You are on page 1of 16

BACHELOR OF MANAGEMENT WITH HONOUR

SEMESTER JANUARI/ TAHUN 2023

BBNG3103

PERNIAGAAN ANTARABANGSA

NAMA :
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :
KANDUNGAN

BAHAGIAN I

1.0 PENGENALAN FIRMA YANG DIPILIH 1

2.0 MOTIF UTAMA AXIATA MENJALANKAN FDI 2


DI SESEBUAH NEGARA
2.1 Motif Pencarian Pasaran 2
2.2 Motif Pencarian Efisien 2
2.3 Motif Pencarian Kos 3
2.4 Motif Kepesatan Teknologi 3

3.0 MANFAAT-MANFAAT FDI KEPADA NEGARA TUAN RUMAH 4


3.1 Manfaat Rangsangan dan Pembangunan Ekonomi 4
3.2 Manfaat Peluang Pekerjaan 4
3.3 Manfaat Penerimaan Bayaran Cukai dan Yuran 5
3.4 Manfaat Pemindahan Teknologi 5

4.0 KESAN NEGATIF FDI KEPADA NEGARA TUAN RUMAH 6


4.1 Kesan Negatif Kepada Alam Sekitar 6
4.2 Kesan Negatif diEksploitasi 6
4.3 Kesan Negatif Firma Meninggalkan Tuan Rumah 7
4.4 Kesan Negatif Dwi Ekonomi 7

5.0 SYOR NEGARA LAIN UNTUK FDI DAN SEBAB-SEBABNYA


5.1 Visi & Slogan Axiata Group Berhad 8
5.2 Populasi Kategori Umur Masyarakat 8
5.3 Peluang Pemasaran 9
5.4 Kos Yang Rendah 9

6.0 KESIMPULAN 10

7.0 APENDIKS 11

BAHAGIAN II 12
BBNG3103
BAHAGIAN I

1.0 PENGENALAN FIRMA YANG DIPILIH

Rajah 1: Grafik Axiata Tower & Logo Axiata Group Berhad


Sumber: (www.axiata.com)
Ledakan teknologi telekomunikasi dan digital telah memainkan peranan yang utama
sebagai indikator penerimaan serta penggunaan teknologi terkini bagi sesebuah negara.
Axiata Group Berhad yang dahulunya dikenali sebagai TM International Berhad (TMI)
adalah salah sebuah syarikat gergasi di dalam industri telekomunikasi di Malaysia, Asia
Selatan dan Asia Tenggara (www.financeasia.com, 2010). Axiata dimiliki oleh Khazanah
Nasional (36.74%), Permodalan Nasional Berhad (18.39%) dan Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (17.03%) yang menjalankan perniagaan teras berkaitan pegangan pelaburan,
penyediaan perkhidmatan dan perundingan telekomunikasi di peringkat antarabangsa.
Syarikat ini telah ditubuhkan pada 12 Jun 1992. Rentetan pengasingan syarikat TMI daripada
Telekom Malaysia Berhad (TM), TMI telah disenaraikan di Papan Utama, Bursa Malaysia
Securities Berhad pada tahun 2008. Pada 2 April 2009, penjenamaan semula syarikat TMI
kepada Axiata Group Berhad beserta logo turut berlaku. Axiata turut tersenarai di dalam
Forbes Global 2000 pada tahun 2016 sebagai salah sebuah syarikat awam yang paling
berkuasa di dunia dengan berada di kedudukan 1,028 dengan nilai pendapatan bersih RM2.6
billion pada tahun 2015 (Forbes Global 2000, 2016).
Di antara produk perkhidmatan yang diberikan adalah seperti rangkaian mudah alih,
infrastuktur rangkaian dan internet digital di beberapa buah negara iaitu Malaysia (Celcom),
Indonesia (PT XL Axiata), Sri Lanka (Dialog Axiata), Bangladesh (Robi), Kemboja
(Smart Axiata), India (Vodafone Idea Limited), Pakistan dan Nepal (Ncell). Pada 21 Jun
2021, bagi mengukuhkan lagi rangkaian syarikat telekomunikasi di Malaysia, maka Axiata,
Telenor dan Digi telah bersetuju dengan potensi penggabungan Celcom dan Digi. Pada 30
November 2022 pemegang-pemegang saham mereka telah meluluskan penggabungan
tersebut yang dinamakan sebagai CelcomDigi.

