You are on page 1of 56

POTENSI PELAKSANAAN PENDEKATAN

BUILDING INFORMATION MODELING (BIM)


DALAM PRAKTIS PENGURUSAN FASILITI

SAIFUL ASMAWI BIN ABDULLAH

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


Tesis ini telah dinilai pada 15 Ogos 2016 dan telah cukup memenuhi skop dan juga
kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Harta Tanah dan Fasiliti.

Pengerusi:

PROF. MADYA DR. ETA BINTI WAHAB


Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pemeriksa Luar:

DR. AHMAD TARMIZI BIN HARON


Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam
Universiti Malaysia Pahang

Pemeriksa Dalam:

PROF. MADYA SR. DR. WAN ZAHARI BIN WAN YUSOFF


Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
POTENSI PELAKSANAAN PENDEKATAN BUILDING INFORMATION
MODELING (BIM) DALAM PRAKTIS PENGURUSAN FASILITI

SAIFUL ASMAWI BIN ABDULLAH

Laporan projek ini dikemukakan


Sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti

Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

SEPTEMBER 2106
iii

DEDIKASI

Ucapan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih yang teristimewa


buat,
Ayahanda dan Bonda serta keluarga tercinta,
Abdullah Bin Saim
Siti Sabariah Binti Othman
Siti Nor Hanisah Binti Abdullaj
Syamsul Azwan Bin Abdullah
Prof. Dr. Hasyim Bin Saim

Buat Penyelia Utama yang dikasihi dan dihormati,


Dr. Noralfishah Sulaiman

Buat Penyelia Bersama yang dikasihi dan dihormati,


Dr. Aryani Ahmad Latiffi

Serta rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi,

Pihak Pengurusan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan UTHM

Pensyarah Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan UTHM

Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan


Perundingan UTHM

Pusat Pengajian Siswazah UTHM

Pelajar Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti Sesi
2012/2013

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah Sesi 2009/2010


iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T di atas limpah dan kurniaNya dengan
izinNya saya dapat menyiapkan penyelidikan ini dengan jayanya. Sekalung
penghargaan diberikan kepada penyelia utama penyelidikan Ijazah Sarjana, Dr.
Noralfishah Binti Sulaiman di atas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan kepada
saya sepanjang saya menjalankan penyelidikan ini. Tidak dilupakan juga kepada
penyelia bersama, Dr. Aryani Binti Ahmad Latiffi yang sentiasa memberi galakan
dan bantuan kepada saya. Segala tunjuk ajar, nasihat dan ilmu yang diberikan akan
saya gunakan sebaik mungkin dan dikongsi bersama agar ianya memperolehi
keberkatan Allah S.W.T.
Saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua
Pensyarah Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia (UTHM), khususnya Unit Pentadbiran Jabatan Pengurusan Harta
Tanah, yang memberi tunjuk ajar sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Seterusnya
ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Pusat Pengajian Siswazah dan Pejabat
Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan UTHM di atas
bantuan pengurusan penyelidikan dan bantuan kewangan yang diberikan. Ucapan
yang tidak terhingga juga ditujukan kepada ibu bapa serta keluarga di atas dorongan
dan didikan yang sempurna dalam membimbing saya menjadi insan yang berguna
serta doa iringan dalam kejayaan ini. Tanpa sokongan dan iringan doa daripada
kedua insan yang dicintai dan keluarga nescaya saya tidak dapat menjayakan
penyelidikan Ijazah Sarjana saya dengan jayanya.
Akhir kata saya ingin merakamkan sekali lagi setinggi-tinggi ucapan terima
kasih kepada semua pihak yang dinyatakan mahupun tidak dalam membantu saya
menyiapkan kajian ini. Hanya Allah S.W.T dapat membalas jasa baik mereka semua,
Mudah-mudahan segala ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan di dunia dan
juga di akhirat.
v

