You are on page 1of 55

BAB 1

PENGENALAN
Latar Belakang Syarikat

Ingress Corporation Berhad adalah sebuah organisasi multinasional yang


ditubuhkan sejak tahun 1991. Syarikat korporat ini beroperasi untuk
mengeluarkan komponen automotif bukan sahaja di Malaysia bahkan di beberapa
negara ASEAN lain seperti Thailand, Indonesia dan India. Selain daripada
menghasilkan komponen automotif, Ingress juga menyediakan kepakaran dalam
bidang pengedaran automotif dan juga menyediakan servis bagi sector tenaga-
tenaga diperbaharui dan telekomunikasi. Rajah 1 menunjukkan struktur kumpulan
bagi Ingress Corporation Berhad.

Ingress Precision Sdn. Bhd (IPSB) terletak di PT2475-2476 di kawasan


Perindustrian Nilai, Negeri Sembilan. Firma ini merupakan anak syarikat kepada
Ingress Corporation Berhad. Ditubuhkan dengan menggabungkan dua anak
syarikat dibawah satu pentadbiran (Ingress Engineering Sdn. Bhd dan Ingress
Precision Sdn. Bhd). Rajah 2 menunjukkan profil syarikat IPSB.

1
Rajah 1 : Struktur Kumpulan Ingress

2
Rajah 2 : Profil Syarikat IPSB

1.1 Misi dan Visi korporat


1.1.1 Misi Syarikat
“We aspire to excel in all justifiable and lawful business undertakings
through dedicated and disciplined work-force who contribute towards ethical
universal culture”.

1.1.2 Visi Syarikat


“ To create a business organization that combines a high-trust culture
which enables Ingress to develop meaningful partnerships, both inside and
outside the organization -with entrepreneurial and professional attributes”.

3
1.1.3 Polisi kualiti
‘Demi mencapai kepuasan pelanggan yang menyeluruh, kami akan
berusaha untuk berdaya saing, meningkatkan usaha yang berterusan ke arah
kecemerlangan melalui Pembangunan Sumber Manusia’.

1.2 Objektif Syarikat

Tujuan penubuhan syarikat ini untuk membekal produk seperti bingkai


pintu (door sash), glass guides, side impact beam, roof drips moulding dan
komponen-komponen sash. Teknologi yang digunakan di syarikat ini adalah
teknologi roll forming dan extrusion bagi memenuhi pemasangan sistem pintu
kereta yang lengkap disamping berkualiti tinggi bagi pelanggan-pelanggan.
Rajah 3 menunjukkan pelanggan-pelanggan syarikat. Rajah 4 menunjukkan
beberapa pengiktirafan untuk pensijilan sistem yang dicapai oleh IPSB.

Rajah 3 : Pelanggan-pelanggan Syarikat IPSB

4
Rajah 4 : Pensijilan Sistem

1.2.1 Kepakaran utama

Kepakaran utama syarikat dalam proses roll forming membolehkan


teknologi pembuatan produk door frame, sealing system, impact beam, tubes dan
heat management digunakan bagi penghasilan produk door sahs, heat shield,
side impact beams, roof moulding dan weatherstrip. Kaedah extrusion juga
digunakan bagi penghasilan weatherstrips beltline dan roof moulding. Rajah 5
dan Rajah 6 menunjukkan hubungan antara teknologi dan produk keluaran di
syarikat ini. Selain itu, Rajah 7 menunjukkan penghasilan brackets dan hinges
melalui teknologi tandem stamping dan progressive stamping.

5
Rajah 5 : Roll Forming-Proses, teknologi dan produk

Rajah 6 : Extrusion - Proses, teknologi dan produk

Rajah 7 : Stamping-proses, teknologi dan produk.

6
1.3 Carta Organisasi Syarikat

Rajah 8 menunjukkan Ahli Lembaga Pengarah yang menerajui Ingress.


Corporation Berhad. Rajah 9 menunjukkan carta organisasi pengurusan IPSB.
Antara jabatan yang terdapat di firma ini ialah :
 Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
 Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar
 Jabatan Kewangan dan Akaun
 Jabatan Pengeluaran : Kejuruteraan, Projek, Pengeluaran
 Jabatan Pengurusan Sistem Maklumat
 Jabatan Perolehan Pembekal
 Jabatan pembangunan Perniagaan Baru
 Jabatan Penyelenggaraan

Rajah 8 : Ahli Lembaga Pengarah Ingress Corporation Berhad

7
Rajah 9 : Carta Organisasi Pengurusan IPSB

1.3.1 Rakan kongsi Firma

Rajah 10 menunjukkan latar belakang rakan kongsi IPSB iaitu Syarikat


Katayama Konyo di Jepun yang mana syarikat ini banyak membantu dan
memberi tunjuk ajar tentang pengeluaran produk.

Rajah 10 : Latar Belakang Syarikat Katayama Kogyo

8
1.3.2 Produk keluaran keseluruhan

Rajah 11 menunjukkan rangkaian produk keseluruhan yang dikeluarkan


oleh IPSB melalui kaedah roll forming dan extrusion. Rajah 12 menunjukkan
produk keluaran menggunakan kaedah stamping.

Rajah 11 : Produk pengeluaran IPSB

Rajah 12 : Produk Pengeluaran IPSB Dengan Kaedah Stamping

9
1.3.3 Keupayaan dan Teknologi
Rajah 13 dan Rajah 14 menunjukkan keupayaan dan teknologi yang
digunakan dalam pengeluaran produk utama syarikat IPSB.

Rajah 13 : Sash Technology

Rajah 14 : Moulding Technology

10
BAB 2

LAPORAN TEKNIKAL

2.0 Pengenalan Sangkutan Industri

Program sangkutan pensyarah di industri merupakan intervensi untuk


memperkayakan pensyarah dengan kemahiran industri selari dengan keperluan
Code of practice for TVET Program Accreditation (COPTPA) yang dikeluarkan
oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Melalui program ini, pensyarah di
politeknik dan kolej komuniti akan sentiasa dapat mengemas kini kompetensi
berkaitan perkembangan teknologi dan amalan baik di industri dalam bidang
masing-masing.

Semua pensyarah di politeknik dan kolej komuniti yang mengajar kursus


teras bidang diwajibkan mengikuti program ini sekali dalam tempoh DUA (2)
tahun. Pensyarah yang hanya mengajar mata pelajaran umum (MPU) dan
langsung tidak mengajar kursus teras bidang tidak diwajibkan. Namun sekiranya
pihak pengurusan institusi merasakan terdapat keperluan penglibatan mereka,
pihak pengurusan boleh menggunakan budi bicara untuk mengarahkan
penyertaan atau meluluskan permohonan pegawai.

Berikut adalah jenis-jenis Program Sangkutan Pensyarah di industri yang


diiktiraf oleh JPPKK :

i) Secara block-released - Pensyarah diberi pelepasan tugas pembelajaran


dan pengajaran (PdP) untuk tempoh minimum 28 hari secara berterusan
bagi melengkapkan sangkutan industri.
ii) Secara day-released - Pensyarah diberi pelepasan tugas PdP secara harian
untuk melengkapkan sangkutan industri. Pensyarah perlu melengkapkan
20 hari secara kumulatif dalam setahun.

11
iii) Secara hour-released - Pensyarah diberi pelepasan tugas PdP dalam
kiraan jam untuk melengkapkan sangkutan industri. Pensyarah perlu
melengkapkan 154 jam secara kumulatif dalam setahun.