1
BBNG3103
2.0 MOTIF UTAMA AXIATA MENJALANKAN FDI DI SESEBUAH NEGARA

Rajah 2: Grafik Tiga (3) Teras Utama Perniagaan Axiata


Sumber: (www.axiata.com)
Perkembangan teknologi komunikasi dan pendigitalan global turut mencetuskan revolusi
kepada Axiata daripada sebuah syarikat yang berorientasikan urus niaga telekomunikasi
kepada perniagaan pendigitalan sepenuhnya. Tranformasi Axiata didorong oleh Strategi
Tiga Teras yang memfokuskan kepada Telco Digital, Perniagaan Digital dan Infrastruktur
seperti di Rajah 2. Pada ketika ini Axiata mempunyai lebih 160 juta pelanggan yang telah
menjadikannya salah satu rangkaian terbesar di Asia. Motif utama Axiata menjalankan FDI
di negara-negara tersebut adalah seperti berikut:
2.1 Motif Pencarian Pasaran
Axiata Group Berhad yang dahulunya dikenali sebagai TM International Berhad (TMI) telah
mendominasi industri telekomunikasi di Malaysia diawal penubuhannnya pada tahun 1992.
Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi komunikasi,
maka Axiata telah melebarkan sayap perniagannya di negara-negara Asia yang sedang
membangun seperti Indonesia (PT XL Axiata), Sri Lanka (Dialog Axiata), Bangladesh
(Robi), Kemboja (Smart Axiata) dan lain-lain. Impak daripada pencarian pasaran yang
baharu ini ianya akan menjamin kepada syer pasaran dan turut memberi kesan yang positif
terhadap pertumbuhan kadar jualan.

2.2 Motif Pencarian Efisien


Axiata turut menjalankan FDI dibeberapa buah negara dengan bermotifkan untuk
meningkatkan tahap kecekapan serta memperolehi faedah yang maksimum melalui syarikat
Edotco iaitu sebuah syarikat perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi. Edotco menjalankan
pembinaan menara telekomunikasi bersepadu yang pertama di rantau Asia. Setakat ini Edotco
telah membina dan mengendalikan menara telekomunikasi lebih daripada 29,800 buah di
Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh dan Cambodia.
2
BBNG3103

Rajah 3: Grafik Senarai Jenama di Axiata Group Berhad


Sumber: (www.axiata.com)

2.3 Motif Pencarian Kos


Selain itu Axiata Group Berhad turut cakna bagi memperoleh manfaat kos pegeluaran yang
rendah daripada negara-negara tuan rumah seperti faktor akta atau dasar kerajaan yang
berbeza (tidak terlalu ketat) di samping membantu sistem ekonomi negara tuan rumah untuk
menjadi cekap dalam pengeluaran mereka, kos tenaga pekerja yang rendah, khazanah di
setiap negara yang berbeza, kos sewa fasiliti yang rendah serta mewujudkan aktiviti daya
saing yang positif dengan syarikat tempatan. Antara negara-negara tersebut seperti Sri Lanka,
Bangladesh dan Nepal.

2.4 Motif Kepesatan Teknologi


Sudah pasti motif kepesatan teknologi menjadi asbab utama berlakunya FDI di beberapa
negara tuan rumah. Implikasi kemajuan teknologi yang sangat pesat telah mendorong Axiata
sebagai peneraju dalam industri komunikasi bertaraf dunia mengadaptasi teknologi termaju
dan terkini yang wujud di samping mencipta visi untuk menjadi Juara Digital Generasi
Seterusnya Menjelang 2024. Axiata telah membangunkan teras Perniagaan Digital (Digital
Business) di bawah penjenamaan iaitu Boost melibatkan perkhidmatan kewangan, ADA
TM

pula merupakan aktiviti pengiklanan menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI),


manakala Axiata Digital Labs yang menyediakan perkhidmatan konsultasi dan solusi di
beberapa buah negara di Asia seperti Singapura, India dan lain-lain.

