You are on page 1of 275

Fakulti Pendidikan dan Bahasa

HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


HBEF2303
TEKNOLOGI
MAKLUMAT DALAM
PENDIDIKAN
Omar Zakaria
Shaifol Bahary Sulaiman
Hassan Ahmad
Azman Abdullah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Prof Madya Dr Chung Han Tek
Open University Malaysia

Penulis Modul: Omar Zakaria


Shaifol Bahary Sulaiman
Hassan Ahmad
Universiti Malaya
Azman Abdullah

Penyederhana: Prof Madya Dr Alias Mohd Yatim


Open University Malaysia

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, Januari 2006


Edisi Kedua, April 2014
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), April 2014, HBEF2303
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-
mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia
(OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus xi - xvi

Topik 1 Pengenalan Teknologi Maklumat 1


1.1 Teknologi Maklumat 2
1.1.1 Perkembangan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi 2
1.1.2 Penggunaan Teknologi Maklumat
dalam Kehidupan 7
1.1.3 Koridor Raya Multimedia (MSC) 12
1.1.4 Fasa-fasa Rancangan Koridor Raya Multimedia 19
1.2 Asas Sistem Komputer 21
1.2.1 Peranti Input 21
1.2.2 Mikropemproses (Pemproses Utama) 23
1.2.3 Peranti Output 24
1.2.5 Storan 26
1.3 Keselamatan 28
1.3.1 Peraturan dan Penyenggaraan Komputer 28
1.3.2 Menjaga Keselamatan Data 31
1.3.3 Virus 34
Rumusan 37
Kata Kunci 37
Rujukan 37

Topik 2 Pemprosesan Perkataan 39


2.1 Asas Pemprosesan Perkataan 40
2.1.1 Reka Letak Halaman 41
2.1.2 Membina Dokumen Baru dalam Microsoft Word 47
2.1.3 Membuka Dokumen yang Telah Tersedia 48
2.1.4 Mengedit Dokumen 50
2.2 Penyokong Pembacaan 54
2.2.1 Mengubah Suai Spesifikasi Teks 54
2.2.2 Header dan Footer, Gaya dan Kerangka 57
2.3 Jenis Formatan dan Grafik 59
2.3.1 Jadual 59
2.3.2 Memformat Perenggan, Indent 63

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

2.3.3 Membina dan Mengimport Grafik 63


2.3.4 Mencetak Dokumen 65
2.3.5 Keluar dari Perisian Microsoft Word 65
Rumusan 66
Kata Kunci 67

Topik 3 Fitur (features) Lanjutan Memproses Perkataan 68


3.1 Cantuman Mel dan Penggunaannya 69
3.1.1 Cantuman Mel 69
3.1.2 Penggunaan Cantuman Mel dalam
Pemprosesan Perkataan 69
3.1.3 Menghasilkan Dokumen yang Menggunakaan
Keupayaan Cantuman Mel 69
3.2 Penerbitan Meja 81
3.2.1 Jenis Penerbitan Meja 81
3.2.2 Prinsip Reka Bentuk Penerbitan 82
3.2.3 Pengeluaran dan Penerbitan 85
3.3 Pembinaan Ujian E-Borang 88
Rumusan 93
Kata Kunci 93
Rujukan 93

Topik 4 Persembahan Elektronik 94


4.1 Pengenalan 94
4.1.1 Kegunaan dan Kelebihan 95
4.1.2 Reka Letak 96
4.1.3 Persembahan Asas Membina Slaid 99
4.2 Persembahan Multimedia 101
4.2.1 Kerangka Persembahan Papan Cerita
(Story Board) 101
4.2.2 Ikon pada Alatan Gambar (Toolbar Picture) 104
4.3 Pembinaan Slaid 106
4.3.1 Membina Slaid Persembahan 106
4.3.2 Integrasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 113
4.3.3 Membandingan Kelebihan dan Kelemahan 114
Rumusan 116
Kata Kunci 117
Rujukan 117

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 5 Hamparan Elektronik 118


5.1 Pengenalan 119
5.1.1 Fungsi Hamparan Elektronik dalam
Menghasilkan Lembaran Kerja 119
5.1.2 Komponen Asas 121
5.1.3 Format Cell 126
5.1.4 Jenis Data Input dan Fungsi Operasi Matematik 128
5.1.5 Formula Bar 130
5.2 Fitur-fitur Asas Hamparan Elektronik 131
5.2.1 Menyusun dan Mengisih Data 131
5.2.2 Menapis Data 132
5.2.3 Pembinaan Jadual 133
5.2.4 Pembinaan Carta 133
5.3 Integrasi Hamparan Elektronik dalam Pengajaran
dan Pembelajaran 136
5.3.1 Amali 1 ă Membina Jadual 136
5.3.2 Amali 2 ă Membina Carta 137
5.3.3 Amali 3 ă Membina Ujian 137
Rumusan 139
Kata Kunci 140
Rujukan 140

Topik 6 Pengurusan Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan 141


Pembelajaran
6.1 Penyenggaraan Perisian 142
6.1.1 Scandisk dan Defrag 142
6.1.2 Memadam dan Menghapus Fail 145
6.1.3 Pemasangan Perisian 147
6.2 Asas Rangkaian 148
6.2.1 Kegunaan Rangkaian Komputer 148
6.2.2 Komponen dan Topologi Rangkaian 149
6.2.3 Protokol Rangkaian 160
6.2.4 Perkongsian Maklumat 163
6.3 Penyenggaraan Makmal 168
6.3.1 Keselamatan dan Peraturan Makmal 168
6.3.2 Menjaga Komputer dari Virus 171
6.3.3 Jadual Penggunaan Makmal 175
Rumusan 177
Kata Kunci 178
Rujukan 178

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Topik 7 Internet 179


7.1 Asas Internet 180
7.1.1 Sejarah Internet 180
7.1.2 Protokol Komunikasi 182
7.1.3 Kegunaan Internet 186
7.2 Perkhidmatan Asas Internet 187
7.2.1 Laman Web 188
7.2.2 Mel Elektronik (E-mail) 190
7.2.3 Group-Web 194
7.3 Penggunaan Internet dalam Pendidikan 197
7.3.1 Penyampaian Maklumat 198
7.3.2 Pencarian Maklumat 201
7.3.3 Pengajaran dan Pembelajaran 202
Rumusan 205
Kata Kunci 206
Rujukan 206

Topik 8 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) 207


8.1 Pengenalan Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK) 208
8.1.1 Sejarah Perkembangan PPBK 209
8.1.2 Kebaikan PPBK 210
8.2 Kandungan Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer 212
8.3 Jenis-jenis Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer 215
8.3.1 Latih Tubi 215
8.3.2 Tutorial 216
8.3.3 Permainan 218
8.3.4 Simulasi 218
8.3.5 Tunjuk Cara 219
8.3.6 Ujian 220
8.4 Pembangunan Perisian Kursus PPBK 221
8.4.1 Analisa 221
8.4.2 Reka Bentuk 222
8.4.3 Pembangunan 222
8.4.4 Implementasi 222
8.4.5 Penilaian 223
Rumusan 224
Kata Kunci 224
Rujukan 225

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

Topik 9 Penilaian Perisian PPBK 226


9.1 Pengenalan Penilaian Perisian PPBK 226
9.2 Pemilihan Perisian tang Sesuai 228
9.2.1 Keperluan Memilih Perisian 228
9.2.2 Kriteria Pemilihan 228
9.3 Proses Penilaian Pembangunan Perisian 232
9.3.1 Penilaian Formatif 232
9.3.2 Penilaian Sumatif 232
Rumusan 235
Kata Kunci 236
Rujukan 236

Topik 10 Integrasi TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran 237


10.1 Asas Penggunaan TMK dalam Pengajaran dan
Pembelajaran 238
10.1.1 Keperluan Menggunakan TMK dalam
Pengajaran dan Pembelajaran 238
10.1.2 Pandangan Terhadap Penggunaan TMK dalam
Pendidikan 239
10.1.3 Sejarah Aktiviti dan Penggunaan Bahan
Berasaskan Komputer 240
10.2 Peranan Guru dan Pelajar dalam Penggunaan TMK
dalam Pendidikan 242
10.2.1 Justifikasi Penggunaan TMK dalam Pengajaran
dan Pembelajaran 242
10.2.2 Kesan Terhadap Fungsi Guru, Pelajar dan
Bilik Darjah 243
10.2.3 Piawaian Ciri Guru dan Murid dari Aspek
Penggunaan TMK 247
10.3 Mod Penggunaan TMK dalam Pengajaran dan
Pembelajaran 250
10.3.1 Kategori dan Mod Pengajaran dan Pembelajaran 250
Rumusan 254
Kata Kunci 255
Rujukan 255

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


viii  ISI KANDUNGAN

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal
sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan adalah salah satu kursus
yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa di Open University
Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam
tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini adalah kursus asas pendidikan yang ditawarkan kepada semua
pelajar yang mengikuti program Sarjana Muda di bawah Fakulti Pendidikan dan
Bahasa, Open University Malaysia. Modul ini bertujuan untuk memaklumkan
asas-asas kepada komponen teknologi maklumat yang boleh digunakan dalam
pendidikan.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40
jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus
yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian
3
dalam perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Perbincangan atas talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Mata pelajaran ini bertujuan untuk memberi pegetahuan dan kemahiran serta
membina sikap positif kepada graduan tentang teknologi maklumat dan
penggunaanya. Pelajar akan didedahkan kepada perkembangan teknologi
maklumat dan penggunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, pelajar
juga akan dibekalkan pengetahuan dan kemahiran dalam pemprosesan
perkataan, persembahan elektronik dan hamparan elektronik. Pelajar juga
didedahkan kepada pengurusan sistem operasi berasaskan perisian operasi
Microsoft Windows XP, penggunaan Internet dan penggunaan TMK untuk
pengajaran dan pembelajaran.

Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan perkembangan, mengenal pasti dan menjelaskan fungsi


komponen-komponen utama bahagian komputer;

2. Menggunakan arahan-arahan asas sistem pengoperasian Windows XP;

3. Menggunakan aplikasi perisian dalam pemproses perkataan, persembahan


elektronik dan hamparan elektronik;

4. Menyenaraikan kelebihan Internet untuk mencari dan menggunakan


maklumat; dan

5. Menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang disenaraikan berikut:

Topik 1 memperkenalkan pelajar kepada perkembangan teknologi maklumat


dan komunikasi. Pelejar juga akan belajar tentang implikasi penggunaan
teknologi maklumat dalam kehidupan dan Koridor Raya Multimedia [MSC].
Pelajar juga akan didedahkan kepada konsep sistem komputer dan keselamatan
data.

Topik 2 memperkenalkan pelajar kepada pemprosesan perkataan dengan


penekanan kepada asas-asas seperti reka letak, jidar, tipografi dan pelbagai jenis
formatan.

Topik 3 merupakan lanjutan kepada pemprosesan perkataan dan pelajar akan


didedahkan kepada cantuman mel, penerbitan atas meja dan penggunaan forms.

Topik 4 memperkenalkan ciri-ciri asas persembahan eletronik dengan penekanan


kepada pembinaan slaid dan kerangka untuk persembahan multimedia.

Topik 5 memperkenalkan ciri-ciri asas hamparan elektronik seperti formal sel,


jenis data dan operasi matematik. Pelajar diajak menggunakan hamparan
elektronik bagi membina jadual dan carta serta membina ujian mudah.

Topik 6 membimbing pelajar melaksanakan penyenggaraan perisian dan


penyenggaraan makmal komputer. Turut diperkenalkan adalah konsep
rangkaian dan perkongsian maklumat menerusi rangkaian.

Topik 7 memperkenalkan pelajar kepada konsep asas Internet termasuk seni


bina, protokol dan perkhidmatan melalui Internet. Pelajar turut didedahkan
kepada penggunaan Internet untuk muat turun dan penyampaian maklumat.

Topik 8 meperkenalkan pelajar kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantu


Komputer (PPBK) dan memperjelaskan jenis-jenis PPBK termasuk tutorial,
tunjuk cara, simulasi, permainan, latih tubi dan ujian.

Topik 9 mededahkan pelajar kepada kriteria pemilihan dan penilaian perisian-


perisian PPBK.

Topik 10 membantu guru meneroka potensi penggunaan TMK dan membuat


keputusan berkaitan keperluan penggunaan TMK dari aspek jenis dan cara

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

menggunakan TMK dalam pengajaran mereka. Penekanan diberikan kepada


peranan guru dan mod penggunaan TMK dalam pengajaran pembelajaran.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan
kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.


Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik
berkenaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber boleh ditemui yang berkaitan dan
berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Alessi, S.M. & Trollip, S.R. (1991). Computer base instructional: Methods and
development. (2nd ed.). New Jersey: Prentice Hall, Inc.
Florence, D. (1989). LAN Local Area Networks. New York: John Wiley and Sons.

Heinich et al. (1997). Instructional media and technologies for learning.


Englewood: Prentice Hall.
Ismail Zain. (2002). Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, (2001). Menguasai Perisian Pemproses
Perkataan Microsoft Word XP. Kuala Lumpur: Venton Publishing,
Leask, M. & Pachler, N. (1999). Learning to teach using ICT in the secondary
school. London: Routledge.
Mohd. Ridzwan bin Haji Hashim. (1992). Pengajaran Berbantukan Komputer.
Wawasan September.
Noralila Mat et. al. (2004). Aplikasi Komputer. Kuala Lumpur: Prentice Hall.
OÊLeary, T.J. (2002). Microsoft Windows XP. New York: McGraw-Hill.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
xvi  PANDUAN KURSUS

O.S. Goh (1993). Kursus Lengkap MS-Dos & Microsoft Windows. Kota Bharu:
Pustaka Reka.
Roblyer, M. & Edwards, J. (2000). Integrating Educational technology into
teaching. (2nd ed.). Columbus, Ohio: Prentice Hall.
Shaifol Bahary Sulaiman. (2004). Teknologi maklumat untuk institusi perguruan.
Kuala Lumpur: Federal Publication.
Wyatt, R. (2002). Desktop Publishing. Oxford: Heinemann Educational
Publishers.
Young, M.L. (2002). Internet: The Complete Reference. (2nd ed.). New York:
McGraw-Hill.
Zorani Wati Abas. (1993). Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
Zorani Wati Abas. (1994). Pengenalan kepada komputer. Kuala Lumpur: Federal
Publications.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI


DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengenalan
1 Teknologi
Maklumat
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan sejarah perkembangan teknologi maklumat sebelum
tahun 1940an hingga kini;
2. Menghuraikan penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan;
3. Menghuraikan aplikasi dan fasa koridor raya multimedia;
4. Mendefinisi dan menerangkan fungsi asas sistem komputer;
5. Menjelaskan faktor-faktor yang mengancam keselamatan komputer;
6. Menghuraikan cara menyenggara komputer; dan
7. Mengenal pasti cara serangan virus dan faktor menghalangnya.

 PENGENALAN
Sedarkah anda bahawa dalam ledakan teknologi maklumat kini, bidang
pendidikan tidak terkecuali dalam menempuh gelombang ini? Pada dewasa ini,
perkembangan teknologi maklumat semakin berpengaruh dalam dunia
pendidikan. Teknologi maklumat telah mula mendapat perhatian daripada
pihak Kementerian Pendidikan dan lain-lain peneraju dalam bidang pendidikan,
khususnya yang digunakan dalam bidang pengurusan pendidikan dan sebagai
alat bantuan pengajaran.

Sedarkah anda juga sebagai seorang guru, peranan sebagai agen perubahan
perlu direncanakan selaras dengan perkembangan terkini? Oleh itu, anda
seharusnya peka kepada perkembangan teknologi maklumat yang semakin
bertambah pesat ke arah meningkatkan diri dan khususnya meningkatkan
profesionalisme dalam bidang pendidikan. Anda perlu mempunyai pengetahuan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
2  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

semasa terhadap perkembangan teknologi maklumat serta kepentingannya


kepada generasi masa kini. Selain itu, anda sebagai seorang guru akan mampu
mewujudkan senario yang jauh lebih baik sekiranya berpengetahuan dalam
bidang perkakasan atau hardware, perisian komputer, ciri-ciri keselamatan
dalam teknologi maklumat, khususnya ancaman serangan virus atau ancaman
penggodam (hackers) serta penyenggaraan komputer.

1.1 TEKNOLOGI MAKLUMAT


Tahukah anda bahawa ruang lingkup teknologi maklumat bukan sahaja
melibatkan sistem komputer, malah mencakupi penggunaan komputer dan
telekomunikasi yang digunakan untuk memproses dan menyebar maklumat?
Dalam era maklumat kini, kegunaan teknologi maklumat begitu meluas dalam
pelbagai aspek kehidupan. Tiga asas yang menyokong teknologi maklumat ialah
perkakasan komputer, perisian komputer dan komunikasi data.

1.1.1 Perkembangan Teknologi Maklumat dan


Komunikasi
Sejarah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi boleh dibahagikan
kepada lima zaman iaitu:

Rajah 1.1: Perkembangan teknologi maklumat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT  3

AKTIVITI 1.1

Dengan menggunakan imaginasi anda, senaraikan ciri-ciri komputer


generasi kelima yang dapat mempermudahkan dan menepati cita rasa
sebagai seorang pengguna dan pendidik.

(a) Sumbangan Awal Sebelum 1940


Pernahkah anda mendengar perkataan abakus? Sebagai seorang guru, anda
sudah tentu didedahkan tentang perkara ini selaras dengan hasrat
Kementerian Pendidikan untuk menerapkan kaedah pengiraan ini di
sekolah-sekolah. Sejarah permulaan penciptaan komputer bermula dengan
penggunaan mesin abakus sebagai pengira 3000 SM yang lalu. Pada tahun
1617, Napier Bones telah dicipta oleh John Napier. Sebelum itu, beliau telah
mencipta logaritma yang memudahkan operasi matematik. Pascal, seorang
ahli Matematik Perancis pula telah mencipta mesin penghitung mekanikal
yang pertama yang dikenali sebagai Blaise Pascal pada 1642 yang
merupakan titik tolak pembinaan kalkulator.

Rajah 1.2: Mesin aritmetik Pascal


Sumber: http://www.maxmon.com/images/hstfig6.gif

Sistem Binari telah dicipta oleh G.W. Leibnitz pada tahun 1671. Sistem ini
menjadi asas penting dalam reka cipta sehingga kini. Pada tahun 1835,
Enjin Analitikal (Rajah 1.3) telah diperkenalkan oleh C. Babbage. Mesin ini
mengandungi 50 penghitung dan berupaya menyimpan 1,000 nombor di
mana setiap satu terdiri daripada 50 digit dan inputnya pula terdiri
daripada kad tebuk.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Rajah 1.3: Enjin Analitikal oleh Clarles Babbage


Sumber: http://www-groups.dcs.stand.ac.uk/~history/Diagrams/
Babbage_engine.jpeg

Mesin ini juga mempunyai ciri-ciri komputer moden yang memiliki lima
bahagian seperti rajah di bawah:

Rajah 1.4: 5 Bahagian analitikal enjin

George Boole telah memberi sumbangan kepada dunia komputer dengan


mereka cipta Logik Boolean termasuk simbol Algebra 'betul dan salah'.
Rekaan ini telah digunakan dalam reka bentuk komputer moden. Pada
tahun 1890, kad tebuk untuk memasukkan dan memproses data telah
diperkenalkan. Pada tahun 1937, Howard Aiken dari Universiti Harvard
telah mencipta mesin yang dapat membaca urutan aritmetik secara
automatik.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT  5

(b) Generasi Pertama (1940-1958)


Penciptaan tiub vakum pula telah membantu mengatasi masalah tindak
balas mekanikal.yang merupakan masalah utama yang dihadapi oleh
pencipta komputer di mana tindak balas mekanikal adalah lambat dan
terbatas.

Ciptaan tersebut telah pun menghasilkan komputer seperti yang


diterangkan dalam jadual berikut:

Jadual 1.1: Hasil Ciptaan Komputer pada Era Generasi Pertama

Tahun
Keterangan Ciptaan dan Pencipta
Ciptaan
Tahun Komputer Colossus telah dicipta oleh British
1943 Code dengan menggunakan tiub vakum.

Sumber:
http://www.digibarn.com/collections/locations
/bletchley-park/ 121-2140_IMG.JPG

Tahun J.P Eckert dan J.W Maunchly dari Universiti


1945 Pennsylvania telah mencipta "Electronic
Numerical Integrator and Calculator" (ENIAC).
Komputer ini memerlukan ruang 1,500 kaki
persegi dan beratnya 30 tan dan mengandungi
19,000 tiub vakum.

Anda boleh melihat laman web berikut untuk


melihat sejarah perkembangan komputer
ENIAC:

Sumber:
http://ei.cs.vt.edu/~history/ENIAC.Richey.HT
ML

http://www-
etsi2.ugr.es/alumnos/mlii/imagenes/Programa
ndo%20Eniac.jpg

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Tahun UNIVAC dicipta. Komputer ini dipasarkan buat


1946 pertama kali pada 14 Jun 1951.

Sumber:
http://www.rothcpa.com/archives/misc/Univ
ac.jpg

Tahun IBM telah memasang komputer pertama iaitu


1953 IBM 701 dan seterusnya pula IBM 650 (lihat
gambar sebelah). Komputer ini terbahagi kepada
beberapa bahagian iaitu input, output, konsol
dan bekalan.

Sumber: http://www-8.ibm.com/au/70years/
more_detail/1953.html

(c) Generasi Kedua (1959-1963)


Dalam komputer generasi kedua, tiub vakum telah ditukar kepada
transistor. Kesan penggunaan transistor ialah saiz fizikal komputer akan
menjadi kecil, bertambah pantas dan menjimatkan tenaga, cekap serta
berpotensi tinggi.

Pertukaran ini juga membuatkan kos pembinaan komputer menjadi


semakin murah, di mana lebih 17,000 komputer IBM telah dipasarkan di
antara tahun 1959 hingga 1963. Antara komputer yang terkenal
termasuklah IBM 1620 dan IBM 1401. Komputer generasi ini juga mula
menggunakan pita magnet untuk storan. Bahasa pengaturcaraan yang
digunakan ialah FORTRAN dan COBOL.

(d) Generasi Ketiga (1964-1980)


Dalam komputer generasi ketiga, transistor telah digantikan dengan litar
bersepadu (Integrated Circuit) atau cip. Gelung magnetik pula telah
sepenuhnya menggantikan kad tebuk sebagai storan luar. Hasil
penggunaan litar bersepadu telah membawa kepada penciptaan komputer
seperti berikut:
 Pada tahun 1971, Dr Ted Hoff telah mencipta mikropemproses Intel
4004.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT  7

 Pada tahun 1975, jaring kawasan tempatan (LAN) yang pertama telah
diperkenalkan oleh Robert Metcalfe.
 Komputer Apple yang pertama telah dicipta pada tahun 1976 oleh
Steve Woziniak dan Steve Job.
 Seterusnya pada tahun 1977, Apple II telah diperkenalkan.
 Intel telah mencipta komputer 8086 pada tahun 1978 dan ia kemudian
telah diganti dengan 8088 pada tahun 1979.

(e) Generasi Keempat (1980 - Kini)


Komputer generasi keempat telah menggunakan litar bersepadu berskala.
Intel telah memperkenalkan mikropemproses 286 pada 1982 dan sehingga
kini, Intel telah mengeluarkan Pentium Centrino. Pada tahun 1984,
Macintosh telah diperkenalkan. Pada bulan Mei 1991, syarikat Microsoft
telah memperkenalkan sistem pengendalian operasi yang dinamakan
Windows 3.0. Seterusnya di awal tahun 1992, Microsoft telah
memperkenalkan versi baru Windows 3.1. Windows 3.0 dan 3.1
menggabungkan muka sistem pengendalian menggunakan grafik dan
DOS. Arahan kawalan sistem Windows 3.0 dan 3.1 menggunakan tetikus
untuk memilih ikon interaktif. Sistem pengendalian Windows terus
berkembang dan kini Windows XP yang dilancarkan pada 25 Oktober 2001
dapat menggabungkan kesemua media dalam multimedia.

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Gambarkan secara keseluruhan cara proses atau cara kerja


komputer bermula dari peranti input hingga ke peranti output.
2. Nyatakan perubahan antara komputer generasi pertama hingga
generasi keempat.

1.1.2 Penggunaan Teknologi Maklumat dalam


Kehidupan
(a) Pendidikan
Dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi maklumat boleh
dibahagi kepada dua kategori:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

(i) Alat Membantu Pengurusan


Dalam satu organisasi pendidikan, ada banyak data yang perlu
diuruskan. Contohnya adalah data pelajar, data kewangan, data
sumber manusia, data stok dan pelbagai lagi. Teknologi maklumat
dengan aplikasi sistem pangkalan data dan rangkaian setempat boleh
digunakan dalam mengurus data dengan teratur dan berkesan.
Sebagai contoh, dengan bantuan aplikasi ini, seorang pentadbir boleh
mengetahui status disiplin pelajar dengan cepat dan terkini.

Beliau hanya perlu memasukan nombor matrik pelajar dalam


komputer yang telah disambungkan dengan rangkaian ke pangkalan
data pelajar. Begitu juga dengan maklumat-maklumat penting lain
seperti kewangan, stok dan sumber manusia. Teknologi maklumat juga
digunakan bagi membantu kerja-kerja perkeranian di sekolah. Pihak
Open University Malaysia telah menggunakan sistem untuk mengurus
dan mengetahui status pelajar dari aspek latar belakang, status
permohonan, maklumat kursus yang diambil, status kewangan dan
status peperiksaan mereka. Ini dapat dilihat dalam Rajah 1.5 di bawah:

Rajah 1.5: Sistem maklumat pelajar Open University Malaysia

Selain itu, jaringan Internet dan laman web juga telah digunakan
untuk mengemas kini sistem pendaftaran peperiksaan pelajar dan
untuk memberi pengumuman penting. Sebagai contoh, laman web
Open Universiti Malaysia membenarkan pelajarnya mendaftar,
memuat turun slip peperiksaan dan memberi pengumuman penting.
Di samping itu, laman web ini juga membolehkan interaksi antara
pihak pentadbir dan pelajar.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT  9

(ii) Alat Bantu Mengajar


Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat bantu mengajar
terbahagi kepada empat iaitu:
 Teknologi maklumat menggunakan mod tutorial;
 Teknologi maklumat menggunakan mod penerokaan;
 Teknologi maklumat menggunakan mod aplikasi; dan
 Teknologi maklumat menggunakan mod komunikasi.

Kelebihan mod-mod yang dinyatakan di atas adalah seperti berikut:

 Kelebihan menggunakan mod tutorial ialah:


ă Ia merupakan bahan bantu mengajar yang lebih interaktif.
Dengan ini, pelajar akan berupaya meningkatkan kefahaman
dan penguasaan mereka dalam sesuatu pelajaran.
ă Pelajar dapat belajar dengan sendiri dan ini membolehkan
mereka:
1. Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan
kontekstual dalam pengajaran
2. Meningkatkan daya kreativiti dan motivasi
3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif

 Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod penerokaan


ialah:
ă Pelajar akan dapat pengalaman dalam melakukan eksperimen
yang sukar, terlalu mahal dan mustahil untuk dilaksanakan
dengan menggunakan realiti maya
ă Pelajar dapat mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif
ă Membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif
ă Membolehkan pembelajaran simulasi

 Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod aplikasi ialah:


ă Pelajar dapat memberi tumpuan kepada aktiviti utama
ă Menjimatkan masa pembelajaran
ă Membolehkan guru memberi masalah yang lebih mencabar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

 Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod komunikasi


ialah:
ă Membenarkan pembelajaran jarak jauh
ă Membolehkan proses komunikasi dengan tokoh-tokoh dan
rakan-rakan
ă Mengaplikasikan proses pembelajaran melalui kaedah rakan
sebaya
ă Mengaplikasikan teori pembelajaran kolaboratif.

SEMAK KENDIRI 1.2

Nyatakan penggunaan komputer dalam kehidupan selaku pendidik.

(iii) Internet dalam Pendidikan


Penggunaan komputer membolehkan pengguna membentuk
komunikasi yang berkesan, cepat, mudah dan murah. Perkongsian
maklumat, mesyuarat dan perbincangan dapat dilakukan melalui
telesidang. Internet juga digunakan bagi tujuan penyelidikan dan
pendidikan. Internet dapat digunakan di mana-mana dengan
pelbagai media dalam aplikasinya, maka maklumat di Internet lebih
bersifat terbuka dan luas kerana ia tidak tertakluk kepada sesebuah
lokasi tertentu, sebaliknya ia meliputi seluruh dunia.

Rajah 1.6: Telesidang


Sumber: http://www.mainesenate.org/diamond/images/
Diamond%20Video%20Teleconference-high%20res.JPG

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT  11

Internet dapat membantu para pendidik mempelbagaikan bahan-


bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk media yang
menarik. Kemudahan Internet mampu menyediakan sumber rujukan
yang bersifat lebih menyeluruh dan pelbagai. Internet dilihat sebagai
gedung maklumat yang boleh dicapai melalui jarak jauh. Capaian
Internet ini juga boleh membuat hubungan dengan penduduk seluruh
dunia menjadi satu kenyataan. Capaian Internet juga mampu
membawa pakar-pakar pendidikan ke dalam bilik darjah.

SEMAK KENDIRI 1.3

Apakah kebaikan dan keburukan menggunakan teknologi maklumat


dalam pengajaran dan pembelajaran? Cuba anda lakarkan melalui
peta minda berdasarkan kepada pengalaman dan pemahaman anda.

(b) Perindustrian
Dalam bidang perindustrian, teknologi maklumat digunakan sebagai
hasilan dan untuk meningkatkan produktiviti. Tedapat dua kategori
industri:
(i) Industri yang menjadi teknologi maklumat sebagai produk.
Contohnya ialah industri perisian, bioteknologi, perkakasan dan lain-
lain lagi.
(ii) Industri yang menggunakan aplikasi teknologi maklumat. Industri
perbankan dan insurans adalah contoh industri yang bukan
berasaskan teknologi maklumat.

Teknologi maklumat juga digunakan untuk mereka cipta bentuk produk


serta mengawal mesin untuk membuat kerja-kerja yang telah
diprogramkan. Terdapat empat kategori aplikasi komputer seperti dalam
Jadual 1.2 di bawah:

Jadual 1.2: Empat Kategori Aplikasi Komputer

Kategori Keterangannya
Kejuruteraan berbantukan komputer Dalam aplikasi ini jurutera mengunakan
(Computer Aided Engineering atau perisian komputer bagi membuat reka bentuk
CAE) dan menguji komponen-komponen
Reka bentuk berbantukan komputer Program ini membantu jurutera menghasilkan
(Computer Aided Design atau CAD) lukisan lengkap mengenai sesuatu reka bentuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Pekilangan berbantukan komputer Dalam aplikasi ini, komputer akan mengawal


(Computer Aided Manufacturing robot atau mesin yang digunakan untuk
atau CAM) memasang barangan
Automasi kilang Robot atau mesin yang dikawal oleh komputer
digunakan untuk menggerakkan bahan mentah di
bahagian pemasangan dan menjaga kualiti barang

(c) Perdagangan
Teknologi maklumat selalu digunakan oleh peniaga dalam bidang
pengurusan, perakaunan dan simpan kira. Teknologi maklumat juga
digunakan oleh peniaga dalam memberikan perkhidmatan pelanggan yang
sempurna, contohnya, ada peniaga menyediakan kios untuk membantu
peniaga memberi maklumat tentang barang yang diniagakan.

Penggunaan kod asas di kompleks membeli belah bagi menggantikan


penggunaan tanda harga memudahkan pemantauan tanda harga
dilakukan. Teknologi maklumat digunakan dalam industri perbankan
dengan meluas. Penggunaan mesin teller automatic, contohnya,
memudahkan maklumat diakses serta membolehkan urusan simpanan dan
pengeluaran dalam talian. Penggunaan komputer juga membolehkan
sistem pembayaran bil dilakukan secara dalam talian dan setempat.

AKTIVITI 1.2
1. Kita menggunakan aplikasi teknologi maklumat setiap hari. Cuba
anda bayangkan jenis-jenis aplikasi yang anda pernah atau yang
sedang anda gunakan setiap hari.
2. Bayangkan sekiranya sistem komputer di seluruh dunia
menghadapi kegagalan untuk berfungsi sepenuhnya. Pada
jangkaan anda, apakah kesulitan yang akan anda mengalami
secara serta-merta? Bincangkan dalam kelas anda.

1.1.3 Koridor Raya Multimedia (MSC)


Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) merupakan
tonggak dan strategi pembangunan bagi mencapai Wawasan 2020. MSC telah
ditubuhkan pada 29 Ogos 1995 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun
Dr Mahathir Mohamad. Koridor Raya Multimedia atau MSC ini dibina bagi
merangsang proses penyelidikan dan pembangunan atau R & D serta membina
dan menyebar maklumat dan produk berunsurkan teknologi maklumat. Tujuh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT  13

aplikasi utama Koridor Raya Multimedia adalah seperti dalam Rajah 1.7 di
bawah:

Rajah 1.7: Aplikasi utama Koridor Raya Multimedia

(a) Kerajaan Elektronik


Kerajaan elektronik merupakan aplikasi jaringan hubungan antara agensi
kerajaan dan pelanggan. Antara ciri-ciri kerajaan elektronik menjalankan
pelbagai urusan menggunakan aplikasi teknologi maklumat adalah seperti
berikut:

(i) Hubungan antara Agensi Kerajaan


Hubungan antara agensi kerajaan dijalankan secara elektronik dan
menggunakan multimedia. Melalui hubungan ini, komputer yang
menggunakan jaringan di kementerian atau jabatan dapat berhubung
antara satu sama lain. Dengan ini, perkara yang memerlukan
penyelesaian bersama dapat dilakukan dengan cepat. Dokumen,
maklumat dan pangkalan data dapat dikongsi bersama antara
kementerian dengan kementerian atau dengan jabatan. Sidang video
digunakan bagi memudahkan proses mengadakan mesyuarat di
pelbagai lokasi.

(ii) Hubungan Rakyat dengan Kerajaan


Kesemua ini bertujuan menghasilkan pentadbiran yang cekap
berwibawa di samping meningkatkan mutu perkhidmatan awam.
Objektif kerajaan elektronik yang digariskan ialah:
Ć Menyediakan perkhidmatan awam yang berkualiti dan cekap;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Ć Membentuk jaringan komunikasi yang cepat dan cekap antara


jabatan;
Ć Ke arah pengurusan tanpa kertas serta menjimatkan kos; dan
Ć Meningkatkan keselamatan data.

Rajah 1.8: Kerajaan elektronik

SEMAK KENDIRI 1.3

1. Senaraikan tujuh aplikasi Koridor Raya Multimedia.


2. Beri sebab mengapa Koridor Raya Multimedia dianggap berjaya.
3. Pada pandangan anda, apakah kelebihan pelaksanaan kerajaan
elektronik kepada masyarakat Malaysia? Senaraikan.

(b) Sekolah Bestari


Sekolah bestari merupakan institusi pendidikan yang tersusun secara
sistematik yang mengamalkan pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan sekolah menggunakan aplikasi dan jaringan teknologi
maklumat. Sekolah bestari merupakan institusi yang mempunyai
pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa mencabar minda dan memberi
ruang kepada pelajar berfikiran secara kritis dan kreatif.

Corak pembelajarannya akan dapat melahirkan individu yang mempunyai


kemahiran dalam bidangnya, memegang teguh dan melaksanakan nilai-
nilai murni dan akan sentiasa menyumbangkan idea. Kesemua usaha ini
akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang akan mencipta sejarah
serta penemuan dalam bidang akademik dan bukan sahaja sebagai bahan
sejarah.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT  15

Jika dibuat perbandingan, terdapat perbezaan jelas di antara sekolah masa kini
dan sekolah bestari, khasnya dari segi gaya pembelajaran pelajar-pelajarnya.
Di sekolah masa kini, gaya pembelajaran berasaskan guru yang memberi
tumpuan kepada hafalan dan pengetahuan. Sementara di sekolah bestari, cara
gaya pembelajaran berasaskan pelajaran secara bebas tetapi bergantung
kepada teknologi iaitu tumpuan kepada maklumat, berdaya fikir, kreativiti,
penyayang dan berliterasi teknologi seperti dalam Jadual 1.3 di bawah:

Jadual 1.3: Perbezaan Cara Gaya Pembelajaran Sekolah Masa Kini dan Sekolah Bestari

Menurut Wan Mohd Zahid (1997), sekolah bestari diwujudkan dengan ciri-
ciri berbeza berbanding sekolah sedia ada.

Antara ciri-ciri tersebut ialah:


Ć Sekolah bestari dihubungkan dengan jaring kawasan tempatan (LAN)
yang membolehkan perkongsian maklumat supaya dapat
menggalakkan kerjasama antara pelajar dan guru untuk meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran;
Ć Sekolah ini juga dihubungi melalui jaring kawasan luas (WAN) yang
menyediakan sumber-sumber dalam talian untuk membolehkan guru-
guru dan pelajar mendapat maklumat dari rumah;
Ć Sekolah bestari disesuaikan mengikut kehendak guru pelajar dan
pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi;
Ć Guru berperanan sebagai fasilitator yang bertanggungjawab
menyediakan situasi yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri
secara berdikari; dan
Ć Pentadbir berfungsi sebagai pengurus yang berkesan.

(c) Tele-perubatan
Tele-perubatan ialah aplikasi jaringan maklumat yang digunakan bagi kerja
pengurusan dan rawatan antara hospital. Selain daripada itu, tele-
perubatan membenarkan hubungan komunikasi antara pesakit dan doktor

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

dilakukan di pelbagai lokasi. Dalam tele-perubatan, jaringan aplikasi


teknologi maklumat antara hospital akan memudahkan proses menyimpan
dan mencapai rekod pesakit di hospital yang berlainan.

Rajah 1.9: Tele-perubatan


Sumber: http://www.sjwh.org/images/telemed.jpg

Jaringan membolehkan pengesahan dan pengumuman penyakit berjangkit


dilakukan. Rawatan dan rundingan perubatan jarak jauh antara doktor
dengan doktor pakar dan doktor dengan pesakit boleh dilakukan dengan
bantuan jaringan aplikasi. Jaringan aplikasi teknologi dalam hospital
digunakan untuk memantau pesakit terutama yang berada di unit rawatan
rapi. Teknologi maklumat juga digunakan untuk membantu doktor
mengenali penyakit dengan menggunakan sistem perisian diagnostik.
Selain daripada itu, teknologi maklumat dapat menganalisis data terutama
dari data mesin X-ray.

Objektif tele-perubatan ialah:


Ć Membentuk pusat kecemerlangan tele-perubatan yang bertaraf dunia; dan
Ć Menambahkan kualiti kesihatan rakyat Malaysia.

(d) Pusat Penyelidikan


Pusat penyelidikan dan pembangunan adalah satu aspek yang cukup
penting dalam membangunkan sebuah negara. Dengan kerjasama syarikat-
syarikat besar tempatan dan luar negara serta universiti-universiti
tempatan dan luar negara, adalah diharapkan Malaysia dapat menjadi
pusat penyelidikan multimedia bertaraf antarabangsa. Penubuhan
Universiti Multimedia yang terletak di kawasan Koridor Raya Multimedia
juga diharap membina masyarakat penyelidik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT  17

Secara keseluruhan, objektif pusat penyelidikan dalam aplikasi multimedia


ialah:
Ć Mewujudkan kelompok penyelidikan multimedia bertaraf dunia;
Ć Berkerjasama dengan universiti tempatan bagi menghasilkan produk
multimedia; dan
Ć Mewujudkan persaingan sumber manusia melalui penyelidikan.

(e) Kad Pintar


Cip pada Kad Pintar membolehkan maklumat dimuatkan dalam cip. Di
dalam cip tersebut, tersimpan maklumat asas pemegang seperti gambar,
tempat lahir, tarikh lahir, cap jari dan nombor kad pengenalan pemilik. Di
dalam cip ini juga terdapat maklumat imigresen seperti nombor pasport
dan tarikh luput pasport. Maklumat mengenai lesen memandu dan tarikh
luput lesen memandu juga disimpan di dalam cip kad pintar. Selain
daripada itu, rekod kesihatan pemegang juga disimpan di dalamnya. Cip
ini juga menyimpan maklumat E-Tunai dan E-Dagang. Maklumat di
dalamnya boleh dibaca menggunakan alat membaca kad mini atau alat
membaca kad mudah alih.

Kad Pintar pelbagai guna yang diperkenalkan di Malaysia merupakan kad


pintar pertama di dunia yang dapat menggabungkan empat aplikasi
kerajaan dan dua aplikasi pilihan pemegang. Empat aplikasi kerajaan ialah
maklumat diri, maklumat lesen memandu, maklumat kesihatan dan
maklumat imigresen.

Objektif Kad Pintar pelbagai guna ialah:


Ć Membangunkan kad yang cekap, selamat dan mempunyai maklumat
diri pemilik; dan
Ć Menyediakan pelantar bagi proses E-Dagang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Rajah 1.10: Kad pintar


Sumber: http://xw2k.sdct.itl.nist.gov/smartcard/images/smartCardInsertion2.jpg

(f) Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan


Koridor Raya Multimedia mampu menyediakan infrastruktur dan
perkhidmatan yang terbaik untuk para peniaga. Koridor Raya Multimedia
dapat dihubungkan dengan semua negara dunia melalui telekomunikasi
yang canggih dan terkini.

Undang-undang dan polisi yang fleksibel dan bertaraf dunia, infrastruktur


yang baik dan kemahiran rakyat dalam menguasai teknologi serta pelbagai
bahasa mampu menjadikan Koridor Raya Multimedia atau MSC sebagai
pusat pemasaran tanpa sempadan bertaraf dunia. MSC boleh menjadi
pentas syarikat-syarikat bertaraf dunia menyediakan perkhidmatan
pelanggan dan sokongan teknikal. Objektif pemasaran tanpa sempadan
ialah:
 Merangsang syarikat tempatan dan antarabangsa menjadikan Koridor
Raya Multimedia sebagai pusat perniagaan di rantau Asia Pasifik;
 Menyokong pemindahan pengetahuan tentang pemasaran dan
pengurusan perniagaan kepada rakyat Malaysia; dan
 Meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan multimedia bagi
golongan peniaga.

(g) Jalinan Perkilangan Dunia


Hubungan telekomunikasi yang bertaraf dunia serta sistem pengangkutan
yang baik dan terurus membolehkan bahan mentah dapat dibawa ke kilang
dengan cepat. Infrastruktur ini juga membolehkan proses penghantaran
barang dari kilang dibawa ke seluruh dunia dan dapat diagihkan dengan
cepat dan selamat. Melalui hubungan komunikasi ke serata dunia, kilang-

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT  19

kilang dapat berhubung dengan murah dan mudah. Kesemua infrastruktur


ini boleh menjadikan Koridor Raya Multimedia sebagai satu pusat jalinan
perkilangan dunia.

Objektif menjadikan Koridor sebagai jalinan perkilangan dunia ialah:


Ć Menjadikan Koridor Raya Multimedia sebagai pusat perkilangan dunia.

1.1.4 Fasa-fasa Rancangan Koridor Raya Multimedia


(a) MSC telah dirancang dengan teliti berdasarkan fasa-fasa berikut:

Jadual 1.2: Tiga Fasa MSC

Fasa Keterangannya
Fasa 1  Menubuhkan satu lebuh raya maklumat;
 Merangsang pembinaan 50 syarikat tempatan yang berdaya saing di
peringkat dunia;
 Merancang dan memulakan tujuh agenda aplikasi utama (MSC) (rujuk
Rajah 1.3);
 Merangka dan melaksanakan undang-undang siber bertaraf dunia; dan
 Menbentuk bandar raya Cyberjaya sebagai bandar raya bertaraf dunia.

Fasa 2  Mewujudkan sistem maklumat bagi menghubungkan Koridor Raya


Multimedia MSC kepada beberapa bandar raya siber dunia;
 Membina lebuh raya web;
 Merangsang pembinaan 250 syarikat tempatan yang berdaya saing di
peringkat dunia;
 Menetapkan piawaian bagi tujuh agenda aplikasi utama;
 Undang-undang siber bersifat global dan terkini; dan
 Empat hingga lima bandar raya bijak (intelligent cities) dapat
dihubungkan dengan bandar raya siber yang lain.
Fasa 3  Melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan peka terhadap
perubahan dunia teknologi;
 Merangsang pembinaan 500 syarikat tempatan yang berdaya saing di
peringkat dunia;
 Membentuk mahkamah undang-undang siber bertaraf antarabangsa di
Koridor Raya Multimedia (MSC); dan
 Menghubungkan lebih daripada 12 bandar raya bijak kepada lebuh
raya global.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

(b) Kejayaan Koridor Raya Multimedia (MSC)


Berdasarkan kepada kerja keras daripada rakyat Malaysia serta galakan
daripada kerajaan, Koridor Raya Multimedia (MSC) telah menampakkan
kejayaan. Kejayaan syarikat-syarikat seperti IRIS Technologies, XYBASE
dan REDTone (VMS Technology) serta Perbadanan Komputer Nasional
Berhad seharusnya dilihat sebagai titik permulaan penggemblengan tenaga
ke arah kecemerlangan.

