akan dihubungkan dengan 12 bandaraya bistari dalam rangkaian maklumat

antarabangsa untuk mempertingkatkan faedah sosial dan ekonomi.


4.0- KEPENTINGAN MSC KEPADA PENDUDUK SETEMPAT

Kawasan Multimedia Super Corridor (MSC) di mana lingkungan daripada 50 kilometer

kali 15 kilometer, dalam lingkungan ini 2/3 kawasan Serdang termasuk iaitu Serdang dan

Puchong di tengah-tengah kawasan MSC. Ini telah membuka peluang pekerjaan kepada

penduduk setempat.Bayank peluang perkerjaan yang telah tersedia oleh pelabur-pelabur

yang mana telah membuka banyak projek-projek yang mampu di penuhi oleh penduduk

setempat. Contohnya dalam sektor perkilangan, disebabkan ada nya pembagunan MSC

ini bnayk pelabur membuka kilang di dalam lingkungan MSC kerana ia memberi

manafaat kepada pelabur

Selain itu juga masyarakat setempat juga mendapat kemudahan teknologi dalam

sistem pendidikan mahupun dalam kehidupan seharian. Memandang keadaan negara kita

sedang rancak mengalami era IT sekarang ini khususnya dalam MSC dan sebagainya dari

segi pendidikan untuk memperlengkapkan murid-murid kita dapat mengikuti seimbang

dengan progres era ini, apakah bentuk persiapan dari segi tenaga-tenaga pengajar yang

mahir yang betul-betul boleh memberi satu pendekatan dan pembelajaran kepada

generasi yang akan menghadapi era yang begitu canggih dari segi pendidikan.

Berpegang kepada konsep IT bermula di sekolah, maka kerajaan mahu kegiatan

dan penggunaan IT aktif di sekolah dan dianggarkan dalam masa dua tahun akan datang

semua sekolah akan mempunyai akses kepada internet yakni rangkaian global sedunia.

Ini juga adalah untuk memastikan tenaga kerja mahir tempatan yang diperlukan oleh

MSC dapat dipenuhi dan mencapai sasarannya. Model sebuah sekolah pintar telah dibina
di Cheras dimana Sekolah Menengah Bukit Bintang akan berpindah ke sana. Bermula

dari sini lebih banyak sekolah pintar akan dibina dalam MSC dan seterusnya akan

disebarkan ke seluruh negara. Malah syarikat-syarikat yang berada dalam MSC boleh

membentuk konsep sekolah pintar dengan membina perisian aplikasi, kurikulum, bahan

kursus, infrastruktur dan melatih guru atau kakitangan.

Penjagaan kesihatan rakyat adalah penting kerana ia akan memastikan tenaga

kerja tempatan dapat dimanafaatkan sepenuhnya. Dengan MSC teknologi maklumat akan

dimasukkan ke dalam sistem kesihatan Malaysia. Eleman utama teleperubatan ialah

adalah pembelajaran jarak jauh, diagnoksis dan rawatan, rekod maya pesakit dan

rangkaian perubatan elektronik. Kejayaan teleperubatan ini adalah bergantung kepada

Kluster Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang diwujudkan oleh universiti atau

syarikat untuk mengeluarkan aplikasi yang berkaitan.

Seterusnya ia akan meletakkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan

teleperubatan. Ia dijadualkan siap pada tahun 1998 dan hospital pertama akan terletak di

Selayang, Selangor. Hospital ini akan dilengkapkan dengan teknologi maklumat yang

canggih dimana kepakaran seluruh dunia dapat dikongsi oleh doktor tempatan bagi

membantu mana-mana pesakit yang memerlukan rawatan dalam perkhidmatan hospital.

Hospital-hospital dibina dengan adanya peralatan canggih yang mampu memberi rawatan

yang lebih baik bukan sahaja kepada penduduk setempat malah negara luar dapat datang

ke Malaysia untuk menerima rawatan di sini

4.1- SUMBER PENDAPATAN YANG DIJANA MELALUI MSC


Dengan adanya MSC sumber pemdapatan rakat dapat di pertingkatkan, Malalah

kekurngan pelunag pekerjaan dapat diatasi. Ini kerana apabila MSC ditubuhkan banyak

syarikat-syarikat luar telah mengambil pelung ini utuk melabur di Malaysia. Tawaran

kerajaan yang begitu baik juga telah menyakinkan pelabur untuk melabur di MSC. Ini

akan meningkatkan kadar ekonomi negara.

