You are on page 1of 12

FACULTY OF MANAGEMENT

SEMESTER JANUARY / 2015


BBPM 2203 MARKETING
MANAGEMENT 2

MATRICULATION NO : 810826035379002
IDENTITY CARD NO

: 810826035379

TELEPHONE NO

: 019-9100894

E-MAIL

: amirul81@oum.edu.my

LEARNING CENTRE

: PPW KELANTAN

ISI KANDUNGAN
Muka Surat

1.0

PENGENALAN...

3,4

2.0

ISI KANDUNGAN......

2.1

PERINGKAT-PERINGKAT PEMBANGUNAN PRODUK


SYARIKAT NOKIA

4,5,6

2.2

PEMBANGUNAN SISTEM OPERASI SYARIKAT NOKIA

6,7

2.3

ANALISIS PERNIAGAAN SYARIKAT NOKIA

7 , 8 , 9, 10

3.0

KESIMPULAN / PENUTUP...

10 , 11

4.0

RUJUKAN

12

1.0 ) PENGENALAN
Pada dunia masa kini, teknologi memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia.
Teknologi memainkan peranan dalam memudahkan urusan seharian kerja kita dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Teknologi penggunaan telefon bimbit semakin meluas pada
masa kini. Hal ini berkaitan dengan pengurusan pemasaran yang merupakan dua gabungan
daripada dua disiplin yang utama, iaitu pengurusan dan pemasaran. Menurut stoner ( dalam
Zahari 2011), pengurusan merupakan satu proses perancangan, pengorganisasian, kepimpinan
dan pengalaman terhadap tugas dan tanggungjawab ahli-ahli dalam organisasi dan pengunaan
semua sumber yang dimiliki ,untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Manakala
pemasaran menurut kotler (dalam Zahari, 2011) merupakan satu proses perancangan dan
pelaksanaaan konsepsi, perletakan harga, promosi dan pengedaran idea, barangan dan
perkhidmatan untuk menghasilkan pertukaran yang dapat memuaskan individu dan memenuhi
matlamat organisasi.
Laporan pembangunan produk baru ini bertujuan melihat keadaan pasaran bagi sebuah produk
terbaru untuk sebuah syarikat pengeluar telefon mudah alih yang terkemuka di dunia.Produk
baru ini merujuk kepada pengenalan telefon pintar yang lebih relevan dalam pasaran dunia.
Syarikat kaji selidik antarabangsa iaitu Nielson menyatakan pemilikan dan penggunaan telefon
pintar dalam kalangan masyarakat Malaysia dijangka akan berkembang pesat pada tahun-tahun
akan datang. Kajian yang dijalankan menunjukkan kadar peningkatan telefon pintar di Malaysia
adalah 27% pada suku pertama 2012.36% daripada pemilik telefon pintar di Malaysia terdiri
daripada individu berumur 25 hingga 34 tahun adalah 58% daripada pengguna telefon bimbit di
Malaysia termasuk yang merancang untuk membeli telefon baru yang lebih baik dalam masa 6
bulan akan datang. Apa yang menarik daripada kajian tersebut ialah 79% daripada mereka
mengidamkan telefon pintar.
Laporan pemasaran mengenai pembangunan telefon pintar ini merujuk kapada pengeluar
telefon mudah alih yang terkemuka di Malaysia dan juga di peringkat antrabangsa, iaitu Nokia.
Laporan ini membincangkan mengenai enam peringkat dalam pembangunan produk baru telefon
pintar. Enam peringkat tersebut ialah penghasilan idea, penapisan idea, analisis pernigaan,
pembagunan prototaip,ujian pemasaran dan yang terakhir diperdagangkan.Keperluanyang bakal

dikecapi oleh syarikat dalam usaha membangunkan produk baru iaitu telefon pintar bagi
pemasaran semasa pada tahun-tahun akan datang.