Kejayaan tokoh IT seperti Shahril Ibrahim yang mencipta nama dalam


bidang animasi komputer dan kesan khas di Hollywood seharusnya
menjadi pembakar semangat untuk mengorak kejayaan (Majalah PC
Oktober 2002).

Ketua Pegawai Eksekutif MDC menyatakan pihaknya telah terus berusaha


mencari peluang untuk menarik pelaburan asing betaraf dunia ke Koridor
Raya Multimedia (MSC). Di antara kejayaan terbarunya ialah penyertaan
syarikat seperti Satyam, DHL, Shell HSBC dan BMW (Utusan Malaysia 25
Disember 2002).

Matlamat Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 2003 ialah untuk
menjadikan syarikat bernaung memperolehi sijil MSC sebagai syarikat
multimedia, sejumlah 500 kesemuanya, dengan jumlah 30 bertaraf dunia
(bilangan ini telah melepasi sasaran). Di akhir tahun 2002, jumlah syarikat
yang memiliki sijil MSC adalah sebanyak 730 dan 53 daripadanya bertaraf
dunia.

AKTIVITI 1.3
Bayangkan anda sebagai seorang pendidik dalam bidang pendidikan.
Apakah sumbangan yang anda boleh berikan terhadap Koridor Raya
Multimedia?

1.2 ASAS SISTEM KOMPUTER


Struktur komputer terbahagi kepada tiga bahagian iaitu input, proses dan
output. Lihat Rajah 1.11 di bawah:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT  21

Rajah 1.11: Keseluruhan proses di dalam komputer

Fungsi peranti input ialah memasukkan data ke dalam komputer. Terdapat


berbagai peranti input, namun ada hanya empat peranti input yang biasa
digunakan oleh pendidik iaitu tetikus, papan kekunci, pengimbas dan
penyentuh skrin.

1.2.1 Peranti Input


(a) Tetikus
Tetikus atau mouse adalah satu peranti komputer yang bergerak mengikut
gerakan tangan pengguna. Pergerakan tetikus boleh dikesan oleh komputer
berdasarkan gerakan dan digambarkan di atas skrin dengan gerakan
kursor. Tetikus terdiri daripada dua atau tiga butang yang boleh ditekan
untuk memberi isyarat kepada komputer.

Rajah 1.12: Tetikus (mouse)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Tetikus digunakan untuk:


Ć Menggerakkan kursor dan memberi arahan-arahan tertentu pada skrin
dengan cara mengklik pada ikon-ikon;
Ć Tetikus membolehkan pengguna menggerakkan kursor ke mana saja di
atas skrin dengan mudah dan lancar;
Ć Tetikus membolehkan pemindahan imej dilakukan dengan mudah dan
cepat; dan
Ć Tetikus juga memudahkan pengguna menjelajah menggunakan butang
interaktif, objek interaktif, hiperteks dan hipermedia.

(b) Skrin Sesentuh


Skrin sesentuh ialah sejenis skrin yang interaktif bagi membolehkan
pengguna memasukan arahan dengan menyentuh skrin. Skrin sesentuh
merupakan pilihan lain pada penggunaan tetikus. Alat yang digunakan
untuk menyentuh skrin boleh terdiri daripada pen elektronik atau jari
pengguna. Pengguna perlu menyentuh ikon-ikon pada skrin untuk
mengaktifkan sesuatu arahan.

Rajah 1.13: Skrin sesentuh


Sumber: http://www.satphonestore.com/SatTV/
SeaTel/touch%20screen1%2010cm%20cmyk%20(2).jpg

(c) Pengimbas
Pengimbas digunakan untuk menyalin atau membaca teks, imej atau
grafik. Data-data yang disalin didigitalkan dan disimpan ke dalam
komputer sebagai fail. Maklumat yang dibaca kemudiannya akan diproses
oleh komputer. Terdapat dua jenis pengimbas yang selalu digunakan iaitu:
 Pengimbas Tangan
Pengimbas tangan biasanya digunakan untuk mengimbas dan
membaca kod bar atau barcode di pasar raya atau di perpustakaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT  23

Rajah 1.14: Pengimbas tangan


Sumber: http://www.posdata.com/images/QS6000PL.JPG

Ć Pengimbas Buku
Pengimbas buku biasanya digunakan untuk mengimbas teks, imej dan
grafik.

Rajah 1.15: Pengimbas buku

1.2.2 Mikropemproses (Pemproses Utama)

Mikropemproses merupakan otak kepada komputer. Mikropemproses terdiri


daripada cip silikon yang mengandungi berjuta litar bersepadu.

Ciri-ciri yang membezakan keupayaan mikropemproses ialah set arahan, lebar


jalurnya, kelajuan serta seni binanya. Lebar jalur merujuk kepada bilangan bit
yang dapat diproses, contohnya, Pentium 4 dengan kelajuan 3.4 Gigahertz
mempunyai frekuensi 3.4 Gigahertz yang mana ia dapat memproses 3.4 bilion
pusingan mesin sesaat. Kelajuan merujuk kepada bilangan arahan yang boleh
dilaksanakan setiap saat.

Mikropemproses merupakan alat yang paling penting bagi memproses data


kepada maklumat. Mikropemproses berfungsi dengan menggunakan operasi
matematik dan unit aritmetik logik. Unit kawalan mengawal bahagian komputer
dengan memberi arahan. Unit arahan mengawal isyarat pergerakan elektronik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

dari ingatan utama dan unit aritmetik. Unit aritmetik menjalankan operasi logik
dan aritmetik.

1.2.3 Peranti Output

Fungsi peranti output ialah memaparkan maklumat yang telah diproses.


Peranti output yang selalu digunakan oleh pendidik ialah monitor, pencetak
dan alat pembesar suara.

(a) Monitor
Monitor merupakan skrin yang bertindak untuk memaparkan output yang
dikehendaki. Monitor merupakan peranti output yang penting dan selalu
digunakan oleh pengguna. Monitor terbahagi kepada dua iaitu monokrom dan
warna. Monitor monokrom mempunyai paparan hitam putih dan monitor
warna mempunyai paparan warna. Kedua-dua monitor ini disambung dengan
komputer menggunakan kad grafik.

Rajah 1.16: Monitor

Bilangan warna yang boleh dipaparkan bergantung kepada keupayaan kad


grafik dan RAM kad grafik. Ketajaman imej bergantung kepada nilai
peleraian.

Peleraian Imej
640X480 piksel Kasar

800X600 piksel
1040X786 piksel
Jelas
1280X1054 piksel

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT  25

(b) Pencetak
Pencetak mencetak berbagai maklumat yang telah diproses ke dalam
bentuk 'hard copy'. Dengan mencetak, pengguna boleh menyimpan
maklumat yang dipaparkan pada monitor ke bentuk kekal. Pencetak boleh
terdiri daripada tiga jenis:

(i) Pencetak Dot Matrik


Pencetak dot matrik mencetak dengan teknik hentaman. Teknik
hentaman ini akan menghasilkan bintik-bintik halus pada kertas.

Rajah 1.17: Pencetak dot matrik

(ii) Pencetak Pancutan Dakwat


Pencetak pancutan dakwat berfungsi dengan kaedah pancutan
dakwat ke atas kertas.

Rajah 1.18 Pencetak pancutan dakwat

(iii) Pencetak Laser


Pencetak laser mempunyai teknik yang sama dengan mesin fotostat.
Hasil cetakannya bermutu tinggi.

Rajah 1.19: Pencetak laser

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

SEMAK KENDIRI 1.4

Cuba bayangkan anda sebagai sebuah komputer yang berfungsi dalam


kehidupan seharian. Apakah proses permulaan anda setiap hari?

1.2.5 Storan
Storan boleh bertindak sebagai peranti input atau output. Contohnya, setiap kali
anda mengarahkan data diambil dari storan untuk diproses, storan bertindak
sebagai input. Sebaliknya, jika kita mengarahkan data disimpan di dalam storan,
storan bertindak sebagai output. Storan primer dikenali sebagai Random Access
Memory (RAM) dan Read Only Memory (ROM) manakala Storan sekunder pula
terdiri daripada pelbagai bentuk dan aplikasi tambahan contohnya cakera keras,
cakera keras mudah alih, pen drive, compact flash atau cakera padat.

(a) Storan Primer


Random Access Memory (RAM) dalam bahasa Melayu bermaksud ingatan
capaian rawak. RAM terdiri daripada litar elektronik yang mengandungi
cip transistor logik dalam komputer. Litar elektronik ini mempunyai
kelajuan tinggi untuk menyimpan maklumat yang sedang diproses.

RAM berfungsi untuk:


(i) Menyimpan program yang sedang digunakan;
(ii) Menyimpan data yang sedang diproses; dan
(iii) Menyimpan maklumat sebelum dihantar ke peranti output.

RAM boleh bergerak secara pantas walaupun dari lokasi yang jauh. RAM
menyimpan ingatan dalam bentuk singkat dan sementara sahaja. Jika
bekalan kuasa terputus, ingatan yang terdapat dalam RAM akan hilang.

Rajah 1.20: RAM

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT  27

Read Only Memory (ROM), atau ingatan baca sahaja, menjadi alat untuk
menyimpan maklumat secara kekal. Ingatan dalam ROM akan kekal
biarpun bekalan kuasa diputuskan. ROM menyimpan maklumat yang telah
dimasukkan ke dalamnya oleh pembina komputer. Antara maklumat yang
dimasukkan ke dalam ROM ialah konfigurasi-konfigurasi sistem komputer,
kod mikro dan BIOS (Basic Input or Output System) iaitu set atur cara rutin
asas dalam komputer.

SEMAK KENDIRI 1.5

Cari perbezaan dan persamaan antara RAM dan ROM.

(b) Storan Sekunder

Storan sekunder merupakan storan yang digunakan untuk menyimpan data


secara kekal. Storan sekunder dapat mengekal data, walaupun selepas
bekalan kuasa dihentikan.

Kandungan storan sekunder tidak dapat dicapai secara langsung oleh


pemproses. Data yang disimpan dalam storan sekunder hendaklah
dipindahkan terlebih dahulu ke ingatan utama sebelum boleh digunakan
untuk memproses data.

Rajah 1.21: Storan sekunder

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

AKTIVITI 1.4
Sekiranya anda mempunyai sebuah komputer, apakah yang anda
jangkakan akan terjadi sekiranya anda menggunakan RAM 16 mega
bait dalam komputer anda?

1.3 KESELAMATAN
Aspek-aspek keselamatan melibatkan komputer hendaklah dijaga dengan rapi
seperti yang akan dibincangkan berikut:

1.3.1 Peraturan dan Penyenggaraan Komputer


Makmal komputer seperti makmal-makmal yang lain perlu mempunyai
peraturannya. Peraturan-peraturan ini perlu dipatuhi oleh pengguna komputer
demi keselamatan komputer dan untuk mengelakkan kemalangan.

Antara peraturan penggunaan makmal, ialah:


 Pelajar tidak dibenarkan masuk atau berada di dalam makmal kecuali
bersama guru;
 Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman di dalam makmal;
 Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang makmal kecuali atas
kebenaran guru;
 Tidak dibenarkan membawa beg masuk ke dalam makmal;
 Tidak dibenarkan mengubah suai komputer dari berbagai segi. (susunan
komputer, perkakasan atau perisian);
 Pastikan makmal sentiasa bersih, buang sampah di dalam tong sampah;
 Berjalan dengan cermat dan tidak dibenarkan berlari di dalam makmal;
 Jika terdapat masalah, dapatkan bantuan daripada orang yang dibenarkan
membantu sahaja;
 Duduk dengan tertib dan bersopan, tidak dibenarkan berjalan-jalan ke
komputer lain;
 Jaga perilaku, jangan membuat bising di dalam makmal;
 Guna komputer dengan kebenaran dan mengikut arahan; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT  29

 Internet boleh digunakan hanya dengan kebenaran guru.

(a) Penjagaan Perkakasan


Komputer merupakan barang yang sensitif dan mahal. Langkah-langkah
berikut perlu diberi perhatian oleh pemilik komputer bagi mengelakkan
kerosakan komputer:
 Elakkan komputer daripada terkena air atau diletak berhampiran
dengan tempat yang mempunyai kelembapan tinggi (seperti bawah
pendingin udara, dapur dan lain-lain);
 Elakkan komputer diletak berhampiran dengan tempat yang berdebu
dan bersuhu tinggi;
 Elakkan komputer diletak berhampiran dengan tempat yang
berhampiran dengan alat elektrik dan bermagnet;
 Jarakkan komputer dengan dinding atau alat lain, lebih kurang 7sm
untuk membenarkan peredaran udara;
 Jangan bersihkan skrin dengan larutan yang mengandungi alkohol atau
aseton. Bersihkan bahagian skrin dengan cecair pembersih yang tidak
menghakis;
 Gunakan saiz meja yang sesuai untuk meletak komputer. Pastikan meja
komputer dan komputer diletakkan pada aras yang stabil dan bebas
daripada getaran dan alihkan komputer ketika perlu sahaja;
 Rehatkan komputer setelah terlalu kerap digunakan secara berterusan;
 Putuskan hubungan bekalan kuasa dan tanggalkan palam dari soket
sebelum meninggalkan komputer;
 Gunakan bahan antistatik di sekitar komputer bagi menghapuskan cas
statik;
 Untuk mengelakkan ralat Windows, sentiasa keluar dari Windows
dengan cara yang betul;
 Jangan letakkan makanan dan minuman dekat dengan komputer bagi
mengelak tumpahan berlaku;
 Jangan gunakan komputer ketika kilat. Gunakan UPS (Uninterrupted
Power Supplies), SP (Surge Protector) dan AVR (Automatic Voltage
Regulation) untuk mengstabilkan kuasa elektrik;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

 Gunakan SP (Surge Protector) bagi memberi pelindungan akibat kesan


panahan kilat. (Namun SP tidak mampu memberi pelindungan akibat
kilat sepenuhnya);
 Jangan ambil atau masukkan cakera liut ketika lampu pemacu cakera
masih menyala; dan
 Gunakan sistem tools secara maksima, selalu defrag dan imbas cakera
keras.

(b) Tugasan Penyenggaraan


Sebagai pengguna komputer, penyenggaraan berkala amat diperlukan bagi
memastikan komputer berkeadaan baik. Berikut antara tugas yang
dicadangkan:

Jadual 1.5: Penyenggaraan Berkala sebagai Pengguna Komputer

Tugasan Keterangannya

Tugasan harian  Jalankan utiliti semasa menjalankan tugasan lain.


 Imbas cakera keras untuk membetulkan ralat logik.
 Pastikan sistem operasi berjalan dengan baik, mulakan
semula (restart) sekiranya komputer telah lama
digunakan.

Tugasan  Jalankan utiliti semasa menjalankan tugasan lain.


mingguan
 Imbas cakera keras untuk membetulkan ralat logik.
 Pastikan sistem operasi berjalan dengan baik, mulakan
semula (restart) sekiranya komputer telah lama
digunakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT  31

Tugasan bulanan  Imbas cakera keras bagi membetulkan ralat permukaan


yang terdapat.
 Buang aplikasi yang tidak digunakan kerana aplikasi ini
sekadar memenuhi ruang cakera keras.
 Simpan (backup) dan kemaskini fail-fail sistem.
 Kemas kini program utiliti dan perisian anti virus.
 Bersihkan perkakasan (papan kekunci, tetikus dan
monitor).
 Gunakan program utiliti seperti S.M.A.R.T (Self-
monitoring Analysis and Report Technology) untuk
memantau pelbagai parameter yang berkaitan dengan
fungsi mekanikal seperti kelajuan plat cakera, masa
putaran, kuasa motor, kegagalan carian dan gegaran
kepada kekisi pemacu. Begitu juga program utiliti seperti
Dr PC yang memantau perisian dan perkakasan komputer.

SEMAK KENDIRI 1.6

Nyatakan dan cirikan tugas penyelanggaraan yang harus dibuat bagi


memanjangkan jangka hayat komputer.

1.3.2 Menjaga Keselamatan Data


Kebanyakan data yang kita perolehi cukup bernilai malah lebih berharga
daripada komputer. Contohnya data tesis amat berharga berbanding dengan fail
program lain. Data ini perlu diutamakan dan disimpan dengan hati-hati.
Kecuaian menjaga data akan menyebabkan kita kehilangan data yang berharga
atau menyebabkan data kita disalahgunakan.

(a) Jenis Penyalahgunaan Data


Terdapat pelbagai jenis penyalahgunaan data:

(i) Mencuri Data


Terdapat banyak sebab penjenayah mencuri data. Data amat
berharga, sebagai contoh, data pelanggan amat berharga kepada
peniaga. Terdapat penjenayah mencuri data pelanggan bagi
membolehkannya merampas pelanggan. Data akaun bank selalu
menjadi sasaran golongan penjenayah. Penjenayah cuba
memindahkan duit dalam sesuatu akaun untuk mendapat
keuntungan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
32  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

(ii) Memanupulasi Data


Penjenayah siber juga kerap memanipulasi data bagi tujuan tertentu.
Contohnya, ada penjenayah yang menggunakan komputer untuk
menukarkan data dirinya bagi tujuan mengelirukan pihak berkuasa.
Terdapat juga yang menukar markah peperiksaan dari gagal ke lulus.

(iii) Mengintip
Persaing dalam peniagaan sentiasa memerlukan data pesaingnya bagi
mengetahui strategi dan seterusnya membina strategi baru yang lebih
baik. Begitu juga, data keselamatan sebuah negara sering menjadi
intipan pihak musuh. Kekurangan penjagaan keselamatan
menyebabkan pihak musuh dapat mengintip data yang penting.

(b) Keselamatan Data

(i) Membentuk Kata Laluan


Kata laluan ialah susunan huruf atau susunan nombor yang perlu
ditaip atau disebut bagi pengenalan diri. Dalam sistem data, kata
laluan akan ditanya ketika kita hendak memasuk atau melihat sistem
data. Kata laluan berguna untuk mengelakkan orang yang tidak
dipercayai melihat data dan seterusnya menyalahgunakan data. Bagi
memudahkan mengesan sumber kebocoran rahsia, kata laluan
perlulah berlainan antara individu. Susunan huruf atau nombor
dalam kata laluan haruslah direka supaya tidak mudah diteka dan
tidak menggunakan perkataan biasa. Kata laluan juga perlu sentiasa
dikemaskini. Matikan kata laluan bagi pegawai yang tidak lagi
bertugas dengan cepat. Pegawai maklumat juga perlu sentiasa
melakukan sistem audit.

Rajah 1.22: Kata laluan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT  33

(ii) Mengakses Mengikut Tingkat Keperluan


Pengaturcaraan perlu mengetahui peringkat keperluan pengguna
sebelum membina sistem pangkalan data. Sebagai contohnya, di
sekolah, pelajar boleh melihat data peperiksaannya tanpa mengubah
data. Kebolehan menukar data menyebabkan pelajar dapat
memanipulasi data. Guru pula boleh mengubah data peperiksaan
mengikut mata pelajaran dan kelas yang diajar. Oleh itu, sistem
mengakses maklumat mengikut keperluan pengguna amat perlu
dilaksanakan demi keselamatan data.

(iii) Prosedur
Prosedur merupakan bahan rujukan utama ketika membina sistem
pangkalan data. Prosedur dalam bentuk dokumentasi dibuat oleh
pentabiran data dan pengaturcara. Prosedur perlu disimpan di
tempat yang selamat bagi mengelak prosedur jatuh ke tangan orang
yang tidak bertanggungjawab.

(iv) Membina Pangkalan Data Menggunakan Perisian yang Stabil dan


Selamat
Perisian yang biasa digunakan atau mudah didapati di pasaran
terdedah kepada risiko mudah digodam. Selain itu, perisian yang
dibina atas aspek keselamatan yang rendah begitu mudah diceroboh.
Oleh itu pentadbir data perlu memilih perisian yang mempunyai
aspek keselamatan yang tinggi. Sebagai contoh, perisian jenama
ORACLE adalah antara perisian pangkalan data terbaik.

Rajah 1.23: Perisian pangkalan data Oracle


Sumber: http://www.foldersgalore.com/Resources/galroracle.jpeg

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

AKTIVITI 1.5
Sekiranya anda ingin menggunakan kod kata laluan dalam kehidupan
seharian anda, apakah jenis-jenis penggunan yang anda rasa perlu
dalam kehidupan anda?

(c) Membuat Salinan Data


Data yang disimpan di dalam cakera keras perlu dibuat salinan ke dalam
storan sekunder yang lain bagi mengelakkan data menjadi rosak,
dimanupulasi atau hilang. Menyimpan data secara tetap merupakan
jaminan terbaik bagi mengelak kehilangan data. Langkah-langkah berikut
perlu difikirkan dalam menyimpan data:
(i) Gunakan perisian dan cara yang sesuai ketika operasi menyimpan
dan menyalin. Data boleh disalin secara manual, menggunakan
aplikasi Windows atau menggunakan perisian ketiga. Menyimpan
secara manual digunakan bagi menyalin data semasa, data yang
kerap berubah dan mudah dipindahkan. Jika melibatkan data khas
(mesej e-mel, ketetapan sistem, registry) penggunaan aplikasi
Windows atau perisian ketiga agak sesuai.
(ii) Pemilihan peranti dalam operasi penyimpanan data amat penting.
Terdapat pelbagai peranti dan media yang boleh digunakan. Antara
faktor yang harus difikirkan dalam memilih peranti atau media ialah:
Ć Keupayaan peranti menyimpan data;
Ć Saiz fizikal peranti atau media;
Ć Harga peranti; dan
Ć Selain daripada menyimpan data, terdapat juga aplikasi lain
contohnya seperti permainan MP3, kamera dan jam.
(iii) Simpan secara berkala, memandangkan data sentiasa berubah.
Perancangan secara berjadual amat perlu bagi menyimpan data.

1.3.3 Virus
Virus komputer dicipta oleh pengaturcara komputer yang cukup mahir. Virus
ialah aturcara komputer yang ditulis untuk merosak perisian dan perkakasan
komputer. Virus pertama dikesan pada tahun 1986. Virus boleh berjangkit dari
satu komputer ke satu komputer. Virus boleh menyebabkan fail sistem dan fail
data mengalami kerosakan, tidak boleh dibaca atau boleh membawa kepada
kehilangan data. Sebagai contoh, virus Navidad akan merosakkan registry pada
Windows. Kesannya semua fail sambungan .exe tidak akan dapat dijalankan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT  35

Cecacing mampu melumpuhkan pelayan-pelayan utama yang menyebabkan


kesesakan dalam sistem rangkaian.

(a) Punca Serangan Virus


Bagi mengelak komputer mendapat virus, punca serangan virus perlu
dikenal pasti.

Jadual 1.6: Empat Punca Serangan Virus

Punca Keterangan
E-mel E-mel merupakan perantara serangan virus paling utama.
Fail-fail sisipan yang dihantar melalui e-mel kadang-kadang
mengandungi virus. Sebaik fail sisipan yang mengandungi
virus ini dibuka, virus akan merebak ke dalam komputer.
Terdapat juga virus yang memasuki alamat yang disimpan
di dalam buku alamat di e-mel. Virus ini akan menghantar
e-mel yang mengandungi virus dalam fail sisipan ke alamat
yang terdapat dalam buku alamat.
Cakera padat, pen drive Biasanya virus jenis makro terdapat dalam fail hamparan
dan storan sekunder data. Bila fail ini dibuka daripada storan fail, virus ini akan
mudah alih merosakkan fail-fail yang lain termasuk fail sistem.

Perisian program atau Internet biasanya merupakan salah satu sumber untuk
bahan yang dimuat memperoleh pelbagai jenis perisian. Internet juga biasanya
turun dari Internet digunakan untuk mencari bahan atau maklumat. Virus juga
boleh bersembunyi dalam perisian atau fail yang dimuat
turun dari Internet.
Selitan mesej Fail dalam bentuk iklan atau mesej-mesej yang ganjil juga
kemungkinan membawa virus.

(b) Tanda-tanda Serangan Virus


 Perjalanan sistem komputer menjadi perlahan serta memori merosot
secara tiba-tiba.
 Kandungan dalam cakera keras berubah walaupun tiada program yang
dipasang atau fail yang disimpan.
 Tugas-tugas sistem operasi dan program sukar dijalankan. Paparan
mesej kesilapan (error message) atau amaran kehilangan fail program
dalam sistem sering berlaku.
 Merosakkan File Allocation Table (FAT) dan boot sector. FAT yang
rosak menyebabkan fail dalam cakera keras tidak dapat baca atau

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

dikesan. Kegagalan sector boot berfungsi menyebabkan sistem


komputer tidak boleh dimulakan.
 Terdapat fail tersembunyi atau hidden file yang sama dan sentiasa
memenuhi ruang.
 Mesej yang dipaparkan agak ganjil. Contohnya, tanda wujudnya virus
Navidad pada komputer ialah ikon mata di sebelah bawah skrin. Bila
tetikus melalui ikon ini muncul teks "Lo estamos mirando".
 Terdapat laman web yang disekat daripada dilayari biarpun tiada
arahan sekatan laman web dilakukan.
 Format atau label fail yang disimpan terubah.
 Fail-fail data atau program hilang.
 Kandungan dan kod fail berubah menyebabkannya rosak dan tidak
dapat digunakan.
 Sektor rosak terbentuk pada cakera keras. Kesannya menyebabkan data
hilang atau gagal dicapai.

(c) Cara-cara Mengelak Serangan Virus


Ć Sentiasa mengemas kini, mengimbas dan memantau laluan masuk dan
keluar dari rangkaian.
Ć Sentiasa mengemaskini, mengimbas dan memantau aplikasi yang
berkaitan dengan Internet terutamanya e-mel.
Ć Memasang dan sentiasa mengemaskini program anti virus. Perisian anti
virus perlu dipasang bagi membolehkan pengesanan dan pencegahan
virus.
Ć Elakkan membuka e-mel yang tidak diketahui sumbernya atau diragui
kandunganya. Sisipan e-mel perlu diimbas oleh perisian anti virus
sebelum membukanya.
Ć Sentiasa mengimbas cakera keras mengikut jadual.
Ć Muat turun fail dari Internet yang mempunyai sumber keselamatan
yang tinggi. Jangan muat turun fail-fail lucah yang mempunyai sumber
keselamatan yang rendah.
Ć Elakkan menggunakan cakera mudah alih orang lain atau komputer
awam.
Ć Buat bacaan mengenai info terkini tentang virus dan cara pencegahan
terkini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT  37

AKTIVITI 1.6
1. Pada pendangan anda, bagaimanakah sesuatu virus itu
mengakibatkan kemusnahan di komputer pengguna dan
siapakah menyebarkan virus tersebut?
2. Apakah persamaan yang anda rasa boleh berlaku antara virus yang
menyerang manusia dengan virus yang menyerang komputer?

 Topik ini memberi pengenalan kapada teknologi maklumat di mana sejarah


teknologi maklumat dicakupi dan penggunaan teknologi maklumat dalam
kehidupan seharian terutamanya dalam kehidupan sebagai pendidik
dibincangkan. Koridor Raya Multimedia, yang merupakan mercu tanda
kejayaan Malaysia dalam teknologi maklumat dan komunikasi, turut
dibincangkan dalam topik ini.

 Topik ini juga membincangkan sistem komputer dan perkakasan yang selalu
digunakan. Penggunaan teknologi maklumat tidak dapat lari daripada
menghadapi masalah serangan virus dan penyalahgunaan data.

 Dalam topik ini, cara menguruskan dan menyenggara komputer dengan baik
turut dibincangkan bagi mengelakkan ancaman virus dan penyalahgunaan data.

Analitikal Enjin Fortran


AVR Gigahertz
Bios RAM
Centrino ROM
COBOL S.M.A.R.T
CAE Sistem Binari
CAD SP
CAM UPS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

IT Subjek Teras di Sekolah. (2002, Julai 2). Berita Harian, muka depan..
Jalur Lebar di Malaysia. Bilakah Riak akan Menjadi Gelombang. (2002, June 20).
Utusan Malaysia, Megabait ms 4.
Jurang Digital aspirasi wujudkan masyarakat maklumat mungkin gagal. (2002,
Disember 28). Utusan Malaysia, Megabait ms 4.
Mohamad Izzat Ridwan. (2002, September). Merebut Bantuan Kewangan dalam
perniagaan ICT. Majalah PC, 56-57.
Mohamad Izzat Ridwan. (2002, September). Mendefinisi dan merapatkan jurang
digital. Majalah PC, 58-59.
Mohamad Sabri Idris. (2002, Ogos 23). Kerajaan diminta elak ICT jadi industri
monopoli. Berita Harian, ms 11.
Mohd Ridzwan Md Iman. (2003, Januari 2). ICT 2003 di mana kita. Utusan
Malaysia, Megabait ms 4.
Mohd. Ridzwan bin Haji Hashim. (1992). Pengajaran Berbantukan Komputer.
Wawasan September.
Nor Liza Ahmad, (2001, Disember 3). Profesional IT Meningkat 11 peratus
setahun. Berita Harian, ms 16.
Shaifol Bahary Sulaiman. (2004). Teknologi maklumat untuk institusi perguruan.
Kuala Lumpur: Federal Publication.
Syuhada Choo Abdullah. Sekolah Bestari Kelolan TSS mula beroperasi. (2003,
Januari 7). Berita Harian, Pendidikan ms. 8.
Zorani Wati Abas. (1993). Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
Zorani Wati Abas. (1994). Pengenalan kepada komputer. Kuala Lumpur: Federal
Publications.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pemprosesan
2 Perkataan

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan fungsi setiap menu bar dalam Microsoft Word;
2. Mengubah suai huruf dalam dokumen semasa pengeditan; dan
3. Menghasilkan satu dokumen dengan menggunakan perisian
Microsoft Word.

 PENGENALAN
Di dalam topik ini, anda akan diperkenalkan dengan perisian pemprosesan
perkataan. Ini merujuk kepada perisian yang digunakan untuk membina,
mengolah, menyusun dan membentuk teks serta menyimpan dan mencetak
dokumen. Antara perisian pemprosesan perkataan (word processing)
termasuklah Microsoft Word, Word Star, Word Perfect dan Chiwriter. Perisian
Microsoft Word dari Microsoft Corporation menggunakan antara muka
pengguna grafik (graphic user interface atau GUI). Dengan antara muka tersebut,
penggunaan komputer menjadi lebih mudah dan mesra pengguna.

Perisian pemprosesan perkataan mempunyai pelbagai kelebihan semasa


menyediakan dokumen, termasuklah:
(a) Reka letak dan susun atur dokumen yang lebih menarik;
(b) Mencari teks untuk disunting;
(c) Memotong, menyalin dan memindahkan teks;
(d) Sistem penyimpanan dokumen yang lebih selamat;
(e) Membina Header (kepala dokumen) dan Footer (nota kaki);

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN

(f) Membina jadual dan indeks;


(g) Memeriksa ejaan dan tatabahasa;
(h) Menggunakan tesaurus dalam bahasa Inggeris;
(i) Gabung jalin antara imej dan teks;
(j) Menyelit grafik dan objek;
(k) Membina surat yang boleh digabungkan dengan senarai alamat;
(l) Memformat dokumen secara automatik daripada galeri format; dan
(m) Prebiu dokumen sebelum dicetak.

2.1 ASAS PEMPROSESAN PERKATAAN


Micosoft Word merupakan sebuah pakej perisian pemproses perkataan yang
lengkap dengan kemudahan dalam menghasilkan elemen-elemen teks yang
berkualiti. Perisian ini juga membenarkan elemen-elemen sokongan lain
diintegrasikan bersamanya. Microsoft Word menggabungkan pelbagai
kemudahan penyuntingan, penetapan reka letak, percetakan dan penyebaran
yang menyeluruh serta mudah digunakan.

Perisian Microsoft Word boleh dibuka menerusi ikon Start yang berada di bucu
kiri bawah skrin. Arahan berikut dapat diikuti untuk membuka perisian tersebut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN  41

Rajah 2.1: Membuka perisian Microsoft Word

AKTIVITI 2.1

Berdasarkan pengetahuan anda, adakah terdapat perisian-perisian lain


bagi tujuan pemprosesan perkataan selain daripada perisian Word?

2.1.1 Reka Letak Halaman


Setelah perisian Microsoft Word dibuka, paparan berikut akan tertera di skrin
komputer dan beberapa menu utama akan menjadi panduan dan kemudahan
untuk kerja pemprosesan perkataan seterusnya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
42  TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN

Rajah 2.2: Antara muka

Muka perisian Microsoft Word dikategorikan kepada beberapa bahagian utama


ă Title Bar (bar tajuk), Menu bar (bar menu), Status bar (bar status), Language bar
(bar bahasa), Toolbar (bar alat), Task pane (tetingkap kerja) dan sebagainya.

Rajah 2.3 Menu Bar

Dari Menu bar pula, terdapat sembilan pilihan arahan di bar menu bagi
Microsoft Word iaitu File, Edit, View, Insert, Format, Tools, Table, Window dan
Help. Setiap pilihan mempunyai fungsi tersendiri.

(a) Menu File


Ia mengandungi semua arahan yang berkaitan dengan pengurusan fail atau
dokumen yang dibina seperti membuka fail baru, membuka dan menutup
fail, menyimpan fail baru dan lama, memapar dan mencetak kandungan
fail atau dokumen.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN  43

Rajah 2.4: Menu File Rajah 2.5: Menu Edit

(b) Menu Edit


Ia mengandungi semua arahan berkaitan proses penyuntingan fail seperti
menyalin, menampal bahagian teks, mencari perkataan tertentu dalam fail
dan sebagainya.

(c) Menu View


Ia mengandungi semua arahan berkaitan rupa bentuk paparan fail atau
dokumen di skrin. Ia juga berkaitan dengan penentuan rupa bentuk
paparan antara muka Microsoft Word.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN

Rajah 2.6: Menu View Rajah 2.7: Menu Insert

(d) Menu Insert


Ia mengandungi semua arahan berkaitan proses penambahan elemen
dalam satu fail atau dokumen yang telah dibina. Anda boleh menambah
medan, simbol, imej dan sebagainya. Pelbagai bentuk dokumen yang lebih
menarik dapat dihasilkan.

(e) Menu Format


Ia mengandungi semua arahan berkaitan proses pengubahsuaian teks yang
ditaip di dalam fail atau dokumen seperti jenis dan ketebalan teks, jarak
langkau dan sebagainya. Pengguna boleh mengubahsuai orientasi dan
spesifikasi teks yang dihasilkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN  45

Rajah 2.8: Menu Format Rajah 2.9: Menu Tools

(f) Menu Tools


Ia mengandungi semua arahan berkaitan proses penyemakan setiap teks
yang ditaip seperti penyemakan ejaan dan tatabahasa dalam bahasa
Inggeris dan sebagainya.

(g) Menu Table


Menu yang mengandungi semua arahan yang berkaitan membina dan
mengubah suai jadual (Table) di dalam Microsoft Word.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN

Rajah 2.10: Menu Table Rajah 2.11: Menu Window

(h) Menu Window


Menu ini mengandungi semua arahan berkaitan paparan fail atau
dokumen di skrin. Ia memaparkan senarai fail yang sedang dibuka atau
dibina dan memberi kemudahan untuk pergi ke fail tersebut.

(i) Menu Help


Menu yang mengandungi semua arahan yang berkaitan kemudahan
bantuan yang disediakan. Sebarang keterangan ringkas boleh diperoleh
dengan pantas.

Rajah 2.12: Menu Help

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN  47

(j) Butang Menu/Ikon


Microsoft Word juga menyediakan butang-butang khas atau ikon untuk
memudahkan kerja-kerja pemprosesan perkataan. Segala arahan di menu
bar dapat dilaksanakan dengan hanya satu klik sahaja pada butang-butang
tersebut. Antara ikon yang terdapat dalam Microsoft Word adalah seperti
berikut:

Rajah 2.13: Butang Menu/Ikon

AKTIVITI 2.2
Setelah anda menggunakan perisian Word ini, apakah pandangan
peribadi anda tentang perisian tersebut? Adakah perisian ini mesra
pengguna atau adakah anda rasakan perisian ini boleh dipertingkatkan
lagi berdasarkan kepada ciri-ciri yang anda kehendaki?

2.1.2 Membina Dokumen Baru dalam Microsoft Word


(a) Buka perisian Microsoft Word.

(b) Pilih Blank Document di bawah kategori arahan New


pada tetingkap Task Pane atau klik arahan File>New
pada bar menu.

(c) Penghasilan dokumen baru juga boleh dilaksanakan menerusi ikon New
Blank Document pada Standard Toolbar.

(d) Sekarang anda boleh mula menaip teks ke dalam ruang kerja yang
disediakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN

Rajah 2.14: Mula menaip

2.1.3 Membuka Dokumen yang Telah Tersedia


Apabila anda hendak melihat atau menyemak dokumen yang sudah disimpan,
anda mestilah membuka dokumen terlebih dahulu.

 Klik ikon Open


 Klik dua kali (dwi klik) tajuk fail yang diperlukan. Fail tersebut akan terbuka.

(a) Jidar (Margins)

Jidar di dalam Microsoft Word boleh diubah mengikut kesesuaian


penggunaan. Jidar boleh dilaraskan mengikut saiz kertas dan keperluan
penggunaan.

(i) Pengubahsuaian dilakukan dengan klik pada arahan File>Page Setup


di bar menu.
(ii) Satu kotak dialog Page Setup (Rajah 2.15) akan dipaparkan. Menerusi
kotak tersebut, anda boleh mengubah suai saiz jidar (margins) dan
orientasi fail atau dokumen.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN  49

Rajah 2.15: Kotak Dialog Page Setup

(iii) Jidar sesebuah fail biasanya terbahagi empat bahagian utama iaitu
atas (Top), bawah (Bottom), kiri (Left) dan kanan (Right).
(iv) Untuk menambah saiz jidar, klik pada anak panah ke atas beberapa
kali dan untuk mengurangkan saiz. Klik pada anak panah ke bawah
sehingga pada nilai yang dikehendaki.
(v) Anda juga boleh menentukan orientasi dokumen yang ingin
dihasilkan sama ada Portrait atau Landscape.
(vi) Pilihan orientasi portrait akan menyebabkan dokumen yang terhasil
dalam bentuk menegak, manakala orientasi landscape akan
menyebabkan dokumen anda berada melintang.
(vii) Microsoft Word juga membenarkan penukaran format kertas dengan
arahan Paper di dalam kotak dialog Page Setup.

Rajah 2.16: Orientasi dokumen dan format kertas

(viii) Pengubahsuaian jidar boleh diabaikan dan kembali kepada nilai asal
dan dengan klik butang Default, saiz jidar dan orientasi asal akan
ditetapkan semula.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN

(b) Justifikasi
(i) Microsoft Word membenarkan anda meminda atau mengubahsuai
spesifikasi teks yang dihasilkan daripada pelbagai justifikasi sama
ada di tengah (Center), tepi kanan, tepi kiri atau tersusun selari
(Justify).
(ii) Ini dapat dilakukan dengan arahan Alignment atau susun atur teks.

Rajah 2.17: Beberapa ikon untuk mengubah suai spesifikasi teks

(iii) Align Left akan menjadikan semua perkataan yang ditaip tersusun
selari di sebelah kiri.
(iv) Arahan Center menjadikan teks yang ditaip tersusun di tengah skrin.
(v) Align Right pula akan menjadikan teks yang ditaip tersusun selari di
sebelah kanan.
(vi) Arahan Justify pula akan menjadikan teks yang ditaip tersusun selari
di kedua-dua sisi.

SEMAK KENDIRI 2.1

Mengapa jidar dan justifikasi perlu ditetapkan dalam merancang


penulisan menggunakan perisian pemproses perkataan?

2.1.4 Mengedit Dokumen


Membina dokumen hanyalah permulaan kerja dalam pemprosesan perkataan.
Selepas membina dokumen, anda biasanya akan menyemak dokumen itu
beberapa kali. Semasa anda menukar rupa bentuk teks, maklumat juga boleh
dipadam, disusun semula dan disalin bila membuat penyemakan. Bila anda
menggunakan sebahagian daripada teks berulangkali, anda boleh mengarahkan
Microsoft Word membuat kerja untuk anda dengan menambah di menu
AutoCorrect.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN  51

(a) Memindahkan Teks


(i) Pilih teks, „Di bawa orang mudik ke hulu,‰

Pokok semalu tumbuh melata,


Dibawa orang mudik ke hulu,
Fikir dahulu sebelum berkata,
Agar tidak mendapat malu.

(ii) Klik ikon Cut

(iii) Klik kursor selepas baris „Agar tidak mendapat malu‰

(iv) Klik ikon Paste

Pokok semalu tumbuh melata,

Fikir dahulu sebelum berkata,


Agar tidak mendapat malu.
Dibawa orang mudik ke hulu,

Bila anda klik butang Cut, teks akan dipadam dan disimpan di dalam
memori yang dipanggil Clipboard. Apabila anda memadamkan teks dengan
menggunakan kekunci [Delete], teks tidak akan disimpan di dalam
Clipboard dan anda tidak boleh menampalnya di tempat lain.

(v) Untuk kembali kepada keadaan sebelum proses potong dan tampal,
anda hanya perlu pergi ke menu Edit > Undo sebanyak dua kali atau
klik butang Undo.

(b) Menyalin Teks


(i) Pilih teks „Indah bersinar intan permata,‰ seperti di rajah seterusnya:

Indah bersinar intan permata,


Nampak berseri kilau cahaya,
Bercakap benar amalan kita,
Itulah tanda orang mulia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN

(ii) Klik ikon Copy . Teks akan disalin ke dalam Clipboard.

(iii) Letakkan kursor selepas baris „Itulah tanda orang mulia‰.

(iv) Klik ikon Paste

Indah bersinar intan permata,


Nampak berseri kilau cahaya,
Bercakap benar amalan kita,
Itulah tanda orang mulia.
Indah bersinar intan permata,

(c) Memadamkan Teks


(i) Pilih teks „Indah bersinar intan permata,‰ di baris kelima rangkap kedua.

Indah bersinar intan permata,


Nampak berseri kilau cahaya,
Bercakap benar amalan kita,
Itulah tanda orang mulia.
Indah bersinar intan permata,

(ii) Tekan kekunci [Delete]. Anda akan dapati teks tersebut terpadam.

Indah bersinar intan permata,


Nampak berseri kilau cahaya,
Bercakap benar amalan kita,
Itulah tanda orang mulia.

SEMAK KENDIRI 2.2


Terangkan perbezaan antara arahan „Copy and Paste‰ dan „Cut and
Paste‰.

(d) Menyimpan Dokumen


Jika anda ingin menyimpan dokumen untuk masa yang tertentu, anda
boleh menyimpannya di dalam disket. Bila menyimpan dokumen, anda
hendaklah tentukan nama dan lokasi di mana dokumen tersebut akan
disimpan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN  53

(i) Menyimpan Fail Baru


Untuk menyimpan dokumen yang telah ditaip, gunakan arahan
File>Save atau menerusi ikon Save dan taipkan nama fail dan lokasi
penyimpanan tersebut.

Ć Klik ikon Save tersebut, dan Rajah 2.18 di bawah akan


terkeluar.

Rajah 2.18: Kotak Diolog Save As

Ć Taip „Pantun Nasihat‰ dalam kotak teks File name.


Ć Klik anak panah ke bawah di dalam kotak Save in dan pilih
pemacu A (atau pemacu dan folder yang ingin disimpan
dokumen)

(ii) Menyimpan Fail Sedia Ada


Ć Tekan kekunci [Enter] dua kali dan taipkan nama ringkas anda
untuk menunjukkan anda sebagai jurutaip kepada dokumen
tersebut.

Ć Klik Save . Kotak dialog Save As tidak akan muncul. Fail


akan disimpan dengan nama dan lokasi yang sama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN

SEMAK KENDIRI 2.3

1. Terangkan dua cara menyimpan fail yang dibina menggunakan


perisian pemproses perkataan.
2. Seperti mana anda menyimpan wang anda di dalam bank untuk
tujuan tertentu, apakah jenis-jenis alat peranti lain yang anda
ketahui untuk membolehkan anda menyimpan dokumen
berbentuk digital ini? Senaraikan.
3. Senaraikan pilihan arahan yang terdapat di Menu bar. Pilih tiga
dan huraikan kepentingannya.

