You are on page 1of 405

BBED4103

E-DAGANG
Siti Hadijah Bachok
Yap Ching Seng

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dr Mansor Fadzil
Prof Madya Dr Wardah Mohamad
Open University Malaysia

Penulis Modul: Siti Hadijah Bachok


Yap Ching Seng
Universiti Putra Malaysia

Penyederhana: Akhbar Ali Mohamed Noordin


Universiti Teknologi MARA

Dr Abdul Rahman S. Senathirajah


Open University Malaysia

Penterjemah: Radi Mohamad


Pejabat Kerajaan Negeri Selangor

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Dicetak oleh: Meteor Doc. Sdn. Bhd.


Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9,
Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Edisi Pertama, Ogos 2014

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Ogos 2014, BBED4103


Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus xiăxvi

Topik 1 Pengenalan kepada E-dagang 1


1.1 Perdagangan Tradisional dan E-dagang 2
1.1.1 Perdagangan Tradisional 2
1.1.2 E-dagang 5
1.1.3 Perbezaan antara E-dagang dan Perdagangan
Tradisional 8
1.1.4 Proses Perniagaan dalam E-dagang 13
1.1.5 Kelebihan E-dagang 16
1.1.6 Kekurangan E-dagang 18
1.1.7 Perbezaan antara E-dagang dan E-perniagaan 19
1.2 Kategori E-dagang 21
1.2.1 E-dagang Perniagaan ke Pengguna 22
1.2.2 E-dagang Perniagaan ke Perniagaan 23
1.2.3 E-dagang Pengguna ke Pengguna 24
1.2.4 E-dagang Pengguna ke Perniagaan 25
1.2.5 Perdagangan Mudah Alih (M-dagang) 26
1.3 Asal Usul dan Pertumbuhan E-Dagang 28
1.3.1 Era Inovasi (1995ă2000) 29
1.3.2 Era Penyatuan (2001ă2006) 32
1.3.3 Era Penciptaan Semula (2007ăMasa Depan) 34
1.3.4 Ramalan Masa Depan 36
1.4 Memahami E-dagang: Mengatur Tema 38
1.4.1 Teknologi 39
1.4.2 Perniagaan 40
1.4.3 Masyarakat 40
Rumusan 42
Kata Kunci 43

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 2 Model Perniagaan E-dagang 44


2.1 Elemen Utama Model Perniagaan 45
2.1.1 Nilai Saranan 47
2.1.2 Model Pendapatan 49
2.1.3 Peluang Pasaran 54
2.1.4 Persekitaran yang Kompetitif 55
2.1.5 Kelebihan Persaingan 56
2.1.6 Strategi Pasaran 59
2.1.7 Pembangunan Organisasi 59
2.1.8 Pasukan Pengurusan 60
2.2 Model Perniagaan B2C 63
2.2.1 Portal 63
2.2.2 E-runcit 66
2.2.3 Penyedia Kandungan 67
2.2.4 Broker Urus Niaga 69
2.2.5 Pencipta Pasaran 71
2.2.6 Penyedia Perkhidmatan 72
2.2.7 Penyedia Komuniti 74
2.3 Model Perniagaan B2B 76
2.4 Model Perniagaan C2C 84
2.4.1 Model Perniagaan Perangkai Padan (P2P ă
Peer-to-Peer) 86
Rumusan 87
Kata Kunci 89

Topik 3 Internet dan Jaringan Sejagat 90


3.1 Internet 91
3.1.1 Asal Usul dan Perkembangan Internet 92
3.1.2 Tulang Belakang Internet 94
3.2 Konsep Utama Teknologi Internet 96
3.2.1 Pensuisan Paket 97
3.2.2 TCP/IP 99
3.2.3 Pengkomputeran Pelanggan atau Pelayan 104
3.2.4 Intranet 105
3.2.5 Ekstranet 106
3.2.6 Internet II 108

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

3.3 Jaringan Sejagat 110


3.3.1 Hiperteks, HTML dan Pelayar Web 110
3.3.2 Aplikasi Internet dan WWW 113
3.3.3 Perkhidmatan dan Ciri-ciri Web 2.0 120
Rumusan 125
Kata Kunci 126

Topik 4 Teknologi Wayarles Perdagangan Mudah Alih 127


4.1 Teknologi Wayarles 128
4.1.1 Perkakasan 129
4.1.2 Perisian 131
4.1.3 Rangkaian Telekomunikasi Wayarles 131
4.2 Aplikasi M-dagang 136
4.2.1 Aplikasi Kewangan Mudah Alih 136
4.2.2 Membeli-belah Mudah Alih, Pengiklanan dan
Penyediaan Kandungan 137
4.2.3 Hiburan Mudah Alih 139
4.2.4 M-dagang Berasaskan Lokasi 140
4.3 Perusahaan Mudah Alih 142
4.4 Keselamatan dan Isu Etika dalam M-dagang 143
Rumusan 145
Kata Kunci 146

Topik 5 Pembangunan Laman Web Wayarles E-dagang 147


5.1 Membina Laman Web E-dagang yang Berjaya 148
5.1.1 Membangunkan Laman Web E-dagang 148
5.1.2 Kitaran Hayat Pembangunan Sistem 149
5.2 Memilih Perisian Pelayan 159
5.2.1 Seni Bina Laman Web Mudah lawan Pelbagai Aras 159
5.2.2 Perisian Pelayan Web 161
5.2.3 Pelayan Aplikasi 166
5.2.4 Fungsi Perisian Pelayan Peniaga E-dagang 167
5.3 Memilih Perkakasan bagi Laman Web E-dagang 171
5.3.1 Menyesuaikan Saiz Perkakasan Platform: Dari Segi
Permintaan 172
5.3.2 Menyesuaikan Saiz Perkakasan Platform: Dari Segi
Bekalan 174
5.4 Lain-lain Alatan Laman E-dagang 177
Rumusan 184
Kata Kunci 185

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Topik 6 Keselamatan E-dagang 186


6.1 Keselamatan E-dagang 187
6.1.1 Skop Jenayah E-dagang 187
6.1.2 Apakah Keselamatan E-dagang yang Baik? 188
6.1.3 Dimensi Keselamatan E-dagang 189
6.1.4 Ancaman Keselamatan dalam Persekitaran
E-dagang 193
6.2 Penyelesaian Teknologi 209
6.2.1 Enkripsi 209
6.2.2 Pengehadan untuk Penyelesaian Enkripsi 222
6.2.3 Menjamin Saluran Komunikasi 222
6.2.4 Melindungi Rangkaian 226
6.2.5 Melindungi Pelayan dan Pelanggan 230
6.3 Dasar dan Prosedur 232
6.3.1 Pelan Keselamatan: Dasar Pengurusan 232
6.3.2 CyberSecurity Malaysia 237
Rumusan 238
Kata Kunci 239

Topik 7 Sistem Pembayaran E-dagang 240


7.1 Kad Pembayaran 241
7.1.1 Kelebihan dan Kekurangan Kad Pembayaran 243
7.1.2 Penerimaan Pembayaran dan Pemprosesan 244
7.2 Tunai Digital 250
7.2.1 Kelebihan dan Kekurangan Tunai Digital 252
7.2.2 Sistem Tunai Digital 255
7.3 Dompet Digital 256
7.3.1 Syarikat yang Masih Ada di Bidang Dompet
Digital 259
7.4 Sistem Pembayaran Nilai Tersimpan 261
7.4.1 PayPal 261
7.4.2 Kad Jalur Magnetik 262
7.4.3 Kad Pintar 263
7.5 Sistem Pembayaran E-dagang yang Lain 267
7.5.1 Sistem Pembayaran Baki Terkumpul Digital 268
7.5.2 Sistem Pembayaran Semakan Digital 268
7.5.3 Penyampaian Bil Elektronik dan Pembayaran
Elektronik 270
7.5.4 Jenis Sistem EBPP 272
Rumusan 274
Kata Kunci 275

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

Topik 8 Konsep Pemasaran E-dagang 276


8.1 Konsep Pemasaran Asas 277
8.1.1 Set Ciri-ciri 278
8.1.2 Produk, Jenama dan Proses Penjenamaan 279
8.1.3 Segmentasi dan Kedudukan 282
8.1.4 Adakah Jenama Rasional? 283
8.2 Teknologi Pemasaran Internet 286
8.2.1 Revolusi dalam Teknologi Pemasaran Internet 287
8.2.2 Log Transaksi Web 288
8.2.3 Kuki (Cookies) dan Pepijat Web 293
8.2.4 Pangkalan Data, Gudang Data dan Perlombongan
Data 296
8.2.5 Rangkaian Pengiklanan 302
8.2.6 Sistem Pengurusan Perhubungan Pelanggan 304
8.3 Pemasaran E-dagang dan Strategi Penjenamaan 306
8.3.1 Strategi Kemasukan Pasaran 307
8.3.2 Mewujudkan Perhubungan Pelanggan 310
8.4 Penyelidikan Pasaran Dalam Talian 317
8.4.1 Penyelidikan Utama 318
8.4.2 Penyelidikan Sekunder 321
Rumusan 323
Kata Kunci 324

Topik 9 Komunikasi Pemasaran E-dagang 325


9.1 Komunikasi Pemasaran E-dagang 326
9.1.1 Pengiklanan dalam Talian 327
9.1.2 Pemasaran E-mel Secara Langsung 338
9.1.3 Katalog dalam Talian 339
9.1.4 Pemasaran Rangkaian Sosial 340
9.1.5 Menggabungkan Pemasaran Komunikasi dalam
Talian dan Luar Talian 343
9.2 Laman Web sebagai Alat Komunikasi Pemasaran 345
9.2.1 Nama Domain yang Sesuai 346
9.2.2 Pengoptimuman Enjin Carian 346
9.2.3 Fungsi Laman Web 349
Rumusan 351
Kata Kunci 352

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


viii  ISI KANDUNGAN

Topik 10 Impak Perundangan, Etika dan Masyarakat terhadap


E-dagang 353
10.1 Konsep Undang-undang dan Etika 354
10.2 Isu Undang-undang lawan Isu Etika 356
10.3 Privasi 357
10.3.1 Pengumpulan Maklumat 358
10.3.2 Perlindungan Privasi 361
10.3.3 Penyelesaian Teknologi untuk Pencerobohan
Privasi 362
10.4 Hak Harta Intelek 365
10.4.1 Hak Cipta 366
10.4.2 Tanda Dagangan 369
10.4.3 Paten 373
10.4.4 Laman Web Penyokong dan Pembenci 375
10.5 Kebebasan Bersuara lawan Penapisan 376
10.6 Isu Perundangan yang lain 378
10.6.1 Kontrak Elektronik 378
10.6.2 Ejen Elektronik 380
10.6.3 Perjudian Elektronik 380
10.7 Isu Penipuan E-dagang dan Kemasyarakatan 382
10.7.1 Penipuan Internet 382
10.7.2 Perlindungan Pengguna 383
10.7.3 Isu Kemasyarakatan 384
Rumusan 387
Kata Kunci 388

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Copyright © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal
sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
BBED4103 E-dagang ialah salah satu kursus yang ditawarkan oleh OUM
Business School di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan
3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus utama ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran
kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran
yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum
dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut
dikendalikan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan
40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus
yang bernilai 3 jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran


Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam
3
perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Perbincangan atas talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan model perniagaan e-dagang;

2. Membincangkan sejarah dan perkembangan global e-dagang;

3. Mengaplikasikan kemahiran untuk mengumpulkan maklumat melalui


Internet;

4. Menggabungkan pengetahuan asas berkaitan risiko keselamatan rangkaian


dan penyelesaian, enkripsi dan sistem pembayaran;

5. Menguruskan kemahiran untuk memasarkan orang dan organisasi di


Internet; dan

6. Menerokai isu dan masalah persekitaran e-dagang seperti privasi, hak harta
intelektual dan penipuan e-dagang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang disenaraikan berikut:

Topik 1 memperkenalkan e-dagang. Ia menyentuh perdagangan tradisional,


perbezaan jenis model perniagaan e-dagang dan era e-dagang. Ia juga
menerangkan tiga tema e-dagang yang saling berkaitan: teknologi, perniagaan
dan masyarakat.

Topik 2 menghuraikan model perniagaan e-dagang. Ia juga menyentuh konsep


yang terlibat dalam kedua-dua syarikat B2C dan B2B.

Topik 3 memberi tumpuan kepada Internet dan jaringan sejagat. Anda juga akan
belajar asal usul, konsep dan peranan Internet dalam e-dagang. Topik ini juga
menyentuh jaringan sejagat, intranet dan ekstranet.

Topik 4 memperkenalkan teknologi wayarles yang mendasari pembangunan


m-dagang. Ia membincangkan jenis rangkaian telekomunikasi wayarles utama
dan aplikasi m-dagang dalam pelbagai bidang. Ia juga menyentuh keselamatan
dan isu etika dalam m-dagang.

Topik 5 memberi tumpuan kepada pembangunan laman web e-dagang. Ia


membincangkan bagaimana untuk memilih perisian, perkakasan dan alatan lain
yang boleh meningkatkan prestasi laman web.

Topik 6 meneroka keselamatan dalam talian. Ia mentakrifkan pada dimensi


utama, ancaman keselamatan utama dan teknologi enkripsi e-dagang. Ia juga
menyentuh alatan yang digunakan untuk mewujudkan saluran komunikasi
Internet yang selamat dan melindungi rangkaian, pelayan dan pelanggan.

Topik 7 mengenal pasti pelbagai jenis sistem pembayaran e-dagang. Ia


menerangkan digital tunai, dompet digital, kad nilai tersimpan, baki terkumpul
digital, pemeriksaan digital dan penyampaian bil serta pembayaran sistem
elektronik.

Topik 8 memberi tumpuan kepada konsep pemasaran dalam e-dagang. Ia


menyentuh pemasaran dalam talian, penyelidikan pasaran dalam talian dan
e-dagang pemasaran serta strategi penjenamaan.

Topik 9 memfokuskan kepada komunikasi pemasaran e-dagang. Ia menerangkan


bentuk dan kaedah pengiklanan yang digunakan dalam komunikasi pemasaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

Topik 10 menjelaskan isu undang-undang, etika dan sosial dalam e-dagang. Ia


juga menyentuh mengenai perlindungan privasi, harta intelek dan penipuan
e-dagang.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan
sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda
telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.
Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan
dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan ialah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Pelajar kursus ini dikehendaki lulus kursus BBPP1103 Prinsip Pengurusan.

Tiada prasyarat dikenakan kepada pelajar sebelum mengambil mata pelajaran


ini.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myVLE.

RUJUKAN
Laudon, K. C., & Traver, C. G. (2010). E-dagang: Business, technology, society
(6th ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education.

Schneider, G. P. (2009). Electronic commerce (8th ed.). Boston, MA: Cengage


Learning.

Turban, E., King, D., Lee, J., Liang, T. P., & Turban, D. (2010). Electronic
commerce: A managerial perspective (6th ed.). Upper Saddle River, NJ:
Pearson Education.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI


DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada
30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books247, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengenalan
1 kepada
E-dagang
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membezakan antara aktiviti e-dagang dan perdagangan tradisional;
2. Menerangkan sifat e-dagang;
3. Menerangkan elemen e-dagang;
4. Membincangkan kebaikan dan keburukan e-dagang;
5. Mengenal pasti kategori model perniagaan e-dagang;
6. Menghuraikan kejayaan dan kegagalan e-dagang dalam era yang
berbeza; dan
7. Mengenal pasti tema asas kajian e-dagang.

 PENGENALAN
Apakah yang dimaksudkan dengan perdagangan elektronik atau lebih dikenali
sebagai e-dagang? Adakah anda pernah mendengar istilah ini?

Bagi kebanyakan orang, e-dagang bermakna membeli-belah di Internet atau


dalam talian yang digambarkan dalam Rajah 1.1. Namun, e-dagang lebih meluas
dan merangkumi pelbagai aktiviti perniagaan, bukan sekadar membeli-belah
dalam talian. Topik ini akan memberikan penerangan dan definisi e-dagang
yang menyeluruh. Kita akan melihat ciri-ciri unik e-dagang dan perbezaannya
berbanding perdagangan tradisional dan juga penerangan tentang kategori

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG

model perniagaan e-dagang. Kemudian, asal usul dan pertumbuhan e-dagang


akan diterangkan dan diikuti dengan perbincangan mengenai tiga tema yang
saling berkaitan dengan meluas dalam e-dagang.

Rajah 1.1: Membeli-belah dalam talian


Sumber: http://www.cartoonstock.com

1.1 PERDAGANGAN TRADISIONAL DAN


E-DAGANG
Sebelum kita menceburi e-dagang, baik kita melihat aktiviti yang dilaksanakan
oleh syarikat secara manual ketika stafnya menjalankan sebarang perniagaan
dan kemudian belajar bagaimana syarikat ini mungkin menjalankan aktiviti ini
secara elektronik. Oleh itu, dalam sub-topik seterusnya, kita akan melihat kepada
dua jenis perdagangan: tradisional dan elektronik.

1.1.1 Perdagangan Tradisional


Perdagangan atau menjalankan aktiviti perniagaan ialah rundingan pertukaran
objek berharga atau perkhidmatan antara dua pihak atau lebih dan termasuk
semua aktiviti yang dilakukan oleh semua pihak yang menyelesaikan urus niaga
tersebut.

Kita boleh memeriksa mana-mana urus niaga perniagaan dari sudut pembeli
atau penjual. Mari kita lihat aktiviti yang terlibat dalam perdagangan tradisional
bagi pembeli seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG  3

Jadual 1.1: Aktiviti Perdagangan Tradisional untuk Pembeli

Aktiviti Deskripsi
Mengenal pasti keperluan Pembeli bermula dengan mengenal pasti keperluan. Ini
khusus mungkin keperluan yang mudah, seperti apabila seseorang
memutuskan untuk membeli sandwic kerana dia berasa
lapar atau dia boleh menjadi sangat kompleks seperti perlu
mencari sekolah yang paling sesuai untuk anaknya.
Mencari produk atau Apabila pembeli telah mengenal pasti keperluan khusus
perkhidmatan yang akan mereka, mereka perlu mencari produk atau perkhidmatan
memenuhi keperluan yang diperlukan untuk memuaskan keperluan mereka.
khusus Dalam perdagangan tradisional, pembeli menggunakan
pelbagai teknik carian. Mereka boleh merujuk pada
katalog, bertanya kepada rakan, membaca iklan atau
memeriksa direktori. Pembeli boleh berunding dengan
jurujual untuk mengumpul maklumat mengenai ciri-ciri
khusus dan keupayaan produk yang mereka sedang
pertimbangkan.
Memilih penjual Selepas pembeli telah memilih produk atau perkhidmatan
yang akan memenuhi keperluan mereka yang telah
dikenal pasti, mereka mesti memilih penjual yang boleh
membekalkan produk atau perkhidmatan itu. Pembeli
dalam perdagangan tradisional akan menghubungi penjual
dalam pelbagai cara, contohnya, melalui telefon, melalui
pos dan bersemuka di pameran perdagangan.
Rundingan urus niaga Selepas memilih penjual, pembeli berunding tentang urus
pembelian niaga pembelian. Urus niaga ini mungkin mempunyai
banyak unsur, termasuk tarikh penghantaran, maklumat
logistik, kaedah penghantaran, harga, jaminan, terma
pembayaran dan akan selalu membabitkan spesifikasi khas
yang akan disahkan melalui pemeriksaan apabila produk
dihantar atau perkhidmatan dilaksanakan.
Membuat pembayaran Apabila pembeli berpuas hati dengan produk yang
dibeli atau perkhidmatan memenuhi terma dan syarat
yang dipersetujui oleh pembeli dan penjual, pembeli akan
membuat bayaran.
Melakukan Selepas penjualan selesai, pembeli mungkin masih
penyelenggaraan biasa menghubungi penjual bagi urusan tuntutan waranti, naik
dan membuat tuntutan taraf dan penyelenggaraan biasa.
jaminan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG

Adakah anda tahu bahawa setiap tindakan yang diambil oleh pembeli ketika
melakukan dagangan akan menimbulkan reaksi bersangkutan pada penjual?
Aktiviti yang terlibat dalam perdagangan tradisional dari sudut penjual adalah
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.2.

Jadual 1.2: Aktiviti Perdagangan Tradisional untuk Penjual

Aktiviti Deskripsi
Mengendalikan kajian Penjual sering menjalankan kajian pasaran untuk
pasaran untuk mengenal mengenal pasti potensi keperluan pelanggan. Malah
pasti keperluan perniagaan yang telah menjual produk yang sama atau
pelanggan perkhidmatan selama bertahun-tahun mencari jalan untuk
memperbaiki dan memperluaskan tawaran mereka.
Syarikat menjalankan tinjauan melalui jurujual yang
bercakap dengan pelanggan, menggerakkan kumpulan
fokus dan mengupah perunding luar untuk membantu
mereka dalam proses pengenalpastian ini.
Mencipta produk atau Setelah keperluan pelanggan dikenal pasti, penjual
perkhidmatan yang akan mencipta produk dan perkhidmatan yang mereka percaya
memenuhi keperluan akan memenuhi keperluan tersebut. Ini termasuk aktiviti
pelanggan reka bentuk, ujian dan pengeluaran.
Mengiklankan dan Langkah seterusnya bagi penjual adalah dengan
mempromosikan produk membuat pelanggan berpotensi mengetahui produk
atau perkhidmatan atau perkhidmatan yang baru. Untuk menyampaikan
maklumat tentang produk dan perkhidmatan mereka,
penjual menggunakan pelbagai jenis aktiviti promosi dan
pengiklanan kepada pelanggan sedia ada dan berpotensi.
Rundingan urus niaga Setelah pelanggan memberi respons kepada aktiviti
jualan, termasuk promosi penjual, kedua-dua pihak perlu berunding
penghantaran logistik, mengenai butiran urus niaga pembelian. Dalam beberapa
pemeriksaan, pengujian kes, ini adalah mudah, contohnya, banyak urus niaga
dan penerimaan runcit hanya melibatkan pembeli memasuki kedai penjual,
memilih dan memeriksa barang untuk dibeli dan
membayarnya. Dalam kes lain, urus niaga pembelian
memerlukan rundingan yang berpanjangan untuk
menyelesaikan beberapa aspek dari segi penghantaran,
pemeriksaan, pengujian dan penerimaan.
Penghantaran barangan Selepas penjual dan pembeli menyelesaikan penghantaran
dan invois pelanggan logistik, penjual akan menghantar barangan atau
menyediakan perkhidmatan dan menghantar invois
kepada pembeli.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG  5

Menerima dan Dalam beberapa kes, penjual memerlukan bayaran


memproses bayaran sebelum atau pada masa penghantaran dibuat. Walau
pelanggan bagaimanapun, kebanyakan perniagaan berurusan antara
satu sama lain secara kredit, oleh itu penjual mesti
menyimpan rekod jualan dan menunggu pelanggan
membuat bayaran. Kebanyakan perniagaan mengekalkan
sistem yang canggih untuk menerima dan memproses
bayaran pelanggan. Mereka perlu menjejaki jumlah
tertunggak dan memastikan bahawa bayaran yang diterima
ialah dikreditkan ke dalam akaun pelanggan yang betul
dan telah di invois.

SEMAK KENDIRI 1.1

Apakah persamaan antara aktiviti perniagaan dari sudut pembeli dan


penjual?

1.1.2 E-dagang
Selama beberapa dekad, syarikat telah menggunakan pelbagai alat komunikasi
elektronik untuk menjalankan pelbagai jenis urus niaga perniagaan. Bank telah
menggunakan Pemindahan Dana Elektronik (EFT ă Electronic Fund Transfer)
untuk memindahkan wang pelanggan di seluruh dunia. Semua jenis perniagaan
telah menggunakan Pertukaran Data Elektronik (EDI ă Electronic Data
Interchange) untuk membuat pesanan dan menghantar invois. Peruncit telah
menggunakan pengiklanan televisyen untuk menjana pesanan telefon daripada
orang ramai bagi pelbagai jenis barangan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG

Adakah anda sedar bahawa sesetengah orang menggunakan istilah „e-dagang‰


bagi aktiviti yang khusus menggunakan Internet untuk menjalankan perniagaan?
Pada dasarnya, e-dagang bercirikan beberapa sifat seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Sifat e-dagang

AKTIVITI 1.1

1. Dengan menggunakan perkataan anda sendiri, terangkan apa


yang anda faham mengenai e-dagang.

2. Beri beberapa contoh aktiviti e-dagang. Anda boleh mencari di


Internet atau mana-mana buku-buku yang berkaitan untuk
mengetahuinya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG  7

Mari kita lihat penjelasan terperinci bagi setiap sifat seperti yang digambarkan
dalam Jadual 1.3.

Jadual 1.3: Sifat E-dagang

Sifat E-dagang Deskripsi

Pertukaran maklumat Pertukaran maklumat ini boleh mewakili komunikasi


digital antara pihak antara dua pihak, penyelarasan aliran barangan dan
perkhidmatan atau penghantaran pesanan elektronik.
Pertukaran ini boleh berlaku antara organisasi, individu atau
kedua-duanya
Teknologi dibolehkan E-dagang menggunakan teknologi yang membolehkan urus
niaga seperti pelayar Internet di jaringan sejagat (WWW ă
World Wide Web), Mesin Teler Automatik (ATM ă Automated
Teller Machine) dan Pemindahan Data Elektronik antara rakan
perniagaan ke perniagaan, dan perbankan elektronik.
Perniagaan biasanya menguruskan urus niaga dengan
pelanggan dan pasaran melalui interaksi muka ke muka
sepenuhnya; dalam e-dagang, urus niaga tersebut boleh
diuruskan dengan menggunakan teknologi
Teknologi pengantara Secara berperingkat, daripada teknologi yang membolehkan
urus niaga, e-dagang kini beralih ke dalam hubungan
teknologi pengantara. Pembeli dan penjual tidak lagi bertemu
untuk berurus niaga dalam dunia „pasaran‰ fizikal tetapi
bertemu di „ruang pasaran‰ maya. Urus niaga perniagaan
dan hubungan dengan pelanggan dalam ruang pasaran
sebahagian besarnya diuruskan oleh teknologi. Oleh itu,
kejayaan perniagaan terletak kepada sejauh mana pemantauan
dan mesin menguruskan pelanggan serta harapan mereka

Berdasarkan Jadual 1.3, e-dagang boleh diringkaskan seperti berikut:

E-dagang melibatkan urus niaga perdagangan yang aktif secara digital antara
dan dalam kalangan organisasi dan individu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG

1.1.3 Perbezaan antara E-dagang dan Perdagangan


Tradisional
Bagaimanakah untuk membezakan e-dagang daripada perdagangan tradisional?
Berikut adalah elemen yang membuat e-dagang unik atau berbeza daripada
perdagangan tradisional seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.3:

Rajah 1.3: Elemen e-dagang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG  9

Ada lapan elemen e-dagang. Setiap satu akan dihuraikan dalam Jadual 1.4.

Jadual 1.4: Elemen E-dagang

Elemen Deskripsi
Teras keputusan Keputusan strategik mengenai halaman utama kedai maya,
strategik berasaskan perkhidmatan dan pengalaman pelanggan, dan kandungan
teknologi halaman (site) adalah bercampur dengan keputusan teknologi.
Keputusan ini adalah berkaitan dengan berikut:
(a) Pemilihan penyedia perkhidmatan;
(b) Sistem perniagaan biasa; dan
(c) Pendekatan kepada reka bentuk web.
Berbeza dengan perdagangan tradisional, perniagaan digital
tidak boleh membuat pilihan teknologi daripada proses
membuat keputusan strategik. Ini tidak bermakna bahawa
teknologi tidak penting untuk perdagangan tradisional tetapi
sebaliknya keputusan teknologi adalah bukan terikat
sepenuhnya dengan strategi
Sentiasa ada E-dagang sentiasa ada, maknanya ia boleh didapati di mana-
mana dan pada setiap masa. Halaman utama web dijangka
beroperasi tujuh hari seminggu, 24 jam sehari dan 365 hari
setahun. Capaian pada tahap ini mempunyai implikasi yang
penting bagi pihak yang berikut:
(a) Pelanggan
Para pelanggan sentiasa dapat melakukan perkara yang
berikut:
(i) Mengumpul maklumat;
(ii) Menjalankan carian produk;
(iii) Membandingkan harga di beberapa laman web; dan
(iv) Memesan produk.
Pelanggan juga boleh membeli-belah di rumah, tempat
kerja atau dari kereta dengan menggunakan perdagangan
mudah alih atau peranti wayarles digital seperti telefon
bimbit, komputer riba dan Pembantu Digital Peribadi
(PDA ă Personal Digital Assistants) untuk membolehkan
urus niaga di web (rujuk Rajah 1.4).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG

Rajah 1.4: Peranti wayarles digital


Sumber: http://www.topnews.in

(b) Syarikat
Bagi syarikat pula, akses tahap ini telah memaksa
perniagaan untuk mengubah kedua-dua taktikal responsif
kepada tindakan kompetitif dan tindak balas strategik. Ia
juga mengurangkan kos urus niaga dan kos mengambil
bahagian dalam pasaran. Untuk berurus niaga, ia tidak
perlu lagi membazirkan masa dan wang untuk pergi ke
pasaran
Persaingan responsif Halaman utama e-dagang sering terlibat dalam dialog dinamik
masa nyata pada platform awam di Web. Oleh itu, adalah lebih mudah
untuk syarikat-syarikat meniru kejayaan pesaing mereka. Dalam
pasaran e-dagang, harga dan kos menjadi lebih telus. Ketelusan
harga merujuk kepada kesenangan pengguna mengetahui
pelbagai harga yang terdapat di pasaran.
Ini tidak bermakna pasaran e-dagang akan akhirnya berkembang
seperti status komoditi dengan hanya harga menjadi
pertimbangan. Sebaliknya, kelajuan inovasi, penjenamaan,
kemudahan penggunaan, keberkesanan operasi, kepelbagaian
produk dan perjanjian gabungan boleh digunakan oleh syarikat
untuk mengekalkan atau meningkatkan perbezaan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG  11

Teknologi Dalam perdagangan tradisional, pelanggan menjalankan urus


berasaskan antara niaga sama ada secara bersemuka atau melalui telefon dengan
muka pelanggan kerani kedai, pengurus akaun atau individu lain. Sebaliknya,
antara muka pelanggan e-dagang merupakan interaksi „skrin ke
muka‰. Ini termasuk komputer berasaskan monitor, mesin ATM,
PDA atau peranti elektronik lain.
Jenis antara muka ini meletakkan tanggungjawab yang besar ke
atas organisasi untuk mengumpul dan mewakili pengalaman
pelanggan kerana selalunya tiada peluang untuk interaksi
manusia secara langsung pada pertemuan itu. Jika antara muka
direka dengan betul, pelanggan tidak perlu lagi melakukan
perbualan pada masa yang sama atau membuat susulan
perbualan telefon
Kawalan interaksi Dalam kebanyakan laman web, pelanggan yang mengawal
pelanggan interaksi skrin ke muka. Pelanggan mengawal elemen yang
berikut:
(a) Proses carian;
(b) Masa digunakan untuk pelbagai halaman;
(c) Perbandingan tahap harga atau produk;
(d) Dengan siapa pelanggan bertemu; dan
(e) Keputusan untuk membeli.
Dalam pertukaran muka ke muka, kawalan boleh dilakukan
oleh pembeli, penjual atau ahli komuniti. Kedai maya boleh
cuba membentuk pengalaman pelanggan dengan menyasar
promosi unik, konfigurasi semula halaman utama kedai untuk
mencerminkan tingkah laku carian yang lepas, cadangan
berdasarkan tingkah laku sebelumnya daripada pengguna
biasa yang lain dan akses kepada maklumat pemilik. Walau
bagaimanapun, penjual mempunyai kuasa yang kurang dalam
persekitaran dalam talian kerana kawalan dan aliran maklumat
dalam dunia talian terletak di tangan pelanggan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG

Pengetahuan Walaupun pelanggan mengawal interaksi, syarikat mempunyai


tentang tingkah laku akses luar biasa untuk memerhati dan mengesan tingkah laku
pelanggan pengguna individu. Syarikat melalui syarikat pengukuran pihak
ketiga, boleh mengesan pelbagai tingkah laku seperti:
(a) Laman web yang telah dilayari;
(b) Tempoh masa yang dihabiskan di halaman;
(c) Kandungan senarai hasrat dan troli membeli-belah;
(d) Jumlah yang dibeli;
(e) Kelakuan pembelian berulang; dan
(f) Lain-lain metrik.
Tahap mengesan tingkah laku pelanggan ini berbanding
mengesan sikap pengguna, pengetahuan atau niat tingkah laku,
tidak mungkin berlaku dalam perdagangan tradisional
Membenarkan Teknologi e-dagang membenarkan yang berikut:
keperibadian dan
(a) Keperibadian
penyesuaian
Pedagang boleh menyasarkan mesej pemasaran mereka
kepada individu tertentu dengan melaraskan mesej
kepada nama seseorang, minat dan belian yang lepas.
(b) Penyesuaian
Menukar produk atau perkhidmatan yang diberi
berdasarkan pilihan pengguna atau tingkah laku
pengguna terdahulu.
Kesimpulannya, setiap perbezaan daripada perdagangan
tradisional membuat perniagaan e-dagang menjadi unik.
Gabungan skrin antara muka pelanggan, maklum balas masa
nyata yang kompetitif, dan penyesuaian satu ke satu membawa
kepada „nilai peningkatan‰ untuk kedua-dua pelanggan dan
syarikat

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG  13

Capaian global Teknologi e-dagang membolehkan urus niaga komersial


melangkaui budaya dan sempadan negara dengan jauh lebih
mudah dan kos efektif daripada perdagangan tradisional.
Hasilnya, potensi saiz pasaran untuk peniaga e-dagang secara
kasarnya sama dengan saiz populasi dalam talian di dunia.
Jumlah pelanggan yang boleh diperoleh dalam perniagaan e-
dagang ialah ukuran pencapaiannya.
Sebaliknya, kebanyakan perdagangan tradisional ialah
perdagangan tempatan atau serantau dan ia melibatkan peniaga
tempatan atau peniaga serantau dengan cawangan tempatan.
Televisyen, stesen radio dan surat khabar, contohnya, ialah
syarikat tempatan utama dan institusi serantau yang terhad
tetapi mempunyai kuasa rangkaian nasional yang boleh menarik
penonton serantau. Berbeza dengan teknologi e-dagang, teknologi
perdagangan yang lama ini tidak mudah menyeberangi
sempadan negara untuk mencapai penonton global

1.1.4 Proses Perniagaan dalam E-dagang


Adakah anda tahu bahawa sejak pengenalan e-dagang, banyak istilah baru telah
mula berkembang untuk menggambarkan pelbagai jenis perniagaan?
Contohnya, lihat istilah yang berikut:

(a) Perniagaan Bata dan Mortar


Perniagaan yang mempunyai lokasi fizikal, seperti kedai yang kita boleh
berjalan masuk ke dalam dan membeli barang; dan

(b) Perniagaan Klik dan Bata


Pperniagaan yang mempunyai lokasi fizikal dan kewujudan perniagaan
dalam talian.

Sungguh pun begitu, dalam sub-topik ini, kita akan melihat ke dalam proses
perniagaan biasa yang terlibat dalam perdagangan. Dalam kebanyakan kes,
proses perniagaan menggunakan aktiviti perdagangan tradisional dengan amat
berkesan dan teknologi tidak boleh memperbaikinya. Produk yang selalunya
disukai oleh bakal pembeli untuk disentuh, dihidu atau diperiksa dengan lebih
dekat sukar untuk dijual menggunakan perdagangan elektronik. Contohnya,
pelanggan mungkin enggan membeli pakaian berfesyen dan produk makanan
yang mudah rosak yang ditunjukkan dalam Rajah 1.5 seperti daging dan buah-
buahan jika mereka tidak dapat memeriksa produk dengan lebih dekat sebelum
bersetuju untuk membelinya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG

Rajah 1.5: Barangan makanan mudah rosak


Sumber: http://www.akumal-villas.com

Peniaga runcit mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam perdagangan


tradisional terutamanya ketika mewujudkan persekitaran kedai yang membantu
meyakinkan pelanggan membuat pembelian. Gabungan reka bentuk kedai,
susun atur dan pengetahuan paparan produk dipanggil barang dagangan. Selain
itu, banyak jurujual telah membangunkan kemahiran yang membolehkan
mereka untuk mengenal pasti keperluan pelanggan dan mencari produk atau
perkhidmatan yang memenuhi keperluan tersebut. Seni perdagangan dan jualan
peribadi menjadi sukar untuk diamalkan dari jauh.

Sebaliknya, sesetengah produk lebih mudah dijual di Internet berbanding


produk yang lain. Seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 1.6, produk seperti
buku atau CD ialah pilihan barang yang baik untuk e-dagang kerana pelanggan
tidak perlu menggunakan deria mereka untuk merasai ciri-ciri tertentu item
tersebut sebelum mereka membelinya. Oleh sebab setiap salinan buku yang baru
adalah sama seperti salinan yang lain dan pelanggan tidak mengambil kisah
tentang kesesuaian salinan, kesegaran atau lain-lain kualiti, pelanggan biasanya
bersedia untuk membuat pesanan tanpa memeriksa salinan yang bakal diterima.

Rajah 1.6: Buku ialah produk e-dagang yang berpotensi


Sumber: http://earth911.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG  15

Mari kita lihat Jadual 1.5 yang menunjukkan contoh proses perniagaan. Proses
perniagaan boleh dibahagikan seperti yang berikut:

(a) Proses yang bersesuaian dengan e-dagang;

(b) Proses yang lebih bersesuaian dengan perdagangan tradisional; dan

(c) Proses yang bersesuaian dengan e-dagang dan perdagangan tradisional.

Jadual 1.5: Contoh Proses Perniagaan

E-dagang dan
E-dagang Perdagangan Tradisional
Perdagangan Tradisional

Penjualan atau pembelian Penjualan atau pembelian Penjualan atau pembelian


buku, CD dan barang yang mudah luput kereta
perkhidmatan pelancongan untuk kegunaan segera
Penghantaran perisian Penjualan atau pembelian Perbankan dalam talian
dalam talian produk makanan yang
mudah rosak
Jual beli pelaburan dan Pembelian dan penjualan Perkhidmatan pemadanan
produk insurans berskala kecil rakan sebilik
Pengesanan penghantaran Penjualan atau pembelian Penjualan atau pembelian
dalam talian barang kemas dan barang kediaman hartanah
antik yang bernilai tinggi

Sudah pasti, kesesuaian klasifikasi ini bergantung kepada keadaan semasa


teknologi sedia ada. Oleh itu, ia mungkin berubah sebagai alat baru yang
muncul untuk melaksanakan e-dagang. Proses perniagaan terutamanya yang
bersesuaian dengan perdagangan elektronik ialah penjualan barangan komoditi.

Item komoditi adalah produk atau perkhidmatan yang sukar untuk


dibezakan dengan produk atau perkhidmatan sama yang disediakan oleh
penjual lain. Ciri-cirinya menjadi standard dan terkenal. Petrol, buku, CD
bekalan pejabat, sabun, komputer dan perabot adalah contoh produk
komoditi atau perkhidmatan.

Produk yang mempunyai identiti jenama yang kukuh seperti pemain CD Sony
lebih mudah untuk dijual di web berbanding item tidak berjenama kerana
reputasi jenama mampu mengurangkan atau meningkatkan kebimbangan
pembeli tentang kualiti barangan. Produk lain yang sangat bersesuaian dengan
e-dagang ialah barang yang bersaiz kecil tetapi senang diedarkan kepada
pengguna secara geografi. Koleksi buku komik ialah contoh jenis produk ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG

Gabungan strategi tradisional dan e-dagang sangat berkesan apabila proses


perniagaan membabitkan kedua-dua komoditi dan elemen pemeriksaan
peribadi. Contohnya, ramai orang mencari maklumat di web tentang kereta baru
dan terpakai, namun segelintir sahaja yang sanggup membeli kereta terpakai
tanpa memandu dan memeriksanya secara peribadi.

Dalam kes di atas, e-dagang menyediakan platform yang baik kepada pembeli
untuk mendapatkan maklumat mengenai model yang tersedia, pilihan,
kebolehpercayaan, harga dan wakil penjual. Walau bagaimanapun, kepelbagaian
keadaan kereta terpakai membuatkan komponen perdagangan tradisional
seperti pemeriksaan peribadi menjadi faktor penting dalam rundingan urus
niaga. Dua subtopik seterusnya merumuskan beberapa kebaikan dan keburukan
e-dagang.

SEMAK KENDIRI 1.2

Dalam proses perniagaan yang manakah gabungan strategi tradisional


dan e-dagang sangat berkesan? Terangkan.

1.1.5 Kelebihan E-dagang


Adakah anda tahu mengapa syarikat berminat dalam e-dagang? Syarikat
berminat kerana secara mudahnya, ia boleh membantu meningkatkan
keuntungan. Semua kebaikan e-dagang untuk perniagaan boleh diringkaskan
dalam satu penyataan seperti yang ditunjukkan.

E-dagang boleh meningkatkan jualan dan mengurangkan kos.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG  17

Kebaikan e-dagang adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.6:

Jadual 1.6: Kebaikan E-dagang

Kebaikan Deskripsi
Mudah mencapai Pengiklanan web terancang membolehkan sebuah syarikat yang
sasaran pasaran kecil mempromosikan mesej kepada pelanggan yang berpotensi di
setiap negara di seluruh dunia. Syarikat boleh menggunakan
e-dagang untuk mencapai segmen pasaran yang sempit walaupun
ianya bertaburan secara geografi. Web sangat berguna dalam
mewujudkan komuniti maya yang menghimpunkan mereka yang
berkongsi minat sama di Internet. Komuniti ini menjadi sasaran
pasaran yang ideal bagi jenis produk tertentu atau perkhidmatan.
Kos efektif Perniagaan e-dagang boleh mengurangkan kos pengendalian
pertanyaan jualan, menyediakan sebut harga dan menentukan
ketersediaan produk dalam menyokong jualan dan proses
pengambilan pesanan. Seperti juga e-dagang meningkatkan
peluang jualan kepada penjual, ia juga meningkatkan peluang
pembelian kepada pembeli. Rundingan harga dan syarat
penghantaran ini lebih mudah dalam e-dagang kerana Internet
boleh membantu syarikat dengan cekap mendapatkan maklumat
tawaran yang kompetitif. E-dagang meningkatkan kelajuan dan
ketepatan; perniagaan boleh bertukar-tukar maklumat dengan
mengurangkan kos di kedua-dua belah pihak yang berurus niaga.
Kepelbagaian E-dagang menyediakan pembeli dengan pelbagai pilihan
berbanding perdagangan tradisional kerana pembeli mempunyai
banyak pilihan produk dan perkhidmatan daripada pilihan penjual
yang meluas. Sesetengah pembeli memerlukan maklumat yang
banyak sebelum membuat pembelian, sesetengah lagi tidak.
E-dagang menyediakan pembeli dengan cara mudah untuk
mengetahui maklumat terperinci tentang pembelian yang bakal
dilakukan.
Akses yang cepat Pembeli mempunyai akses segera terhadap maklumat terperinci di
laman web daripada menunggu katalog atau spesifikasi produk
yang diposkan ataupun penghantaran faks. Sesetengah produk
seperti perisian, klip audio atau imej juga boleh disampaikan
melalui Internet yang mengurangkan masa pembeli menunggu
sebelum memperoleh pembelian mereka.
Selamat Pembayaran elektronik menjadi lebih mudah untuk diaudit
dan dipantau berbanding bayaran yang dibuat melalui cek,
memberikan perlindungan terhadap penipuan dan kerugian
kecurian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG

Ketersediaan E-dagang membolehkan orang untuk bekerja dari rumah dan


ini membawa manfaat iaitu mengelakkan kesesakan lalu lintas
dan pencemaran. E-dagang juga membolehkan produk dan
perkhidmatan diperoleh di kawasan pedalaman. Contohnya,
pendidikan jarak jauh membolehkan pengguna mempelajari
kemahiran dan memperoleh ijazah tidak kira di mana mereka
tinggal.

1.1.6 Kekurangan E-dagang


Kita telah melihat kebaikan e-dagang dalam subtopik sebelumnya. Sekarang,
mari kita beralih kepada keburukan e-dagang. Kebanyakan Keburukannya
berpunca daripada teknologi baru dan pembangunan teknologi yang pesat.
Keburukan ini akan hilang apabila e-dagang menjadi matang dan boleh didapati
dan diterima oleh masyarakat secara umum.

Keburukan e-dagang adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.7.

Jadual 1.7: Keburukan E-dagang

Keburukan Deskripsi
Kesukaran Beberapa proses perniagaan tidak boleh menerima pakai e-dagang.
memeriksa dan Contohnya, makanan yang mudah rosak, barangan kos tinggi
memilih yang unik dan antik kerana ia mungkin mustahil untuk memeriksa
secukupnya dari lokasi yang jauh, tanpa mengambil kira teknologi
yang boleh dirancang pada masa akan datang.
Kebanyakan produk dan perkhidmatan memerlukan jumlah
pembeli berpotensi yang banyak dan mampu membeli melalui
Internet. Kebanyakan kedai runcit dalam talian menumpukan
usaha jualan mereka pada barangan berbungkus dan barangan
berjenama. Produk runcit mudah rosak, seperti buah-buahan dan
sayur-sayuran adalah jauh lebih sukar untuk dijual dalam talian
kerana pelanggan mahu memeriksa dan memilih item tertentu
yang masih segar dan menarik.
Kesukaran Perniagaan sering mengira pulangan ke atas pelaburan sebelum
mengira kos memberi komitmen kepada mana-mana teknologi baru. Dalam
e-dagang, pelaburan sukar untuk dikira kerana kos dan faedah
yang tidak boleh dikira. Kos yang merupakan fungsi teknologi,
boleh berubah secara dramatik ketika pelaksanaan projek
e-dagang jangka pendek kerana teknologi asas yang berubah
dengan pantas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG  19

Kesukaran Banyak syarikat mempunyai masalah mengambil dan


mengambil dan mengekalkan pekerja yang mempunyai kemahiran teknologi, reka
mengekalkan bentuk dan proses perniagaan untuk membangunkan e-dagang
pekerja yang berkesan.
Kesukaran Perniagaan menghadapi kesukaran untuk mengintegrasikan
mengintegrasikan pangkalan data yang sedia ada dengan perisian pemprosesan
pangkalan data urus niaga yang direka untuk perdagangan tradisional ke dalam
dan perisian yang perisian yang membolehkan e-dagang.
sedia ada
Kesukaran dari Banyak perniagaan menghadapi halangan budaya dan undang-
segi budaya dan undang dalam menjalankan e-dagang kerana sesetengah
aspek undang- pengguna bimbang untuk memberikan butiran kad kredit mereka
undang kepada peniaga dalam talian yang tidak pernah ditemui.

Walau bagaimanapun, ketika banyak perniagaan dan individu mendapati


manfaat e-dagang sangat menguntungkan, kebanyakan keburukan teknologi
dan budaya dapat diatasi dan menjadi kurang mencabar.

1.1.7 Perbezaan antara E-dagang dan E-perniagaan


Kemajuan pesat teknologi dan aplikasinya dalam perniagaan seolah-olah diiringi
dengan perubahan pesat yang sama dalam istilah. Penggunaan istilah
„e-dagang‰ telah ditambah dengan istilah tambahan seperti „e-perniagaan‰. Ada
perdebatan dalam kalangan pakar dan ahli akademik mengenai makna dan
batasan kedua-dua istilah: e-dagang dan e-perniagaan.

Sesetengah berpendapat, e-dagang merangkumi keseluruhan aktiviti organisasi


secara elektronik yang menyokong pertukaran pasaran syarikat termasuk
keseluruhan infrastruktur sistem maklumat syarikat. Sebaliknya, pendapat
lain mempertikaikan bahawa e-perniagaan merangkumi keseluruhan aktiviti
elektronik dalaman dan luaran, termasuk e-dagang.

Bagi tujuan modul ini, kita akan menggunakan istilah „e-perniagaan‰ untuk
merujuk terutamanya kepada aktiviti digital yang membolehkan urus niaga dan
proses dalam syarikat berlaku di mana aktiviti ini melibatkan sistem maklumat
di bawah kawalan syarikat itu. Bagi kebanyakan bahagian, e-perniagaan tidak
termasuk urus niaga perdagangan yang melibatkan pertukaran nilai merentasi
sempadan organisasi.

Contohnya, mekanisme kawalan inventori syarikat dalam talian merupakan


komponen e-perniagaan tetapi proses dalaman tersebut tidak menjana
pendapatan secara langsung bagi syarikat daripada perniagaan di luar atau
pengguna, seperti yang dilakukan oleh e-dagang.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
20  TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG

Namun, memang benar infrastruktur e-perniagaan boleh juga menyokong


pertukaran e-dagang.

Contohnya, sistem e-dagang dan e-perniagaan boleh digabungkan bersama


di sempadan syarikat perniagaan, di tempat sistem perniagaan dalaman
dihubungkan dengan pembekal, seperti aplikasi e-perniagaan bertukar menjadi
e-dagang terutama apabila berlakunya pertukaran nilai.

Dalam definisi yang mudah, kita boleh simpulkan bahawa e-dagang banyak
membabitkan urus niaga yang merentasi sempadan syarikat. Sebaliknya,
e-perniagaan banyak berkisar pada aplikasi teknologi digital dalam proses
perniagaan dalam syarikat.

AKTIVITI 1.2
1. Namakan satu jenis proses perniagaan yang tidak disenaraikan
dalam topik ini yang anda percaya akan menjadi contoh yang baik
untuk e-dagang. Terangkan mengapa.

2. Layari laman web berikut yang berkaitan dengan proses


perniagaan dalam e-dagang. Kemudian, jawab soalan yang
berikut.

http://www.mphonline.com (Buku)

http://www.cimbclicks.com (E-perbankan)

http://www.airasia.com (Tempahan tiket penerbangan)

http://www.parksononline.com (Gedung serbaneka)

(a) Apakah yang diuruskan oleh perniagaan ini?

(b) Apakah contoh-contoh lain proses perniagaan yang


melibatkan e-dagang?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG  21

LATIHAN 1.1
1. Takfrikan e-dagang.

2. Dengan menggunakan perkataan anda sendiri, terangkan


bagaimana e-dagang adalah unik dan berbeza daripada
perdagangan tradisional.

1.2 KATEGORI E-DAGANG


Dalam subtopik ini, anda akan dapat mengetahui pelbagai kategori e-dagang.

Ada empat kategori yang utama (rujuk Rajah 1.7):

(a) Perniagaan ke pengguna (B2C ă business-to-consumer);

(b) Perniagaan ke perniagaan (B2B ă business-to-business);

(c) Pengguna ke pengguna (C2C ă consumer-to-consumer); dan

(d) Pengguna ke perniagaan (C2B ă consumer-to-business).

Rajah 1.7: Empat kategori e-dagang


Sumber: Diadaptasi daripada Rayport, J. F., & Jaworski, B. J. (2008).
Pengenalan kepada e-dagang. Boston, MA: McGraw-Hill

Dalam subtopik seterusnya, anda akan mempelajari kategori e-dagang dan


m-dagang secara mendalam.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG

1.2.1 E-dagang Perniagaan ke Pengguna


Apakah e-dagang perniagaan ke pengguna?

E-dagang perniagaan ke pengguna (B2C) terdiri daripada penjualan produk


atau perkhidmatan dari perniagaan untuk orang ramai atau pengguna akhir.

Dalam model ini, penjual ialah perniagaan dan pembeli merupakan pengguna
(umum). Produk yang dijual mungkin ialah objek fizikal seperti buku, bunga,
komputer, barangan runcit, preskripsi ubat-ubatan, muzik, filem dan kereta.
Barangan yang dijual juga berkemungkinan terdiri daripada barangan tidak
nyata. Contohnya, majalah dalam talian atau memuat turun pembelian perisian.
Perkhidmatan popular yang ditawarkan oleh perniagaan B2C termasuklah
perbankan dalam talian, perdagangan saham dan tempahan penerbangan.

Penjual yang menggunakan model perniagaan B2C boleh memaksimumkan


faedah dengan menghapuskan orang tengah. Perniagaan menjual produk secara
terus kepada pengguna tanpa menggunakan saluran runcit tradisional. Ini
membolehkan beberapa buah syarikat B2C untuk menjual produk pada kos yang
lebih rendah dan dengan perkhidmatan yang lebih cepat daripada perdagangan
tradisional yang setanding.

Pengguna juga mendapat manfaat daripada model perniagaan B2C. Mereka


mempunyai akses untuk pelbagai produk dan perkhidmatan tanpa kekangan
masa atau jarak. Pengguna boleh membuat perbandingan antara kedai untuk
membuat pembelian yang terbaik. Kebanyakan laman web B2C menyediakan
perkhidmatan kepada pengguna seperti akses kepada ulasan produk, bilik
sembang dan maklumat yang berkaitan dengan produk lain. Perkhidmatan ini
sering menarik dan mengekalkan pelanggan.

Kebanyakan perniagaan B2C memperibadikan laman web mereka kepada


pengguna dengan menjejaki pilihan pengunjung semasa mereka melayari laman
web. Ini membolehkan perniagaan B2C untuk menyasarkan iklan, menentukan
keperluan pelanggan dan memperibadikan tawaran berdasarkan kepada profil
pelanggan.

Anda akan mengetahui lebih lanjut mengenai perniagaan B2C dalam Topik 2.
Buat masa ini, kita akan beralih kepada kategori kedua e-dagang: perniagaan ke
perniagaan (B2B).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG  23

1.2.2 E-dagang Perniagaan ke Perniagaan


Apakah yang dimaksudkan dengan e-dagang perniagaan ke perniagaan?

E-dagang perniagaan ke perniagaan (B2B) terdiri daripada penjualan dan


pertukaran produk dan perkhidmatan antara perniagaan.

Contoh B2B adalah apabila syarikat yang mengeluarkan basikal menggunakan


Internet untuk membeli tayar daripada pembekalnya.

Banyak perniagaan menggunakan kelebihan Internet yang unik untuk


berkomunikasi dengan rakan perniagaan. Contohnya, beberapa buah syarikat
menyediakan perkhidmatan membantu mencari pembekal untuk pengilang.
Internet membolehkan semua yang terlibat dalam rantaian bekalan untuk
menyampaikan maklumat antara satu sama lain. Rantaian bekalan terdiri
daripada rangkaian berkaitan kemudahan dan kaedah pengedaran untuk
memperoleh bahan, mengubah bahan ke dalam produk akhir dan
menyampaikan produk akhir kepada pelanggan.

Kebanyakan perniagaan yang terlibat dalam e-dagang B2C juga mengambil


bahagian dalam e-dagang B2B. Oleh itu, kebanyakan laman web syarikat juga
menyediakan barangan dan perkhidmatan kepada perniagaan lain. Syarikat
melibatkan diri dalam e-dagang B2B apabila menambah stoknya di gudang dan
terlibat dalam e-dagang B2C apabila menjual barangan dalam gudang kepada
pengguna.

Contoh mudah halaman e-dagang B2B ialah pembekal, perkhidmatan, broker


dan pengantara maklumat halaman. Pembekal bagi halaman B2B, juga dikenali
sebagai halaman e-perolehan, ialah pembekal produk yang membolehkan
agen pembelian menggunakan rangkaian untuk membeli, mengemukakan
permintaan sebut harga (RFQs ă request for quotes) dan harga barangan.
Halaman perkhidmatan B2B menggunakan rangkaian untuk menyediakan satu
atau lebih perkhidmatan kepada perniagaan seperti pembiayaan, gudang atau
penghantaran. Halaman pembrokeran B2B bertindak sebagai orang tengah
dengan merundingkan kontrak pembelian dan jualan. Pengantara maklumat
halaman B2B menyediakan maklumat khusus mengenai pembekal dan
perniagaan lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG

1.2.3 E-dagang Pengguna ke Pengguna


Sekarang, mari kita lihat makna C2C.

E-dagang pengguna ke pengguna (C2C) terdiri daripada individu yang


menggunakan Internet untuk menjual produk dan perkhidmatan secara
langsung kepada individu lain.

Perantara yang paling popular untuk e-dagang C2C ialah lelongan dalam talian.
Lelongan dalam talian adalah sama dengan perundingan iaitu pengguna
membuat lelongan barangan kepada pengguna lain. Jika anda berminat dengan
sesuatu barangan, anda boleh membuat bidaan. Pembida tertinggi pada akhir
tempoh bidaan dapat membeli barangan bidaan.

Dalam e-dagang C2C, pengguna melakukan perkara yang berikut:

(a) Menyediakan produk untuk pasaran;

(b) Meletakkan produk untuk dilelong atau dijual; dan

(c) Bergantung kepada pembuat pasaran untuk menyediakan katalog, enjin


carian dan keupayaan penjelasan urus niaga supaya produk mudah
dipaparkan, ditemui dan dibayar. Laman web seperti eBay
(www.ebay.com.my) dan lelong (www.lelong.com.my) ialah contoh
terbaik untuk e-dagang C2C.

Satu lagi bentuk e-dagang C2C ialah Internet perangkai padan (P2P) seperti yang
ditunjukkan di bawah.

Internet perangkai padan (P2P ă peer-to-peer) menerangkan rangkaian


Internet yang membolehkan pengguna dengan perisian rangkaian yang sama
untuk menghubungkan cakera keras dan pertukaran fail antara satu sama lain
secara langsung tanpa perlu melalui pusat pelayan web.

Dengan perisian dan sambungan Internet yang sesuai, pengguna boleh menyalin
fail dari cakera keras orang lain ke dalam cakera keras mereka. Walaupun
perkhidmatan perkongsian muzik kini adalah berasaskan yuran, program ini
pada mulanya menimbulkan kontroversi yang berkaitan dengan pelanggaran
hak cipta muzik. Mereka membolehkan pengguna dengan mudah menyalin fail
muzik MP3 dari sebuah komputer kepada yang lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG  25

Aktiviti lain di e-dagang C2C termasuk:

(a) Iklan yang diklasifikasikan (contohnya, www.freeclassifields.com);

(b) Pertukaran C2C (contohnya, www.targetbarter.com);

(c) Perkhidmatan peribadi (contohnya, www.match.com); dan

(d) Hartanah maya (contohnya, www.mmorpg.com).

1.2.4 E-dagang Pengguna ke Perniagaan


Apakah yang dimaksudkan dengan e-dagang pengguna ke perniagaan?

E-dagang pengguna ke perniagaan (C2B) adalah model perniagaan ke


pengguna (B2C) yang diterbalikkan sepenuhnya. Dalam model pengguna ke
perniagaan, pengguna menawarkan barang atau perkhidmatan kepada
syarikat dan syarikat membayar kepada mereka.

Kumpulan ini mungkin didorong untuk berjimat sepertimana kumpulan


penyepadu permintaan atau berorientasikan masyarakat, seperti kumpulan yang
didorong tujuan tertentu di SpeakOut.com. Contoh C2B adalah dalam bentuk
pemasaran gabungan, menjawab undian dalam talian untuk syarikat, menjadi
pemaju bebas dan lain-lain.

Contohnya, syarikat pengeluar syampu menghantar kaji selidik dalam talian


kepada anda dan meminta anda mengisinya. Apabila anda selesai mengisi kaji
selidik tersebut, anda akan dibayar sejumlah wang tertentu untuk perkhidmatan
anda memberi jawapan kepada soalan yang dikemukakan dalam kaji selidik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG

1.2.5 Perdagangan Mudah Alih (M-dagang)


Walaupun ia tidak dianggap sebagai salah satu kategori utama e-dagang,
m-dagang masih memainkan peranan penting dalam e-dagang.

Perdagangan mudah alih (m-dagang) mengambil model e-dagang tradisional


dan memanfaatkan teknologi wayarles baru untuk membenarkan akses
mudah alih kepada web.

E-dagang tradisional menyediakan akses kepada sesiapa sahaja, bila-bila masa


dan di mana sahaja melalui peranti wayarles seperti Internet.

Pada dasarnya, rangkaian wayarles menggunakan jalur lebar baru yang ada dan
protokol komunikasi untuk menghubungkan pengguna mudah alih kepada
Internet. Walaupun rangkaian wayarles sedia ada mempunyai kapasiti jalur
lebar yang terhad, keupayaannya akan meningkat dengan ketara tidak lama
lagi. Umumnya, teknologi wayarles web akan membolehkan lanjutan model
perniagaan web sedia ada untuk memberi khidmat kepada tenaga kerja mudah
alih dan pengguna pada masa hadapan.

Sebagai contoh, baru-baru ini Amazon.com mengubah halamannya agar boleh


diakses oleh peranti wayarles mudah alih. Pada masa ini, ada banyak lagi
pelanggan telefon bimbit berbanding pengguna Internet. Apabila telefon bimbit
benar-benar sedia untuk web, pembangunan dijangka berlaku dalam beberapa
tahun akan datang, penganalisis meramalkan ledakan minat dalam m-dagang.

SEMAK KENDIRI 1.3

Apakah halangan tradisional yang hampir diatasi oleh e-dagang?


Bincangkan jawapan anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG  27

AKTIVITI 1.3

Layari laman web ini untuk mendapatkan pandangan yang jelas


daripada setiap kategori e-dagang yang berikut:

(a) Perniagaan ke pengguna (B2C)


http://www.amazom.com
http:// www.yahoo.com

(b) Perniagaan ke perniagaan (B2B)


http://www.alibaba.com
http://www.dell.com

(c) Pengguna ke pengguna (C2C)


http://www.ebay.com.my
http://www.lelong.com.my

(d) Pengguna ke perniagaan (C2B)


http://www.freelancer.com
http://www.google.com/adsense

(e) Perdagangan mudah alih (m-dagang)


http://www.cimbclicks.com.my/mobilebankinguide.htm

Selepas melayari setiap laman web, huraikan bagaimana ciri-ciri laman


web di setiap kategori adalah berbeza berbanding dengan yang lain.

LATIHAN 1.2

1. Bagaimana model perniagaan B2C memaksimumkan faedahnya?

2. Huraikan e-dagang B2B.

3. Apakah peranan pengguna dalam e-dagang C2C?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG

1.3 ASAL USUL DAN PERTUMBUHAN


E-DAGANG
Walaupun e-dagang merupakan fenomena baru pada tahun 1990an, ia sudah
mempunyai sejarah. Sejarah e-dagang boleh dibahagikan kepada tiga tempoh
seperti yang berikut:

(a) Inovasi (19952000);

(b) Penyatuan (20012006); dan

(c) Penciptaan semula (2007 masa hadapan).

Mari kita lihat definisi yang diberikan untuk setiap tempoh.

Era inovasi adalah tempoh letupan pertumbuhan, bermula pada tahun 1995
buat pertama kali web telah digunakan secara meluas untuk mengiklankan
produk dan berakhir pada tahun 2000 apabila nilai pasaran saham bagi
syarikat dot.com mulai runtuh.

Era penyatuan bermula pada tahun 2001, ketika penilaian syarikat e-dagang
dan nilai saham mereka kembali stabil. Tumpuan beralih kepada pendekatan
berasaskan perniagaan dan bukan pendekatan berasaskan teknologi iaitu
syarikat tradisional besar belajar menggunakan web untuk mengukuhkan
kedudukan mereka di pasaran.

Era penciptaan semula bermula pada tahun 2007, dan berterusan hingga ke
hari ini dan ke masa hadapan. Tempoh ini melibatkan lanjutan teknologi
Internet, penemuan model perniagaan baru berdasarkan kandungan yang
dijana pengguna, rangkaian sosial dan kehidupan maya dalam talian.

Setiap tempoh e-dagang dicirikan oleh set visi dan daya penggerak. Dalam
subtopik yang berikut, kita akan melihat pada setiap tempoh secara terperinci.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG  29

1.3.1 Era Inovasi (1995–2000)


Tahun awal e-dagang ialah masa konsep utama e-dagang telah dibangunkan dan
diterokai. Beribu-ribu syarikat dot.com telah dibentuk dan disokong oleh lebih
USD125 bilion modal kewangan di Amerika. Bagi ahli sains komputer dan
teknologi maklumat, kejayaan awal e-dagang telah dikaitkan dengan set
teknologi maklumat yang berkesan, dibangunkan lebih 40 tahun dahulu,
daripada komputer kerangka utama kepada komputer peribadi, Internet dan
rangkaian teknologi. Visinya adalah untuk semua orang di dunia mampu
memiliki komputer murah dengan akses Internet.

Bagi ahli ekonomi, e-dagang menaikkan prospek realistik pasaran Bertrand yang
sempurna. Mari kita lihat definisi yang disediakan.

Pasaran Bertrand adalah pasaran yang harga, kos dan maklumat yang
berkualiti diedarkan secara sekata, hampir kesemua pembekal bersaing antara
satu sama lain, dan pelanggan mempunyai akses kepada semua maklumat
berkaitan pasaran di seluruh dunia.

Kesemua peniaga mempunyai akses langsung yang sama kepada beratus-ratus


juta orang pelanggan. Dalam maklumat ruang pasaran yang mempunyai
maklumat hampir sempurna, kos urus niaga akan menjunam kerana kos mencari
harga, penerangan produk, penyelesaian pembayaran dan pelaksanaan pesanan
akan kesemuanya jatuh secara drastik.

Program baru „bot membeli-belah‰ secara automatik akan mencari seluruh web
untuk harga dan masa penghantaran terbaik. Bagi peniaga, kos mencari
pelanggan juga akan jatuh, mengurangkan keperluan untuk pengiklanan yang
membazir. Malahan harga dan kos akan menjadi semakin telus kepada
pelanggan yang kini boleh mengetahui serta-merta kos terbaik, kualiti dan
ketersediaan kebanyakan produk di seluruh dunia secara tepat.

Sebaliknya, peranan orang tengah akan hilang. Pengedar, pemborong dan faktor
lain di pasaran yang menjadi perantaraan antara pengeluar dan pengguna, setiap
satunya menuntut bayaran dan meningkatkan kos sambil menambah sedikit
nilai.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG

Pengilang dan pengeluar asal kandungan akan membangunkan hubungan


pasaran langsung dengan pelanggan mereka. Persaingan sengit yang terhasil,
kemerosotan pengantaraan dan kos urus niaga yang rendah akan menghapuskan
jenama produk, dan bersama-sama dengan itu, kemungkinan monopoli
keuntungan berdasarkan jenama, geografi atau akses khas kepada faktor
pengeluaran.

Harga bagi produk dan perkhidmatan akan jatuh ke titik yang harga kos
pengeluaran dilindungi ditambah dengan „kadar pasaran‰ yang wajar ke atas
modal pulangan, ditambah bayaran tambahan yang kecil untuk keusahawanan
(yang tidak akan bertahan lama). Kelebihan kompetitif tidak adil (yang berlaku
apabila satu pesaing mempunyai kelebihan yang pesaing lain tidak boleh
membelinya) akan dihapuskan, seperti juga pulangan luar biasa ke atas modal
yang dilaburkan.

Visi tersebut dipanggil perdagangan geseran bebas seperti yang dijelaskan


berikut:

Perdagangan geseran bebas adalah visi perdagangan yang maklumat


diedarkan secara sekata, kos urus niaga yang rendah, harga boleh diselaraskan
secara dinamik untuk mencerminkan permintaan sebenar, kemerosotan
pengantara dan kelebihan kompetitif yang tidak adil dihapuskan.

Bagi usahawan dunia sebenar, penyokong kewangan dan pemasar profesional


dalam tempoh inovasi, idea perdagangan geseran bebas adalah jauh daripada
apa yang mereka impikan. Bagi kumpulan ini, e-dagang menawarkan peluang
luar biasa untuk memperoleh pulangan ke atas pelaburan yang jauh lebih tinggi
dari biasa, jauh melebihi kos pinjaman modal. Ruang pasaran e-dagang
menawarkan akses kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia yang
menggunakan Internet dan set pemasaran teknologi komunikasi (e-mel dan
halaman web) yang universal, murah dan berkuasa.

Teknologi baru ini membenarkan pemasar untuk mengamalkan apa yang


mereka sentiasa lakukan dengan membahagikan pasaran kepada kumpulan
dengan keperluan dan kepekaan harga yang berbeza, menyasarkan segmen
dengan penjenamaan dan mesej promosi, dan meletakkan produk dan harga
bagi setiap kumpulan dengan lebih tepat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG  31

Dalam ruang pasaran baru ini, keuntungan yang luar biasa akan pergi kepada
penggerak pertama. Untuk mengetahui siapa penggerak pertama, mari kita lihat
yang berikutnya.

Penggerak pertama adalah syarikat yang merupakan orang pertama di


kawasan pasaran tertentu dan yang bergerak pantas untuk mendapatkan
bahagian pasaran. Penggerak pertama boleh mewujudkan asas pelanggan
yang besar dengan cepat, membina jenama pengiktirafan awal, membina
saluran pengagihan yang baru, dan kemudian menghalang pesaing (peserta
baru) dengan membina kos peralihan untuk pelanggan mereka melalui reka
bentuk antara muka persendirian dan ciri-ciri yang ada hanya pada satu
halaman sahaja.

Perniagaan dalam talian yang menggunakan teknologi baru boleh mewujudkan


perniagaan bermaklumat, ciri-ciri seperti kemasyarakatan yang tidak ada pada
peniaga tradisional. Apa yang difikirkan adalah apabila pelanggan telah
membiasakan diri menggunakan antara muka dan set ciri web unik syarikat,
mereka tidak mudah beralih kepada pesaing.

E-dagang sebenarnya ialah cara membeli-belah yang sama sekali baru yang perlu
menawarkan beberapa kos faedah serta-merta kepada pengguna. Menjalankan
perniagaan di web telah dianggap menjadi lebih efisien berbanding dengan
perdagangan tradisional atau apabila dibandingkan dengan katalog mel
langsung, kos bagi pengambilalihan dan pengekalan pelanggan juga sepatutnya
menjadi begitu jauh lebih rendah, keuntungan pasti diperoleh daripada faktor
yang efisien ini.

Memandangkan pasaran saham dan jumlah pengunjung ke halaman adalah


dinamik, pendapatan menjadi jauh lebih penting pada peringkat awal daripada
perolehan atau keuntungan. Usahawan dan penyokong kewangan mereka dalam
tempoh inovasi menjangkakan bahawa keuntungan yang luar biasa pasti akan
tiba tetapi hanya selepas beberapa tahun kerugian.

Oleh itu, tempoh inovasi e-dagang telah didorong sebahagian besarnya oleh visi
keuntungan daripada teknologi baru, menerusi penekanan kepada kepantasan
memperoleh pendedahan meluas dalam pasaran. Secara keseluruhannya,
tempoh inovasi e-dagang adalah bercirikan eksperimentasi, permodalan dan
persaingan hiper.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG

1.3.2 Era Penyatuan (2001–2006)


Kejatuhan nilai dalam pasaran saham bagi syarikat dot.com sepanjang tahun
2000 ialah tanda mudah untuk mengakhiri tempoh tersebut. Ada beberapa sebab
terjadinya kejatuhan tersebut seperti:

(a) Membina Semula Sistem Perniagaan Dalaman


Sebahagian daripada punca kejatuhan saham-saham teknologi disebabkan
oleh modal perbelanjaan teknologi maklumat yang besar oleh syarikat
besar Amerika yang membina semula sistem perniagaan dalaman mereka
untuk menghadapi cabaran „masalah tahun 2000 (Y2K ă year 2000)‰.
Perubahan mudah dari tahun 1999 ke 2000 dipercayai menjadi ancaman
utama kepada sistem korporat. Setelah sistem ini dibina semula, modal
perbelanjaan teknologi maklumat ini menurun, menggambarkan ramalan
pendapatan syarikat teknologi akan jatuh.

(b ) Kapasiti Berlebihan Dibina Dalam Rangkaian Berkelajuan Tinggi


Pada awal tahun 2000, ia menjadi jelas bahawa industri telekomunikasi
mempunyai lebihan kapasiti yang dibina dalam rangkaian gentian optik
berkelajuan tinggi. Perang harga telah meledak dalam pasaran
telekomunikasi dan ia jelas bahawa pendapatan dalam sektor ini akan jatuh
secara mendadak, dengan banyak syarikat kecil akan muflis dan tidak
mampu membayar hutang yang ditanggung ketika membina rangkaian
berkelajuan tinggi.

(c ) Kekurangan Pertumbuhan Jualan


Pada musim Krismas tahun 1999, e-dagang memberikan perkembangan
jualan rendah berbanding jangkaan dan yang lebih penting, menunjukkan
bahawa e-dagang tidak mudah. Kebanyakan peruncit dot.com tidak dapat
membuat penghantaran dalam masa yang ditetapkan dan ini mencalarkan
kredibiliti e-dagang B2C secara umumnya.

(d) Kenaikan Penilaian oleh Syarikat dot.com dan Teknologi


Penilaian bagi syarikat dot.com dan teknologi telah meningkat begitu
tinggi sehinggakan penyokongnya mula mempersoalkan sama ada
pendapatan syarikat ini yang dapat berkembang dengan cepat untuk
menjustifikasikan harga saham. Sesetengah syarikat berteknologi tinggi
mempunyai saham bernilai 400 kali ganda daripada perolehan. Namun,
didapati kebanyakan syarikat dot.com terutamanya yang menumpukan
perhatian sepenuhnya kepada e-dagang tidak mempunyai sebarang
pendapatan!

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG  33

Sebenarnya, kebanyakannya telah mengalami kerugian sambil menunjukkan


pertumbuhan pendapatan. Walaupun penyokong fenomena e-dagang mula
tertanya-tanya bila syarikat dot.com akan menghasilkan keuntungan.
Kejatuhan pasaran saham syarikat dot.com membawa kepada penilaian
semula prospek untuk e-dagang dan kaedah untuk mencapai kejayaan
perniagaan.

Sementara tempoh penyatuan bersambung dalam pertumbuhan pelanggan dan


pendapatan dengan kadar yang amat pesat, ia jelas bahawa kebanyakan visi
yang telah dibangunkan e-dagang ketika tempoh inovasi tidak menjadi
kenyataan. Contohnya, visi ahli ekonomi mengenai perdagangan „geseran
percuma‰ belum direalisasikan sepenuhnya. Harga kadangkala lebih rendah di
web tetapi harga yang rendah sebenarnya berpunca daripada pengusaha
menjual produk lebih rendah daripada kos.

Pengguna kurang sensitif terhadap harga daripada yang dijangkakan; apa yang
menghairankan, laman web berpendapatan tertinggi juga mempunyai harga
yang tertinggi. Masih ada penyebaran harga besar yang berterusan di web, dan
konsep satu dunia, satu pasaran dan satu harga telah menjadi lemah ketika
usahawan mencari jalan baru untuk membezakan produk dan perkhidmatan
mereka. Sebagai contoh, harga buku dan CD berbeza sebanyak 50% dan harga
tiket penerbangan sebanyak 20%.

Jenama kekal sangat penting dalam e-dagang kerana pengguna mempercayai


sesetengah syarikat lebih daripada yang lain dalam menghasilkan produk yang
berkualiti tinggi pada masa yang ditetapkan. Kos carian mungkin telah jatuh
tetapi keseluruhan kos untuk melengkapkan urus niaga dalam e-dagang masih
kekal sangat tinggi. Kira-kira 65% daripada pembelian e-dagang diakhiri pada
peringkat troli membeli belah kerana ketidaktentuan pengguna iaitu:

(a) Adakah peniaga sebenarnya membuat penghantaran?

(b) Apakah tempoh masa bagi penghantaran?

(c) Adakah peniaga benar-benar mempunyai stok bagi item tersebut?

Dalam banyak bidang produk, adalah lebih mudah untuk memanggil peniaga
katalog yang dipercayai daripada memesan di laman web. Pengantara mungkin
tidak hilang seperti yang dijangkakan dan beberapa orang pengilang atau
pengeluar sebenarnya telah membangunkan hubungan jualan antara satu ke satu
dengan pelanggan utama mereka. E-dagang telah mewujudkan banyak peluang
baru bagi orang tengah untuk menyatukan kandungan, produk dan perkhidmatan
ke dalam portal dan dengan itu, memperkenalkan diri mereka sebagai perantara
baru. Yahoo.com dan Amazon.com ialah dua contoh bagi jenis perantara baru ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG

Visi kebanyakan usahawan dan syarikat pelaburan untuk e-dagang ketika


tempoh inovasi juga tidak menjadi kenyataan seperti yang dijangka. Kelebihan
penggerak pertama nampaknya telah berjaya, hanya bagi sekumpulan kecil
halaman. Dari segi sejarah, penggerak pertama biasanya akan mengalami
kerugian dalam jangka masa yang panjang, dengan penginovasi yang awal
memasuki pasaran biasanya akan digantikan oleh syarikat „pengikut pantas‰
yang kukuh dari segi kewangan, pemasaran, undang-undang dan pengeluaran
aset yang diperlukan untuk membangunkan pasaran yang matang, dan ini telah
terbukti berlaku dalam e-dagang juga.

Keseluruhan kos untuk menjalankan perniagaan di web termasuk kos teknologi,


reka bentuk halaman dan penyelenggaraan serta gudang tidaklah lebih rendah
daripada kos yang dihadapi oleh kedai bata dan mortar yang paling efisien. Kos
permulaan boleh menjadi tinggi. Percubaan untuk mencapai keuntungan dengan
menaikkan harga boleh menyebabkan peralihan atau pemindahan pelanggan
secara besar-besaran. Jika anda ingin tahu, dari perspektif peniaga e-dagang, „e‰
dalam e-dagang tidak bermakna „mudah‰.

1.3.3 Era Penciptaan Semula (2007–Masa Depan)


E-dagang memasuki tempoh penciptaan semula pada tahun 2007 yang
berterusan hingga ke hari ini dan masa hadapan yang belum dapat dipastikan
lagi. Ini ialah tempoh penciptaan semula yang melibatkan lanjutan teknologi
Internet, penciptaan model perniagaan baru berdasarkan kandungan yang dijana
pengguna, rangkaian sosial dan kehidupan maya dalam talian yang ditunjukkan
oleh syarikat keusahawanan yang bergerak pantas seperti Facebook, YouTube,
MySpace dan Twitter. Walaupun hanya sesetengah model baru yang telah
mendapat keuntungan daripada jumlah penonton mereka yang besar, masih
banyak lagi potensi untuk memperoleh keuntungan pada masa hadapan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG  35

Jadual 1.8 merumuskan perbezaan antara ketiga-tiga tempoh evolusi e-dagang.

Jadual 1.8: Evolusi E-dagang

Inovasi Penyatuan Penciptaan Semula


(19952000) (20012006) (2007Masa Depan)

Didorong oleh teknologi Didorong oleh perniagaan Didorong oleh penonton,


pelanggan dan komuniti
Penekanan pada Penekanan pada Penekanan pada
pertumbuhan pendapatan pendapatan dan pertumbuhan penonton
keuntungan dan rangkaian masyarakat
Pembiayaan oleh syarikat Pembiayaan tradisional Pembiayaan oleh syarikat
pelaburan pelaburan yang lebih kecil,
pembelian awal syarikat
kecil oleh syarikat besar
dalam talian
Tiada tabir urus Peraturan dan tadbir urus Pengawasan kerajaan yang
lebih kukuh menyeluruh
Keusahawanan Syarikat tradisional yang Syarikat tulen berasaskan
besar web yang besar
Tiada pengantaraan Pengukuhan pengantara Percambahan pengantara
kecil dalam talian dengan
menyewa proses
perniagaan syarikat yang
lebih besar
Pasaran sempurna Pasaran yang tidak Ketidaksempurnaan
sempurna, jenama dan pasaran dalam talian
kesan rangkaian
Strategi tulen dalam talian Strategi campuran „klik Pulangan strategi dalam
dan bata‰ talian yang tulen di
pasaran baru; lanjutan
campuran klik dan bata
dalam pasaran runcit
tradisional
Kelebihan penggerak Kekuatan pengikut Kelebihan penggerak
pertama strategik pertama kembali dalam
pasaran baru ketika
syarikat tradisional turut
muncul dalam pasaran
Produk runcit yang kurang Produk runcit yang Perkhidmatan
kompleks kompleks

Sumber: Laudon, K. C. & Traver, C. G. (2010)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG

1.3.4 Ramalan Masa Depan


Masa depan e-dagang kini lebih jelas, walaupun tidak pasti. Ada enam faktor
utama yang akan membantu menentukan masa depan e-dagang dan ia adalah:

(a) Peningkatan pada Pendapatan Keseluruhan, Teknologi Produk dan


Pelanggan
Ada sedikit keraguan bahawa teknologi e-dagang, Internet, web dan
bilangan peralatan wayarles Internet yang semakin meningkat akan terus
dihasilkan melalui aktiviti komersial. Keseluruhan pendapatan daripada
e-dagang akan terus meningkat pada kadar pertumbuhan yang sangat
tinggi, kemungkinan besar dalam lingkungan 12% hingga 18% setiap tahun
sehingga tahun 2012.

Bilangan produk dan perkhidmatan yang dijual di web dan saiz purata
pesanan belian kedua-duanya berkembang pada kadar dua digit. Terdapat
perluasan yang ketara dalam campuran produk dalam talian berbanding
pada tahun-tahun sebelum ini apabila buku, perisian dan perkakasan
komputer ialah produk utama dijual dalam talian. Kategori e-dagang yang
cepat berkembang adalah termasuk produk rumah, bekalan pejabat,
barangan sukan dan pakaian atau aksesori.

(b) Kenaikan Harga E-dagang


Harga e-dagang akan meningkat untuk menampung kos sebenar untuk
menjalankan perniagaan di web dan untuk membayar kadar pulangan
pelabur yang munasabah ke atas modal pelabur. Apabila syarikat atau
model perniagaan yang berjaya menarik pengguna ke arah itu, kos seperti
cukai, peraturan kerajaan dan kos tambahan lain akan dikenakan ke
atasnya. Oleh itu, kenaikan harga akan menampung kos yang dikenakan
dan membolehkannya untuk menampung kos bagi menjalankan perniagaan.

(c) Kenaikan dalam Margin E-dagang dan Keuntungan


Margin e-dagang (perbezaan antara pendapatan daripada jualan dan kos
barangan) dan keuntungan akan meningkat ke paras yang lebih biasa bagi
semua peruncit. Walau bagaimanapun, ada kemungkinan bahawa margin
keuntungan akan berkurang dalam kes persaingan yang sengit dengan
perniagaan dalam talian yang lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG  37

(d ) Perubahan Radikal pada Syarikat yang Terlibat


Syarikat terbabit akan berubah secara radikal. Dalam ruangan pasaran B2C
dan B2B, syarikat tradisional dalam talian yang kaya dan berpengalaman
seperti AirAsia akan terus memainkan peranan utama dan mendominasi
dalam e-dagang manakala syarikat yang baru memulakan usaha akan
mendapat penonton dalam talian yang besar bagi produk-produk baru dan
perkhidmatan yang tidak didominasi oleh syarikat besar.

(e) Jumlah syarikat integrasi berjaya yang banyak


Bilangan syarikat dalam talian tulen yang berjaya akan kekal lebih kecil
daripada syarikat integrasi yang menerima pakai strategi campuran klik
dan bata, menggabungkan saluran jualan tradisional dan usaha dalam
talian. Contoh syarikat integrasi adalah seperti yang berikut:

(i) Amazon.com akan meningkatkan penggunaan katalog bercetak;

(ii) Procter & Gamble akan terus membangunkan laman web


bermaklumat seperti sebagai Tide.com; dan

(iii) Syarikat automotif utama akan terus memperbaiki kandungan dan


nilai laman web mereka walaupun mereka tidak menceburi
hubungan jualan langsung dengan pengguna tetapi sebaliknya
menggunakan web untuk membantu jualan melalui pengedar, maka
menguatkan lagi saluran dan pengantara tradisional.

Ringkasnya, masa depan e-dagang akan menjadi kombinasi runcit tradisional


dengan memperluaskan jenama mereka ke pasaran dalam talian. Syarikat
e-dagang yang muncul pada peringkat awal seperti Amazon dan eBay akan
mengukuhkan keputusan kewangan dan kedudukan dominan mereka.
Usahawan dan syarikat pelaburan baru di syarikat e-dagang mempunyai potensi
untuk berada dalam kedudukan yang tinggi dengan membangunkan penonton
baru daripada pertumbuhan rangkaian sosial dan aktiviti berasaskan komuniti.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sejarah dan pertumbuhan


e-dagang, sila layari laman web yang berikut:
http://www.internetworldstats.com/
http://www.ecommerce-land.com/history_ecommerce.html

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG

SEMAK KENDIRI 1.4

Apakah perbezaan antara ruang pasaran dan pasaran?

LATIHAN 1.3
1. Bincangkan bagaimana cara-cara era e-dagang boleh dianggap
mencapai kejayaan dan kegagalan.

2. Apakah faktor yang akan membantu menentukan masa depan


e-dagang dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang?

1.4 MEMAHAMI E-DAGANG: MENGATUR


TEMA
E-dagang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.8 melibatkan tiga tema luas
yang saling berkaitan seperti yang berikut:

(a) Teknologi;

(b) Perniagaan; dan

(c) Masyarakat.

Rajah 1.8: Tiga tema luas e-dagang yang saling berkaitan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG  39

Teknologi ialah yang pertama akan dibangunkan. Kemudian, pembangunan ini


dieksploitasi secara komersial. Apabila eksploitasi komersial teknologi ini
menjadi meluas, pelbagai isu sosial, budaya dan politik timbul. Dalam subtopik
berikut, kita akan meneroka lebih lanjut mengenai tiga tema dalam e-dagang.

1.4.1 Teknologi
Pembangunan dan penguasaan pengkomputeran digital dan teknologi
komunikasi ialah merupakan asas kepada ekonomi digital global yang baru,
dikenali sebagai e-dagang. Untuk memahami kemungkinan masa depan e-dagang,
anda memerlukan pemahaman asas teknologi maklumat yang membuatkannya
dibina. E-dagang adalah fenomena yang didorong oleh teknologi yang bergantung
kepada pelbagai teknologi maklumat dan juga konsep asas daripada sains
komputer yang dibangunkan dalam tempoh 50 tahun.

Teras e-dagang ialah Internet dan jaringan sejagat (WWW ă World Wide Web).
Di sebalik teknologi ini, ada pelbagai teknologi pelengkap, komputer peribadi,
rangkaian kawasan setempat, hubungan pangkalan data, pengkomputeran
pelanggan atau pelayan dan pensuisan gentian optik; beberapa sahaja yang
dinyatakan. Teknologi ini terletak di tengah-tengah aplikasi pengkomputeran
perniagaan yang canggih seperti sistem pengkomputeran perusahaan luas,
sistem pengurusan rantaian bekalan dan sistem pengurusan perhubungan
pelanggan.

E-dagang bergantung kepada semua teknologi asas ini dan tidak hanya berada
di Internet. Internet yang menawarkan sesuatu yang jauh daripada sekadar
pengkomputeran korporat dan teknologi komunikasi, adalah juga pembangunan
terkini dalam evolusi pengkomputeran korporat dan sebahagian daripada
rantaian yang berterusan bagi komputer berasaskan inovasi dalam perniagaan.

Untuk benar-benar memahami e-dagang, anda perlu tahu sesuatu mengenai


pengkomputeran pelanggan atau pelayan, komunikasi pensuisan paket, dan
protokol seperti Protokol Kawalan Penghantaran/Protokol Internet (TCP/IP ă
Transmission Control Protocol/Internet Protocol), pelayan web dan bahasa
tandaan hipertext (HTML ă hypertext markup language). Semua topik ini
diterangkan sepenuhnya dalam Topik 3.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG

1.4.2 Perniagaan
Ketika teknologi menyediakan infrastruktur, aplikasi perniagaan yang
menyediakan potensi untuk memberikan pulangan yang luar biasa ke atas
pelaburan yang mewujudkan minat dan keseronokan dalam e-dagang. Teknologi
baru membentangkan cara baru menguruskan pengeluaran dan urus niaga
perniagaan. Ia menukar strategi syarikat sedia ada; strategi lama telah usang dan
strategi yang baru perlu dicipta. Teknologi baru ialah tapak melahirkan beribu-
ribu syarikat baru untuk menawarkan produk dan perkhidmatan baru.

Untuk benar-benar memahami e-dagang, anda perlu membiasakan diri dengan


beberapa konsep utama perniagaan, seperti sifat pasaran elektronik, maklumat
barangan, model perniagaan, syarikat dan rantaian nilai industri, struktur
industri dan tingkah laku pengguna dalam pasaran elektronik.

1.4.3 Masyarakat
E-dagang semakin tertakluk kepada undang-undang negara dan entiti global.
Untuk menjalankan perniagaan e-dagang yang berjaya, kita perlu memahami
tekanan yang diberikan oleh e-dagang global kepada masyarakat kontemporari.
Antara isu yang biasa ialah harta intelek, privasi individu dan polisi umum.

Hampir tiada kos di Internet bagi kerja mengedarkan salinan digital harta hak
cipta atau harta intelek bagi kerja hasil minda seperti muzik, buku dan video. Ini
menyebabkan e-dagang memberikan cabaran khas kepada pelbagai kaedah yang
telah digunakan oleh masyarakat untuk melindungi hak harta intelek pada masa
lalu.