3
BBNG3103
3.0 MANFAAT-MANFAAT FDI KEPADA NEGARA TUAN RUMAH

Rajah 4: Grafik Manfaat FDI Axiata Kepada Negara-Negara Tuan Rumah


Sumber: (www.axiata.com)

Pelaburan langsung asing Axiata Group Berhad telah memberikan impak yang besar di
negara-negara di seluruh ASEAN dan Asia Selatan. Manfaat-manfaat FDI kepada negara
tuan rumah berdasarkan laporan Axiata Sustainability & National Contribution Report, 2021
adalah seperti berikut:

3.1 Manfaat Rangsangan dan Pembangunan Ekonomi


Axiata Group Berhad telah menyumbangkan KDNK kepada negara-negara tuan rumah
berjumlah USD1.1 billion dan pelaburan operasi sebanyak USD5.0 billion. Kesan daripada
pelaburan ini, negara-negara tuan rumah mampu meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi
mereka. Secara tidak langsung ianya akan membuka ruang, peluang dan dorongan syarikat-
syarikat domestik yang lain untuk menjalankan perniagaan terutama yang berkaitan dengan
urus niaga syarikat multinasional tersebut. Begitu juga firma-firma multinasional yang lain
akan tertarik untuk turut menyumbang pelaburan langsung asing kepada negara-negara tuan
rumah.

3.2 Manfaat Peluang Pekerjaan


Bagi menjimatkan kos operasi yang melibatkan tenaga pekerja, Axiata telah mewujudkan
peluang pekerjaan kepada seluruh penduduk di negara-negara tuan rumah dengan memberi
pekerjaan kepada 13,181 orang pekerja dan 700,000 pekerja sokongan yang terlibat secara
tidak langsung. Peluang pekerjaan telah memberikan manfaat kepada negara-negara tuan
rumah seperti meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat, mengurangkan kadar
kemiskinan akibat pengangguran serta mampu merancakkan ekonomi negara tuan rumah.

4
BBNG3103

Rajah 5: Grafik Vision, Purpose & Values Axiata Group Berhad


Sumber: (www.axiata.com)

3.3 Manfaat Penerimaan Bayaran Cukai dan Yuran


Sebagai sebuah syarikat multinasional dan peneraju teknologi komunikasi Asia, Axiata
sentiasa komited menjalankan perniagaan berlandaskan undang-undang dan peraturan
negara-negara tuan rumah yang telah digazetkan. Pada tahun 2021, Axiata telah
menjalankan tanggungjawab dengan membayar cukai dan yuran berjumlah USD1.7 billion di
negara-negara tuan rumah. Manfaat daripada penerimaan bayaran cukai ini mampu
meningkatkan tadbir urus perbelanjaan pembangunan seperti tahap keselamatan negara
dan masyarakat, pembangunan fizikal dan infrastruktur sebagai contoh jalan raya,
hospital, sekolah serta pembangunan ekonomi dan sosial, contohnya perkhidmatan
kesihatan, pendidikan dan kebajikan rakyat negara tuan rumah.

3.4 Manfaat Pemindahan Teknologi


Negara-negara tuan rumah sudah pasti menerima manfaat limpahan teknologi daripada
pelaburan langsung asing Axiata Group Berhad. Berdasarkan laporan Axiata Integrated
Annual Report 2021 antara manfaat teknologi yang diterima oleh negara-negara tuan rumah
adalah seperti 163.1 juta pelanggan menggunakan teknologi mudah alih Axiata di seluruh
ASEAN dan Asia Selatan, 9.7 juta pengguna eWallet Boost Life, lebih 44,000 menara
komunikasi dilapan (8) buah negara dan menyokong 45 usahawan teknologi di seluruh
ASEAN melalui Dana Inovasi Digital bagi membantu meningkatkan tahap teknologi dan
menjadi lebih produktif. Secara tidak langsung pemindahan teknologi ini akan meningkatkan
pertumbuhan ekonomi negara-negara tuan rumah.