2.0) ISI KANDUNGAN

2.1) PERINGKAT-PERINGKAT PEMBANGUNAN PRODUK SYARIKAT NOKIA


Kepuasaan Pelanggan, Rasa Hormat, Pencapiandan Pembaharuan merupakan slogan dan
nilai-nilai yang diguna dan diterapkan oleh syarikat Nokia di dalam

setiap

produk dan

perkhidmatan yang dihasilkannya. Pada awal penubuhannya, pada tahun 1865 di Finland,
Syarikat Nokia diguna pakai, nama asal syarikat ini ialah Bengkel Getah Finland (Finish Rubber
works). Penubuhan seksyen elektronik dalam bahagian kabelnya pada dekad 1960-an merupakan
satu titik permulaan kepada kecemerlangan dan penjenamaan semula Nokia. Pada dekad 1970an, Nokia mengembangkan operasi syarikatnya dalam induustri telekomunikasi dengan
memperkenalkan Nokia DX200 iaitu sejenis suis digit untuk ibu sawat telefon.
Pada tahun 1982, suis DX200 Nokia menjadi suis telefon digit yang pertama digunakan di
dunia. Pada tahun 1972 Nokia telah menerima satu tempahan yang menjadi pemangkin kepada
kejayaan syarikat, iaitu permintaan daripada angkatan pertahanan Finland untuk radio lapangan
mereka. Pada dekad 1970-an, Nokia memulakan perkembangan telefon bimbit untuk piawai
rangkaian NMT yang memulakan siarannya untuk komunikasi mudah alih (GSM) memberikan
pengalaman yang amat bernilai terhadap syarikat ini. GSM ialah piawai digit yang lebih kurang
dua billion pelanggan telefon bimbit (80% daripada seluruh pelanggan di dunia) di lebih 200
negara pada pertengahan 2006.
Telefon bimbit pertama yang membolehkan sambungan internet dan surat e tanpa wayar
adalah versi Nokia 9000 Communicator. Telefon bimbit yang mempunyai fungsi PDA tersebut
di pasaran pada tahun 1996, dan versi ini telah mencipta kategori baru telefon mahal yang
dikanali sebagai telefon pintar.Syarikat Nokia juga pernah mencatatkan beberapa kejayaan
istimewa. Salah satu daripadanya, ialah Nokia 1100, versi telefon bimbit bersifat mampu milik
keluaran syarikat ini telah mencatat rekod sebagai telefon bimbit terlaris dalam pasaran dunia
4

(Majalah Ering ,bilangan 27 julai 2007 ). Jualan sedunianya telah melebihi 200 Juta unit dalam
masa 5 tahun dan ini juga merupakan rekod terbaharu bagi produk elektronik. Nokia merupakan
pengeluaran telefon bimbit terbesar, dengan menguasai 40% bahagian pasaran dunia pada tahun
2008. Pengeluaran telefon bimbit utama yang lainpada tahun tersebut ialah Samsung (14%),
Sony Ericsson (9%) dan LG (7%).
Setelah mendominasi pasaran telefon sekian lama pasaran telefon bimbit tersebar dalam sejarah
dunia, akhirnya kedudukan Nokia diambil alih oleh Syarikat Samsung, menurut firma
penyelidikan dunia Gartner (utusan.com.my) hasil daripada penyelidikan firma tersebut,
menunjukkan Samsung berjaya menjual 86.6 juta telefon bimbitnya yang hanya megatasi jualan
Nokia yang hanya mencatatkan jualan hanya sebanyak 83 juta unut dan Apple melalui jualan 33
juta unit iPhone keluarannya. Kejayaan Samsung mengatas Nokia ini disumbangkan oleh jualan
telefon bimbit pintarnya yang menyumbangkan sebanyak 43.9 % kepada keseluruhan jualannaya
di seluruh dunia.
Laporan dari firma IDC (www.idc.com) tersebut, mendapati pada suku pertama tahun 2013
sahaja pihak syarikat Samsung berjaya mengeluarkan lebih daripada 115 juta unit telefon bimbit,
manakala Nokia dengan 61.9 juta unit pengeluran. Hal ini dimana menjadikan Samsung masih
kekal pendahulu dalam industri ini. Bagi Apple pula sebanyak 37.4 juta unit pengeluaran dan
pada tempat keempat ialah LG dengan hanya 15.5 juta unit pengeluaran.Sekiranya ingin terus
relevan, produktif dan berdaya saing dalam industri pemasaran telefon bimbit.Nokia perlu
memberi perhatian yang serius ke atas pengeluaran telefon pintarnya.Tindakan yang perlu
dilakukan oleh syarikat ialah menjalani enam peringkat dalam pembagunan produk baru iaitu
mencipta sebuah telefon pintar yang mampu menarik dan menjadi perhatian bagi semua
golongan pengguna gajet tersebut.
Setiap produk yang dihasilkan berasal daripada satu idea yang mampu menjana pelbagai
persoalan. Penghasilan soalan daripada idea adalah satu proses mencari idea sebanyak yang
mungkin. Idea yang pelbagai dapat menghasilkan satu produk baru yang lebih kreatif, inovasi
dan menarik untuk mendapatkan perhatian daripada pengguna.Idea boleh diperolehi daripada
sumber dalaman atau sumber luaran syarikat. Lazimnya, idea diperolehi daripada sumber
syarikat itu sendiri iaitu idea daripada kalangan pekerja yang kreatif dan inovatif. Idea yang
diperolehi dari sumber luaran syarikat juga biasanya diceduk daripada pesaing, pelanggan,
5

