You are on page 1of 31

EPPM 2114 PENGURUSAN KEWANGAN

SEMESTER 1
SESI AKADEMIK 2021/2022

NAMA PENSYARAH
DR. TEE LAIN TZE

TAJUK
ANALISIS KEWANGAN: D & O GREEN TECHNOLOGIES BERHAD VS
FRONTKEN CORPORATION BERHAD

AHLI KUMPULAN

MUHAMMAD ASYRAF BIN ISMAIL A180663


MUHAMMAD SHAFI BIN JAMIL A180560
EASTER WONG XIANG WENG A180449
CAROLYN LEE CHUI PENG A179983
NURZURIDA NATASYA BINTI JAMALUDIN A180687

1
ISI KANDUNGAN

1.0 Objektif 3
2.0 Pengenalan 3
3.1 Latar Belakang Syarikat Utama 4
3.2 Latar Belakang Syarikat Perbandingan 5
4.0 Analisi Penyata Kewangan Syarikat 6
5.0 Analisis Nisbah 6
5.1 Nisbah Kecairan 6
5.1.1 Nisbah Semasa 6
5.1.2 Nisbah Cepat 7
5.2 Nisbah Pengurusan 8
5.2.1 Nisbah Penggantian Inventori 8
5.2.2 Nisbah Penggantian Aset Tetap 9
5.2.3 Nisbah Penggantian Jumlah Aset 10
5.2.4 Nisbah Tempoh Kutipan Purata 10
5.3 Nisbah Pengurusan Hutang 11
5.3.1 Nisbah Hutang 11
5.3.2 Nisbah Keuntungan Faedah Semasa 12
5.4 Nisbah Keuntungan 13
5.4.1 Margin Operasi 13
5.4.2 Margin Untung 14
5.4.3 Dasar Kuasa Untung 15
5.4.4 Untung Atas Aset 16
5.4.5 Untung Atas Ekuiti 17
5.5 Nisbah Nilai Pasaran 17
5.5.1 Pendapatan Sesaham 17
5.5.2 Nisbah Harga Perolehan 18
5.5.3 Nisbah Nilai Pasaran kepada Nilai Buku 19
6.0 Analisis Carta DuPont 20
7.0 Perbandingan Nisbah dengan Firma 21
8.0 Kesimpulan dan Cadangan 30

2
1.0 OBJEKTIF KAJIAN KES
Kertas kerja bagi projek berkumpulan ini disediakan bagi mencapai objektif seperti berikut:
i. Mencapai objektif pembelajaran bagi kursus ini
ii. Mengkaji analisis penyata kewangan bagi syarikat
iii. Mengimplementasikan hasil pembelajaran atas kajian yang dijalankan

2.0 PENGENALAN
Pelajar-pelajar bagi kursus EPPM Pengurusan Kewangan telah diberi kesempatan
dalam mengkaji laporan kewangan bagi syarikat yang sedia ada serta prestasi kewangan
syarikat tersebut di Malaysia. Prestasi kewangan bermaksud rekod formal bagi kegiatan
kewangan dalam sesebuah perniagaan, milikan tunggal atau sebagainya. Kebiasaannya prestasi
kewangan ini dapat dinilai dalam bentuk penyata kewangan atau laporan kewangan.

Prestasi kewangan amatlah penting bagi pengguna dalaman syarikat dan pengguna
luaran syarikat dalam pembuatan keputusan dalam beberapa aspek. Misalnya, pembuatan
keputusan dari segi pelaburan syarikat, analisis sumber kewangan, pemberian kredit kepada
pihak lain dan lain-lain lagi. Prestasi kewangan inilah yang menjadi perkembangan bagi
sesebuah syarikat.

Oleh itu, dalam penyediaan laporan kewangan ini, kumpulan kami telah memilih
syarikat D & O Green Technologies Berhad sebagai syarikat utama kami dan syarikat Frontken
Corporation Berhad sebagai syarikat perbandingan.

3
3.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT
3.1 SYARIKAT UTAMA : D&O GREEN TECHNOLOGIES BERHAD

D&O Green Technologies Berhad ialah sebuah syarikat di Malaysia yang mula
ditubuhkan pada tahun 2004 dan berpangkalan di Kuala Lumpur di mana syarikat ini
terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengurusan, termasuk perkhidmatan
kemudahan kilang pembuatan. Syarikat D&O Technologies berhad juga turut tersenarai
dalam Bursa Malaysia. Segmen syarikat termasuk ini termasuk di Asia, Eropah,
Amerika Syarikat dan negara lain. D&O Green Technologies mempunyai anak-anak
syarikat seperti Dominant Opto Technologies Sdn. Bhd atau dikenali sebagai Dominant
Malaysia, yang terlibat dalam pembuatan komponen dan jentera semikonduktor di
mana syarikat ini melibatkan diri ke arah kegiatan industri dalam mereka bentuk,
mengeluarkan dan menjual pemasangan papan litar bercetak dan penyediaan
perkhidmatan kejuruteraan. Selain itu, Syarikat D&O Green Technologies dan syarikat
subsidiarinya juga terlibat dalam pemegangan pelaburan serta mereka bentuk,
membangun, membeli dan menjual cip litar bersepadu (IC).

4
3.2 SYARIKAT PERBANDINGAN: FRONTKEN CORPORATION BERHAD

Frontken Corporation Berhad juga merupakan salah satu syarikat terkemuka


dalam menyediakan perkhidmatan sokongan kepada industri semikonduktor, rawatan
permukaan jentera yang menyediakan pelbagai jenis servis industri seperti
semikonduktor, minyak & gas, penjanaan kuasa, marin dan banyak lagi. Syarikat ini
ditubuhkan pada tahun 1996 dan disenaraikan dalam Bursa Malaysia pada tahun
tersebut. Salah satu fokus servis yang disediakan syarikat ini adalah perkhidmatan
pembersihan jentera atau mesin di mana syarikat ini menggunakan pelbagai kaedah
salutan semburan dan pembaikan mekanikal dan pengetahuan perkhidmatan untuk
meningkatkan kecekapan operasi pelbagai industri, termasuk minyak dan gas,
petrokimia, penjanaan kuasa, semikonduktor dan sektor pembuatan elektronik. Syarikat
Frontken juga menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bahan termaju dan
teknologi kejuruteraan permukaan untuk menghasilkan salutan baharu dan lebih baik
untuk digunakan dalam perlindungan terhadap degradasi bahan dan untuk
meningkatkan produktiviti proses perindustrian.

Rangkaian perkhidmatan yang disediakan syarikat yang komprehensif dalam


meningkatkan kecekapan dan memanjangkan jangka hayat mesin dan peralatan serta
menambah baik lagi kos operasi dan penyelenggaraan pelanggannya membuatkan
syarikat ini dapat .mengukuhkan dirinya sebagai penyedia perkhidmatan terkemuka
kejuruteraan di rantau Asia Pasifik. Kini, Syarikat ini mempunyai lebih dari 1100 orang
pekerja sekitar tujuh negara termasuk Malaysia dan portfolio pelanggan Syarikat
Frontken Corporation Berhad terdiri daripada pemain utama dalam industri minyak dan
gas, penjanaan kuasa, petrokimia dan semikonduktor di Singapura, Malaysia dan
negara lain seperti Filipina, Indonesia, Thailand, Vietnam, Taiwan dan Jepun.

5
4.0 ANALISIS PENYATA KEWANGAN SYARIKAT
Analisis penyata kewangan syarikat dibahagi dengan 2 cara iaitu analisis siri masa dan
analisis perbandingan. Analisis nisbah membolehkan penganalisis untuk menganalisa dan
menilai pencapaian sesebuah syarikat. Analisis ini penting supaya sesebuah syarikat dapat
mengenali kedudukan kewangan syarikat untuk membuat keputusan.

