You are on page 1of 16

1 MPU2222-ENTREPRENEURSHIP

DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION (DECE)

SEMESTER 2 /JANUARY 2021

MPU2222 ENTREPRENEUSHIP 1

PERKEMBANGAN KURIKULUM PRASEKOLAH MALAYSIA

NO. MATRIKULASI : 961201115000001

NO. KAD PENGNEALAN : 961201115000

NO. TELEFON : 011-14539502

E-MEL : aiysara96@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : KELANTAN LEARNING CENTRE

1
2 MPU2222-ENTREPRENEURSHIP

ISI KANDUNGAN
TAJUK M/ SURAT
TUGASAN (1)

1. HURAIAN TENTANG FIRMA PILIHAN M/S: 3-4

2. HURAIAN TENTANG SUMBER-SUMBER INOVASI DALAM M/S: 4-6


ORGANISASI PILIHAN

2 . HALANGAN-HALANGAN KEPADA INOVASI DALAM


ORGANISASI PILIHAN M/S: 6-7

2.5 CADANGAN UNTUK MENAMBAH BAIK BUDAYA INOVASI M/S: 8-9


DALAM KALANGAN PEKERJA-PEKERJA FIRMA

TUGASAN (2)

1.0 RUMUSAN EKSEKUTIF M/S: 10

2.5 HURAIAN TENTANG

a) LATAR BELAKANG M/S: 10


b) PERNIAGAAN BARU M/S: 11

2.5 PERBINCANGAN MENGENAI

a) ANALISIS PASARAN M/S: 11


b) STRATEGI PEMASARAN DAN JUALAN M/S: 12
c) PERKHIDMATAN DAN BARISAN PRODUK M/S: 13

2.0 PERBINCANGAN MENGENAI FIRMA DAN PENGURUSAN M/S: 14

1.0 PERMOHONAN DANA M/S:15

1.0 PERBINCANGAN MENGENAI PERLUNJURAN KEWANGAN M/S: 15

2
3 MPU2222-ENTREPRENEURSHIP

TUGASAN 1

DEFINISI PERNIAGAAN

Perniagaan merupakan aktiviti yang melibatkan urusniaga jual beli barang dan perkhidmatan
antara pihak penjual dengan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dan
melibatkan pertukaran nilai samada wang atau alatan lain bagi mendapatkan keuntungan,
faedah dan kepuasan. Oleh kerana itu, Negara Malaysia berhasrat untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara yang maju setanding dengan negara-negara yang lain. Bagi mencapai hasrat
tersebut, kerajaan mestilah menjadikan bidang perindustrian dan perdagangan diantara salah
satu alternatif untuk mencapainya.

1. HURAIAN TENTANG FIRMA PILIHAN

Syarikat Boon Siew Sdn. Bhd sinonim dengan motosikal Honda yang diasaskan oleh Mendiang
Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew merupakan sebuah syarikat Malaysia yang dilesenkan untuk
memasang, mengedar dan menjual model-model motosikal Honda di Malaysia. Sejarah Boon
Siew Honda bermula sejak tahun 1950an apabila mendiang Tan sri Dato’ Loh Boon Siew
memutuskan untuk membawa balik beberapa model motosikal ke Malaysia bagi membantu
negara dalam usaha membangunkan semula negara selepas Perang Dunia II dan antara model
motosikalnya ialah Honda C100 Dream dan Honda Bealy. Setelah bekerjasama dengan
Soichiro Honda, Boon Siew Honda berjaya menjadikan motosikal Honda sebagai sebutan
ramai menjelang tahun 1970an apabila mereka memperkenalkan Honda C70 yang amat
popular. Pada tahun 2008, Boon Siew Sdn Bhd telah ditubuhkan semula dengan nama Boon
Siew Honda Sdn Bhd sebagai syarikat atas usaha sama dengan saham sebanyak 49% dimiliki

3
4 MPU2222-ENTREPRENEURSHIP

oleh Oriental Holdings Berhad iaitu pemilik asalnya Boon Siew Sdn Bhd dan baki saham 51%
dimiliki oleh syarikat Boon Siew Honda sendiri.