Setelah menyempurnakan sangkutan industri seperti tempoh yang


ditetapkan, pensyarah perlu melengkapkan Laporan Teknikal Sangkutan
Pensyarah di Industr (LTSPI). LTSPI perlu disemak dan diluluskan oleh Panel
Penilai LTSPI.

2.1 Objektif

Antara objektif program sangkutan pensyarah di industri ini ialah :

i) Untuk mewujudkan interaksi berstruktur antara pensyarah politeknik atau


kolej komuniti bersama pengamal industri sebagai wadah perkongsian
pengetahuan dan kemahiran berkaitan bidang pengkhususan pensyarah.
ii) Pensyarah di politeknik dan kolej komuniti dapat mempelajari dan
menguasai teknologi terkini serta amalan baik di industri seterusnya
memantapkan pengisian proses pembelajaran dan pengajaran di institusi.

2.2 Pernyataan CLO yang hendak dikupas

Bagi mencapai objektif perlaksanaan Program Sangkutan Pensyarah di


Industri ini, pensyarah perlu mengenal pasti kursus yang diajar serta Course
Learning Outcome (CLO) berkaitan yang memerlukan beliau mendapatkan
pengalaman di industri. Jadual 1 adalah kursus yang diajar serta Course Learning
Outcome (CLO) yang ingin dikupas :

12
Jadual 1 : Maklumat kursus

Course : DJJ50203 – Troubleshooting and Maintenance For Mechanical


Components
Programm : Diploma In Mechanical Engineering – DKM
e

Synopsis :
Troubleshooting and Maintenance For Mechanical Components course covers
necessary mechanical components needed in industries. The topics include
maintenance and troubleshooting principles and procedures, power transmission,
bearing and pump. This course provides knowledge and skills on maintenance and
troubleshooting lubrication, bearing, power transmission and pump.

Jadual 2 : Hubungkait CLO dan PLO

Programme Learning
Course Learning Outcome (CLO) Outcome (PLO)
CLO Apply the concept of mechanical components PLO1
1 to solve related problems (C3, PLO1) Knowledge
CLO Organize appropriately experiments in PLo5
2 groups according to Standard Operating Modern Tool Usage
Procedure (P4, PLO5)
CLO Perform the troubleshooting on mechanical PLO4
3 components failure and damage Investigation

Berdasarkan kursus yang dipilih serta CLO yang ingin dikupas (Jadual 2)
, pensyarah telah menjalani sangkutan industri di Syarikat Ingress Precision,
Nilai, Negeri Sembilan. Pensyarah telah ditempatkan dibawah Jabatan
Penyelenggaraan. Jabatan ini bertanggungjawab dalam penyediaan perancangan
pengurusan penyelenggaraan berkala, mekanikal dan elektrik bagi mesin, jig dan

13
die. Antara pengetahuan dan kemahiran generik yang ingin diperolehi di syarikat
Ingress Precision bagi membantu tugas di institusi ialah :

i) Prosedur asas penyelenggaraan mesin dan baikpulih


ii) Proses mendokumentasi dalam proses penyelenggaraan dan baikpulih
iii) Mempelajari teknologi terkini dan mesin diindustri.

2.3 Prosedur kerja

Dalam bahagian ini menerangkan tentang kerja-kerja yang telah


dilaksanakan semasa pensyarah menjalani Program Sangkutan Industri secara
teknikal, kerja yang dibuat atau dilihat oleh pensyarah. Berikut adalah prosedur
kerja bagi kerja-kerja yang telah dilaksanakan.

2.3.1 Tugas 1 : Prosedur kerja mesin-mesin di Bengkel Penyelenggaraan.

Mesin dan peralatan tangan digunakan semasa melakukan proses


penyelenggaraan dan baikpulih. Antara mesin yang terdapat di bengkel ialah
mesin pelarik konvensional, mesin pengisar tegak , mesin pencanai permukaan,
mesin kimpalan TIG, mesin penekan hidraulik dan mesin pencanai bilah gergaji.
Berikut adalah mesin yang terdapat di Bengkel Penyelenggaraan dan prosedur
kerja terlibat :

1. Mesin pelarik konvensional (conventional lathe)

14
Rajah 15 : Mesin Pelarik Konvensional
Mesin pelarik digunakan untuk kerja-kerja melarik am dan juga pelbagai
fungsi. Mata alatnya boleh ditukar-tukar mengikut bentuk-bentuk produk yang
dihasilkan. Operasi melarik adalah proses pemotongan bahan dengan cara bahan
tersebut diputar di mesin pelarik dan dibentuk oleh mata alat pelarik. Antara
operasi pemesinan di mesin larik ialah :
i) Operasi luaran – operasi berkaitan dengan pemesinan diameter luar
sesuatu benda kerja yang melibatkan proses melarik lurus, melarik
permukaan, melurah, memenggal dan membenang luar.
ii) Operasi dalaman – operasi berkaitan dengan pemesinan diameter di
dalam sesuatu benda kerja seperti proses menggerudi, menggerek,
melulas dan membenang dalam.

Prosedur kerja melarik permukaan :

i) Pemegang mata alat digerakkan ke bahagian sebelah kiri kawasan rehat


dan mata alat permukaan sebelah kanan ditetapkan pada ketinggian yang
betul di titik tengah pelarik.
ii) Bahan kerja dipasang pada ragum pengapit.
iii) Mata alat melarik permukaan dipasang pada pemegang mata alat.

15
iv) Kedudukan mata alat jauh sedikit daripada benda kerja dan hujungnya
menunjuk kea rah sebelah kiri pada sudut 15-20° . Muncung mata alat
perlu sehampir mungkin dengan bahan kerja dan ada ruang mesti
ditinggalkan disepanjang sisi.
v) Kelajuan dan suapan mesin pelarik ditetapkan mengikut diameter dan
jenis material yang hendak dipotong.
vi) Sebelum menghidupkan mesin pelarik, spindle diputar menggunakan
tangan untuk memastikan bahan kerja tidak terkena putaran spindle.
vii) Mesin pelarik dihidupkan dan mata alat digerakkan kepada pusat larikan
serapat mungkin.
viii) Pengangkut/pelana digerakkan ke kiri menggunakan pengangkut
pengawal tangan sehingga potongan kecil bermula.
ix) Mata alat digerakkan ke bahagian dalam bahan kerja dengan
menggunakan tuil arah pemutar.
x) Prosedur (vi), (vii) dan (viii) diulang sehingga benda kerja dipotong pada
panjang yang dikehendaki.

2. Mesin pengisar tegak (milling machine)

16
Rajah 16 : Mesin Pengisar Tegak

Mesin pengisar tegak mempunyai spindal yang berkedudukan tegak.


Mesin jenis ini biasanya menggunakan jenis mata alat pengisar hujung karbida
yang dapat melakukan kerja dengan pantas. Selain daripada itu, kerja membuat
lubang dapat dilakukan dengan mudah, lancer dan lebih jitu.

Prosedur kerja mesin pengisar :


i) Operasi mengisar dimulakan dengan memilih mata alat yang bersesuaian
dengan benda kerja.
ii) Benda kerja diletakkan pada mesin dengan diikat dengan menggunakan
ragum dengan ketat agar benda kerja tidak mudah bergerak ketika kerja
mengisar dilakukan.
iii) Sebelum kerja mengisar dimulakan , meja mesin dan ragum perlu
dijajarkan.
iv) Mesin pengisar dihidupkan dan mata alat dipandu ke arah benda kerja
dan mula mengisar.