pengedar atau pembekal. Syarikat Nokia boleh meniru idea daripada pendahulu dalam
penjualan telefon pintar ini iaitu Samsung.Salah satu kelebihan telefon pintar produk Samsung
ialah kerana sistem operasi (OS) yang digunakan iaitu Android. Peningkatan jualan telefon pintar
yang menjadi trend masa kini secara tidak langsung memperlihatkannya sebagai platform yang
menjadi pilihan utama kepada pengeluar dan juga pengguna telefon pintar.

2.2 ) PEMBANGUNAN SISTEM OPERASI SYARIKAT NOKIA


Sistem operasi Android mempunyai beberapa kelebihan, antaranya ialah ringan, mesra
pengguna, dan kaya dengan aplikasi. Aplikasi aplikasi tersebut boleh dimuat naik daripada
playstore.

Nokia

pada

masa

itu,

masih

menggunakan

Symbian

sebagai

sistem

operasinya.Operasi Symbian mempunyai beberapa kekurangan yang amat tidak disenangi oleh
pengguna, dimana sistem utamanaya mudah diceroboh dan sistem yang terbuka oleh virus yang
boleh memudaratkan data dalam sesebuah telefon pintar. Sistem ini juga amat berat untuk
operasinya dan memerlukan kad memori yang amat besar untuk memuatnaik sistem yang baru
untuk sesebuah telefon pintar.Bagi mengatasi masalah tersebut Nokia mengeluarkan Lumia 800
pada tahun 2012 yang menggunakan sistem operasi windows 7 yang merupakan salah satu
langkah yang bijak bagi menarik perhatian pengguna dan menawan semula hati para peminatnya.
Setelah idea banyak dihasilkan, proses seterusnya, yang perlu dilakukan oleh syarikat ialah
menyaringkan idea-idea untuk untuk memperolehi satu idea yang boleh dibangunkan sebagai
produk yang lebih berkualiti. Syarikat perlu menapis idea-idea yang dihasilkan bagi memenuhi
pasaran pengguna. Antara kriteria asas dalam pembangunan ialah peluang pemasaran, kos
pelaburan, kemahiran pengeluaran dan pemasaran serta faktor yang lain. Dalam hal ini, Nokia
boleh mengikut jejak langkah Samsung dengan usaha untuk menawan kembali pasarannya. Oleh
itu, nokia harus berusaha menarik semula golongan pengguna telefon pintar sama ada daripada
golongan pendapat tinggi, sederhana, dan rendah. Nokia seharusnya mengeluarkan beberapa
versi telefon pintar yang mampu milik oleh setiap golongan pengguna. Nokia sendiri telah
melancarkan telefon

yang menggunakn sistem windows 7 yang dikenali Lumia 800.

Kemunculan tersebut sedikit sebanyak memberi saingan kepada pengeluar telefon lain di dunia
yang banyak menggunakna sisten Android dan iOS. Harga pengenalan bagi Lumia 800 adalah
6

RM 1650.Melihat kepada harga yang diperkenalkan bukan semua golongan mampu memiliki
telefon tersebut. Oleh itu, Nokia megeluarkan Nokia Lumia 620 yang menggunakan sistem
windows phone 8 yang mampu dimiliki oleh semua golongan terutamanya remaja yang berharga
RM 799.