Sejak Internet dan web menjadi sangat mahir dalam mengesan identiti dan
tingkah laku individu dalam talian, e-dagang menimbulkan kesukaran bagi
memelihara privasi atau keupayaan individu untuk meletakkan had ke atas jenis
dan jumlah maklumat yang telah dikumpulkan tentang mereka, dan untuk
mengawal penggunaan maklumat peribadi mereka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG  41

Sifat global e-dagang juga menimbulkan isu polisi umum berdasarkan ekuiti,
akses sama rata, peraturan kandungan dan cukai. Jika sesetengah masyarakat
mengharamkan imej terpilih, aktiviti komersial terpilih (iaitu pertaruhan sukan
dalam talian) atau mesej politik dari media awam mereka, bagaimanakah
masyarakat mengawal pelaksanaan kawalan kandungan dan kawalan aktiviti ke
atas halaman e-dagang global? Apakah hak yang membuat negara dan rakyat
mereka ada terhadap Internet, web dan e-dagang?

AKTIVITI 1.4

Adakah ia beretika dan sah di sisi undang-undang untuk memuat


turun muzik yang dilindungi hak cipta ke dalam komputer anda untuk
kegunaan peribadi? Beri sebab bagi jawapan anda.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai komputer dan


masyarakat, layari laman web ini:
http://www.copyright.gov
http://www.myipo.gov.my
http://www.uspto.gov/trademarks/index.jsp
http://www.privacy.org
http://www.sigcas.org

LATIHAN 1.4
Senarai dan terangkan secara ringkas tema-tema utama asas kajian e-
dagang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG

 Perdagangan, perundingan pertukaran barangan dan perkhidmatan telah


diamalkan dengan cara tradisional selama beribu-ribu tahun.

 E-dagang ialah aplikasi teknologi baru, terutamanya Internet dan teknologi


web untuk membantu individu, perniagaan dan organisasi lain bagi
mengendalikan perniagaan dengan lebih baik.

 Empat ciri utama e-dagang adalah:

– Aktiviti organisasi luaran dan dalaman yang menyokong pertukaran;

– Teknologi dibolehkan;

– Teknologi pengantara; dan

– Pertukaran maklumat digital antara pihak.

 Lapan elemen e-dagang adalah:

– Teras keputusan strategik berasaskan teknologi;

– Sentiasa ada;

– Masa nyata responsif berdaya saing;

– Teknologi berasaskan antara muka pelanggan;

– Kawalan interaksi pelanggan;

– Pengetahuan tingkah laku pelanggan;

– Membenarkan keperibadian dan penyesuaian; dan

– Capaian global.

 Empat kategori utama e-dagang adalah:

– Perniagaan ke pengguna;

– Perniagaan ke perniagaan;

– Pengguna ke perniagaan; dan

– Pengguna ke pengguna.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN E-DAGANG  43

 Kebaikan e-dagang termasuk mudah untuk mencapai sasaran pasaran, kos


efektif, kepelbagaian, akses yang cepat, selamat dan ketersediaan.

 Walau bagaimanapun, keburukannya termasuk:

– Kesukaran dalam memeriksa dan memilih;

– Kesukaran dalam pengiraan kos;

– Kesukaran dalam mengambil dan mengekalkan pekerja;

– Kesukaran dalam mengintegrasikan pangkalan data dan perisian yang


sedia ada; dan

– Kesukaran dari segi aspek budaya dan undang-undang.

 Tiga tema utama dalam e-dagang ialah teknologi, perniagaan dan masyarakat.

Bata dan mortar Pengguna ke perniagaan


E-dagang Penyatuan
Geseran bebas Perangkai padan Internet
Inovasi Penciptaan semula
Klik dan bata Perdagangan tradisional
M-dagang Perniagaan ke pengguna
Penggerak pertama Perniagaan ke perniagaan
Pengguna ke pengguna Proses perniagaan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Model
2 Perniagaan
E-dagang
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti komponen utama model perniagaan e-dagang;
2. Menghuraikan model perniagaan bagi perniagaan ke pengguna
(B2C);
3. Menghuraikan model perniagaan bagi perniagaan ke perniagaan
(B2B); dan
4. Menghuraikan model perniagaan bagi pengguna ke pengguna
(C2C).

 PENGENALAN
Adakah anda tahu bagaimana sukarnya syarikat baru mewujudkan perniagaan
e-dagang yang menguntungkan khususnya dalam pasaran tertentu? Beribu-ribu
syarikat dalam era inovasi e-dagang mendapati bahawa mereka boleh
membelanjakan modal pelaburan individu lain lebih cepat daripada mereka
mendapatkan pelanggan untuk membeli produk dan perkhidmatan mereka.
Dalam kebanyakan kegagalan, model perniagaan syarikat itu sendiri sebenarnya
telah gagal sejak awal lagi.

Sebaliknya, syarikat e-dagang yang berjaya mempunyai model perniagaan yang


mampu memanfaatkan kualiti unik laman web, mengelakkan kekusutan undang-
undang dan sosial yang boleh membahayakan syarikat itu, dan menghasilkan
perniagaan yang menguntungkan. Namun apakah model perniagaan dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG  45

bagaimanakah anda boleh tahu jika sesuatu model perniagaan syarikat akan
menghasilkan keuntungan? Topik ini akan memberi tumpuan kepada model
perniagaan yang harus anda biasakan untuk memahami e-dagang.

Kita telah belajar tentang model perniagaan yang terlibat dalam e-dagang dalam
topik sebelum ini. Bolehkah anda ingat model yang digunakan dalam e-dagang?
Ada empat model utama, namun dalam topik ini, kita akan hanya melihat
pada tiga model ă pengguna-ke-pengguna (C2C ă consumer-to-consumer),
perniagaan-ke-pengguna (B2C ă business-to-cunsumer) dan perniagaan-ke-
perniagaan (B2B ă business-to-business).

2.1 ELEMEN UTAMA MODEL PERNIAGAAN


Apakah yang dimaksudkan dengan istilah „model perniagaan‰ dan „pelan
perniagaan‰?

Model perniagaan ialah set aktiviti terancang (proses perniagaan) yang direka
untuk menjana keuntungan dalam pasaran. Model perniagaan ialah komponen
penting dalam rancangan perniagaan. Model perniagaan e-dagang bertujuan
untuk menggunakan dan memanfaatkan kualiti unik Internet dan jaringan
sejagat.

Pelan perniagaan adalah dokumen yang menerangkan model perniagaan


syarikat dan cara-cara untuk mencapainya.

AKTIVITI 2.1
„Pembangunan pelan perniagaan adalah penting dalam mana-mana
organisasi perniagaan.‰

Berdasarkan kenyataan tadi, apakah sebenarnya pelan perniagaan


dan bagaimana pelan perniagaan e-dagang berbeza daripada pelan
perniagaan tradisional yang lain?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG

Anda perlu sedar bahawa ada lapan elemen utama model perniagaan yang
berjaya dalam mana-mana perniagaan, bukan sahaja dalam e-dagang. Elemen ini
adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.1 dan akan terus dibincangkan
dengan lebih lanjut dalam subtopik-subtopik yang berikut.

Jadual 2.1: Elemen Utama Model Perniagaan

Komponen Model Perniagaan Persoalan Utama


1. Nilai saranan Mengapakah pelanggan perlu membeli daripada anda?
2. Model pendapatan Bagaimanakah anda akan mendapatkan wang?
3. Peluang pasaran Apakah perkhidmatan yang anda ingin berikan
kepada ruang pasaran dan apakah saiznya?
4. Persekitaran yang Siapakah lagi yang menduduki ruang pasaran yang
kompetitif anda inginkan?
5. Kelebihan daya saing Apakah kelebihan istimewa yang dapat syarikat anda
berikan kepada ruang pasaran?
6. Strategi pasaran Bagaimanakah anda merancang untuk mempromosikan
produk atau perkhidmatan anda untuk menarik
pelanggan sasaran anda?
7. Pembangunan organisasi Apakah jenis struktur organisasi dalam syarikat yang
perlu ada untuk menjalankan pelan perniagaan?
8. Pasukan pengurusan Apakah jenis pengalaman dan latar belakang penting
yang perlu ada pada pemimpin syarikat?

Sumber: Diadaptasi daripada Laudon, K. C., & Traver, C. G. (2009). E-commerce:


Business, technology, society (5th ed.). Boston, MA: Addison Wesley

AKTIVITI 2.2

Berdasarkan elemen utama model perniagaan, manakah elemen yang


paling penting yang perlu dijaga dalam usaha untuk membangunkan
model perniagaan e-dagang yang berjaya? Bincangkan dengan rakan
sekelas anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG  47

2.1.1 Nilai Saranan


Langkah pertama dalam artikulasi model perniagaan ini adalah untuk
menyatakan dengan jelas nilai saraan kepada perniagaan.

Nilai saranan mentakrifkan bagaimana produk atau perkhidmatan syarikat


memenuhi keperluan pelanggan.

Dari sudut pandangan pengguna, nilai saranan e-dagang yang berjaya adalah
termasuk yang berikut:

(a) Keperibadian dan penyesuaian penawaran produk;

(b) Pengurangan kos carian produk;

(c) Pengurangan kos penetapan harga; dan

(d) Memudahkan urus niaga dengan menguruskan penghantaran produk.

Contohnya, Kozmo.com menjual makanan ringan, hiburan dan kelengkapan


peribadi yang sama seperti perniagaan lain. Walau bagaimanapun, Kozmo
memberikan khidmat penghantaran ke rumah yang cepat. Meskipun kedai,
restoran dan farmasi juga boleh menawarkan penghantaran ke rumah pelanggan
mereka, Kozmo menangani pesaingnya dengan menggabungkan barangan
daripada beberapa jenis perniagaan dan menghantar kesemua barangan dalam
masa sejam. Oleh itu, kemudahan dan kepantasan merupakan dua nilai saranan
utama bagi Kozmo.

Sebelum Amazon.com wujud, kebanyakan pelanggan mengunjungi kedai buku


secara individu untuk membuat pesanan. Dalam beberapa kes, buku yang
dikehendaki mungkin tiada, dan pelanggan terpaksa menunggu sehingga
beberapa hari atau minggu dan kemudian kembali ke kedai buku untuk
mengambilnya. Amazon membolehkan pencinta buku membeli sebarang buku
yang tersenarai secara maya dalam keselesaan rumah atau pejabat mereka, tanpa
apa-apa had masa serta terus mengetahui sama ada buku tersebut berada dalam
stok atau tidak. Oleh itu, nilai saranan Amazon yang utama ialah pemilihan
buku yang tiada batasan dan kemudahan pembelian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG

Rajah 2.1: Laman web bagi jualan bunga dalam talian


Sumber: http://www.ferns-flowers.co.uk/

Dalam banyak kes, syarikat membangunkan nilai saranan mereka berdasarkan


keadaan pasaran semasa atau arah aliran. Kebergantungan pengguna kepada
perkhidmatan penghantaran yang semakin meningkat sudah pasti merupakan
arah aliran yang diketahui oleh pencipta Kozmo.com seperti juga pengasas
Starbucks yang melihat minat dan permintaan yang semakin meningkat
terhadap bar kopi di seluruh negara. Kedua-dua syarikat melihat pasaran dan
kemudian membangunkan nilai saranan mereka untuk memenuhi apa yang
dianggap sebagai permintaan pengguna bagi produk dan perkhidmatan
tertentu.

AKTIVITI 2.3

1. Kenal pasti dua syarikat tempatan yang menawarkan


perkhidmatan atau produk dalam talian; dan

2. Bandingkan nilai saranan yang dibangunkan antara kedua-dua


syarikat tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG  49

2.1.2 Model Pendapatan


Sekarang, mari kita beralih kepada elemen kedua yang terlibat dalam model
perniagaan. Model pendapatan syarikat menerangkan bagaimana syarikat akan
mendapat hasil, keuntungan dan menghasilkan pulangan unggul atas modal
yang dilaburkan. Fungsi organisasi perniagaan adalah untuk menjana
keuntungan dan menghasilkan pulangan ke atas pelaburan modal yang melebihi
pelaburan alternatif. Keuntungan sahaja tidak mencukupi untuk menjadikan
syarikat „berjaya‰. Untuk dianggap berjaya, syarikat mesti menghasilkan
pulangan yang lebih besar daripada pelaburan alternatif. Syarikat yang gagal
dalam ujian kemahuan ini akan keluar daripada dunia perniagaan.

Contohnya, peruncit menjual produk seperti komputer peribadi kepada


pelanggan yang membayar menggunakan wang tunai atau kad kredit. Ini
menghasilkan pendapatan dan peniaga biasanya mengenakan caj yang lebih ke
atas komputer berbanding apa yang dibayar dalam perbelanjaan modal operasi,
maka menghasilkan keuntungan. Sungguhpun begitu, untuk menceburi
perniagaan, peniaga komputer terpaksa melabur modal sama ada dengan
pinjaman atau menggunakan simpanan peribadi. Keuntungan daripada
perniagaan merupakan pulangan ke atas modal yang dilaburkan dan pulangan
ini mesti lebih besar daripada apa yang diperoleh oleh peniaga daripada sumber
lain, katakan, dengan melabur dalam hartanah atau dengan hanya meletakkan
wang dalam akaun simpanan.

Biarpun ada banyak pelbagai model pendapatan e-dagang yang telah


dibangunkan, kebanyakan syarikat bergantung kepada satu atau gabungan
model pendapatan utama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2.

Rajah 2.2: Model pendapatan e-dagang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG

Mari kita lihat pada setiap model pendapatan secara terperinci.

(a) Model Pendapatan Pengiklanan


Dalam model ini, laman web yang menawarkan pengguna dengan
kandungan, perkhidmatan dan/atau produk juga menyediakan forum
untuk iklan dan menerima bayaran daripada pengiklan. Laman web ini
yang mampu menarik penonton yang paling banyak atau pendapatan
pengiklanan yang mempunyai penonton yang tertentu dan berbeza serta
mampu mengekalkan perhatian pengguna dapat mengenakan kadar
pengiklanan yang lebih tinggi.

Mari kita lihat syarikat yang mengguna pakai model pendapatan


pengiklanan:

(i) Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.3, Yahoo.com memperoleh


sejumlah besar pendapatan daripada enjin carian dan lain-lain bentuk
pengiklanan dalam talian. Oleh sebab ramai orang menggunakan
Yahoo! sebagai titik permulaan carian di laman web, ia sentiasa
menarik sebilangan besar pengunjung; dan

(ii) Laman web seperti AOL, AltaVista, Excite, Lycos dan MSN.

Laman web yang mempunyai minat umum yang lebih kecil, seperti
direktori web, refdesk.com, menghadapi lebih kesukaran untuk menarik
pengiklan berbanding enjin carian yang lebih besar.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG  51

Rajah 2.3: Laman web Yahoo!


Sumber: http://www.yahoo.com/

(b) Model Pendapatan Langganan Tajuk


Dalam model ini, laman web yang menawarkan kepada pengguna
kandungan atau perkhidmatannya mengenakan yuran langganan untuk
mengakses sebahagian atau semua kandungannya. Untuk menangani
keengganan pengguna membayar bagi mendapatkan kandungan di dalam
web, kandungan yang ditawarkan mesti dianggap sebagai kandungan
yang mempunyai nilai tambahan yang tinggi. Ini bermakna kandungan
yang ditawarkan tidak mudah didapati di tempat lain atau senang ditiru.

Contohnya, Malaysiakini.com membenarkan pelayar web yang bukan


pelanggan untuk melihat artikel tertentu dari laman web ini (iaitu komen)
tetapi akses penuh untuk semua kandungan dalam bahasa Inggeris adalah
terhad kepada pelanggan yang membayar yuran bulanan sebanyak RM20.
Sebaliknya, beberapa agensi berita, termasuk Bernama tidak mengenakan
sebarang yuran langganan untuk akses ke laman web mereka. Mereka
menawarkan cerita semasa secara percuma di laman web mereka tetapi
tetap memerlukan pengunjung membayar untuk berita dari arkib.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG

Syarikat yang berjaya menawarkan kandungan dalam talian melalui model


langganan termasuk Xboxlive.com oleh Microsoft (permainan video),
Ancestry.com (genealogi) dan eHarmony (perkhidmatan janji temu) dan
lain-lain.

AKTIVITI 2.4

Kunjungi dua laman web akhbar tempatan yang ditunjukkan berikut


bawah dan jawab soalan yang berikut:
http://www.nst.com.my/
http://www.thestar.com.my/

(a) Kenal pasti perbezaan antara yuran langganan mereka.

(b) Apakah jenis yuran langganan yang dikenakan oleh setiap


syarikat kepada pelanggan mereka?

(c) Model Pendapatan Yuran Transaksi


Dalam model ini, perniagaan yang menawarkan perkhidmatan akan
mengenakan bayaran berdasarkan kepada jumlah atau saiz transaksi yang
diproses. Sebahagian daripada perkhidmatan ini diuruskan dengan baik di
laman web. Syarikat boleh menawarkan pengunjung laman web maklumat
yang mereka perlukan mengenai transaksi dan menawarkan banyak
perkhidmatan peribadi yang sebelum ini disediakan oleh ejen manusia. Jika
pelanggan bersedia untuk memasukkan maklumat transaksi ke dalam
borang laman web, laman web ini boleh memberikan pilihan dan
melaksanakan transaksi pada kos yang lebih rendah berbanding penyedia
perkhidmatan transaksi tradisional.

Sekarang, mari kita lihat syarikat yang mengguna pakai model pendapatan
yuran transaksi:

(i) CarsDirect.com yang menawarkan pelanggan keupayaan untuk


memilih kereta tertentu (pilihan model dan warna) pada harga yang
ditentukan. CarsDirect.com kemudian mencari pengedar tempatan
yang mempunyai kereta tersebut dan bersedia untuk menjualnya
pada harga CarsDirect.com;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG  53

(ii) Sebagai alternatif, Autoweb.com mengesan pengedar di kawasan


pembeli yang bersedia untuk menjual kereta yang dinyatakan
oleh pembeli (termasuk pembuat, model, pilihan dan warna) untuk
bayaran tambahan yang kecil atas kos nominal pengedar. Pembeli
boleh membeli kereta daripada pengedar tanpa berunding dengan
jurujual; dan

(iii) Syarikat broker saham, seperti E-Trade.com mengenakan bayaran


komisen kepada pelanggan mereka untuk setiap perdagangan yang
dilaksanakan.

(d) Model Pendapatan Jualan


Dalam model ini, syarikat memperoleh pendapatan dengan menjual
barang, maklumat atau perkhidmatan kepada pelanggan. Model
pendapatan ini terbukti berjaya untuk pelbagai barangan pengguna,
termasuk pakaian, komputer, elektronik, barangan rumah dan hadiah.
Pelanggan boleh membuat pesanan melalui laman web atau telefon.
Kepelbagaian ini adalah penting kerana ramai pengguna masih enggan
membeli di laman web.

Kebanyakan syarikat yang menggunakan hasil pendapatan model jualan


ini memberikan pelanggan pilihan untuk melengkapkan sebahagian
pembayaran transaksi melalui telefon atau melalui pos. Syarikat yang
menerima pakai hasil jualan model pendapatan jualan adalah seperti yang
berikut:

(i) Amazon.com yang menjual buku, muzik dan produk lain;

(ii) DoubleClick.net yang mengumpul maklumat mengenai pengguna


dalam talian dan kemudian menjualnya kepada syarikat lain; dan

(iii) Salesforce.com yang menjual perkhidmatan pengurusan tenaga jualan


di laman web.

(e) Model Pendapatan Gabungan


Dalam model ini, laman web yang mengemudi perniagaan kepada
„gabungan‰ menerima yuran rujukan atau peratusan pendapatan daripada
mana-mana jualan yang dihasilkan. Contohnya, MyPoints.com membuat
keuntungan dengan menghubungkan syarikat kepada pelanggan yang
berpotensi dengan menawarkan tawaran khas untuk ahlinya. Apabila
mereka mengambil kesempatan daripada tawaran dan membuat
pembelian, ahli mendapat „mata‰ yang boleh ditebus dengan hadiah
percuma dan MyPoints.com pada masa yang sama akan memperoleh
keuntungan yuran rujukan atau komisen.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG

AKTIVITI 2.5

Bagi setiap model pendapatan, kenal pasti syarikat tempatan yang


bergantung kepada model tersebut untuk mendapat keuntungan.
Bandingkan jawapan anda dengan rakan sekelas anda.

2.1.3 Peluang Pasaran


Adakah anda tahu apa yang dimaksudkan dengan peluang pasaran? Rujuk yang
berikut untuk mengetahui maknanya.

Peluang pasaran merujuk kepada tujuan syarikat memasuki ruang pasaran


tersebut (iaitu peluang pasaran kawasan yang sebenar atau potensi nilai
komersil) dan keseluruhan potensi peluang kewangan yang ada kepada
syarikat dalam ruang pasaran.

Peluang pasaran biasanya dibahagikan kepada pasaran khusus yang lebih kecil.
Peluang pasaran realistik ditakrifkan dengan potensi pendapatan dalam setiap
pasaran khusus yang anda berharap untuk bersaing.

Contohnya, andaikan anda menganalisis syarikat latihan perisian yang mencipta


sistem perisian pembelajaran untuk dijual kepada syarikat melalui Internet. Saiz
keseluruhan pasaran latihan perisian untuk semua segmen pasaran adalah kira-
kira RM70 bilion. Tambahan pula, pasaran keseluruhan boleh dipecahkan
kepada dua segmen pasaran utama:

(a) Produk yang memerlukan pelatih, menyumbang kepada 70% daripada


pasaran (RM49 bilion dalam pendapatan); dan

(b) Latihan berasaskan komputer, menyumbang 30% daripada pasaran


(RM21 bilion dalam pendapatan).

Dalam setiap segmen pasaran utama itu, ada beberapa pasaran khusus yang
kecil, seperti pasaran latihan berasaskan komputer Fortune 100 dan pasaran
latihan berasaskan komputer untuk perniagaan kecil. Oleh sebab syarikat itu
syarikat permulaan, ia tidak boleh bersaing secara berkesan dalam perniagaan
yang besar kerana pasaran latihan berasaskan komputer memerlukan
perbelanjaan yang besar (kira-kira RM15 juta).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG  55

Syarikat latihan berjenama besar menguasai pasaran ini. Peluang pasaran


sebenar adalah untuk menjual kepada beribu-ribu syarikat perniagaan kecil yang
membelanjakan kira-kira RM6 bilion pada perisian latihan berasaskan komputer
serta sangat memerlukan penyelesaian latihan yang kos efektif. Inilah saiz
sebenar peluang pasaran yang realistik untuk syarikat.

2.1.4 Persekitaran yang Kompetitif


Persekitaran yang kompetitif syarikat merujuk kepada syarikat lain yang
beroperasi di ruang pasaran yang sama menjual produk yang sama. Persekitaran
yang kompetitif untuk syarikat adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti
yang berikut:

(a) Berapa ramai pesaing yang aktif?

(b) Berapakah besar operasi mereka?

(c) Apakah bahagian pasaran setiap pesaing?

(d) Bagaimanakah keuntungan setiap syarikat ini?

(e) Bagaimana mereka menetapkan harga bagi produk mereka?

Syarikat biasanya mempunyai kedua-dua pesaing langsung dan tidak langsung.


Berikut ialah definisi dan contohnya.

Pesaing langsung adalah syarikat yang menjual produk dan perkhidmatan


yang hampir sama dan terlibat dalam segmen pasaran yang sama.

Contohnya, Priceline.com dan Hotwired.com, kedua-dua syarikat penerbangan


ini menjual tiket penerbangan berdiskaun dalam talian, mereka ialah pesaing
langsung antara mereka kerana kedua-dua syarikat menjual produk yang boleh
dianggap hampir antara satu sama lain.

Pesaing tidak langsung adalah syarikat yang mungkin dalam industri yang
berbeza tetapi masih bersaing secara tidak langsung.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG

Priceline.com dan Amazon.com, boleh dianggap sebagai pesaing tidak


langsung. Walaupun kini Amazon.com tidak menawarkan tiket penerbangan,
kepakarannya dalam membangunkan perdagangan dalam talian dan
memudahkan trafik Internet, sama ada bersendirian atau bergabung dengan
e-dagang atau luar talian syarikat lain, memberikannya keupayaan untuk
berbuat demikian dengan cepat.

Pengeluar kereta dan syarikat penerbangan beroperasi dalam industri yang


berbeza tetapi mereka masih bersaing secara tidak langsung kerana mereka
menawarkan pengguna pengangkutan alternatif. Perkhidmatan muzik dalam
talian yang disediakan oleh MyMP3.com bersaing secara tidak langsung dengan
jualan buku Amazon.com kerana kedua-dua laman web menawarkan pengguna
kaedah alternatif hiburan.

Kewujudan jumlah pesaing yang banyak dalam mana-mana segmen mungkin


menjadi tanda bahawa pasaran telah menjadi matang dan ia mungkin sukar
untuk memberikan keuntungan. Sebaliknya, kekurangan pesaing mungkin
menjadi tanda sama ada pasaran itu ialah pasaran tidak diterokai atau pasaran
yang telah diterokai tetapi tidak memberikan sebarang keuntungan. Analisis
persekitaran yang kompetitif boleh membantu anda membuat keputusan tentang
segmen mana yang menguntungkan dan tidak menguntungkan.

AKTIVITI 2.6

1. Berdasarkan pemahaman anda, kenal pasti dua syarikat tempatan


yang beroperasi dalam industri yang berbeza tetapi masih
bersaing secara tidak langsung.

2. Terangkan dalam bentuk apa mereka bersaing antara satu sama


lain.

2.1.5 Kelebihan Persaingan


Syarikat mencapai kelebihan daya saing apabila mereka boleh menghasilkan
produk yang lebih baik dan/atau memberikan produk ke pasaran pada harga
yang lebih rendah daripada kebanyakan atau kesemua pesaing. Syarikat juga
bersaing atas keupayaan. Beberapa syarikat boleh membangunkan pasaran
global manakala syarikat lain hanya boleh membangunkan pasaran nasional
atau serantau. Syarikat yang boleh menghasilkan produk unggul pada kos yang
paling rendah secara global dianggap memiliki kelebihan terbaik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG  57

Syarikat mencapai kelebihan daya saing dalam keadaan yang berikut:

(a) Mereka memperoleh akses yang berbeza kepada faktor pengeluaran yang
dinafikan kepada pesaing mereka sekurang-kurangnya dalam jangka masa
pendek;

(b) Mereka memperoleh syarat yang menguntungkan daripada pembekal,


syarikat penghantaran atau sumber buruh;

(c) Mereka lebih berpengalaman, berpengetahuan dan mempunyai kesetiaan


pekerja setia berbanding pesaing; dan

(d) Mereka mempunyai paten produk yang tidak dapat ditiru atau akses
kepada modal pelaburan melalui rangkaian bekas rakan perniagaan, atau
jenama dan imej popular yang tidak boleh diciplak oleh syarikat lain.

Sekarang, mari kita teruskan dengan asimetri. Adakah anda tahu makna istilah
ini? Jika anda tidak tahu, rujuk kenyataan berikut untuk melengkapkan diri anda
dengan definisinya.

Asimetri wujud apabila seorang peserta dalam pasaran mempunyai lebih


sumber seperti sokongan kewangan, pengetahuan, maklumat, dan/atau
kuasa daripada peserta lain. Asimetri membawa kepada beberapa syarikat
yang mempunyai kelebihan berbanding orang lain, membolehkan mereka
memasuki pasaran dengan produk yang lebih baik, lebih pantas daripada
pesaing dan kadangkala pada kos yang lebih rendah.

Contohnya, apabila Papa JohnÊs Pizza telah mengiklankan bahawa pengasasnya


ialah bekas pengasas Pizza Hut, syarikat memperoleh kredibiliti segera. Begitu
juga apabila Geraldine Laybourne meninggalkan kedudukan kanannya di
Disney untuk memulakan talian rangkaian wanita, Oxygen.com, syarikatnya
telah diberikan kadar kemungkinan kejayaan yang lebih tinggi semata-mata
kerana latar belakangnya dan kenalannya, termasuk beberapa pelabur besar
yang sanggup melabur modal yang besar untuk memulakan syarikat.

Kelebihan kompetitif yang agak unik terletak pada penggerak pertama.


Kelebihan penggerak pertama ialah kelebihan pasaran yang kompetitif kepada
syarikat kerana kedudukan yang pertama dalam pasaran menawarkan produk
dan perkhidmatan tertentu. Jika penggerak pertama mewujudkan pengikut setia
atau antara muka yang unik yang sukar untuk ditiru, mereka boleh mengekalkan
kelebihan penggerak pertama mereka untuk tempoh masa yang lama.
Amazon.com ialah contoh yang baik. Walau bagaimanapun, dalam sejarah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG

teknologi yang didorong inovasi perniagaan, kebanyakan penggerak pertama


kekurangan sumber untuk mengekalkan kelebihan mereka dan meraih ganjaran
yang terbanyak.

Adakah anda sedar bahawa beberapa kelebihan kompetitif dianggap tidak


adil? Ketidakadilan kelebihan daya saing berlaku apabila sesuatu syarikat
membangunkan kelebihan berdasarkan faktor yang tidak boleh dimiliki oleh
syarikat lain. Contohnya, jenama tidak boleh dibeli dan dari segi itu, merupakan
kelebihan yang „tidak adil‰. Jenama dibina atas kesetiaan, kepercayaan,
kebolehpercayaan dan kualiti. Setelah diperoleh, mereka sukar untuk disalin
atau ditiru dan membenarkan syarikat untuk mengenakan harga yang tinggi
bagi produk mereka.

Dalam pasaran yang sempurna, tidak ada kelebihan daya saing kerana semua
syarikat mempunyai akses kepada semua faktor pengeluaran (termasuk
maklumat dan pengetahuan) yang sama. Walau bagaimanapun, pasaran sebenar
adalah tidak sempurna, kelebihan kompetitif wujud sekurang-kurangnya dalam
jangka pendek. Kebanyakan kelebihan daya saing berjangka masa pendek,
walaupun sesetengahnya mempunyai jangka masa yang lebih lama. Contohnya,
kelebihan daya saing yang dinikmati oleh Coca-Cola kerana nama jenamanya
boleh dikekalkan untuk tempoh yang panjang tetapi tidak selama-lamanya.
Minuman ringan Coke yang manis semakin dicabar oleh jus buah-buahan, dan
minuman berperisa sihat dan unik.

Syarikat dikatakan memanfaatkan aset saing mereka apabila mereka


menggunakan kelebihan daya saing mereka untuk mencapai kelebihan dalam
pasaran sekitarnya. Sebagai contoh, Amazon.com telah berubah kepada arena
lelongan dalam talian bagi memanfaatkan pangkalan data pelanggan syarikat
yang besar, dengan menawarkan pelanggan satu lagi cara untuk membeli dari
Amazon dan memberikan mereka akses baru kepada setiap barangan yang
dijual. Kelebihan daya saing Amazon termasuk pengalaman e-dagang syarikat
yang lama yang begitu menakjubkan ketika syarikat memasuki perniagaan
lelongan dalam talian serta pangkalan data berjuta-juta pelanggannya.

AKTIVITI 2.7
Layari laman web yang berikut dan bandingkan kelebihan daya saing
yang membezakan antara mereka.

http://www.airasia.com.my/
http://www.mas.com.my/

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG  59

2.1.6 Strategi Pasaran


Adakah anda tahu bahawa tidak kira berapa besar kualiti syarikat, kebiasaannya
strategi pemasaran dan pelaksanaan adalah sama penting? Konsep perniagaan
atau idea yang baik akan gagal jika ia tidak dipasarkan dengan betul kepada
pelanggan yang berpotensi.

Semua yang anda lakukan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan


syarikat anda kepada bakal pelanggan dikenali sebagai pemasaran. Manakala,
strategi pasaran ialah rancangan yang anda lakukan untuk menerangkan secara
terperinci bagaimana anda berhasrat untuk memasuki pasaran baru dan menarik
pelanggan baru.

Sebahagian daripada strategi pemasaran Kozmo.com, misalnya, adalah dengan


menggunakan rakan kongsi seperti Starbucks Coffee untuk membantu menarik
pelanggan baru. Strategi bekerjasama dengan syarikat lain yang boleh
memberikan manfaat daripada khidmat penghantaran pelanggan yang cepat
membolehkan Kozmo mencuba untuk meluaskan sasarannya.

Syarikat lain seperti Yahoo.com menggunakan strategi pemasaran yang berbeza.


Mereka melabur dengan banyak dalam pengiklanan untuk memperkenalkan
laman web mereka. Usaha memperkenalkan seseorang kepada laman web baru
mungkin ialah menggalakkan dia menggunakannya. AOL telah melampirkan
CD dengan tawaran percubaan percuma di dalam majalah dan akhbar di seluruh
negara. Dengan mengedarkan sampel pada jumlah yang besar, AOL berharap
sekurang-kurangnya ada peratusan kecil daripada pengguna akan memilih
untuk mencuba perisian dan membuat keputusan untuk menjadi pelanggan
baru. Strategi ini terbukti sangat berjaya untuk AOL dan hari ini, mereka
mempunyai hampir 30 juta orang pelanggan.

2.1.7 Pembangunan Organisasi


Walaupun banyak usaha keusahawanan dimulakan oleh seorang individu yang
berwawasan, hanya seorang sahaja boleh mengembangkan idea sehingga
menjadi satu syarikat yang bernilai jutaan ringgit dan situasi ini jarang berlaku.
Dalam kebanyakan kes, syarikat yang mempunyai kadar pertumbuhan yang
pantas terutamanya perniagaan e-dagang memerlukan pekerja dan set prosedur
perniagaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG

Pendek kata, semua syarikat baru memerlukan organisasi yang cekap bagi
melaksanakan perancangan dan strategi perniagaan mereka. Banyak syarikat
e-dagang dan syarikat tradisional yang cuba melaksanakan strategi e-dagang
telah gagal kerana mereka tidak mempunyai struktur organisasi dan nilai
budaya sokongan yang diperlukan untuk menyokong perniagaan baru.

Syarikat yang berharap untuk berkembang perlu mempunyai rancangan


pembangunan organisasi yang menerangkan bagaimana syarikat itu akan
mengatur kerja yang perlu dilaksanakan. Biasanya, kerja dibahagikan kepada
beberapa fungsi, seperti pengeluaran, penghantaran, pemasaran, sokongan
pelanggan dan kewangan. Bidang kerja dalam setiap fungsi ini telah ditentukan,
dan kemudian pengambilan pekerja dimulakan untuk jawatan dan
tanggungjawab yang tertentu.

Biasanya, pada peringkat awal, pekerja umum yang boleh melakukan pelbagai
tugas akan diupah. Sejajar dengan pertumbuhan syarikat, pengambilan pekerja
menjadi lebih khusus. Contohnya, pada peringkat awal, syarikat boleh
mempunyai seorang pengurus pemasaran. Namun, selepas dua atau tiga tahun
melalui pertumbuhan yang stabil, jawatan pemasaran itu boleh dipecahkan
kepada tujuh jawatan baru yang dijalankan oleh tujuh individu berlainan.

Sebagai contoh, pengasas eBay.com, Pierre Omidyar, memulakan laman lelongan


dalam talian untuk membantu teman wanitanya menjual beberapa dispensari
gula-gula dengan pengumpul lain tetapi dalam masa beberapa bulan, jumlah
perniagaan telah mencapai lebih daripada apa yang dia boleh kendalikan. Jadi
dia mula mengupah individu yang mempunyai banyak pengalaman perniagaan
untuk membantu dalam perniagaan. Tidak lama kemudian, syarikat itu
mempunyai ramai pekerja, jabatan dan pengurus yang bertanggungjawab bagi
menyelia pelbagai aspek syarikat.

2.1.8 Pasukan Pengurusan


Akhir sekali, kita tiba di elemen utama terakhir dalam model perniagaan. Boleh
dikatakan, satu unsur yang paling penting dalam model perniagaan ialah
pasukan pengurusan yang bertanggungjawab untuk memastikan model
perniagaan itu berjaya. Pasukan pengurusan yang kuat memberikan model
perniagaan kredibiliti segera kepada pelabur luar, pengetahuan tentang
maklumat pasaran yang khusus dengan pantas dan pengalaman dalam
melaksanakan pelan perniagaan. Pasukan pengurusan yang kuat mungkin tidak
dapat menyelamatkan perniagaan yang mempunyai pelan perniagaan yang
lemah, tetapi mereka akan dapat mengubah model dan mentakrifkan semula
perniagaan jika perlu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG  61

Akhirnya, sebahagian besar syarikat akan mencapai kedudukan syarikat yang


mempunyai beberapa eksekutif kanan atau pengurus. Namun, pengurus yang
mahir boleh menjadi kelebihan atau kekurangan sumber kompetitif. Cabarannya
adalah untuk mencari orang yang mempunyai kedua-dua pengalaman dan
keupayaan untuk menggunakan pengalaman itu dalam situasi baru.

Untuk mengenal pasti pengurus yang baik bagi syarikat yang baru memulakan
perniagaan, persoalan yang berikut perlu dipertimbangkan pada awalnya yang
akan berguna untuk anda dan kepada pengurus yang menyertai syarikat anda:

(a) Apakah jenis latar belakang teknikal yang diperlukan?

(b) Apakah jenis pengalaman fungsi penyeliaan yang perlu dipenuhi terlebih
dahulu: pemasaran, pengeluaran, kewangan atau operasi?

(c) Dalam keadaan yang pembiayaan diperlukan untuk memulakan


perniagaan khususnya, adakah bakal pengurus kanan mempunyai
pengalaman dan kenalan untuk meningkatkan pembiayaan daripada
pelabur luar?

AKTIVITI 2.8

1. Layari laman web yang berikut dan kenal pasti sama ada
Amazon.com dan Half.com adalah pesaing langsung atau tidak
langsung. Bincangkan dengan rakan sekelas.
http://www.amazon.com
http://www.half.ebay.com

2. Layari laman web yang berikut. Terangkan bagaimana setiap


syarikat dalam talian ini menjana pendapatan mereka.

(a) Syarikat yang menggunakan model pendapatan


pengiklanan
(i) http://www.comiclink.com
(ii) http://www.mudah.my

(b) Syarikat yang menggunakan model langganan


(i) http://www.eliterecruiters.com
(ii) http://www.espn.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG

(c) Syarikat yang menggunakan model langganan


(i) http://www.eliterecruiters.com
(ii) http://www.espn.com

(d) Syarikat yang menggunakan model yuran transaksi


(i) http://www.travelocity.com
(ii) http://www.lelong.com.my

(e) Syarikat yang menggunakan model jualan


(i) http://www.apple.com
(ii) http://www.parksononline.com

(f) Syarikat yang menggunakan model gabungan


http://www.beyond.com

LATIHAN 2.1

1. Apakah model perniagaan?

2. Senaraikan lapan komponen utama sebuah model perniagaan


yang berkesan.

3. Apakah lima model pendapatan utama yang digunakan oleh


syarikat e-dagang?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG  63

2.2 MODEL PERNIAGAAN B2C


Perniagaan kepada pengguna (B2C) ialah perniagaan dalam talian yang
berusaha untuk mencapai individu pengguna, merupakan jenis e-dagang yang
paling dikenali. Model perniagaan utama yang digunakan dalam B2C adalah
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.4.

Rajah 2.4: Model perniagaan utama B2C

2.2.1 Portal
Pernahkah anda mendengar istilah „portal‰? Rujuk kenyataan yang berikut
untuk mengetahui makna istilah ini.

Portal (web portal) adalah laman web yang digunakan sebagai titik
pelancaran untuk memasuki web. Portal selalunya merangkumi direktori web
dan enjin carian tetapi ia juga termasuk ciri-ciri lain yang membantu
pengunjung untuk mencari apa yang mereka cari di web dan dengan itu,
membuat web lebih berguna.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG

Kebanyakan portal mempunyai ciri-ciri seperti direktori membeli-belah, carian


pangkalan data White Pages dan Yellow Pages, e-mel percuma, bilik sembang,
mesej segera, kalendar, muat turun muzik, strim video(video streaming),
permainan dan banyak lagi.

Lima tahun yang lalu, portal dilihat sebagai „pintu gerbang‰ ke Internet.
Namun, pada hari ini, portal model perniagaan dilihat sebagai laman destinasi.
Portal tidak menjual apa-apa secara langsung, maka menampakkan mereka
sebagai tidak berat sebelah. Portal menjana pendapatan terutamanya dengan
mengenakan pengiklan bayaran untuk penempatan iklan, mengumpul yuran
rujukan untuk mengemudi pelanggan ke laman web lain, dan mengenakan
bayaran bagi perkhidmatan premium. AOL dan MSN, di samping menjadi
portal, juga merupakan penyedia perkhidmatan Internet (ISP ă Internet Service
Provider) yang menyediakan akses kepada Internet dan laman web.

Sesetengah pemerhati web percaya bahawa laman web portal boleh menjadi
perniagaan yang berpendapatan besar pada masa hadapan. Oleh itu, menambah
ciri-ciri portal ke laman web sedia ada atau menukar laman web kepada portal
dilihat sebagai strategi perniagaan yang bijak. Di sebalik kewujudan banyak
laman portal atau enjin carian, lima laman web yang terbaik membentuk lebih
daripada 95% daripada trafik enjin carian kerana pengiktirafan jenama unggul
yang diterima.

Lima laman portal atau enjin carian terbaik ini ialah Google, Yahoo!, MSN atau
Windows Live, AOL dan Ask.com. Kebanyakan daripada mereka adalah antara
yang pertama muncul di web dan oleh itu, mempunyai kelebihan penggerak
pertama. Sebagai penggerak pertama memberikan kelebihan kerana pelanggan
mempercayai penyedia yang boleh dipercayai dan akan mengalami kos
peralihan jika mereka berubah kepada mereka yang lewat memasuki pasaran.

Yahoo!, AOL, MSN atau Windows Live dan lain-lain portal dianggap sebagai
portal mendatar kerana mereka menentukan ruang pasaran mereka dengan
memasukkan semua pengguna Internet. Portal menegak cuba untuk menyediakan
perkhidmatan yang sama seperti portal yang mendatar tetapi tertumpu kepada
perkara tertentu atau segmen pasaran tertentu. Walaupun jumlah bilangan
portal menegak mungkin jauh lebih rendah daripada bilangan pengguna portal,
sekiranya segmen pasaran cukup menarik, pengiklan sanggup membayar harga
premium untuk mencapai penonton yang disasarkan. Rajah 2.5 menggambarkan
laman portal di MSN.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG  65

Rajah 2.5: Portal Laman MSN


Sumber: http://www.msn.com/

Semakin banyak organisasi besar telah membina laman web portal untuk
menyediakan maklumat kepada pekerja mereka. Portal ini boleh mengurangkan
sejumlah kos dengan menggantikan percetakan dan pengedaran memo, surat
berita dan surat-menyurat lain dengan laman web. Organisasi menggunakan
portal web dalaman untuk menerbitkan buku panduan pekerja, surat berita dan
maklumat faedah pekerja.

AKTIVITI 2.9

Layari portal Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di


www.oum.edu.my. Kenal pasti ciri-ciri yang unik dan memberi nilai
tambahan kepada pelajar berbanding dengan portal pendidikan yang
lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG

2.2.2 E-runcit
Tahukah anda apa itu e-runcit? Jika anda tidak tahu, mari kita lihat definisi
yang disediakan.

E-runcit atau kedai runcit dalam talian adalah lebih seperti kedai bata dan
mortar yang biasa, yang membezakannya hanyalah pelanggan perlu
memasuki Internet untuk memeriksa inventori mereka dan membuat
pesanan.

Kebanyakan e-runcit yang berjaya ialah syarikat yang sudah beroperasi dalam
perniagaan pesanan pos dan hanya perlu mengembangkan operasi mereka ke
web. Syarikat lain mula menggunakan web untuk menjual produk mereka
selepas menyedari bahawa produk mereka yang dijual di kedai secara fizikal
juga boleh dijual di web. Cawangan jualan tambahan ini tidak memerlukan
mereka untuk membina kedai tambahan, namun memberikan mereka akses
kepada pelanggan di seluruh dunia.

Sebagai contoh, Wal-Mart dan Barnes & Noble juga membuka laman web untuk
menjual produk yang sama dijual di kedai mereka. Syarikat yang lain telah
beroperasi di dunia maya semata-mata, tanpa mempunyai kedai fizikal.
Contohnya, Amazon.com, BlueNile.com dan Drugstore.com.

Satu lagi variasi e-runcit dalam talian ialah versi katalog mel langsung.
Contohnya, Sharper Image, turut memasukkan operasi katalog pesanan pos
yang telah berjaya ke dalam laman web. Variasi lain seperti pusat membeli-belah
dalam talian dan jualan langsung daripada pengilang dalam talian juga wujud.
Kadar populasi pengguna Internet yang semakin meningkat mencerminkan
peningkatan jumlah pengguna yang berpotensi. Setiap pengguna Internet adalah
pelanggan yang berpotensi. Pelanggan yang merasakan mereka tidak mempunyai
banyak masa yang terluang ialah prospek utama kerana mereka mahukan
penyelesaian membeli-belah yang boleh menghapuskan keperluan untuk
memandu ke pusat membeli-belah atau kedai.

Model pendapatan e-runcit adalah berasaskan produk, dengan pelanggan


membayar untuk pembelian item tertentu. Justeru, sektor ini adalah sangat
kompetitif. Sejak halangan kemasukan (jumlah kos kemasukan pasaran baru) ke
dalam pasaran e-runcit adalah rendah, puluhan ribu buah kedai e-runcit kecil
telah muncul di web. Peruncit yang tidak pernah mempunyai jenama atau
pengalaman akan mempunyai kesukaran memperoleh keuntungan dan kekal
dalam pasaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG  67

Sejak tahun 1999, beratus-ratus ataupun beribu-ribu e-runcit telah gagal dan
menutup kedai. Cabaran e-runcit termasuk membezakan perniagaannya daripada
kedai lain yang sedia ada. Sebagai contoh, bagaimanakah e-runcit permainan
yang baru akan beroperasi dengan lebih baik atau berbeza dari eToys.com yang
merupakan e-runcit permainan dalam talian yang mempunyai pembiayaan
yang baik, namun masih tidak boleh bertahan?

Syarikat yang cuba untuk mencapai setiap pengguna dalam talian mungkin akan
mengurangkan sumber mereka dengan pantas. Mereka yang membangunkan
strategi khusus, dengan jelas mengenal pasti sasaran pasaran dan keperluannya,
membuat persiapan yang terbaik untuk memperoleh keuntungan. Kawalan
perbelanjaan yang rendah, pilihan yang meluas dan inventori terkawal ialah
kunci kejayaan dalam e-runcit, dengan inventori merupakan perkara yang paling
sukar ditentukan.

2.2.3 Penyedia Kandungan


Apakah yang dimaksudkan dengan penyedia kandungan? Penjelasan yang
berikut akan menjawab persoalan ini.

Penyedia kandungan mengedarkan kandungan maklumat, seperti berita


digital, muzik, foto, video dan karya seni melalui web.

Meskipun ada banyak cara Internet boleh menjadi berguna, „kandungan


maklumat‰ yang boleh ditakrifkan secara meluas untuk merangkumi semua
bentuk harta intelek, merupakan salah satu daripada penggunaan utama
Internet. Harta intelek merujuk kepada semua bentuk ungkapan manusia yang
dapat dimasukkan ke dalam medium ketara seperti teks, CD atau web. Pada
tahun 2005, pengguna di Amerika telah menghabiskan USD2 bilion untuk
kandungan dalam talian dan angka ini dijangka mencapai lebih daripada USD3.6
bilion pada tahun 2008.

Penyedia kandungan menghasilkan keuntungan dengan mengenakan pelanggan


yuran langganan. Contohnya, dalam kes MP3.com, yuran langganan bulanan
menyediakan pengguna akses kepada beribu-ribu trek lagu. Penyedia kandungan
lain adalah seperti WSJ.com (akhbar dalam talian Wall Street Journal), HBR
Online (Harvard Business Review) dan sebagainya lagi mengenakan bayaran
kepada pelanggan untuk memuat turun kandungan sebagai tambahan atau ganti
bagi yuran langganan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG

Teknologi sistem pembayaran mikro, seperti sistem QPass, memberikan


penyedia kandungan kaedah kos efektif untuk memproses jumlah transaksi yang
banyak pada kecil transaksi kewangan yang kecil. Sistem pembayaran mikro
telah banyak meningkatkan prospek model pendapatan penyedia kandungan
yang ingin mengenakan bayaran untuk sebarang muat turun. Penyedia
kandungan, seperti MP3.com juga menjana pendapatan melalui penjualan ruang
iklan di laman web mereka.

Sudah tentu, tidak semua penyedia kandungan dalam talian mengenakan


bayaran untuk maklumat mereka. Lihat sahaja contoh di versi akhbar dan
majalah lain dalam talian (contohnya, CNN.com, Sportsline.com), pengguna
boleh mengakses berita dan maklumat di laman web tanpa membayar satu sen
pun. Laman web ini menjana pendapatan dengan cara lain, seperti melalui
pengiklanan dan promosi rakan kongsi di halaman.

Kunci untuk menjadi penyedia kandungan yang berjaya adalah dengan memiliki
kandungan. Pemilik tradisional kandungan buku dan surat khabar yang
mempunyai hak cipta, penyiar radio dan kandungan televisyen, muzik, penerbit
dan studio filem mempunyai kelebihan yang lebih berdaya ke atas pendatang
baru ke web. Sesetengah penyedia kandungan, bagaimanapun tidak memiliki
kandungan tetapi mengumpul (menggabung) dan kemudian mengedarkan
kandungan yang dihasilkan oleh orang lain.

Sindiket (syndication) ialah variasi utama model penyedia kandungan yang


biasa. Intonetworks.com dan Intertainment.com, contohnya, mendapatkan lesen
kandungan seperti permainan, video dan program latihan perisian daripada
pemilik dan kemudian mengedarkan kandungan di sambungan Internet
berkelajuan tinggi untuk perniagaan kecil dan kegunaan di rumah.

Sebarang perniagaan e-dagang yang baru bermula yang berniat untuk


memperoleh pendapatan dengan menyediakan kandungan mungkin menghadapi
kesukaran melainkan jika ia mempunyai sumber maklumat yang unik yang
tidak boleh diakses oleh orang lain. Bagi sebahagian besar pasaran, kategori
perniagaan ini dikuasai oleh penyedia kandungan tradisional.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG  69

Satu contoh penyedia kandungan permulaan yang berjaya ialah


Drudgereport.com, halaman politik dan hiburan yang dimulakan oleh wartawan
Matt Drudge yang tidak mempunyai latihan atau pengalaman. Dengan
mengunakan kaedah pemasaran dari mulut ke mulut, Drudge mendapat
sokongan dan senarai pemberi maklumat yang panjang. Akhirnya, pemberi
maklumat telah membocorkan maklumat tentang skandal Monica Lewinsky-Bill
Clinton dan Laporan Drudge merupakan sumber media pertama yang
melaporkannya. Sejak itu, halaman ini telah berkembang dengan pesat dan
mempunyai tawaran pelesenan yang dimeterai dengan AOL, TV dan siaran
radio. Sungguhpun kekurangan pengalaman dan celik perniagaan, Laporan
Drudge telah menarik ribuan pembaca tetap melalui elemen promosi pintar dan
nasib.

2.2.4 Broker Urus Niaga


Adakah anda tahu tugas seorang broker urus niaga? Jika tidak, rujuk penjelasan
yang berikut.

Broker urus niaga biasanya mengendalikan urus niaga bagi pengguna secara
peribadi, melalui telefon atau mel.

Industri terbesar yang menggunakan model broker urus niaga ialah perkhidmatan
kewangan, perkhidmatan pelancongan dan perkhidmatan penempatan pekerjaan.
Broker saham dalam talian seperti sebagai E-Trade.com, Ameritrade.com dan
Schwab.com telah menguasai kira-kira 20% daripada urus niaga saham runcit.
Nilai utama broker urus niaga dalam talian ialah penjimatan masa dan wang.

Di samping itu, broker urus niaga menyediakan maklumat dan pendapat


yang tepat. Halaman misalnya Monster.com, seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2.6, menawarkan pencari kerja pasaran kebangsaan mengikut kebolehan
mereka dan menawarkan majikan sumber pekerja dari seluruh negara. Kedua-
dua majikan dan pencari kerja tertarik dengan kemudahan dan nilai maklumat
yang ditawarkan. Broker saham dalam talian mengenakan komisen yang lebih
rendah daripada broker tradisional dengan menawarkan tawaran yang lebih
besar, seperti wang tunai dan sebilangan perdagangan bebas untuk menarik
pelanggan baru.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG

Rajah 2.6: Monster.com


Sumber: http://www. monster.com

Memandangkan minat pengguna lebih mendalam dalam perancangan kewangan


dan pasaran saham, peluang pasaran bagi broker urus niaga dalam talian
kelihatan besar. Walau bagaimanapun, ketika berjuta-juta pelanggan telah
beralih kepada broker dalam talian, masih ramai lagi berwaspada untuk beralih
daripada broker tradisional yang menyediakan nasihat peribadi dan jenama.
Kebimbangan terhadap pencerobohan privasi dan kehilangan kawalan ke atas
maklumat kewangan peribadi juga menyumbang kepada rintangan pasaran ini.
Oleh itu, cabaran bagi broker dalam talian adalah untuk mengatasi kebimbangan
pengguna ini dengan menekankan langkah keselamatan dan privasi yang
disediakan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG  71

Broker urus niaga menjana pendapatan setiap kali urus niaga berlaku. Setiap
saham perdagangannya, contoh, memberikan syarikat satu yuran, sama ada
berasaskan kepada skala tetap atau skala berubah bergantung kepada saiz urus
niaga. Menarik pelanggan baru dan menggalakkan mereka untuk berdagang
selalunya ialah kunci untuk menjana lebih banyak pendapatan bagi syarikat ini.
Laman web pekerjaan biasanya mengenakan yuran kepada majikan terlebih
dahulu dan bukannya dibayar selepas jawatan itu diisi.

Persaingan antara broker menjadi lebih sengit pada tahun-tahun kebelakangan in


kerana kemasukan baru menawarkan tawaran yang lebih menarik kepada
pengguna untuk mendaftar. Kebanyakan yang berjaya ialah penggerak pertama
seperti E-Trade.com, Ameritrade.com, Schwab.com dan OptionsXpress.com.

Sekarang, broker dalam talian bersaing secara langsung dengan broker syarikat
tradisional yang kini telah menyertai ruang pasaran dalam talian. Penyatuan
yang ketara berlaku dalam industri ini. Bilangan laman web pekerjaan telah
berlipat ganda tetapi laman web yang terbesar dengan bilangan senarai
pekerjaan terbanyak semakin menjauhkan diri daripada syarikat khusus yang
kecil. Dalam kedua-dua industri, hanya beberapa syarikat yang sangat besar
mungkin bertahan dalam jangka masa panjang.

2.2.5 Pencipta Pasaran


Apakah fungsi pencipta pasaran? Mari kita lihat fungsinya.

Pencipta pasaran membina persekitaran digital yang pembeli dan penjual


boleh bertemu, memaparkan produk, mencari produk dan menentukan harga
untuk produk.

Secara tradisinya, pencipta pasaran bergantung kepada tempat fizikal untuk


mewujudkan pasaran. Ada beberapa tempat pasaran rangkaian digital
persendirian sebelum kewujudan laman web. Laman web mengubah fenomena
ini dengan membolehkan ia mengasingkan pasaran daripada ruang fizikal.
Contoh utama ialah Priceline.com yang membolehkan pengguna menetapkan
harga yang mereka sanggup bayar untuk pelbagai penginapan pelancongan dan
lain-lain produk, dan eBay.com, laman lelong dalam talian yang digunakan oleh
kedua-dua perniagaan dan pengguna.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG

Contohnya, model perniagaan lelongan eBay adalah untuk mewujudkan


persekitaran digital elektronik untuk pembeli dan penjual berjumpa, bersetuju
tentang harga dan berurus niaga. Ini berbeza daripada broker urus niaga yang
benar-benar menjalankan urus niaga untuk pelanggan mereka yang bertindak
sebagai agen di pasaran yang lebih besar. Di eBay, pembeli dan penjual
merupakan ejen bagi diri mereka sendiri. Setiap jualan di eBay memberikan
syarikat pendapatan, sebagai tambahan kepada yuran penyenaraian yang
dibayar terlebih dahulu. EBay adalah salah satu daripada beberapa laman web
yang telah mendapat keuntungan sejak awal lagi. Adakah anda tahu mengapa?
Salah satu sebabnya ialah eBay tidak mempunyai inventori atau kos
pengeluaran, ia hanyalah semata-mata sebagai orang tengah.

Peluang pasaran untuk pencipta pasaran mempunyai potensi yang luas, jika
syarikat hanya mempunyai sumber kewangan dan pelan pemasaran untuk
menarik penjual dan pembeli yang mencukupi ke ruang pasaran. Kira-kira tujuh
juta orang menggunakan eBay setiap bulan dan ini menjadikan ia pasaran yang
cekap. Ada ramai penjual dan pembeli bagi setiap jenis produk dan kadangkala
untuk produk yang sama. Syarikat baru yang ingin mewujudkan pasaran
memerlukan penjenamaan dan program kesedaran yang agresif untuk mencapai
saiz pengguna yang minimum untuk kekal dalam pasaran. Beberapa syarikat
berasaskan laman web yang sangat besar seperti Amazon.com telah
memanfaatkan asas pelanggan mereka yang besar dan memulakan lelongan.
Banyak lelongan digital yang lain telah muncul di segmen pasaran menegak
yang lebih kecil dan lebih khusus seperti barang kemas dan kereta.

Selain pemasaran dan penjenamaan, pengurusan dan organisasi syarikat boleh


memberikan perbezaan dalam mewujudkan pasaran baru, terutamanya jika
beberapa pengurus mempunyai pengalaman dalam perniagaan yang sama.
Kepantasan selalunya menjadi kunci dalam situasi sedemikian. Keupayaan untuk
beroperasi dengan cepat akan menjadi perbezaan antara kejayaan dan kegagalan.

2.2.6 Penyedia Perkhidmatan


Tahukah anda apa yang dilakukan oleh penyedia perkhidmatan? Ketika e-runcit
menjual produk dalam talian, penyedia perkhidmatan menawarkan perkhidmatan
dalam talian. Sesetengahnya mengenakan bayaran, manakala yang lain menjana
pendapatan daripada sumber lain, seperti pengiklanan dan dengan mengumpul
maklumat peribadi yang berguna dalam pemasaran langsung.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG  73

Jelas, beberapa perkhidmatan tidak dapat disediakan dan dilaksanakan melalui


talian seperti membaiki paip dan kereta. Bagaimanapun pengaturan boleh
dilakukan bagi membaiki kereta dan paip melalui Internet. Contoh penyedia
perkhidmatan adalah seperti yang berikut:

(a) SugarSync.com menyediakan penyimpanan maklumat dalam talian dan


perkhidmatan sandaran;

(b) WhatsItWorthToYou.com membolehkan pengguna yang mempunyai


barangan antik membuat penilaian koleksi dalam talian;

(c) Netgrocer.com menawarkan perkhidmatan membeli-belah runcit;

(d) Broker urus niaga kewangan menyediakan perkhidmatan seperti tuisyen


kolej dan perancangan pencen; dan

(e) Broker percutian menyediakan perkhidmatan perancangan percutian dan


urus niaga dengan syarikat penerbangan dan hotel.

Nilai saranan asas penyedia perkhidmatan ialah mereka yang menawarkan


pengguna, alternatif yang berharga, mudah, menjimatkan masa dan kos rendah
kepada pembekal perkhidmatan tradisional. Kajian telah mendapati, contohnya,
faktor utama dalam meramalkan tingkah laku pembelian dalam talian ialah
masa. Pengguna yang kesuntukan masa selalunya sibuk. Profesional yang
bekerja lebih masa biasa tidak mempunyai masa untuk mengambil pakej atau
membeli barangan runcit.

Penyedia perkhidmatan menjana pendapatan melalui cara yang berikut:

(a) Yuran langganan, jika ada keperluan yang berulang-ulang untuk sesuatu
perkhidmatan. Misalnya, SugarSync.com menjana pendapatan apabila
pelanggan baru mendaftar untuk penyimpanan maklumat bulanan;

(b) Pembayaran sekali sahaja untuk kegunaan perkhidmatan tunggal; atau

(c) Komisen ke atas barangan yang dibeli atau dihantar.

Sama seperti peruncit yang menjual produk secara tunai, penyedia perkhidmatan
mendagangkan pengetahuan, kepakaran dan usaha untuk pendapatan. Peluang
pasaran untuk penyedia perkhidmatan adalah sebesar pelbagai perkhidmatan
yang boleh disediakan dan adalah berpotensi untuk menyamai peluang pasaran
untuk barangan fizikal. Kita hidup dalam ekonomi dan masyarakat berasaskan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG

perkhidmatan. Peluang dan potensi dapat disaksikan dengan pertumbuhan


restoran makanan segera, perkhidmatan penghantaran bungkusan dan
perkhidmatan telefon selular wayarles. Permintaan pengguna yang semakin
meningkat bagi perkhidmatan dan produk mudah beli merupakan petanda baik
bagi penyedia perkhidmatan semasa dan akan datang.

Namun, terdapat cabaran yang perlu ditangani oleh penyedia perkhidmatan:

(a) Mengurangkan kebimbangan pengguna mengenai menyewa vendor dalam


talian;

(b) Membina keyakinan dan kebiasaan di kalangan pelanggan semasa dan


berpotensi;

(c) Membina pengiktirafan nama; dan

(d) Mempengaruhi pengguna untuk mencuba perkhidmatan ini.

2.2.7 Penyedia Komuniti


Walaupun penyedia komuniti bukan entiti baru, Internet menjadikan banyak
laman web untuk individu yang mempunyai pemikiran yang sama untuk
bertemu dan bertutur lebih mudah, tanpa batasan geografi yang menghalang
perhubungan. Sebelum kita bergerak pada penjelasan bagi penyedia komuniti,
mari kita lihat deskripsi yang berikut.

Penyedia komuniti adalah laman web yang mewujudkan persekitaran digital


dalam talian yang pengguna dengan minat yang sama boleh berurus niaga
(membeli dan menjual barang), berkomunikasi dengan mereka yang
mempunyai pemikiran yang sama, menerima maklumat berkaitan minat
mereka dan juga berfantasi dengan menggunakan personaliti dalam talian.

Nilai saranan asas penyedia komuniti adalah untuk mewujudkan laman web
setempat yang pantas dan mudah yang pengguna boleh memberi tumpuan
kepada kebimbangan dan minat yang penting. Biasanya, penyedia komuniti
bergantung kepada model pendapatan hibrid yang termasuk yuran langganan,
pendapatan hasil jualan, yuran urus niaga, yuran gabungan dan yuran
pengiklanan daripada syarikat lain yang tertarik dengan pelanggan yang fokus.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG  75

Laman komuniti seperti iVillage.com, Oxygen.com dan About.com menjana


pendapatan melalui hubungan gabungan dengan peruncit dan pengiklanan.
Contohnya, ibu bapa mungkin melawat iVillage.com untuk tip dandanan rambut
dan aksesori, dan dari situ akan dipaparkan pautan ke ByLilla.com. Jika
pengguna mengklik pautan itu dan kemudian membuat pembelian daripada
ByLilla.com, iVillage.com akan mendapat komisen. Demikian juga iklan
sepanduk yang turut menjana pendapatan.

Di About.com, pengunjung boleh berkongsi tip dan membeli buku yang


disyorkan oleh Amazon.com yang memberikan About.com komisen pada setiap
pembelian. Masyarakat tertua di web terdapat di Well.com yang menyediakan
forum perbualan dan perbincangan yang berkaitan tentang teknologi dan
Internet sejak tahun 1985, dan Motley Fool (Fool.com) yang diasaskan pada
tahun 1993 yang menyediakan nasihat kewangan, berita dan pendapat kepada
komuniti pelaburan.

Kepentingan pengguna dalam komuniti menunjukkan peningkatan dengan


peluang pasaran juga berkembang. Kunci dalam membangunkan masyarakat
baru adalah untuk mewujudkan industri khusus yang masih belum ada. Syarikat
akan berhadapan dengan pesaing yang lebih besar dan kukuh jika menyasarkan
segmen pasaran yang besar. Subsegmen kecil yang terbentuk daripada pasaran
yang lebih besar mempunyai potensi untuk berkembang tanpa tekanan
persaingan yang banyak. Cabaran terbesar yang dihadapi oleh laman komuniti
adalah dalam mengimbangi kos kandungan yang berkualiti tinggi dengan hasil
yang diperoleh daripada pengiklanan. Pada masa ini, laman komuniti mendapati
sukar untuk membuat keuntungan, maka membahayakan kewujudan mereka.

Kualiti syarikat yang penting dalam kalangan penyedia komuniti ialah keluasan
dan kedalaman pengetahuan. Disebabkan tujuan komuniti adalah untuk
menghubungkan pengguna dengan minat yang sama dan situasi peribadi,
mempunyai pengurus yang boleh dikaitkan dengan pengalaman adalah sangat
penting. Ahli masyarakat selalunya meminta panduan dan nasihat. Kekurangan
kakitangan yang berpengalaman boleh menghalang pertumbuhan komuniti
yang memerlukan fasilitator dan pengurus untuk memastikan perbincangan
kekal relevan.

Mempengaruhi peserta baru untuk menyertai komuniti merupakan fokus utama


kebanyakan strategi pemasaran, dengan masyarakat yang lebih besar menjana
pengiklanan dari mulut ke mulut yang lebih baik dan meningkatkan komisen.
Semakin besar bilangan ahli komuniti, semakin tinggi kadar pengiklanan yang
boleh dikenakan dan peluang lebih baik untuk jualan di laman web rakan kongsi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG

AKTIVITI 2.10
Selain berita dan artikel, apakah bentuk maklumat lain yang
ditawarkan oleh penyedia kandungan?

Layari laman web yang berikut. Terangkan ciri-ciri yang diterangkan


dalam laman web ini.

http://www.cio.com/article/40298/E_Commerce_Definition_and_Sol
utions

LATIHAN 2.2
1. Apakah portal? Apakah contoh-contoh lain dalam portal
yang wujud pada hari ini?

2. Jelaskan perbezaan utama antara penyedia perkhidmatan dan


penyedia komuniti.

2.3 MODEL PERNIAGAAN B2B


Seperti yang dipelajari dalam Topik 1, e-dagang perniagaan ke perniagaan (B2B ă
business-to-business), memberi tumpuan kepada penjualan kepada perniagaan
lain, mempunyai kira-kira tiga kali saiz e-dagang B2C, walaupun perhatian
orang ramai telah tertumpu kepada B2C.

Model perniagaan utama digunakan dalam e-dagang B2B adalah termasuk


model-model berikut:

(a) Bursa (hab B2B);

(b) E-pengedar;

(c) E-perolehan;

(d) Penyedia perkhidmatan B2B;

(e) Penyesuai padan(tukang suai); dan

(f) Pengantara maklumat.

Mari kita lihat setiap model dalam subtopik yang berikut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG  77

2.3.1 Bursa (Hab B2B)


Bursa atau hab B2B mendapat banyak perhatian dan pembiayaan dalam B2B
kerana potensi saiz pasarannya. Sebelum kita pergi lebih mendalam tentang
penjelasan bursa, mari kita lihat definisi yang diberikan.

Bursa adalah pasaran digital elektronik bebas yang pembekal dan pembeli
komersial boleh menjalankan urus niaga.

Bagi pembeli, hab B2B membolehkannya untuk mengumpul maklumat,


memeriksa pembekal, mengumpul harga dan mengetahui semua perkembangan
terkini dalam satu tempat. Penjual pula mendapat faedah daripada akses yang
lebih kepada pembeli. Semakin banyak jumlah pembeli berpotensi, semakin
rendah kos jualan dan semakin tinggi peluang untuk membuat jualan.
Sesetengah laman web juga telah memperoleh purata pendapatan yang lebih
tinggi bagi setiap pembeli.

Ruang pasaran menjadikannya lebih murah dan menjimatkan masa untuk


mengenal pasti pembekal berpotensi, pengguna serta rakan kongsi, dan untuk
menjalankan perniagaan antara satu sama lain. Hasilnya, hab B2B boleh
menurunkan kos yang berikut:

(a) Kos Produk


Kos yang ditanggung oleh perniagaan apabila menghasilkan produk atau
perkhidmatan. Kos produk menggabungkan kos bahan mentah dan buruh.

(b) Kos Urus Niaga


Kos urus niaga ialah kos untuk menghasilkan jualan atau pembelian.
Contohnya, kos untuk ejen pembeli syarikat membuat pesanan biasanya
bermula daripada RM100.

(c) Kos Penyimpanan Inventori


Ini ialah kos menyimpan produk di tangan atau gudang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG

Ada dua bentuk ruang pasaran:

(a) Ruang Pasaran Menegak


Ruang pasaran ini memberi servis kepada industri tertentu, seperti keluli,
aeroangkasa, kereta, kimia, bunga atau industri pembalakan. Selalunya
ruang pasaran menegak membekalkan sebilangan syarikat yang lebih kecil
dengan produk dan perkhidmatan yang menarik minat tertentu ke dalam
industri mereka.

Salah satu ruang pasaran B2B menegak yang terbesar ialah Covisint, bursa
bahagian kereta yang disokong oleh DaimlerChrysler, Ford, General
Motors, Renault, CommerceOne dan Oracle. Ditubuhkan pada bulan
Oktober 2000, Covisint telah menghasilkan lebih daripada USD350 juta
dalam urus niaga, menjalankan 100 lelongan dan diletakkan ke dalam lebih
100 katalog dalam talian.

Sementara itu, AgWeb.com dan Agriculture.com memberi servis ke dalam


pasaran pertanian, dengan memberi peladang dan pembekal harga dan
ramalan komoditi serta jumlah peluang pembelian yang dapat membantu
pengguna untuk menjimatkan masa dan wang ke atas pembelian

(b) Ruang Pasaran Mendatar


Ruang pasaran ini menjual produk dan perkhidmatan khusus kepada
pelbagai syarikat. Ruang pasaran mendatar membekalkan syarikat dalam
industri yang berlainan dengan produk dan perkhidmatan yang tertentu,
seperti berasaskan pemasaran, kewangan atau pengkomputeran.

TradeOut.com melelong peralatan yang lebihan kepada pembida tertinggi


dalam mana-mana industri, itulah sebabnya ia merupakan contoh pasaran
mendatar. Ia khusus dalam membantu syarikat yang mempunyai lebihan
inventori dan aset terbiar untuk menjual produk dan perkhidmatan mereka
kepada syarikat lain yang memerlukannya. Syarikat boleh membeli dan
menjual antara satu sama lain, mewujudkan lebihan tunai dan melepaskan
inventori yang tidak berguna kepada mereka.

Kunci kejayaan ruang pasaran ini adalah seperti yang berikut:

(i) Saiz Industri


Jika industri yang mahu diservis tidak begitu besar, laman web
mungkin tidak akan memperoleh keuntungan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG  79

(ii) Jumlah Pengguna Berdaftar


Begitu juga, jika laman web ini tidak boleh mencapai saiz pengguna
yang minimum untuk kekal dalam pasaran dengan menarik lebih
ramai pembeli dan penjual, pengguna akan pergi ke tempat lain.

Dalam beberapa tahun akan datang, pakar-pakar meramalkan


penyatuan khusus dalam e-ruang pasaran, dengan sebilangan laman
web berkurangan secara mendadak dan meninggalkan beberapa hab
B2B utama. Di samping itu, konsep hab berpusat mungkin perlahan-
lahan digantikan dengan pertukaran langsung perangkai padan.

2.3.2 E-pengedar
Tahukah anda makna e-pengedar? E-pengedar ialah syarikat yang membekal
produk dan perkhidmatan terus kepada perniagaan individu. Hab B2B menarik
banyak perniagaan sehingga memungkinkan mereka untuk menjalankan
perniagaan dengan syarikat lain, manakala e-pengedar ditubuhkan oleh satu
syarikat yang ingin memberi servis kepada banyak pelanggan. Namun, seperti
hab B2B, mencapai saiz pengguna yang minimum untuk kekal dalam pasaran
ialah faktor dalam e-pengedar. Dengan e-pengedar, lebih banyak produk dan
perkhidmatan yang dibuat oleh syarikat boleh didapati di laman web dan lebih
menarik laman web itu kepada pelanggan berpotensi. Pusat beli belah setempat
sentiasa diutamakan jika pengunjung mahu mencari pelbagai barangan atau
mencari barangan produk tertentu dalam satu laman web.

Mari kita lihat yang berikut, contoh disediakan untuk e-pengedar.

WW Grainger merupakan pengedar terbesar penyelenggaraan, pembaikan


dan operasi (MRO) bekalan. Pada masa lalu, ia bergantung pada jualan katalog
dan pusat pengedaran fizikal di kawasan metropolitan. Katalog peralatannya
memasuki talian pada tahun 1995 di Grainger.com, memberikan akses
perniagaan kepada lebih daripada 220,000 item. Ejen syarikat pembeli boleh
mencari mengikut jenis produk, seperti motor, HVAC, cecair atau melalui
nama jenama tertentu.

Walaupun WW Grainger menubuhkan laman web untuk menjalankan


perniagaan dengan pelanggan, General Electric Aircraft Engines memainkan
peranan sebagai e-pengedar. GE Aircraft Engines merupakan pembeli utama
syarikat bahagian penerbangan yang diperlukan oleh syarikat lain dalam
industri penerbangan sama seperti bahagian yang dipesan GE daripada
pembekal.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG

GE memutuskan untuk membuka sistem perolehan dalamannya kepada


umum, membolehkan rakan pembeli barangan perusahaan dan peralatan
untuk mengunjungi laman webnya Geae.com, untuk mencari alat ganti dan
jentera yang diperlukan. GE dan pembeli lain boleh membeli bersama-sama
dan menerima diskaun yang lebih tinggi untuk pesanan yang lebih banyak.
Dalam meletakkan dirinya sebagai tumpuan utama bagi pertanyaan pembelian
itu, GE telah meningkatkan kuasa membeli dan hubungannya. Keputusan ini
telah mewujudkan pusat keuntungan baru untuk GE dan mengurangkan kos
pengambilalihannya.

2.3.3 E-perolehan
Apakah yang dimaksudkan dengan e-perolehan? Rujuk kenyataan berikut untuk
mengetahui termanya.

Syarikat e-perolehan mencipta dan menjual pasaran digital yang penjual dan
pembeli berurus niaga untuk input tidak langsung dengan memperoleh yuran
untuk perkhidmatan membuat pasaran, pengurusan rantaian bekalan dan
pencapaian perkhidmatan.

Contohnya, Ariba.com mewujudkan satu platform berasaskan web yang unik


yang dipanggil Ariba Commerce Cloud yang merangkumi aplikasi untuk
pengurusan perbelanjaan, pengurusan kewangan kolaboratif dan pengurusan
peningkatan jualan. Platform ini menghubungkan kepada lebih daripada 300,000
perniagaan global dan mendakwa dirinya sebagai salah satu masyarakat
perdagangan berasaskan web terbesar di dunia.

2.3.4 Penyedia Perkhidmatan B2B


Sama seperti e-pengedar yang menyediakan produk kepada syarikat lain,
penyedia perkhidmatan B2B menjual perkhidmatan perniagaan kepada syarikat
lain. Penyedia perkhidmatan B2B „tradisional‰ menawarkan perkhidmatan
dalam talian yang sama untuk perkhidmatan perniagaan yang biasa, seperti
perakaunan, kewangan perkhidmatan, pengurusan sumber manusia dan
percetakan. Penyedia perkhidmatan aplikasi adalah satu lagi jenis penyedia
perkhidmatan B2B. Untuk mengetahui maknanya, lihat yang berikut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG  81

Penyedia perkhidmatan aplikasi (ASP ă application service provider) adalah


syarikat yang menjual akses kepada aplikasi perisian berasaskan Internet
kepada syarikat lain.

Contohnya, Salesforce.com membolehkan syarikat untuk menguruskan pasukan


jualan mereka. Lesen perisian perniagaan Salesforce.com berdasarkan bilangan
jurujual yang akan mengakses sistem. Ini menghapuskan keperluan bagi syarikat
untuk membeli atau memasang sistem automasi pasukan jualan yang kompleks.

Berkenaan dengan bagaimana B2B mendapat keuntungan, penyedia


perkhidmatan B2B menjana pendapatan melalui cara yang berikut:

(a) Yuran urus niaga;

(b) Yuran berdasarkan bilangan stesen kerja yang menggunakan perkhidmatan


ini; atau

(c) Yuran pelesenan tahunan (kaedah yang digunakan oleh Salesforce.com).

Mereka menawarkan syarikat beberapa kelebihan yang ketara. Perkhidmatan


cenderung berdasarkan intensif kepada pengetahuan dan berdasarkan pekerja
profesional yang mahal. Sistem pengurusan perisian berasaskan komputer
adalah sukar untuk dibina atau disesuaikan dengan perniagaan seseorang.

Penyedia perkhidmatan B2B seperti Salesforce.com boleh membina sistem


pengurusan kuasa untuk mencapai ekonomi skala. Jika anda ingin tahu makna
istilah ini, rujuk yang berikut.

Ekonomi skala berlaku apabila syarikat memperuntukkan kos sistem kepada


ramai pengguna. Ia timbul apabila sistem pengeluaran kos tetap yang besar
(seperti kilang atau sistem perisian) boleh beroperasi pada kapasiti penuh
tanpa masa terbiar.

Dalam kes perisian, kos marginal bagi salinan digital perisian program adalah
hampir sifar dan memperoleh pembeli tambahan untuk program perisian yang
mahal adalah sangat menguntungkan. Ini lebih cekap daripada membiarkan
setiap firma membina sistem pengurusan pasukan jualan sendiri, dan ia
membenarkan Salesforce.com menjadi pakar dalam satu jenis sistem dan
menawarkan pasaran sistem „membiak yang terbaik‰.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG

2.3.5 Penyesuai Padan


Apakah yang dimaksudkan dengan istilah „penyesuai padan‰? Jika anda
menjawab individu yang cuba membawa pasangan dengan tujuan untuk
membuat mereka jatuh cinta, maka jawapan anda salah. Dalam perdagangan,
penyesuai padan mempunyai makna yang berbeza. Rujuk yang berikut untuk
mengetahui makna istilah ini.

Penyesuai padan adalah syarikat yang menjana pendapatan dengan


menghubungkan perniagaan lain dan mengambil komisen daripada mana-
mana perniagaan yang berlaku melalui urus niaga atau bayaran penggunaan.
Mereka adalah bentuk broker urus niaga (salah satu model dalam B2C).

Contohnya, iShip.com membantu perniagaan untuk mencari penghantar yang


paling murah untuk pakej mereka. Walaupun syarikat-syarikat lain menjual
perisian pelbagai penghantaran yang mahal, iShip membolehkan syarikat
melayari laman webnya secara percuma untuk membandingkan kadar daripada
beberapa syarikat penghantaran utama, termasuk Federal Express, Airborne dan
U. S. Postal Service. Apabila syarikat telah menjumpai penghantar yang paling
murah untuk yang pakej tertentu, ia membayar iShip bayaran untuk meneruskan
penghantaran.

2.3.6 Pengantara Maklumat


Apakah pengantara maklumat? Rujuk yang berikut untuk mengetahui
maksudnya.

Penggunaan terma pengantara maklumat pada asalnya dicipta oleh Hagel


dan Rayport (1997) untuk menggambarkan generasi baru syarikat yang
akan bertindak sebagai penjaga, ejen dan broker maklumat pelanggan serta
memasarkannya kepada perniagaan bagi pihak pengguna sambil melindungi
privasi mereka pada masa yang sama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG  83

Hari ini, walaupun aspek perlindungan privasi dalam definisi yang dicadangkan
mereka tidak semestinya membuahkan hasil, ada beberapa syarikat yang model
perniagaan mereka berlandaskan pengumpulan maklumat mengenai pengguna
dan menjualnya kepada perniagaan lain. Pengantara maklumat berorientasikan
vendor menjual maklumat yang dikumpulkan kepada vendor yang
menggunakannya untuk menyasarkan produk, perkhidmatan dan promosi
kepada tertentu pengguna.

Pengantara maklumat berorientasikan penjual boleh dikelaskan kepada dua


subkategori asas:

(a) Broker Penonton


Broker penonton mendapatkan maklumat mengenai pelanggan dan
menggunakannya untuk membantu pengiklan mencapai penonton yang
paling sesuai untuk pengiklanan mereka. Contoh utama ialah DoubleClick.

(b) Penjana Rujukan


Penjana utama mengumpul data pelanggan di mana mereka mencipta
profil dan pilihan pelanggan. Mereka kemudian mengarahkan penjual
produk dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan profil pelanggan
kepada pelanggan. Sebagai contoh, Autobytel meneruskan rangkaian
pengedar kereta nasional yang pengguna web akan dirujuk sebagai balasan
kepada yuran setiap rujukan.

SEMAK KENDIRI 2.1

Terangkan bagaimana hab B2B berbeza daripada portal B2C.

Layari laman web yang berikut dan gambarkan ciri-ciri bagi setiap
tapak web yang berkait dengan B2B:
http://www.alibaba.com
http://www.b2btoday.com
http://www.b2byellowpages.com
http://www.btobonline.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG

LATIHAN 2.3

1. Senaraikan lima model utama perniagaan B2B.

2. Huraikan tentang penyedia perkhidmatan aplikasi (ASP).

2.4 MODEL PERNIAGAAN C2C


Seperti yang kita telah dibincangkan dalam Topik 1, model perniagaan
pengguna kepada pengguna (C2C ă consumer-to-consumer) menghubungkan
pengguna dengan pengguna yang lain. Antara contoh model perniagaan yang
paling berjaya adalah model perniagaan pencipta pasaran yang digunakan oleh
eBay.com dan Half.com. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.7, eBay.com
ialah laman web lelongan pengguna. Mari kita meneruskan perbincangan untuk
mengetahui sistem operasi eBay.com dan Half.com.

Sebelum eBay, pengguna individu menggunakan jualan garaj, pasar lambak


dan kedai jimat untuk melupuskan dan memperoleh barangan terpakai.
Dengan pengenalan lelongan dalam talian, pengguna tidak perlu lagi keluar
dari rumah atau pejabat mereka untuk membuat bidaan ke atas barangan
yang diminati dan penjual boleh menjimatkan ruang runcit yang tidak lagi
diperlukan untuk mencapai pembeli.

eBay menjana pendapatan melalui komisen yang diambil daripada


menghubungkan pembeli dan penjual yang mempunyai fikiran yang sama.
eBay ialah salah satu laman web yang menguntungkan dari mula beroperasi
telah mengekalkan rekod sehingga kini. Penjual dan pembeli perlu mendaftar
dengan eBay dan bersetuju dengan terma asas untuk menjalankan perniagaan.
Penjual membayar yuran penyenaraian kepada eBay dan komisen daripada
harga jualan akhir manakala pembeli tidak membayar apa-apa kepada eBay.
Penjual boleh memilih daripada pelbagai perkhidmatan yang lebih baik dan
mengenakan kos tambahan termasuk menyerlahkan lelongan mereka dan
memasukkannya ke dalam senarai lelongan pilihan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG  85

Pengguna yang tidak menyukai lelongan tetapi masih ingin mencari barangan
terpakai boleh melawat Half.com, salah satu daripada laman web yang masih
berfungsi dengan baik. Ia membolehkan pengguna untuk menjual buku, filem,
muzik, dan permainan yang tidak diingini kepada pengguna lain. Tidak seperti
eBay, ia membolehkan penjual untuk menetapkan harga tetap untuk setiap
perkara, bukannya meletakkannya untuk tawaran. Sebagai balasan untuk
memudahkan urus niaga, Half.com mengambil komisen 15% atas jualan,
ditambah dengan sebahagian kecil daripada kos penghantaran.

Rajah 2.7: eBay.com


Sumber: http://www.eBay.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG

2.4.1 Model Perniagaan Perangkai Padan (P2P –


Peer-to-Peer)
Salah satu jenis perniagaan C2C ialah model perniagaan P2P. Ia beroperasi
dengan menghubungkan pengguna dan membolehkan mereka untuk berkongsi
fail dan sumber komputer tanpa pelayan biasa. Tumpuan dalam syarikat P2P
adalah untuk membolehkan maklumat yang ada untuk kegunaan sesiapa sahaja
dengan menghubungkan pengguna di web. Dari segi sejarah, teknologi
perangkai padan telah digunakan untuk membenarkan perkongsian fail dalam
kalangan pengguna secara percuma. Oleh itu, cabaran bagi usaha P2P adalah
untuk membangunkan konsep perniagaan yang berkesan yang akan
membolehkan mereka menjana pendapatan.

MP3.com, laman web muzik yang membolehkan peminat muzik berkongsi fail
dan memuat turun lagu MP3 secara percuma. MP3.com juga menyimpan lagu
yang disediakan secara percuma oleh artis dan kumpulan muzik yang kurang
dikenali yang telah memberi kebenaran untuk muzik mereka disimpan di laman
web MP3. MP3 juga telah menjadi syurga bagi kumpulan muzik yang menunggu
masa untuk dikenali. MP3.com menjana pendapatan melalui pengiklanan dan
mengenakan bayaran bagi setiap muat turun dan baru-baru ini, ia telah dibeli
oleh Vivendi Universal, syarikat utama dalam industri muzik. Satu lagi contoh
model perniagaan P2P ialah Kazaa (www. kazaa.com ) seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 2.8.

Rajah 2.8: Kazaa.com


Sumber: http://www.Kazaa.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG  87

AKTIVITI 2.11
Selain muzik, apakah bentuk maklumat yang boleh dikongsi melalui
laman perangkai padan?

Layari laman web yang berikut dan huraikan ciri-ciri laman web yang
berkaitan dengan C2C :

(a) http://www.ebay.com

(b) http://www.c2c-online.co.uk

(c) http://www.c2c-guide.co.uk

(d) http://www.lelong.com.my

LATIHAN 2.4

Huraikan model perniagaan P2P.

• Ada lapan komponen utama yang terdiri daripada model perniagaan dan ia
adalah:

– Nilai saranan;

– Model pendapatan;

– Peluang pasaran;

– Persekitaran yang kompetitif;

– Kelebihan daya saing;

– Strategi pasaran;

– Pembangunan organisasi; dan

– Pihak pengurusan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG

 Ada tujuh model perniagaan utama yang digunakan di dalam bidang B2C
dan ia adalah:

– Portal;

– E-runcit;

– Penyedia kandungan;

– Broker urus niaga;

– Pencipta pasaran;

– Penyedia perkhidmatan; dan

– Penyedia komuniti.

 Ada enam model perniagaan utama digunakan dalam bidang B2B dan ia
adalah:

– Bursa;

– E-pengedar;

– E-perolehan;

– Penyedia perkhidmatan B2B;

– Penyesuai padan; dan

– Pengantara maklumat.

• Perangkai padan ialah satu jenis model perniagaan C2C.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG  89

Broker urus niaga Pencipta pasaran


Bursa Pengantara maklumat
E-pengedar Penyedia kandungan
E-perolehan Penyedia komuniti
E-runcit Penyedia perkhidmatan
Kelebihan daya saing Penyesuai padan
Model pendapatan Persekitaran yang kompetitif
Nilai saranan Portal
Pasukan pengurusan Ruang pasaran
Peluang pasaran Strategi pasaran

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Internet dan
3 Jaringan Sejagat

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep, asal, pertumbuhan dan struktur semasa
Internet;
2. Mengenal pasti konsep teknologi utama Internet;
3. Menghuraikan peranan protokol Internet dan program utiliti;
4. Membincangkan bagaimana jaringan sejagat bekerja; dan
5. Membezakan antara Internet, intranet dan ekstranet.

 PENGENALAN
Apakah aspek yang membawa e-dagang lebih ke hadapan? Aspek teknologi
yang bergerak ke arah e-dagang ialah Internet dan jaringan sejagat (World Wide
Web). Tanpa teknologi ini, e-dagang akan menjadi mustahil. Ia adalah sangat
penting untuk perniagaan memahami bagaimana Internet dan jaringan sejagat
beroperasi. Melaksanakan strategi utama e-dagang seperti peribadi, penyesuaian,
pensegmenan pasaran dan diskriminasi harga, semua memerlukan pemahaman
teknologi web. Topik ini mengkaji Internet dan jaringan sejagat hari ini dan esok,
bagaimana ia berkembang, bagaimana ia berfungsi dan bagaimana infrastruktur
Internet masa kini dan masa depan, dan bagaimana web membolehkan
pelaksanaan e-dagang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT  91

3.1 INTERNET
Anda pasti kerap kali mendengar istilah Internet dalam kehidupan anda. Walau
bagaimanapun, adakah anda tahu apa yang dimaksudkan dengan istilah
tersebut? Rujuk yang berikut untuk melengkapkan diri anda dengan definisi
yang diberikan.

Perkataan Internet berasal daripada perkataan „antara rangkaian‰. Dalam erti


kata lain, ia merujuk kepada sambungan yang dibuat oleh dua atau lebih
rangkaian komputer. Internet merupakan rangkaian yang menghubungkan
ribuan rangkaian dan berjuta-juta komputer (kadangkala dikenali sebagai
komputer hos) menghubungkan perniagaan, institusi pendidikan, agensi
kerajaan dan individu bersama.