17
3. Mesin pencanai permukaan (surface grinder machine)

Rajah 17 : Mesin Pencanai Permukaan

Mesin pencanai permukaan umumnya digunakan semasa kaedah


pengakhiran sesuatu proses seperti untuk kemasan /menghaluskan permukaan
benda kerja. Mesin pencanai permukaan hanya mempunyai satu roda pencanai
berbentuk cakera.

Prosedur kerja mesin pencanai permukaan :

i) Bahan kerja diikat pada cuk magnet diatas meja mesin. Magnet selari
diletakkan disekeliling bahan kerja untuk memastikan bahan kerja tidak
bergerak di semasa proses mengisar.
ii) Kedudukan pelantar (bed) dan pelana (saddle) dilaraskan dengan
memusing roda melintang/longitude dan membujur/latitude yang terletak

18
pada bahagian hadapan mesin pencanai supaya bahan kerja berada
dibawah roda pencanai.
iii) Roda pencanai diturunkan pada jarak 1 inci daripada bahan kerja.
iv) Sekeping kertas diletakkan diantara bahan kerja dan roda. Kertas
digerakkan ke hadapan dan belakang disamping menurunkan roda
pengisar sehingga kertas tidak lagi boleh bergerak pada kedudukan zero
bagi paksi z. Tuil menegak dilaraskan kepada 0 inci untuk menetapkan
paksi-z kepada sifar.
v) Butang ‘ON’ ditekan untuk memulakan mesin. Butang hijau ditekan
untuk menggerakkan roda pencanai.
vi) Bahan kerja dicanai dengan membuat laluan ke kiri dan ke kanan
sepanjang paksi-x.
vii) Apabila selesai trip pertama proses mencanai, tuil paksi-y dipusing
separuh separuh putaran secara ikut jam.
viii) Proses mencanai dilakukan pada jalur seterusnya bahan kerja dari kiri ke
kanan sepanjang paksi-x.
ix) Proses (vii) dan (viii) dilakukan berulang kali sehingga semua
permukaan bahan kerja telah dicanai.
x) Langkah kerja yang sama dilakukn bagi mencanai permukaan yang lain.

4. Mesin kimpalan TIG

19
Rajah 18 : Mesin Kimpalan TIG

Kimpalan Arka Tungsten Gas Lengai (Tungsten Innert Gas,TIG)


digunakan secara meluas dalam industri kerana ia sesuai untuk mengimpal
berbagai jenis logam. Kimpalan TIG menggunakan elektrod tungsten sebagai
punca haba manakala gas argon atau helium atau campuran kedua-dua gas
digunakan sebagai gas pelindung.

Prosedur kerja mesin kimpalan TIG :

i) Pemilihan elektrod-Elektrod tungsten dipilih untuk kimpalan TIG.


ii) Pemasangan elektrod ke dalam Collet – skru dibelakang pemegang
elektrod dilonggarkan, elektrod dimasukkan dan skru dipasang serta
diketatkan semula. Muncung elektrod sepatutnya berjarak lebih kurang
¼” daripada penutup pelindung.
iii) Pemilihan setting – ada 3 jenis pilihan arus bagi TIG iaitu AC ( alternate

current ), DCEP ( Direct Current, Electrode positive )dan DCEN


(Direct Current, Electrode Negative).
iv) Menghidupkan gas-gas yang digunakan ialah gas argon.
v) Persiapan benda kerja dan meja kimpalan dan pemakaian PPE
vi) Melakukan proses kimpalan.
5. Mesin penekan hidraulik (Hydraulic Press Machine)

20
Rajah 19 : Mesin Penekan Hidraulik

Mesin penekan hidraulik adalah mesin yang menggunakan cecair sebagai


medium kerja untuk memindahkan tenaga untuk merealisasikan pelbagai proses.
Mesin penekan hidraulik di bengkel ini digunakan untuk proses penekanan
sebagai simulasi press machine ke atas die yang telah dibaiki,. Tekanan
maksimum mesin ini ialah 20 tan. Selain itu, mesin ini juga digunakan untuk
mengeluarkan bearing daripada shaft.

Prosedur kerja mesin tekanan hidraulik :


i) Blok die yang hendak diuji diletakkan diatas meja kerja.
ii) Injap tekanan pada silinder hidraulik hendaklah dipastikan ditutup
sebelum operasi bermula.
iii) Dengan menggunakan pemegang silinder hidraulik, dengan tindakan
mengepam, tukul penekan diturunkan perlahan-lahan dan berhati-hati.
iv) Apabila tukul penekan telah bersentuhan dengan blok die, tolok tekanan
diperhatikan dan tekanan yang telah dikenakan dicatat.
v) Apabila blok die telah ditekan dengan sempurna, tekanan penukul
dilepaskan dengan memusing injap tekanan.

21
vi) Blok die sedia untuk digunakan sebagai simulasi machine press.

6. Mesin Pencanai Mata gergaji (Pro Grinder Blade Machine)

Mesin pencanai/pengasah mata gergaji ini digunakan untuk mengasah


mata gergaji carbide dan dikawal secara CNC. Mesin ini mengasah mata gergaji
pada 3 paksi CNC arah iaitu bahagian sisi kiri, kanan dan bahagian hadapan
setiap mata gergaji. Mesin ini mengambil masa selama 20 minit untuk mengasah
mata gergaji dalam satu pusingan .

Rajah 20 : Mesin Pencanai Mata Gergaji

Prosedur kerja mesin pencanai mata gergaji :

22
1. Sumber kuasa dihidupkan.
2. Bahagian mula mata gergaji ditanda
dengan pen.
3. Mata gergaji diletakkan dan dikunci.
Kemudian mata gergaji ditolak
sehingga mengenai stopper.
4. Butang Kecemasan dibuka.
5. Butang ‘ON’ hidraulik ditekan.
6. Butang clamp ditekan.
7. Feed pawl up down ditekan 2 kali.
8. Butang grinding down ditekan. (mata
gergaji akan berputar).
9. Butang sebelah kanan pengisar ditekan
sehingga ada bunyi.
10. Butang ‘SET’ ditekan.
11. Butang ‘AUTOMATIC START’
ditekan.
Untuk memberhentikan mesin pengisar :
1. Butang ‘STOP’ ditekan.
2. Sumber Kuasa di ‘TURN OFF’.

2.3.2 Tugas 2 : Menukar mata Mesin Pencanai Meja

Mesin pencanai meja sesuai dipasang di atas meja dan kedua-dua belah
tangan pengguna bebas mengawal benda kerja yang dicanai. Biasanya ia
dipasang dengan roda pencanar kasar dan halus di sebelahnya. Fungsi mesin ini
ialah untuk mencanai mata alat kecil, hujung mata pemotong yang sudah tumpul
seperti gerudi dan mencanai bahan-bahan berlebihan sebelum disudahi dengan
alatan tangan.

23
Rajah 21 : Mesin Pencanai Meja

Prosedur kerja menukar roda pengisar Mesin Pencanai Meja yang haus:

1. Menyediakan peralatan tangan -


Peralatan tangan yang digunakan
ialah 1. Sarung tangan 2.
Adjustable wrench 3. Double ring
box ended wrench 4.
Combination wrench 5. Grip plier
6. Allen key wrench 7. Mata
pencanai
2. Skru di bahagian kiri dan kanan
penutup roda dilonggarkan
menggunakan allen key wrench
dan penutup dibuka.
3. Locknut pada bahagian atas shaft
roda pencanai dibuka dengan
memutar arah lawan jam
menggunakan adjustable wrench.
4. Apabila kedua-dua locknut telah
longgar , roda pencanai ditarik
keluar.
5. Roda pencanai lama digantikan
dengan roda pencanai baru bagi

24
kedua-dua bahagian.
6. Locknut diketatkan semula
menggunakan adjustable wrench
dengan memusing arah ikut jam.