5.0 ANALISIS NISBAH


a) Analisis siri masa adalah satu kaedah untuk menganalisis data siri masa untuk
membandingkan nisbah pada tahun semasa dengan tahun sebelumnya. Analisis siri
masa membolehkan sebuah syarikat merancang operasi pada masa hadapan. Ia juga
penting kerana membantu untuk memerhatikan data dalam sesuatu tempoh masa.

b) Analisis perbandingan adalah satu kaedah untuk membandingkan nisbah antara


perniagaan dalam industri yang sama. Analisis perbandingan membolehkan syarikat
mengetahui kekuatan dan kelemahan sesebuah syarikat supaya membuat rancangan
yang lebih baik.

5.1 NISBAH KECAIRAN


5.1.1 Nisbah Semasa
Nisbah semasa adalah nisbah untuk menguji keupayaan sesebuah syarikat sama ada dapat
membayar liabiliti atau tidak pada jangka masa yang pendek.

Nisbah Semasa = Aset Semasa / Liabiliti Semasa


2018 2019 2020
D & O GREEN Nisbah Semasa Nisbah Semasa Nisbah Semasa
TECHNOLOGIES = 311,369 / = 340,752 / = 438,170 /
BERHAD (M) 184,013 194,355 251,386
= 1.69x = 1.75x = 1.74
FRONTKEN Nisbah Semasa Nisbah Semasa Nisbah Semasa
CORPORATION = 277,567,161 / = 334,202,437 / = 442,910,453 /
BERHAD 98,068,449 101,923,779 138,410,933
= 2.83x = 3.28x = 3.20x

6
Analisis Siri Masa: Nisbah semasa bagi syarikat D&O Green Technologies Berhad (M)
meningkat dari tahun 2018 hingga tahun 2019 iaitu meningkat sebanyak 0.06x (1.75x-1.69x).
Manakala bagi tahun 2019 hingga tahun 2020, nisbah semasa syarikat telah menurun sebanyak
0.01x (1.75x-1.74x). Ini menunjukkan syarikat berupaya menjelaskan tuntutan semasanya
kerana nisbah semasa lebih daripada 1 setiap tahun.

Analisis Perbandingan: Pada tahun 2020, nisbah semasa bagi syarikat D&O Green
Technologies Berhad (M) iaitu 1.74x adalah lebih rendah berbanding dengan syarikat Frontken
Corporation Berhad iaitu 3.20x. Hal ini dikatakan demikian kerana syarikat Frontken
Corporation Berhad mempunyai kecairan yang lebih tinggi dan cekap dalam tuntutan hutang
oleh pemiutang jangka pendek berbanding dengan syarikat D&O Green Technologies Berhad
(M).

5.1.2 Nisbah Cepat


Nisbah cepat adalah ukuran kecekapan sesebuah syarikat dalam pembayaran liabiliti dengan
menggunakan aset cepatnya iaitu aset yang mudah ditukar kepada tunai dalam jangka masa
pendek.

Nisbah Cepat = (Aset Semasa – Inventori) / Liabiliti Semasa


2018 2019 2020
D & O GREEN Nisbah Cepat Nisbah Cepat Nisbah Cepat
TECHNOLOGIES = (311,369 - = (340,752 - = (438,170 -
BERHAD (M) 150,091) / 184,013 151,638) / 194,355 179,583) / 251.386
= 0.88x = 0.97x = 1.03
FRONTKEN Nisbah Cepat Nisbah Cepat Nisbah Cepat
CORPORATION = (277,567,161 - = (334,202,437 - = (442,910,453 -
BERHAD 13,710,671) / 15,101,449) / 19,976,192) /
98,068,449 101,923,779 138,410,933
= 2.69x = 3.13x = 3.06x

Analisis Siri Masa: Nisbah cepat bagi syarikat D&O Green Technologies Berhad (M)
mengalami peningkatan secara berterusan dari tahun 2018 hingga tahun 2020. Pada tahun 2018
hingga tahun 2019, nisbah cepat telah meningkat sebanyak 0.09x iaitu daripada 0.88x kepada

7
0.97x. Seterusnya, nisbah cepat meningkat sekali lagi kepada 1.03x pada tahun 2020 iaitu
meningkat sebanyak 0.06x. Ini bermaksud syarikat D&O Green Technologies Berhad (M)
adalah semakin cekap untuk membayar hutang jangka pendeknya.

Analisis Perbandingan: Pada tahun 2020, nisbah cepat bagi syarikat D&O Green
Technologies Berhad (M) iaitu 1.03x adalah lebih rendah daripada syarikat Frontken
Corporation Berhad iaitu 3.06x. Ini telah menunjukkan syarikat Frontken Corporation Berhad
mempunyai kecekapan yang lebih tinggi untuk membayar hutang jangka pendek berbanding
dengan syarikat D&O Green Technologies Berhad (M).

5.2 NISBAH PENGURUSAN ASET


5.2.1 Nisbah Penggantian Inventori
Nisbah penggantian inventori adalah untuk mengukur kecekapan terhadap sebuah syarikat
dalam penukaran inventori kepada jualan.

Pusing Ganti Inventori = Jualan / Inventori


2018 2019 2020
D & O GREEN Pusing Ganti Pusing Ganti Pusing Ganti
TECHNOLOGIES Inventori Inventori Inventori
BERHAD (M) = 490,775 / 150,091 = 504,305 / 151,638 = 575,781 / 179,583
= 3.27x = 3.33x = 3.21x
FRONTKEN Pusing Ganti Pusing Ganti Pusing Ganti
CORPORATION Inventori Inventori Inventori
BERHAD = 327,217,653 / = 339,911,215 / = 368,319,464 /
13,710,671 15,101,449 19,976,192
= 23.87x = 22.51x = 18.44x

Analisis Siri Masa: Nisbah penggantian inventori bagi syarikat D&O Green Technologies
Berhad (M) telah meningkat daripada 3.27x pada tahun 2018 kepada 3.33x pada tahun 2019.
Manakala pada tahun 2020 telah menurun kepada 3.21x. Ini menunjukkan syarikat lebih
produktif pada tahun 2020 berbanding dengan tahun sebelumnya.

8
Analisis Perbandingan: Pada tahun 2020, bagi syarikat D&O Green Technologies Berhad
(M) mempunyai nisbah penggantian inventori yang lebih baik berbanding dengan syarikat
Frontken Corporation Berhad. Ini menjelaskan bahawa syarikat D&O Green Technologies
Berhad (M) mempunyai pergerakan inventori yang cepat.

5.2.2 Nisbah Penggantian Aset Tetap


Nisbah penggantian aset tetap adalah untuk mengukur kecekapan sebuah syarikat dalam
penggunaan aset tetap untuk menjana jualan.

Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan / Aset Tetap


2018 2019 2020
D & O GREEN Pusing Ganti Aset Pusing Ganti Aset Pusing Ganti Aset
TECHNOLOGIES Tetap Tetap Tetap
BERHAD (M) = 490,775 / 190,455 = 504,305 / 222,158 = 575,781 / 255,407
= 2.58x = 2.27x = 2.25x
FRONTKEN Pusing Ganti Aset Pusing Ganti Aset Pusing Ganti Aset
CORPORATION Tetap Tetap Tetap
BERHAD = 327,217,653 / = 339,911,215 / = 368,319,464 /
140,400,220 125,735,869 121,687,511
= 2.33x = 2.70x = 3.03x

Analisis Siri Masa: Nisbah penggantian aset tetap bagi syarikat D&O Green Technologies
Berhad (M) mengalami penurunan secara berterusan pada tahun 2018 hingga tahun 2020. Pada
tahun 2018 hingga tahun 2019, nisbah telah menurun sebanyak 0.31x iaitu daripada 2.58x
kepada 2.27x. Seterusnya, nisbah menurun sekali kali kepada 2.25x pada tahun 2020. Ini telah
menunjukkan penggunaan aset tetap bagi syarikat D&O Green Technologies Berhad (M)
adalah semakin kurang efektif dari tahun 2018 hingga tahun 2020.