2.2 PENYOKONG PEMBACAAN

2.2.1 Mengubah Suai Spesifikasi Teks


(a) Muka Taip, Saiz dan Kumpulan Font
Selain daripada membolehkan anda menghasilkan teks, Microsoft Word
membenarkan anda meminda atau mengubah suai spesifikasi teks yang
dihasilkan daripada pelbagai aspek seperti jenis font, saiz font, warna, stail
dan sebagainya.

Pengubahsuaian terhadap huruf boleh dilakukan dengan mudah di bar


menu Format. Arahannya adalah pada bar Menu > Format > Font. Satu
kotak dialog akan terpapar seperti berikut:

Rajah 2.19: Kotak Dialog Font dengan Submenu Font

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN  55

Anda juga boleh membuat pengubahsuaian huruf dengan butang ikon


yang telah disediakan.

(b) Memilih Teks untuk Menukar Bentuk


(i) Pilih teks terlebih dahulu sebelum melakukan penyemakan seperti
menyalin teks atau menukar saiz teks.
(ii) Teks yang dipilih hendaklah ditandakan (highlighted).
Kebiasaannya cara yang paling mudah untuk memilih teks ialah
dengan mengheret kursor tetikus kepada teks.

(c) Menukar Bentuk Teks


(i) Pilih dan tandakan perkataan „PANTUN NASIHAT‰.
(ii) Klik butang Bold dan tekan anak panah ke kiri untuk membatal
pilihan pada teks.
(iii) Pilih perkataan „PANTUN NASIHAT„ sekali lagi dan klik iaitu
butang Underline. Perkataan „PANTUN NASIHAT‰ akan menjadi
lebih hitam dan digariskan.
(iv) Klik butang Underline sekali lagi. Garisan akan hilang.
(v) Klik butang Italic dan tekan anak panah kekiri untuk
membatalkan pilihan teks.

(vi) Perkataan „PANTUN NASIHAT „ menjadi lebih hitam dan condong.

(vii) Pilih perkataan „PANTUN NASIHAT„ dan tekan kekunci [Ctrl] dan
[I] serentak. Perkataan tersebut akan menjadi lebih gelap atau Bold
sahaja.

PANTUN NASIHAT

Pokok semalu tumbuh melata,


Dibawa orang mudik ke hulu
Fikir dahulu sebelum berkata,
Agar tidak mendapat malu.

(d) Saiz Huruf


(i) Tandakan seluruh dokumen.
(ii) Klik anak panah ke bawah pada Font size.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN

Rajah 2.20: Submenu penukaran saiz huruf

(iii) Pilih 12.


(iv) Klik anak panah ke bawah pada Font. Anda boleh memilih jenis huruf
yang diperlukan.

Rajah 2.21: Submenu penukaran jenis huruf

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN  57

2.2.2 Header dan Footer, Gaya dan Kerangka


(a) Header dan Footer
Kemudahan Header (kepala dokumen) dan Footer (nota kaki) sesuai
digunakan untuk menjadikan fail anda kelihatan lebih formal dan
berformat serta kemas. Di samping itu, ia mengandungi elemen yang
mampu memberi sokongan kepada keterampilan sesebuah dokumen.
(i) Buka dokumen yang hendak ditambah Header dan Footer.
(ii) Gunakan arahan View > Header and Footer di bar menu.
(iii) Satu skrin akan dipaparkan dan anda boleh memasukkan teks untuk
Header atau Footer.

Rajah 2.22: Header dan Footer


(iv) Header yang ditaip juga boleh diubah suai dari segi jenis tulisan, saiz
dan susun atur dokumen.
(v) Untuk menutup ruangan Header and Footer, klik butang Close

.
(vi) Untuk melihat keseluruhan fail yang telah diletakkan Header and
Footer, laksanakan arahan File > Print Preview di bar menu.

Rajah 2.23: Prebiu cetakan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN

(b) Ketepatan Ejaan dan Maksud Perkataan (Kamus)


Microsoft Word menyediakan kemudahan untuk memeriksa ketepatan teks
yang dibina betul dari segi tatabahasa (grammar) dan ejaan (spelling).

Rajah 2.24: Kotak dialog Spelling and Grammar

Microsoft Word juga menyediakan kemudahan tesaurus yang boleh


digunakan untuk mencari perkataan lain yang sama maksud dengannya.

Rajah 2.25: Kotak dialog Thesaurus

Walau bagaimanapun segala kemudahan ini boleh dilaksanakan dalam


bahasa Inggeris sahaja, manakala untuk penyemakan bahasa Melayu, anda
boleh menggunakan aplikasi Dewan Eja yang diterbitkan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN  59

SEMAK KENDIRI 2.4

1. Cuba anda klik ikon Tools>Auto Correct dan lihat fungsi-fungsi


kemudahan itu. Adakah ia berguna untuk membantu anda?
2. Apakah kegunaan Header dan Footer dalam menulis
menggunakan perisian pemproses perkataan dan terangkan cara
untuk mendapatkannya.
3. Anda dikehendaki membina sebuah fail menggunakan perisian
pemproses perkataan. Tuliskan satu contoh bahan pembelajaran
berdasarkan format berikut:
Ć Justifikasi tersusun selari (justify).
Ć Huruf Arial : Saiz 11 : Italic
Ć Huruf Tajuk Times New Roman : Saiz 14 : Bold : Underline

2.3 JENIS FORMATAN DAN GRAFIK


Ada pelbagai jenis formatan seperti berikut:

2.3.1 Jadual
Jadual merupakan alat serba guna untuk mempersembahkan data dengan
format yang mudah dibaca. Selalunya jadual digunakan menggantikan Tab yang
juga boleh mempersembahkan maklumat dalam bentuk lajur.

Microsoft Word membenarkan anda membina jadual di dalam dokumennya


menerusi kemudahan Table>Insert>Table di Menu bar. Anda diberi peluang
menetapkan bilangan lajur dan baris yang dikehendaki. Tempat pertemuan
antara lajur dan baris dipanggil sel (Cell).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN

Rajah 2.26: Kotak dialog Insert table

(i) Taipkan bilangan lajur (column) dan baris (row) dan anda boleh
mengubah suai pilihan lain di tetingkap tersebut.
(ii) Setelah sesuai pilihan anda, klik OK di kotak dialog Insert Table dan
satu jadual yang mempunyai bilangan lajur dan baris yang dipilih
akan terpapar di skrin.
(iii) Kemudian anda boleh mula menaip teks yang dikehendaki ke dalam
jadual tersebut.
(iv) Pembinaan jadual juga boleh dilaksanakan menerusi penggunaan
ikon Insert Table di Standard Toolbar .
(v) Klik ikon tersebut, bawa tetikus bergerak ke dalam petak yang
dipaparkan dan klik pada petak terakhir yang dipilih.

(a) Memasukkan Data


(i) Klik sel pertama di dalam jadual kosong. Kursor akan berkelip di
dalam sel pertama.
(ii) Taipkan „Bilangan‰ dan tekan kekunci [Tab]. Teks akan wujud di
dalam sel dan kursor akan berpindah ke sel berikutnya.
(iii) Taipkan „Nama‰ dan tekan [Tab]. Teks akan wujud di dalam sel dan
kursor akan berpindah ke sel berikutnya.
(iv) Taipkan „No. Kad Pengenalan‰ dan tekan [Tab]. Teks akan wujud di
dalam sel dan kursor akan berpindah ke sel berikutnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN  61

(v) Taipkan „Negeri Asal‰ dan tekan [Tab]. Teks akan wujud di dalam sel
dan kursor akan berpindah ke sel berikutnya.
(vi) Masukkan data rakan-rakan anda ke dalam jadual yang telah dibina.

Bilangan Nama No. Matrik Negeri Asal

Maklumat Pelajar
Rajah 2.27: Jadual maklumat pelajar

(b) Memasukkan dan Memadam Baris dan Lajur dalam Jadual


(i) Selepas membina jadual, anda mungkin ingin menambah lajur atau
baris untuk memasukkan data tambahan. Anda juga mungkin ingin
memadamkan baris dan lajur yang tidak digunakan. Bila anda
memadamkan baris atau lajur, semua data dalam sel akan turut
terpadam.
(ii) Untuk memadam atau memasukkan baris atau lajur, anda mestilah
memilihnya terlebih dahulu.
(iii) Baris yang ingin ditambah akan muncul di atas baris yang dipilih.
(iv) Lajur yang ingin ditambah akan muncul di sebelah kiri lajur yang
dipilih.

(c) Menyelit dan Memadam Baris atau Lajur


(i) Klik di dalam mana-mana sel di bawah tajuk-tajuk dalam Jadual
Maklumat Pelajar. Kursor berkelip di dalam sel.
(ii) Pilih Table, Insert Row. Baris baru akan muncul.
(iii) Klik di dalam sel akhir pada baris akhir jadual. Kursor berkelip di
dalam sel.
(iv) Tekan kekunci [Tab]. Baris baru akan ditambah pada hujung jadual.
(v) Pilih lajur kedua pada Jadual Maklumat Pelajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN

Maklumat pelajar
Rajah 2.28: Menyelit dan memadam

(vi) Pilih Table, Insert Columns. Lajur baru akan muncul pada sebelah kiri
lajur yang dipilih.
(vii) Masukkan tajuk „Jantina‰ pada lajur baru.
(viii) Pilih baris terakhir dalam Jadual Maklumat Pelajar.

Maklumat Pelajar
Rajah 2.29: Memadam barisan terakhir

(ix) Pilih Table, Delete Row. Baris akan terpadam.


(x) Pilih lajur kedua pada jadual Maklumat Pelajar (Rajah 2.28).
(xi) Pilih Table, Delete Columns. Lajur kedua akan terpadam.

SEMAK KENDIRI 2.5

Anda hendak membina sebuah jadual untuk kegunaan pengajaran dan


pembelajaran. Terangkan bagaimana anda membina jadual tersebut
dengan perisian pemproses perkataan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN  63

2.3.2 Memformat Perenggan, Indent


Semua baris disusun mengikut margin kiri, single space dan tidak ada spacing
sebelum atau selepasnya.

Dengan memformat perenggan, anda boleh inden baris pertama, inden semua
baris di dalam perenggan pada sebelah kiri atau kanan, menukar line spacing
dan menambah spacing sebelum atau selepas perenggan.

(a) Inden Baris Pertama dalam Perenggan dan Menambah Spacing


(i) Klik mana-mana tempat di dalam perenggan.
(ii) Pilih Format.
(iii) Pilih perenggan dan klik Indents dan Spacing Tab jika perlu.

(iv) Klik OK . Kotak dialog tertutup.

2.3.3 Membina dan Mengimport Grafik


Microsoft Word menyediakan pelbagai kemudahan yang membolehkan anda
memasukkan elemen grafik atau imej ke dalam sesebuah dokumen, sama ada
yang telah tersedia (Clip Art) atau yang diimport dari luar fail.

(a) Memasukkan dan Memanipulasikan Grafik


Perisian Word lebih menarik dengan adanya grafik. Word menyediakan
grafik dalam Clip Gallery yang dipanggil ClipArt.

Rajah 2.30: Memasukkan gambar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN

(i) Pilih Insert, Picture.


(ii) Pilih Clip Art, pilih OK . Jika Clip Art tambahan ada di
dalam CD-ROM, mesej akan wujud dan klik Tab pada muka Clip Art
jika perlu.
(iii) Pilih dan klik Academic, untuk memilih kategori yang dikehendaki.

Rajah 2.31: Clip gallery

(iv) Pilih grafik guru sedang mengajar dan klik Insert.

AKTIVITI 2.3

1. Sekiranya anda seorang pendidik, anda tentu berusaha untuk


mempelbagaikan kaedah pengajaran anda, antaranya ialah
melalui penggunaan imej-imej grafik untuk tujuan membantu
pengajaran anda. Pada pendapat anda, adakah Microsoft Word
dapat mempelbagaikan cara anda mengajar atau terdapat
pendekatan lain yang boleh anda lakukan?
2. Setelah anda memahami kaedah memanipulasikan grafik, cuba
anda buat satu laporan mengenai aktiviti Kelab Kegiatan Luar
dan Alam Sekitar di sekolah anda dengan memasukkan gambar
semasa aktiviti gotong-royong dijalankan. Selamat mencuba.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN  65

2.3.4 Mencetak Dokumen


Ć Anda boleh mencetak dokumen daripada tetingkap Print Preview atau
Tetingkap Document.
Ć Bila menekan butang Print, satu salinan lengkap dokumen akan dicetak.

Jika anda ingin mencetak hanya sebahagian daripada dokumen atau lebih
daripada satu salinan, anda boleh gunakan arahan Print daripada Menu File.

(a) Mencetak Dokumen


(i) Pilih File daripada bar menu.
(ii) Klik Print, atau .

Muka
surat yang Jumlah
hendak di Salinan
cetak

Rajah 2.32: Kotak dialog Print untuk mencetak dokumen

(iii) Klik OK .

2.3.5 Keluar dari Perisian Microsoft Word


(a) Untuk keluar dari perisian Microsoft Word gunakan arahan File>Exit.

(b) Pastikan dokumen yang telah ditaip atau diubah suai disimpan terlebih
dahulu. Kotak dialog berikut akan keluar untuk memberi pilihan kepada
anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN

Rajah 2.33: Kotak dialog Save Changes

(c) Klik Yes untuk menyimpan pengubahsuaian atau No untuk tidak


menyimpan sebelum keluar dari perisian Microsoft Word.

SEMAK KENDIRI 2.6

1. Terangkan kaedah yang anda gunakan untuk mengimport grafik


ke dalam jadual yang terbina.
2. Nyatakan lima kelebihan menggunakan perisian pemproses
perkataan berbanding cara konvensional.
3. Sebagai seorang guru, penggunaan pemproses perkataan sangat
berguna untuk pengajaran dan pembelajaran. Berikan contoh
penggunaan tersebut.
4. Mengapa perlu memilih teks yang sesuai semasa menulis
menggunakan pemproses perkataan terutama dalam membina
bahan pengajaran?
5. Apakah jenis format grafik yang boleh diterima oleh perisian
pemproses perkataan khususnya Microsoft Word?

 Topik ini telah membincangkan mengenai pemprosesan perkataan dengan


menggunakan perisian Microsoft Word secara asas termasuk reka letak
halaman, jidar dan justifikasi, penyokong pembacaan serta jenis formatan
dan grafik.

 Topik seterusnya akan membincangkan beberapa perkara tambahan


penggunaan Microsoft Word dalam memproses kata termasuk cantuman mel
dan penerbitan meja. Diharapkan anda mencuba dahulu Microsoft Word asas
ini sebelum meneruskan lanjutan ke topik seterusnya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 PEMPROSESAN PERKATAAN  67

Baris Imej
Format Kursor
Grafik Lajur
Ikon Perisian

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Fitur (Feature)
3 Lanjutan
Memproses
Perkataan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan konsep asas cantuman mel;
2. Menghasilkan sepucuk surat mengguakan cantuman mel;
3. Menerangkan proses membuat brosur dalam penerbitan meja; dan
4. Membina ujian e-borang menggunakan arahan Forms.

 PENGENALAN
Anda telah diperkenalkan dengan asas pemprosesan perkataan di dalam Topik 2
yang meliputi asas Microsoft Word, penyokong pembacaan dan kemasukan
grafik asas ke dalam pemprosesan perkataan.

Dalam topik ini pula, anda akan didedahkan dengan lanjutan penggunaan
Microsoft Word sebagai pemprosesan perkataan. Topik 3 akan lebih menumpukan
kepada fungsi cantuman mel, penerbitan meja dan pembinaan ujian dengan
menggunakan perisian Microsoft Word.

3.1 CANTUMAN MEL DAN PENGGUNAANNYA


Kita akan membincangkan cantuman dan penggunaannya dalam subtopik ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN  69

3.1.1 Cantuman Mel


Kemudahan cantuman mel (mail merge) dalam Microsoft Word merupakan
suatu kelebihan dalam pemprosesan perkataan terutamanya dalam urusan surat-
menyurat. Menerusi kemudahan ini, anda boleh menyiapkan dan mencetak
beberapa salinan surat yang mempunyai alamat penerima yang berbeza tetapi
mempunyai isi kandungan yang sama.

3.1.2 Penggunaan Cantuman Mel dalam Pemprosesan


Perkataan
Pada kebiasaannya, proses menaip surat akan dilakukan sepucuk demi sepucuk,
walaupun kandungan surat tersebut sama. Dengan cantuman mel, satu
pangkalan data akan dibuat yang mengandungi medan-medan berisi maklumat
yang dicantumkan dengan surat yang ditulis. Dengan itu, satu surat yang
mempunyai kandungan yang sama boleh dihantar kepada seberapa ramai
penerima yang dicatatkan dalam pangkalan data cantuman mel tersebut.

3.1.3 Menghasilkan Dokumen yang Menggunakaan


Keupayaan Cantuman Mel
(a) Membina Dokumen
(i) Bina satu fail baru dengan menggunakan arahan File>New di bar
menu dan seterusnya taipkan satu surat untuk cantuman mel.
(ii) Pastikan anda menyediakan ruang kosong yang mencukupi untuk
ruangan alamat penerima surat.
(iii) Simpan fail tersebut dengan menggunakan nama yang sesuai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN

Rajah 3.1: Contoh surat

(b) Membuka Menu Cantuman Mel (Mail Merge)


(i) Untuk membuka Menu Cantuman Mel, laksanakan arahan Tools>Letters
and Mailings>Mail Merge Wizard di bar menu.

Rajah 3.2: Submenu Tools

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN  71

(ii) Anda akan dipaparkan dengan tetingkap Mail Merge di kanan


paparan skrin.

Rajah 3.3: Tetingkap Mail Merge


(iii) Aktifkan pilihan Letters untuk membina surat seterusnya. Sekiranya
anda ingin membina mesej mel elektronik, aktifkan pilihan E-mail, dan
pilih Envelopes.
(iv) Seterusnya, klik arahan Next: Starting document di bahagian bawah
tetingkap Mail Merge.
(v) Aktifkan arahan Use the current document kerana fail „surat.doc‰
sedang terbuka untuk digunakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN

Rajah 3.4: Mail Merge (menggunakan dokumen sedia ada)

(c) Membina Borang Penerima


(i) Klik pada arahan Next: Select recipients untuk menetapkan senarai
penerima surat yang anda bina.
(ii) Seterusnya, klik arahan Type a new list dan klik arahan Create untuk
membina senarai alamat penerima surat tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN  73

Rajah 3.5: Mail Merge (taipkan senarai baru)

(iii) Kotak dialog New Address List akan dipaparkan. Kotak ini
merupakan borang untuk mengisi maklumat yang akan dicantumkan
ke dalam surat yang telah dibina.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN

Rajah 3.6: Kotak dialog New Address List

(iv) Klik butang Customize dan dari pilihan ini, anda dapat mengedit
maklumat yang akan dibina. Kotak dialog Customise Address List
akan dipaparkan.

Rajah 3.7: Kotak dialog Customise Address List

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN  75

(v) Padam semua medan yang terdapat pada kotak dialog tersebut.
Kemudian klik butang Add untuk memasukkan medan nama baru.
Tetingkap Add Field akan dipaparkan.
(vi) Isikan pada kotak dialog tersebut „Nama‰ dan klik OK. Ulangi
langkah mengisi kotak dialog medan-medan seterusnya dengan
senarai di bawah dengan mengaktifkan butang Add.
 Alamat 1
 Alamat 2
 Negeri
 Jawatan

Rajah 3.9: Kotak dialog Customize Address List

(vii) Anda boleh memberi nama baru (Rename), memadam (Delete), dan
menukar susun atur medan mengikut kesesuaian.
(viii) Setelah selesai membina medan, klik OK dan satu kotak dialog New
Address List (Rajah 3.10) akan dipaparkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN

Rajah 3.10: Kotak dialog New Address List

(d) Data Cantuman Mel


(i) Taipkan data penerima di borang yang telah dibina untuk anda dan
cantumkan pada surat yang telah disediakan.

Nama Alamat Alamat 2 Negeri Jawatan


Kasim bin No 157, Parit
Muar Johor Setiausaha
Basir Raja,
Mohd Jan No 88 Taman
Tanjung Mas Melaka Bendahari
Shukor Mas
No.111, Ahli
Tan Lee Wah Bayan Lepas Pulau Pinang
Taman Baki Jawatankuasa
Wan Mohd Kg. Rhu Ahli
Dungun Terengganu
Hatta Rendang Jawatankuasa
Kamaludin Ahli
Tmn. Bahagia, Johor Baharu Johor
Ahmad Jawatankuasa
Ahli
Ramasami No 3, Taman Ipoh Perak
Jawatankuasa

Rajah 3.11: Contoh borang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN  77

(ii) Setelah selesai memasukkan semua maklumat, klik Close. Kotak


dialog Save Address List akan dipaparkan. Simpan maklumat anda di
dalam storan sebagai „Data Sumber‰.

Rajah 3.12: Kotak Dialog Save Address List dengan nama fail „Data Sumber‰

(iii) Kotak dialog Mail Merge Recipients akan dipaparkan dan setelah
anda pasti semua maklumat telah dimasukkan, klik OK.

(e) Membuat Cantuman Mel


(i) Untuk mencantumkan data maklumat penerima yang telah
disiapkan, klik Next: Write your letter. Oleh kerana surat telah siap
ditaip terlebih dahulu, maka letakkan kursor di bawah perkataan
„Kepada‰, kemudian klik pada More Items untuk memasukkan
maklumat ke dalam surat.
(ii) Apabila kotak dialog Insert Merged Field dipaparkan, klik medan
Nama dan kemudian klik Insert.

Rajah 3.13: Kotak dialog Insert Merge Field

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN

(iv) Ulangi langkah yang sama untuk memasukkan medan yang


seterusnya, Alamat 1, Alamat 2 dan Negeri. Untuk „Jawatan‰, letakkan
kursor di tempatnya.

Perlantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru


Dengan segala hormatnya dimaklumkan, Mesyuarat Agung PIBG
pada tahun ini telah melantik tuan sebagai PIBG sekolah ini untuk
sesi 2005-2006.

Rajah 3.14: Kesan daripada Insert Merged Field

(v) Klik Next: Preview your letter. Surat anda telah dicantumkan. Untuk
melihat penerima seterusnya, klik butang >> pada Wizard.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN  79

Rajah 3.15: Tetingkap Mail Merge (preview your letter)

(vi) Klik Next: Complete the merge untuk melengkapkan cantuman


dokumen anda, dan anda boleh mencetaknya atau menyuntingnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN

Rajah 3.16: Tetingkap Mail Merge (complete the merge)

Cantuman Mel (Mail Merge) sesuai digunakan untuk pelbagai


dokumen dan sangat berguna untuk tugas seorang guru.

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Bolehkah anda memberi contoh-contoh dokumen yang boleh


diintegerasikan penggunaan cantuman mel dalam pemprosesan
perkataan?
2. Terangkan mengapa cantuman mel berguna untuk tugas seorang
guru.
3. Apakah keperluan-keperluan yang perlu ada untuk membina
cantuman mel?
4. Apakah kegunaan borang penerima dalam proses membina
cantuman mel?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN  81

3.2 PENERBITAN MEJA


Cuba anda fikirkan bagaimana sesebuah buku atau majalah diterbitkan. Apakah
kepentingan penerbitan meja atau desktop publishing dalam penerbitan ini?

Penerbitan Atas Meja atau Desktop Publishing membenarkan integrasi teks


dan grafik daripada pelbagai sumber dan menukarkannya kepada hampir
kesemua jenis penerbitan untuk dilihat semula, dicetak atau digunakan pada
Internet.

Bahan-bahan penerbitan yang terbina termasuklah brosur, kad perniagaan,


majalah, poster dan kad jemputan. Beberapa perisian yang biasanya digunakan
untuk menghasilkan penerbitan meja termasuklah Microsoft Publisher, Adobe
PageMaker dan Microsoft Word. Untuk kursus ini, anda akan menggunakan
Microsoft Word untuk membina penerbitan meja.

3.2.1 Jenis Penerbitan Meja


Microsoft Word telah menyediakan empat pencontoh (template) penerbitan atas
meja yang sedia diubah suai. Template tersebut boleh dibuka menerusi bar menu
File>New dan klik General Templates di menu New from templates. Anda juga
boleh membuat pencontoh sendiri. Untuk pembelajaran di sini, kita akan
menggunakan brosur (brochure) sebagai penerbitan atas meja.

Rajah 3.17: Kotak dialog Template

Brosur (Brochure) sering digunakan untuk memberi maklumat umum


sesuatu perkara atau peristiwa. Brochure juga lebih mudah dikenali dan
dibaca dengan ringkas; oleh itu brochure menjadi pilihan utama dalam
mempromosikan sesuatu perkara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN

SEMAK KENDIRI 3.2

Senaraikan lima jenis penerbitan atas meja yang boleh digunakan


untuk pengajaran dan pembelajaran.

3.2.2 Prinsip Reka Bentuk Penerbitan


(a) Antara Muka dan Column
Brosur kebiasaannya dibuat dalam bentuk lajur (column) yang boleh
dilipat dua atau tiga. Bentuk sebegini direka untuk memudahkan penerima
membaca, mengingat dan menyimpan maklumat. Ia juga lebih mesra
pengguna. Microsoft Word mempunyai kemudahan untuk membina lebih
daripada satu lajur di dalam dokumen. Penggunaan lajur ini akan lebih
memudah dan menyempurnakan lagi brosur yang dibina.

(b) Membina Dokumen dengan Column


(i) Buat satu fail baru menggunakan Microsoft Word.
(ii) Tukar orientasi dokumen daripada menegak (portrait) kepada
melintang (landscape) untuk mendapatkan satu brosur yang
mempunyai tiga lajur atau column. Untuk menukarnya, gunakan
arahan File>Page Setup di bar menu dan seterusnya Page Setup akan
dipaparkan.

Rajah 3.18: Tetingkap Orientation

(iii) Aktifkan pilihan Landscape pada bahagian Orientation dan klik OK


.
(vi) Seterusnya, untuk menghasilkan lajur yang dikehendaki di dalam
dokumen, laksanakan arahan Format>Columns di bar menu dan
kotak dialog Columns akan dipaparkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN  83

Rajah 3.19: Kotak dialog Columns

(v) Kemudian, aktifkan pilihan Three pada submenu Presets untuk


menyediakan tiga lajur di dalam dokumen anda.
(vi) Arahan Line between akan membantu anda menyediakan garisan
pemisah di antara lajur.

(vii) Setelah selesai, klik OK dan tiga lajur akan terpapar


di skrin. Anda boleh mula menaip kandungan brosur di lajur
pertama. Microsoft Word akan menyambung teks yang ditaip ke lajur
kedua dan ketiga.

Rajah 3.20: Contoh skrin berlajur

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN

(c) Memasukkan Grafik dan Gambar


Anda boleh menyisipkan grafik, imej atau gambar ke dalam lajur yang
dibina. Grafik yang disisipkan akan menjadi elemen yang
menyempurnakan brosur.
(i) Anda hanya perlu meletakkan kursor di tempat penyisipan gambar
dan laksanakan arahan Insert>Picture. Anda boleh memilih untuk
menyisipkan Clip Art atau gambar dari fail yang sedia ada.
(ii) Klik Format>Picture untuk mendapatkan kotak dialog Format
Picture. Melalui kotak ini, anda boleh mengubah suai saiz gambar
dan kedudukan imej.

Rajah 3.21: Kotak Dialog Format Picture

(iii) Untuk mendapatkan pilihan pelbagai jenis kedudukan imej, aktifkan


tab pilihan Layout di dalam submenu kotak tersebut dan anda akan
dipaparkan dengan pilihan kedudukan imej.

Rajah 3.22: Kotak Dialog Format Picture bahagian Layout atau


kedudukan gambar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN  85

(iv) Microsoft Word menyediakan lima jenis susun atur imej yang boleh
dipilih.
Ć In line with text
Susun atur membolehkan imej berada sebaris dengan teks.
Ć Square
Membolehkan beberapa baris teks berada dalam satu kedudukan
dengan imej.
Ć Tight
Berfungsi seperti kedudukan Square iaitu membolehkan beberapa
baris ayat berada dengan imej, dan teks berada lebih rapat atau
mengelilingi imej tersebut.
Ć Behind text
Pilihan ini membolehkan imej berada di belakang teks.
Ć In front of text
Kedudukan ini pula akan membolehkan imej berada di hadapan
teks dan akan menutup teks tersebut.

3.2.3 Pengeluaran dan Penerbitan


(a) Penulisan Brosur
Setelah anda membuat perancangan penerbitan brosur tersebut dan anda
telah menetapkan column dan margin, anda boleh mula menaip dokumen
brosur seperti mana yang dirancangkan.

(b) Drop Cap


(i) Drop Cap merupakan fitur tambahan untuk menyusun atur teks agar
kelihatan lebih menarik untuk dibaca.
(ii) Aktifkan huruf „A‰ pada perkataan „Aaaaa‰ dan pilih arahan Drop
Cap dari menu Format. Apabila tetingkap yang berikut dipaparkan,
aktifkan kotak pilihan Dropped.
(iii) Setelah selesai, klik butang OK dan teks anda akan bertukar susun
atur dan lebih menarik.
(iv) Anda juga boleh menjadikan huruf „A‰ tersebut membesar dua, tiga
atau empat baris, mengikut pilihan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN

Rajah 3.23: Kotak dialog Drop Cap

(c) Page Border


(i) Anda boleh meletakkan garisan atau kotak (border) mengelilingi
setiap helaian muka surat dokumen.
(ii) Pembinaan border di sekeliling dokumen dapat dilaksanakan dengan
arahan Format>Border and Shading.
(iii) Apabila kotak dialog Border and Shading dipaparkan, aktifkan tab
pilihan Page Border.

Rajah 3.24: Submenu Format dan Kotak Dialog Borders and Shading

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN  87

(iv) Seterusnya, pilih jenis garisan yang dikehendaki di ruangan Style dan
warna garisan di ruangan Color.
(iv) Klik butang OK dan kelihatan dokumen anda dikelilingi kotak
(border) helaian tersebut.

(d) Bullets and Numbering


Kemudahan ini membolehkan anda menaip teks dalam bentuk fakta yang
ringkas dan ianya sangat berguna untuk membina brosur.
(i) Apabila anda memberi nombor kepada teks anda, secara automatik
Microsoft Word mempaparkan nombor berikutnya apabila menekan
kekunci [Enter]. Microsoft Word telah melaksanakan pernomboran
(numbering) ke atas dokumen anda.
(ii) Anda boleh menukar sistem pernomboran tersebut kepada jenis lain
pula dengan mengaktifkan keseluruhan teks dan gunakan arahan
Format>Bullets and Numbering.

Rajah 3.25: Submenu Format dan Kotak Dialog Bullets and Numbering

(iii) Anda juga boleh memilih bullet untuk menggantikan sistem


penomboran yang sedia ada. Aktifkan tab pilihan Bulleted dan pilih
jenis bullet yang sesuai.
(iv) Klik butang OK setelah anda berpuas hati dengan pilihan bullet
tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN

SEMAK KENDIRI 3.3

1. Drop Cap merupakan fitur tambahan untuk penyusunan teks.


Bagaimana cara mendapatkan Drop Cap tersebut?
2. Bina satu brosur untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran
bertemakan „Selamatkan Alam Sekitar‰. Brosur yang dibina
hendaklah menggunakan format berikut:
Ć Berorientasikan : Melintang
Ć Jumlah Lajur : Tiga
Ć Masukan grafik
Ć Susun atur imej : Square (Segi empat)
3. Apakah yang dimaksudkan dengan „Behind text‰ dalam menu
Layout semasa membina brosur?

3.3 PEMBINAAN UJIAN E-BORANG


(a) Memulakan E-Borang dengan Form
(i) Buka paparan Microsoft Word. Mulakan dengan menaip maklumat
yang diperlukan dalam penyediaan e-borang.
(ii) Masukkan ruang untuk kemasukan data menggunakan format Form
yang terdapat di dalam Forms Toolbars.
(iii) Anda perlu mengeluarkan menu Forms terlebih dahulu. Klik pada
menu View>Toolbars>Forms. Seterusnya, kotak dialog Forms akan
dipaparkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN  89

Rajah 3.26: Submenu View (toolbars) dan Kotak Dialog Forms

Rajah 3.27: Kandungan Kotak Dialog Forms

(b) Memasukkan Data


(i) Kemasukan data berbentuk teks merujuk kepada data yang
dimasukkan ke dalam e-borang berbentuk teks seperti nama, nombor
kad pengenalan dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN

(ii) Anda perlu menaip ruangan Student ID seperti berikut:

STUDENT ID : < ID number>

(iii) Untuk mendapatkan <ID number> seperti contoh di atas, klik pada
ikon Text Form Field . Anda akan mendapat ruangan di lokasi
anda menempatkan kursor.

(iii) Seterusnya, klik ikon Form Field Options untuk memasukkan


paparan perkataan ÂdefaultÊ. Anda akan melihat paparan yang
berikut:

Rajah 3.28: Kotak Dialog Text Form Field Options

(c) Kemasukan Data ă Pilihan Jawapan


(i) Kemasukan data ă Pilihan jawapan yang dimaksudkan adalah
merujuk kepada contoh yang dilampirkan bersama.
(ii) Klik ikon Drop-Down Form Field dan anda akan melihat
ruangan dipaparkan.
(iii) Sekali lagi, klik pada ikon Form Field Option untuk memasukkan
paparan perkataan ÂdefaultÊ. Anda akan melihat paparan berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN  91

Rajah 3.29: Kotak Dialog Drop-Down Form Field Options

(iv) Taipkan data pilihan pada ruang seterusnya klik


pada Add . Data pilihan yang anda masukkan tadi akan
berada di dalam ruang Items in drop-down list.

(v) Maklumat yang dipaparkan boleh disusun kedudukannya dengan


hanya klik pada butang Move

(v) Berikut merupakan contoh kemasukan data ă Pilihan Jawapan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN

1. The line ÂCreeps in this petty pace from day to dayÊ means
A. we are all sure to die soon.
B. time moves very slowly and routinely.
C. people rush about all day.
D. we creep before we walk.
Answer

Rajah 3.29: Contoh kemasukan data

(a) Menyimpan Data


(i) Simpan e-borang sebagai dokumen terpelihara.
(ii) Selepas selesai membina e-borang, pastikan anda klik ikon Protect
Form untuk memastikan e-borang ini boleh digunakan.

(iii) Kemudian anda perlu klik pada menu Tools > Options
(iv) Klik pada ikon Save, tandakan save data only for form dan klik
OK Untuk menyemak jawapan dan analisis
pemarkahan pelajar yang telah menjawab menggunakan e-borang, ia
perlu diintegrasikan dengan Perisian Microsoft Excel.

SEMAK KENDIRI 3.4

1. Nyatakan perbezaan antara pembinaan borang dengan format


biasa dengan format e-borang.
2. Sebagai ahli akademik, penggunaan e-borang telah menjadi
keperluan. Nyatakan kelebihan menggunakan e-borang tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FITUR (FEATURE) LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN  93

 Topik ini telah membincangkan integrasi pemprosesan perkataan dengan


kerjaya sebagai seorang guru. Sebagai pendidik, anda semestinya dapat
mengetahui dan menguasai kemahiran menggunakan pemprosesan
perkataaan termasuk ketiga-tiga perkara yang dibincangkan dalam topik ini,
iaitu, cantuman mel, penerbitan meja dan pembinaan soalan menggunakan e-
borang.

Butang Medan
Cantuman Mel Penerbitan atas meja
E-borang

Haag, S. (2002). The I-Series Microsoft Windows. UK: McGraw-Hill.


Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2001) Menguasai Perisian Pemproses
Perkataan Microsoft Word XP. Kuala Lumpur: Venton Publishing.
O. S. Goh. (1993). Kursus Lengkap MS-Dos & Microsoft Windows. Kota Bharu:
Pustaka Reka.
Wyatt, R. (2002). Desktop Publishing. Oxford: Heinemann Educational
Publishers.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Persembahan
4 Elektronik
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisi dan menerangkan persembahan elektronik;
2. Menjelaskan kegunaan dan kelebihan persembahan elektronik;
3. Menyatakan dan mencirikan persembahan elektronik yang baik;
4. Membina dan mengintegrasi papan cerita bagi persembahan
elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran; dan
5. Menggunakan fitur-fitur (features) yang terdapat dalam
persembahan elektronik untuk memformat objek.

 PENGENALAN
Setelah melalui tiga topik pertama ini, apakah tanggapan anda tentang
penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran? Pernahkah anda terfikir
bahawa untuk mempersembahkan sesuatu bahan pengajaran, kita harus
mengikut kesesuaian dan cita rasa sendiri? Penggunaan persembahan elektronik
atau electronic presentation menjadi alat bantu mengajar dan belajar penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dewasa ini. Penggunaan
persembahan elektronik secara betul dan terancang akan menghasilkan
pembelajaran yang berkesan dan bermutu. Jika kita lihat di Malaysia, secara
tidak langsung penggunaan persembahan elektronik dilihat bakal menggantikan
secara keseluruhan penggunaan OHP di dalam kelas. Adakah ini betul?

4.1 PENGENALAN
Penggunaan persembahan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran
menjadi alat bantu mengajar dan bahan bantu belajar yang semakin digemari

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK  95

oleh guru-guru di sekolah. Terdapat pelbagai jenis perisian yang telah


diperkenalkan. Dalam topik ini perbincangan akan berkisar kepada cara
penggunaan Microsoft PowerPoint.

Cuba anda fikirkan, apakah kaedah pengajaran yang pernah anda alami atau
gunakan semasa anda belajar atau mengajar sekitar 15 tahun yang lalu? Adakah
ia membosankan anda? Kini komputer menjadi medium perantaraan serta
membantu anda dalam proses mengajar. Apakah perisian yang dapat membantu
anda untuk menghasilkan persembahan elektronik?

Perisian persembahan elektronik membantu pembina perisian membuat


persembahan dengan menggabung unsur animasi, grafik, audio, video dan
teks bertujuan menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan
tidak membosankan.

4.1.1 Kegunaan dan Kelebihan


Terdapat pelbagai perisian yang digunakan untuk membuat persembahan
elektronik antaranya ialah Microsoft Powerpoint dan Harvard Graphics seperti
dalam Rajah 4.1 di bawah:

Rajah 4.1: Perisian Microsoft PowerPoint dan Harvard Graphics

Menurut Shaifol (2004), penggunaan media unsur animasi, grafik, audio, video
dan teks dalam satu persembahan menjadikan persembahan:
(a) Menarik minat pengguna;
(b) Memberi motivasi kepada pengguna; dan
(c) Mudah difahami oleh pengguna.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

Sifat persembahan elektronik yang menggerakkan slaid demi slaid menjadikan


persembahan elektronik boleh digunakan sebagai pelantar dalam membuat
gerakan animasi tanpa „rendering‰. Persembahan elektronik ini biasanya
digunakan sebagai „preview‰ di peringkat awal sebelum animasi disusun.
Tujuan gerakan animasi menggunakan persembahan elektronik ini ialah untuk
menilai gerakan tanpa menggunakan proses rendering yang memakan masa.

Persembahan elektronik juga mesra pengguna. Butang arahan mudah difahami


serta tidak perlu menggunakan kod pengaturcaraan. Oleh kerana sifat perisian
persembahan elektronik yang mesra pengguna boleh menggabungkan media
video, animasi, grafik, audio dan teks, perisian ini sesuai digunakan dalam
membentuk backdrop persembahan.

Selain itu, gabungan media persembahan elektronik juga bersifat interaktif. Oleh
itu, perisian persembahan elektronik digunakan secara meluas dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Persembahan elektronik juga
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik serta berupaya
mengilustrasi idea-idea yang kompleks dan memotivasi pelajar.

4.1.2 Reka Letak


Reka letak dalam perisian persembahan elektronik ialah ilmu atau kemahiran
yang digunakan untuk meletak dan menyusun media pada paparan bagi
membentuk persembahan yang menarik. Keupayaan meletak dan menyusun
elemen media yang baik dan berkesan memberi kesan yang positif terhadap
persembahan.

(a) Prinsip Reka Letak CASPER


Prinsip reka letak CASPER merupakan panduan menyusun media seperti
teks, grafik, animasi dan video pada sesuatu persembahan yang dapat
merangsang perhatian dan minat penonton. Skrin yang diletakan dengan
media tanpa dirancang menyebabkan persembahan yang kurang menarik.
Prinsip reka letak CASPER berdasarkan singkatan perkataan CASPER
seperti dalam Rajah 4.2 berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK  97

Rajah 4.2: Prinsip reka letak CASPER

(i) Contrast (Pebezaan yang Ketara)


Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek, pembangun perisian
perlulah memilih warna yang kontra (warna gelap dengan warna
terang). Kontra juga digunakan untuk membezakan antara unsur
dengan latar belakang paparan. Selain daripada membezakan dua
item yang berlainan, kontra adalah salah satu cara yang paling
berkesan untuk menambahkan tarikan atau perhatian terhadap
sesuatu reka bentuk.

Selain daripada perbezaan warna, kontra juga boleh ditonjolkan


dengan perbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dengan
kasar, tekstur licin dengan kasar, unsur mendatar dengan menegak,
garis berjauhan dengan berdekatan dan grafik kecil dengan besar.

(ii) Alignment (Susunan Lurus)


Dalam prinsip alignment, setiap item yang hendak diletakkan dalam
muka perisian perlulah seimbang dengan muka perisian agar
kelihatan menarik. Pembangun perisian seharusnya pandai
menyusun item-item yang ingin dipersembahkan supaya ia kelihatan
seimbang. Dengan kata lain, dalam prinsip ini, item perlu disusun
supaya tidak janggal. Item juga perlu mempunyai kaitan secara visual
antara satu sama lain di setiap paparan perisian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

(iii) Simplicity (Mudah)


Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsangkan
pengguna memahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan
kata lain, sesuatu bahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas
muka perisian seharusnya dapat memudahkan penerokaan dan
merangsangkan pemikiran. Visual yang dipilih perlulah ringkas,
bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami. Maksudnya,
penggunaan grafik dan elemen media dalam perisian yang dibina
perlulah membantu pengguna melayari perisian dengan mudah.
Sekeping gambar yang ringkas, contohnya, lebih bermakna dari teks
yang panjang lebar.

(iv) Proximity (Berhampiran)


Dalam prinsip proximity, item yang digunakan dalam muka perisian
perlulah dikumpulkan pada satu kawasan supaya pengguna dapat
melihat kesinambungan yang wujud antara item. Pengumpulan item
membuatkan pengguna merasa selesa kerana item-item yang
berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah-pisah.
Oleh yang demikian, elemen ini akan menjadi satu unit visual
daripada beberapa unit terpisah.

(v) Emphasis (Penekanan)


Pembangun perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberi
penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting. Pelbagai cara
digunakan oleh pembangun perisian untuk menarik perhatian
pengguna. Namun begitu, adalah dinasihati supaya pembangun
perisian tidak menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk
menarik perhatian pengguna, yang mana akan menyebabkan
tumpuan pengguna lebih kepada elemen sampingan tersebut.

(vi) Repetition (Pengulangan)


Dalam prinsip repetition terdapat satu piawai antara muka perisian
supaya pengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan
mudah arahan yang diberikan oleh perisian. Pengulangan
menggunakan persembahan media yang berlainan akan membantu
pemahaman pengguna. Ini adalah kerana pengguna perisian terdiri
daripada mereka yang mempunyai kecenderungan terhadap media.
Pembangun perisian boleh menggunakan perulangan media, teks,
audio, grafik dan video untuk menyampaikan mesej yang sama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK  99

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Nyatakan prinsip persembahan CASPER dan ciri-cirinya.


2. Cuba anda senaraikan ciri-ciri perisian yang mempunyai reka
letak yang menarik dan menjadi pilihan anda dalam
menghasilkan persembahan elektronik. Berikan contoh.

4.1.3 Persembahan Asas Membina Slaid


Pernahkah anda menghadiri kursus atau seminar di mana penceramah tidak
menyediakan sebarang penerangan dalam bentuk visual seperti persembahan
slaid? Anda pasti sukar untuk memahaminya sekiranya ia merupakan satu
bidang yang baru bagi anda. Tahukah anda bagaimana menghasilkan satu
persembahan elektronik yang baik dan berkesan?

Terdapat lima unsur yang digunakan dalam membina perisian persembahan


elektronik. Dalam satu persembahan elektronik, tidak semestinya kelima-lima
media ini digunakan. Pembangun perisian perlu bijak menggunakan media
dalam persembahan elektronik bagi menghasilkan persembahan yang memberi
impak yang baik dan berkesan kepada pengguna.