Internet menyediakan 1.996 bilion orang di seluruh dunia dengan perkhidmatan


seperti e-mel, kumpulan berita, membeli-belah, penyelidikan, mesej segera, muzik,
video dan berita. Tiada siapa yang mengawal Internet atau fungsinya dan tidak
dimiliki oleh sesiapa, namun ia menyediakan infrastruktur bagi transformasi
dalam perdagangan, kajian saintifik dan budaya. Sejak beberapa kebelakangan ini,
Internet membenarkan perusahaan komersial untuk berhubung antara satu sama
lain dan dengan pengguna. Pada hari ini, semua jenis perniagaan memberikan
maklumat tentang produk dan perkhidmatan mereka di Internet untuk tujuan
pemasaran, dan menjual produk dan perkhidmatan mereka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT

3.1.1 Asal Usul dan Perkembangan Internet


Mari kita beralih kepada perkembangan Internet. Jadual 3.1 akan menunjukkan
kepada anda sejarah pembangunan Internet.

Jadual 3.1: Sejarah Pembangunan Internet

Tahun Deskripsi
1960 Jabatan Pertahanan Amerika bimbang apabila ada kemungkinan
kesan serangan nuklear pada kemudahan komputer mereka. Jabatan
Pertahanan menyedari bahawa senjata masa depan akan memerlukan
komputer yang berkuasa untuk penyelarasan dan kawalan. Komputer
yang berkuasa pada masa itu ialah komputer kerangka utama yang
besar. Oleh itu, Jabatan Pertahanan Amerika mula mengkaji cara untuk
menyambung setiap komputer ini antara satu sama lain dan juga
untuk pemasangan senjata yang diedarkan di seluruh dunia. Jabatan
Pertahanan juga mengupah ramai penyelidik teknologi komunikasi yang
terbaik untuk meneroka bagaimana mewujudkan rangkaian sejagat yang
sentiasa boleh beroperasi walaupun sebahagian daripada rangkaian
tersebut telah dimusnahkan atau disabotaj oleh musuh melalui tindakan
ketenteraan.
Rangkaian komputer awal yang digunakan ialah talian pelanggan yang
dipajak daripada syarikat telefon untuk sambungan mereka. Sistem
syarikat telefon pada ketika itu hanya mewujudkan sambungan tunggal
antara penghantar dan penerima bagi setiap panggilan telefon, dan
sambungan itu juga membawa semua data bersama-sama dalam satu
laluan. Jabatan Pertahanan bimbang mengenai risiko yang wujud apabila
menggunakan kaedah saluran tunggal ini untuk menghubungkan
komputer. Oleh itu, penyelidik mengembangkan kaedah penghantaran
maklumat yang berbeza melalui pelbagai saluran. Dalam kaedah ini, fail
dan mesej anda dipecahkan kepada paket yang dilabel secara elektronik
dengan menggunakan kod berdasarkan asal usul, urutan dan destinasi
1969 Para penyelidik Jabatan Pertahanan menggunakan model rangkaian ini
untuk menyambung empat komputer; masing-masing satu di Universiti
of California di Los Angeles, SRI International, University of California di
Santa Barbara dan University of Utah. Rangkaian ini dikenali sebagai
ARPANET. Pada tahun-tahun berikutnya, ramai penyelidik daripada
komuniti akademik telah berhubung dengan rangkaian ini dan
menyumbang kepada pembangunan teknologi yang meningkatkan
kelajuan dan kecekapan rangkaian yang dikendalikan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT  93

1972 E-mel dicipta apabila penyelidik menulis program yang boleh


menghantar dan menerima mesej melalui rangkaian. Kaedah komunikasi
baru ini digunakan secara meluas dengan cepat. Bilangan pengguna
rangkaian dalam komuniti penyelidikan ketenteraan dan pendidikan
terus berkembang. Kebanyakan pengguna menggunakan rangkaian
teknologi ini untuk memindahkan fail dan mengakses komputer dari
jauh. Senarai mel e-mel yang pertama, alamat e-mel yang memajukan
mesej yang diterima kepada mana-mana pengguna yang melanggan
senarai mel itu juga wujud dalam rangkaian ini.
1979-1985 Aplikasi rangkaian menjadi bertambah baik dan diuji oleh pengguna
yang semakin bertambah. Ledakan komputer peribadi (PC ă personal
computer) dalam tahun 1980an juga membantu lebih pengguna untuk
menjadi selesa menggunakan komputer.
1986 Yayasan Sains Kebangsaan (NSF ă National Science Foundation)
menghubungkan lima rangkaian pusat super komputernya yang besar
dipanggil sebagai NSFNET kepada ARPANET. Konfigurasi rangkaian
kompleks ini melahirkan Internet.
1990an Pengguna daripada semua lapisan masyarakat, bukan sekadar ahli sains
atau penyelidik akademik, mula beranggapan rangkaian ini sebagai
sumber global. Walaupun rangkaian ini telah berkembang daripada
komputer Jabatan Pertahanan pada tahun 1969 kepada lebih daripada
300,000 komputer yang bersambung di kebanyakan rangkaian pada
tahun 1990, pertumbuhan yang paling besar daripada Internet masih
belum tiba.
1995 Sebelum ini, NSFNET menguruskan sebahagian besar daripada aktiviti
komunikasi atau lalu lintas di Internet. Walau bagaimanapun, selepas
itu NSFNET menamatkan rangkaian mereka di Internet dan kembali
kepada statusnya sebagai rangkaian penyelidikan. Hari ini, pelbagai
syarikat, syarikat komersial dan syarikat lain menyediakan rangkaian
untuk mengendalikan trafik Internet. Rangkaian ini bersama-sama
dengan syarikat telefon, kabel dan syarikat satelit serta kerajaan telah
menyumbang kepada struktur dalaman Internet. Kebanyakannya telah
menderma sumber seperti pelayan, talian komunikasi dan pakar teknikal,
membuatkan Internet benar-benar kolaboratif.

Internet ialah fenomena yang benar-benar tidak diduga akan wujud di dunia.
Para penyelidik yang telah terlibat dalam penciptaan dan pertumbuhan Internet
hanya menerimanya sebagai sebahagian daripada persekitaran kerja mereka.
Walau bagaimanapun, pengguna yang berada di luar komuniti penyelidikan
sebahagian besarnya tidak menyedari potensi yang bakal ditawarkan oleh
perhubungan set rangkaian komputer yang besar ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT

Dalam masa 30 tahun, Internet berkembang menjadi salah satu teknologi yang
menakjubkan dan pencapaian sosial tertinggi berbanding abad yang lalu.
Berjuta-juta orang kini menggunakan rangkaian komputer kompleks yang saling
berhubung ini. Komputer menjalankan ribuan pakej perisian yang berbeza.
Komputer kini berada di hampir setiap negara di dunia. Setiap tahun, berbilion-
bilion ringgit bertukar tangan di Internet dalam pertukaran untuk mendapatkan
semua jenis produk dan perkhidmatan.

Walaupun Internet berkembang, ia masih merupakan rangkaian awam, koperasi


dan rangkaian bebas. Walaupun tiada individu, syarikat, institusi, atau agensi
kerajaan yang mengawal atau memiliki Internet, beberapa pertubuhan telah
menyumbang ke arah kejayaan Internet dengan menasihati, menentukan
standard dan menangani isu lain. Konsortium Jaringan Sejagat (W3C ă World
Wide Consortium) ialah kumpulan yang menyelia penyelidikan, dan menyelaras
standard dan garis panduan dalam banyak bidang Internet.

3.1.2 Tulang Belakang Internet


Tulang belakang Internet ditubuhkan oleh Penyedia Perkhidmatan Rangkaian
(NSPs ă Network Service Providers) yang memiliki dan mengawal rangkaian
utama. Tulang belakang boleh disamakan seperti saluran paip gergasi yang
mengangkut data di seluruh dunia dalam milisaat. Kini, kebanyakan tulang
belakang terdiri sepenuhnya daripada kabel gentian optik dengan jalur lebar
yang terdiri daripada 155Mbps sehingga 2.5Gbps. Sebelum kita beralih lebih
lanjut, mari kita lihat definisi istilah „jalur lebar‰ yang diberikan.

Jalur lebar mengukur berapa banyak data yang boleh dipindahkan melalui
medium komunikasi dalam tempoh masa yang tetap. Ia biasanya dinyatakan
dalam bit sesaat (bps), kilobait (beribu-ribu bit) sesaat (Kbps), megabait
(berjuta-juta bit) sesaat (Mbps) atau gigabait (berbilion-bilion bit) sesaat
(Gbps).

Sambungan ke benua lain dibuat melalui gabungan gentian kabel optik dasar
laut dan sambungan satelit. Tulang belakang mempunyai peranti salinan
berganda dan laluan berulang sedia ada dalam rangkaian. Oleh itu, jika satu
bahagian rosak, data boleh dihantar semula ke bahagian lain dalam tulang
belakang. Tulang belakang Internet menghubungkan rangkaian serantau yang
kemudiannya menyediakan akses ke Internet kepada penyedia perkhidmatan
Internet (ISP ă Internet service provider), syarikat besar dan agensi kerajaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT  95

Mari kita lihat definisi yang diberikan untuk ISP sebelum pergi lebih jauh.

Penyedia perkhidmatan Internet (ISP) adalah perniagaan yang menyediakan


sambungan Internet kekal dan menawarkan sambungan sementara kepada
individu dan syarikat secara percuma ataupun mengenakan bayaran. Contoh
ISP di Malaysia adalah JARING (diuruskan oleh MIMOS Bhd) dan TMNet
(diuruskan oleh Telekom Malaysia).

Ada dua jenis ISP dan mereka adalah:

(a) Serantau
ISP serantau biasanya menyediakan akses kepada Internet melalui satu
atau lebih nombor telefon tempatan bagi kawasan geografi tertentu.

(b) Nasional
ISP nasional ialah perniagaan yang besar yang menyediakan nombor
telefon tempatan di bandar utama dan bandar di seluruh negara. Beberapa
ISP nasional juga menyediakan nombor telefon talian bebas tol. Oleh sebab
saiz mereka yang besar, ISP nasional biasanya menawarkan lebih banyak
perkhidmatan dan umumnya mempunyai kakitangan sokongan teknikal
yang lebih besar daripada ISP serantau.

Pekerja dan pelajar sering membuat sambungan ke Internet melalui


rangkaian perniagaan atau sekolah. Dalam kes ini, komputer biasanya
adalah sebahagian daripada rangkaian kawasan setempat (LAN ă local area
network) yang berhubung kepada penyedia perkhidmatan melalui talian
sambungan berkelajuan tinggi yang dipajak daripada syarikat telefon
tempatan. Pengguna di rumah atau perniagaan kecil sering membuat
sambungan ke Internet melalui akses sambungan dail. Dengan akses
sambungan dail, pengguna menggunakan komputer, modem dan talian
telefon tetap untuk mendail ke ISP. Akses sambungan dail menyediakan
cara yang mudah dan murah bagi pengguna untuk menyambung ke
Internet. Sambungan dail, bagaimanapun ialah teknologi kelajuan rendah.

Sesetengah pengguna di rumah dan perniagaan kecil memilih teknologi


berkelajuan tinggi yang lebih baru yang kosnya ialah kira-kira dua kali
ganda akses sambungan dail, seperti:

(i) Talian Pelanggan Digital (DSL ădigital subscriber line)


DSL menyediakan sambungan berkelajuan tinggi melebihi talian
telefon kuprum biasa.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT

(ii) Perkhidmatan Kabel Televisyen Internet


Kabel modem menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi
melalui kabel rangkaian televisyen.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sejarah Internet dan


tulang belakang Internet, layari laman web ini:

 http://www.isoc.org/internet/history

 http://www.livinginternet.com/i/ii.htm

AKTIVITI 3.1
1. Bincangkan pembangunan Internet.

2. Jika Internet tidak terhad, ia juga boleh digunakan sebagai forum


untuk melakukan aktiviti rahsia dan aktiviti haram. Bincangkan
sama ada Internet harus dikawal selia ataupun tidak.

LATIHAN 3.1
1. Apakah Internet?

2. Terangkan secara ringkas istilah Penyedia Perkhidmatan Internet


(ISP).

3.2 KONSEP UTAMA TEKNOLOGI INTERNET


Ada enam konsep asas penting untuk memahami Internet dan ia adalah:

(a) Pensuisan paket;

(b) Protokol komunikasi TCP/IP;

(c) Pengkomputeran pelanggan atau pelayan;

(d) Intranet;

(e) Ekstranet; dan

(f) Internet II.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT  97

Walaupun Internet telah berkembang dan berubah secara dramatik dalam 30


tahun yang lalu, enam konsep ini ialah teras bagaimana Internet berfungsi pada
hari ini dan adalah asas bagi Internet II, yang akan dibincangkan dalam subtopik
yang akan datang.

Mari kita lihat enam konsep penting dalam subtopik yang akan datang.

3.2.1 Pensuisan Paket


Apakah pensuisan paket? Jika anda tidak tahu jawapannya, rujuk yang berikut
untuk tahu maksudnya.

Pensuisan paket adalah kaedah penghirisan mesej digital kepada bungkusan


yang dikenali sebagai „paket‰ dengan menghantar paket di melalui laluan
komunikasi berbeza sebaik sahaja ia bersedia dan kemudian mencantumkan
semula semua paket apabila semua paket tiba di destinasi mereka.

Sebelum pembangunan pensuisan paket, rangkaian komputer awal menggunakan


pensuisan litar (rujuk yang berikut).

Pensuisan litar adalah model sambungan tunggal yang dikawal secara


berpusat. Rangkaian awal menggunakan talian pelanggan iaitu litar telefon
khas untuk berkomunikasi dengan terminal dan komputer lain. Litar yang
bersambung ini membentuk laluan elektrik tunggal antara pemanggil dan
penerima, dan laluan ini dikekalkan sepanjang panggilan.

Walau bagaimanapun, teknik pensuisan litar ini mahal. Ia juga membazirkan


keupayaan komunikasi yang ada sebagai litar kerana ia akan dikekalkan tanpa
mengira sama ada data dihantar atau tidak. Walaupun litar pensuisan berfungsi
dengan baik untuk panggilan telefon, ia tidak berfungsi dengan baik untuk
menghantar data di seluruh Rangkaian Kawasan Luas (WAN ă Wide Area
Network) atau rangkaian saling berhubung seperti Internet. Internet direka
untuk menahan kegagalan. Dalam rangkaian pensuisan litar, kegagalan dalam
mana-mana litar akan menyebabkan keseluruhan sambungan akan terganggu
dan data akan hilang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT

Oleh itu, teknologi yang lebih baik diperlukan untuk mengatasi masalah ini
dan lahirnya pensuisan paket. Internet menggunakan pensuisan paket untuk
memindahkan data antara dua titik. Dalam rangkaian pensuisan paket, mesej
akan dipecahkan ke dalam paket. Dalam setiap paket, ada kod digital yang
menunjukkan elemen yang berikut:

(a) Alamat sumber (titik permulaan);

(b) Alamat destinasi;

(c ) Turutan maklumat; dan

(d) Maklumat kawalan ralat.

Dalam rangkaian paket, paket bukannya dihantar terus ke alamat destinasi,


paket mengembara dari komputer ke komputer lain sehingga ia mencapai
destinasinya. Komputer ini dikenali sebagai penghala (router). Lihat yang
berikut untuk mengetahui maksud istilah „penghala‰.

Penghala adalah komputer bertujuan khas yang saling menghubungkan


beribu-ribu rangkaian komputer yang berbeza yang membentuk Internet
dan laluan paket sepanjang perjalanan destinasi utama mereka. Penghala
menggunakan program komputer yang dipanggil laluan algoritma untuk
memastikan bahawa paket mengambil jalan yang terbaik yang ada menuju ke
destinasinya.

Pensuisan paket menggunakan hampir sepenuhnya semua kapasiti dan talian


komunikasi yang ada. Lebih-lebih lagi, jika ada beberapa talian yang terputus
atau terlalu sibuk, paket boleh dihantar menggunakan mana-mana talian yang
ada yang akhirnya membawa kepada destinasi yang dituju.

Untuk mendapat pemahaman yang lebih baik mengenai bagaimana paket


pensuisan beroperasi, layari laman web ini:

http://www.pbs.org/opb/nerds2.0.1/geek_glossary/packet_switching_flash.html

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT  99

3.2.2 TCP/IP
Internet menggunakan dua protokol utama dan ia adalah:

(a) Protokol Kawalan Penghantaran (TCP ă Transmission Control Panel); dan

(b) Protokol Internet (IP ă Internet Protocol).

Mari kita lihat takrif yang diberikan bagi kedua-dua istilah.

Protokol Kawalan Penghantaran (TCP) mengawal penghuraian mesej atau fail


ke dalam paket sebelum ia dihantar melalui Internet dan ia mengawal
penghimpunan semula dari paket ke dalam format asalnya apabila ia sampai
ke destinasi yang dituju.

Protokol Internet (IP) menyatakan butiran alamat bagi setiap paket dan
melabelkan setiap satunya maklumat asal paket dan alamat destinasi.

TCP/IP dibahagikan kepada empat lapisan yang berasingan dengan setiap


lapisan mengendalikan aspek masalah komunikasi yang berbeza. Empat lapisan
tersebut adalah:

(a) Lapisan Antara Muka Rangkaian


Lapisan ini bertanggungjawab bagi meletakkan paket dan menerimanya
daripada medium rangkaian, sama ada Rangkaian Kawasan Setempat
(Ethernet), Token Rangkaian Gelang atau teknologi rangkaian yang lain.
TCP/IP adalah bebas daripada mana-mana teknologi rangkaian setempat
dan boleh menyesuaikan diri dengan perubahan pada peringkat dalaman.

(b) Lapisan Internet


Lapisan ini bertanggungjawab untuk mengalamatkan, pembungkusan dan
penghalaan mesej di Internet.

(c) Lapisan Pengangkutan


Lapisan ini bertanggungjawab untuk menyediakan komunikasi bersama
aplikasi dengan membuat pengesahan dan jujukan paket ke dan daripada
aplikasi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT

(d) Lapisan Aplikasi


Lapisan ini menyediakan pelbagai aplikasi yang luas dengan keupayaan
untuk mengakses perkhidmatan lapisan yang lebih rendah. Beberapa
aplikasi yang terkenal adalah:

(i) Protokol Pemindahan Hiperteks (HTTP ă hpyertext transfer protocol)


HTTP ialah protokol aplikasi Internet yang digunakan untuk
memindahkan halaman web. Sesi HTTP bermula apabila pelayar
pelanggan meminta halaman web daripada pelayan Internet jarak
jauh. Apabila pelayan bertindak balas dengan menghantar halaman
yang diminta, sesi HTTP untuk objek tersebut akan berakhir.
Halaman web mungkin mempunyai banyak objek di atasnya seperti
grafik, bunyi atau fail video, bingkai dan sebagainya, setiap objek
tersebut perlu meminta mesej HTTP secara berasingan.

(ii) Protokol Pemindahan Mel Mudah (SMTP ă simpler mail transfer


protocol)
SMTP ialah protokol aplikasi Internet yang digunakan untuk
menghantar mel kepada pelayan.

(iii) Protokol Pejabat Pos (POP ă post office protocol)


Berbeza dengan SMTP, pelanggan mendapatkan semula mel
daripada pelayan Internet dengan menggunakan POP. Anda boleh
melihat bagaimana pelayar anda mengendalikan SMTP dan POP
dengan melihat pada bahagian „Pilihan‰ (Preferences) atau „Alat‰
(Tools) pada pelayar anda yang tetapan mel telah ditentukan.

(iv) Protokol Akses Mesej Internet (IMAP ă Internet message access


protocol)
IMAP adalah lebih kepada protokol e-mel semasa yang disokong oleh
kebanyakan pelayan dan semua pelayar. IMAP membolehkan
pengguna untuk mencari, menyusun dan menapis mel mereka
sebelum memuat turunnya daripada pelayan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT  101

(v) Protokol Pemindahan Fail (FTP ă file transfer protocol)


FTP ialah salah satu perkhidmatan Internet yang asal. Ia sebahagian
daripada protokol TCP/IP dan permit pengguna untuk memindahkan
fail daripada pelayan ke mesin pelanggan dan sebaliknya. Fail boleh
dalam bentuk dokumen, program atau fail pangkalan data yang
besar. FTP ialah cara yang paling cepat dan paling mudah untuk
memindahkan fail yang lebih besar lebih daripada satu megabait
yang kebanyakan pelayan mel tidak akan menerimanya.

Aplikasi yang berikut tidak dimiliki oleh mana-mana organisasi tetapi


merupakan perkhidmatan yang telah dibangunkan sejak bertahun-tahun dan
diberikan kepada semua pengguna Internet.

 Alamat IP; dan

 Nama domain.

Mari kita lihat penjelasan yang diberikan untuk setiap aplikasi.

(a) Alamat IP
TCP mengendalikan paket dan penghalaan mesej Internet, manakala IP
menyediakan skema Internet. Setiap komputer yang disambungkan ke
Internet perlu diberikan alamat, jika tidak ia tidak boleh menghantar atau
menerima paket TCP. Sebagai contoh, apabila anda mendaftar ke dalam
Internet menggunakan modem telefon sambungan dail, komputer anda
diberikan alamat sementara oleh Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP).

Alamat Internet ini dikenali sebagai alamat IP yang terdiri daripada 32bit
nombor yang muncul sebagai satu siri empat nombor berasingan yang
ditandakan dengan noktah (rujuk Rajah 3.1), seperti 201.61.186.227. Setiap
satu daripada empat nombor ini mungkin berjulat daripada 0 hingga 255.
Skema alamat „kuad bertitik‰ ini mengandungi sehingga empat bilion
alamat. Bilangan nombor paling kiri biasanya menunjukkan alamat
rangkaian komputer, manakala baki nombor membantu untuk mengenal
pasti komputer yang tertentu dalam kumpulan yang sedang menghantar
atau menerima mesej. Versi IP yang telah digunakan sejak 20 tahun yang
lalu di Internet dikenali sebagai Protokol Internet versi 4 (IPv4 ă Internet
Protocol version 4).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT

Rajah 3.1: Alamat IP


Sumber: http://www.usr.com

Apabila semua rangkaian baru dan peranti baru Internet dibolehkan


memerlukan alamat IP yang unik yang dilampirkan kepada Internet, ada
versi baru protokol IP, dikenali sebagai Protokol Internet versi 6 (IPv6 ă
Internet Protocol version 6) sedang diguna pakai. Skema ini mengandungi
alamat 128bit. Memandangkan ruang alamat IPv6 adalah lebih besar, sistem
notasi menjadi lebih kompleks.

Contoh alamat IPv6 diungkapkan dalam notasi tadi adalah seperti yang
berikut:

CD18: 0000:0000: AF23: 0000: FF9E: 61B2: 884D

Untuk menjimatkan ruang, sifar boleh diabaikan yang akan


meringkaskan alamat ini kepada:

CD18 ::: AF23 :: FF9E: 61B2: 884D

Sistem notasi dikenali sebagai kolon perenam belas (hex kolon A).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT  103

(b) Nama Domain


Kebanyakan manusia tidak dapat mengingati 32bit nombor. Untuk
menggantikan sistem penomboran, pengasas Internet mencipta kaedah
alternatif alamat dengan menggunakan perkataan. Dalam sistem ini,
alamat seperti www.course.com dipanggil sebagai nama domain (rujuk
yang berikut untuk penjelasan).

Nama domain adalah set perkataan yang diberikan kepada alamat IP


tertentu. Nama domain boleh mengandungi dua atau lebih kumpulan
perkataan dipisahkan oleh noktah. Bahagian yang paling kanan sekali
bagi nama domain adalah yang paling umum. Setiap bahagian daripada
nama domain menjadi lebih khusus bila anda bergerak semakin ke kiri.

Mari kita mengambil nama domain laman web kami sendiri


www.business.oum.edu.my yang mengandungi lima bahagian dipisahkan
oleh noktah, sebagai contoh. Berikut adalah ciri-ciri nama domain ini:

(i) Bermula dari sebelah kanan, perkataan „my‰ menunjukkan negara


ini, Malaysia;

(ii) Perkataan „edu‰ merujuk kepada komputer yang dimiliki oleh


institusi pendidikan (education);

(iii) Institusi, Universiti Terbuka Malaysia, dikenal pasti dengan


perkataan „OUM‰;

(iv) Perkataan „business‰ adalah komputer atau sekumpulan komputer


tertentu di universiti; dan

(v) Perkataan „www‰ menunjukkan bahawa komputer sedang


menggunakan perisian yang menjadikannya sebahagian daripada
jaringan sejagat (WWW ă World Wide Web).

Kita telah melihat bagaimana nama domain diwujudkan, sekarang mari


kita beralih bagaimana untuk memulakan permintaan halaman web
menggunakan pelayar web.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT

Pertama sekali, pengguna perlu menaip nama protokol, diikuti dengan aksara
„/ /:‰ sebelum nama domain. Seperti yang kita dibincangkan sebelum ini,
set peraturan untuk menyampaikan fail halaman web di Internet adalah
dalam protokol HTTP. Oleh itu, pengguna harus menaip perkataan berikut:
http://www.business.oum.edu.my, untuk pergi ke laman web OUM Business
School. Kombinasi nama protokol dan nama domain dikenali sebagai pelokasi
sumber seragam (URL ă uniform resource locator).

3.2.3 Pengkomputeran Pelanggan atau Pelayan


Walaupun pensuisan paket meledakkan kapasiti komunikasi yang ada dan
TCP/IP menyediakan kaedah dan peraturan komunikasi, ia memerlukan revolusi
dalam pengkomputeran untuk membawa Internet dan web. Revolusi ini dipanggil
pengkomputeran pelanggan atau pelayan dan tanpanya, semua kepelbagaian
dalam web tidak akan wujud. Pada hakikatnya, Internet ialah contoh paling
besar pengkomputeran pelanggan atau pelayan yang lebih 70 juta hos komputer
pelayan yang menyimpan laman web dan kandungan lain dengan mudah boleh
diakses oleh hampir satu juta rangkaian kawasan setempat dan beratus-ratus juta
mesin pelanggan di seluruh dunia.

Mari kita lihat takrif yang diberikan untuk komponen dalam model
pengkomputeran ini:

(a) Pelanggan
Pelanggan adalah komputer peribadi yang sangat berkuasa yang berhubung
antara satu sama lain dalam rangkaian dengan satu atau lebih komputer
pelayan. Pelanggan-pelanggan ini adalah cukup kuat untuk melaksanakan
tugas-tugas yang kompleks seperti memaparkan grafik beraneka,
menyimpan fail besar dan grafik pemprosesan serta fail bunyi, pada semua
komputer meja atau peranti tangan.

(b ) Pelayan
Pelayan ialah rangkaian komputer khusus kepada fungsi umum yang
diperlukan oleh mesin pelanggan dalam rangkaian, seperti menyimpan
fail, perisian aplikasi, program utiliti seperti sambungan web dan pencetak.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT  105

Pengkomputeran pelanggan atau pelayan mempunyai banyak kelebihan


berbanding pengkomputeran kerangka utama berpusat dan ia adalah:

(a) Ia adalah mudah untuk menambah kapasiti dengan menambah pelayan


dan pelanggan;

(b) Ia adalah kurang berisiko berbanding seni bina pengkomputeran berpusat.


Contohnya, jika satu pelayan tidak berfungsi, sandaran atau cermin
pelayan boleh mengambil alih operasi atau jika mesin pelanggan tidak
dapat beroperasi, seluruh rangkaian akan terus beroperasi;

(c) Beban pemprosesan dibahagikan ke atas banyak mesin kecil yang berkuasa
berbanding ditumpukan pada satu mesin tunggal yang besar yang
melaksanakan pemprosesan untuk semua orang; dan

(d) Kedua-dua perisian dan perkakasan dalam persekitaran pelanggan atau


pelayan boleh dibina lebih mudah dan ekonomi.

3.2.4 Intranet
Teknologi Internet yang sama mengendalikan rangkaian awam di seluruh dunia
juga boleh digunakan oleh organisasi swasta dan kerajaan sebagai rangkaian
dalaman atau lebih dikenali sebagai intranet (rujuk yang berikut untuk
definisinya).

Intranet ialah rangkaian TCP/IP yang terletak dalam sesebuah organisasi untuk
tujuan komunikasi dan pemprosesan maklumat.

Banyak syarikat yang beralih daripada rangkaian kawasan setempat persendirian


seperti Windows 2000 dan Novell, ke arah intranet dalaman tunggal untuk
mengendalikan pemprosesan maklumat dan keperluan komunikasi syarikat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT

Intranet ialah kaedah kos rendah yang terbaik untuk mengedarkan maklumat
korporat dalaman. Berdasarkan model pelanggan atau pelayan, intranet
memerlukan fail, dokumen atau lukisan skema, beroperasi dengan cara yang sama
seperti di Internet. Intranet menggunakan pelayar web dan protokol berasaskan
Internet, termasuk TCP/IP, FTP dan HTTP. Oleh sebab intranet serasi dengan
Internet, maklumat daripada intranet boleh dikongsi dalam kalangan jabatan yang
menggunakan teknologi berbeza dan juga dalam kalangan pengguna luar.

Intranet selalunya adalah cara yang paling berkesan untuk mengagihkan


maklumat dalaman korporat berbanding dengan menghasilkan dan mengedarkan
kertas yang biasanya lebih perlahan dan lebih mahal daripada menggunakan
komunikasi berasaskan web. Syarikat juga boleh menggunakan intranet untuk
mengurangkan penyelenggaraan perisian dan kemas kini kos stesen kerja
komputer pekerja mereka. Kakitangan pengkomputeran boleh meletakkan
perisian terkini dan fail tampalan di intranet, seterusnya stesen kerja pekerja
akan dikemaskinikan secara automatik apabila mereka log masuk semula.

3.2.5 Ekstranet
Anda mungkin tertanya-tanya sama ada ekstranet mempunyai fungsi yang sama
seperti intranet. Pada asasnya, ekstranet adalah intranet yang telah diperluaskan
kepada entiti tertentu di luar sempadan organisasi, seperti rakan perniagaan,
pelanggan atau pembekal. Walaupun faks, telefon, e-mel dan servis penghantaran
ekspres semalaman telah menjadi alat komunikasi utama untuk perniagaan
selama beberapa tahun, ekstranet boleh menggantikan kebanyakan daripadanya
pada kos yang lebih rendah.

Mari kita lihat penjelasan yang diberikan untuk ekstranet.

Ekstranet adalah rangkaian yang menghubungkan syarikat dengan pembekal,


rakan perniagaan atau dengan pengguna lain yang dibenarkan. Setiap ahli
dalam ekstranet mempunyai akses kepada pangkalan data, fail atau maklumat
lain yang disimpan pada komputer yang disambungkan kepada ekstranet itu.
Ekstranet boleh dihubungkan melalui Internet atau ia boleh menggunakan
rangkaian yang berasingan. Sesetengah ekstranet bermula sebagai intranet yang
akhirnya menyediakan akses data intranet kepada pengguna Internet.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT  107

Contohnya, selama beberapa tahun, FedEx membiarkan pelanggan untuk


mengesan pakej mereka dengan memanggil nombor bebas tol FedEx dan
kemudian memberi pengendali nombor penjejakan. Pada awal tahun 1990an,
FedEx mula memberi pakej pengesanan perisian, seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 3.2, kepada mana-mana pelanggan yang mahukan perisian itu.
Apabila ia telah dipasang di komputer pelanggan, perisian komputer mendail
komputer FedEx dengan menggunakan modem, bertanyakan status pakej
pelanggan dan keputusan akan dipaparkan pada komputer pelanggan tanpa
memerlukan khidmat operator.

Rajah 3.2: Pakej pengesanan FedEx


Sumber: https://www.fedex.com/fedextrack/

FedEx menghapuskan perisian mesin pelanggan dan meletakkan perisian


pengesanan pakej boleh didapati di laman webnya. Walaupun beribu-ribu
program berjalan pada komputer pelanggan, FedEx membolehkan pelanggannya
menggunakan pelayar web mereka untuk menjalankan satu program di laman
webnya. Sistem berasaskan web memberikan pelanggan akses web (dari mana-
mana pelayar di atas komputer dalam web) untuk pengesanan pakej, penciptaan
bil, pendaftaran penghantaran dan penghantaran bekalan FedEx.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai teknologi Internet, anda boleh


melayari laman web yang berikut:

(a) http://www.nsf.gov/about/history/nsf0050/pdf/internet.pdf

(b) http://www.livinginternet.com/i/ii.htm

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Apakah konsep utama di sebalik Internet?

2. Apakah definisi untuk terma-terma yang berikut: intranet dan


ekstranet?

3. Apakah empat lapisan TCP/IP?

AKTIVITI 3.2
1. Terangkan bagaimana pensuisan paket berfungsi.

2. Apa yang anda faham dengan alamat IP dan nama domain?

3. Bagaimanakah intranet berbeza daripada Ekstranet?

3.2.6 Internet II
Internet berubah apabila teknologi baru muncul dan aplikasi baru dibangunkan.
Apabila ini berlaku, era kedua Internet sedang dibina oleh syarikat swasta,
universiti dan agensi kerajaan. Era baru Internet Ini disebut Internet II.

Internet II ialah konsortium lebih daripada 200 universiti yang bekerjasama


dalam perkongsian dengan agensi kerajaan dan perniagaan swasta dalam usaha
untuk menjadikan Internet lebih cekap. Idea di sebalik Internet II adalah untuk
mewujudkan „medan ujian yang besar‰ yang teknologi baru boleh diuji tanpa
memberi kesan kepada Internet semasa. Tiga matlamat utama Internet II adalah
seperti yang berikut:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT  109

(a) Membolehkan revolusi aplikasi Internet;

(b) Memastikan pemindahan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi baru


kepada komuniti Internet yang lebih luas dengan pantas; dan

(c) Mewujudkan keupayaan rangkaian berkuasa tinggi yang menjadi


pendahulu kepada komuniti penyelidikan nasional.

Beberapa bidang yang menjadi tumpuan dalam usaha ini adalah seperti yang
berikut:

(a) Seni bina rangkaian maju;

(b) Keupayaan rangkaian baru;

(c) Meningkatkan perisian tengah; dan

(d) Aplikasi yang lebih maju yang menggabungkan video dan audio.

Beberapa rangkaian baru telah ditubuhkan di Internet II. Abilene dan


perkhidmatan rangkaian tulang belakang (vBNS ă backbone network service)
yang berprestasi tinggi ialah tulang belakang prestasi tinggi dengan jalur lebar
antara 2.5Gbps hingga 10Gbps. Pada tahun 2007, Internet II menggunakan Gbps
pautan Timur Barat. Pada kelajuan ini, keupayaan rangkaian untuk memproses
data mula melebihi kelajuan di mana komputer pelanggan boleh berfungsi tanpa
cakera keras.

Dengan Internet 100Gbps, filem The Matrix versi berkualiti tinggi boleh dihantar
dalam beberapa saat berbanding setengah minit melalui Internet II kini dan lebih
daripada dua hari jika melalui talian jalur lebar rumah biasa. Peningkatan ini
akan memungkinkan perkara yang berikut:

(a) Pengedaran ciri-ciri filem kepada jutaan penonton;

(b) Kualiti perkhidmatan yang berbeza;

(c) Jaminan tahap perkhidmatan; dan

(d) Kadar kesilapan yang rendah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT

3.3 JARINGAN SEJAGAT


Adakah anda sedar bahawa tanpa jaringan sejagat, tidak akan ada e-dagang?
Penciptaan web telah membawa kepada pengembangan luar biasa perkhidmatan
digital kepada berjuta-juta pengguna komputer amatur, termasuk teks dan
warna muka surat, teks berformat, gambar, animasi, video dan bunyi. Pendek
kata, web telah membolehkan hampir semua elemen-elemen yang kaya dengan
ungkapan manusia yang diperlukan untuk menubuhkan pasaran komersial yang
digunakan oleh pengguna komputer bukan teknikal di seluruh dunia.

3.3.1 Hiperteks, HTML dan Pelayar Web


Adakah anda sedar bahawa laman web boleh diakses melalui Internet kerana
perisian pelayar web yang beroperasi di komputer peribadi anda boleh meminta
halaman web yang disimpan pada hos pelayan Internet menggunakan protokol
HTTP?

Dalam subtopik ini, kita akan mengetahui lebih lanjut mengenai hiperteks,
HTML dan pelayar web yang merupakan sebahagian daripada komponen
penting dalam pengkomputeran. Mari kita lengkapkan diri kita dengan takrif
hiperteks seperti yang berikut.

Hiperteks adalah cara memformatkan halaman dengan pautan terbenam yang


menghubungkan dokumen antara satu sama lain dan juga menghubungkan
pautan laman kepada objek lain seperti bunyi, video atau fail animasi. Apabila
anda mengklik pada grafik dan video klip dimainkan, itu menunjukkan anda
telah mengklik hiperpautan.

Contohnya, apabila anda menaip alamat web dalam pelayar anda seperti
http://www.oum.edu.my, pelayar anda menghantar permintaan HTTP kepada
pelayar oum.edu.my dan ia meminta laman Oum.edu.my.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT  111

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, HTTP ialah set huruf pada setiap
permulaan alamat web, diikuti dengan nama domain. Kesemua maklumat
alamat ini dipanggil pelokasi sumber seragam (URL). Apabila ditaip ke dalam
pelayar, URL memberitahu dengan tepat di mana untuk mencari maklumat.

Sambungan domain yang paling biasa pada masa ini adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 3.2. Negara juga mempunyai nama domain seperti
.uk, .au, .my dan .sg yang mewakili United Kingdom, Australia, Malaysia dan
Singapura. Pada masa akan datang, senarai ini akan berkembang dengan
memasukkan banyak lagi jenis organisasi dan industri.

Jadual 3.2: Senarai Peringkat Tertinggi Domain

1980an 2001 dan 2002 2003

.com .biz .asia


.edu .info .cat
.gov .name .jobs
.mil .pro .mobi
.net .aero .tel
.org .museum .travel

Kita telah melihat hiperteks, sekarang mari kita bergerak untuk mengetahui
makna HTML.

Bahasa tandaan hiperteks (HTML ă hypertext markup language) menyediakan


pereka laman web dengan satu set tandaan tetap „tag‰ yang digunakan untuk
memformatkan laman web. Apabila tag ini dimasukkan ke dalam laman web,
ia dibaca oleh pelayar web dan diterjemahkan dalam paparan halaman.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT

Anda boleh melihat sumber kod HTML bagi mana-mana laman web dengan
hanya mengklik pada arahan „Sumber Halaman‰ (Page Source) yang ada dalam
semua pelayar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Arahan sumber halaman


Sumber: http://articles.sitepoint.com

Fungsi HTML adalah untuk menentukan struktur dan gaya dokumen, termasuk
tajuk, kedudukan grafik, jadual dan format teks. Sejak diperkenalkan, dua
pelayar utama, Netscape Navigator dan Microsoft Internet Explorer telah
menambah ciri-ciri tambahan ke HTML secara berterusan untuk membolehkan
pengatur cara menghalusi susun atur halaman mereka. Laman web HTML boleh
diwujudkan melalui cara yang berikut:

(a) Dengan menggunakan penyunting teks seperti Notepad atau WordPad;

(b) Dengan menggunakan Microsoft Word (hanya perlu menyimpan dokumen


Word sebagai halaman web); atau

(c) Dengan menggunakan satu daripada beberapa perisian editor halaman


web.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT  113

Mari kita lihat penjelasan yang diberikan untuk pelayar web.

Tujuan utama pelayar web adalah untuk memaparkan laman web. Pada bulan
Ogos 2010, majoriti pengguna web menggunakan sama ada Internet Explorer
(51%) atau Mozilla Firefox (31%) tetapi baru-baru ini beberapa pelayar baru
telah dibangunkan yang mula menarik perhatian pengguna. Contohnya,
Google Chrome menjadi sangat popular (11%) kerana kelajuannya, ia kini
merupakan pelayar yang paling pantas di dunia dan kerana ia adalah jauh lebih
kecil daripada pelayar sedia ada (PC World, 2009).

3.3.2 Aplikasi Internet dan WWW


Adakah anda tahu bahawa Internet dan web telah melahirkan beberapa aplikasi
perisian baru yang berkuasa berdasarkan asas e-dagang yang dibina? Mari kita
lihat beberapa aplikasi ini yang akan diterangkan secara terperinci kemudian.

 E-mel;

 Enjin carian;

 Agen pintar;

 Mesej segera;

 Sembang (chat); dan

 Kuki (cookies).

(a) E-mel
Mel elektronik (e-mel ă electronic mail) ialah penghantaran mesej dan fail
melalui rangkaian komputer. E-mel ialah salah satu perkhidmatan asal di
Internet, membolehkan ahli sains dan penyelidik yang bekerja pada projek
tajaan kerajaan untuk berkomunikasi dengan rakan di lokasi lain. Hari ini,
e-mel ialah kaedah komunikasi utama untuk kegunaan peribadi dan
perniagaan. E-mel menggunakan siri protokol bagi membolehkan mesej
yang mengandungi teks, imej, bunyi dan klip video untuk dihantar dari
satu pengguna kepada pengguna Internet yang lain. Oleh sebab fleksibiliti
dan kelajuannya, ia merupakan komunikasi paling popular dalam
komunikasi perniagaan masa kini, lebih popular daripada telefon dan faks.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT

Selain teks yang ditaip dalam mesej, e-mel juga membolehkan lampiran,
iaitu fail yang disertakan dalam mesej e-mel. Fail boleh dalam bentuk
dokumen, imej, audio atau klip video.

Walaupun e-mel telah direka untuk digunakan bagi mesej interpersonal,


ia boleh juga menjadi alat pemasaran yang amat berkesan. Laman web
e-dagang membeli senarai e-mel daripada pembekal senarai dan menghantar
mel kepada bakal pelanggan, dan juga pelanggan sedia ada. Kadar tindak
balas daripada kempen e-mel sasaran boleh mencapai setinggi 20%, sangat
luar biasa berbanding dengan kadar tindak balas iklan sepanduk iaitu
kurang daripada 1%. Kebanyakan laman web e-dagang juga mempunyai
bahagian „Hubungi Kami‰ (Contact Us) yang termasuk alamat hubungan
e-mel untuk memudahkan pelanggan membuat permintaan dan komen.

Walau bagaimanapun, di sebalik penerimaan praktis komunikasi dengan


pengguna yang meminta alamat hubungan ni, sesetengah syarikat masih
menggunakan e-mel sebagai teknik mel besar-besaran juga dikenali sebagai
sepam atau e-mel yang tidak diminta. Ada beberapa undang-undang
negeri ke atas sepam tetapi ia masih menjadi kekurangan web. Contoh
e-mel percuma di web termasuk Gmail, Hotmail dan Yahoo! Mail.

(b) Enjin Carian


Enjin carian boleh juga menjadi laman webnya sendiri, seperti Google dan
Yahoo! atau perkhidmatan dalam laman web yang membolehkan pengguna
untuk meminta maklumat mengenai pelbagai topik. Enjin carian mengenal
pasti laman web yang muncul dengan memadankan kata kunci, juga
dikenali sebagai pertanyaan yang ditaip oleh pengguna dan menyenaraikan
senarai padanan terbaik. Pertanyaan boleh menjadi sebarang soalan, siri
perkataan,atau satu patah perkataan untuk enjin carian mencari apa yang
dikehendaki.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT  115

Rajah 3.4 menunjukkan beberapa enjin carian yang biasa digunakan.

Rajah 3.4: Enjin carian


Sumber: http://www.searchengineready.co.uk/

Bagaimana sebenarnya sesuatu enjin carian beroperasi ialah rahsia


persendirian, dan kadangkala tidak mampu dihuraikan. Sesetengah enjin
carian seperti Alta Vista berusaha untuk melawat setiap tapak web yang
wujud, dan mewujudkan pangkalan data yang besar dengan nama domain
dengan kata kunci. Kadangkala, enjin carian hanya akan membaca tag meta
dan kata kunci bahagian lain di halaman utama. Cara ini adalah lebih cepat
tetapi pereka web sering meletakkan jumlah kata kunci yang luar biasa ke
dalam tag meta mereka.

Program enjin carian yang digunakan di web untuk melaksanakan fungsi


pengindeksan dipanggil sebagai lelabah (spider) atau perangkak (crawler).
Malangnya, ketika jumlah laman web mencecah sehingga lebih daripada
dua bilion, semakin banyak halaman yang terlepas daripada pencarian enjin
carian. Google, mungkin enjin carian yang paling lengkap, mengandungi
rujukan kepada kira-kira separuh (satu bilion) daripada laman web. Biasanya
enjinnya tidak selalu bertindih, bermakna anda boleh terlepas halaman
pada satu enjin carian tetapi boleh dicari melalui enjin carian yang lain.
Oleh itu, adalah lebih baik untuk menggunakan pelbagai enjin carian dan
bukannya bergantung pada satu enjin carian sahaja.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT

Salah satu trend terbaru dalam enjin carian melibatkan fokus, bukannya
cuba merangkumi setiap maklumat yang mungkin diperlukan pengguna,
sesetengah enjin carian memilih menjadi pakar dalam satu kawasan
tertentu. Dengan mengehadkan liputan mereka untuk topik seperti sukan,
berita, perubatan atau kewangan, enjin carian khusus berharap dapat
membezakan dirinya dari yang lain dengan memberikan hasil kualiti yang
lebih baik untuk pengguna.

FindLaw.com, contohnya, enjin carian dan direktori maklumat undang-


undang, telah menunjukkan peningkatan yang stabil dalam cariannya.
Perkara yang sama bagi Moreover.com, enjin carian yang mempunyai
kepakaran dalam mengumpul dan melaporkan tajuk utama berita dari 800
industri dan kumpulan minat khas, 100 lebih negara, dan 50 bahasa.

Walaupun penggunaan utama enjin carian adalah untuk mengesan


maklumat umum yang menarik kepada pengguna, ia juga telah menjadi
alat yang penting dalam laman web e-dagang. Pelanggan lebih mudah
untuk mencari item dengan tepat yang mereka mahu dengan bantuan
program carian; perbezaan adalah bahawa dalam tapak web, enjin carian
adalah terhad untuk mencari padanan dari laman web itu. Laman tanpa
enjin carian meminta pelawat untuk menghabiskan banyak masa meneroka
laman web tersebut; sesuatu yang tidak ramai akan lakukan berbanding
laman web yang menawarkan cara cepat dan mudah untuk mencari apa
yang mereka inginkan.

AKTIVITI 3.3
1. Bincang dengan rakan sekelas anda bagaimana jaringan sejagat
beroperasi.

2. Apakah enjin carian kegemaran anda di Internet? Bagaimana ia


berbeza daripada enjin carian lain?

(c) Agen Pintar (bot)


Agen pintar atau robot perisian (bot) adalah program perisian yang
mengumpul dan/atau menapis maklumat mengenai topik tertentu, dan
kemudian menyediakan satu senarai daripada keputusan kepada pengguna.
Agen pintar asalnya dicipta oleh ahli sains komputer yang berminat dalam
kecerdasan buatan (kumpulan teknologi yang berkaitan yang cuba untuk
memasukkan ciri kecerdasan manusia ke dalam komputer).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT  117

Walau bagaimanapun, dengan adanya e-dagang di web, minat boleh


berubah dengan pantas dengan mengeksploitasi teknologi agen pintar
bagi tujuan komersial. Hari ini, terdapat beberapa jenis bot digunakan
dalam e-dagang pada web dan banyak lagi sedang dibangunkan setiap
hari. Contohnya, seperti yang dinyatakan sebelum ini, banyak enjin carian
menggunakan khidmat perangkak web atau lelabah yang merangkak dari
pelayan ke pelayan, mengumpul senarai URL yang membentuk pangkalan
data untuk enjin carian. Perangkak web dan lelabah ini sebenarnya ialah
bot.

Berikut adalah beberapa jenis bot yang digunakan oleh pengguna:

(i) Bot Membeli-belah


Bot membeli-belah mencari laman runcit dalam talian di seluruh web
dan kemudian melaporkan kembali kepada ketersediaan dan harga
pelbagai produk. Contohnya, anda boleh menggunakan bot membeli-
belah MySimon.com untuk mencari kamera digital Sony. Bot ini
menyediakan senarai peruncit dalam talian yang membawa model
kamera tertentu, dan juga laporan mengenai sama ada ia berada
dalam inventori dan berapa harganya serta caj penghantaran.

(ii) Bot Kemas Kini


Bot kemas kini membolehkan anda memantau maklumat terkini
di web dan akan mengirimkan anda e-mel apabila laman yang
dipilih mempunyai maklumat baru atau berubah. Bot berita akan
mewujudkan akhbar yang diubahsuai atau klip artikel untuk anda
dalam akhbar di seluruh dunia.

(d) Mesej Segera


Mesej e-mel mempunyai sela masa beberapa saat atau minit antara
penghantaran atau penerimaan mesej tetapi mesej segera (IM ă instant
messaging) memaparkan perkataan yang ditaip pada komputer hampir
serta-merta. Penerima kemudiannya boleh bertindak balas dengan serta-
merta kepada penghantar dengan cara yang sama, menjadikan komunikasi
lebih seperti perbualan secara langsung daripada melalui e-mel.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT

Ada beberapa perkhidmatan mesej segera yang biasa digunakan seperti


yang ditunjukkan dalam Rajah 3.5.

Rajah 3.5: Perkhidmatan mesej segera


Sumber: http://www.techglow.com

Salah satu komponen utama perkhidmatan IM adalah senarai rakan (rujuk


Rajah 3.6). Senarai rakan ialah senarai peribadi individu yang anda mungkin
mahu untuk berkomunikasi dengannya. Jika seseorang itu dalam senarai
rakan anda, perkhidmatan IM akan memberi isyarat kepada anda apabila
rakan anda tersebut berada dalam talian dan membolehkan IM dihantar.
Menariknya, walaupun perkhidmatan ini mendapat populariti yang tinggi,
masih belum ada lagi yang tahu bagaimana untuk menjana pendapatan
daripadanya. Kesemua AOL, Yahoo dan MSN telah menawarkan IM
percuma kepada pengguna mereka dan mereka tidak mempunyai rancangan
dalam masa terdekat untuk mengenakan bayaran.

Rajah 3.6: Senarai rakan


Sumber: http://www.askdavetaylor.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT  119

Walau bagaimanapun, beberapa syarikat telah menambah IM ke laman


web mereka sebagai cara menawarkan akses pantas ke perkhidmatan
pelanggan. Mereka berharap dengan menggalakkan keperluan pengguna
terhadap kepuasan serta-merta sama ada dalam bentuk soalan yang
dijawab atau produk yang dipesan, IM akan meningkatkan pendapatan
dan kepuasan pelanggan.

(e) Sembang
Seperti IM, sembang membolehkan pengguna untuk berkomunikasi melalui
komputer dalam masa sebenar iaitu secara serentak. Walau bagaimanapun,
tidak seperti IM yang boleh hanya berfungsi antara dua individu, sembang
boleh berlaku antara beberapa pengguna. Bagi kebanyakan laman web,
membangunkan komuniti pengguna yang berfikiran yang sama telah
menjadi kritikal bagi pertumbuhan dan kejayaan mereka. Apabila ahli
komuniti mengunjungi laman web pada masa yang sama, sembang boleh
menjadi perkhidmatan yang membolehkan mereka meneruskan hubungan
dan rangkaian, membuatkan mereka lebih menyukai laman web itu.
Sembang juga kerap digunakan dalam pembelajaran jarak jauh, bagi
perbincangan kelas dan perbincangan dalam talian yang ditaja oleh syarikat.

AKTIVITI 3.4

1. Mengenal pasti perkhidmatan yang disediakan di bilik-bilik


sembang. Anda boleh mulakan dengan Yahoo.com dan
menyenaraikan perkhidmatannya.

2. Mengapa sesetengah peniaga menyediakan bilik sembang yang


percuma?

(f) Kuki
Mungkin anda terfikir bahawa kuki ialah makanan, sama seperti biskut.
Walau bagaimanapun, ia tidak. Dalam pengkomputeran, kuki adalah alat
yang digunakan oleh laman web untuk menyimpan maklumat mengenai
pengguna. Apabila pengunjung memasuki laman web, laman web ini
menghantar fail teks kecil (kuki) ke komputer pengguna supaya maklumat
dari laman web tersebut boleh dipaparkan dengan lebih cepat pada
kunjungan akan datang. Kuki boleh mengandungi sebarang maklumat
yang dikehendaki oleh pereka laman web, termasuk nombor pelanggan,
halaman yang dilawati, produk yang diperiksa dan maklumat terperinci
tingkah laku pelanggan di laman web.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT

Berikut adalah peranan yang dimainkan oleh kuki di laman web:

(i) Kuki adalah berguna kepada pengguna kerana laman web akan
mengenali pelanggan yang mengunjungi semula laman itu dan tidak
meminta mereka untuk mendaftar semula;

(ii) Kuki membantu untuk memperibadikan laman web dengan


membenarkan laman web untuk mengenali kembali pelanggan dan
membuat tawaran istimewa kepada mereka berdasarkan tingkah laku
mereka yang lepas di laman web;

(iii) Kuki membenarkan penyesuaian dan pensegmenan pasaran melalui


keupayaan untuk mengubah produk atau harga berdasarkan
maklumat pengguna sebelum ini; dan

(iv) Kuki juga boleh menimbulkan ancaman kepada privasi pengguna


dan ada kalanya ia mengganggu. Kebanyakan individu akan
membersihkan kuki mereka pada setiap pengunjung hari manakala
sesetengahnya pula mematikan kuki sepenuhnya.

Untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai aplikasi Internet, layari


tapak web yang berikut.

(a) E-mel, mesej segera, sembang

(i) http://www.yahoo.com

(ii) http://www.skype.com

(b) Enjin carian atau agen pintar (bot)

(i) http://www.altavista.com (bot carian)

(ii) http://www.mysimon.com (bot membeli-belah)

(iii) http://www.webclipping.com (bot berita)

3.3.3 Perkhidmatan dan Ciri-ciri Web 2.0


Infrastruktur Internet jalur lebar hari ini telah banyak mengembangkan
perkhidmatan yang disediakan untuk pengguna. Keupayaan baru telah
membentuk asas bagi model perniagaan baru. Kandungan digital dan komunikasi
digital adalah dua kawasan di mana inovasi berlaku dengan pesat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT  121

Berikut adalah sebahagian daripada inovasi terbaru yang dibuat di Internet dan
setiap inovasi akan dihuraikan:

 Blog;

 Gabungan yang amat mudah;

 Podcasting;

 Wiki; dan

 Televisyen Internet.

(a) Blog
Ada banyak „pembunuh aplikasi‰ di web yang menyebabkan sukar untuk
memilih satu aplikasi yang hebat. Namun, blog boleh dikatakan aplikasi
yang hebat. Blog (asalnya dipanggil sebagai weblog) ialah laman web
peribadi yang biasanya mengandungi siri entri kronologi (paling baru
kepada paling lama) oleh pengarangnya dan mempunyai pautan ke yang
laman web yang berkaitan (rujuk Rajah 3.7).

Rajah 3.7: Blog


Sumber: http://cet.emory.edu

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT

Blog mungkin termasuk senarai blog (koleksi pautan ke blog yang lain)
dan penjejakan balik (senarai entri dalam blog lain yang merujuk
kepada catatan di blog pertama). Kebanyakan blog membolehkan pembaca
untuk memberi komen pada entri blog. Tindakan mewujudkan blog sering
dirujuk sebagai blogging. Blog adalah sama ada dihoskan oleh laman
pihak ketiga seperti Blogger.com (Google), LiveJournal, TypePad, Xanga,
WordPress, Microsoft Windows Live Spaces atau blog perspektif yang
dihoskan oleh pengguna ISP.

Kandungan blog boleh berkisar daripada keluhan individu hingga ke


komunikasi korporat. Blog boleh memberi kesan yang besar ke atas hal
ehwal politik, dan telah mendapat peningkatan ketara kerana peranan
mereka dalam menyampaikan dan membentuk berita. Contoh blog ialah
Malaysia Today (http://www.malaysiatoday.net/). Blog telah menjadi
sangat popular. Walaupun anggaran terhadap jumlah blog berbeza-beza,
Technorati iaitu syarikat penyelidikan blog mendakwa terdapat lebih
133 juta blog pada tahun 2009 (Technorati, 2009).

Tiada siapa yang tahu berapa banyak blog ini dikemaskinikan atau hanya
mengandungi berita lapuk. Dan tidak ada yang mengetahui berapa banyak
blog ini mempunyai pembaca yang lebih ramai daripada satu (pengarang
blog). Sehinggakan, anda memerlukan enjin carian blog untuk mencari
mereka (Google atau Technorati) atau anda terus pergi kepada senarai
l00 blog paling popular dan mula membuat carian.

(b) Gabungan yang Amat Mudah (RSS ă really simple syndication)


Kebangkitan blog adalah berkait rapat dengan mekanisme pengedaran
baru berita dan maklumat daripada laman web yang sentiasa
mengemaskinikan kandungan mereka. Gabungan yang amat mudah (RSS)
ialah format XML yang membolehkan pengguna menghantar kandungan
digital, termasuk teks, artikel, blog dan fail podcast audio ke komputer
mereka melalui Internet secara automatik.

Penyepadu perisian aplikasi RSS yang anda pasang pada komputer anda
mengumpul bahan dari laman web dan blog yang anda arahkan untuk
imbasan dan ia membawa maklumat baru dari laman itu kepada anda.
Kadangkala ini disebut sebagai „penggabungan‰ kandungan kerana ia
diedarkan oleh pertubuhan berita dan penggabung atau pengedar lain.

RSS telah bertukar daripada „pakar dalam teknologi‰ (techie) permainan


masa lalu kepada pergerakan yang meluas. New York Times, pelanggan
berasaskan suapan RSS (termasuk tajuk utama, ringkasan dan pautan
kepada artikel penuh) bermula daripada 500,000 apabila mula diperkenalkan
pada tahun 2003 kepada lebih daripada 8 juta pada hari ini.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT  123

(c) Podcasting
Podcast ialah persembahan audio, seperti rancangan radio, audio daripada
filem atau sekadar persembahan audio peribadi yang disimpan sebagai fail
audio dan dihoskan ke web. Pendengar memuat turun fail dari web dan
memainkannya pada pemain audio atau komputer mereka. Walaupun
sering dikaitkan dengan pemain muzik mudah alih Apple iPod, anda boleh
mendengar fail podcast Mp3 dengan mana-mana pemain Mp3. Podcasting
telah beralih daripada pengeluar media amatur bebas dalam tradisi „radio
haram‰ kepada saluran pengedaran berita dan kandungan perbualan yang
profesional.

(d) Wiki
Wiki ialah aplikasi web yang membolehkan pengguna dengan mudah
menambah dan mengedit kandungan dalam laman web. Istilah Wiki berasal
daripada „wiki wiki‰ (cepat atau pantas) bas ulang-alik di Lapangan
Terbang Honolulu. Perisian Wiki membolehkan dokumen ditulis secara
kolektif dan kolaboratif. Kebanyakan sistem Wiki ialah sumber terbuka,
sistem sebelah pelayan yang menyimpan kandungan dalam pangkalan
data hubungan.

Sejak Wiki menjadi satu lagi aplikasi pembunuh Web 2.0, dengan sifatnya
sangat terbuka dalam membenarkan sesiapa sahaja untuk membuat
perubahan kepada laman, kebanyakan Wiki menyediakan cara untuk
mengesahkan kesahihan perubahan melalui halaman „Perubahan Terkini‰
(Recent Changes). Ini membolehkan ahli komuniti Wiki memantau dan
mengkaji semula kerja daripada pengguna lain, membetulkan kesilapan,
dan berharap untuk mengelakkan „vandalisme‰.

Wiki yang paling terkenal ialah Wikipedia, ensiklopedia dalam talian yang
mengandungi lebih tiga juta artikel berbahasa Inggeris dalam pelbagai topik.
Wikimedia Foundation yang mengendalikan Wikipedia juga mengendalikan
projek yang berikut:

(i) WikiBooks merupakan koleksi kolaboratif buku teks percuma dan


manual;

(ii) WikiNews merupakan sumber berita kandungan bebas; dan

(iii) Wikitionary merupakan projek kolaboratif untuk menghasilkan


kamus percuma pelbagai bahasa dalam setiap bahasa.

Laman web Wikimedia mempunyai 60 juta hingga 65 juta pelawat unik


pada bulan Julai 2009 dan merupakan antara 10 laman web yang sentiasa
dilawati di web (comScore, 2009b).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT

(e ) Televisyen Internet
Ada tiga cara yang pengguna menonton televisyen di Internet dan ia
adalah:

(i) Video Berasaskan Penstriman Flash


Sehingga kini, jenis paling biasa video Internet adalah seperti yang
disediakan oleh YouTube, dengan lebih daripada 10 bilion video
distrimkan setiap sebulan, kebanyakan ialah klip pendek yang diambil
daripada rangkaian televisyen.

(ii) Muat Turun Video Cast


Laman web seperti iTunes Apple dan podcast video TV mengedarkan
berjuta-juta muat turun televisyen sebulan. Pengeluar televisyen dan
filem menggunakan halaman ini untuk mengedarkan produk mereka.
Ini menjadikannya sebagai sumber terbesar kandungan televisyen
berbayar yang sah dari segi undang-undang. Laman web ini akan
membolehkan anda untuk membeli keseluruhan musim rancangan
TV seperti di dalam kedai iTunes.

(iii) Definisi Tinggi Penstriman Fail yang Menggunakan Protokol IPTV


IPTV menggunakan sambungan Internet jalur lebar yang tinggi untuk
menyampaikan rancangan televisyen ke rumah penonton. Televisyen
berkualiti standard memerlukan kira-kira 3Mbps sambungan Internet
dengan menggunakan mampatan MPEG2 tetapi TV berdefinisi tinggi
memerlukan kira-kira 19Mbps. Definisi IPTV masih kabur dan
banyak protokol yang berlainan digunakan, seperti siaran ganda IP
untuk menggerakkan strim televisyen digital yang dimampatkan
melalui Internet.

Di Malaysia, salah satu ISP, TM baru-baru ini telah melancarkan


inisiatif terhadap jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB ă high speed
broadband) yang dikenali sebagai Unifi. Unifi ialah pakej yang
menggabungkan Internet, talian telefon dan juga IPTV. Beberapa
pakej telah ditawarkan untuk memenuhi keperluan pelanggan. Oleh
sebab ia masih dalam proses pemasangan, kadar penembusan masih
belum dapat ditentukan.

SEMAK KENDIRI 3.1

Apakah perbezaan antara halaman web, laman web dan halaman


utama?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT  125

LATIHAN 3.1
1. Gambarkan apakah agen pintar (bot) dan enjin carian.

2. Apakah kuki?

 Internet merupakan rangkaian yang saling ribu rangkaian dan berjuta-juta


komputer yang menghubungkan perniagaan, institusi pendidikan, kerajaan
agensi dan individu bersama-sama.

 Ada enam konsep asas yang penting untuk memahami Internet dan ia
adalah:

 Pensuisan paket;

 Protokol komunikasi TCP/IP;

 Pengkomputeran pelanggan atau pelayan;

 Intranet; dan

 Internet II.

 Ada beberapa aplikasi perisian Internet baru yang berkuasa apabila selepas
asas e-dagang yang dibina, dan ia adalah:

 E-mel;

 Enjin carian;

 Agen pintar;

 Mesej segera;

 Sembang; dan

 Kuki.

 Dua protokol Internet yang utama adalah:

 Protokol Penghantaran Kawalan (TCP) dan

 Protokol Internet (IP).


Copyright © Open University Malaysia (OUM)
126  TOPIK 3 INTERNET DAN JARINGAN SEJAGAT

 Ada beberapa inovasi terbaru yang dibuat di Internet dan ia adalah:

 Blog;

 Gabungan yang amat mudah;

 Podcasting;

 Wiki; dan

 Televisyen Internet.

Agen pintar Pelayar web


Alamat IP Pelokasi sumber seragam (URL)
Bahasa penanda hiperteks Penghala
Blog Pengkomputeran pelanggan atau
pelayan
Ekstranet
Pensuisan litar
E-mel
Pensuisan paket
Enjin carian
Penyedia perkhidmatan Internet
Gabungan yang amat mudah (RSS)
Podcasting
Internet II
Protokol
Intranet
Sembang (chat)
Jalur lebar
TCP/IP
Kuki (cookie)
Televisyen Internet
Mesej segera
Wiki
Nama domain
Pelayan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Teknologi
4 Wayarles
Perdagangan
Mudah Alih
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep perdagangan mudah alih;
2. Menghuraikan teknologi wayarles yang menyokong perdagangan
mudah alih;
3. Menerangkan jenis utama rangkaian telekomunikasi wayarles;
4. Membincangkan aplikasi m-dagang dalam pelbagai bidang; dan
5. Membincangkan keselamatan dan isu etika dalam m-dagang.

 PENGENALAN
Apakah perdagangan mudah alih? Pernahkah anda mencari istilahnya sebelum
ini? Jika belum, mari kita lihat definisi yang berikut.

Perdagangan mudah alih (m-dagang), merupakan lanjutan daripada


e-dagang, yang melibatkan apa-apa aktiviti perniagaan yang dijalankan
melalui rangkaian telekomunikasi wayarles. Sama seperti aktiviti e-dagang
yang lain, m-dagang boleh dilakukan melalui Internet, talian komunikasi
swasta atau rangkaian pengkomputeran lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 4 TEKNOLOGI WAYARLES DAN PERDAGANGAN MUDAH ALIH

Kemajuan peranti mudah alih berkuasa seperti telefon pintar telah mencipta
peluang kepada perniagaan untuk menyampaikan perkhidmatan kepada
pelanggan sedia ada dan menarik pelanggan baru.

Dalam topik ini, anda akan diberi gambaran keseluruhan teknologi wayarles
dan jenis rangkaian telekomunikasi wayarles utama. Anda juga akan dapat
mengetahui aplikasi m-dagang dalam pelbagai bidang dan keselamatan serta isu
etika yang terlibat dalam m-dagang.

4.1 TEKNOLOGI WAYARLES


Dalam persekitaran pengkomputeran tradisional, ramai orang bekerja di lokasi
yang tetap berserta komputer meja yang disambungkan ke Internet dan peranti
lain dengan menggunakan kabel. Persekitaran ini telah mewujudkan kesukaran
bagi mereka yang ingin membuat sambungan ke Internet pada bila-bila masa
dan di mana sahaja, terutamanya dalam kalangan kakitangan jualan, pekerja
perkhidmatan lapangan, pemeriksa dan eksekutif yang kerap mengembara.
Teknologi wayarles telah menjadi salah satu penyelesaian kepada keadaan ini.

Rajah 4.1 menunjukkan jenis peranti pengkomputeran yang digunakan:

(a) Gaya lama komputer meja berwayar; dan

(b) Gaya moden komputer riba wayarles.

Rajah 4.1: Peranti pengkomputeran


Sumber: http://computersight.com
http://blog.loaz.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TEKNOLOGI WAYARLES DAN PERDAGANGAN MUDAH ALIH  129

Persekitaran pengkomputeran wayarles terdiri daripada infrastruktur yang


berikut:

(a) Perkakasan;

(b) Perisian; dan

(c) Rangkaian komunikasi wayarles.

Infrastruktur ini akan diterangkan dalam subtopik yang berikut.

4.1.1 Perkakasan
Peranti mudah alih datang dalam pelbagai bentuk dan saiz seperti komputer
riba, komputer buku, PDA dan telefon pintar. Kebanyakan alat ini mempunyai
fungsi asas yang menyokong audio, video, pelayar Internet, e-mel dan
sambungan Internet. Peranti berikut kini berubah menjadi unit yang lebih kecil
yang menggabungkan semua keupayaan peranti ke dalam pakej yang sama,
maka menjadikannya sukar untuk membezakannya dari segi fungsi:

(a) Pembantu Peribadi Digital (PDA ă Personal Digital Assistant)


PDA (juga disebut komputer telapak), seperti yang dapat dilihat dalam
Rajah 4.2, pada asalnya adalah satu peranti tangan tersendiri yang
menyediakan akses pengguna ke dalam buku alamat dan kalendar, dan
menyokong fungsi pengiraan dan aplikasi komputer meja seperti pemproses
kata dan hamparan (spreadsheet).

Rajah 4.2: Pembantu digital peribadi


Sumber: http://kellepcharles.blogspot.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 4 TEKNOLOGI WAYARLES DAN PERDAGANGAN MUDAH ALIH

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, PDA menerima persaingan sengit


daripada telefon pintar, dari segi aspek fungsi. Dilaporkan bahawa jualan
PDA menurun 40% dari tahun 2006 hingga 2007. Oleh itu, pengeluar PDA
seperti Palm Inc. telah mencipta model PDA dengan keupayaan telefon
bimbit dan peranti yang dihasilkan dipanggil Palm Treo dan Palm Pre.

(b) Telefon Pintar


Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.3, telefon pintar adalah telefon
mudah alih yang lebih kurang seperti PDA atau seperti fungsi komputer,
termasuk e-mel, pelayar web, buku alamat, kalendar, kalkulator, kamera
digital, pemproses kata, hamparan dan keupayaan multimedia.

Rajah 4.3: Telefon pintar Nokia


Sumber: http://www.slashphone.com

Pengeluar telefon pintar terkemuka di dunia termasuk Nokia, Research In


Motion (RIM), Apple, HTC, Samsung dan Motorola. Antara model terbaru
telefon pintar yang terdapat di pasaran termasuk Apple iPhone dan Samsung
Galaxy.

AKTIVITI 4.1
Layari laman web yang memberikan ulasan tentang telefon pintar.
Apakah kriteria yang memainkan peranan dalam pemilihan telefon
pintar anda?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TEKNOLOGI WAYARLES DAN PERDAGANGAN MUDAH ALIH  131

4.1.2 Perisian
Adakah anda tahu bahawa perisian untuk peranti mudah alih mesti disesuaikan
dengan ciri-ciri unik peranti mudah alih seperti paparan skrin yang kecil, jalur
lebar yang kecil, keupayaan input yang terhad dan memori yang terhad?
Komponen perisian utama peranti mudah alih adalah seperti yang berikut:

(a) Sistem Pengoperasian Mudah Alih


Fungsi sistem pengoperasian mudah alih atau OS (operating system)
mudah alih adalah untuk mengawal peranti mudah alih, dengan cara yang
sama seperti sistem pengoperasian Windows, Mac OS atau Linux yang
mengawal komputer meja. Fungsi OS mudah alih banyak menguruskan
sambungan wayarles, pelbagai format multimedia mudah alih dan kaedah
input.

OS mudah alih mesti dapat mengendalikan pelbagai kaedah input atau


pendekatan antara muka seperti skrin sentuh, mini kayu ria, jog dial dan
roda ibu jari (thumb wheel). Sistem operasi mudah alih utama yang
menyokong peranti mudah alih adalah platform Symbian, RIM Blackberry
OS, Apple iOS, Microsoft Windows Mobile dan Google Android.

(b) Pelayar Mikro


Pelayar mikro (juga dikenali sebagai pelayar mudah alih, mini pelayar atau
pelayar Internet wayarles) menyerupai pelayar Internet standard pada
komputer meja. Pelayar mikro digunakan untuk mengakses Internet melalui
peranti mudah alih. Seperti sistem operasi mudah alih, pelayar mikro
diadaptasikan bagi menangani ciri-ciri unik peranti mudah alih seperti
skrin kecil, jalur lebar yang terhad dan memori kecil. Contoh pelayar mikro
termasuk Internet Explorer Mobile dan Opera Mobile.

4.1.3 Rangkaian Telekomunikasi Wayarles


Peranti mudah alih mampu untuk menyambung ke peranti lain dan Internet
melalui rangkaian telekomunikasi. Kriteria yang digunakan dalam memilih
telekomunikasi rangkaian bergantung kepada elemen yang berikut:

(a) Tujuan sambungan;

(b) Keupayaan dan lokasi peranti itu; dan

(c) Ketersediaan pilihan sambungan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 4 TEKNOLOGI WAYARLES DAN PERDAGANGAN MUDAH ALIH

Biasanya, ada empat jenis rangkaian telekomunikasi untuk persekitaran mudah


alih dan ia adalah:

(a) Rangkaian Kawasan Peribadi (PAN ă personal area network)


Rangkaian kawasan peribadi (PAN) digunakan untuk pengguna telefon
bimbit yang membuat sambungan wayarles peranti ke peranti julat dekat
dalam kawasan yang kecil, seperti bilik. Bluetooth adalah cara yang biasa
untuk mewujudkan PAN.

Bluetooth adalah satu set standard (IEEE 802.15) yang membolehkan


komunikasi wayarles antara peranti mudah alih pada jarak yang dekat
sehingga 20m. Bluetooth menggunakan teknologi radio berkuasa rendah
dalam spektrum radio 2.4GHz. Hari ini, kebanyakan peranti mudah alih
menggunakan Bluetooth. Pengehadan teknologi Bluetooth termasuk
keupayaan jarak dekat dan gangguan daripada peranti, seperti ketuhar
gelombang mikro dan telefon tanpa kord yang menggunakan julat radio
yang sama.

(b) Rangkaian Kawasan Setempat Wayarles (WLAN ăwireless local area


networks) atau Wi-Fi
Rangkaian kawasan setempat wayarles (WLAN) adalah rangkaian
wayarles dalam bangunan dan bersamaan dengan rangkaian kawasan
setempat (LAN) berwayar tetapi tanpa kabel. Ada lima bentuk protokol
Wi-Fi seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1 yang berikut.

Jadual 4.1: Bentuk Protokol Wi-Fi

Bentuk atau
Deskripsi
Keluaran
802.11 (1997) Menawarkan kadar pemindahan sehingga 2Mbps, dan jarak isyarat
sehingga 20m untuk dalam bangunan dan 100m untuk di luar
bangunan
802.11a (1999) Menawarkan kadar pemindahan lebih cepat (54Mbps) tetapi julat
isyarat yang lemah (maksimum 30m dalam bangunan dan 120m di
luar bangunan)
802.11b (1999) Kebanyakan standard yang digunakan secara meluas, dengan
11Mbps jarak isyarat sehingga 100m untuk dalam bangunan dan
sehingga 275m untuk ruang terbuka
802.11g (2003) Menggabungkan kekuatan kedua-dua 802.11a dan 802.11b dari segi
kadar pemindahan dan jarak liputan. Ia adalah serasi dengan kedua-
dua standard. Ia telah menjadi satu standard baru iaitu 802.11
802.11n (2009) Standard yang masih dalam pembangunan dengan menjanjikan jalur
lebar sehingga 600Mbps menggunakan empat aliran MIMO (4 MIMO
 150Mbps)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TEKNOLOGI WAYARLES DAN PERDAGANGAN MUDAH ALIH  133

AKTIVITI 4.2

Pada bulan September 2008, kerajaan Pulau Pinang mengumumkan


projek Wi-Fi di seluruh negeri yang dijangka siap dalam tempoh dua
tahun.

Ketahui perkembangan terkini projek ini dan sama ada ia telah berjaya
atau sebaliknya. Bincangkan dengan rakan sekelas anda.

Wi-Fi protokol 802.11g digunakan dalam persekitaran komersial. Jika


kos bukan isu utama, peranti mudah alih boleh menggunakan kelebihan
daripada kadar pemindahan 54Mbps. Walau bagaimanapun, 802.11b masih
menjadi Wi-Fi pilihan standard bagi kadar pemasangan yang paling murah
di rumah dan tempat awam. Di Malaysia, TM kini mempunyai lebih
daripada 2,300 Zon Streamyx (menggunakan 802.11b/g) di seluruh negara
pada lokasi terpilih tempat awam di bandar utama seperti pusat membeli-
belah, rangkaian kedai makanan dan minuman seperti Pizza Hut, Secret
Recipe dan Burger King, lapangan terbang, pusat konvensyen, hotel,
kampus universiti, hospital, rumah kelab golf, dan lain-lain lokasi.

AKTIVITI 4.3
Layari laman web Streamyx yang berikut. Kenal pasti Zon Streamyx
yang berdekatan dengan rumah dan pejabat anda.

http://www.streamyx.com.my/related_products/related_products.php
?id= streamyx_hotspot_faq

(c) Rangkaian Kawasan Metropolitan Wayarles (WMAN ă wireless


interoperability for microwave access) atau WiMax
Rangkaian kawasan metropolitan wayarles (WiMax) adalah wayarles
standard yang menggunakan IEEE 802.16 untuk membolehkan akses
rangkaian jalur lebar bagi data dan suara ke atas sesuatu kawasan sehingga
50km, iaitu kira-kira saiz metropolitan. WiMAX tidak memerlukan talian
yang jelas untuk berfungsi, ia sama seperti bagaimana satelit beroperasi.
WiMax menggunakan teknologi berasaskan radio, kelajuan pemindahan
jalur lebar ultra luas sehingga 268Mbps.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 4 TEKNOLOGI WAYARLES DAN PERDAGANGAN MUDAH ALIH

Pada tahun 2007, empat syarikat telah diberi lesen untuk mengendalikan
WiMax di Malaysia dan mereka adalah:

(i) Packet One Network P1 WiMax (telah beroperasi sejak bulan Ogos
2008);

(ii) REDtone WiMax (dilancarkan pada bulan April 2009 dan hanya ada
di Malaysia Timur);

(iii) YTL Communications Y-Max Networks (telah beroperasi sejak bulan


November 2010); dan

(iv) Asiaspace Amax WiMax (dilancarkan pada bulan Februari 2010


tetapi tidak berfungsi sejak bulan April 2010).

(d) Rangkaian Kawasan Luas Wayarles (WWAN ă wireless wide area network)
Rangkaian kawasan luas wayarles (WWAN) adalah rangkaian wayarles
terbesar yang merangkumi seluruh kawasan geografi yang besar dan
biasanya dikendalikan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi. Pada masa
ini, terdapat enam generasi teknologi komunikasi seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 4.2 yang berikut.

Jadual 4.2: Generasi Teknologi Komunikasi

Generasi Deskripsi
1G Berasaskan teknologi analog dari tahun 1979 hingga 1992. Digunakan
secara eksklusif untuk suara
2G Berdasarkan teknologi radio digital dan masih digunakan sehingga hari ini,
termasuk mesej teks (SMS)
2.5G Berdasarkan protokol telefon bimbit seperti GPRS dan CMDMA 2000.
Termasuk imej yang terhad dalam mesej teks
3G Bermula pada tahun 2001 di Jepun. Menyokong media beraneka seperti
video
3.5G Dijangka tujuh kali lebih baik daripada 3G dengan kelajuan muat turun
14Mbps dan kelajuan muat naik sebanyak 1.8Mbps. Termasuk telefoni
suara mudah alih, telefon video dan TV mudah alih
4G Juga disebut Evolusi Jangka Panjang (LTE ă Long Term Evolution)
berteknologi dengan 2.6Ghz jalur lebar dan dijangka paparan yang lebih
baik dalam kandungan multimedia

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TEKNOLOGI WAYARLES DAN PERDAGANGAN MUDAH ALIH  135

Kerajaan Malaysia menganugerahkan dua lesen 3G kepada Telekom Malaysia


(kini dikenali sebagai Celcom Axiata, selepas penggabungan dan pengasingan)
dan Maxis pada tahun 2002, dan dua lagi kepada TIME dotCom
(perkhidmatannya telah diambil alih oleh Digi) dan U Mobile pada tahun 2006.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), ada 7.347
juta pelanggan 3G pada akhir tahun 2009. Tender untuk lesen 4G telah
diumumkan pada tahun 2011 dan telah dikomersialkan pada tahun 2012 dan
2013.

AKTIVITI 4.4

Akses laman web SKMM ini: (http://www.skmm.gov.my/);

1. Ketahui statistik terkini pelanggan jalur lebar di Malaysia; dan

2. Adakah anda rasa Malaysia telah mencapai 50% penembusan


jalur lebar isi rumah pada akhir tahun 2010? Berikan alasan anda.

SEMAK KENDIRI 4.1


1. Apakah perbezaan antara WiMax dan 3G?

2. Apakah itu Wi-Fi?

3. Menggunakan perkataan anda sendiri, terangkan mengapa anda


lebih suka sambungan Wi-Fi berbanding dengan sambungan
talian tetap di rumah.

Anda boleh melayari laman web yang berikut untuk mendapatkan maklumat
lanjut mengenai:

(a) Peranti mudah alih


(i) http://www.apple.com/iphone/
(ii) http://www.palm.com/my/

(b) Perisian Pengkomputeran Bergerak


(i) http://www.symbian.org/
(ii) http://www.android.com/

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 4 TEKNOLOGI WAYARLES DAN PERDAGANGAN MUDAH ALIH

(c) Operator WiMax di Malaysia


(i) http://www.p1.com.my/
(ii) http://www.ytlcomms.my/
(iii) http://www.asiaspace.com.my/
(iv) http://www.redtone.com/wimax

4.2 APLIKASI M-DAGANG


Mari kita lihat di kawasan mana perdagangan mudah alih digunakan. Dalam
subtopik ini, kita akan menumpukan kepada aspek yang berikut:

(a) Aplikasi kewangan mudah alih;

(b) Membeli-belah mudah alih, pengiklanan dan penyediaan kandungan;

(c) Hiburan mudah alih; dan

(d) M-dagang berasaskan lokasi.

4.2.1 Aplikasi Kewangan Mudah Alih


Aplikasi kewangan mudah alih membolehkan pengguna untuk menjalankan
transaksi kewangan melalui peranti mudah alih pada bila-bila masa dan di mana
sahaja, menggantikan ATM, kad kredit, dan cawangan bank. Aplikasi mudah
alih yang biasa termasuk perbankan kewangan mudah alih dan pembayaran
mudah alih. Hari ini, institusi perbankan menawarkan akses mudah alih
kewangan dan maklumat akaun kepada pelanggan sebagai tambahan kepada
perbankan Internet. Contohnya, pelanggan boleh mengakses baki akaun,
memindahkan dana dan membayar bil.

Mari kita lihat bank yang telah menggunakan konsep m-dagang dengan berjaya
dalam operasi perbankan mereka:

(a) Standard Chartered Bank


Standard Chartered Bank adalah bank pertama di Malaysia yang
menawarkan perkhidmatan perbankan mudah alih menggunakan telefon
pintar pada tahun 2008. Tanpa keperluan untuk memuat turun dan
memasang apa-apa perisian, perkhidmatan perbankan mudah alih
membolehkan pelanggan melihat maklumat akaun, melakukan pemindahan
peribadi dan kepada akaun pihak ketiga, membayar utiliti, bil kad kredit,
dan menyemak kadar mata wang asing terkini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TEKNOLOGI WAYARLES DAN PERDAGANGAN MUDAH ALIH  137

(b) CIMB
Perbankan mudah alih CIMB Clicks adalah yang pertama mempunyai
keupayaan dan ciri-ciri perbankan Internet, tidak seperti perkhidmatan
perbankan mudah alih lain yang menggunakan SMS untuk membuat
transaksi.

AKTIVITI 4.5

Kenal pasti ciri-ciri dan keupayaan perbankan mudah alih CIMB Clicks
di laman web yang berikut:

http://www.cimbclicks.com.my/faq_mobilebanking.html

4.2.2 Membeli-belah Mudah Alih, Pengiklanan dan


Penyediaan Kandungan
Adakah anda tahu bahawa dengan peningkatan penjual dalam talian
membolehkan pelanggan untuk membeli-belah dari peranti mudah alih seperti
mencari maklumat, membandingkan harga, menggunakan troli membeli-belah,
menempah pesanan dan melihat status pesanan? Sebagai contoh, rantaian piza
utama di Amerika, seperti Pizza Hut dan Domino, membolehkan pelanggan
untuk memesan piza melalui SMS (rujuk Rajah 4.4). Amazon dan eBay juga
membolehkan pelanggan untuk mengakses akaun mereka, melihat, membuat
carian, membuat bidaan dan bidaan semula ke atas barangan.

Rajah 4.4: Iklan Dominos Pizza


Sumber: http://mobile.engadget.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 4 TEKNOLOGI WAYARLES DAN PERDAGANGAN MUDAH ALIH

Di Malaysia, lebih banyak pengiklan dijangka akan meneroka pertumbuhan


pengiklanan mudah alih disebabkan oleh bilangan besar pengguna telefon
mudah alih di negara ini. Contohnya, syarikat insurans, restoran dan syarikat
penjagaan kesihatan yang menghantar mesej iklan melalui SMS dan MMS
kepada pengguna telefon mudah alih.

Dengan menggunakan model pengiklanan mudah alih berasaskan keizinan,


Maxis menawarkan „myDeals‰. Ciri ini menjadikan pengiklanan mudah alih
boleh disediakan kepada semua pelanggan melalui pelbagai model telefon bimbit
jika mereka membenarkan pengiklan untuk menghantar bahan pengiklanan
kepada mereka. Pengiklan Maxis termasuk Sistem Penerbangan Malaysia (MAS
ă Malaysia Airline System), Colgate Palmolive, Panasonic dan BMW.

Sekarang, mari kita lihat istilah „portal mudah alih‰ dan definisi.

Portal mudah alih adalah akses pelanggan dan saluran interaksi,


dioptimumkan untuk mobiliti yang mengumpul dan menyediakan kandungan
dan perkhidmatan untuk pengguna mudah alih.

Contohnya, MAS MHmobile di http://flymas.mobi, memberikan penumpang


keistimewaan yang berikut:

(a) Menempah dan membayar tiket penerbangan dengan menggunakan kad


kredit;

(b) Berkongsi jadual perjalanan di media sosial;

(c) Daftar masuk dengan akses satu klik;

(d) Memilih tempat duduk yang disukai;

(e) Mendapatkan pas masuk mudah alih;

(f) Menyemak status penerbangan masa sebenar dan masa ketibaan atau
perlepasan terkini;

(g) Mencari alamat pejabat MAS dan cara untuk sampai ke sana dengan
menggunakan peta Google;

(h) Menyemak mana-mana status bagasi hilang; dan

(i) Menikmati tawaran eksklusif mudah alih.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TEKNOLOGI WAYARLES DAN PERDAGANGAN MUDAH ALIH  139

Sementara itu, Go2homestay.com menyediakan portal mudah alih inapan


keluarga (homestay) untuk maklumat mengenai direktori inapan keluarga, tema
bulanan dan butiran pertandingan melalui panggilan video. Media Prima
melancarkan portal kandungan mudah alih yang dihoskan di http://mobsta.my
yang menawarkan nada dering, permainan, kertas hias dinding, animasi,
penstriman muzik, komik mudah alih, berita dan acara kemuncak TV, dan
sebagainya.

AKTIVITI 4.6

1. Layari laman web Maxis dan ketahui lebih maklumat mengenai


myDeals.

2. Adakah anda akan membenarkan pengiklan untuk menghantar


mesej promosi kepada anda melalui telefon bimbit anda? Berikan
alasan anda.

4.2.3 Hiburan Mudah Alih


Hiburan mudah alih boleh didapati pada peranti mudah alih seperti yang
berikut:

(a) Muzik dan Video


Pengguna boleh memuat turun muzik dan video dari Internet ke dalam
komputer peribadi mereka dan kemudian memindahkannya melalui kabel
USB, Bluetooth atau Wi-Fi ke peranti mudah alih mereka, seperti telefon
pintar dan pemain MP3. Contoh syarikat yang menyediakan perkhidmatan
tersebut adalah Apple iTunes, Microsoft Zune dan Amazon MP3.

(b) Permainan Mudah Alih


Permainan mudah alih adalah salah satu aplikasi mudah alih terbesar.
Dengan lebih daripada dua bilion pengguna telefon mudah alih di seluruh
dunia, bilangan pemain mudah alih berpotensi adalah besar lebih besar
daripada pasaran untuk platform lain, seperti PlayStation dan GameBoy.

Fenomena ini telah menyebabkan peningkatan jumlah syarikat yang


terlibat dalam penciptaan, pengedaran dan menjalankan permainan mudah
alih. Menurut IBTimes.com, ada 4.6 bilion aplikasi mudah alih dimuat
turun pada akhir 2010. Contoh permainan mudah alih popular termasuklah
Microsoft Xbox 360 S dan Apple App Store (> 250k aplikasi).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 4 TEKNOLOGI WAYARLES DAN PERDAGANGAN MUDAH ALIH

(c) Sukan Mudah Alih


Sukan mudah alih membolehkan peminat sukan sentiasa mengemas
kini diri mereka dengan maklumat mengenai prestasi atlet atau pasukan
kegemaran mereka. Keputusan perlawanan sukan, statistik dan berita
boleh didapati di Yahoo! Sports mudah alih dan laman web mudah alih
ESPN (http://espn.mobi).

4.2.4 M-dagang Berasaskan Lokasi


M-dagang berasaskan lokasi (l-dagang ă location-based m-commerce) merujuk
kepada penggunaan peranti yang mempunyai GPS atau teknologi yang
sama untuk mencari pelanggan dan menghantar produk dan perkhidmatan
berdasarkan lokasi pelanggan. L-dagang memberikan faedah kepada kedua-dua
peniaga dan pelanggan dari segi keselamatan (mengenal pasti lokasi yang
tepat semasa kecemasan), kemudahan (keupayaan untuk mencari destinasi
berdekatan yang dikehendaki untuk produk dan perkhidmatan) dan produktiviti
(pengoptimuman masa dalam jarak dekat).