2.3 ) ANALISIS PERNIAGAAN SYARIKAT NOKIA


Melalui kepelbagaian analisis yang dilakukan dapat member gambaran yang lebih jelas tentang
pembangunan produk yang ingin dibangunkan.Sekiranya proses ini mendapat reaksi positif
daripada pengguna, ia akan dinilai ke peringkat analisis perniagaan. Pada peringkat ini, syarikat
akan menganalisis saiz pasaran, persaingan, kos yang dijangkakan, jumlah target jualan dan
faktor persekitaran lain yang dapat mempengaruhi jualan produk

bagi Microsoft denggan

bangganya telah mengumumkan rekod jualan telefon pintar windows phone di seluruh dunia
bagi suku ke-4 tahun 2014. Menurut IDC (Ering,Februari 2014), telah mengukuhkan
kedudukannya pada tempat ketiga dalam sistem opersi telefon pintar mudah alih yang paling
pantas berkembang dengan peningkatan sebanyak 156 % untuk tempoh setahun. Bahkan, telefon
pintar windows Phone juga telah Berjaya berada dalam kedudukan kedua bagi kategori sistem
operasi di 14 buah negara, dan mencatatkan lebih banyak pengedaran berbanding iPhone di 24
buah negara pada suku ke-3 tahun 2014. Dengan kejayaan ini, ianya berjaya dicapai dengan
portfolio yang semakin berkembang melalui pelancaran peranti seperti Nokia Lumia 928, Lumia
1020, Lumia 1520, dan Lumia 625. Statistik ini menunjukkan bahawa semenjak Nokia
melancarkan windows Phonenya yang pertama, syarikat Nokia dilihat berada di landasan yang
amat betul dan terbaik bagi mengembalikan kegemilangannya sebagai pelopor pengeluar telefon
terbesar dunia suatu ketika dahulu.
Langkah seterusnya, peringkat pembangunan prototaip, konsep produk akan diberikan
penekanan dalam bentuk fizikal. Ia akan diberi rupa bentuk, bungkusan, jenama, dan juga ciriciri rupa. Lazimnya pembangunan prototaip dilakukan dalam makmal penyelidikan dan
pembangunan syarikat.Ia akan di uji dari segi daya keupayaan fizikal, daya tahan keadaan
pengguna yang lasak dan kemampuan dalam melaksanakan apa yang telah dicadangkan melalui
penapisan idea yang telah dipersetujui. Bagi memantapkan lagi penjualan telefon pintar Nokia,
7

syarikat ini telah menghasilkan satu lagi pengeluaran versi telefon pintar yang menggunakan
sistem operasi android 4.4

(kitkat). Nokia Normandy telah diberikan nama pada produk

seterusnya dan prototaip telah dijalankan untuk menguji kemampuan telefon tersebut bagi
menembusi pasaran dunia. Telefon pintar Nokia Normandy dipercayai bakal meneruskan legasi
penggunaan reka bentuk ironik dari siri Lumia dan tampil dalam pelbagai warna yang klasik dan
berbeza.Walaubagaimanapun, maklumat tentang pembangunan produk ini, telah berlaku
pencerobohan maklumat prototaip ini apabila everleaks telah mendedahklan gambar awal telefon
pintar Nokia Normandy. Melalui pendedahan gambar, jelas sekali dapat dilihat bahawa
antaramuka yang digunakan telah menerima sentuhan mirip seperti siri Lumia, terutamanaya
pada lockscreen dan juga aplikasi Viber dan Skype. Selain itu, ia juga dipercayai bakal
menyokong sistem dual sim yang makin meningkat naik dalam permintaan pasaran telefon
dunia. Jika tidak disebabkan oleh pembocoran maklumat di internet, ia bakal menjadi satu
telefon pintar yang yang akan memberikan impak yang besar kepada penjualan telefon pintar di
pasaran dunia. Selepas itu, Nokia berusaha sekali lagi membangunkan sebuah lagi prototaip
telefon pintar yang menggunakan sistem sama untuk dipasarkan dalam pasaran globalisasi
telefon pintar.
Selepas prototaip dibangunkan, ia akan mengalamai satu peringkat pengujian di beberapa
kawasan pasaran dengan menggunakan kumpulan pelanggan yang terpilih dan tertentu. Tujuan
ujian pemasaran adalah untuk mengenal pasti reaksi sebenar para pengguna terhadap produk
baru syarikat. Maklumat yang diperolehi daripada ujian pemasaran dapat membantu syarikat
mengenal pasti strategi pemasaran yang sesuai dan juga untuk mengetahui potensi produk
berkenaan apabila dipasarkan di pasaran dunia. Kaedah ujian pemasaranyang boleh dibuat oleh
syarikat Nokia ialah Pengujian Pasaran (Test Market). Menerusi kaedah ini, syarikat akan
memilih satu ataupun beberapa kawasan sebagai tempat ujian. Produk terbaru keluaran syarikat
akan diedarkan dan dipasarkan di kawasan kawasan berkenaan dan usaha-usaha

