You are on page 1of 2

KAJIAN TERHADAP STRATEGI KEMASUKAN KE MALAYSIA, CABARAN-

CABARAN PERNIAGAAN, LINI PRODUK DAN KITARAN HAYAT PRODUK BAGI


SYARIKAT SAMSUNG ELECTRONICS CO. LTD
ABSTRAK
Kajian ini adalah berkaitan sebuah syarikat multinasional (MNC) iaitu perniagaan
Samsung Electronics Co Ltd yang berpusat di Korea Selatan. Namun, bagi memudahkan
pencarian maklumat pengkaji telah memilih syarikat Samsung di Malaysia yang merupakan
salah satu cawangan bagi Syarikat Samsung Electronics Co Ltd. Kajian ini dilaksanakan
berdasarkan objektif kajian iaitu menjelaskan strategi kemasukan organisasi ke perniagaan
antarabangsa bagi Syarikat Samsung Electronics Co Ltd, menjelaskan cabaran perniagaan
perniagaan antarabangsa bagi Syarikat Samsung Electronics Co Ltd, lini produk dan
menjelaskan kitaran hayat salah satu produk Syarikat Samsung Electronics Co Ltd. Dalam
kajian ini, pengkaji mengunakan data sekunder sahaja untuk mendapatkan maklumat
iaitu daripada internet, surat khabar, buku, dan majalah.. Seterusnya, hasil kajian
mendapati syarikat ini menggunakan strategi kemasukan perniagaan antarabangsa bagi
syarikat Samsung Electronics Co Ltd ke Malaysia ialah subsidiari. Pengkaji juga telah
mendapati bahawa cabaran yang dihadapi oleh Samsung adalah cabaran struktur organisasi,
cabaran kawalan pengurusan, cabaran politik dan perundangan, cabaran ekonomi dan
sosiobudaya. Seterusnya, pengkaji dapat mengetahui lini produk bagi syarikat Samsung
Electronics Co Ltd melalui kelebaran dan kedalaman produk bagi jenis telefon Samsung
Galaxy A. Pengkaji juga dapat mengetahui kitaran hayat produk tentang telefon pintar
Samsung Galaxy A51 yang terdiri daripaada peringkat pengenalan, pertumbuhan,
kematangan dan kemerosotan. Akhir sekali, cadangan yang dapat diketengahkan untuk
syarikat Samsung Samsung Electronics Co Ltd ialah syarikat perlulah menceburi bidang
perhotelan. Cadangan yang kedua syarikat boleh menceburi bidang pendidikan seperti
menubuhkan universiti teknologi Samsung. Cadangn yang terakhir ialah syarikat boleh
meningkatkan R&D supaya dapat mengeluarkan produk yang lebih canggih.

You might also like