You are on page 1of 6

ABSTRAK

Kajian ini adalah berkaitan tentang Syarikat Samsung. Objektif kajian ini adalah untuk
mengkaji tentang strategi kemasukan Syarikat Samsung ke dalam negara Malaysia, menjelaskan
lima cabaran perniagaan yang dihadapi oleh Syarikat Samsung dari segi faktor dalaman dan
luaran, menghuraikan lini produk Syarikat Samsung serta membincangkan kitaran hayat produk
bagi Syarikat Samsung. Antara kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk mengkaji
kajian ini adalah kajian sekunder. Kaedah sekunder yang digunakan oleh pengkaji ialah rujukan
kepustakaan, laporan tahunan syarikat dan lama sesawang untuk mengumpul maklumat dan
rujukan berkaitan Syarikat Samsung. Berdasarkan dapatan kajian bagi kajian ini, terdapat dua
strategi kemasukan Syarikat Samsung iaitu subsidiari. Selain itu, terdapat lima jenis cabaran
yang dihadapi oleh Syarikat Samsung dalam struktur organisasi, kawalan pengurusan, politik dan
perundangan, ekonomi dan sosiobudaya. Seterusnya, terdapat dua lini produk iaitu dari segi
kelebaran dan kedalaman produk. Akhir sekali, terdapat empat tahap dalam kitaran hayat
Samsung iaitu tahap pengenalan, tahap pertumbuhan, tahap kematangan dan tahap kemerosotan.
1.0 PENGENALAN

Nama syarikat yang telah pengkaji pilih untuk dijadikan sebagai tajuk kajian ialah
Syarikat Samsung Electronic Co. LTD. Samsung merupakan salah satu daripada anak
syarikatnya, Samsung Electronics Co. Ltd. ialah salah satu daripada syarikat elektronik terbesar
di dunia. Diasaskan di Daegu, Korea Selatan, ia beroperasi di 58 buah negara dan mempunyai
lebih daripada 208,000 orang pekerja. Keuntungan pada tahun 2003 ialah lebih kurang US$101.7
billion. Samsung juga dikenali sebagai salah satu daripada 10 jenama terkenal di dunia. Buat
masa sekarang, Samsung Electronics beroperasi dalam lima bidang perniagaan, iaitu
Telekomunikasi (Telefon bimbit dan Rangkaian), Teknologi Digital dan peralatan rumah
(termasuk televisyen, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk, pemain VHS and
DVD, dan lain-lain lagi), Media Digital, LCD, dan Semikonduktor. Samsung (bermaksud "tiga
bintang" dalam Bahasa Cina) ditubuhkan oleh Lee Byungchul. Samsung Electronics ialah salah
satu anak syarkat Samsung Group. Samsung ialah salah satu organisasi terbesar di Korea
Selatan. Ia bermula sebagai sebuah syarikat eksport pada tahun 1938 tetapi lama kelamaan
memperkembangkan perniagaannya.

Pada tahun 1990an menyaksikan Samsung berkembang sebagai sebuah syarikat bertaraf
antarabangsa. Bukan sahaja ia mendapat beberapa peluang perniagaan di luar Korea Selatan,
malah ia juga sedang mendahalui pesaingnya dalam penghasilan komponen elektronik. Syarikat
pembinaan Samsung juga dianugerahkan kontrak pembinaan salah satu daripada dua buah
Menara Petronas di Malaysia pada bulan September 1993. Samsung berjaya mengatasi Krisis
Kewangan Asia yang berlaku pada tahun 1997 dan 1998 malah ia juga semakin berkembang.
Rekod Samsung Electronics menunjukkan keuntungan pada tahun 2004 dan 2005, dan sekarang
berada pada "ranking" #20 di dunia. Bukan itu sahaja bahkan syarikat Samsung Malaysia
Electronics menerima anugerah yang berprestij iaitu anugerah kategori Platinum Award
menerusi ‘Communication Devices’, ‘Cameras, IT and Office & Business Equipment’ serta
‘Personal Household & Outdoor Appliances’. Samsung Malaysia Electronicsjuga tersenarai
sebagai ‘Hall Of Fame’ dan dianugerahkan dengan ‘Brand of The Year’.

