You are on page 1of 18

FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT

MAY 2012
OUMM3203
PROFESIONAL ETHICS

NO. MATRIKULASI

680521035391001

NO. KAD PENGENALAN

680521035391

NO. TELEFON

013 9809561

E-MAIL

romelimohamad@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PP KELANTAN

ISI KANDUNGAN
Kandungan

Muka Surat

Pengenalan

Carta Organisasi

Visi, Misi dan Produk

Sesi Temubual & Pengurus Koperasi

Isu Etika, Kriteria dan Aplikasi Teori

Isu tentang pencemaran udara berdekatan sekitar tapak kilang


pemprosesan
Isu tentang keselamatan dan kod etika bekerja di tapak kilang
pemprosesan
Isu tentang pengambilan pekerja baru

7
11
15

Kesimpulan

19

Rujukan

20

Lampiran

21

Pengenalan
Di dalam tugasan Etika Profesional (OUMM 3203) , membincangkan tentang
bagaimana masalah etika yang dihadapi oleh seseorang dalam organisasi dan cara
menyelesaikan masalah dengan menggunakan kod etika. Selain itu di bincangkan juga
tentang ciri-ciri masalah iaitu ciri yang pertama ia mempunyai kesan yang berlarutan. Ciri
yang kedua, keputusan etika yang mempunyai pelbagai alternatif. Ciri yang ketiga pula,
keputusan etika mempunyai hasil yang pelbagai. Ciri yang keempat, keputusan etika yang di
buat mempunayi kesan yang tidak menentu, dan yang terakhir, kebanyakan keputusan etika
mempunyai implikasi peribadi. Masalah ini juga berlaku ke atas Syarikat Koperasi Industri
Laksa JML Berhad (KILJMLB).
Koperasi Industri Laksa JML Berhad (KILJMLB) yang terletak di depan Sekolah
Menengah Kebangsaan Chabang Empat 16210 Tumpat, Kelantan. Koperasi ini telah
ditubuhkan pada 18 september 1999 oleh pengasasnya iaitu Jaafar Yusoff seorang pesara
kerani dan isterinya Che Halimah Omar. Pengurusan koperasi ini terdiri daripada 9 orang
Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan seramai 19 orang pekerja. Idea penubuhan KILJMLB
ialah untuk menghimpunkan ahli keluarga bagi meneruskan aktiviti perniagaan keluarga iaitu
pengeluaran laksa serta berasaskan tepung seperti kueteow. Memandangkan potensi koperasi
tersebut berkembang, Kementerian Pembagunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) telah
menghulurkan sumbangan melalui pemberian berupa geran mesin bagi penghasilan makanan
tersebut yang bernilai kira-kira RM 250,000.00 serta modal pusingan sebanyak RM
500,000.00. Hasilnya koperasi ini berjaya meningkatkan tahap pengeluaran bahan makanan
dan dipasarkan secara meluas di Kelantan. Antara kejayaan KILJMLB ialah apabila diiktiraf
oleh SKM Kelantan sebagai koperasi yang menjayakan program Pembangunan Satu Wilayah
Satu Industri (SAWARI) bagi jajahan Pasir Mas.

Sesi Temubual
Sesi temubual telah diadakan seperti berikut (Lihat lampiran surat permintaan untuk di
temubual):
Nama Di Temubual :
Jawatan Di Temubual :
Tempat
:

Tarikh
Hari
Masa

Mohd Azwan Bin Jaafar


Pengurus
Koperasi Industri Laksa JML Berhad
No.368, Depan Sek.Men. Chabang Empat
16210 Tumpat
Kelantan
:
19 Februari 2011
:
Sabtu
:
10 pagi 12 pagi
Rajah 2 : Jadual Temubual