Selain itu juga pembukaan Universiti Multmedia juga telah menarik ramai pelajar

dari luar negara untuk mendapat pelajaran yang sempurna. Aliran mata wang asing

berlaku secara tidak langsung. Kadar mata wang negara juga akan meningkat dan

seterusnya boleh memberi impak dalam ekonomi negara.

MSC juga menjana pendapatan melalau E-bisnes. Bermatlamat untuk membentuk

persekitaran perniagaan dalam talian untuk bersaing dengan kuasa besar. Dalam masa

yang sama MSC boleh mengubah cara perniagaan atau pemasaran dijalankan lebih

fleksibel dan responsif. E-bisnes iniBertujuan untuk memberi servis yang lebih berkualiti

dan efisyen kepada komuniti dan menggalakkan organisasi dan komuniti menerima

perniagaan dalam talian (e-bisnes) sebagai sebahagian dari hidup mereka.

Ini merupakan salah satu punca pendapantan MSC kerana ia menarik minat

syarikat besar untuk menyertai program ini.Cukai yang dikenakan kepada pelabur juga

merupakan sumber pendapatan bagi MSC. Ini kerana dengan adanya pelabur-pelabur

cukai dapat dikenakan walaupun kelongaran yang diberikan oleh kerajaan Malaysia

terhadap beberapa jenis cukai.


4.2- FIRMA YANG BERSTATUS MSC

Rajah 4.2: Firma Yang Berstatus ( MSC )


Rajah 4.3: Firma Yang Berstatus ( MSC )
5.0- KEPENTINGAN (MSC) KEPADA RAKYAT

Penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC) memberi pelbagai manfaat kepada

penduduk setempat. Penduduk setempat dapat merasai manfaat terhadap penubuhan

MSC. Penubuhan MSC ini juga memberikan reaksi yang positif oleh penduduk setempat.

Jika sebelum ini ada dalam kalangan penduduk setempat yang menolak atau

membangkang penubuhan MSC ini tetapi selepas beberapa tahun penubuhannya, nyata

masyarakat setempat menerima dan menyokong penubuhan MSC selepas merasai sendiri

manfaat penubuhan MSC tersebut. Disamping itu juga, penubuhan MSC dapat menjana

pendapatan seterusnya menaikkan lagi ekonomi negara ini. Pelbagai faktor yang

menyumbang kepada penjanaan pendapatan oleh MSC. Hal ini dapat dilihat apabila

ekonomi negara berubah selepas penubuhan MSC ke arah lebih baik.

5.1- PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

Antara manfaat penubuhan MSC kepada penduduk setempat adalah kemudahan

pengangkutan dan perhubungan penduduk setempat bertambah dan berubah kepada yang

lebih baik. Hal ini dengan jelas dapat dilihat melalui pembinaan Lapangan Terbang Kuala

Lumpur atau lebih dikenali sebagai KLIA. Pembinaan lapangan terbang ini dapat dilihat

memeberi sumbangan yang tebesar kepada perhubungan dan pengangkutan penduduk

setempat. Hal ini demikian kerana, dengan terbinanya lapangan terbang ini maka mudah

untuk masyarakat di negara ini pergi ke luar negara dan menjalankan urusan mereka

dengan lebih baik dan pantas. Lapangan terbang Kuala Lumpur ini juga di lengkapi

dengan pelbagai kemudahan yang di sediakan untuk masyarakat setempat. Pentadbiran

dan pengurusan di lapangan terbang ini juga dipuji kerana pengurusan yang terbaik
didunia dan pernah diiktiraf kepada lapangan terbang ini. Hal ini seterusnya dapat

member keselesaan kepada pengguna yang menggunakan lapangan terbang ini sebagai

lapanagn terbang utama di negara ini.