Rajah 4.3: Lima unsur persembahan elektronik

Penggunaan media yang sembarangan akan menghasilkan kesan yang negatif


terhadap persembahan. Penggunaan warna yang banyak dan menyilau,
contohnya, menyebabkan mata pengguna merasa letih. Paparan persembahan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

yang dibina menggunakan warna, font teks dan saiz teks yang terlalu banyak
dalam sesuatu persembahan akan mengganggu tumpuan dan seterusnya akan
membosankan pengguna. Kandungan kognitif dalam satu skrin juga perlu
dikawal supaya tidak terlalu banyak.

Penggunaan media ini bergantung pada keperluan persembahan. Sebagai contoh,


dalam persembahan elektronik menggunakan kaedah tunjuk cara adalah lebih
sesuai bagi pembangun perisian menggunakan video berbanding menggunakan
gambar. Persembahan menggunakan gambar pula adalah lebih sesuai untuk
menerangkan sesuatu keadaan berbanding dengan menggunakan teks.

Pembangunan perisian perlu memikir dan menganalisis golongan sasaran


pengguna perisian. Bagi membangun persembahan yang mempunyai golongan
sasar terdiri daripada kanak-kanak tadika, contohnya, adalah lebih baik bagi
pembangun perisian menggunakan animasi yang bersesuaian dengan golongan
sasar tersebut. Manakala penggunaan animasi yang banyak adalah tidak sesuai
digunakan untuk membuat persembahan bagi golongan dewasa.

Lokasi persembahan juga perlu diambil kira dalam membina persembahan


elektronik. Misalnya, bagi membuat persembahan di dewan besar, penggunaan
teks yang mempunyai font yang kecil akan menyebabkan para hadirin tidak
dapat membaca mesej yang hendak disampaikan. Akibatnya, mereka akan cepat
bosan. Maka, saiz font berukuran besar dan jelas amat bersesuaian dengan lokasi
tersebut.

Penggunaan media hendaklah bersesuaian dengan mesej yang hendak


dipersembahkan. Media yang hendak dipersembahkan seharusnya memberi
makna kepada persembahan itu. Bagi persembahan, keadaan yang membawa
mesej yang sedih dan sayu serta penggunaan warna panas dan terang adalah
tidak sesuai. Sebaliknya, penggunaan warna yang sesuai ialah warna yang
lembut dan harmoni.

Penggunaan media perlulah berkaitan dengan sesuatu mesej yang hendak


disampaikan. Pembangun perisian perlu memilih media yang berkaitan dengan
mesej persembahan bukan berdasarkan kegemaran pembina persembahan. Clip
video „Senario Kampus‰, contohnya, tidak sesuai dijadikan video pengenalan
untuk persembahan teknik permainan dan perlawanan bola sepak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK  101

SEMAK KENDIRI 4.2


1. Berikan kelebihan dan kelemahan persembahan elektronik.
2. Nyatakan asas membina slaid dari segi keperluan media dalam
persembahan elektronik.

4.2 PERSEMBAHAN MULTIMEDIA


Persembahan multimedia merangkumi kerangka papan persembahan papan
cerita dan ikon pada alatan gambar. Penerangan tentang kedua-dua ini
dihuraikan dalam subtopik berikut.

4.2.1 Kerangka Persembahan Papan Cerita


(Story Board )

Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang
digunakan dalam aplikasi perisian multimedia.

Paparan skrin perlu dirancang dengan baik. Dalam melakar papan cerita,
pembangun perisian perlu mengaplikasikan konsep reka letak. Papan cerita
disediakan di peringkat awal proses reka bentuk. Dengan kata lain, papan cerita
merupakan lakaran imaginasi pembangun perisian tentang apa yang hendak
dipaparkannya dalam satu persembahan perisian multimedia.

(a) Kelebihan Papan Cerita


(i) Papan cerita membolehkan pembangun perisian mencambah minda
dan idea.
(ii) Pembangun perisian dapat merancang reka bentuk muka perisian di
peringkat awal.
(iii) Papan cerita membolehkan pembangun perisian menzahirkan idea
sebelum dipindahkan di atas paparan komputer.
(iv) Papan cerita membolehkan pembangun perisian merancang dan
mengaplikasi teori pembelajaran dan strategi pembelajaran dengan
mudah.
(v) Dengan membuat lakaran awal, segala perubahan dapat dilakukan
dengan mudah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

(vi) Penggunaan papan cerita menjimatkan masa dan kos pembinaan


perisian.
(vii) Papan cerita mengurangkan risiko tertinggal maklumat persembahan
yang penting.
(viii) Papan cerita membolehkan pembangun perisian mengaplikasikan
pelbagai teknik reka bentuk perisian.

(b) Elemen yang Diambil Kira Ketika Membina Papan Cerita ialah Seperti
Berikut:
(i) Warna latar belakang;
(ii) Jenis font;
(iii) Saiz huruf;
(iv) Warna huruf;
(v) Format gambar;
(vi) Format video;
(vii) Format audio; dan
(viii) Format animasi.

(c) Contoh Papan Cerita


Papan cerita ini dilukis bersama aliran. Papan cerita ini menunjukkan
lakaran skrin dan pola interaktiviti perisian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK  103

Rajah 4.4: Papan cerita

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

4.2.2 Ikon pada Alatan Gambar (Toolbar Picture)


Jadual 4.1: Ikon pada Alatan Gambar dan Maksudnya

Ikon Maksud

Menyelitkan gambar

Memilih bentuk warna di mana terdapat empat pilihan bentuk warna,


iaitu:
(i) Automatic
(ii) Grayscale
(iii) Black & White
(iv) Washout

Meninggikan kontra gambar

Merendahkan kontra gambar

Meninggikan kecerahan gambar

Merendahkan kecerahan gambar

Memotong gambar mengikut pilihan pengguna

Memutar gambar 90 darjah

Memilih bentuk bingkai gambar

Memampat (compress) gambar

Memberi warna yang baru kepada gambar

Memformat gambar

Memilih bahagian tertentu untuk lut sinar (transparent)

Set semula (reset) gambar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK  105

4.2.3 Manipulasi Objek


Anda boleh memindah objek dari satu sudut ke satu sudut dengan cara klik seret
dan letak objek pada sudut tertentu. Bagi memutarkan gambar, klik dan seret
bulatan hijau (Rajah 4.5) mengikut arah putaran pilihan anda.

Bulatan Hijau

Bulatan Putih

Rajah 4.5: Menipulasi objek

Objek boleh ditukar saiz dengan mengaktif gambar (klik pada gambar,
kemudian terdapat bulatan putih pada sudut gambar). Klik dan seret bulatan
putih mengikut kehendak anda.

Dalam satu persembahan, objek boleh dilapiskan. Anda boleh menyisipkan


masuk gambar yang hendak diletak di bawah, kemudian, anda boleh menyisip
gambar yang hendak diletakkan di atas. Sekiranya anda sudah meletak gambar
di atas dan ingin meletakan di bawah, anda boleh aktifkan gambar dengan cara
klik kanan, pilih Order dan pilih Bring to Front, kemudian klik.

Rajah 4.6: Sisipan gambar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

4.3 PEMBINAAN SLAID


Kita akan membincangkan langkah-langkah untuk membina slaid persembahan
dalam subtopik ini.

4.3.1 Membina Slaid Persembahan


Untuk memulakan program Powerpoint pilih pada Start>Program > Microsoft
Power Point. Selepas itu, paparan awal PowerPoint akan terbentuk. Anda boleh
memilih Text Layouts dan Content Layouts mengikut pilihan anda yang berada
di kanan paparan seperti dalam Rajah 4.7 di bawah:

Rajah 4.7: Pembinaan slaid

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK  107

(a) Memasukkan Warna


Untuk memasukkan warna latar belakang, pilih butang Format
>Background dan pilih warna yang sesuai.

Rajah 4.8: Memasukkan warna

(b) Memasukkan Text


Anda boleh memasukkan teks dengan cara klik pada medan Click to add
title untuk memasukkan teks tajuk dan taip tajuknya. Klik medan Click to
add subtitle dan taip untuk menambah Subtitle.

(c) Menambah Slide


Anda boleh menambah slaid dengan cara klik pada ikon New Slide atau
klik pada Insert dan pilih New Slide.

Rajah 4.9: Menambah slaid

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

Anda akan dipaparkan dengan paparan seperti Rajah 4.8 Sila pilih layout
yang anda hendak gunakan.

(d) Menyisip Masuk Gambar, Audio dan Video


Bagi menyisip masuk gambar, klik pada Insert, pilih Picture, kemudian
pilih Clip Art (gambar yang berada dalam koleksi Office) atau from File
(gambar yang disimpan dalam fail yang lain). Jika anda memilih from File,
anda akan diberi pilihan fail yang hendak disisip.

Rajah 4.10: Menyisip masuk gambar

(e) Memasukkan Video


Bagi menyisip masuk video, klik pada Insert Sound and movie, kemudian
pilih Movie from Clip Organizer (tayangan gambar yang berada dalam
koleksi Office) atau from File (tayangan gambar yang disimpan dalam fail
yang lain). Jika anda memilih from File, anda akan diberi pilihan fail yang
hendak disisip. Fail movie atau tayangan gambar memakan masa untuk
diimport. Paparan movie terbentuk di skrin persembahan dan anda akan
diminta membuat pilihan cara movie dimainkan ketika persembahan.
Anda boleh buat pilihan sama ada hendak memainkan movie secara
automatik atau menunggu arahan klik.

Rajah 4.11: Memasukkan video

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK  109

(f) Memasukkan Audio


Bagi menyisip masuk audio, klik pada Insert Sound And Movie dan pilih
Sound from Clip Organizer (bunyi yang berada dalam koleksi Office) atau
from File (bunyi yang disimpan dalam fail yang lain). Jika anda memilih
from File, anda akan diberi pilihan fail yang hendak disisip. Anda juga
diminta membuat pilihan cara audio hendak dimainkan iaitu secara
automatik atau menunggu arahan klik.

(g) Menambahkan Kesan Khas kepada Slaid


Bagi menambahkan kesan khas kepada PowerPoint yang dibina, klik pada
Slide Show pada toolbar dan pilih Slide transition. Box slide transition akan
terpapar. Dalam Box Transition anda boleh memilih kesan khas (effect),
kelajuan, bunyi, cara perubahan slaid, dan pilihan penggunaan transition
sama ada digunakan sepanjang perubahan slaid atau pada slaid tertentu
sahaja. Anda juga boleh melihat pilihan kesan khas yang anda pilih dengan
mengklik pada butang Play atau Slide Show.

Rajah 4.12: Menambahkan kesan khas kepada slaid

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

(h) Memasukkan Gerakan Teks


Bagi memasukkan unsur gerakan teks, klik pada Slide Show kemudian
Schema Animation di mana anda boleh memilih bentuk gerakan teks yang
dikehendaki.

Rajah 4.13: Memasukkan gerakan teks

(i) Untuk Menggerakkan Tajuk Demi Subtajuk


Pada satu slaid PowerPoint, anda boleh memilih gerakan tajuk dan
subtajuk bergerak masuk ke slaid mengikut pilihan anda (klik pada Slide
Show kemudian pilih Custom Animation). Setelah membuat pilihan, anda
boleh melihat gerakan yang anda pilih dengan mengklik pada butang Play.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK  111

Rajah 4.14: Untuk menggerakkan tajuk demi subtajuk

(j) Hyperlink
Untuk menjadikan persembahan lebih interaktif, anda perlu memasukkan
hyperlink. Tandakan atau „highlight'‰medan objek atau perkataan yang
hendak dijadikan butang hyperlink seperti dalam Rajah 4.15. Klik
Insert>Hyperlink. Pilih slaid yang hendak dihyperlink.

Rajah 4.15: Hyperlink

Selain daripada itu, kita juga boleh menggunakan butang-butang interaktif


yang telah disediakan dalam program bagi membentuk hyperlink. Klik
pada butang interaktif yang dipilih, tekan dan tarik tetikus. Anda juga akan
dipaparkan kotak arah hyperlink yang anda kehendaki.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

Rajah 4.16: Butang hyperlink interaktif

Butang ini boleh anda dapati dengan cara klik butang Slide Show> Action.
Klik pada butang yang anda kehendaki.

Rajah 4.17: Butang aplikasi persembahan

Anda boleh memainkan aplikasi persembahan PowerPoint dengan cara


klik pada ikon.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK  113

AKTIVITI 4.1

1. Apakah kelebihan yang anda dapati daripada subtopik


pembinaan slaid untuk persembahan elektronik ini?
2. Bina persembahan elektronik dengan menggunakan
Powerpoint. Lengkap dengan papan cerita satu tajuk subjek
yang hendak diajar di kelas.

4.3.2 Integrasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran


(a) Alat Bantu Mengajar
Persembahan elektronik digunakan sebagai alat bantu mengajar dan alat
bantu belajar. Sebagai alat bantu mengajar, persembahan elektronik
digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar. Terdapat dua
kategori persembahan elektronik sebagai alat bantu mengajar seperti dalam
Rajah 4.18.

Rajah 4.18: Persembahan elektronik sebagai alat bantu mengajar

(i) Persembahan
Dalam proses pengajaran menggunakan teknik persembahan, guru
menggunakan persembahan elektronik sebagai media untuk
menyampaikan maklumat.

(ii) Tunjuk Cara


Dalam proses pengajaran menggunakan kaedah tunjuk cara, guru
boleh menggunakan persembahan elektronik sebagai alat untuk
membuat demonstrasi. Kaedah ini digunakan bagi menerangkan
keadaan yang sukar hendak diterangkan dengan perkataan atau jika
eksperimen yang hendak dijalankan terlalu mahal, mustahil atau
bahaya hendak dilaksanakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

(b) Alat Bantu Belajar


Dalam proses pembelajaran menggunakan persembahan elektronik, pelajar
dapat berinteraksi dengan perisian. Terdapat tiga kategori persembahan
elektronik sebagai alat bantu belajar:

Rajah 4.19: Persembahan elektronik sebagai alat bantu belajar

(i) Tutorial
Dalam proses pembelajaran menggunakan kaedah tutorial,
persembahan elektronik disusun berdasarkan kandungan pelajaran dan
urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial merangkumi
penerangan, demonstrasi dan latihan atau latih tubi.
(ii) Penerokaan
Dalam proses pembelajaran menggunakan kaedah penerokaan, pelajar
mengunakan persembahan elektronik sebagai medium untuk mencari
dan mengakses maklumat. Ini adalah bagi memastikan proses
pembelajaran tidak memakan masa yang lama untuk mencari laman
web yang sesuai. Pautan ke laman web disediakan dalam perisian yang
dibina.
(iii) Aplikasi
Dalam proses pembelajaran menggunakan kaedah aplikasi,
persembahan elektronik digunakan sebagai alat aplikasi (alat membantu
murid melaksanakan tugas dalam pembelajaran), bukan sebagai
mekanisma penyalur maklumat.

4.3.3 Membandingan Kelebihan dan Kelemahan


(a) Kelebihan
(i) Motivasi
Persembahan elektronik dapat memotivasikan murid dalam
pembelajaran. Pelajar lebih bermotivasi untuk belajar dengan
menggunakan medium yang baru. Penggunaan persembahan elektronik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK  115

akan memberikan motivasi kepada pelajar untuk mendalami dunia


teknologi maklumat dan komunikasi.
(ii) Menarik
Persembahan elektronik yang mengaplikasikan kesemua unsur
multimedia dapat menarik perhatian pengguna. Persembahan
elektronik memberi impak yang positif terhadap kefahaman pelajar.
(iii) Mesra Penggunaan
Pembinaan persembahan elektronik mempunyai arahan yang tidak
mengelirukan serta mesra pengguna. Ikon yang digunakan dalam
pembinaan persembahan elektronik mudah difahami. Oleh itu,
persembahan elektronik mudah dibina dan digunakan walaupun oleh
pengguna baru.
(iv) Interakif
Persembahan elektronik membolehkan unsur interaktif diselitkan
dengan mudah dalam persembahan. Persembahan interakif pula
membenarkan keadaan pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif
berlaku dalam persekitaran multimedia bagi membolehkan pelajar
membina pengetahuan dalam pelbagai orientasi yang sesuai dengan
gaya dan keperluan kognitif mereka.

Rajah 4.20: Kelebihan persembahan elektronik

(b) Kelemahan
(i) Alatan yang Mahal
Penggunaan persembahan elektronik memerlukan komputer dan
LCD atau komputer yang agak mahal. Oleh demikian, guru perlu
memikirkan aspek keselamatan dalam merancang penggunaan
persembahan elektronik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

(ii) Alatan yang Sensitif


Alatan elektronik juga amat sensitif kepada suhu dan keadaan
melampau. Oleh itu, guru perlu memastikan keadaan sekitaran
adalah sesuai dan cara penggunaan adalah berhemah bagi
memanjangkan jangka hayat alatan elektronik.
(iii) Masa Pembinaan
Bagi membentuk persembahan elektronik yang baik dan berkesan,
guru perlu merancang persembahan elektronik menggunakan modul
reka bentuk perisian. Oleh itu, masa pembinaan persembahan
elektronik yang baik dan berkesan perlu diperuntukkan.

Rajah 4.21: Kelemahan persembahan elektronik

SEMAK KENDIRI 4.3

1. Nyatakan asas membina slaid dari segi keperluan media dalam


persembahan elektronik.
2. Lakarkan contoh papan cerita yang hendak dibina bagi satu
subtajuk tertentu.

 Topik ini membincangkan cara membina perisian persembahan elektronik


yang baik dengan menggunakan kaedah CASPER. Topik ini juga
membincangkan cara merancang pembinaan perisian persembahan
elektronik dengan membina papan cerita. Pelajar juga diberikan latihan amali
pembinaan persembahan elektronik dalam topik ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK  117

Alignment Persembahan elektronik


Emphasis Proximity
Kontra Repetition
Menipulasi objek Simplicity (Mudah)
Papan cerita

Baharuddin Aris, Rio Sumarini Shariffudin & Manimegalai Subramaniam.


(2002). Reka bentuk perisian multimedia. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Jamaludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir. (2001). Pembangunan
perisian multimedia satu pendekatan sistematik. Kuala Lumpur: Venton
Publishing.
Shaifol Bahary Sulaiman. (2004). Pembangunan dan penilaian perisian
multimedia bagi kursus teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran kursus sekolah bestari. Tesis Sarjana
Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shaifol Bahary Sulaiman. (2004). Teknologi maklumat untuk institusi perguruan.
Kuala Lumpur: Federal Publication.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Hamparan
5 Elektronik
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisi dan menjelaskan perisian hamparan elektronik;
2. Menjelaskan sejarah dan perkembangan hamparan elektronik;
3. Menyatakan ciri-ciri utama hamparan elektronik serta proses
penyusunan dan penapisan data menggunakan hamparan
elektronik;
4. Menghasilkan jadual dan carta menggunakan hamparan elektronik;
dan
5. Membina satu ujian mudah menggunakan hamparan elektronik.

 PENGENALAN
Setelah melalui topik persembahan elektronik, apakah pula pandangan anda
tentang hamparan elektronik? Tahukah anda bahawa penggunaan hamparan
elektronik (electronic worksheet) adalah satu keutamaan dalam menguruskan
sistem kewangan sesebuah institusi? Namun begitu, penggunaan hamparan
elektronik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran masih dianggap berada
pada tahap yang rendah. Adalah diharap bahawa pendedahan penggunaan
hamparan elektronik untuk tujuan pendidikan dapat dipertingkatkan di
kalangan pendidik untuk mempertingkatkan lagi mutu pendidikan.

Topik ini akan menjelaskan fungsi hamparan elektronik dalam menghasilkan


lembaran kerja. Turut dijelaskan adalah komponen asas hamparan elektronik,
cara memformatkan sel, jenis data dan fungsi operasi matematik. Bimbingan
diberi bagi menjalankan beberapa fitur asas seperti menyusun dan menapis data
serta membina jadual dan carta. Penggunaan hamparan elektronik secara

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK  119

diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dibuat secara amali


melalui pembinaan jadual serta carta markah kelas dan pembinaan ujian mudah.

5.1 PENGENALAN
Di sepanjang pengalaman anda, pernahkah anda menggunakan buku lejar?
Tahukah anda bahawa halaman buku lejar tersebut dikenali sebagai hamparan?
Apakah yang anda faham dengan perkataan hamparan? Apakah perbezaan
antara hamparan elektronik dengan hamparan bukan elektronik?

Sebelum hamparan elektronik diperkenalkan, penyimpan-penyimpan rekod dan


akaun biasanya menggunakan kertas dan pensel untuk mencatat data ke dalam
lejar, iaitu sebuah buku yang mengandungi beberapa helai hamparan kerja.
Catatan rekod dan pengiraan dibuat menggunakan tangan dan dimasukkan
semula ke dalam halaman kerja setiap kali pengiraan semula dibuat.

Mengikut sejarah, idea untuk mencipta hamparan elektronik dimulakan oleh


Dan Bricklin ketika beliau belajar MBA di Harvard Business School pada tahun
1978. Ketika memerhatikan pensyarah, beliau memadam dan menulis semula
keseluruhan jalan kerja pada hamparan kerja di papan tulis apabila membuat
pengiraan semula. Dari situ, beliau cuba memikirkan satu cara mudah untuk
membuat pengiraan semula hanya dengan memadam satu angka pada
hamparan kerja.

Dan Bricklin dan Bob Frankston mencipta perisian hamparan elektronik yang
pertama iaitu untuk komputer Apple II dan menamakannya VisiCalc. Perisian
hamparan elektronik seterusnya dikeluarkan pada tahun 1983 oleh Mitch Kapor
untuk syarikat Lotus Development Corp untuk penggunaan pada komputer IBM
PC dan ia dinamakan Lotus 1-2-3. Dari itu, timbullah hamparan elektronik lain
termasuk SuperCalc, Works, Quattro Pro, Microsoft Excel dan Apple Calc.

5.1.1 Fungsi Hamparan Elektronik dalam


Menghasilkan Lembaran Kerja
Hamparan elektronik kini merupakan satu lejar perakaunan atau helaian kerja
saintifik yang disusun mengikut baris dan lajur yang dicipta, diedit, diolah dan
dipaparkan oleh komputer. Kesan elektronik membolehkan data dipaparkan,
dipadamkan dan diedit dengan mudah. Hamparan elektronik mempunyai ciri-ciri
untuk mengolah data termasuk mengira seperti kalkulator termasuk pengiraan
menggunakan formula matematik dan saintifik. Fitur lanjutan hamparan elektronik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK

membolehkan paparan dibuat dalam bentuk jadual dan carta untuk memudahkan
pengguna menggarap maklumat hasil olahan data.

Perisian hamparan elektronik boleh membantu pengguna menyimpan data,


melaksanakan pengiraan yang kompleks dan menghasilkan output, sama ada
dalam bentuk elektronik atau bentuk cetakan. Dengan itu, perisian ini mampu
menjimat masa dan tenaga manusia berbanding hamparan yang berasaskan kertas
dan pensel.

SEMAK KENDIRI 5.1

Senaraikan fungsi hamparan elektronik yang anda ketahui. Apakah


kesan yang anda dapati sekiranya perisian ini tidak dicipta?

Aplikasi hamparan elektronik termasuk membolehkan pengguna:


(i) Menyimpan rekod;
(ii) Memadam rekod;
(iii) Mengedit rekod;
(iv) Menyusun dan mengisih rekod;
(v) Membuat pengiraan matematik, statistik, kewangan dan kejuruteraan
berdasarkan formula dan fungsi; dan
(vi) Memaparkan maklumat dalam bentuk jadual dan carta.

Topik ini akan menumpu kepada perisian hamparan elektronik Microsoft Excel
untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai sebahagian daripada aplikasi bersepadu Microsoft Office, terdapat


banyak ciri yang dikongsi oleh aplikasi Microsoft Word dan Microsoft
PowerPoint. Perhatian perlu diberi kepada fitur-fitur yang dipilih semasa proses
pemasangan perisian aplikasi bersepadu Microsoft Office. Terdapat rungutan
pengguna-pengguna Microsoft Excel bahawa sesetengah fitur yang mereka
perlukan tidak ada apabila mereka menggunakan perisian tersebut. Hal
sedemikian selalunya timbul akibat tidak memilih pemasangan fitur berkenaan
semasa proses pemasangan perisian aplikasi bersepadu Microsoft Office.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK  121

Perisian Microsoft Excel membenarkan pengguna:


(i) Menyimpan data dan mengolahnya;
(ii) Melakukan format pada hamparan seperti memasukkan simbol mata wang
dan perpuluhan, memberi kesan warna, alignment dan protection;
(iii) Menghasilkan carta berdasarkan data;
(iv) Melaksanakan pengiraan matematik, stastistik, kejuruteraan dan
kewangan;
(v) Membuat unjuran berdasarkan penggunaan analisis What-if ;
(vi) Mengautomasikan tindakan-tindakan berdasarkan penggunaan macro;
(vii) Menyimpan dan mengurus data dalam bentuk pangkalan data dengan
mudah;
(viii) Menyelit grafik; dan
(ix) Mengakses Internet berdasarkan penggunaan hyperlink.

5.1.2 Komponen Asas

SEMAK KENDIRI 5.2

Berdasarkan senarai keupayaan perisian Microsoft Excel, cadangkan


bagaimana Microsoft Excel boleh dimanfaatkan oleh guru untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Fail Microsoft Excel dikenali sebagai Excel Workbook dengan file extension.xls.
Setiap workbook terdiri daripada hamparan kerja elektronik yang dikenali
sebagai Excel Worksheet. Bilangan hamparan atau worksheet boleh ditambah
dan setiap worksheet diaktifkan (dipaparkan) dengan cara menekan tab
worksheet berkenaan yang terdapat di bahagian bawah kiri paparan di skrin.

Hamparan atau worksheet Microsoft Excel adalah seperti sehelai kertas elektronik
yang terbina bersama sebatang pensel, pemadam dan mesin kira. Ia mempunyai
column (lajur) dan row (baris). Secara default terdapat 256 columns dengan kepala
abjad bermula A hingga Z, kemudian AA hingga AZ dan seterusnya. Terdapat
65,536 barisan atau rows dengan kepala numerik 1 hingga 65536. Column dan Row
boleh ditambah (add), dibuang (delete) dan disorokkan (hide).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK

Tindanan (intersection) column dan row dinamakan cell. Setiap cell mempunyai
nama rujukan (cell reference) berdasarkan column dan row. Sebagai contoh, cell
yang menjadi tindanan antara Column C dan Row 32 dirujuk sebagai Cell C32.

Sekumpulan cell yang ditandakan (highlighted) dikenali sebagai range. Dari segi
notasi, range dinotasikan dari cell paling atas kiri hingga ke cell paling kanan
bawah melalui simbol: (contoh C32:G46).

(a) Pengenalan kepada Tetingkap Microsoft Excel

Rajah 5.1: Tetingkap Microsoft Excel

File Name adalah nama fail yang dibuka. Apabila satu fail baru dibuka,
secara default, fail tersebut akan mengambil nama Book1 (Book1.xls).
Nama fail ini akan dipaparkan pada Application Bar. Apabila anda
menyimpan fail tersebut atas nama baru, nama baru itu pula akan
dipaparkan di tempat yang sama.

Rajah 5.2: Tetingkap Toolbar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK  123

Seperti Microsoft Word, Microsoft Excel mempunyai arahan-arahan yang


boleh dicapai, sama ada dengan membuka pull down menu dari Main
Menu Bar atau mengklik ikon yang terdapat pada mana-mana toolbar.

(b) Main Menu Bar


Terdapat kelainan pada Main Menu Excel berbanding aplikasi Microsoft
Office lain. Antara yang ketara adalah:

Pada submenu Insert terdapat keupayaan khas seperti menambah cell, row,
column, worksheet, function dan chart. Lain-lain keupayaan adalah hampir
sama dengan menu di Microsoft Word.

Rajah 5.3: Submenu (Insert)

Pada submenu Format terdapat keupayaan mengubah ciri cell, row,


column dan sheet.

Rajah 5.4: Submenu (Format)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK

Pada submenu Tools terdapat Protection tool untuk melindungi worksheet


dan workbook bagi mengelakkan data atau operasi matematik diubah oleh
pengguna. Options tool pula membolehkan pengguna mengubah ciri asas
hamparan kerja dibuka.

Rajah 5.5: Submenu (Tool)

Pada submenu Data pula, terdapat keupayaan mengisih dan menapis data
serta beberapa pilihan lain yang boleh digunakan untuk memanipulasi
data.

Rajah 5.6: Submenu (data)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK  125

(c) Toolbar pada Paparan Microsoft Excel


Microsoft Excel membekalkan beberapa toolbar yang boleh ditinjau dengan
memilih View di Main Menu dan klik Toolbars.

Toolbar berkaitan boleh dikeluarkan pada paparan skrin dengan


memilihnya daripada senarai yang terpapar. Setiap toolbar mempunyai set
ikon tersendiri bagi membantu memudahkan pengguna Excel
melaksanakan tugas format, mengedit dan melaksanakan arahan
matematik.

Antara ikon yang biasa digunakan termasuk dalam jadual berikut:

Jadual 5.1: Ikon dalam Toolbar pada Paparan Microsoft Excel

Ikon Keterangan

Menjumlahkan nilai dari jeda yang ditetapkan

Mengeluarkan kotak dialog untuk function

Melakukan isihan ke bawah atau ke atas

Mengurang atau menambahkan nombor perpuluhan

Memulakan chart wizard

Mengetengahkan teks melangkaui beberapa cell yang dipilih

Mewarnakan sempadan cell yang dipilih

Ikon boleh ditambah kepada setiap Toolbar dengan memilih Customize


dan memilih ikon yang diinginkan serta mengheret ikon berkenaan ke atas
toolbar berkaitan.

AKTIVITI 5.2
Setelah anda pelajari mengenai hamparan elektronik, apakah
langkah yang perlu bagi menghapuskan ikon yang sedia ada pada
toolbar yang terpapar?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK

SEMAK KENDIRI 5.3

Senaraikan semua jenis toolbar yang ada dalam Microsoft Excel.

5.1.3 Format Cell


Terdapat pelbagai jenis cara untuk memformatkan cell. Kaedah untuk
memformatkan cell atau sekumpulan cell ialah dengan menandakan cell atau
highlight cell berkenaan dahulu sebelum mengeluarkan paparan untuk
memformatkan cell.

Cara untuk tandakan boleh dilakukan dengan mana-mana cara berikut:


(a) Cell - mengklik mana-mana satu sel untuk mengaktifkannya;
(b) Range - klik dan heret tetikus melangkaui beberapa cell;
(c) Column - klik pada column header column berkaitan; dan
(d) Row - klik pada row header berkaitan.

Kotak dialog Format Cells adalah menu utama untuk memformatkan cell. Paparan
berkenaan dikeluarkan menerusi klik Format di Main Menu dan klik Cells.

Dengan menggunakan kotak dialog Format Cells, pengguna boleh menukar ciri cell
dari aspek sifat angka yang dimasukkan ke dalam cell, alignment kandungan cell,
ciri font, cell border, cell pattern dan menukar protection bagi cell.

Pada menu Alignment, pengguna dapat memperkemaskan kedudukan dan


orientasi paparan kandungan cell.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK  127

Rajah 5.7: Kotak dialog Format Cells

Pengguna juga dapat mencantumkan beberapa cell secara Merge cells.

Pada Menu Font pengguna dapat menukar ciri font yang dipaparkan dari aspek
jenis muka huruf, stail, saiz, kesan garis dan warna.

Rajah 5.8: Kotak dialog Format Cells (submenu Font)

Terdapat satu tetingkap Preview yang membenarkan pengguna mengetahui


kesan pilihan sebelum OK diklik.

Protection bagi cell hanya berfungsi apabila protection bagi worksheet telah
dilaksanakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK

Secara default, semua cell berada dalam keadaan Locked (dikunci). Ini bermakna
apabila protection bagi worksheet dilaksanakan, semua cell tidak boleh diubah
oleh pengguna. Oleh itu mana-mana cell yang memerlukan perubahan input
(misalnya untuk murid memasukkan jawapan) perlu dihapuskan ciri Locked
terlebih dahulu. Terdapat keupayaan memberikan kata laluan bagi tujuan kawalan
protect dan unprotect.

Rajah 5.9: Tetingkap Format Cells(Protection)

Ciri Hidden pula akan menyebabkan kandungan sesuatu cell tidak dipaparkan
apabila protection bagi worksheet dilaksanakan. Satu situasi di mana ciri Hidden
digunakan ialah apabila guru tidak mahu murid mengetahui formula yang
digunakan untuk mendapat jawapan hasil input murid.

5.1.4 Jenis Data Input dan Fungsi Operasi Matematik


Cell boleh mengambil sifat blank (kosong atau tiada apa input) atau mempunyai
input sama ada konstant atau formula.

Konstant merupakan:
(a) Input yang tidak berubah termasuk teks, tarikh, masa; atau
(b) Nombor yang mempunyai nilai numerik seperti integer, desimal, peratus
atau pecahan yang mana jika perlu diubah perlu kemasukan yang baru.

Formula pula adalah kemasukan yang merupakan operasi dan fungsi matematik
kepada konstant yang ada, yang jika diubah, akan mengubah keseluruhan
pengiraan. Ini juga bermakna dengan menggunakan formula, jika mana-mana

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK  129

konstant diubah, perubahan kepada hasil pengiraan akan dilakukan secara


automatik.

Formula perlu dimulakan dengan simbol =.

Operasi matematik yang biasa digunakan bersama formula termasuk:

+ Tambah
- Totak
* Darab
/ Bahagi

Terdapat banyak fungsi matematik yang boleh digunakan untuk memudahkan


pengiraan. Senarai penuh fungsi matematik untuk Excel boleh dilihat dengan
mengklik Insert di Main Menu dan memilih Function.

Antara fungsi matematik yang biasa digunakan oleh guru termasuk yang
terdapat dalam jadual seterusnya.

Jadual 5.2: Fungsi Matematik, Tujuan dan Contoh Formula

Fungsi Tujuan Contoh Formula


SUM Carikan jumlah =SUM(A1+B1)
=SUM(C2:F2)
=SUM(P10*(60/100))
=SUM((AE8/48)*100)
AVERAGE Cari nilai purata bagi satu =AVERAGE(C12:H12)
range
COUNTIF Kirakan kekerapan suatu nilai =COUNTIF(G13:G60, ‰LULUS ‰)
dalam satu range
IF Memberi respon jawapan yang =IF(C19=‰‰,‰‰,IF(C19=‰baju‰,1,0))
pelbagai bagi input yang
berbeza

Cell yang mengandungi formula dan fungsi boleh ditukarkan nilai kepada teks
apabila dimasukkan di awalnya dengan simbol '. Teknik ini biasanya dilakukan
untuk membolehkan guru mempamerkan formula yang digunakan untuk
mendapat sesuatu hasil apabila memberi penerangan kepada murid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK

Rajah 5.10: Contoh penggunaan Formula di Cell

5.1.5 Formula Bar


Paparan di Formula Bar adalah amat penting dalam Excel. Apa sahaja yang
ditaip masuk dalam mana-mana cell akan dipaparkan pada formula bar.

Oleh itu, paparan di formula bar boleh digunakan untuk mengetahui kandungan
sebenar sesuatu cell.

Rajah 5.11: Paparan perbezaan Formula Bar ketika berada di Cell C, dengan semasa di
kedudukan Cell D, paparan Formula Bar kosong

Paparan di formula bar memaparkan formula dan fungsi sebagai paparan


lazim dan tidak sebagai hasil formula atau fungsi berkenaan. Ini
memudahkan pengguna mengesan kesilapan pada formula atau fungsi yang
digunakan jika ada.

Pengguna juga boleh mengedit teks atau formula dengan menaip terus pada
formula bar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK  131

Rajah 5.12: Paparan pada formula bar yang mempunyai pengisian formula

SEMAK KENDIRI 5.4

1. Jelaskan empat simbol asas operasi matematik yang digunakan


dalam Microsoft Excel.
2. Jelaskan empat fungsi matematik dalam Microsoft Excel yang biasa
digunakan oleh guru untuk membina bahan bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran.

5.2 FITUR-FITUR ASAS HAMPARAN


ELEKTRONIK
Kita akan membincangkan fitur-fitur asas hamparan elektronik dalam
subtopik ini.

5.2.1 Menyusun dan Mengisih Data


Selain berfungsi untuk menjalankan operasi matematik, Excel juga berguna
untuk kerja-kerja rutin seperti penyusunan data dalam bentuk jadual dan carta
untuk persembahan dan cetakan.

Isian data dapat dilaksanakan dengan menggunakan arahan Sort.

Untuk tujuan ini, data perlu ditandakan (highlight) terdahulu. Kemudian klik
Data pada Main Menu dan pilih Sort.

Kotak dialog yang terpapar (Rajah 5.13) akan membenarkan pengguna mengisih
data dalam column berkaitan mengikut abjad dan kekuatan nilai secara menurun
(ascending) atau menaik (descending).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK

Rajah 5.13: Kotak dialog Sort

Kemudahan Sort membolehkan data dipaparkan kepada pengguna dengan lebih


kemas.

5.2.2 Menapis Data


Apabila koleksi data menjadi terlalu besar, keupayaan mencapai data juga akan
menjadi lebih sukar. Excel menyediakan kemudahan menapis data bagi
memudahkan capaian data yang hendak dipaparkan.

Penapisan data dilakukan dengan cara: klik Data pada Main Menu, klik Filter
pada submenu dan pilih AutoFilter.

Rajah 5.14: Submenu data (filter)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK  133

Dengan menggunakan Filter, pengguna dapat menapis data supaya data yang
terpilih sahaja dipaparkan.

Rajah 5.15: Contoh data yang dihasilkan dengan penggunaan filter

5.2.3 Pembinaan Jadual


Jadual digunakan untuk mempersembahkan data berbentuk teks dan nombor
agar dapat difahami dengan lebih jelas oleh pengguna.

Jadual dalam Excel terbentuk hasil kesan formatting ke atas cell yang
mengandungi data. Antara kesan format yang biasa dikenakan ke atas cell
termasuk memberikan warna untuk table header, mewujudkan border di
sekeliling cell dan range, kesan kepada alignment teks dalam cell termasuk kesan
orientasi.

AKTIVITI 5.1

Penggunaan prinsip reka bentuk visual adalah penting dalam mereka


bentuk bahan persembahan. Sejauh manakah prinsip reka bentuk
visual perlu diaplikasikan dalam membina jadual yang dapat
memaparkan data dengan jelas kepada pengguna?

5.2.4 Pembinaan Carta


Carta digunakan sebagai representasi grafik untuk data yang dimasukkan ke
dalam Excel. Cara biasa menghasilkan carta adalah dengan menggunakan Chart
Wizard. Kotak Dialog Chart Wizard dikeluarkan untuk paparan dengan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK

mengklik pada ikon Chart Wizard pada toolbar atas, mengklik Insert pada Main
Menu dan memilih Chart.

Rajah 5.16: Kotak dialog Chart Wizard

Excel memberikan keupayaan membentuk pelbagai jenis carta daripada data


yang telah disediakan. Antara carta yang biasa digunakan termasuk Column,
Bar, Pie dan Line. Sesetengah jenis carta boleh dibuat dalam bentuk tiga dimensi
untuk kelihatan lebih menarik. Pemilihan jenis carta bergantung pada jenis
maklumat yang hendak disampaikan. Carta Column dan Carta Bar biasanya
digunakan untuk menunjukkan tahap pencapaian. Carta Line pula digunakan
untuk menunjukkan perubahan pencapaian atau prestasi. Kegunaan utama
Carta Pie adalah untuk menunjukkan pecahan daripada satu dapatan.

Pada asasnya, apabila sekumpulan data ditanda dan carta dibina menggunakan
Chart Wizard, satu carta ringkas akan terbentuk.

Rajah 5.17: Contoh carta dihasilkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK  135

Satu perkara penting yang perlu dilakukan ialah pengguna perlu menentukan
sama ada data yang hendak dijadikan carta itu berada dalam Row (data disusun
secara mendatar mengikut baris) atau Column (data disusun secara menegak
mengikut lajur) dan menandakannya pada Series in dalam Data Range pada
kotak dialog Chart Source Data. (Rajah 5.18)

Rajah 5.18: Contoh carta pemilihan susunan Column

Carta yang lebih menarik dapat ditunjukkan membuat pilihan tertentu dengan
memilih opsyen yang sesuai pada submenu Chart Types seperti:

Titles : Masukkan judul carta, kategori untuk paksi X dan paksi Y.


Data labels : Masukkan nilai (value) sebenar di atas setiap bar.

Rajah 5.19: Contoh carta yang telah diisi tajuk, paksi X dan paksi Y
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
136  TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK

Anda boleh menyimpan carta sebagai satu worksheet tersendiri atau sebagai
objek dalam worksheet yang sedang dibuka. Klik Finish setelah anda membuat
pilihan.

5.3 INTEGRASI HAMPARAN ELEKTRONIK


DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Di bahagian ini, peserta perlu melaksanakan beberapa aktiviti secara amali untuk
menunjukkan bahawa hamparan elektronik atau worksheet boleh diintegrasikan
ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5.3.1 Amali 1 – Membina Jadual


Dengan menggunakan kesan format yang bersesuaian, paparkan maklumat
berikut dalam bentuk jadual yang dapat menarik perhatian murid tanpa
menjejaskan keupayaan merujuk kepada maklumat dengan cepat dan jelas.

Bilangan Murid Lelaki Bilangan Murid Perempuan


Tahun 4 Bijak 12 22
Tahun 4 Bestari 15 24
Tahun 4 Cerdik 11 28
Tahun 4 Pandai 19 22

Antara kesan format yang mungkin boleh anda gunakan termasuk:


(a) Alignment - menggunakan kesan orientasi bagi header jadual dan align
center bagi data.
(b) Font - saiz yang berbeza antara header jadual dan data.
(c) Border - border yang berlainan antara keliling jadual dan cell dalam
jadual.
(d) Pattern - kesan shading bagi kawasan header jadual

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK  137

5.3.2 Amali 2 – Membina Carta


Dengan menggunakan data di Amali 1, kirakan jumlah murid lelaki dan jumlah
murid perempuan dalam Tahun empat. Persembahkan data berkenaan dengan
menggunakan carta yang sesuai.

Untuk melakukan tugasan ini, anda perlu:


(a) Menambah satu baris dalam jadual dan mengira jumlah murid lelaki dan
murid perempuan menggunakan fungsi matematik yang sesuai;
(b) Sorok (hide) barisan yang mengandungi data bagi empat kelas yang ada;
(c) Tandakan (highlight) baki jadual yang terpapar dan mulakan chart wizard;
d) Pilih jenis carta yang sesuai;
(e) Tandakan orientasi data pada data range; dan
(f) Lengkap pilihan untuk chart types.

5.3.3 Amali 3 – Membina Ujian


Anda akan membina satu ujian di mana murid akan melabelkan bahagian-
bahagian pada sebuah gambar dan mendapat respon ă sama ada jawapan
mereka betul atau sebaliknya.

Rajah 5.20: Contoh, hasil kerja dalam membina ujian

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK

Pada satu worksheet baru:


(a) Masukkan satu gambar dari mana-mana sumber yang boleh anda perolehi
ke atas satu worksheet baru,
(b) Bina arahan tugasan kepada murid untuk melabel bahagian-bahagian
gambar berkenaan,
(c) Formatkan satu cell untuk murid memasukkan jawapan mereka. Contoh
yang digunakan adalah cell jawapan murid (cell reference adalah Cell J7),
(d) Gunakan format TIDAK Locked (buang penanda di tepi Locked) bagi
melindungi cell di atas supaya murid boleh memasukkan jawapan apabila
worksheet dilindungi selepas ini,
(e) Gunakan panah arah untuk memandu murid memasukkan jawapan yang
sesuai bagi bahagian yang hendak dilabelkan,
(f) Sediakan satu cell lain untuk memaparkan respons kepada jawapan murid
(contoh cell respons kepada jawapan murid adalah Cell L7),
(g) Gunakan format Hidden bagi perlindungan untuk cell di atas supaya
murid tidak tahu jawapan yang digunakan dalam pemberian markah.
(h) Masukkan formula berikut ke dalam cell respons berkenaan:

=IF(J7=‰‰,‰‰,IF(J7=‰sambal‰,1,0))

Fungsi formula di atas bermaksud:


Jika Cell J7 tidak ada jawapan, kosongkan cell tersebut, manakala jika J7
mengandungi input teks adalah „Sambal‰, berikan respons markah 1; jika
input bukan „Sambal‰ berikan respons markah 0.
Catatan: Anda juga boleh memberi respons dalam bentuk teks seperti
"BETUL" atau "SALAH".
(i) Ulang langkah c hingga g bagi melengkapi semua bahagian yang perlu
dilabelkan. Jangan lupa ă anda perlu menukar cell reference dan teks
„Sambal‰ kepada cell dan teks yang berkaitan.
(j) Lindungi worksheet anda dengan mengklik Tools di Main Menu dan
memilih Protection, Protect Sheet. Masukkan kata laluan pilihan anda ă
jangan lupa kata laluan yang digunakan.