Analisis Perbandingan: Pada tahun 2020, nisbah penggantian aset tetap bagi syarikat D&O
Green Technologies Berhad (M) iaitu 2.25x adalah lebih kurang daripada syarikat Frontken
Corporation Berhad iaitu 3.03x. Ini bermakna syarikat Frontken Corporation Berhad lebih
cekap dalam penggunaan aset tetap untuk menghasilkan jualan berbanding dengan syarikat
D&O Green Technologies Berhad (M).

9
5.2.3 Nisbah Penggantian Jumlah Aset
Nisbah penggantian jumlah aset adalah untuk mengukur kecekapan sebuah syarikat dalam
penggunaan semua aset untuk menjanakan jualan.

Nisbah Pusing Ganti Jumlah Aset = Jualan / Jumlah Aset


2018 2019 2020
D & O GREEN Pusing Ganti Jumlah Pusing Ganti Jumlah Pusing Ganti Jumlah
TECHNOLOGIES Aset Aset Aset
BERHAD (M) = 490,775 / 560,538 = 504,305 / 635,013 = 575,781 / 770,162
= 0.87x = 0.79x = 0.75x
FRONTKEN Pusing Ganti Jumlah Pusing Ganti Jumlah Pusing Ganti Jumlah
CORPORATION Aset Aset Aset
BERHAD = 327,217,653 / = 339,911,215 / = 368,319,464 /
455,060,434 515,725,227 618,271,323
= 0.72x = 0.66x = 0.60x

Analisis Siri Masa: Nisbah penggantian jumlah aset bagi syarikat D&O Green Technologies
Berhad (M) telah mengalami penurunan secara berterusan. Pada tahun 2018, nisbah telah
menurun daripada 0.87x kepada 0.79x pada tahun 2019. Seterusnya, nisbah menurun
berterusan kepada 0.75x pada tahun 2020. Ini menunjukkan syarikat D&O Green Technologies
Berhad (M) adalah semakin kurang kecekapan dalam pengurusan jumlah aset untuk
menghasilkan jualan.

Analisis Perbandingan: Pada tahun 2020, nisbah penggantian jumlah aset bagi syarikat D&O
Green Technologies Berhad (M) iaitu 0.75x adalah lebih tinggi daripada syarikat Frontken
Corporation Berhad iaitu 0.60x. Ini bermaksud syarikat D&O Green Technologies Berhad (M)
telah menggunakan semua asetnya dengan lebih berkesan untuk menjana hasil jualan
berbanding dengan syarikat Frontken Corporation Berhad.

5.2.4 Nisbah Tempoh Kutipan Purata


Nisbah tempoh kutipan purata adalah nisbah untuk mengukur berapa lama sebuah syarikat
dalam pengutipan akaun belum terima secara purata.

10
Nisbah Tempoh Kutipan Purata = Penghutang / (Jualan Tahunan / 365)
2018 2019 2020
D & O GREEN Tempoh Kutipan Tempoh Kutipan Tempoh Kutipan
TECHNOLOGIES Purata Purata Purata
BERHAD (M) = 102,408 / (490,775 = 117,244 / (504,305 = 176,375 / (575,781
/ 365) / 365) / 365)
= 76.16 hari = 84.86 hari = 111.81 hari
FRONTKEN Tempoh Kutipan Tempoh Kutipan Tempoh Kutipan
CORPORATION Purata Purata Purata
BERHAD = 106,845,857 / = 86,299,711 / = 103,137,347 /
(327,217,653 / 365) (339,911,215 / 365) (368,319,464 / 365)
= 119.18 hari = 92.67 hari = 102.21 hari

Analisis Siri Masa: Tempoh kutipan purata bagi syarikat D&O Green Technologies Berhad
(M) mengalami peningkatan secara berterusan pada tahun 2018 hingga tahun 2020. Pada tahun
2018, tempoh telah meningkat dari 76.16 hari kepada 84.86 hari pada tahun 2019. Seterusnya,
tempoh menaik sekali lagi kepada 111.81 hari pada tahun 2020. Ini adalah kurang baik bagi
syarikat kerana syarikat memerlukan masa yang semakin panjang untuk mengutip hutangnya.

Analisis Perbandingan: Pada tahun 2020, tempoh kutipan purata bagi syarikat D&O Green
Technologies Berhad (M) adalah lebih panjang berbanding dengan syarikat Frontken
Corporation Berhad iaitu syarikat D&O Green Technologies Berhad (M) memerlukan 111.81
hari dan syarikat Frontken Corporation Berhad memerlukan 102.21 hari. Ini bermakna syarikat
D&O Green Technologies Berhad (M) memerlukan tempoh masa yang lebih panjang untuk
mengutip akaun belum terimanya.

5.3 NISBAH PENGURUSAN HUTANG


5.3.1 Nisbah Hutang
Nisbah ini membantu dalam menilai potensi syarikat dalam menjelaskan hutang jangka masa
panjang.

Nisbah Hutang = Jumlah Hutang / Jumlah Aset

11
2018 2019 2020
D & O GREEN Nisbah Hutang Nisbah Hutang Nisbah Hutang
TECHNOLOGIES = 208,212 / 560,538 = 247,894 / 635,013 = 319,907 / 770,162
BERHAD (M) = 0.3715 @ 37.15% = 0.3904 @ 39.04% = 0.4158 @ 41.58%
FRONTKEN Nisbah Hutang Nisbah Hutang Nisbah Hutang
CORPORATION = 110,416,003 / = 116,977,146 / = 151,237,098 /
BERHAD 455,060,434 515,725,227 618,271,323
= 0.2426 @ 24.26% = 0.2268 @ 22.68% = 0.2446 @ 24.46%

Analisis Siri Masa: Nisbah hutang bagi syarikat D & O Technologies Berhad (M)
menunjukkan peningkatan secara berterusan dari tahun 2018 hingga tahun 2020. Pada tahun
2018, nisbah hutang bagi syarikat adalah 37.15% kemudiannya meningkat kepada 39.04%
pada tahun 2019. Nisbah ini kemudiannya meningkat lagi pada tahun 2020 iaitu dari 39.04%
pada tahun 2019 kepada 41.58%. Hal ini menunjukkan bahawa syarikat D & O Green
Technologies Berhad (M) kurang memiliki kecekapan dalam menjelaskan hutang syarikat
jangka masa panjang dan boleh menyebabkan ketidakpercayaan oleh pengguna luaran syarikat
terhadap potensi kewangan syarikat ini.

Analisis Perbandingan: Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M) mempunyai nisbah
hutang yang lebih tinggi dari tahun 2018 hingga 2020 berbanding dengan syarikat Frontken
Corporation Berhad. Misalnya pada tahun 2018 nisbah hutang bagi syarikat D & O Green
Technologies mencatat sebanyak 37.15% berbanding dengan nisbah hutang syarikat Frontken
Corporation iaitu sebanyak 24.26%. Hal ini demikian kerana peratusan aset bagi membiayai
hutang adalah lebih rendah berbanding dengan D & O Green Technologies Berhad (M). Nisbah
hutang yang rendah oleh syarikat Frontken Corporation Berhad telah menunjukkan bahawa
syarikat ini mempunyai kecekapan dalam menanggung hutangnya.

5.3.2 Nisbah Keuntungan Faedah Semasa


Nisbah ini menunjukkan kebolehan syarikat dalam membayar faedah tahunan daripada
pendapatan operasinya.

