You are on page 1of 9

SOALAN LAZIM

BAHAGIAN SYARIKAT PELABURAN KERAJAAN (GIC)


KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

A. Apakah Menteri Kewangan (Diperbadankan) MKD?

Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD] adalah sebuah badan korporat yang


ditubuhkan di bawah Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957.
Akta ini memberi kuasa kepada MKD menyertai kontrak, mengambil alih, membeli,
mengambil, memegang dan menikmati segala harta alih dan harta tidak alih.

B. Apakah tujuan pelaburan syarikat MKD?

Memenuhi jurang pasaran di mana terdapat kurang penglibatan sektor swasta


disebabkan oleh kos pelaburan yang tinggi dan kesukaran menembusi pasaran.
Menyedia khidmat sosial kepada rakyat seperti perkhidmatan pengangkutan awam
dan utiliti.
Merancakkan pertumbuhan ekonomi dengan melabur dalam sektor strategik seperti
penyelidikan dan pembangunan teknologi.
Menarik pelabur tempatan dan asing melabur dalam bidang khusus seperti
bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi.

C. Berapakah bilangan keseluruhan syarikat MKD?

Sehingga kini, MKD memegang majoriti saham secara langsung dalam 70 buah
syarikat seperti di bawah:

Syarikat Pegangan Majoriti MKD


Bil. Syarikat
MAJORITI
1. 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
2. Amanah Raya Berhad (ARB)
3. Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB)
4. Bank Pembangunan Malaysia Berhad
5. Bank Pertanian Malaysia (Agrobank)
6. Cradle Fund Sdn Bhd
7. Cyberview Sdn Bhd
8. Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank)
9. FELCRA Berhad
10. Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC)
11. IJN Holdings Sdn Bhd
12. Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK)
13. Inno Bio Ventures Sdn Bhd (IBV)
14. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Bhd (ITBM)
15. Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB)
16. JKP Sdn Bhd
17. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
18. Khazanah Nasional Berhad
19. Kumpulan Modal Perdana Sdn Bhd (KMP)
20. Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV)
21. Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDeC)
22. Malaysia Kuwaiti Investment Corporation Sdn Bhd (MKIC)
23. Malaysia Rail Link Sdn Bhd
24. Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd
25. Malaysian Venture Capital Management Bhd (MAVCAP)
26. Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT)
27. MIMOS Berhad
28. MyCreative Ventures Sdn. Bhd.
29. MyHSR Corporation Sdn Bhd
30. PBLT Sdn Bhd
31. Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)
32. Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
33. Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
34. Prasarana Malaysia Berhad
35. Prokhas Sdn Bhd
36. Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd
37. Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC)
38. SIRIM Berhad
49. Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)
40. SRC International Sdn Bhd
41. Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd
42. Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB)
43. Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM)
44. UDA Holdings Bhd
45. Mutiara Smart Sdn Bhd
46. Transit Acquirer Sdn Bhd
MAJORITI – SPECIAL PURPOSE VEHICLE (SPV)
47. Malaysia Sukuk Global Bhd
48. AES Solutions Sdn Bhd
49. Aset Tanah Nasional Bhd
50. Assets Global Network Sdn Bhd
51. DanaInfra Nasional Berhad
52. GovCo Holdings Berhad
53. K.L. International Airport Bhd (KLIAB)
54. Malaysia Development Holding Sdn Bhd
55. Malaysian Sovereign Sukuk Sdn Bhd
56. Pembinaan PFI Sdn Bhd
57. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad
58. Perwaja Terengganu Sdn Bhd
59. Piramid Pertama Sdn Bhd
60. Pyrotechnical Managers Holding Sdn Bhd
61. SDE Solutions Sdn Bhd
62. Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad
63. Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad
64. Syarikat Tanah & Harta Sdn Bhd
65. Turus Pesawat Sdn Bhd
66. Wakala Global Sukuk Berhad
67. Actius Terra Global Holdings Sdn Bhd
68. MKD Aman Makmur Sdn Bhd
69. South Side Jewel Sdn Bhd
70. Urusharta Jamaah Sdn Bhd

Beberapa syarikat MKD seperti Khazanah dan Petronas memiliki syarikat subsidiari
masing-masing.
4. Selain daripada syarikat pegangan majoriti, adalah MKD juga memiliki saham
dalam mana-mana syarikat lain?