7. Penutup roda pencanai dipasang


semula dengan mengetatkan 3 skru
yang terdapat pada setiap penutup.
8. Kedudukan pemegang benda kerja
dilaraskan supaya berjarak antara
2mm-3mm.
9. Akhir sekali, mesin pencanai
dihidupkan bagi menguji mata
pencanai dipasang dengan betul-
putaran roda sekata/tidak goyang.

2.3.3 Tugas 3 : Penyelenggaraan alat tekan (die set)

Die set adalah suatu peralatan yang digunakan untuk memotong atau
membentuk baranagan dengan proses penekanan. Sebagai contoh plat lembaran
besi (sheet metal) ditekan menggunakan die set untuk memotong atau membuat
bentuk yang diingini. Operasi ini biasanya menggunakan mesin penekan (press
machine). Rajah 22 menunjukkan bahagian-bahagian utama die set. Rajah 23
menunjukkan contoh press machine yang digunakan untuk menekan die set. Die
set perlu diselenggara secara berkala bagi memastikan penggunaannya adalah
pada tahap optimum. penyelenggaraan yang dilakukan terhadap bahagian-
bahagian die set termasuk membersihkan dengan cara mengelap menggunakan
kain atau semburan angin, pemeriksaan menggunakan penglihatan setiap
bahagian dan menyembur minyak pelincir untuk mengelakkan die set berkarat.

25
Rajah 22 : Bahagian-bahagian Utama Die Set

Rajah 23 : Press Machine 2000 tonne

Prosedur kerja menyelenggara die set :

1. Menyediakan peralatan : 1. Besi penolak


2. Adjustable wrench 3. Allen key set
4. Sarung tangan dan kain pengelap

26
2. Setiap skru di bahagian upper plate
dilonggarkan menggunakan Allen key
yang sesuai.

3. Upper plate diangkat keatas untuk


memisahkannya daripada bottom plate.
Jika die set bersaiz kecil, upper plate
diangkat dengan menggunakan tangan.
Jika die set bersaiz besar, upper plate
diangkat menggunakan electric chain
hoist.
4. Penyelenggaraan dilakukan dengan
membersihkan setiap bahagian die
termasuk spring, lubang bolt/nut
dengan mengunakan kain.
5. Pemeriksaan juga dilakukan bagi
memastikan semua bahagian berada
dalam keadaan baik.

Bahagian dalam blok die

27
6. Setelah semua bahagian diselenggara,
semburan bahan pelincir dilakukan
untuk mengelakkan berlaku karatan.

7. Akhir sekali, semua bahagian dipasang


semula dan die set sedia digunakan.

2.3.4 Tugas 4 : Penyelenggaraan jig

Rajah 24 : Jig

Rajah 24 diatas menunjukkan jig yang digunakan bagi pembentukan


kerangka tingkap. Jig adalah alat yang strukturnya direka untuk memegang atau
menyelaraskan komponen dan / atau alat dalam proses pembuatan fabrikasi atau
pemasangan, seperti yang ditetapkan oleh keperluan pembuatan. Ia adalah
peranti pemegangan kerja yang memegang, menyokong dan menempatkan benda
kerja dan membimbing alat pemotong untuk operasi tertentu. Selain itu, jig juga

28
digunakan sebagai alat pengujian kualiti komponen seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 25.
Jig perlu diselenggara secara berkala bagi memastikan penggunaannya
adalah pada tahap optimum. Penyelenggaraan yang dilakukan terhadap bahagian-
bahagian jig termasuk membersihkan dengan cara mengelap menggunakan kain
atau semburan angin, pemeriksaan menggunakan penglihatan setiap bahagian dan
menyembur minyak pelincir untuk mengelakkan jig berkarat.

Rajah 25 : Jig Untuk Pemeriksaan Kualiti

Prosedur kerja menyelenggara jig set :

1. Menyediakan peralatan : 1.Adjustable


wrench 2. Allen key set 3. Sarung
tangan 4. Tiub plastik , cutter dan kain
pengelap,

2. Penyelenggaraan dilakukan dengan


menukar semua tiub lama yang haus
dengan yang baru.
3. Tiub dipotong mengikut saiz asal dan
digantikan dengan menolak masuk tiub
kepada nozzle.
4. Pembersihan nozzle dilakukan dengan
bahan pelincir menggunakan pam.

29
2.3.5 Tugas 5 : Mengubahsuai die block

Proses mengubahsuai die block dilakukan apabila die yang direka tidak
menepati keperluan produk yang hendak dibentuk. Terdapat juga die block yang
dubahsuai bagi membolehkan ia sesuai digunakan pada mesin penekan. Bagi
memenuhi keperluan dan juga mengurangkan kos membuat semula, die block
akan diubahsuai oleh pekerja-pekerja di bahagian penyelenggaraan. Jadual 3
adalah prosedur kerja salah satu proses pengubahsuaian yang dilakukan bagi Die
Number IMKA 414. Die ini digunakan untuk proses memotong. Masalah yang
berlaku ialah bahagian suapan untuk memasukkan getah terlalu ketat.
Penyelesaian dilakukan dengan meleraikan semua bahagian dan dilaraskan
semula kearah kanan sedikit.

Jadual 3 : Prosedur Kerja Mengubahsuai die block:

1. Proses kimpalan TIG dilakukan untuk


proses menyambung.

30
2. Proses mencanai permukaan die plate
dilakukan menggunakan baby
grinder machine.

3. Selepas die dipasang, proses


pengujian masukan getah ke dalam
bahagian suapan dilakukan semula.
4. Sekiranya masih lagi ketat, proses (2)
dan (3) perlu diulang . Apabila saiz
suapan telah sesuai, die sedia
digunakan semula.

2.3.6 Tugas 6 : Menukar blade mesin pemotong.

Masalah yang berlaku ialah pemotongan besi tidak sempurna dan juga
berlaku gegaran pada mesin pemotong. Setelah pemeriksaan dilakukan oleh
bahagian penyelenggaraan, mendapati 1 mata blade telah patah. Jalan
penyelesaian ialah dengan menukar blade yang baharu.

31
Prosedur kerja menukar blade :

1. Pemeriksaan mesin pemotong dilakukan


oleh bahagian penyelenggaraan.
Didapati 1 mata blade patah.

2. Wrench dan penukul digunakan untuk


membuka nut pada shaft blade dengan
memusing arah lawan jam. Blade ditarik
ke hadapan untuk mengeluarkannya
daripada shaft.

3. Blade yang baharu diganti. Nut


diketatkan semula dengan memusing
arah ikut jam.

4. Proses terakhir ialah melakukan ujian


mesin. Apabila mesin telah berfungsi
dengan baik, maka proses baikpulih
telah selesai.

32
2.3.7 Tugas 7 : Penggunaan log out dan tag out (LOTO) semasa proses
penyelenggaraan.

Log out dan tag out merupakan prosedur keselamatan yang penting bagi
melindungi pekerja daripada cedera ketika bekerja di bahagian litar elektrik dan
peralatan bertenaga seperti tenaga elektrik, hidraulik, tekanan dan sebagainya
sehingga kerja baikpulih selesai. Log-out dilakukan dengan mengunci secara
fizikal pada sumber tenaga dari litar dan peralatan setelah dimatikan. Contoh log-
out ialah padlock. Tag-out ialah label atau peringatan bahaya yang diletakkan
pada bahagian log-out. Rajah 26 menunjukkan stesyen LOTO yang terdapat di
syarikat IPSB.