Pengurus Koperasi
Mohd Azwan Bin Jaafar, warganegara Malaysia berusia 35 tahun, dilantik sebagai pengurus
Koperasi Industri Laksa JML Berhad pada bulan Julai 2003. Beliau merupakan seorang
graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dari Universiti Utara Malaysia. Beliau juga adalah
salah seorang daripada Ahli Lembaga Koperasi (ALK). Beliau mempunyai hubungan
kekeluargaan sebagai anak kepada Pengerusi iaitu Jaafar Yusoff. Beliau juga tidak pernah
dikenakan sebarang tindakan undang-undang atas sebarang kesalahan sepanjang tempoh 8
tahun lepas.
Isu etika dan kriteria masalah yang dihadapi oleh pengurus dalam mengurus Koperasi
Setelah sesi menemubual selesai saya telah dibawa melawat tapak kilang pemprosesan. Saya
telah mengedarkan kertas soalan kepada 50 orang yang terdiri daripada penduduk kampung
dan pekerja (Lihat lampiran contoh kertas soalan kajian). Tujuannya adalah untuk
mengumpul data supaya dapat mengenalpasti isu etika yang dihadapi oleh pengurus dalam
mengurus koperasi. Antara isu etika yang di hadapi oleh pengurus adalah seperti di bawah:

i)

Isu tentang pencemaran udara berdekatan sekitar tapak kilang pemprosesan

Rajah 3 : Peratusan isu etika tentang pencemaran udara


Lokasi kilang pemprosesan terletak di kampung berhadapan dengan sekolah. Terdapat
sekurang-kurangnya 6 hingga 8 buah rumah yang berhampiran dengan tapak kilang.
Saya juga telah menemubual dan mengedarkan kertas soalan kepada penduduk
kampung untuk mendapatkan maklumat mengenai kilang pemprosesan laksa ini.
Setelah maklumat di kumpul sebanyak 46 peratus sangat setuju dengan pencemaran
udara berlaku di kilang tersebut. Maklumbalas yang diperolehi ialah penduduk
mengadu tentang bau yang kurang menyenangkan atau busuk yang dihasilkan oleh
kilang pemprosesan tersebut. Selain itu, pencemaran udara tersebut berpunca daripada
tiada sistem saliran pembuangan sisa-sisa yang sempurna. Saluran yang dibuat terus
mengalir ke kolam ikan ternakan mereka. Hal ini telah menyebabkan pencemaran
udara berlaku di kawasan tersebut.
Lima kriteria untuk masalah etika di dalam pengurusan isu pencemaran udara ialah:

Sebahagian besar keputusan etika yang dibuat mempunyai akibat berpanjangan


Pihak pengurusan ingin menggunakan sumber yang terhad dengan sebaiknya
seperti hasil sisa daripada pemprosesan mee laksa di salurkan terus kepada kolam
ikan keli dan puyu untuk dijadikan sumber makanan ikan ternakan.
Walaubagaimanapun, jika koperasi tidak menyediakan sistem saliran yang
sempurna mungkin pencemaran udara akan menjadi lebih kritikal. Hal ini akan
menjejaskan kreadibiliti dan imej koperasi. Oleh itu keputusan etika yang dibuat
mempunyai akibat berpanjangan kerana pencemaran udara akan menganggu
kesihatan penduduk kawasan tersebut.

Sebahagian besar keputusan etika yang dibuat mempunyai banyak pilihan


Patutkah kilang pemprosesan mee laksa mencemarkan udara atau tidak?. Pihak
pengurusan telah memberi jawapan ya tetapi beliau telah memberi penerangan
hala tuju koperasi pada masa hadapan untuk mengawal pencemaran udara di
kawasan tersebut dengan membina longkang atau saluran bawah tanah. Tambahan
pula, jika terdapat mesin yang boleh dikitarkan semula sisa pemprosesan mereka
akan mempertimbangkan penggunaannya.
5

Sebahagian besar keputusan etika yang dibuat mempunyai implikasi peribadi


Saya juga telah menyoal beberapa penduduk setempat tentang bilakah
pencemaran udara ini telah berlaku. Jawapan mereka adalah sejak kolam ikan
ternakan dibina iaitu pada tahun 2008 kerana saliran sisa pemprosesan mee
disalurkan terus ke kolam ternakan tersebut. Namun, jawapan daripada pihak
pengurusan mengatakan proses pemulihan pencemaran perlu dibuat secara
berperingkat supaya keuntungan dapat ditingkatkan. Oleh itu, keputusan etika
yang di buat mempunyai implikasi peribadi kerana melambat-lambatkan kawalan
pencemaran udara dan meningkatkan keuntungan kepada anggota-anggotanya.