Anda perlu Unprotect Sheet dan memasukkan kata laluan yang telah anda
gunakan setiap kali anda ingin membuat perubahan kepada hamparan atau
worksheet anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK  139

SEMAK KENDIRI 5.5

1. Jelaskan empat simbol asas operasi matematik yang digunakan


dalam Microsoft Excel.
2. Jelaskan empat fungsi matematik dalam Microsoft Excel yang
biasa digunakan oleh guru untuk membina bahan bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran.
3. Anda bercadang hendak membina satu latihan berbentuk latih
tubi menggunakan perisian Microsoft Excel. Jelaskan langkah-
langkah yang perlu diambil untuk melaksanakan hasrat tersebut.

 Di dalam topik ini, sejarah hamparan elektronik, beberapa fitur asas dan
contoh penggunaan hamparan elektronik dengan memfokuskan kepada
perisian Microsoft Excel telah dibincangkan.
 Selain itu, hamparan elektronik menjadi perisian penting dalam pengurusan
pendidikan. Ia juga menjadi alat yang berguna kepada guru dalam membina
bahan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
 Seorang guru yang mahir mengendalikan fitur-fitur yang terdapat dalam
perisian hamparan elektronik dapat membina bahan-bahan pendidikan yang
sesuai digunakan dalam bilik darjah.
 Langkah lebih lanjut perlu diambil oleh guru untuk meneroka dan
seterusnya memahirkan diri dengan fitur-fitur lanjutan hamparan elektronik
agar dapat bertindak dengan lebih cemerlang dalam melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 5 HAMPARAN ELEKTRONIK

Cell Protection
Chart Wizard Range
Column Row
Filter Sort
Format Submenu
Function Toolbar
Ikon Worksheet
Main Menu

Cushing, S. (2001). GCSE: Information and communication technology for


OCR specification B. Oxford: Heinemann.
Gips, J. (1991). Mastering Lotus 1-2-3: A problem-solving approach.
New York: John Wiley & Sons Inc.
Noralila Mat et. al. (2004). Aplikasi Komputer. Kuala Lumpur: Prentice Hall.
Sellapan, P. (2000). Excel 2000: through examples ă a reference for beginners.
Shah Alam: Times.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengurusan

6 Teknologi
Maklumat dalam
Pengajaran
dan Pembelajaran
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan beberapa kaedah penyenggaraan perisian komputer
anda;
2. Menyenaraikan jenis-jenis topologi rangkaian dan perbezaannya.
3. Memahami maksud serta jenis protokol rangkaian dan perkongsian
maklumat;
4. Menghuraikan kepentingan keselamatan dan peraturan makmal
komputer; dan
5. Mengenal pasti lapan contoh virus serta faktor penyebaran dan
kaedah pemuliharannya.

 PENGENALAN
Teknologi maklumat merupakan suatu komponen penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Untuk menjayakan peranan ini, anda sebagai
seorang guru seharusnya memahami beberapa konsep asas dalam pengurusan
teknologi maklumat, terutamanya, pengendalian dan penyenggaraan komputer
serta pengurusan makmal komputer. Topik ini akan membincangkan tiga
perkara penting dalam pengurusan tersebut, iaitu penyenggaraan komputer,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

asas rangkaian dan penyenggaraan makmal komputer. Pengurusan teknologi


maklumat sangat berguna untuk guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

6.1 PENYENGGARAAN PERISIAN


Komputer merupakan mesin yang dinamik yang sentiasa menampung
perubahan dan penambahan perisian. Sesebuah komputer berkemungkinan
mempunyai perisian yang minimum yang terdiri daripada perisian sistem, utiliti
ataupun mempunyai perisian yang pelbagai. Dengan kerencaman perisian yang
ada di dalam komputer, penyenggaraan perlu dilakukan untuk mengoptimum
keupayaan komputer anda.

6.1.1 Scandisk dan Defrag


(a) ScanDisk

Scandisk adalah satu utiliti yang berfungsi untuk:


(a) Mengesan dan memperbaiki masalah fizikal dan logikal yang
terdapat pada cakera keras (hard disk) dan cakera liut. Masalah
fizikal melibatkan calar pada permukaan hard disk atau cakera liut
(disket). Masalah logikal pula ialah masalah berkaitan data seperti
kerosakan pada FAT (File Allocation Table).
(b) Mencari dan membuang fail-fail yang tidak dikehendaki.

Bagaimanakah anda memulakan Scandisk dan defrag?

Dapatkan paparan skrin seperti di bawah dan klik pada opsyen ScanDisk.

(i) Klik butang Start > Programs > Accessories > System Tools > ScanDisk.

Rajah 6.1: Tetingkap Programs

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN  143
DAN PEMBELAJARAN

(ii) Selepas memilih ScanDisk, kotak dialog berikut akan dipamerkan


(Rajah 6.2):

Rajah 6.2: Kotak dialog ScanDisk

Klik hard disk yang bakal disemak. Tentukan bentuk semakan.

(ii) Klik butang Start untuk mulakan proses ini.

Sekiranya anda telah memilih opsyen semakan Thorough, proses


Scandisk akan mengambil masa yang agak lama untuk
melaksanakannya (bergantung pada saiz hard disk tersebut).

Secara umumnya, proses Scandisk akan mengesan semua fail yang ada
pada hard disk itu. Ia juga akan:
Ć Mengesan ruang kosong yang rosak dan menandakannya sebagai
rosak,
Ć Mengesan fail-fail yang rosak atau terputus (cross-linked and
defragmented),
Ć Membetulkan kedudukan fail-fail tersebut pada sektor-sektor.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

(iv) Apabila proses Scandisk selesai dilakukan, tetingkap mesej berikut


akan dipamerkan:

Rajah 6.3: Tetingkap mesej bagi keputusan ScanDisk

(v) Klik butang Close untuk tamatkan proses ini.

(b) Disk Defragmenter


(i) Membolehkan data dicapai dengan lebih cepat.
(ii) Program akan beroperasi dengan lebih pantas.

Apabila komputer menyimpan data pada hard disk atau disket, data
tersebut ditempatkan pada sektor pertama disk yang boleh digunakan.
Komputer akan cuba menempatkan data-data tersebut secara berturutan
(berdekatan). Walau bagaimanapun, perkara ini tidak selalu terjadi.
Apabila kandungan sesebuah fail berselerak antara dua atau lebih sektor,
berlakulah apa yang dinamakan fragmented. Keadaan ini akan
menyebabkan capaian pada hard disk menjadi lambat dan seterusnya akan
menjejaskan kemampuan komputer. Masalah ini dapat diselesaikan dengan
menggunakan kemudahan utiliti Disk Defragmenter.

Anda boleh gunakan kaedah-kaedah yang serupa dengan pelaksanaan


ScanDisk untuk membuka kemudahan Defragmenter.

(i) Klik butang Start > Programs > Accessories > System Tools,
kemudian klik pada Disk Defragmenter. Proses Defragment akan
dilaksanakan dalam dua mod:
 Mod latar ă utiliti akan dilaksanakan secara senyap, tanpa
mempamerkannya kepada pengguna; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN  145
DAN PEMBELAJARAN

 Mod tampak ă skrin akan pamerkan hasilan proses pelaksanaan


defragmenter.

Rajah 6.4: Contoh proses Disk Defragmenter dilakukan

Proses ini akan berlanjutan untuk beberapa lama, bergantung pada saiz
hard disk.
(ii) Klik pada butang Show Details... untuk pamerkan mod tampak dan
keadaan susunan fail sebelum proses disk defragmenter.
(iii) Setelah selesai, tetingkap akan dipaparkan. Klik butang Exit untuk
keluar dan menamatkan disk defragmenter.

SEMAK KENDIRI 6.1

Semasa anda menjalankan proses Disk Defragmanter, mengapakah


terdapat beberapa kod warna pada tetingkap defragmenter?

6.1.2 Memadam dan Menghapus Fail


Fail-fail yang telah terbina boleh dipadamkan dan dihapuskan untuk
mengelakkan lambakan fail yang tidak berguna serta mengurangkan ruangan
storan di dalam hard disk. Penghapusan fail ini juga akan mengemaskan
susunan fail dalam komputer anda.

Pengoperasian Windows telah menyediakan kemudahan untuk memadam dan


menghapus fail.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

(a) Bawa kursor dan aktifkan (klik) fail yang hendak dipadamkan.

Rajah 6.5: Contoh Fail yang hendak dipadamkan

(b) Klik ikon yang terletak di menu 'File and Folder Tasks'.

(c) Satu kotak dialog akan terpapar seperti berikut:

Rajah 6.6: Kotak dialog Confirm File Delete

(d) Klik Yes untuk menghantar fail tersebut ke Recycle Bin.

(e) Pada ikon Recycle Bin terdapat fail dan maklumat yang sedia untuk
dihapuskan dari komputer.

Rajah 6.7: Ikon Recycle Bin

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN  147
DAN PEMBELAJARAN

(f) Klik ikon Recycle Bin di mana terdapat submenu Recycle Bin Tasks.

Rajah 6.8: Menu Recycle Bin Tasks

(g) Klik Empty the Recycle Bin untuk menghapuskan fail tersebut.

(h) Klik Restore all items untuk mendapatkan semula fail tersebut.

6.1.3 Pemasangan Perisian


Anda boleh membuat pemasangan sesuatu perisian ke dalam komputer anda.
Sistem operasi Windows menyediakan kemudahan untuk instalasi perisian.

Beberapa kaedah digunakan untuk instalasi sesuatu perisian.

Sesetengah perisian mempunyai kemudahan 'auto-install', dan anda boleh terus


membuat instalasi dengan kemudahan tersebut.

Untuk membuat instalasi secara manual langkah-langkah berikut boleh diikuti:


(i) Klik ikon My Computer di skrin desktop.
(ii) Klik CD-Drive di dalam My Computer.
(iii) Klik fail .exe untuk memulakan instalasi.

Rajah 6.9: Ikon untuk menginstalasi

(iv) Ikuti arahan instalasi sehingga selesai. Pastikan anda mempunyai kata
laluan perisian tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

SEMAK KENDIRI 6.2

1. Cuba anda senaraikan perisian-perisian yang pernah diinstalasi oleh


anda bagi memudahkan melakukan tugasan anda.
2. Nyatakan perbezaan antara ScanDisk dengan Defragmenter.

6.2 ASAS RANGKAIAN

Rangkaian komputer adalah koleksi sejumlah komputer yang boleh


berkomunikasi antara satu sama lain melalui media yang dikongsi.

Sebelum pembangunan teknologi rangkaian, komputer-komputer peribadi


terasing antara satu sama lain, melainkan ia dihubungkan dengan komputer
Kerangka Utama (Main Frame).

6.2.1 Kegunaan Rangkaian Komputer


Jadual 6.1: Kegunaan Rangkaian Komputer

Kegunaan Rangkaian
Keterangan
Komputer
Untuk berkongsi sumber Dengan rangkaian komputer, pengguna dapat berkongsi
atau perkakasan sumber dan perkakasan, contohnya fail, pencetak,
modem, mesin faks.
Untuk berkongsi perisian Pengguna tidak perlu mempunyai satu sistem yang
boleh memuatkan kesemua program atau perisian
dalam komputer mereka. Apa yang diperlukan
hanyalah perisian asas untuk membolehkan komputer
beroperasi. Selain itu, pengguna dapat berkongsi dengan
pengguna yang lain ataupun boleh mendapatkannya
terus daripada pelayan ataupun server.
Untuk meningkatkan Penggunaan rangkaian komputer lebih menyenangkan
produktiviti untuk berkongsi data dan maklumat di kalangan
pengguna.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN  149
DAN PEMBELAJARAN

Kos efektif Oleh kerana pengguna dapat berkongsi sumber,


perkakasan dan juga perisian, maka penggunaan
rangkaian komputer menjadi murah dan pelaburannya
juga adalah kos efektif.
Cepat dan segera Pengguna tidak perlu menghabiskan masa yang lama
untuk bertukar-bertukar maklumat dengan pengguna
yang lain. Apa yang diperlukan adalah sebuah
komputer yang dirangkaikan dengan rangkaian
komputer yang lain.

6.2.2 Komponen dan Topologi Rangkaian


Komponen Rangkaian Komputer
Komponen rangkaian merangkumi semua komputer, periferal, kad antara muka
(interface card) dan beberapa peralatan bagi menjalankan pemprosesan data dan
komunikasi di dalam rangkaian.

Rajah 6.10: Fail pelayan

Terdapat tujuh komponen yang diperlukan sebagai perkakasan rangkaian iaitu:

(a) Fail Pelayan (File Server)


Fail pelayan merupakan tunggak utama kebanyakan rangkaian. Ia
merupakan sebuah komputer yang berkuasa tinggi dengan jumlah RAM
dan ruang storan yang besar termasuklah kad antara muka. Sistem
pengoperasian rangkaian bertapak di dalam komputer bersama-sama
perisian aplikasi dan fail data yang boleh dikongsi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Fail pelayan mengawal komunikasi maklumat antara nod di dalam


rangkaian. Contohnya, satu permintaan dari satu stesen kerja yang
meminta program pemprosesan maklumat akan menerima fail data dari
satu stesen kerja yang lain dan menyimpan mesej e-mel pada masa yang
sama. Tugas-tugas ini memerlukan sebuah komputer yang menyimpan
banyak maklumat dan berkongsi di dalam masa yang singkat.

(b) Stesen Kerja (Work Station)


Kesemua komputer yang dirangkaikan dengan fail pelayan dikenali
sebagai stesen kerja. Satu stesen kerja yang tipikal merupakan sebuah
komputer yang dilengkapi dengan kad antara muka rangkaian (network
interface card), perisian rangkaian dan kabel-kabel yang tertentu. Stesen
kerja tidak semestinya mempunyai storan cakera liut atau storan cakera
keras kerana fail akan disimpan di dalam fail pelayan. Hampir semua
komputer berupaya berfungsi sebagai stesen kerja.

Rajah 6.11: Stesen kerja

(c) Kad Antara Muka Rangkaian (Network Interface Card)


Kad antara muka rangkaian (NIC) menyediakan penyambungan fizikal di
antara rangkaian dengan komputer stesen kerja. Kebanyakan NIC bersifat
internal dengan kad yang dimuatkan pada slot di dalam komputer.
Beberapa komputer seperti Mac Classics menggunakan kotak luaran yang
dilekatkan pada port bersiri atau port SCSI. Komputer riba biasanya
menggunakan adapter LAN secara luaran yang disambungkan secara
luaran ke port selari atau kad rangkaian yang dimuatkan ke slot PCMCIA.

Rajah 6.12: Contoh kad antara muka rangkaian

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN  151
DAN PEMBELAJARAN

(d) Hab (Concentrator)

Concentrator ialah satu peranti yang menghubungkan titik tengah kabel


dari stesen kerja, fail pelayan dan periferal.

Di dalam topologi bintang, kabel pasangan berpintal disambungkan dari setiap


stesen kerja ke titik tengah concentrator. Hab adalah concentrator slot yang
pelbagai, yang mana kad pelbagai siri boleh disambungkan bagi menambahkan
akses tambahan apabila rangkaian semakin berkembang saiznya.

Rajah 6.13: Hab

Beberapa concentrator adalah pasif di mana ia membenarkan isyarat


melepasi satu komputer ke komputer yang lain tanpa ada perubahan.
Kebanyakan concentrator adalah aktif di mana ia mengenali isyarat dan
mengesahkan kehadiran isyarat itu semasa isyarat itu berlegar dari satu
peranti ke peranti yang lain. Concentrator yang aktif lazimnya bertindak
sebagai pengulang bagi memanjangkan sesuatu rangkaian itu.

(e) Pengulang (Repeater)


Apabila sesuatu isyarat bergerak di dalam satu rangkaian, ia menjadi
semakin kurang bertenaga. Sebuah pengulang merupakan satu peranti
mengecam isyarat apabila ia melintasinya. Pengulang melakukan ini
melalui percikan elektrik pada isyarat yang diterima dan menyalakannya
semula. Pengulang boleh jadi sebuah peranti asing atau disatukan dengan
concentrator. Ia digunakan apabila jumlah panjang kabel rangkaian
melampaui had standard bagi jenis kabel yang digunakan.

Rajah 6.14: Pengulang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Satu contoh penggunaan pengulang yang baik ialah pada LAN yang
menggunakan Topologi Bintang melalui kabel tidak berlapik pasangan
berpintal. Had panjang yang dibenarkan ialah 100 meter. Konfigurasi yang
paling lazim ialah penyambungan setiap stesen kerja melalui kabel pasang
berpintal kepada concentrator port pelbagai aktif. Concentrator memberi
tenaga kepada semua isyarat yang melaluinya dan membenarkan had
jumlah panjang kabel pada rangkaian melebihi 100 meter.

(f) Jambatan (Bridges)


Sebuah jambatan atau penghubung berfungsi membenarkan satu
rangkaian yang besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian yang kecil.
Ini dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan pada rangkaian itu. Jika
sistem perkabelan cara lama hendak disambungkan dengan sistem
rangkaian terkini, sebuah jambatan merupakan jalan penyelesaian.

Satu jambatan bertugas mengawal laluan informasi dari kedua-dua belah


bahagian rangkaian supaya ia dapat menghantar informasi yang diterima
ke lokasi yang diminta. Kebanyakan jambatan berupaya mengawal
rangkaian dan secara automatik mengumpul alamat semua komputer yang
terdapat pada kedua-dua belah rangkaian. Jambatan turut berupaya untuk
memeriksa setiap pesanan dan, jika perlu, menyiarkannya pada rangkaian
yang di sebelah.

Rajah 6.15: Contoh fungsi Jambatan


Sumber: http://www.dcbnet.com/datasheet/etherbridge.html#application

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN  153
DAN PEMBELAJARAN

(g) Penghala (Router)

Sebuah penghala berfungsi sebagai penterjemah informasi dari satu


rangkaian ke satu rangkaian yang lain.

Ia boleh disamakan dengan „jambatan‰ yang bijak. Sebuah penghala akan


memilih jalan yang paling sesuai untuk menghantar pesanan, berpandukan
pada alamat dan asal. Ia juga boleh mengarahkan lalu lintas bagi
mengelakkan perlanggaran dan turut bijak mengetahui pelosok jalan dan
jalan pintas.

Walaupun jambatan mengetahui alamat semua komputer di dalam


rangkaian, penghala mengetahui alamat semua komputer, jambatan dan
penghala yang lain yang terdapat di dalam rangkaian. Penghala juga turut
tahu jalan mana yang sibuk dan mengarahkan data melalui jalan pintas
sehingga laluan kembali kepada normal.

Rajah 6.16: Penghala

Jika terdapat rangkaian LAN di sekolah yang hendak disambungkan


dengan Internet, penghala atau router merupakan jalan penyelesaiannya.
Dalam hal ini, penghala menjadi penterjemah di antara maklumat di dalam
LAN dan Internet. Ia juga turut menyediakan jalan pintas yang paling baik
untuk menghantar data ke Internet.

(h) Topologi Rangkaian (Network Topology)

Topologi rangkaian merujuk kepada bagaimana komputer-komputer tersebut


disambungkan secara pemetaan.

Topologi rangkaian terbahagi kepada dua jenis iaitu topologi fizikal dan
topologi logikal.
Ć Topologi fizikal bagi suatu rangkaian merujuk kepada konfigurasi yang
terdapat pada kabel, komputer dan lain-lain periferal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Ć Topologi logikal pula merupakan kaedah yang digunakan untuk


memindahkan informasi atau maklumat antara satu komputer dengan
satu komputer yang lain yang terdapat di dalam stesen kerja.

Berikut adalah antara jenis topologi yang utama:

(i) Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)

Rajah 6.17: Contoh topologi bas atau linear bas

Topologi linear bas mengandungi kabel yang menjadi tunggak utama


dan penyambung `nyawa' kepada komputer-komputer yang terdapat
di dalam rangkaian ini. Ia selalunya digunakan di dalam persekitaran
yang menggunakan wayar koaksial (coaxial). Kabel-kabel ini
mempunyai satu titik pemula serta penutupnya (terminator) yang
dipasang pada kedua-dua penghujung awal dan akhir kabel tersebut.
Di antara kedua titik inilah komputer peribadi atau komputer pelayan
dirangkaikan antara satu sama lain. Semua nod (fail pelayan, stesen
kerja dan periferal) adalah disambung kepada kabel linear tersebut.

Ć Kebaikan Linear Bas


ă Mudah menyambungkan sesebuah komputer atau periferal
kepada sesebuah topologi linear bas.
ă Topologi ini amat mudah, murah serta senang untuk
dikendalikan.

Ć Kekurangan Linear Bas


ă Sebarang masalah pada mana-mana nod pada rangkaian
tersebut berupaya menyebabkan keseluruhan rangkaian
tersebut gagal berfungsi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN  155
DAN PEMBELAJARAN

ă Titik permula atau penutup diperlukan pada kedua-dua


penghujung tulang belakang kabel tersebut.
ă Sukar untuk mengenali permasalahan yang dihadapi jika
keseluruhan sistem rangkaian itu gagal berfungsi.
ă Tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya jalan
penyelesaian rangkaian utama di dalam sesebuah bangunan
yang besar.

(ii) Topologi Bintang (Star) atau Labah-labah (Spider)

Rajah 6.18: Contoh topologi bintang (star) atau labah-labah (spider)

Selain daripada topologi bas, topologi bintang turut merupakan


topologi yang agak popular. Topologi ini adalah topologi yang
seringkalinya digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang
berasaskan kepada penggunaan komputer pelayan-pelanggan (client-
server). Persekitaran rangkaian berasaskan kepada topologi ini adalah
bentuk topologi yang menjadi pilihan di kalangan pengguna
rangkaian yang serius. Segmen industri khususnya syarikat
multinasional, pusat pengajian tinggi awam, sektor pembuatan dan
sebagainya selalunya selesa serta menggemari topologi ini.

Antara ciri-ciri penting topologi ini serta perbezaannya dengan


topologi bas ialah penggunaan perkakasan yang dikenali sebagai hab.
Hab ini merupakan perkakasan pusat yang berfungsi sebagai
penyambung kepada komputer induk iaitu komputer pelayan
manakala untuk komputer peribadi, nod-nod yang terdapat pada
rangkaian tersebut akan bersambung pula kepada hab. Kaedah serta
fungsi topologi ini juga berbeza sedikit dengan kaedah operasi
topologi bas. Ini adalah apabila sesebuah nod atau komputer peribadi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

pada rangkaian tersebut menghantar mesej serta isyarat, ia akan


dihantar dahulu kepada hab.

Hab pula akan terlebih dahulu memprosesnya dan kemudian


menghantar secara terus kepada komputer peribadi serta nod
destinasi. Topologi ini juga agak stabil serta mudah diurus. Oleh
kerana ia berteraskan kepada penggunaan hab, kerosakan pada
mana-mana nod serta komputer peribadi tidak akan memberikan
kesan kepada keseluruhan rangkaian tersebut. Namun, jika ada
masalah pada hab anda, bermaksud rangkaian tersebut bermasalah.

Ć Kebaikan Topologi Bintang


ă Mudah untuk ditempatkan (install) dan dipasang kabel
(wiring).
ă Rangkaian tidak akan terganggu apabila salah satu daripada
peranti atau periferal disambung atau dialih.
ă Mudah untuk mengesan kesilapan dan kecacatan yang
berlaku dan memindahkan perkakasan yang rosak.

Ć Kekurangan Topologi Bintang


ă Memerlukan kuantiti kabel yang lebih panjang berbanding
dengan topologi bas.
ă Jika hab atau concentrator gagal berfungsi, nod juga turut
gagal untuk menjalankan tugasnya.
ă Kos yang diperlukan adalah lebih tinggi berbanding dengan
topologi bas kerana melibatkan kos concentrator yang agak
tinggi.
ă Apabila komputer hos rosak, semua komputer akan terjejas
dan menyebabkan kehilangan besar kuasa pengkomputeran.

(iii) Topologi Gelang Token (Token Ring) atau Bintang Cecincin (Star-
Wired Ring)
Jenis topologi ini tidaklah sebegitu popular berbanding dengan
topologi bas dan topologi bintang. Rangka reka bentuk jenis topologi
ini seolah menyamai sebuah bulatan. Ini adalah kerana setiap nod
serta komputer peribadi akan disambungkan pula kepada komputer
peribadi serta nod seterusnya iaitu nod yang bersebelahan
dengannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN  157
DAN PEMBELAJARAN

Di dalam topologi ini, nod serta komputer peribadi yang terdapat


pada rangkaian tersebut amat bergantung antara satu sama lain. Jika
sesebuah komputer itu rosak ataupun bermasalah, seluruh rangkaian
tersebut tidak akan dapat berfungsi.

Rajah 6.19: Contoh topologi gelang token


(token ring) atau bintang cecincin (star-wired ring)

Walaupun topologi ini seakan-akan ada persamaan dengan topologi


bas, namun ia juga mempunyai perbezaannya yang tersendiri. Antara
perbezaannya ialah kaedah mesej serta isyarat yang dihantar. Jika
topologi berasaskan bas menghantar mesej secara dua hala, topologi
ini pula menghantar secara sehala. Ini bermakna ia akan melalui
setiap nod serta komputer peribadi yang terdapat di dalam rangkaian
tersebut sehingga sampai kepada komputer destinasi. Kelebihan pada
topologi ini adalah aspek kos topologi ini yang selalunya lebih murah
jika dibandingkan dengan kos untuk membangunkan rangkaian
menggunakan topologi-topologi yang lain. Namun, ia tidaklah
sebegitu digemari kerana adalah sukar untuk menambah upaya
sesebuah rangkaian yang menggunakan topologi seumpama ini.

Ć Kebaikan Topologi Gelang Token


ă Jika komunikasi terputus di antara dua sistem bersebelahan,
satu lintasan alternatif di antara dua tempat ini boleh
digunakan.
ă Mudah ditempatkan (install) dan dikabelkan (wiring).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

ă Mudah mengesan kecacatan dan kesilapan peralatan dan


mudah untuk mengasingkan perkakasan yang berkenaan.

Ć Kekurangan Topologi Gelang Token


ă Memerlukan kabel yang lebih panjang sama seperti topologi
bintang.
ă Jika hab atau concentrator gagal berfungsi, nod berkenaan
juga turut gagal berfungsi.

Walaupun topologi gelang token kelihatan serupa pada zahirnya


dengan topologi bintang, topologi gelang token sebenarnya telah
dilengkapi dengan MAU (multistation access unit). Unit tersebut
mengandungi kabel dan pendawaian yang membenarkan topologi ini
menghantar informasi atau maklumat dari satu peranti ke satu
peranti yang lain dalam bentuk bulatan.

(iv) Topologi Pepohon (Tree)


Topologi ini merupakan kombinasi karektor-karektor dari topologi-
topologi bas dan bintang. Ia mengandungi beberapa kumpulan stesen
kerja berbentuk bintang yang dirangkaikan dengan kabel yang
menjadi tulang belakang (backbone) kepada suatu topologi berbentuk
topologi bas. Topologi pepohon ini membenarkan suatu perluasan
atau pengembangan bentuk dari suatu rangkaian yang telah wujud
dan ini turut membolehkan sekolah-sekolah menyelaraskan satu
rangkaian yang memenuhi kehendak mereka.

Ć Kebaikan Topologi Pepohon


ă Mempunyai titik-ke-titik perkabelan untuk setiap segmen
individu.
ă Disokong oleh beberapa perkakasan dan perisian yang
pelbagai iaitu saling melengkapi antara satu sama lain.

Ć Kekurangan Menggunakan Topologi Pepohon


ă Secara keseluruhan, panjang setiap segmen adalah terhad
mengikut jenis kabel yang digunakan.
ă Jika tulang belakang atau kabel utama mengalami kerosakan,
keseluruhan segmen tersebut turut lumpuh dan gagal untuk
beroperasi.
ă Lebih sukar dari segi pembinaan dan perkabelan berbanding
dengan topologi-topologi yang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN  159
DAN PEMBELAJARAN

(v) Aturan 5-4-3


Satu perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membina
rangkaian topologi pepohon melalui penggunaan protokol Ethernet
ialah Aturan 5-4-3. Satu aspek dalam protokol Ethernet memerlukan
satu isyarat dihantar keluar melalui kabel rangkaian dan melalui
setiap bahagian di dalam rangkaian dalam jangka masa yang spesifik.
Setiap concentrator atau pengulang (repeater) yang dilalui oleh
isyarat telah menambahkan bilangan masa lagi. Ini membawa kepada
penetapan di mana apabila terdapat dua nod di dalam rangkaian,
hanya sebanyak lima segmen sahaja yang dibenarkan pada tahap
maksima.

Kemudian, lima segmen tersebut disambungkan melalui empat


pengulang (repeaters) atau concentrators. Sebagai tambahan, hanya
tiga daripada segmen tersebut yang boleh diperkembangkan hanya
jika ia dibuat daripada kabel koaksial.

Satu perkembangan segmen bermaksud satu segmen yang


mengandungi satu atau lebih nod yang disambungkan kepadanya.
Walau bagaimanapun, peraturan ini tidak boleh diikuti oleh protokol
rangkaian yang lain atau protokol Ethernet di mana kesemua kabel
yang digunakan adalah kabel fiber optik.

(vii) Topologi Hierarki

Rajah 6.20: Contoh topologi hierarki

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Rangkaian hierarki ini mengagihkan sumber ke seluruh organisasi


mengikut keperluan sesuatu peringkat pengurusan. Peringkat yang
terendah adalah peringkat pengguna yang kuasa pengkomputeran
mereka dibekalkan hanya untuk kerja-kerja rutin sahaja. Peringkat ini
dipautkan kepada peringkat yang lebih tinggi daripadanya dan
kepada sistem maklumat yang berkaitan. Rangkaian hierarki ini
menggunakan komputer kecil yang dimasukkan ke dalam komputer
pusat yang lebih besar. Walaupun setiap kaki pada hierarki ini boleh
dikendalikan sendiri, kesemuanya dikawal oleh sistem utama.
Ć Timbang Tara yang Perlu Semasa Memilih Topologi
Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira apabila
hendak memilih sesuatu topologi. Antara kriteria tersebut ialah:

Jadual 6.2: Empat Kriteria untuk Memilih Sesuatu Topologi

Kriteria Keterangan
Kewangan Topologi linear bas mungkin lebih murah jika dibandingkan
dengan topologi-topologi yang lain. Tambahan pula, topologi
bas tidak memerlukan concentrator.
Kabel Rangkaian bertatarajah topologi bas memerlukan kabel yang
kurang panjang berbanding topologi yang lain.
Manfaat Jangka Apabila menggunakan topologi bintang, rangkaian dapat
Panjang diperkembangkan dengan menambahkan satu lagi
concentrator.
Jenis kabel Kabel yang paling popular digunakan di sekolah ialah kabel
pasangan berpintal tidak berlapik (Unshielded Twisted
Pair atau UTP)

6.2.3 Protokol Rangkaian

Protokol rangkaian adalah satu piawaian yang membolehkan komputer dan


peralatan teknologi maklumat berkomunikasi antara satu dengan yang lain.
Ia digunakan untuk mengawal komunikasi dalam rangkaian.

Protokol yang biasa boleh menetapkan bagaimana komputer mengenal pasti


antara satu sama lain di dalam satu-satu rangkaian, bagaimana bentuk yang
harus diambil oleh data sebelum boleh dipindahkan atau ditransmisi dan
bagaimana data ini akan diproses apabila ia sampai ke destinasi yang dituju.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN  161
DAN PEMBELAJARAN

Protokol juga menentukan cara pengendalian kerosakan atau kehilangan


transmisi atau „paket‰ (packet).

(a) Tugas protokol pada komputer yang menghantar data adalah seperti
berikut:
Ć Data dipecahkan kepada seksyen yang lebih kecil yang dinamakan
paket.
Ć Tambahan maklumat alamat (address) pada paket tersebut supaya
sampai ke destinasi.
Ć Menyediakan paket tersebut untuk dihantar melalui Kad Rangkaian
atau Network Card dan melalui kabel.

(b) Tugas komputer yang menerima data adalah seperti berikut:


Ć Mengambil paket dari kabel laluan dan seterusnya ke Kad Rangkaian
tersebut.
Ć Mengumpulkan semula paket ke buffer yang dihantar untuk
dihimpunkan semula.
Ć Data yang telah dihimpunkan tadi digunakan atau ditukarkan oleh
aplikasi atau program ke bentuk yang boleh digunakan.

(c) Terdapat tiga jenis protokol komunikasi iaitu:

(i) Protokol Komunikasi: Token Ring


Ć Token ring menggunakan topologi gelang di mana data dihantar
dari satu komputer ke komputer yang lain dalam bulatan
sehinggalah data tersebut sampai semula ke penghantar.
Ć Ia juga menggunakan protokol "token passing", di mana
komputer hanya boleh guna rangkaian atau hantar data jika
dipastikan tiada komputer lain yang sedang menghantar data
untuk mengelakkan perlanggaran.
Ć Pada permulaannya, token akan mengelilingi bulatan rangkaian
(topologi gelang) untuk memberitahu pada semua komputer
bahawa laluan komunikasi adalah „free‰ atau bebas.
Ć Komputer satu ingin menghantar data, maka ia akan mengambil
"free token" tersebut dan meletakkan data serta alamat penerima
dalam token tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Ć Mula-mula data tersebut akan dihantar ke komputer dua, dan


komputer dua mengenal pasti bahawa data tersebut bukan untuknya
(melalui alamat penerima). Berlaku proses yang sama pada komputer
tiga, kemudian data akan dihantar ke komputer empat.

Rajah 6.21: Contoh protokol komunikasi (token ring)

(ii) Protokol Komunikasi: Ethernet


Ć Mula dibangunkan oleh Xerox Corporation pada lewat 70an.
Ć Ethernet menggunakan protokol CSMA/CD (Carrier Sense
Multiple Access/Collision Detection).
Ć Carrier Sense ă penghubung atau pembawa data.
Ć Multiple Access ă komputer dalam rangkaian bebas untuk hantar
data selagi tiada komputer lain menggunakan rangkaian tersebut.
Ć Collision Detection ă Apabila dua komputer hantar data serentak,
berlaku perlanggaran, maka data bagi kedua-dua komputer
tersebut akan dihantar semula dalam sela masa berlainan.
Ć CSMA/CD ă Protokol yang membenarkan semua komputer
berkomunikasi serentak. Apabila berlaku perlanggaran, cara baru
diambil untuk menyelesaikannya.

Rajah 6.22: Contoh protokol komunikasi (ethernet)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN  163
DAN PEMBELAJARAN

(iii) Protokol Komunikasi: TCP/IP


Ć TCP/IP sebenarnya terdiri daripada dua protokol, tetapi oleh
kerana selalu digunakan bersama-sama, ia telah diterima sebagai
satu sistem tunggal.
Ć Data yang dihantar akan dipecahkan kepada bahagian-bahagian
kecil (paket) dan kemudian disertakan alamat penghantar dan
alamat penerima.
Ć Oleh kerana data dihantar secara paket, ada kemungkinan data
yang sampai ke penerima tidak sampai ikut urutan.
Ć TCP ă berfungsi untuk memastikan setiap paket sampai ke
destinasi dalam keadaan baik dan setiap paket dinomborkan
dengan betul. Ini adalah supaya penerima dapat menyusun data
ikut urutan yang betul.
Ć IP ăbertanggungjawab memberikan paket tersebut alamat yang
unik.

Rajah 6.23: Protokol komunikasi: Tcp/Ip

6.2.4 Perkongsian Maklumat


Satu ketika dahulu, alat perhubungan untuk menyalurkan atau berkongsi
maklumat biasanya menggunakan perkhidmatan komunikasi seperti telefon
atau telegram, mahupun perkhidmatan pos seperti surat. Cuba anda kaitkan
perbezaan yang dapat anda lihat mengenai teknologi perkongsian maklumat
terkini dengan dahulu.

Setelah komputer dirangkaikan, perkongsian maklumat boleh dilakukan. Ia


dapat dilihat mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu. Selain
daripada itu, perbezaan antara skema rangkaian-rangkaian tersebut turut
melibatkan jarak dan orientasi. Biasanya, ia berorientasikan kerangka pusat dan
menggunakan talian telefon atau bergantung pada geganti gelombang mikro
untuk menghantar data. Terdapat tiga jenis perkongsian maklumat melalui
rangkaian komputer yang asas iaitu:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

(a) Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)


Rangkaian jenis LAN ini biasanya terhad kepada batasan geografi yang
kecil. Misalnya, rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan, sekolah,
pejabat atau kampus. Fungsi asas LAN sebagai satu rangkaian yang
menghubungkan sebilangan komputer di dalam kawasan yang terhad
seperti di dalam kampus universiti, di dalam sesebuah bangunan dan di
dalam bilik serta kerapkali dihubungkan dengan komputer kerangka
utama atau minikomputer. Namun begitu, jarang sekali rangkaian LAN
meliputi kawasan yang lebih daripada 1.5km jaraknya. Komputer-
komputer ini dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah seperti kabel
pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik, talian telefon, cahaya
inframerah serta isyarat radio.

Setiap topologi perlu melaksanakan kerja yang sama. Situasi yang paling
biasa ditemui oleh rangkaian ialah mesej dari satu komputer ke satu
komputer yang lain atau arahan supaya menjalankan atur cara yang
tersimpan di dalam rangkaian. Data atau atur cara yang diminta oleh mesej
mungkin disimpan pada komputer yang digunakan oleh seseorang rakan
sekerja dalam rangkaian atau pada pelayan fail (server), suatu komputer
khusus. Pelayan fail biasanya merupakan komputer berkuasa tinggi dan
mempunyai pemacu cakera keras yang tidak digunakan secara eksklusif
oleh individu pada rangkaian itu serta pemacu cakera padat (CD driver).
Pelayan fail juga seharusnya mempunyai storan semua perisian yang
mengawal pengurusan sesuatu sistem rangkaian itu.

Selain daripada itu, pelayan fail wujud hanya untuk melayan semua
komputer lain yang berada di dalam sistem rangkaian tersebut. Komputer-
komputer yang disambung kepada pelayan fail dikenali sebagai stesen
kerja (workstations). Stesen kerja tidak semestinya berkuasa tinggi seperti
pelayan komputer. Namun begitu, komputer-komputer tersebut
mempunyai perisian tambahan pada cakera keras masing-masing. Setiap
satu komputer yang menggunakan khidmat pelayan fail dikenali sebagai
pelanggan (client). Pencetak boleh juga disambung kepada rangkaian
supaya ia boleh dicapai oleh semua pelanggan LAN.

Untuk menggunakannya, rangkaian mestilah menerima permintaan


daripada komputer individu atau nod yang dihubungkan pada rangkaian
dan ia mestilah mempunyai cara untuk mengendalikan permintaan
serentak bagi perkhidmatannya. Sebaik sahaja komputer mendapat
perkhidmatan rangkaian, ia haruslah mempunyai cara untuk menghantar
mesej dari satu komputer kepada komputer yang lain supaya ia hanya
menuju kepada nod yang diperlukan dan tidak muncul di komputer yang
lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN  165
DAN PEMBELAJARAN

Rangkaian pula mestilah melakukan semua ini secepat mungkin sambil


memberi perkhidmatannya secara serata mengikut giliran antara nod lain
di dalam LAN.

Terdapat tiga jenis rangkaian topologi yang biasa digunakan di dalam


tatarajah LAN bagi rangkaian pelayan-pelanggan.

Rangkaian-rangkaian tersebut ialah:


(i) Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
(ii) Topologi Bintang (Star) atau Labah-labah (Spider)
(iii) Topologi Gelang Token (Token Ring)

Rajah 6.24: Contoh LAN yang menggunakan hab

(b) Rangkaian Kawasan Metropolitan (MAN)


Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network atau MAN)
lazimnya meliputi suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding dengan
rangkaian yang diliputi oleh LAN. Rangkaian MAN biasanya beroperasi di
bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah
daerah. Dengan menjalankan suatu rangkaian perhubungan yang sederhana
besarnya di dalam lingkungan susun atur geografi yang besar, informasi dan
maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.

Perpustakaan-perpustakaan awam dan agensi-agensi kerajaan biasanya gemar


menggunakan MAN untuk berhubung dengan warga setempat dan pihak
pengurusan sektor swasta. Satu contoh penggunaan MAN ialah di Pasco
County yang terletak di Florida, Amerika Syarikat. Rangkaian MAN di sini
dikenali sebagai 'the MIND Network' yang mana rangkaian tersebut berfungsi
menghubungkan semua pusat media Pasco kepada komputer kerangka utama
berpusat (centralized mainframe) yang terletak di pejabat daerah dengan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

menggunakan talian telefon, kabel koaksial dan alat perhubungan tanpa


wayar (wireless communications providers).

Dalam bidang perniagaan, contohnya, satu komputer peribadi menghantar


data kepada satu minikomputer atau kerangka utama. Oleh kerana komputer-
komputer yang lebih besar atau berkuasa tinggi sememangnya direka sebagai
pelayan (server), ia berfungsi membenarkan mana-mana laluan masuk
sesebuah terminal dan sesebuah komputer peribadi itu boleh berkomunikasi
dengan sebuah minikomputer atau kerangka utama.

Ini akan hanya berlaku jika komputer peribadi tersebut boleh bersaing atau
menyerupai sebuah terminal. Oleh yang demikian, rangkaian ini akan berjaya
apabila komputer peribadi itu dilengkapkan dengan terminal emulation
software. Komputer yang lebih besar itu kemudiannya menganggapi
komputer peribadi atau stesen kerja itu sebagai satu pengguna lain di dalam
rangkaian perantaraan komunikasi input-output.

Apabila komputer yang lebih kecil disambungkan ke komputer yang lebih


besar, perhubungannya dirujuk sebagai perhubungan mikro-ke-kerangka
utama. Komputer besar di mana terminal atau komputer peribadi
disambungkan dikenali sebagai komputer hos. Jika sebuah komputer peribadi
itu digunakan sebagai terminal, perisian memindahkan fail (file transfer
software) membenarkan pengguna untuk memindahkan fail (download) dari
hos ataupun menghantar data ke hos (upload). Download file bererti
membuka dan mengambil data dari sebuah komputer peribadi yang lain dan
menghantar data ke komputer yang berkenaan yang diminta oleh pengguna.
Upload file pula bererti pengguna membuka fail data dan menghantarkannya
ke sebuah komputer yang lain.

(c) Rangkaian Kawasan Luas (WAN)


WAN atau Wide Area Network meliputi kawasan yang lebih luas seperti
antara bandar dengan bandar ataupun negeri dengan negeri. Ia
menggunakan gelombang mikro, kabel telefon, satelit atau saluran
perhubungan lain. Ia juga mungkin terdiri daripada beberapa LAN
ataupun disambungkan kepada banyak LAN.

Rangkaian WAN berupaya menghubungkan sekolah-sekolah di Florida


dengan tempat-tempat lain di dunia seperti Tokyo dalam hanya beberapa
minit sahaja. Ini berlaku tanpa perlu menyediakan sejumlah wang yang
besar untuk membayar bil telefon. Namun begitu, rangkaian WAN ini agak
rumit dan kompleks. Ia memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian
sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung
dengan komunikasi secara global dan antarabangsa seperti Internet. Secara

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN  167
DAN PEMBELAJARAN

lahirnya, rangkaian WAN kelihatan hampir serupa dan tidak banyak


bezanya dengan LAN atau MAN.

Rangkaian Kawasan Luas yang tipikal menggabungkan dua atau lebih


Rangkaian Kawasan Setempat dan biasanya melibatkan suatu kawasan
geografi yang luas. Contohnya, satu syarikat yang mempunyai ibu pejabat
di suatu tempat dan kilang di suatu tempat yang lain dan gabungan
pemasaran di suatu kawasan yang agak jauh dari kedua-dua kawasan
tersebut.