Rajah 26: Stesyen LOTO di IPSB

Prosedur kerja LOTO :

33
i) Setiap PIC atau Authirosed Person (AP) hendaklah
mengambil set individu LOTO di Station LOTO sebelum
memasuki kilang.
ii) Semak individu PPE dan pastikan bersesuaian dan
lengkap sebelum memasuki kawasan kerja.
iii) Persediaan untuk ‘shutdown’ dibuat dan dimaklumkan
kepada pekerja yang terlibat.
iv) Semua sumber kuasa ditutup.
v) LOTO dipasang ditempat pemasangan LOTO sebelum
memasuki kawasan kerja mesin/robot yang diselenggara
atau ‘setting’.
vi) Mesin di’ON’ kan untuk pengesahan samada sumber
kuasa telah dipadamkan sepenuhnya selepas LOTO
diaplikasikan. Jika mesin masih berfungsi, pihak
Maintenance dipanggil dan langkah iv hingga vi diulang
semula.
vii) Kerja penyelenggaraan dimulakan apabila system LOTO
berfungsi.
viii) Semua peralatan penyelenggaraan di kawasan kerja
dikemas setelah kerja tersebut selesai.
ix) LOTO ditanggal dan diambil semula dari tempat kerja.
x) Mesin di’ON’kan semula dan pekerja yang terlibat
dimaklumkan.
xi) Individu LOTO dikembalikan dan disimpan di Station
LOTO.

2.4 Sistem Penyelenggaraan di IPSB

34
Sebelum menjalankan latihan di Jabatan Penyelenggaraan, pensyarah telah diberi
penerangan tentang budaya kerja serta keselamatan di tempat kerja. Di syarikat ini
menggunakan pendekatan dengan melaksanakan Penyelenggaraan Produktif
Keseluruhan (Total Productive Maintenance, TPM) dalam melaksanakan tugas
penyelenggaraan. TPM adalah suatu sistem yang digunakan untuk memelihara dan
meningkatkan kualiti pengeluaran melalui penyelenggaraan peralatan dan mesin. Fokus
utama TPM ialahuntuk memastikan semua peralatan dan mesin pengeluaran beroperasi
dalam keadaan baik dan mengelakkan daripada berlakunya kerosakkan atau kelewatan
dalam proses pengeluaran. Objektif utama TPM ialah :

i) Untuk mencapai sasaran tiada kecacatan barangan, kerosakan dan kemalangan di


setiap bahagian organisasi.
ii) Membabitkan setiap peringkat pekerja dalam organisasi.
iii) Membina kumpulan untuk mengurangkan kerosakan dan menyelengara peralatan
sendiri.

Bagi memastikan objektif TPM tercapai, syarikat IPSB telah mengamalkan


program Penyelenggaraan Mandiri (Autonomous Maintenance, AM). AM adalah salah
satu tiang dari 8 tiang yang terdapat pada TPM seperti yang ditunjukkan pada Rajah 24.
AM adalah kegiatan/sistem yang dirancang secara teratur untuk melibatkan operator
dalam merawat mesinnya sendiri disamping kegiatan yang dilaksanakan oleh bahagian
penyelenggaraan. Tujuan perlaksanaan AM ialah :
i) Pekerja maintenan dan operator berkerjasama untuk menjaga peralatan operasi
ii) Bantu operator untuk lebih mengenali peralatan mereka (sebab dan kesan).
iii) Mengajar operator supaya dapat menjaga peralatan supaya sentiasa dalam
keadaan optimum dan terbaik.

Pada kemuncaknya program ini akan membawa syarikat mencapai kemalangan sifar,
kerosakan barangan sifar dan kerosakan mesin sifar seperti yang ditunjukkan pada Rajah
27.

35
Rajah 27 : 8 Tiang TPM

Rajah 28 : Objektif AM

2.4.1 Langkah-langkah perlaksanaan AM


Bagi memastikan AM mencapai objektifnya, syarikat IPSB perlu
memastikan perkara-perkara berikut dijalankan iaitu :
i) Operator perlu dilatih untuk setiap langkah.
ii) Audit bersekala perlu dilakukan untuk memastikan setiap satu langkah
mencapai matlamatnya.
iii) Aktiviti AM perlu dibantu dan disertai oleh maintenan dan disertai oleh
smua pekerja dari semua jabatan.

36
Selain itu Amalan 5’S juga menjadi budaya kerja di syarikat ini yang
mana dengan mengamalkan 5’S dapat mewujudkan satu persekitaran kerja yang
selesa, kemas dan selamat. Amalan 5’S bermatlamat mewujudkan persekitaran
kerja yang yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan Amalan
5’S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos
dan memudahkan proses kerja.

Berikut adalah 7 langkah utama AM :

STEP 7 – Perlaksanaan AM
Secara Mandiri
STEP 6 – Pengurusan
Peningkatan Kualiti
STEP 5 – Pemeriksaan Harian Mengikut
Piawaian AM
STEP 4 – Latihan Kemahiran & Pemeriksaan
Menyeluruh
STEP 3 – Penyediaan Piawaian Pembersihan &
Pemeriksaan Pelinciran
STEP 2 – Hapus punca kekotoran ditempat yang sukar
STEP 1 - Pembersihan menyeluruh (5’S)
Rajah 29 : 7 Langkah Perlaksanaan AM

Berikut adalah penerangan dan aktiviti bagi setiap langkah perlaksanaan AM:

Langkah 0
Latihan kepada operator Persediaan untuk Langkah 1
 Latihan tentang AM (Teori & 1. Pilih/lantik Kumpulan Utama/Pilot AM.
Amali)mesti diberi kepada pekerja 2. Pilih mesin yamg paling bermasaalah
setiap kali melangkah ke setioap dan paling tidak efisien.
peringkat AM yang baru. Ini untuk 3. Fahamkan semua format dan Jadual

37
memastikan pekerja tahu dan aktiviti AM.
faham apas yang perlu dilakukan 4. Fahamkan masaalah dfan isu semasa
untuk setiap peringkat. mesin yang di pilih.
 AM Pillar Leader dan AM Group 5. Sediakan peralatan & kelengkapan
Leaders dijangka boleh menjadi uintuk membuat pembersihan.
AM Trainner. Adalah satu 6. Tetapkan hari dan masa untuk membuat
kelebihan kepada syarikat jika pembersihan.
dapat menghasilkan ramai AM
Trainner dari kalangan operator
untuk melatih pekerja-pekerja
yang baru.

Langkah 1- Pembersihan menyeluruh (5’S)


AKTIVITI SASARAN SASARAN PEMERHATIAN &
UTAMA TERHADAP TERHADAP SOKONGAN
PERALATAN PEKERJA PENGURUSAN
- Bersihkan - Tonjolkan - Jadikan - Memimpin dengan
mesin dan semua pembersihan berada selangkah di
sekitar kawasan kerosakan sebagai tabiat hadapan.
tempat kerja dengan pekerja. - Melaksanakan AM
secara membuang - Ketua kumpulan dengan contoh
menyeluruh. semua harus beklajar Pengurusan sebagai
- Buangkan kekotoran. untuk model.
semua barang - Perlihatkan memimpin. - Ajarkan kerosakan
yang tidak kerosakkan - Lihat dan pegang pada peralatan.
perlu. yang ada pada setiap bahagian - Ajarkan kepentingan
- Rekodkan mesin. mesin ambil tahu membersih,
semua keadaan - Kenalpasti dan betanya mengetatkan &
yang tidak punca fungsi setiap pelinciran.
normal (fuguai). pencemaran bahagian.
pada mesin. - Ketahuilah
bahawa

38
“Pembersihan
adalah
pemeriksaan”.