Nisbah Keuntungan Faedah Semasa = EBIT / Bayaran Faedah

12
2018 2019 2020
D & O GREEN Nisbah Keuntungan Nisbah Keuntungan Nisbah Keuntungan
TECHNOLOGIES Faedah Semasa Faedah Semasa Faedah Semasa
BERHAD (M) = 52,123 / 2,319 = 47,070 / 3,393 = 66,336 / 2,883
= 22.48x = 13.87x = 23.01x
FRONTKEN Nisbah Keuntungan Nisbah Keuntungan Nisbah Keuntungan
CORPORATION Faedah Semasa Faedah Semasa Faedah Semasa
BERHAD = 75,615,413 / = 96,261,457 / = 114,252,674 /
568,006 755,525 666,716
= 133.12x = 127.41x = 171.37x

Analisis Siri Masa: Nisbah keuntungan faedah semasa bagi syarikat D & O Technologies
Berhad (M) menunjukkan penurunan dari RM22.48 di tahun 2018 kepada RM13.87 pada tahun
2019. Pada tahun yang berikutnya pula nisbah keuntungan faedah mengalami peningkatan
yang ketara dari RM13.87 pada tahun 2019 kepada RM23.01 pada tahun 2021.

Analisis Perbandingan: Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M) memiliki nisbah
keuntungan faedah yang lebih sedikit berbanding dengan Frontken Corporation Berhad dari
tahun 2018 hingga 2020. Misalnya, syarikat Frontken Corporation Berhad membiayai setiap
bayaran faedah dengan pendapatan operasi sebanyak RM133.12 berbanding dengan syarikat
D & O Green Technologies Berhad (M) yang membiayai setiap bayaran faedah dengan
pendapatan operasi berjumlah RM22.48 pada tahun 2018.

5.4 NISBAH KEUNTUNGAN


5.4.1 Margin Operasi
Margin operasi adalah amaun pendapatan operasi yang diperoleh daripada setiap ringgit jualan
yang diperolehi.

Margin operasi = EBIT / Jualan


2018 2019 2020
D & O GREEN Margin operasi Margin operasi Margin operasi
TECHNOLOGIES = 52,123 / 490,775 = 47,070 / 504,305 = 66,336 / 575,781
BERHAD (M) = 10.62% = 9.33% = 11.52%

13
FRONTKEN Margin operasi Margin operasi Margin operasi
CORPORATION = 75,615,413 / = 96,261,457 / =114,252,674 /
BERHAD 327,217,653 339,911,215 368,319,464
= 23.11% = 28.32% = 31.02%

Analisis siri masa: Margin operasi bagi syarikat D & O Technologies Berhad (M)
menunjukkan penurunan dari tahun 2018 hingga tahun 2019. Pada tahun 2018, margin untung
bagi syarikat ini adalah sebanyak 10.62% menurun kepada 9.33% pada tahun 2019. Namun,
berlaku peningkatan yang mendadak dari tahun 2019 hingga tahun 2020 iaitu dari 9.33%
kepada 11.52%.

Analisis perbandingan: Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M) mempunyai margin
operasi yang lebih rendah dari tahun 2018 hingga 2020 berbanding dengan syarikat Frontken
Corporation Berhad. Contohnya, pada tahun 2020 margin operasi bagi syarikat D & O Green
Technologies telah mencatat sebanyak 11.52% iaitu lebih rendah berbanding dengan margin
operasi syarikat Frontken Corporation iaitu sebanyak 31.02% dan ini merupakan jurang
perbezaan yang agak banyak.

5.4.2 Margin Untung


Margin keuntungan mengukur amaun pendapatan bersih yang diperolehi dari setiap ringgit
jualan yang diperolehi.

Margin Untung = Untung Bersih / Jualan


2018 2019 2020
D & O GREEN Margin Untung Margin Untung Margin Untung
TECHNOLOGIES = 42,202 / 490,775 = 39,057 / 504,305 = 55,375 / 575,781
BERHAD (M) = 8.60% = 7.74% = 9.62%
FRONTKEN Margin Untung Margin Untung Margin Untung
CORPORATION = 57,002,432 / = 74,228,348 / = 88,317,758 /
BERHAD 327,217,653 339,911,215 368,319,464
= 17.42% = 21.84% = 23.98

14
Analisis siri masa: Margin Untung bagi syarikat D & O Technologies Berhad (M)
menunjukkan penurunan dari tahun 2018 hingga tahun 2019. Pada tahun 2018, margin untung
bagi syarikat ini adalah sebanyak 8.60% menurun kepada 7.74% pada tahun 2019. Namun,
berlaku peningkatan dari tahun 2019 hingga tahun 2020 iaitu dari 7.74% kepada 9.62%.

Analisis Perbandingan: Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M) mempunyai margin
untung yang lebih rendah dari tahun 2018 hingga 2020 berbanding dengan syarikat Frontken
Corporation Berhad. Contohnya, pada tahun 2018 margin untung bagi syarikat D & O Green
Technologies mencatat sebanyak 8.60% iaitu lebih rendah berbanding dengan margin untung
syarikat Frontken Corporation iaitu sebanyak 17.42% .

5.4.3 Dasar Kuasa Untung


Dasar kuasa untung menunjukkan keupayaan aset sesebuah firma dalam menjana pendapatan
operasi yang diterima daripada jumlah aset.

Dasar Kuasa Untung (BEP) = EBIT / Jumlah Aset


2018 2019 2020
D & O GREEN Dasar Kuasa Untung Dasar Kuasa Untung Dasar Kuasa Untung
TECHNOLOGIES (BEP) (BEP) (BEP)
BERHAD (M) = 52,123 / 560,538 = 47,070 / 635,013 = 66,336 / 770,162
= 9.30% = 7.41% = 8.61%
FRONTKEN Dasar Kuasa Untung Dasar Kuasa Untung Dasar Kuasa Untung
CORPORATION (BEP) (BEP) (BEP)
BERHAD = 75,615,413 / = 96,261,457 / = 114,252,674 /
455,060,434 515,725,227 618,271,323
= 16.61% = 18.67% = 18.48%

Analisis siri masa: Dasar kuasa untung bagi syarikat D & O Technologies Berhad (M)
menunjukkan penurunan dan peningkatan dari tahun 2018 hingga tahun 2020. Pada tahun
2018, dasar kuasa untung bagi syarikat ini adalah sebanyak 9.30% menurun kepada 7.41%
pada tahun 2019. Namun, berlaku peningkatan dari tahun 2019 hingga tahun 2020 iaitu dari
7.41% kepada 8.61%.

15
Analisis Perbandingan: Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M) mempunyai dasar
kuasa untung yang lebih rendah dari tahun 2018 hingga 2020 berbanding dengan syarikat
Frontken Corporation Berhad. Contohnya, pada tahun 2019 dasar kuasa untung bagi syarikat
D & O Green Technologies mencatat sebanyak 7.41% iaitu lebih rendah berbanding dengan
dasar kuasa untung syarikat Frontken Corporation iaitu sebanyak 18.67%.

5.4.4 Untung Atas Aset


Nisbah ini menunjukkan keberkesanan syarikat dalam menggunakan asetnya untuk menjana
keuntungan.

Untung Atas Aset (ROA) = Untung Bersih / Jumlah Aset


2018 2019 2020
D & O GREEN Untung Atas Aset Untung Atas Aset Untung Atas Aset
TECHNOLOGIES (ROA) (ROA) (ROA)
BERHAD (M) = 42,202 / 560,538 = 39,057 / 635,013 = 55,375 / 770,162
= 7.53% = 6.15% = 7.19%
FRONTKEN Untung Atas Aset Untung Atas Aset Untung Atas Aset
CORPORATION (ROA) (ROA) (ROA)
BERHAD = 57,002,432 / = 74,228,348 / = 88,317,758 /
455,060,434 515,725,227 618,271,323
= 12.52% = 14.39% = 14.28%

Analisis siri masa: Untung atas aset bagi syarikat D & O Technologies Berhad (M) juga
menunjukkan penurunan dan peningkatan dari tahun 2018 hingga tahun 2020. Pada tahun
2018, untung atas aset bagi syarikat ini adalah sebanyak 7.53% menurun kepada 6.15% pada
tahun 2019. Namun, berlaku juga peningkatan dari tahun 2019 hingga tahun 2020 iaitu dari
6.15% kepada 7.19%.