Sebahagian besar keputusan etika yang dibuat mempunyai akibat yang tidak pasti
Sudah tentu pemikiran isu etika di dalam pengurusan selalunya bebas dari risiko
dan keraguan apabila setiap keputusan yang dibuat ketahui akibatnya.
Berdasarkan permerhatian saya, pengurus mempunyai kesedaran dalam membuat
keputusan untuk membeli peralatan kawalan pencemaran untuk mengurangkan
pengeluaran pencemaran tanpa memikirkan risiko dan keraguan. Hal ini kerana
salah satu prinsip koperasi adalah untuk meningkatkan pendapatan anggota.
Pengurus perlu membuat keputusan yang terbaik untuk mencapai matlamat
koperasi.

Sebahagian besar keputusan etika yang dibuat mempunyai akibat yang


bercampur
Apabila berhubung dengan pulangan keuntungan dan kos sosial, pemikiran isu
etika di dalam pengurusan menjadi tidak beretika. Pencemaran udara berlaku di
kawasan kilang tetapi pihak pengurusan cuba mengelak untuk membeli peralatan
pengawalan pencemaran kerana menampung kos kenaikan harga barang untuk
menghasilkan mee akibat kenaikan harga minyak. Justeru itu, mengakibatkan
keuntungan koperasi berkurang dan pihak pengurusan perlu membuat kos lepas
dalam membuat sebarang keputusan.

Aplikasi teori etika dalam menyelesaikan masalah pencemaran udara yang dihadapi oleh
pengurus ialah:

Keadaan Kemudahan (Utilitarianism)


Pengurus perlu membuat keputusaan yang terbaik dalam menangani isu
pencemaran udara ini supaya penduduk setempat tidak menghadapi masalah
kesihatan. Pengurus juga perlu membuat pernilaian semula terhadap pemprosesan
laksa supaya dapat memberi faedah atau manfaat kepada penduduk majoriti dan
hanya memberi kesan sedikit sahaja kepada penduduk minoriti.

Keadaan Universalisme (Universalism)


Pengurus juga boleh menggunakan pendekatan universalisme iaitu memberi
gambaran sebenar kepada masyarakat. Pengurus juga boleh memberi contoh jika
mereka berada seperti pengurus koperasi sudah tentu masyarakat akan mengalami
masalah yang sama dalam isu pencemaran udara yang berlaku di kawasan sekitar.

Pembahagian Keadilan (Distributive Justice)


Pengurus perlu menggunakan kod etika koperasi yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu ETIKOP sebagai garis
panduan dalam pengurusan koperasi. Dalam buku tersebut membincangkan
prinsip-prinsip koperasi yang perlu dipatuhi oleh semua pengurus koperasi.

Kebebasan Peribadi (Personal Liberty)


Pengurus juga perlu mempunyai satu pendirian atau prinsip yang teguh dalam
menghadapi masalah pencemaran udara. Jika pengurus mempunyai prinsip yang
teguh dalam diri sudah tentu masalah ini tidak akan berlaku dan mempunyai cara
alternative untuk mengatasi masalah tersebut.

Undang-Undang Abadi (External Law)


Pengurus juga perlu menggunakan kitab al- quran dan prinsip-prinsip perniagaan
islam sebagai panduan untuk menguruskan koperasi. Selain itu, pengurus juga
perlu mengatasi masalah pencemaran tersebut dengan memahami konsep

perniagaan secara islam. Hal ini amat penting kepada pengurus supaya mendapat
keuntungan di dunia dan di akhirat
ii)

Isu tentang keselamatan dan kod etika bekerja di tapak kilang pemprosesan

Rajah 3 : Peratusan isu etika tentang keselamatan dan kod etika bekerja
Kilang pemprosesan mee ini perlu mempunyai kod etika bekerja supaya dijadikan
garis panduan untuk mengawal kegiatan kakitangan serta kawalan kualiti produk yang
dihasilkan. Antara etika kod yang diperkenal oleh pengurus ialah menggunakan Kad
kehadiran masa (punch card), menggunakan pakaian yang disediakan, berkasut,
memakai sarung tangan getah, papan tanda larangan merokok di kawasan kilang, dan
rambut pekerja yang pendek. Selain itu kilang juga di pantau kementerian kesihatan
untuk memastikan kawasan kilang mematuhi piawai yang telah di tetapkan. Namun
begitu, maklumbalas yang diperolehi terdapat beberapa orang pekerja yang tidak
mematuhi kod etika bekerja. Contohnya, tidak memakai plastik menutup rambut
ketika melakukan kerja kerana menganggap rambutnya masih pendek. Malahan saya
juga dapat mengenal pasti beberapa orang pekerja menyimpan kuku yang panjang.
Hal ini telah menimbulkan isu tentang keselamatan dan kod etika bekerja di tapak
kilang pemprosesan.