Selain itu, Boon Siew dan Soichiro Honda telah bersetuju untuk menubuhkan Honda Malaysia
selepas pertemuan bersejarah mereka pada tahun 1958. Pameran Honda Malaysia yang pertama
telah ditubuhkan di Pitt Street di Pulau Pinang. Oleh kerana semangat Mendiang Tan Sri Dato’
Loh Boon Siew, Honda Motor Co Ltd (Honda Japan) telah melantik syarikat Loh Boon Siew
sebagai pengedar tunggal bagi motosikal Honda di Malaysia dan pada waktu tersebut sebanyak
50unit motorsikal Honda telah diimport ke Malaysia.

Bagi memperkembangkan lagi perniagaan dalam permotosikalan, Mendiang Tan Sri Dato’ Loh
Boon Siew telah membuka kilang pemasangan tempatan Boon Siew Honda di Mak Mandin
melalui Kah Motor Co Sdn Bhd pada tahu 1968. Beliau memulakan pengeluaran pada tahun
1969 dan telah dapat mengurangi duit cukai import namun dalam tempoh 40 tahun, organisasi
ini merupakan pembayar cukai terbesar negara sekaligus menjadi pemangkin pertumbuhan
ekonomi negara.

2. SUMBER-SUMBER INOVASI DALAM ORGANISASI


Memahami persekitaran makro atau persekitaran luaran dalam menguruskan sesuatu organisasi
ataupun syarikat adalah sangat penting bagi menentukan kejayaan dan mempengaruhi
keputusan dalam sesuatu organisasi yang dijalankan. Persekitaran makro boleh mempengaruhi
keputusan organisasi yang dibuat untuk jangka masa yang panjang dan ia merupakan sesuatu
elemen yang tidak boleh dikawal (Armstrong & Kotler, 2011). Persekitaran makro merupakan
persekitaran yang diluar kawalan syarikat tetapi syarikat perlulah sentiasa mengawasinya
kerana persekitaran ini memberikan peluang atau ancaman kepada sesebuah organisasi (Kotha
& Nair, 1995). Walaupun agak sukar dan tidak berkemampuan bagi seorang usahawan
memahami setiap elemen-elemen persekitaran tersebut. Malah dalam satu organisasi perlulah
mempunyai empat elemen persekitaran makro yang perlu dihadapi oleh semua syarikat iaitu: -

POLITIK DAN UNDANG-UNDANG


Persekitaran ini merujuk kepada pelaksanaan dan penggubalan undang-undang oleh pihak
kawalan syarikat yang memberi pengaruh di dalam firma (Armstrong & Kotler, 2011).
Organisasi sebuah syarikat juga dikawal oleh undang-undang yang sedia ada seperti undang-
undang kontrak, undang-undang jualan barang, undang-undang sewa beli, undang-undang
perkongsian, undang-undang syarikat dan sebagainya. Sebagai contoh Boon Siew Honda Sdn
4
5 MPU2222-ENTREPRENEURSHIP

Bhd telah menetapkan undang-undang syarikatnya melalui matlamat beliau yang dimana
bertujuan untuk mengukuhkan pengeluaran motosikal dan jualannya di Malaysia dalam
mencapai kepuasan pelanggan yang lebih tinggi semasa melakukan usaha sama bersama Honda
Co Ltd dan Oriental Holding Bhd.

KEBUDAYAAN SOSIAL
Dalam sesebuah organisasi tidak dapat lari daripada membuat penilaian terhadap persekitaran
sosial dan budaya, tidak kira samada organisasi beroperasi di dalam negara ataupun di luar
negara. Jika syarikat beroperasi sebagai organisasi multinasional maka akan ada lebih banyak
cabaran sosial dan budaya yag terpaksa difahami dan ditempuhi kerana perbezaan budaya dan
gaya hidup bagi setiap negara malah persekitaran sisoal dan budaya dapat dilihat melalui dua
aspek iaitu: -

a) Aspek Budaya
Aspek budaya merangkumi cara hidup dan nilai sosial masyarakat, kepercayaan, Bahasa yang
digunakan dan lain-lain. Elemen ini akan mempengaruhi keputusan yang akan dibuat oleh
organisasi.

b) Aspek Demografi
Aspek demografi merangkumi ciri-ciri kependudukan seperti umur, jantina, bilangan
penduduk dan lain-lain. Perubahan ini akan membawa kepada perubahan pada permintaan, saiz
pasaran dan sebagainya. Oleh itu, sebarang keputusan dalam menjalankan sesebuah organisasi
haruslah diambil kira. Contohnya, dalam aspek demografi dimana Boon Siew Honda Sdn Bhd
mula beroperasi di Pitt Street, Pulau Pinang pada tahun 1958 kerana kedudukan bandar tersebut
di Kawasan populasi penduduk tinggi dan tumpuan ekonomi.