Langkah 2- Hapus Punca Kekotoran Di Tempat yang sukar


AKTIVITI UTAMA SASARAN SASARAN PEMERHATIAN &
TERHADAP TERHADAP SOKONGAN
PERALATAN PEKERJA PENGURUSAN
- Hapuskan - Menghalang - Belajar gerakan & - Mengajar
sumber bahan cemar dari mekanisme kerja gerakan dan
pencemaran. merebak dan mesin. mekanisme kerja
- Menghalang melekat kepada - Belajar kaedah jentera.
bahan cemar dari peralatan. untuk memperbaiki - Ajarkan cara
tersebar dengan - Memastikan peralatan dengan analisa "di mana"
cara tidak teratur kebersihan bagi menghapuskan dan 'mengapa“
& tidak diingini. meningkatkan bahan cemar. untuk mengkaji
- Mengurangkan penyelenggaraan - Menggalakkan masalah
masa minat untuk - Membantu
pembersihan meningkatkan melaksanakan
dengan peralatan. idea-idea untuk
menyelesaikan - Mendapat kepuasan penambahbaikan.
isu kawasan dan keyakinan - Bertindak balas
sukar untuk segera kepada
dibersihkan. meningkatkan arahan kerja.
peralatan.

Langkah 3 - Penyediaan Piawaian Pembersihan & Pemeriksaan Pelinciran


AKTIVITI UTAMA SASARAN SASARAN TERHADAP PEMERHATIAN &
TERHADAP PEKERJA SOKONGAN
PERALATAN PENGURUSAN
- Mengendalikan - Membetulkan - Sediakan peraturan - Sediakan
pendidikan untuk tempat pelincir peraturan

39
aktiviti pelincir. yang sukar. untuk diikuti. kawalan
- Membangunkan - Letakan - Memahami pelinciran.
pemeriksaan kawalan kepentingan - Menyediakan
pelinciran. vusual. peraturan- pendidikan dan
- Mewujudkan - Mengekalkan peraturan berikut amalan dari segi
satu sistem keadaan asal dan penyeliaan pelinciran.
kawalan peralatan untuk autonomi. - Mengajar
pelinciran. mewujudkan - Menggalakkan bagaimana untuk
- Menetapkan taraf sistem kesedaran peranan menyediakan
pembersihan dan pencegahan sendiri dan kerja piawaian
pelinciran. kemerosotan. berpasukan. pembersihan dan
pelinciran.
- Membantu
penyediaan taraf
sebenar.

Langkah 4 – Latihan Kemahiran & Pemeriksaan Menyeluruh


AKTIVITI UTAMA SASARAN SASARAN PEMERHATIAN &
TERHADAP TERHADAP SOKONGAN
PERALATAN PEKERJA PENGURUSAN
Bagi setiap - Mengesan & - Belajar struktur, - Menyediakan
kategori : memulihkan fungsi dan jadual
- Adakan latihan kecacatan sekelip kemahiran pemeriksaan,
secara am & mata. pemeriksaan. kertas
detail - Kenakan kawalan - Menguasai menyemak,
- Adakan visual yang teliti prosedur manual dan
standard - Perbaiki kawasan penyelengaraan bahan
pemeriksaan yang sukar yang mudah. pengajaran lain.
- Mengurangkan diperiksa - Pemimpin - Segera bertindak

40
masa - Mengekalkan kumpulan belajar mengikut arahan
pemeriksaan keadaan peralatan kepimpinan kerja.
dengan melalui dengan - Berikan latihan
menyelesaikan pemeriksaan rutin mengadakan cara mudah
isu kawasan untuk latihan. untuk membuat
pemeriksaan meningkatkan lagi penyelengaraan.
yang sukar. kebolehpercayaan - Mengajar
- Menetapkan . bagaimana
standard untuk
memeriksa memperbaiki
tentatif. pemeriksaan
kawasan yang
sukar dengan
menggunakan
kawalan visual

Langkah 5 – Pemeriksaan Harian Mengikut Piawaian Am


AKTIVITI SASARAN SASARAN PEMERHATIAN &
UTAMA TERHADAP TERHADAP PEKERJA SOKONGAN
PERALATAN PENGURUSAN
- Menetapkan - Menilai kaizen - Fahami secara total -
standard yang berjaya sistem peralatan Memperuntukkan
penyelenggaraa dicapai dari - Membangunkan kerja
n autonomi dan proses lain dan keupayaan untuk pemeriksaan
jadual untuk meniru mereka mengesan tanda- antara
melengkapkan untuk peralatan tanda yang tidak penyelenggaraan
aktiviti beri yang normal untuk autonomi dan
tumpuan kepada sama./Yokoten mengelakkan sepenuh masa.
peralatan. - Semak semula kerosakan. - Mengajar
- Menjalankan kawalan visual. - Latih operator kemahiran
penyelenggaraa - Memelihara supaya penyelenggaraan
n rutin selaras peralatan dalam asas dan

41
dengan keadaan yang berpengetahuan mengenalpasti
piawaian. sangat boleh - Mewujudkan sistem masaalah mesin
- Bergerak ke dipercayai - pengawasan yang mudah.
hadapan untuk pengoperasian autonomi dijalankan - Mengajar contoh
mencapai dan oleh kumpulan AM. pencegahan
kerosakan sifar. penyelenggaraan. kerosakan.
- Jadikan tempat - Mengajar fungsi
kerja kawasan khusus setiap
yang terbaik peralatan untuk
menjadi memahami
kenyataan. peralatan sebagai
satu sistem.

Langkah 6 - Pengurusan Peningkatan Kualiti


AKTIVITI SASARAN SASARAN PEMERHATIAN &
UTAMA TERHADAP TERHADAP PEKERJA SOKONGAN
PERALATAN PENGURUSAN
- Mengelakkan - Menilai kualiti - Melatih operator - Mengajar
pengaliran proses. berilmu ke atas spesifikasi
keluar produk - Mencapai proses peralatan dan kualiti kualiti, sebab-
yang rosak dipercayai untuk kearah kejuruteraan sebab kualiti serta
untuk proses mengelakkan baru. hasil yang
seterusnya. aliran keluar - Mencapai berkualiti dan
- Menghalang masalah kualiti. pengawasan hubungan antara
pembuatan - Menilai keadaan autonomi bagi setiap mereka.
produk yang kualiti. operator. - Mengajar kriteria
rosak. - Mencapai satu untuk jaminan
- Mencapai proses yang kualiti.
proses jaminan sangat dipercayai - Sampaikan
kualiti dan untuk masaalah kualiti
menuju ke mengelakkan dengan kerjasama

42
Zero Defects. pembuatan oleh semua
kecacatan kualiti. jabatan yang
berkaitan.

Langkah 7- Perlaksanaan AM secara Mandiri


AKTIVITI SASARAN SASARAN PEMERHATIAN &
UTAMA TERHADAP TERHADAP PEKERJA SOKONGAN
PERALATAN PENGURUSAN
- Mengekalkan - Meramalkan - Mampu menyelia - Membantu untuk
dan keabnormalan sendiri sehingga mengekalkan dan
meningkatkan untuk kumpulan AM memperbaiki
dan lulus tahap mengelakkan dapat membina aktiviti AM
ILS. kerosakan dan strategi kerja - Menggalakkan
kecacatan kualiti melalui kumpulan penambahbaikan
sebelum ianya itu sendiri. pengetahuan
berlaku. - Mengesan dan teknikal dan
- Mencapai sasaran menyelesaikan kemahiran.
kemalangan sifar, masalah yang
kerosakan sifar & timbul oleh
kecacatan sifar kumpulan AM
- Bergerak maju sendiri dengan
kearah teknologi melakukan
pengeluaran yang program kaizen..
lebih tinggi.