5.2- KEMUDAHAN PENGURUSAN

Disamping itu juga dari sudut kelancaran pentadbiran dan memudahkan masyarkat untuk

berurusan dengan kerajaan juga anta manfaat yang dapat dilihat dari sudut pentadbiran di

negara ini. Hal ini dapat dilihat melalui pusat pentadbiran di Malaysia iaitu di Putrajaya.

Perakara ini juga merupakan salah satu manfaat kepada penduduk setempat hasil

daripada penubuhan MSC. Di Putrajaya ini masyarakat boleh berurusan dengan lebih

baik dan cepat. Hal ini demikian kerana semua kementerian ditempatkan disini.

Oleh yang demikian jika terdapat permasalahan yang berlaku berkaitan dengan

pihak kerajaan maka masyarakat perlu merujuk kepada kementerian yang

bertanggungjawab di Putrajaya ini. Putrajaya juga menyediakan kemudakan kepada

pelancong yang melawat ke kawasan ini untuk melihat keindahan dan kecantikan di

kawasan tersebut. Antaranya adalah penyediaan Kapal Cruise oleh pihak kerajaan yang

mengelilingi tasik Putrajaya untuk melihat sendiri kecantikan kawasan tersebut. Kawasan

ini diseikan lagi dengan pembinaan Masjid Putrajaya sekaligus kemudahan kepada

penganut agama islam untuk beribadah.

5.3- My KAD
Penubuhan MSC ini juga dapat dilihat antara sumbangan terbesar kepada masyarakat

setempat adalah pengenalan penggunaan MyKad kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pengunaan Mykad ini membawa kepada pendedahan teknologi kepada masyarakat di

negara ini. Hal ini demikian kerana MyKad ini diguanakan untuk urusan rasmi dengan

pihak kerajaan seperti dalam urusan dengan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), Bank dan

lain-lain lagi. Hal ini demikian kerana MyKad bukan hanya digunakan sebagai identiti

kepada rakyat Malaysia malahan digunakan sebagai kad pelbagai guna oleh masyarakat

di negara ini. Disamping itu juga urusan dengan pihak kerajaan di mudahkan lagi dengan

penubuhan laman web e-Government oleh pihak kerajaan. Laman web ini memudahkan

masyarakat untuk berurusan dengan pihak kerajaan. Manfaat yang paling jelas

penubuhan laman web ini adalah permohonan kerja di bawah kerajaan oleh masyarakat

setempat.

5.4- SUMBER PENDAPATAN

Disamping manfaat penubuhan MSC kepada masyrakat setempat atau rakyat di negara

ini amnya, penubuhan MSC ini juga dilihat dapat menjana pendapatan melalui pelbahai

kemudahan yang telah pun disediakan. Antaranya adalah dapat menarik lebih ramai

pelancong asing untuk datang ke negara ini. Hal ini demikian kerana dengan adanya

Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Sentral, dan juga kemudahan awam

yang disediakan dinegara ini maka pelancong asing akan tertarik untuk mengunjungi

Malaysia kerana pelbagai infrastruktur disediakan kepada mereka. Hal ini seterusnya

dapat meningkatkan ekonomi negara melaui kadar tukaran wang asing yang tinggi.

Apabila kadar tukaran wang asing meningkat maka pendapatan negara akan meningkat.
Selain itu juga, sumber pendapat dijana melalui sistem kemudahan awam yang

disediakan di negara ini dengan tujuan untuk memudahkan masyarakat setempat

berhubung, mempercepatkan masa seterusnya member keselesaan kepada penduduk

setempat. Hal ini dapat dilihat melalui penggunaan Sistem Transit Aliran Mudah atau

LRT, Bas Rapid K.L dam pelabagai lagi kemudahan yang disediakan untuk kemudahan

penduduk. Disamping kemudahan yang disediakn kepada penduduk kerajaan menjana

pendapatan melalui kemudahan awam ini untuk disumbangkan kepada ekonomi negara

ini. Justeru dengan adannya kemudahan awam ini yang juga hasil daripada penubuhan

MSC maka pihak keajaan dapat menjana mendapatan melalui kemudahan yang

disediakan malahan juga dapat member infrastruktur yang sangat selesa kepada penduduk

setempat.