L-dagang menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan berasaskan lima faktor


utama seperti yang berikut:

(a) Lokasi
Menentukan kedudukan seseorang atau objek (contohnya, kereta).

(b) Navigasi
Memplotkan laluan dari satu lokasi ke lokasi lain.

(c) Penjejakan
Memantau pergerakan individu atau objek.

(d) Pemetaan
Melakar peta lokasi geografi tertentu.

(e) Masa
Menentukan masa dan lokasi yang tepat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TEKNOLOGI WAYARLES DAN PERDAGANGAN MUDAH ALIH  141

Mari kita lihat contoh yang berikut untuk meningkatkan pengetahuan kita
tentang l-dagang.

Pada bulan Mei 2010, anda sebagai datuk bandar Starbucks di Foursquare,
menerima iklan berasaskan lokasi melalui peranti mudah alih anda apabila
anda mendaftar masuk. Tawaran yang ditawarkan adalah diskaun USD1 ke
atas Frappucino. Tawaran khas menyambut anda dengan mesej ini: „Sebagai
datuk bandar kedai ini, nikmati potongan USD1 bagi minuman kisar
Frappuccino BARU sebagaimana yang anda inginkan. Sebarang saiz dan
sebarang perisa. Tawaran sah sehingga 6/28.‰

Sumber: http://epdm.com.cn

Asas teknologi bagi l-dagang adalah seperti yang berikut:

(a) Sistem Kedudukan Global (GPS ă global positioning system)


GPS adalah sistem berdasarkan sistem pengesanan berasaskan satelit di
seluruh dunia yang membolehkan pengguna menentukan kedudukan
sebenar sebarang objek di bumi.

(b) Sistem Maklumat Geografi (GIS ă geographical information system)


GIS adalah satu sistem komputer yang mampu mengintegrasikan,
menyimpan, mengedit, menganalisis, berkongsi dan memaparkan
maklumat geografi yang dirujuk (ruang). Teknologi visual data GIS boleh
mengintegrasikan data GPS ke dalam paparan peta digital.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 4 TEKNOLOGI WAYARLES DAN PERDAGANGAN MUDAH ALIH

AKTIVITI 4.7
Bincangkan perkara yang berikut:

(a) Aplikasi m-dagang dalam pelbagai bidang; dan

(b) Keselamatan dan isu-isu etika dalam m-dagang.

Anda boleh melayari laman web yang berikut untuk mendapatkan maklumat
lanjut mengenai aplikasi GPS:
(a) http://www.geocaching.com
(b) http://www.trimble.com/gps

4.3 PERUSAHAAN MUDAH ALIH


Peranti mudah alih dan teknologi digunakan secara meluas dalam organisasi
untuk aplikasi antara perniagaan. Ia amat berguna terutamanya untuk kerja yang
memerlukan pekerja yang sentiasa bergerak semasa melakukan tugas mereka
seperti membuat jualan, runcit, operasi, penghantaran, penyelenggaraan dan
pembaikan di lokasi yang jauh. Mari kita tumpukan perhatian kepada dua tugas
berikut yang dijalankan oleh kakitangan perniagaan:

(a) Mobilisasi dan Automasi Pasukan Jualan


Ramai kakitangan jualan dikehendaki mengembara untuk bertemu
pelanggan mereka di luar pejabat. Peranti mudah alih seperti komputer
riba dan PDA membenarkan kakitangan jualan untuk menunjukkan produk
baru, daftar inventori dan mengekalkan hubungan yang baik dengan
pelanggan. Peranti mudah alih boleh memastikan kakitangan jualan
sentiasa dimaklumkan dengan maklumat mengenai pelancaran produk
baru, maklumat produk, penentuan harga terkini, status pesanan, tahap
inventori dan jadual penghantaran.

Kakitangan jualan dilengkapi dengan maklumat yang terkini ketika mahu


melengkapkan perjanjian. Ini juga akan memberikan imej yang baik kepada
pelanggan. Pesanan dapat direkodkan dalam masa sebenar yang akan
memberi manfaat kepada operasi perniagaan, penjadualan penghantaran
dan mengurangkan ralat kemasukan data. Peranti mudah alih yang biasa
digunakan oleh kakitangan jualan termasuk Palm Treo dan RIM Blackberry.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TEKNOLOGI WAYARLES DAN PERDAGANGAN MUDAH ALIH  143

(b) Penghantaran Kerja


Satu lagi kumpulan pekerja mudah alih adalah mereka yang terlibat dalam
penyampaian dan perkhidmatan penghantaran seperti pengangkutan,
utiliti, perkhidmatan lapangan, penjagaan kesihatan dan keselamatan.
Peranti mudah alih membantu dalam memberikan tugasan kepada pekerja
mudah alih dan menyediakan mereka dengan maklumat terperinci tentang
tugas mereka.

Contohnya, AirIQ, syarikat Kanada, menyediakan lokasi GPS dan


penyelesaian pengurusan untuk armada komersial, armada perkhidmatan,
peralatan pembinaan armada dan pengguna. Sistem dalam talian AirIQ
yang menggabungkan Internet, GPS, pemetaan dan teknologi pintar yang
digunakan oleh perkhidmatan lori syarikat bagi meningkatkan kecekapan
tenaga kerja mereka.

4.4 KESELAMATAN DAN ISU ETIKA DALAM


M-DAGANG
Adakah anda tahu bahawa pengkomputeran mudah alih juga mengalami
ancaman keselamatan yang sama seperti persekitaran pengkomputeran meja?
Oleh kerana fungsi dan keupayaan peranti mudah alih meningkat, ancaman
serangan dari kod berniat jahat pasti akan meningkat.

Mari kita lihat contoh serangan berniat jahat seperti yang berikut:

(a) Pada tahun 2004, Cabir menjadi cecacing pertama yang diketahui yang
merebak melalui telefon mudah alih. Cabir hanya berkesan di atas telefon
bimbit Symbian bersiri 60;

(b) Brador, hanya berkesan pada Windows CE dan Windows Mobile; dan

(c) Red Browser, kuda Trojan yang memberi kesan kepada telefon pintar yang
menggunakan di persekitaran Java.

Ciri-ciri unik persekitaran pengkomputeran mudah alih juga menimbulkan


cabaran keselamatan untuk m-dagang. Transmisi isyarat terbuka merentasi
pelbagai rangkaian memberi peluang kepada ancaman keselamatan. Telefon
pintar dan peranti mudah alih yang lain mudah hilang dan dicuri kerana saiznya
yang kecil. Peranti yang hilang atau rosak merupakan ancaman keselamatan
kerana data yang disimpan dan tetapan pada peranti.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 4 TEKNOLOGI WAYARLES DAN PERDAGANGAN MUDAH ALIH

Umumnya, banyak prosedur, polisi, proses dan teknologi yang digunakan untuk
keselamatan e-dagang juga terpakai bagi keselamatan m-dagang seperti kata
laluan, penyulitan dan pendidikan. Walau bagaimanapun, ada juga langkah
keselamatan yang unik untuk m-dagang seperti:

(a) Pengesahan berasaskan SIM untuk telefon mudah alih;

(b) Tambatan wayarles untuk mencegah kecurian peranti mudah alih; dan

(c) Sistem keselamatan yang terbina di dalam Wi-Fi yang dikenali sebagai
kerahsiaan kesetaraan berwayar (WEP ă wired equivalent privacy).

Peningkatan penggunaan peranti mudah alih di tempat kerja menimbulkan isu


etika, undang-undang dan isu kesihatan yang baru. Pekerja perkhidmatan
lapangan yang bekerja di luar kawasan boleh mengakibatkan kurang ketelusan
kepada organisasi. Ia juga sukar untuk mengasingkan perniagaan dan urusan
peribadi dengan menggunakan telefon bimbit yang sama. Isu kesihatan seperti
gangguan kesihatan hasil daripada pancaran frekuensi radio selular dan
ketagihan telefon bimbit belum terbukti tetapi mendapat perhatian dari pelbagai
pihak.

M-dagang juga mengalami halangan teknologi seperti:

(a) Kebanyakan peranti mudah alih yang bersaiz kecil mempunyai


kebolehgunaan yang terhad dari segi input data skrin, kapasiti
penyimpanan dan kelajuan akses;

(b ) Dalam konteks tempatan, beberapa pengendali perkhidmatan mudah


alih tidak dapat menyediakan transmisi jalur lebar dan kestabilan
perkhidmatan seperti yang dijanjikan; dan

(c) Sebahagian pengendali menutup perkhidmatan tidak lama selepas ia


dilancarkan. Keadaan ini sudah pasti memberi kesan kepada pengguna
yang tekah mendaftar perkhidmatan mereka dan penerimaan teknologi
baru berikutnya pada masa akan datang.

Anda boleh melayari laman web yang berikut untuk mendapatkan maklumat
lanjut mengenai keselamatan Mădagang di http://www.cto.int/.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TEKNOLOGI WAYARLES DAN PERDAGANGAN MUDAH ALIH  145

 Perdagangan mudah alih (m-dagang) yang merupakan lanjutan daripada


e-dagang, melibatkan sebarang aktiviti perniagaan yang dijalankan melalui
rangkaian telekomunikasi wayarles. Sama seperti aktiviti e-dagang lain,
m-dagang boleh dilakukan melalui Internet, talian komunikasi swasta atau
rangkaian pengkomputeran lain.

 Persekitaran pengkomputeran wayarles terdiri daripada pelbagai komponen


seperti perkakasan (peranti mudah alih), perisian (sistem operasi dan
aplikasi) dan rangkaian telekomunikasi wayarles.

 Teknologi Bluetooth digunakan untuk komunikasi wayarles julat dekat


seperti dalam bilik dalam rangkaian kawasan peribadi (PAN).

 Jenis utama rangkaian telekomunikasi adalah:

ă Rangkaian kawasan peribadi;

ă Rangkaian kawasan tempatan wayarles; dan

ă Rangkaian kawasan metropolitan wayarles.

 3G adalah teknologi rangkaian kawasan luas wayarles terkini (WWAN) dan


pembangunan 4G telah dijalankan.

 Aplikasi m-dagang yang biasa adalah dalam bidang perkhidmatan


kewangan, membeli-belah, pengiklanan, penyediaan kandungan, hiburan
dan perkhidmatan berasaskan lokasi.

 Aplikasi m-dagang juga digunakan dalam organisasi bagi pekerja yang


dikehendaki untuk mengembara atau bergerak, seperti pekerja jualan,
pekerja penghantaran, pekerja di lapangan dan penyelenggaraan serta
pembaikan.

 Sama seperti perdagangan dan e-dagang bata dan mortar, m-dagang juga
mengalami ancaman keselamatan dan menghadapi isu etika, undang-undang
dan kesihatan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 4 TEKNOLOGI WAYARLES DAN PERDAGANGAN MUDAH ALIH

Aplikasi m-dagang Peranti mudah alih


Kawasan luas wayarles Perdagangan berasaskan lokasi
Kawasan peribadi Portal mudah alih
Komunikasi wayarles Sistem operasi mudah alih
Pelayar mikro Telefon pintar
Pembantu peribadi digital Wi-Fi
Pengkomputeran wayarles WiMax

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pembangunan
5 Laman Web
Wayarles
E-dagang
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan proses yang terlibat dalam membangunkan laman
web e-dagang;
2. Menerangkan langkah-langkah dalam Kitaran Hayat Pembangunan
Sistem;
3. Meneliti pertimbangan utama yang terlibat dalam memilih pelayan
web dan perisian pelayan peniaga e-dagang;
4. Menghuraikan isu yang terlibat dalam memilih perkakasan yang
paling sesuai untuk laman web e-dagang; dan
5. Mengenal pasti alat pilihan yang boleh digunakan untuk
memperbaiki prestasi laman web.

 PENGENALAN
Adakah anda tahu bahawa membangunkan laman web e-dagang yang berjaya
memerlukan pemahaman perniagaan yang mendalam, isu teknologi dan sosial?
Dalam kebanyakan syarikat pada hari ini, e-dagang adalah terlalu penting untuk
dibiarkan sepenuhnya kepada pengamal teknologi dan pengatur cara.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG

Topik ini akan menerangkan proses yang terlibat dalam membangunkan laman
web e-dagang. Pertimbangan utama yang terlibat dalam memilih perisian dan
perkakasan laman web e-dagang yang berjaya juga akan dibincangkan, diikuti
dengan penjelasan tentang alat lain yang boleh digunakan untuk meningkatkan
prestasi laman web.

5.1 MEMBINA LAMAN WEB E-DAGANG YANG


BERJAYA
Mari kita menganggap bahawa anda ialah pengurus syarikat industri bersaiz
sederhana yang mempunyai kira-kira 10,000 orang pekerja di seluruh dunia yang
beroperasi di 10 buah negara di Eropah, Asia dan Amerika Utara. Pengurusan
kanan telah memberi peruntukan sebanyak RM1 juta untuk membina laman
e-dagang dalam tempoh setahun. Tujuan laman ini adalah untuk menawarkan
produk dan perkhidmatan kepada lebih 20,000 orang pelanggan yang
kebanyakannya dari kedai dan logam pasang siap mesin bersaiz kecil di seluruh
dunia. Di manakah anda bermula?

Dalam usaha untuk menyediakan tugas di atas, anda perlu mengambil kira dua
cabaran pengurusan yang paling penting dalam membina laman e-dagang yang
berjaya:

(a) Membangunkan pemahaman yang jelas bagi objektif perniagaan yang


memerlukan pengurus untuk membina rancangan bagi membangunkan
laman web syarikat mereka; dan

(b) Mengetahui bagaimana untuk memilih teknologi yang betul untuk mencapai
objektif mereka yang memerlukan pengurus untuk memahami beberapa
elemen asas infrastruktur e-dagang.

5.1.1 Membangunkan Laman Web E-dagang


Perkara pertama yang anda perlu mengambil kira apabila membuat keputusan
untuk membangunkan laman web untuk syarikat anda ialah anda perlu
mempunyai pelan pembangunan laman dan sedikit pemahaman tentang asas isu
infrastruktur e-dagang seperti kos, kemampuan dan kekangan. Tanpa pelan dan
asas pengetahuan, anda tidak mampu membuat keputusan pengurusan yang
tepat mengenai e-dagang dalam syarikat anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG  149

Anda perlu sedar, bidang utama yang anda akan perlu membuat keputusan
seperti:

(a) Individu Berkemahiran


Dari segi organisasi dan sumber manusia, anda perlu membentuk
sekumpulan individu yang memiliki kemahiran yang diperlukan untuk
membangunkan dan menguruskan laman e-dagang yang berjaya. Pasukan
ini akan membuat keputusan penting mengenai teknologi, reka bentuk
laman web, serta dasar sosial dan maklumat yang akan digunakan di
laman anda. Keseluruhan proses pembangunan mestilah diuruskan dengan
teliti untuk mengelakkan bencana.

(b) Perkakasan Laman Web, Perisian dan Infrastruktur Telekomunikasi


Anda juga perlu membuat keputusan mengenai perkakasan laman web
anda, perisian dan infrastruktur telekomunikasi. Walaupun anda akan
mempunyai penasihat teknikal untuk membantu anda membuat keputusan
ini, namun pengoperasian laman web ini adalah atas tanggungjawab anda.

(c) Keutamaan Pelanggan


Permintaan pelanggan akan mendorong pilihan teknologi anda. Pelanggan
anda akan mencari teknologi yang membolehkan mereka mencari apa
yang mereka inginkan dengan mudah. Biasanya, mereka lebih suka untuk
membeli dan menerima produk dalam masa yang singkat.

(d) Reka Bentuk Laman Web


Anda juga perlu menimbangkan reka bentuk laman anda dengan teliti.
Sebaik sahaja anda mengenal pasti keputusan bidang utama, anda boleh
mula membuat perancangan untuk projek tersebut.

5.1.2 Kitaran Hayat Pembangunan Sistem


Langkah kedua dalam membangunkan laman e-dagang ialah dengan
mewujudkan pelan dokumen. Salah satu kaedah untuk membangunkan pelan
laman e-dagang dikenali sebagai kitaran hayat pembangunan sistem seperti
yang dijelaskan berikut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG

Kitaran hayat pembangunan sistem (SDLC ă system development life cycle)


adalah kaedah bagi memahami objektif perniagaan bagi mana-mana sistem
dan mereka bentuk penyelesaian yang sesuai. Mengadaptasikan metodologi
kitaran hidup tidak menjamin kejayaan tetapi ia jauh lebih baik daripada
tidak mempunyai sebarang rancangan. Kaedah SDLC membantu dalam
mewujudkan dokumen yang menyampaikan kepada pengurusan kanan
berkaitan objektif laman web, pencapaian penting dan kegunaan lamane-
dagang tersebut.

Langkah yang terlibat dalam kaedah SDLC adalah seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 5.1.

Rajah 5.1: Kitaran hayat pembangunan sistem (SDLC)

(a) Analisis Sistem


Langkah analisis SDLC yang berfungsi cuba menjawab soalan, „Apakah
yang kita mahu laman e-dagang lakukan?‰ Kita beranggapan di sini
bahawa anda mengenal pasti satu strategi perniagaan dan memilih model
perniagaan untuk mencapai objektif strategik anda. Namun, bagaimanakah
anda menterjemahkan strategi anda, model perniagaan, dan idea ke dalam
laman e-dagang yang berfungsi?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG  151

Satu cara untuk memulakannya adalah dengan mengenal pasti matlamat


khusus perniagaan untuk laman web anda dan kemudian membangunkan
senarai fungsi sistem serta keperluan maklumat. Ada sembilan asas objektif
perniagaan yang perlu sesuatu laman e-dagang perlu ada. Objektif ini
mesti diterjemahkan ke dalam penerangan fungsi sistem dan akhirnya ke
dalam set keperluan maklumat tepat.

Mari kita lihat definisi tiga terma berikut seperti yang ditunjukkan berikut.

Objektif perniagaan ialah senarai keupayaan yang anda mahukan di


dalam laman web anda.

Fungsi sistem ialah senarai jenis keupayaan sistem maklumat yang anda
perlukan untuk mencapai matlamat perniagaan anda.

Keperluan maklumat adalah maklumat yang diperlukan untuk


menyokong perniagaan atau aktiviti lain.

Sebagai seorang pengurus, anda perlu menyediakan senarai di atas untuk


pembangun sistem dan pengatur cara supaya mereka tahu, apa yang
diharapkan daripada mereka.

Secara keseluruhannya, objektif perniagaan laman e-dagang tidak berbeza


daripada kedai runcit biasa. Perbezaan sebenar terletak pada fungsi sistem
dan keperluan maklumat. Dalam laman web e-dagang, objektif perniagaan
perlu disediakan sepenuhnya dalam bentuk digital tanpa bangunan atau
jurujual, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

(b) Reka Bentuk Sistem


Sebaik sahaja anda mengenal pasti objektif perniagaan dan fungsi sistem,
serta telah membangunkan satu senarai keperluan maklumat yang tepat,
anda boleh mula mempertimbangkan bagaimana semua fungsi ini akan
disampaikan. Anda mesti menghasilkan spesifikasi reka bentuk sistem yang
merupakan perihal komponen utama dalam sistem dan hubungan mereka
antara satu sama lain. Reka bentuk sistem itu sendiri boleh dipecahkan
kepada dua komponen ă reka bentuk logik dan reka bentuk fizikal.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG

Satu reka bentuk logik termasuk gambar rajah aliran data yang
menerangkan aliran maklumat di laman web e-dagang anda, fungsi
pemprosesan yang mesti dilakukan dan pangkalan data yang akan
digunakan. Reka bentuk logik juga termasuk penerangan keselamatan
dan prosedur sandaran kecemasan yang akan dimulakan serta kawalan
yang akan digunakan dalam sistem.

Reka bentuk fizikal menterjemahkan reka bentuk logik ke dalam


komponen fizikal. Contohnya, reka bentuk fizikal memperincikan
butiran seperti model pelayan tertentu untuk dibeli, perisian yang akan
digunakan, saiz pautan telekomunikasi yang diperlukan, cara bagaimana
sistem yang akan disandarkan dan dilindungi daripada orang luar, dan
sebagainya.

SEMAK KENDIRI 5.1

Apakah perbezaan antara reka bentuk logik dan reka bentuk fizikal?

(c) Pembangunan Sistem


Sekarang anda mempunyai idea yang jelas mengenai kedua-dua reka
bentuk logik dan fizikal untuk laman web anda, anda boleh mula
mempertimbangkan bagaimana sebenarnya untuk membina laman web.
Ada banyak pilihan di sini. Ia terdiri daripada khidmat luaran secara
keseluruhan (termasuk analisis sistem sebenar dan reka bentuk) sehingga
membinanya kesemuanya secara khidmat dalaman.

Mari kita lihat definisi yang diberikan untuk „khidmat luaran‰


(outsourcing).

Khidmat luaran merujuk kepada proses mengupah pembekal luar untuk


menyediakan perkhidmatan yang terlibat dalam membina laman web
yang anda tidak boleh laksanakan dengan kakitangan dalaman.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG  153

Anda juga perlu membuat keputusan kedua: Adakah anda akan


menghoskan atau mengendalikan laman web ini pada pelayan syarikat
anda sendiri atau anda akan mencari khidmat luaran untuk perkhidmatan
pengehosan? Keputusan ini tidak bergantung antara satu sama lain tetapi
ia dipertimbangkan pada masa yang sama. Terdapat beberapa pembekal
yang akan mereka bentuk, membina dan menghoskan laman web anda,
manakala yang lain hanya sama ada:

(i) Membina; atau

(ii) Menghoskan.

Mari kita lihat secara mendalam keputusan yang dibuat oleh pengurus.

 Membina Sendiri Lawan Khidmat Luaran


Mari kita lihat keputusan pembinaan terlebih dahulu. Jika anda
memilih untuk membina sendiri laman, anda akan memerlukan
kakitangan pelbagai kemahiran seperti pengatur cara, pereka
grafik, pereka web dan pengurus. Anda juga perlu memilih dan
membeli alatan perkakasan dan perisian. Ada pelbagai perkakasan
yang boleh digunakan untuk membina laman e-dagang anda
sendiri seperti:

 Alatan yang Membantu Anda Membina Semuanya dari Awal


Alatan seperti Dreamweaver dan FrontPage membantu anda
membina laman web anda dari awal. Keputusan untuk membina
laman web anda sendiri sepenuhnya mempunyai beberapa risiko.
Memandangkan kerumitan ciri-ciri seperti troli membeli-belah,
pengesahan dan pemprosesan kad kredit, pengurusan inventori,
dan pemprosesan pesanan, ia melibatkan kos yang tinggi, begitu
juga risiko jikalau anda gagal melaksanakan kerja tersebut dengan
baik.

Anda akan mereka semula apa yang syarikat tertentu telah bina,
dan kakitangan anda mungkin menghadapi liku pembelajaran
yang panjang, sukar, melambatkan penyertaan anda ke dalam
pasaran. Usaha anda boleh gagal. Dari segi positifnya, anda
mungkin lebih mampu untuk membina laman web seperti mana
yang anda mahukan dan lebih penting lagi, mengembangkan
pengetahuan dalaman bagi membolehkan anda menukar laman
web dengan cepat jika perlu kerana persekitaran perniagaan yang
berubah-ubah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG

Peruncit bata dan mortar yang memerlukan laman e-dagang


secara amnya mereka bentuk laman web mereka sendiri (kerana
mereka sudah mempunyai kakitangan mahir dan mempunyai
pelaburan yang luas dalam aset IT seperti pangkalan data dan
telekomunikasi) tetapi mereka menggunakan pembekal luar dan
perunding untuk membina aplikasi e-dagang yang canggih.
Syarikat permulaan bersaiz kecil akan membina laman web
mereka sendiri dari awal dengan menggunakan pekerja teknikal
dalaman dalam usaha untuk mengekalkan kos yang rendah.

 Alatan Terbaik Prapakej Pembinaan Laman


Alatan ini boleh mencipta laman yang canggih yang dapat
disesuaikan dengan keperluan anda. Jika anda memilih pakej
laman pembinaan yang lebih mahal, anda akan membeli perisian
yang telah diuji dengan baik. Anda boleh berada di pasaran lebih
awal.

Walau bagaimanapun, untuk membuat keputusan yang baik,


anda perlu menilai pakej yang berbeza dan ini boleh mengambil
masa yang lama. Anda mungkin perlu mengubah suai pakej
untuk memenuhi keperluan perniagaan anda dan mungkin
mengupah pembekal luar tambahan untuk mengubah suai pakej.
Kos meningkat dengan cepat berdasarkan pengubahsuaian yang
dibangunkan. Syarikat permulaan bersaiz sederhana akan selalu
membeli pakej yang canggih dan kemudian mengubah suai untuk
disesuaikan dengan keperluan mereka.

 Templat Prabina
Templat sekurang-kurangnya memerlukan anda memberikan
input teks, grafik dan data yang lain. Jika anda memilih
menggunakan templat, anda akan terhad kepada fungsi yang telah
dibina di dalam templat dan anda tidak akan dapat menambah
fungsi atau mengubahnya. Syarikat pemilikan keluarga kecil yang
mencari laman utama yang ringkas akan menggunakan templat.

AKTIVITI 5.1
Anda merancang untuk membangunkan laman e-dagang untuk
organisasi perniagaan anda. Adakah anda akan membina sendiri atau
menggunakan khidmat luaran pembekal lain? Berikan alasan anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG  155

(ii) Menghoskan Sendiri Lawan Khidmat Luaran


Sekarang, mari kita lihat keputusan perkhidmatan pengehosan.
Kebanyakan perniagaan memilih untuk perkhidmatan pengehosan
khidmat luaran dan membayar syarikat tersebut untuk menghoskan
laman web mereka yang bermakna bahawa syarikat perkhidmatan
pengehosan adalah bertanggungjawab untuk memastikan laman
web tersebut „hidup‰ atau boleh diakses 24 jam sehari. Dengan
menyetujui bayaran bulanan, perniagaan tidak perlu risau berkaitan
aspek teknikal yang banyak seperti menubuhkan pelayan web dan
menyelenggarakannya atau keperluan kakitangan.

Anda juga boleh memilih untuk lokasi bersama. Mari kita lihat yang
berikut untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan lokasi bersama.

Dengan perjanjian lokasi bersama, syarikat anda membeli atau menyewa


pelayan web (dan mempunyai kawalan mutlak terhadap operasi) tetapi
menempatkan pelayan dalam kemudahan fizikal pembekal. Pembekal
menyenggara kemudahan, talian komunikasi dan jentera.

Keburukan perkhidmatan pengehosan khidmat luaran adalah apabila


perniagaan dalam talian berkembang, syarikat itu mungkin memerlukan
lebih banyak kuasa dan perkhidmatan daripada apa yang boleh disediakan
oleh syarikat perkhidmatan pengehosan. Itulah sebabnya beberapa syarikat
perbadanan lebih suka untuk melakukan perkhidmatan pengehosan
mereka sendiri. Apabila anda menghoskan laman web anda sendiri, anda
dapat mengawal operasi sepenuhnya. Perlu diingat bahawa kos anda
mungkin lebih tinggi daripada menggunakan sebuah syarikat khidmat
luaran yang besar. Anda perlu membeli perkakasan dan perisian,
mempunyai kemudahan fizikal, sewaan talian komunikasi, mengupah
kakitangan, dan membina keselamatan dan keupayaan sandaran.

SEMAK KENDIRI 5.2

Apakah kelebihan perkhidmatan pengehosan khidmat luaran?


Bincangkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG

(d) Pengujian
Apabila sistem telah dibina dan diaturcarakan, anda akan perlu melibatkan
diri dalam proses ujian. Bergantung kepada saiz sistem, ia boleh menjadi
agak sukar dan lama. Ujian diperlukan tidak kira sama ada sistem ini
dibina menggunakan khidmat luaran atau menggunakan khidmat dalaman.
Laman web e-dagang yang kompleks boleh mempunyai beribu-ribu laluan
melalui laman web tersebut, setiap satunya perlu didokumenkan dan
kemudian diuji.

Mari kita lihat jenis ujian yang terlibat dalam laman web e-dagang:

(i) Pengujian Unit


Pengujian unit melibatkan pengujian modul atur cara laman satu
demi satu pada satu masa.

(ii) Pengujian Sistem


Pengujian sistem melibatkan pengujian laman web ini secara
keseluruhan dengan cara sebagaimana pengguna biasa akan
menggunakan laman web ini. Disebabkan tidak ada pengguna
„tipikal‰ yang sebenarnya, pengujian sistem memerlukan setiap
laluan yang dibayangkan diuji.

(iii) Pengujian Penerimaan


Akhir sekali, ujian penerimaan memerlukan kakitangan utama dan
pengurus syarikat dalam pemasaran, pengeluaran, jualan dan
pengurusan am yang sebenarnya menggunakan sistem ini seperti
yang dipasang pada Internet ujian atau pelayan intranet. Ujian
penerimaan ini mengesahkan bahawa objektif perniagaan sistem
yang dibayangkan pada asalnya berfungsi. Proses ujian dan
pembinaan semula boleh melibatkan kos setinggi 50% daripada
jumlah kos yang terlibat dalam pembinaan perisian.

(e) Pelaksanaan dan Penyelenggaraan


Kebanyakan orang tidak biasa dengan ralat sistem dan menyangka bahawa
apabila sistem maklumat telah dipasang, proses ini telah tamat. Sebenarnya,
apabila permulaan proses telah tamat, hayat operasi sistem pula baru
bermula. Kegagalan sistem yang terjadi kerana pelbagai sebab dan
kebanyakannya tidak dijangka. Oleh itu, mereka memerlukan pemeriksaan,
pengujian dan pembaikan yang berterusan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG  157

Penyelenggaraan sistem adalah penting tetapi kadangkala tidak


diperuntukkan. Umumnya, kos penyelenggaraan sistem tahunan secara
kasar adalah selari dengan kos pembangunan. Laman e-dagang yang
bernilai RM40,000 mungkin akan memerlukan kos perbelanjaan sebanyak
RM40,000 setahun untuk penyelenggaraan.

Mengapakah kos penyelenggaraan laman web e-dagang adalah tinggi?


Tidak seperti sistem gaji, laman web e-dagang sentiasa berada dalam
proses perubahan, peningkatan dan dibetulkan.

Kajian penyelenggaraan sistem tradisional telah menemui corak yang


berikut:

(i) Kira-kira 20% daripada masa dikhaskan untuk kod penyahpepijatan


(debugging) dan bertindak balas terhadap situasi kecemasan.
Sebagai contoh, pelayan baru telah dipasang oleh ISP anda, dan ini
menjadikan semua pautan hiperteks anda hilang dan skrip CGI yang
dinyahdayakan menyebabkan laman web tidak berfungsi!;

(ii) 20% lagi daripada masa dihabiskan dengan perubahan dalam laporan,
fail data dan pautan kepada bahagian belakang pangkalan data; dan

(iii) Baki 60% daripada masa penyelenggaraan dikhaskan untuk


pentadbiran am (membuat produk perubahan dan harga dalam
katalog) dan membuat perubahan dan penambahan kepada sistem.

Proses yang terlibat dalam laman web e-dagang tiada kesudahan. Ia


sentiasa dalam proses pembinaan dan pembinaan semula. Ia benar-benar
dinamik; jauh lebih kompleks daripada sistem gaji.

AKTIVITI 5.2
Kebanyakan syarikat tidak berminat untuk membina laman e-dagang
kerana pelaksanaan dan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Adakah anda bersetuju dengan pernyataan tadi? Bincangkan dengan


rakan sekelas anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG

Kejayaan jangka panjang laman e-dagang akan bergantung kepada


pasukan pekerja yang berdedikasi (pasukan web) tugas utamanya adalah
untuk memantau dan menyesuaikan laman kepada keadaan pasaran yang
berubah-ubah. Pasukan web mestilah mempunyai pelbagai kemahiran, ia
biasanya termasuk pengatur cara, pereka dan pengurus perniagaan yang
diambil daripada pemasaran, pengeluaran dan sokongan jualan.

Mari kita lihat tugas yang dilaksanakan oleh pasukan web:

(i) Mendengar maklum balas pelanggan di laman web dan bertindak


dengan segera terhadap maklum balas jika perlu;

(ii) Membangunkan pemantauan dan pelan pengujian yang sistematik


yang perlu diikuti setiap minggu untuk memastikan semua pautan
beroperasi, harga adalah betul dan halaman dikemas kini. Satu
perniagaan yang besar mungkin mempunyai beribu-ribu laman web
dan kebanyakannya saling berkait yang memerlukan pemantauan
yang sistematik; dan

(iii) Penanda aras (rujuk yang berikut untuk definisi), dan memastikan
harga dan promosi semasa di laman web.

Penanda aras (benchmarking) adalah proses yang laman web


bandingkan dengan laman web pesaing dari segi kelajuan tindak balas,
kualiti susun atur dan reka bentuk.

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai menghasilkan


laman web e-dagang, layari laman web yang berikut:
 http://ecommerce.snowseed.com/
 http://www.ecommerce-digest.com/ecommerce-web-site-
designportal.html
 http://build-website.com/

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG  159

AKTIVITI 5.3
Layari beberapa kedai dalam talian di laman web Choice Mall
(www.choicemall.com). Jawab soalan-soalan yang berikut:

(a) Apakah manfaat pusat membeli dalam talian kepada peniaga dan
pembeli yang mengambil bahagian?

(b) Adakah anda fikir ia adalah lebih baik bagi pembeli menggunakan
pusat membeli-belah atau menggunakan enjin carian laman web,
seperti Google untuk mencari kedai yang menyediakan produk
yang diminati? Berikan alasan anda.

LATIHAN 5.1
1. Takrifkan kitar hayat pembangunan sistem.

2. Jelaskan langkah-langkah yang terlibat dalam menghasilkan


laman e-dagang.

5.2 MEMILIH PERISIAN PELAYAN


Sebagai pengurus perniagaan yang bertanggungjawab membina laman web,
anda perlu tahu beberapa maklumat asas mengenai perisian e-dagang. Semakin
canggih perisian, semakin banyak cara anda boleh menjual barangan dan
perkhidmatan, semakin berkesan perniagaan. Subtopik ini akan menerangkan
perisian yang diperlukan untuk mengendalikan laman e-dagang kontemporari.

5.2.1 Seni Bina Laman Web Mudah lawan Pelbagai


Aras
Sebelum pembangunan e-dagang, laman web hanya menyampaikan laman web
kepada pengguna yang telah membuat permintaan halaman HTML melalui
pelayar mereka. Perisian laman web sebenarnya agak mudah. Ia terdiri daripada
mesin pelayan yang menjalankan perisian asas pelayan web. Kita mungkin
mengenali penyusunan perisian, mesin dan tugas dalam sistem maklumat yang
diperlukan untuk mencapai fungsi tertentu ini sebagai seni bina laman web. Ia
sama seperti seni bina rumah yang merujuk kepada susunan bahan binaan untuk
mencapai fungsi tertentu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG

Walau bagaimanapun, pembangunan e-dagang memerlukan banyak fungsi,


seperti yang berikut:

(a) Berkebolehan untuk bertindak balas terhadap input pengguna (borang


nama dan alamat);

(b) Mengambil pesanan barangan dan perkhidmatan untuk pelanggan;

(c) Menguruskan urus niaga kad kredit secara serta-merta;

(d) Rujukan melalui pangkalan data harga dan produk; dan

(e) Menyelaras iklan di skrin berdasarkan ciri-ciri pengguna.

Penambahan fungsi sebegini diperlukan dalam pembangunan pelayan aplikasi


web (rujuk yang berikut) dan seni bina sistem pelbagai aras untuk
mengendalikan beban pemprosesan.

Pelayan aplikasi web adalah atur cara perisian khusus yang melaksanakan
pelbagai pemprosesan urus niaga yang diperlukan oleh e-dagang.

Di samping mempunyai pelayan aplikasi khusus, laman web e-dagang perlu


mampu menarik dan menambah maklumat kepada pangkalan data korporat yang
sedia wujud. Pangkalan data lama yang wujud sebelum era e-dagang disebut
pangkalan data bahagian belakang (back-end) atau legasi. Syarikat perbadanan
telah membuat pelaburan besar-besaran ke atas sistem ini untuk menyimpan
maklumat pelanggan, produk, pekerja dan pembekal. Sistem bahagian belakang
merupakan lapisan tambahan dalam laman pelbagai aras.

Mari kita lihat pelbagai jenis peringkat seni bina yang sedia ada dalam e-dagang:

(a) Seni Bina Mudah atau Dua Aras


Dalam seni bina dua aras, juga dikenali sebagai seni bina aras mudah,
pelayan web memberi tindak balas dengan membuat permintaan halaman
web dan pelayan pangkalan data melaksanakan penyimpanan data bahagian
belakang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG  161

(b) Seni Bina Pelbagai Aras


Dalam seni bina pelbagai aras, pelayan web dipaut dengan lapisan
peringkat pertengahan yang biasanya termasuk siri pelayan aplikasi yang
melaksanakan tugas tertentu, dan sama juga untuk lapisan bahagian
belakang sistem korporat yang sedia ada yang mengandungi produk,
pelanggan dan maklumat harga. Laman web pelbagai aras biasanya
menggunakan beberapa atau lebih komputer fizikal, setiap satunya
menjalankan beberapa aplikasi perisian dan berkongsi beban kerja melalui
beberapa komputer fizikal.

Selebihnya dalam subtopik ini, kita akan menerangkan fungsi perisian asas
pelayan web dan pelbagai jenis pelayan aplikasi web.

5.2.2 Perisian Pelayan Web


Laman web e-dagang memerlukan perisian asas pelayan web untuk menjawab
permintaan daripada pelanggan bagi halaman HTML dan XML. Apabila anda
memilih perisian pelayan web, anda juga akan memilih sistem operasi untuk
laman komputer anda. Perisian pelayan web yang terkemuka dengan melebihi
50% daripada pasaran ialah Apache HTTP yang hanya berfungsi dengan sistem
pengoperasian Unix.

Unix ialah bahasa pengaturcaraan asal Internet dan web. Perisian Apache adalah
percuma dan boleh dimuat turun dari banyak laman web, dan dipasang pada
kebanyakan pelayan web IBM. Secara harfiah, ribuan pengatur cara telah
menggunakan Apache selama ini. Oleh itu, ia sangat stabil dan terdapat beribu-
ribu atur cara perisian utiliti yang ditulis untuk Apache yang boleh menyediakan
semua fungsi yang diperlukan untuk laman web e-dagang kontemporari. Untuk
menggunakan Apache, anda akan memerlukan kakitangan yang berpengetahuan
dalam pengendalian sistem operasi Unix atau varian PC, Linux.

Pelayan Maklumat Internet (IIS ăInternet Information Server) Microsoft ialah


perisian pelayan web kedua utama yang ada, kira-kira 35% daripada pasaran. IIS
adalah berdasarkan sistem pengoperasian Windows dan serasi dengan pelbagai
pilihan utiliti dan atur cara sokongan Microsoft. Ada juga sekurang-kurangnya
100 pembekal kecil perisian pelayan web yang lain, kebanyakannya berdasarkan
kepada sistem pengoperasian Unix atau Sun Solaris.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG

Perhatikan bahawa pemilihan pelayan web sebenarnya mempunyai kesan yang


sedikit kepada pengguna sistem anda. Halaman yang dilihat tidak banyak
perbezaan dalam mana-mana pembangunan persekitaran. Ada banyak kelebihan
alat pembangunan suit Microsoft; ia bersepadu, berkuasa dan mudah untuk
digunakan. Manakala sistem pengoperasian Unix, sangat dipercayai dan stabil.
Ada komuniti perisian terbuka yang membangun dan menguji perisian pelayan
web berasaskan Unix.

Fungsi asas yang disediakan oleh semua pelayan web ditunjukkan dalam
Rajah 5.2:

Rajah 5.2: Fungsi asas yang disediakan oleh semua pelayan web

(a) Pemprosesan Permintaan HTTP


Pemprosesan ini menerima dan memberi tindak balas kepada permintaan
pelanggan untuk halaman HTML.

(b) Perkhidmatan Keselamatan (Lapisan Soket Selamat)


Perkhidmatan ini mengesahkan nama pengguna dan kata laluan.

(c) Protokol Pemindahan Fail


Protokol ini membenarkan pemindahan fail yang sangat besar dari pelayan
ke pelayan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG  163

(d) Enjin Carian


Enjin carian mengindeks kandungan laman web melalui keupayaan carian
kata kunci.

(e) Penangkapan Data


Fail log data terdiri daripada maklumat semua kunjungan, masa, tempoh
dan sumber rujukan.

(f) E-mel
E-mel memungkinkan untuk menghantar, menerima dan menyimpan mesej
e-mel.

(g) Alatan Pengurusan Halaman Web


Alat ini mengira dan memaparkan statistik utama laman, seperti pelawat
unik, permintaan halaman dan asal usul permintaan; memeriksa pautan di
halaman.

Mari kita lihat pelbagai jenis alat yang digunakan dalam pengurusan web
pelayan:

(a) Alatan Pengurusan Halaman


Alatan pengurusan halaman adalah penting jika anda mahu memastikan
laman web anda berfungsi dan jika anda mahu memahami bagaimana ia
berfungsi dengan baik. Alatan pengurusan laman mengesahkan bahawa
pautan di halaman masih sah dan juga mengenal pasti fail yatim atau fail di
laman web yang tidak dipaut dengan mana-mana halaman. Dengan
membuat tinjauan pautan di laman web, alat pengurusan laman dengan
cepat dapat melaporkan potensi masalah dan ralat yang pengguna mungkin
hadapi.

Pautan ke URL yang telah dipindahkan atau dipadamkan dipanggil


sebagai pautan mati dan ini boleh menyebabkan ralat kepada mesej untuk
pengguna cuba mengakses pautan itu. Sering memeriksa semua pautan di
laman web beroperasi dapat membantu mencegah pengguna jengkel yang
boleh membawa perniagaan mereka ke laman web lain yang berfungsi
dengan lebih baik.

Tambahan perisian dan perkhidmatan pengurusan laman, seperti yang


disediakan oleh Webtrends.com boleh dibeli untuk memantau pembelian
pelanggan dengan lebih berkesan dan keberkesanan kempen pemasaran
serta menyimpan jejak bilangan hit (hit counts) dan maklumat kunjungan
halaman.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG

(b) Alatan Generasi Halaman Dinamik


Salah satu inovasi yang paling penting dalam operasi laman web telah
menjadi pembangunan kepada alatan generasi halaman dinamik.
Kandungan laman web e-dagang yang berjaya sentiasa berubah, selalunya
hari demi hari. Ada produk dan promosi baru, perubahan harga, acara
baru dan cerita pengguna yang berjaya.

Laman d-dagang secara intensif perlu berinteraksi dengan pengguna


yang bukan sahaja membuat permintaan halaman tetapi juga membuat
permintaan produk, harga, ketersediaan dan maklumat inventori. Salah
satu laman web yang paling dinamik adalah eBay.com yang kandungannya
akan berubah minit demi minit. Laman web e-dagang adalah dinamik,
seperti pasaran sebenar.

Sifat dinamik dan kompleks laman e-dagang memerlukan beberapa


aplikasi perisian khusus sebagai tambahan kepada laman statik HTML,
seperti perisian generasi halaman dinamik. Dengan generasi halaman
dinamik, kandungan laman web disimpan sebagai objek dalam pangkalan
data dan bukannya berkod keras dalam HTML.

Apabila pengguna meminta laman web, kandungan bagi laman yang


diminta kemudian dihantar dari pangkalan data. Objek yang diambil dari
pangkalan data menggunakan Antara Muka Get Laluan Sepunya (CGI ă
Common Gateway Interface), Halaman Pelayan Aktif (ASP ă Active Server
Pages), Halaman Pelayan Java (JSP ă Java Server Pages) atau lain-lain atur
cara pelayan sampingan. Teknik ini adalah lebih efisien daripada bekerja
sepenuhnya di dalam kod HTML. Ia adalah lebih mudah untuk menukar
kandungan pangkalan data daripada menukar pengekodan halaman
HTML.

Kaedah capaian data standard dikenali sebagai Keterkaitan Pangkalan Data


Terbuka (ODBC ă Open Database Connectivity) membolehkan untuk
mengakses sebarang data dari mana-mana aplikasi, tidak kira di mana
pangkalan data digunakan. ODBC disokong oleh kebanyakan pembekal
pangkalan data yang besar seperti Oracle, Sybase dan IBM. ODBC
membolehkan halaman HTML dipaut dengan bahagian belakang pangkalan
data korporat, tidak kira siapa yang menghasilkan pangkalan data.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG  165

Laman web mesti berupaya untuk menarik maklumat dari, dan menambah
maklumat kepada pangkalan data ini. Sebagai contoh, apabila pelanggan
mengklik pada gambar kamera digital, laman web ini boleh mengakses
pangkalan data katalog produk yang disimpan di dalam pangkalan data
DB2, dan akses pangkalan data inventori yang disimpan dalam pangkalan
data Oracle untuk mengesahkan bahawa kamera masih berada dalam stok
dan melaporkan harga semasa.

Generasi halaman dinamik memberikan e-dagang beberapa keupayaan


penting yang menjana kos dan kelebihan keuntungan berbanding
perdagangan tradisional. Generasi halaman dinamik merendahkan kos
menu (rujuk yang berikut.

Kos menu adalah kos yang dikenakan oleh peniaga untuk mengubah
deskripsi dan harga produk.

Generasi halaman dinamik juga membenarkan pensegmenan pasaran


dalam talian yang mudah dan berkeupayaan untuk menjual produk yang
sama kepada pasaran yang berlainan. Keupayaan yang sama ini
memungkinkan hampir tiada kos diskriminasi harga yang merupakan
keupayaan untuk menjual produk yang sama kepada pelanggan yang
berbeza pada harga yang berbeza.

Contohnya, anda mungkin mahu untuk menjual produk yang sama kepada
syarikat perbadanan dan agensi kerajaan tetapi menggunakan tema
pemasaran yang berbeza. Berdasarkan kuki (cookie) yang anda letakkan di
atas fail pelanggan atau sebagai jawapan kepada soalan di laman web anda
yang meminta mereka nyatakan jika mereka daripada agensi kerajaan atau
syarikat, anda akan boleh menggunakan pemasaran dan bahan promosi
yang berbeza untuk pelanggan korporat dan pelanggan kerajaan. Anda
mungkin mahu memberi ganjaran kepada pelanggan setia dengan harga
yang lebih rendah dan caj harga penuh kepada pembeli kali pertama.

Ringkasnya, generasi halaman dinamik membolehkan anda untuk


mendekati pelanggan berbeza dengan mesej dan harga yang berbeza.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG

5.2.3 Pelayan Aplikasi


Adakah anda tahu apa yang dimaksudkan dengan istilah pelayan aplikasi?
Rujuk yang berikut untuk mengetahui maksudnya.

Pelayan aplikasi web adalah atur cara perisian yang menyediakan fungsi
perniagaan khusus yang diperlukan untuk laman web. Idea asas pelayan
aplikasi adalah untuk mengasingkan aplikasi perniagaan daripada
memaparkan butiran laman web kepada pengguna di bahagian depan dan
butiran yang menghubungkan pangkalan data di bahagian belakang. Pelayan
aplikasi adalah sejenis perisian pertengahan yang melekatkan sambungan
sistem korporat tradisional kepada pelanggan dan juga menyediakan semua
fungsi yang diperlukan untuk menjalankan e-dagang.

Pada tahun awal, beberapa syarikat perisian membangunkan beberapa atur cara
cara khusus berasingan bagi setiap fungsi tetapi semakin banyak atur cara
khusus ini diganti dengan alat perisian bersepadu yang menggabungkan semua
fungsi yang diperlukan untuk laman e-dagang ke dalam satu pembangunan
persekitaran, melalui pendekatan pakej perisian.

Beberapa jenis pelayan aplikasi yang ada di pasaran ditunjukkan dalam Rajah 5.3.

Rajah 5.3: Jenis pelayan aplikasi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG  167

(a) Paparan katalog menyediakan pangkalan data untuk deskripsi dan harga
produk;

(b) Pemprosesan urus niaga penerimaan pesanan dan menjelaskan pembayaran;

(c) Pelayan proksi memantau dan mengawal akses kepada pelayan web
utama; mengimplementasikan alat perlindungan tembok api;

(d) Pelayan mel menguruskan e-mel Internet;

(e) Pelayan pangkalan data menyimpan maklumat pelanggan, produk dan


harga; dan

(f) Pelayan lelongan menyediakan persekitaran urus niaga untuk


mengendalikan lelongan dalam talian.

Ada beberapa ribu pembekal perisian yang menyediakan pelayan aplikasi


perisian. Untuk persekitaran Linux dan Unix, banyak keupayaan ini boleh
didapati secara percuma di Internet dari pelbagai laman web. Kebanyakan
perniagaan berhadapan dengan pilihan tatasusunan yang membingungkan,
untuk memilih menggunakan alat perisian bersepadu yang disebut perisian
pelayan peniaga.

5.2.4 Fungsi Perisian Pelayan Peniaga E-dagang


Perisian pelayan peniaga e-dagang menyediakan fungsi asas yang diperlukan
untuk jualan dalam talian, termasuk katalog dalam talian (rujuk Rajah 5.4),
pengambilan pesanan melalui troli membeli-belah dalam talian dan pemprosesan
kad kredit dalam talian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG

Rajah 5.4: Katalog dalam talian


Sumber: http://www.onlinecatalogs.com/

Mari kita lihat Rajah 5.5 yang menunjukkan tiga fungsi perisian pelayan peniaga
e-dagang.

Rajah 5.5: Fungsi perisian pelayan peniaga E-dagang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG  169

Ketiga-tiga fungsi perisian pelayan peniaga e-dagang dijelaskan secara terperinci


dalam Jadual 5.1.

Jadual 5.1: Fungsi Perisian Pelayan Peniaga E-dagang

Fungsi Deskripsi
Katalog dalam Syarikat yang mahu menjual produk di laman web mesti mempunyai
talian katalog dalam talian yang menyenaraikan semua produk yang
terdapat di laman webnya. Perisian pelayan peniaga biasanya
mengandungi keupayaan pangkalan data yang membolehkan
pembinaan katalog yang disesuaikan dalam talian. Kerumitan dan
kecanggihan katalog akan berbeza bergantung kepada saiz syarikat
dan barisan produknya.
Syarikat kecil atau syarikat dengan barisan produk yang kecil boleh
memaparkan senarai ringkas dengan deskripsi teks dan mungkin
gambar berwarna. Laman yang lebih besar boleh memutuskan untuk
menambah bunyi, animasi, atau video (berguna untuk demonstrasi
produk) ke dalam katalog atau interaktif, seperti wakil perkhidmatan
pelanggan yang boleh didapati melalui mesej segera (IM ă instant
messaging) untuk menjawab soalan
Troli membeli- Troli membeli-belah dalam talian adalah sama seperti kegunaan
belah di dunia sebenar; kedua-duanya membolehkan pembeli untuk
mengasingkan pembelian yang diingini ketika persediaan untuk
mendaftar keluar. Perbezaannya ialah kepelbagaian dalam talian
adalah sebahagian daripada atur cara perisian pelayan peniaga
terletak di dalam pelayan web. Data troli membeli-belah disimpan
secara automatik oleh perisian pelayan peniaga.
Troli membeli-belah dalam talian membolehkan pengguna untuk
melakukan perkara berikut:
(a) Memilih barangan;
(b) Mengkaji semula apa yang mereka telah dipilih;
(c) Mengubah pilihan mereka jika perlu; dan
(d) Membuat pembelian dengan hanya mengklik butang.
Pemprosesan Troli membeli-belah laman biasanya beroperasi bersama dengan
kad kredit perisian pemprosesan kad kredit yang mengesahkan kad kredit
pembeli. Kemudian meletakkan debit ke dalam kad dan kredit
kepada akaun syarikat semasa mendaftar keluar. Suit perisian
e-dagang bersepadu biasanya membekalkan perisian untuk fungsi
ini. Jika tidak, anda perlu membuat urusan dengan pelbagai bank
memproses kad kredit dan perantara

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG

Mari kita lihat definisi yang diperuntukkan bagi istilah „pakej perisian pelayan
peniaga‰.

Pakej perisian pelayan peniaga yang merupakan suit pelayan e-dagang


adalah persekitaran bersepadu yang menyediakan sebahagian besar fungsi
dan keupayaan yang diperlukan untuk membangunkan laman berpusat
pelanggan yang canggih.

Suit pelayan e-dagang adalah mudah, lebih cepat dan lebih kos efektif berbanding
koleksi aplikasi perisian berbeza. Secara umumnya, ada tiga jenis suit e-dagang
berdasarkan harga dan fungsi, dan ia adalah:

(a) Suit Asas


Suit ini digunakan untuk asas aplikasi perniagaan e-dagang dan disediakan
oleh Bizland, Hypermart dan Yahoo! Merchant Solution.

(b) Suit Julat Tengah


Suit ini disediakan oleh IBM Websphere Commerce Express Edition dan
Microsoft Commerce Server.

(c) Suit Perusahaan Mewah


Suit-suit ini disediakan oleh IBM Websphere Commerce Professional dan
Enterprise Edition serta Broad Vision Commerce.

Anda boleh melawat laman web ini untuk mendapatkan maklumat lanjut
mengenai perisian pelayan:

(a) Perisian troli membeli-belah ă http//www.make-a-store.com/

(b) Perisian pelayan web ă http://www.apache.org

(c) Perisian aplikasi pelayan ă http://wwws.sun.com/software/

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG  171

AKTIVITI 5.4

1. Terangkan bagaimana mempromosikan produk di web adalah


berbeza daripada menggunakan promosi media massa atau
panggilan peribadi.

2. Bayangkan bahawa anda mahu mencipta laman web e-dagang,


apa yang perlu anda ambil kira dari segi elemen yang berikut:

(i) Pelayan web; dan

(ii) Perisian pelayan peniaga.

LATIHAN 5.2
1. Apakah perbezaan utama antara seni bina laman web satu aras
dan pelbagai aras?

2. Namakan lima fungsi asas yang pelayan web perlu sediakan.

Subtopik seterusnya akan membincangkan perkakasan yang anda perlukan untuk


mengendalikan permintaan perisian.

5.3 MEMILIH PERKAKASAN BAGI LAMAN


WEB E-DAGANG
Sebagai pengurus yang bertanggungjawab membina laman e-dagang, anda akan
bertanggungjawab ke atas prestasinya. Sama ada anda menghoskan laman web
anda sendiri atau menggunakan khidmat luaran dalam perkhidmatan pengehosan
dan pengendalian laman web anda, anda perlu memahami aspek platform
perkakasan pengkomputeran tertentu.

Sebelum kita pergi secara mendalam daripada titik platform perkakasan, mari
kita mengambil masa membaca definisi yang diberikan berikut mengenainya.

Platform perkakasan merujuk kepada semua asas peralatan komputer yang


digunakan sistem untuk mencapai fungsi e-dagang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG

Objektif anda adalah untuk mempunyai kapasiti platform yang mencukupi


untuk memenuhi kemuncak permintaan (mengelakkan keadaan bebanan yang
terlampau). Walau bagaimanapun, anda perlu memastikan bahawa tidak ada
begitu banyak platform yang digunakan, ini akan membazir wang. Gagal
memenuhi kemuncak permintaan bermakna laman web anda adalah perlahan
atau sebenarnya ranap. Anda perlu ingat bahawa laman web boleh menjadi satu-
satunya atau sumber utama aliran tunai anda.

Untuk menjawab soalan yang berikut, anda perlu untuk memahami pelbagai
faktor yang memberi kesan kepada kepantasan, kapasiti dan penskalaan laman
e-dagang:

(a) Berapa banyak keupayaan pengkomputeran dan telekomunikasi yang


mencukupi untuk memenuhi kemuncak permintaan?

(b) Berapa banyak hit yang boleh ditampung laman anda setiap hari?

Dalam subtopik yang berikut, anda akan melihat permintaan dan bekalan
terhadap platform perkakasan.

5.3.1 Menyesuaikan Saiz Perkakasan Platform: Dari


Segi Permintaan
Faktor yang paling penting yang mempengaruhi kelajuan laman web anda
adalah permintaan pelanggan yang dibuat di laman web. Dalam menimbangkan
permintaan, faktor yang berikut perlu diambil kira:

(a) Bilangan Pelawat Web Serentak


Secara umum, beban yang dicipta oleh pelanggan individu pada pelayan
biasanya agak terhad dan bersifat sementara. Satu sesi web yang
dimulakan oleh pengguna tidak dicatatkan, bermakna pelayan tidak perlu
mengekalkannya interaksi secara berterusan, interaksi khusus dengan
pelanggan. Sesi web biasanya bermula dengan permintaan halaman,
kemudian pelayan akan memberi maklum balas dan sesi tersebut berakhir.

Walau bagaimanapun, prestasi sistem akan berkurangan walaupun lebih


ramai pengguna memohon perkhidmatan secara serentak. Mujurlah,
degradasi (diukur sebagai „urus niaga sesaat‰ dan „kependaman‰ atau
kelewatan dalam tindak balas) berada pada tahap yang boleh diterima
dalam jangka masa yang panjang sehingga bebanan kemuncak dicapai dan
kualiti perkhidmatan tidak lagi boleh diterima.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG  173

Secara umum, pemproses pelayan web yang mantap (contohnya, dengan


Pentium III atau pemproses Xeon pada 500 MHz), hanya menyediakan
perkhidmatan laman web statik, boleh mengendalikan kira-kira 8,000
pengguna serentak. Menyediakan perkhidmatan laman web statik adalah
intensif input/output (I/O), yang bermakna ia memerlukan operasi I/O
dan bukannya kuasa pemprosesan yang tinggi. Hasilnya, prestasi laman
web dikekang terutamanya oleh had pelayan I/O dan sambungan
telekomunikasi, dan bukannya kelajuan pemproses.

Berikut kita membincangkan beberapa langkah yang boleh diambil untuk


memastikan anda berada dalam kualiti perkhidmatan yang boleh diterima.
Salah satu langkah ialah hanya membeli pelayan dengan pemproses CPU
yang laju atau pemproses CPU lebih atau pemacu cakera keras yang lebih
besar. Walau bagaimanapun, peningkatan yang terhasil tidak linear dan
pada satu ketika, kos akan menjadi tidak efektif.

(b) Profil Pengguna


Mari kita lihat definisi yang diperuntukkan bagi faktor kedua yang perlu
dipertimbangkan dari segi permintaan.

Profil pengguna merujuk kepada sifat permintaan pelanggan dan


tingkah laku pelanggan di laman anda. Sebagai contoh, berapa banyak
halaman yang diminta pelanggan dan jenis perkhidmatan yang mereka
mahu laman web sampaikan.

Kajian Intel mendapati hampir 80% daripada pengunjung ke laman web


e-dagang yang biasa hanya melayari halaman web statik. Pelayan web
boleh menjadi sangat efisien dalam menyediakan perkhidmatan laman
web statik. Walau bagaimanapun, apabila pelanggan meminta perkhidmatan
yang lebih maju seperti carian laman, pendaftaran, pengambilan pesanan
melalui troli membeli-belah atau muat turun fail multimedia audio dan
video yang besar, semua ini memerlukan lebih banyak kuasa pemprosesan,
prestasi boleh merosot dengan pantas.

(c) Sifat Kandungan Laman Web Anda


Jika laman web anda menggunakan generasi halaman dinamik, maka beban
pada pemproses meningkat secara mendadak dan prestasi akan menurun.
Generasi halaman dinamik dan perniagaan logik (seperti troli membeli-
belah) ialah operasi intensif CPU yang memerlukan kuasa pemprosesan
yang besar. Microsoft menganggarkan bahawa perisian pelayan web
beroperasi pada 200 MHz Pentium II boleh mengendalikan hanya kira-kira
400 pengguna serentak do halaman ASP dinamik (Microsoft, 1999). Sebarang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG

interaksi dengan pengguna yang memerlukan akses kepada pangkalan


data dengan mengisi borang, menambah ke dalam troli, pembelian dan
soal selidik meletakkan beban pemprosesan yang berat pada pelayan.

(d) Pautan Telekomunikasi


Faktor terakhir yang perlu dipertimbangkan ialah pautan telekomunikasi
yang laman anda miliki di web dan juga perubahan sifat sambungan
pelanggan kepada web. Bilangan hit sesaat yang boleh dikendalikan laman
web anda bergantung pada sambungan jalur lebar antara pelayan anda dan
Web. Semakin besar jalur lebar yang ada, lebih ramai pelanggan boleh
membuat hit pada laman anda dalam masa yang sama.

Sebagai contoh, jika sambungan anda kepada web ialah 150Kbps, seperti
talian DSL, bilangan maksimum pelawat sesaat untuk fail 1kilobait adalah
mungkin kira-kira 10 pelawat. Kebanyakan perniagaan menghoskan laman
web mereka pada ISP atau lain-lain pembekal secara kontrak (atau perlu)
diwajibkan untuk menyediakan jalur lebar yang mencukupi untuk laman
mereka untuk memenuhi kemuncak permintaan. Walau bagaimanapun,
tidak ada jaminan dan ISP boleh menyalahkan kesesakan web ke atas
kekangan jalur lebar mereka. Semak jalur lebar ISP anda dan prestasi laman
web anda setiap hari.

Walaupun sambungan pelayan jalur lebar kurang kekangan pada hari ini
dengan penempatan luas penyebaran kabel gentian optik, sambungan
kepada pelanggan semakin bertambah baik. Ini bermakna mereka akan
dapat membuat permintaan jauh lebih kerap dan menuntut kandungan
jauh lebih beraneka serta pengalaman daripada laman anda. Permintaan ini
akan menterjemahkan dengan cepat ke dalam kandungan dinamik dan
keperluan untuk meningkatkan kapasiti.

5.3.2 Menyesuaikan Saiz Perkakasan Platform: Dari


Segi Bekalan
Sebaik sahaja anda menganggarkan kemungkinan permintaan ke atas laman web
anda, anda perlu mengambil kira bagaimana untuk meningkatkan keupayaan
laman web anda untuk memenuhi permintaan. Mari kita lihat apa yang
dimaksudkan oleh istilah „kebolehskalaan‰.

Kebolehskalaan merujuk kepada keupayaan laman untuk meningkatkan saiz


sebagaimana dikehendaki oleh permintaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG  175

Ada tiga langkah yang boleh diambil untuk memenuhi permintaan perkhidmatan
di laman web anda:

(a) Perkakasan skala menegak;

(b) Perkakasan skala melintang; dan

(c) Meningkatkan seni bina pemprosesan laman web.

Kita akan melihat secara terperinci langkah tadi dalam perkara yang berikut.

(a) Perkakasan Skala Menegak


Penskalaan menegak merujuk kepada peningkatan kuasa pemprosesan
komponen individu. Anda boleh mengukur skala laman anda secara
menegak dengan menaik taraf pelayan daripada pemproses tunggal
kepada beberapa pemproses.

Sebagai contoh, anda boleh menukar perkakasan anda dari pemproses


tunggal Pentium III kepada dwi pemproses dengan dua Pentium III atau
pemproses Xeon. Anda boleh terus menambah sehingga 20 pemproses di
dalam mesin dan menukar kelajuan cip.

Ada dua kelemahan untuk penskalaan menegak dan ia adalah:

(i) Ia boleh menjadi mahal untuk membeli mesin baru dengan setiap
kitaran pertumbuhan; dan

(ii) Keseluruhan laman web anda bergantung kepada sebilangan kecil


mesin yang sangat berkuasa. Mari kita menganggap bahawa anda
mempunyai dua mesin dan jika satu tidak berfungsi, separuh daripada
laman web anda atau mungkin keseluruhan laman web anda
berkemungkinan tidak dapat dicapai.

(b) Perkakasan Skala Mendatar


Penskalaan mendatar merujuk kepada menggunakan beberapa buah
komputer untuk berkongsi beban kerja. Penskalaan mendatar melibatkan
penambahan berbilang pemproses pelayan tunggal kepada laman web dan
mengimbangi beban di antara pelayan-pelayan anda. Anda juga
kemudiannya boleh membuat pembahagian beban kerja supaya beberapa
pelayan hanya mengendalikan permintaan untuk HTML atau halaman
ASP, sementara yang lain secara khusus mengendalikan aplikasi pangkalan
data. Anda akan memerlukan perisian khas untuk mengimbangi beban
yang disediakan oleh pelbagai pembekal seperti Cisco, Microsoft dan IBM
untuk mengarahkan permintaan masuk ke pelbagai pelayan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG

Ada banyak kelebihan kepada penskalaan mendatar dan ia adalah:

(i) Ia adalah murah dan biasanya boleh digunakan pada komputer jenis
lama yang sebaliknya akan dilupuskan; dan

(ii) Penskalaan mendatar juga memperkenalkan pertindihan. Jika satu


mesin gagal, kemungkinan bahawa mesin lain boleh mengambil
beban secara dinamik.

Walau bagaimanapun, apabila laman web anda berkembang dari mesin


tunggal kepada mungkin 10 hingga 20 mesin, saiz kemudahan fizikal
memerlukan penambahan dan menambahkan lagi kerumitan pengurusan.

(c) Meningkatkan Seni Bina Proses Laman Web


Alternatif yang ketiga untuk memperbaiki seni bina pemprosesan
merupakan kombinasi penskalaan menegak dan mendatar, digabungkan
dengan keputusan reka bentuk berseni.

Kebanyakan langkah ini melibatkan perkara berikut:

(i) Pemisahan atau Pengasingan Beban Kerja


Memisahkan beban kerja kepada aktiviti intensif I/O (seperti memberi
perkhidmatan laman web) dan aktiviti intensif unit pemprosesan
pusat (CPU ă central processing unit) (seperti mengambil pesanan).

(ii) Pelarasan Pelayan


Sebaik sahaja anda telah memisahkan kerja ini, anda boleh
melaraskan pelayan bagi setiap jenis beban. Salah satu langkah
pelarasan halus yang murah adalah dengan hanya menambah
ingatan capaian rawak (RAM ă random access memory) untuk
beberapa pelayan dan menyimpan semua halaman HTML anda di
RAM. Ini akan mengurangkan beban pada pemacu keras anda dan
meningkatkan kelajuan dengan mendadak. RAM ialah beribu-ribu
kali lebih cepat daripada cakera keras dan ia murah.

(iii) Menggerakkan Aktiviti


Seterusnya, gerakkan aktiviti intensif CPU anda, seperti pengambilan
pesanan ke peringkat yang paling tinggi, pelbagai pelayan pemproses
yang benar-benar berdedikasi untuk mengendalikan pesanan dan
mengakses pangkalan data yang berkaitan.

Mengambil langkah-langkah ini membolehkan anda untuk


mengurangkan bilangan pelayan yang diperlukan untuk
mengendalikan perkhidmatan 10,000 pengguna serentak daripada
100 turun ke 20, mengikut satu anggaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG  177

5.4 LAIN-LAIN ALATAN LAMAN E-DAGANG


Sekarang, anda sudah memahami faktor utama yang memberi kesan kepada
kelajuan, keupayaan dan kebolehskalaan laman web anda; kita akan lihat
beberapa keperluan penting lain yang diperlukan untuk laman web anda.

Pertama sekali, mari kita lihat elemen yang menghasilkan laman web e-dagang
yang teruk:

(a) Menjadikan ia sukar untuk mencari maklumat tentang produk;

(b) Merumitkan proses untuk membuat pembelian;

(c) Mempunyai halaman yang hilang dan pautan yang rosak;

(d) Mempunyai struktur navigasi yang mengelirukan; dan

(e) Mempunyai grafik yang menjengkelkan atau bunyi yang anda tidak boleh
matikan.

Dalam usaha untuk mewujudkan reka bentuk laman web e-dagang yang berjaya,
seperti mana elemen yang tidak dinyatakan sebelum ini, faktor penting yang
berikut perlu diberi pertimbangan (rujuk Rajah 5.6):

Rajah 5.6: Faktor kejayaan dalam reka bentuk laman e-dagang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG

(a) Fungsi
Fungsi halaman yang beroperasi adalah, memaparkan dengan cepat dan
membawa pelanggan kepada tawaran produk anda.

(b) Bermaklumat
Pautan bermaklumat yang pelanggan boleh mencari untuk mengetahui
lebih lanjut mengenai anda dan produk anda.

(c) Kemudahan Penggunaan


Kemudahan penggunaan melalui navigasi mudah tanpa kesilapan.

(d) Pertindihan Navigasi


Pertindihan navigasi menggantikan navigasi ke kandungan yang sama.

(e) Kemudahan Pembelian


Kemudahan pembelian dengan satu atau dua klik untuk proses pembelian.

(f) Fungsi Pelbagai Pelayar


Fungsi pelbagai pelayar laman web boleh beroperasi dengan kebanyakan
pelayar yang popular.

(g) Grafik Ringkas


Grafik ringkas mengelakkan gangguan, grafik dan bunyi yang menjijikkan
dan tidak boleh dikawal pengguna.

(h) Teks Mudah Dibaca


Teks mudah dibaca mengelakkan latar belakang yang mengherotkan teks
atau membuat ia tidak dapat dibaca.

Mari kita tumpukan perhatian terhadap peralatan yang digunakan dalam


e-dagang dan ia dibahagikan kepada berikut:

(a) Alatan untuk interaktiviti dan kandungan aktif; dan

(b) Alatan pemperibadian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG  179

Mari kita lihat penjelasan dan contoh yang diberikan untuk setiap alat.

(a) Alatan untuk Interaktiviti dan Kandungan Aktif


Interaksi yang mudah seperti pelanggan mengemukakan nama, bersama-
sama dengan interaksi yang lebih kompleks yang melibatkan kad kredit,
keutamaan pengguna dan tindak balas pengguna kepada prom,
kesemuanya memerlukan atur cara yang khas. Berikut adalah huraian
ringkas beberapa alat perisian yang biasa digunakan untuk mencapai
tahap tertinggi interaktiviti web:

(i) Reka Bentuk Elemen Web 2.0


Web 2.0 menggabungkan keupayaan dua atau lebih aplikasi dalam
reka bentuk laman web seperti:

 Widget
Widget juga dikenali sebagai alat (gadjet), pemalam (plug-in) atau
coretan (snippet) adalah kecil, sebahagian daripada kod prabina
yang dilaksanakan secara automatik dalam halaman web HTML.
Kebanyakannya percuma dan boleh dimuat turun di laman web
seperti Google Gadget dan Yahoo Widget. Berjuta-juta rangkaian
sosial dan halaman blog menggunakan widget untuk
mempersembahkan kepada pengguna dengan kandungan yang
disediakan untuk web.

 Mash-up
Satu lagi aplikasi Web 2.0 adalah Mash-up yang melibatkan
penarikan fungsi dan data dari satu atur cara dan memasukkannya
ke dalam atur cara yang lain. Sebagai contoh, penggunaan data
Google Map dan menggabungkannya dengan data yang lain. Jika
anda sedang menggunakan laman web rumah tamu yang murah,
anda boleh memuat turun Google Map ke laman web anda supaya
pelanggan dapat mengalami perasaan kejiranan. Tujuan aplikasi
ini adalah untuk meningkatkan interaktiviti dengan pengguna
laman anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG

(ii) Antara Muka Get Laluan Sepunya (CGI)


CGI ialah set standard untuk komunikasi antara pelayar dan atur
cara yang berjalan pada pelayan dan membolehkan interaksi antara
pengguna dan pelayan. CGI membenarkan atur cara boleh laku
mengakses segala maklumat termasuk permintaan masuk daripada
pelanggan.

Atur cara ini boleh menjana semua output yang diperlukan untuk
membuat halaman yang akan dikembalikan (HTML, kod skrip, teks
dan lain-lain) dan menghantar kembali kepada pelanggan melalui
pelayan web. Atur cara CGI boleh ditulis dalam hampir semua
bahasa pengaturcaraan selagi mereka menepati standard CGI. Secara
umumnya, atur cara CGI digunakan dengan pelayan Unix.

Contohnya, jika pengguna mengklik pada butang „Paparkan


Kandungan Troli Membeli-belah Saya‰ (Display the Contents of My
Shopping Cart), pelayan menerima permintaan ini dan lakukan atur
cara CGI. Atur cara CGI mendapatkan semula kandungan troli
membeli-belah dari pangkalan data dan mengembalikannya kepada
pelayan. Pelayan menghantar halaman HTML yang memaparkan
kandungan troli membeli-belah pada skrin pengguna.

(iii) Halaman Pelayan Aktif (ASP)


ASP merupakan pengaturcaraan di sebelah pelayan versi Microsoft
untuk Windows. ASP membolehkan pembangun dengan mudah
membuat dan membuka rekod dari pangkalan data dan melaksanakan
atur cara dalam halaman HTML dan juga mengendalikan semua
pelbagai bentuk interaktiviti yang didapati di laman web eădagang.
Seperti CGI, ASP membolehkan interaksi berlaku antara pelayar dan
pelayan.

(iv) Java, Halaman Pelayan Java (JSP) dan JavaScript


Mari kita lihat ketiga-tiga komponen secara berasingan untuk
mendapatkan konsep yang lebih jelas :

 Java
Java merupakan bahasa pengaturcaraan yang membolehkan
pengatur cara untuk mencipta interaktiviti dan kandungan aktif
pada mesin pelanggan, maka menjimatkan bebanan besar pada
pelayan. Atur cara Java (dikenali sebagai Java aplet) boleh
dimuat turun kepada pelanggan melalui web dan dilaksanakan
sepenuhnya kepada komputer pelanggan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG  181

Apabila pelayar mengakses halaman dengan aplet, permintaan


dihantar kepada pelayan untuk memuat turun dan melaksanakan
atur cara dan memperuntukkan ruang halaman untuk
memaparkan hasil atur cara. Java boleh digunakan untuk
memaparkan grafik yang menarik, mewujudkan persekitaran
interaktif dan secara terus mengakses pelayan web.

 Halaman Pelayan Java


Halaman Pelayan Java (JSP), seperti CGI dan ASP merupakan
pengekodan halaman web standard yang membolehkan
pembangun menggunakan gabungan HTML, skrip JSP dan Java
secara dinamik dengan menjana halaman web dalam memberi
tindak balas kepada permintaan pengguna. JSP menggunakan
Java „servlet‰, atur cara Java kecil yang ditentukan di dalam
laman web dan dijalankan pada pelayan web adalah untuk
mengubah suai halaman web sebelum dihantar kepada pengguna
yang memintanya. JSP disokong oleh kebanyakan pelayan
aplikasi popular di pasaran pada hari ini.

 JavaScript
JavaScript adalah bahasa pengaturcaraan yang dicipta oleh
Netscape yang digunakan untuk mengawal objek pada laman
HTML dan mengendalikan interaksi dengan pelayar. Ia adalah
yang paling biasa digunakan untuk mengendalikan semakan dan
pengesahan input pengguna, dan juga untuk melaksanakan logik
perniagaan.

Sebagai contoh, JavaScript boleh digunakan pada borang pendaftaran


pelanggan untuk mengesahkan nombor telefon, poskod atau
alamat e-mel yang telah diberikan adalah sah. Sebelum seseorang
selesai mengisi borang, alamat e-mel yang diberikan boleh diuji
kesahihannya.

(v) ActiveX dan VBScript


Microsoft mencipta bahasa pengaturcaraan ActiveX untuk bersaing
dengan Java dan VBScript bersaing dengan JavaScript. Apabila
pelayar menerima laman HTML dengan kawalan ActiveX, pelayar
hanya melaksanakan atur cara ini. Tidak seperti Java, ActiveX
mempunyai akses penuh kepada semua sumber pelanggan, pencetak,
rangkaian dan pemacu keras. VBScript melakukan dengan cara yang
sama seperti JavaScript. Sudah tentu, ActiveX dan VBScript berfungsi
hanya jika anda menggunakan Internet Explorer. Jika tidak, bahagian
skrin adalah kosong.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG

(b) Alatan Pemperibadian


Dua elemen e-dagang yang berpotensi boleh membuat ia hampir berkuasa
sebagai tempat pasaran tradisional dan mungkin lebih kuat daripada mel
langsung atau pusat membeli-belah pinggir bandar yang besar adalah
pemperibadian dan penyesuaian.

Mari kita lihat definisi yang diberikan bagi kedua-dua elemen yang
dinyatakan di atas.

Pemperibadian adalah keupayaan untuk melayan pengguna berdasarkan


kualiti peribadi dan sejarah terdahulu mereka dengan laman web anda.

Penyesuaian ialah keupayaan untuk menukar produk yang bersesuaian


mengikut keperluan pelanggan.

Ada beberapa kaedah untuk mencapai pemperibadian dan penyesuaian.


Kaedah utama melalui penempatan kuki (rujuk di bawah) fail pada mesin
pelanggan pengguna.

Kuki adalah teks kecil yang diletakkan pada mesin pelanggan pengguna
yang boleh mengandungi sebarang maklumat tentang pelanggan,
seperti ID pelanggan, ID promosi atau pembelian di laman web.

Sejarah pelanggan boleh diakses dari pangkalan data apabila pengguna kembali
ke laman web tersebut atau pergi lebih mendalam ke dalam laman web.
Maklumat yang dikumpulkan pada lawatan sebelumnya kemudiannya boleh
digunakan untuk memperibadikan lawatan dan menyesuaikan produk. Sebagai
contoh, apabila pengguna kembali ke laman web, anda boleh membaca kuki
untuk mencari ID pelanggan dengan melihat ID dalam pangkalan data nama dan
menyambut kedatangan pelanggan, seperti „Hello Mary! Gembira melihat anda
kembali.‰

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG  183

Anda boleh melawat laman web berikut untuk mendapatkan lebih banyak
maklumat mengenai perkakasan dan pelbagai alat untuk laman web e-dagang:

(a) Perkakasan komputer:

www.tamingthebeast.net/training/ittraining.htm

(b) Utiliti Desktop dan Pentadbir web Skrip CGI:

(i) http://www.applytools.com

(ii) http://webdeveloper.com/

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Nyatakan perbezaan utama antara komputer meja peribadi dan


komputer yang sesuai sebagai pelayan web untuk laman web
yang kecil.

2. Apakah alat-alat tambahan yang digunakan untuk meningkatkan


prestasi laman web?

LATIHAN 5.3

1. Takrifkan kebolehskalaan.

2. Terangkan pelbagai kaedah penskalaan.

3. Apakah lapan faktor yang paling penting dalam reka bentuk


laman web?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG

 Faktor yang perlu dipertimbangkan apabila membina laman e-dagang


adalah:

 Seni bina perkakasan;

 Perisian;

 Kapasiti telekomunikasi;

 Reka bentuk laman web;

 Sumber manusia; dan

 Keutamaan pelanggan.

 Langkah-langkah dalam Kitaran Hayat Pembangunan Sistem (SDLC)


adalah:

 Analisis sistem;

 Reka bentuk sistem;

 Pembangunan sistem;

 Pengujian; dan

 Pelaksanaan dan penyelenggaraan.

 Ada banyak isu yang terlibat dalam pembangunan laman web e-dagang
dari segi elemen yang berikut: perisian dan perkakasan laman web.

 Ada pelbagai alatan tambahan yang boleh meningkatkan prestasi laman


web seperti Antara Muka Get Laluan Sepunya, Halaman Pelayan Aktif,
Java, JavaScript dan ActiveX.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN LAMAN WEB WAYARLES E-DAGANG  185

ActiveX Pelayan aplikasi web


Alat halaman dinamik Pemperibadian
Alat pengurusan laman Penanda aras
Antara muka get laluan sepunya Penskalaan mendatar
Halaman Pelayan Aktif Penskalaan menegak
Halaman Pelayan Java Penyesuaian
Java Perisian pelayan peniaga
JavaScript Platform perkakasan
Khidmat luaran Seni bina laman web
Kitar hayat pembangunan sistem Seni bina pelbagai aras
Mash-up Widget

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Keselamatan
6 E-dagang

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan dimensi keselamatan e-dagang;
2. Mengenal pasti ancaman keselamatan dalam persekitaran e-dagang;
3. Mengkaji bagaimana teknologi melindungi keselamatan mesej
yang dihantar melalui Internet;
4. Membincangkan alatan yang digunakan untuk mewujudkan
saluran komunikasi Internet yang selamat; dan
5. Menilai alatan yang digunakan untuk melindungi rangkaian,
pelayan dan pelanggan.

 PENGENALAN
Menjalankan perniagaan di laman web adalah lebih berisiko daripada
menjalankan perniagaan dengan pelanggan tempatan. Kecurian kad kredit, caj
yang dipertikaikan, destinasi penghantaran luar pesisiran, kuasa daripada
syarikat kad kredit untuk memaksa peniaga membayar apabila penipuan
berlaku dan kekurangan undang-undang antarabangsa yang mengawal
e-dagang global. Masalah ini adalah hanya sebahagian daripada masalah
keselamatan e-dagang yang peniaga perlu ambil perhatian.

Bagi pengguna, risiko dalam e-dagang adalah sama seperti dalam perdagangan
biasa. Walaupun terdapat kehilangan besar maklumat kad kredit yang
melibatkan peratusan kecil daripada syarikat disebabkan oleh pelbagai undang-
undang, secara keseluruhan pengguna terasing daripada kesan kecurian kad
kredit dan maklumat kad kredit.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  187

Dalam topik ini, kita akan mengkaji isu keselamatan e-dagang, mengenal pasti
risiko utama dan menghuraikan pelbagai penyelesaian yang ada pada masa ini.

6.1 KESELAMATAN E-DAGANG


Adakah anda pernah berada dalam situasi yang anda mahu membeli produk
dari Internet tetapi anda tidak berasa selamat? Mengapakah?

Bagi kebanyakan rakyat yang mematuhi undang-undang, Internet menjanjikan


ruang pasaran global, menyediakan akses kepada orang ramai dan perniagaan
di seluruh dunia. Bagi penjenayah, Internet telah mencipta cara baru dan
menguntungkan untuk mencuri dari lebih daripada satu bilion orang pengguna
Internet di dunia. Daripada produk dan perkhidmatan kepada wang tunai serta
juga maklumat, semuanya boleh diambil dari Internet.

Ia juga kurang berisiko untuk mencuri dalam talian. Potensi untuk tidak mahu
namanya disiarkan di Internet merupakan tipu muslihat kebanyakan penjenayah
dengan mencari identiti yang membolehkan mereka untuk membuat penipuan
pesanan dengan peniaga dalam talian, mencuri maklumat dengan memintas
e-mel atau untuk menutup tapak e-dagang dengan menggunakan perisian virus.
Akhirnya, tindakan penjenayah siber sedemikian menambahkan kos kepada
perniagaan dan pengguna yang kemudian mempengaruhi kenaikan harga yang
lebih tinggi dan tambahan langkah-langkah keselamatan.

6.1.1 Skop Jenayah E-dagang


Ia adalah sukar untuk menganggarkan jumlah sebenar jenayah e-dagang daripada
pelbagai sebab. Dalam banyak keadaan, jenayah e-dagang tidak dilaporkan kerana
syarikat takut kehilangan kepercayaan daripada pelanggan yang sah. Walaupun
jenayah dilaporkan, ia mungkin sukar untuk memastikan jumlah kerugian yang
ditanggung.

Contohnya, kajian baru-baru ini yang dijalankan oleh Jenayah Komputer dan
Kajian Keselamatan pada tahun 2007 berdasarkan maklum balas daripada
500 pengamal keselamatan dalam syarikat Amerika, agensi kerajaan, institusi
kewangan, institusi perubatan dan universiti melaporkan bahawa 46% daripada
maklum balas organisasi mengalami insiden keselamatan komputer dalam
tempoh 12 bulan yang lepas dan menanggung kerugian sebanyak USD67 juta.
Penyalahgunaan orang dalam dan virus merupakan serangan yang paling biasa
terhadap sistem komputer.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

Tidak semua jenayah siber bermotifkan wang. Dalam beberapa kes, penjenayah
tersebut hanya bertujuan untuk mencacatkan, merosakkan dan/atau mengganggu
laman web dan bukannya benar-benar mencuri barang atau perkhidmatan. Kos
serangan seperti ini bukan sahaja melibatkan masa dan usaha untuk membuat
pembaikan ke atas laman web tetapi juga merosakkan reputasi dan imej halaman
serta kerugian pendapatan hasil daripada serangan sebegitu.

Walaupun saiz keseluruhan jenayah siber mungkin tidak jelas, jenayah siber
terhadap tapak e-dagang merupakan kesalahan serius, dinamik dan berubah
setiap masa. Oleh itu, pengurus laman e-dagang perlu sentiasa bersedia terhadap
pelbagai perubahan serangan jenayah dan juga sentiasa memastikan mempunyai
penyelesaian keselamatan terkini.

6.1.2 Apakah Keselamatan E-dagang yang Baik?


Apakah urus niaga perdagangan yang selamat? Setiap kali anda masuk ke dalam
ruang pasaran, anda mengambil risiko, termasuk kehilangan privasi (maklumat
tentang pembelian anda). Risiko utama sebagai pengguna ialah anda tidak
mendapat apa yang anda bayar. Malah, anda mungkin membayar dan tidak
mendapat apa-apa! Lebih buruk lagi, seseorang mencuri wang anda semasa anda
berada dalam pasaran! Sebagai peniaga di pasaran, risiko anda pula ialah anda
tidak mendapat bayaran terhadap barangan yang anda jual. Pencuri mengambil
barangan dan kemudian sama ada keluar tanpa membuat sebarang bayaran,
atau membayar anda dengan instrumen palsu, kredit kad yang dicuri atau mata
wang palsu.

Peniaga e-dagang dan pengguna menghadapi banyak risiko yang sama


seperti mereka yang berada dalam perdagangan tradisional, walaupun dalam
persekitaran digital yang baru. Kecurian tetap kecurian, tanpa mengira sama ada
ia kecurian digital atau kecurian tradisional. Pecah masuk, penyelewengan,
pencerobohan, kemusnahan yang berniat jahat dan vandalisme, semua jenayah
ini dalam persekitaran komersial tradisional, turut wujud dalam e-dagang.

Walau bagaimanapun, mengurangkan risiko dalam e-dagang ialah proses yang


kompleks yang melibatkan teknologi baru, polisi dan prosedur organisasi serta
undang-undang dan standard industri baru yang memberi kuasa kepada
pegawai penguat kuasa undang-undang untuk menyiasat dan mendakwa pesalah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  189

Untuk mencapai tahap keselamatan setinggi yang mungkin, teknologi baru


boleh didapati dan harus digunakan. Namun, teknologi ini dengan sendirinya
tidak menyelesaikan masalah. Dasar dan prosedur organisasi dikehendaki bagi
memastikan teknologi tidak disubversifkan. Akhir sekali, standard industri dan
undang-undang kerajaan dikehendaki untuk menguatkuasakan mekanisme
pembayaran dan juga untuk menyiasat serta mendakwa pelanggar undang-
undang yang bertujuan untuk melindungi pemindahan harta dalam urus niaga
perdagangan.

Kesimpulannya, keselamatan e-dagang yang baik memerlukan set undang-


undang, prosedur, dasar dan teknologi yang melindungi individu dan organisasi
daripada pelanggaran keselamatan yang tidak dijangka dalam pasaran e-dagang.

6.1.3 Dimensi Keselamatan E-dagang


Ada enam dimensi utama keselamatan e-dagang seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 6.1.

Rajah 6.1: Dimensi keselamatan e-dagang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

Jadual 6.1 memberikan definisi bagi setiap dimensi keselamatan e-dagang. Ia


juga meringkaskan perspektif pelanggan dan peniaga dalam dimensi berbeza
dalam keselamatan e-dagang.

Jadual 6.1: Perbezaan Dimensi Keselamatan E-dagang dari Perspektif Pelanggan dan
Peniaga

Perspektif
Dimensi Definisi Perspektif Peniaga
Pelanggan
Integriti Integriti merujuk kepada Adakah maklumat Adakah data pada
keupayaan untuk yang saya hantar laman web ini telah
memastikan bahawa atau terima telah diubah tanpa
maklumat yang diubah? kebenaran? Adakah
dipaparkan di laman data yang diterima
web, atau dihantar atau daripada pelanggan
diterima melalui Internet, adalah sah?
tidak diubah dalam apa-
apa cara oleh pihak yang
tidak dibenarkan
Tidak Tidak disangkal merujuk Adakah pihak yang Bolehkah pelanggan
disangkal kepada keupayaan untuk berurus niaga menafikan pesanan
memastikan bahawa dengan saya boleh produk?
peserta e-dagang tidak menafikan
menafikan atau menolak tindakannya
tindakan mereka dalam kemudian?
talian
Kesahihan Kesahihan merujuk Dengan siapakah Apakah identiti
kepada keupayaan untuk saya berurusan? sebenar pelanggan?
mengenal pasti identiti Bagaimanakah saya
seseorang atau entiti boleh yakin bahawa
dengan siapa anda orang atau entiti
berurusan di Internet ialah mereka yang
mendakwa diri
mereka pihak yang
sepatutnya?
Kerahsiaan Kerahsiaan merujuk Bolehkah seseorang Bolehkah mesej
kepada keupayaan untuk selain daripada atau data sulit
memastikan bahawa penerima yang diakses oleh sesiapa
mesej dan data yang dimaksudkan sahaja selain
tersedia hanya untuk membaca mesej daripada yang
orang yang diberi kuasa saya? diberi kuasa untuk
untuk melihatnya melihatnya?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  191

Privasi Privasi merujuk kepada Bolehkah saya Apakah kegunaan,


keupayaan untuk mengawal jika ada, maklumat
mengawal penggunaan penggunaan peribadi yang
maklumat yang maklumat diperoleh daripada
pelanggan sediakan mengenai diri saya urus niaga
tentang diri mereka yang telah dihantar e-dagang?
kepada peniaga e-dagang kepada peniaga
e-dagang?
Ketersediaan Ketersediaan merujuk Bolehkah saya Adakah halaman
kepada keupayaan untuk dapat mengakses beroperasi?
memastikan bahawa halaman?
halaman e-dagang terus
berfungsi seperti yang
sepatutnya

Sumber: Diadaptasi daripada Laudon, K. C., & Traver, C. G. (2009). Bisnes E-dagang,
teknologi, masyarakat (5th ed.). Boston, MA: Addison Wesley

Mari kita lihat penjelasan yang diberikan untuk setiap dimensi keselamatan
e-dagang.