seperti

program promosi, pengedaran produk ke kedai- kedai terpilih dan menjalankan strategi harga
seperti yang telah dirancangkan. Pengujian pasaran merupakan satu satu ujian yang amat penting
dan berkesan untuk mengetahui reaksi sebenar pengguna. Namun, ujian ini sebenarnya
memerlukan kos yang amat besar dan tinggi dan memberi peluang kepada pesaing untuk meniru
produk dan program yang telah dibagunkan melalui pemasaran yang dijalankan oleh syarikat
Nokia. Oleh itu, syarikat Nokia telah bersedia untuk menerima pelbagai risiko yang yang
8

mungkin bakal timbul daripada kaedah pemasaran tersebut. Syarikat Nokia disokong oleh
syarikat Microsoft, iaitu syarikat yang dikatakan telah membeli unit perniagaan dan juga
portfolio paten Nokia. Sebenarnya Microsoft hanya membeli lesen untuk penggunaan jenama
Nokia pada peranti mudah alih untuk tempoh 10 tahun (Majalah Ering, Disember 2013).
Microsoft dan Nokia mempunyai nilai dan visi yang sama terhadap kualiti produk yang
dihasilkan. Disebabkan oleh itu, kerjasama Nokia dan Microsoft dilihat amat diperlukan bagi
produk Nokia Lumia dan Windows Phone dimana sentiasa menilai daripada segi kualiti
perkakasan dan pengalaman pengguna sebelum menghasilkan sesebuah produk.
Proses terakhir dalam pembangunan produk baharu ialah diperdagangkan. Sekiranya syarikat
membuat keputusan untuk memperkenalkan produk terbarunya kepada pasaran, ia perlu
menentukan beberapa perkara penting. Antaranya ialah masa pelancaran, tempat produk akan
diperkenalkan dan juga persediaan - persediaan lain. Pada peringkat ini, syarikat Nokia akan
melancarkan produk terbarunya iaitu telefon pintar yang terkini dan bersesuaian dengan
kehendak pasaran dan pengguna. Syarikat nokia pada mulanya akan berhadapan dengan kos
yang tinggi kerana pada peringkat ini, syarikat akan menguruskan segala kemudahan pada skala
yang penuh iaitu membuat pesanan bahan-bahan dan peralatan untuk pengeluaran produk,
memulakan pengeluaran, mengumpul inventori, menghantar produk ke pusat pengedaran dan
melatih pasukan jualan. Syarikat Nokia juga dijangka akan membelanjakan jutaan ringgit ke atas
pengiklanan, jualan promosi produk baharu pada tahun pertama pengeluaran demi
memperkenalkan produk telefon pintar baharu ini kepada pasaran. Akhirnya, Nokia mengakui
dengan kehendak pasaran apabila melancarkan tiga model telefon pintarnya yang menggunakan
Android sebagai sistem operasinya.
Ketiga-tiga model ini dikenali dengan nama Nokia X dan dilancarkan di Barcelona. Harga yang
disyorkan ketika pelancaran ialah RM 400 bagi Nokia X, RM 450 bagi Nokia X+ dan RM 500
bagi Nokia XL. Melihat kepada harga yang bersifat mampu dimiliki oleh pengguna, adalah tidak
menghairankan sekiranya ketiga-tiga siri telefon pintar Nokia X ini mampu bersaing dalam
pasaran. Pemilihan sistem Android secara kumulatifnya bakal mencecah 1 bilion pada tahun
2013. Pengedaran global tahunan peranti Android akan meningkat kepada 451 juta unit pada
tahun 2013, iaitu meningkat daripada 357 juta unit pada tahun 2012. Peningkatan pengedaran