Oleh yang demikian, pengkaji memilih Syarikat Samsung sebagai syarikat yang ingin
dfikaji kerana syarikat tersebut diiktiraf dalam industri teknologi pintar dan mempunya prestasi
yang cemerlang serta menerima banyak anugerah dan pengiktirafan.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Mengkaji strategi kemasukan Syarikat Samsung memasuki pasaran di Malaysia.

2.2 Membincangkan lima cabaran yang dihadapi oleh Syarikat Samsung Electronic Co.LTD dari
segi aspek :

2.2.1 Struktur pasaran

2.2.2 Kawalan pengurusan

2.2.3 Politik dan Perundangan

2.2.4 Ekonomi

2.2.5 Sosiobudaya

2.3 Menganalisis lini produk Syarikat Samsung Electronic Co.LTD dari segi aspek :

2.3.1 Kedalaman produk

2.3.2 Kelebaran produk

2.4 Menganalisis kitaran hayat produk bagi syarikat Samsung Electronic Co. LTD
4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian merujuk kepada kaedah yang dilihat paling sesuai untuk digunakan dalam
melaksanakan sesuatu penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi mengkaji
permasalahan kajian. Kaedah kajian amat penting untuk mendapatkan berkaitan syarikat
multinasional yang hendak dikaji iaitu syarikat Samsung Electronic Co. LTD. Kaedah kajian
yang digunakan oleh pengkaji ialah data sekunder.

4.1 DATA SEKUNDER

Data sekunder adalah data yang merujuk kepada sesuatu bahan rujukan. Contohnya ialah
seperti buku dari perpustakaan, internet dan sebagainya. Antara data sekunder yg digunakan oleh
pengkaji untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan tajuk kajiannya ialah:

4.1.1 LAMAN SESAWANG

Pengkaji telah menggunakan laman sesawang seperti https://blog.rumahibs.com/blog dan


https://ms.eyewated.com/sejarah-samsung-1938-sekarang/ serta lain- lain sebagai rujukan
tambahan kepada kajian pengkaji.

4.1.2 LAPORAN TAHUNAN SYARIKAT

Pengkaji telah menggunakan laporan tahunan syarikat Samsung bagi tahun 2022 untuk
mencari maklumat berkaitan tajuk kajian yang dipilih oleh pengkaji
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi- tibggi terima kasih
kepada Pengetua Sekolah Kebangsaan Menengah Taman Desai aitu Puan Mas Ayu Binti Dahlan
dan Penolong Kanan Tingkatan Enam iaitu Puan Haslima Binti Hassan kerana memberi
kebenaran untuk menjalankan kerja kursus ini dengan lancar. Di samping itu, beribu terima kasih
kepada guru subjek Pengajian Perniagaan Puan Jamilah Bt Mat Dom kerana telah banyak
memberi tunjuk ajar dan sudi meluangkan masa untuk membimbing dan membantu sepanjang
saya menyiapkan kerja kursus ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya
kerana memberi sokongfan moral, perhatian dan doa sepanjang kerja kursus dijalankan. Tidak
dilupakan juga kepada rakan- rakan seperjuangan yang turut mrmbantu dalam menyelesaikan
tugasan kajian kerja kursus ini. Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak
yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus
ini.
ISI KANDUNGAN

Butiran Muka surat


Abstrak
Isi kandungan
Penghargaan
Pengenalan
1.0 Pengenalan
2.0 Objektif Kajian
3.0 Latar Belakang Kajian
4.0 Kaedah Kajian
5.0 Dapatan Kajian
5.1 Strategi Kemasukan Syarikat Nike Inc Ke Perniagaan Antarabangsa
5.2 Cabaran Perniagaan Yang Dihadapi Oleh Nike Inc
5.2.1 Struktur Organisasi
5.2.2 Kawalan Pengurusan
5.2.3 Politik Dan Perundangan
5.2.4 Ekonomi
5.2.5 Sosiobudaya
5.3 Lini Produk Nike Inc
5.3.1 Kedalaman Produk
5.3.2 Kelebaran produk
5.4 Kitaran Hayat Bagi Salah Satu Produk Keluaran Nike Inc Peringkat-
Peringkat Yang Perlu Dilalui Oleh Produk Baharu Bermula Dari
Peringkat Pengenalan, Pertumbuhan, Kematangan Dan Kemerosotan
6.0 Penutup
7.0 Senarai Rujukan

You might also like