(a) Integriti
Sebagai contoh, jika orang yang tidak dibenarkan memintas dan mengubah
kandungan komunikasi dalam talian, seperti mengubah hala pemindahan
kawat bank ke dalam akaun yang berbeza, integriti mesej telah
dikompromikan kerana komunikasi tidak lagi membawa makna sebagai
mana yang dimaksudkan oleh penghantar asal.

Pelanggan e-dagang boleh mempersoalkan integriti mesej jika kandungan


kelihatan mencurigakan dan terkeluar daripada karakter bagi individu yang
sepatutnya menghantar. Pentadbir sistem mesti menangani isu integriti
apabila menentukan siapa yang harus mempunyai kuasa untuk mengubah
data pada laman web; semakin banyak orang yang diberi kuasa untuk
mengubah data, lebih besar ancaman pelanggaran integriti dari kedua-dua
belah dalaman dan luaran.

(b) Tidak Disangkal


Sebagai contoh, dengan adanya akaun e-mel percuma menjadikannya
mudah untuk seseorang memberi komen atau menghantar mesej dan
mungkin kemudiannya menafikan berbuat demikian. Malah apabila
pelanggan yang menggunakan nama sebenar dan alamat e-mel, ia adalah
mudah bagi pelanggan untuk memesan barangan dalam talian dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

kemudian menafikan berbuat demikian. Dalam kebanyakan kes, disebabkan


peniaga biasanya tidak mendapatkan salinan tandatangan fizikal, pengeluar
kad kredit akan menyebelahi pelanggan kerana peniaga tidak mempunyai
bukti undang-undang, bukti kukuh yang pelanggan telah pesanan barangan.

(c) Kesahihan
Bagaimanakah pelanggan tahu bahawa pengendali laman web adalah orang
yang dimaksudkan? Bagaimanakah peniaga boleh yakin bahawa pelanggan
adalah benar-benar seperti yang dimaksudkan? Seseorang yang mengaku
sebagai individu lain, „memperdaya‰ atau memberikan gambaran yang
salah berkaitan diri mereka sendiri.

(d) Kerahsiaan
Kerahsiaan kadangkala keliru dengan privasi kerana kedua-duanya saling
berkaitan (lihat definisi yang diperuntukkan untuk privasi).

(e) Privasi
Peniaga e-dagang mempunyai dua kebimbangan yang berkaitan dengan
privasi:

(i) Mereka mesti mempunyai dasar dalaman yang mentadbir penggunaan


maklumat pelanggan mereka sendiri; dan

(ii) Mereka mesti melindungi maklumat daripada penggunaan yang tidak


sah atau penggunaan tanpa kebenaran.

Contohnya, jika penggodam memecah masuk ke dalam laman e-dagang dan


mendapat akses kepada kad kredit atau maklumat lain, ini bukan sahaja
melanggar kerahsiaan data tetapi juga privasi individu yang membekalkan
maklumat.

(f) Ketersediaan
Pelanggan mungkin tertanya-tanya tentang kebolehcapaian laman web ini
manakala pengendali hanya memberi penekanan kepada aspek operasi.

Keselamatan e-dagang adalah untuk melindungi enam dimensi ini. Apabila


salah satu daripadanya dikompromikan, ia ialah isu keselamatan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  193

6.1.4 Ancaman Keselamatan dalam Persekitaran


E-dagang
Sembilan bentuk ancaman keselamatan paling biasa dan yang paling merosakkan
laman e-dagang adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.2.

Rajah 6.2: Ancaman keselamatan dalam persekitaran e-dagang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

Mari kita meneliti setiap bentuk ancaman keselamatan secara terperinci seperti
berikut.

(a) Kod Hasad


Apakah kod hasad? Mari kita rujuk yang berikut untuk mendapatkan
maksudnya.

Kod hasad yang disebut sebagai „perisian hasad‰ atau „perisian berniat
jahat‰, termasuk sebarang jenis pencerobohan daripada sebarang jenis
atur cara atau perisian yang mencuba untuk mendapatkan akses ke
dalam komputer tanpa kebenaran pengguna komputer.

Berikut adalah pelbagai ancaman kod hasad:

 Virus;

 Cecacing;

 Kuda Trojan; dan

 Bot.

Adakah perisian hasad yang dinamakan „kuda Trojan‰ mempunyai bentuk


yang serupa dalam mitologi Yunani yang terkenal? Nama yang diberikan
untuk perisian hasad tidak menggambarkan bentuk fizikal perisian hasad
tetapi ia sepadan dengan fungsi perisian hasad.

(i) Virus
Virus merupakan atur cara komputer yang mempunyai keupayaan
untuk meniru atau membuat salinan dirinya sendiri dan merebak ke
fail lain. Selain daripada keupayaan untuk meniru, kebanyakan virus
komputer menyampaikan „muatan‰.

Apakah muatan? Jika anda tidak tahu makna istilah ini, rujuk yang
berikut untuk mengetahui maksudnya.

Muatan yang mungkin agak ringan, seperti paparan mesej atau


imej, atau ia mungkin menyebabkan kerosakan tinggi seperti
memusnahkan fail, memformatkan semula pemacu keras komputer
atau menyebabkan atur cara berjalan dengan tidak betul.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  195

Kategori utama virus komputer termasuklah yang berikut:

 Virus Makro
Jenis virus yang paling biasa ialah virus makro (rujuk yang
berikut untuk definisi).

Virus makro adalah khusus kepada aplikasi, bermakna virus


tersebut hanya memberi kesan kepada aplikasi yang bertulis,
seperti Microsoft Word, Excel dan PowerPoint.

Apabila pengguna membuka dokumen yang telah dijangkiti dalam


aplikasi yang sesuai, virus mikro menyalin dirinya ke dalam
templat aplikasi, oleh demikian apabila dokumen baru dicipta, ia
juga dijangkiti virus makro. Virus makro dengan mudah boleh
merebak apabila ia dihantar dalam lampiran e-mel.

 Fail yang Dijangkiti Virus


Fail yang dijangkiti virus biasanya menjangkiti fail boleh laku,
seperti fail *.com, *.exe, *.drv dan *.dll. Ia boleh aktif setiap kali fail
yang terjejas dilaksanakan dengan menyalin diri mereka ke dalam
fail boleh laku lain. Fail yang dijangkiti virus juga mudah merebak
melalui e-mel dan mana-mana sistem pemindahan fail.

 Virus Skrip
Apakah virus skrip? Jika anda tidak tahu apa yang dimaksudkan,
rujuk yang berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Virus skrip ditulis dalam skrip bahasa pengaturcaraan seperti


VBScript (Visual Basic Script) dan JavaScript.

Virus diaktifkan dengan hanya mengklik dua kali fail yang dijangkiti
seperti *.vbs atau *.js. Virus ILOVEYOU (juga dikenali sebagai Love
Bug) yang menulis semula fail *.jpg dan *.mp3, ialah contoh virus
skrip yang paling terkenal.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

(ii) Cecacing
Makro, fail yang dijangkiti virus dan virus skrip sering digabungkan
dengan cecacing. Daripada hanya merebak dari fail ke fail, cecacing
direka untuk merebak dari komputer ke komputer. Cecacing tidak
semestinya perlu diaktifkan oleh pengguna atau atur cara dalam
usaha untuk menyalin dirinya sendiri.

Contohnya, cecacing Slammer menjangkiti lebih daripada 90%


daripada komputer yang terdedah di seluruh dunia dalam masa
10 minit selepas dilepaskan di Internet.

(iii) Kuda Trojan


Kuda Trojan kelihatan tidak berbahaya tetapi ia ialah salah satu
perisian hasad yang perlu diambil kira. Kuda Trojan bukan virus
kerana ia tidak menyalin dirinya sendiri tetapi merupakan cara
untuk virus atau kod hasad lain seperti bot akan diperkenalkan ke
dalam sistem komputer.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, nama perisian hasad tidak


merujuk secara langsung kepada bentuk perisian hasad, sebaliknya
ia merujuk kepada fungsi itu. Perisian hasad kuda Trojan adalah
berdasarkan kepada kuda besar emas orang Yunani yang terkandung
ratusan tentera (rujuk Rajah 6.3). Askar itu mendedahkan diri mereka
dan menawan bandar tersebut apabila penduduk Troy membiarkan
kuda besar melepasi pintu gerbang mereka. Dalam dunia hari ini,
kuda Trojan boleh menyamar sebagai permainan tetapi sebenarnya
menyembunyikan atur cara untuk mencuri kata laluan dan e-mel
mereka untuk orang lain.

Rajah 6.3: Ilustrasi pada kuda Trojan


Sumber: http://rollingroots.blogspot.com/

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  197

(iv) Bot
Apakah bot? Adakah anda tahu maknanya? Mari kita teruskan
pembacaan.

Bot ialah sejenis kod hasad yang boleh dipasang secara


terselindung pada komputer apabila dilampirkan ke Internet.

Setelah dipasang, bot bertindak balas kepada arahan luar yang


dihantar oleh penyerang. Kita telah mengkaji makna bot. Sekarang,
mari kita beralih ke istilah „botnet‰ yang merupakan satu lagi istilah
penting dalam hubungan bot.

Botnet adalah koleksi komputer ditawan yang digunakan untuk


aktiviti hasad seperti spam, mencuri maklumat dan mengambil
bahagian dalam penafian serangan perkhidmatan (serangan
DDOS).

Kod hasad seperti yang dinyatakan tadi merupakan ancaman bagi


kedua-dua peringkat pelanggan dan pelayan, walaupun pelayan yang
biasanya melibatkan diri lebih banyak dalam aktiviti antivirus
daripada pengguna. Pada peringkat pelayan, kod hasad boleh
menjatuhkan keseluruhan laman web, mencegah berjuta-juta orang
daripada menggunakan laman web tersebut. Kejadian seperti ini
adalah jarang. Serangan kod hasad lebih kerap berlaku pada peringkat
pelanggan tetapi jumlah kerosakan adalah terhad kepada satu mesin
sahaja.

Kod hasad merupakan ancaman kepada integriti sistem dan operasi


berterusan, sering mengubah bagaimana sistem berfungsi atau
mengubah dokumen yang dibuat pada sistem. Dalam beberapa
kes, pengguna terjejas tidak menyedari serangan sehingga ia
dilaksanakan, seperti makro yang menggunakan buku alamat e-mel
untuk menghantar salinan virus kepada semua orang yang berada
dalam buku alamat pengguna. Bukan sahaja ini melambatkan
komputer tetapi ia boleh membuat beratus-ratus atau beribu-ribu
mesej palsu muncul yang datangnya daripada pengguna, maka ia
menyebarkan virus lebih banyak setiap kali ia dibuka dan diaktifkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

(b) Atur Cara yang Tidak Diingini


Kita telah belajar secara meluas mengenai kod hasad. Sekarang, mari kita
mengalihkan perhatian kita kepada atur cara yang tidak diingini.

Atur cara yang tidak diingini ialah aplikasi yang memasang diri sendiri
pada komputer tanpa kebenaran pengguna. Apabila ia dipasang, ia
biasanya sukar untuk dikeluarkan daripada komputer.

Contoh jenis atur cara adalah seperti yang berikut:

(i) Perisian Beriklan (adware)


Perisian beriklan digunakan untuk memanggil iklan timbul (pop-up)
dan memaparkan apabila pengguna melawat halaman tertentu.
Contohnya, perisian beriklan seperti ZongoSearch dan PurityScan.

(ii) Pelayar Parasit


Pelayar parasit memantau dan mengubah tatacara pelayar pengguna
seperti menukar halaman utama web dan menghantar maklumat
kepada halaman kawalan jauh. Sebagai contoh, pelayar parasit seperti
WebSearch.

(iii) Perisian Intip (spyware)


Perisian intip digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada
pengguna seperti ketukan kekunci pengguna, salinan e-mel dan
mesej segera serta syot layar. Contohnya, SpySherif yang menyamar
sebagai atur cara pembuang perisian intip tetapi sebenarnya ialah
perisian intip berniat jahat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  199

(c) Kecurian Identiti dan Memancing Data (phishing)


Mari kita lihat definisi dan contoh yang diberikan berikut tentang kecurian
identiti.

Kecurian identiti adalah jenayah yang penjenayah mendapatkan


bahagian utama maklumat peribadi, seperti nombor kad pengenalan atau
nombor lesen memandu, dalam usaha untuk muncul sebagai orang lain.
Maklumat ini boleh digunakan untuk mendapatkan kredit, barangan dan
perkhidmatan dengan menggunakan nama mangsa.

Kecurian identiti juga membolehkan pencuri mendapat kelayakan palsu


untuk imigresen atau aplikasi lain. Salah satu masalah terbesar dengan
kecurian identiti adalah bahawa sering kali jenayah yang dilakukan oleh
pakar kecurian identiti sering dikaitkan dengan mangsa.

(Sumber: http://www.identitytheftcreditfraud.com/)

Sekarang, mari kita beralih perhatian kepada definisi memancing data.

Memancing data ialah cubaan menipu dalam talian oleh pihak ketiga
untuk mendapatkan maklumat individu atau organisasi bagi keuntungan
kewangan. Memancing data bergantung pada penyampaian secara
langsung dan pendekatan palsu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

Percubaan memancing data yang paling popular ialah penipuan e-mel


memancing data pear sebagaimana yang dinyatakan yang berikut.

Memancing data spear menggambarkan serangan pemancingan data


yang mempunyai sasaran khusus. Modus operasi pemancing data
lembing adalah dengan menghantar e-mel kepada individu, kumpulan
atau organisasi tertentu. Mesej mungkin kelihatan tulen dan mungkin
juga termasuk permintaan untuk nama pengguna atau kata laluan.
Walau bagaimanapun, kita mesti ingat bahawa maklumat penghantar
e-mel telah dipalsukan atau „diperdaya‰.

Jika anda memberi maklum balas dengan nama pengguna atau kata
laluan, atau jika anda klik pautan, atau membuka lampiran dalam
e-mel memancing data lembing, tetingkap timbul atau laman web,
anda mungkin menjadi mangsa kecurian identiti dan anda mungkin
meletakkan majikan atau kumpulan anda dalam risiko.

Sumber:
http://www.microsoft.com/hk/protect/yourself/phishing/spear.mspx

Sebagai contoh, seseorang dari negara yang kaya menghantar e-mel kepada
anda dan meminta nombor akaun bank anda. Tujuannya disebut sebagai
untuk menyimpan berjuta-juta ringgit dalam tempoh yang singkat dan
sebagai balasan anda akan menerima jumlah wang tertentu.

(d) Menggodam dan Vandalisme Siber


Istilah penggodam (hacker) dan perekah (cracker) digunakan silih berganti
dalam sektor awam. Marilah kita lihat definisi bagi kedua-dua istilah.

Penggodam ialah individu yang berhasrat untuk mendapatkan akses


yang tidak dibenarkan kepada sistem komputer.

Perekah biasanya digunakan untuk menunjukkan tanda seorang


penggodam dengan niat jenayah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  201

Penggodam dan perekah mendapat akses yang tidak dibenarkan dengan


mencari kelemahan dalam prosedur keselamatan laman web dan sistem
komputer, sering mengambil kesempatan daripada pelbagai ciri-ciri
Internet yang menjadikan ia mudah untuk menggunakan sistem terbuka.
Penggodam dan perekah ialah peminat komputer yang teruja dengan
cabaran memecah masuk ke laman web korporat dan kerajaan.

Kadangkala, mereka berpuas hati semata-mata dengan memecah masuk ke


dalam fail laman web e-dagang. Selebihnya mempunyai niat lebih berhasad
dan melakukan vandalisme siber dengan tindakan sengaja mengganggu,
mencacatkan atau memusnahkan laman web.

Mari kita lihat tiga lagi istilah yang saling berkaitan dengan istilah
penggodam.

Orang dalam yang berhasad (milicious insider) adalah penggodam yang


merupakan pekerja dalaman organisasi. Mereka mendapatkan akses
kepada sistem komputer atau rangkaian organisasi dan dengan sengaja
melakukan aktiviti berbahaya untuk membawa kesan buruk kepada
organisasi.

Jenayah siber adalah sebarang perbuatan jenayah yang berkaitan dengan


Internet, komputer dan rangkaian sistem komputer.

Pengganas siber mengendalikan serangan menyalahi undang-undang


dan ancaman serangan terhadap komputer, rangkaian dan maklumat
yang disimpan di dalamnya. Matlamat pengganas siber adalah untuk
menakut-nakutkan atau mendesak secara ugutan kepada kerajaan atau
individu untuk tujuan politik atau sosial.

ă Dorothy Denning

Sumber: http://www.crime-research.org/library/Cyber-terrorism.htm

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

Fenomena penggodam telah dipelbagaikan dari semasa ke semasa. Aktiviti


penggodam juga telah diperluaskan bukan semata-mata pencerobohan
sistem tetapi termasuk kecurian barangan dan maklumat serta vandalisme
dan kerosakan sistem. Kumpulan penggodam dikenali sebagai pasukan
harimau (akan diterangkan kemudian) yang digunakan oleh jabatan
keselamatan korporat untuk menguji langkah keselamatan mereka sendiri.
Dengan mengupah penggodam untuk memecahkan masuk ke dalam
sistem dari luar, syarikat tersebut boleh mengenal pasti kelemahan dalam
sistem perisai komputer.

Penggodam boleh dikategorikan kepada tiga kategori seperti yang


ditunjukkan dalam Jadual 6.2.

Jadual 6.2: Kategori Penggodam

Penggodam Deskripsi
Topi putih Penggodam topi putih juga dikenali sebagai „penggodam baik‰
kerana peranan mereka dalam membantu organisasi untuk
mengesan dan memperbaiki kelemahan keselamatan. Topi
putih melakukan kerja mereka di bawah kontrak dengan
persetujuan daripada pelanggan yang mereka tidak akan
didakwa atas usaha mereka untuk memecah masuk
Topi hitam Sebaliknya, topi hitam ialah „penggodam jahat‰ yang terlibat
dalam jenis aktiviti yang sama tetapi tanpa sebarang bayaran
atau kontrak daripada organisasi sasaran. Mereka mempunyai
niat untuk menyebabkan kemudaratan kepada organisasi.
Mereka akan memecah masuk ke dalam laman web dan
mendedahkan maklumat sulit atau persendirian yang dijumpai
mereka. Penggodam ini percaya sepenuhnya bahawa maklumat
sepatutnya adalah percuma, jadi berkongsi maklumat rahsia
sebelum ini adalah sebahagian daripada misi mereka
Topi kelabu Penggodam topi kelabu merupakan mereka yang mempercayai
bahawa mereka mengejar sesuatu yang lebih baik dengan
memecah masuk dan mendedahkan kekurangan sistem. Topi
kelabu menemui kelemahan d dalam sistem keselamatan dan
kemudian memaparkan kelemahan tanpa mengganggu laman
web tersebut atau cuba untuk mendapat keuntungan daripada
penemuan mereka.

Ganjaran mereka hanyalah kebanggaan atas penemuan


kelemahan. Walau bagaimanapun, tindakan topi kelabu
mencurigakan dan kadangkala berbahaya, terutamanya apabila
penggodam mendedahkan kelemahan keselamatan yang
menjadikannya lebih mudah bagi penjenayah lain untuk
mendapat akses kepada sistem

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  203

(e) Penipuan Kad Kredit


Salah satu kejadian yang paling ditakuti di Internet ialah kecurian data kad
kredit. Pengguna mengelakkan daripada membuat sebarang pembelian
dalam talian kerana takut kepada kehilangan maklumat kad kredit mereka
melalui kecurian. Menariknya, ketakutan ini kelihatan sebahagian besarnya
tidak berasas. Insiden maklumat kad kredit dicuri adalah jauh lebih rendah
daripada apa yang difikirkan pengguna.

Sebagai contoh, kajian oleh penyelidikan ActivMedia melaporkan bahawa


58% daripada pengguna takut kepada kecurian kad kredit dalam talian,
apabila hanya 1.6% hingga 1.8% kejadian dilaporkan (CyberSource, 2008).
Ia tidak jelas pada masa ini jika ancaman realistik kepada pengguna
terhadap penipuan kad kredit adalah lebih besar dalam e-dagang daripada
perdagangan tradisional seperti yang ditunjukkan berikut:

(i) Perdagangan Tradisional


Dalam perdagangan tradisional, ada penipuan kad kredit yang besar
tetapi sebahagian besarnya pengguna telah diinsuranskan terhadap
kerugian oleh undang-undang persekutuan. Penipuan kad kredit
berjumlah kira-kira USD1 bilion hingga USD1.5 bilion setahun. Sebab
penipuan kad kredit yang paling biasa adalah seperti yang berikut:

 Hilang atau kad yang dicuri digunakan oleh individu lain;

 Kecurian nombor pelanggan oleh pekerja; dan

 Kecurian identiti seperti penjenayah memohon kad kredit


menggunakan identiti palsu yang dicuri.

Bank boleh mendapatkan balik kos hasil penggunaan kad kredit


palsu dengan mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi ke atas
baki yang belum dibayar, manakala peniaga boleh menaikkan harga
barangan untuk menampung kerugian.

(ii) E-dagang
Penipuan dalam e-dagang adalah sedikit berbeza berbanding penipuan
kad kredit tradisional. Dalam e-dagang, ancaman terbesar kepada
pengguna ialah pelayan pedagang; pengguna sedang berurus niaga
akan „kehilangan‰ maklumat kredit atau membenarkan ia dialihkan
untuk kegunaan penjenayah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


204  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

Fail kad kredit ialah sasaran utama penggodam laman web. Lebih-
lebih lagi, halaman e-dagang ialah sumber yang baik terhadap
maklumat peribadi pelanggan seperti nama, alamat dan nombor
telefon. Dilengkapi dengan maklumat ini, penjenayah boleh
menganggap mempunyai identiti baru dan membuat kredit baru
untuk tujuan mereka sendiri.

Pesanan antarabangsa begitu terdedah kepada penolakan. jika


sesuatu pelanggan antarabangsa membuat pesanan dan kemudian
mempertikaikannya, peniaga dalam talian selalunya tidak mempunyai
cara untuk mengesahkan bahawa pakej sebenarnya telah dihantar
dan bahawa pemegang kad kredit adalah orang yang membuat
pesanan.

(f) Perdayaan (spoofing) dan Penspaman Web


Apakah perdayaan? Rujuk yang berikut untuk mengetahui lebih lanjut
tentang istilah ini.

Perdayaan merujuk kepada perbuatan penggodam yang cuba


menyembunyikan identiti sebenar mereka dengan memberikan
gambaran yang salah tentang diri mereka melalui alamat e-mel palsu
atau menyamar sebagai orang lain.

Perdayaan juga melibatkan tindakan mengalihkan pautan web kepada


alamat selain daripada alamat yang dimaksudkan, dengan menyamar
sebagai laman web destinasi yang dikehendaki.

Pautan yang direka untuk membawa kepada satu laman web boleh
ditetapkan semula untuk menghantar pengguna kepada tapak yang sama
sekali tidak berkaitan yang memberi manfaat kepada penggodam.
Walaupun perdayaan secara langsung tidak merosakkan fail atau pelayan
rangkaian, ia mengancam integriti halaman.

Sebagai contoh, jika penggodam menghalakan pelanggan ke laman web


palsu yang kelihatan hampir sama seperti halaman sebenar, mereka boleh
mengumpul dan memproses pesanan, secara efektif mencuri perniagaan
daripada laman sebenar. Jika niatnya adalah untuk mengganggu dan
bukannya mencuri, penggodam boleh mengubah dengan meningkat
pesanannya atau menukar produk yang dipesan dan kemudian
menghantarnya ke laman sebenar untuk pemprosesan dan penghantaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  205

Pelanggan menjadi tidak berpuas hati dengan penghantaran pesanan yang


tidak betul dan syarikat mungkin mempunyai inventori turun naik yang
besar yang memberi kesan ke atas operasinya. Selain mengancam integriti,
perdayaan juga mengancam kesahihan dengan membuatnya begitu sukar
untuk membezakan penghantar mesej sebenar. Penggodam yang baik
boleh membuat ia hampir mustahil untuk membezakan antara identiti atau
alamat web yang sebenar atau palsu.

Kita telah belajar mengenai perdayaan. Sekarang, mari kita mengalih


perhatian kita kepada laman web sepam seperti yang ditakrifkan berikut.

Laman web spam (juga dikenali sebagai laman web sarap) muncul pada
hasil carian; ia menutup identitinya dengan menggunakan nama domain
yang sama dengan nama syarikat yang sah dan mengarahkan lalu lintas
ke domain penghalaan semula ke penspaman yang dikenali.

Sebagai contoh, anda masukkan kata kunci sebuah syarikat yang kukuh
untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarikat itu. Enjin carian
menyediakan senarai laman web berdasarkan kata kunci yang dimasukkan
oleh anda. Sebaik sahaja anda mengklik di laman web yang mempunyai
nama domain yang serupa dengan syarikat yang anda cari, halaman web
ini dengan cepat mengarahkan semula ke laman web penghantar sepam
lain yang berkaitan.

(g) Serangan Penafian Perkhidmatan (DOS ă Denial of Service) dan Serangan


Penafian Perkhidmatan Teragih (DDOS ă Distributed Denial of Service)
Mari kita lihat definisi kedua-dua istilah ini untuk mendapatkan perbezaan
dengan jelas.

Dalam serangan Penafian Perkhidmatan (DOS), penggodam membanjiri


laman web dengan trafik tidak berguna untuk menenggelamkan
rangkaian.

Serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDOS) menggunakan banyak


komputer untuk menyerang rangkaian sasaran dari pelbagai titik
pelancaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

Serangan DOS boleh menyebabkan rangkaian ditutup, menjadikannya


mustahil untuk pengguna mengakses laman web tersebut. Bagi halaman
e-dagang yang sibuk seperti eBay.com dan Buy.com, serangan ini
melibatkan kos yang tinggi dan ketika laman web ditutup sementara,
reputasi laman web telah pun rosak.

Walaupun serangan itu tidak memusnahkan maklumat atau kawasan akses


terhad pelayan, ia gangguan yang mengganggu operasi syarikat seperti
yang ditunjukkan dalam contoh yang berikut.

Pada bulan Februari 2000, siri serangan penggodam menyebabkan


banyak laman web ditutup selama beberapa jam. Laman eBay ditutup
selama lima jam, Amazon hanya kurang empat jam, CNN selama lebih
tiga jam dan E-Trade kurang tiga jam. Yahoo, Buy.com dan ZDNet turut
terjejas selama tiga hingga empat jam.

Sekarang, mari kita memberi tumpuan kepada smurf. Smurf merupakan


sejenis serangan DOS yang membawa penutupan rangkaian dengan
menghantar permintaan kepada banyak alamat siaran dengan alamat yang
boleh berkomunikasi sehingga 255 hos komputer untuk mengesahkan
bahawa alamat tersebut berfungsi. Apabila 255 hos pada setiap alamat
siaran membalas pengesahan permintaan, penggodam memperdayakan
alamat IP dengan membalas pengesahan permintaan, penyenaraian pelayan
syarikat tertentu sebagai alamat yang sepatutnya membalas. Tidak lama
kemudian, mangsa pelayan syarikat ditenggelami dengan cepat dengan
beribu-ribu maklum balas PING (rujuk yang berikut) yang berkait
dengannya.

Ping adalah atur cara asas Internet yang membolehkan pengguna


mengesahkan bahawa alamat IP tertentu wujud dan boleh menerima
permintaan.

Serangan DOS dan DDOS ialah ancaman kepada operasi sistem kerana ia
boleh menutup sistem operasi selama-lamanya. Laman web utama seperti
Yahoo! dan juga Microsoft baru-baru ini mengalami serangan seperti ini,
menjadikan syarikat tersebut menyedari kelemahan mereka dan keperluan
untuk memperkenalkan langkah baru untuk menghalang mana-mana
serangan pada masa depan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  207

(h) Penghiduan (sniffing)


Apakah penghiduan? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih
lanjut.

Penghiduan ialah sejenis atur cara mencuri dengar yang memantau


maklumat yang bergerak dalam rangkaian.

Apabila digunakan secara sah, penghiduan boleh membantu untuk


mengenal pasti potensi kawasan rangkaian yang bermasalah tetapi apabila
digunakan untuk tujuan jenayah, ia boleh merosakkan dan amat sukar
untuk dikesan. Penghiduan membolehkan penggodam untuk mencuri
maklumat hak milik daripada mana-mana dalam rangkaian, termasuk
mesej e-mel, fail syarikat dan laporan sulit.

Mengintip dengar (wire-tap) e-mel ialah variasi baru bagi ancaman


penghidu.

Mengintip dengar e-mel ialah kod tersembunyi dalam mesej e-mel yang
membolehkan seseorang memantau semua mesej yang berjaya dihantar
ke depan (forwarded) dengan mesej yang asal.

Sebagai contoh, andaikan laporan pekerja berkaitan kecacatan pembuatan


yang dia telah dapati di bawah penyelianya, kemudiannya menggunakan
mesej dalaman organisasi. Seseorang yang menggunakan penyadapan
e-mel akan memperoleh kelebihan ke atas semua e-mel berikutnya yang
dikongsi dalam e-mel yang telah dihantar oleh penyelia.

Apabila komunikasi dalaman sensitif berlaku, jenis mencuri dengar


(eavesdropping) ini boleh merosakkan dan berbahaya. Ancaman
penghiduan terhadap maklumat peribadi atau sulit akan didedahkan
kepada umum. Bagi kedua-dua syarikat dan individu, kejadian sedemikian
boleh berpotensi menjadi berbahaya.

(i) Kerja Orang Dalam


Kita cenderung untuk berfikir ancaman keselamatan kepada perniagaan
datangnya dari luar organisasi. Hakikatnya, ancaman kewangan terbesar
kepada institusi perniagaan tidak berasal daripada rompakan tetapi dari
orang dalam sendiri.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

Perkara yang sama terjadi terhadap laman web e-dagang. Sebahagian


daripada gangguan terbesar kepada perkhidmatan, kemusnahan kepada
laman web, dan pengalihan kredit data pelanggan serta maklumat peribadi
datangnya dari orang dalam dan pekerja yang dipercayai. Pekerja
mempunyai akses kepada maklumat terlindung dan dalam keadaan
prosedur keselamatan dalaman yang lemah, mereka selalunya dapat
berkeliaran di seluruh sistem organisasi tanpa meninggalkan jejak.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai keselamatan e-dagang


atau Internet, anda boleh melayari laman web yang berikut:

(i) Pusat Keselamatan Internet:


http://www.cisecurity.org/

(ii) Keselamatan E-dagang ă Serangan dan strategi pencegahan:


http://www.ibm.com/developerworks/websphere/library/techartic
les/0504_mckegney/0504_mckegney.html

SEMAK KENDIRI 6.1

Senaraikan bentuk ancaman keselamatan yang biasa dan yang


merosakkan laman e-dagang.

AKTIVITI 6.1

Anda merancang untuk membangunkan laman e-dagang organisasi


perniagaan anda. Adakah anda akan membina sendiri atau
menggunakan khidmat luar daripada pembekal lain? Berikan alasan
anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  209

LATIHAN 6.1
1. Senaraikan enam dimensi utama keselamatan e-dagang.

2. Salah satu bentuk yang paling biasa mengancam keselamatan


halaman e-dagang ialah kod hasad. Terangkan apakah kod hasad.

6.2 PENYELESAIAN TEKNOLOGI


Baris pertama pertahanan terhadap pelbagai ancaman keselamatan kepada
halaman e-dagang ialah set alatan yang boleh menjadikan ia sukar bagi orang
luar untuk menyerang atau memusnahkan halaman.

Dalam subtopik yang akan datang, kita akan melihat ke dalam aspek yang
berikut:

(a) Enkripsi;

(b) Menjamin keselamatan saluran komunikasi; dan

(c) Melindungi rangkaian, pelayan dan pelanggan.

6.2.1 Enkripsi
Apakah enkripsi? Baca maklumat yang berikut bagi definisi istilahnya.

Enkripsi adalah proses mengubah teks biasa atau data ke dalam siferteks yang
tidak boleh dibaca oleh sesiapa sahaja melainkan pengirim dan penerima.

Tujuan enkripsi adalah untuk menjamin keselamatan:

(a) Maklumat yang disimpan; dan

(b) Maklumat penghantaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

Transformasi teks biasa kepada siferteks dicapai dengan menggunakan kaedah


kunci atau siferteks (algoritma) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.4.

Rajah 6.4: Enkripsi


Sumber: http://securitycerts.org

Enkripsi telah diamalkan sejak kewujudan terawal penulisan dan urus niaga
komersil. Rekod komersial purba Mesir dan Phoenicia telah dienkripkan
menggunakan sifer yang berikut:

(a) Siferteks Penggantian


Dalam sifer penggantian, setiap huruf yang diberikan akan digantikan
secara sistematik dengan huruf yang lain.

Sebagai contoh, jika kita menggunakan sifer „huruf campur dua‰ bermakna
menggantikan setiap huruf dalam perkataan dengan huruf baru dua
tempat ke hadapan, seterusnya perkataan „HELLO‰ dalam teks biasa akan
berubah menjadi siferteks seperti yang berikut: „JGNNQ‰.

(b) Siferteks Transposisi


Dalam sifer transposisi, susun atur huruf dalam setiap perkataan ditukar
melalui cara yang sistematik. Leonardo da Vinci mencatatkan nota kedai
dengan cara terbalik, menjadikannya hanya boleh dibaca dengan cermin.
Perkataan „HELLO‰ boleh ditulis bermula dari belakang sebagai
„OLLEH‰.Sifer yang lebih rumit adalah dengan memecahkan satu
perkataan kepada dua perkataan dan mengeja perkataan pertama dengan
semua huruf secara berselang dan bermula dengan huruf pertama, dan
kemudian mengeja perkataan kedua dengan semua huruf yang tinggal.
Dalam siferteks ini, „HELLO‰ akan ditulis sebagai „HLO EL‰.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  211

Dalam usaha untuk mentafsirkan mesej tadi, ada beberapa alatan mentafsir dan
ia adalah:

(a) Enkripsi kunci simetri;

(b) Kriptografi kunci awam;

(c) Enkripsi kunci awam menggunakan fungsi cencangan dan tandatangan


digital;

(d) Sampul digital; dan

(e) Sijil digital dan infrastruktur kunci awam (PKI  public key infrastructure).

Mari kita bincangkan lebih lanjut mengenai alatan ini.

(a) Enkripsi Kunci Simetri


Apakah enkripsi kunci simetri?

Enkripsi kunci simetri, juga dikenali sebagai enkripsi kunci rahsia,


digunakan untuk nyahkod atau mentafsirkan mesej pada asalnya
dienkripkan dalam teks biasa.

Dalam enkripsi kunci simetri, kedua-dua penghantar dan penerima


menggunakan kunci yang sama untuk mengenkripkan dan mendekripsi
mesej seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 6.5. Anda mungkin tertanya-
tanya bagaimana penghantar dan penerima mempunyai kunci yang sama.
Mereka perlu menghantarnya melalui beberapa media komunikasi atau
bertukar kunci secara personal.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

Rajah 6.5: Enkripsi kunci simetri


Sumber: http://www.devx.com

Enkripsi kunci simetri telah digunakan secara meluas di sepanjang Perang


Dunia Kedua dan masih menjadi sebahagian daripada enkripsi Internet.
Orang Jerman membuat penambahan baru dalam 1940an dengan penciptaan
mesin Enigma (lihat Rajah 6.6). Pihak Berikat (pakatan anti-Jerman)
menawan beberapa buah mesin Enigma, mengkaji operasinya, memahami
peranan masa dalam mengubah kod, dan akhirnya dapat mentafsirkan
rutin tentera Jerman dan mesej diplomatik.

Rajah 6.6: Mesin Enigma


Sumber: http://maestro-sec.com
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  213

Bagaimanakah mesin enigma beroperasi? Mesin Enigma akan menjana


setiap hari, sifer rahsia yang baru yang menggunakan kedua-dua sifer
penggantian dan sifer transposisi berdasarkan tetapan yang dibuat oleh
alatan mekanikal. Selagi semua mesin Enigma di seluruh dunia telah
ditetapkan untuk tetapan yang sama, mereka boleh berkomunikasi dengan
selamat dan setiap hari kod akan berubah, menghalang pemecah kod
daripada memecahkan kod tepat pada masanya.

Kemungkinan untuk penggantian mudah dan sifer transposisi adalah tidak


berkesudahan tetapi semuanya mengalami masalah daripada kekurangan
yang biasa seperti:

(i) Mudah untuk Dipecahkan


Dalam era digital, komputer adalah begitu kuat dan pantas yang
enkripsi kuno cara ini boleh dipecahkan dengan cepat.

(ii) Kunci akan Hilang atau Dicuri


Enkripsi kunci simetri memerlukan kedua-dua pihak berkongsi kunci
yang sama. Untuk berkongsi kunci yang sama, mereka mesti
menghantar melalui medium yang mungkin tidak selamat yang ia
boleh dicuri dan digunakan untuk mentafsirkan mesej. Jika kunci
rahsia hilang atau dicuri, keseluruhan sistem enkripsi akan gagal.

(iii) Mustahil untuk Dilaksanakan


Dalam penggunaan komersial yang kita bukanlah sebahagian
daripada pasukan yang sama atau barisan, anda masih memerlukan
kunci rahsia bagi setiap pihak dengan siapa anda berurus niaga iaitu
satu kunci untuk bank, satu lagi untuk gedung membeli belah dan
satu lagi untuk kerajaan.

Walau bagaimanapun, dalam populasi pengguna yang besar, ini


boleh menyebabkan kunci sebanyak (n-1). Dalam populasi berjuta-
juta pengguna Internet, ribuan jutaan kunci akan diperlukan untuk
menampung semua pelanggan e-dagang. Dianggarkan ada kira-kira
35 juta orang pembeli di Amerika sahaja. Jelas sekali, keadaan ini
akan menjadi terlalu mustahil untuk diamalkan.

Sistem enkripsi moden ialah digital. Sifer atau kunci yang digunakan untuk
mengubah teks biasa ke dalam siferteks merupakan rentetan digital.
Komputer menyimpan teks dan data lain sebagai rentetan perduaan terdiri
daripada 0 dan 1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


214  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

Sebagai contoh, perduaan mewakilkan huruf besar „A‰ dalam kod


komputer ASCII dicapai dengan lapan digit perduaan (bit): 01000001.
Salah satu cara yang rentetan digital boleh berubah menjadi siferteks
adalah dengan mendarabkan setiap huruf dengan nombor perduaan
lain, katakan kunci 8-bit bernombor 0101 0101. Jika kita darabkan setiap
karakter digital dalam mesej teks kita menggunakan kunci 8-bit ini,
hantar mesej disulitkan kepada rakan bersama-sama kunci rahsia 8-bit,
rakan tersebut boleh menyahkod mesej dengan mudah.

Kekuatan perlindungan keselamatan moden diukur dari segi panjang kunci


perduaan yang digunakan untuk menyulitkan data. Dalam contoh tadi,
kunci 8-bit mudah ditafsirkan kerana terdapat hanya 28 atau 256
kemungkinan. Jika penceroboh itu tahu anda menggunakan kunci 8bit, maka
dia boleh nyahkod mesej dalam beberapa saat menggunakan komputer
moden hanya dengan menggunakan kaedah algoritma daya kasar yang
menyemak setiap satu daripada 256 kunci yang berkemungkinan.

Algoritma daya kasar berfungsi dengan memeriksa pada setiap


kedudukan dalam teks antara 0 dan n-m, sama ada corak bermula di
sana atau tidak. Kemudian, selepas setiap percubaan, ia beralih corak
dengan satu kedudukan ke kanan.

Atas sebab ini, sistem enkripsi digital moden menggunakan kekunci


dengan 56, 128, 256 atau 512 digit perduaan. Dengan kekunci enkripsi 512
digit, ada 2,512 kemungkinan untuk disemak. Dianggarkan bahawa semua
komputer di dunia perlu bekerja selama 10 tahun sebelum menjumpai
jawapannya.

Paling banyak enkripsi kunci simetri digunakan di Internet pada hari ini
ialah Standard Enkripsi Data (DES  Data Encryption Standard)
yang menggunakan kunci enkripsi 56-bit, dibangunkan oleh Agensi
Keselamatan Negara (NSA  National Security Agency) dan IBM pada
tahun 1950. Untuk berhadapan dengan komputer yang lebih pantas, ia
telah ditambah baik baru-baru ini kepada Triple DES, pada asasnya
menyulitkan setiap mesej sebanyak tiga kali menggunakan kunci yang
berasingan. Ada banyak sistem kunci simetri lain dengan kekunci sehingga
2,048-bit. Seperti semua sistem kunci simetri, DES memerlukan penghantar
dan penerima untuk bertukar-tukar dan berkongsi kunci yang sama, dan
memerlukan satu set kunci yang berbeza bagi setiap set urus niaga.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  215

(b) Kriptografi Kunci Awam


Pada tahun 1976, satu cara yang baru untuk mengenkripkan mesej dikenali
sebagai kriptografi kunci awam telah dicipta oleh Whitfield Diffie dan
Martin Hellman. Kriptografi kunci awam menyelesaikan masalah
pertukaran kunci. Dalam kaedah ini, dua kunci digital matematik berkaitan
digunakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.7:

(i) Kunci Awam


Kunci persendirian dirahsiakan oleh pemilik dan kunci awam
disebarkan secara meluas. Kedua-dua kunci boleh digunakan untuk
mengenkripkan dan mendekripsi mesej. Algoritma matematik yang
digunakan untuk menghasilkan kunci merupakan fungsi sehala.

Fungsi matematik yang diterbalikkan ialah fungsi yang apabila


algoritma digunakan, input tidak boleh kemudiannya diperoleh
daripada output.

(ii) Kunci Persendirian


Kriptografi kunci awam ialah berdasarkan kepada idea fungsi
matematik yang tidak boleh diubah. Kunci ini biasanya panjang
(128-bit, 256-bit dan 512-bit kunci), ia akan mengambil kuasa
pengkomputeran besar untuk membezakan satu kunci dari yang lain
menggunakan komputer yang terbesar dan terpantas.

Rajah 6.7: Kriptografi kunci awam


Sumber: http://www.aarontoponce.org

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


216  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

(c) Enkripsi Kunci Awam Menggunakan Fungsi Cencangan dan Tandatangan


Digital
Dalam enkripsi kunci awam seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.8,
beberapa unsur keselamatan telah hilang. Walaupun kita boleh pasti mesej
itu tidak difahami atau dibaca oleh pihak ketiga (kerahsiaan mesej), tiada
jaminan penghantar tersebut ialah penghantar sebenar, tiada pengesahan
penghantar. Ini bermakna penghantar boleh menafikan penghantar mesej
tersebut (menyangkal). Dan tiada jaminan mesej itu tidak diubah dengan
apa cara ketika dihantar.

Contohnya, mesej „Beli Sisco @ USD25‰ boleh menjadi tidak sengaja atau
sengaja diubah dengan membacanya „Jual Sisco @ &25‰. Ini menunjukkan
kemungkinan kekurangan integriti dalam sistem.

Rajah 6.8: Enkripsi kekunci awam menggunakan fungsi cencangan dan


tandatangan digital
Sumber: http://www.microsoft.com

Mari kita lihat kedua-dua komponen yang digunakan dalam enkripsi kunci
awam.

(i) Fungsi Cencangan


Penggunaan kriptografi kunci awam yang lebih canggih boleh
mencapai pengesahan, tidak disangkal dan integriti. Untuk
memeriksa kerahsiaan mesej dan untuk memastikan ia tidak diubah
ketika persinggahan, fungsi cencangan digunakan dahulu untuk
mewujudkan cernaan mesej.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  217

Fungsi cincangan adalah satu algoritma yang menghasilkan


beberapa nombor panjang yang tetap dipanggil cincangan atau
cerna mesej. Fungsi cincangan boleh menjadi mudah, dengan
mengira bilangan digital „1s‰ di dalam mesej atau ia boleh
menjadi lebih kompleks, dan menghasilkan beberapa 128-bit yang
mencerminkan bilangan 0s dan 1s, bilangan 00s, 11s dan
seterusnya.

Hasil pelaksanaan fungsi cencangan akan dihantar oleh penghantar


kepada penerima. Setelah menerima, penerima mengguna pakai
fungsi cencangan untuk mesej yang diterima dan menyemak untuk
mengesahkan keputusan yang sama dihasilkan. Jika ya, mesej itu
tidak diubah. Penghantar kemudian menyulitkan kedua-dua mesej
asal menggunakan kunci awam penerima dengan menghasilkan satu
blok tunggal siferteks.

(ii) Tandatangan Digital


Satu langkah lagi diperlukan. Untuk memastikan kesahihan mesej,
dan untuk memastikan tidak disangkal, penghantar menyulitkan
keseluruhan blok siferteks sekali lagi menggunakan kunci
persendirian penghantar. Ini menghasilkan tandatangan digital, juga
disebut e-tandatangan atau siferteks „ditandatangani‰ yang boleh
dihantar melalui Internet.

Tandatangan digital hampir selari dengan tandatangan tulisan tangan.


Seperti tandatangan tulisan tangan, tanda tangan digital adalah unik
seperti hanya seorang yang mungkin memiliki kunci persendirian. Apabila
digunakan dengan fungsi cencangan, tandatangan digital menjadi lebih
unik daripada tandatangan tulisan tangan. Selain menjadi unik untuk
individu tertentu, apabila digunakan untuk menandatangani dokumen
bercincang, tandatangan digital juga unik kepada dokumen itu dan
perubahan bagi setiap dokumen.

Penerima kepada siferteks pertama yang telah ditandatangani


menggunakan kunci awam penghantar untuk mengesahkan mesej
tersebut. Setelah disahkan, penerima menggunakan kunci persendiriannya
untuk mendapatkan hasil cencangan dan mesej asal. Sebagai langkah
terakhir, penerima mengguna pakai fungsi cencangan yang sama kepada
teks yang asal dan membandingkan hasil tersebut dengan hasil yang
dihantar oleh penghantar. Jika keputusan adalah sama, penerima kini tahu
mesej tersebut tidak diubah semasa penghantaran. Mesej ini mempunyai
integriti.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


218  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

(d) Sampul Digital


Enkripsi kunci awam secara pengkomputerannya perlahan. Jika seseorang
menggunakan 128-bit atau 256-bit kunci untuk pengekodan dokumen yang
besar seperti topik ini atau keseluruhan modul, penurunan yang ketara
dalam kelajuan penghantaran dan peningkatan masa pemprosesan akan
berlaku.

Enkripsi kunci simetri ialah pengkomputeran lebih cepat tetapi seperti


yang kita nyatakan tadi, ia mempunyai kelemahan iaitu kunci simetri
hendaklah dihantar kepada penerima melalui talian penghantaran tidak
selamat. Satu penyelesaian ialah dengan menggunakan teknik sampul
digital.

Sampul digital digunakan dengan menggunakan lebih banyak enkripsi


dan dekripsi simetri efisien untuk dokumen yang besar tetapi enkripsi
kunci awam digunakan sebagai ganti untuk mengenkripkan dan
menghantar kunci simetri.

(e) Sijil Digital dan Infrastruktur Kunci Awam (PKI)


Masih ada beberapa kekurangan dalam rejim keselamatan mesej yang
dinyatakan tadi. Bagaimanakah kita tahu bahawa individu dan institusi
adalah yang mereka yang sepatutnya dimaksudkan? Sesiapa sahaja boleh
membentuk gabungan kunci awam dan kunci persendirian serta mendakwa
sebagai Jabatan Pertahanan atau Santa Claus. Sebelum anda membuat
pesanan dengan peniaga dalam talian seperti Amazon.com, anda ingin
memastikan bahawa ia adalah benar-benar Amazon.com yang ada pada
skrin dan bukan diperdayakan dengan mereka yang menyamar sebagai
Amazon.

Dalam dunia fizikal, jika seseorang bertanyakan siapakah anda dan anda
menunjukkan nombor keselamatan sosial, mereka juga mungkin meminta
untuk melihat gambar kad pengenalan anda atau pengenalan yang
diperakui atau pengenalan bersijil. Jika mereka benar-benar ragu siapa
anda, mereka boleh meminta rujukan kepada pihak berkuasa yang lain dan
menemu bual pihak berkuasa tersebut. Begitu juga dalam dunia digital,
kita perlukan cara untuk mengetahui siapa individu dan institusi tersebut
yang sebenarnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  219

Ada dua kaedah untuk menyelesaikan masalah identiti digital ini dan ia
adalah:

(i) Sijil Digital


Sijil digital adalah dokumen digital yang dikeluarkan oleh yang pihak
berkuasa perakuan (CA  certificate authority) yang dipercayai. Rujuk
yang berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai CA.

Pihak berkuasa perakuan ialah „pihak ketiga yang dipercayai‰. Di


Amerika, perbadanan swasta seperti VeriSign dan agensi kerajaan
seperti Perkhidmatan Pos AS bertindak sebagai pihak berkuasa
perakuan.

Sijil digital mengandungi elemen yang berikut seperti yang dapat


dilihat dalam Rajah 6.9:

 Nama subjek atau syarikat;

 Subjek kunci awam;

 Siri nombor sijil digital;

 Tarikh tamat tempoh;

 Tarikh terbitan;

 Tandatangan digital dari pihak berkuasa perakuan (nama CA


yang telah disulitkan menggunakan kunci persendirian CA); dan

 Maklumat lain yang dikenal pasti.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


220  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

Rajah 6.9: Sijil digital


Sumber: https://p10.secure.hostingprod.com

(ii) Infrastruktur Kunci Awam


Apakah infrastruktur kunci awam? Rujuk yang berikut untuk
mengetahui maknanya.

Infrastruktur kunci awam (PKI) merujuk kepada pihak berkuasa


perakuan dan prosedur sijil digital yang diterima oleh semua pihak.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  221

Untuk membuat sijil digital, pengguna menjana pasangan kunci


awam atau persendirian dan menghantar permintaan untuk pensijilan
kepada CA bersama-sama dengan kunci awam pengguna. CA
mengesahkan maklumat dan kemudian mengeluarkan sijil yang
mengandungi kunci awam pengguna dan maklumat lain-lain yang
berkaitan. Akhir sekali, CA mencipta cerna mesej daripada sijil itu
sendiri (sama seperti cerna cencangan) dan ditandatangani dengan
kunci persendirian CA. Cernaan yang ditandatangani ini disebut sijil
yang ditandatangani. Kita akhirnya menghasilkan dokumen siferteks
yang benar-benar unik yang hanya ada satu sijil yang ditandatangani
seperti ini di dunia.

Ada beberapa cara yang sijil boleh digunakan dalam perdagangan.


Sebelum memulakan urus niaga, pelanggan boleh meminta sijil
digital peniaga yang telah ditandatangani dan mendekripsikannya
menggunakan kunci awam peniaga untuk memastikan kedua-dua
cerna mesej dan sijil perakuan seperti yang dikeluarkan. Jika mesej
cerna padan dengan sijil perakuan, maka peniaga dan kunci awam
disahkan. Sebaliknya peniaga juga boleh meminta sijil perakuan
pengguna yang pengguna akan menghantar sijil perakuan individunya
kepada peniaga. Ada banyak jenis sijil: peribadi, institusi, pelayan
web, penerbit perisian dan CA sendiri.

Anda boleh dengan mudah mendapatkan kunci awam dan


persendirian di laman Pretty Good Privacy (PGP) (www.pgpi.org).
PGP dicipta pada tahun 1991, dan telah menjadi salah satu daripada
perisian alatan enkripsi kunci awam e-mel yang paling banyak
digunakan di dunia. Menggunakan perisian PGP yang dipasang pada
komputer anda, anda boleh memampatkan dan menenkripkan mesej
anda seperti mana juga mengesahkan diri anda dan penerima.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


222  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

6.2.2 Pengehadan untuk Penyelesaian Enkripsi


Bagaimanakah kunci persendirian anda dilindungi? Kebanyakan kunci
persendirian akan disimpan dalam komputer meja atau komputer riba yang
selamat.

Oleh itu, ada tiga pengehadan dalam menggunakan enkripsi dan ia adalah:

(a) Tiada Jaminan untuk Menentukan Pengguna Komputer


Tiada jaminan individu yang menggunakan komputer anda dan kunci
persendirian adalah benar-benar anda. Di bawah kebanyakan undang-
undang tandatangan digital (seperti di Utah dan Washington), anda
bertanggungjawab ke atas sebarang aktiviti kunci persendirian anda
walaupun bukan anda yang menggunakan kunci tersebut. Ini sangat
berbeza daripada pesanan mel atau peraturan kad kredit melalui pesanan
telefon; anda mempunyai hak untuk mempertikaikan caj kad kredit.

(b) Tiada Jaminan untuk Mengesahkan Komputer Tersebut Selamat


Tiada jaminan untuk mengesahkan bahawa komputer peniaga terjamin
selamat.

(c) Tiada Dasar Tertentu Dalam Pembatalan atau Pembaharuan Sijil


Jangkaan hayat sijil digital atau kunci persendirian merupakan fungsi
kekerapan penggunaan dan kelemahan sistem yang menggunakan sijil.
Namun, kebanyakan CA tidak mempunyai dasar sekalipun hanya dasar
tahunan dalam menerbitkan semula sijil.

6.2.3 Menjamin Saluran Komunikasi


Konsep enkripsi kunci awam digunakan secara rutin untuk menjamin saluran
komunikasi.

Dalam subtopik ini, kita akan melihat kepada perkara yang berikut:

(a) Lapisan Soket Selamat (SSL  secure sockets layer);

(b) Protokol Pemindahan Hiperteks Selamat (S-HTTP  Secure Hypertext


Transfer Protocol); dan

(c) Rangkaian Persendirian Maya (VPN  virtual private network).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  223

Mari kita melanjutkan perbincangan kita mengenai saluran keselamatan yang


disenaraikan tadi.

(a) Lapisan Soket Selamat (SSL)


Bentuk yang paling biasa menjamin saluran ialah melalui Lapisan Soket
Selamat (SSL) TCP/IP. Apabila anda menerima mesej daripada pelayan di
web bahawa anda akan berkomunikasi menerusi saluran yang selamat,
ini bermakna anda akan menggunakan SSL untuk mewujudkan sesi
rundingan yang selamat (rujuk yang berikut).

Sesi rundingan selamat adalah sesi pelanggan-pelayan yang URL


daripada dokumen yang diminta bersama-sama dengan kandungan,
bentuk kandungan dan pertukaran kuki yang dienkripkan. Anda juga
akan melihat URL berubah daripada HTTP kepada HTTPS.

Sebagai contoh, nombor kad kredit anda yang anda masukkan ke dalam
borang yang akan dienkripkan. Melalui beberapa siri berjabat tangan dan
komunikasi, pelayar dan pelayan menubuhkan satu identiti lain dengan
bertukar-tukar sijil digital, membuat keputusan mengenai enkripsi bentuk
perkongsian yang terkuat dan kemudian meneruskan komunikasi
menggunakan kunci sesi yang dipersetujui.

Kunci sesi ialah kunci enkripsi simetri unik yang dipilih hanya untuk
sesi tunggal ini yang selamat. Kunci boleh digunakan sekali sahaja.

Dalam amalan, kebanyakan individu persendirian tidak mempunyai sijil


digital. Dalam kes ini, pelayan peniaga tidak akan meminta sijil tetapi
pelayar pelanggan akan meminta sijil peniaga apabila sesi yang selamat
dipanggil oleh pelayan.

Protokol SSL menyediakan enkripsi data, pengesahan pelayan, pilihan


pengesahan pelanggan dan integriti mesej untuk sambungan TCP/IP. SSL
boleh didapati dalam peringkat 40-bit dan 128-bit, bergantung kepada versi
pelayar yang anda gunakan. Enkripsi perkongsian yang kuat sentiasa dipilih.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


224  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

SSL telah direka untuk menangani ancaman kesahihan dengan


membenarkan pengguna mengesahkan identiti pengguna yang lain atau
identiti pelayan. Ia juga melindungi integriti pertukaran mesej. Walau
bagaimanapun, sebaik sahaja peniaga menerima kredit dan maklumat
pesanan yang telah dienkripkan, maklumat biasanya disimpan dalam
format yang tidak tersulit pada pelayan peniaga.

Walaupun protokol SSL menyediakan urus niaga selamat antara peniaga


dan pengguna, ia hanya menjamin pengesahan sebelah pelayan dan
menjadikan pengesahan pelanggan sebagai pilihan. Di samping itu, SSL
tidak dapat menafikan yang pengguna boleh memesan barangan atau muat
turun maklumat produk dan kemudiannya mendakwa urus niaga tersebut
tidak pernah berlaku. Protokol lain untuk melindungi urus niaga
kewangan seperti Protokol Transaksi Elektronik Selamat (SET  Secure
Electronic Transaction) telah muncul yang memerlukan semua pihak
terlibat dalam urus niaga menggunakan sijil digital.

(b) Protokol Pemindahan Hiperteks Selamat (S-HTTP)


Satu kaedah lain yang mampu bersaing dipanggil sebagai Protokol
Pemindahan Hiperteks Selamat (S-HTTP). S-HTTP ialah protokol mesej
yang selamat berorientasikan komunikasi yang direka untuk digunakan
bersama dengan HTTP. Ia direka untuk kewujudan bersama HTTP dan
dengan mudah disepadukan dengan aplikasi HTTP. Pada asasnya, S-HTTP
cuba untuk membuatkan HTTP lebih selamat. Manakala SSL direka untuk
mewujudkan sambungan yang selamat antara dua komputer, S-HTTP
direka untuk menghantar mesej individu dengan selamat.

Walau bagaimanapun, anda perlu ingat bahawa tidak semua pelayar dan
bukan semua laman web menyokong S-HTTP. Anda tahu anda akan
berurusan dengan tapak sokongan apabila URL bermula dengan „SHTTP‰.
Penggunaan ini sebagai sebahagian daripada tag sauh yang menunjukkan
bahawa sasaran pelayan ialah S-HTTP berkebolehan. Mesej yang
menggunakan S-HTTP mungkin:

(i) Telah ditandatangani;

(ii) Telah disahkan;

(iii) Telah dienkripkan; dan

(iv) Dalam mana-mana cara gabungan yang dinyatakan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  225

(c) Rangkaian Persendirian Maya (VPN)


Rangkaian Persendirian Maya (VPN) membenarkan pengguna jauh
untuk mengakses dengan selamat rangkaian dalaman melalui Internet,
menggunakan Protokol Penerowongan Titik ke Titik (PPTP  Point-
To-Point Protocol Tunneling). Rujuk yang berikut untuk mengetahui
maksudnya.

Protokol Penerowongan Titik Ke Titik adalah mekanisme pengekodan


yang membolehkan satu rangkaian setempat untuk menyambung
kepada yang lain menggunakan Internet sebagai saluran.

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.10, pengguna jauh boleh mendail
ke dalam penyedia perkhidmatan Internet (ISP ă Internet service provider)
tempatan, dan PPTP membuat sambungan daripada ISP kepada rangkaian
korporat jika pengguna telah mendail ke dalam rangkaian korporat
secara langsung. Proses penyambung satu protokol (PPTP) melalui satu
lagi Protokol Internet (IP  Internet protocol) juga dikenali sebagai
penerowongan kerana PPTP mewujudkan sambungan persendirian
dengan menambah pelindung yang tidak dapat dilihat di seluruh mesej
untuk menyembunyikan kandungan. Oleh sebab mesej bergerak melalui
Internet antara ISP dan rangkaian korporat, ia dilindungi daripada mata
peninjau oleh pelindung PPTP yang dienkripkan.

Rajah 6.10: Rangkaian persendirian maya

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


226  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

Rangkaian persendirian maya adalah „maya‰ dalam erti kata bahawa ia dilihat
kepada pengguna sebagai talian berdedikasi selamat, sedangkan ia merupakan
talian selamat yang sementara. Kegunaan utama VPN adalah untuk mewujudkan
komunikasi yang selamat di kalangan rakan kongsi perniagaan pembekal atau
pelanggan yang lebih besar. Sambungan khusus untuk rakan kongsi perniagaan
boleh menjadi sangat mahal. Menggunakan Internet dan PPTP sebagai kaedah
sambungan dengan ketaranya dapat mengurangkan kos komunikasi yang
selamat.

6.2.4 Melindungi Rangkaian


Sebaik sahaja anda telah melindungi komunikasi sebaik mungkin, set alatan
yang seterusnya untuk dipertimbangkan adalah yang boleh melindungi rangkaian
anda dan pelayan serta pelanggan yang berada di rangkaian tersebut. Alatan
yang digunakan untuk tujuan ini adalah:

 Tembok api; dan

 Pelayan proksi.

Tembok api dan pelayan proksi adalah bertujuan untuk membina sebuah tembok
di sekeliling rangkaian anda serta pelayan dan pelanggan yang berhubung
bersama, seperti tembok api dunia fizikal yang melindungi anda daripada api
untuk tempoh masa yang terhad. Tembok api dan pelayan proksi berkongsi
beberapa fungsi yang sama tetapi ia agak berbeza seperti yang dijelaskan berikut:

(a) Tembok Api


Tembok api ialah aplikasi perisian yang bertindak sebagai penapis antara
rangkaian persendirian syarikat dan Internet seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 6.11.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  227

Rajah 6.11: Tembok api


Sumber: http://www.barbardata.com

Ia menghalang mesin pelanggan jauh daripada berhubung kepada rangkaian


dalaman anda. Tembok api memantau dan mengesahkan semua komunikasi
masuk dan keluar. Setiap mesej yang dihantar atau yang diterima daripada
rangkaian diproses oleh perisian tembok api yang menentukan jika mesej
memenuhi garis panduan keselamatan yang diwujudkan oleh perniagaan.
Jika ia mematuhi, ia dibenarkan untuk diedarkan. Walau bagaimanapun, jika
tidak, mesej akan disekat.

Ada dua kaedah utama tembok api digunakan untuk mengesahkan trafik:

(i) Penapis Paket


Penapis paket memeriksa paket data untuk menentukan sama ada ia
telah ditujukan ke port yang dilarang atau berasal dari alamat IP yang
dilarang (seperti yang dinyatakan oleh pentadbir keselamatan).
Penapis khusus melihat sumber dan maklumat destinasi, juga port
dan jenis paket, apabila menentukan sama ada maklumat itu boleh
dihantar. Satu kelemahan kaedah penapisan paket ialah ia mudah
terdedah kepada perdayaan kerana pengesahan bukanlah salah satu
peranannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


228  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

(ii) Gerbang Aplikasi


Gerbang aplikasi ialah sejenis tembok api yang menapis komunikasi
berdasarkan aplikasi yang dipohon dan bukannya sumber atau
destinasi mesej. Tembok api tersebut juga memproses permintaan
di peringkat aplikasi, jauh daripada komputer pelanggan jika
dibandingkan dengan penapis paket. Dengan menyediakan titik
penapisan pusat, gerbang aplikasi menyediakan keselamatan yang
lebih tinggi daripada penapis paket tetapi boleh berkompromi dengan
prestasi sistem.

(b) Pelayan Proksi


Apakah pelayan proksi? Mari kita mempelajari mengenainya lebih lanjut
dengan melihat penjelasan yang berikut.

Pelayan proksi (proksi) adalah perisian pelayan yang mengendalikan


semua komunikasi yang berasal daripada mana atau yang akan dihantar
ke Internet, bertindak sebagai jurucakap atau pengawal peribadi untuk
organisasi.

Proksi bertindak terutamanya untuk mengehadkan akses pelanggan


dalaman kepada pelayan Internet luar, walaupun sesetengah pelayan
proksi bertindak sebagai tembok api juga. Pelayan proksi kadangkala
dipanggil sistem dwi rumah kerana ia mempunyai dua antara muka
rangkaian. Bagi mesin dalaman, pelayan proksi dikenali sebagai get
laluan, manakala untuk mesin luar, ia dikenali sebagai pelayan mel atau
alamat berangka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  229

Bagaimanakah sistem dwi rumah pelayan proksi berfungsi? Mari kita lihat
Rajah 6.12 yang menunjukkan proses yang terlibat dalam sistem.

Rajah 6.12: Sistem dwi rumah pelayan proksi

Dengan melarang pengguna daripada berkomunikasi secara langsung


dengan Internet, syarikat boleh menyekat akses kepada jenis laman web
tertentu, seperti pornografi, laman lelongan atau laman penjualan
perdagangan. Pelayan proksi juga meningkatkan prestasi web dengan
menggunakan cara yang berikut:

(i) Menyimpan laman web tempatan yang kerap diminta;

(ii) Mengurangkan masa muat naik; dan

(iii) Menyembunyikan alamat rangkaian dalaman, sekali gus menjadikan


penggodam lebih sukar untuk memantau.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


230  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

6.2.5 Melindungi Pelayan dan Pelanggan


Pelayan dan pelanggan boleh terus dilindungi daripada jenis serangan tertentu
dengan cara yang berikut:

(a) Kawalan Sistem Pengoperasian


Sistem pengoperasian komputer biasanya mempunyai nama pengguna
bina dalam dan keperluan kata laluan yang menyediakan tahap pengesahan.
Sesetengah sistem pengoperasian juga mempunyai fungsi kawalan akses
yang mengautomasikan akses pengguna (atau selalunya menafikan akses
oleh pelanggan) untuk pelbagai tempat dalam rangkaian.

Contohnya, keselamatan sistem operasi boleh mengurus akses laluan


rangkaian yang dipilih supaya hanya kakitangan yang diberi kuasa boleh
mendapatkan akses kepada maklumat gaji. Perisian aplikasi termasuk
Microsoft Office dan semua pakej pangkalan data sebelah pelayan yang
mengandungi ciri-ciri pengurusan keselamatan menyeluruh yang boleh
digunakan pada rangkaian dan intranet untuk menguruskan akses ke fail
data.

(b) Perisian Antivirus


Cara yang paling mudah dan paling murah untuk mencegah ancaman
kepada integriti sistem ialah memasang perisian antivirus. Program oleh
McAfee dan Symantec menyediakan alatan yang murah untuk mengenal
pasti dan membasmi jenis virus yang paling biasa apabila ia hendak
memasuki komputer, dan juga memusnahkan virus ini yang bila telah ada
dalam cakera keras.

Walau bagaimanapun, ia masih tidak mencukupi dengan hanya memasang


perisian ini sekali. Memandangkan virus baru dibangunkan setiap hari,
kemas kini rutin diperlukan untuk mengelakkan ancaman baru daripada
dimuatkan.

(c) Sistem Pengesanan Pencerobohan


Sistem ini lebih kompleks dan mahal, beroperasi seperti perisian antivirus;
ia mencari perkakasan atau aksi tersendiri penggodam yang dikenali.

Direka untuk mencetuskan penggera apabila tindakan dikesan, sistem


ini perlu dipantau oleh kakitangan atau perkhidmatan pengesanan
pencerobohan untuk berfungsi dengan baik. Sensor dipasang pada
rangkaian komputer akan mencetuskan beratus-ratus penggera, dengan
hanya peratusan yang sangat kecil berpotensi mengancam keselamatan.
Pemantauan dan analisis bantuan yang tetap boleh membantu mengetepikan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  231

tindakan yang tidak penting daripada tindakan yang mungkin


membahayakan. Walaupun banyak kerja tambahan dilakukan dalam
menghapuskan penggera palsu, sistem pengesanan pencerobohan juga
bertindak sebagai pertahanan baris hadapan terhadap serangan penggodam.

SEMAK KENDIRI 6.2

1. Bagaimanakah atur cara antivirus mengesan dan mengenal pasti


virus?

2. Apakah alatan yang digunakan untuk melindungi rangkaian,


pelayan dan pelanggan?

AKTIVITI 6.2

1. Apakah enkripsi?

2. Berikan empat bentuk teknologi enkripsi yang digunakan


sekarang.

3. Terangkan kedua-dua alatan ini yang digunakan untuk


mewujudkan saluran komunikasi Internet yang selamat:

(a) Lapisan Soket Selamat (SSL)

(b) Protokol Pemindahan Hiperteks Selamat (S-HTTP)

Anda boleh melayari laman yang web berikut untuk mendapatkan maklumat
lanjut mengenai teknologi penyelesaian untuk keselamatan e-dagang:

(a) Enkripsi:
http://tools.devshed.com/c/a/How-To/What-Is-Encryption-
Technology/

(b) Panduan untuk pengesanan pencerobohan dan sistem pencegahan:


http://csrc.ncsl.nist.gov/publications/nistpubs/800-94/SP800-94.pdf

(c) Artikel mengenai topik-topik keselamatan:


www.windowsecurity.com/

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


232  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

6.3 DASAR DAN PROSEDUR


Kebanyakan ketua pegawai eksekutif (CEO  chief executive officer) dan ketua
pegawai maklumat (CIO  chief information officer) operasi e-dagang yang
sedang beroperasi percaya bahawa teknologi bukan isu utama dalam
menguruskan risiko e-dagang. Teknologi menyediakan asas tetapi ketiadaan
dasar pengurusan pintar, teknologi yang terbaik juga boleh ditewaskan dengan
mudah. Undang-undang awam dan penguatkuasaan aktif ke atas statut jenayah
siber juga diperlukan untuk menaikkan kedua-dua kos tingkah laku menyalahi
undang-undang di Internet dan pengawalan terhadap penyalahgunaan maklumat
korporat. Mari kita pertimbangkan secara ringkas pembangunan dasar
pengurusan.

6.3.1 Pelan Keselamatan: Dasar Pengurusan


Dalam usaha untuk mengurangkan ancaman keselamatan, syarikat e-dagang
perlu membangunkan dasar korporat koheren seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 6.13. Dasar ini mengambil kira sifat risiko itu sendiri, aset maklumat yang
memerlukan perlindungan, dan prosedur serta teknologi yang diperlukan untuk
menangani risiko, serta pelaksanaan dan mekanisme pengauditan.

Rajah 6.13: Pengurusan pelan keselamatan eădagang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  233

(a) Penilaian Risiko


Pelan keselamatan bermula dengan penilaian risiko yang merupakan
penilaian terhadap risiko dan titik kelemahan. Langkah pertama dalam
menangani risiko ini adalah untuk inventori maklumat dan aset
pengetahuan halaman e-dagang dan syarikat. Apakah maklumat yang
berisiko? Adakah maklumat pelanggan, reka bentuk persendirian, aktiviti
perniagaan, proses rahsia, atau maklumat dalaman yang lain seperti jadual
harga, pampasan eksekutif atau gaji? Bagi setiap jenis aset maklumat, cuba
anggarkan dalam nilai dolar kepada syarikat jika maklumat ini telah
dikompromikan dan kemudian gandakan amaun tersebut dengan
kebarangkalian kerugian berlaku. Sebaik sahaja anda telah berbuat demikian,
senaraikan keputusan mengikut keutamaan. Anda kini mempunyai senarai
aset maklumat mengikut keutamaan berdasarkan nilainya kepada syarikat.

(b) Membangunkan Dasar Keselamatan


Berdasarkan senarai risiko yang telah anda nyatakan kuantitinya, anda
boleh mula membangunkan dasar keselamatan (rujuk yang berikut).

Dasar keselamatan adalah satu set kenyataan mengikut keutamaan


risiko maklumat, mengenal pasti sasaran risiko yang boleh diterima dan
mengenal pasti mekanisme untuk mencapai sasaran ini.

Anda tentu akan mahu bermula dengan aset maklumat yang anda tetapkan
sebagai keutamaan tinggi dalam penilaian risiko anda.

Berikut adalah soalan yang mungkin memberi petunjuk dalam


membangunkan dasar keselamatan:

(i) Siapakah yang menjana dan mengawal maklumat ini dalam syarikat?

(ii) Apakah dasar keselamatan yang sedia ada untuk melindungi


maklumat tersebut?

(iii) Apakah penambahbaikan yang anda boleh syorkan untuk


meningkatkan keselamatan terhadap aset paling bernilai?

(iv) Apakah tahap risiko yang anda sanggup terima bagi setiap aset?

(v) Adakah anda sudah bersedia, seperti kehilangan data kredit


pelanggan sekali setiap 10 tahun?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


234  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

(vi) Atau anda akan melaksanakan strategi ribut taufan 100 tahun dengan
membina bangunan keselamatan untuk data kad kredit yang boleh
menahan bencana sekali dalam 100 tahun?

Anda akan perlu menganggarkan berapa banyak kos untuk mencapai tahap
risiko yang boleh diterima. Perlu diingatkan, keselamatan yang lengkap
dan utuh mungkin memerlukan sumber kewangan yang sangat besar.

(c) Pelan Pelaksanaan


Pelan pelaksanaan merupakan langkah tindakan yang akan anda ambil
untuk mencapai matlamat pelan keselamatan. Khususnya, anda perlu
menentukan bagaimana anda akan menterjemahkan tahap risiko yang
boleh diterima ke dalam satu set alatan, teknologi, dasar dan prosedur.
Apakah teknologi baru yang anda akan gunakan untuk mencapai matlamat
tersebut dan apakah prosedur pekerja baru yang diperlukan?

Untuk melaksanakan pelan anda, anda akan memerlukan unit organisasi


keselamatan dan pegawai keselamatan.

Mari kita lihat takrif yang diberikan untuk kedua-dua istilah.

Pegawai keselamatan adalah orang yang bertanggungjawab terhadap


keselamatan pada setiap hari. Bagi laman web e-dagang yang kecil,
pegawai keselamatan biasanya adalah orang yang bertanggungjawab
bagi perkhidmatan Internet atau pengurus laman; manakala bagi
syarikat yang lebih besar, biasanya ada pasukan khas yang disokong
dari segi kewangan.

Organisasi keselamatan mendidik dan melatih pengguna, memastikan


pengurusan sedar terhadap ancaman keselamatan dan kerosakan serta
mengekalkan alatan yang dipilih untuk melaksanakan keselamatan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  235

Organisasi keselamatan biasanya menguruskan perkara yang berikut:

(i) Kawalan Akses


Kawalan akses menentukan siapakah dari luar dan siapakah dalam
yang boleh mendapat akses yang sah kepada rangkaian anda. Kawalan
akses dari luar termasuk tembok api dan pelayan proksi, manakala
kawalan akses dari dalam biasanya terdiri daripada prosedur log
masuk (nama pengguna, kata laluan dan kod akses).

(ii) Prosedur Pengesahan


Prosedur pengesahan termasuk penggunaan tandatangan digital,
sijil yang diperakukan dan infrastruktur kunci awam. Sekarang,
e-tandatangan telah diiktiraf oleh badan undang-undang sepertimana
seperti versi asal tandatangan pen dan dakwat, syarikat dalam
proses merangka cara untuk menguji dan mengesahkan identiti
penandatangan.

Melampirkan cap jari digital dan menunjukkan imej video secara


langsung daripada penandatangan ialah dua kaedah yang masih
dipertimbangkan. Syarikat sering mempunyai penandatangan untuk
menaip nama penuh dan mengklik pada butang yang menunjukkan
mereka memahami bahawa mereka baru sahaja menandatangani
kontrak atau dokumen.

Peranti biometrik yang mengukur ciri-ciri biologi atau fizikal individu,


digunakan bersama-sama dengan tandatangan digital. Alatan ini
mengesahkan sifat fizikal individu seperti cap jari, imbasan retina
(mata) atau sistem pengecaman pertuturan.

Syarikat mungkin memerlukan, contohnya, individu menjalani


imbasan cap jari sebelum dibenarkan mengakses ke laman web atau
sebelum dibenarkan untuk membayar barangan dengan kad kredit.
Peranti biometrik menjadikannya lebih sukar bagi penggodam untuk
memecah masuk ke dalam laman web atau kemudahan dengan
ketara mengurangkan peluang untuk memperdaya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


236  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

(iii) Dasar Kebenaran


Mari kita lihat yang berikut bagi kedua-dua istilah yang berkaitan
dengan kebenaran.

Dasar kebenaran menentukan tahap peringkat akses kepada aset


maklumat bagi peringkat pengguna yang berbeza.

Sistem pengurusan kebenaran menetapkan di mana dan bila


pengguna dibenarkan untuk mengakses bahagian tertentu laman
web. Fungsi utamanya untuk menyekat akses kepada maklumat
peribadi dalam infrastruktur Internet syarikat.

Walaupun terdapat beberapa buah produk pengurusan kebenaran yang


ada sekarang, kebanyakannya beroperasi dengan cara yang sama. Sistem
menyulitkan sesi pengguna kepada fungsi seperti kunci laluan yang
mengikuti pengguna dari halaman ke halaman, membolehkan akses hanya
untuk kawasan yang pengguna dibenarkan masuk, berdasarkan maklumat
yang ditetapkan pada sistem pengurusan yang tahu siapa yang dibenarkan
untuk pergi ke mana pada setiap masa.

(d) Audit Keselamatan


Langkah terakhir dalam membangunkan pelan keselamatan e-dagang
adalah melaksanakan audit keselamatan (rujuk yang berikut).

Audit keselamatan melibatkan ulasan rutin log akses dengan mengenal


pasti bagaimana orang luar menggunakan laman web ini serta
bagaimana pekerja sendiri mengakses aset halaman. Laporan bulanan
hendaklah dihasilkan yang menetapkan akses rutin dan bukan rutin
kepada sistem serta mengenal pasti aktiviti corak luar biasa.

Pasukan harimau sering digunakan oleh laman web korporat yang besar
untuk menilai kekuatan prosedur keselamatan yang sedia ada.

Sebelum kita pergi lebih jauh, apakah pasukan harimau? Adakah pasukan
tersebut mempunyai ciri yang sama seperti haiwan sebenar yang berjalur
hitam oren-kemerahan itu?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  237

Pasukan harimau adalah kumpulan yang satu-satunya kerja mereka


adalah aktiviti mencuba memecah masuk ke dalam halaman web dan
berhenti sejurus sebelum membuat sebarang perubahan yang tidak sah
ke laman web. Kebanyakan syarikat kecil telah muncul dalam tempoh
lima tahun kebelakangan ini untuk menawarkan perkhidmatan ini
kepada laman web korporat yang besar.

6.3.2 CyberSecurity Malaysia


CyberSecurity Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1997 ialah badan
keselamatan siber nasional di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
(MOSTI). Ia termasuk pelbagai unit dan menyediakan perkhidmatan untuk
pengguna Internet dan organisasi dalam bidang keselamatan siber. Sebagai
contoh, Pusat Bantuan Cyber999 menguruskan pengesanan, tafsiran dan tindak
balas kepada insiden keselamatan komputer. Ia juga menyediakan tip
keselamatan, nasihat dan perkhidmatan khusus seperti forensik digital dan
keselamatan wayarles. Ia juga mengendalikan pusat latihan untuk pensijilan
profesional.

AKTIVITI 6.2

Bayangkan anda ialah pemilik laman web e-dagang. Apakah tanda-


tanda bahawa laman web anda telah digodam?

LATIHAN 6.3
1. Kenal pasti dan bincangkan lima langkah dalam membangunkan
pelan keselamatan e-dagang.

2. Bagaimanakah peranti biometrik membantu meningkatkan


keselamatan?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


238  TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG

Layari laman web yang berikut untuk maklumat lanjut mengenai pertubuhan
yang menggalakkan keselamatan komputer:
(a) CyberSecurity Malaysia:
http://www.cybersecurity.my

(b) Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer:


http://www.cert.org

(c) Institut SANS:


http://www.sans.org/
(d) Pusat Pendidikan dan Penyelidikan Jaminan Maklumat dan Keselamatan:
http://www.cerias.purdue.edu/

 E-dagang terdedah kepada pelbagai ancaman keselamatan. Serangan ke atas


sistem e-dagang boleh mendedahkan atau memanipulasi maklumat
persendirian.

 Saluran komunikasi secara umum dan Internet khususnya lebih terdedah


kepada serangan.

 Dimensi utama keselamatan e-dagang adalah: integriti, tidak disangkal,


kesahihan, kerahsiaan, privasi dan ketersediaan.

 Tujuh bentuk yang paling biasa dan paling merosakkan dalam ancaman
keselamatan kepada laman web e-dagang termasuk: kod hasad, penggodaman
dan vandalisme siber, penipuan kad kredit atau kecurian, perdayaan, penafian
serangan perkhidmatan dan penghiduan.

 Pelbagai bentuk teknologi enkripsi membantu untuk melindungi keselamatan


mesej yang dihantar melalui Internet: enkripsi kunci simetri, kriptografi
kunci awam, sampul digital, dan sijil digital dan infrastruktur kunci awam.

 Selain enkripsi, ada beberapa buah alatan lain yang digunakan untuk
menjamin saluran komunikasi Internet, termasuk: SSL , S-HTTP dan VPN.

 Selepas saluran komunikasi terjamin, alatan untuk melindungi rangkaian,


pelayan dan pelanggan perlu dilaksanakan termasuk: tembok api, proksi,
kawalan sistem operasi dan perisian anti virus.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KESELAMATAN E-DAGANG  239

 Teknologi itu sendiri bukan isu utama dalam menguruskan risiko e-dagang,
undang-undang awam dan pengaktifan penguatkuasaan statut jenayah
siber juga mengehendaki kedua-duanya menaikkan kos tingkah laku
yang menyalahi undang-undang di Internet dan melindungi daripada
penyalahgunaan maklumat korporat.

Atur cara yang tidak diingini Penghiduan


Enkripsi Penipuan kad kredit
Fungsi cencangan Perdayaan
Kawalan sistem operasi Perisian antivirus
Kecurian identiti Protokol pemindahan hiperteks selamat
Kerja dari dalam Protokol penerowongan titik ke titik
Kod hasad Rangkaian persendirian maya
Laman web sepam Sampul digital
Lapisan soket selamat Siferteks
Memancing data Sijil digital
Menggodam Sistem pengesanan pencerobohan
Pelayan proksi Tandatangan digital
Penafian perkhidmatan Tembok api
Penafian perkhidmatan teragih Vandalisme siber

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Sistem
7 Pembayaran
E-dagang
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan fungsi asas sistem kad pembayaran yang digunakan
dalam e-dagang;
2. Membincangkan kebaikan dan keburukan kad pembayaran;
3. Menghuraikan fungsi tunai digital;
4. Membincangkan kebaikan dan keburukan tunai digital;
5. Mengenal pasti bagaimana dompet digital berfungsi;
6. Menerangkan kegunaan kad nilai tersimpan dalam e-dagang;
7. Memeriksa penggunaan sistem pembayaran baki terkumpul digital
dan pemeriksaan digital; dan
8. Menerangkan fungsi pengemukaan bil elektronik dan sistem
pembayaran.

 PENGENALAN
Fungsi penting dalam laman web e-dagang ialah pengendalian pembayaran
di dalam Internet. Kebanyakan e-dagang melibatkan pertukaran wang untuk
barangan atau perkhidmatan. Pada hari ini, tiga cara asas untuk membayar
pembelian dalam talian iaitu melalui kad kredit, PayPal dan kad debit yang
secara kolektif menyumbang melebihi 90% daripada semua pembayaran dalam

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG  241

talian di Amerika. Hanya sebilangan kecil pembayaran oleh pengguna dibuat


melalui pemindahan elektronik dan kaedah ini semakin berkembang. Pemindahan
elektronik oleh pengguna yang paling popular merupakan pembayaran pinjaman
kereta secara automatik, bayaran insurans dan pembayaran pinjaman perumahan
yang dibuat daripada akaun bank pengguna.

Dalam topik ini, kita akan membincangkan enam teknologi pembayaran iaitu:

(a) Kad pembayaran (iaitu kad kredit, kad debit);

(b) Tunai digital;

(c) Dompet digital;

(d) Sistem pembayaran dalam talian dengan simpanan nilai atau nilai
tersimpan (iaitu PayPal, kad pintar);

(e) Sistem baki terkumpul digital; dan

(f) Sistem pemeriksaan digital.

Setiap teknologi pembayaran ini mempunyai ciri-ciri unik, kos, kebaikan dan
keburukan. Beberapa kaedah sudah pun popular dan diterima secara meluas,
sementara sebahagian lagi hanya mula diterima. Maka, penggunaannya pada
masa depan masih belum dapat ditentukan dengan jelas. Semua kaedah
pembayaran elektronik ini boleh berfungsi dengan baik untuk laman e-dagang
B2C. Di Amerika, pembayaran kad kredit ialah bentuk utama sistem pembayaran
dalam talian yang menyumbang kepada kira-kira 60% daripada urus niaga
dalam talian pada tahun 2008.

Akhir sekali, topik ini berakhir dengan perbincangan mengenai sistem


pembayaran untuk halaman e-dagang B2B serta sistem bil dan pengemukaan
elektronik.

7.1 KAD PEMBAYARAN


Peniaga sering menggunakan istilah „kad pembayaran‰ sebagai istilah umum
untuk menggambarkan semua jenis kad plastik yang digunakan oleh pengguna
(dan beberapa perniagaan) untuk membuat pembelian. Kategori utama kad
pembayaran adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


242  TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG

Rajah 7.1: Kategori kad pembayaran

Mari kita lihat penjelasan terperinci disediakan bagi setiap kad pembayaran:

(a ) Kad Kredit
Kad kredit ialah berbentuk pembayaran dalam talian yang paling popular
untuk pengguna. Kad kredit, seperti Visa atau MasterCard mempunyai
had penggunaan yang terhad berdasarkan sejarah tahap pendapatan
pengguna; pengguna boleh melakukan pembayaran baki kad kredit secara
keseluruhan atau cuma membayar jumlah minimum bagi setiap tempoh
bil. Untuk sebarang baki yang belum dibayar, pengeluar kad kredit akan
mengenakan faedah ke atas pengguna. Ramai pengguna mempunyai kad
kredit atau sekurang-kurangnya biasa tentang bagaimana ia berfungsi.

Kad kredit diterima secara meluas oleh peniaga di seluruh dunia dan
memberi jaminan bagi kedua-dua pengguna dan peniaga. Pengguna
dilindungi secara automatik untuk tempoh 30 hari iaitu dia boleh
mempertikaikan sebarang pembelian dalam talian menggunakan kad
kreditnya. Pembayaran melalui kad kredit untuk sebarang pembelian
dalam talian ialah semudah pembelian di kedai bata dan mortar.

Peniaga yang sudah menerima pakai kad kredit di kedai luar talian mereka
boleh menerima sebarang pembayaran dalam talian kerana ia sudah
mempunyai akaun kad kredit peniaga. Pembelian dalam talian memerlukan
tambahan keselamatan yang tidak diperlukan dalam pembelian luar talian
kerana pemegang kad tidak hadir secara bersemuka dan tidak dapat
memberi bukti identiti semudah pengguna berdiri di kaunter daftar tunai.

(b) Kad Debit


Kad debit kelihatan seperti kad kredit tetapi ia mempunyai fungsi yang
berbeza. Di sebalik mengenakan bayaran pembelian terhadap kemudahan
kredit, kad debit menggunakan baki akaun bank pemegang kad untuk

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG  243

jumlah bayaran pembelian dalam talian dan memindahkan jumlah jualan


kepada akaun bank penjual. Kad debit dikeluarkan oleh bank pemegang
kad dan biasanya menampilkan nama pengeluar kad kredit utama, seperti
Visa atau MasterCard melalui perjanjian antara bank yang mengeluarkan
kad debit itu dan pengeluar kad debit.

(c) Kad Caj


Kad caj, seperti yang ditawarkan oleh American Express atau Diners Club,
tidak mempunyai had perbelanjaan dan seluruh jumlah yang dicaj ke kad
perlu dibayar pada akhir tempoh bil. Kad caj tidak melibatkan kemudahan
kredit dan melakukan tidak mengumpul caj faedah.

7.1.1 Kelebihan dan Kekurangan Kad Pembayaran


Kad pembayaran mempunyai beberapa ciri yang menyebabkan ia menarik, dan
menjadi pilihan popular kepada kedua-dua pengguna dan peniaga dalam urus
niaga dalam talian dan luar talian. Mari kita lihat kelebihan menggunakan kad
pembayaran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.1.