EKONOMI
Persekitaran ini dilihat melalui faktor-faktor yang mempengaruhi kuasa beli pengguna dan
corak perbelanjaan (Kotleret, 2011). Kuasa membeli pengguna bergantung kepada pendapatan
semasa, harga dan sebagainya. Pemasar juga haruslah mengawasi pola utama pendapatan dan
perubahan pola perbelanjaan pengguna. Contohnya syarikat Honda Jepun iaitu Honda Motor
Co Ltd melihat Malaysia adalah sebuah negara yang akan berkembang dan mempunyai pasaran
yang besar. Oleh itu, Honda telah melantik Boon Siew Honda Sdn Bhd sebagai pengedar
tunggal bagi motosikal Honda di Malaysia.

TEKNOLOGI

5
6 MPU2222-ENTREPRENEURSHIP

Kadar perubahan teknologi antaranya cepat dan pantas pada masa kini. Kebanyakkan teknologi
baru telah dicipta bagi menggantikan teknologi yang lama. Melalui perubahan dan inovasi
teknologi ini dalam organisasi, akan ada lebih banyak peluang dan pasaran yang baru dapat
diwujudkan. Sebagai contoh, Boon Siew Honda Sdn Bhd telah mencipta pelbagai produk baru
untuk pasaran dan menambah produk yang sedia ada kepada yang lebih produktif dan inovatif
kesan daripada perkembangan teknologi dengan penggunaan alatan yang lebih canggih seperti
mesin berbanding sebelumnya. Antara produk motosikal Honda model Wave yang telah
diperbaharui daripada Wave Dash ialah Wave Dash SE, Wave 110 dan Wave 100.

2. HALANGAN-HALANGAN KEPADA INOVASI DALAM ORGANISASI


Dalam dunia perniagaaan kebiasaannya dipengaruhi oleh persekitaran politik dan
perundangan. Perkara ini bukan sahaja berlaku dalam politik negara malah ia dipengaruhi oleh
persekitaran politik secara global. Kestabilan sistem politik sesebuah negara merupakan antara
faktor asas yang mempengaruhi strategi perniagaan. Justeru itu, usahawan haruslah peka
dengan kestabilan negara yang sentiasa berubah-ubah kerana sistem politik dan perundangan
dalam sesebuah negara kebiasaannya sentiasa berbeza. Maka itu, setiap organisasi haruslah
merangka pelan tindakan dengan mengambil kira potensi serta risiko yang bakal ditempuhi
pada masa akan datang

Halangan perdagangan terhadap setiap barangan import yang memasuki ke dalam negara
sering dikenakan kepada organisasi tersebut. Halangan perdagangan dibuat melalui pelbagai
bentuk dan cara malah ini merupakan strategi kerajaan untuk memastikan produk yang dibawa
masuk tidak memberi kesan ke atas pasaran barangan yang sedia ada. Selain itu, terdapat juga
negara yang mengenakan had pada produk import dengan membataskan kuantiti dari
memasuki negara. Antara halangan perdagangan seperti Embargo, sekatan eksport, tarif
eksport terhadap cukai barang yang dieksport dan tarif transit. Walau bagaimanapun, cukai
yang dikenakan terhadap barangan yang masuk di sesebuah negara akan menjadi faktor
penghalang kepada sesebuah organisasi untuk memperluaskan perniagaan mereka.