Lima kriteria untuk masalah etika di dalam pengurusan isu tentang keselamatan dan
kod etika bekerja di tapak kilang pemprosesan ialah:

Sebahagian besar keputusan etika yang dibuat mempunyai akibat berpanjangan


Akibat daripada tindakan pengurus yang kurang tegas dalam isu kod etika akan
memberi kesan yang berpanjangan terhadap kualiti produk yang dihasilkan. Selain
itu, jika hal ini berlanjutan akan memberi tanggapan negatif kepada imej koperasi.
Oleh itu, sebarang keputusan yang hendak dibuat perlulah diteliti kerana ia akan
memberi kesan atau akibat yang berada diluar kawalan mereka.

Sebahagian besar keputusan etika yang dibuat mempunyai banyak pilihan


Saya juga ada bertanya soalan kepada pengurus patutkah kilang pemprosesan mee
laksa mematuhi kod etika dan keselamatan di tempat kerja?. Jawapan beliau
8

adalah ya tetapi memandangkan pekerja-pekerja seliaan beliau adalah pekerja


yang mahir dalam pemprosesan mee laksa menyebabkan beliau tidak ingin tegas
atau mengambil tindakan terhadap pekerja tersebut. Tambahan pula, jika koperasi
ingin mengambil pekerja baru akan menyebabkan kos meningkat dan mengambil
masa yang lama untuk memberi latihan supaya menjadi pekerja mahir.

Sebahagian besar keputusan etika yang dibuat mempunyai implikasi peribadi


Pengurus koperasi mengawal keuntungan di dalam operasi syarikat tetapi tidak
mengawal kualiti di dalam membuat keputusan tersebut. Contohnya, koperasi
ingin meningkatkan pengeluaran mee laksa secara maksimum pada setiap hari
tetapi mengabaikan kawalan pematuhan kod etika di tempat kerja. Oleh itu,
keputusan etika yang dibuat oleh pengurus mempunyai implikasi peribadi.

Sebahagian besar keputusan etika yang dibuat mempunyai akibat yang tidak pasti
Pengurus juga mempunyai kesedaran tentang pematuhan kod etika dan
keselamatan di tempat kerja. Hai ini merupakan tanggungjawab pengurus untuk
mematuhi kod etika koperasi (ETIKOP) yang dipinda oleh Kementerian
Pembagunan Usahawan dan Koperasi. Ini menujukkan pengurus bebas dari risiko
dan keraguan apabila setiap pilihan diketahui akan akibatnya.

Sebahagian besar keputusan etika yang dibuat mempunyai akibat yang bercampur
Pemikir isu etika di dalam pengurusan selalunya tidak beretika apabila berhubung
dengan pulangan dan kos sosial. Contohnya, pengurus koperasi juga berpendapat
bahawa jika pematuhan kod etika yang terlalu ketat seperti pemakaiaan topeng
mulut dan kepala perlu ditukar pada setiap hari menyebabkan kos operasi koperasi
dalam pengeluaran mee akan meningkat. Oleh itu, keputusan yang dibuat oleh
koperasi adalah berkaitan dengan keuntungan dan kos sosial.

Aplikasi teori etika dalam menyelesaikan masalah keselamatan dan kod etika bekerja yang
dihadapi oleh pengurus ialah:

Keadaan Kemudahan (Utilitarianism)


Pengurus perlu membuat keputusaan yang terbaik dalam menangani isu
keselamatan dan kod etika berkerja di kilang pemprosesan mee. Pengurus juga
9

perlu membuat pernilaiaan semula terhadap kod etika berkerja pemprosesan laksa
dengan membuat keputusan yang betul supaya dapat memberi faedah atau
manfaat kepada pekerja majoriti dan hanya memberi kesan sedikit sahaja kepada
pekerja minoriti.