Jadual 7.1: Kelebihan Menggunakan Kad Pembayaran

Kelebihan Deskripsi
Perlindungan Untuk peniaga, kad pembayaran menawarkan perlindungan
daripada daripada penipuan. Apabila peniaga menerima kad pembayaran
penipuan untuk pembayaran dalam talian atau untuk pesanan yang dibuat
melalui telefon, peniaga boleh mengesahkan dan membenarkan
pembelian melalui rangkaian pemprosesan kad pembayaran.
Penerimaan di Kad pembayaran boleh digunakan di mana sahaja di dunia, dan
seluruh dunia penukaran mata wang, jika perlu, dikendalikan oleh pengeluar kad.
Bentuk Dalam urus niaga dalam talian, apabila seseorang pengguna
pembayaran mencapai kaunter keluar elektronik, dia akan memasukkan nombor
yang lebih kad pembayaran dan juga maklumat penghantaran dan bil di ruang
mudah yang tersedia untuk melengkapkan urus niaga.
Tiada Pengguna ini tidak memerlukan apa-apa perkakasan atau perisian
pemasangan khas untuk melengkapkan urus niaga.
Ciri Kad pembayaran menyediakan keselamatan yang terbina dalam
keselamatan untuk peniaga kerana peniaga mendapat jaminan yang lebih tinggi
binaan dalam bahawa mereka akan dibayar melalui syarikat yang mengeluarkan
kad pembayaran daripada melalui proses invois yang selalunya akan
mengambil masa yang lebih lama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


244  TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG

Kita telah melihat semua kelebihan kad pembayaran. Sekarang, mari kita beralih
kepada keburukan menggunakan kad pembayaran seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 7.2.

Jadual 7.2: Kekurangan Menggunakan Kad Pembayaran

Kekurangan Deskripsi
Yuran urus Syarikat perkhidmatan kad pembayaran mengenakan peniaga yuran
niaga dan urus niaga dan yuran pemprosesan bulanan (kira-kira 1% hingga
yuran 4%). Bayaran ini boleh bertambah tetapi peniaga menerimanya
pemprosesan sebagai kos menjalankan perniagaan. Mana-mana peniaga yang tidak
bulanan menerima kad pembayaran untuk pembelian, mempunyai risiko
untuk kehilangan sebahagian besar daripada jualan kepada peniaga
lain yang berbuat menerima kad pembayaran.
Harga barang Pengguna yang membayar menggunakan kad pembayaran tidak
dan membayar yuran berasaskan urus niaga secara langsung tetapi harga
perkhidmatan barangan, dan perkhidmatan adalah sedikit lebih tinggi daripada
yang tinggi barangan dan perkhidmatan yang diniagakan dalam persekitaran
yang bebas daripada pembayaran kad.
Yuran tahunan Kebanyakan pengguna juga membayar yuran tahunan untuk kad
kredit dan kad caj. Yuran tahunan untuk kad debit adalah lebih
rendah.

7.1.2 Penerimaan Pembayaran dan Pemprosesan


Kebanyakan orang sudah biasa dengan penggunaan kad pembayaran. Apabila
pembelian dibuat, kerani melalukan kad itu melalui terminal kad pembayaran
dalam talian dan akaun kad dicaj serta-merta. Proses ini sedikit berbeza pada
Internet, walaupun pembelian dan pemprosesan caj mengikut peraturan yang
sama.

Pemprosesan kad pembayaran telah menjadi lebih mudah sejak dua dekad
yang lalu kerana Visa dan MasterCard, bersama-sama dengan rakan kerja
MasterCards di Eropah, MasterCard Europe (sebelum ini dikenali sebagai
Europay) telah melaksanakan satu standard dalam pengendalian urus niaga kad
pembayaran dipanggil sebagai standard EMV (EMV berasal dari nama syarikat:
Europay, MasterCard dan Visa).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG  245

Peniaga mesti terlebih dahulu menyediakan akaun perniagaan untuk memproses


urus niaga kad pembayaran. Langkah-langkah dalam urus niaga kad pembayaran
biasanya telus kepada pengguna. Beberapa kumpulan dan individu yang terlibat
dalam urus niaga tersebut sebagai:

(a) Peniaga;

(b) Bank perniagaan;

(c) Pelanggan;

(d) Bank pelanggan; dan

(e) Syarikat yang mengeluarkan kad pembayaran pelanggan.

Semua entiti ini perlu bekerjasama untuk bayaran pelanggan dikreditkan


ke akaun peniaga (dan sebaliknya apabila pelanggan menerima kredit kad
pembayaran untuk barangan yang dikembalikan).

Urus niaga kad pembayaran adalah mengikut langkah-langkah umum ini sebaik
sahaja peniaga menerima maklumat pengguna kad pembayaran yang biasanya
dihantar menggunakan SSL:

(a) Peniaga membuat pengesahan kad pembayaran untuk memastikan ia adalah


sah dan tidak dicuri;

(b) Peniaga akan memeriksa dengan pengeluar kad pembayaran untuk


memastikan kredit itu atau dana sebenarnya ada dan meletakkan
kemudahan kredit yang terhad, atau mengetepikan dana yang diperlukan
untuk membayar barang atau perkhidmatan; dan

(c) Penyelesaian berlaku, biasanya beberapa hari selepas pembelian yang


bermaksud bahawa dana bergerak antara bank melalui gedung penjelasan
automatik (rujuk yang berikut) ke dalam akaun peniaga.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


246  TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG

Gedung Penjelasan Automatik (ACH ă Automated Clearing House)


ialah rangkaian persendirian yang menghubungkan bank-bank dengan
selamat. Rangkaian ini membolehkan pembayaran elektronik, seperti
deposit gaji secara automatik dan pembelian melalui kad debit untuk
dikendalikan dan diproses.

Walaupun ACH dikonfigurasikan secara peribadi, Internet


membolehkan penggunaan ACH dalam e-dagang. Penggunaan ACH
dalam pembayaran adalah lebih murah dan lebih cepat daripada
pemprosesan cek kertas, kedua-dua B2B dan aktiviti e-dagang B2C
menjadi semakin bergantung kepada sistem ACH.

Sumber:
http://www.computerworld.com/s/article/59309/Automated_Clearing
_House

Mari kita lihat penjelasan yang diberikan untuk pemprosesan kad pembayaran.

(a) Sistem Gelung Terbuka


Sistem gelung terbuka melibatkan antara tiga atau lebih pihak. Katakan
pembeli di Internet menggunakan Kad Visa beliau yang dikeluarkan oleh
First Bank of Woodland untuk membeli item dari Web Wonders, yang
mempunyai akaun bank di Hackensack Commerce Bank. Apabila pihak
ketiga, seperti bank perantara dalam contoh ini, memproses urus niaga,
sistem ini disebut sistem gelung terbuka.

Sistem yang menggunakan Visa atau MasterCard ialah contoh yang paling
ketara daripada sistem gelung terbuka. Banyak bank mengeluarkan kedua-
dua kad. Tidak seperti American Express atau Discover, Visa ataupun
MasterCard tidak mengeluarkan kad terus kepada pelanggan. Ahli bank
yang bertanggungjawab untuk menentukan had kredit pelanggan.

(b) Sistem Gelung Tertutup


Dalam sesetengah sistem kad pembayaran, pengeluar kad membayar
peniaga yang menerima kad secara langsung dan tidak menggunakan
perantara, seperti bank atau sistem degung penjelasan automatik.
Pengaturan sebegini disebut sistem gelung tertutup kerana tidak ada
institusi lain yang terlibat dalam urus niaga. American Express dan
Discover ialah contoh sistem gelung tertutup.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG  247

(c) Akaun Peniaga


Untuk memproses kad pembayaran untuk urus niaga Internet, peniaga
dalam talian perlu menyediakan akaun perniagaan. Apabila bank
perniagaan (rujuk yang berikut) mengumpul resit kad kredit bagi pihak
peniaga daripada pengeluar kad pembayaran, ia mengkreditkan nilai urus
niaga kepada akaun peniaga.

Bank perniagaan (atau bank yang memohon bayaran) ialah bank


yang menjalankan perniagaan dengan penjual (termasuk kedua-dua
perniagaan tradisional dan e-dagang) yang mahu menerima kad
pembayaran.

Bank itu akan menilai tahap risiko dalam perniagaan berdasarkan kriteria
yang berikut:

(i) Maklumat Perniagaan


Peniaga mesti menyediakan maklumat perniagaan sebelum bank
menyediakan akaun yang melaluinya, peniaga boleh memproses urus
niaga kad pembayaran. Biasanya, peniaga baru perlu membekalkan
rancangan perniagaan, maklumat mengenai akaun bank sedia ada,
dan sejarah kewangan perniagaan dan peribadi.

Bank peniaga mahu memperoleh keyakinan bahawa peniaga itu


mempunyai prospek yang baik untuk kekal dalam perniagaan dan
mahu untuk mengurangkan risikonya. Peniaga dalam talian yang
kelihatan tidak teratur adalah lebih menarik pada pandangan bank
daripada peniaga dalam talian yang tampak teratur.

(ii) Jenis Perniagaan


Jenis perniagaan juga mempengaruhi kemungkinan bank dalam
pemberian akaun. Dalam kebanyakan industri, bank perniagaan
peniaga akan enggan menawarkan akaun perniagaan kerana jenis
perniagaan tertentu, ada perniagaan mempunyai kemungkinan yang
lebih tinggi daripada pelanggan menolak bayaran caj kad pembayaran
daripada yang lain.

Sebagai contoh, mari kita lihat perniagaan yang menjual skim jaminan
untuk mengurangkan berat badan. Banyak bank tidak akan sanggup
menyediakan akaun untuk perniagaan ini yang ramai pelanggan
mungkin mahukan wang mereka dikembalikan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


248  TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG

Bank perniagaan mesti menganggarkan peratusan jualan yang


mungkin dipersoalkan oleh pemegang kad. Apabila pemegang kad
berjaya mempersoalkan caj yang dikenakan, bank perniagaan perlu
mendapatkan kembali wang yang telah dikreditkan ke dalam akaun
perniagaan dalam proses yang disebut caj kembali. Bagi memastikan
dana yang mencukupi untuk menampung caj kembali, bank
perniagaan peniaga mungkin memerlukan syarikat untuk
mengekalkan dana sebagai deposit dalam akaun perniagaan.

(d) Kad Pemprosesan Pembayaran dalam Talian


Ada dua cara yang terlibat dalam pemprosesan kad pembayaran:

(i) Peniaga Mempunyai Kontrak dengan Pihak Ketiga


Ada beberapa buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan
pemprosesan pembayaran seperti InternetSecure. InternetSecure
membolehkan peniaga untuk menumpukan perhatian kepada
perniagaan sahaja ketika ia menyediakan perkhidmatan kad
pembayaran yang selamat. Syarikat menyediakan pengurusan risiko
dan pengesanan penipuan serta mengendalikan urus peniaga dalam
talian menggunakan infrastruktur pemprosesan kad pembayaran
bank yang diluluskan yang sedia ada, mendapatkan pautan dan
teknologi tembok api untuk memastikan keselamatan yang lengkap.

InternetSecure memberitahu peniaga semua pesanan yang diluluskan


dan membekalkan kod kebenaran kepada pelanggan yang membeli
barangan perisian yang boleh dimuat turun sebaik sahaja penggunaan
kad pembayaran diluluskan. InternetSecure bertanggungjawab untuk
memastikan bahawa semua urus niaga yang diproses untuk syarikat
kad pembayaran dikreditkan ke akaun perniagaan.

(ii) Perisian Pakej dengan Perisian Perniagaan Elektronik


Dari segi perisian, pembekal perisian pembayaran untuk semua jenis
perniagaan ialah FirstData Payment Software (dahulu dikenali sebagai
ICVERIFY). FirstData Payment Software adalah produk pemprosesan
pembayaran paling komprehensif yang terdapat dalam pasaran untuk
peniaga runcit dan peniaga melalui mel atau pesanan telefon. Ia
memproses semua kad kredit utama, kad debit atau ATM , cek, kad
nilai tersimpan dan lain-lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG  249

FirstData Payment Software juga termasuk pangkalan data pelanggan untuk


peniaga melalui mel atau pesanan telefon, fungsi bil berulang, keupayaan
untuk proses Internet dan e-mel, dan keupayaan untuk menyokong pilihan
konfigurasi maju termasuk pemprosesan pemecahan-dua dan pemprosesan
urus niaga Internet. FirstData Payment Software boleh digunakan sebagai
satu penyelesaian perisian persendirian atau bersepadu dengan aplikasi lain
untuk membantu pengguna mengendalikan urus niaga mereka dengan
cepat dan cekap, tanpa mengira asal mereka.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kad pembayaran, anda


boleh melawat laman web ini:

(i) Kad kredit:

 http://www.visa-asia.com

 http://www.mastercard.com/sea/gateway.html

 https://personal.paypal.com/us/cgi-
bin/?&cmd=_rendercontent&content_ID=marketing_us/paypal_
credit_card

 http://www.citibank.com.my

(ii) Kad debit:

 www.pirg.org/consumer/banks/debit/fact.htm

 https://personal.paypal.com/us/cgi-
bin/?cmd=_rendercontent&content_ID=marketing_us/debit_card

(iii) Kad caj:

 http://www.dinersclub.com.my/en/index.asp

 http://www.americanexpress.com/malaysia/homepage.shtml

(iv) Keselamatan:

 http://www.cerias.purdue.edu/

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


250  TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG

AKTIVITI 7.1

Bagaimanakah wujudnya diskriminasi melalui permohonan kad kredit


kepada pengguna?

LATIHAN 7.1
1. Bagaimanakah kad debit berbeza daripada kad kredit?

2. Terangkan secara ringkas keburukan kad kredit sebagai standard


untuk pembayaran dalam talian.

7.2 TUNAI DIGITAL


Apakah tunai digital? Baca maklumat yang berikut untuk mengetahui
maksudnya.

Tunai digital (juga dikenali sebagai wang tunai elektronik atau e-tunai)
merupakan sistem pembayaran alternatif yang dibangunkan untuk e-dagang.
Pembayaran menggunakan wang tunai digital dihantar melalui Internet dalam
bentuk token unik yang disahkan bagi mewakili nilai tunai daripada pengguna
kepada peniaga.

Perbezaan yang ketara antara tunai digital dan kredit kad digital adalah tunai
digital boleh ditukar dengan wang tunai fizikal atas permintaan. Sejak tunai
digital dikeluarkan oleh entiti swasta, ada keperluan untuk standard biasa bagi
semua pengeluar digital tunai supaya tunai digital daripada seorang pengeluar
boleh diterima oleh pengeluar yang lain. Keperluan ini masih belum dipenuhi
kerana sebab yang berikut:

(a) Setiap pengeluar mempunyai standard tersendiri; dan

(b) Tunai digital tidak diterima secara universal seperti wang fizikal yang
dikeluarkan oleh kerajaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG  251

Seperti yang disebutkan sebelum ini, bank yang mengeluarkan kad kredit
menjana pendapatan dengan mengenakan peniaga yuran pemprosesan bagi
setiap urus niaga. Yuran ini dikenakan pada kadar antara 1% hingga 4%
daripada nilai urus niaga. Selalunya, bank mengenakan minimum bayaran
sebanyak 20 sen atau lebih bagi setiap urus niaga. Kebanyakan bank mengenakan
yuran yang lebih tinggi kepada tapak perniagaan elektronik berbanding kedai-
kedai bata dan mortar sebanyak USD1 lebih pada setiap urus niaga kad kredit.
Kos urus niaga dalam talian boleh menjadi 50% lebih tinggi daripada kos untuk
memproses urus niaga yang sama untuk peruncit bata dan mortar.

Bayaran Internet untuk barangan berharga dari beberapa sen sehingga kira-kira
satu dolar dipanggil sebagai bayaran mikro. Pengamal bayaran mikro melihat
banyak aplikasi melibatkan urus niaga sekecil itu, seperti membayar 5 sen untuk
mencetak semula artikel atau membayar 35 sen untuk carian penulisan yang
rumit.

Walau bagaimanapun, bayaran mikro masin belum dilaksanakan dengan baik di


web. Pembayaran antara USD1 dan USD 10 masih belum mempunyai nama yang
diterima pakai secara umum; pemerhati industri menggunakan istilah bayaran
makro untuk menggambarkan apa-apa yang lebih rendah daripada USD10.
Walau bagaimanapun, dalam modul ini, istilah bayaran kecil akan digunakan
pada semua bayaran yang kurang daripada USD10.

Semua skim pembayaran elektronik mempunyai isu yang perlu diselesaikan


untuk mengurangkan kebimbangan pengguna dan memberi mereka keyakinan
pada teknologi. Kebimbangan kaedah pembayaran elektronik termasuk:

(a) Privasi dan keselamatan;

(b) Kebebasan;

(c) Mudah alih; dan

(d) Kemudahan.

Persoalan mengenai privasi dan keselamatan mungkin isu paling penting yang
perlu ditangani dalam mana-mana sistem pembayaran yang akan digunakan
oleh pengguna. Pengguna ingin tahu sama ada urus niaga mudah terdedah dan
sama ada mata wang elektronik boleh disalin, digunakan semula atau dipalsukan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


252  TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG

Tunai digital turut menimbulkan beberapa masalah keselamatan yang unik.


Tunai digital mempunyai dua ciri penting; yang biasanya ditemui dalam mata
wang fizikal:

(a) Penggunaan Sekali


Tunai digital hanya boleh digunakan sekali sahaja dalam talian, sama
seperti dengan mata wang tradisional.

(b) Anonimus (anonymous)


Tunai digital sepatutnya tiada sifat, hanya sebagai mata wang fizikal.
Maknanya, prosedur keselamatan perlu ada untuk menjamin keseluruhan
urus niaga tunai digital berlaku hanya antara dua pihak dan penerima tahu
bahawa mata wang elektronik yang diterima tidak palsu atau pernah
digunakan dalam dua urus niaga yang berlainan. Sebaik-baiknya, pengguna
perlu mampu menggunakan wang tunai digital tanpa mendedahkan identiti
mereka kerana ini menghalang penjual daripada mengumpul maklumat
tentang tabiat perbelanjaan individu atau kumpulan.

7.2.1 Kelebihan dan Kekurangan Tunai Digital


Bil untuk barangan dan perkhidmatan yang dibeli pelanggan merupakan
sebahagian daripada perniagaan. Kaedah bil tradisional dalam paradigma bata
dan mortar adalah mahal, dan melibatkan banyak tugas yang remeh seperti
menjana invois, memasukkan invois ke dalam sampul surat, membeli atau
melekatkan setem pos kepada sampul surat dan menghantar invois kepada
pelanggan. Sementara itu, jabatan perakaunan mesti memantau kemasukan
pembayaran, memasukkan akaun ke dalam pangkalan data dan memastikan
bahawa data pelanggan adalah terkini.

Kedai dalam talian mempunyai banyak ketidakcekapan koleksi pembayaran


yang sama sebagaimana kedai bata dan mortar. Kebanyakan pelanggan dalam
talian menggunakan kad kredit untuk membayar pembelian mereka. Pelanggan
lelongan dalam talian juga menggunakan kaedah pembayaran yang konvensional,
termasuk cek dan kiriman wang. Sistem tunai digital, walaupun kurang popular
berbanding kaedah bayaran lain, memberi kelebihan dan kekurangan yang unik
kepada tunai digital seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.3.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG  253

Jadual 7.3: Kelebihan Tunai Digital

Kelebihan Deskripsi
Efisien Urus niaga tunai digital adalah lebih efisien; menggalakkan lebih
banyak perniagaan dan merendahkan harga untuk pengguna
Lebih murah Kos pemindahan tunai digital di Internet adalah lebih rendah
daripada kos pemprosesan urus niaga kad kredit. Sistem pertukaran
wang konvensional adalah mahal kerana ia memerlukan bank,
cawangan bank, kerani, mesin juruwang automatik, dan sistem urus
niaga elektronik untuk mengurus, memindahkan dan mengagihkan
tunai.

Pemindahan tunai digital berlaku dalam Internet dan melalui sistem


komputer yang sedia ada. Oleh itu, kos tambahan yang ditanggung
pengguna tunai digital adalah hampir sifar. Capaian Internet
menjangkau ke seluruh dunia, maka jarak perjalanan urus niaga
tidak menjejaskan kos. Sebaliknya, menggunakan kaedah tunai
fizikal dan cek, jarak dan kos adalah berkadar seimbang; lebih jauh
jarak pergerakan mata wang, lebih banyak kos diperlukan
Kebenaran Tunai digital tidak memerlukan kebenaran sesuatu pihak,
sebagaimana yang dikehendaki dengan urus niaga kad kredit
Menjadi pilihan Kebanyakan daripada penduduk dunia tidak mempunyai kad
kebanyakan kredit. Kebanyakan orang dewasa tidak dapat memiliki kad kredit
pengguna kerana tidak memenuhi keperluan pendapatan minimum atau
masalah hutang yang lalu. Kanak-kanak dan remaja (pembeli
teruja yang mewakili peratusan besar pembeli dalam talian) adalah
tidak layak, hanya kerana mereka terlalu muda. Untuk kesemua
pengguna ini, tunai digital menyediakan penyelesaian untuk
membayar pembelian dalam talian
Tiada ikatan Tunai digital adalah bebas, ia tidak mempunyai kaitan dengan
mana-mana rangkaian atau penyimpanan peranti. Tunai digital
mata wang yang tiada ikatan, jika kewujudannya bergantung
kepada mekanisme penyimpanan hak milik tertentu yang direka
khas untuk memegang satu jenis tunai digital. Tunai digital dapat
merentasi sempadan antarabangsa dan ditukar secara automatik
kepada mata wang negara penerima
Mudah alih Tunai digital boleh bertukar milik secara bebas antara dua pihak.
Kad kredit dan kad debit tidak memiliki kelebihan mudah alih
atau boleh dipindahkan melalui gabungan dua pihak. Dalam urus
niaga kad kredit, penerima kad kredit pembayaran mesti sudah
mempunyai akaun perniagaan dengan bank; keadaan yang tidak
diperlukan oleh tunai digital
Kemudahan Tunai digital tidak memerlukan apa-apa perkakasan atau perisian
khas; memudahkannya untuk digunakan oleh pengguna

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


254  TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG

Kita telah melihat kelebihan tunai digital, sekarang mari kita menumpukan
perhatian kepada keburukan tunai digital seperti yang digambarkan dalam
Jadual 7.4.

Jadual 7.4: Keburukan Tunai Digital

Keburukan Deskripsi
Jejak audit Tunai digital adalah sama seperti wang tunai sebenar kerana ia
tidak boleh dikesan dengan mudah
Tidak diterima Tunai digital telah berjaya digunakan di beberapa bahagian
secara meluas dunia tetapi ia belum lagi menjadi kejayaan global secara
komersial. Penerimaan meluas diperlukan untuk menjadikan
tunai digital satu alternatif sistem pembayaran yang popular
Pelbagai standard Penyelesaian perlu difikirkan bagi menangani masalah pelbagai
standard digital tunai. Pelanggan tidak mahu membawa pelbagai
jenama tunai digital untuk dapat membeli barang daripada
majoriti peniaga yang menerima wang tunai digital.

Oleh itu, standard perlu dibangunkan untuk pengeluaran wang


digital. Pembekal individu pula perlu melaksanakan standard ini
untuk mereka sistem tunai digital masing-masing. Tunai digital
daripada vendor yang berlainan mesti mudah ditukar supaya
pelanggan boleh menukarkan satu jenis tunai digital kepada jenis
yang lain apabila diperlukan

Ketika tunai digital tidak boleh dijejak, pengubahan wang haram timbul.

Pengubahan wang haram adalah teknik yang digunakan oleh penjenayah


untuk menukar wang yang mereka telah diperoleh secara haram kepada wang
tunai yang boleh digunakan mereka tanpa dikenal pasti sebagai hasil aktiviti
haram. Pengubahan wang haram boleh dilaksanakan dengan pembelian
barangan atau perkhidmatan dengan tunai digital haram. Barangan itu
kemudian dijual untuk wang tunai fizikal dalam pasaran terbuka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG  255

7.2.2 Sistem Tunai Digital


Bagaimanakah sistem tunai digital berfungsi? Rajah 7.2 akan menunjukkan
kepada anda langkah yang terlibat dalam sistem ini.

Rajah 7.2: Sistem tunai digital

Pelanggan boleh menyimpan tunai digital dalam dompet digital (akan


diterangkan dalam subtopik seterusnya) pada komputer masing-masing atau
pada kad menyimpan nilai (juga akan diterangkan kemudian dalam topik ini).
Di samping itu, pengguna boleh memberi kebenaran kepada pengeluar untuk
membuat pembayaran kepada pihak ketiga daripada akaun tunai digital. Sejak
tunai tidak berfungsi dengan baik untuk urus niaga dalam talian, tunai digital
mengisi keperluan penting di negara yang menjalankan B2C e-dagang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


256  TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG

Anda boleh melayari laman web yang berikut untuk mendapatkan pandangan
yang jelas ke atas tunai digital:

(a) Syarikat yang menyediakan perkhidmatan tunai digital:

(i) http://www.paypal.com

(ii) http://myecash.com.my/myind.jsp

(iii) http://www.internetcash.com

(b) Sistem pembayaran Mikro:

http://www.amdocs.com

SEMAK KENDIRI 7.1

Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran mikro? Bilakah


pembayaran mikro mungkin digunakan?

LATIHAN 7.2
1. Takrifkan tunai digital.

2. Terangkan secara ringkas kelebihan tunai digital.

7.3 DOMPET DIGITAL


Adakah anda sedar ketika pengguna menjadi lebih bersemangat untuk membeli-
belah dalam talian, mereka sebenarnya menghadapi satu isu yang sama dalam
pembelian dalam talian? Mereka mulai berasa bosan apabila berulang kali
memasukkan maklumat terperinci penghantaran dan pembayaran setiap kali
mereka membuat pembelian dalam talian. Sudah berulang kali penyelidikan
menunjukkan bahawa proses pengisian mengisi merupakan alasan paling
banyak diberikan oleh pelanggan terhadap rasa jelik mereka kepada pembelian
dalam talian.

Oleh itu, dompet digital (juga disebut dompet elektronik atau e-dompet)
diwujudkan untuk menyelesaikan masalah di atas dan untuk menyediakan
tempat penyimpanan selamat data kad kredit dan tunai digital. Dengan
menyediakan fungsi yang serupa dengan dompet fizikal, dompet digital

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG  257

memegang nombor kad kredit, wang tunai digital, pengenalan pemilik dan
maklumat perhubungan pemilik (maklumat ini disediakan pada kaunter
keluar laman web perdagangan elektronik). Sesetengah dompet digital juga
mengandungi buku alamat.

Rajah 7.3: Dompet digital mudah alih


Sumber: http://www.luminous-landscape.com

Dompet digital membuatkan proses membeli-belah lebih cekap. Apabila


pengguna memilih barangan dibeli, mereka boleh mengklik pada dompet digital
mereka untuk memesan item dengan cepat. Pada masa hadapan, dompet digital
boleh memberikan khidmat yang lebih baik kepada pemiliknya dengan menjejaki
pembelian dan mengekalkan resit pembelian tersebut. Pengekalan rekod tentang
tabiat membeli pengguna merupakan sesuatu yang dikuasai oleh syarikat besar
dalam talian seperti Amazon.com tetapi dompet digital yang dipertingkatkan
boleh menterbalikkan proses tersebut dengan penggunaan robot web untuk
mencadangkan di mana pengguna boleh mendapati barangan yang selalu dibeli
pada harga yang lebih rendah harga.

Mari kita lihat kedua-dua kategori yang dompet digital jatuh ke dalam
berdasarkan di mana mereka disimpan:

(a) Dompet Digital Sebelah Pelayan


Dompet ini menyimpan maklumat pelanggan pada pelayan berasingan
milik peniaga atau pengeluar dompet digital yang tertentu. Kelemahan
utama sebelah pelayan adalah tentang pelanggaran keselamatan yang boleh
mendedahkan ribuan maklumat peribadi pengguna (termasuk nombor kad
kredit) kepada pihak yang tidak dibenarkan. Biasanya, dompet digital
sebelah pelayan akan mengambil langkah keselamatan yang kuat untuk
mengurangkan atau menghapuskan kemungkinan pendedahan tanpa
kebenaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


258  TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG

Dompet digital sebelah pelayan kekal pada pelayan dan tidak memerlukan
masa muat turun atau pemasangan pada komputer pengguna. Sebelum
pengguna boleh menggunakan dompet digital sebelah pelayan di halaman
peniaga tertentu, peniaga mesti membenarkan penerimaan dompet tersebut.
Setiap pengeluar dompet digital mesti meyakinkan sebahagian besar peniaga
untuk membolehkan penggunaan dompet itu sebelum ia akan diterima
oleh pengguna. Oleh itu, hanya beberapa buah dompet digital sebelah
pelayan akan dapat berjaya dalam pasaran.

(b) Dompet Digital Sebelah Pengguna


Dompet ini menyimpan maklumat pengguna pada komputer mereka
sendiri. Penyimpanan dompet digital pada komputer pengguna
mengalihkan tanggungjawab bagi mengekalkan keselamatan kepada
pengguna. Oleh sebab tiada maklumat pengguna disimpan pada pelayan
pusat, tidak akan ada peluang serangan ke atas pengeluar dompet digital
kerana mendedahkan maklumat pengguna seperti nombor kad kredit.

Banyak dompet digital yang terawal merupakan dompet digital sebelah


pengguna yang memerlukan pengguna untuk memuat turun perisian
dompet. Keperluan memuat turun perisian ini ke setiap komputer yang
digunakan merupakan kelemahan dompet digital sebelah pengguna. Satu
lagi kelemahan dompet digital sebelah pengguna adalah bahawa ia tidak
mudah alih.

Sebagai contoh, dompet digital sebelah pengguna tidak boleh didapati


apabila pembelian dibuat melalui komputer selain daripada komputer di
mana dompet itu diletakkan. Bagi membolehkan dompet digunakan pada
banyak laman web dalam talian, ia perlu mampu mengisi ruang maklumat
pada mana-mana borang peniaga pada mana-mana halaman yang
dikunjungi pengguna. Kebolehcapaian ini bermakna bahawa pengilang
dompet digital dan peniaga dari banyak laman web mesti menyelaraskan
usaha mereka supaya dompet boleh mengiktiraf maklumat pengguna
yang mana perlu dimasukkan pada ruang maklumat yang disediakan pada
borang peniaga.

Apakah yang disimpan oleh dompet digital? Dompet digital menyimpan


maklumat penghantaran dan bil, termasuk nama pertama dan nama akhir
pengguna, alamat jalan, bandar, negeri, negara dan ZIP atau poskod.
Kebanyakan dompet digital juga menyimpan banyak jenama dan nombor kad
kredit, memudahkan pengguna membuat pilihan kad kredit di kaunter keluar
dalam talian. Sesetengah dompet digital juga memegang tunai digital dari
pelbagai pembekal, seperti eCash.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG  259

Dompet digital boleh menjimatkan masa pembeli. Apabila pembeli telah mengisi
troli membeli-belah mereka, mereka boleh terus ke kaunter daftar keluar
elektronik untuk mengesahkan pilihan mereka. Pada kaunter daftar keluar,
mereka diberikan borang (atau siri borang) yang mereka mesti memasukkan
nama mereka, alamat, nombor kad kredit dan maklumat peribadi lain. Semua
maklumat ini akan mudah diisi dengan menggunakan dompet digital.

Sebelum ini, beberapa buah syarikat telah memasuki perniagaan dompet digital,
termasuk syarikat utama seperti MasterCard. Walau bagaimanapun, kebanyakan
syarikat ini meninggalkan usaha mereka kerana semua pelayar utama versi
terkini telah mempunyai ciri yang mengingati nama, alamat dan lain-lain
maklumat yang biasa diminta, dan menyediakan penyelesaian pengisian ruang
pada borang halaman yang memerlukan maklumat tertentu dengan satu klik.

7.3.1 Syarikat yang Masih Ada di Bidang Dompet


Digital
Adakah anda tahu bahawa usaha awal oleh syarikat seperti Microsoft telah gagal
untuk mempopularkan idea dompet digital? Microsoft Passport dan MSN Wallet
telah ditinggalkan pada bulan Februari 2005.

Walau bagaimanapun, ada beberapa syarikat yang cukup berani untuk meneroka
ke dalam bidang ini dan akhirnya berjaya meninggalkan kesan:

(a) Google Checkout


Google Checkout direka untuk membuat pembelian dalam talian lebih
selesa dan mudah. Ia berkomunikasi antara kad kredit pembeli dan
maklumat peribadi yang diperlukan untuk berurus niaga dengan peniaga.
Peniaga, yang menerima urus niaga, mendapat jaminan bahawa pengguna
itu telah disahkan oleh Google. Walau bagaimanapun, Google Checkout
masih belum setanding dengan populariti PayPal.

(b) Yahoo! Wallet


Yahoo! Wallet ialah dompet digital yang ditawarkan oleh Yahoo!, halaman
portal web yang biasa digunakan. Fungsi Wallet Yahoo! adalah sama
dengan kebanyakan dompet digital lain dengan melengkapkan borang
pesanan secara automatik dengan mengenal pasti maklumat pengguna dan
maklumat pembayaran kad kredit. Yahoo! Wallet membolehkan pengguna
menyimpan maklumat pembayaran kredit Visa, MasterCard, Discover dan
American Express dan caj kad serta kad debit Visa dan MasterCard.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


260  TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG

Pada asasnya, Yahoo! Wallet digunakan bagi tujuan yang berikut:

(i) Membeli-belah di lebih 10,000 peniaga Yahoo! Store (kesemua ini


adalah peniaga di Yahoo! Shopping);

(ii) Membayar untuk tiket kapal terbang dan tempahan hotel yang
ditempah melalui Yahoo! Travel;

(iii) Membayar untuk perkhidmatan premium pada Yahoo! seperti


penyimpanan mel tambahan atau yuran perkhidmatan pengehosan di
Yahoo! GeoCities Plus atau Website Services; dan

(iv) Membayar yuran lelong di Yahoo! Auctions.

Yahoo! mempunyai kelebihan beberapa perkhidmatan pengehosan dan kedai


yang pasti boleh untuk menampung penggunaan dompetnya sendiri. Oleh itu,
sudah pasti ia mempunyai sebilangan besar peniaga (termasuk dirinya sendiri)
yang menerima dompet itu. Yahoo! juga menawarkan perkhidmatan PayDirect
(serupa dengan PayPal) yang berfungsi dengan Yahoo! Wallet.

Anda boleh melawat laman web berikut untuk mendapatkan pandangan yang
lebih jelas mengenai dompet digital:

(a) Yahoo! Wallet:

http://www.wallet.yahoo.com

(b) Google Checkout:

http://checkout.google.com

AKTIVITI 7.2

Adakah anda terfikir bahawa dompet digital boleh menjimatkan masa


pembeli? Sila nyatakan sebab anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG  261

LATIHAN 7.3
1. Bagaimanakah dompet digital sebelah pelayan dan dompet digital
sebelah pengguna berbeza?

2. Apakah keburukan utama setiap kategori digital dompet?

7.4 SISTEM PEMBAYARAN NILAI TERSIMPAN


Hari ini, kebanyakan individu membawa beberapa kad plastik dalam bentuk kad
kredit, kad debit, kad caj, lesen memandu, kad insurans kesihatan, kad pekerja
atau kad pengenalan pelajar, dan kad-kad lain. Satu penyelesaian yang boleh
mengurangkan jumlah kad yang dibawa adalah untuk memiliki akaun dalam
talian yang mempunyai nilai tersimpan. Sistem pembayaran nilai tersimpan
dalam talian membenarkan pengguna untuk membuat pembayaran dalam talian
dengan kadar segera kepada peniaga dan individu lain. Kad nilai tersimpan
yang biasa termasuk kad telefon prabayar, kad fotokopi prabayar, kad prabayar
kereta api bawah tanah dan kad prabayar bas.

Mari kita lihat penjelasan yang diberikan untuk kad nilai tersimpan yang berikut
di dalam subtopik yang akan datang:

(a) PayPal;

(b) Kad jalur magnet;dan

(c) Kad pintar.

7.4.1 PayPal
Bagaimanakah PayPal beroperasi dari segi sistem pembayaran nilai tersimpan
dalam talian? Ia membantu untuk membuat dan menerima bayaran untuk
individu dan perniagaan dengan akaun e-mel. PayPal, yang boleh didapati
kebanyakan negara di seluruh dunia, dibina di atas infrastruktur kewangan yang
sedia ada di negara yang ia beroperasi. Akaun PayPal ditubuhkan oleh
pengguna dengan menentukan akaun kredit, debit, atau akaun bank yang mahu
dicaj atau dibayar pada urus niaga dalam talian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


262  TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG

Prosedur yang terlibat dalam urus niaga dalam talian adalah:

(a) Pembayaran oleh pengguna akan menghantar e-mel kepada akaun PayPal
peniaga; dan

(b) PayPal memindahkan amaun yang dinyatakan dari akaun pengguna


kepada akaun bank peniaga.

Walaupun tiada maklumat kredit peribadi didedahkan dalam kalangan


pengguna, pembayaran oleh PayPal melibatkan kos yang tinggi dan kekurangan
perlindungan pengguna.

7.4.2 Kad Jalur Magnetik


Mari kita ketahui maksud „kad jalur magnetik‰.

Nilai tersimpan kad jalur magnet (rujuk Rajah 7.4) ialah kad plastik dengan
jalur magnet yang merekodkan baki mata wang.

Kebanyakan kad jalur magnet mempunyai nilai yang boleh ditambah dengan
memasukkan kad tersebut ke dalam mesin yang sesuai, memasukkan wang ke
dalam mesin dan menarik balik kad; jalur pada kad akan menyimpan nilai
tambahan tunai. Kad jalur magnet adalah pasif, ia tidak boleh menghantar atau
menerima maklumat dan menambah atau mengurangkan nilai tunai yang
disimpan pada kad. Pemprosesan mestilah dilakukan melalui peranti di mana
kad tersebut dimasukkan.

Rajah 7.4: Contoh kad jalur magnetik


Sumber: http://www.clfcard.com/

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG  263

7.4.3 Kad Pintar


Adakah anda tahu makna istilah „kad pintar‰? Jika tidak, rujuk yang berikut
untuk mengetahui maksudnya.

Kad pintar adalah kad plastik yang menyimpan nilai bersama mikrocip yang
tertanam dan boleh menyimpan maklumat. Kad pintar boleh menyimpan data
pengguna persendirian seperti fakta kewangan, kunci penyulitan, maklumat
akaun, nombor kad kredit, maklumat insurans kesihatan, rekod perubatan dan
sebagainya.

Ada banyak perbezaan antara kad jalur magnetik dan kad pintar:

(a) Kad pintar boleh menyimpan jumlah maklumat yang lebih besar dan
mempunyai cip pemprosesan pada kad;

(b) Walaupun kedua-dua kad jalur magnetik dan kad pintar boleh menyimpan
tunai digital, kad pintar adalah lebih sesuai untuk urus niaga pembayaran
Internet kerana ia mempunyai beberapa keupayaan pemprosesan; dan

(c) Kad kredit, kad debit dan kad caj pada masa ini menyimpan maklumat
yang terhad pada jalur magnet. Kad pintar boleh menyimpan sehingga
kira-kira 100 kali ganda jumlah maklumat daripada maklumat yang boleh
disimpan oleh kad plastik jalur magnetik.

Kad pintar (rujuk Rajah 7.5) adalah lebih selamat daripada kad kredit
konvensional kerana maklumat yang disimpan pada kad pintar disulitkan.
Sebagai contoh, kad kredit konvensional menunjukkan nombor akaun anda di
muka kad dan tanda tangan anda di belakang. Hanya nombor kad dan
tandatangan palsu sahaja yang diperlukan pencuri untuk membeli barang dan
caj kepada kad anda.

Walau bagaimanapun, dengan kad pintar, kecurian kredit menjadi lebih sukar
kerana kunci untuk membuka maklumat yang disulitkan ialah PIN. Tidak ada
sebarang nombor yang kelihatan pada kad yang boleh dikenal pasti pencuri,
tidak ada tandatangan fizikal pada kad yang dapat dilihat pencuri untuk tujuan
pemalsuan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


264  TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG

Kad pintar telah digunakan untuk lebih daripada sedekad. Ia popular di Eropah
dan sebahagian Asia. Kad pintar, setakat ini tidak berjaya di Amerika. Di Eropah
dan Jepun, kad pintar digunakan untuk panggilan telefon di telefon awam dan
program televisyen yang disalurkan melalui kabel ke rumah pengguna. Kad
pintar ini sangat popular di Hong Kong; banyak kaunter runcit dan kaunter
tunai restoran menggunakan pembaca kad pintar. Rangkaian pengangkutan
Hong Kong, termasuk kereta api bawah tanah, bas, kereta api, trem dan feri
telah bergabung dan mencipta kad pintar yang dikenali sebagai Octopus
yang membolehkan pengguna menggunakan satu kad untuk semua keperluan
pengangkutan awam mereka.

Visa baru-baru ini telah memperkenalkan kad pintar, Kad Visa pintar. Pada
akhir tahun 2002, peruncit Target telah memperkenalkan kad pintar Target Visa,
salah satu daripada promosi pertama Kad Visa pintar yang baru, untuk
digunakan dalam laman web Target. Kad Target Visa termasuk dompet digital
dan maklumat log masuk automatik untuk laman web Target.com, tetapi ia juga
berfungsi sebagai kad Visa yang biasa pada perniagaan lain. American Express
juga telah mengeluarkan kad pintarnya yang dipanggil Blue.

Rajah 7.5: Kad pintar


Sumber: http://www.hasintech.com

Mari kita lihat penjelasan terperinci yang diberikan untuk kad pintar yang
disebut Mondex.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG  265

Mondex adalah kad pintar yang memegang dan mengagihkan tunai digital
(rujuk Rajah 7.6). Apabila diterima di Internet dan pasaran umum, kad pintar
Mondex membolehkan aplikasi lain diletakkan di mikrocip itu. Diperkenalkan
pada tahun 1990, kad itu kini sebahagian daripada MasterCard International.

Program perintis Mondexs di Hong Kong berlaku pada tahun 1996 dan ia
penggerak utama di sebalik penerimaan umum kad pintar di Hong Kong. Kad
Mondex memberikan pengguna di Hong Kong yang secara tradisinya
menggunakan tunai, kaedah baru dan menarik untuk membuat pembayaran di
Internet dan dunia nyata. Walau bagaimanapun, di Amerika dan Kanada, kad
pintar Mondex kurang berjaya kerana pengguna sudah mempunyai kaedah
pembayaran yang berfungsi untuk mereka, seperti kad kredit, kad debit dan
cek.

Kad pintar Mondex boleh menerima tunai digital terus dari akaun bank
pengguna. Pemegang kad boleh menggunakan tunai digital mereka dengan
mana-mana peniaga yang mempunyai pembaca kad Mondex. Dua pemegang
kad juga boleh memindahkan wang tunai antara kad mereka melalui talian
telefon. Satu Kad Mondex boleh berfungsi di dalam kedua-dua dunia: dunia
dalam talian Internet dan dunia luar talian kedai perniagaan biasa. Kad
Mondex kurang terdedah kepada ancaman kecurian berbanding kad kredit
kerana kad ini menyediakan jumlah yang tidak diketahui. Tunai digital
Mondex juga menyokong pembayaran mikro sekecil tiga sen.

Rajah 7.6: Kad pintar Mondex

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


266  TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG

Ada beberapa keburukan menggunakan Mondex seperti dipaparkan dalam


Jadual 7.5.

Jadual 7.5: Keburukan Mondex

Keburukan Deskripsi
Tidak dapat membawa Kad ini membawa wang dalam bentuk digital dan risiko
jumlah wang yang kecurian kad mungkin menghalang pengguna daripada
besar memuatkannya dengan sejumlah nilai yang besar
Tidak dapat Mondex tidak membenarkan bayaran tertangguh sepertimana
menangguhkan yang boleh anda nikmati melalui kad kredit. Anda boleh
pembayaran menangguhkan pembayaran perbelanjaan kad caj anda atau
bil kad kredit selama hampir sebulan tanpa menanggung
sebarang bayaran faedah
Tidak diperuntukkan Urus niaga lengkap yang menggunakan kad Mondex tidak
dengan resit akan diberikan resit

Urus niaga Mondex (dari pembeli kepada penjual) mempunyai beberapa langkah
yang memastikan tunai dipindahkan dengan selamat ke destinasi yang betul:

(a) Pengguna memasukkan kad Mondex ke dalam pembaca kad. Kedua-dua


peniaga dan pengguna disahkan untuk memastikan bahawa kedua-duanya
diberi kebenaran untuk melakukan urus niaga;

(b) Terminal peniaga memohon pembayaran dan pada masa yang sama
menghantar tandatangan digital peniaga;

(c) Kad pengguna memeriksa tandatangan digital peniaga. Jika tandatangan


sah, jumlah nilai transaksi akan ditolak daripada kad pengguna;

(d) Terminal peniaga akan memeriksa tandatangan digital pengguna untuk


pengesahan. Jika tandatangan pengguna disahkan, terminal peniaga
akan mengakui tandatangan pengguna dengan sekali lagi menghantar
tandatangan peniaga balik ke kad pengguna; dan

(e) Apabila nilai tunai digital ditolak daripada kad pengguna, nilai yang sama
dipindahkan ke dalam akaun tunai digital peniaga.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG  267

Untuk memastikan nilai tunai digital tidak dicipta atau hilang, adalah perlu
untuk menunggu sehingga nilai urus niaga telah ditolak daripada kad
pengguna. Dengan mencatatkan peristiwa pemotongan dan perkreditan sebelum
menandakan urus niaga itu sebagai lengkap dapat menghapuskan risiko
penciptaan atau kehilangan wang tunai jika berlaku kegagalan sistem sewaktu
pemprosesan.

Layari laman web yang berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai
kad pintar:

(a) http://www.smartcard.co.uk/

(b) http://www.smartcardalliance.org/

SEMAK KENDIRI 7.2

Apakah perbezaan antara kad jalur magnetik, kad pintar dan Mondex?
Manakah antaranya yang paling selamat?

LATIHAN 7.4
1. Bezakan kad pintar dan kad kredit tradisional.

2. Bincangkan secara ringkas; apa dia Mondex. Kemudian,


bincangkan kelebihan dan kekurangan kad pintar Mondex.

7.5 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG YANG


LAIN
Selain yang dinyatakan tadi, ada sistem pembayaran digital yang lain yang juga
digunakan secara meluas dalam e-dagang.

Mari kita lihat sistem yang berikut:

(a) Sistem pembayaran baki terkumpul digital;

(b) Sistem pembayaran semakan digital; dan

(c) Penyampaian bil elektronik dan pembayaran elektronik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


268  TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG

7.5.1 Sistem Pembayaran Baki Terkumpul Digital


Sistem pembayaran baki terkumpul membolehkan pengguna membuat
pembayaran mikro dan pembelian di web, mengumpul baki debit yang ia akan
dibilkan pada setiap akhir bulan. Seperti bil utiliti atau bil telefon, pengguna
dijangka akan membayar keseluruhan baki pada akhir bulan menggunakan
akaun bank atau akaun kad kredit. Sistem pembayaran baki terkumpul sesuai
untuk membeli harta intelek di web seperti trek muzik, bahagian dalam buku,
artikel dari akhbar, nada dering atau permainan.

Sebagai contoh, Valistas PaymentsPlus, sistem pembayaran baki terkumpul


digital untuk urus niaga kecil yang digunakan oleh AOL, NTT DoCoMo dan
Wanadoo. Clickshare memperoleh penerimaan yang paling besar dengan akhbar
dalam talian dan industri penerbitan seperti Chicago Sun-Times, Asian Banker
dan Daily Hampshire Gazzette.

7.5.2 Sistem Pembayaran Semakan Digital


Kita telah melihat sistem pembayaran baki terkumpul digital. Sekarang, mari
kita beralih kepada sistem pembayaran semakan digital. Sistem ini bertujuan
untuk menambah fungsi akaun semakan yang sedia ada untuk digunakan
sebagai satu alat pembayaran membeli-belah dalam talian. Anda boleh
menganggapnya sebagai lanjutan untuk infrastruktur semakan dan perbankan
yang sedia ada.

Sebahagian daripada sistem yang mudah telah digunakan untuk membayar


individu secara elektronik dan membuat penyelesaian akaun di halaman
lelongan dalam talian. Sistem yang lebih canggih digunakan oleh Jabatan
Perbendaharaan untuk memindahkan berbilion-bilion dolar secara elektronik.
Dua sistem pembayaran semakan digital yang biasa digunakan di Amerika ialah
PayByCheck dan eBillme.

Sistem pembayaran semakan digital mempunyai banyak kelebihan:

(a) Ia tidak memerlukan pengguna untuk mendedahkan maklumat akaun


kepada individu lain apabila membuat penyelesaian terhadap lelongan;

(b) Ia tidak memerlukan pengguna untuk terus-menerus menghantar


maklumat kewangan yang sensitif melalui web;

(c) Ia kurang mahal daripada kad kredit untuk peniaga; dan

(d) Ia adalah lebih cepat daripada semakan tradisional berasaskan kertas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG  269

Mari kita mempelajari dengan lebih lanjut mengenai salah satu sistem
pembayaran semakan digital yang paling banyak digunakan, eCheck.

Pada tahun 1996, konsortium bank, agensi kerajaan dan syarikat teknologi
mula untuk membangunkan pelan untuk semakan elektronik yang akan
menggunakan penyulitan kunci awam dan tidak memerlukan pihak ketiga
untuk menggerakkan dana. Matlamatnya adalah untuk menggantikan cek
kertas sama sekali dan untuk melanjutkan pemindahan wang elektronik yang
sudah wujud dalam kalangan institusi yang besar kepada semua perniagaan
dan juga pengguna.

Inilah bagaimana eCheck wujud. eCheck memerlukan pengguna untuk


mendapatkan „buku cek elektronik‰ berasaskan perkakasan dari bank
tradisional. Perkakasan ini boleh terdiri daripada kad PCMCIA, kad PC
standard atau pembaca kad pintar luaran yang khusus untuk pengguna
komputer.

Buku cek elektronik mengandungi tandatangan digital pengguna dalam bentuk


kunci persendirian. Buku cek elektronik juga mengandungi kunci awam
yang dikeluarkan oleh bank pengeluar. Pengguna akan mengisi borang cek
elektronik dan menghantarnya kepada peniaga melalui Internet menggunakan
perisian yang dibekalkan bersama-sama buku cek elektronik. Komunikasi itu
disulitkan dan mengandungi tandatangan digital pengguna, kunci awam dan
tandatangan digital bank pengeluar.

Setelah diterima, peniaga akan mengesahkan tandatangan digital bagi kedua-


dua penghantar dan bank pengeluar menggunakan kunci awam masing-
masing dan mendepositkan cek di bank. Pihak pengesahan berwajib yang lebih
tinggi, seperti Federal Reserve Bank, memperakui kunci awam bank pengeluar.
eChecks juga boleh mengandungi invois, kiriman wang dan maklumat lain.

eCheck menarik kerana buku cek elektronik merupakan peranti nyata. Peranti
nyata dipilih kerana ia dianggap lebih selamat daripada mewujudkan akaun
melalui Internet. Peranti ini adalah mudah alih dan sukar untuk diterbalikkan.
Walaupun dimuatkan ke dalam infrastruktur sistem semakan sedia ada yang
dibangunkan oleh Federal Reserve dan bank-bank komersial, eCheck sendiri
memerlukan pelaburan yang besar dalam infrastruktur baru.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


270  TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG

Layari laman web yang berikut untuk mendapatkan lebih banyak idea bagaimana
sistem pembayaran baki terkumpul digital dan sistem pembayaran semakan
digital berfungsi:

(a) http://www.paybycheck.com/demo.html

(b) http://www.ebillme.com/about/

AKTIVITI 7.3

Lawati NetBuilder di www.netbuilder.com.my. Kenal pasti


perkhidmatan pembayaran dalam talian yang ditawarkan oleh syarikat
itu.

SEMAK KENDIRI 7.3

Apakah kelebihan sistem pembayaran semakan digital berbanding


sistem pembayaran baki terkumpul digital? Bincangkan.

LATIHAN 7.5
1. Takrifkan sistem pembayaran semakan digital.

2. Apakah kelebihan sistem pembayaran semakan digital ke atas


akaun semakan tradisional?

7.5.3 Penyampaian Bil Elektronik dan Pembayaran


Elektronik
Untuk tempoh beberapa tahun, bank dan syarikat telah membolehkan pelanggan
untuk membayar bil mereka dalam talian. Walau bagaimanapun, majoriti bil
masih dibayar secara tradisional. Secara biasanya, syarikat bil mengira, mencetak
dan menghantar pelanggan pada bil bercetak. Sebaliknya, pelanggan akan
menghantar semula cek kertas yang diproses oleh syarikat bil untuk mendapatkan
bayaran. Ia boleh mengambil masa seminggu atau lebih kepada melengkapkan
keseluruhan proses.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG  271

Apabila semakin ramai pengguna berada dalam talian adalah munasabah untuk
beranggapan bahawa pelanggan mahu menggunakan Internet sebagai satu cara
yang efisien untuk membayar bil. Di Amerika, beberapa pembayaran bil yang
dibuat secara dalam talian melebihi bilangan cek fizikal bertulis untuk pertama
kalinya pada tahun 2007.

Apakah maksud EBPP? Rujuk yang berikut untuk mencari jawapannya.

Sistem penyampaian bil elektronik dan pembayaran elektronik (EBPP ă


electronic billing presentment and payment) adalah bentuk sistem
pembayaran dalam talian yang baru bagi bil bulanan. Perkhidmatan EBPP
membolehkan pengguna menyemak bil secara elektronik dan membayar
mereka melalui pemindahan dana secara elektronik atau akaun kad kredit.

Semakin banyak syarikat memilih untuk mengeluarkan penyata dan bil secara
elektronik dan bukannya mengepos keluar versi kertas bercetak. Namun, peniaga
yang mengepos bil kertas bercetak turut menawarkan pembayaran bil dalam
talian sebagai pilihan kepada pelanggan, membolehkan mereka memindahkan
wang daripada satu akaun bank dengan pantas untuk membayar bil di tempat
lain.

Walaupun lebih daripada 90% daripada semua EBPP berlaku dalam hubungan
B2C, sistem pembayaran sebegini cepat merebak ke perdagangan B2B. Cabaran
yang terlibat dalam permintaan dan penerimaan pembayaran elektronik daripada
pelanggan adalah pada dasarnya sama untuk kedua-dua pengguna dan peniaga,
kecuali perniagaan yang membabitkan urus niaga yang besar.

Salah satu sebab utama bagi lonjakan dalam penggunaan EBPP ialah syarikat
mula

menyedari betapa banyak wang yang boleh dijimatkan melalui bil dalam talian.
Bukan sahaja ada penjimatan dalam bayaran pos dan pemprosesan tetapi juga
bayaran boleh diterima dengan lebih cepat, sekali gus meningkatkan aliran tunai.
Ferris Research menganggarkan bahawa syarikat boleh membuat penjimatan
daripada USD0.10 hingga USD1.50 untuk setiap invois yang dihantar
menggunakan EBPP.

Pertumbuhan dalam penggunaan Internet, walau bagaimanapun, ialah pemacu


utama, membuatkan banyak syarikat meneroka bil dan pembayaran dalam
talian. Semakin banyak pengguna dalam talian semakin besar pasaran untuk
EBPP.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


272  TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG

7.5.4 Jenis Sistem EBPP


Walaupun konsep bil dalam talian dan pembayaran adalah mudah, ada beberapa
model perniagaan yang bersaing dalam ruang pasaran:

(a) Sistem Pengebilan Langsung


Sistem pengebilan langsung pada asalnya dicipta oleh utiliti besar yang
menghantar berjuta-juta bil setiap bulan. Tujuan mereka adalah untuk
memudahkan pelanggan mereka untuk membayar utiliti mereka dan
kemudiannya, bil lain secara rutin dalam talian. Syarikat telefon, utiliti dan
kad kredit sering menawarkan perkhidmatan ini, sepertimana kedai
individu.

Sistem pengebilan langsung sering menggunakan biro perkhidmatan


seperti Billserv.com untuk menyediakan infrastruktur yang diperlukan
untuk melaksanakan sistem itu. Contoh untuk model ini ialah TMOnline
dan TNB e-Services.

(b) Model Konsolidasi


Jenis EBPP yang kedua ialah model konsolidasi. Konsolidasi merupakan
pihak ketiga, seperti bank dan portal yang mengumpul semua bil untuk
pengguna dan membenarkan pembayaran bil setempat. Institusi kewangan
menarik lebih ramai pelanggan untuk membuat pembayaran bil dalam
talian (98%) berbanding portal (2%). Pembekal infrastruktur seperti Harbour
Payment dan Online Resources menyediakan perisian untuk mewujudkan
dan menyokong model ini.

Contoh untuk model ini adalah seperti yang berikut:

(i) Portal
Yahoo! Bill Pay, Bills.com, RILEK e-Services dan MyEG.com.my.

(ii) Bank
Maybank2u.com.my dan CIMB Clicks.

Syarikat boleh menggunakan EBPP untuk membentangkan bil kepada pelanggan


individu secara elektronik atau mengikat kontrak untuk perkhidmatan
pengendalian semua bil dan kutipan bayaran. Pelanggan boleh memilih untuk
membayar bil secara langsung menggunakan konsolidasi untuk mengumpul bil
bagi pihak mereka atau menyewa perkhidmatan pembayaran untuk mengumpul
dan membayar bil seperti yang diarahkan oleh pelanggan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG  273

BlueGill Technologies ialah syarikat bil secara langsung yang membolehkan


pelanggan melayari laman web mereka untuk menyemak dan membayar bil.
Fiserv (dahulunya dikenali sebagai CheckFree) ialah konsolidasi yang akan
mengumpul dan membentangkan bil daripada pelbagai sumber, supaya
pelanggan hanya perlu log masuk ke satu tapak untuk membayar beberapa bil
pada satu masa.

Proses pembayaran bil melibatkan pelanggan, bank dan kemungkinan


pemprosesan pihak ketiga. Pelanggan boleh menghantar e-mel e-cek yang
dikeluarkan dari akaun bank mereka dan dana akan dipindahkan melalui e-mel
kepada akaun bank pembekal (ini adalah sama dengan sistem e-semakan).
Dalam pertandingan untuk penguasaan pasaran untuk pengguna di pasaran
EBPP, sesetengah institusi jelas mendapat kelebihan. Syarikat utiliti, portal web
dan bank tradisional sudah mempunyai bahagian infrastruktur yang diperlukan
untuk membina sistem EBPP berkuasa. Portal web yang kukuh adalah seperti
AOL Bil dan Yahoo!Bill Pay.

Layari laman web yang berikut untuk mendapatkan lebih banyak idea-idea
bagaimana pembayaran EBPP sistem berfungsi:

(a) http://www.tmonline.com.my

(b) http://bills.yahoo.com/reg.html

(c) Layari laman web berikut untuk mendapatkan lebih banyak idea-idea
bagaimana pembayaran EBPP sistem berfungsi:

SEMAK KENDIRI 7.4

Bincangkan mengapa sistem EBPP semakin popular.

LATIHAN 7.6

1. Apakah dua jenis sistem pembayaran B2B?

2. Bincangkan dua jenis sistem EBPP.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


274  TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG

 Kedai dalam talian boleh menerima pelbagai bentuk pembayaran. Kad


kredit, kad debit dan kad caj (kad pembayaran) ialah bentuk pembayaran
yang paling popular di Internet. Ia sentiasa ada, selesa dan mudah untuk
digunakan.

 Tunai digital ialah bentuk pembayaran dalam talian, sangat berguna untuk
membuat pembayaran mikro kerana kos pemprosesan kad pembayaran
untuk urus niaga kecil adalah lebih besar daripada keuntungan urus niaga
tersebut.

 Tunai digital mempunyai beberapa manfaat yang sama dengan wang tunai
sebenar kerana ia mudah alih, tanpa nama dan boleh digunakan untuk urus
niaga antarabangsa. Tunai digital juga boleh disimpan dalam talian atau luar
talian.

 Dompet digital menyediakan kemudahan kepada pembeli dalam talian


kerana ia mempunyai maklumat kad bayaran, tunai digital dan peribadi
pengenalan pengguna.

 Dompet digital menghapuskan keperluan kepada pengguna untuk


memasukkan semula maklumat kad pembayaran dan maklumat
penghantaran pada kaunter daftar keluar tapak elektronik. Satu masalah
dompet digital ialah kekurangan piawaian yang diterima pada peringkat
antarabangsa.

 Kad nilai tersimpan, termasuk kad pintar dan kad jalur magnetik ialah
peranti fizikal yang memegang maklumat, termasuk nilai wang tunai untuk
pemegang kad.

 Sementara kad jalur magnet mengandungi nilai tunai sahaja, kad pintar
pula mengandungi data pada mikrocip yang terbenam dan bertujuan untuk
menggantikan koleksi kad plastik yang dibawa pengguna, termasuk kad
pengenalan (IC), lesen pemandu dan kad insurans. Tidak seperti tunai digital
atau kad pembayaran, kad pintar memerlukan peniaga untuk memasang
perkakasan baru yang boleh membaca kad pintar.

 Sistem pembayaran baki terkumpul digital membolehkan pengguna untuk


membuat pembelian pada web, mengumpulkan baki debit yang mana ia
akan dicaj pada akhir bulan; dan pengguna dijangka membayar keseluruhan
baki melalui akaun semakan atau akaun kad kredit.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SISTEM PEMBAYARAN E-DAGANG  275

 Sistem pembayaran semakan digital pula ialah penambahan kepada


infrastruktur semakan dan perbankan yang sedia ada.

 Sistem bil elektronik dan bayaran elektronik (EBPP) ialah bentuk sistem
pembayaran baru dalam talian bagi bil bulanan. Perkhidmatan EBPP
membolehkan pengguna untuk menyemak bil secara elektronik dan
membayarnya melalui pemindahan dana elektronik dari bank atau akaun
kad kredit.

Akaun peniaga PayPal


Dompet digital Sistem pembayaran baki terkumpul digital
Kad jalur magnetik Sistem pengebilan langsung
Kad pembayaran Sistem semakan digital
Kad pintar Tunai digital
Model konsolidasi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Konsep
8 Pemasaran
E-dagang
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan konsep pemasaran asas yang diperlukan untuk
memahami pemasaran Internet;
2. Mengenal pasti tahap perbezaan antara produk dan perkhidmatan;
3. Menerangkan konsep penjenamaan dan rasional bagi penjenamaan;
4. Membincangkan teknologi utama yang menyokong pemasaran
Internet;
5. Memeriksa asas pemasaran e-dagang dan strategi penjenamaan;
6. Membincangkan teknik yang berbeza untuk mewujudkan
hubungan pelanggan dalam talian; dan
7. Terangkan bagaimana penyelidikan pasaran dalam talian
dijalankan.

 PENGENALAN
Apakah objektif utama pemasaran e-dagang? Anda boleh mendapatkan jawapan
bagi soalan utama ini dengan membaca penjelasan berikut. Objektif utama
pemasaran Internet adalah dengan menggunakan web dan juga saluran
tradisional untuk membangunkan, hubungan jangka panjang positif dengan
pelanggan (yang boleh berada dalam talian atau luar talian). Sekali gus

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  277

mewujudkan kelebihan daya saing bagi syarikat itu dengan membenarkan ia


untuk mengenakan harga yang lebih tinggi bagi produk atau perkhidmatan
daripada pesaingnya.

Dalam topik ini, anda akan belajar konsep asas pemasaran dan menilai program
pemasaran e-dagang. Anda juga akan belajar tentang gelagat pengguna di web,
jenama, ciri-ciri unik pasaran elektronik dan teknologi khas yang menyokong
aktiviti penjenamaan yang baru.

8.1 KONSEP PEMASARAN ASAS


Pada fikiran anda, adakah pemasaran Internet menguntungkan? Mari kita mencari
jawapan dengan menerokai lebih lanjut.

Sebelum kita pergi secara mendalam, mari kita lihat pada konsep asas pemasaran:

(a) Pemasaran secara langsung menangani keadaan kompetitif industri dan


syarikat;

(b) Pemasaran bertujuan untuk mewujudkan produk atau perkhidmatan


yang unik, mempunyai ciri-ciri perbezaan yang ketara yang dihasilkan oleh
syarikat yang dipercayai atau „monopoli kecil‰. Ada sedikit produk
atau perkhidmatan gantian, jikalau ada, untuk produk atau perkhidmatan
yang dipasarkan secara efektif dan produk atau perkhidmatan yang baru
dipasarkan akan menghadapi kesukaran dalam menyaingi ciri-ciri produk
atau perkhidmatan sedia ada (rujuk yang berikut).

Apabila berjaya, pemonopolian kecil ini mengurangkan kuasa tawar-


menawar pelanggan kerana ia adalah pembekal tunggal. Ia membolehkan
syarikat berkuasa ke atas pelanggan mereka.

(c) Pemasaran direka untuk mengelakkan produk atau perkhidmatan yang


sederhana, persaingan dan mewujudkan pasaran yang menjanjikan
pulangan pelaburan yang lebih daripada kebiasaan, mengehadkan
persaingan, dan pelanggan sanggup membayar harga yang tinggi bagi
produk yang tidak mempunyai gantian kerana ia di anggap unik; dan

(d) Pemasaran menggalakkan pelanggan untuk membeli kualiti produk


yang tidak berasaskan pasaran (iaitu bukan harga pasaran). Syarikat
menggunakan pemasaran untuk mencegah produk dan perkhidmatan
mereka daripada menjadi komoditi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


278  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

Komoditi adalah produk atau perkhidmatan di mana terdapat ramai


peniaga membekalkan produk yang sama dan semua produk yang
berada dalam segmen yang sama. Harga dan istilah penghantaran
adalah dasar untuk pilihan pelanggan. Contoh komoditi termasuk
gandum, jagung dan keluli.

8.1.1 Set Ciri-ciri

Set ciri-ciri adalah kelompok kemampuan dan perkhidmatan yang ditawarkan


oleh produk atau perkhidmatan.

Tujuan utama pemasaran adalah untuk mengenal pasti dan kemudian


menyampaikan kepada pelanggan tentang ciri-ciri kemampuan dan perkhidmatan
sesuatu produk atau perkhidmatan yang unik dan berbeza.

Mari kita lihat pada tiga peringkat produk atau perkhidmatan:

(a) Produk Teras


Produk teras akan memberikan faedah teras yang diterima pelanggan
melalui produk. Ia ciri yang utama.

Mari kita andaikan, contohnya, produk teras ialah mesin basuh. Pemasar
perlu mengenal pasti ciri-ciri mesin basuh yang membezakannya daripada
mesin basuh lain yang sedia ada.

(b) Produk Sebenar


Produk sebenar ialah set ciri-ciri yang direka untuk menyampaikan faedah
teras produk.

Dalam kes mesin basuh Panasonic, produk sebenar ialah mesin basuh yang
membawa jenama Panasonic dengan ciri-ciri dan keupayaan tertentu, seperti
ketahanan dan kemudahan penggunaan.

(c) Produk Tambahan


Produk tambahan ialah produk yang mempunyai faedah tambahan kepada
pelanggan selain daripada faedah teras yang sedia ada dalam produk
sebenar.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  279

Merujuk kepada contoh tadi, produk tambahan ialah mesin basuh


Panasonic yang mempunyai jaminan lima tahun, penghantaran percuma,
perkhidmatan sokongan terlatih dan kos yuran pemasangan yang rendah.
Produk tambahan membentuk asas bagi membina jenama Panasonic (proses
yang dikenali sebagai penjenamaan yang akan diterangkan berikut).

SEMAK KENDIRI 8.1

Apakah perbezaan antara produk teras, produk sebenar dan produk


tambahan?

8.1.2 Produk, Jenama dan Proses Penjenamaan


Apa yang membuat sesuatu produk benar-benar unik dan berbeza pada
pandangan pelanggan ialah jenama produk. Jadi, apakah jenama? Mari kita lihat
yang berikut untuk menjawab soalan tadi.

Jenama ialah set jangkaan pelanggan apabila menggunakan atau berfikir


tentang menggunakan produk atau perkhidmatan dari syarikat tertentu.

Jangkaan ini diperoleh berdasarkan kepada kriteria yang berikut:

(a) Pengalaman sendiri daripada pengguna yang telah menggunakan produk;

(b) Pengalaman yang boleh dipercayai daripada pengguna lain yang telah
menggunakannya produk; dan

(c) Janji yang diuar-uarkan oleh pemasar yang memuji ciri-ciri unik produk
dalam pelbagai saluran dan media.

Jangkaan yang paling penting yang dicipta oleh jenama merupakan kualiti,
kebolehpercayaan, konsisten, amanah, rasa kasih sayang, kesetiaan dan akhirnya,
reputasi. Pemasar mewujudkan janji seperti janji yang dibuat oleh pengeluar
kosmetik kepada pengguna bahawa mereka akan menjadi cantik apabila
menggunakan kosmetik mereka. Janji sebegini melahirkan jangkaan pengguna
seperti yang dipetik oleh Kotler dan Armstrong (2001) yang berikut.

„Di kilang kami membuat kosmetik; di kedai kami menjual harapan.‰

ă Charles Revson, pengasas RevlonÊs

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


280  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

Pemasar mengenal pasti ciri-ciri membezakan produk sebenar dan produk


tambahan. Mereka melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti komunikasi pemasaran
untuk menyampaikan set ciri-ciri kepada pengguna. Berdasarkan pengalaman
pengguna dan janji yang dibuat oleh pemasar dalam komunikasi mereka,
pengguna melahirkan harapan tentang produk. Untuk contoh sila baca
selanjutnya.

Apabila pengguna membeli Apple iPhone seperti yang ditunjukkan dalam


Rajah 8.1, pengguna menjangkakan untuk menerima telefon bimbit yang
unik, berkualiti tinggi dan senang digunakan. Pengguna sanggup membayar
harga tinggi untuk mendapatkan ciri-ciri kualiti ini. Jika iPhone tidak berfungsi
sebagaimana yang dijangkakan, jenama akan menjadi lemah dan pengguna
kurang bersedia untuk membayar harga yang tinggi.

Rajah 8.1: Apples iPhone


Sumber: http://www.itechnews.net

Dengan kata lain, jenama yang kukuh memerlukan produk yang kuat.
Namun, jika iPhone berfungsi seperti yang dijangkakan, pelanggan akan setia
kepada produk itu. Mereka akan membelinya lagi atau mengesyorkan kepada
pengguna lain. Mereka akan percaya dan menceritakan reputasi yang baik
untuk kedua-duanya: produk dan syarikat yang mengeluarkannya.

Idealnya, pemasar secara langsung mempengaruhi reka bentuk produk untuk


memastikan produk mempunyai ciri-ciri yang diingini, berkualiti tinggi, harga
yang betul, sokongan produk dan boleh dipercayai. Walaupun ideal, selalunya
pemasar diupah untuk „menjual‰ produk yang telah direka. E-dagang
menawarkan beberapa peluang unik untuk mencapai pemasaran gelung tertutup
(rujuk yang berikut).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  281

Pemasaran gelung tertutup berlaku apabila pemasar dapat terus


mempengaruhi reka bentuk produk teras berdasarkan penyelidikan pasaran
dan maklum balas.

Pemasar juga merangka dan melaksanakan strategi jenama. Dalam


membangunkan jenama baru e-dagang, keupayaan untuk merangka dan
membangunkan strategi jenama adalah penting dalam kejayaan dan kegagalan
banyak syarikat, seperti yang dinyatakan sepanjang modul ini.

Apakah strategi jenama?

Strategi jenama adalah satu set rancangan untuk membezakan produk


daripada pesaing dan menyampaikan perbezaan ini secara berkesan dalam
pasaran.

Apakah produk yang boleh dijenamakan? Menurut kebanyakan pakar pemasaran,


tidak ada had bagi produk yang boleh dijenamakan. Setiap produk mempunyai
potensi untuk dijenamakan

Kasut Nike membuatkan anda berlari seperti seorang atlet, kereta Volvo yang
berspesifikasi tinggi membuatkan anda berasa selamat memandu pada waktu
malam yang hujan, baju Polo yang mahal membuatkan anda kelihatan seolah-
olah anda dalam perjalanan ke kelab eksklusif. Semua ini merupakan contoh
produk dengan jenama yang luar biasa yang pengguna bayar pada harga tinggi.

Berapakah nilai sesuatu jenama? Jenama berbeza dari segi kuasa dan nilai dalam
pasaran dipanggil sebagai ekuiti jenama.

Menurut Aaker (1995), ekuiti jenama yang dimaksudkan ialah:

Ekuiti jenama adalah set yang mengandungi lima kategori aset dan liabiliti
jenama yang dikaitkan kepada sesuatu jenama, nama dan simbol yang mampu
menaikkan atau menurunkan nilai produk atau perkhidmatan kepada syarikat
atau pelanggan syarikat atau kedua-duanya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


282  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

Menurut kaji selidik Jenama Paling Berharga oleh Interbrands 2009, lima jenama
terbaik dan anggaran nilai ekuiti adalah seperti yang berikut:

(a) Coca-Cola (USD687 bilion);

(b) IBM (USD602 bilion);

(c) Microsoft (USD566 bilion);

(d) General Electric (USD477 bilion); dan

(e) Nokia (USD34 bilion).

AKTIVITI 8.1

Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah pengguna sanggup


membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan produk berjenama?

8.1.3 Pensegmenan dan Kedudukan


Pasaran adalah tidak sekata, ia sebenarnya dibentuk hasil daripada pelbagai jenis
pelanggan dengan keperluan yang berbeza. Syarikat berusaha untuk membuat
membezakan pasaran kepada beberapa kumpulan pelanggan yang berbeza
daripada satu sama lain dari segi keperluan produk. Setelah segmen diwujudkan,
produk akan diletakkan dan dijenamakan sebagai unik, bernilai tinggi,
bersesuaian dengan keperluan segmen pelanggan.

Dengan membahagikan pasaran, syarikat boleh membezakan produk mereka


lebih memenuhi keperluan pelanggan dalam setiap segmen. Selain daripada
mengenakan harga yang sama terhadap sesuatu produk, syarikat boleh
memaksimumkan hasil jualan dengan mewujudkan beberapa variasi berbeza
pada produk yang sama dan mengenakan harga yang berbeza dalam setiap
segmen.

Proses penjenamaan sesuatu syarikat bermula sebaik sahaja pasaran dibahagikan


kepada kecenderungan ahli dalam setiap segmen. Bagi setiap segmen pasaran,
produk berjenama yang unik akan ditawarkan.

Seperti contoh, pengeluar kereta akan membahagikan pasaran mereka kepada


beberapa dimensi:

(a) Demografi (umur, jantina, pendapatan dan pekerjaan);

(b) Geografi (wilayah);


Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  283

(c) Manfaat (ciri-ciri prestasi khas); dan

(d) Psikografi (imej diri dan keperluan emosi).

AKTIVITI 8.2

Berdasarkan pemahaman anda, bagaimanakah industri penerbangan


membahagikan segmen pasaran mereka? Bincangkan.

8.1.4 Adakah Jenama itu Rasional?


Coca-Cola ialah salah satu jenama kuat dan yang paling lama bertahan dalam
sejarah perdagangan Amerika (rujuk Rajah 8.2). Teras produknya merupakan air
gula berkarbonat yang berperisa dan berwarna. Produk tambahannya pula
adalah menarik, menyegarkan, reputasi baik dan minuman berperisa unik yang
terdapat di seluruh dunia.

Rajah 8.2: Coca-Cola


Sumber: http://www.guardian.co.uk

Produk ini berdasarkan formula rahsia yang pengguna sanggup membayar


sehingga dua kali, berbanding dengan Cola yang tidak berjenama. Coca-Cola
merupakan contoh pemasaran mikro-monopoli. Hanya ada satu Coke dan hanya
seorang pembekal. Mengapakah pengguna sanggup membayar dua kali ganda
untuk Coke jika dibandingkan dengan minuman Cola yang tidak berjenama?
Adakah ia rasional?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


284  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

Jawapannya adalah „ya‰ berdasarkan kepada alasan berikut:

(a) Pasaran Efektif


Jenama memperkenalkan pasaran efektif dengan mengurangkan kos carian
dan membuat keputusan pengguna.

(b) Produk yang Dipercayai


Jenama yang kukuh melambangkan produk yang berprestasi tinggi.

(c) Pembawa Maklumat


Berhadapan dengan minuman yang berbeza, pemilihan Coke boleh dibuat
dengan cepat tanpa berfikir panjang dan dengan jaminan bahawa anda
akan menikmati minuman seperti yang dijangka berdasarkan maklumat
awal yang diperoleh berkenaan produk.

(d) Pengelakan Risiko


Jenama mengurangkan risiko pengguna dan ketidaktentuan dalam pasaran
yang sesak. Jenama adalah seperti polisi insurans terhadap kejutan yang
tidak menyenangkan di pasaran.

Keupayaan jenama untuk menjadi aset korporat dan untuk mencapai ekuiti
jenama adalah berdasarkan premium jangkaan masa depan yang dibayar
oleh pengguna. Ini juga memberi insentif bagi syarikat untuk membina
produk yang menepati kehendak pelanggan, jika dibandingkan dengan
produk lain. Oleh itu, selain daripada mencipta mikro monopoli,
meningkatkan kos pasaran dan membawa kepada pulangan yang melebihi
purata atas pelaburan atau „monopoli sewaan‰, jenama juga
memperkenalkan pasaran efektif untuk pelanggan.

Bagi syarikat perniagaan, jenama ialah sumber utama pendapatan dan secara
jelasnya rasional. Jenama menurunkan kos pengambilalihan pelanggan dan
meningkatkan kos pengekalan pelanggan. Lebih bagus reputasi jenama,
lebih mudah untuk menarik pelanggan baru.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  285

Mari kita lihat definisi yang diberikan untuk terma yang dinyatakan
sebelum ini.

Kos pengambilalihan pelanggan merujuk kepada kos keseluruhan


menukar prospek menjadi pengguna termasuk semua kos pemasaran
dan pengiklanan.

Kos pengekalan pelanggan ialah kos yang dibelanjakan dalam


meyakinkan pelanggan sedia ada untuk membuat pembelian baru.

Umumnya, ia adalah lebih mahal untuk memperoleh pelanggan baru berbanding


mengekalkan pelanggan sedia ada. Dalam beberapa kejadian, ada syarikat
e-dagang yang sudah tidak beroperasi sebelum mereka mencapai tahap itu.

Jenama yang berjaya boleh dianggap tahan lama dan mampu bertahan terhadap
daya saing yang tidak adil. Mari kita lihat kedua-dua belah pandangan daya
saing:

(a) Kelebihan Berdaya Saing Adil


Kelebihan berdaya saing dianggap sebagai „adil‰ apabila ia berasaskan
inovasi, proses pengeluaran yang cekap, atau faktor lain yang secara
teorinya boleh ditiru dan/atau dibeli dalam pasaran oleh pesaing.

(b) Kelebihan Berdaya Saing Tidak Adil


Daya saing yang tidak adil bermakna ia tidak boleh dibeli dalam pasaran
dan termasuk perkara seperti paten, hak cipta, proses rahsia, pekerja dan
pengurus yang mahir atau berdedikasi serta nama jenama. Jenama tidak
boleh dibeli, melainkan jika seseorang membeli keseluruhan syarikat.

Anda boleh melayari laman web ini untuk mendapatkan lebih banyak idea
mengenai konsep pemasaran asas:

(a) Pusat pemasaran Internet: http://www.marketingtips.com

(b) Tip pemasaran Internet: http://www.clickz.com

(c) Strategi Penjenamaan: www.allaboutbranding.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


286  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

SEMAK KENDIRI 8.2


Senaraikan beberapa kelebihan utama mempunyai jenama yang kukuh.
Bagaimanakah jenama yang kukuh dapat mempengaruhi pembelian
pelanggan secara positif?

LATIHAN 8.1
1. Bezakan antara produk teras, produk sebenar dan produk
tambahan dalam ciri-ciri set.

2. Tentukan strategi jenama.

8.2 TEKNOLOGI PEMASARAN INTERNET


Pemasaran Internet mempunyai banyak persamaan dan perbezaan jika
dibandingkan daripada pemasaran biasa. Objektif pemasaran Internet seperti
dalam semua pemasaran adalah untuk membina hubungan pelanggan supaya
syarikat itu boleh mencapai ke atas pulangan yang menguntungkan (dengan
menawarkan produk atau perkhidmatan yang unggul dan dengan berkomunikasi
set ciri-ciri kepada pengguna).

Walau bagaimanapun, pemasaran Internet juga sangat berbeza daripada


pemasaran biasa kerana ciri-ciri pengantara dan keupayaannya yang begitu
berbeza dengan pemasaran yang dilakukan sebelum ini. Untuk memahami
bagaimana pemasaran Internet berbeza dan dari sudut mana, anda perlu
menjadi membiasakan diri dengan beberapa teknologi asas pemasaran Internet.

AKTIVITI 8.3

Pada fikiran anda, bagaimanakah pemasaran Internet berbeza dengan


pemasaran biasa?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  287

8.2.1 Revolusi dalam Teknologi Pemasaran Internet


Pemasaran telah berubah akibat daripada keupayaan teknikal seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 8.1.

Jadual 8.1: Dimensi E-dagang dalam Pemasaran

Dimensi Teknologi
Kepentingan Pemasaran
E-dagang
Keleluasaan Komunikasi pemasaran telah diperluaskan ke rumah, kerja
dan platform mudah alih; had geografi di pemasaran telah
dikurangkan. Pasaran telah digantikan dengan „ruang pasaran‰
dan dikeluarkan dari duniawi dan lokasi geografi. Kemudahan
pelanggan telah dipertingkatkan dan kos membeli-belah telah
dikurangkan
Capaian global Perkhidmatan pelanggan di seluruh dunia dan komunikasi
pemasaran telah aktif. Beratus-ratus juta orang pengguna
berpotensi boleh dicapai dengan mesej pemasaran
Standard universal Kos menyampaikan mesej pemasaran dan menerima maklum
balas daripada pengguna dikurangkan kerana perkongsian,
global piawaian Internet
Kebolehupayaan Video, audio dan pemasaran mesej teks boleh disatukan menjadi
mesej pemasaran dan pengalaman pembelian yang lalu
Interaktif Pengguna boleh terlibat dalam dialog, secara dinamiknya
menyampaikan pengalaman kepada pengguna, dan sekali gus
menjadikan pengguna seperti pengeluar bersama terhadap
barangan dan perkhidmatan yang dijual
Kepadatan Buat kali pertama, maklumat yang sangat terperinci mengenai
maklumat tingkah laku pengguna dalam masa nyata dapat dikumpulkan
dan dianalisis. Teknologi „perlombongan data„ membenarkan
analisis data pengguna bagi tujuan pemasaran
Keperibadian atau Ciri-ciri ini membolehkan pembezaan produk dan perkhidmatan
pengubahsuaian diturun ke tahap individu, sekali gus mengukuhkan keupayaan
pemasar untuk mencipta jenama

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


288  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

Internet mempunyai tiga kesan yang sangat luas dalam pemasaran:

(a) Meluaskan Skop Komunikasi Pemasaran


Internet sebagai medium komunikasi telah meluaskan skop komunikasi
pemasaran dari segi bilangan pengguna yang besar yang boleh dicapai
dengan mudah.

(b) Meningkatkan Kebolehupayaan Komunikasi Pemasaran


Internet telah meningkat kebolehupayaan komunikasi pemasaran dengan
menggabungkan teks, video dan kandungan audio ke dalam mesej yang
berkualiti. Boleh dikatakan, laman web adalah medium pengantara lebih
baik daripada televisyen atau video kerana:

(i) Kompleksiti mesej yang ada;

(ii) Kadar kandungan yang luas dicapai terhadap pelbagai subjek; dan

(iii) Keupayaan pengguna untuk mengawal pengalaman mereka secara


interaktif.

(c) Meluaskan Intensiti Maklumat Komunikasi Pemasaran


Internet telah banyak memperkembangkan intensiti maklumat di dalam
pasaran. Ia boleh dilakukan dengan membekalkan pemasar (dan pelanggan)
maklumat yang terperinci tentang pelanggan sebaik sahaja mereka berurus
niaga dalam pasaran.

8.2.2 Log Transaksi Web


Sumber utama maklumat pengguna di web ialah melalui transaksi log yang
diuruskan oleh semua pelayan web. Adakah anda tahu apa itu log transaksi?
Mari kita lihat definisi yang disediakan.

Log transaksi merekodkan aktiviti pengguna di laman web. Log transaksi


dibina dalam perisian pelayan web.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  289

Jadual 8.2 menyenaraikan elemen data yang terkandung dalam log transaksi web
dan bagaimana elemen data boleh digunakan dalam pemasaran.

Jadual 8.2: Elemen Data yang Terkandung dalam Log Transaksi Web

Elemen Data Penggunaan Pemasaran


Alamat IP pelawat: Boleh digunakan untuk menghantar kembali e-mel
64.212.28.3 untuk tujuan pemasaran apabila pengunjung
menggunakan URL yang khas berbanding dengan
modem sambungan dail. Sambungan dail masuk
dalam modem menggunakan IP sementara dan tidak
boleh digunakan untuk membalas e-mel
Data dan masa setem: Digunakan untuk memahami corak dalam aktiviti
[14/May/2001: 15:01:18-0500] pelanggan dari segi masa, hari dan tahun
Halaman dan objek yang diminta Digunakan untuk memahami apa yang dicari oleh
dan melawat („Get‰ penyata): pengguna (aliran klik). Ia juga boleh digunakan untuk
GET/images/traininglibararyart.gif menghantar „mesej‰ peribadi, „produk khas‰ atau
hanya membalas e-mel mengenai produk berkaitan
Respons pelayan web: Digunakan untuk memantau pautan yang rosak atau
200 (biasanya „HTTP/1.1.‰ halaman tidak dipaparkan
„HTTP/1.1‰304 ialah kod untuk
menghantar pengguna kepada
sumber yang berbeza untuk
halaman atau objek)
Saiz muka surat dihantar (bait Digunakan untuk memahami saiz permintaan kapasiti
maklumat): 1996 pelayan dan pautan komunikasi
Nama dalam laman atau tapak Digunakan untuk memahami bagaimana pengguna
yang pengguna datang ke laman menemui laman web dan juga memahami corak
web ini: mereka tingkah laku mereka ketika melayari laman
http://www.azimuthinteractive. web tersebut
com/office97text.htm
Nama dan versi pelayar digunakan: Berguna untuk memahami pelayar sasaran untuk
Mozilla/4.0 serasi; MSIE 4.01 memastikan laman web anda serasi dengan pelayar
(„Mozilla‰ ialah Standard yang digunakan
Netscape. MSIE ialah Microsoft
Internet Explorer)
Nama dan versi sistem Berguna bagi memahami keupayaan sasaran peralatan
pengoperasian, dari mesin pelanggan; penggunaan sistem pengoperasian
pelanggan pengguna: Windows 95 yang terkini melambangkan peralatan baru ataupun
pengguna yang celik teknikal dari segi teknologi
Sejarah semua halaman dan objek Digunakan untuk mewujudkan profil peribadi
yang dikunjungi semasa sesi di individu bagi menganalisis aktiviti laman web dan
laman web ini memahami laman web dan sumber yang paling
popular

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


290  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

WebTrends ialah alat analisis fail log yang terkemuka. Data log transaksi menjadi
lebih berguna apabila digabungkan dengan dua lagi laluan data berasaskan
pengunjung yang dihasilkan:

(a) Borang Pendaftaran


Pengguna tertarik untuk mengisi borang pendaftaran apabila ditawarkan
hadiah percuma atau perkhidmatan istimewa. Borang pendaftaran
mengumpul data peribadi seperti nama, alamat, telefon, poskod, alamat
e-mel (biasanya diperlukan) dan maklumat lain berkenaan minat dan cita
rasa yang diletakkan sebagai pilihan.

(b) Pangkalan Data Troli Membeli-belah


Apabila pengguna membuat pembelian, mereka juga memasukkan
maklumat tambahan ke dalam pangkalan data troli membeli-belah,
termasuk barangan yang dipilih, pembelian dan data pembayaran. Lain-lain
potensi sumber maklumat tambahan adalah seperti maklumat pengguna
yang diserahkan melalui borang-borang maklum balas produk, sumbangan
kepada kumpulan berbual atau menghantar melalui e-mel menggunakan
pilihan „Hubungi Kami‰ (Contact Us) yang banyak disediakan di laman
web.

AKTIVITI 8.4
Bagaimanakah laman web e-dagang boleh mempunyai lebih banyak
maklumat mengenai tingkah laku pengguna berbanding dengan pusat
membeli belah biasa?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  291

Mari kita lihat Rajah 8.3 yang menggambarkan contoh penganalisis log
WebTrends.

Rajah 8.3: Penganalisis log WebTrends

Untuk laman web yang mempunyai sejuta orang pelawat setiap bulan, secara
purata, pengunjung membuat 15 permintaan halaman setiap lawatan, dengan itu
akan ada 15 juta kemasukan dalam log setiap bulan. Log transaksi ini ditambah
dengan data daripada borang pendaftaran dan pangkalan data troli membeli-
belah, memberikan maklumat pemasaran yang berharga kepada laman web
tersebut dan industri dalam talian secara keseluruhannya. Hampir semua
keupayaan pemasaran Internet adalah berdasarkan kepada alat pengumpulan
data ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


292  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

Sebagai contoh, berikut ialah beberapa soalan pemasaran yang menarik boleh
dijawab dengan memeriksa log transaksi laman web, borang pendaftaran dan
pangkalan data troli membeli-belah:

(a) Apakah corak utama minat dan pembelian untuk kumpulan dan juga
individu?