Terdapat juga pelbagai organisasi perdagangan antarabangsa yang masih diwujudkan bagi
menggalakkan perdagangan dunia dan diantaranya ialah AFTA (Kawasan perdagangan bebas
ASEAN). Menurut Aini Hayati, penubuhan AFTA diwujudkan untuk mempercepat
pengurangan kadar tarif ke atas barangan industri melalui Tarif Keutamaan Berkesan Bersama
dalam usaha untuk menarik pelabur dengan memberi pelbagai insentif seperti melonggarkan

6
7 MPU2222-ENTREPRENEURSHIP

cukai. Isu nasional juga merangkumi dasar dan polisi negara yang ditetapkan cukai oleh
kerajaan kepada organisasi yang menjalankan aktiviti melibatkan perdagangan dari luar.
Seterusnya, isu nasional ini berdasarkan kepada percukaian, undang-undang dan sebagainya
yang turut mempengaruhi kegiatan perniagaan dalam sesebuah negara. Oleh itu, setiap
organisasi perlulah memahami dasar-dasar baru yang ditetapkan oleh kerajaan seperti Program
Transformasi Kerajaan (GTP), Dasar Luar Negara, Model Ekonomi Baru (MEB) dan
sebagainya supaya aktiviti yang dijalankan tidak bertentangan dengan dasar dan polisi tersebut.

Setiap organisasi yang menjalankan aktiviti perdagangan dari luar haruslah mematuhi undang-
undang dan peraturan yang diperuntukkan oleh kerajaan seperti perletakkan harga produk,
mereka bentuk produk, pengiklanan, upah dan persekitaran tempat kerja. Dalam setiap
organisasi selalunya akan dikawal oleh undang-undang perniagaan yang sedia ada dan
antaranya ialah Undang-Undang Jualan Barang, Undang-Undang Sewa Beli, Undang-Undang
Kontrak, Undang-Undang Organisasi, Undang-Undang Perkongsian dan Undang-Undang
Perhubungan Majikan & Pekerja untuk memelihara kebajikan sesebuah organisasi disamping
menjaga kepentingan negara. Namun begitu, cukai yang dikenakan oleh kerajaan kepada setiap
organisasi adalah sebagai bayaran kerana memperolehi keuntungan dengan menggunakan
perkhidmatan dan kemudaham negara. Percukaian boleh dikategorikan kepada tiga bahagian
iaitu cukai langsung, cukai tidak langsung dan cukai khas. Cukai langsung kebiasaannya
dikenakan keatas pendapatan organisasi, pendapatan seseorang dan sebagainya. Cukai tidak
langsung pula dikenakan keatas jualan, perkhidmatan, duti import, duti eksport, duti eksais dan
sebagainya. Manakala cukai khas dikenakan ke atas cukai tanah, jalan dan sebagainya. Antara
contoh cukai eksais yang melibatkan motosikal yang berkapasiti di bawah 150cc ialah 20%
dan motosikal yang melebihi 150cc ialah 30%.

7
8 MPU2222-ENTREPRENEURSHIP

2.5 CADANGAN MENAMBAH BAIK BUDAYA INOVASI DALAM KALANGAN


PEKERJA-PEKERJA FIRMA PILIHAN

Boon Siew Honda Sdn Bhd merupakan salah satu organisasi perniagaan yang berjaya dalam
perusahaan Honda sejak Malaysia merdeka. Namun bagi meningkatkan lagi mutu sesuatu
produk, terdapat beberapa cadangan menambah baik budaya inovasi dalam kalangan pekerja-
pekerja di syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd. Ini kerana, organisasi yang mengamalkan
budaya inovasi adalah sangat fleksibel. Bagi setiap ahli dalam organisasi mestilah
menghormati dan menghargai idea-idea kreatif yang dihasilkan oleh seseorang pekerja dalam
organisasi tersebut kerana sumbangannya boleh dianggap sebagai suatu yang bererti kepada
kumpulan dan organisasi. Ia adalah perubahan yang berterusan dalam organisasi dan pemimpin
akan mengawal hak berinovasi, persoalan dan eksperimen dalam usaha mencapai matlamat.
Pemimpin dalam organisasi akan cuba untuk menghasilkan satu penambahbaikan dalam
persekitaran kerja. Disini terdapat beberapa langkah untuk menambah baik budaya inovasi
dalam kalangan pekerja iaitu: -

LANGKAH PERTAMA

mewujudkan satu integrasi yang melibatkan komunikasi secara keseluruhan dalam organisasi
tersebut. Seorang pemimpin perlu memastikan bahawa komunikasi pekerja-pekerja daripada
jabatan berlainan seperti makmal dan projek mempunyai cukup peluang untuk berbincang,
bertemu dan berkenalan antara satu sama lain. Pemimpin yang berjaya akan memupuk sikap
komunikasi sesama pekerja dengan mengadakan mesyuarat, memerlukan cross-unit keahlian
ke atas pekerja-pekerja utama dan memastikan bahagian-bahagian dalam organisasi yang
berbeza untuk berbincang antara satu dengan yang lain.