Rajah 6.25: Contoh rangkaian kawasan luas (WAN)

SEMAK KENDIRI 6.3

1. Senaraikan komponen yang diperlukan untuk perkakasan


rangkaian.
2. Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) sangat meluas
digunakan pada masa kini. Senaraikan sumbangan LAN dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
3. Terdapat perbezaan antara Rangkaian Kawasan Metropolitan
(MAN) dan Rangkaian Kawasan Luas (WAN). Nyatakan
berbezaan tersebut dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

6.3 PENYENGGARAAN MAKMAL

6.3.1 Keselamatan dan Peraturan Makmal


(a) Peraturan Makmal
Pembelajaran teknologi maklumat ataupun Information Technology (IT)
dijalankan dalam makmal komputer. Oleh kerana makmal ini dilengkapi
dengan peralatan elektronik, maka pengguna mesti mematuhi peraturan-
peraturan tertentu untuk memastikan keselamatan peralatan komputer.

Di bawah adalah satu contoh peraturan makmal komputer. Baca dan


tambahkan beberapa peraturan lain yang anda fikir sesuai dilaksanakan
dalam satu makmal komputer.

(i) Peraturan Penggunaan Makmal


Ć Semua pelajar dibenarkan masuk bila ada pensyarah teknologi
maklumat.
Ć Semua beg hendaklah diletak di luar makmal.
Ć Semua makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk
ke dalam makmal komputer.
Ć Menanggalkan sebarang sambungan pada sistem komputer akan
menyebabkan kerosakan atau tidak berfungsinya komputer.
Ć Sebarang peralatan dan perisian tidak dibenarkan dibawa masuk dan
keluar kecuali dengan kebenaran pensyarah berkenaan.
Ć Penggunaan sistem komputer adalah hanya untuk tujuan pengajaran
dan pembelajaran sahaja.
Ć Akses ke Internet perlu mendapat kebenaran pensyarah.
Ć Sebarang kerosakan atau bau yang asing perlu dilaporkan segera
kepada pensyarah.
Ć Peraturan lain yang perlu dilaksanakan.

(ii) Keselamatan Pengguna


Ć Pastikan tempat kerja (meja komputer) terurus, sistem unit terletak di
tempat yang sesuai dan mempunyai ruang untuk semua alat peranti.
Ć Pastikan tempat duduk anda selesa, kerusi dilaraskan mengikut
kesesuaian anda dan duduk dengan tegak untuk mengelakkan sakit
pinggang.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN  169
DAN PEMBELAJARAN

Ć Gunakan penapis cahaya monitor untuk keselesaan dan keselamatan


mata.
Ć Laraskan kedudukan monitor dengan mata. Jarak monitor dari mata
harus berada antara 40 hingga 70sm.
Ć Jangan sekali-kali membuka casing system unit, anda mungkin
terkena kejutan elektrik.
Ć Matikan komputer, kuasa elektrik dan cabut palam dari sumber kuasa
apabila kerja-kerja penyenggaraan hendak dilakukan ke atas sistem
unit.

(iii) Menjaga Keselamatan Data


Ć Fail yang dicipta dan disimpan ke dalam cakera keras atau hard disk
perlu dibuat salinan ke dalam cakera liut atau ke dalam storan
sekunder yang lain. Ini adalah untuk memastikan salinan fail asal ada
sekiranya fail asal dirosakkan oleh virus.
Ć Cakera liut yang ada fail salinan perlu dilindungi tulis
(write-protect).

SEMAK KENDIRI 6.4


Apa maksud dilindungi tulis (write-protect) dan apakah fungsi
lindungi tulis ini?

(iv) Menjaga Keselamatan Komputer

Jadual 6.7: Menjaga Keselamatan Komputer

Keselamatan Keterangan

Persekitaran  Wujudkan persekitaran yang sesuai.


 Cahaya yang sesuai dengan keperluan tidak terlalu cerah dan
tidak terlalu gelap.
 Skrin seeloknya 15 darjah hingga 30 darjah dengan aras mata.
 Jarak di antara mata dengan skrin seboleh-bolehnya 40 - 70sm.
 Meja ă kedudukan tangan dengan papan kekunci adalah 90
darjah.
 Ketinggian kerusi bergantung pada keselesaan anda, laraskan
agar pinggang dan belakang tidak berasa sakit.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Sistem Komputer  Untuk ketahanan komputer, elakkan dari tempat berdebu, suhu
tinggi, kelembapan udara, aras yang tidak stabil dan bebas
daripada getaran.
 Saiz meja yang sesuai untuk meletak komputer.
 Jarak kedudukan komputer dengan dinding atau alat lain lebih
kurang 7sm untuk peredaran udara.
 Elak daripada berhampiran dengan alat elektrik ă boleh berlaku
tindak balas elektromagnet.

Alat Paparan  Jangan bersihkan skrin dengan larutan yang mengandungi


Video (Monitor) alkohol atau aseton.
 Bersihkan bahagian skrin dengan cecair pembersih yang tidak
menghakis. Basahkan pada kain dan lap skrin. Jangan sembur
pada skrin kerana cecair mungkin masuk ke dalam.

Bahagian Dalam  Putuskan hubungan bekalan kuasa dan tanggalkan palam dari
Unit Sistem soket.
 Tanggalkan kabel bekalan kuasa dan kabel monitor.
 Buka dan keluarkan tudung (casing).
 Gunakan pembersih hampagas untuk mengeluarkan habuk.
 Semburkan bahagian-bahagian terlindung dengan
menggunakan "canned air ".
 Kemaskan semua sambungan, pasangkan kembali tudung
sistem, pasangkan semua kabel dan jalankan komputer.

Papan Kekunci  Terbalikkan papan kekunci untuk mengeluarkan habuk (atau


cecair yang tertumpah)

Rajah 6.26:
Papan kekunci

 Semburkan dengan canned air untuk membersihkan celah-


celah kekunci.
 Bersihkan dengan cara menyembur mrnggunakan "canned
air".

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN  171
DAN PEMBELAJARAN

Cakera liut (disket)  Cakera liut harus dipegang pada label di penjurunya.

Rajah 6.27:
Cara memegang disket

 Label cakera harus ditulis sebelum dilekatkan padanya. Guna


pen yang mempunyai "felt tip".

Rajah 6.28: Label harus ditulis


dahulu

 Cakera tidak boleh dilipat.


 Jangan dekatkan cakera dengan bahan magnet atau alat-alat
yang mengandungi magnet seperti telefon, mainan bermotor
dan sebagainya. Jangan dekatkanya dengan sumber yang
panas atau dedahkannya pada sinaran terus matahari.
 Untuk mengelak daripada terkena habuk, cakera harus
disimpan dalam bekas cakera setelah digunakan.

6.3.2 Menjaga Komputer dari Virus


Pernahkah anda mengalami masalah di mana fail atau data yang anda simpan
hilang secara tiba-tiba? Ia berkemungkinan diserang virus. Cuba anda fikirkan,
apakah perisian yang dapat melindungi komputer anda daripada serangan
virus?

Terdapat pelbagai perisian untuk menolong manusia menjalankan komputer


dengan efisyen dan memudahkan kerja seharian. Perisian ini boleh didapati
dalam berbagai bentuk. Pada satu masa dahulu, perisian boleh didapati dalam
bentuk cakera liut tetapi dengan kemajuan dalam bidang teknologi CD,
kebanyakan perisian sekarang terdapat dalam bentuk CD.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Setiap perisian yang dibeli akan dibekalkan dengan lesen penggunaannya. Lesen
ini sah untuk penggunaan satu komputer atau lesen untuk Networking. Namun,
di pasaran sekarang terdapat banyak perisian cetak rompak dengan harga yang
murah. Anda perlulah awas kerana penggunaan perisian cetak rompak ini
adalah salah dari sisi undang-undang Hak Cipta Terpelihara di Malaysia.

Perisian yang dipunyai perlu dijaga dengan baik supaya tidak rosak atau
corrupted.

Satu cara perisian atau cara data boleh dirosakkan adalah kerana virus.

Virus komputer adalah program komputer. Virus komputer tidak timbul


secara ajaib tetapi ia ditulis atau direka oleh seseorang dengan maksud
tertentu. Virus komputer berupaya merebak dan menjangkiti program lain
pada sistem komputer. Biasanya ia tersembunyi.

BOMB merupakan program komputer yang tidak merebak tetapi


menghasilkan „letupan‰. Ia tidak dapat diramalkan bila BOMB akan meletup.

BOMB masa meletup pada sesuatu masa tertentu. Contohnya „Friday the 13th‰
meletup pada hari Jumaat 13 Mei 1988. Bagaimana pula dengan BOMB CIH?

BOMB logik akan meletup apabila sesuatu syarat dipenuhi. Contohnya, sesuatu
program ini digunakan untuk bilangan kali yang tertentu, terutama program
Games. Bila digunakan sebanyak 10 kali, BOMB akan meletup dan program akan
rosak.

CACING adalah program hasad (malicious program) yang boleh menjangkiti


dan merebak dalam memori atau dalam cakera sehingga tidak ada memori
penuh atau tidak ada ruang kosong dalam cakera. Ia tidak boleh meletup.

Virus adalah program, skrip atau makro yang lebih merbahaya kerana ia boleh
meletup, merebak dan juga membiak. Virus ditulis oleh orang yang mahir dalam
pengaturcaraan komputer. Tujuannya adalah untuk sabotaj, untuk penyelidikan,
jenaka atau perniagaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN  173
DAN PEMBELAJARAN

Virus boleh memasuki sistem komputer dengan dua cara iaitu melalui:
Ć Salinan program atau fail dari cakera, dan
Ć Proses replika virus itu sendiri.

Komputer yang boleh akses ke Internet sangat terdedah kepada jangkitan virus
melalui "downloading " atau e-mel. Ia banyak menyerang fail .EXE dan .COM.
Ini menyebabkan pembesaran saiz fail dan seterusnya mengubah suai fail
tersebut. Terdapat juga virus yang menyerang fail dokumen seperti Virus
Winword Concept. Virus komputer juga boleh merebak melalui sektor but (boot
sector) cakera. Apabila virus menyerang sektor but, ia dapat mengawal
komputer setelah komputer diaktifkan.

(a) Contoh-contoh Virus


Ć Creeper ă virus yang pertama dicipta pada tahun 1970;
Ć Christmas Virus ă dicipta pada Mac 1990. Memaparkan pokok Krismas
pada 24 Disember hingga 1 Januari setiap tahun;
Ć Brain ă wujud sejak 1986. Rosak sektor but dan FAT dan menukar label
cakera;
Ć Dark Avenger ă dari Bulgaria pada tahun 1989. Menyerang fail .com ,
.exe dan .ovl;
Ć Den Zuk dikesan di Indonesia pada 1988;
Ć Ping Pong ă dicipta pada Mac 1988. Paparan skrin menunjukkan
gambar bola melantun;
Ć Stoned ă dicipta pada Februari 1988; dan
Ć Michael Angelo ă meletup pada Mac 1992.

(b) Tanda-tanda dijangkiti Virus


Ć Sesuatu program mengambil masa yang lebih lama daripada biasa
untuk dijalankan;
Ć Tugas-tugas operasi cakera kelihatan sukar dijalankan;
Ć „ERROR message‰ dipaparkan;
Ć Ingatan RAM yang bebas berkurangan;
Ć Program, fail atau data hilang tanpa sebab;
Ć Perubahan pada saiz fail terutama fail dengan sambungan .exe dan
.com;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Ć Terdapat fail-fail tersembunyi;


Ć Merosakkan File Allocation Table dan sektor but. FAT yang rosak akan
menyebabkan fail dalam cakera tidak dapat dikesan dan sektor but
yang rosak tidak dapat memulakan sistem komputer;
Ć Meroskkan fail dengan mengubah kod dan kandungan fail
menyebabkan fail rosak dan tidak dapat digunakan;
Ć Melambat dan akhirnya mematikan perjalanan sistem dengan membiak
dan mengisikan diri sendiri dalam ingatan komputer;
Ć Mengubah label cakera;
Ć Mencipta sektor yang tidak baik pada cakera (bad sector) menyebabkan
data hilang atau tidak dapat dicapai; dan
Ć Menunjukkan paparan skrin yang tidak benar.

(c) Cara-cara mengatasi Virus


(i) Kaedah Pencegahan
Ć Guna kata laluan (password) supaya orang-orang tertentu sahaja
boleh menggunakan komputer itu.
Ć Selalu mengesan virus dengan menggunakan program pengesan
virus seperti McFee Scan, PcCillin, TAVS dan lain-lain.
Ć Selalu tutup tab lindungi tulis (Write-protect tab) pada cakera liut.
Ć Jangan menyimpan data-data dalam cakera keras kerana sukar
untuk melindungi tulis pada cakera itu.
Ć Selalu buat cakera bantu (backup) supaya ada salinan sekiranya
cakera asal rosak.
Ć Jangan berkongsi disket. Kemungkinan ia akan dijangkiti virus.

(ii) Kaedah Pertahanan


Ć Masukkan perisian anti virus jenis TSR (berada dalam memori)
seperti ARMOUR, DR SOLOMON dan sebagainya. Dengan cara
ini, virus akan dapat dikesan secara automatik setiap kali cakera
diakses.
Ć Kaedah Pemulihan
Ć Tutup suis komputer anda sekurang-kurangnya lima minit,
kemudian but semula dengan menggunakan disket yang bersih
dan write-protected.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN  175
DAN PEMBELAJARAN

Ć Dalam setengah-tengah kes, menutup suis komputer akan


menghilangkan ingatan komputer. But panas (Ctrl + Alt + Del)
selalunya tidak akan menghilangkan virus dari ingatan.
Sesetengah virus menggunakan but panas ini sebagai cara untuk
merebak atau melakukan aksi lain.

Rajah 6.29: Menutup suis komputer

Ć Laksanakan perisian anti virus yang terbaru untuk mengesan dan


mengenal pasti fail yang terjangkit.
Ć Adalah lebih baik jika mempunyai disket sistem yang bersih
dengan perisian anti virus yang sedia ada di dalamnya.
Ć Selepas menghapuskan dan membersihkan virus yang dijangkiti,
matikan atau Shut Down komputer.
Ć Hidupkan komputer semula dan laksanakan perisian anti virus
untuk memastikan ia bersih daripada virus.

AKTIVITI 6.4

Setelah anda didedahkan dengan cara penjagaan komputer daripada


serangan virus, apakah langkah-langkah pencegahan bagi
mengelakkan berlakunya serangan virus?

6.3.3 Jadual Penggunaan Makmal


Jadual penggunaan makmal perlu disusun dengan sempurna agar proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna dan
optimum. Seseorang guru, terutamanya penyelaras makmal komputer, perlu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

merujuk kepada semua pihak yang terlibat termasuk jawatankuasa kurikulum,


panatia mata pelajaran, penyelaras jadual waktu dan penyelaras makmal-
makmal sains untuk menyusun jadual waktu agar tidak bertindan dan sesuai
dengan mata pelajaran yang diajar.

Berikut merupakan panduan asas pembinaan jadual waktu penggunaan


makmal.

Lengkapkan maklumat dalam jadual faktor murid dan waktu pembelajaran bagi
sekolah anda di bawah ini:

Perkara Bilangan
Bilangan murid per kelas
Bilangan kelas per sekolah
Jangka masa satu pembelajaran
Jumlah waktu pembelajaran per minggu

Dalam perbincangan secara berkumpulan, berdasarkan maklumat dalam jadual


faktor murid dan waktu pembelajaran bagi sekolah di atas, bina satu jadual
waktu penggunaan makmal komputer.

Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat

Cadangkan bagaimana penggunaan makmal komputer untuk tujuan program


literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta pengintegrasian TMK
dalam pengajaran dan pembelajaran boleh meningkatkan kemahiran guru dalam
TMK dan memenuhi aktiviti kelab komputer.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN  177
DAN PEMBELAJARAN

SEMAK KENDIRI 6.5

1. Sebutkan lima peraturan penggunaan makmal komputer dan


huraikan dua daripada peraturan tersebut.
2. Senaraikan dua fungsi ScanDisk yang melibatkan masalah fizikal
dan logik pada hard disk.
3. Mengapakah Disk Defragmenter perlu pada sesebuah komputer?
4. Senaraikan kegunaan rangkaian komputer dalam membantu
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
5. Nyatakan perbezaan antara Topologi Bas dan Topologi Bintang.

SEMAK KENDIRI 6.6


1. Huraikan apa yang anda faham mengenai aturan 5-4-3 dalam
Protokol Ethernet.
2. Nyatakan mengapa peraturan makmal perlu dipatuhi olah semua
pengguna makmal komputer.
3. Senaraikan tanda-tanda komputer dijangkiti virus.
4. Terangkan kaedah pencegahan jangkitan virus.

 Sebagai seorang guru, pengetahuan mengenai asas teknologi maklumat


sangat berguna terutama dalam era globalisasi. Pengetahuan mengenai
senggaraan komputer, asas rangkaian teknologi maklumat dan pengurusan
makmal komputer akan menambahkan lagi kecekapan serta kecemerlangan
pengajaran dan pembelajaran.

 Selain itu, para pendidik perlu peka dengan persekitaran dan maklumat
terkini mengenai teknologi maklumat di dalam negara mahupun di luar
negara, contohnya serangan virus dan produk IT terkini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 6 PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Ethernet Utiliti
Nod Virus
Protokol Komunikasi

Florence, D. (1989). LAN local area networks. New York: Interscience


Publication.
Haag, S. (2002). The I-Series Microsoft Windows, UK: McGraw-Hill.
Kalbag, A. (2001). Jaringan sejagat - peringkat permulaan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
McGill, T. (2003). Current issues in IT education. Melbourne: IRM Press.
O'Leary, T.J. (2002). Microsoft Windows XP. New York: McGraw-Hill.
O.S.Goh (1993). Kursus lengkap MS-Dos & Microsoft Windows. Kota Bharu:
Pustaka Reka.
Young, M. L. (2002). Internet: The complete reference. (2nd ed.). UK: McGraw-
Hill.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Internet
7
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan sejarah Internet mengikut kronologi;
2. Mengetahui kegunaan Internet dalam semua bidang kehidupan
terutamanya dalam pendidikan;
3. Menyenaraikan kemudahan asas yang terdapat dalam Internet;
dan
4. Mengenal pasti penggunaan Internet dalam pengajaran dan
pembelajaran.

 PENGENALAN
Internet adalah gabungan perkataan inter dan networking, yang bermaksud
antara rangkaian. Internet juga dikenali sebagai Net, dan merupakan satu
rangkaian komputer yang menghubungkan berjuta-juta komputer di merata
dunia.

Sekiranya ada mana-mana dua komputer yang bersambung kepada rangkaian


ini, kedua-dua komputer itu akan dapat saling bertukar maklumat seolah-olah
mereka dihubungkan secara terus. Dalam hal ini, komputer yang dahulunya
bersendirian dapat berhubung langsung dengan hos-hos atau komputer-
komputer yang lain.

Internet adalah seperti sebuah kota elektronik yang sangat besar. Setiap
penduduk memiliki alamat (Internet Address) di mana mereka dapat bertukar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 7 INTERNET

berita dan maklumat atau informasi. Oleh kerana sifatnya berupa ruang yang
mirip dunia, maka Internet disebut dengan ruang siber (cyber space).

Apabila komputer disambungkan ke Net, ia seolah-olah labah-labah yang berada


di tengah-tengah lingkaran sarangnya (web) yang besar. Semua jalur web ini
boleh memberikan maklumat kepada komputer lain.

7.1 ASAS INTERNET


Bahagian ini akan membincangkan beberapa perkara asas mengenai Internet
termasuk sejarah Internet, protokol komunikasi melalui Internet dan kegunaan
Internet dalam pendidikan.

7.1.1 Sejarah Internet


Seperti mana yang anda ketahui, Internet kini menguasai hampir setiap aspek
kehidupan manusia. Sebagai seorang guru, mengapa sejarah Internet ini penting
untuk diketahui dan adakah anda tahu bagaimana ia bermula?

Sebelum Internet ada, US Defense Advanced Research Projects Agency atau


Jabatan Pertahanan Amerika pada tahun 1969 telah membuat jaringan komputer
ARPAnet yang tersebar untuk menghindarkan terjadinya informasi terpusat dan
hancuran apabila terjadi perang.

Rajah 7.1: Arpanet


Sumber: http://www.cs.utexas.edu/users/chris/think/
ARPANET/images/overview.jpg

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  181

Apabila satu bahagian dari sambungan network terganggu dari serangan musuh,
jalur yang melalui sambungan itu secara automatik dipindahkan ke sambungan
lainnya.

Setelah itu, Internet digunakan di kalangan ahli dan bidang akademik (UCLA)
untuk keperluan penelitian dan pengembangan teknologi. Setelah itu, pada awal
tahun 1990 kerajaan Amerika Syarikat membenarkan penggunaan Internet untuk
tujuan komersial. Sejarah Internet dapat anda ketahui melalui kronologi
ringkasan sejarah seperti yang terdapat pada Jadual 7.1.

Jadual 7.1: Ringkasan Sejarah Internet

Tahun Keterangan Sejarah


1960an  Pakar komputer menemui cara untuk membina sistem rangkaian.
1969  ARPANET (DoD Advanced Research Project Agency)
menyambungkan UCLA, Universiti of California di Santa Barbara,
University of Utah dan Stanford Research Institute.
1975  Pentadbiran Internet dipindahkan kepada Agensi Komunikasi
Pertahanan AS.
1979  USENET mula disebarkan ke sistem perhubungan berita
antarabangsa.
1981  BITNET (Because It's Time Network) mula menawarkan mel
elektronik dan „senarai pelayan atau list servers‰' untuk sebaran
maklumat. CSNET (Computer Science Network) menawarkan servis
„dial-up‰ untuk e-mel. Perkhidmatan Internet menggunakan
komputer peribadi diperkenalkan.
1982  ICP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol) menjadi
piawai komunikasi rangkaian pada ARPANET.
1983  MILNET dan DDN (Defense Data Network) diasingkan dari
ARPANET.
1984  Sistem Domain Name Server (DNS) diperkenalkan.
1986  Cleveland FreeNet memulakan operasi.
1987  Agensi Sains Kebangsaan AS (NSF) menandatangani perjanjian lima
tahun ($14 juta) dengan IBM, MCI dan Michigan Educational
Research Information Triad untuk menguruskan rangkaian.
1988  Robert Morris, Jr. melepaskan "worm" ke Internet.
1990  CERN (European Particle Physics Laboratory di Switzerland)
memperkenalkan World Wide Web.
1991  NSF memperkenalkan undang-undang siber penggunaan Internet
untuk tujuan komersial DoDDS mula menggunakan CC:Mail.
1994  Digital video dan audio mula diperkenalkan melalui Internet.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 7 INTERNET

7.1.2 Protokol Komunikasi


Internet merupakan suatu sistem komunikasi yang menggunakan sambungan
fizikal (biasanya talian telefon) untuk menyambungkan komputer ke jaringan
komputer. Internet menggunakan prosedur komunikasi piawai yang
berkomunikasi dengan komputer lain.

Protokol ialah satu set panduan atau "bahasa" yang digunakan oleh komputer
untuk berkomunikasi dalam suatu rangkaian. Protokol khas ini dikenali
sebagai Perisian Kawalan Penghantaran/Protokol Internet iaitu Transmission
Control Program/Internet Protocol atau singkatannya TCP/IP.

Internet juga dikenali sebagai rangkaian suis paket kerana setiap data yang
melaluinya akan dipecahkan kepada paket yang kecil. Setiap paket dihantar
secara berasingan melalui satu suis bersiri yang dipanggil penghala (router).
Sebaik sahaja sampai ke destinasinya, paket itu dicantumkan menjadi satu
seperti bentuk asal. TCP dan IP merupakan dua protokol yang bertugas untuk
memecahkan data menjadi paket, menghalakannya melalui Internet, dan
kemudian mencantumkannya semula apabila tiba di destinasi yang dituju.

(a) Jenis Laluan


Jenis laluan yang diberikan oleh Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP)
adalah seperti berikut:
(i) IP (Internet Protocol) Connection
Jika semua hardware dan software kita ingin dihubungkan secara
langsung atau akses ke Internet, maka kita harus menggunakan
alamat IP (Internet Protocol).
(ii) Dial-up Connection
Kalau kita menggunakan modem untuk dial ke ISP supaya
mendapatkan sambungan ke Internet, ia dikenali sebagai Dial-up
access.

(b) Di Malaysia
(i) JARING atau "Joint Advanced Research Integrated Networking"
ditadbir oleh MIMOS (Malaysian Institute of Microelectronic System)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  183

(ii) TMNet atau "Telekom Malaysia Networking" diuruskan oleh


Telekom Malaysia Berhad.

(iii) Walau bagaimanapun terdapat beberapa penyedia kemudahan


Internet di Malaysia yang lain seperti Maxis, Time Net, Nasion Com
dan sebagainya.

(c) Alamat Internet (IP Address)


Alamat IP terdiri daripada empat bahagian angka yang dimulai dari angka
1 hingga 255, dan setiap bahagian dipisahkan oleh titik (.). Contohnya
dalam Microsoft, alamat IP adalah 198.105.232.4.

Rajah 7.2: Contoh alamat Internet serta nama domain

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 7 INTERNET

(d) Nama Domain


(i) Berikut Merupakan Contoh-contoh Domain

Jadual 7.2: Domain

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  185

(ii) Singkatan Domain


Ć Negara

Jadual 7.3: Singkatan Domain Beberapa Negara

Ć Jenis organisasi

Jadual 7.4: Singkatan Domain Organisasi

.com untuk perusahaan atau badan komersial, contoh: www.apple.com


.edu untuk institusi pendidikan, contoh: www.oum.edu.my
.gov untuk badan kerajaan, contoh: www.moe.gov.my
.mil untuk kalangan tentera, contoh: www.af.mil
.int untuk badan bebas antarabangsa: www.who.int
.net untuk host yang mengatur jaringan/ISP, contoh: www.jaring.net
.org untuk organisasi swasta yang tidak tergolong daripada di atas: www.un.org

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 7 INTERNET

(e) Perisian Web Browser


Terdapat banyak perisian yang boleh digunakan untuk melayari Internet
dan beberapa contoh boleh dilihat dalam Jadual 7.5 di bawah.

Jadual 7.5: Perisian Web

(f) Bahasa Internet


Ini bertujuan untuk membina perisian dalam Internet dan membolehkan
pengguna lain mengakses homepage yang dibina. Pembina homepage
perlu menggunakan bahasa khusus yang digunakan dalam Internet iaitu:
Ć Bahasa HTML (hypertext markup language)
Ć Bahasa JAVA.

AKTIVITI 7.1
Sebagai seorang guru, cuba anda kaitkan kepentingan mengetahui
protokol komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

7.1.3 Kegunaan Internet


Ada banyak kegunaan yang menguntungkan yang boleh didapati dari Internet
dalam semua bidang (perniagaan, akademik, kerajaan, organisasi, dsb).
Antaranya yang lain boleh anda ikuti melalui Jadual 7.6.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  187

Jadual 7.5: Perisian Web

Kegunaan Contoh
Maklumat yang boleh diperolehi  Mel Elektronik (e-mel)
dengan lebih cepat dan murah dengan  World Wide Wide (www)
aplikasi
 NewsGroup
 Multimedia
 FTP
 Gopher
 dan lain-lain.
Mengurangkan perbelanjaan kertas  Buku di Internet
dan kos pengeluaran dan penyebaran  Majalah, brosur dan sebagainya
Sebagai media iklan/promosi  Imej syarikat
 Pengenalan dan pemesanan produk
Komunikasi Interaktif  Multimedia
 E-mel (E-mail)
 Sidang Video (Video Conferencing)
 Internet Relay Chat
 Internet Phone
Sebagai alat Research and  Contoh antara universiti seperti Universiti
Development Malaya dengan Universiti Harvard
Pertukaran data  Seperti dalam bidang perubatan

SEMAK KENDIRI 7.1


1. Sebagai ahli akademik, senaraikan lima kegunaan utama Internet
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
2. Mengapakah Alamat Internet (IP address) setiap komputer
berbeza? Nyatakan berbezaannya.

7.2 PERKHIDMATAN ASAS INTERNET


Kita akan membincangkan perkhidmatan asas Internet terkini dalam topik ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 7 INTERNET

7.2.1 Laman Web


Internet Banking, contohnya www.maybank2u.com.my, merupakan salah satu
kemudahan yang disediakan oleh beberapa bank perdagangan di Malaysia.
Pengguna tidak perlu lagi berurusan di bank dan hanya perlu melayari Internet
untuk berurusan. Sebagai pendidik, apakah kemudahan lain yang biasa anda
layari, bagi membantu anda dalam menyediakan pengajaran dan pembelajaran?

Informasi yang diletakkan di laman tersebut dipanggil "Homepage" atau


"webpage" dan setiap homepage mempunyai alamatnya sendiri. Dalam aplikasi
ini banyak kemudahan yang dapat dilaksanakan seperti:
Ć Memesan atau membeli sesuatu barang secara atas talian atau online;
Ć Mendaftar secara online; dan
Ć Mengakses multimedia.

Laman Web adalah aplikasi yang paling menarik dan penting di Internet.
Aplikasi ini disebut juga "The killer application" atau "The world is at your finger
tips" kerana sedemikian mudahnya kita dapat mendapatkan maklumat.

Laman web (web page) ialah dokumen „HTML‰ pada world wide web. Biasanya
dokumen ini mengandungi hubungan hiperteks (hypertext link) dengan
dokumen lain pada world wide web. Bahasa „Hypertext Markup Language‰'
(HTML) digunakan untuk membuat reka bentuk laman web (web page) dan
untuk menghubungkan (link) satu halaman (page) dengan halaman yang lain
pada web. HTML ialah satu set kod teks (text codes) yang dinamakan „tags‰
yang memformat dokumen supaya boleh dibaca oleh pelayar web (web
browser).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  189

Mencari Maklumat dari Enjin Pencari Yahoo


Dalam ruang netsite masukkan http://www.yahoo.com/

Tekan kekunci [Enter].

Rajah 7.6: Contoh mencari maklumat melalui enjin pencari Yahoo.com

Dalam ruang search, taip 'malaysia'.

Anda dikehendaki mencari maklumat tentang surat khabar yang terdapat di


Malaysia. Tuliskan senarai akhbar tersebut. Pilih satu akhbar dan dapatkan
berita muka depan akhbar berkenaan.

Rajah 7.7: Keputusan pencarian melalui laman web Yahoo

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 7 INTERNET

7.2.2 Mel Elektronik (E-mail)


Satu ketika dahulu, kita biasa berutus surat mahupun kad hari raya melalui
perkhidmatan pos. Kini ia lebih mudah, cepat dan ringkas, dengan adanya mel
elektronik (e-mel). Apakah persamaan dan perbezaannya?

Mel elektronik atau e-mel (e-mail) merupakan satu perkhidmatan Internet asas
yang sangat popular. E-mel yang boleh ditafsirkan sebagai satu aktiviti
pertukaran mesej adalah satu kaedah yang membolehkan pengguna mengarang
dan menghantar surat dalam bentuk elektronik melalui Internet kepada sesiapa
sahaja di seluruh dunia yang mempunyai akaun e-mel.

Pengguna dapat menerima e-mel daripada pengguna lain yang tahu alamat
e-melnya. Mesej e-mel selalunya ditulis dalam bentuk teks biasa atau ASCI dan
dihantar daripada komputer pengguna kepada komputer lain melalui talian
telefon. Sekiranya anda menghantar e-mel kepada rakan anda, mesej elektronik
itu akan berada di dalam kotak mel elektroniknya sehinggalah dia memasuki
Internet dan memeriksa melnya. Dalam pada itu, anda juga akan mempunyai
sebuah kotak mel elektronik sendiri seperti rakan anda itu untuk menerima
sebarang e-mel yang dihantar ke akaun e-mel anda.

Rajah 7.8: Kemudahan e-mel

Mel elektronik adalah salah satu kemudahan atau aplikasi yang paling banyak
digunakan di Internet. Mel ini dapat menerima dan menghantar mesej, fail-fail
berupa program, gambar grafik dan perisian komunikasi.

Penggunaan e-mel mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah ia cepat,


murah dan mudah. Tiada perkhidmatan pos lain yang dapat menandingi
kelajuan penghantaran e-mel. E-mel juga sangat murah kerana tidak
memerlukan setem sebagai bayaran pos. Anda hanya dikenakan bayaran akses
untuk Internet yang sangat minimum. Kebanyakan perisian e-mel pula adalah
percuma, malah ada pelbagai perkhidmatan e-mel percuma yang ditawarkan
dalam Internet.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  191

Satu lagi kelebihan e-mel ialah penggunaannya yang mudah. Anda boleh
menulis dan menghantar mesej dengan senang dan selesa kepada seseorang atau
beribu-ribu penerima dalam satu masa.

Anda boleh juga melampirkan (attach) fail-fail teks, grafik, bunyi ataupun video
dalam e-mel semasa mengirimnya.

(a) Keperluan E-mel


(i) Ada dua kriteria yang perlu dipenuhi sebelum komputer anda dapat
menghantar dan menerima mel elektronik.
Ć Komputer anda mestilah disambungkan ke Internet
Ć Perisian e-mel mesti dibuka di dalam komputer anda

(ii) Dua syarat yang mesti anda penuhi sebelum boleh menggunakan mel
elektronik:
Ć Anda mesti mempunyai akaun e-mel dan tahu alamat e-mel anda
Ć Anda mesti tahu alamat e-mel penerima

(b) Alamat E-mel


Setiap alamat e-mel menggunakan format piawai berikut:
 namapengguna@hos.domain (username@host.domain)
atau
 namapengguna@hos.subdomain.domain
(username@host.subdomain.domain)

Sebagai contoh, alamat e-mel bagi seorang staf di OUM kelihatan seperti berikut:

Rajah 7.9: Contoh alamat e-mel

mumtaz ă Menunjukkan nama pengguna.


@ ă Disebut at, memisahkan nama pengguna dan nama hos.
oum ă Nama hos di mana terletaknya kotak mel pengguna.
. ă Tanda noktah, disebut dot, memisahkan setiap bahagian alamat.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
192  TOPIK 7 INTERNET

edu ă Jenis domain iaitu domain generik


my ă Menunjukkan domain kod negara

(c) Akaun E-mel


Dua perkhidmatan e-mel yang disediakan:
(i) Akaun e-mel berbayar di mana anda perlu berlanggan dengan
pembekal perkhidmatan Internet seperti TM Net, Jaring atau institusi
yang berdaftar termasuk Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
(ii) Akaun e-mel secara percuma melalui perkhidmatan World Wide Web
yang dinamakan e-mel berasaskan web (Web-based e-mail).
Ć http://www.hotmail.com
Ć http://www.eudoramail.com
Ć http://www.altavista.iname.com
Ć http://mail.yahoo.com

Pengguna yang mempunyai akaun e-mel dapat menghantar surat dan maklumat
melalui e-mel. Contoh akaun e-mel seperti berikut:

Rajah 7.10: Contoh akaun e-mel

Untuk menghantar maklumat melalui e-mel, klik ikon Compose dan pengguna
boleh menyampaikan mesej, maklumat dan bahan-bahan lain. Klik ikon Attach
untuk menyertakan fail atau maklumat ke dalam e-mel tersebut. Klik ikon Send
untuk menghantar surat tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  193

Rajah 7.11: Contoh maklumat dihantar melalui e-mel

Berikut adalah contoh surat yang diterima. Pengguna boleh membalas surat
tersebut dengan menekan ruangan "reply".

Rajah 7.12: Contoh maklumat diterima melalui e-mel

AKTIVITI 7.2

Sekarang anda telah mengetahui mengenai kemudahan penggunaan


e-mel, terutamanya dalam bidang pendidikan. Apakah pandangan
anda tentang masalah yang mungkin timbul akibat penggunaan e-mel
secara meluas?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 7 INTERNET

7.2.3 Group-Web
Adakah anda tahu mengenai gaya hidup kini yang mengamalkan chatting atau
bersembang melalui Internet sebagai satu hobi? Setengah orang sanggup
menghabiskan masa berjam-jam hanya duduk bersembang. Antara perisian yang
biasa digunakan adalah MIRC.com, yang menyediakan pelbagai saluran seperti
„kampung‰, „mamak‰ dan lain-lain lagi. Tahukah anda terdapat perkhidmatan
asas lain yang disediakan oleh group web, selain daripada chatting?

Internet juga dapat menjadikan sekumpulan pengguna berkumpul, berbincang,


berborak dan bertukar-tukar maklumat di dalam kumpulannya. Kemudahan ini
dikenali sebagai group web. Ada banyak tapak web yang menyediakan
kemudahan tersebut termasuk Yahoo, Alta Vista dan sebagainya. Rajah 7.13
menunjukkan beberapa contoh group web yang diperkenalkan oleh Yahoo.

Rajah 7.13: Contoh Group Web yang diperkenalkan oleh Yahoo

Ahli-ahli dalam kumpulan (group) ini dapat berhubung dan menjadikan group
web ini sebagai penghubung antara mereka, dan dapat bertukar pandangan idea
dan pengalaman walaupun berlainan usia dan berada di tempat yang berbeza.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  195

Rajah 7.13: Contoh group web Yahoo yang sedang digunakan

(a) Portal
Portal juga merupakan sebahagian dari group web di mana portal adalah
sebuah tapak web (website) yang menyediakan laluan (gateway) kepada
pelbagai maklumat.

Anda terlebih dahulu perlu ke tapak web portal berkenaan yang biasanya
mengandungi satu direktori tapak web dan enjin pencari (search engine).
Untuk mendapat maklumat mengenai subjek tertentu, terdapat beberapa
pelayan web (web servers) yang anda boleh gunakan untuk membuat
carian dengan menggunakan kata kunci (keywords). Komputer pelayan
web (web server) menyediakan direktori carian yang dikenali sebagai
"portal".

Portal berbeza dengan enjin pencari di mana portal menggunakan manusia


untuk menyusun dan mengkelaskan hos-hos yang terdapat di Internet.
Kaedah ini menghasilkan senarai hos yang lebih tersusun dan mudah
digunakan.

(b) Perkhidmatan Asas Lain


(i) Protokol Perpindahan Fail (File Transfer Protocol)
Protokol Perpindahan Fail (FTP) adalah salah satu aplikasi di Internet
untuk mengambil (download) dan meletakkan (upload) sesuatu fail
di FTP server. Dengan ini, kita dapat software yang percuma untuk di
muat turun dari mana-mana homepage di Internet.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 7 INTERNET

(ii) Sidang Video


Sidang video merupakan perhubungan antara penguna dari berbagai
lokasi yang dihubungkan melalui Internet. Perkakasan yang
diperlukan oleh setiap pengguna adalah komputer, kamera tv,
perisian komunikasi dan alat untuk perhubungan.

Ia boleh dianggap seperti suatu mesyuarat yang dijalankan di ruang


siber di mana pesertanya berada di pelbagai lokasi yang berlainan.
Pengguna boleh berinteraksi secara langsung secara on-line antara
satu dengan lain.

(iii) Kumpulan Berita (News Group)

AKTIVITI 7.3

Pada pandangan anda, adakah group web ini boleh dijadikan


perantaraan anda dengan pelajar anda, serta apakah kesan kebaikan
dan kelemahan yang anda faham mengenainya? Cuba anda
bincangkan.

News Group merupakan forum diskusi yang terdiri daripada


ruangan-ruangan diskusi yang terpisah dan setiap ruangan
mempunyai tajuk diskusi yang berbeza-beza. Di setiap ruangan,
terdapat lebih daripada seorang yang saling bertukar pendapat atau
pandangan. Jadi pendapat yang diberikan boleh diterima oleh semua
orang yang ada di ruangan tersebut.

Ia boleh juga dianggap seperti papan buletin (bulletin board) yang


ada di sekolah atau pejabat, di mana setiap orang boleh meletakkan
artikel-artikel atau pendapat-pendapatnya dan ini boleh dilihat dan
dibaca oleh semua orang.

Dengan aplikasi news group, artikel atau surat yang dikirim dapat
diletak di kumpulan atau group yang diinginkan dengan cepat.

(iv) Telnet
Dengan Telnet kita boleh mengakses komputer yang lain tanpa
mempunyai program komputer berkenaan. Jadi yang dilihat di
monitor komputer adalah isi dari komputer yang kita hubungkan
tersebut. Ini sering juga disebut "Remote Login".

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  197

Contoh-contoh yang dapat dilakukan dengan Telnet:


Ć Mencari katalog perpustakaan, kampus, dsb;
Ć Mengakses pangkalan data; dan
Ć Mengakses bulletin board organisasi kerajaan.

Untuk menggunakan Telnet, kita harus mempunyai IP address atau


domain name dan kita juga harus mempunyai hak untuk mengakses
iaitu dengan login name dan kata laluan (password).

(v) Gopher
Gopher adalah aplikasi yang dapat mencari informasi yang ada di
Internet, tetapi hanya dalam bentuk teks sahaja atau berasaskan teks.
Untuk mendapatkan maklumat melalui Gopher, kita harus
menghubungkan dengan Gopher server yang ada di Internet.

(vi) Bersembang (Chat)


Chat adalah program aplikasi Internet yang memungkinkan kita
bercakap secara langsung dalam talian (on-line) dengan pengguna
Internet yang lain. Program aplikasi ini biasanya disebut IRC (Internet
Relay Chat) Di sini, pengguna boleh berbicara melalui papan kekunci
dan harus mengadakan hubungan dengan IRC server.

SEMAK KENDIRI 7.2


1. Nyatakan secara ringkas, kemudahan asas Internet yang
diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran.
2. Senaraikan keperluan untuk melanggan akaun e-mel berasaskan
web atau web-based e-mail.

7.3 PENGGUNAAN INTERNET DALAM


PENDIDIKAN
Memandangkan sifat Internet yang dapat menggunakan pelbagai media dalam
aplikasinya, maka maklumat di Internet lebih bersifat terbuka dan luas kerana ia
tidak tertakluk kepada sesebuah lokasi tertentu sebaliknya ia meliputi seluruh
dunia. Internet mempunyai bahan yang sesuai untuk membantu para pendidik
mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk
media yang menarik. Capaian kepada sumber yang luas ini juga boleh
mempelbagaikan maklumat yang diperolehi oleh guru dan pelajar. Kemudahan
Internet mampu menyediakan sumber rujukan yang bersifat lebih menyeluruh.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
198  TOPIK 7 INTERNET

Perkhidmatan menerusi Internet menyediakan pelbagai bentuk sumber


pendidikan. Internet dilihat sebagai gedung maklumat yang boleh dicapai
melalui jarak jauh. Sumber tersebut bukan sahaja sesuai untuk digunakan secara
individu, bahkan turut sesuai secara berkelompok atau sebagai alat bantuan
mengajar di institusi pendidikan. Capaian Internet ini juga boleh membuat
hubungan dengan orang seluruh dunia menjadi satu kenyataan hingga mampu
membawa pakar-pakar pendidikan ke dalam bilik darjah.

Internet telah digunakan sebagai sumber untuk mendapatkan pelbagai bahan


dan maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
Internet juga amat sesuai digunakan sebagai sebuah saluran komunikasi antara
seseorang guru dengan guru lain, guru dengan pelajar, guru dengan ibu bapa
atau pelajar dengan pelajar lain.

Rajah 7.15: Internet sebagai sumber rujukan

7.3.1 Penyampaian Maklumat


Maklumat dapat disampaikan dengan lebih berkesan dengan menggunakan
Internet terutamanya dalam bidang pendidikan. Beberapa cadangan
dikemukakan dalam pengisian pembelajaran berbantukan Internet:

(a) Projek
Terdapat banyak projek yang telah dan boleh dijalankaan oleh guru
berasaskan Internet. Sesuatu projek boleh merangkumi beberapa konsep
dan kemahiran yang telah dipelajari. Antara beberapa tapak web yang
dicadangkan ialah:
Ć http://www.gsn.org
Ć http://www.stolaf.edu/network/lecc/
Ć http://www.nptn.org.cyber.serv/AoneP/academyone/Project-
index.html

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  199

Pengintegrasian projek berasaskan Internet perlu ditadbirkan dengan baik


dengan pencarian dan penyusunan bahan yang berkaitan dari Internet
semasa menjalankan projek.

(b) Rancangan Pelajaran (Lesson Plans)


Terdapat banyak rancangan pelajaran yang telah tersedia di Internet yang
dikongsi bersama oleh guru-guru di seluruh dunia. Antara tapak web yang
boleh dilawati untuk mendapatkan rancangan pengajaran ialah:
Ć http://www.sci.lib.Uci.edu/SEP/SEP.Internet
Ć http://www.scun.edu:80/hceduo13/
Ć http://www.forum.swarthmore.edu/arithmetic/arith.units.html
Ć http://www.teachnet.com/lesson.html
Ć http://www.mmserve.com/educ
Ć http://www.coe.missouri/~kyle/edu.html

(c) Bahan Maklumat yang Menarik dan Terkini


Setiap hari, maklumat akan berubah dan jutaan maklumat yang terkini
boleh didapati dengan mudah, cepat dan murah dari Internet. Pelajar
misalnya boleh mencari maklumat mengenai pencemaran udara akibat
bencana Tsunami, Taufan Katrina atau Wilma dan berkongsi maklumat
dan menyertai forum dengan rakan-rakan di Internet.