(b) Selepas melayari halaman utama web, ke manakah pengunjung akan pergi
seterusnya?

(c) Apakah minat individu tertentu?

(d) Bagaimanakah cara untuk mudahkan pengguna untuk menggunakan


laman web?

(e) Bagaimanakah kita boleh menukar reka bentuk laman web untuk
menggalakkan pengunjung membeli produk yang memberi keuntungan
tinggi?

(f) Dari manakah pengunjung yang datang (dan bagaimana kita boleh
mengoptimumkan kehadiran kita di halaman rujukan)?

(g) Bagaimanakah kita boleh memperibadikan mesej kita, tawaran dan produk
kepada pengguna individu?

Menjawab soalan ini memerlukan teknologi tambahan. Seperti yang dinyatakan


oleh Jupiter Media Matrix, perniagaan juga boleh lumpuh kerana maklumat
yang terlampau banyak diperoleh di fail log yang biasa.

AKTIVITI 8.5

Sumber mana yang lebih berkesan dalam mendapatkan maklumat


pelanggan: Log transaksi atau „Hubungi Kami‰? Mengapakah?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  293

8.2.3 Kuki (Cookies) dan Pepijat Web


Walaupun log transaksi mewujudkan asas pengumpulan data dalam talian, ia
ditambah dengan dua teknik pengumpulan data yang lain:

 Kuki; dan

 Pepijat web.

Mari kita lihat penjelasan terperinci disediakan bagi kedua-dua teknik


pengumpulan data ini:

(a) Kuki
Jika anda tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan istilah „kuki‰,
rujuk yang berikut untuk penerangan yang lebih jelas.

Kuki ialah fail teks yang kecil daripada laman web diletakkan pada
cakera keras komputer pengunjung, setiap kali mereka melawati dan
semasa lawatan itu sebagai halaman khusus yang dilawati. Kuki
membenarkan laman web menyimpan data pada komputer pengguna
dan kemudian mengambilnya semula.

Biasanya, laman web menjana nombor unik ID untuk setiap pelawat dan
menyimpan nombor ID pada komputer pengguna yang menggunakan fail
kuki. Kuki boleh juga (tidak semestinya) memasukkan maklumat yang
berikut:

(i) Tarikh tamat tempoh;

(ii) Laluan yang menentukan halaman web yang berkaitan yang boleh
mengakses kuki;

(iii) Domain yang menentukan pelayan web atau domain yang berkaitan
yang boleh mengakses kuki (walau bagaimanapun, tertakluk kepada
pelayan yang menetapkan tetapan kuki); dan

(iv) Tetapan keselamatan yang disediakan yang mungkin boleh dihantar


oleh protokol yang selamat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


294  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

Contohnya, Netscape kuk yang biasa termasuklah yang berikut:

(i) Nama domain pelayan meletakkan kuki (Amazon.com);

(ii) Kenyataan benar atau palsu diikuti dengan tanda palang ke hadapan
bagi menunjukkan kesemua peralatan dalam domain yang tertentu
boleh mengakses kuki dan setiap laluan kuki dalam domain itu
adalah sah;

(iii) Kenyataan benar atau palsu yang menunjukkan sama ada kuki adalah
selamat (jika palsu, kuki tidak memerlukan protokol yang selamat);

(iv) Set 10 nombor digital yang menunjukkan tempoh tamat kuki (tarikh
dan masa yang dinyatakan dalam bahasa pengaturcaraan Unix);

(v) Nama kuki tersebut; dan

(vi) Satu nilai yang berkaitan seperti nombor ID pengguna.

Kuki menyediakan pemasar web dengan cara yang sangat cepat untuk
mengenal pasti pelanggan dan memahami tingkah lakunya sebelum itu di
laman web ini. Laman web menggunakan kuki untuk sebab-sebab berikut:

(i) Untuk menentukan berapa ramai pengunjung yang melawat laman


web tersebut;

(iii) Untuk mengenal pasti sama ada mereka adalah pelawat baru atau
pelawat berulang; dan

(iii) Untuk mengira kekerapan lawatan ke laman web.

Walau bagaimanapun, data yang dikumpulkan mungkin agak tidak tepat


kerana terdapat pengguna berkongsi menggunakan komputer, di mana
pengguna biasa menggunakan lebih daripada sebuah komputer. Sebagai
contoh, kuki dalam laman web yang menjejaki pengguna sebaik sahaja
pengguna menambah pembelian ke dalam troli membeli-belah. Setiap
barangan yang ditambah ke dalam troli membeli-belah disimpan dalam
pangkalan data laman web bersama-sama dengan nilai ID unik pelawat itu.
Namun, jika dua orang telah berkongsi ID pelawat, data yang dikumpulkan
tidak tepat. Di manakah anda boleh melihat kuki dalam komputer? Berikut
adalah lokasi di mana anda boleh menemui kuki:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  295

(i) Fail kuki pada komputer yang menggunakan Microsoft Internet


Explorer biasanya boleh didapati dalam direktori dipanggil
c:\windows\cookies; dan

(ii) Fail kuki pada komputer yang menggunakan pelayar Netscape boleh
didapati di c:\ProgramFiles\Netscape\Users\Default\cookies.

Kedua-dua Internet Explorer dan Netscape kini menawarkan pengguna


pilihan untuk diberitahu apabila laman web mahu menghantar kuki dan
membolehkan mereka menerima atau menolak kuki.

(b) Pepijat Web


Kuki terletak pada laman web tertentu di mana laman web hanya boleh
menerima data yang telah disimpan pada peralatan pelanggan dan tidak
boleh melihat pada kuki lain. Walau bagaimanapun, apabila digabungkan
dengan pepijat web, ia boleh digunakan untuk mewujudkan profil laman
web bersilang.

Adakah anda tahu apa pepijat web? Adakah mereka mempunyai ciri-ciri yang
sama seperti pepijat yang terdapat dalam rumah kita? Tidak, pepijat web adalah
seperti yang dijelaskan yang berikut.

Pepijat web adalah fail grafik yang sangat kecil (satu piksel) yang ditanam
dalam mesej e-mel dan di laman web. Pepijat web digunakan untuk
menghantar maklumat pengguna dan halaman yang dilihat kepada pelayan
pemantauan secara automatik.

Contohnya, apabila penerima membuka e-mel dalam format HTML atau


membuka laman web, mesej akan dihantar kepada pelayan untuk memanggil
maklumat grafik. Ini memberitahu pemasar e-mel telah dibuka; menunjukkan
bahawa sekurang-kurangnya penerima berminat dengan tajuk utama subjek.

Pepijat web selalunya berbentuk lut sinar atau berwarna putih, jadi mereka tidak
dapat dilihat oleh penerima. Anda mungkin boleh untuk menentukan sama ada
laman web menggunakan pepijat web dengan menggunakan pilihan „Lihat
Sumber‰ (View Source) pelayar anda dan memeriksa tag „IMG‰ (imej) pada
laman web. Pepijat web biasanya berukuran saiz satu piksel dan mengandungi
URL pelayan yang berbeza daripada pelayan yang memaparkan halaman
tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


296  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kuki dan pepijat web, layari
laman web ini:

(a) http://www.cookiecentral.com/

(b) http://w2.eff.org/Privacy/Marketing/web_bug.html

8.2.4 Pangkalan Data, Gudang Data dan


Perlombongan Data
Pangkalan data, gudang data, perlombongan data dan pelbagai teknik dalam
membuat keputusan pemasaran yang secara kasarnya juga disebut profil
merupakan punca utama revolusi di pemasaran Internet. Teknik ini apabila
digabungkan cuba untuk mengenal pasti dengan tepat siapa pelanggan dalam
talian dan apa yang mereka mahu, dan sekali gus memenuhi kriteria pelanggan
dengan tepat.

Teknik ini lebih berkuasa, lebih tepat dan terperinci jika dibandingkan dengan
teknik demografi kasar dan teknik pensegmenan pasaran yang digunakan dalam
pemasaran media massa atau melalui telepemasaran.

Untuk memahami data dalam log transaksi, borang pendaftaran, troli membeli-
belah, kuki, pepijat web dan sumber lain, pemasar Internet memerlukan
pangkalan data, gudang data dan perlombongan data yang kuat dan besar:

(a) Pangkalan Data


Langkah pertama dalam mentafsirkan aliran transaksi yang besar ialah
untuk menyimpan maklumat secara sistematik. Pangkalan data ialah
aplikasi perisian yang menyimpan rekod dan sifat khusus. Sebagai contoh,
buku telefon ialah pangkalan data fizikal yang menyimpan rekod individu
dan sifat khusus mereka seperti nama, alamat dan nombor telefon.

Mari kita lihat definisi yang diberikan untuk ketiga-tiga istilah penting ini:

(i) Sistem Pengurusan Pangkalan Data

Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS ă Database


Management System) adalah aplikasi perisian yang digunakan
oleh organisasi untuk mencipta, memelihara dan mengakses
pangkalan data. DBMS yang paling biasa adalah pangkalan data
hubungan seperti DB2 dari IBM dan pelbagai pangkalan data SQL
dari Oracle, Sybase dan lain-lain pembekal.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  297

(ii) Pangkalan Data Hubungan


Pangkalan data hubungan mewakili data sebagai jadual dua dimensi
dengan rekod yang dianjurkan dalam baris dan sifat khusus dalam
ruangan, sama seperti hamparan elektronik. Jadual dan semua data di
dalamnya boleh berkait secara fleksibel antara satu sama lain selagi
jadual itu berkongsi elemen data yang sama. Pangkalan data hubungan
adalah sangat fleksibel dan membolehkan pemasar dan pengurus lain
untuk melihat dan menganalisis data daripada perspektif yang berbeza
dengan cepat.

(iii) Bahasa Pertanyaan Berstruktur


Bahasa Pertanyaan Berstruktur (SQL - Structured Query Language)
ialah pangkalan data standard industri pertanyaan dan manipulasi
bahasa yang digunakan dalam pangkalan data hubungan.

(b) Gudang Data


Mari kita lihat definisi yang diberikan untuk „gudang data‰.

Gudang data adalah pangkalan data yang mengumpul transaksi syarikat


dan data pelanggan dalam satu lokasi tunggal untuk analisis luar talian
oleh pemasar dan pengurus laman web.

Data boleh didapati dalam kebanyakan bidang operasi teras syarikat, seperti:

(i) Log transaksi laman web;

(ii) Troli membeli-belah;

(iii) Terminal jualan (pengimbas produk) di kedai;

(iv) Tahap inventori gudang;

(v) Laporan jualan lapangan;

(vi) Pengimbas data luaran yang dibekalkan oleh pihak ketiga; dan

(vii) Data pembayaran kewangan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


298  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

Tujuan gudang data adalah untuk mengumpul semua transaksi syarikat


dan data pelanggan ke dalam satu repositori logik yang ia boleh dianalisis,
dan dimodelkan oleh pengurus tanpa mengganggu atau membebankan
sistem utama transaksi dan pangkalan data syarikat. Gudang data
berkembang dengan cepat ke dalam repositori simpanan yang mengandungi
terabait data (trilion bait) pada tingkah laku pengguna di kedai dan laman
web syarikat.

Dengan gudang data, syarikat boleh menjawab persoalan seperti:

(i) Apakah produk yang paling menguntungkan di sesuatu kawasan dan


bandar?

(ii) Apakah kempen pemasaran serantau yang berkesan?

(iii) Bagaimanakah keberkesanan promosi kedai di laman web syarikat?

Menurut kaji selidik Institut Data Pergudangan yang membabitkan lebih


dari 1,600 buah syarikat, faedah utama dalam kejayaan pelaksanaan gudang
data, seperti pensegmenan yang lebih baik dan peningkatan pendapatan
kerana pengurus perniagaan mempunyai kesedaran terhadap pelanggan
melalui data yang lebih lengkap yang boleh dicapai dengan cepat.

(d) Perlombongan Data


Apakah perlombongan data?

Perlombongan data adalah set teknik analisis yang berbeza yang


mencari pola dalam data dari pangkalan data atau gudang data, atau
menggunakannya untuk membentuk tingkah laku pelanggan. Data
laman web boleh „dilombong‰ untuk membangunkan profil pengunjung
dan pelanggan.

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan profil pelanggan?

Profil pelanggan hanyalah deskripsi tentang tingkah laku tipikal


pelanggan atau kumpulan pelanggan di laman web. Profil pelanggan
membantu untuk mengenal pasti corak dalam kumpulan dan tingkah
laku individu yang berlaku dalam talian ketika berjuta-juta pengunjung
menggunakan laman web syarikat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  299

Ada tiga jenis perlombongan data iaitu:

(a) Perlombongan Data Berdasarkan Pertanyaan


Ini merupakan kategori perlombongan data yang paling mudah dan ia
berdasarkan pertanyaan tertentu. Sebagai contoh, berdasarkan sekumpulan
pemasar yang mengesyaki hubungan dalam pangkalan data atau yang
perlu menjawab soalan tertentu seperti, „Apakah hubungan antara masa
sepanjang hari dengan pembelian pelbagai produk di laman web ini?‰

Pemasar boleh membuat pertanyaan dengan mudah kepada gudang data


dan menghasilkan jadual pangkalan data yang mengaturkan 10 produk
terbaik yang dijual di laman web setiap jam dalam sehari. Pemasar boleh
menukar kandungan laman web untuk mensimulasikan lebih banyak
jualan dengan menawarkan produk yang berbeza dari semasa ke semasa
atau dengan meletakkan produk tertentu di laman utama pada masa
tertentu sepanjang hari atau sepanjang malam.

(b) Perlombongan Data Berdasarkan Model


Perlombongan data berdasarkan model melibatkan penggunaan model
yang menganalisis pemboleh ubah utama berdasarkan kepentingan kepada
pembuat keputusan. Contohnya, pemasar mungkin mahu mengurangkan
inventori yang dijalankan di laman web dengan mengeluarkan barang
yang tidak menguntungkan dan tidak menghasilkan jualan yang baik.
Model kewangan boleh dibina dengan menunjukkan keuntungan setiap
produk di laman web supaya keputusan yang tepat boleh dibuat.

(c) Perlombongan Data Berdasarkan Peraturan


Kategori ini mengkaji data demografi dan transaksi kumpulan serta
individu di laman web dan cuba untuk menghasilkan peraturan umum
tingkah laku kepada pengunjung. Ada pendekatan fakta dan tingkah laku
serta tahap butiran yang berbeza daripada segmen pasaran sehingga
kepada individu.

SEMAK KENDIRI 8.3

Apakah perbezaan antara perlombongan data berdasarkan pertanyaan


dan perlombongan data berdasarkan peraturan?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


300  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

Mari kita lihat kedua-dua pendekatan yang dinyatakan dalam perlombongan


data berdasarkan peraturan:

(a) Pendekatan Fakta


Pendekatan ini digunakan oleh syarikat seperti Engage Technologies dan
Personify. Fakta data demografi dan transaksi (harga belian, produk yang
dibeli) dan bahan yang dilihat di laman web merupakan data yang telah
dianalisis, disimpan dalam jadual profil pelanggan bertujuan untuk
membahagi pasaran ke dalam kumpulan tertentu.

Contohnya, pelanggan wanita yang membeli barang bernilai lebih daripada


RM50 dalam kunjungan biasa dan yang melayari artikel berkenaan
pengembaraan mungkin ditunjukkan iklan percutian pelancongan.
Peraturan yang ditetapkan oleh pengurus pemasaran sebagai set penapis
berdasarkan pendapat pakar dan juga kaedah percubaan dan kaedah
kesilapan, dan digunakan untuk mengumpulkan kumpulan pelawat atau
segmen pasaran. Ada beribu-ribu jenis pengunjung, maka banyak keputusan
pemasaran atau penapis perlu dilakukan oleh pemasar.

(b) Pendekatan Tingkah Laku


Pendekatan tingkah laku cuba untuk „membiarkan data bercakap bagi
dirinya sendiri‰ dan bukannya mengenakan peraturan oleh pakar pemasar.
Pendekatan tingkah laku yang berbeza untuk perlombongan data ialah
penapisan kolaboratif yang mula-mula dibangunkan di MIT Media Lab
dan dikomersialkan oleh Firefly, syarikat permulaan yang didokong oleh
MIT Media Lab.

Di sini, pengunjung laman web yang bermuafakat mengklasifikasikan


diri mereka berdasarkan pemilihan yang sama bukannya menggunakan
keputusan pakar pemasar yang berasaskan peraturan (pengalaman dan
kehendak syarikat). Tujuan utama ialah pengguna mengelaskan diri mereka
dalam „kumpulan afiniti‰ yang mempunyai ciri-ciri kepentingan yang
sama.

Pertanyaan kepada pangkalan data boleh mengasingkan individu yang


membeli produk yang sama. Kemudian, berdasarkan pembelian oleh ahli
pertalian yang lain dalam kumpulan, sistem boleh mencadangkan pembelian
yang telah dilakukan oleh ahli lain dalam kumpulan baru-baru ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  301

Misalnya, semua pengunjung yang membeli buku tentang penerbangan


amatur mungkin cuba mendapatkan video yang menerangkan teknik
menerbangkan pesawat kecil. Seterusnya, jika didapati beberapa ahli
„kumpulan yang berminat tentang penerbangan amatur‰ membeli buku
tentang payung terjun, kesemua ahli kumpulan akan ditawarkan
sepertimana mereka yang membeli buku tentang payung terjun. Tawaran
ini akan dilakukan tanpa mengira latar belakang demografi setiap individu.

Pendekatan tingkah laku yang lebih terperinci yang bertujuan untuk


menangani individu berbanding segmen pasaran atau kumpulan afiniti
bagi menetapkan peraturan hasil daripada tingkah laku pengguna individu
(bersama-sama dengan beberapa maklumat demografi) dan bertujuan
untuk menangani individu secara khusus. Di sini, halaman sebenarnya
yang dikunjungi oleh pengguna tertentu disimpan sebagai set peraturan
konjungtif.

Sebagai contoh, jika individu yang bernama sebagai William Wilson


mengunjungi laman web dan biasanya („sebagai peraturan‰) bergerak dari
laman utama ke bahagian berita kewangan dan ke bahagian laporan Asia,
dan kemudian membeli artikel dari „Bahagian Perkembangan Terkini
dalam Perbankan‰ (Recent Developments in Banking). Oleh itu, individu
ini, berdasarkan corak semata-mata kepada corak tingkah laku sebelum ini,
mungkin akan ditunjukkan iklan tentang buku berkaitan pasaran wang
Asia. Peraturan ini boleh dibina untuk menjejak individu di sepanjang
laman web yang berbeza.

Ada banyak kelemahan bagi kesemua teknik ini, antara lain ialah ada
jutaan peraturan; kebanyakan daripadanya tidak masuk akal, dan
kebanyakannya lagi berasaskan tempoh jangka pendek. Oleh itu, peraturan
ini memerlukan pengesahan dan penakaian yang terperinci. Selain itu, ada
jutaan kumpulan afiniti dan corak yang lain dalam data yang terbatas atau
tidak bermakna.

Kesukaran dalam mengasingkan corak data yang sah dan berkuasa


(menguntungkan) dan kemudian bertindak terhadap corak yang diperoleh
dengan pantas untuk menghasilkan jualan yang mungkin tidak akan dapat
dilakukan. Seperti yang kita lihat nanti, ada kesukaran dan keseimbangan
secara praktikal yang terlibat dalam mencapai butiran ketepatan dan
kelajuan ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


302  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

8.2.5 Rangkaian Pengiklanan


Syarikat pemasaran khusus yang dikenali sebagai rangkaian pengiklanan
telah membantu laman web e-dagang untuk mengambil kesempatan daripada
penjejakan canggih dan potensi pemasaran dalam Internet.

Rangkaian pengiklanan menawarkan beberapa perkhidmatan, daripada kempen


e-mel yang disasarkan sehingga kepada program kesedaran jenama. Walau
bagaimanapun, ia terkenal dengan keupayaan untuk menawarkan pengguna
dengan iklan sepanduk berdasarkan pangkalan data tentang keupayaan tingkah
laku pengguna dan menggambarkan bagaimana perbezaan pemasaran Internet
daripada pemasaran tradisional.

Mungkin rangkaian pengiklanan yang paling terkenal ialah DoubleClick seperti


ditunjukkan berikut.

DoubleClick melancarkan sistem pengesanan generasi pertamanya, DART,


pada tahun 1996. DoubleClick mendakwa dapat „menawarkan„ 30 bilion
iklan sepanduk sebulan (dalam nombor bundar, kira-kira 12,000 iklan sesaat)
dan mengekalkan lebih 100 juta profil pengguna berkaitan pengguna web
individu. DoubleClick juga mencipta perkhidmatan baru yang dipanggil
Boomerang yang mengaji tingkah laku pembelian jangka panjang setiap
pengguna yang telah terdedah kepada iklan sepanduk.

Pelayan iklan khusus digunakan untuk menyimpan dan menghantar kepada


pengguna yang iklan sepanduk yang sesuai. Semua sistem ini bergantung kepada
kuki, pepijat web, dan pangkalan data profil pengguna akhir yang luas untuk
menawarkan iklan sepanduk kepada pengguna dan merekodkan keputusan,
termasuk jualan. Proses ini membolehkan maklum balas daripada pasaran untuk
dimasukkan ke dalam pangkalan data.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  303

Sekarang, mari kita lihat rangkaian pengiklanan di Malaysia.

Di Malaysia, apabila rangkaian pengiklanan yang pertama yang memberi


tumpuan kepada blog, Nuffnang (rujuk Rajah 8.4) membolehkan pihak
pengiklan untuk menyiarkan grafik atau iklan berasaskan video ke lebih
100,000 blog yang dianjurkan atas pelbagai jenis platform.

Rajah 8.4: Nuffnang


Sumber: http://amanz.my

Nuffnang telah banyak dipaparkan di akhbar utama seperti The Star, Malaysia
dan The Sunday Times, Singapura serta media lain. Iklan Nuffnang dapat
dilihat dalam 100,000 blog oleh tiga juta orang setiap hari.

Berikut adalah rangkaian pengiklanan yang terdapat di Malaysia:

(a) Nuffnang;

(b) Advertets;

(c) GrabMyAds;

(d) Gokita; dan

(e) Media Netizen.

Rangkaian pengiklanan telah menjadi kontroversi di kalangan penyokong privasi


kerana kemampuannya untuk mengesan pengguna individu di Internet. Kita
akan membincangkan isu privasi dengan lebih lanjut dalam Topik 9.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


304  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

8.2.6 Sistem Pengurusan Perhubungan Pelanggan


Sistem pengurusan perhubungan pelanggan (CRM  customer relationship
management) adalah satu lagi elemen penting dalam teknologi pemasaran
Internet. Mari kita lihat definisinya.

Sistem pengurusan hubungan pelanggan adalah repositori maklumat


pelanggan yang merekodkan semua kenalan yang dipunyai oleh pelanggan
syarikat (termasuk laman web) dan menjana profil pelanggan yang boleh
digunakan oleh setiap orang dalam syarikat yang perlu „mengenali
pelanggan‰.

Sistem CRM juga membekalkan perisian analisis yang diperlukan untuk


menganalisis dan menggunakan maklumat pelanggan. Pelanggan mengunjungi
syarikat tidak hanya melalui web tetapi juga melalui medium yang berikut:

(a) Pusat panggilan telefon;

(b) Wakil perkhidmatan pelanggan;

(c) Wakil jualan;

(d) Sistem maklum balas suara automatik;

(e) Mesin Teler Automatik (ATM  Automated Teller Machine) dan gerai;

(f) Terminal kaunter jualan di kedai; dan

(g) Peranti mudah alih atau m-dagang.

Pada masa lalu, syarikat biasanya tidak mengekalkan repositori tunggal


maklumat pelanggan tetapi sebaliknya telah disenaraikan pada jenis produk;
setiap jenis produk akan mengekalkan senarai pengguna tersendiri (dan sering
tidak dikongsi dengan produk lain dalam syarikat yang sama). Secara amnya,
syarikat tidak mengetahui siapakah pelanggan mereka, margin keuntungan
mereka atau bagaimana mereka bertindak balas kepada kempen pemasaran.

Sebagai contoh, pelanggan bank mungkin melihat iklan televisyen berkenaan


pinjaman kereta kos rendah termasuk nombor bebas tol untuk dihubungi. Walau
bagaimanapun, jika pelanggan datang ke laman web bank dan bukannya
menghubungi nombor bebas tol, pemasar tidak mempunyai sebarang maklumat
tentang bagaimana efektifnya kempen televisyen kerana maklumat pelanggan
akan disimpan ke dalam sistem tunggal.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  305

CRM, seperti rangkaian pengiklanan yang diterangkan tadi adalah sebahagian


daripada evolusi syarikat ke arah perniagaan yang berteraskan pelanggan dan
juga segmen pemasaran, dan mengetepikan perniagaan yang berteraskan produk.
Seperti rangkaian pengiklanan CRM ialah teknologi pangkalan data yang penting
dengan keupayaan luar biasa bagi menangani keperluan setiap pelanggan sebagai
seorang yang unik. Profil pelanggan boleh mengandungi maklumat yang berikut:

(a) Peta hubungan pelanggan dengan institusi;

(b) Produk dan ringkasan penggunaan data;

(c) Data demografi dan psiko grafik;

(d) Langkah-langkah keuntungan;

(e) Sejarah maklumat yang meringkaskan maklumat pelanggan dengan


kebanyakan institusi penghantaran; dan

(f) Maklumat pemasaran dan jualan yang mengandungi program yang


diterima oleh pelanggan dan maklum balas pelanggan.

Syarikat seperti Celcom dan Maxis menggunakan profil dari sistem CRM untuk
sebab yang berikut:

(a) Melakukan komunikasi bercorak peribadi seperti ucapan selamat


pelanggan dengan menyebut nama mereka setiap kali mereka
menghubungi syarikat;

(b) Mengekalkan pelanggan dengan menganugerahkan ganjaran seperti SMS


atau masa siaran percuma; dan

(c) Menghantar iklan peribadi melalui SMS berdasarkan pakej yang dilanggan
oleh pelanggan.

Dengan profil ini, CRM boleh digunakan untuk aspek yang berikut:

(a) Menjual produk dan perkhidmatan tambahan;

(b) Membangunkan produk baru;

(c) Meningkatkan penggunaan produk;

(d) Kos pemasaran;

(e) Mengenal pasti dan mengekalkan pelanggan yang menguntungkan;

(f) Mengoptimumkan perkhidmatan kos penghantaran;

(g) Mengekalkan pelanggan yang bernilai;


Copyright © Open University Malaysia (OUM)
306  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

(h) Membolehkan komunikasi peribadi;

(i) Meningkatkan kesetiaan pelanggan; dan

(j) Meningkatkan keuntungan produk.

SEMAK KENDIRI 8.4

Namakan beberapa kelemahan daripada tiga teknik perlombongan data


yang digunakan dalam pemasaran Internet.

LATIHAN 8.2
1. Kenal pasti teknologi utama yang menyokong pemasaran dalam
talian.

2. Bagaimanakah perlombongan data berbeza daripada pangkalan


data dan gudang?

Anda boleh melayari laman web ini untuk mendapatkan maklumat lanjut
mengenai teknologi yang menyokong pemasaran dalam talian:

(a) Data gudang: www.dwinfocenter.org

(b) Perlombongan data: www.data-mine.com

(c) Sistem CRM: www.crm-daily.com

8.3 PEMASARAN E-DAGANG DAN STRATEGI


PENJENAMAAN
Teknologi pemasaran baru yang dinyatakan di atas telah melahirkan generasi
baru teknik pemasaran dan memberi kekuatan tambahan kepada beberapa
teknik tradisional (seperti promosi mel secara langsung dengan alamat laman
web dipaparkan).

Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan pelbagai strategi pemasaran


Internet untuk kemasukan pasaran, pengambilalihan pelanggan, pengekalan
pelanggan, harga dan berurusan dengan konflik saluran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  307

Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa walaupun e-dagang B2C


dan B2B mempunyai ciri-ciri yang berbeza (contohnya, dalam e-dagang B2C,
pemasaran ditujukan kepada pengguna individu, manakala dalam e-dagang
B2B, biasanya lebih daripada seorang individu terlibat dengan keputusan
pembelian), strategi yang dibincangkan dalam subtopik ini kebanyakannya
mungkin dan sedang digunakan dalam kedua-dua arena B2C dan B2B.

8.3.1 Strategi Kemasukan Pasaran


Kedua-dua syarikat baru dan syarikat tradisional yang sedia ada mempunyai
pilihan tentang bagaimana untuk memasuki pasaran dan mewujudkan objektif
kehadiran mereka dalam talian. Mari kita lihat strategi kemasukan pasaran bagi
syarikat berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.5:

(a) Syarikat baru; dan

(b) Syarikat sedia ada.

Rajah 8.5: Strategi kemasukan pasaran


Sumber: http://www.sci.brooklyn.cuny.edu

Dalam era e-dagang I, strategi kemasukan biasa ialah klik tulen atau strategi
kelebihan penggerak pertama (rujuk di bawah).

Klik tulen atau strategi kelebihan penggerak pertama digunakan oleh syarikat
seperti Amazon, eBay dan e-Trade. Strategi ini juga merupakan teras kepada
pengaliran pelaburan yang bernilai berbilion-bilion ringgit. Ideanya adalah
menarik dan mudah. Masuk ke dalam pasaran dahulu dan alami pengalaman
„kelebihan penggerak pertama„ ă kesedaran pengguna berkelas tinggi diikuti
dengan kejayaan transaksi pengguna dan pengalaman serta pengukuhan
jenama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


308  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

Menurut perunding utama era ini, penggerak pertama akan mengalami mini
monopoli yang singkat. Mereka akan menjadi satu-satunya pembekal untuk
beberapa bulan dan kemudian peniru lain atau pengikut pantas (juga dikenali
sebagai penggerak kedua) akan memasuki pasaran kerana kos kemasukan begitu
rendah.

Untuk mengelakkan pesaing baru daripada memasuki pasaran, meningkatkan


saiz pengguna dengan cepat menjadi matlamat korporat yang paling penting
berbanding keuntungan dan pendapatan. Syarikat yang menggunakan strategi
ini biasanya menghabiskan sebahagian besar daripada bajet pemasaran mereka
untuk membina kesedaran jenama (laman web) dengan membeli iklan yang
mendapat perhatian utama dalam media massa tradisional seperti televisyen,
radio, surat khabar dan majalah.

Jika penggerak pertama mengumpulkan kebanyakan daripada pelanggan dalam


kategori tertentu (haiwan peliharaan, wain, bekalan perkebunan dan sebagainya),
pesaing baru dipercayai tidak mampu untuk memasuki pasaran kerana pelanggan
mungkin tidak mahu membayar bayaran tambahan untuk beralih kepada pesaing
baru. Pelanggan mungkin akan „terikat‰ kepada antara muka penggerak pertama.
Lebih-lebih lagi, kekuatan jenama itu akan menghalang daripada beralih kepada
pesaing baru walaupun pesaing baru sejauh satu klik sahaja.

Apabila dilihat kembali, adalah jelas bahawa menggunakan kelebihan penggerak


pertama sebagai strategi pemasaran tidak selalunya berjaya kepada kebanyakan
syarikat. Walaupun penggerak pertama mungkin mempunyai kelebihan yang
menarik, mereka juga mempunyai liabiliti yang ketara. Sejarah penggerak pertama
dalam kebanyakan bidang perniagaan adalah secara statistiknya merugikan
pada kebanyakan syarikat kerana mereka kekurangan aset pelengkap dan sumber
yang diperlukan untuk bersaing dalam jangka masa panjang.

Walaupun penggerak pertama inovatif, tetapi mereka biasanya kekurangan:

(a) Kekuatan kewangan;

(b) Sumber pemasaran dan jualan;

(c) Pelanggan setia;

(d) Kekuatan jenama; dan

(e) Fasiliti pengeluaran atau pelengkapan yang diperlukan untuk memenuhi


permintaan pelanggan sebaik sahaja produk berjaya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  309

Penyelidikan mengenai pengiklanan Internet yang dijalankan pada akhir era


e-dagang I mendapati walaupun kempen yang mahal mungkin dapat meningkat
kesedaran jenama tetapi komponen jenama lain seperti kepercayaan, kesetiaan
dan reputasi tidak terpengaruh, dan yang lebih penting, kunjungan ke laman
web tidak semestinya diterjemahkan kepada pembelian.

Sekarang, mari kita lihat syarikat tradisional.

Syarikat tradisional menghadapi beberapa pilihan yang sama tetapi mereka


mempunyai jumlah aliran tunai dan modal yang besar untuk membiayai usaha
niaga e-dagang mereka untuk tempoh yang lama. Sebagai contoh, Barnes &
Noble, peruncit buku yang terbesar dunia, membentuk Barnesandnoble.com
yang merupakan laman web pengikut pantas, apabila berhadapan dengan
kejayaan syarikat baru Amazon.com. Laman web ini telah ditubuhkan sebagai
syarikat bebas yang berasaskan laman web semata-mata, walaupun jelas
menggunakan jenama Barnes & Noble.

Satu lagi kemungkinan bagi syarikat baru adalah untuk meneruskan strategi
campuran antara klik dan bata, di mana pemasaran dalam talian berkait rapat
dengan kedai luar talian fizikal. Walau bagaimanapun, sangat sedikit syarikat
baru mampu menyediakan bahagian „bata‰ dalam strategi ini. Oleh itu, syarikat
yang menggunakan strategi kemasukan ini selalunya sering bersekutu dengan
syarikat yang kukuh yang sudah telah membangunkan, pengeluaran dan
kemudahan pengedaran dan sumber kewangan yang diperlukan untuk
melancarkan perniagaan Internet yang berjaya.

Strategi yang paling biasa bagi syarikat sedia ada adalah untuk melebarkan
perniagaan dan jenama mereka dengan menggunakan strategi campuran „klik
dan bata‰ dan pertambahan jenama. Strategi „lanjutan jenama‰ melihat laman
web sebagai lanjutan kepada usaha pemprosesan pesanan dan pelengkapan
sedia ada, pemasaran, dan usaha penjenamaan.

Setiap strategi kemasukan pasaran yang dibincangkan tadi telah mengalami


kejayaan dan kegagalan. Walaupun pilihan utama strategi bergantung kepada
jenama syarikat sedia ada, kekuatan pengurusan, kekuatan operasi dan sumber
modal, hari ini kebanyakan syarikat memilih untuk menggunakan strategi
campuran „klik dan bata‰ dengan harapan bahawa ia akan membolehkan
mereka untuk mencapai keuntungan dengan lebih cepat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


310  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

8.3.2 Mewujudkan Perhubungan Pelanggan


Apabila syarikat memilih strategi kemasukan pasaran, tugas seterusnya
mewujudkan hubungan dengan pelanggan. Perhubungan awam tradisional dan
pengiklanan media (akhbar, mel langsung, majalah, televisyen dan juga radio)
kekal penting untuk mewujudkan kesedaran syarikat itu. Walau bagaimanapun,
beberapa teknik pemasaran Internet unik telah muncul dan terbukti sebagai
pemacu yang kuat dalam menggerakkan trafik laman web dan pembelian.

Di sini, kita akan membincangkan lima teknik baru yang berikut:


 Pemasaran yang dibenarkan;
 Pemasaran gabungan;
 Pemasaran berjangkit;
 Pemasaran blog; dan
 Memanfaatkan jenama.

(a) Pemasaran yang Dibenarkan


Apakah pemasaran yang dibenarkan?

Pemasaran yang dibenarkan adalah strategi untuk mendapatkan


kebenaran daripada pengguna sebelum menghantar mereka maklumat
atau mesej promosi. Dengan mendapatkan kebenaran untuk menghantar
maklumat kepada pengguna terlebih dahulu, syarikat lebih mampu
untuk membangunkan hubungan pelanggan.

Apabila pengguna bersetuju menerima mesej promosi, mereka memilih


masuk; apabila mereka membuat keputusan mereka tidak mahu
menerima mesej itu, mereka memilih keluar.

Kebanyakan pengguna memerlukan insentif untuk meluangkan masa


membaca material promosi atau untuk memberikan maklumat peribadi
yang syarikat boleh gunakan untuk meningkatkan pemasaran mereka
sendiri. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.6, syarikat seperti Iwon.com
memberikan pengguna peluang untuk memenangi wang setiap minggu
ketika mengunjungi laman web; setiap bulan syarikat juga menawarkan
hadiah bonus khas untuk pengguna yang bersedia untuk mengisi kajian
lebih mendalam tentang kehidupan peribadi mereka. Laman web itu akan
memperoleh maklumat peribadi yang berguna manakala pengguna pula
mendapat peluang untuk memenangi hadiah percuma.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  311

Rajah 8.6: Laman web Iwon.com


Sumber: http://rangit.com

Adakah anda tahu bahawa komponen utama pemasaran yang dibenarkan


ialah e-mel? Selain menjadi salah satu aplikasi Internet yang paling banyak
digunakan, eămel telah menjadi alat pemasaran yang amat berkesan.
Syarikat meminta alamat eămel daripada pelanggan dan kemudian
menghantar mesej pemasaran tentang minat yang berpotensi; beberapa
pemasar mengeluarkan mesej dengan kerap, malah setiap minggu, manakala
pemasar hanya lain berbuat demikian apabila sesuatu yang berkaitan
muncul. Bukan sahaja ia murah untuk dihantar tetapi ia juga boleh
disasarkan, diukur dan berkesan.

(b) Pemasaran Gabungan


Di dunia luar talian, rujukan adalah salah satu sumber terbaik petunjuk
yang berkelayakan. Pemasaran gabungan ialah aplikasi dalam talian untuk
kaedah pemasaran ini yang satu laman web bersetuju untuk membayar
komisen kepada laman web lain untuk peluang perniagaan baru yang
merujuk kepada laman web ini. Gabungan menambah pautan kepada laman
web syarikat pada laman sendiri dan menggalakkan pelawat mengunjungi
rakan pemasarannya. Beberapa sekutu dibayar komisen berdasarkan mana-
mana jualan yang dijana, manakala yang lain boleh dibayar bayaran
berdasarkan bilangan melalui klik atau pendaftaran baru, atau yuran sama
rata ataupun kombinasi bayaran komisen ini.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
312  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

Mari kita lihat beberapa contoh pemasaran gabungan.

Sebagai contoh, Amazon.com mempunyai program gabungan yang


kuat yang terdiri lebih daripada 500,000 peserta laman web, yang
dikenali sebagai Bersekutu yang menerima sehingga 15% daripada
hasil jualan yang dirujuk. Program Gabungan eBays boleh menjana
pendapatan antara USD20 hingga USD35 untuk setiap pengguna aktif
yang dihalakan ke eBay.

Amazon dan eBay serta lain-lain syarikat e-dagang yang besar yang
mempunyai program gabungan biasanya mentadbir program itu sendiri.
Syarikat e-dagang yang kecil yang ingin menggunakan pemasaran gabungan
sering membuat keputusan untuk menyertai rangkaian gabungan
(kadangkala disebut broker gabungan, yang bertindak sebagai perantara).

Rangkaian gabungan boleh melakukan perkara yang berikut:

(i) Membawa bakal ahli gabungan dan peniaga mencari sekutu bersama-
sama;

(ii) Membantu sekutu untuk menubuhkan pautan yang diperlukan di


laman web mereka;

(iii) Mengesan semua aktiviti; dan

(iv) Mengatur semua pembayaran.

Manfaat utama pemasaran gabungan biasanya beroperasi pada dasar


„pembayaran berdasarkan prestasi‰. Ahli gabungan menyediakan petunjuk
jualan yang sah sebagai balasan kepada pampasan yang telah dipersetujui.
Kelebihan lain ialah kewujudan pengguna yang menetapkan bahawa
pemasar boleh meneroka melalui gabungan dengan segera. Untuk ahli
gabungan, tarikannya ialah pendapatan berpotensi besar yang stabil hasil
daripada hubungan tersebut.

Di samping itu, kehadiran satu lagi logo atau jenama nama syarikat
boleh menggambarkan prestij dan kredibiliti. Pemasaran gabungan paling
berkesan apabila sekutu memilih produk dan perkhidmatan yang sepadan
dan menambah kandungan laman web mereka sendiri.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  313

Walau bagaimanapun, pemasaran gabungan boleh mempunyai beberapa


kelemahan jika tidak diurus dengan berhati-hati seperti:

(i) Terlalu banyak pautan yang tidak relevan dengan fokus utama syarikat
yang boleh menyebabkan kekeliruan jenama; dan

(ii) Laman web dengan pautan gabungan juga menghadapi risiko


„kehilangan‰ pelanggan yang mengklik pada pautan dan kemudian
tidak kembali; melainkan laman web mengambil tindakan untuk
mengelak dengan mempunyai pautan terbuka dalam tetingkap baru
dan apabila ditutup akan mengembalikan pelanggan ke laman web
asal.

(c) Pemasaran Berjangkit


Ketika pemasaran gabungan menggunakan laman web yang dipercayai
untuk menggalakkan pengguna mengunjungi laman web yang lain,
pemasaran berjangkit (juga dikenali sebagai rujukan pelanggan) ialah
proses untuk mendapatkan pelanggan untuk menyampaikan mesej
pemasaran syarikat kepada rakan-rakan, keluarga dan rakan sekerja. Ia
merupakan versi dalam talian pengiklanan dari mulut ke mulut dan ia
merebak lebih cepat daripada alam nyata.

Di samping meningkatkan saiz asas pengunjung syarikat, pengunjung


rujukan juga mempunyai kelebihan lain:

(i) Kos untuk memperoleh pengunjung adalah lebih murah kerana


mereka melakukan semua kerja pengambilalihan;

(ii) Mereka kurang cenderung untuk menggunakan perkhidmatan


sokongan dalam talian, mereka lebih suka berpaling kepada orang
yang merujuk mereka untuk mendapatkan nasihat;

(iii) Kos pengambilalihan dan kos pengekalan adalah murah; dan

(iv) Pengunjung rujukan menghasilkan keuntungan lebih pantas untuk


syarikat daripada pengunjung yang diperoleh melalui kaedah
pemasaran yang lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


314  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

Mari kita lihat Program Take Five! di Half.com, yang merupakan satu
contoh pemasaran berjangkit.

Pengguna berdaftar di Half.com menjual buku terpakai, muzik, filem dan


permainan diberi insentif (kupon) untuk memberitahu rakan mereka
tentang laman web ini. Apabila pengguna mengemukakan nama kawan
kepada halaman Take Five! Half.com, Half.com akan menghantar kupon
bernilai USD5 ke atas pesanan pertama yang bernilai USD10 atau lebih
kepada rakan tersebut. Oleh kerana perniagaannya berkembang dari
mulut ke mulut, kos pengambilalihan pelanggan Half.com kurang
daripada USD10 bagi setiap pelanggan, adalah mengagumkan kerana
kos pengambilalihan pelanggan dalam talian boleh mencecah 1.5 hingga
2.5 kali ganda daripada kos di alam nyata.

Proses pemasaran berjangkit juga boleh melibatkan pengguna yang tidak


mengenali antara satu sama lain. Apabila pengguna memutuskan untuk
membuat pembelian utama, seperti basikal lasak baru, mendapatkan
nasihat dan pendapat daripada orang yang pernah memiliki basikal seperti
itu merupakan langkah pertama. Dengan Internet, ia agak mudah untuk
mencari dan membaca ulasan tentang pelbagai model basikal yang ditulis
oleh pengguna berpengetahuan.

Laman web seperti Epinions.com dan ConsumerReports.org menyediakan


ulasan objektif produk oleh pelanggan yang telah membeli dan
menggunakan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan lain. Berbekalkan
maklum balas dan input daripada talian peminat, pengguna boleh
mengklik pada laman e-dagang dan membuat pembelian. Epinions.com
mempunyai pautan kepada beberapa gabungan e-runcit yang membayar
yuran kepada mereka bagi setiap pembelian yang dibuat di laman web itu.
CNET melakukan perkara yang sama dengan menyediakan ulasan produk
dan pautan berteknologi tinggi kepada peruncit dalam talian yang boleh
membekal dan menghantar item yang dikehendaki dengan segera.

(d) Pemasaran Blog


Adakah anda sedar bahawa blog telah menjadi sebahagian daripada arus
perdana dalam budaya talian? Sekitar 97 juta rakyat Amerika membaca
blog sekurang-kurangnya sekali sebulan. Bilangan pembaca blog dijangka
berkembang kepada kira-kira 128 juta dan pencipta blog kepada 38 juta
menjelang 2013. Blog, sama seperti laman web biasa, boleh digunakan
untuk memaparkan kedua-dua iklan penjenamaan dan tidak menjurus ke
arah jualan, serta sebagai pengiklanan yang bertujuan untuk menghasilkan
jualan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  315

Walau bagaimanapun, blog seperti biasanya dicipta oleh individu


perseorangan yang ingin membuat kenyataan awam, penulis blog tidak
mempunyai pemasaran web dan sumber pengiklanan seperti syarikat
besar. Jumlah pengunjung yang mengunjungi blog adalah sangat kecil jika
dibandingkan dengan pengunjung di portal laman web Yahoo!

Untuk mengatasi masalah ini, rangkaian pengiklanan blog ditubuhkan;


penulis blog bersetuju untuk memaparkan iklan di blog mereka dan
kemudian mereka menerima bayaran untuk setiap klik pada iklan yang
dibuat oleh pengunjung blog mereka. Dalam dua tahun lepas, dua watak
utama dalam industri blog, Technorati dan Six Apart telah melancarkan
rangkaian pengiklanan blog yang direka untuk menghubungkan laman
blog kepada pengiklan. Nuffnang hasil ciptaan Malaysia juga menyediakan
perkhidmatan yang sama.

Memandangkan pertumbuhan fenomena ini yang lebih 50% setahun


dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pemasaran blog dijangka akan
menunjukkan keuntungan besar untuk beberapa tahun akan datang. Pada
tahun 2009, pendapatan pengiklanan blog adalah dianggarkan kira-kira
USD530 juta, meningkat kepada kira-kira USD746 juta menjelang tahun 2012,
walaupun ini tidak mengambil kira kesan kemelesetan (eMarketer, 2008).

(e) Pemanfaatan Jenama


Strategi pengambilalihan pelanggan paling berjaya dalam talian pada era
e-dagang II ialah pemanfaatan jenama.

Adakah anda tahu apakah pemanfaatan jenama? Jika anda tidak tahu,
rujuk yang berikut untuk mendapatkan definisi yang betul bagi istilah ini.

Pemanfaatan jenama merujuk kepada proses menggunakan kuasa


jenama yang sedia ada untuk mendapatkan pelanggan baru untuk
produk baru atau perkhidmatan.

Misalnya, ketika Tab merupakan orang pertama yang menemui pasaran


yang besar bagi minuman kola diet, Coca-Cola akhirnya berjaya
mendominasi pasaran dengan memanfaatkan jenama Coke untuk produk
baru yang disebut Diet Coke.

Dalam dunia dalam talian, sesetengah penyelidik meramalkan bahawa


jenama luar talian tidak akan dapat membuat peralihan kepada web kerana
pengguna boleh mengetahui siapakah yang menawarkan produk pada harga
yang paling murah dan jenama premium akan hilang (ketelusan harga).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


316  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

Walau bagaimanapun, ini tidak berlaku seperti yang dapat dilihat dalam
industri yang berikut:

(i) Industri Runcit


Kmart, Wal-Mart dan JCPenney telah melompat ke senarai 10 kedai
runcit terbaik dalam talian dalam tempoh yang singkat yang
sebahagian besarnya kerana kekuatan jenama luar talian mereka.
Jenama luar talian telah memberikan mereka kemampuan untuk
menarik berjuta-juta pelanggan luar talian ke laman web mereka.

(ii) Industri Perkhidmatan Kewangan


Wells Fargo, Citibank, Kesetiaan dan Merrill Lynch, semuanya telah
berjaya memperoleh berjuta-juta pelanggan dalam talian berdasarkan
kepada jenama dan jumlah pelanggan asas luar talian yang besar.

(iii) Industri Pembekal Kandungan


Wall Street Journal dan Consumer Reports telah menjadi antara
pembekal kandungan berasaskan langganan yang paling berjaya.

(iv) Pembuatan dan Industri Runcit


Dell komputer sangat berjaya dalam memanfaatkan ciri-ciri komputer
yang dibuat khas melalui pesanan telefon kepada komputer yang
ditempah khas melalui pesanan di Internet.

Kelebihan utama pemanfaatan jenama jika dibandingkan dengan usaha


sama syarikat baru yang tiada mempunyai pengenalan jenama ialah
ia mampu mengurangkan kos pengambilalihan pelanggan baru. Selain
memanfaatkan jenama luar talian ke dalam dunia dalam talian, ia juga
mungkin memanfaatkan jenama terkenal dalam talian untuk produk baru
dan barisan produk. Walau bagaimanapun, strategi ini tidak selalunya
berjaya.

SEMAK KENDIRI 8.5

Kenal pasti strategi kemasukan pasaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  317

LATIHAN 8.3
1. Jelaskan strategi klik dan bata bagi syarikat sedia ada.

2. Kenal pasti pelbagai teknik yang digunakan untuk pemasaran


dalam talian.

Anda boleh melayari laman web yang berikut untuk mendapatkan maklumat
lanjut mengenai talian teknik pemasaran:

(a) Pemasaran yang dibenarkan 


http://www.marketingterms.com/dictionary/permission_marketing/

(b) Pemasaran gabungan  www.affiliatemarketing.co.uk

(c) Pemasaran berjangkit 


www.marketingterms.com/dictionary/viral_marketing

8.4 PENYELIDIKAN PASARAN DALAM TALIAN


Penyelidikan pasaran melibatkan pengumpulan maklumat yang akan membantu
syarikat mengenal pasti produk yang berpotensi dan pelanggan. Mari kita lihat
penjelasan umum yang diberikan untuk dua jenis penyelidikan pasaran:

(a) Penyelidikan Utama

Penyelidikan utama melibatkan pengumpulan maklumat asli


menggunakan teknik seperti tinjauan, temu bual peribadi dan kumpulan
fokus. Penyelidikan sebegini biasanya digunakan untuk mendapatkan
maklum balas mengenai jenama, produk atau kempen pemasaran baru
yang tiada kajian dilakukan sebelum ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


318  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

(b) Penyelidikan Sekunder

Penyelidikan sekunder bergantung kepada maklumat sedia ada


yang diterbitkan, sebagai asas untuk menganalisis pasaran. Kedua-dua
penyelidikan utama dan kedua boleh dibuat lebih efektif, lebih murah
dan selalunya lebih tepat apabila dalam talian berbanding luar talian.

Selain kedua-dua pendekatan yang berbeza terhadap penyelidikan pasaran, ada


dua jenis data yang akan dikaji:

(a) Data Kuantitatif

Data kuantitatif adalah data yang boleh dinyatakan sebagai nombor,


seperti peratusan. Data kuantitatif boleh dianalisis menggunakan
program statistik bahawa hubungan mengenal pasti antara pemboleh
ubah tertentu atau faktor yang menjejaskan cara seseorang bertindak
balas.

(b) Data Kualitatif

Data kualitatif ialah data yang tidak boleh diukur dengan mudah,
seperti pendapat. Soalan kaji selidik yang menghasilkan tindak balas
kualitatif dianalisis dengan mengasingkan tindak balas kepada beberapa
subsegmen berdasarkan jawapan yang diberikan. Salah satu jenis
analisis adalah analisis kandungan yang cuba untuk mengenal pasti
kategori utama maklumat yang diterima.

8.4.1 Penyelidikan Utama


Mari kita lihat alat penyelidikan utama:

(a) Penyiasatan dalam Talian


Tinjauan dan soal selidik ialah alat penyelidikan yang paling popular
dan kerap digunakan di pasaran. Menggunakan instrumen kajian iaitu
satu senarai soalan, penyelidik boleh mendekati sekumpulan pengguna
untuk bertanyakan pandangan mereka mengenai mana-mana topik yang
dibayangkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  319

Kaji selidik dalam talian seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.7 biasanya
boleh ditadbir lebih cepat dan kurang mahal berbanding kaji selidik
tradisional mel atau telefon. Syarikat e-dagang sama ada boleh mengupah
syarikat penyelidikan dari luar pasaran untuk menjalankan tinjauan atau
mencipta dan mentadbir sendiri. Contohnya, kajian laman web seperti
Zoomerang.com membolehkan syarikat untuk menggunakan contoh kajian
sedia ada atau mengubahnya untuk kegunaan sendiri dan mengedarkan
kepada panel pengguna yang terbina dalam laman web Zoomerang.

Rajah 8.7: Kaji selidik dalam talian


Sumber: http://communication.howstuffworks.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


320  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

Kaji selidik dalam talian juga membolehkan mengesan responden dan


membuat susulan dengan mereka yang masih belum selesai kajian, ia
membantu untuk meningkatkan kadar tindak balas.

Kadar tindak balas adalah peratusan orang yang melengkapkan kaji


selidik. Kadar tindak balas yang rendah boleh merosakkan kesahihan
atau kepercayaan keputusan kajian.

Borang maklum balas, meminta pengguna untuk menyediakan input


berkenaan operasi sesuatu laman web dalam format yang ditetapkan, adalah
satu lagi jenis kaji selidik dalam talian. Permintaan input yang lebih kerap
daripada pengunjung laman web mungkin menghasilkan data yang lebih
kualitatif daripada data kuantitatif, ia lebih menyukarkan penganalisisan
tetapi maklumat yang terhasil boleh membantu meningkatkan dan
memajukan prestasi laman web.

(b) Temu Bual Peribadi


Temu bual peribadi biasanya berpandukan set soalan hampir sama dengan
instrumen kajian. Walaupun ia adalah lebih sukar untuk menggabungkan
temu bual peribadi dalam laman web, ia membolehkan kajian dalam talian
melalui perbualan langsung atau e-mel, dan berinteraksi dengan penyelidik
yang terlatih. Temu bual peribadi mengumpulkan maklumat yang lebih
mendalam mengenai sesuatu topik.

Dalam beberapa kes, temu bual peribadi digunakan sebagai fasa kedua
kajian projek, selepas maklumat awal diperoleh dikumpulkan melalui kaji
selidik. Temu bual yang terperinci dengan segmen pasaran sasaran yang
tertentu boleh menghasilkan jawapan yang lebih khusus untuk isu
dan soalan yang timbul daripada fasa penyelidikan tinjauan. Walau
bagaimanapun, jumlah masa yang diperlukan untuk mengumpul maklumat
dan kadar tindak balas yang rendah merupakan satu kelemahan, ia adalah
lebih sukar untuk meyakinkan seseorang untuk mengambil bahagian dalam
satu temu bual lanjutan daripada kajian yang ringkas.

Kumpulan fokus seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.8, seperti temu
bual peribadi, membenarkan penyelidik untuk mengumpul maklum balas
yang lebih khusus kepada soalan dan untuk menyiasat beberapa isu
yang lebih mendalam. Walau bagaimanapun, kumpulan fokus kurang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  321

berstruktur dalam membolehkan peserta untuk menyuarakan pendapat


dan perasaan mereka. Kumpulan fokus biasanya terdiri daripada 6 hingga
12 peserta yang merupakan ahli segmen pasaran tertentu atau sasaran
pasaran. Fasilitator daripada pihak ketiga akan mengetuai kumpulan
ini dalam menyatakan pendapat dan menyatakan keutamaan mengenai
produk, perkhidmatan atau isu lain.

Kumpulan fokus dalam talian biasanya berjalan selama satu jam dan
mempunyai peserta yang log ke dalam bilik sembang yang pendapat
dan idea boleh dinyatakan dalam kumpulan. Kelebihan kumpulan fokus
adalah banyak pandangan dan pendapat boleh dipelajari dalam masa yang
singkat. Walau bagaimanapun, individu yang berminat tentang isu yang
dibincangkan boleh membayangi peserta yang berkeyakinan supaya hanya
beberapa pandangan dapat didengar. Kebimbangan ini lebih berkisar
kepada isu dalam talian kerana peserta tidak dapat melihat antara satu sama
lain dan berasa lebih yakin menyerlahkan diri mereka dengan menaip.

(c) Pemerhatian
Pemerhatian ialah melihat pengguna ketika membuat pembelian atau
ketika mereka melibatkan diri dalam beberapa aktiviti yang sedang dikaji.
Menjejaki pengguna dalam talian sama seperti pemerhatian. Ia melibatkan
pemerhatian daripada berinteraksi dengan pengguna ketika pengguna
melayari laman web dan merancang pelbagai pilihan belian. Menggunakan
kuki dan alat pemantauan lain-lain sesi, pemasar laman web dengan
mudah boleh mengumpul data mengenai pilihan pengguna, tidak suka dan
cabaran untuk memperbaiki pengalaman laman web pada masa depan.

8.4.2 Penyelidikan Sekunder


Penyelidikan sekunder melibatkan pengumpulan maklumat menggunakan
laman web sebagai sumber maklumat. Sebagai penyelidik, kunci untuk
memastikan maklumat yang dikumpulkan adalah efisien dan berkesan adalah
dengan mengenal pasti laman web yang paling berkemungkinan untuk
memberikan jawapan kepada soalan-soalan ditimbulkan dalam penyelidikan.
Dengan mewujudkan dan bersetuju dengan soalan utama yang akan dijawab
melalui penyelidikan pasaran, serta mengapa maklumat itu akan berguna,
penyelidik boleh memberi tumpuan kepada keperluan maklumat mereka.
Pengumpulan maklumat juga boleh dikemaskan apabila penyelidik memahami
bagaimana maklumat yang akan memberi kesan ke atas keputusan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


322  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

Pemasaran yang berkesan bermula dengan penyelidikan yang kukuh


membantu untuk menentukan dan menyasarkan segmen pasaran yang paling
menguntungkan dengan mesej pemasaran yang menggalakkan pelanggan untuk
membeli. Walau bagaimanapun, dalam syarikat yang berjaya, penyelidikan
bukanlah perkara yang dilakukan sekali sahaja. Penyelidikan yang berterusan
mampu meningkatkan dan memperincikan produk, perkhidmatan, imej jenama
dan mesej pemasaran untuk terus meningkatkan hasil jualan.

Apabila ia melibatkan laporan tentang pengguna dan e-dagang, syarikat seperti


Jupiter Media Metrix, Forrester Research dan Cyber Dialogue sering dipetik dalam
akhbar sebagai sumber data mengenai trend terkini dalam aktiviti Internet. Jupiter
Media Metrix dan Forrester bergantung terutamanya kepada penganalisis yang
berpengalaman. Cyber Dialogue, sebaliknya dengan menggunakan panel talian
pengguna; pengguna Internet yang bersedia untuk mengambil bahagian dalam
kumpulan fokus dalam talian dan kaji selidik.

Walaupun penyelidikan pasaran dalam talian ialah satu fenomena baru, Dialog
Cyber telah berada dalam perniagaan sejak tahun 1993. Bagaimanapun pada
tahun 2000, syarikat itu beralih daripada penyelidikan Internet sepenuhnya ke
arah sektor pengurusan perhubungan pelanggan (CRM). Kini, ia menggunakan
kepakaran penyelidikan dalam talian untuk membantu syarikat dalam
mengenal pasti pelanggan yang terbaik, penyelidikan tentang pasaran baru
yang menguntungkan dan mengukuhkan hubungan jangka panjang dengan
kumpulan untuk menghasilkan margin keuntungan yang lebih besar.

SEMAK KENDIRI 8.6

Bagaimanakah kaji selidik dalam talian berbeza daripada proses pos


tradisional kaji selidik?

LATIHAN 8.4
1. Bagaimanakah penyelidikan pasaran dalam talian dikendalikan?

2. Bandingkan antara kedua-dua jenis penyelidikan utama dalam


talian: tinjauan dan pemerhatian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG  323

Layari laman web yang berikut untuk maklumat lanjut mengenai beberapa alat
kajian sekunder yang popular:

(a) Sumber untuk artikel antarabangsa: www.factiva.com

(b) Sumber pangkalan data global percuma: www.corporateinformation.com

(c) Laporan penyelidikan pasaran: www.marketresearch.com.

 Produk atau perkhidmatan boleh dibezakan melalui tiga tahap yang berbeza
iaitu teras, produk sebenar atau produk tambahan.

 „Pasaran yang berdaya saing‰ merupakan pasaran yang mempunyai banyak


produk pengganti, kemasukan yang mudah dan kuasa tawar-menawar
yang kuat daripada pelanggan dan pembekal. Ia telah menekankan bahawa
penjenamaan produk adalah penting dalam membuat produk benar-benar
unik dan berbeza dalam fikiran pengguna.

 Jenama ialah set jangkaan, seperti kualiti, kebolehpercayaan, konsisten,


kepercayaan, minat yang mendalam dan kesetiaan yang diperoleh apabila
pengguna telah membeli atau berfikir untuk membeli, produk atau
perkhidmatan dari syarikat tertentu.

 Pemasar merangka dan melaksanakan strategi penjenamaan sebagai


set rancangan untuk membezakan produknya daripada pesaing dan
menyampaikan perbezaan ini kepada pasaran dengan cara yang berkesan.

 Membahagikan pasaran, menyasarkan segmen pasaran yang berbeza


dengan produk yang berbeza serta meletakkan produk pada kedudukan
yang mencapai keperluan pelanggan segmen yang tertentu ialah bahagian
penting dalam strategi penjenamaan.

 Teknologi utama yang menyokong pemasaran dalam talian: log transaksi


web, log transaksi, kuki, pepijat web, pangkalan data, gudang data,
perlombongan data, rangkaian pengiklanan dan sistem CRM.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


324  TOPIK 8 KONSEP PEMASARAN E-DAGANG

 Kesemua teknologi pemasaran ini telah melahirkan satu teknik baru generasi
pemasaran dan meningkatkan kekuatan beberapa teknik tradisional. Strategi
pemasaran Internet untuk kemasukan pasaran bagi syarikat baru adalah
termasuk klik tulen atau penggerak pertama dan campuran „klik dan bata‰,
atau pakatan; dan bagi syarikat sedia ada termasuklah klik tulen atau
pengikut cepat dan campuran „klik dan bata‰, atau pertambahan jenama.

 Teknik pemasaran dalam talian untuk pelanggan dalam talian termasuk


pemasaran yang dibenarkan, pemasaran gabungan, pemasaran berjangkit
dan pemanfaatan jenama.

 Penyelidikan pasaran melibatkan pengumpulan maklumat yang akan


membantu syarikat untuk mengenal pasti produk dan pelanggan yang
berpotensi. Ada dua jenis penyelidikan pasaran umum: penyelidikan utama
melibatkan mengumpul maklumat asal dan penyelidikan sekunder yang
bergantung kepada terbitan maklumat yang sedia ada sebagai asas untuk
menganalisis pasaran.

Campuran „klik dan bata‰ Pemasaran blog


Ekuiti jenama Pemasaran gabungan
Gudang data Pemasaran yang dibenarkan
Kaji selidik dalam talian Pemerhatian
Kelebihan daya saing Pengurusan perhubungan pelanggan
Kemasukan pasaran Pepijat web
Klik tulen atau penggerak pertama Perlombongan data
Kos pengambilalihan pelanggan Produk sebenar
Kos pengekalan pelanggan Produk tambahan
Kuki Produk teras
Log transaksi web Rangkaian pengiklanan
Pangkalan data Strategi jenama
Pemanfaatan jenama Temu bual peribadi
Pemasaran berjangkit

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Komunikasi
9 Pemasaran
E-dagang
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan bentuk utama komunikasi pemasaran e-dagang;
2. Menghuraikan kaedah pengiklanan dalam talian yang digunakan
di laman web;
3. Menerangkan pemasaran langsung secara e-mel, katalog dalam
talian dan pemasaran sosial untuk tujuan pengiklanan; dan
4. Membincangkan bagaimana laman web digunakan sebagai alat
pemasaran komunikasi.

 PENGENALAN
Pernahkah anda mencari sebarang iklan dalam talian? Apakah yang membuatkan
anda membeli produk atau perkhidmatan yang diiklankan dalam iklan?

Dalam topik ini, anda akan belajar tentang pelanggan mempunyai pelbagai
jangkaan terhadap jenama produk yang ditawarkan. Ia menghuraikan tentang
aktiviti pemasaran syarikat yang terlibat dalam usaha untuk mewujudkan
jangkaan tersebut. Topik ini akan memberi tumpuan kepada memahami
komunikasi pemasaran dalam talian  semua kaedah yang digunakan oleh
syarikat dalam talian untuk berkomunikasi kepada pelanggan dan membuat
jangkaan jenama yang kukuh.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


326  TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG

Semua soalan ini akan terjawab apabila kita menerokai topik ini.

(a) Apakah kaedah terbaik untuk menarik minat orang ke laman web dan
menjadikan mereka pelanggan?

(b) Bagaimanakah reka bentuk laman web boleh mempengaruhi jualan?

9.1 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG


Adakah anda pernah mendengar tentang komunikasi pemasaran dalam talian?
Jika ya, namakan dua jenis komunikasi pemasaran e-dagang yang anda tahu.

Pemasaran komunikasi mempunyai dua tujuan:

(a) Jenama
Salah satu tujuan komunikasi pemasaran adalah untuk membangunkan
dan memperkukuh jenama syarikat dengan memaklumkan pelanggan
mengenai perbezaan ciri-ciri produk dan perkhidmatan syarikat.

(b) Jualan
Di samping itu, komunikasi pemasaran digunakan untuk menggalakkan
jualan langsung dengan menggalakkan pelanggan membeli produk.

Perbezaan antara penjenamaan dan tujuan komunikasi pemasaran jualan tidak


ketara tetapi penting kerana kedua-duanya adalah berbeza dari segi:

(a) Komunikasi penjenamaan jarang menggalakkan pengunjung membeli pada


masa itu, sebaliknya memberi tumpuan kepada ulasan yang baik terhadap
pelbagai keuntungan yang berbeza hasil daripada penggunaan produk
atau perkhidmatan itu.

(b) Komunikasi jualan promosi selalunya mencadangkan kepada pelanggan


untuk „membeli sekarang‰ dan mereka akan membuat tawaran untuk
menggalakkan pelanggan membuat pembelian serta-merta.

Ada pelbagai bentuk komunikasi pemasaran dalam talian, termasuk pengiklanan


dalam talian, pemasaran e-mel dan perhubungan awam. Laman web itu sendiri
juga boleh dilihat sebagai alat komunikasi pemasaran. Dalam subtopik yang
berikut, kita akan melihat secara terperinci kesemua komponen ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG  327

9.1.1 Pengiklanan dalam Talian


Pengiklanan ialah alat komunikasi pemasaran yang paling biasa digunakan. Ia
merupakan percubaan untuk menyebarkan maklumat untuk mempengaruhi
transaksi pembeli-penjual. Dalam pemasaran tradisional, pengiklanan adalah
bersifat peribadi, ia merupakan komunikasi massa satu hala yang telah dibayar
oleh penaja. Pengiklanan dalam talian telah berkembang lebih 200% dalam
tempoh lima tahun yang lalu, pengiklan telah meningkatkan perbelanjaan
dalam talian mereka dengan mengurangkan jumlah yang dibelanjakan untuk
pengiklanan tradisional. Walaupun pengiklanan dalam talian berkembang
pesat, ia masih kekal sebagai sebahagian kecil daripada jumlah perbelanjaan
pengiklanan. Ia dijangka mencapai hanya 15% daripada jumlah pengiklanan
pada tahun 2012 (e-Marketer, 2008).

Pengiklanan dalam talian (ditakrifkan sebagai mesej berbayar di dalam laman


web, perkhidmatan dalam talian, atau medium interaktif lain seperti pemesejan
segera) mempunyai kedua-dua kebaikan dan keburukan berbanding dengan
pengiklanan dalam media tradisional, seperti televisyen, radio, dan media cetak
(majalah dan surat khabar).

Kelebihan terbesar pengiklanan dalam talian adalah berupaya untuk menyasarkan


iklan kepada kumpulan sasaran yang kecil dan memantau prestasi iklan pada
masa nyata. Iklan dalam talian juga memberi peluang yang lebih untuk
komunikasi interaktif dua hala antara pengiklan dan pelanggan yang berpotensi.

LATIHAN 9.1

Adakah anda berpendapat pengiklanan dalam talian adalah lebih


murah dan lebih berkesan daripada pengiklanan secara umum?
Bincangkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


328  TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG

Mari kita lihat Jadual 9.1 yang merumuskan sebab lain mengapa pengiklanan
dalam talian sedang berkembang pesat.

Jadual 9.1: Pertumbuhan Pesat Pengiklanan dalam Talian

Sebab Deskripsi
Kos Iklan dalam talian kadangkala lebih murah berbanding media lain.
Di samping itu, iklan boleh dikemas kini pada bila-bila masa dengan
kos yang minimum
Kepelbagaian Pengiklanan web boleh menggunakan teks, audio, grafik dan
format animasi yang efektif. Di samping itu, permainan, hiburan dan
promosi boleh digabungkan di dalam iklan dalam talian dengan
mudah
Ketepatan masa Iklan di Internet boleh diperbaharui dan sentiasa dikemaskinikan
Penglibatan Web ialah alat perhubungan. Ramai orang boleh berkomunikasi
antara satu sama lain dalam konteks komuniti dalam talian
Lokasi asas Menggunakan teknologi tanpa wayar, pengiklanan web boleh
dijadikan lokasi asas pengiklanan, menerusi Internet pengiklanan
boleh dihantar terus kepada pelanggan di mana sahaja mereka
berada

Berikut adalah kelemahan pengiklanan dalam talian:

(a) Kos berbanding faedahnya;

(b) Tiada pengukuran yang mencukupi untuk melihat hasilnya;

(c) Tiada piawaian atau pengukuran yang jelas; dan

(d) Kesukaran dalam mengukur saiz pasaran, oleh itu ia sukar untuk
menganggarkan penarafan, perkongsian atau pencapaian dan kekerapan.

Pada masa ini, kebanyakan pengiklan terbesar dalam talian merupakan syarikat
perkakasan komputer dan media, diikuti oleh syarikat perkhidmatan kewangan.
Internet juga berkeupayaan menyampaikan mesej yang kaya dengan maklumat
sehingga boleh digunakan sebagai maklumat produk yang intensif (iaitu
barangan yang pengunjung biasanya menyelidik dahulu sebelum membeli).

Barangan berbungkus (pembeli biasanya membeli berdasarkan jenama


dan bukan penyelidikan) dijangka melibatkan bahagian yang kecil daripada
pengiklanan dalam talian sehingga jalur lebar menjadi penting dan platform
iklan alternatif berkembang luas untuk membolehkan pengiklanan media
beraneka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG  329

Ada beberapa bentuk iklan dalam talian:

(a) Iklan paparan (sepanduk dan timbul [pop-up]);

(b) Media beraneka atau Iklan Video;

(c) Kemasukan dan penempatan enjin carian berbayar;

(d) Penajaan; dan

(e) Rujukan (pemasaran gabungan hubungan).

Mari kita lihat penjelasan yang diberikan untuk setiap bentuk iklan dalam talian.

(a) Iklan Paparan (sepanduk dan timbul)


Iklan paparan ialah iklan Internet yang pertama. Iklan sepanduk, seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 9.1, memaparkan mesej promosi dalam
kotak segi empat tepat di bahagian atas atau bawah skrin komputer. Iklan
sepanduk adalah sama dengan iklan tradisional dalam penerbitan bercetak
tetapi ia mempunyai beberapa kelebihan tambahan. Jika sepanduk tersebut
dikelik, ia boleh membawa pelanggan berpotensi ke laman web pengiklan.
Ia juga adalah lebih dinamik daripada iklan bercetak kerana ia boleh
mempunyai berbilang imej atau mampu mengubah paparannya.

Rajah 9.1: Iklan sepanduk


Sumber: http://www.rosetta.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


330  TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG

Iklan sepanduk biasanya memaparkan video Flash, animasi atau animasi Format
Saling Tukar Grafik (GIF ă Grapic Interchange Format), yang memaparkan imej
yang berbeza berturut-turut pada kadar yang laju bagi mewujudkan kesan
animasi. Interactive Advertising Bureau (IAB) merupakan pertubuhan industri
secara sukarela yang telah membuat garis panduan berkaitan iklan sepanduk.
Saiz iklan sepanduk yang biasa digunakan ialah 468 piksel lebar dan 60 piksel
tinggi dengan resolusi 72 titik per inci (dpi ă dots per inch) serta saiz fail
maksimum 13K.

Tiga jenis spesifikasi bagi butang telah disenaraikan dalam garis panduan
asal IAB (butang asasnya adalah iklan sepanduk tetap) dan empat jenis iklan
sepanduk adalah:

(a) Penuh;

(b) Setengah;

(c) Menegak; dan

(d) Bar mikro.

Pada bulan Februari 2001, IAB telah menambah spesifikasi untuk pelbagai jenis
iklan baru:

(a) Pencakar langit adalah iklan sepanduk yang berbentuk tegak dan tirus
yang mampu mencapai hampir tiga kali ketinggian iklan sepanduk menegak
tradisional;

(b) Segi empat tepat pelbagai saiz; dan

(c) Timbul segi empat sama dibuka di tetingkap berasingan.

Iklan timbul (rujuk Rajah 9.2) merupakan sepanduk dan butang


yang muncul di skrin pengguna tanpa diminta oleh pengguna. Salah
satu jenis iklan timbul di bawah (pop-under) yang muncul di bawah
tetingkap pelayar pengguna dan tidak muncul sehingga pengguna
menutup tingkap yang aktif. Iklan ini tetap kelihatan sehingga
pengguna mengambil tindakan untuk menutupnya. Iklan timbul boleh
muncul sebelum paparan laman web sasaran pengguna, semasa atau
selepas meninggalkan paparan sedia ada.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG  331

Rajah 9.2: Pelbagai iklan timbul


Sumber: http://cbsfilings.com

Jenis pengiklanan yang baru ini membolehkan pemasar untuk


membangunkan iklan yang memaparkan ciri-ciri yang interaktif serta
kreativiti tambahan. Iklan sebegini dicipta untuk memecahkan kekusutan
yang wujud akibat daripada kepesatan penggunaan sepanduk iklan yang
terdedah kepada pengunjung tipikal dalam tempoh masa tertentu.

(b) Media Beraneka atau Video Iklan


Walaupun iklan sepanduk tradisional sudah pasti akan kekal sebagai
bentuk dominan untuk masa akan datang, penggunaan media beraneka
atau video iklan (menggunakan Flash, DHTML dan Java, dan penstriman
audio dan/atau video) merupakan bentuk iklan yang paling pesat dalam
pengiklanan dalam talian, walaupun jumlah hasil pendapatan adalah
hanya satu perlima daripada pengiklanan enjin carian.

Media beraneka berbentuk interaktif, membolehkan penglibatan pengunjung


untuk berinteraksi dengan pengiklanan dalam bentuk tertentu, seperti
mengklik pada objek. Media beraneka atau video cenderung untuk
menumpukan lebih kepada penjenamaan berbanding jualan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


332  TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG

Iklan antara ruang (interstitial advertisement) juga dianggap sejenis pengiklanan


media beraneka. Apakah yang dimaksudkan dengan iklan antara ruang? Jika
anda tidak tahu apakah maksudnya, rujuk yang berikut untuk memahami
maksud dan definisi yang diperuntukkan.

Iklan antara ruang (antara ruang bermakna „antara‰) adalah cara meletakkan
mesej yang berukuran halaman penuh antara halaman yang dikunjungi
pengguna. Antara ruang biasanya dimasukkan dalam halaman tunggal dan
dipaparkan apabila pengguna bergerak dari satu halaman ke halaman lain.
Antara ruang biasanya bergerak secara automatik ke halaman yang pengguna
kunjungi, selepas membenarkan masa yang cukup untuk iklan itu dibaca.
Antara ruang boleh juga digunakan melalui sesuatu rangkaian pengiklanan
dan akan dipaparkan ketika pengguna bergerak antara laman web.

Memandangkan laman web ialah tempat yang sibuk, pengunjung perlu mencari
jalan untuk menangani rangsangan terhadap web yang berlebihan. Salah satu
cara dengan menggunakan penapisan input deria. Ini bermakna bahawa
pengunjung belajar untuk menapis majoriti mesej yang diterima. Pada peringkat
tertentu, pengunjung mampu mengenal pasti dengan pantas iklan sepanduk
atau sebarang bentuk iklan yang menyerupai iklan sepanduk dan menapis iklan
yang tidak berkaitan.

Mesej antara ruang, seperti iklan di TV, cuba untuk membuat penonton tertawan
dengan mesej yang disampaikan. Mesej antara ruang biasanya dipaparkan
10 saat atau kurang dan memaksa pengunjung untuk melihat iklan tersebut
untuk tempoh masa tertentu. Untuk mengelakkan pengunjung daripada menjadi
bosan, mesej antara ruang biasanya menggunakan animasi grafik dan muzik
untuk menghiburkan menyampaikan maklumat.

Mesej antara ruang yang baik mempunyai pilihan „melangkau‰ (skip through)
atau „berhenti‰ (stop) kepada pengunjung yang tidak mempunyai minat kepada
mesej tersebut. Satu kelemahan mesej antara ruang ialah pengunjung mungkin
tidak memahami bahawa iklan yang dilihat mereka di skrin mereka semasa
mereka sedang menunggu paparan laman web, sebenarnya menggunakan
„masa mati‰ (dead time); bermakna iklan itu tidak mengambil apa-apa tempoh
masa tambahan. Sebaliknya, mereka mungkin berfikir mesej antara ruang itu
melambatkan kemunculan paparan halaman yang mereka ingin sekali gus
menjengkelkan mereka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG  333

Kita telah belajar berkaitan iklan antara ruang, sekarang mari kita beralih kepada
superstitial.

Superstitial (juga dikenali sebagai Viewpoint atau Unicast Transitional


dengan Flash) adalah iklan media beraneka yang dipaparkan dalam pelbagai
saiz paparan skrin sehingga skrin penuh 900  500 dan dengan saiz fail
sehingga 600KB.

Superstitial yang dicipta oleh Unicast Communications, berbeza daripada mesej


antara ruang; ia telah pra-muat turun ke dalam cache pelayar dan tidak akan
dipaparkan sehingga dimuat turun sepenuhnya. Apabila fail telah selesai
memuat turun, seperti antara ruang, ia menunggu sehingga pengunjung klik ke
laman lain sebelum muncul dalam tetingkap berasingan. Walau bagaimanapun,
secara perlahan-lahan pengiklanan video menggantikan iklan tidak bersepanduk.

Tidak kira apa jenis pengiklanan dalam talian, kebanyakan pengiklan besar
mempunyai perantara seperti rangkaian pengiklanan (iaitu DoubleClick) atau
agensi pengiklanan yang bertindak sebagai pengantara antara pengiklan dan
penerbit, meletakkan iklan dan menjejaki semua aktiviti yang berkaitan dengan
iklan itu.

Antara pilihan lain adalah seperti yang berikut:

(a) Pertukaran Sepanduk


Pertukaran sepanduk ialah pengaturan dalam kalangan syarikat yang
membolehkan setiap syarikat mempunyai sepanduk yang dipaparkan di
laman gabungan lain tanpa sebarang kos.

(b) Pertukaran Pengiklanan


Walaupun pertukaran pengiklanan mengatur pertukaran sepanduk antara
syarikat, biasanya syarikat kecil tidak mampu menampung rangkaian
iklan yang mahal. Oleh itu, syarikat kecil mempunyai alternatif untuk
meletakkan sepanduk iklan mereka menggunakan pengiklanan yang lebih
murah seperti pengiklanan Yahoo, pengiklanan Google dan Microsoft
Digital Advertising Solution.

SEMAK KENDIRI 9.1

Apakah perbezaan antara iklan antara ruang dan iklan tidak


bersepanduk? Yang mana satu lebih berkesan?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


334  TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG

(c) Kemasukan dan Penempatan Enjin Carian Berbayar


Bentuk komunikasi pemasaran ini telah menjadi salah satu bentuk
pemasaran yang paling cepat berkembang yang penjanaan pendapatan
telah meningkat daripada 1% daripada jumlah pengiklanan dalam talian
yang dibelanjakan pada tahun 2000 kepada lebih daripada 40% dalam
tahun 2008. Pengguna untuk laman enjin carian adalah sangat besar, ia
hampir sama dengan populasi pengguna e-mel. Hari ini, ada banyak
kewujudan enjin carian tetapi 95% daripada jumlah carian tertumpu
kepada 20 enjin carian terbaik dengan enjin carian seperti Google, Yahoo!
dan MSN menduduki tiga tangga teratas antara laman enjin carian.

Laman enjin carian asalnya menghasilkan pencarian yang tidak berat


sebelah (dipanggil sebagai carian organik) daripada koleksi laman web
yang besar dan menjana pendapatan melalui pengiklanan sepanduk. Sejak
tahun 1998, laman enjin carian telah perlahan-lahan bertukar menjadi
Yellow Pages secara digital yang syarikat telah membayar untuk
dimasukkan di dalam indeks enjin carian (yang sebelum ini bebas dan
berdasarkan „kriteria‰ objektif) dan/atau membayar untuk diletakkan di
kedudukan tertentu dalam keputusan carian.

Ada tiga jenis pemasaran enjin carian:

(i) Kemasukan Kata Kunci Berbayar atau Kedudukan


Kebanyakan enjin carian termasuk program yang mengenakan
bayaran, menjamin kemasukan laman web dalam keputusan hasil
carian, lawatan yang lebih kerap ke laman itu dan cadangan untuk
memperbaiki hasil carian organik. Sesetengah enjin carian tidak
mempunyai program kemasukan secara berbayar tetapi sebaliknya
mengenakan bayaran untuk meletakkan iklan teks kecil di kawasan
pautan tajaan. Contohnya, Google membenarkan dua atau lebih
pautan penaja di bahagian paling atas dalam laman keputusan hasil
carian seperti yang digambarkan dalam Rajah 9.3.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG  335

Rajah 9.3: Pautan Google yang ditaja


Sumber: http://www.small-biz-marketing-tips.com

(i) Pengiklanan Kata Kunci


Pengiklanan kata kunci (rujuk Rajah 9.4) adalah di mana syarikat
membayar kata kunci melalui proses pembidaan di laman carian.
Iklan syarikat akan muncul di mana-mana halaman setiap kali
pengunjung membuat carian perkataan yang berkaitan. Semakin
banyak syarikat membayar iklan, semakin tinggi kedudukan iklan
dan semakin menyerlah iklan tersebut di halaman. Sebagai contoh,
pengiklanan kata kunci yang dimaksudkan adalah seperti Google
AdWords, Yahoo! PrecisionMatch dan Microsoft adCenter.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


336  TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG

Rajah 9.4: Kata kunci pengiklanan


Sumber: http://marketingestremo.com

(ii) Rangkaian Pengiklanan


Pengiklanan kata kunci rangkaian (juga dikenali sebagai pengiklanan
konteks) diperkenalkan oleh Google pada tahun 2002. Ia berbeza
daripada pengiklanan kata kunci yang biasa. Ia terdiri daripada
rangkaian penerbit yang menerima iklan yang disiarkan oleh Google
pada laman web mereka dan menerima bayaran bagi sebarang klik
melalui iklan tersebut. Google menamakan pengiklanan ini AdSense.
AdSense dan AdWords menjana jumlah pendapatan yang sama bagi
pengiklanan untuk Google.

(d) Penajaan
Anda mungkin tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan istilah
„penajaan‰. Mari kita lihat berikut untuk mengetahui apakah maksudnya.

Penajaan adalah usaha berbayar untuk mengaitkan nama pengiklan


kepada sesuatu maklumat, peristiwa atau tempat dengan cara yang
menguatkan lagi jenamanya secara positif, namun tidak secara terang-
terangan seperti pengiklanan komersial. Penajaan biasanya adalah lebih
menonjolkan mengenai penjenamaan daripada penjualan segera.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG  337

Salah satu bentuk biasa penajaan adalah advertorial (iaitu kandungan editorial
digabungkan dengan mesej iklan untuk membuat mesej yang lebih berharga
dan menarik kepada pengunjung yang dimaksudkan), seperti penajaan Crayola
yang memaparkan seni dan ruang kraf di laman web keibubapaan. Menurut
eMarketer, penajaan menyumbang lebih kurang USD535 bilion kepada
pendapatan pengiklanan dalam talian pada tahun 2007.

(e) Rujukan (Pemasaran Gabungan Hubungan)


Apakah gabungan hubungan? Rujuk yang berikut untuk mengetahui
maksudnya.

Gabungan hubungan yang membenarkan syarikat untuk meletakkan


logo atau sepanduk iklan di laman web lain syarikat yang lain yang
pengunjung laman web itu boleh melayari ke laman web gabungan
melalui pautan klik. Gabungan hubungan pada dasarnya merupakan
perkongsian strategik yang kepentingan kedua-dua pihak diutamakan
dan tiada sebarang pertukaran wang.

Hubungan seperti ini sering disebut tawaran penyewaan kerana mereka


membenarkan syarikat untuk menjadi „penyewa‰ di laman web lain tanpa caj.
Pada tahun 2008, rujukan pautan menjana kira-kira USD2.1 juta pendapatan di
Amerika.

Ada beberapa jenis gabungan hubungan yang biasa digunakan. Dalam beberapa
kes, beberapa syarikat beroperasi di bawah satu syarikat utama atau kumpulan
pelabur yang sama dengan tujuan mengoptimumkan prestasi semua laman
dengan mewujudkan pautan antara laman „anak‰ syarikat. Dalam kes lain, dua
laman web boleh menjual produk pelengkap dan syarikat boleh mewujudkan
gabungan hubungan untuk memudahkan pelanggan mereka mencari produk
yang mereka ingini.

Antara gabungan hubungan yang terbesar dan paling terkenal melibatkan


gabungan hubungan antara Amazon dan Toy „R‰ Us.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


338  TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG

Dalam usaha Amazon untuk menjadi pedagang umum, ia mengakui bahawa


ia tidak mempunyai kepakaran untuk membeli, menyimpan dan memenuhi
permintaan alat permainan yang merupakan salah satu kategori produk yang
paling pesat berkembang di web. Toys „R‰ Us pula pada masa itu sedang
bersaing dengan eToys.com dan mengakui ia tidak mempunyai penampilan
web untuk bersaing dengan eToys.

Oleh itu, Amazon dan Toys „R‰ Us telah membuat perjanjian gabungan
hubungan. Logo Toys „R‰ Us dan muka depan borang pesanan dipaparkan
sebagai butang di laman web Amazon. Toys „R‰ Us menerima dan memenuhi
pesanan alat permainan, dan melakukan semua operasi pembelian dan
penyimpanan. Amazon pula menerima komisen atas jualan. Kedua-dua
syarikat mendapat manfaat daripada hubungan mereka, seperti juga
pelanggan mereka.

AKTIVITI 9.1

1. Antara lima kaedah pengiklanan dalam talian, manakah telah


dibincangkan sebagai alat komunikasi pemasaran di web?
Mengapa anda berkata demikian?

2. Pengiklanan melalui e-mel adalah sangat popular. Apakah


faedah-faedah menggunakan e-mel untuk pengiklanan?

9.1.2 Pemasaran E-mel Secara Langsung


Mesej pemasaran e-mel yang dihantar terus kepada pelanggan yang berminat
(pemasaran e-mel langsung) telah terbukti sebagai salah satu kaedah yang paling
berkesan dalam komunikasi pemasaran. Kunci kepada keberkesanan pemasaran
e-mel langsung ialah „pengunjung yang berminat‰. Pemasaran e-mel langsung
adalah bukan sepam yang melibatkan penghantaran e-mel yang tidak diingini
kepada sebahagian besar pengguna Internet yang tidak berminat terhadap
produk itu. Sebaliknya, mesej pemasaran e-mel langsung adalah e-mel yang
dihantar kepada „sekumpulan pengguna‰ (opt in audience) Internet yang
pernah menyatakan minat untuk menerima pesanan daripada pengiklan
sebelum ini.

Dengan menghantar e-mel kepada sekumpulan pengguna memilih masuk,


pengiklan menyasarkan kepada pelanggan yang berminat. Mesej e-mel mungkin
digabungkan dengan audio atau video klip ringkas untuk mempromosikan
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG  339

produk dan dengan pautan pada skrin yang membolehkan pengunjung klik
untuk membuat pembelian. Kadar tindak balas terhadap kempen e-mel adalah
dari 3% hingga 10%, bergantung pada sasaran itu. E-mel juga merupakan
medium interaktif, dan ia boleh menggabungkan pengiklanan dan perkhidmatan
kepada pelanggan. Oleh sebab kadar sambutan yang tinggi dan kos yang
rendah, pemasaran e-mel langsung ialah kaedah yang paling pesat berkembang
dalam talian pemasaran.

Kos utama pemasaran e-mel adalah untuk membeli senarai nama bagi tujuan
penghantaran e-mel. Biasanya, kos penghantaran e-mel adalah percuma.
Berdasarkan kepada kemungkinan penjimatan kos, masa yang singkat untuk
pemasaran dan kadar tindak balas yang tinggi, syarikat dijangka mengutamakan
penggunaan e-mel untuk berkomunikasi secara terus dengan pelanggan.
Kelemahan terhadap pertumbuhan ini ialah kadar tindak balas e-mel dijangka
menurun kerana persaingan untuk mendapatkan perhatian pengunjung menjadi
sengit dan pengguna menjadi marah apabila e-mel mereka dibanjiri e-mel
seperti ini. Pengguna boleh menggunakan program penapis perisian untuk
menghapuskan mesej e-mel yang tidak dikehendaki.