LANGKAH KEDUA

Bagi memperkukuhkan organisasi, para pemimpin perlulah menghargai pekerja yang


memberikan idea. Sebagai contohnya dimana para pemimpin perlu mengambil kira kesemua
idea itu berharga sehinggalah seseorang itu membuktikan idea tersebut adalah salah.
Penghargaan akan diberikan ke atas satu idea yang kreatif dalam sebuah organisasi dan ia boleh
dilihat semasa mengadakan mesyuarat. Mesyuarat kebiasanya akan digunakan sebagai satu

8
9 MPU2222-ENTREPRENEURSHIP

tempat untuk bertukar-tukar pendapat dan idea. Persoalaannya samada ia berkaitan atau tidak
dengan matlamat sesebuah organisasi boleh dikemukan.

LANGKAH KETIGA

Dalam mencapai matlamat organisasi, pemimpin perlulah memainkan peranan. Pemimpin


akan bertemu dengan pekerja dan membincangkan matlamat bagi menghasilkan keluaran,
meningkatkan prestasi dan menambah kecekapan bagi setiap peringkat saluran penyelidikan
dan pembangunan (R&D). Di samping itu, sebagai tambahan sebuah organisasi yang
mengamalkan budaya perlu mendapatkan sedikit sebanyak nasihat daripada pakar. Pemimpin
yang baik akan memahami bahawa soalan adalah lebih baik daripada satu arahan. Pemimpin
juga kurang untuk memberitahu para pekerja sesuatu perkara akan tetapi lebih kepada
mencadangkankan siapa yang menjadi pakar atau seseorang yang boleh di bawa berbincang
bagi mendapatkan maklumat yang cukup samada dari dalam organisasi atau tidak.

Jelas disini bahawa inovasi sebenarnya satu elemen yang penting dalam meningkatkan strategi
syarikat. Organisasi yang mengamalkan budaya inovasi ini akan dapat bersaing dengan
organisasi yang lain dalam persaingan yang sengit. Inovasi juga dapat membantu sebuah
organisasi dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan agar memastikan organisasi berada
dalam peringkat yang matang untuk berkembang bagi meneruskan hayat perniagaan tersebut
dalam pasaran.

9
10 MPU2222-ENTREPRENEURSHIP

TUGASAN 2

1.0 RUMUSAN EKSEKUTIF

Boon Siew Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada tahun 1958 dan
syarikat ini berasaskan pengeluaran dan penjualan motosikal Honda di Malaysia. Penubuhan
syarikat ini atas gabungan bersama Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew dan Encik Soichiro Honda.
Pada tahun 2008, syarikat ini telah ditubuhkan semula dengan nama Boon Siew Honda Sdn
Bhd. Selain itu, jenama Honda turut dikenali di seluruh dunia dan ia salah satu peneraju pasaran
sedunia dalam penghasilan produk motosikal. Reputasi syarikat Honda merupakan antara yang
tertinggi di kalangan syarikat-syarikat besar di Jepun.

2.5 HURAIAN TENTANG

a) LATAR BELAKANG SYARIKAT


Profil Boon Siew Honda Sdn Bhd: -

Nama Syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd

Ditubuhkan September 2008

Lokasi Penang, Malaysia

Wakil Syarikat Nobuhide Nagata, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif

Modal Perlaburan RM200 juta

Peratusan Pemilikan 51% Honda Motor Co. Ltd


49% Oriental Holding Berhad

Jenis Perniagaan Produksi, jualan borong, servis motosikal dan alat ganti

Tenaga Kerja Lebih kurang 655 orang

Model Diperduksi Wave Alpha, EX5 Dream Fi, Wave Dash Fi, Wave125i, RS150R,
Honda Beat, Honda PCX, MSX 125

10
11 MPU2222-ENTREPRENEURSHIP

b) PERNIAGAAN BARU
Syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd bakal mengeluarkan beberapa model baharu dan akan
menaik tarafkan model yang memiliki reka bentuk, ciri dan prestasi lebih sporty sebagai
maklum balas kepada permintaan generasi muda. Bagi mencapai matlamat untuk menjadi
jenama peneraju dalam industri motosikal di Malaysia, Boon Siew Honda Sdn Bhd dijangka
melaksanakan strategi lebih agresif dan strategi ini dirancang adalah berdasarkan kepada
momentum yang dipacu oleh prestasi jualan pada tahun lalu.