5
BBNG3103
4.0 KESAN NEGATIF FDI KEPADA NEGARA TUAN RUMAH

Rajah 6: Grafik Analisa Pembinaan Menara Telco Teknologi Hijau


Sumber: (www.axiata.com)
Pelaburan langsung asing turut memberikan implikasi negatif kepada negara-negara tuan
rumah, antara kesan negatif yang boleh dibincangkan adalah seperti berikut:
4.1 Kesan Negatif Kepada Alam Sekitar
Berdasarkan informasi yang telah dibincangkan berkaitan lebih 44,000 menara komunikasi
dilapan (8) buah negara telah dibina. Maka ianya turut memberi kesan negatif secara tidak
langsung kepada ekosistem semula jadi di negara-negara tuan rumah seperti penebangan
pokok-pokok yang telah berusia bagi tujuan membina tapak menara telekomunikasi. Selain
itu kadar pelepasan haba dan karbon akan meningkat dan mampu menjejaskan iklim
negara-negara tuan rumah disebabkan menara tersebut dibina menggunakan besi dan sumber
tenaga elektrik yang digunakan untuk menjana kuasa menara. Walaubagaimanapun Axiata
Group Berhad amat cakna dengan isu-isu alam sekitar. Walaupun terdapat segelintir negara-
negara tuan rumah tidak peka dan tidak menguatkuasakan berkaitan isu ini, Axiata tetap
menjadikannya sebagai salah satu sasaran kerja atau Key Performance Indicator (KPI) ke
arah mencapai matlamat Hala Tuju Karbon Sifar. Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh
Axiata seperti analisa di Rajah 6 iaitu membina menara dengan tiga (3) tiang, bahan yang
digunakan daripada fibre dan juga pokok buluh. Selain itu melalui syarikat Edotco sejak 2018
sebanyak 38,500 pokok telah ditanam semula bagi menjamin kelestarian ekosistem.

4.2 Kesan Negatif diEksploitasi


Pelaburan langsung asing turut mendedahkan negara-negara tuan rumah serta eksploitasi
sumber-sumber mereka. Hal ini boleh berlaku apabila tiada kawalan dan piawaian yang
khusus kepada FDI negara-negara tuan rumah. Situasi yang mungkin boleh berlaku apabila
negara-negara tuan rumah mampu kehilangan kedaulatan dan gagal mengawal dasar
domestik disebabkan didominasi oleh ekonomi pelaburan langsung asing.
6
BBNG3103

Rajah 7: Grafik Pros & Cons Foreign Direct Investment


Sumber: (www.thebalancemoney.com, 2020)

4.3 Kesan Negatif Firma Meninggalkan Tuan Rumah


Negara tuan rumah turut berhadapan dengan risiko kehilangan pelaburan langsung asing
disebabkan tawaran sumber yang mungkin lebih menarik, kos operasi yang lebih rendah
atau kelebihan lokasi negara tuan rumah yang baharu. Walaubagaimanapun bagi Axiata
Group Berhad telah merangka pelan strategik pelaburan langsung asing jangka panjang
sehingga tahun 2050 kepada negara-negara tuan rumah, dan ianya menunjukkan sebagai satu
tanda atau jaminan kepada negara-negara tuan rumah bahawa Axiata Group Berhad masih
berminat dalam tempoh masa yang panjang untuk melaksanakan FDI di negara-negara
terbabit.

4.4 Kesan Negatif Dwi Ekonomi


Kebiasaannya kesan negatif dwi ekonomi pasti akan berlaku terhadap negara-negara
membangun. Ianya melibatkan satu sektor akan lebih maju serta didominasi oleh syarikat-
syarikat atau firma asing, manakala satu sektor lagi kurang maju dan ketinggalan dimiliki
oleh firma domestik. Implikasi dwi ekonomi akan membantutkan kadar pembangunan
ekonomi negara tuan rumah disebabkan kebanyakan rakyat mereka berkecimpung di dalam
sektor buruh yang tidak berdaya maju. Berdasarkan kesan dwi ekonomi ini berlaku, Axiata
telah memberi peluang kerjaya kepada 700,000 orang di seluruh ASEAN bagi mengurangkan
jurang dwi ekonomi terus berlaku. Selain itu Axiata Group Berhad telah menyediakan
latihan-latihan profesional kepada mereka serta melalui Yayasan Axiata terdapat pelbagai
program dan peluang pendidikan untuk menaik taraf kehidupan rakyat negara-negara tuan
rumah.