2.4.2 Prosedur Penyelenggaraan di IPSB

Objektif melakukan penyelenggaraan terhadap asset-aset yang terdapat di


syarikat IPSB adalah :
i) Memastikan aset alih berfungsi dengan lancar secara berterusan dan
selamat digunakan.
ii) Memelihara dan memanjangkan jangka hayat.

43
iii) Meningkatkan keupayaan.
iv) Mengurangkan kerosakan.
v) Mendapatkan ketahanan maksimum sejajar dengan perbelanjaan.
vi) Menjimatkan perbelanjaan syarikat.
vii) Menjamin keselamatan pengguna.
viii) Mewujudkan suasana kerja yang kondusif serta produktif.
ix) Memelihara imej syarikat.

Jenis penyelenggaraan yang dilakukan terbahagi kepada 2 iaitu :

i) Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)


Kerja penyelenggaraan mengikut jadual/ program seperti memeriksa,
menservis, membaiki atau mengganti komponen bagi memastikan aset berfungsi
dengan baik dan mengelakkan berlakunya kerosakkan besar. Contohnya forklift,
die dan jig , alatan tangan dan mesin dikalibrasi dan sebagainya. Rajah 30
menunjukkan carta alir bagi pelan kecemasan kerosakan mesin, die dan
peralatan/perkakasan.

44
Rajah 30 : Arahan Kerja Machine. Die and Tooling Breakdown Contingency Plan
45
Bagi memastikan prosedur kerja penyelenggaraan berjalan lancar,
syarikat juga telah menyediakan Arahan Kerja (Working Instruction) bagi setiap
penyelenggaraan asset. Rajah 31 menunjukkan contoh Arahan Kerja bagi
penyelenggaraan die dan Rajah 32 menunjukkan contoh penyelenggaraan harian
bagi Press Machine AIDA 45 tonne.

Rajah 31 : Arahan Kerja Die Maintenance Procedure

46
Rajah 32 : Penyelenggaraan Harian Press Machine AIDA 45 tonne.

ii) Penyelenggaraan Pembaikkan (Corrective Maintenance)


Penyelenggaraan ke atas aset boleh dilaksanakan apabila berlaku
kerosakan melalui kerjakerja pembaikan atau baik pulih supaya dapat beroperasi
mengikut fungsi yang ditetapkan. Setiap proses pembaikkan, mengganti
komponen mengubahsuai die perlu didokumentasikan dan disimpan sebagai
rujukan untuk tujuan penyelenggaraan.

2.5 Hasil Pembelajaran /Amalan Terbaik Organisasi

Mendapatkan suasana kerja yang harmoni, diinginkan oleh setiap pekerja.


Beberapa amalan baik ditempat kerja perlu diamalkan untuk mendapatkan
suasana kerja yang selesa. Berikut adalah amalan-amalan baik yang dipraktikkan
di syarikat IPSB bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selesa.

47
i) Datang lebih awal
Waktu operasi syarikat ini ialah pada jam 8.00 pagi-5.00 petang.
Walaubagaimana pun, pekerja-pekerja perlu datang sekurang-kurangnya
15 minit awal ke tempat kerja. Ini kerana,setiap pagi akan diadakan
perhimpunan samada diperingkat syarikat atau peringkat jabatan. Pada
perhimpunan ini, ketua/penyelia akan memaklumkan masalah-masalah
yang berlaku pada hari sebelumnya supaya setiap pekerja faham akan
situasi/masalah dan akan bersedia dari segi fizikal dan mental.

ii) Amalan kebersihan persekitaran berkualiti melalui pendekatan 5’S


sebelum balik.
Antara amalan yang dilakukan ialah Susun dan Sapu persekitaran tempat
kerja setiap hari sebelum habis waktu bekerja. Apabila tempat kerja
kemas, bersih dan selamat akan meningkatkan semangat untuk bekerja
setiap pagi. Selain itu, ia juga membentuk disiplin diri yang baik dan
semangat kerja berpasukan disamping mewujudkan rasa selesa terhadap
persekitaran tempat kerja.

iii) Menunaikan solat berjemaah di surau syarikat IPSB.


Memandangkan syarikat ini 98% adalah pekerja beragama islam, maka
amalan solat berjemaah dilakukan pada setiap waktu zohor dan asar. Ini
untuk memastikan setiap pekerja menunaikan tanggungjawab sebagai
seorang hamba Allah disamping melakukan kerja dan tidak menjadikan
alasan sibuk bekerja untuk tidak beribadat. Selain itu, dapat memastikan
setiap pekerjaan membuahkan hasil dalam bentuk rezeki halal dan
mendapat keredhaan Allah SWT.

iv) Bertanggungjawab dan bekerjasama antara setiap pekerja.


Amalan penyelenggaraan mandiri secara tidak langsung dapat
menghasilkan seorang pekerja yang bertanggungjawab terhadap
pekerjaan masing-masing dan bekerjasama antara satu sama lain.

48
Contohnya, apabila ada die block yang perlu diubahsuai atau baiki semua
pekerja dibahagian penyelenggaraan akan bekerjasama berganding bahu
menyiapkan tugasan dan bertukar-tukar idea bagi memastikan proses
pengubahsuaian die block Berjaya dihasilakan dalam masa ditetapkan.

v) Mengutamakan keselamatan diri dan orang lain.


Di syarikat IPSB, pengumuman peringatan menjaga SOP bagi
memutuskan rantaian COVID 19 akan dibuat setiap 1 jam. Ini dapat
memastikan setiap pekerja sentiasa menjaga diri masing-masing dan
orang lain selain peka dengan situasi semasa. Initiatif pihak pengurusan
juga dengan meletakkan banner Work Instruction dan informasi
kemalangan di setiap line/area mesin yang pernah berlaku kemalangan.
Secara tidak langsung dapat memastikan setiap pekerja mematuhi SOP
mesin dan mengutamakan keselamatan semasa bekerja.

vi) Menumpukan perhatian semasa bekerja.


Setiap pekerja perlu fokus semasa malakukan kerja terutama pekerja yang
terlibat dengan mesin. Pekerja dilarang daripada menggunakan telefon
bimbit semasa bekerja. Di samping dapat mengelakkan kecuaian, pekerja
juga dapat bekerja secara efektif dan produktif.

vii) Menghargai jasa pekerja


Pelbagai insentif yang dibuat oleh syarikat IPSB bagi menghargai jasa-
jasa pekerja. Antaranya ialah menghantar pekerja berkursus diluar
negara, insentif mengerjakan umrah, anugerah perkerja terbaik bulanan,
memberi ex-gratia dan mengadakan majlis town-hall . Penghargaaan
yang dibuat dapat menggalakkan pekerja untuk bekerja dengan tekun dan
rasa dihargai oleh pihak syarikat.

viii) Menepati masa

49
Syarikat IPSB menyediakan insentif makan tengahari kepada setiap
pekerjanya. Ini mengelakkan pembaziran masa apabila pekerja makan
diluar kawasan syarikat. Selain itu, loceng dan pengumuman waktu mula
dan tamat rehat akan dibunyikan sebagai peringatan kepada pekerja-
pekerja.