Antara model yang dikeluarkan ialah Honda Wave Alpha yang tampil dengan rekabentuk
moden yang bergaya dan ditambah dengan rekaan jalur grafik serba baharu. Honda Wave
Alpha baharu merupakan motosikal dengan enjin berkapasiti 100cc dan ia dilengkapi dengan
ciri-ciri khas yang praktikal seperti ruang simpanan luas di bawah tempat duduk, tangka bahan
api sebesar 3.7liter serta kemudahan sistem penghidup secara tending dan elektrik.

2.5 PERBINCANGAN MENGENAI

a) ANALISIS PASARAN
KEKUATAN KELEBIHAN PELUANG HALANGAN

Harga berpatutan Ringan dan kecil berbanding Menjadi trend zaman Terlalu banyak
dengan motosikal yang sekarang pesaing
dikeluarkan di Eropah
Kualiti tinggi Bijak dalam menetapkan masa Mendapat sambutan -
untuk penghasilan produk tinggi di Malaysia

Pengedar tunggal Walaupun banyak rintangan, Menambah produk -


motosikal Honda produk Honda mendapat tempat di yang lebih mencabar
hati pengguna

b) STRATEGI PEMASARAN DAN JUALAN

11
12 MPU2222-ENTREPRENEURSHIP

PROMOSI
Terdapat beberapa strategi promosi yang dilakukan oleh syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd
bagi memperkenalkan perniagaan kepada pasaran adalah:

- Menambah baik kualiti rangkaian pengedar menerusi pembukaan bilik pameran konsep
Honda serba baru
- Menggunakan platform digital untuk meningkatkan lagi promosi pelancaran produk
baru
- Mengagihkan kad perniagaan kepada bakal pelanggan yang berpotensi

LOKASI
Lokasi yang stategik di seluruh Malaysia untuk kemudahan menjual produk kepada pelanggan
dan lokasi lain yang terbaru untuk Honda BigWing ialah di Setapak yang menjadi lokasi
tumpuan pelbagai aktiviti seperti konvoi antarabangsa, dan sesi bertemu penunggang Honda
bertaraf dunia.

HARGA
Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan adalah berpatutan,
kompetitif dan mampu milik.

PRODUK
Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah berkualiti dan setaraf dengan harga.
Syarikat akan sentiasa mengikuti perubahan semasa ekonomi dan kehendak pasaran supaya
perkhidmatannya sentiasa kekal kompetitif dan diterima pelanggan.

12
13 MPU2222-ENTREPRENEURSHIP

c) PERKHIDMATAN DAN BARISAN PRODUK


Perkhidmatan dan produk yang disediakan dari syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd berkualiti
global dalam menghasilkan peralatan terbaik. Antara produk motosikal yang disasarkan untuk
memenuhi kemahuan rakyat Malaysia.

Perkhidmatan berkualiti global turut memastikan perkhidmatan yang diberikan dapat


memenuhi segala keperluan kepada para pembekal sehinggalah para pelanggan.

Alat ganti yang Sentiasa bersedia untuk


yang mudah memenuhi keperluan pengguna
didapati

Kakitangan yang Pengetahuan teknikal


Barisan pengeluaran di
peka dan pantas yang menyeluruh
kilang
13
14 MPU2222-ENTREPRENEURSHIP

2.0 PERBINCANGAN MENGENAI FIRMA DAN PENGURUSAN

a) CARTA ORGANISASI
Organisasi dalam syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd ialah Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew
Honda sebagai pengurus besar dan rakan usaha sama bersama beliau Encik Schiro Honda.
Selain itu, organisasi ini turut dibantu oleh Encik Kiyoshi Itoi, Konsul Jeneral Negara Jepun di
Pulau Pinang, Datuk Loh Kian Chong, Pengerusi Eksekutif Oriental Holdings Berhad, Encik
Seiji Kuraishi, Naib Presiden Eksekutif, Pegawai Eksekutif & Wakil Pengarah Honda Motor
Co Ltd, Dato’ Seri Loh Cheng Yean, Pengerusi Boon Siew Honda Sdn Bhd dan Encik
Nobuhide Nagata, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn Bhd.