6.0- KELEMAHAN ( MSC )

6.1- KAWASAN MSC

Lokasi Cyberjaya adalah dalam lingkungan Multimedia Super Corridor (MSC). Koridor

Siber ini terbentang luas berukuran 15km lebar dan 50km panjang dari Pusat Bandar

Kuala Lumpur (KLCC), tempat berdirinya Menara Berkembar Petronas dan menuju ke

selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.

Cyberjaya juga terletak betul-betul di sebelah barat dari Putrajaya, bandar raya

pentadbiran baru kerajan Malaysia.


Namun begitu, Koridor Siber ini tidak meliputi keseluruhan kawasan yang ada di

Malaysia. Kawasan ini hanya tertumpu di sekitar Lembah Klang khususnya dan tidak

terdapat di semua kawasan terutama di kawasan pedalaman. Ini ternyata hanya

sebilangan penduduk sahaja khususnya golongan elit yang berada dalam kawasan

tersebut yang mampu menikmati kemajuan teknologi tersebut dan tidak dinikmati oleh

keseluruhan penduduk Malaysia terutama bagi masyarakat di kawasan pedalaman.

6.2- KERAJAAN ELEKTRONIK

Dengan menggalakkan lebih banyak penggunaan IT, kerajaan berharap dapat

mewujudkan pentadbiran yang cekap yang dapat memberikan perkhidmatan yang lebih

baik dan lebih cepat kepada rakyat di negara ini (kepada individu dan syarikat

perniagaan). Ini akan membawa perubahan besar kepada cara kerajaan tradisional

beroperasi.

Usaha ini sememangnya baik, akan tetapi pernahkan kita terfikir berapa ramai

penduduk di Malaysia yang mempunyai serta mampu memiliki komputer di rumah. Hal

ini berkemungkinan akan menyukarkan mereka tambahan bagi golongan yang

berumur,sebahagian besar mereka tidak tahu menggunakan kemudahan ini kerana tidak

didedahkan dengan penggunaan IT. Apatah lagi bagi mereka yang menetap di kawasan

pedalaman.

6.3- SEKOLAH BESTARI

Sekolah Bestari adalah sekolah yang dilengkapkan sepenuhnya dengan komputer dan

lain-lain kemudahan multimedia, dan membawakan satu pendekatan pembelajaran baru.


Sekolah-sekolah ini akan menggunakan kurikulum baru bagi mata pelajaran Bahasa

Malaysia, Inggeris, Matematik dan Sains.

Tetapi kemudahan yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan khususnya

komputer tidak mencukupi. Pihak sekolah terpaksa mengambil inisiatif lain seperti

mengadakan kelas tambahan yang dibuka selepas waktu sekolah bagi memastikan semua

pelajar berpeluang untuk menikmati peluang kemudahan tersebut. Hal ini dikuatiri akan

menjejaskan sedikit sebanyak proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) sekiranya

setiap kelas terpaksa bergilir-gilir menggunakan makmal komputer untuk tujuan P&P.

Ada kalanya sebuah komputer terpaksa dikongsi oleh dua orang pelajar pada satu-satu

masa. Oleh kerana kekurangan komputer, matlamat untuk mencapai tahap Sekolah

Bestari seperti yang dikehendaki dikuatiri akan terjejas.

6.4- KAD PELBAGAI KEGUNAAN ( MyKad )

Hampir sebahagian daripada 405,197 MyKad yang belum dituntut di Jabatan Pendaftaran

Negara (JPN) telah diserahkan kepada pemiliknya dalam tempoh dua bulan ini. Namun,

yang tampil untuk mengambil kad pengenalan itu hanya seramai 142,212 dan bakinya

kini adalah 262,985 kad. Selaras dengan tujuan penubuhan MSC, penggunaan MyKad

masih lagi tidak menyeluruh seperti yang dijangkakan. MyKad merupakan kad pintar

yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi memudahkan pengguna semasa melakukan

sesuatu urusan.