7
BBNG3103
5.0 SYOR NEGARA LAIN UNTUK FDI DAN SEBAB-SEBABNYA

Rajah 8: Grafik Bendera Timor Timur & Kedudukan Dalam Peta


Sumber: (www.britannica.com, 2023)

Timor Timur adalah merupakan sebuah negara pulau di timur Kepulauan Sunda Kecil, di
hujung selatan Kepulauan Melayu yang bersempadan dengan Laut Timor di tenggara, Selat
Wetar di utara, Selat Ombai di barat laut, dan Timor barat (Sebahagiannya merupakan
wilayah Nusa Tenggara Timur Indonesia) di barat daya dan merupakan sebuah negara sedang
membangun. Timor Timur memperoleh kemerdekaan daripada Portugal pada tahun 1975 dan
kemudian kedaulatan Timor Timur telah dirampas oleh Indonesia sehingga diiktiraf semula
oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2002. Dili adalah merupakan ibu kota
Timor Timur. Sebab-sebab negara Timor Timur disyorkan untuk FDI adalah seperti berikut:

5.1 Visi & Slogan Axiata Group Berhad


Selaras dengan visi Axiata Group Berhad iaitu Juara Digital Generasi Seterusnya
Menjelang 2024 dan slogan ’Kami Memajukan Asia, Selangkah Demi Selangkah’, maka
amatlah bersesuaian untuk disyorkan Negara Timor Leste atau Timor Timur dijadikan
sasaran sebagai sebuah negara tuan rumah untuk dikembangkan lagi perniagaan melalui
pelaburan langsung asing (FDI).

5.2 Populasi Kategori Umur Masyarakat


Pada tahun 2019, data populasi masyarakat Timor Timur dianggarkan lebih 1.3 juta orang.
Berdasarkan bancian kategori umur terdapat seramai 37.6% berumur di bawah 15 tahun dan
29.3% berumur 15 – 29 tahun. Statistik ini menunjukkan pertumbuhan kadar penggunaan
teknologi telekomunikasi oleh golongan belia akan berlaku dan meningkat pada tahun 2023.
Ianya adalah peluang yang terbaik Axiata Group Berhad melebarkan sayap perniagaannya di
Timor Timur.
8
BBNG3103

Rajah 9: Grafik Kategori Umur Masyarakat Timor Timur 2019


Sumber: (www.britannica.com, 2023)

5.3 Peluang Pemasaran


Pada masa kini Timor Timur mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen,
dimana pilihan raya akan diadakan lima (5) tahun sekali untuk membentuk pemerintahan
kerajaan. Kestabilan politik di Timor Timur diwaktu ini turut menarik perhatian pelabur-
pelabur asing untuk melabur. Selain itu, dari sudut teknologi komunikasi Timor Timur masih
jauh ketinggalan berbanding negara jiran mereka iaitu Indonesia. Terdapat hanya dua (2)
syarikat telekomunikasi yang beroperasi di Timor Timur iaitu Telkomcel dan
Timortelecom. Walaupun begitu, capaian rangkaian telekomunikasi yang dibangunkan
masih kurang dan terhad untuk dilanggan oleh masyarakat. Selain itu, pelaburan langsung
asing secara tidak langsung akan mewujudkan persaingan yang positif kepada syarikat
telekomunikasi domestik.

5.4 Kos Yang Rendah


Dari segi bekalan pekerja, pembayaran emolumen kepada pekerja-pekerja masih rendah.
Kos operasi seperti pembelian atau penyewaan tanah dan bangunan masih ditahap yang
rendah berbanding di Indonesia. Selain itu dasar kerajaan Timor Timur tidak terlalu ketat
untuk pelabur-pelabur asing melaksanakan FDI seperti kos pembayaran cukai dan syarat-
syarat yang perlu dipatuhi untuk menjalankan FDI.