ABSTRAK

Pengurusan Fasiliti merupakan sektor perkhidmatan pelbagai disiplin yang


mempunyai integrasi antara manusia, premis, proses dan teknologi. Dari aspek
sesebuah bangunan, satu sistem Pengurusan Fasiliti yang bersepadu dan menyeluruh
harus dijanakan dalam memastikan pengoperasian, penyelenggaran dan kitaran hayat
bangunan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Building Information Modelling
(BIM) telah dikenal pasti sebagai satu mekanisme yang dapat membantu sistem
Pengurusan Fasiliti dan mampu menawarkan satu standard platform sistem yang
lebih tinggi kefungsian dalam menguruskan sesebuah bangunan. Namun, senario
pembangunan BIM dalam industri Pengurusan Fasiliti di Malaysia masih lagi rendah
disebabkan industri tersebut masih lagi perlahan untuk melibatkan diri dengan
teknologi tersebut. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada persoalan-persoalan
mengenai kefahaman tentang BIM dan kepentingan pelaksanaannya dalam praktis
Pengurusan Fasiliti, tahap kesediaan pihak Pengurusan Fasiliti mengaplikasikan BIM
serta cadangan pelaksanaan BIM dalam praktis Pengurusan Fasiliti di Malaysia. Jenis
kajian kualitatif telah dipilih dalam kajian ini dengan melaksanakan kaedah temubual
separa struktur (Semi-structured Interview) ke atas 10 orang yang terlibat dalam
kerja-kerja Pengurusan Fasiliti di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa
kefahaman setiap responden mengenai BIM adalah berbeza namun bersetuju
menyatakan kepentingan utamanya dalam Pengurusan Fasiliti adalah sebagai tempat
penyimpanan maklumat. Namun pihak-pihak Pengurusan Fasiliti masih kurang
bersedia untuk mengaplikasikan BIM di Malaysia kerana terdapat pelbagai cabaran
yang dihadapi. Dengan itu, satu rangka kerja langkah-langkah pelaksanaan BIM
dalam praktis Pengurusan Fasiliti di Malaysia telah dibentuk. Melalui rangka kerja
ini, golongan-golongan praktis Pengurusan Fasiliti di Malaysia dapat mengetahui apa
yang diperlukan untuk mengadaptasi BIM ke dalam Pengurusan Fasiliti dan
seterusnya meningkatkan kualiti sistem Pengurusan Fasiliti yang sedia ada.
vi

ABSTRACT

Facilities Management is a multidisciplinary services that have an integration


between people, premise, technology and process. In terms of a building, an
integrated and comprehensive Facilities Management’s system should be generated
in order to ensure the operation, maintenance and the life cycle of the building can be
implemented properly. Building Information Modeling (BIM) has been identified as
a mechanism that can improve the Facilities Management’s system and offers a
higher standard platform of system in managing buildings. However, the view of
BIM within the Malaysia’s Facilities Management industry is still low as the industry
is seen slowly to engage with the BIM technology. Thus, this study focus on
questions of the understanding of BIM and its important of implementation in
Facility Management practice, the readiness of Facility Managers to apply BIM and
the recommendation for implementation of BIM in Facility Management practice in
Malaysia. The qualitative approach was used in this research by conducting a semi-
structured interview on 10 individuals who are involved with the Facility
Management’s work in Malaysia. The results showed that each respondent’s
understanding about BIM was different but all of them agreed that the main role of
BIM for Facility Management is to act as a storage of information. However, the
Facilities Management’s people are still unprepared to apply BIM in Malaysia due to
the various challenges they are facing. Therefore, a framework for implementation of
BIM in Facility Management practice in Malaysia has been formed. Through this
framework, people in the Facility Management can find out what is needed for
adapting BIM into Facilities Management and with that improve the existing of the
Facilities Management’s system.
vii

ISI KANDUNGAN

TAJUK i
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Persoalan Kajian 8
1.5 Objektif Kajian 8
1.6 Skop Kajian 9
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.8 Metodologi Kajian 10
1.9 Susun Atur Bab 14
1.10 Kesimpulan 16
viii

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 17


2.1 Pengenalan 17
2.2 Building Information Modeling (BIM) 18
2.2.1 Definisi Building Information Modeling (BIM) 18
2.2.2 Konsep Building Information Modeling (BIM) 22
2.2.3 Kelebihan Building Information Modeling (BIM) 24
2.2.3.1 3D – Model dalam Building Information
Modeling (BIM) 24
2.2.3.2 4D – Masa dalam Building Information
Modeling (BIM) 26
2.2.3.3 5D – Kos dalam Building Information
Modeling (BIM) 29
2.2.4 Alat atau Tools/Software Building Information
Modeling (BIM) 30
2.2.5 Peringkat Building Information Modeling (BIM) 32
2.2.6 Proses Kitaran Hayat Bangunan melalui Aplikasi
Building Information Modeling (BIM) 35
2.3 Building Information Modeling (BIM) di Malaysia 42
2.3.1 Penggunaan Alat atau Tools/Software
Building Information Modeling (BIM) di Malaysia 43
2.3.2 Kesediaan atau Readiness Pengaplikasian Building
Information Modeling (BIM) di Malaysia 45
2.4 Pengurusan Fasiliti 47
2.4.1 Definisi Pengurusan Fasiliti 47
2.4.2 Konsep Pengurusan Fasiliti 49
2.4.3 Amalan dan Praktis dalam Pengurusan Fasiliti 50
2.4.4 Computer-Aided Facilities Management (CAFM) 54
2.5 Pengurusan Fasiliti di Malaysia 56
2.5.1 Bidang Amalan Pengurusan Fasiliti di Malaysia 57
2.5.2 Peranan Pengurus Fasiliti sebagai Agen Perubahan
dalam Praktis Pengurusan Fasiliti di Malaysia 60
ix