Keadaan Universalisme (Universalism)


Pengurus juga boleh menggunakan pendekatan universalisme iaitu memberi
gambaran sebenar kepada pekerja tentang etika berkerja di kilang dengan
memberi contoh jika mereka berada dalam keadaan pengurus koperasi sudah tentu
pekerja akan mengalami masalah yang sama dalam menangani isu keselamatan
dan kod etika bekerja yang berlaku di kilang pemprosesan.

Pembahagian Keadilan (Distributive Justice)


Pengurus perlu menggunakan kod etika koperasi yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu ETIKOP sebagai garis
panduan dalam pengurusan koperasi. Dalam buku tersebut, semua pengurus perlu
mematuhi garis panduan pengurusan koperasi. Pengurus boleh mengaplikasikan
rujukan tersebut dalam mengatasi masalah etika bekerja di kilang.

Kebebasan Peribadi (Personal Liberty)


Pengurus juga perlu mempunyai satu pendirian atau prinsip yang teguh dalam
menghadapi masalah etika bekerja di kilang. Jika pengurus mempunyai prinsip
yang teguh dalam diri sudah tentu masalah ini tidak akan berlaku dan mempunyai
cara alternative untuk mengatasi masalah tersebut.

Undang-Undang Abadi (External Law)


Pengurus juga perlu menggunakan kitab al- quran dan prinsip-prinsip perniagaan
islam sebagai panduan untuk menguruskan koperasi. Selain itu, pengurus juga
perlu mengatasi masalah etika bekerja di kilang tersebut dengan memahami
konsep perniagaan secara islam. Malahan, pengurus juga boleh membuat kajian
berdasarkan teori yang digunakan ahli falsafah dalam pengurusan organisai
perniagaan. Hal ini amat penting kepada pengurus supaya mendapat keuntungan
di dunia dan di akhirat.
10

ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN

Analisis Masalah Etika Dalam Pengurusan

Keputusan etika tidak semudah memilih diantara betul dan salah. Keputusan yang dibuat
adalah rumit untuk mengimbangi di atara prestasi ekonomi dan prestasi sosial didalam
sesebuah organisasi. Untuk mengembangi masalah ini, tiga kaedah analisis diperkenalkan
iaitu :

Economic Analysis (Analisis Ekonomi)

Contoh-contoh yang ditunjukkan tadi merujuk kepada etika dari sudut Teori micro ekonomi
iaitu bergantung sepenuhnya kepada pilihan antara ekonomi dan prestasi social. Pencemaran
udara dan bau busuk akan memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat disekeling.

Legal Analysis (Analisis Undang-Undang)

Ia juga munasabah melihat setiap masalah yang mempunyai suatu kandungan mengikut etika
melalui kerangka Teori sah (Legal Theory), bergantung pada kuasa sosial yang tidak peribadi
untuk membuat keputusan antara betul dan salah. Pencemaran udara dan bau busuk
kepada masyarakat setempat yang berhampiran dengan kilang tersebut memberi kesan yang
tidak baik sehingga perlunya undang-undang melarang perkera tersebut dari dilakukan. Tetapi
sekiranya masyarakat merasakan ianya merupakan masalah yang besar, maka suatu undangundang perlu diluluskan untuk mengatasi masalah ini. Kepercayaan bawah bahawa suatu
masyarakat demokrat dapat mengadakan aturan sendirinya di sini dan jika orang dan
organisasi mengikut aturan ini, maka anggota masyarakat itu akan dilayan sewajarnya.

Ethical Analysis (Analisis Etika)

Adalah munasabah melihat setiap masalah yang mempunyai suatu kandungan berprinsip
moral menggunakan struktur falsafah yang normative, dalam menentukan antara betul dan
salah. Pencemaran udara memang kurang menyenangkan, tetapi kita akan dapat
menghitung the greatest good for the greatest number