tahunan ini secara tidak langsung akan mencapai angaka 1.5 bilion unit menjelanag akhir tahun
2015 secara kumulatif.

3.0 ) KESIMPULAN/PENUTUP
Kesimpulannya, produk baharu penting kepada setiap perniagaan. Tanpa produk baharu,
syarikat akan ketinggalan dan gagal bersaing dengan syarikat lain. Penawaran produk baharu
mestilah dijalankan secara berterusan untuk memenuhi kehendak dan keperluan pengguna yang
sentaisa berubah-ubah. Idea untuk membagunkan produk baharu lazimnya datang daripada
pekerja syarikat, pengguna, pesaing, pembekal, dan penyelidikan. Keputusan untuk menawarkan
produk baharu mestilah dilaksanakan dengan teliti dan bijak kerana proses pembagunan produk
baharu melibatkan jumlah wang dan masa yang banyak. Kemunculan produk terbaharu yang
dikeluarkan oleh Nokia, iaitu siri Nokia X bakal mencetuskan fenomena baharu dalam kalangan
pengguna telefon pintar.Kemunculan Nokia X adalah tepat pada masanya kerana spesifikasinya
amat releven dengan citarasa dan kehendak pasaran semasa.
Pasaran telefon pintar mampu milik di Malaysia dijangka meningkatkan sebnayak 20 % pada
tahun 2014. (www.sinarharian.com). Ketua Pemasaran Pan Asia Nokia, Gary Chan berkata,
syarikat pengeluar telefon bimbit itu akan memanfaatkan penggunaan internet yang tinggi di
negara ini untuk pemasaran telefon pintar mampu miliknya. Pada masa ini, penembusan pasaran
telefon bimbit di Malaysia adalah sebanyak 145 % pada tahun 2014.Boleh dikatakan setiap
pengguna mempunyai sekurang-kurangyanya dua telefon pintar. Syarikat Nokia di Malaysia
akan mengambil peluang untuk menyediakan telefon pintar yang mampu dimiliki oleh pengguna
di Negara ini. Menurut Chan lagi, 99 % pengguna telefon pintar di Malaysia mengakses internet
pada setiap hari dan jumlah ini melebihi Negara berpendapatan tinggi seperti Hong Kong dan
Singapura.
Nokia X merupakan sebahagaian daripada siri telefon pintar mampu milik Nokia X yang terdiri
daripada Nokia X, Nokia X+, dan Nokia XL yang menggunakan sistem operasi Android.
Penggunaan sistem Android membolehkan pengguna mengakses pelbagai apalikasi Nokia dan
Android secara percuma.Nokia X didatangkan dalam empat varaisai warna iaitu warna hijau

10

terang, merah terang, hitam dan putih serta dilengkapi kamera 3 megapiksel bersama memori
dalaman 4 GB.
Secara keseluruhannya dapatlah dibuat rumusan bahawa perkembangan teknologi dewasa ini
telah memberikan pelbagai signifikan dalam membangunkan sesuatu produk seiring dengan
perkembangan teknologi semasa. Di atas aspek ini, ianya menyebabkan pertumbuhan yang pesat
dalam persaingan global bagi memastikan kesinambungan dan kejayaan sesebuah produk yang
dipasarkan mencapai matlamat yang ditetapkan berasaskan kepada kecanggihan dalam
pelaksanaan pembangunan sesuatu produk yang ingin dipasarkan.

(2629 patah perkataan)

11

4.0 ) RUJUKAN

www.sinarharian.com
www.nokia.com
www.pasaran asia nokia.com
Majalah Ering, April 2011
Majalah Ering, Disember 2013
Majalah Ering, Februari 2014

12

You might also like