9
BBNG3103
5.0 KESIMPULAN

Firma-firma yang terlibat dengan pelaburan langsung asing (FDI) kebanyakannya adalah
merupakan syarikat multinasional (MNC). Firma-firma terbabit sentiasa peka dengan
keadaan ekonomi global serta tawaran-tawaran yang menarik daripada negara-negara asing
untuk melabur di dalam negara mereka. Sebelum pelaburan asing dilaksanakan, firma-firma
akan melakukan analisis yang terperinci seperti motif-motif utama jika pelaburan langsung
asing dilaksanakan pada sesebuah negara yang dipilih. Sudah pasti firma-firma ini akan
mengenal pasti unjuran keuntungan dan keupayaan mereka sama ada dalam tempoh singkat
atau panjang beserta risiko-risiko dan cabaran yang perlu dihadapi sepanjang tempoh
pelaburan langsung asing berlaku. Latar belakang budaya, ekonomi dan politik yang
berbeza pada sesebuah negara juga turut dititik beratkan supaya ianya boleh ditangani dan
diuruskan dengan baik.

Pelaburan langsung asing akan memberikan kelebihan dan manfaat kepada negara tuan
rumah seperti peningkatan peluang-peluang pekerjaan, penerimaan limpahan teknologi
kepada firma domestik yang akan meningkatkan lagi produktiviti mereka, merancakkan
ekonomi negara-negara tuan rumah. Sebagai contoh terkini berkaitan firma penyedia
perkhidmatan awan antarabangsa, Amazon Web Services (AWS) akan melebarkan sayap
infrastruktur di Malaysia dengan jumlah pelaburan sebanyak RM25.5 billion dalam tempoh
15 tahun. Ianya turut memberi manfaat kepada Malaysia selaku negara tuan rumah seperti
pertumbuhan sektor ekonomi digital (Sinar Harian, 2023).

Walau bagaimanapun pelaburan langsung asing mampu memberikan kesan negatif kepada
negara tuan rumah sebagai contoh eksploitasi sumber-sumber yang terdapat di negara tuan
rumah oleh firma asing, penutupan operasi firma asing setelah menerima tawaran insentif
yang lebih baik daripada negara lain serta lain-lain risiko kesan negatif yang akan berlaku.

Jumlah Patah Perkataan : 2397 Patah Perkataan

10
BBNG3103
6.0 APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Abdul Jumaat Mahar et al. BBNG 3103 Perniagaan Antarabangsa first edition. Open
University Malaysia (OUM), 2014

Axiata Governance & Audited Financial Statements, 2021

Axiata Integrated Annual Report, 2021

Axiata Sustainability & National Contribution Report, 2021

Axiata, telenor and digi sign transaction agreements for the proposed merger of Celcom and
digi. Axiata Group. (n.d.). Retrieved February 26, 2023, from
https://www.axiata.com/media/news/axiata-telenor-and-digi-sign-transaction-
agreements-proposed-merger-celcom-and-digi

Encyclopædia Britannica, inc. (n.d.). East Nusa tenggara. Encyclopædia Britannica.


Retrieved March 4, 2023, from https://www.britannica.com/place/East-Nusa-
Tenggara

Husain, N. H. (2023, March 3). Pelaburan Amazon: Pacu Pertumbuhan Positif sektor
Ekonomi Digital. Sinar Harian. Retrieved March 4, 2023, from
https://www.sinarharian.com.my/article/247957/berita/nasional/pelaburan-amazon-
pacu-pertumbuhan-positif-sektor-ekonomi-digital

Russell, E. (2010, June 22). Axiata moves to centralise its Treasury: Axiata, TM
International, Reza Abdul Rahim, bond, IPO, Capital Market, issuance, Treasury.
FinanceAsia. Retrieved February 26, 2023, from
https://www.financeasia.com/article/axiata-moves-to-centralise-its-treasury/215771

11
BBNG3103

BAHAGIAN II

#Komen 1

#Komen 2

12
BBNG3103

#Komen 3

#Komen 4

13
BBNG3103

#Komen 5

14

You might also like