Analisis Perbandingan: Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M) juga mempunyai
untung atas aset yang lebih rendah dari tahun 2018 hingga 2020 berbanding dengan syarikat
Frontken Corporation Berhad. Misalnya, pada tahun 2018 untung atas aset bagi syarikat D &
O Green Technologies mencatat sebanyak 7.53% iaitu lebih rendah berbanding dengan untung
atas aset syarikat Frontken Corporation iaitu sebanyak 12.52%.

16
5.4.5 Untung Atas Ekuiti
Untung atas ekuiti mengukur kecekapan syarikat dalam menghasilkan jumlah pendapatan
bersih yang dijana daripada setiap ringgit yang dilaburkan oleh pemegang-pemegang saham
syarikat.

Untung Atas Ekuiti (ROE) = Untung Bersih / Jumlah Ekuiti


2018 2019 2020
D & O GREEN Untung Atas Ekuiti Untung Atas Ekuiti Untung Atas Ekuiti
TECHNOLOGIES (ROE) (ROE) (ROE)
BERHAD (M) = 42,202 / 352,326 = 39,057 / 387,119 = 55,375 / 450,255
= 11.98% = 10.09% = 12.30%
FRONTKEN Untung Atas Ekuiti Untung Atas Ekuiti Untung Atas Ekuiti
CORPORATION (ROE) (ROE) (ROE)
BERHAD = 57,002,432 / = 74,228,348 / = 88,317,758 /
344,644,000 398,748,081 467,034,225
= 16.54% = 18.62% = 18.91%

Analisis siri masa: Untung atas ekuiti bagi syarikat D & O Technologies Berhad (M) juga
menunjukkan penurunan dan peningkatan dari tahun 2018 hingga tahun 2020. Pada tahun
2018, margin untung bagi syarikat ini adalah sebanyak 11.98% menurun kepada 10.09% pada
tahun 2019. Namun, berlaku peningkatan yang agak mendadak dari tahun 2019 hingga tahun
2020 iaitu dari 10.09% kepada 12.30%.

Analisis Perbandingan: Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M) juga mempunyai
untung atas ekuiti yang lebih rendah dari tahun 2018 hingga 2020 berbanding dengan syarikat
Frontken Corporation Berhad. Contohnya, pada tahun 2020 untung atas ekuiti bagi syarikat D
& O Green Technologies mencatat sebanyak 12.30% iaitu lebih rendah berbanding dengan
untung atas ekuiti syarikat Frontken Corporation iaitu sebanyak 18.91%.

5.5 NISBAH NILAI PASARAN


5.5.1 Pendapatan Sesaham
Pendapatan sesaham mengukur amaun untung yang diperolehi bagi setiap unit syer biasa yang
diterbitkan oleh syarikat.

17
2018 2019 2020
D & O GREEN TECHNOLOGIES RM3.06 RM2.80 RM4.17
BERHAD (M)
FRONTKEN CORPORATION RM4.99 RM6.60 RM7.82
BERHAD

5.5.2 Nisbah Harga Perolehan


Nisbah harga perolehan menunjukkan kesanggupan pelabur membayar atas keupayaan syarikat
untuk mendapat keuntungan.

Nisbah Harga Perolehan = Harga sesaham / pendapatan sesaham

2018 2019 2020


D & O GREEN Nisbah Harga Nisbah Harga Nisbah Harga
TECHNOLOGIES Perolehan Perolehan Perolehan
BERHAD (M) = 0.72/ 3.06 = 0.85 / 2.80 = 2.28 / 4.17
= 0.24x = 0.30x = 0.55x
FRONTKEN Nisbah Harga Nisbah Harga Nisbah Harga
CORPORATION Perolehan Perolehan Perolehan
BERHAD = 0.71 / 4.99 = 2.29 / 6.60 = 3.55 / 7.82
= 0.14x = 0.35x = 0.45x

Analisis Siri Masa: Nisbah harga perolehan Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M)
menunjukkan pola meningkat secara berterusan sepanjang tahun 2018 sehingga tahun 2020.
Pada tahun 2018, nisbah harga perolehan bagi syarikat ini adalah sebanyak 0.24x meningkat
kepada 0.30x pada tahun 2019. Peningkatan ini adalah berterusan pada tahun 2020 iaitu 0.55x.
Nisbah ini menunjukkan prospek yang semakin tinggi bagi para pelabur untuk melabur dalam
firma. Keyakinan pelabur terhadap syarikat akan meningkat selari dengan prestasi syarikat di
masa hadapan.

Analisis Perbandingan: Pada tahun 2019, Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M)
mempunyai nisbah harga perolehan yang kurang baik berbanding dengan syarikat Frontken
Corporation Berhad walaupun pada tahun sebelumnya iaitu tahun 2018 nisbah harga perolehan
18
bagi Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M) adalah lebih baik berbanding syarikat
Frontken Corporation Berhad. Ini menunjukkan para pelabur mengenalpasti bahawa syarikat
D & O Green Technologies Berhad (M) mempunyai prospek pertumbuhan yang kurang
memuaskan yang seterusnya berkemungkinan untuk mengakibatkan kerugian.

5.5.3 Nisbah Nilai Pasaran kepada Nilai Buku


Nisbah nilai pasaran kepada nilai buku membandingkan harga pasaran sesaham dengan nilai
buku saham syarikat.

Nisbah Nilai Pasaran kepada Nilai Buku


= Harga pasaran sesaham / Harga buku sesaham

Harga buku sesaham = Ekuiti Biasa / Bilangan Saham yang diterbitkan

Nisbah Nilai Pasaran kepada Nilai Buku


= Harga pasaran sesaham / (Ekuiti Biasa / Bilangan
Saham yang Diterbitkan)

2018 2019 2020


D & O GREEN Nisbah Nilai Pasaran Nisbah Nilai Pasaran Nisbah Nilai Pasaran
TECHNOLOGIES kepada Nilai Buku kepada Nilai Buku kepada Nilai Buku
BERHAD (M) = 0.72 / = 0.85 / = 2.28 /
(352,326/7,175) (387,119/15,802) (450,225/255,365)
= 0.72 / 49.10 = 0.85 / 24.50 = 2.28 / 1.76
= 0.01x = 0.03x = 1.30x

FRONTKEN Nisbah Nilai Pasaran Nisbah Nilai Pasaran Nisbah Nilai Pasaran
CORPORATION kepada Nilai Buku kepada Nilai Buku kepada Nilai Buku
BERHAD =0.71/(344,644,431/ =2.29/ (398,748,081/ = 3.55 /
38,628) 41,761) (467,034,225/
= 0.71 / 8,922.14 = 2.29 / 9,548.34 16,641)

19
= 0.00008x = 0.0002x = 3.55 / 28,065.27
= 0.0001x

Analisis Siri Masa: Nisbah nilai pasaran kepada nilai buku syarikat Syarikat D & O Green
Technologies Berhad (M) meningkat dari 0.01x pada tahun 2018 ke 0.03x pada tahun 2019
dan seterusnya meningkat dengan sangat drastik pada tahun 2020 kepada 1.30. Pengurusan
syarikat telah mewujudkan persepsi pelabur yang semakin positif.

