You are on page 1of 3

ABSTRAK

Kajian ini adalah berkaitan tentang pengaruh persekitaran umum perniagaan dan
peranan internet dalam meluaskan peluang-peluang perniagaan syarikat AEON
Co. (M) Bhd. yang berasal daripada negara Jepun. Syarikat AEON Co. (M) Bhd.
mempunyai banyak cawangan dalam beberapa buah negara. Oleh itu, pengkaji
telah memilih syarikat ini untuk kajian terhadap kajian ini. Pengkaji juga
menjalankan kajian ini berdasarkan 2 objektif kajian iaitu mengkaji persekitaran
umum dan peranan internet dalam meluaskan peluang perniagaan bagi syarikat
tersebut. Seterusnya pengkaji mendapati persekitaran umum terdiri daripada
ekonomi, sosiobudaya, politik dan perundangan, persaingan dan jaringan,
antarabangsa, prasarana dan teknologi. Manakala peranan internet iaitu e-
pemasaran dan e-dagang. Dalam kajian ini, pengkaji hanya mengunakan data
sekunder untuk mendapatkan maklumat iaitu daripada laman sesawang, e-surat
khabar, e-buku, e-jurnal dan laman sesawang rasmi syarikat AEON. Berdasarkan
dapatan kajian, persekitaran umum mempengaruhi syarikat ini iaitu persekitaran
ekonomi iaitu keuntungan bersih AEON Co (M) Bhd merosot kepada RM 30.19
juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2023 daripada RM47.28 juta pada suku
tahun sama pada tahun lalu. Selain itu, bagi persekitaran jaringan pula ialah
AEON bekerjasama dengan pihak pembekalnya untuk memastikan piawaian dan
garis panduan baharu dipenuhi dalam tempoh 12 – 18 bulan berikutnya.
Seterusnya, persekitaran sosiobudaya iaitu AEON mempromosikan baju raya
semperna Hari Raya Aidilfitri. Dari aspek politik dan undang-undang pula AEON
memperkenalkan polisi kesihatan, kebajikan haiwan baharu. Di samping itu, bagi
aspek teknologi. Persekitaran umum teknologi pula, AEON memperkenalkan
produk digitalnya yang memanfaatkan teknologi 'Non-Fungible Tokens' (NFT) dan
kesan kepada syarikat ialah peniaga dapat memperluaskan produk mereka.
Tambahan lagi, dari aspek prasarana, MaxValu Prime berkeluasan 38,000 kaki
persegi. Akhir sekali persekitaran umum antarabangsa ialah isu isu lonjakan
harga adalah di luar kawalan kumpulan kerana ia adalah fenomena yang berlaku
di peringkat global. Manakala peranan internet terhadap sayrikat ini iaitu dari
sudut e-dagang AEON membangunkan aplikasi myAEON2go dan kesannya
sasaran pasaran dapat diluaskan. Dari sudut e-pemasaran ialah AEON

i
menggunakan platform YouTube untuk mempromosikan produk dan kesannya ialah
jualan menerima lebih banyak sambutan. Di samping itu,Akhir sekali, cadangan
pengkaji ialah syarikat ini harus membuat penambahbaikan cara pengurusannya
bagi meningkatkan keuntungan syarikat ini.

ii
SENARAI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN M/S


1. ABSTRAK i-ii
2. SENARAI KANDUNGAN iii
3. 1.0 PENGENALAN 1-2
4. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 3
5. 3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
3.1 Persekitaran Umum 4-6
3.2 Peranan Internet 6-7
3.3 Sebab Memilih Syarikat 7
6. 4.0 KAEDAH KAJIAN
4.2 Data Sekunder 8-9
7. 5.0 DAPATAN KAJIAN
5.1 Pengaruh Persekitaran Umum Perniagaan AEON Co. (M)
Bhd.
5.1.1 Persekitaran Ekonomi 10-13
5.1.2 Persekitaran Persaingan dan Jaringan 13-14
5.1.3 Persekitaran Sosiobudaya 15-16
5.1.4 Persekitaran Politik dan Undang-undang 16-18
5.1.5 Persekitaran Teknologi 18-20
5.1.6 Persekitaran Prasarana 20-21
5.1.7 Persekitaran Antarabangsa 21-22
5.2 Peranan Internet dalam Meluaskan Perniagaan AEON Co.
(M) Bhd.
5.2.1 E-dagang 23-24
5.2.2 E-pemasaran 24-25
8. 6.0 PENUTUP
6.1 Rumusan Kajian 26
6.2 Cadangan 27
9. 7.0 RUJUKAN 28-32
10. 8.0 LAMPIRAN 32-38

iii

You might also like