Guru juga boleh mencari maklumat dengan lebih cepat untuk proses
pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada maklumat, Internet juga
boleh membekalkan grafik, gambar dan animasi yang menarik untuk
proses pembelajaran.

Rajah 7.16: Contoh laman web rencana bencana alam Taufan Wilma

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 7 INTERNET

(d) Bahan Bacaan dan Kemahiran Berbahasa


Internet juga memuatkan beribu-ribu majalah, jurnal dan akhbar. Pelajar
boleh diminta untuk mendapatkan berita tentang sesuatu perkara melalui
akhbar dari seluruh dunia. Untuk membaca beberapa akhbar dari seluruh
dunia, anda boleh melawati laman web berikut, iaitu http://www.ipl.org.
(Rajah 7.17)

Guru dan pelajar juga boleh menggunakan Internet untuk


mempertingkatkan kemahiran membaca dan menulis. Contoh laman web
adalah seperti berikut http://kidlink.org.

Rajah 7.17: Bahan bacaan

(e) Perkongsian Bahan Maklumat


Dengan Internet, guru boleh berhubung dengan guru lain untuk berkongsi
sumber, idea atau masalah khususnya melalui kumpulan diskusi
elektronik. Terdapat berpuluh-puluh kumpulan diskusi elektronik di
Internet yang boleh disertai dengan percuma oleh guru di seluruh dunia.
Berikut beberapa contoh laman web yang menyediakan tapak diskusi:
Ć http://thejournal.com
Ć http://place.scholastic.com/EL/index.htm
Ć http://www.nap.edu/readingroom/books/techgap
Ć http://fromnowon.org

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  201

Rajah 7.18: Perkongsian bahan maklumat

7.3.2 Pencarian Maklumat


Adakah anda sedang mencari sesuatu? Internet boleh menjadi cara paling cepat
dan murah untuk mencari maklumat. Jika anda ingin tahu cara menggunakan
enjin pencari secara berkesan, anda perlu:
(a) Cuba pelbagai jenis enjin pencari. Walaupun asasnya sama, setiap satunya
mempunyai perbezaan nyata dari segi kaedah pencarian.
(b) Gunakan kata kunci setepat yang mungkin. Elakkan menggunakan
perkataan umum yang mungkin menyebabkan anda terpaksa menyisih
terlalu banyak dapatan.
(c) Gunakan "advanced search option". Ini membolehkan anda menggunakan
"Boolean operators" (AND, OR, NOT, NEAR, +, -).
(d) Baca "hints" dan "help" untuk setiap enjin pencari. Ia mengandungi
maklumat bagaimana enjin berfungsi.

Jelas sekali, Internet merupakan sumber maklumat yang luas. Pencarian


maklumat melibatkan proses mencari di mana satu-satu maklumat boleh
diperoleh di Internet. Dua kaedah utama adalah enjin pencari dan gerbang
(portal). Selain itu, penggunaan USENET, FAQ, medan diskusi e-mel dan tapak
arkib boleh digunakan sebagai sumber tambahan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 7 INTERNET

7.3.3 Pengajaran dan Pembelajaran


Secara keseluruhan, semua kategori pembelajaran boleh digunakan dengan
Internet. Jadual di bawah menunjukkan penggunaan Internet dalam
pembelajaran.

Jadual 7.7: Penggunaan Internet dalam Pembelajaran

Perkhidmatan di Internet Kategori Pembelajaran


World Wide Web Tutorial
Telnet, World Wide Web, FTP Penjelajahan
FTP, World Wide Web Aplikasi
E-mel, Kumpulan Diskusi, Telesidang Komunikasi

(a) Kategori Pembelajaran Tutorial


Menurut Timothy et al. (2000), pembelajaran berasaskan Web (web-based
learning) adalah satu alat yang digunakan untuk menyampaikan
pengajaran. Internet merupakan alat pengajaran dan pembelajaran yang
semakin penting sekarang. Dewasa ini dengan kemudahan yang
disediakan oleh World Wide Web, pengguna dapat mengaplikasikan
pelbagai media. Laman web telah digunakan sebagai alat perisian
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).

Banyak laman web pendidikan yang telah dibina, sama ada laman web
tempatan atau laman web luar negara, yang termasuk dalam kategori ini.
Guru perlu terlebih dahulu mengenal pasti laman-laman web yang hendak
digunakan. Guru juga seharusnya menilai, memilih dan memastikan
keupayaan laman web yang dipilih untuk mencapai objektif pembelajaran.

(b) Kategori Pembelajaran Penjelajahan


Dalam kaedah ini, Internet digunakan oleh pelajar untuk mencari dan
mengakses maklumat. Peranan guru pula menentukan bentuk maklumat
yang diperlukan oleh pelajar. Kaedah ini memberi kebebasan kepada
pelajar membuat keputusan dan menilai tentang sesuatu maklumat yang
diterima. Pendekatan ini menyokong pendekatan konstrukif kerana pelajar
perlu berfikiran kritis, menyelesaikan masalah serta membina pengetahuan
melalui interaksi sosial.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  203

Rajah 7.19: Kategori pembelajaran penjelajahan

Bagi mengelakkan pembaziran masa, guru boleh memberi alamat-alamat


laman web tertentu bagi memudahkan pelajar membuat penerokaan.
Pelajar hanya perlu memuat turun laman web yang sesuai dan seterusnya
membentuk notanya sendiri. Pelajar yang ingin belajar mengenai sistem
suria, contohnya, dengan mengakses sembilan jenis planet boleh melayari
alamat www.seds.org/nineplanets/nineplanets. Bagi pelajar yang belajar
mengenai geografi sesuatu kawasan pula, boleh melayari laman web
Encarta di alamat laman web www.encarta.msn.com/.

(c) Kategori Pembelajaran Aplikasi


Dalam kategori pembelajaran ini, Internet bertindak sebagai alat aplikasi
bagi membantu pengguna melaksanakan tugasan pembelajaran dan bukan
sebagai mekanisma penyalur maklumat. Sekiranya seorang guru ingin
melatih pelajar membina dan mengaplikasikan reka letak laman web, guru
boleh membenarkan pelajar memuat turun (download) animasi yang
tersedia dari laman web untuk diletak di laman web yang dibina tetapi
animasi tersebut seharusnya bermakna, bermatlamat selain mendapat
kebenaran pencipta. Daripada contoh tugasan di atas, tugas autentik adalah
untuk membina dan memuat naik (upload) laman web.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


204  TOPIK 7 INTERNET

Rajah 7.20: Kategori pembelajaran aplikasi

(d) Kategori Pembelajaran Komunikasi


Semakin hari semakin banyak aplikasi media yang digunakan dalam
perkhidmatan mel elektronik. Mel elektronik, contohnya, pada peringkat
awal yang berbentuk teks dan grafik telah dipertingkatkan lagi dengan
keupayaan untuk menghantar gambar-gambar video dan bunyi melalui
talian komunikasi. Rakaman video dan bunyi ini yang boleh dihantar
secara langsung dengan bantuan kamera webAplikasi ini dikenali sebagai
sidang video.

Sidang video digunakan dalam kuliah bagi pelajar-pelajar program jarak


jauh. Dalam pendidikan jarak jauh pelajar hanya perlu menghadiri diri di
stesen tertentu. Dari tempat diadakan sidang video tersebut, pelajar boleh
berhubung secara terus dengan pensyarah yang berada ratusan kilometer
jauhnya tanpa perlu berdepan dengan tutor atau pensyarah secara fizikal.
Penggunaan sidang video ini dapat membantu dalam menyelesaikan
masalah kekurangan tenaga profesional, sebagai contohnya, satu sesi
bersama pensyarah yang dijemput khas boleh diadakan dan boleh diikuti
oleh ramai pelajar dari lokasi yang berasingan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 INTERNET  205

SEMAK KENDIRI 7.4


Sebagai seorang guru, cuba anda fikirkan kaedah pembelajaran
menggunakan Internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1. Senaraikan lima alamat portal pendidikan yang boleh anda capai
di Internet.
2. Nyatakan berbezaan antara News Group dan Telnet.
3. Terdapat banyak tapak web yang menawarkan e-mel percuma di
Internet. Senaraikan enam tapak web yang tersebut.
4. Terangkan apa yang dimaksudkan dengan penyampaian
maklumat dapat disampaikan dengan berkesan menggunakan
Internet terutama dalam pengajaran dan pembelajaran.
5. Beri satu contoh pengajaran berasaskan Internet yang
menggunakan kaedah penjelajahan.

 Topik ini telah membincangkan perihal Internet dan penggunaannya dalam


pendidikan.

 Topik ini juga membincangkan sejarah dan topologi Internet, kemudahan


asas Internet serta penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai seorang guru, kita perlu memikirkan bagaimana mengintgerasikan
kemudahan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran.

 Keberkesanan penggunaan Internet dalam pendidikan bergantung kepada


kebijaksanaan guru memanipulasi strategi, kaedah dan teknik pembelajaran
di bilik darjah. Penggunaan Internet yang berkesan akan mengembangkan
minda pelajar dan proses pembelajaran akan menjadi optimum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 7 INTERNET

Enjin pencari ISDN


FAQ Kata laluan
FTP Networking
Host Portal
HTML Ruang siber
Internet Telnet
IRC World Wide Web

Kalbag, A. (2001). Jaringan sejagat - Peringkat permulaan, Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.
Lawton, T. (2002). E-mail. Oxford: Heinemann Educational Publishers.
Tengku Zawawi Tengku Zainal (2000). Internet dalam pendidikan matematik.
Maktab Perguruan Kuala Terengganu.
Young, M. L. (2002) Internet: The complete reference. (2nd ed.). New York:
McGraw-Hill.
Zainuddin Zakaria (2001). Memahami E-Mel mudah dipelajari. Kuala Lumpur:
WinPublication.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengajaran
dan
8 Pembelajaran
Berbantukan
Komputer
(PPBK)
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisi dan menerangkan perisian PPBK;
2. Menjelaskan sejarah perkembangan PPBK;
3. Menerangkan enam jenis perisian PPBK; dan
4. Menyatakan dan mencirikan fasa dalam pembangunan perisian
PPBK.

 PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) adalah satu kaedah
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PPBK, jika dilaksanakan
dengan berfikrah dan terancang, akan menghasilkan pembelajaran yang
berkesan dan bermutu. Pelajar juga akan dapat menjalankan aktiviti
pembelajaran secara aktif dan kendiri. PPBK dijalankan dengan menggunakan
perisian kursus yang biasanya merangkumi topik-topik tertentu dan
disampaikan secara interaktif kepada pelajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Di Malaysia, berbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk menggalakkan


penggunaan kaedah PPBK. Ini termasuk pembekalan komputer ke sekolah-
sekolah dan pembangunan perisian kursus oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
melalui Pusat Perkembangan Kurikulum dan Bahagian Teknologi Pendidikan.
Walau bagaimanapun, menurut Laporan Pemantauan Sekolah Bestari oleh
Bahagian Sekolah pada tahun 2001 serta laporan-laporan lain, pelaksanaan PPBK
di sekolah-sekolah masih berada pada tahap yang kurang memuaskan.

Topik ini akan memperkenalkan PPBK agar anda dapat memahami konsep ini.
Dengan menguasai topik ini, anda seharusnya dapat melaksanakan PPBK di
dalam kelas masing-masing dengan lebih yakin dan berkesan.

8.1 PENGENALAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER (PPBK)
Apakah yang dimaksudkan dengan PPBK? Mari kita tengok definisinya:

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah pengajaran


atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus
yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer.

PPBK juga dikenali sebagai:


(a) Computer Assisted Instruction (CAI) di Amerika; atau
(b) Computer Aided Learning (CAL) di United Kingdom.

Walau apa pun istilah yang digunakan, pada asasnya, ia merupakan


penggunaan perisian komputer untuk pengajaran atau pembelajaran. Perisian
komputer ini biasanya dikenali sebagai perisian kursus.

Perisian kursus ini melibatkan perisian yang menggabungkan elemen-elemen


seperti video, audio, teks, grafik dan animasi untuk menyampaikan pengetahuan
serta mewujudkan aktiviti pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Sila rujuk
Rajah 8.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)  209

Rajah 8.1: Elemen-elemen dalam perisian kursus

8.1.1 Sejarah Perkembangan PPBK


PPBK diasaskan daripada kaedah programmed instruction di mana pengajaran
dilakukan secara berperingkat. Pelajar, pada mulanya, didedahkan kepada suatu
konsep atau fakta diikuti dengan soalan-soalan berkaitan. Seterusnya, konsep
atau fakta baru yang dibina akan berasaskan kepada apa yang sebelumnya
didedahkan kepada pelajar dan diikuti dengan soalan-soalan. Proses ini
berterusan sehingga tamat sesuatu pengajaran.

Programmed instruction, pada asalnya, menggunakan bahan-bahan cetak.


Dengan kemajuan teknologi komputer, ianya digantikan dengan komputer.
Sebenarnya penggunaan PPBK bermula secara terancang apabila projek PLATO
(Programmed Logic for Automatic Teaching Operation) dilaksanakan di
University of Illinois pada tahun 1960.

Selain daripada PLATO, terdapat juga beberapa projek lain yang terkenal seperti
WICAT, CONDUIT, NDPCAL dan TICCIT.

Kebanyakan PPBK yang dihasilkan pada mulanya tertumpu kepada jenis latih
tubi bagi tujuan pengukuhan dan penilaian. Ia kemudiannya berkembang
kepada jenis tutorial yang bertujuan memperkenalkan kandungan pelajaran
yang baru.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Perkembangan teknologi komputer dan komunikasi telah memberi kesan yang


mendalam terhadap penggunaan PPBK. Pada tahun 90an, multimedia
digunakan dengan meluas. Sistem pengarangan yang mudah telah
membolehkan pembangunan perisian kursus tanpa perlu mengetahui kaedah
pengaturcaraan yang sukar. Perkembangan ini juga telah menghasilkan jenis-
jenis PPBK yang lebih kompleks seperti simulasi dan permainan. Kita akan
membincangkan beberapa jenis PPBK ini dalam subtopik-subtopik seterusnya.

PPBK diperkenalkan sebelum Internet digunakan dengan meluas. Walaupun


pengajaran dan pembelajaran berasaskan Internet semakin popular pada masa
kini, PPBK masih digunakan dalam situasi tertentu terutama apabila ia
melibatkan bahan multimedia atau apabila ia digunakan di lokasi yang tidak ada
capaian kepada Internet.

AKTIVITI 8.1

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah PPBK, sila


lawati laman web http://www.thejournal.com/articles/13739_1.
Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perkembangan PPBK dalam
kelas tutorial anda.

8.1.2 Kebaikan PPBK


Pusat Perkembangan Kurikulum dalam usaha untuk menggalakkan penggunaan
perisian kursus PPBK di sekolah-sekolah telah menyenaraikan beberapa
kelebihan, iaitu, ia berupaya:
Ć Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran;
Ć Meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran;
Ć Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar;
Ć Melaksanakan eksperimen yang sukar, mahal, mustahil dan bahaya untuk
dibuat; dan
Ć Membentuk pembelajaran koperatif serta memberi peluang kepada pelajar
belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum serta masa
interaksi dapat dijimatkan.

Adakah anda rasa bahawa PPBK ini berkesan? Mari kita tengok apa yang telah
dikatakan oleh Alessi & Trollip (1991). Menurut mereka, PPBK yang dilaksanakan
dengan betul akan dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)  211

Contohnya, dalam perisian simulasi atau permainan, pelajar akan dapat belajar
secara aktif dengan berinteraksi dengan perisian. Pembelajaran aktif
meningkatkan tahap pemikiran yang lebih tinggi seperti analisis, sintesis
dan penilaian.

Selain daripada itu, PPBK membolehkan pelajar:


Ć Menggunakan pelbagai media yang dapat merangsang deria-deria mereka;
Ć Mengulangi pembelajaran sekerap yang diperlukan;
Ć Mengawal perjalanan perisian kursus dan memilih bahagian-bahagian yang
difikirkan perlu; dan
Ć Memberi maklum balas serta-merta terutama dalam PPBK latih tubi atau
penilaian.

Jensen (1996), dalam satu kajian, telah membandingkan pencapaian pelajar yang
menggunakan perisian kursus dengan pelajar yang menggunakan kaedah
konvensional. Beliau mendapati pencapaian pelajar yang menggunakan perisian
kursus PPBK lebih baik daripada pelajar yang tidak menggunakannya. Perisian
kursus yang digunakan adalah tentang osmosis.

Sementara itu, Lockard et al. (1989) mendapati kanak-kanak yang menggunakan


perisian kursus berjaya mengekalkan tumpuan berbanding dengan kanak-kanak
yang menggunakan kaedah biasa.

Dengan kelebihan yang ada pada perisian kursus PPBK, adalah penting ianya
dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan lebih menyeluruh. Apa yang penting
ialah penggunaannya mestilah bersesuaian dengan kandungan pelajaran yang
ingin disampaikan atau kemahiran yang ingin diajar.

AKTIVITI 8.2

Fikirkan satu konsep yang sukar disampaikan kepada pelajar dan sesuai
disampaikan melalui komputer. Kenapa anda fikir komputer sesuai
digunakan dalam situasi ini?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

8.2 KANDUNGAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER
Objektif pengajaran akan menentukan kandungan dan aktiviti suatu perisian
kursus PPBK. Oleh itu, pembangun suatu perisian kursus PPBK perlu
mengadakan aktiviti pengajaran yang terbaik agar objektif dicapai.

Model pengajaran Gagne (1981) banyak dirujuk dalam pembangunan perisian


kursus dan ia melibatkan sembilan tahap pengajaran. Tahap-tahap pengajaran
ini juga boleh digunakan dalam penilaian suatu perisian kursus. Kita akan
bincang tentang model pengajaran Gagne ini dalam Jadual 8.1.

Jadual 8.1: Model Pengajaran Gagne dalam Pembangunan Perisian Pursus

Tahap Pembelajaran Keterangan


Mendapatkan Pengajaran mestilah dimulakan dengan sesuatu yang dapat menarik
perhatian minat atau perhatian pelajar. Sesetengah perisian kursus
menggunakan video atau audio yang digabungkan dengan animasi
atau grafik yang menarik.
Memaklumkan Tujuan pengajaran mestilah dijelaskan kepada pelajar agar mereka
objektif kepada lebih bersedia menerima apa yang akan diajar.
pelajar
Mengingat kembali Pelajar hendaklah digalakkan mengingat kembali pengetahuan sedia
pengetahuan sedia ada. Antara cara yang boleh dilakukan ialah dengan meminta pelajar
ada menjawab beberapa soalan ringkas atau dengan menyatakan
maklumat penting yang diperlukan.
Menyampaikan Maklumat mestilah disampaikan dengan tepat dan ringkas. Ia
maklumat hendaklah disampaikan dengan menarik dengan menggunakan
grafik yang sesuai, animasi, audio dan video. Untuk membantu
pelajar memahami pelajaran, bilangan isi atau fakta di dalam satu
skrin yang disampaikan hendaklah dihadkan supaya pelajar dapat
memahaminya dengan mudah.
Membantu Isi dan fakta hendaklah disokong dengan contoh-contoh yang sesuai
pembelajaran bagi membantu pemahaman pelajar. Seringkali kaedah EGRUL
(contoh-rumusan) atau RULEG (rumusan-contoh) digunakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)  213

Memberi latihan Latihan yang dijalankan hendaklah sesuai dengan kandungan


pelajaran yang disampaikan. Latihan boleh dilakukan sama ada
melalui soalan-soalan yang dibekalkan bersama dengan perisian
kursus atau soalan-soalan yang disediakan oleh guru. Pencapaian
atau respons pelajar kepada soalan-soalan menentukan sama ada
mereka telah memahami kandungan pelajaran yang disampaikan.
Memberi maklum Satu kelebihan penggunaan perisian kursus PPBK ialah ia mampu
balas memberi maklum balas semerta kepada pelajar. Bergantung pada
pencapaian pelajar dalam latihan, mereka diberikan pengukuhan
atau pemulihan. Bagi perisian kursus yang komprehensif, aktiviti
pengukuhan dan pemilihan mungkin disediakan. Walau
bagaimanapun, guru juga boleh menjalankan aktiviti-aktiviti ini di
dalam kelas jika ia tidak disediakan atau jika guru berpendapat
bahawa aktiviti-aktiviti yang disediakan tidak mencukupi atau
tidak sesuai.
Menilai pencapaian Di akhir suatu pengajaran, pelajar biasanya diberikan ujian untuk
menilai pemahaman mereka tentang apa yang telah dipelajari.
Mengingat kembali Adalah penting bagi pelajar untuk mengingati kembali apa yang
telah dipelajari dan seterusnya menggunakan pengetahuan ini
dalam situasi yang berbeza. Perisian kursus PPBK perlu
menyediakan aktiviti-aktiviti tambahan bagi membolehkan ini
berlaku.

Rajah 8.2 berikut menunjukkan beberapa contoh paparan skrin yang


menggunakan model pengajaran Gagne.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


214  TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Rajah 8.2: Contoh skrin perisian kursus PPBK

Tidak semua sembilan aktiviti pengajaran ini semestinya digunakan dalam suatu
perisian kursus PPBK. Bagi perisian kursus jenis latih tubi, contohnya, aktiviti
pengajaran yang digunakan ialah mendapatkan perhatian, memberi latihan dan
memberi maklum balas. Jenis tutorial pula mungkin mengandungi kesemua
aktiviti pengajaran yang disenaraikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)  215

AKTIVITI 8.3

Untuk menarik minat pelajar kepada pelajaran yang akan disampaikan,


permulaan sesuatu pengajaran mestilah menarik. Fikirkan satu tajuk
dan cara menarik minat pelajar kepada tajuk tersebut dengan
menggunakan perbagai media seperti teks, video, audio atau animasi.

8.3 JENIS-JENIS PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER
Dalam mengkategorikan jenis-jenis PPBK, kita perlu melihat fungsi dan objektif
PPBK serta kaedah penyampaian yang digunakan. Dalam bahagian ini, kita akan
membincangkan enam jenis PPBK iaitu:

Rajah 8.3: Jenis-jenis PPBK

Sekarang, marilah kita bincangkan setiap satu jenis PPBK dengan lebih
terperinci.

8.3.1 Latih Tubi


Latih tubi adalah jenis PPBK yang dilaksanakan untuk menilai dan
mengukuhkan pemahaman pelajar. Ia dilaksanakan secara kendiri. Dalam latih
tubi, pelajar di berikan beberapa soalan dan komputer memberikan maklum
balas berdasarkan jawapan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


216  TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Alessi & Trollip (1991) telah mencadangkan cara pemilihan soalan-soalan yang
sesuai digunakan dalam latih tubi. Berikut adalah caranya:
Ć Soalan dipilih dari senarai soalan-soalan secara rawak.
Ć Soalan disusun mengikut suatu susunan yang ditentukan terlebih dahulu.
Ć Teknik flashcard di mana selepas pelajar menjawab satu senarai soalan,
soalan-soalan yang dijawab dengan salah disusun semula dan diberikan
semula kepada pelajar. Proses ini berterusan sehingga pelajar menjawab
kesemua soalan dengan betul.

Anda mungkin berpendapat bahawa latih tubi tidak menggunakan kemampuan


komputer yang sepenuhnya. Sebenarnya, ia mempunyai kelebihan tersendiri
seperti:
Ć PPBK jenis latih tubi membolehkan pelajar mengawal perjalanan perisian
kursus mengikut kesesuaian.
Ć Menggalakkan pelajar menguasai suatu kemahiran atau pengetahuan dan
melalui proses penilaian sebelum mempelajari bahagian-bahagian
seterusnya.
Ć Grafik dan multimedia yang menarik boleh digunakan untuk memotivasi
dan memberi maklum balas.

8.3.2 Tutorial
Tutorial merupakan sejenis PPBK yang digunakan untuk mempersembahkan
bahan pengajaran yang baru yang mempunyai langkah-langkah penerangan
yang tersusun (Alessi & Trollip, 1991). PPBK jenis ini bertindak sebagai tutor
yang menyampaikan pengajaran. Tutorial yang dibangunkan dengan baik
membolehkan pelajar belajar mengikut kemampuan dan merekodkan aktiviti
pembelajaran mereka.

Tutorial juga digunakan dalam latihan (Scheafermeyer, 1990). Ianya juga dapat
digunakan untuk pengukuhan, penyelesaian masalah, (Alessi & Trollip, 1985)
dan untuk mengajar konsep-konsep yang konkrit dan abstrak. Ini dilakukan
dengan menggunakan ilustrasi, animasi, soalan serta teks. Perkembangan
teknologi komputer membolehkan video serta audio digunakan untuk
merangsang pelajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)  217

Rajah 8.4 menunjukkan struktur tutorial secara amnya.

Rajah 8.4: Carta alir tutorial

Tutorial bermula dengan bahagian pengenalan yang menerangkan kepada


pelajar tentang perisian kursus yang digunakan termasuk objektif pembelajaran.
Ini diikuti dengan persembahan bahan pengajaran. Seterusnya, pelajar diuji
sama ada mereka telah menguasai pengajaran yang disampaikan. Bergantung
kepada respons pelajar, perisian kursus akan menyampaikan maklumat
seterusnya atau memberi maklum balas atau melakukan proses pemulihan. Di
akhir tutorial, pelajar akan diberitahu tentang pencapaian mereka dan maklumat
tentang penggunaan perisian kursus tersebut.

Tutorial membolehkan pelajar belajar mengikut kemampuan masing-masing.


Pelajar yang cerdas boleh menjalankan aktiviti dengan cepat, manakala pelajar
lemah pula dibimbing melalui pemulihan (Alessi & Trollip, 1991). Di mana perlu,
pelajar boleh mengulangi pelajaran sekerap yang diingini sehingga mereka
memahami sepenuhnya kandungan pelajaran yang disampaikan.

AKTIVITI 8.4
Sila lawati http://www.math.com/. Laman web ini mengandungi
beberapa tutorial berkaitan dengan matematik. Bolehkah anda
senaraikan kelebihan dan kekurangan tutorial-tutorial yang terdapat
dalam laman tersebut?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


218  TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

8.3.3 Permainan
Permainan komputer adalah PPBK yang semakin popular masa kini. Permainan
menggunakan pendekatan belajar sambil bermain untuk menarik minat pelajar
dan untuk menjadikan pembelajaran suatu pengalaman yang menyeronokkan.

Menurut MacFarlane & Sparrowhawk (2002), dalam melaksanakan permainan


dalam pengajaran, guru perlu berhati-hati agar objektif permainan adalah sesuai
dengan objektif pengajaran.

MacFarlane & Sparrowhawk (2002) juga telah menjalankan kajian terhadap


kesan penggunaan permainan dalam pengajaran dengan menggunakan The
Sims, Sim City 3000 dan beberapa lagi permainan. Kajian mereka mendapati
bahawa guru-guru berpendapat bahawa walaupun kandungan pelajaran di
dalam permainan adalah sesuai dengan kandungan kurikulum, tahap
pembelajaran pelajar adalah rendah. Walau bagaimanapun, dapatan positif telah
diperolehi dari segi:
Ć Penyelesaian masalah;
Ć Daya ingatan;
Ć Semangat kerjasama di kalangan pelajar;
Ć Komunikasi antara pelajar; dan
Ć Hormat-menghormati antara pelajar.

AKTIVITI 8.5

Sila lawati laman http://www.lethsd.ab.ca/mmh/games/top100.htm


dan cuba permainan yang disediakan. Adakah anda rasa bahawa
permainan harus diintegrasikan dalam perisian kursus?

8.3.4 Simulasi

Thomas & Milligan (2004) mendefinisikan simulasi sebagai keadaan atau


sistem yang dimodelkan melalui komputer yang mengandungi maklumat
tentang bagaimana keadaan atau sistem itu berfungsi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)  219

Jika digunakan sebelum menghadapi keadaan sebenar, simulasi akan memberi


pelajar peluang untuk menjalankan aktiviti untuk menguji hipotesis dan
memahami kesan suatu tindakan terhadap suatu sistem atau keadaan sebelum
menghadapi keadaan sebenar.

Eksperimen-eksperimen sains yang berbahaya yang melibatkan bahan-bahan


radioaktif, bahan mudah terbakar dan bahan beracun sesuai dilakukan melalui
simulasi komputer sebelum eksperimen sebenar dilakukan.

Penggunaan simulasi selepas suatu pengajaran akan mengukuhkan pemahaman


pelajar dan dapat memperbetulkan kesilapan persepsi yang mereka mungkin
perolehi semasa pembelajaran sebenar.

Sebagai contoh, dalam pembelajaran mengenai graf, selepas pembelajaran di


kelas, pelajar boleh mengukuhkan lagi pemahaman mereka dengan
menggunakan komputer untuk melukis graf dan melihat kesan perubahan pada
graf tersebut apabila suatu pemboleh ubah diubah.

AKTIVITI 8.6

Laman http://www.discovery.com/stories/science/iss/i_spacewalk.html
mengandungi simulasi membaiki kapal angkasa. Sila lawati laman ini dan
ikut arahan yang diberikan. Jelaskan pengalaman anda di kelas tutorial anda.

8.3.5 Tunjuk Cara


Tunjuk cara adalah kaedah PPBK yang digunakan untuk menunjukkan kepada
pelajar sesuatu prosedur. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan pelajar
memahami sesuatu prosedur sebelum melakukannya dalam keadaan sebenar. Ia
juga sesuai digunakan untuk memahami sesuatu prosedur yang tidak boleh atau
tidak sesuai dilakukan di dalam kelas disebabkan kekurangan peralatan,
merbahaya atau terlalu kompleks.

Kaedah tunjuk cara boleh menggunakan beberapa siri gambar, simulasi atau
animasi. Dalam PPBK, pelajar biasanya diberikan peluang untuk melakukan
prosedur tersebut secara interaktif. Latihan ini boleh dilakukan berulang kali
sehingga mereka mahir dan lebih yakin apabila melakukan prosedur tersebut
dalam keadaan sebenar.

Sila lawati http://frog.edschool.virginia.edu/Frog2/. Laman web ini


menunjukkan cara pembedahan ke atas katak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


220  TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

8.3.6 Ujian
PPBK jenis ujian membolehkan guru mengukur dan menilai pencapaian pelajar
dengan cepat. Soalan-soalan jenis objektif, isi tempat kosong, padanan, benar-
salah dan sebagainya sesuai digunakan bagi PPBK jenis ini. Jawapan berbentuk
ayat atau karangan jarang digunakan.

Kelebihan PPBK jenis ini ialah pelajar akan mendapat maklum balas terhadap
pencapaian mereka dengan serta-merta. Dalam ujian diagnostik, ia dapat
memaklumkan kepada pelajar dan guru kelemahan-kelemahan pelajar agar guru
dapat merangka pembelajaran yang sesuai untuk pemulihan.

Berbeza dengan ujian, latih tubi dikendalikan sendiri oleh pelajar untuk menilai
diri mereka sendiri dan pemahaman mereka terhadap suatu pembelajaran. Ujian
pula dikendalikan dalam situasi yang lebih terkawal. Maklumat yang diperoleh
hasil daripada ujian ini digunakan oleh guru untuk menilai pencapaian pelajar
dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

AKTIVITI 8.7
Sila lawati www.4tests.com/exams/examcats.asp dan cuba beberapa
ujian yang disediakan.

Terdapat perisian kursus PPBK yang menggabungkan beberapa jenis ujian


seperti tutorial dengan ujian dan simulasi atau simulasi dengan tunjuk cara dan
sebagainya.

SEMAK KENDIRI 8.1

1. Terangkan berbezaan dan persamaan perisian kursus PPBK jenis


tutorial dan latih tubi.
2. Salah satu jenis perisian kursus yang popular ialah latih tubi.
Terangkan tiga jenis susun atur soalan-soalan dalam perisian
kursus jenis latih tubi.
3. Jelaskan empat jenis perisian kursus PPBK.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)  221

8.4 PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS PPBK

Pembangunan perisian kursus perlu dilakukan dengan teliti dan mengikut


prosedur tertentu agar ia memenuhi kehendak kursus dan pengguna. Proses
pembangunan yang sering digunakan adalah berpandukan model ADDIE
(Analysis, Design, Development, Implementation and Evaluation) (Alessi &
Trollip, 1991). Model ADDIE ini mempunyai lima langkah utama iaitu:

Rajah 8.5: Model ADDIE

8.4.1 Analisa
Analisa merupakan langkah pertama yang paling penting dalam pembangunan
perisian kursus PPBK. Dalam langkah ini, anda perlu menentukan dengan jelas:
Ć Tujuan perisian kursus dibangunkan;
Ć Untuk siapa ia dibangunkan;
Ć Matlamat dan objektif pengajaran;
Ć Kandungan pelajaran yang diperlukan untuk mencapai objektif tersebut;
Ć Pengetahuan sedia ada pelajar; dan
Ć Strategi pengajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


222  TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

8.4.2 Reka Bentuk


Reka bentuk melibatkan penghasilan papan cerita (storyboard) yang terperinci
berpandukan kepada maklumat yang dikumpulkan pada langkah pertama.
Papan cerita ini menentukan kandungan skrin, reka bentuk skrin dan perkaitan
satu skrin dengan skrin yang lain.

Kandungan pelajaran yang diperincikan akan menentukan kandungan skrin


seperti teks, video, audio, grafiks, animasi dan sebagainya. Susun atur ke semua
elemen tersebut perlu dilakukan dengan teliti bagi memudahkan penggunaan
dan tidak mengelirukan pelajar.

Perkaitan antara skrin ini pula akan membentuk satu rangkaian skrin. Rangkaian
ini akan menentukan cara navigasi pelajar, sama ada secara linear atau
bercabang. Dalam perisian kursus yang bercabang, bahagian pelajaran yang
dipaparkan kepada pelajar bergantung pada:
Ć Pilihan pelajar;
Ć Respons pelajar kepada suatu soalan; atau
Ć Pencapaian pelajar dalam suatu ujian.

8.4.3 Pembangunan
Langkah pembangunan melibatkan penghasilan elemen-elemen yang ditentukan
di dalam langkah reka bentuk seperti video, animasi dan sebagainya dan
menggabungkan elemen-elemen tersebut dalam skrin-skrin untuk paparan.
Pengatur cara perlu memprogramkan interaksi dan navigasi agar skrin-skrin
tersebut berfungsi sebagai satu PPBK yang lengkap. Dokumentasi teknikal dan
panduan pengguna juga dihasilkan dalam langkah ini.

Penilaian biasanya dilakukan secara berterusan agar semua kelemahan dan


kesilapan dapat diperbaiki sebelum dilaksanakan.

8.4.4 Implementasi
Antara aktiviti yang dijalankan semasa implementasi ialah latihan pengguna
termasuk guru-guru dan pelajar. Guru-guru perlu diberi panduan agar
penggunaan PPBK dapat membina keyakinan mereka terhadap kaedah yang
mungkin baru bagi mereka dan dapat menggunakan perisian kursus sebaik
mungkin. Pelajar pula perlu diberi penerangan tentang kaedah PPBK dan
kelebihannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)  223

Bahan-bahan untuk pengajaran dan pembelajaran hendaklah disediakan dan


berfungsi seperti yang dikehendaki sebelum diserahkan kepada guru
dan pelajar.

8.4.5 Penilaian
Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.

Penilaian formatif dilakukan pada setiap langkah ADDIE untuk memastikan


perisian kursus yang dihasilkan menepati kehendak dan objektif pembangunan.

Penilaian sumatif pula digunakan untuk memastikan objektif pengajaran dapat


dicapai oleh pelajar. Penilaian ini memberi maklum balas terhadap keberkesanan
perisian kursus yang dihasilkan.

Selain daripada penggunaan ujian, kaedah soal selidik boleh digunakan untuk
mendapatkan pendapat pelajar tentang beberapa aspek perisian kursus seperti
navigasi, kemesraan pengguna dan penggunaan elemen-elemen yang digunakan
untuk menyampaikan kandungan pelajaran.

AKTIVITI 8.8
Pembangunan perisian kursus tidak memerlukan sistem pembangunan
yang kompleks. Anda sebenarnya boleh menggunakan perisian MS
PowerPoint untuk menghasilkan perisian kursus yang mudah.

Fikirkan satu konsep yang sesuai disampaikan menggunakan perisian


kursus dan gunakan MS PowerPoint untuk menghasilkannya.

SEMAK KENDIRI 9.2

1. Terangkan langkah-langkah pembangunan perisian kursus PPBK.


2. Fikirkan satu topik dan cara ia boleh disampaikan dengan
menggunakan perisian kursus PPBK yang mengandungi animasi,
video, audio atau teks.
3. Apakah kelebihan menggunakan perisian kursus yang anda fikirkan
dalam soalan (2) di atas terhadap kaedah penyampaian biasa?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


224  TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

 PPBK ialah pengajaran atau pembelajaran yang dilakukan dengan


menggunakan perisian kursus yang dihasilkan untuk disampaikan melalui
komputer.

 Jenis-jenis perisian PPBK termasuklah: latih tubi, tutorial, permainan,


simulasi, tunjuk cara dan ujian.

 Fasa pembangunan perisian kursus PPBK ialah:


 Analisa;
 Reka bentuk;
 Pembangunan;
 Implementasi; dan
 Penilaian.

 Penilaian formatif dilakukan pada setiap langkah ADDIE untuk memastikan


perisian kursus yang dihasilkan menepati kehendak dan objektif
pembangunan.

 Penilaian sumatif pula digunakan untuk memastikan objektif pengajaran


dapat dicapai oleh pelajar. Penilaian ini memberi maklum balas terhadap
keberkesanan perisian kursus yang dihasilkan.

Analisa PPBK
Implementasi Reka bentuk
Latih tubi Simulasi
Pembangunan Tunjuk cara
Penilaian Tutorial
Permainan Ujian

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)  225

Alessi, S. M. & Trollip, S. R. (1991). Computer-based instruction methods and


development. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Gagne, R. M., Wager, W., & Rojas, A. (1981). Planning and authoring computer-
assisted instruction lessons. Educational Technology, 21 (9), 17-21.
Ismail Zain (2002). Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur:
Utusan Publications.
Jensen M. S. (1998). A computer-assisted instruction unit on diffusion and
osmosis with a conceptual change design. Journal of computers in
mathematics and science teaching, 12 (2), 49-64.
MacFarlane, A. , Sparrowhawk, A. & Heald. Y. Report on the educational use of
games. Dicapai pada April 3 2008, dari http://www.teem.org.uk/
publications/teem gamesined_full.pdf
Programmed Instruction (2006) The Columbia Encyclopedia, 6th ed. New York:
Columbia University Press, 2001ă04. Dicapai pada 4 Julai 2006 dari
http://www.bartleby.com/65/.
Scheafermeyer, S. (1990). Standards for instructional computing software design
and development. Educational technology, 30 (6), 9-15.
Thomas, R. C. & Milligan, C. D. (2004). Putting teachers in the loop: tools for
creating and customising simulations. Dicapai pada 3 April 2008 dari
http://www-jime.open.ac.uk/2004/15/.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Penilaian
9 Perisian
PPBK
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan maksud penilaian perisian pengajaran
pembelajaran berbantukan komputer (PPBK);
2. Menjelaskan maksud pemilihan perisian PPBK untuk pengajaran
dan pembelajaran;
3. Membezakan penilaian formatif dan sumatif perisian PPBK;
4. Menyatakan kriteria-kriteria penting dalam pemilihan perisian
PPBK untuk pengajaran dan pembelajaran; dan
5. Membezakan penilaian dan pemilihan dalam perisian PPBK.

 PENGENALAN
Sebelum anda menggunakan perisian kursus PPBK di dalam pengajaran dan
pembelajaran, anda perlu memastikan ianya adalah sesuai untuk kandungan
pelajaran yang hendak disampaikan serta sesuai dengan pelajar-pelajar anda.
Lebih penting lagi, ia perlulah dapat membantu pelajar-pelajar mencapai objektif
pembelajaran. Topik ini akan membincangkan beberapa perkara yang perlu
diambil kira apabila menilai perisian PPBK bagi membolehkan anda membuat
pemilihan yang tepat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK  227

AKTIVITI 9.1

Jalankan beberapa perisian PPBK yang dibekalkan ke sekolah anda oleh


Kementerian Pelajaran Malaysia. Adakah ia sesuai digunakan untuk pelajar
anda? Pada pendapat anda, apakah kelemahan dan kekuatan perisian yang
anda jalankan? Bincangkan isu ini dalam kelas tutorial anda.

9.1 PENGENALAN PENILAIAN PERISIAN PPBK

Penilaian ialah satu prinsip untuk pengukur pencapaian secara sistematik


(Robiah Sidin, 1992).

Penilaian terhadap perisian PPBK adalah sangat penting kerana ia akan


menentukan keberkesanan perisian tersebut di dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Walaupun penilaian perisian PPBK memerlukan masa untuk dilaksanakan, ia


adalah penting bagi memastikan hanya perisian yang sesuai sahaja digunakan di
sekolah-sekolah serta dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kegagalan
menilai akan membawa kepada kegagalan pelaksanakan perisian kursus PPBK
secara optimum (Shaifol, 2003).

Penilaian hendaklah merangkumi beberapa aspek agar kelemahan-kelemahan


dapat dikenal pasti dan pemilihan yang tepat dapat dilakukan. Aspek yang
hendak dinilai bergantung pada tujuan penilaian dilakukan. Penilaian dilakukan
untuk:

(a) Mengukur Kesesuaian


Mengukur kesesuaiannya untuk pengajaran dan pembelajaran bagi
membolehkan anda membuat pilihan yang tepat. Anda perlu mengambil
kira sama ada perisian tersebut akan dapat membantu mereka mencapai
objektif pembelajaran, adakah ia mudah digunakan dan adakah perisian
tersebut dapat menarik minat pelajar.

Sebagai pengguna, penglibatan pelajar adalah penting agar anda dapat


membuat rumusan yang tepat dan tidak hanya berpandukan kepada
andaian. Penilaian juga tertumpu kepada apakah kelebihan perisian ke atas
kaedah biasa, bahan-bahan tambahan yang perlu disediakan untuk pelajar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


228  TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

dan adakah guru akan mempunyai lebih banyak masa yang terluang untuk
berinteraksi dengan lebih berkesan dengan pelajar.

(b) Memberi Maklum Balas


Penilaian juga dilakukan untuk memberi maklum balas kepada pereka
bentuk dan pembangun perisian. Pembangun perisian lebih berminat
kepada soal-soal teknikal seperti:
 Ralat;
 Navigasi;
 Saiz font;
 Susun atur elemen dalam satu skrin;
 Reka bentuk grafik; dan
 Penerbitan video dan audio.

Penilaian untuk pelajar dan guru akan membawa anda kepada pemilihan
perisian kursus yang sesuai digunakan.

9.2 PEMILIHAN PERISIAN YANG SESUAI


Subtopik ini akan membincangkan keperluan dan kriteria pemilihan perisian
yang sesuai.

9.2.1 Keperluan Memilih Perisian


Sekarang ini, pembangunan perisian kursus mudah dilakukan dengan adanya
alat pengarangan yang mesra pengguna. Ini membolehkan sesiapa saja
membangunkan perisian kursus yang mengandungi pelbagai media yang dapat
menarik perhatian.

Perisian kursus ini dibangunkan untuk kumpulan sasaran tertentu dengan objektif
tertentu. Oleh itu, anda sebagai guru perlu menilai dan seterusnya memilih perisian
yang sesuai dan yang dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar anda. Tanpa
pemilihan yang teliti anda mungkin akan memilih perisian yang:
 Tidak dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
 Tidak mengikut kurikulum pengajaran dan pembelajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK  229

 Tidak sensitif terhadap budaya dan agama pelajar.


 Tidak sesuai dengan tahap umur pelajar.

9.2.2 Kriteria Pemilihan


Dalam membuat pemilihan perisian kursus, anda perlu memastikan ia
memenuhi beberapa kriteria penting. Terdapat beberapa kaedah yang boleh
digunakan untuk menilai suatu perisian kursus seperti:
(a) The Learning Object Review Instrument (LORT) yang dicadangkan oleh
E-Learning Research and Assessment Network, Canada.
(b) ESL Software Evaluation Form yang dicadangkan oleh Robb, T. (1996).
(c) Buyers Worksheet yang dicadangkan oleh Planning and Evaluation
Service, U.S. Department of Education (2002).