AKTIVITI 9.2

Adakah spam itu beretika? Berikan alasan anda.

9.1.3 Katalog dalam Talian


Katalog dalam talian adalah sama seperti katalog berasaskan kertas. Fungsi asas
katalog adalah untuk memaparkan barangan syarikat. Katalog versi elektronik
biasanya mengandungi imej berwarna bagi setiap produk yang ada, penerangan
mengenai barangan tersebut, serta saiz, warna, komposisi bahan dan maklumat
harga.

Walaupun katalog yang mudah dari segi teknikalnya mempunyai laman HTML
dan grafik yang berkod keras yang memaparkan barangan syarikat, kebanyakan
laman web yang mempunyai lebih daripada 15 hingga 20 produk menjana
laman katalog melalui pangkalan data produk dan harga yang mudah diubah.
Pengunjung boleh membuat pembelian serta-merta hanya dengan menekan
butang pesanan yang terdapat di laman web tersebut. Untuk maklumat lebih
terperinci, sila rujuk kepada katalog dalam talian dari Amazon.com dan
ParksonOnline.com.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


340  TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG

AKTIVITI 9.3

Katalog dalam talian lebih bersifat dinamik daripada katalog yang


dicetak. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini? Bincangkan.

9.1.4 Pemasaran Rangkaian Sosial


Dengan penciptaan teknologi Web 2.0, kandungan yang dijana pengguna
dan penggunaan Internet untuk bersosial dan perkongsian telah menjalani
pertumbuhan yang memberangsangkan.

Menurut eMarketer, 57.5% pengguna Internet atau 127 juta orang di Amerika
akan melawat laman rangkaian sosial sekurang-kurangnya sekali sebulan pada
tahun 2010. Kepentingan Microsoft dalam Facebook dan pembelian YouTube
oleh Google menunjukkan bahawa laman rangkaian sosial berpotensi sebagai
alat komunikasi pemasaran untuk perniagaan dan pengiklanan. Pada tahun
2009, semua bentuk pemasaran sosial dijangka menjana pendapatan bernilai
USD2.8 bilion dan ia dijangka mencecah USD4 bilion pada tahun 2012.

Iklan rangkaian sosial mengamalkan pelbagai jenis pendekatan menggunakan


teknologi Internet untuk menyebarkan mesej dengan lebih jauh, luas dan cepat
berbanding dengan pemasaran secara tradisional atau kaedah pemasaran mulut
ke mulut.

Ada tiga bentuk utama pemasaran rangkaian sosial:

(a) Pengiklanan Blog


Pada tahun 2009, pengiklanan blog telah menjana pendapatan bernilai kira-
kira USD549 bilion dan dijangka akan meningkat kepada USD746 bilion
pada tahun 2012. Pada kebiasaannya blog sukar menghasilkan pendapatan
kerana tidak ada banyak blog yang mampu menarik jumlah penonton
yang besar dan kebanyakan blog adalah bersifat sangat peribadi. Walau
bagaimanapun, pencipta dan pengunjung blog merupakan sasaran yang
ideal bagi kebanyakan produk dan perkhidmatan kerana mereka memiliki
pendidikan dan mempunyai pendapatan yang lebih tinggi, dan terdiri
daripada individu yang memiliki pendirian yang teguh.

(b) Pengiklanan Rangkaian Sosial


Pada tahun 2009, pengiklanan rangkaian sosial telah menjana pendapatan
bernilai USD2 bilion walaupun masih berada pada peringkat awal. Walau
bagaimanapun, kebanyakan aktiviti pengiklanan memberi tumpuan kepada

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG  341

laman web yang terkemuka seperti MySpace (USD850 juta), Facebook


(USD305 juta) dan YouTube (USD130 juta). Kesemua pendapatan ini
menyumbang kepada 94% daripada jumlah pengiklanan rangkaian sosial.
Laman rangkaian sosial menawarkan pengiklan semua jenis format
pengiklanan, termasuk iklan sepanduk dan penajaan. Sebagai contoh,
Adidas, Burger King dan General Electric mempunyai profil halaman di
MySpace.

Mari kita lihat iklan yang diletakkan di Facebook, seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 9.5.

Rajah 9.5: Iklan di Facebook


Sumber: http:// mashable.com

Walaupun laman enjin carian mempunyai pengunjung yang bersaiz dua


kali ganda dari laman rangkaian sosial, kedua-dua jenis laman ini akan
mempunyai jumlah pengunjung yang sama dalam masa lima tahun yang
akan datang. Oleh itu, pengiklan tidak harus memandang rendah terhadap
potensi laman rangkaian sosial sebagai alat komunikasi pemasaran yang
berkesan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
342  TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG

(c) Pengiklanan Permainan


Pada tahun 2009, iklan yang wujud dalam permainan video dalam talian
telah menjana jumlah pendapatan bernilai USD510 juta di Amerika dan
dijangka mencapai USD650 juta pada tahun 2012. Kebanyakan permainan
yang dimainkan dalam persekitaran sosial dengan beberapa pemain di
dalam bilik yang sama atau melalui Internet. Lebih daripada 800 juta
permainan telah dimuat turun pada tahun 2008. Coca-Cola, Burger King
dan Taco Bell telah menggunakan „permainan adver‰ (gabungan iklan dan
permainan) untuk mempromosi jenama seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 9.6.

Rajah 9.6: Permainan digabungkan dengan iklan


Sumber: http://jasonlog.supersized.org

Kekangan yang wujud pada iklan dalam permainan ialah kandungan permainan
itu sendiri yang mempunyai aspek tambahan seperti keganasan, keadaan kacau-
bilau dan permainan berasaskan peperangan atau kandungan seksual yang
menarik minat generasi lebih muda. Pengiklan tidak mahu dikaitkan dengan
semua aspek keganasan seperti yang biasanya muncul dalam permainan seperti
ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG  343

9.1.5 Menggabungkan Pemasaran Komunikasi dalam


Talian dan Luar Talian
Kempen komunikasi pemasaran yang paling berjaya telah menggabungkan
kedua-dua taktik iklan dalam talian dan luar talian, dan bukannya terlalu
bergantung kepada hanya salah satu daripada taktik iklan talian. Penggabungan
ini berjaya untuk menarik trafik ke laman web tersebut. Objektif penggabungan
ini adalah untuk menarik perhatian orang yang sedia ada dalam talian dan
menarik mereka untuk melawat laman web baru serta bertujuan menarik
perhatian pengunjung yang berpotensi melayari Internet untuk melawat laman
web yang baru pada masa akan datang.

Beberapa kajian penyelidikan telah menunjukkan bahawa iklan dalam talian


yang paling berkesan adalah iklan yang menggunakan imej yang menunjukkan
ciri-ciri kempen yang sedang dijalankan di dalam media yang lain pada masa
yang sama. Media massa luar talian seperti televisyen dan radio mempunyai
kadar penembusan pasaran yang hampir 100% ke atas 140 juta orang penduduk
di Amerika. Lebih daripada 35 juta orang dewasa membaca akhbar setiap hari. Ia
merupakan satu tindakan yang bodoh sekiranya tidak menggunakan populariti
media luar talian ini untuk menarik trafik kepada dunia perdagangan dalam
talian.

Pada peringkat awal e-dagang, pengunjung Internet agak berbeza daripada


populasi umum dan mungkin lebih senang dijangkau dengan hanya
menggunakan pemasaran dalam talian semata-mata. Ini tidak lagi benar kerana
pengunjung Internet telah berubah bersifat seperti populasi umum. Banyak
usaha sama perniagaan dalam talian telah menggunakan kaedah pemasaran luar
talian untuk menarik trafik ke laman web mereka dengan tujuan meningkatkan
kesedaran dan membina kesamaan jenama.

Sebagai contoh, Martha Stewart telah menggunakan iklan di dalam majalahnya,


Martha Stewart Living (rujuk Rajah 9.7), bertujuan menarik pembaca ke laman
web Martha Stewart. Salah sebuah gambar di dalam majalah itu mungkin
menunjukkan rekaan semula dapur yang baru diperbaiki bersama-sama dengan
senarai pengeluar peralatan dapur. Untuk maklumat lebih terperinci dan web
pautan kepada pengilang, pembaca diarahkan untuk melayari laman web di
www.marthastewart.com. „Usaha sama‰ seperti ini iaitu usaha sama antara
produk bercetak dan laman web telah terbukti sangat berjaya menarik trafik ke
laman web tertentu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


344  TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG

Rajah 9.7: Majalah Martha Stewart Living


Sumber: http://designinspiration.typepad.com

Satu lagi contoh hubungan pemasaran dalam talian atau luar talian ialah
penggunaan katalog bercetak oleh pengusaha dalam talian. Beberapa pengusaha
dalam talian telah mencetak katalog barangan mereka dan menghantarnya
kepada pelanggan mereka melalui e-mel untuk meningkatkan lagi hubungan
mereka dengan kumpulan pelanggan yang tertentu. Syarikat produk Amazon
dan syarikat Unilever mempunyai pelanggan tetap barangan syarikat.

Pada tahun 2000, Unilever menggunakan pangkalan data alamat pelanggan yang
telah dikumpulkan dalam talian, dan mengeposkan majalah yang penuh dengan
maklumat memasak dan tip pembersihan ke senarai pelanggan tersebut.
Walaupun penyediaan majalah elektronik adalah lebih murah, Unilever percaya
penerbitan melalui kertas lebih sesuai untuk menyampaikan maklumat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG  345

AKTIVITI 9.4

Apakah jenis produk yang paling sesuai untuk diiklankan dalam


talian?

LATIHAN 9.2

1. Terangkan perbezaan antara komunikasi penjenamaan dan


jualan atau komunikasi promosi.

2. Bagaimanakah iklan antara ruang berbeza daripada superstitial?

3. Terangkan bagaimana e-mel digunakan untuk pengiklanan.

Anda boleh melawat laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut
mengenai:

(a) Pengiklanan dalam talian:


(i) https://www.google.com/adsense
(ii) https://adwords.google.com

(b) Contoh iklan antara ruang:


http://marketingsolutions.com/interstitial.htm

(c) Tip untuk meningkatkan penyenaraian laman web:


http://www.searchenginewatch.com

9.2 LAMAN WEB SEBAGAI ALAT


KOMUNIKASI PEMASARAN
Salah satu alat talian komunikasi pemasaran yang kuat adalah laman web yang
senang ditemui pengunjung. Dalam beberapa cara, laman web boleh dilihat
sebagai iklan dalam talian yang mempunyai unsur tambahan. Nama domain
yang sesuai, enjin carian yang optimum, dan reka bentuk laman web yang
bersesuaian ialah bahagian penting dalam penyelarasan strategi pemasaran
komunikasi dan akhirnya, menjadi membentuk syarat yang perlu untuk
kejayaan e-dagang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


346  TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG

9.2.1 Nama Domain yang Sesuai


Salah satu daripada komunikasi utama antara laman e-dagang dengan bakal
pengunjung ialah melalui URL-nya. Nama domain memainkan peranan yang
penting dalam memperkukuhkan jenama sedia ada dan/atau membangunkan
jenama baru. Ada beberapa pertimbangan yang perlu mengambil kira dalam
pemilihan nama domain.

Sebaik-baiknya, nama domain perlulah pendek, mudah diingati, tidak


mengelirukan dan senang dieja. Jika boleh, nama juga harus mencerminkan jenis
perniagaan syarikat. Syarikat yang memilih nama yang tidak berkaitan dengan
perniagaan mereka perlu menggunakan lebih masa, usaha dan wang untuk
mewujudkan nama sebagai jenama. Nama domain dot.com masih lebih menjadi
pilihan, terutamanya di Amerika.

Pada hari ini, sukar untuk mencari nama domain yang memenuhi semua kriteria
tadi. Kebanyakan nama domain dot.com yang „baik‰ telah pun digunakan.

9.2.2 Pengoptimuman Enjin Carian


Walaupun fakta mengatakan bahawa enjin carian utama berubah kepada model
„membayar untuk kemasukan atau kedudukan‰, beberapa langkah perlu
diambil secara objektif untuk memperbaiki penampilan laman web supaya
mudah ditemui oleh enjin carian. Enjin carian yang utama masih menerima
laman web yang tidak membuat bayaran dan masih menggunakan program
perangkak di dalam laman web bertujuan mengindeks dan memasukan halaman
tersebut ke dalam pangkalan data mereka tanpa sebarang bayaran.

Ada beratus-ratus enjin carian di dunia, kebanyakannya masih tidak mengenakan


sebarang untuk tujuan kemasukan atau kedudukan. Pengoptimuman kedudukan
syarikat di dalam enjin carian menjadi salah elemen yang penting dalam kempen
pemasaran laman web kerana 42% daripada pembeli menemui pembekal dengan
memasukan nama barangan ke dalam enjin carian.

Enjin carian menghasilkan senarai „hit‰, sehingga mencecah kepada ratusan hit.
Rujuk yang berikut untuk mengetahui makna hit.

Hit ialah hasil keputusan carian daripada enjin carian dalam pangkalan data
laman web berindeks.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG  347

Laman web yang tertera di bahagian atas senarai ini, terutama di halaman
pertama, berkemungkinan untuk lebih dilawati berbanding daripada dengan
laman web yang berada pada kedudukan di bawah senarai itu kerana ia
dianggap lebih relevan kepada pencari. Pengunjung mungkin tidak menyedari
kewujudan laman web yang tersenarai di bawah keputusan laporan enjin carian.
Hanya 7% daripada pengunjung melihat lebih daripada tiga halaman pertama
hasil carian.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk membuat laman web anda muncul dalam
beberapa halaman awal berbanding dengan beberapa halaman akhir? Langkah
yang berikut akan membantu anda dalam usaha anda untuk memastikan laman
web anda mendapat tumpuan dalam enjin carian ketika membuat carian:

(a) Mendaftar dengan Banyak Enjin Carian


Dalam usaha untuk memperbaiki kedudukan syarikat di dalam enjin
carian, syarikat itu perlu mendaftar dengan enjin carian sebanyak mungkin,
supaya pengunjung yang mencari laman web yang sama berpeluang
menemui laman web tersebut.

(b) Memastikan Kata Kunci anda Sepadan dengan Kata Kunci Pengunjung
Pastikan kata kunci yang digunakan dalam penerangan laman web
sepadan dengan kata kunci yang mungkin digunakan dalam carian oleh
bakal pengunjung. Penggunaan kata kunci „lampu‰, sebagai contoh, tidak
akan membantu hasil kedudukan enjin carian jika kebanyakan pengunjung
membuat carian terhadap „cahaya‰. Enjin carian berbeza antara satu sama
lain tetapi kebanyakan enjin carian membaca tag tajuk laman utama, meta
tag, dan teks lain di halaman utama bertujuan untuk memahami dan
mengindeks kandungan halaman tersebut.

Kata kunci ada dalam meta tag laman web.

Meta tag ialah tag HTML yang mengandungi senarai perkataan yang
menerangkan berkaitan laman web tersebut. Meta tag sering digunakan
oleh enjin carian untuk menentukan kesesuaian laman web berdasarkan
istilah yang kerap digunakan dalam carian oleh pengunjung. Tag tajuk
memberikan deskripsi ringkas kandungan laman web berkaitan.
Penyataan dalam kedua-dua meta tag dan tag tajuk harus sepadan
dengan penyataan di laman utama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


348  TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG

(c) Membuat Pautan Laman Web ke Laman Web yang Lain-lain


Pautan laman web boleh dilakukan kepada lebih banyak laman web.
Beberapa enjin carian, seperti Google.com menyenaraikan laman web yang
mempunyai banyak pautan kepada laman web yang lain-lain. Internet
ialah siri laman web yang saling berhubung kait, dikelilingi oleh set laman
web terpencil yang tidak berhubung kait dengan baik. Enjin carian seperti
Google cuba meneka ketika anda memasukkan pertanyaan tentang produk,
kemungkinan barangan itu ditemui pada salah satu laman web yang saling
berhubung kait adalah tinggi.

Kita boleh mengandaikan bahawa lebih banyak pautan yang ada di sesuatu
laman web, laman web itu akan lebih berguna. Bagaimanakah cara sesuatu
syarikat menambah pautan kepada laman webnya? Salah satu cara adalah
dengan meletakkan iklan: kesemua iklan sepanduk, butang, antara ruang,
dan superstitial merupakan pautan ke laman web syarikat. Satu kaedah
lain ialah dengan mewujudkan gabungan hubungan dengan laman web
lain.

Walaupun ketiga-tiga langkah yang dinyatakan disifatkan sebagai langkah


permulaan, meningkatkan kedudukan syarikat masih lagi merupakan satu
bentuk seni dan biasanya memerlukan usaha profesional sepenuh masa
untuk mengubah meta tag, kata kunci dan pautan rangkaian sebelum
keputusan yang kukuh diperoleh. Tugasan ini memerlukan beberapa bulan
dan rumit oleh fakta bahawa setiap enjin carian menggunakan kaedah
pengindeksan yang sedikit berbeza. Enjin carian gagal untuk mencari
berjuta-juta laman web dan lebih berat sebelah terhadap syarikat besar
yang meletakan iklan di laman web yang lain.

Kajian yang dijalankan oleh CyberAtlas baru-baru ini mendapati


bahawa lebih separuh daripada syarikat menumpukan usaha kepada
pengoptimuman enjin carian setiap bulan. Kebanyakan laman web
komersial bergantung kepada pakar kedudukan yang akan mewujudkan
meta tag dan deskripsi yang akan menolak kedudukan laman web ke
bahagian senarai pencarian dengan bayaran. Sesetengah pakar mampu
menjamin kedudukan teratas, namun satu persoalan utama timbul iaitu
setinggi mana kedudukan tersebut. Berada dalam kedudukan 100 teratas
tidak begitu berharga jika dibandingkan dengan kedudukan 10 teratas atau
25 teratas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG  349

9.2.3 Fungsi Laman Web


Menarik pengunjung ke laman syarikat ialah objektif pemasaran tetapi sebaik
sahaja pengunjung berada di laman web, proses penjualan bermula. Ini
bermakna apa sahaja yang menyebabkan individu itu mengunjungi laman web
ini menjadi kurang relevan dan apa yang ditemui mereka di laman web itu
akhirnya akan menentukan sama ada mereka akan membuat pembelian atau
mengunjungi laman web itu lagi.

Tujuh ciri reka bentuk asas, yang perlu dari sudut pandangan perniagaan bagi
membantu untuk menarik serta mengekalkan para pengunjung:

(a) Menjadikannya laman web bermaklumat;

(b) Menggunakan navigasi yang mudah (kemudahan penggunaan);

(c) Menggunakan navigasi berlebihan;

(d) Membuatnya mudah untuk pengunjung membeli;

(e) Mempunyai ciri-ciri fungsi multi pelayar;

(f) Menggunakan grafik yang mudah; dan

(g) Menggunakan teks yang mudah dibaca.

Penyelidik berpendapat beberapa faktor reka bentuk yang lain perlu diambil
perhatian oleh pengurus pemasaran:

(a) Pengalaman yang Menarik


Laman web yang menawarkan „pengalaman yang menarik‰, dalam erti
kata yang menyediakan hiburan dengan perdagangan atau interaktif atau
kepentingan manusia atau yang dilihat sebagai „seronok‰ untuk digunakan,
adalah lebih berjaya dalam menarik dan mengekalkan pengunjung.

(b) Masa Muat Turun yang Pantas


Masa muat turun yang panjang akan menjelikkan pengunjung dan akan
menyebabkan kadar kebarangkalian pengunjung meninggalkan laman web
tersebut tinggi, namun perkara ini boleh diatasi dengan mewujudkan
hiburan dalam talian untuk mengalihkan perhatian pengunjung.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


350  TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG

(c) Navigasi Senarai Barangan yang Mudah


Faktor yang paling penting dalam meramalkan jualan bulanan ialah navigasi
senarai produk dan pilihan ciri-ciri pilihan yang dapat menjimatkan masa
pengunjung.

(d) Pengurangan Klik dalam Membuat Pembelian


Kei ialah alat yang penting untuk meningkatkan jualan.

(e) Ejen Pilihan Pengunjung


Laman web yang menggunakan alat bantuan keputusan pengunjung yang
interaktif semakin digunakan untuk membantu pengunjung membuat
pilihan. Ejen cadangan (juga disebut tatarajah) membantu pengunjung
membuat pilihan yang cepat dan tepat. Dell komputer menggunakan
tatarajah dalam talian untuk membantu pengunjung membuat keputusan
tentang spesifikasi komputer yang dipesan.

Rujuk yang berikut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai agen cadangan.

Ejen cadangan ialah program yang boleh mengesyorkan produk


berdasarkan kajian pengunjung yang lengkap atau kajian semula
tentang profil pengguna.

(f) Responsif
Responsif terhadap pertanyaan pengunjung melalui sistem tindak balas
automatik pengunjung telah didapati menjejaskan terhadap kunjungan
semula dan juga pembelian.

Walaupun kempen pemasaran luar talian dan dalam talian berjaya, laman web
yang gagal memberi maklumat dan keselesaan pengunjung mengundang padah.
Perhatian yang diberikan kepada ciri-ciri reka bentuk laman web juga akan
menjamin kejayaan.

Anda boleh melawat laman web ini untuk mendapatkan maklumat lanjut
mengenai:

(a) Perkhidmatan peribadi:


(i) http://www.ecommerceandmarketing.com
(ii) http://www.personalizationmall.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG  351

(b) Idea promosi untuk laman web:


http://www.selfpromotion.com

(c) Meningkatkan populariti pautan laman web:


http://www.marketleap.com

AKTIVITI 9.5
Dengan menggunakan ayat anda sendiri, senaraikan dan terangkan
beberapa ciri reka bentuk laman web yang memberi kesan ke atas
pembelian dalam talian.

LATIHAN 9.3
1. Terangkan cara-cara bagaimana laman web dapat digunakan
sebagai alat komunikasi pemasaran.

2. Apakah ciri-ciri utama nama domain yang baik?

Ć Pemasaran komunikasi termasuk promosi jualan komunikasi yang


menggalakkan pembelian segera dan komunikasi penjenamaan yang memberi
tumpuan kepada kelebihan menggunakan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Ć Adat pelbagai bentuk komunikasi pemasaran:

– Sepanduk;

– Media beraneka atau iklan video;

– Iklan antara ruang;

– Khidmat kemasukan dan kedudukan dalam enjin carian secara berbayar;

– Penajaan;

– Gabungan hubungan;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


352  TOPIK 9 KOMUNIKASI PEMASARAN E-DAGANG

– Pemasaran e-mel secara langsung;

– Katalog dalam talian;

– Iklan rangkaian sosial; dan

– Pemasaran komunikasi dalam dan luar talian.

Ć Laman web yang berfungsi yang dapat dicari pengunjung ialah laman web
yang mempunyai alat talian komunikasi yang baik.

Ć Bahagian penting dalam strategi pemasaran komunikasi yang selaras adalah:

– Nama domain yang sesuai;

– Pengoptimuman enjin carian; dan

– Laman web yang berfungsi.

Antara ruang (interstial) Penajaan


Blog Permainan
Enjin carian Rangkaian sosial
Gabungan hubungan Sepanduk
Kos pengekalan pengunjung timbul Superstitial
Media beraneka atau video

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Impak
10 Perundangan,
Etika dan
Masyarakat
terhadap
E-dagang
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan perbezaan di antara isu perundangan dan isu etika
dalam E-dagang;
2. Menerangkan isu utama perundangan dalam e-dagang;
3. Membincangkan kesukaran untuk melindungi privasi dalam
e-dagang;
4. Menentukan isu hak harta intelek dalam e-dagang
5. Membincangkan isu undang-undang lain dalam e-dagang; dan
6. Menerangkan penipuan e-dagang dan kesan terhadap masyarakat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


354  TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP
E-DAGANG

 PENGENALAN
Adakah anda tahu bahawa semua urusan perdagangan melibatkan beberapa
undang-undang, etika dan isu pengawalseliaan? Hak cipta, tanda dagangan
dan pelanggaran paten, kebebasan berfikir dan bersuara, kecurian harta, dan
penipuan bukanlah isu baru dalam dunia perdagangan. Walau bagaimanapun,
e-dagang menyulitkan lagi isu ini. Ia juga menimbulkan beberapa persoalan
tentang apa yang membezakan antara kelakuan yang salah berbanding kelakuan
tidak beretika, tingkah laku yang mengganggu atau tidak diingini.

Topik ini akan mengkaji beberapa isu perundangan dan etika yang timbul
daripada e-dagang dan pelbagai undang-undang dan pembaikpulihan serta
perlindungan teknikal. Topik ini juga akan mengkaji beberapa impak
kemasyarakatan yang terhasil daripada e-dagang dan akhirnya, menilai masa
depan e-dagang.

10.1 KONSEP UNDANG-UNDANG DAN ETIKA


Secara teori, anda mampu membezakan antara isu perundangan (juga disebut
sah) dan isu etika seperti yang berikut.

Undang-undang digubal oleh kerajaan dan diwartakan melalui kes contoh


(undang-undang umum).

Undang-undang adalah peraturan yang ketat untuk mengawal segala tingkah


laku setiap lapisan masyarakat dalam peruntukan bidang kuasa. Jika seseorang
melanggar undang-undang, bermakna mereka telah melakukan sesuatu yang
salah dan akan dianggap bersalah lalu dikenakan hukuman oleh sistem undang-
undang.

Etika adalah salah satu cabang falsafah yang memperkatakan dengan


apa yang dianggap sebagai betul dan salah. Selama ini, ahli falsafah telah
mencadangkan banyak garis panduan etika, namun apa yang tidak beretika
tidak semestinya menyalahi undang-undang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP  355
E-DAGANG

Etika disokong oleh perjanjian umum dalam masyarakat tentang apa yang betul
dan salah. Walau bagaimanapun, ia tidak tertakluk kepada sekatan undang-
undang (melainkan apabila tindakan itu bertindih dengan aktiviti yang
menyalahi undang-undang).

E-dagang membuka spektrum baru aktiviti yang tidak terkawal yang definisi
benar dan salah tidak selalunya jelas. Ahli perniagaan yang terlibat dalam
e-dagang memerlukan garis panduan tentang tingkah laku yang munasabah di
bawah mana-mana keadaan yang digambarkan seperti dalam senario yang
berikut:

(a) Laman web mengumpul maklumat daripada bakal pelanggan yang


berpotensi dan menjualnya kepada pengiklan. Oleh itu, pelanggan
menerima banyak e-mel yang tidak sesuai dan mengganggu. Bolehkah
e-mel remeh seperti ini dibenarkan?

(b) Syarikat membenarkan pekerja untuk menggunakan laman web bagi


kegunaan peribadi yang terhad. Tanpa pengetahuan pekerja, majikan
bukan sahaja memantau mesej tetapi juga memeriksa isi kandungan mesej.
Jika pemantauan itu menemui kandungan yang tidak menyenangkan,
bolehkan syarikat itu memecat pekerjanya?

Sama ada tindakan di atas dianggap tidak beretika (atau salah) bergantung
kepada nilai dan sistem peraturan negara di tempat ia berlaku.Sesuatu yang
tidak beretika dalam satu budaya mungkin boleh diterima dalam budaya negara
lain. Banyak negara Barat, contohnya, mempunyai tahap kebimbangan lebih
tinggi terhadap individu dan hak privasi berbanding dengan beberapa negara
Asia. Di Asia, penekanan lebih diberikan kepada manfaat kepada masyarakat
berbanding pada hak individu.

AKTIVITI 10.1

Sebarang tindakan yang mematuhi undang-undang, ia semestinya


beretika. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Berikan sebab
bagi jawapan anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


356  TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP
E-DAGANG

10.2 ISU UNDANG-UNDANG LAWAN ISU


ETIKA
Kami telah melihat definisi yang diberikan untuk kedua-dua konsep undang-
undang dan etika serta dapat membezakan antara kedua-dua konsep.

Sekarang, mari kita lihat isu- undang-undang dan etika yang berkaitan dengan
e-dagang yang akan dibincangkan dalam subtopik yang akan datang:

(a) Privasi
Pengguna Internet di kebanyakan negara menilai privasi sebagai keutamaan.

(b) Hak Harta Intelek


Hak harta intelek adalah mudah untuk dicabuli di Internet, ia menyebabkan
kerugian berbilion-bilion dolar kepada pemilik hak paten.

(c) Kebebasan Bersuara Lawan Penapisan


Isu untuk cuba mengawal maklumat yang menyinggung perasaan,
menyalahi undang-undang dan berpotensi berbahaya di Internet akan
mengundang kontroversi. Ini bercanggah dengan hak kebebasan bersuara.

(d) Isu Perundangan Lain


Banyak isu undang-undang lain yang berkaitan dengan e-dagang dan
Internet.

Anda boleh melayari laman web ini untuk mendapatkan lebih banyak idea
mengenai isu etika dalam e-dagang:

(a) Isu perundangan, etika, privasi dan keselamatan:


www.webliminal.com/Lrn-web09.html

(b) Aspek perundangan e-dagang:


www.inc.com/articles/2000/05/19706.html

AKTIVITI 10.2

Berikan contoh aktiviti e-dagang yang tidak beretika tetapi sah di sisi
undang-undang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP  357
E-DAGANG

LATIHAN 10.1

1. Takrifkan etika dan membezakannya daripada undang-undang.

2. Senaraikan isu utama etika e-dagang atau undang-undang yang


dibentangkan dalam topik ini.

10.3 PRIVASI
Privasi telah lama menjadi isu undang-undang, etika dan sosial di kebanyakan
negara. Apa yang anda faham tentang privasi dan mengapa ia penting untuk
melindungi privasi anda? Seperti yang anda ketahui, privasi memberi maksud
yang berbeza kepada setiap orang. Definisi privasi boleh ditafsirkan secara
umum. Mari kita lihat definisi yang diberikan di bawah berikut untuk privasi.

Privasi adalah hak untuk bersendirian tanpa gangguan dan hak untuk bebas
daripada yang pencerobohan peribadi yang tidak munasabah.

Walau bagaimanapun, berikut adalah dua kaedah yang digunakan secara meluas
yang akan menunjukkan kepada anda mengapa ia sukar untuk menentukan dan
menguatkuasakan peraturan privasi dalam keadaan tertentu:

(a) Hak privasi tidak mutlak. Privasi mestilah diseimbangkan dengan keperluan
msyarakat; dan

(b) Hak orang awam untuk mengetahui lebih utama daripada hak privasi
individu.

Mari kita beralih untuk melihat isu yang terlibat dalam privasi dalam talian;
pengaruh e-dagang terhadap privasi:

(a) Pengumpulan maklumat;

(b) Perlindungan privasi; dan

(c) Penyelesaian teknologi kepada pencerobohan privasi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


358  TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP
E-DAGANG

10.3.1 Pengumpulan Maklumat


Pada masa lalu, kerumitan mengumpul, menyusun, memfailkan dan mengakses
maklumat secara manual daripada beberapa agensi kerajaan yang berbeza
adalah sukar kerana perlindungan terhadap penyalahgunaan maklumat peribadi.
Ia adalah terlalu mahal, rumit dan kompleks untuk menyerang privasi
seseorang. Internet yang bergantung dengan pangkalan data berskala besar,
telah mewujudkan dimensi baru terhadap capaian dan penggunaan data.

Kuasa yang sedia ada di dalam sistem keupayaan mengakses sejumlah data yang
besar yang boleh digunakan untuk kebaikan masyarakat. Sebagai contoh, dengan
memadankan rekod dengan bantuan komputer, ia boleh menghapuskan atau
mengurangkan jenayah yang berikut:

(a) Penipuan;

(b) Penyelewengan kerajaan;

(c) Mengelak cukai;

(d) Penipuan kebajikan; dan

(e) Pengguna pendatang tanpa izin sebagai tenaga kerja.

Walau bagaimanapun, anda perlu bertanyakan diri anda apakah harga yang
perlu dibayar oleh setiap individu dari segi kehilangan privasi supaya kerajaan
membendung jenayah ini.

Internet menawarkan beberapa peluang untuk mengumpul maklumat peribadi


tentang individu. Berikut adalah beberapa cara boleh digunakan melalui Internet
untuk mencari maklumat tentang individu:

(a) Dengan membaca kelompok berita individu;

(b) Dengan mencari nama individu dan identiti individu dalam direktori
Internet;

(c) Dengan membaca e-mel individu;

(d) Dengan menjalankan pemantauan ke atas pekerja;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP  359
E-DAGANG

(e) Dengan pegintipan dawai talian wayar dan talian komunikasi tanpa wayar
untuk mengintip pekerja;

(f) Dengan menyuruh individu melengkapkan pendaftaran di laman web; dan

(g) Dengan merekodkan tindakan individu sebaik sahaja mereka melayari


laman web dengan pelayar web, biasanya dengan menggunakan kuki
(cookies).

Mari kita berikan tumpuan kepada kedua-dua cara yang paling umum untuk
mengumpul maklumat dalam Internet:

(a) Pendaftaran Laman Web


Secara maya, hampir semua B2C dan laman web pemasaran meminta
pengunjung mereka untuk mengisi borang pendaftaran. Semasa proses
tersebut, pelanggan secara sukarela memberikan nama, alamat, nombor
telefon, alamat e-mel, dan kadangkala hobi serta kesukaan mereka sebagai
pertukaran untuk maklumat.

Terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh laman web untuk


menggunakan maklumat tersebut. Laman web tersebut mungkin
menggunakannya untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan,
perniagaan sendiri, atau dengan sengaja menjual maklumat tersebut ke
syarikat lain yang mungkin menggunakan maklumat itu dengan cara yang
mengganggu atau tidak sesuai.

(b) Kuki
Satu lagi cara laman web dapat mengumpulkan maklumat pengguna
individu adalah dengan menggunakan kuki (rujuk di bawah). Kuki
membolehkan laman web tersebut menjejaki identiti pengguna tanpa perlu
sentiasa mengulangi proses meminta pengguna untuk mengenal pasti diri
mereka sendiri.

Dalam istilah Internet, kuki adalah sebahagian kecil data yang


berulang-alik antara laman web dan pelayar pengguna ketika pengguna
melayari halaman tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


360  TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP
E-DAGANG

Pada asalnya, kuki telah direka untuk membantu pemperibadian. Walau


bagaimanapun, kuki juga boleh digunakan untuk menceroboh privasi
individu. Kuki membenarkan laman web mengumpul maklumat lengkap
tentang pilihan, minat dan corak layaran pengguna. Profil peribadi yang
dicipta oleh kuki selalunya lebih tepat berbanding pendaftaran diri kerana
pengguna mempunyai kecenderungan untuk memalsukan maklumat dalam
borang pendaftaran.

Netscape dan Microsoft memperkenalkan pilihan yang membolehkan


pengguna untuk menyekat penggunaan kuki. Pengguna boleh melindungi
diri mereka daripada kuki dengan:

(i) Memadam Kuki


Pengguna boleh memadam kuki dari komputer mereka. Walau
bagaimanapun, pengguna akan dipaksa memasukkan semula
maklumat dan dalam keadaan tertentu, mungkin akan disekat
daripada melayari halaman tertentu.

(ii) Menggunakan Perisian Anti-kuki


Pengguna boleh menggunakan perisian anti-kuki seperti Pretty Good
PrivacyÊs Cookie Cutter atau LuckmanÊs Anonymous Cookie. Perisian
anti-kuki melumpuhkan semua kuki dan membolehkan pengguna
untuk melayari web tanpa menyatakan nama. Walau bagaimanapun,
mematikan kuki akan mendatangkan masalah sama yang dihadapi
oleh mereka yang memadamkan kuki; perlu memasukkan semula
maklumat dan disekat daripada melayari laman.

Mari kita lihat produk Microsoft yang dikenali sebagai Passport yang menyerupai
beberapa ciri kuki seperti yang ditunjukkan berikut.

Passport adalah strategi Internet yang membolehkan pengguna memasukkan


profil maklumat secara kekal bersama-sama dengan kata laluan dan
menggunakan maklumat ini dan kata laluan berulang kali untuk mengakses
perkhidmatan di beberapa laman web. Pengkritik mengatakan bahawa
Passport mempunyai peluang seperti kuki untuk menyerang privasi individu.
Pengkritik juga merasakan bahawa produk itu memberikan Microsoft
kelebihan yang tidak adil dalam e-dagang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP  361
E-DAGANG

10.3.2 Perlindungan Privasi


Prinsip etika yang biasa digunakan ketika pengumpulan dan penggunaan
maklumat peribadi juga boleh diguna pakai ke atas maklumat yang dikumpulkan
dalam e-dagang. Prinsip ini adalah seperti diringkaskan dalam Jadual 10.1.

Jadual 10.1: Prinsip Etika dalam E-dagang

Prinsip Etika Deskripsi

Notis atau Laman web mesti mendedahkan amalan maklumat mereka sebelum
kesedaran mengumpul data seperti pengenalan pengumpul, menggunakan
data, penerima data yang lain, tujuan pengumpulan, keperluan
secara sukarela, kesan keengganan, dan langkah yang diambil
untuk melindungi kerahsiaan, integriti dan kualiti data
Pilihan atau Pengguna mesti diberi pilihan bagaimana maklumat mereka akan
persetujuan digunakan untuk tujuan selain menyokong transaksi, termasuk
kegunaan dalaman dan pemindahan kepada pihak ketiga. Model
yang berikut mesti ada:

(i) Model Memilih Masuk


Model ini memerlukan tindakan pengesahan oleh pengguna
untuk membolehkan pengumpulan dan penggunaan maklumat.
Contohnya, dengan menggunakan memilih masuk, pengguna
akan ditanya terlebih dahulu sekiranya mereka membenarkan
pengumpulan dan penggunaan maklumat, dan diarahkan untuk
menandakan kotak pilihan sekiranya mereka bersetuju. Jika
tidak, secara automatik sistem tidak meluluskan pengumpulan
data tersebut

(ii) Model Memilih Keluar


Dalam model memilih keluar, secara automatik sistem akan
mengumpul maklumat melainkan jika pengguna mengambil
tindakan pengesahan untuk mencegah pengumpulan data
dengan menandakan kotak pilihan atau dengan mengisi borang
Akses atau Pengguna boleh melihat semula dan mempertikaikan kesempurnaan
Penyertaan data yang dikumpulkan tentang mereka melalui proses tepat dan
murah
Keselamatan Pengumpul data mesti mengambil langkah yang munasabah
untuk memastikan bahawa maklumat pengguna adalah tepat dan
terlindung daripada penggunaan tanpa izin
Penguatkuasaan Kaedah penguatkuasaan dan pembaikpulihan perlu ada. Jika tidak,
tidak ada pencegahan atau penguatkuasaan terhadap isu privasi. Ini
boleh melibatkan pengawalan diri, undang-undang yang memberikan
pengguna remedi undang-undang ke atas pelanggaran atau undang
dan peraturan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


362  TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP
E-DAGANG

Di kebanyakan negara, perdebatan berterusan antara hak individu dengan hak


masyarakat. Sesetengah pendapat merasakan bahawa Penyedia Perkhidmatan
Internet (ISP ă International Service Provider) sepatutnya menjadi pengawal
selia, manakala yang lain merasakan bahawa pengawalan diri adalah alternatif
terbaik. Walau bagaimanapun, sesetengah data empirik mencadangkan bahawa
pengawalan diri tidak akan berjaya.

Kajian mendapati bahawa kebanyakan laman web komersial mempunyai


perlindungan privasi yang sangat lemah dan hanya beberapa laman web yang
menyediakan perlindungan privasi seperti yang berikut kepada pengguna akhir
mereka:

(a) Butiran mengenai pengumpulan maklumat dan dasar penyebaran laman


web;

(b) Pilihan tentang bagaimana maklumat peribadi mereka digunakan;

(c) Kawalan ke atas maklumat peribadi mereka;

(d) Pengesahan dan pengawasan tuntutan yang dibuat oleh laman web tersebut;
dan

(e) Sumber untuk menyelesaikan aduan pengguna.

Mujurlah, pengguna boleh mengambil langkah untuk meningkatkan privasi


dalam talian mereka.

10.3.3 Penyelesaian Teknologi untuk Pencerobohan


Privasi
Teknologi yang mempunyai ciri-ciri penambahbaikan privasi untuk melindungi
privasi pengguna semasa interaksi di laman web sedang dibangunkan.
Kebanyakan peralatan ini memberi penekanan kepada keupayaan individu
untuk melindungi komunikasi dan fail mereka daripada individu yang tidak sah
atau organisasi.

Pembentukan dasar awam dan swasta yang membolehkan pengguna untuk


mengawal pengumpulan dan penggunaan maklumat yang dikumpulkan ketika
transaksi pasaran juga sedang dibangunkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP  363
E-DAGANG

Jadual 10.2 menerangkan beberapa cara yang teknologi boleh digunakan untuk
melindungi privasi.

Jadual 10.2: Perlindungan Teknologi untuk Privasi dalam Talian

Teknologi Produk Perlindungan


E-mel yang selamat Ziplip.com, E-mel dan dokumen enkripsi
SafeMessage.com
Penghantar e-mel tidak WWW Anonymous Menghantar e-mel tanpa kesan
beridentiti Remailer
Layaran tidak Anonymizer.com Melayari tanpa kesan
beridentiti
Pengurus kuki Cookies Crusher Mencegah komputer pelanggan
daripada menerima kuki
Program memadam FileWiper; Eraser Memadam sepenuhnya
kandungan cakera atau kandungan cakera keras dan fail
fail cakera liut
Penjana dasar OECD Privacy Policy Mengautomasikan pembangunan
Generator dasar pematuhan privasi OECD

Pembaca dasar privasi P3P Perisian untuk mengautomasikan


komunikasi privasi dasar untuk
pengguna

Sumber: Diadaptasi daripada Laudon, K. C., & Traver, C. G. (2009)

Antara usaha teknologi perlindungan privasi yang paling komprehensif adalah


Platform untuk Projek Keutamaan Privasi (P3P ă Platform for Privacy
Preferences Project) yang ditaja oleh Konsortium Laman Web Sedunia (W3C 
World Wide Web Consortium) yang merupakan satu badan antarabangsa yang
tidak berkeuntungan yang menyokong standard industri laman web. Rujuk yang
berikut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai P3P.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


364  TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP
E-DAGANG

P3P merupakan standard yang direka untuk menyampaikan kepada


pengguna Internet polisi privasi laman web dan untuk membandingkan dasar
itu dengan pilihan pengguna,atau piawaian lain. P3P tidak mewujudkan
piawaian privasi dan pada dasarnya bergantung kepada kerajaan dan industri
untuk membangunkannya. P3P beroperasi melalui pelayar web pengguna. Di
sebelah pelayan, P3P membolehkan laman untuk menterjemahkan dasar
privasi mereka ke dalam mesin yang boleh membaca standard format XML
yang boleh dibaca sama ada oleh pelayar atau dengan memasang perisian
palam (plug-ins). Di sebelah pengguna, pelayar secara automatik akan
mengambil dasar privasi laman web dan memberitahu pengguna.

Anda boleh melayari laman web ini untuk mendapatkan lebih banyak idea:

(a) E-dagang atau privasi Internet:


(i) http://www.privacy.org/
(ii) http://www.privacyrights.org/online-privacy-and-technology

(b) Maklumat mengenai kuki:


http://www.microsoft.com/info/cookies.mspx

(c) Panduan privasi dalam talian:


http://www.cdt.org/privacy/guide

LATIHAN 10.2

1. Takfrifkan privasi.

2. Apakah kuki dan apa kaitan mereka dengan privasi dalam talian?

3. Bagaimanakah persetujuan maklumat dalam model „memilih


masuk‰ berbeza daripada „memilih keluar‰?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP  365
E-DAGANG

10.4 HAK HARTA INTELEK


Menurut Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO -World Intellectual Property
Organisation), intelektual harta merujuk kepada „hasil kerja pemikiran seperti
ciptaan, sastera dan seni, simbol, nama, imej, dan reka bentuk yang digunakan
dalam perdagangan.‰

Jika perlindungan privasi adalah merupakan kebimbangan utama untuk


individu, perlindungan harta intelek pula adalah kebimbangan utama untuk
pemilik harta intelek itu. Hak harta intelek adalah salah satu daripada asas
masyarakat moden. Tanpa hak ini, industri filem, muzik, perisian, penerbitan,
farmaseutikal dan bioteknologi akan tumbang.

Di Malaysia, hak harta intelek ditadbir oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia,
agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (layari www.myipo.gov.my untuk rujukan lanjut).

Ada tiga jenis harta intelek dalam e-dagang seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 10.1.

Rajah 10.1: Jenis harta intelek dalam e-dagang

Mari kita lihat penjelasan terperinci bagi setiap jenis harta intelek di subtopik
yang akan datang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


366  TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP
E-DAGANG

10.4.1 Hak Cipta


Jadi, apakah hak cipta? Adakah anda tahu jawapannya?

Hak cipta adalah satu geran eksklusif daripada kerajaan yang diberikan
kepada pemiliknya atas dasar hak eksklusif kepada:

(a) Menghasilkan semula kerja secara keseluruhan atau sebahagiannya; dan

(b) Mengedarkan, melaksanakan atau memaparkannya kepada orang ramai


dalam sebarang bentuk atau cara, termasuk di Internet.

Secara umum, pemilik mempunyai hak eksklusif untuk mengeksport kerja


hak cipta ke negara lain. Hak cipta tidak melindungi idea kerana ia hanya
melindungi gambaran mereka dalam medium ketara seperti kertas, pita kaset,
atau nota tulisan tangan.

Hak cipta biasanya wujud dalam kerja yang berikut:

(a) Karya sastera (contohnya, buku dan perisian komputer);

(b) Karya muzik (contohnya, gubahan);

(c) Kerja yang dramatik (contohnya, lakonan);

(d) Karya artistik (contohnya, lakaran, lukisan);

(e) Rakaman bunyi, filem, siaran, program kabel; dan

(f) Imej laman web, gambar, logo, teks, HTML, JavaScript dan bahan lain.

Ancaman terbesar kepada harta intelek adalah kecurian secara besar-besaran.


Berjuta-juta individu yang menggunakan Internet untuk memuat turun secara
haram muzik, video, permainan, perisian dan produk digital yang lain. Walaupun
kecurian itu hanya membabitkan sebahagian kecil kajian yang hanya melibatkan
segelintir peminat, ia tetap dianggap kecurian.

Pelbagai perjanjian antarabangsa memberi perlindungan hak cipta global.


Daripada jumlah perjanjian ini, Kesatuan Berne bagi Perlindungan Harta Sastera
dan Seni (Konvensyen Berne) yang bermula sejak tahun 1886, adalah salah
satu yang terpenting. Ia ditadbir oleh WIPO dan disokong oleh lebih 90 peratus
negara di dunia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP  367
E-DAGANG

Di Malaysia, Akta Hak cipta 1987 memberikan hak eksklusif kepada empunya
hak cipta untuk tempoh tertentu. Hak Cipta (Pindaan) 1997 yang meminda
Akta Hak Cipta 1987 berkuat kuasa pada tahun 1999 menetapkan sebarang
penghantaran hak cipta yang tidak sah melalui Internet dianggap sebagai
pelanggaran hak cipta (rujuk yang berikut).

Pelanggaran hak cipta adalah penggunaan tanpa kebenaran bahan hak cipta
dengan cara yang melanggar hak eksklusif pemilik hak cipta, seperti hak
untuk mengeluarkan semula atau melakukan kerja yang dilindungi hak cipta.

(Sumber: http://www.copynot.com/)

Pemilik hak cipta boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang


atau menghentikan apa-apa pelanggaran dan untuk menuntut ganti rugi. Contoh
pelanggaran hak cipta yang boleh menyebabkan liabiliti jenayah adalah:

(a) Pengeluaran secara komersial hak milik yang telah dicuri;

(b) Menjual atau berurusan berkenaan hak milik yang telah dicuri;

(c) Memiliki hak milik yang telah dicuri untuk tujuan perdagangan atau
perniagaan; dan

(d) Pembuatan dan juga penjualan sistem yang boleh memanipulasi sistem
perlindungan hak cipta.

Di Amerika, undang-undang kongres telah mencadangkan supaya sebarang


tindakan perbuatan pembuatan, mengimport, menyediakan, atau mengedar
mana-mana peranti yang tidak menggunakan atau mempunyai teknologi
keselamatan yang disahkan adalah menyalahi undang-undang.

Jika langkah ini menjadi undang-undang, implikasinya adalah hampir mana-


mana peranti digital seperti komputer, komputer riba, pemain MP3, kamera
digital dan sebagainya hendaklah mempunyai perlindungan salinan yang
diluluskan oleh kerajaan yang menjadikan ia mustahil untuk menghasilkan
semula bahan hak cipta.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


368  TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP
E-DAGANG

Adalah mungkin untuk menggunakan perisian untuk menghasilkan kandungan


digital yang tidak boleh disalin. Dua pendekatan yang digunakan untuk mencipta
sistem pengurusan hak cipta elektronik yang efektif adalah:

(a) Mencegah pelanggaran hak cipta dengan menggunakan kriptografi

Kriptografi boleh ditakrifkan sebagai penukaran data ke dalam kod


bercampur aduk yang boleh ditafsirkan dan dihantar di seluruh
rangkaian awam atau swasta.

(Sumber: http://www.barcodesinc.com/articles/cryptography2.htm)

(b) Mengesan pencabulan hak cipta

Layari laman web yang berikut untuk maklumat lanjut mengenai:

(a) Menghalang pencabulan hak cipta:


http://domino.research.ibm.com/comm/wwwr_thinkresearch.ns
f/pages/packinginfo396.html

(b) Mengesan pencabulan hak cipta:


http://www.fourmilab.ch/documents/digital-imprimatur/

Satu lagi kaedah yang berjaya melindungi kandungan digital adalah melalui tera
air digital. Sama seperti tera air pada kertas yang menunjukkan penanda kertas,
tera air digital ialah pengenalan diri yang terterap dalam kandungan digital.
Walaupun ia tidak menghalang individu daripada membuat salinan haram, ia
boleh mengenal pasti hasil kerja cetak rompak. Jika salinan cetak rompak
diletakkan di Internet, maka program carian canggih seperti DigimarcÊs MarSpider
boleh digunakan untuk mencari salinan haram dan memberitahu pemilik yang
sah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP  369
E-DAGANG

10.4.2 Tanda Dagangan


Adakah anda tahu apa yang dimaksudkan dengan istilah „tanda dagangan‰?
Rujuk yang berikut untuk mengetahui makna istilah ini.

Tanda dagangan adalah simbol (seperti logo dan nama jenama) yang
membezakan barangan dan perkhidmatan di pasaran. Jika seseorang sengaja
menggunakan cap dagangan berdaftar anda tanpa pengetahuan atau
kebenaran anda, mereka mungkin bersalah atas jenayah pemalsuan
(pemalsuan).

(Sumber: http://www.copynot.com/)

Simbol ini boleh terdiri daripada kata-kata, reka bentuk, huruf, nombor, bentuk
dan gabungan warna atau lain-lain pengenalan. Tanda dagangan perlu
didaftarkan di sesuatu negara untuk dilindungi oleh undang-undang negara
tersebut (contohnya, Akta Tanda Dagangan Malaysia 1976). Untuk layak
mendaftar, cap dagang mestilah tersendiri, asal dan tidak mengelirukan. Setelah
didaftarkan, cap dagang akan kekal selama-lamanya, selagi yuran pendaftaran
berkala dibayar.

Pemilik cap dagang berdaftar mempunyai hak eksklusif untuk:

(a) Menggunakan tanda dagangan ke atas barangan dan perkhidmatan yang


baginya cap dagang itu didaftarkan; dan

(b) Mengambil tindakan undang-undang untuk menghalang orang lain


daripada menggunakan tanda dagangan tersebut di atas barangan dan
perkhidmatan (hampir ataupun sama) di mana cap perdagangan itu
didaftarkan tanpa kebenaran.

Pertumbuhan pesat dan pengkomersilan Internet telah menyediakan peluang


luar biasa kepada syarikat sedia ada untuk melebarkan penggunaan jenama dan
tanda dagangan mereka di Internet.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


370  TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP
E-DAGANG

Perkembangan sama telah memberikan peluang kepada individu dan syarikat


yang berniat jahat untuk:

(a) Mengambil kesempatan daripada domain Internet yang dibina dengan


tanda dagangan yang terkenal; dan

(b) Mengelirukan pengguna dengan mengurangkan nilai tanda dagangan yang


telah terkenal (termasuk nama individu atau bintang filem terkenal).

Konflik antara pemilik tanda dagangan yang sah dan syarikat yang berniat jahat
dibenarkan untuk berkembang kerana Pemerbadanan Penyelesaian Rangkaian
(NSI ă Network Solution Incorporation) yang merupakan agensi tunggal di
Internet untuk pendaftaran nama domain, mempunyai dasar „siapa cepat, dia
dapat.‰ Ini bermakna sesiapa sahaja boleh mendaftar mana-mana nama domain
yang belum lagi didaftarkan, tanpa mengira status tanda dagangan nama
domain tersebut.

Sebagai tindak balas kepada peningkatan jumlah aduan daripada pemilik tanda
dagangan terkenal yang mendapati tanda dagangan mereka digunakan tanpa
kebenaran oleh usahawan web, Kongres telah meluluskan Akta Perlindungan
Pengguna Anti Siber Setinggan (ACPA ă Anti-Cybersquatting Consumer
Protection Act) pada bulan November 1999 seperti yang dijelaskan berikut.

ACPA mewujudkan liabiliti sivil bagi sesiapa yang cuba berniat jahat untuk
mendapat keuntungan daripada tanda dagangan yang terkenal atau tersendiri
yang sedia ada dengan mendaftarkan nama domain Internet yang serupa atau
mengelirukan, sama dengan tanda dagangan tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP  371
E-DAGANG

ACPA tidak mewujudkan sekatan jenayah tetapi mengharamkan perbuatan


yang berikut:

(a) Menggunakan nama domain „berniat jahat‰ (bad faith) untuk memeras
wang daripada pemilik (setinggan siber);

(b) Menggunakan nama domain tanda dagang yang sedia ada untuk
mengalihkan trafik web dengan ke domain yang mengelirukan (lanun
siber) yang boleh mewujudkan perkara yang berikut:

(i) Merosakkan nama baik yang diwakili oleh tanda dagang;

(ii) Mewujudkan kekeliruan pasaran; dan

(iii) Mencemarkan atau memperkecilkan tanda dagang.

(c) Penggunaan nama domain yang mempunyai nama individu atau nama
yang hampir sama dengan nama individu tanpa kebenaran individu
tersebut, jika pendaftar itu mendaftarkan nama domain itu kemudian
menjual nama domain kepada individu tersebut dengan tujuan
memperoleh keuntungan.

Di Malaysia, pertikaian nama domain diselesaikan melalui timbang tara. Pusat


Timbang Tara Kebangsaan Kuala Lumpur (KLRCA ă Kuala Lumpur National
Centre for Arbitration) yang mentadbir domain .my telah melantik Pusat
Maklumat Rangkaian Malaysia (MYNIC ă Malaysian Network Information
Centre) sebagai pusat timbang tara untuk menyelesaikan sebarang pertikaian
bersangkutan dengan nama domain .my. Semua pertikaian mengenai nama
domain diselia dan ditadbir mengikut peraturan MYNIC:

(a) Dasar Penyelesaian Pertikaian Nama Domain (MYDRP);

(b) Peraturan MYDRP itu; dan

(c) Peraturan tambahan KLRCA.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


372  TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP
E-DAGANG

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penyelesaian pertikaian


nama domain, sila layari laman web: www.rcakl.org.my (Pusat Timbang Tara
Kebangsaan Kuala Lumpur).

Penyalahgunaan tanda dagangan di laman web boleh mengambil dua cara


berikut:

(a) Setinggan Siber (cybersquatting)


Setinggan siber merujuk kepada amalan mendaftar nama domain dengan
tujuan menjual nama domain itu pada harga yang lebih tinggi pada masa
akan datang. Akta Perlindungan Pengguna 1999 ditujukan kepada ahli
setinggan siber yang mendaftarkan nama domain syarikat atau individu
yang terkenal di Internet kemudian memeras wang daripada individu atau
syarikat tersebut. Syarikat seperti Christian Dior, Nike, Bank Deutsche
dan juga Microsoft terpaksa berjuang atau membayar untuk mendapatkan
nama domain yang sepadan dengan nama syarikat mereka.

Contohnya, pemilik asal nama domain yang dikenali sebagai tom.com


menerima kira-kira USD8 juta dari syarikat media yang besar di Hong
Kong yang menukar nama domainnya kepada Tom.com untuk selari
dengan URL yang dicipta oleh pemilik asal nama domain tersebut. Dalam
kes ini, jualan dianggap sebagai beretika dan sah dari segi undang-undang.
Walau bagaimanapun, dalam kes lain, setinggan siber boleh menyalahi
undang-undang atau sekurang-kurangnya tidak beretika.

(b) Lanun Siber


Lanun Siber melibatkan tingkah laku yang sama sebagai setinggan siber
tetapi dengan niat mengalihkan trafik dari laman web yang sah kepada
laman web yang palsu.

Mari kita lihat dua contoh kes lanun siber seperti yang berikut:

(i) Ford Motor Co vs Lapertosa


Lapertosa telah mendaftarkan dan menggunakan laman web yang
dikenali sebagai www.fordrecalls.com sebagai laman web hiburan
dewasa. Mahkamah memutuskan bahawa www.fordrecalls.com telah
melanggar ACPA kerana ia adalah usaha dengan niat jahat untuk
mengalihkan lalu lintas ke laman web Lapertosa dan hasilnya
merendahkan nilai tanda dagangan Ford.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP  373
E-DAGANG

(ii) Paine Webber Inc vs Fortuny


Fortuny telah diperintahkan oleh mahkamah daripada menggunakan
nama domain „wwwpainewebber.com‰ yang merupakan laman web
khusus untuk bahan lucah kerana ia merendahkan dan mencemarkan
tanda dagangan Paine Webber dan mengalih trafik web daripada
laman web sah Paine Webber 's iaitu www.painewebber.com.

SEMAK KENDIRI 10.1

Apakah perbezaan antara setinggan siber dan lanun siber?

10.4.3 Paten
Apakah paten? Teruskan pembacaan untuk mendapatkan makna istilah ini.

Paten adalah dokumen yang memberikan pemegang hak pegangan eksklusif


terhadap sesuatu ciptaan untuk tempoh masa tertentu.

Paten bertujuan untuk melindungi ciptaan teknologi yang ketara, terutamanya di


kawasan perindustrian tradisional. Ia tidak direka untuk melindungi ciptaan
sastera ataupun seni. Paten memberikan hak monopoli untuk idea atau ciptaan
(rujuk yang berikut), tidak kira bagaimana ia boleh digambarkan.

Reka cipta boleh dalam bentuk peranti fizikal, kaedah atau proses untuk
membuat peranti fizikal.

Akta Paten 1983 yang berkuat kuasa pada 1 Oktober 1986 menyediakan sistem
bagi pendaftaran paten dan pembaharuan utiliti di Malaysia. Paten sah selama
20 tahun dari tarikh permohonan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


374  TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP
E-DAGANG

Beribu-ribu paten berkaitan IT telah diluluskan selama ini. Contohnya, paten


Kesatuan Eropah (EU ă European Union) telah diberikan kepada:

(a) Open Market Corp iaitu Server Kawalan Akses Internet dan Pemantauan
(paten 5708780), Rangkaian Jualan Sistem (paten 5715314) dan Digital
Pengiklanan Aktif (paten 5724424);

(b) Juno Online Services menerima paten pengiklanan interaktif (paten 5809242);
dan

(c) IBM mempunyai banyak paten termasuk sistem untuk pesanan daripada
katalog elektronik (paten 5870717) dan sistem untuk menggunakan agen
pintar untuk melaksanakan perdagangan dalam talian (paten 5926798).

Untuk mendapat kelulusan paten, pemohon mesti menunjukkan bahawa ciptaan


itu adalah baru, asli, pendekatan yang baru, dan tidak pernah digunakan dalam
seni dan amalan terlebih dahulu.

Seperti hak cipta, pemberian paten telah berubah jauh daripada tujuan asal
pemberian paten yang pertama daripada kongres iaitu bertujuan melindungi
reka bentuk perindustrian dan mesin. Perlindungan paten telah dilanjutkan
kepada pembuatan barang (tahun 1842), tumbuh-tumbuhan (tahun 1930),
prosedur pembedahan dan perubatan (tahun 1950) dan perisian (tahun 1981).

Paten tertentu yang diberikan di Amerika menyimpang jauh daripada amalan


yang amalkan di Eropah, seperti yang ditunjukkan oleh dua kes paten yang
berkaitan berikut:

(a) Amazon.com vs Barnes & Noble


Amazon.com telah berjaya mendapatkan paten AS untuk prosedur pesanan
One-Click. Dengan menggunakan paten ini, Amazon.com telah menyaman
Barnes & Noble pada tahun 1999 dan 2000, mendakwa bahawa saingannya
telah meniru teknologinya yang dipatenkan. Barnes & Noble telah
diperintahkan oleh mahkamah daripada menggunakan prosedur pesanan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP  375
E-DAGANG

(b) Priceline.com vs Expedia.com


Pada tahun 1999, Priceline.com memfailkan saman terhadap Expedia.com
dan mendakwa bahawa Expedia telah menggunakan model perniagaan
lelongan PricelineÊs yang telah dipatenkan. Saman itu telah diselesaikan
pada 9 Januari 2001, apabila Expedia.com bersetuju untuk membayar
royalti kepada Priceline.com kerana menggunakan model tersebut.

Walau bagaimanapun, di Eropah, seperti juga di kebanyakan negara Asia,


Afrika dan Amerika Selatan, ia adalah sukar untuk mendapatkan paten
pada kaedah perniagaan atau proses komputer.

10.4.4 Laman Web Penyokong dan Pembenci


Mari kita lihat satu lagi aspek yang berkaitan dengan harta intelek: laman web
penyokong dan laman web pembenci.

Laman web penyokong dan pembenci adalah sebahagian daripada fenomena


penerbitan sendiri di Internet termasuk blog. Laman web penyokong boleh
menyebabkan gangguan harta intelek. Contohnya, sesetengah individu berjaya
mendapatkan salinan pendahuluan filem baru atau program TV dan mencipta
laman web yang bersaing dengan laman web rasmi filem atau penerbit TV itu.
Walaupun penerbit boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk menutup
laman tersebut, laman web baru boleh wujud pada hari yang berikutnya.
Walaupun niat peminat tersebut mungkin baik, ia boleh menyebabkan kerosakan
kepada pencipta harta intelek.

Laman web pembenci juga boleh mendatangkan masalah kepada organisasi.


Banyak laman web pembenci diwujudkan ditujukan terhadap syarikat besar
(contohnya, Microsoft dan Nike). Idea penghentam siber (cyberbashing) iaitu
pendaftaran nama domain yang mengkritik organisasi atau individu sering
dikaitkan dengan laman web pembenci. Selagi laman hanya mengandungi
kandungan rungutan yang sah, tidak memfitnah atau mengancam, mereka
dibenarkan untuk beroperasi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


376  TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP
E-DAGANG

Anda boleh melayari laman web berikut untuk mendapatkan lebih banyak idea
tentang:

(a) Hak harta intelek: www.cybercrime.gov/ip.htm

(b) Maklumat mengenai nama domain: http://www.verisign.com

(c) Contoh penghentam siber: http://www.chasebanksucks.com

LATIHAN 10.3
1. Senaraikan tiga jenis harta intelek.

2. Apakah tujuan tera air digital?

3. Definisikan maksud paten.

10.5 KEBEBASAN BERSUARA LAWAN


PENAPISAN
Beberapa kajian menunjukkan bahawa penapisan (rujuk yang berikut) ialah
salah satu isu yang paling penting bagi pelayar web.

Dalam Internet, penapisan merujuk kepada salah satu cara kerajaan untuk
mengawal bahan yang disiarkan.

Contohnya, soalan mengenai, „Berapa banyak akses yang dibenarkan terhadap


kanak-kanak kepada laman web, kumpulan berita, dan bilik sembang yang
mengandungi kandungan yang Âtidak bersesuaianÊ atau ÂmenjelikkanÊ dan siapa
yang harus mengawal akses ini?‰

Ini adalah salah satu isu yang paling hangat dibahaskan antara penyokong
penapisan dan penyokong kebebasan bersuara:

(a) Para penyokong kebebasan bersuara menegaskan bahawa tidak ada


sekatan kerajaan ke atas kandungan Internet dan ibu bapa yang perlu
bertanggungjawab memantau dan mengawal pengembaraan anak mereka
di laman web; dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP  377
E-DAGANG

(b) Para penyokong penapisan merasakan bahawa undang-undang kerajaan


dikehendaki melindungi kanak-kanak daripada bahan yang menjelikkan.

Selain kebimbangan untuk kanak-kanak, ada juga kebimbangan di laman web


kebencian, fitnah yang bersifat peribadi dan bahan menjelikkan yang lain. Dalam
kes mercu tanda pada tahun 2002, Mahkamah Tinggi Australia memberikan hak
untuk menyaman seorang ahli perniagaan di Australia terhadap fitnah artikel
yang diterbitkan di Amerika dan dipaparkan di Internet. Alasan terhadap hujah
ini memberikan kesamaan bahawa paparan di Internet adalah sama dengan
bahan lain yang diterbitkan. Penerbit, Dow Jones & Co, berkata bahawa ia akan
mempertahankan mereka yang didakwa atas bidang kuasa (Australia) yang jauh
dari negara di mana artikel itu disediakan (Amerika).

Para penyokong daripada penapisan itu juga percaya bahawa ia adalah


tanggungjawab ISP untuk mengawal kandungan data dan maklumat yang
mengalir melalui rangkaian mereka dan komputer. Masalahnya adalah ISP tidak
mempunyai cara mudah untuk memantau kandungan atau menentukan umur
individu yang melihat kandungan. Satu-satunya cara untuk mengawal kandungan
yang menyinggung adalah untuk menghalangnya daripada kanak-kanak dan
orang dewasa seperti mengawal spam atau perbuatan penspaman (rujuk di
bawah).

Penspaman merujuk kepada amalan penyebaran mesej secara sewenang-


wenangnya melalui Internet (contohnya, mel sampah dan skrin timbul).

Sebahagian utama undang-undang Amerika menangani amalan pemasaran


dalam e-dagang ialah Akta Perlindungan Peti Mel elektronik yang diluluskan
pada tahun 1997. Teras utama undang-undang ini adalah ucapan komersial
tertakluk kepada peraturan kerajaan, dan yang kedua, penspaman yang boleh
menyebabkan kemudaratan yang ketara, perbelanjaan dan kegusaran, perlu
dikawal.

Di beberapa ISP terbesar, spam kini membentuk daripada 25 hingga 50 peratus


daripada semua e-mel dan menyebabkan kesan yang mendalam seperti:

(a) Merosakkan jalur lebar yang sudah terhad;

(b) Melambatkan Internet secara umum; dan

(c) Menutup ISP sepenuhnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


378  TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP
E-DAGANG

LATIHAN 10.3
Akta Perlindungan Peti Mel Elektronik memerlukan mereka yang menghantar
spam mengenal pastinya sebagai iklan untuk menyenaraikan nama penghantar
secara jelas dan untuk memasukkan penghalaan maklumat yang sah. Penerima
boleh mengetepikan haknya untuk menerima maklumat tersebut. ISP juga
dikehendaki menawarkan perisian menyekat spam dan penerima spam
mempunyai hak untuk meminta penamatan spam masa hadapan daripada
penghantar yang sama dan untuk mengambil tindakan sivil jika perlu.

10.6 ISU PERUNDANGAN YANG LAIN


Privasi, harta intelek dan penapisan menerima banyak publisiti kerana pengguna
mudah memahami mereka. Walau bagaimanapun, ada banyak isu perundangan
yang lain yang berkaitan dengan e-dagang dan Internet. Ini biasanya timbul
apabila wujud situasi baru, dan ia perlu diselesaikan di mahkamah dan di sisi
undang-undang yang akan memakan masa yang lama. Contohnya, salah satu isu
ialah sama ada syarikat dibenarkan membuat pautan ke laman web tanpa
kebenaran.

Beberapa isu undang-undang e-dagang ini akan dibincangkan secara terperinci


dalam subtopik yang berikut.

10.6.1 Kontrak Elektronik


Kontrak yang sah di sisi undang-undang memerlukan beberapa elemen asas:
tawaran, penerimaan dan pertimbangan. Walau bagaimanapun, keperluan ini
adalah sukar untuk ditentukan apabila elemen kemanusiaan dalam proses
transaksi dikeluarkan dan kontrak dilakukan secara elektronik. Sebagai contoh,
perjanjian pembangunan laman web boleh menjadi sangat kompleks.

Akta Transaksi Elektronik Seragam 1999 bertujuan untuk meluaskan peruntukan


sedia ada bagi peruntukan undang-undang kontrak ke undang-undang siber
dengan menubuhkan definisi yang seragam dan konsisten bagi rekod elektronik,
tandatangan digital, dan komunikasi elektronik lain. Akta ini adalah satu
prosedur yang menyediakan cara untuk melaksanakan transaksi melalui medium
elektronik. Bahasa yang digunakan menghalang daripada mengemukakan
persoalan tentang undang-undang substantif yang membolehkan ia tertakluk
kepada bidang skop Kod Perdagangan Seragam (UCC ă Uniform Commercial
Code).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP  379
E-DAGANG

UCC adalah badan undang-undang yang komprehensif berkenaan pengurusan


perniagaan. Pindaan kepada UCC adalah pada Perkara 2B yang direka bentuk
untuk membina undang-undang sedia ada dengan menyediakan kod kerajaan
yang menyokong teknologi elektronik yang sedia ada dan masa depan dalam
pertukaran barang atau perkhidmatan. Undang-undang ini telah diluluskan
pada tahun 1999 dan digubal pada tahun 2000. Ia merupakan salah satu
perkembangan undang-undang e-dagang yang penting.

Mari kita lihat penjelasan mengenai kontrak berkaitan elektronik yang berikut:

(a) Perjanjian shrink-wrap; dan

(b) Kontrak click-wrap.

Perjanjian shrink-wrap atau lesen box-top wujud dalam ataupun di atas


bungkusan yang mengandungi perisian. Pengguna terikat kepada lesen ini
dengan membuka bungkusan produk, walaupun pengguna itu belum lagi
menggunakannya atau membaca perjanjian itu. Ini telah menjadi persoalan
untuk beberapa ketika.

Kontrak click-wrap ialah lanjutan daripada peraturan ini. Ini adalah kontrak
yang diperoleh sepenuhnya melalui Internet. Penjual perisian menawarkan
untuk menjual atau melesenkan penggunaan perisian mengikut terma yang
mengiringi perisian. Pembeli bersetuju untuk terikat dengan terma tertentu
berdasarkan pengendalian tertentu, selalunya pengendalian bermakna
penyimpanan produk untuk satu tempoh yang mencukupi untuk mengkaji
terma tersebut dan pulangan perisian tidak dibenarkan.

Pada musim gugur tahun 2000, Akta Tandatangan Elektronik dalam Perdagangan
dan Kebangsaan Global telah diluluskan. Undang-undang persekutuan ini
memberikan status undang-undang kontrak yang ditandatangani dalam talian
sama seperti kontrak yang ditandatangani menggunakan pen di atas kertas.
Undang-undang yang sama telah digubal dalam beberapa negara Eropah dan
Asia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


380  TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP
E-DAGANG

10.6.2 Ejen Elektronik


Perkara 2B Akta Transaksi Seragam Maklumat Komputer yang diluluskan pada
Oktober 2000, menjelaskan bahawa kontrak boleh dibentuk walaupun tiada
penglibatan kehadiran manusia. Ia menyatakan bahawa kontrak adalah terbentuk
jikalau interaksi antara ejen elektronik dalam operasi mengesahkan kewujudan
kontrak atau memberikan isyarat persetujuan

Selanjutnya, kontrak juga boleh terbentuk oleh interaksi antara individu dan ejen
elektronik atau antara dua ejen elektronik, walaupun tanpa kesedaran individu
ataupun kajian semula tindakan. Akta ini mengakui bahawa tawaran balas tidak
berkesan terhadap agen elektronik (yang merupakan salah satu had e-dagang).
Oleh itu, akta memperuntukkan bahawa kontrak adalah terbentuk jika seseorang
mengambil tindakan yang menyebabkan ejen elektronik bertindak atau
memberikan pulangan yang menjanjikan manfaat kepada individu. Idea asas
adalah individu itu yang bertanggungjawab ke atas sebarang hasil rundingan.

10.6.3 Perjudian Elektronik


Kaedah pertaruhan boleh didapati di seluruh Internet. Sebagai contoh, World
Sports Exchange (wsex.com) mengiklankan, „jika anda mampu menggunakan
tetikus, anda boleh meletakkan taruhan‰. Laman web ini menunjukkan betapa
mudahnya untuk bertaruh, ia mungkin terletak di Antigua iaitu pulau berdekatan
Laut Caribbean dan di mana pertaruhan dibenarkan, telah menjadikannya sebagai
slogan utama mereka.

Di laman web ini, akaun boleh dibuka melalui menghantar atau memindahkan
wang secara elektronik, malah penghantaran cek juga membolehkan akaun
perjudian elektronik dibuka. Akaun ini digunakan untuk membiayai pelbagai
pertaruhan terhadap semua jenis sukan yang boleh dilihat dan yang diurus niaga
dalam talian. Sesiapa yang melancong secara fizikal ke Antigua boleh berjudi di
sana secara sah. Namun, bagaimana pula dengan mereka yang berjudi dari
tempat mereka di mana perjudian diisytiharkan haram?

Kesenangan dan risiko pertaruhan dalam talian terbukti dengan banyak kes baru
yang membabitkan individu kehilangan wang simpanan mereka tanpa memahami
implikasi apa yang mereka lakukan di rumah mereka dengan hanya berhadapan
dengan komputer mereka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP  381
E-DAGANG

Kasino dalam talian mempunyai bahaya yang sama seperti di rumah perjudian
fizikal, dengan tambahan risiko capaian oleh kanak-kanak atau individu yang
kurang upaya yang berisiko untuk rugi tanpa kekangan yang selalu ditemui di
dalam persekitaran fizikal. Sebagaimana isu lain dalam ruang siber, pengawalan
diri adalah dasar terbaik.

Walau bagaimanapun, disebabkan ketagihan perjudian, langkah undang-undang


juga telah diambil. Akta Larangan Perjudian Internet 1999 telah ditubuhkan
untuk mengharamkan pertaruhan dalam talian kecuali bagi jumlah yang kecil.
Akta ini memberikan hukuman jenayah dan sivil terhadap individu yang
membuat pertaruhan dalam talian dan mereka yang terbabit dalam perniagaan
yang menawarkan talian pertaruhan atau tempat pertaruhan.

Kesan undang-undang ini adalah untuk membuat ISP „bertanggungjawab‰ di


atas pergerakan mata wang haram secara haram dan laporan transaksi yang
memerlukan dokumentasi oleh pembawa.

Menurut Persatuan Industri Internet Australia (AIIA ă Australian Internet


Industry Association), Kementerian Komunikasi sedang mencari jalan terbaik
untuk mengenakan pengharaman terhadap perjudian interaktif di Australia
melalui penggunaan teknologi penapisan Internet. Percubaan ini adalah untuk
menghalang pengguna Internet Australia daripada mengakses laman perjudian.

Pada tahun 2003, ada moratorium atau penggantungan pada permainan perjudian
interaktif baru sahaja. Walaupun AIIA berusaha menentang pengharaman itu,
ramai ahli politik menyokongnya. Kumpulan kebebasan awam di Australia,
seperti di kebanyakan negara lain, menentang sebarang penapisan Internet.

Layari laman web yang berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai
teknik untuk mengawal spam dan perjudian dalam talian:

(a) www.mailwasher.net

(b) www.gamcare.org.uk/site.builder/onlinehelp.html

(c) www.gambling-hall-online.com/beginners/pros_and_cons.htm

AKTIVITI 10.3

Mengapakah sukar untuk mengawal perjudian dalam talian?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


382  TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP
E-DAGANG

LATIHAN 10.4
1. Apakah penspaman?

2. Huraikan tentang Akta Perlindungan Peti Mel Elektronik.

10.7 ISU PENIPUAN E-DAGANG DAN


KEMASYARAKATAN
Apabila pembeli dan penjual tidak boleh melihat antara satu sama lain dan
mungkin juga berada di negara yang berlainan, kemungkinan adalah tinggi
untuk orang yang tidak jujur mungkin melakukan semua jenis penipuan dan
jenayah lain melalui Internet. Dalam beberapa tahun pertama e-dagang, pelbagai
jenis jenayah wujud, daripada manipulasi saham di Internet sehingga kepada
penciptaan bank maya yang hilang bersama-sama dengan deposit pelabur.

Kita akan melihat ke dalam aspek ini dalam subtopik yang berikut:

(a) Penipuan Internet;

(b) Perlindungan pengguna; dan

(c) Isu kemasyarakatan.

10.7.1 Penipuan Internet


Penipuan Internet dan kecanggihan telah berkembang lebih cepat daripada
Internet sendiri. Contoh yang berikut menunjukkan skop masalah:

(a) Penipuan Lelongan dalam Talian


Menurut eMarketer, 87 peratus jenayah di Internet adalah daripada
penipuan lelongan dalam talian.

(b) Penipuan Saham Internet


Pada musim gugur tahun 1998, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC ă
Securities and Exchange Commission) Amerika membawa pertuduhan
terhadap 44 syarikat dan individu yang mempromosi saham secara haram
di papan buletin komputer, surat berita dalam talian dan laman web
pelaburan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP  383
E-DAGANG

Dalam kebanyakan kes, promoter jualan saham menyebarkan khabar


angin positif yang palsu tentang prospek syarikat mereka. Dalam kes
lain, maklumat yang disediakan mungkin adalah benar tetapi promoter
jualan saham tidak mendedahkan bahawa mereka telah dibayar untuk
mempromosikan syarikat tersebut. Promoter jualan saham secara
khususnya menyasar pelabur kecil yang mudah terpedaya dengan janji
keuntungan yang cepat. Kes seperti ini, sebagaimana yang membabitkan
sekuriti yang tidak berdaftar berpotensi bertambah disebabkan populariti
dalam Internet.

(c) Penipuan Kewangan Lain


Saham hanyalah salah satu bidang yang penipu bergiat aktif. Bidang lain
termasuk penjualan pelaburan palsu, peluang perniagaan palsu dan lain-
lain skim. Dengan menggunakan Internet, penjenayah kewangan kini
mampu mencapai lebih ramai orang, terutamanya disebabkan adanya
e-mel. Tambahan pula, penipuan perdagangan mata wang asing semakin
meningkat di Internet kerana kebanyakan pusat pertukaran mata wang
dalam talian adalah tidak berlesen.

(d) Lain-lain Penipuan dalam E-dagang


Pelbagai jenis penipuan bukan kewangan juga wujud di Internet. Sebagai
contoh, pelanggan boleh menerima produk dan perkhidmatan yang
berkualiti rendah, mungkin tidak mendapat produk pada masa yang
sepatutnya, mungkin terpaksa membayar perkara yang mereka anggap
akan dibayar oleh penjual dan banyak lagi. Pembeli boleh melindungi
daripada penipuan e-dagang melalui beberapa cara. Kaedah utama
diterangkan dalam subtopik yang akan datang: perlindungan pelanggan.

10.7.2 Perlindungan Pengguna


Perlindungan pembeli adalah penting untuk kejayaan mana-mana perniagaan,
terutamanya melalui medium elektronik yang pembeli tidak melihat penjual. Tip
untuk membeli-belah secara elektronik yang selamat adalah seperti yang berikut:

(a) Pengguna hendaklah memastikan bahawa mereka memasuki laman web


sebenar syarikat yang terkenal seperti Wal-Mart dalam talian, Disney
dalam talian dan Amazon.com dengan terus memasuki laman web itu, dan
bukannya melalui pautan untuk membeli barangan yang dikehendaki;

(b) Bagi mana-mana laman web yang tidak dikenali, cari alamat, dan nombor
telefon dan faks. Buat panggilan dan tanyakan beberapa soalan mengenai
penjual;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


384  TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP
E-DAGANG

(c) Semak penjual dengan ruang pertubuhan perdagangan tempatan,


contohnya, Better Business Bureau (bbbonline.org);

(d) Siasat tahap keselamatan laman web itu dan bagaimana ia diuruskan;

(e) Memeriksa jaminan pulangan wang, jaminan dan perjanjian perkhidmatan


sebelum membuat pembelian;

(f) Bandingkan harga dalam talian dengan harga di kedai kerana harga yang
rendah mungkin tidak semestinya benar;

(g) Tanya kepada rakan apa yang mereka tahu mengenai laman web itu. Cari
testimoni dan sokongan;

(h) Cari apa penyelesaian yang ada jikalau terjadi sebarang pertikaian;

(i) Rujuk kepada Pusat Maklumat Penipuan Negara; dan

(j) Semak sumber yang ada di consumerworld.org.

10.7.3 Isu Kemasyarakatan


Semenjak penerimaan teknologi secara umum dan Internet serta e-dagang secara
khusus kita telah menyaksikan satu jurang antara mereka yang mempunyai
dan mereka yang tidak mempunyai keupayaan untuk menggunakan teknologi
walaupun faktor dan trend menunjukkan pertumbuhan perkembangan e-dagang.
Jurang ini disebut sebagai jurang digital.

Pada tahun 2000, kira-kira 9 daripada 10 hos Internet terletak di negara maju, di
mana hanya kurang daripada satu perlima daripada populasi penduduk dunia.
Contohnya, pada tahun 2001, bandar New York mempunyai lebih banyak hos
Internet berbanding di seluruh benua Afrika.

Jurang itu wujud di kedua-dua dalam dan antara negara. Kerajaan persekutuan
dan negeri kerajaan Amerika berusaha untuk merapatkan jurang ini di dalam
negara dengan menggalakkan latihan dan menyokong pendidikan serta
infrastruktur. Walau bagaimanapun, jurang antara negara semakin melebar,
bukannya sempit.

Banyak kerajaan dan organisasi antarabangsa cuba untuk merapatkan jurang


digital ini. Kerajaan Malaysia melaksanakan projek yang dikenali sebagai
„Rangka Kerja Strategik Kebangsaan untuk Merapatkan Jurang Digital‰, di
bawah Rancangan Malaysia kelapan bertujuan untuk merapatkan jurang digital
ini. Projek ini telah diletakkan di bawah Program dan Pembangunan Bangsa-
Bangsa Bersatu yang telah disiapkan pada bulan Disember 2008.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP  385
E-DAGANG

Selain daripada jurang digital, banyak isu kemasyarakatan lain boleh dikaitkan
dengan e-dagang. Berikut adalah tiga aspek yang diperoleh secara amnya
daripada kesan positif e-dagang:

(a) Pendidikan
E-dagang telah mempunyai kesan yang besar kepada pendidikan dan
pembelajaran. Universiti maya membantu untuk mengurangkan jurang
digital. Syarikat boleh menggunakan Internet untuk melatih semula pekerja
dengan lebih mudah, membolehkan mereka menangguhkan persaraan jika
mereka mahu. Individu yang belajar dari rumah boleh mendapatkan ijazah
dari institusi yang baik dan banyak profesion vokasional yang dapat
dipelajari dari rumah.

(b) Keselamatan Awam dan Keadilan Jenayah


Dengan meningkatnya kebimbangan mengenai keselamatan awam selepas
11 September, banyak organisasi dan individu telah mula melihat teknologi
yang akan membantu untuk menghalang, mencegah atau mengesan aktiviti
awal pelbagai jenis jenayah. Pelbagai alat e-dagang boleh membantu
meningkatkan keselamatan di rumah dan persekitaran awam:

(i) Sistem e-911;

(ii) Kerjasama perdagangan (untuk kerjasama dalam kalangan negara


dan unit penguatkuasaan undang-undang antarabangsa);

(iii) E-perolehan (peralatan unik untuk memerangi jenayah);

(iv) Usaha e-kerajaan dalam penyelarasan;

(v) Perkongsian maklumat;

(vi) Mempercepatkan kerja undang-undang dan kes;

(vii) Rumah pintar, pejabat, bangunan awam; dan

(viii) E-latihan pegawai penguat kuasa undang-undang.

(c) Aspek Kesihatan


Adakah e-dagang mendatangkan risiko kesihatan? Secara umumnya, ia
mungkin lebih selamat dan sihat untuk membeli-belah dari rumah
berbanding membeli-belah di kedai secara fizikal.

Walau bagaimanapun, sesetengah percaya bahawa pendedahan kepada


radiasi komunikasi selular mudah alih boleh menyebabkan masalah
kesihatan. Ia mungkin mengambil masa yang lama sebelum kebenaran
terhadap dakwaan ini diketahui.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


386  TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP
E-DAGANG

Walaupun jika radiasi komunikasi menyebabkan masalah kesihatan,


kesan kerosakan mungkin tidak memudaratkan kerana masa yang
digunakan untuk membeli-belah dan aktiviti dalam talian adalah singkat.
Walau bagaimanapun, disebabkan kebimbangan terhadap isu ini, peranti
perlindungan mungkin akan ada tidak lama lagi untuk menangani masalah
ini.

Teknologi e-dagang seperti perdagangan boleh meningkatkan penjagaan


kesihatan. Contohnya:

(i) Dengan menggunakan Internet, proses kelulusan ubat-ubatan


baru telah disingkatkan, menyelamatkan nyawa dan mengurangkan
penderitaan;

(ii) Pengkomputeran berleluasa membantu dalam penyampaian penjagaan


kesihatan;

(iii) Sistem pintar memudahkan diagnosis perubatan;

(iv) Nasihat Kesihatan penjagaan boleh disediakan dari jauh; dan

(v) Hospital pintar, doktor dan lain-lain kemudahan penjagaan


kesihatan telah menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dengan
menggunakan beberapa alatan e-dagang.

Penggunaan Telekesihatan di bawah tujuh aplikasi perdana Multimedia


Super Koridor (MSC ă Multimedia Super Corridor) memperluaskan
perkhidmatan kepakaran perubatan untuk pusat kesihatan yang kekurangan
pakar. Ini dilakukan dengan menyediakan pautan Teleperundingan
antara kemudahan penjagaan kesihatan yang meningkatkan ekuiti capaian
kepada penjagaan berkualiti terutamanya di kawasan pendalaman dan
merealisasikan matlamat penjagaan lebih dekat dengan rumah.

Layari laman web yang berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut


mengenai teknik untuk mengawal spam dan perjudian dalam talian:

(i) www.securecomputing.com

(ii) www.mailwasher.net

(iii) www.gamcare.org.uk

(iv) www.gambling-hall-online.com/beginners/pros_and_cons.htm

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP  387
E-DAGANG

SEMAK KENDIRI 10.2

Terangkan bagaimana e-dagang boleh meningkatkan pendidikan.

LATIHAN 10.5

1. Apakah jenis penipuan yang sering berlaku?

2. Tentukan jurang digital.

3. Terangkan bagaimana e-dagang boleh meningkatkan keselamatan.

 Privasi digambarkan sebagai pelaksanaan e-dagang yang memerlukan


maklumat pelanggan yang sulit, sesetengah boleh diperoleh dengan menjejaki
aktiviti pelanggan di Internet. Hak harta intelek membuatkan ia amat mudah
dan murah untuk membuat salinan hak milik kerja intelek secara haram
(contohnya, muzik, pengetahuan) dan menjualnya semula atau menjualnya
di Internet tanpa membayar royalti kepada pemilik.

 Menurut kebebasan bersuara lawan penapisan, ia mudah untuk mengedarkan


bahan tidak senonoh di Internet tetapi ia amat sukar untuk mengawalnya.
Siapakah yang akan melindungi pelayar web, terutamanya kanak-kanak
daripada bahan lucah atau bahan yang menjelikkan, masih lagi menjadi
perdebatan. Kita juga mempelajari perlindungan pengguna dan pengusaha
daripada penipuan.

 Perlindungan diperlukan kerana tidak ada hubungan muka-ke-muka,


berkemungkinan besar untuk melakukan penipuan, ketiadaan kekangan
undang-undang yang mencukupi, dan kerana isu baru dan penipuan sentiasa
muncul.

 Beberapa organisasi awam dan swasta cuba untuk memberi perlindungan


yang diperlukan untuk membina kepercayaan yang penting untuk kejayaan
meluaskan e-dagang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


388  TOPIK 10 IMPAK PERUNDANGAN, ETIKA DAN MASYARAKAT TERHADAP
E-DAGANG

Ejen elektronik Penapisan


Etika Penghentam siber
Hak cipta Penipuan Internet
Harta intelek Penspaman
Isu kemasyarakatan Perjudian elektronik
Jurang digital Perundangan
Kebebasan bersuara Privasi
Kontrak elektronik Setinggan siber
Lanun siber Tanda dagangan
Paten Tera air digital

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myVLE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi)
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

You might also like