Analisis Perbandingan: Nisbah nilai pasaran kepada nilai buku Syarikat D & O Green
Technologies Berhad (M) adalah lebih baik berbanding dengan syarikat Frontken Corporation
Berhad kerana nisbah nilai pasaran kepada nilai buku Syarikat D & O Green Technologies
Berhad (M) adalah meningkat sepanjang tahun manakala syarikat Frontken Corporation
Berhad adalah menurun sepanjang tahun. Ini bermakna Syarikat D & O Green Technologies
Berhad (M) telah mewujudkan nilai pasaran saham syarikat yang lebih tinggi berbanding
dengan nilai bukunya dan pengurusan syarikat telah mewujudkan persepksi pelabur yang lebih
positif berbanding dengan Frontken Corporation Berhad.

6.0 ANALISIS CARTA DUPONT


Analisis carta DuPont adalah suatu kaedah untuk menganalisis keuntungan terhadap sebuah
syarikat. Carta DuPont juga menunjukkan hubungan antara margin untung bersih, perolehan
aset dan pengganda ekuiti. Semakin rendah ROE, semakin kurang keupuayaan untuk
membiayai kewangan

ROE = ROA x Pengganda ekuiti

ROE = Margin Untung Bersih x Perolehan Aset x Pengganda Ekuiti

= Pendapatan Bersih x Jualan x Jumlah Aset

Jualan Jumlah Aset Ekuiti Biasa

20
2018 2019 2020

D & O GREEN ROE = ROE = ROE =


TECHNOLOGIES (42,202 / 490,775) x (39,057 / 504,305) x (55,375 / 575,781) x
BERHAD (M) (490,775 / 560,538) (504,305 / 635,013) (575,781 / 770,162)
x (560,538 / x (635,013 / x (770,162 /
352,326) 387,119) 450,225)
= 11.98% = 10.09% = 12.30%

FRONTKEN ROE = ROE = ROE =


CORPORATION (57,002,432 / (74,228,348 / (88,317,758 /
BERHAD 327,217,653) x 339,911,215) x 368,319,464) x
(327,217,653 / (339,911,215 / (368,319,464 /
455,060,434) x 515,725,227) x 618,271,323) x
(455,060,434 / (515,725,227 / (618,271,323 /
344,644,431) 398,748,081) 467,034,225)
= 16.54% = 18.61% = 18.91%

Analisis Siri Masa: Untung atas ekuiti bagi syarikat D&O Green Technologies Berhad (M)
telah menurun daripada tahun 2018 iaitu sebannyak 11.98% kepada 10.09% pada tahun 2019.
Manakala pada tahun 2020 meningkat semula kepada 12.30%.

Analisis Perbandingan: Pada tahun 2020, untung atas ekuiti bagi syarikat D&O Green
Technologies Berhad (M) iaitu 12.30% adalah lebih rendah daripada syarikat Frontken
Corporation Berhad iaitu 18.91%. Ini telah menunjukkan bagi syarikat D&O Green
Technologies Berhad (M) adalah kurang berupaya dalam menjana keuntungan yang lebih
kepada pemegang saham syarikat.

7.0 Perbandingan nisbah dengan firma (leader/ benchmark/ competitor) dalam industri
bagi tahun terkini (2021)
Penyata kewangan bagi D&O Green Technologies Berhad (M) telah dianalisis berdasarkan
nisbah yang telah dianalisis iaitu nisbah kecairan, nisbah pengurusan aset, nisbah pengurusan
hutang, nisbah keberuntungan faedah semasa, nisbah nilai pasaran dan analisa Carta DuPont

21
bagi tahun 2018 hingga 2020 sahaja. Oleh itu, perbandingan nisbah antara firma dan pesaing
dalam industri dapat dilakukan bagi tahun 2020 sahaja.

7.1 NISBAH KECAIRAN


7.1.1 Nisbah Semasa
Nisbah Semasa = Aset Semasa / Liabiliti Semasa

D & O GREEN TECHNOLOGIES FRONTKEN CORPORATION


BERHAD (M) BERHAD

= 438,170 / 251,386 = 442,910,453 / 138,410,933


= 1.74x = 3.20x

Pada tahun 2020, nisbah semasa bagi syarikat D&O Green Technologies Berhad (M) iaitu
1.74x adalah lebih rendah berbanding dengan syarikat Frontken Corporation Berhad iaitu
3.20x. Hal ini dikatakan demikian kerana syarikat Frontken Corporation Berhad mempunyai
kecairan yang lebih tinggi dan cekap dalam tuntutan hutang oleh pemiutang jangka pendek
berbanding dengan syarikat D&O Green Technologies Berhad (M).

7.1.2 Nisbah cepat


Nisbah Cepat = (Aset Semasa – Inventori) / Liabiliti Semasa

D & O GREEN TECHNOLOGIES FRONTKEN CORPORATION BERHAD


BERHAD (M)

= (438,170 – 179,583) / 251.386 = (442,910,453 – 19,976,192) / 138,410,933


= 1.03x = 3.06x

Pada tahun 2020, nisbah cepat bagi syarikat D&O Green Technologies Berhad (M) iaitu 1.03x
adalah lebih rendah daripada syarikat Frontken Corporation Berhad iaitu 3.06x. Ini telah
menunjukkan syarikat Frontken Corporation Berhad mempunyai kecekapan yang lebih tinggi
untuk membayar hutang jangka pendek berbanding dengan syarikat D&O Green Technologies
Berhad (M).

22
7.2 NISBAH PENGURUSAN ASET
7.2.1 Nisbah Penggantian Inventori
Pusing Ganti Inventori = Jualan / Inventori

D & O GREEN TECHNOLOGIES FRONTKEN CORPORATION


BERHAD (M) BERHAD

= 575,781 / 179,583 = 368,319,464 / 19,976,192


= 3.21x = 18.44x

Pada tahun 2020, bagi syarikat D&O Green Technologies Berhad (M) mempunyai nisbah
penggantian inventori yang lebih baik berbanding dengan syarikat Frontken Corporation
Berhad. Ini menjelaskan bahawa syarikat D&O Green Technologies Berhad (M) mempunyai
pergerakan inventori yang cepat.

7.2.2 Nisbah Penggantian Aset Tetap


Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan / Aset Tetap

D & O GREEN TECHNOLOGIES FRONTKEN CORPORATION


BERHAD (M) BERHAD

= 575,781 / 255,407 = 368,319,464 / 121,687,511


= 2.25x = 3.03x

Pada tahun 2020, nisbah penggantian aset tetap bagi syarikat D&O Green Technologies Berhad
(M) iaitu 2.25x adalah lebih kurang daripada syarikat Frontken Corporation Berhad iaitu 3.03x.
Ini bermakna syarikat Frontken Corporation Berhad lebih cekap dalam penggunaan aset tetap
untuk menghasilkan jualan berbanding dengan syarikat D&O Green Technologies Berhad (M).

7.2.3 Nisbah Penggantian Jumlah Aset


Nisbah Pusing Ganti Jumlah Aset = Jualan / Jumlah Aset

D & O GREEN TECHNOLOGIES FRONTKEN CORPORATION


BERHAD (M) BERHAD

= 575,781 / 770,162 = 368,319,464 / 618,271,323

23
= 0.75x = 0.60x

Pada tahun 2020, nisbah penggantian jumlah aset bagi syarikat D&O Green Technologies
Berhad (M) iaitu 0.75x adalah lebih tinggi daripada syarikat Frontken Corporation Berhad iaitu
0.60x. Ini bermaksud syarikat D&O Green Technologies Berhad (M) telah menggunakan
semua asetnya dengan lebih berkesan untuk menjana hasil jualan berbanding dengan syarikat
Frontken Corporation Berhad.