11

Kesimpulan
Terdapat dua isu utama yang dihadapi oleh pengurus Koperasi Industri Laksa JML
Berhad iaitu Isu tentang pencemaran udara berdekatan sekitar tapak kilang pemprosesan, Isu
tentang keselamatan dan kod etika bekerja di tapak kilang pemprosesan dan Isu tentang
pengambilan pekerja baru. Selain itu, terdapat juga teori-teori etika seperti Keadaan
kemudahan, Keadaan universalisme, Pembahagian keadilan, Kebebasan peribadi dan
Undang-undang abadi yang diaplikasikan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Hal ini
penting supaya pihak pengurusan koperasi dapat memberi manfaat kepada banyak sektor
seperti pelanggan, pembekal, masyarakat, organisasi, pelabur dan kerajaan. Justeru itu, kajian
etika yang dilakukan ini dapat dijadikan panduan dan membantu pihak pengurusan koperasi
dalam amalan-amalan etika. Seterusnya, koperasi dapat mencapai hasrat Suruhanjaya
Koperasi Malaysia yang mesasarkan sumbangan koperasi terhadap KDNK akan
dipertingkatkan kepada empat peratus menjelang tahun 2013.
2956 Patah Perkataan

12

Rujukan
1)

http://en.wikipedia.org/wiki/Syed_Mokhtar_Al-Bukhary

2)

(2007) panduan tadbir urus koperasi: Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia

3)

Issn 2180 - 4001 Majalah Koperasi Coop Bil 1/2010

4)

Issn 1823 - 1586 Dimensi Koop Bil 1/2009: Maktab Kerjasama Malaysia

5)

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, ETIKOP Kod Etika Koperasi:


Jabatan Pembangunan Koperasi

6)

Mohammad Diah Jurini, OUM 3203 Proffessional Ethics (2010): Open University
Malaysia

7)

Manuel G. Velasquez, Business Ethics: Concepts and Cases, Sixth Edition (2006):
Pearson Education

8)

Tom L. Beauchamp, Norman Bowie, Denis Arnold: Ethical Theory and Business:
International Edition, 8/E (2009) : Pearson Higher Education

9)

http://www.mykoop.com.my/

13

Lampiran

Kueteow Keluaran Koperasi Industri Laksa JML Berhad

Mee Kuning Keluaran Koperasi Industri Laksa JML Berhad

14

Saya ................. merupakan pelajar jurusan ........................ dari Open University Cawangan
Kota Bharu, Kelantan ingin membuat satu kajian tentang isu etika yang dihadapi oleh
pengurus koperasi. Kajian ini untuk menyempurnakan tugasan saya dalam subjek OUMM
3203 Professional Ethics. Oleh itu, Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda
kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk menjawab soalan yang di nyatakan di bawah.

Tujuan: Untuk mengkaji masalah isu-isu etika yang dihadapi oleh pengurus koperasi

Arahan:
Di halaman belakang terdapat beberapa soalan yang berkaitan masalah etika yang berlaku
dalam pengurusan koperasi. Sila bulatkan hanya satu sahaja tahap 1 hingga 5 yang telah
dibuat di bawah. Kemudian sila nyatakan pendapat atau pandangan anda tentang jawapan
anda.
1 = Sangat Tidak Setuju
2 = Tidak Setuju
15

3 = Biasa
4 = Setuju
5 = Sangat Setuju

Adakah pencemaran udara di tapak kilang pemprosesan berlaku?

Adakah keselamatan dan kod etika bekerja di tapak kilang 1


pemprosesan adalah sesuai?
Nyatakan sokongan jawapan anda di bawah

Nyatakan sokongan jawapan anda di bawah

16

Adakah pihak pengurusan koperasi kerap mengambil pekerja 1


baru untuk bekerja di kilang pemprosesan mee?
Nyatakan sokongan jawapan anda di bawah

Nama
Alamat
Poskod
Negeri
9 Februari 2011

Mohd Azwan Bin Jaafar


Koperasi Industri Laksa JML Berhad
No. 368, Depan Sek. Men. Keb. Chabang Empat
16210 Tumpat
Kelantan

Tuan,
INGIN MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN PENGURUS KOPERASI

Saya .................................... pelajar jurusan ................................... Open University


Cawangan Kota Bharu, Kelantan ingin membuat temujanji dengan pengurus koperasi untuk
melengkapkan tugasan kursus OUMM 3203 Professional Ethics.

Segala butiran temujanji adalah seperti di bawah:


Tajuk

Mengenalpasti masalah isu etika yang


dihadapi oleh pengurus
17

Tarikh
Hari
Masa

:
:
:

19 Februari 2011
Sabtu
10 pagi 12 pagi

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh pihak
tuan.

Yang Benar

.....................................
(Nama)

18

You might also like