Ya, MKD memiliki pegangan saham biasa dalam syarikat swasta berikut:

Bil. Nama Syarikat Bil. Unit Peratusan


1. Asean Potash Mining Public Co. Ltd 1,673,100 9.61
2. Danajamin Nasional Bhd 500,000,000 50.00
3. International Rubber Development Consortium Ltd. 10,656,000 22.22
(IRCO)
4. Permodalan Nasional Bhd (PNB) 1 0.00
5. Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan Sdn Bhd 35,000,000 30.00

Selain itu, MKD juga memegang satu saham yang diberikan kuasa khas (Saham
Khas) dalam syarikat berikut yang memberikan hak-hak tertentu kepada MKD:

# Syarikat Saham Khas


1. Aerospace Technology System Corporation Sdn Bhd
2. Bintulu Port Holdings Bhd
3. Bintulu Port Sdn Bhd
4. Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd
5. Commerce Dot Com Sdn Bhd
6. FGV Holdings Bhd
7. HICOM Holding Berhad
8. Johor Port Bhd
9. Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd
10. Kuantan Port Consortium Sdn Bhd
11. Malaysia Airport (Sepang) Sdn Bhd
12. Malaysia Airports Holdings Bhd
13. Malaysia Airports Sdn Bhd
14. Malaysian Airline System Bhd
15. Malaysian Maritime Academy Sdn Bhd
16. MARDEC Bhd
17. Medical Online Sdn Bhd
18. MISC Bhd
19. National Aerospace & Defence Industries Berhad (NADI)
20. National Feedlot Corporation Sdn Bhd
21. Northport (Malaysia) Bhd
22. Padiberas Nasional Bhd (BERNAS)
23. PDX.Com Sdn. Bhd.
24. Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd
25. Penang Port Sdn Bhd
26. Pos Malaysia Berhad
27. Projek Lebuhraya Usahasama Bhd
28. Sabah Electricity Sdn Bhd
29. Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd
30. Telekom Malaysia Berhad
31. Tenaga Nasional Berhad
32. Westport Malaysia Bhd

D. Apakah perbezaan antara MKD dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan


(GLIC)?

Di Malaysia, terdapat tujuh (7) buah entiti yang dirujuk sebagai GLIC (termasuk MKD)
iaitu:

1. Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD)


2. Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)
3. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
4. Lembaga Tabung Haji (LTH)
5. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
6. Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)
7. Permodalan Nasional Berhad (PNB)

E. Apakah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)?

GLC merupakan syarikat yang objektif utamanya adalah lebih tertumpu kepada
komersil dan merupakan di bawah kawalan GLIC. GLIC mempunyai kawalan ke atas
GLC apabila GLIC tersebut merupakan pemegang saham majoriti atau pemegang
saham tunggal terbesar serta mempunyai kemampuan untuk melaksana dan
mempengaruhi keputusan penting seperti melantik Ahli Lembaga Pengarah serta
pengurusan atasan dan sebagainya. Subsidiari GLC tersebut adalah termasuk di
bawah skop Program Transformasi GLC.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai GLC, sila layari laman web Putrajaya
Committee on GLC High Performance di http://www.pcg.gov.my/

F. Apakah kaedah pemantauan terhadap prestasi syarikat-syarikat MKD?

MKD memantau prestasi syarikat-syarikat MKD melalui Laporan Pencapaian Key


Performance Indicators (KPI) serta Laporan Portfolio di mana syarikat diwajibkan
untuk menghantar kedua-dua laporan tersebut secara suku tahun kepada GIC.

G. Bagaimanakah Lembaga Pengarah dalam syarikat MKD dipantau dan dinilai


bagi memastikan ALP yang dilantik menyumbang ke arah keberkesanan
peranan Lembaga Pengarah?

Berdasarkan kepada Garis Panduan Ahli Lembaga Pengarah Lantikan MKD,


penilaian individu ALP termasuk Pengerusi dan penilaian prestasi Lembaga Pengarah
Syarikat MKD secara kolektif perlu dilaksanakan sekali dalam setahun.