7.2.4 Nisbah Tempoh Kutipan Purata


Nisbah Tempoh Kutipan Purata = Penghutang / (Jualan Tahunan / 365)

D & O GREEN TECHNOLOGIES FRONTKEN CORPORATION


BERHAD (M) BERHAD

= 176,375 / (575,781 / 365) = 103,137,347 / (368,319,464 / 365)


= 111.81 hari = 102.21 hari

Pada tahun 2020, tempoh kutipan purata bagi syarikat D&O Green Technologies Berhad (M)
adalah lebih panjang berbanding dengan syarikat Frontken Corporation Berhad iaitu syarikat
D&O Green Technologies Berhad (M) memerlukan 111.81 hari dan syarikat Frontken
Corporation Berhad memerlukan 102.21 hari. Ini bermakna syarikat D&O Green Technologies
Berhad (M) memerlukan tempoh masa yang lebih panjang untuk mengutip akaun belum
terimanya.

7.3 NISBAH PENGURUSAN HUTANG


7.3.1 Nisbah Hutang
Nisbah Hutang = Jumlah Hutang / Jumlah Aset

D & O GREEN TECHNOLOGIES FRONTKEN CORPORATION


BERHAD (M) BERHAD

= 319,907 / 770,162 = 151,237,098 / 618,271,323


= 0.4158 @ 41.58% = 0.2446 @ 24.46%

Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M) mempunyai nisbah hutang yang lebih tinggi
dari tahun 2018 hingga 2020 berbanding dengan syarikat Frontken Corporation Berhad.

24
Misalnya pada tahun 2020 nisbah hutang bagi syarikat D & O Green Technologies mencatat
sebanyak 41.58% berbanding dengan nisbah hutang syarikat Frontken Corporation iaitu
sebanyak 24.26%. Hal ini demikian kerana peratusan aset bagi membiayai hutang adalah lebih
rendah berbanding dengan D & O Green Technologies Berhad (M). Nisbah hutang yang rendah
oleh syarikat Frontken Corporation Berhad telah menunjukkan bahawa syarikat ini mempunyai
kecekapan dalam menanggung hutangnya.

7.3.2 Nisbah Keuntungan Faedah Semasa


Nisbah Keuntungan Faedah Semasa = EBIT / Bayaran Faedah

D & O GREEN TECHNOLOGIES FRONTKEN CORPORATION


BERHAD (M) BERHAD

= 66,336 / 2,883 = 114,252,674 / 666,716


= 23.01x = 171.37x

Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M) memiliki nisbah keuntungan faedah yang
lebih sedikit berbanding dengan Frontken Corporation Berhad dari tahun 2018 hingga 2020.
Misalnya, syarikat Frontken Corporation Berhad membiayai setiap bayaran faedah dengan
pendapatan operasi sebanyak RM 171.37 berbanding dengan syarikat D & O Green
Technologies Berhad (M) yang membiayai setiap bayaran faedah dengan pendapatan operasi
berjumlah RM 23.01 pada tahun 2020.

7.4 NISBAH KEUNTUNGAN


7.4.1 Margin Operasi
Margin operasi = EBIT / Jualan

D & O GREEN TECHNOLOGIES FRONTKEN CORPORATION


BERHAD (M) BERHAD

= 66,336 / 575,781 =114,252,674 / 368,319,464


= 11.52% = 31.02%

Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M) mempunyai margin operasi yang lebih rendah
dari tahun 2018 hingga 2020 berbanding dengan syarikat Frontken Corporation Berhad.
Contohnya, pada tahun 2020 margin operasi bagi syarikat D & O Green Technologies telah
25
mencatat sebanyak 11.52% iaitu lebih rendah berbanding dengan margin operasi syarikat
Frontken Corporation iaitu sebanyak 31.02% dan ini merupakan jurang perbezaan yang agak
banyak. Hal ini menunjukkan bahawa amaun pendapatan operasi yang diperoleh daripada
setiap ringgit jualan oleh Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M) adalah lebih rendah
berbanding syarikat Frontken Corporation.

7.4.2 Margin Untung


Margin Untung = Untung Bersih / Jualan

D & O GREEN TECHNOLOGIES FRONTKEN CORPORATION


BERHAD (M) BERHAD

= 55,375 / 575,781 = 88,317,758 / 368,319,464


= 9.62% = 23.98%

Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M) mempunyai margin untung yang lebih rendah
dari tahun 2018 hingga 2020 berbanding dengan syarikat Frontken Corporation Berhad.
Contohnya, pada tahun 2020 margin untung bagi syarikat D & O Green Technologies mencatat
sebanyak 9.62% iaitu lebih rendah berbanding dengan margin untung syarikat Frontken
Corporation iaitu sebanyak 23.98% . Hal ini membuktikan bahawa Syarikat D & O Green
Technologies Berhad (M) tidak cekap dalam menguruskan kewangan untuk mencapai
keuntungan dan jualan berbanding syarikat Frontken Corporation.

7.4.3 Dasar kuasa untung


Dasar Kuasa Untung (BEP) = EBIT / Jumlah Aset

D & O GREEN TECHNOLOGIES FRONTKEN CORPORATION


BERHAD (M) BERHAD

= 66,336 / 770,162 = 114,252,674 / 618,271,323


= 8.61% = 18.48%

Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M) mempunyai dasar kuasa untung yang lebih
rendah dari tahun 2018 hingga 2020 berbanding dengan syarikat Frontken Corporation Berhad.
Contohnya, pada tahun 2020 dasar kuasa untung bagi syarikat D & O Green Technologies

26
mencatat sebanyak 8.61% iaitu lebih rendah berbanding dengan dasar kuasa untung syarikat
Frontken Corporation iaitu sebanyak 18.48%.

7.4.4 Untung atas aset


Untung Atas Aset (ROA) = Untung Bersih / Jumlah Aset

D & O GREEN TECHNOLOGIES FRONTKEN CORPORATION


BERHAD (M) BERHAD

= 55,375 / 770,162 = 88,317,758 / 618,271,323


= 7.19% = 14.28%

Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M) juga mempunyai untung atas aset yang lebih
rendah dari tahun 2018 hingga 2020 berbanding dengan syarikat Frontken Corporation Berhad.
Misalnya, pada tahun 2020 untung atas aset bagi syarikat D & O Green Technologies mencatat
sebanyak 7.19% iaitu lebih rendah berbanding dengan untung atas aset syarikat Frontken
Corporation iaitu sebanyak 14.28% . Hal ini dapat dilihat apabila penggunaan dana untuk
menjana pendapatan Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M) kurang berkesan
berbanding syarikat Frontken Corporation.

7.4.5 Untung atas ekuiti


Untung Atas Ekuiti (ROE) = Untung Bersih / Jumlah Ekuiti

D & O GREEN TECHNOLOGIES FRONTKEN CORPORATION


BERHAD (M) BERHAD

= 55,375 / 450,255 = 88,317,758 / 467,034,225


= 12.30% = 18.91%

Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M) juga mempunyai untung atas ekuiti yang lebih
rendah dari tahun 2018 hingga 2020 berbanding dengan syarikat Frontken Corporation Berhad.
Contohnya, pada tahun 2020 untung atas ekuiti bagi syarikat D & O Green Technologies
mencatat sebanyak 12.30% iaitu lebih rendah berbanding dengan untung atas ekuiti syarikat
Frontken Corporation iaitu sebanyak 18.91% . Oleh hal yang demikian, Syarikat D & O Green
Technologies Berhad (M) perlu menggunakan lebih banyak ekuiti daripada hutang untuk

27
menjamin keuntungan bagi menarik minat pelabur untuk membeli saham syarikat yang mampu
memberi pulangan sesaham yang tinggi.

7.5 NISBAH NILAI PASARAN


7.5.1 Nisbah harga perolehan
Nisbah Harga Perolehan = Harga sesaham / pendapatan sesaham

D & O GREEN TECHNOLOGIES FRONTKEN CORPORATION


BERHAD (M) BERHAD

= 2.28 / 4.17 = 3.55 / 7.82


= 0.55x = 0.45x

Pada tahun 2020, Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M) mempunyai nisbah harga
perolehan yang baik berbanding dengan syarikat Frontken Corporation Berhad. Namun pada
tahun sebelumnya iaitu tahun 2019, nisbah harga perolehan bagi Syarikat D & O Green
Technologies Berhad (M) adalah lebih rendah berbanding syarikat Frontken Corporation
Berhad. Oleh hal yang demikian, Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M) juga
mempunyai peluang dalam menarik minat pelabur kerana syarikat ini juga menunjukkan
prospek pertumbuhan yang positif sama seperti syarikat Frontken Corporation Berhad.