b) PERSAINGAN
Persaingan memainkan peranan penting di dalam bidang usahawan. Seseorang usahawan harus
mengenalpasti pesaing mereka agar mengenalpasti kelebihan dan kelemahan masing-masing.
Dalam dunia perniagaan, syarikat Boon Siew Honda perlu bersaing dengan lebih dari segi mutu
dan kualiti produk. Pesaing yang sihat dikalangan usahawan dapat memajukan sesebuah
perniagaan akibat dari kemunculan inovasi-inovasi yang baru terhadap sesuatu produk.

Terdapat pelbagai pesaing yang perlu bersaing sama ada dari segi pemasaran ataupun kualiti
produk. Setiap cawangan mempunyai kelebihan dan kemampuan yang berbeza-beza. Oleh itu,
syarikat Boon Siew Honda perlukan perancangan strategik yang lebih sistematik dan lebih
fokuskan idea untuk mencapai kepuasan hati pelanggan dengan menghasilkan produk-produk
dan perkhidmatan yang mengatasi jangkaan para pelanggan.

Bagi Boon Siew, pada awal perniagaannya kadar persaingan adalah amat sedikit. Ini adalah
disebabkan pada ketika itu tidak ramai yang menceburi bidang keusahawanan khususnya dalam
bidang permotoran.

14
15 MPU2222-ENTREPRENEURSHIP

1.0 PERMOHONAN DANA

Sebagaimana dalam rangka pelaksanaan produk baru, syarikat Boon Siew Honda akan
mengeluarkan beberapa model untuk meningkatkan lagi mutu perniagaan antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, kami memerlukan permohonan dana dari syarikat tuan/puan sebanyak
RM 1million bagi menjayakan projek tersebut.

1.0 PERBINCANGAN MENGENAI PERLUNJURAN KEWANGAN


BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1. Belanjaan permulaan
-Pembungkusan -RM 10,000.00
-Insuran Kilang -RM 45,000.00
-Iklan & Promosi -RM 30,000.00

2. Aset Tetap
-Peralatan Alat motosikal -RM 450,000.00
-Aircond (2x RM 1700) -RM 2,400.00
-Meja & Kerusi Kilang -RM 3,400.00
-Cctv (4x RM600) -RM 4,900.00

3. Modal Pusingan
-Alat Motosikal -RM 450,000.00

jumlah RM 995,700.00

15
16 MPU2222-ENTREPRENEURSHIP

KESIMPULAN

Kesimpulannya, seseorang usahawan perlu mempunyai ciri-ciri keusahawanan seperti sanggup


mengambil risiko, berpandangan jauh dan sebagainya. Ciri-ciri ini perlulah diamalkan dan
dipupuk sejak kecil lagi. Di samping itu, kita dapat membuktikan bahawa kebanyakkan faktor
yang boleh menjadikan seseorang usahawan Berjaya dengan cemerlang adalah semangat dan
usaha usahawan itu sendiri. Misalnya, jika usahawan itu ingin mencapai sesuatu matlamat dia
haruslah berusaha bersungguh-sungguh namun jika sebaliknya, kegagalan yang akan usahawan
itu temui. Oleh itu, isahawan tidak seharusnya menyalahkan mana-mana pihak apabila
menghadapi kegagalan. Usahawan hendaklah sentiasa melihat kepada diri sendiri dan bersedia
memperbaiki sebarang kelemahan supaya menjadikanya lebih baik. Tiada jalan ringkas dan
pengganti bagi usaha yang gigih dan tekun.

RUJUKAN

References
Faiz, Z. (2017). Sejarah Boon Siew Honda - Bagaimana Ianya Bermula.
https://motomalaya.net/blog/2017/07/27/sejarah-boon-siew-honda/.

Prof Dr Widad Othman, P. D. (2020). MPU2222 ENTREPRENUERSHIP 1. Open University


Malaysia.

Suhaimi, K. (2019). Sejarah Bagaimana Bermulanya Syarikat Motosikal Paling Berjaya Di


Malaysia . https://iluminasi.com/bm/sejarah-bagaimana-bermulanya-syarikat-
motosikal-paling-berjaya-di-malaysia-boon-siew-honda.html.

16

You might also like