You are on page 1of 8

 LATAR BELAKANG SYARIKAT BOON SIEW HONDA SDN BHD

Boon Siew Honda Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Malaysia yang dilesenkan untuk
memasang , mengedar dan menjual model – model motosikal Honda di Malaysia. Ia diasaskan
oleh Tan Sri Dato’Loh Boon Siew pada tahun 1958 setelah berjumpa dengan Soichiro Honda
setelah menyedari potensi besar pasaran model Honda Cub di Malaysia. Pada tahun 2008 , Boon
Siew Sdn Bhd ditubuhkan semula dengan nama Boon Siew Honda Sdn Bhd. Sebagai sebuah
Syarikat usaha sama dengan 50% saham dimiliki oleh Oriental Holdings Berhad iaitu pemilik
asal Boon siew Sdn Bhd , dan baki 50% saham yang tinggal dimiliki oleh Boon Siew Honda
sendiri. Program pemasangan tempatan dimulakan pada tahun 1969 di kilang yang terletak di
kawasan Perindustrian Mak Mandin , Pulau Pinang. Di samping membayangkan kerjasama
dengan syarikat-syarikat Honda yang lain di seluruh dunia, Boon Siew Honda Sdn Bhd juga
akan mengukuhkan daya saing dan berusaha untuk menghasilkan produk-produk dan
perkhidmatan yang mengatasi jangkaan para pelanggan. Impian Boon Siew Honda ialah
memberikan kegembiraan dan kepuasan produk-produk beroda dua dan perkhidmatan yang
berkualiti global kepada rakyat Malaysia. Syarikat Boon Siew Honda menjual motosikal seperti
CBU, Fun Bike , CUB dn AT. Syarikat Boon Siew Honda menganjurkan motor sport seperti
MotoGP, All Japan Road Race , Suzuka 8 hours , ARRC dan Club Prix.
 DEFINISI PERNIAGAAN

Perniagaan ialah aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan wang
atau alatan lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada harga, masa dan tempat
yang sesuai bagi mendapatkan keuntungan , faedah dan kepuasan.

Syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd menjual barang iaitu motosikal. Syarikat ini menjual
motosikal Cub Sporty mewah yang berharga bermula dari RM8,213.94 hingga RM8,372.94.
Kebanyakkan pengguna yang membeli motosikal ini adalah dalam kalangan remaja dan dewasa
lelaki. Syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd membuka dan mengembangkan perniagaannya
serata negara asia. Motosikal Boon Siew Honda ini sesuai dijual kepada golongan berpendapatan
sederhana, ini kerana harga yang dikenakan berpatutan dengan golongan yang berpendapatan
sederhana. Di Malaysia , Motosikal Boon Siew Honda di jual di kedai motosikal , bilik pameran
Boon Siew Honda dan bengkel. Oleh itu, Syarikat Boon Siew Honda mempunyai tempat atau
kedai yang strategik untuk menjual produk mereka. Impian Syarikat Boon Siew Honda ini ialah
untuk memberikan motosikal yang selamat dan mesra alam. Selain itu, mereka akan memastikan
produk dan perkhidmatan yang diberikan berkualiti global. Oleh itu, Syarikat Boon Siew Honda
akan terus memperbaiki produk mereka mengikut kepuasan pengguna untuk mencapai
keuntungan yang maksimum.

 PROSES PERNIAGAAN

Proses perniagaan terdiri daripada input, proses transformasi , output , jualan dan keuntungan.

i. INPUT
Input ialah sumber yang dikenai sebagai faktor pengeluaran yang diperlukan di
dalam proses pengeluaran . Input bagi Syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd ialah
motor.Pengilang memerlukan enjin, tayar dan bahagian badan motosikal yang lain untuk
menghasilkan sebuah motosikal.Tenaga buruh manusia diperlukan untuk
menyelenggarakan mesin,wang untuk mebeli bahan mentah, mesin dan membayar upah
pekerja serta kemahiran untuk mengagih sumber-sumber.
ii. PROSES TRANSFORMASI

Proses transformasi merupakan proses menukarkan input kepada output. Proses ini
memberikan nilai tambah kepada barangan yang diprose. Kerja-kerja pemprosesan dan
pengeluaran dilakukan menggunakan mesin yang diselenggarakan oleh pekerja mahir.
Syarikat Boon Siew Honda Sdn. Bhd melakukan proses transformasi dengan menggunakan
input mereka iaitu enjin, tayar , dan bahagian badan motosikal untuk menghasilkan ebuah
motosikal. Pekerja yang mahir diberi tanggungjawab untuk menghasilkan output ini.

iii. OUTPUT

Output ialah hasil yang diperolehi daripada proses pengeluaran , output yang dihasilkan
mempunyai ciri-ciri tertentu yang memenuhi kehendak dan citarasa pengguna. Kualiti output
mestilah memenuhi piawaian yang ditetapkan. Syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd
mengeluarkan output iaitu motosikal. Motosikal yang dikeluarkan oleh Boon Siew Honda
ialah motosikal CBU, Fun Bike , CUB dan AT.Pengeluaran output Syarikat Boon Siew ini
menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ)

iv. JUALAN
Jualan merupakan aktiviti menawarkan hasil pengeluaran output kepada pembeli
untuk tujuan mendapat keuntungan dan memberi kepuasan. Syarikat Boon Siew Honda Sdn
Bhd mengeluarkan outputnya iaitu motosikal untuk dijual kepada pembeli dengan tujuan
untuk mendapatkan keuntungan dan memberi kepuasan kepada pembeli dengan harga yang
berpatutan.