Rujuk kepada Rajah 9.1. Kita akan bincangkan kriteria-kriteria yang dicadangkan
oleh Evalutech dalam subtopik ini. Evalutech adalah satu inisiatif di bawah
kerjasama antara North Carolina Department of Public Instruction dan Southern
Regional Education Board.

Rajah 9.1: Kriteria pemilihan perisian kursus

Kriteria-kriteria yang dicadangkan dikategorikan kepada tiga, iaitu:


(a) Isi kandungan;
(b) Aspek teknikal; dan
(c) Dokumentasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


230  TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

Jadual 9.1 berikut memperincikan setiap kategori tersebut.

Jadual 9.1: Kriteria Pemilihan Perisian Kursus

Kriteria Keterangan
Isi kandungan Ketepatan Bebas daripada kesilapan.
Maklumat terkini.
Pendapat yang tidak berat sebelah.
Sesuai dengan kebudayaan dan agama.
Penggunaan bahasa yang betul dari segi nahu,
ejaan dan struktur ayat.
Kesesuaian Konsep dan bahasa sesuai dengan tahap pelajar.
Maklumat adalah sesuai dengan objektif yang
hendak dicapai.
Interaksi komputer-pelajar hendaklah sesuai
dengan tahap pelajar.
Skop Kandungan yang disampaikan berada dalam skop
topik yang hendak diajar.
Kandungan disampaikan mengikut susunan yang
sesuai.
Kepelbagaian dan kesesuaian aktiviti.
Aspek teknikal Navigasi Maklumat dapat dicari dengan mudah dan cepat.
Penggunaan menu, ikon dan arahan yang intuitif.
Ada pilihan untuk mengawal perjalanan perisian,
berhenti atau keluar.
Bunyi yang boleh dikawal .
Ciri-ciri Kemudahan untuk mencetak maklumat.
penyimpanan Menyimpan maklumat tentang kedudukan semasa
rekod dalam suatu perisian atau permainan.
Mengambil dan menyimpan nota apabila perlu.
Rekod penggunaan perisian pelajar untuk
memantau pelajar.
Persembahan Isi kandungan disampaikan dengan cara yang
dapat merangsang pemikiran pelajar.
Aktiviti yang menggalakkan penyelesaian masalah
secara kreatif.
Maklum balas yang membina.
Kemudahan untuk mendapatkan bantuan.
Susun atur paparan yang baik.
Penerangan yang mencukupi bagi visual.
Teks yang mudah dibaca yang mempunyai saiz
yang sesuai dengan kumpulan sasaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK  231

Kualiti Visual yang sesuai dengan kandungan pelajaran.


Audio yang jelas dan mudah difahami dan
dikawal.
Suara dan musik yang berkaitan dengan paparan
visual.
Dokumentasi Teknikal Penerangan tentang keperluan peralatan dan sistem
operasi komputer.
Penerangan tentang pengoperasian perisian.
Bantuan melalui telefon.
Panduan Maklumat tentang kumpulan sasaran.
Pengguna Ringkasan kandungan perisian.
Objektif pembelajaran.
Cadangan cara penggunaan dalam kelas,
rancangan mengajar dan aktiviti.
Bahan pengajaran dan pembelajaran tambahan.

Rajah 9.2: Contoh susun atur butang dan grafik

Rajah 9.3: Contoh panduan pengguna

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


232  TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

AKTIVITI 9.2
Sila lawati beberapa laman web berikut untuk mengetahui beberapa
kaedah lain yang digunakan untuk menilai perisian kursus:
Ć http://www-writing.berkeley.edu/TESL-
EJ/ej06/mr2/mr2app1.html
Ć http://www.ncrel.org/tech/claims/checklist.html
Ć http://www.elera.net/eLera/Home/About%20%20LORI/

Berpandukan kepada kaedah-kaedah yang telah diberikan, pada


pendapat anda, bagaimanakah cara yang paling sesuai digunakan untuk
menilai dan seterusnya memilih perisian kursus PPBK?

9.3 PROSES PENILAIAN PEMBANGUNAN


PERISIAN
Penilaian pembangunan perisian adalah satu proses berterusan yang dilakukan
semasa peringkat pembangunan. Penilaian dijalankan di akhir proses
pembangunan bagi memastikan ia sesuai digunakan oleh pelajar dan mencapai
objektif yang telah ditetapkan.

Peringkat penilaian dalam model pembangunan perisian kursus ADDIE yang


anda telah pelajari dalam Topik 8 mencadangkan agar dua jenis penilaian
dilakukan iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.

Rajah 9.4: Proses Penilaian dan Pembaikan ADDIE (Suzuki, 2004)

9.3.1 Penilaian Formatif


Seperti yang anda sedia tahu, penilaian formatif (formative) merupakan satu
proses yang berterusan yang perlu dilakukan semasa proses pembangunan.
Maklumat yang diperolehi digunakan untuk meningkatkan keberkesanan
perisian kursus.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK  233

Penilaian formatif boleh dilakukan dalam tiga peringkat iaitu:

Rajah 9.5: Tiga peringkat penilaian formatif

Sekarang marilah kita bincangkan setiap peringkat tersebut.

(a) Kumpulan Kecil


Dalam peringkat ini, penilai bekerja rapat dengan dua atau tiga orang guru
(Golas, 1983). Penilai akan berbincang, memberi panduan dan seterusnya
memerhati bagaimana guru-guru ini berinteraksi dengan perisian.
Maklumat mengenai aspek-aspek kejelasan, kesan dan kebolehan untuk
melaksanakan akan dikumpulkan.
(i) Kejelasan
Arahan dan mesej hendaklah jelas dan mudah difahami. Ini
termasuklah mesej yang disampaikan melalui teks, ilustrasi dan
demonstrasi. Kandungan pelajaran juga hendaklah jelas dan
mengikut susun atur yang sesuai.
(ii) Kesan
Kandungan pelajaran hendaklah disampaikan dengan cara yang
menarik dan relevan mengikut kesesuaian kumpulan sasaran.
(iii) Kebolehlaksanaan
Peralatan yang diperlukan untuk perisian kursus ini mestilah mudah
digunakan dan pelajar selesa dengan perisian tersebut. Kos juga
merupakan faktor penting dalam menentukan sama ada pelaksanaan
boleh dijalankan. Dengan itu, kos pembangunan perlu dikurangkan
agar pengguna atau sekolah mampu membelinya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


234  TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

(b) Berkumpulan Besar


Dalam peringkat ini, satu kumpulan guru akan menentukan pembaikan
yang dilakukan berpandukan maklumat yang dikumpul pada peringkat
pertama. Bilangan guru pada peringkat ini adalah lebih kurang 10 orang
yang menilai perisian kursus dengan berpandukan kepada buku panduan.
Ini berbeza dengan peringkat kumpulan kecil ă di mana penilai dan guru
bersama-sama membuat penilaian.

(c) Pengujian
Peringkat akhir penilaian formatif adalah pengujian perisian tersebut
dalam keadaan sebenar. Sebelum memulakan penilaian peringkat ini,
segala pembaikan hendaklah dilakukan berdasarkan peringkat-peringkat
terdahulu.

AKTIVITI 9.3
Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM, ada menerbitkan panduan
untuk pembinaan perisian kursus, Educational Courseware Standards.
Sila lawati laman web
http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/informasi/muat_turun/
untuk mendapatkan panduan tersebut. Dengan menggunakan
panduan ini, anda boleh menilai perisian kursus, sama ada ia menepati
ciri-ciri yang ditetapkan.

9.3.1 Penilaian Sumatif


Penilaian sumatif dilakukan di akhir proses pembangunan dan boleh
menentukan sama ada ia dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Ia merupakan satu proses pengumpulan data untuk memastikan sama ada apa
yang disampaikan melalui perisian kursus sepadan dengan objektif pengajaran
dan pembelajaran. Penilaian sumatif (summative) juga digunakan untuk
mengukur pencapaian berdasarkan objektif perisian kursus serta sikap pelajar
selepas menggunakan perisian tersebut.

Selain daripada menilai pencapaian pelajar, pandangan pakar, pelajar dan guru
juga perlu bagi tujuan pembaikan versi-versi yang berikutnya:
(a) Pandangan pakar adalah perlu bagi memastikan perisian kursus
memenuhi keperluan teknikal seperti kualiti video dan audio.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK  235

(b) Penilaian pelajar pula bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang


perisian tersebut dari sudut pandangan pengguna.
(c) Penilaian guru bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan
dengan isi kandungan perisian kursus seperti kesesuaian media dan kualiti
soalan-soalan ujian.

Contoh-contoh instrumen penilaian untuk pakar, guru dan pelajar diberikan


dalam Lampiran D, E dan F.

SEMAK KENDIRI 9.1

1. Nyatakan dua bentuk penilaian perisian pengajaran dan


pembelajaran berbantukan komputer.
2. Huraikan keperluan memilih perisian kursus.
3. Perincikan kriteria-kriteria dalam pemilihan perisian kursus.
4. Apakah tujuan penilaian formatif dilakukan?
5. Apakah tujuan penilaian sumatif dilakukan?
6. Huraikan langkah-langkah penilaian formatif perisian kursus
PPBK.

 Dalam membuat pemilihan perisian kursus untuk pelajar-pelajar anda, ciri-


ciri perisian harus dinilai terlebih dahulu.

 Ciri-ciri tersebut dikategorikan kepada tiga, iaitu:


 Isi kandungan;
 Aspek teknikal; dan
 Dokumentasi.

 Bagi yang berminat dalam pembangunan perisian kursus, satu proses yang
penting ialah penilaian. Penilaian dikategorikan kepada dua, iaitu:
 Penilaian formatif yang dilakukan semasa pembangunan dijalankan.
 Penilaian sumatif yang dilakukan selepas selesai proses pembangunan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


236  TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

Penilaian Penilaian formatif


Pemilihan Penilaian sumatif

ERE-Evalutech (n.d.). Criteria for evaluating computer courseware. North


Carolina Department of Public Instruction, US. Dicapai pada 8 April 2008
dari http://www.evalutech.sreb.org/criteria/courseware.asp
Golas, K. C. (1983). The formative evaluation of Computer-Assisted Instruction.
Educational Technology, 23 (1), 26-28.
Robiah Sidin (1992). Keberkesanan program penyediaan guru-guru KBSR satu
tinjauan literatur. Jurnal Pendidikan guru, 4 (3), 248-259.
Shaifol Bahary Sulaiman (2003). Latihan dalam perkhidmatan 12 minggu sekolah
bestari. Prosiding seminar Aliran terkini teknologi maklumat dan
komunikasi, hal. 29-38.
Suzuki, K. (2004). Online Instructional Design Workshop for Distance and
Flexible Learning. Distance and Flexible Learning Support Centre, University
of South Pacific, FIJI, Oct. 18 ăNov. 5, 2004. Dicapai pada 8 April 2008,
http://www.usp.ac.fj/jica/resources/PRESENTATION.HTM

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Integrasi
TMK dalam
10 Pengajaran
dan
Pembelajaran
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan keperluan penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran;
2. Mengenal pasti peranan guru dalam pengajaran dan
pembelajaran berasaskan TMK;
3. Menjelaskan piawaian ciri-ciri guru dan murid menurut
International Society for Technology in Education (ISTE); dan
4. Menghuraikan tiga mod penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran.

 PENGENALAN
Pemproses perkataan, hamparan elektronik dan pangkalan data merupakan alat-
alat yang penting untuk membantu anda dan pelajar-pelajar anda dalam
pengajaran dan pembelajaran. Perisian aplikasi seperti ini boleh digunakan
dalam berbagai mata pelajaran dan situasi. Penggunaan pemproses perkataan
(seperti MS Word) sesuai dalam mata pelajaran bahasa dan untuk menghasilkan
laporan-laporan aktiviti berasaskan projek. Manakala, pembentangan hasil projek
pula boleh dilakukan dengan aplikasi persembahan (seperti MS PowerPoint).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


238  TOPIK 10 INTEGRASI TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam topik ini, anda akan mempelajari tentang integrasi perisian aplikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Untuk melaksanakannya, guru perlu mempunyai
kemahiran dalam mengendalikan TMK dan fungsi guru dan pelajar juga perlu
diubah.

10.1 ASAS PENGGUNAAN TMK DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Persekitaran pembelajaran pelajar masa kini hendaklah mampu menyediakan
pelajar untuk masa depan, sama ada mereka memasuki alam perkerjaan, atau
memasuki institusi pendidikan tinggi. Mereka perlu mampu bersaing dengan
menggunakan TMK untuk berkomunikasi, bekerjasama dan menjalankan kerja-kerja
harian mereka.

Amalan pendidikan tradisional tidak lagi dapat membekalkan pelajar dengan


semua kemahiran ini. Kemahiran asas seperti menggunakan pemproses
perkataan sudah menjadi satu kemestian bagi mereka yang bekerja di pejabat. E-
mel merupakan alat komunikasi yang penting disebabkan kepantasannya
menyampaikan maklumat dan bahan-bahan elektronik.

Pengintegrasian TMK melibatkan penggunaan teknologi untuk meningkatkan


keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan peralatan seperti
komputer dan projektor dan perisian aplikasi seperti pemproses perkataan,
hamparan elektronik, Internet, perisian kursus dan lain-lain memerlukan
perancangan yang rapi dan perubahan kepada fungsi guru, pelajar dan bilik darjah.

AKTIVITI 10.1

Sebagai guru, adakah anda fikir anda sudah bersedia dari segi
kemahiran teknikal dan pengurusan untuk menyediakan pelajar-pelajar
anda menghadapi persekitaran yang banyak bergantung pada TMK?
Bincangkan dalam kelas tutorial anda.

10.1.1 Keperluan Menggunakan TMK dalam


Pengajaran dan Pembelajaran
Pelaksanaan penggunaan TMK dalam pendidikan memberi kesan kepada
pencapaian objektif pembelajaran, motivasi dan hubungan antara pelajar. Dalam
satu kajian yang dijalankan oleh Knezek (1999) pelajar didapati:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 INTEGRASI TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  239

 Menunjukkan kemampuan berfikir pada tahap kognitif yang lebih tinggi


semasa belajar menggunakan komputer;
 Mampu menganalisa masalah, melakukan penilaian kendiri dan
mengemukakan persoalan-persoalan yang relevan;
 Membentuk strategi untuk berkerjasama dengan rakan-rakan; dan
 Bermotivasi, lebih berminat dan lebih yakin dengan diri mereka.

Walau bagaimanapun, kesan positif terhadap pelajar kebanyakannya bergantung


kepada guru yang merancang dan melaksanakan pembelajaran berintegrasikan
TMK tersebut.

10.1.2 Pandangan Terhadap Penggunaan TMK dalam


Pendidikan
Perspektif tentang TMK dalam pendidikan boleh kategorikan sebagai:

Jadual 10.1: Empat Kategori Perspektif tentang TMK

Kategori Keterangan
Media dan Menurut Saettler (1990) penggunaan teknologi pendidikan pada
perhubungan awalnya adalah tertumpu kepada media audio visual. Namun, pada
tahun 1988 Association for Communications and Technology
(AECT) mula mengambil kira penggunaan telekomunikasi dan
teknologi maklumat berasaskan komputer sebagai media
pengajaran dalam pendidikan.
Sistem reka Pada penghujung tahun 1970an terdapat pandangan bahawa
bentuk teknologi pendidikan harus dilihat bukan sahaja sebagai media
perhubungan untuk penyampaian maklumat pengajaran tetapi
sebaliknya sebagai satu pendekatan sistematik ke arah mereka
bentuk, membangunkan dan menyampaikan pengajaran yang
disesuaikan dengan keperluan yang khusus (Heinich et al., 1997).
Alat latihan Keperluan terhadap kemahiran penggunaan peralatan komputer
kemahiran dalam latihan vokasional di sekolah-sekolah telah membawa kepada
pandangan bahawa penggunaan teknologi berkaitan komputer dan
komunikasi secara praktikal adalah satu cara yang sesuai untuk
mempelajari cabang-cabang mata pelajaran seperti matematik, sains
dan bahasa, selain daripada mata pelajaran asas teknologi seperti
robotik, sistem pembuatan dan mereka bentuk berbantukan
komputer (CAD).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


240  TOPIK 10 INTEGRASI TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Teknologi yang Pandangan terhadap perluasan penggunaan komputer dalam


berkaitan pendidikan telah membentuk satu cabang baru teknologi
dengan pendidikan iaitu Educational Computing. Educational Computing
komputer merangkumi sistem pengajaran dan sistem sokongan teknologi
berasaskan komputer dalam bentuk aplikasi dan peralatan.

Dengan perluasan pandangan yang merangkumi pelbagai sumber


teknologi termasuk media, sistem pengajaran dan bahan sokongan
yang berasaskan komputer, Educational Computing kemudiannya
dikenali sebagai Teknologi Pendidikan. Pandangan ini didokongi
International Society for Technology in Education (ISTE).

10.1.3 Sejarah Aktiviti dan Penggunaan Bahan


Berasaskan Komputer
Jadual 10.2 menunjukkan sejarah aktiviti dan penggunaan bahan berasaskan
komputer.

Tahun Keterangan

50-an 1953

 Penggunaan komputer di sekolah-sekolah telah bermula


dengan pengenalan IBM 650.

60-an 1963

 John Kemeny and Thomas Kurtz telah menghasilkan bahasa


pengaturcaraan BASIC. Oleh kerana ia adalah bahasa yang
mudah dipelajari, penggunaannya telah berkembang dengan
cepat dan telah digunakan untuk membangunkan perisian
kursus.
 Patrick Suppes and Richard Atkinson dari Universiti Stanford
telah menghasilkan perisian kursus untuk matematik dan
membaca. Perisian kursus ini membolehkan pelajar
menjalankan pembelajaran kendiri.

1967

 Seymour Papert telah menghasilkan satu bahasa


pengaturcaraan LOGO yang digunakan untuk mengajar
matematik. LOGO menjadi popular di kalangan pelajar-pelajar
yang ingin meningkatkan tahap literasi komputer mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 INTEGRASI TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  241

70-an  Menyaksikan perkembangan penggunaan komputer yang


cepat dengan terciptanya komputer peribadi (Personal
Computer). Harga komputer yang murah menyebabkan
sesetengah institusi pendidikan mewajibkan pelajar mereka
memiliki komputer.
 Dengan kewujudan komputer peribadi yang murah dan
banyak, penyelidik mula menghasilkan perisian kursus yang
lebih canggih.
 Selain daripada membangunkan perisian yang bertindak
sebagai tutor, turut dibangunkan ialah perisian yang
mempunyai ciri-ciri kecerdasan buatan (artificial intelligence)
dikenali sebagai ICAL atau Intelligent CAL. Salah satu project
ICAL ialah SOPHIE (Sophisticated Instructional Environment).
SOPHIE membolehkan pelajar berinteraksi dengan perisian
seolah-olah mereka berinteraksi dengan seorang pakar.
Sementara itu, John Anderson dari Carnegie Mellon
University menghasilkan ICAL untuk mata pelajaran algebra,
geometri and pengaturcaraan komputer.
80-an  Perkembangan teknologi multimedia pada tahun-tahun 80an
menyaksi berkembangan perisian kursus yang mengandungi
bahan-bahan seperti video, audio dan animasi. Dengan
adanya alat pengarangan yang mudah, perisian kursus tidak
hanya dibangunkan oleh pakar-pakar komputer tetapi juga
guru-guru di sekolah.

90-an  Teknologi Internet berkembang dengan pesat. Pelajar tidak


lagi hanya berinteraksi dengan komputer peribadi tetapi juga
dengan pengguna-pengguna Internet lain yang mungkin
berada di negara lain. Dengan teknologi komunikasi yang ada,
pembelajaran dalam talian atau e-pembelajaran berkembang
dengan pesat. Banyak sistem seperti Blackboard, Moodle,
FirstClass dan TopClass dibangunkan untuk memudahkan
perlaksanaan e-pembelajaran.

Sejarah menunjukkan bahawa perkembangan penggunaan TMK dalam


pendidikan banyak bergantung kepada teknologi yang wujud yang boleh
diperolehi dengan mudah dan murah. Oleh itu, anda perlu ingat bahawa
pelaksanaan TMK dalam pendidikan hendaklah diasaskan daripada teori-teori
pendidikan dan kaedah-kaedah yang sesuai dan tidak hanya dipengaruhi oleh
teknologi yang ada.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


242  TOPIK 10 INTEGRASI TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 10.2

Sila lawati laman web berikut untuk mengetahui lebih lanjut


mengenai sejarah perkembangan penggunaan TMK dalam
pendidikan.
Ć http://www.thejournal.com/articles/13739
Ć http://www.csulb.edu/~murdock/histofcs.html

Sediakan satu jadual yang menunjukkan sejarah perkembangan


penggunaan TMK dalam pendidikan.

10.2 PERANAN GURU DAN PELAJAR DALAM


PENGGUNAAN TMK DALAM
PENDIDIKAN
„..dua pemerhatian utama seakan-akan muncul. Pertamanya adalah
kepentingan guru dan bukannya teknologi sebagai pusat bagi sebarang
perkara yang berkaitan dengan teknologi komputer di sekolah-sekolah.
Keduanya peranan guru dan paradigma pendidikan berkenaan
peranannya mesti diubah agar potensi teknologi maklumat sebagai alat
penyelesaian masalah dan stimulus perubahan kurikulum asas berlaku"
Collins et al. (1996).

10.2.1 Justifikasi Penggunaan TMK dalam Pengajaran


dan Pembelajaran
Pengintegrasian TMK dalam pendidikan menghasilkan kesan yang positif dalam
pembelajaran pelajar. Satu kajian telah dilakukan oleh Bracewell (2001) di mana
beliau telah mengkaji keberkesanan TMK dalam pendidikan. Beliau
mengkategorikan keberkesanan TMK dalam pendidikan kepada 14 kategori.
Tujuh daripadanya berkaitan dengan pembelajaran pelajar dan tujuh yang lain
berkaitan dengan pengajaran. Marilah kita bincangkan setiap keberkesanan
tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 INTEGRASI TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  243

(a) Pembelajaran
(i) Meningkatkan tahap intelektual pelajar dari segi penyelesaian
masalah, kreativiti dan kemahiran belajar.
(ii) Meluaskan dan mendalami skop kandungan pelajaran.
(iii) Meningkatkan minat untuk belajar.
(iv) Meningkatkan masa tumpuan semasa menjalankan aktiviti
apabila menggunakan TMK.
(v) Membentuk minat menjalankan penyelidikan disebabkan
maklumat dapat dicapai dengan mudah.
(vi) Menggalakkan kerjasama antara pelajar semasa di sekolah dan di
luar sekolah.
(vii) Meningkatkan tahap integrasi maklumat.

(b) Pengajaran
(i) Guru boleh mendapatkan bahan dan bantuan dengan mudah
dan cepat.
(ii) Guru berkerjasama semasa dan selepas waktu persekolahan.
(iii) Guru bersama pelajar lebih menumpu kepada usaha merancang
pembelajaran yang dapat meningkatkan aktiviti pembelajaran.
(iv) Guru lebih banyak membimbing dan berinteraksi dengan
pelajar.
(v) Pengajaran dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses
penyelidikan yang berterusan.
(vi) Penilaian pembelajaran lebih mencabar.
(vii) Penilaian diagnostik lebih menjurus kepada kelemahan pelajar
yang lebih spesifik.

Dapatan di atas memberikan sebab yang kukuh kenapa anda perlu


melaksanakan TMK dalam pendidikan.

10.2.2 Kesan Terhadap Fungsi Guru, Pelajar dan Bilik


Darjah
Pengintegrasian TMK dalam pendidikan telah memberi kesan yang mendalam
terhadap fungsi guru, fungsi pelajar dan penggunaan ruang di dalam kelas. Guru
tidak lagi boleh kekal sebagi penyampai maklumat memandangkan teknologi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


244  TOPIK 10 INTEGRASI TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Internet membolehkan maklumat terkini dicari dan dicapai dengan mudah.


Keadaan ini juga menyebabkan aktiviti-aktiviti pembelajaran berubah.

Sekarang, kita akan membincangkan fungsi guru, pelajar dan bilik darjah.

(a) Fungsi Guru


Guru memainkan peranan yang amat penting dalam pengajaran mahupun
pembelajaran. Berikut adalah fungsi guru.

Jadual 10.2: Fungsi Guru

Fungsi Guru Keterangan


Guru sebagai pelajar Guru perlu menerima hakikat bahawa pelajar
masa kini lebih mahir dan yakin menggunakan
teknologi dan mereka perlu dari semasa ke semasa
mendapat tunjuk ajar daripada pelajar mereka.
Guru sebagai fasilitator Fungsi guru sebagai fasilitator tidak hanya
tertumpu kepada pakar subjek yang diajar, mereka
perlu memberi bimbingan dalam aktiviti
pembelajaran, menyelesai masalah dan mengemas
kini kandungan pelajaran.
Guru sebagai rakan belajar Pengintegrasian TMK dalam pendidikan banyak
melibatkan pembelajaran berasaskan projek yang
memerlukan guru-guru bekerjasama dengan
pelajar dalam menjayakan projek tersebut.
Guru sebagai pembina Guru lebih banyak memberi tumpuan kepada
bahan pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran
seperti lembaran kerja, nota dan panduan.
Guru sebagai penyelidik Guru lebih banyak menilai kembali pengajaran
yang telah dijalankan dan dengan bantuan
peralatan TMK, guru dapat merancang untuk
meningkatkan pembelajaran pelajar-pelajar.
Guru sebagai pelatih TMK Memandangkan teknologi TMK berubah dengan
pantas, guru perlu melengkapkan diri mereka
dengan mendapatkan latihan secara berterusan
dalam pedagogi dan teknologi.
Guru sebagai ahli Melalui forum Internet, guru boleh mendapatkan
kumpulan guru idea-idea baru dengan berkongsi pengalaman dan
maklumat dengan guru-guru lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 INTEGRASI TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  245

(b) Fungsi Pelajar


Fungsi guru dan pelajar saling bergantung antara satu sama lain. Jika guru
berfungsi sebagai fasilitator, pelajar perlu berdikari, mencari maklumat dan
lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.

Jadual 10.3: Fungsi Pelajar

Fungsi Pelajar Keterangan


Pelajar sebagai guru Aktiviti pembelajaran berasaskan TMK menggalakkan
pembelajaran kendiri di mana pelajar perlu mencari
maklumat dan berkongsi maklumat dengan rakan-
rakan pelajar lain.
Pelajar sebagai rakan Dalam aktiviti yang melibatkan projek, pelajar perlu
belajar bekerjasama dengan pelajar-pelajar lain dan guru.
Keadaan ini juga ketara dalam e-pembelajaran di mana
pelajar terlibat dalam perbincangan melalui forum.
Dalam kumpulan pelajar, mereka sering membahagikan
tugasan seperti ketua kumpulan, pencatat, pembentang
dan sebagainya.

(c) Fungsi Bilik Darjah


Pembelajaran berasaskan TMK banyak berlaku di dalam makmal
komputer. Walau bagaimanapun, dengan adanya projek bekalan peralatan
komputer ke sekolah-sekolah, pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku
di dalam kelas. Di sekolah-sekolah yang melaksanakan TMK dalam
pendidikan, perubahan kepada bilik darjah dapat diperhatikan (Eadie,
2001). Antara perubahan yang berlaku ialah:

Jadual 10.4: Fungsi Bilik Darjah

Fungsi Bilik Darjah Keterangan


Susun atur kelas Meja dan kerusi tidak lagi disusun untuk berdepan
dengan guru yang berada di depan kelas.
Sebaliknya, ia di susun supaya kerja kumpulan
dapat dilakukan.

Bagi kelas yang mempunyai beberapa komputer,


meja disusun supaya penggunaan komputer dapat
dikongsi bersama beberapa orang pelajar.
Perkongsian peralatan Kebanyakan sekolah tidak mampu membeli
peralatan komputer untuk setiap pelajar atau untuk
setiap kelas. Ruang khas di dalam atau luar kelas
disediakan untuk peralatan dikongsi bersama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


246  TOPIK 10 INTEGRASI TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Selain daripada itu, pengajaran dan pembelajaran


menggunakan satu komputer atau beberapa
komputer boleh dilakukan dengan berkesan.

Makmal komputer adalah satu lagi cara


perkongsian peralatan yang wujud di sekolah-
sekolah di Malaysia.
Kelas dalam talian Konsep ruang kelas untuk belajar telah berubah.
Terdapat sekolah yang menyediakan kelas dalam
talian di mana pelajar boleh memuat turun nota,
berbincang dalam forum dengan rakan sekelas atau
dengan guru, menjawab soalan-soalan penilaian
dan memuat naik kerja kursus.
Rangkaian komputer Bilik darjah digunakan untuk mengajar pelajar-
pelajar di dalam kelas dan pelajar dari kelas lain
melalui sidang video bagi sekolah yang
mempunyai rangkaian komputer.

SEMAK KENDIRI 10.1


1. Bincangkan kesan penggunaan TMK dalam pendidikan terhadap
pelajar.
2. Bincangkan kesan penggunaan TMK dalam pendidikan terhadap
guru.
3. Jelaskan bagaimanakah Internet telah mengubah konsep kelas
sebagai satu ruang di mana berlakunya pengajaran dan
pembelajaran.
4. Kemahiran berkomunikasi dalam talian adalah penting bagi
aktiviti kolaboratif. Bincangkan kelemahan dan kebaikan
komunikasi dalam talian.

Pada asasnya, apabila TMK diintegrasikan dalam pendidikan, pelajar menjadi


lebih aktif, bermotivasi dan mampu belajar secara kendiri dan akan bekerjasama
dengan pelajar yang lain. Bagi menyokong pelaksanaan penggunaan TMK di
kelas, perubahan fungsi hendaklah dilakukan oleh pihak guru. Begitu juga
dengan persekitaran di dalam kelas. Perubahan perlu dilakukan untuk
memudahkan pelaksanaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 INTEGRASI TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  247

AKTIVITI 10.3
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penggunaan satu komputer
dalam kelas, sila lawati:
Ć http://www2.gsu.edu/~eslmlm/onecomputer2.html
Ć http://facweb.furman.edu/~pecoy/mfl195/onecomputer.html
Ć http://webtech.kennesaw.edu/jcheek3/onecomputer.htm

Bolehkah anda senaraikan aktiviti-aktiviti dalam kelas dengan


menggunakan komputer?

10.2.3 Piawaian Ciri Guru dan Murid dari Aspek


Penggunaan TMK
Untuk melaksanakan pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran,
guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran penggunaan teknologi.

International Society for Technology in Education (ISTE) telah menggariskan


panduan yang berguna untuk guru-guru di dalam National Educational
Technology Standards for Teachers (NETSoT). Terdapat 23 penunjuk yang
dikategorikan kepada enam, iaitu:

(a) Operasi dan Konsep Teknologi


Guru perlu ada pengetahuan, kemahiran dan pemahaman asas berkaitan
dengan teknologi dan mampu meningkatkan pengetahuan mengikut
keperluan dan perkembangan teknologi.

(b) Merancang dan Membina Persekitaran dan Pengalaman Pembelajaran


Guru perlu tahu merancang dan melaksanakan penggunaan teknologi
untuk memenuhi keperluan pembelajaran pelajar yang berbagai termasuk
mengenal pasti dan menilai sumber pembelajaran.

(c) Pengajaran, Pembelajaran dan Kurikulum


Guru melaksanakan kurikulum termasuk menggunakan kaedah dan
strategi yang berasaskan teknologi untuk meningkatkan pembelajaran.

(d) Pengujian dan Penilaian


Guru memperbagaikan strategi pengujian dan penilaian termasuk
menganalisa serta mentafsir data yang dikumpul.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


248  TOPIK 10 INTEGRASI TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(e) Produktiviti dan Profesionalisme


Guru menggunakan teknologi untuk meningkatkan profesionalisme dan
pembelajaran berterusan dengan menggunakan sumber untuk
meningkatkan kemahiran penggunaan dalam pengajaran dan
pembelajaran.

(f) Isu Sosial, Etika, Perundangan dan Kemanusiaan


Guru memahami isu-isu sosial, perundangan dan kemanusiaan bagi
mewujudkan persekitaran yang sesuai dan selamat untuk pelajar daripada
pelbagai latar belakang.

ISTE juga menggariskan enam kategori kemahiran yang perlu dikuasai oleh
pelajar sebagai persediaan untuk alam perkerjaan, iaitu:

(a) Kreativiti dan Inovasi


Pelajar perlu menunjukkan kemahiran berfikir secara kreatif, membina
pengetahuan, serta menghasilkan produk dan proses dengan menggunakan
teknologi.

(b) Komunikasi dan Kolaboratif


Pelajar perlu menggunakan media digital dan persekitaran untuk
berkomunikasi dan berkerjasama termasuk secara jarak-jauh kepada
pembelajaran mereka dan menyumbang kepada pembelajaran pelajar-
pelajar lain.

(c) Penyelidikan dan Penggunaan Maklumat


Pelajar menggunakan teknologi untuk mencapai, menilai dan mengguna
maklumat.

(d) Pemikiran Kreatif, Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan


Pelajar menggunakan kemahiran berfikir secara kritikal untuk merancang
dan menjalankan penyelidikan, mengurus projek, menyelesai masalah dan
membuat keputusan dengan menggunakan teknologi dan sumber digital.

(e) Warganegara Digital


Pelajar memahami budaya, isu-isu dalam masyarakat berkaitan dengan
teknologi, perundangan dan etika.

(f) Operasi dan Konsep Teknologi


Pelajar memahami konsep, sistem dan operasi teknologi termasuk
penggunaan teknologi yang sesuai secara efektif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 INTEGRASI TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  249

AKTIVITI 10.4

Sila lawati http://www.iste.org/AM/Template.cfm?Section=NETS.


Seterusnya, jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan digital atau
warganegara digital.

AKTIVITI 10.5

Adakah anda memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan oleh ISTE?


Rangkakan satu program latihan untuk guru-guru supaya mereka
memenuhi ciri-ciri „Penyelidikan dan Penggunaan Maklumat‰.

10.3 MOD PENGGUNAAN TMK DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dalam Topik 8, anda telah mempelajari tentang perisian kursus PPBK dan jenis-
jenis perisian kursus yang biasanya digunakan. Penggunaan perisian kursus ini
adalah salah satu cara anda boleh melaksanakan TMK dalam pengajaran
dan pembelajaran.

Dalam situasi ini, perisian kursus berfungsi sebagai pengajar yang


menyampaikan maklumat, menyediakan ujian serta memberi tunjuk cara. Selain
daripada berfungsi sebagai guru, alat aplikasi boleh digunakan untuk
memudahkan aktiviti dilakukan seperti pemproses perkataan yang digunakan
untuk menulis karangan atau laporan.

Bagi pelajar yang berminat dalam pengaturcaraan, mereka boleh memberi arahan
kepada komputer untuk menjalankan suatu proses seperti mengira, melukis, dan
sebagainya. Komputer di sini berfungsi sebagai pelajar yang menerima arahan
dan melaksana arahan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


250  TOPIK 10 INTEGRASI TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

10.3.1 Kategori dan Mod Pengajaran dan


Pembelajaran
Taylor (2002) mengenal pasti tiga mod penggunaan komputer dalam pendidikan iaitu:

(a) Pengajar (Tutor)


Dalam mod ini, komputer berfungsi sebagai pengajar yang menjalankan
aktiviti pengajaran seperti:
 Menyampaikan maklumat kepada pelajar.
 Menilaian pencapaian.
 Memberi maklum balas.
 Menyimpan data pelajar.
 Melakukan simulasi.
 Memberi tunjuk cara.

Kelebihan menggunakan komputer dalam mod ini ialah anda mampu


menggunakan berbagai kaedah penyampaian seperti video, audio, animasi
dan teks.

Penggunaan pelbagai media ini akan dapat menarik minat pelajar untuk
belajar dan pembelajaran boleh dilakukan secara kendiri dan berulang kali.
Walau bagaimanapun, untuk menghasilkan perisian kursus yang baik dan
yang dapat memberikan kesan yang positif kepada pelajar, masa, tenaga
dan kepakaran yang tinggi diperlukan.

Sila imbas kembali perbincangan kita tentang komputer sebagai tutor


dalam Topik 8.

(b) Alat (Tool)


Untuk menggunakan komputer sebagai alat bantu pengajaran dan
pembelajaran, beberapa perisian aplikasi diperlukan seperti:
 Pemproses perkataan;
 Hamparan elektronik;
 Kalkulator;
 Persembahan; dan
 Peta minda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 INTEGRASI TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  251

Sebagai contoh, pelajar boleh menggunakan pemproses perkataan untuk


membuat karangan. Dengan menggunakan pemproses perkataan, pelajar
boleh menyemak ejaan menggunakan thesaurus.

Bagi yang lebih kreatif, mereka boleh menggunakan fungsi grafik agar
karangan kelihatan lebih menarik. Hamparan elektronik juga amat berguna
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik atau bagi aktiviti yang
melibatkan perangkaan dan graf.

Pangkalan data (database) amat berguna dalam aktiviti yang melibatkan


penyimpanan dan pencarian data. Dalam kerja projek yang melibatkan
beberapa kumpulan, data yang disimpan boleh dikongsi. Sebagai contoh,
pelajar-pelajar boleh menggunakan pangkalan data untuk menyimpan
kata-kata hikmah yang dikategorikan mengikut bangsa, negeri atau agama.
Dalam melaksanakan projek ini, pelajar akan mempelajari bahasa, agama
dan budaya yang mungkin asing bagi mereka.

Dalam kerja-kerja projek, Internet boleh membantu dalam pencarian


maklumat dan idea. Laporan-laporan projek boleh dimuatkan di dalam
laman-laman blog atau wiki dan boleh diakses oleh guru-guru dan pelajar-
pelajar lain. Laman-laman wiki dan blog boleh diperoleh secara percuma di
www.zoho.com dan http://www.blogger.com/. Laman blog dan wiki juga
sangat berguna kepada guru sebagai cara menyebarkan maklumat kepada
pelajar atau sebagai satu pelantar untuk perbincangan di kalangan guru-
guru. Rajah 10.1 dan 10.2 menunjukkan contoh-contoh Blog dan Wiki
pendidikan.

Rajah 10.1: Contoh blog pendidikan


Sumber: http://www.blogged.com/blogs/motivation-matters.html

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


252  TOPIK 10 INTEGRASI TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Rajah 10.2: Contoh Wiki untuk guru


Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Teacher

AKTIVITI 10.6

1. Beberapa contoh penggunaan aplikasi diberikan di laman web-


laman web berikut:
(i) http://www.microsoft.com/education/lessonplans.mspx
(ii) http://www.internet4classrooms.com/k12links.htm
(iii) http://www.vforteachers.com/free_downloads.htm

Senaraikan beberapa contoh aplikasi yang anda tahu selain


daripada apa yang kita bincangkan.

2. UNESCO ada menyediakan panduan menggunakan aplikasi


untuk sekolah-sekolah menengah yang diterbitkan dengan tajuk
Information and Communication Technology in Secondary
Education. Gunakan enjin pencari seperti Google untuk
mendapatkan dokumen tersebut.

3. Contoh-contoh projek yang menarik boleh diperolehi di


http://www.tlt.ab.ca/projects/projects.html

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 INTEGRASI TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  253

4. Jika anda berminat membina peta minda bersama pelajar-pelajar,


aplikasinya boleh diperolehi secara percuma di
http://freemind.sourceforge.net/wiki/index.php/Main_Page.
Senaraikan kelebihan laman web ini.

5. Anda mungkin ingin mempunyai blog, sama ada untuk kelas anda
atau untuk diri sendiri. Blog pendidikan boleh dibina secara percuma
di http://edublogs.org/. Bincangkan bagaimana blog membantu
dalam pengajaran dan juga pembelajaran.

6. Wiki adalah aplikasi untuk penerbitan secara kolaboratif. Sila ke laman


web http://en.wikipedia.org/wiki/Education untuk mengetahui
penggunaannya dalam pendidikan. Sediakan rumusan laman web
tersebut dan bincangkannya dalam kelas anda.

(c) Pelajar (Tutee)


Menggunakan komputer sebagai tutee memerlukan pelajar dan guru
mempelajari bahasa pengaturcaraan untuk mengajar komputer
melaksanakan suatu proses seperti mengira, melukis, membuat latih tubi
dan menjalankan animasi.

Menggunakan komputer sebagai tutee juga akan membina tahap pemikiran


yang tinggi kerana pelajar perlu melalui beberapa tahap kefahaman dan
pemikiran sebelum dapat membina perisian. Pelajar perlu benar-benar
faham dangan apa yang hendak diprogramkan, mengetahui kaedah
pengaturcaraan yang memerlukan pemikiran logik dan seterusnya pelajar
perlu tahu bagaimana menterjemahkan apa yang hendak diprogram
kepada satu bahasa yang boleh difahami oleh komputer.

Penggunaan pengaturcaraan dalam pengajaran dan pembelajaran


dipopularkan oleh Seymour Papert yang telah menghasilkan LOGO.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


254  TOPIK 10 INTEGRASI TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SEMAK KENDIRI 10.2

1. Jelaskan tiga mod penggunaan TMK dalam pengajaran dan


pembelajaran.

2. Apakah perbezaan antara mod Pengajar (Tutor) dan Alat (Tool)?

3. Salah satu piawaian ciri guru ialah Operasi dan Konsep


Teknologi. Bincangkan apakah operasi-operasi teknologi yang
anda fikirkan perlu oleh guru-guru.

4. Hasilkan satu rancangan untuk anda mengajar:


Ć Mata pelajaran Matematik dengan menggunakan hamparan
elektronik; atau
Ć Bahasa Melayu dengan menggunakan pemproses perkataan.

 Persekitaran pembelajaran masa kini hendaklah mampu menyediakan pelajar


untuk masa depan sama ada mereka memasuki alam perkerjaan atau
memasuki institusi pendidikan tinggi.

 Pelaksanaan penggunaan TMK dalam pendidikan memberi kesan kepada


pencapaian objektif pembelajaran, motivasi dan hubungan antara pelajar.

 TMK dalam pendidikan hendaklah diasaskan kepada teori-teori pendidikan


dan kaedah-kaedah yang sesuai dan tidak hanya dipengaruhi oleh teknologi
yang ada.

 Pengintegrasian TMK dalam pendidikan telah memberi kesan yang


mendalam terhadap fungsi guru, fungsi pelajar dan penggunaan ruang di
dalam kelas.

 Untuk melaksanakan pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan


pembelajaran, guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran penggunaan
teknologi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 INTEGRASI TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  255

 Mod penggunaan TMK ialah sebagai:


 Pengajar (Tutor);
 Pelajar (Tutee); dan
 Alat (Tool)

Aplikasi Tool
Blog Tutee
Integrasi Tutor
Piawaian Wiki

Bracewell. R., Laferrière, T., Breuleux, A., Benoit, J., & Abdous, M. (1998). The
emerging contribution of online resources and tools to classroom learning
and teaching. Ottawa, Rescol Canada. Dicapai pada 31 October 2001, dari
http://www.tact.fse.ulaval.ca/fr/html/apport/impact96.html
Collis, B. A., Knezek, G. A., Lai, K. W., Miyashita, K. T., Pelgrum, W. J., Plomp,
Tj., & Sakamoto, T. (1996). Children and Computers in School. Mahwah, NJ:
Erlbaum.
Eadie, G. M. (2001).Changes in student behaviour attributed to ICT. The Impact
of ICT on Schools: Classroom Design and Curriculum Delivery. Dicapai pada
11 April 2008, dari http://www.tki.org.nz/r/ict/pedagogy
/churchillreport.pdf
Heinich, et al. (1997). Instructional media and technologies for learning.
Englewood: Prentice Hall.
International Society for Technology in Education (1998). National education
technology standards for students. Eugene, Oregon: ISTE.
Knezek, G. (1999) Computers in Education Worldwide: Impact on Students and
Teachers. Dicapai pada 11 April, 2008, dari http://www.tcet.unt.edu
/research/worldwd.htm

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


256  TOPIK 10 INTEGRASI TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Saettler, P. (1990). The evolution of American educational technology.


Englewood, CO: Libraries Unlimited.
Taylor, II, R. (2003). The Computer in School: Tutor, Tool, Tutee. Contemporary
Issues in Technology and Teacher Education. 3 (2), pp. 240-252. Norfolk, VA:
AACE. Dicapai pada 11 April, 2008, dari http://www.editlib.org
/index.cfm?fuseaction=Reader.TOC&sourceissue_id=221

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like