7.5.2 Nisbah nilai pasaran kepada nilai buku

Nisbah Nilai Pasaran kepada Nilai Buku


= Harga pasaran sesaham / Harga buku sesaham

Harga buku sesaham = Ekuiti Biasa / Bilangan Saham yang diterbitkan

Nisbah Nilai Pasaran kepada Nilai Buku


= Harga pasaran sesaham / (Ekuiti Biasa / Bilangan Saham
yang Diterbitkan)

28
D & O GREEN TECHNOLOGIES FRONTKEN CORPORATION
BERHAD (M) BERHAD

= 2.28 / (450,225/255,365) = 3.55 / (467,034,225/ 16,641)


= 2.28 / 1.76 = 3.55 / 28,065.27
= 1.30x = 0.0001x

Nisbah nilai pasaran kepada nilai buku Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M) adalah
lebih baik berbanding dengan syarikat Frontken Corporation Berhad kerana nisbah nilai
pasaran kepada nilai buku Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M) adalah meningkat
sepanjang tahun manakala syarikat Frontken Corporation Berhad adalah menurun sepanjang
tahun. Ini bermakna Syarikat D & O Green Technologies Berhad (M) telah mewujudkan nilai
pasaran saham syarikat yang lebih tinggi berbanding dengan nilai bukunya dan pengurusan
syarikat telah mewujudkan persepksi pelabur yang lebih positif berbanding dengan Frontken
Corporation Berhad.

7.6 ANALISIS CARTA DUPOINT

ROE = ROA x Pengganda ekuiti

ROE = Margin Untung Bersih x Perolehan Aset x Pengganda Ekuiti

Pendapatan Bersih x Jualan x Jumlah Aset

Jualan Jumlah Aset Ekuiti Biasa

D & O GREEN TECHNOLOGIES FRONTKEN CORPORATION BERHAD


BERHAD (M)

= (55,375 / 575,781) x (575,781 / = (88,317,758 / 368,319,464) x (368,319,464


770,162) x (770,162 / 450,225) / 618,271,323) x (618,271,323 / 467,034,225)
= 12.30% = 18.91%

Pada tahun 2020, untung atas ekuiti bagi syarikat D&O Green Technologies Berhad (M) iaitu
12.30% adalah lebih rendah daripada syarikat Frontken Corporation Berhad iaitu 18.91%. Ini
telah menunjukkan bagi syarikat D&O Green Technologies Berhad (M) adalah kurang
berupaya dalam menjana keuntungan yang lebih kepada pemegang saham syarikat.

29
8.0 Kesimpulan dan Cadangan
Kesimpulannya, berdasarkan analisis data yang dijalankan dalam laporan kewangan
syarikat D&O Green Technologies Berhad (M) sepanjang tiga tahun iaitu dari tahun 2018
hingga tahun 2019, kita dapat menyatakan bahawa syarikat D&O Green Technologies Berhad
(M) mempunyai pengurusan yang kurang sistematik kerana terdapat peningkatan dan
penurunan pendapatan dalam banyak aspek seperti berkaitan dengan dasar kuasa untung
(ROE), untung atas aset (ROA) dan untung atas ekuiti (ROE). Sebagai contoh, penurunan atau
kemerosotan nisbah untung atas aset (ROA) adalah disebabkan syarikat telah menggunakan
aset secara kurang cekap dalam menjana pendapatan dan keuntungan. Melalui perbandingan
antara syarikat yang telah dilakukan, kebanyakan nisbah syarikat D&O Green Technologies
Berhad (M) adalah lebih rendah berbanding syarikat Frontken Corporation Berhad kecuali
nisbah penggantian jumlah aset, nisbah hutang, nisbah harga perolehan dan nisbah nilai pasaran
kepada nilai buku yang dapat menandingi nisbah syarikat Frontken Corporation Berhad. Oleh
hal yang demikian, syarikat D&O Green Technologies Berhad (M) perlu menambah baik
pengurusan dan kewangan syarikat agar dapat menghasilkan nilai pasaran yang lebih tinggi
daripada syarikat lain bagi menarik minat pelabur untuk melabur dalam syarikat ini.
Terdapat beberapa cadangan yang boleh diberikan dalam membantu syarikat D&O
Green Technologies Berhad (M) dalam menambahbaik nisbah kewangan syarikat seperti
menambahbaik nisbah kecairan. Nisbah kecairan ini boleh membantu syarikat dalam
menyelesaikan hutangnya kerana nisbah ini boleh menukarkan nilai aset semasanya ke dalam
bentuk tunai bagi membayar liabiliti syarikat. Hal ini dapat dilihat apabila semakin tinggi
nisbah kecairan, semakin tinggi tahap keselamatan dan juga mengurangkan risiko yang dimiliki
oleh syarikat tersebut dalam menyelesaikan liabiliti semasanya. Syarikat D&O Green
Technologies Berhad (M) mempunyai nisbah kecairan yang kurang memuaskan dan perlu
diperbaiki dengan menambahbaik pengurusan aset semasa dan liabiliti jangka pendek. Perkara
ini boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti menguruskan akaun belum bayar,
pembayaran liabiliti semasa dan pemantauan keatas akaun penghutang. Oleh itu, syarikat ini
perlu mengambil inisiatif ini dengan kadar segera bagi menjamin kemajuan syarikat yang
memberikan keuntungan yang lebih lumayan.
Seterusnya, memperbaiki nisbah keuntungan juga antara cadangan dari kumpulan kami
terhadap Syarikat D&O Green Technologies Berhad (M). Nisbah keuntungan merupakan
perkara yang penting dalam sebuah syarikat itu kerana nisbah ini adalah petunjuk kepada
kecekapan keseluruhan organisasi serta menjadi petunjuk untuk pertumbuhan dan kejayaan
syarikat tersebut. Peningkatan dalam nisbah keuntungan ini mampu memberi kesan
30
peningkatan yang ketara dalam prestasi kewangan syarikat. Trend nisbah keuntungan syarikat
telah dikenalpasti secara menurun dan menaik menunjukkan bahawa syarikat mempunyai
pengurusan kewangan yang kurang cekap dan perlu diperbaiki bagi memberi kesan yang positif
kepada kewangan syarikat. Sebagai contoh, hal ini boleh dilakukan dengan melakukan analisa
terhadap nilai keuntungan syarikat bagi mengenalpasti produk mana yang lebih banyak
memberi keuntungan malah juga menyumbang kepada kerugian. Oleh itu, perkara ini perlu
diambil berat oleh syarikat ini agar dapat menjana keuntungan yang sepenuhnya dan dapat
mengelakkan daripada berlakunya kerugian.
Akhir sekali, syarikat ini juga perlu menambah baik dari segi promosi. Berdasarkan
pemerhatian pengkaji, laman web syarikat D&O Green Technologies Berhad (M) tidak
mempunyai maklumat yang lengkap mengenai info, keistimewaan dan perkhidmatan yang
diberikan oleh syarikat ini. Untuk memajukan dan menjadikan syarikat ini lebih dikenali oleh
pelabur, pelbagai promosi dan info perlu ditambah dalam laman web syarikat ini yang boleh
membuka mata pelabur luar untuk melabur dalam syarikat ini dan menarik minat pengguna
untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat ini. Oleh itu, syarikat D&O
Green Technologies Berhad (M) jelas perlu memfokuskan mengenai promosi yang memberi
kesan positif dan membantu dalam kemajuan syarikat ini.

31

You might also like