v. KEUNTUNGAN
Keuntungan merupakan sejumlah hasil daripada pendapatan menjual barangan dan
perkhidmatan setelah ditolak kos pengeluaran , pemasaran , pentadbiran dan pengedaran
serta kos-kos yang terlibat. Syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd mendapat keuntungan yang
lumayan hasi daripada produk motosikalnya yang cantik dan mesra pengguna. Syarikat ini
mempunyai kedai motosikalnya di seluruh Malaysia dan asia.Keunungan yang diperolehi
akan digunakan untuk mengembangkan perniagaan seperti, membeli stok,mencipta motosikal
model yang baharu dan mempromosikan perniagaan.
 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
a) Persekitaran Pihak Berkepentingan

PERSAING
Persaing merupakan perniagaan lain yang mengeluarkan produk yang sama atau
hamper sama dalam satu industri yg sama.Pesaing bagi Syarkat Boo Siew Honda ialah
Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd yang lebih dikenali sebagai Modenas.
Bagi mengatasi pesaing inin, syarikat Boon Siew Honda perlu membuat strategi untuk
mempengaruhi harga dan kualiti produk yang dihasilkan kepada pembeli. Selain itu,
Syarikat juga perlulah lebih berinovasi untuk mengeluarkan motosikal yang mengikut
cita rasa pengguna. Strategi ini dapat mengatasi persaingan dan membolehkan perniagaan
menjadi kompetetif.

PELANGGAN

Pelanggan ialah pengguna yang membeli dan menggunakan sesuatu produk.


Keputusan pembelin pelanggan mempengaruhi kejayaan dan kegagalan sesebuah
perniagaan. Syarikat Boon Siew Honda telah menunjukkan prestasi yang cemerlang di
dalam pernagaan, ini bermakna produk yang dikeluarkan mengikut cita rasa
pengguna.Model yang dikeluarkan adalah selamat dan mesra alam sekitarini memberikan
kepercayaan kepada pelanggan untuk membelinyaa.Syarikat ini telah memulakan strategi
“Big wing” untuk memberikan pelanggan –pelanggan setia produk ini gaya hidup
motosikl lebih mewah yang mereka idamkan.

KERAJAAN

Peniaga perlu mematuhi undang-undang dank od etika perniagaan yang


ditawarkan oleh kerajaan untuk kesejahteraan masyarakat.Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) telah mengiktirafkan Syarikat Boon Siew Honda sebagai pengeluar motosikal
pertama yang mendapat kelulusan standard EEV. EEV adalah kenderaan yang memenuhi
spesifikasi yang ditetapkan dari segi tahap pelepasan karbon dan penggunaan bahan api.
b) Persekitaran Umum

EKONOMI
Ekonomi merujuk kepada situasi ekonomi dalam dan luar negara. Kestabilan dan
kemelesetan ekonomi sesebuah negara akan menjamin perkembangan dan kemelesetan
sesebuah perniagaan. Sebagai contoh, pada masa kini GST iaitu “Government Service
Tax” telah dibubarkan dinegara Malaysia ini menyebabkan harga sebuah motosikal Boon
Siew Honda jatuh dan kuasa beli terhadap motosikal Boon Siew Honda bertambah. Ini
menyebabkan Syarikat Boon Siew Honda mendapat keuntungan yang lumayan.

TEKNOLOGI
Perkembangan teknologi memberi kesan di mana perniagaan yang menggunakan
teknologi terbaru dapat meningkatkan produktiviti, menjimatkan masa pengeluaran dan
mengurangkan kos perniagaan. Syarikat Boon Siew Honda menggunakan teknologi
terbaru iaitu Sistem Solar Fotovoltan yang dipasang pada bumbung tempat letak kereta
bagi menjana 5000kWh/setahun.Kaedah ini dapat mengurangkan tenaga grid dan dapat
menjana tenaga yang lebih stabil sepanjang hari untuk kegunaan tenaga secara am
dikilang bagi proses memasang badan motosikal ,hal ini dapat meningkatkan
pengeluaran motosikal dan menjimatkan kos pengeluaran.

GLOBAL

Global ialah persekitaran dunia yang merangkumi politik, undang-undang dan


ekonomi dunia yang mempengaruhi sesebuah perniagaan. Syarikat Boon Siew Honda
Sdn Bhd , Mengamalkan dasarbuka pintu pada sesebuah negara. Ini membuatkan
Syarikat ini dapat mengembangkan perniagaannya di serantau Negara Asia dan Oceana
iaitu dinegara Filipina,Indonesia dan Vietnnam.

RUJUKAN

1. https://boonsiewhonda.com.my
2. www.majalahniaga.com
3. www.buletinmutiara.com
4. https://ms.m.wikipedia.org
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
PENGURUSAN PERNIAGAAN (AP 015)
SESI 2018/2019

TAJUK TUGASAN : SYARIKAT BOON SIEW HONDA SDN BHD DAN


PERSEKITARANNYA

DISEDIAKAN OLEH : MIZA QISTINA BT NORBAZLAN


PRAKTIKUM : A2P2
PENSYARAH : TUAN JEFFRY BIN MUHAMMAD
Perakuan Calon Tentang Ketulenan Tugasan Kertas Projek Pengurusan
Perniagaan (AP 015) Semester 1 sesi 2018/2019
Saya memperakui bahawa tugasan yang dikemukakan untuk memenuhi syarat
penilaian bagi mata pelajaran Pengurusan Perniagaan (AP 015) adalah tulen.

Nama Kolej : Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Nama Calon : Miza Qistina Bt Norbazlan

No. Kad Pengenalan : 000612-10-0708

No. Matriks Calon : MA1812106777

Tandatangan Calon :

Tarikh Hantar : 16 Julai 2018

You might also like