Butir-butir peribadi di simpan dalam MyKad, namun tidak semua data-data

peribadi tersimpan di dalamnya. Sebagai contoh, data-data mengenai lesen memandu,


pasport, kad kredit dan beberapa lagi data peribadi tidak terdapat di dalamnya. Sekiranya

MyKad dapat berfungsi dengan sepenuhnya, pengguna dapat memudahkan lagi urusan

mereka. Mereka tidak perlu lagi membawa lesen memandu dan pasport ke mana-mana

dengan adanya MyKad.

7.0- KESIMPULAN

Malaysia memerlukan komuniti yang berdikari dan memiliki ilmu, kemahiran dan nilai-

nilai murni di dalam diri mereka. Visi Malaysia dalam mereliasasikan Wawasan 2020

adalah nyata iaitu mencapai status Negara maju menjelang tahun 2020. Oleh itu,

Malaysia perlu mengatasi cabaran-cabaran yang timbul iaitu dengan mewujudkan

Negara Malaysia yang bersatu padu yang terdiri daripada satu bangsa Malaysia

seterusnya menghasilkan masyarakat Malaysia yang merdeka dari segi psikologi, selamat

dan membangun serta memupuk masyarakat Malaysia yang berdemokrasi dan matang

disamping bermoral dan beretika. Selain itu, mewujudkan masyarakat Malaysia yang

matang dan bertolak ansur, saintifik dan progresif serta penyayang. Sehubungan dengan

itu, memastikan masyarakat Malaysia mempunyai ekonomi yang kukuh serta kekayaan

Negara yang diagihkan bersama secara adil dan bersepadu dan mempunyai ekonomi yang

dinamik, kukuh dan fleksibel.

Wawasan 2020 juga telah memberi arah dan fokus kepada rakyat Malaysia,

terutama sektor swasta bagi menetapkanmatlamat yang lebih besar dalam mencapai

kejayaan. Kerjasama antara sektor swasta dan awam akan dapat memastikan negara

sentiasa berkembang maju serta dapat mempromosikan Malaysia sebagai Negara yang
berdaya maju dalam pasaran global. Cyberjaya merupakan salah satu platform untuk

merialisasikan hasrat tersebut.

Pelbagai projek, kajian, usahasama, barangan dan teknologi baru yang telah atau

sedang diusahakan serta diperkenalkan. Ada antaranya telah pun menunjukkan hasil yang

memberansangkan. Contohnya, City Commande Centre (CCC) dan juga Cyberjaya.T.V.

Syarikat bertaraf MSC pula tumbuh melata seperti cendawan. Sama ada syarikat

bersaiz kecil, bersaiz sederhana, tempatan, antarabangsa, cawangan mahupun ibu pejabat,

kesemuanya menyumbang kepada pembangunan dan kejayaan MSC.Semoga hasrat

Malaysia untuk menjadi Negara maju akan dimakbulkan oleh tuhan. Malah visi itu sudah

pun hamper menjadi kenyataan dan mungkin berlaku lebih awal dari tahun

SUMBER RUJUKAN

Cyberjaya,(Siri Cemerlang,Gemilang,Terbilang) Siti Mariam Elias,Siti

Zawiyah Zakaria.Impiana Publication & Distributors Sdn. Bhd.


“Program Pemantapan 88 Sekolah Bestari” disediakan oleh,jabatan aplikasi

perdana sekolah bestari multimedia development corporation (mdec)

“Pdf:Berinovasi untuk Kelebihan Bersaing,Section 4” disediakan oleh

jabatan aplikasi perdana sekolah bestari multimedia development corporation

(mdec)

(Bradley P.Holmes, Multimedia Global Alliances:Business Opportunities on

the Information Highway, APT Jurnal Jan 1995).

( MSC, cabaran masa akan datang, Disember 2000).

SUMBER INTERNET

file:///I:/msc/faedahfaedah_penubuhan_syarikat.htm

file:///I:/msc/gambaran-keseluruhan-pelaburan-asing.htm

file:///I:/msc/index.php%20msc.htm

file:///I:/msc/MSC%20Dan%20Cabaran%20Masa%20Akan%20Datang.htm

file:///I:/msc/sejarah-msc-kita.html

You might also like