You are on page 1of 4

UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH (USAS)

Kursus Pasaran wang dan Modal secara Islam Kod MIF4103

Topik Pasaran Saham

Nama dan
No Matrik

ARAHAN:

1) Kertas Soalan ini mengandungi TIGA (3) muka surat tidak termasuk muka
hadapan.
2) Kertas Soalan ini juga mengandungi DUA (2) soalan dengan markah
keseluruhan 80 markah
3) Jawab SEMUA soalan.
SOALAN 1 (JUMLAH: 30 MARKAH)

Bursa Suq al-Sila’ (BSAS) merupakan satu platform dagangan komoditi yang
dikhususkan bagi memudahkan pengurusan dan pembiayaan mudah tunai Islam
yang dijalankan oleh institusi-institusi kewangan Islam. BSAS telah menjadi salah
satu projek nasional yang telah mendapat kerjasama daripada Bank Negara
Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bursa Malaysia Berhad (Bursa
Malaysia) dan pemain-pemain industri bagi menyokong inisiatif penubuhan Pusat
Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC).

Huraikan TIGA (3) komoditi yang didagangkan di BSAS. Huraian anda adalah
berdasarkan kepada maklumat-maklumat berikut:

i. Kontrak yang digunakan.


ii. Penentuan harga komoditi.
iii. Kaedah penyelesaian kontrak.

SOALAN 2 (JUMLAH: 40 MARKAH)

Stok (juga dikenali sebagai saham dan ekuiti) merupakan satu alat dalam sistem
kewangan. Alat ini akan menandakan pemilikan dalam sebuah syarikat dan mewakili
tuntutan di bahagian aset dan pendapatan perbadanan.

Di Bursa Malaysia, terdapat pelbagai jenis saham yang ditawarkan dan mematuhi
Syariah. Pembangunan Kaedah Pemeriksaan Sekuriti oleh Majlis Penasihat Syariah
(MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menentukan pematuhan Syariah sekuriti
yang tersenarai dan diniagakan di Bursa Malaysia.

a) Berdasarkan Senarai Sekuriti Patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Majlis


Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 28 Mei 2021, huraikan
SATU (1) sekuriti/syarikat yang telah disenaraikan sebagai sekuriti patuh syariah
bagi kategori Barangan Pengguna dan Perkhidmatan (rujuk Senarai Sekuriti).

1
Huraian bagi soalan 2 (a) adalah berdasarkan kepada maklumat-maklumat berikut:

i. Latar Belakang Sekuriti/Syarikat.


ii. Struktur Organisasi Sekuriti/Syarikat.
iii. Aktiviti-aktiviti Sekuriti/Syarikat.
iv. Produk-produk Sekuriti/Syarikat.
v. Prestasi Semasa Sekuriti/Syarikat.

Nota: Huraian bagi Soalan 1 dan Soalan 2 perlu dibuat dalam format Laporan.
Format (5 markah) dan Gaya Bahasa (5 markah) turut akan dinilai.

2
Senarai Sekuriti Patuh Syariah
Bil Nama Sekuriti (Syarikat)
1 AEON Co. (M) Bhd
2 AHB Holdings Bhd
3 AirAsia Group Bhd
4 Ajinomoto (Malaysia) Bhd
5 Apollo Food Holdings Bhd
6 Asia Brands Bhd
7 Berjaya Food Bhd
8 Bermaz Auto Bhd
9 Bonia Corporation Bhd
10 Brahim’s Holdings Bhd
11 CAM Resources Bhd
12 Cheetah Holdings Bhd
13 Cocoaland Holdings Bhd
14 CWG Holdings Bhd
15 DKSH Holdings (Malaysia) Bhd
16 DRB-HICOM Bhd
17 Dutch Lady Milk Industries Bhd
18 Eastland Equity Bhd
19 EKA Noodles Bhd
20 Emico Holdings Bhd
21 Eng Kah Corporation Bhd
22 Esthetics International Group Bhd
23 Euro Holdings Bhd
24 Eurospan Holdings Bhd
25 Federal International Holdings Bhd
26 Fiamma Holdings Bhd
27 Formosa Prosonic Industries Bhd
28 Fraser & Neave Holdings Bhd
29 GETS Global Bhd
30 Hup Seng Industries Bhd
31 Hwa Tai Industries Bhd
32 Konsortium Transnasional Bhd
33 Khind Holdings Bhd
34 Parkson Holdings Bhd
35 Poh Kong Holdings Bhd
36 Power Root Bhd
37 Saudee Group Bhd
38 UMW Holdings Bhd
39 Warisan TC Holdings Bhd
40 Yoong Onn Corporation Bhd
41 Zhulian Corporation Bhd
43 CAB Cakaran Corporation Bhd

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like