H. Adakah syarikat-syarikat MKD terikat kepada sebarang obligasi


antarabangsa?

Ya, syarikat MKD sebagai state trading enterprises tertakluk kepada pemakaian
Artikel xvii - Perjanjian GATT 1994 di bawah World Trade Organization (WTO). Selain
itu, setelah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (Trans-Pacific Partnership
Agreement - TPPA) berkuatkuasa, syarikat MKD yang terlibat perlu mematuhi obligasi
yang digariskan di bawah Bab 17: State Owned Enterprises and Designated
Monopolies perjanjian tersebut.

I. Sejauh manakah syarikat-syarikat MKD terlibat dengan pelaksanaan Agenda


Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (MEB)??

MEB ditubuhkan untuk memantau pelaksanaan inisiatif-inisiatif Agenda Pemerkasaan


Ekonomi Bumiputera (PEB) secara dekat merentasi kementerian dan Agensi. Unit
Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Kementerian Kewangan yang bertujuan
menyelaraskan Agenda PEB di peringkat kementerian telah menetapkan enam
sasaran KPI PEB ke atas syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan seperti berikut:

1. Peratusan tenaga kerja Bumiputera pengurusan dan profesional syarikat MKD;


2. Peratusan tenaga kerja Bumiputera berkemahiran tinggi syarikat MKD;
3. Peratusan nilai perolehan vendor Bumiputera daripada nilai keseluruhan
perolehan di syarikat milik MKD terpilih;
4. Peratusan perolehan vendor bernilai tinggi kepada syarikat Bumiputera;
5. Pelaksanaan dasar carve out projek MRT; dan
6. Pelaksanaan dasar carve out projek KL118 Tower (Warisan Merdeka).
11. Apakah fungsi sektor-sektor di bawah GIC?

SEKTOR KOMERSIAL

Pengurusan Portfolio Pelaburan

1. Menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan scorecard bagi syarikat.


2. Mengkaji dan memberi nasihat ke atas Pelan Perniagaan dan hal
korporat strategik syarikat.
3. Bertindak sebagai pusat rujukan tunggal (single point of reference) bagi
perkara-perkara berkaitan syarikat (soalan Parlimen, MJM, EC, audit,
dsbnya).
4. Menilai permohonan syarikat yang memerlukan kelulusan pemegang
saham (dividen, bonus, kenaikan gaji tahunan CEO/MD, bonus dan
semakan semula gaji kakitangan, penetapan elaun ALP, collective
agreement, AGM, EGM, dsbnya).
5. Memantau dan membuat analisis ke atas syarikat MKD merangkumi
prestasi kewangan dan pencapaian KPI syarikat.
6. Mengkaji, merangka dan melaksanakan penstrukturan semula organisasi
dan kewangan syarikat (corporate and financial restructure), pelupusan
syarikat termasuk penggulungan syarikat (winding up), penggabungan
dan pengambilalihan syarikat (merger and acquistition) dan rasionalisasi
/consolidation syarikat.
7. Menyelaras perkara-perkara mengenai Syarikat Berkaitan Kerajaan
(Government Linked Companies – GLC).

Syarikat-syarikat di bawah pemantauan Sektor Komersial adalah merangkumi


industri/sektor berikut:

1. Institusi Kewangan Pembangunan


2. Pemegang pelaburan
3. Pembangunan hartanah
4. Kewangan
5. Komoditi dan pertanian
6. Pemegang amanah
7. Sosial
8. Tenaga
9. Logistik
SEKTOR STRATEGIK DAN AM