2.6 Justifikasi dan Cadangan

2.6.1 Justifikasi

Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) merupakan satu program dengan


penglibatan pihak industri dalam memberi pendedahan dan latihan kepada
pensyarah berkaitan teknologi terkini dan amalan baik di industri. Melalui
program ini merupakan satu peluang yang sangat baik bagi pensyarah untuk
mendalami dan mengemaskini kemahiran berkaitan teknologi baharu yang
sentiasa berkembang pesat di industri. Justeru itu, pensyarah dapat menambah
baik dan mengukuhkan pengisian pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara
berterusan dan dapat menyumbang input yang prakmatik ke arah
memperkasakan kurikulum sesuatu program pengajian. Hal ini penting sebagai
pendedahan awal dan persiapan pelajar memasuki pasaran pekerjaan setelah
tamat pengajian kelak.

Bagi melaksanakan program SIP ini, pensyarah perlu mengenalpasti


terlebih dahulu kursus yang diajar serta Course Learning Outcome (CLO)
berkaitan yang memerlukan beliau mendapatkan pengalaman diindustri.Kaedah
ini amat bertepatan supaya pensyarah dapat mengenalpasti syarikat yang
bersesuaian dan jabatan yang akan dempatkan nanti. Sebagai contoh, pensyarah
ingin mengupas CLO bagi Kursus Troubleshooting and Maintenance for
Mechanical Components, maka semasa di syarikat pensyarah memohon supaya
ditempatkan di Jabatan Penyelenggaraan yang mana objektif jabatan ini selari
dengan CLO yang ingin dikupas. Selain itu, pensyarah dapat memberi tumpuan

50
sepenuhnya di Jabatan Penyelenggaraan dengan tidak melibatkan diri dengan
kerja-kerja dibahagian/jabatan lain.

2.6.2 Cadangan

Menjalani program SIP ini merupakan cabaran baharu bagi pensyarah.


Justeru itu, berikut adalah cadangan untuk persediaan dan penambahbaikkan
program tersebut :

i) Cadangan kepada bakal pensyarah yang akan mengikuti program


SIP.
 Melengkapkan diri masing-masing sebelum menjalani SIP
dari segi rohani dan jasmani. Ini kerana suasana dan
persekitaran tempat kerja sangat berbeza dengan politeknik.
 Semasa berada di syarikat, pensyarah haruslah menunjukkan
sikap yang baik, berdisiplin tinggi, rendah diri dan
professional.
 Berkomunikasi dengan baik dengan pekerja di semua
peringkat di syarikat.
 Berusaha sedaya upaya untuk membina kecemerlangan diri.

ii) Cadangan kepada syarikat.


 Mengadakan 1 sesi perjumpaan pensyarah dengan wakil
pengurusan tertinggi syarikat bagi menerangkan tujuan
program SIP yang dilaksanakan. Disamping itu, dapat
memperkenalkan sistem politeknik kepada syarikat.
 Menaiktaraf sistem inventori di Spare Part Store bagi
memudahkan pengurusan alat ganti yang disimpan di stor
Jabatan Penyelenggaraan.
 Menyediakan meja khas (meja dan lampu/kanta pembesar)
untuk keperluan pekerja mengubahsuai bahagian die yang
sempit dan kecil.

51
iii) Cadangan kepada politeknik.
 Mengekalkan program SIP.
Program SIP ini merupakan satu peluang yang sangat baik
bagi pensyarah untuk mendalami dan mengemaskini
kemahiran berkaitan teknologi baharu yang sentiasa
berkembang pesat di industri. Justeru itu, pensyarah dapat
menambah baik dan mengukuhkan pengisian pembelajaran
dan pengajaran (PdP).
 Tidak meletakkan had/jumlah perkataan dalam format
penulisan laporan

2.7 Kesimpulan dan Refleksi

2.7.1 Kesimpulan

Berdasarkan pengalaman selama 28 hari menjalani program Sangkutan


Industri Pensyarah di syarikat IPSB ini, pelbagai perkara baharu telah dipelajari
seperti dalam aspek pengurusan organisasi samada diperingkat syarikat atau
jabatan dan hubungan komunikasi antara setiap lapisan pekerja. Dengan adanya
Program SIP ini menjadi landasan bagi pensyarah untuk mengenali bidang
kerja penyelenggaraan yang sebenar dengan lebih meluas. Apabila ditempatkan
di Jabatan penyelenggaraan pensyarah berpeluang berkongsi pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang penyelenggaraan serta mempelajari pelbagai perkara
baharu. Ini amat berguna untuk memajukan diri dan memantapkan pengisian
bidang pengkhususan pensyarah iaitu bidang penyelenggaraan dan baikpulih
komponen-komponen mekanikal.

52
Pegawai dan pekerja-pekerja di Jabatan Penyelenggaraan telah banyak
memberi tunjuk ajar serta mempamerkan pergaulan pekerja yang
baik .Kerjasama daripada pekerja-pekerja di tempat latihan ini juga amat baik
disamping memupuk semangat berpasukan. Ilmu pengetahuan baharu berkaitan
teknologi dan mesin yang digunakan di syarikat ini meningkatkan lagi kemahiran
dan penguasaan pensyarah dalam bidang penyelenggaraan. Amalan-amalan baik
yang di tunjukkan oleh setiap pekerja samada pihak pengurusan tertinggi atau
biasa boleh dijadikan contoh amalan dan perkongsian dengan pensyarah di
institusi.

Secara keseluruhannya, objektif program SIP ini telah tercapai dan dapat
meningkatkan pembangunan diri pensyarah menjadi lebih produktif, kreatif,
inovatif, berdaya saing dan mempunyai nilai etika yang tinggi. Program SIP ini
juga berjaya merapatkan jurang antara pengetahuan pensyarah dan kemahiran
industri. Ruang dan peluang ini telah digarap sepenuhnya bagi mendalami dan
mengemaskini kemahiran berkaitan teklonogi baharu yang sentiasa berkembang
pesat di industri serta menambah baik pengisian pembelajaran dan pengajaran
secara berterusan.

2.7.2 Refleksi

Menjalankan dan menyelesaikan program Sangkutan Industri Pensyarah


ini merupakan satu cabaran baru kepada pensyarah. Persekitaran kerja di yang
jauh berbeza dengan tugas sebagai pensyarah merupakan antara cabaran yang
perlu diharungi selama 28 hari. Jabatan Penyelenggaraan antara salah satu
jabatan yang terletak dibahagian pengeluaran dengan suasana kerja yang
melibatkan peralatan , mesin, minyak pelincir, dikelilingi pekerja lelaki dan
kawasan panas merupakan cabaran baharu. Tetapi, atas dasar untuk belajar,sikap
rendah diri disamping kerjasama daripada semua pekerja, perasaan janggal
dengan situasi ini dapat diharungi dengan jayanya.

53
Dengan selesainya program SIP ini memberikan satu dimensi baharu
mengenai bidang penyelenggaraan dan baik pulih ini. Ini menjadikan pensyarah
lebih teliti dalam membuat penilaian sebarang masalah. Amalan baik yang telah
diperolehi di syarikat IPSB seperti menepati masa, menghargai jasa,
berkerjasama dalam pasukan dan saling mengingati antara satu sama lain akan
dijadikan sebagai amalan apabila balik ke politeknik kelak.

Sebagai kesimpulan program SIP ini banyak memberi manfaat kepada


pensyarah bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran bagi bidang masing-
masing.

LAMPIRAN

1. Sumber Internet

A. Wdj
B. Wd
C. Dw

2. Sumber Buku

54
55

You might also like