Pengurusan Portfolio Pelaburan

1. Menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan scorecard bagi syarikat.


2. Mengkaji dan memberi nasihat ke atas Pelan Perniagaan dan hal
korporat strategik syarikat.
3. Bertindak sebagai pusat rujukan tunggal (single point of reference) bagi
perkara-perkara berkaitan syarikat (soalan Parlimen, MJM, EC, audit,
dsbnya).
4. Menilai permohonan syarikat yang memerlukan kelulusan pemegang
saham (dividen, bonus, kenaikan gaji tahunan CEO/MD, bonus dan
semakan semula gaji kakitangan, penetapan elaun ALP, collective
agreement, AGM, EGM, dsbnya).
5. Memantau dan membuat analisis ke atas syarikat MKD merangkumi
prestasi kewangan dan pencapaian KPI syarikat.
6. Mengkaji, merangka dan melaksanakan penstrukturan semula organisasi
dan kewangan syarikat (corporate and financial restructure), pelupusan
syarikat termasuk penggulungan syarikat (winding up), penggabungan
dan pengambilalihan syarikat (merger and acquistion) dan rasionalisasi
/consolidation syarikat.

Syarikat-syarikat di bawah pemantauan Sektor Strategik & Am adalah


merangkumi industri/sektor berikut:

1. Pengangkutan
2. Teknologi
3. Infrastruktur
4. Utiliti
5. Komunikasi
6. Pelabuhan
7. Bioteknologi
8. Teknologi Maklumat

SEKTOR TADBIR URUS KORPORAT

Pengurusan Polisi dan Pentadbiran

1. Menggubal, menyelaras dan menguruskan perkara-perkara berkaitan


dasar pelaburan Kerajaan dan dasar syarikat MKD.
2. Menyelaras dan memantau pencapaian KPI syarikat MKD.
3. Menyelaras, menguruskan dan memantau hal-hal pentadbiran Bahagian
(belanjawan, perolehan dan lain-lain).
4. Terlibat dalam penggubalan dasar antarabangsa yang berkaitan dengan
pelaburan Kerajaan dan Syarikat Kerajaan.
5. Merunding dan memantau pematuhan perjanjian antarabangsa berkaitan
pelaburan Kerajaan dan Syarikat Kerajaan.
6. Melaksana dan menyelaras perkara-perkara berkaitan perakaunan
akruan untuk data pelaburan Kerajaan Persekutuan.
7. Sekretariat bagi Akaun Amanah Bencana.
8. Menggubal dan mengkaji semula Pekeliling LB1.1 - Bumiputera
Controlled Public Listed Companies (BCPLC).
9. Menyelaras dan memantau pelaksanaan Agenda Pemerkasaan Ekonomi
Bumiputera (APEB).
10. Menyelaras dan memantau hal tadbir urus dan integriti berkaitan Syarikat
Pelaburan Kerajaan.
11. Menyelaras maklum balas audit syarikat MKD.
12. Menguruskan program pembangunan untuk Lembaga Pengarah syarikat
MKD dan pegawai GIC.

Pengurusan Portfolio Pelaburan

1. Menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan scorecard bagi syarikat.


2. Mengkaji dan memberi nasihat ke atas Pelan Perniagaan dan hal
korporat strategik syarikat.
3. Menyelaras, memantau dan menyediakan Laporan Suku Tahunan
kesemua syarikat MKD.
4. Menyelaras dan menyediakan Laporan Tahunan Portfolio MKD bagi
syarikat MKD.
5. Bertindak sebagai pusat rujukan tunggal (single point of reference) bagi
perkara-perkara berkaitan syarikat (soalan Parlimen, MJM, EC, audit,
dsbnya).
6. Menilai permohonan syarikat yang memerlukan kelulusan pemegang
saham (dividen, bonus, kenaikan gaji tahunan CEO/MD, bonus dan
semakan semula gaji kakitangan, penetapan elaun ALP, collective
agreement, AGM, EGM, dsbnya).
7. Memantau dan membuat analisis ke atas syarikat MKD merangkumi
prestasi kewangan dan pencapaian KPI syarikat.
8. Mengkaji, merangka dan melaksanakan penstrukturan semula organisasi
dan kewangan syarikat (corporate and financial restructure), pelupusan
syarikat termasuk penggulungan syarikat (winding up), penggabungan
dan pengambilalihan syarikat (merger and acquistition) dan rasionalisasi
/consolidation syarikat.

Syarikat-syarikat di bawah pemantauan Sektor Tadbir Urus Korporat adalah


merangkumi industri/sektor berikut:

1. Modal teroka

You might also like