2.7 Pelaksanaan Building Information Modeling (BIM)


dalam Pengurusan Fasiliti 61
2.7.1 Kepentingan Building Information Modeling
(BIM) dalam Pengurusan Fasiliti 65
2.7.2 Langkah-Langkah Persediaan Building
Information Modeling dalam Pengurusan
Fasiliti 69
2.7.3 Cabaran Pelaksanaan Building Information
Modeling (BIM) dalam Pengurusan Fasiliti 73
2.8 Kerangka Kajian 78
2.9 Kesimpulan 80

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 81


3.1 Pengenalan 81
3.2 Pemilihan Tajuk Kajian 83
3.3 Mengenal pasti Masalah Kajian 83
3.4 Mengenal pasti Persoalan dan Objektif Kajian 84
3.5 Pembentukan Skop dan Lokasi Kajian 84
3.6 Kajian Literatur 84
3.7 Metodologi Kajian 85
3.8 Pengumpulan Data dan Maklumat 87
3.8.1 Data Primer: Kaedah Temubual 88
3.8.2 Data Sekunder 89
3.9 Justifikasi Pengumpulan Data 90
3.10 Penganalisisan Data 97
3.11 Kesimpulan dan Cadangan 98

BAB 4 DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN 99


4.1 Pengenalan 99
4.2 Objektif Pelaksanaan Kaedah Temubual 99
4.3 Perbincangan dan Analisis Data daripada Kaedah
Temubual 100
4.3.1 Latar Belakang Responden 100
x

4.3.2 Pengetahuan Tentang Building Information


Modeling (BIM) dan Kepentingannya dalam
Praktis Pengurusan Fasiliti 106
4.3.2.1 Kesedaran dan Kefahaman Tentang
Building Information Modeling (BIM) 106
4.3.2.2 Kepentingan Building Information
Modeling (BIM) dalam Praktis
Pengurusan Fasiliti 111
4.3.2.3 Pengaplikasian Building Information
Modeling (BIM) ke dalam Praktis
Pengurusan Fasiliti 119
4.3.3 Tahap Pelaksanaan Building Information Modeling
(BIM) dan Kesediaan Aplikasinya dalam Praktis
Pengurusan Fasiliti di Malaysia 123
4.3.3.1 Tahap Perkembangan Building
Information Modeling (BIM) dan
KesediaanAplikasinya dalam Praktis
Pengurusan Fasiliti di Malaysia 124
4.3.3.2 Potensi Building Information Modeling
(BIM) Diaplikasikan dalam Praktis
Pengurusan Fasiliti di Malaysia 131
4.3.3.3 Tahap Kesediaan Pelaksanaan Building
Information Modeling (BIM) dalam
Praktis Pengurusan Fasiliti di Malaysia 136
4.3.4 Cabaran Building Information Modeling (BIM)
dalam Praktis Pengurusan Fasiliti di Malaysia 146
4.4 Rangka Kerja Langkah-Langkah Pelaksanaan Building
Information Modeling (BIM) dalam Praktis Pengurusan
Fasiliti di Malaysia 152
4.5 Rumusan 157
xi

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 161


5.1 Pengenalan 161
5.2 Rumusan Kajian 161
5.2.1 Objektif 1: Mengenal pasti Kepentingan
Pelaksanaan Building Information Modeling (BIM)
dalam Praktis Pengurusan Fasiliti 162
5.2.2 Objektif 2: Mengkaji Tahap Kesediaan Pengurus
Fasiliti dalam Mengaplikasikan Building
Information Modeling (BIM) dalam Praktis
Pengurusan Fasiliti. 164
5.2.3 Objektif 3: Membentuk Rangka Cadangan
Pelaksanaan Building Information Modeling (BIM)
dalam Praktis Pengurusan Fasiliti 167
5.3 Hasil dan Sumbangan Kajian 169
5.4 Limitasi Kajian 170
5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Hadapan 171
5.7 Penutup 172

RUJUKAN 173
LAMPIRAN 186
xii

SENARAI JADUAL

2.1 Takrifan BIM daripada Individu atau Organisasi Mengikut Urutan


Tahun 17
2.2 Alat atau Tools/Softwares BIM bagi Seluruh Kitaran Hayat
Projek (Elvin, 2007; Eastman et al., 2009; Smith & Tardif, 2009) 32
2.3 Aplikasi BIM dalam Fasa Reka Bentu Projek (Azhar, Khalfan
dan Maqsood, 2012) 39
2.4 Takrifan Pengurusan Fasiliti Mengikut Evolusi Ilmu 47
2.5 Jenis Bangunan yang Menggunakan Sistem Pengurusan Fasiliti
(Syed Mustapa, Adnan dan Jusoff, 2008) 57
2.6 Perbandingan Amalan Pengurusan Fasiliti antara IFMA, BIFM,
CFM dan Malaysia (Sapri dan Baba, 2008) 59
3.1 Perbezaan Antara Pendekatan Kualitatif dan Kuantitatif
(Sulaiman, 2011) 86
3.2 Jenis-jenis Kaedah Temubual (Silverman, 2007 Sulaiman, 2011) 88
3.3 Ringkasan Kelebihan Kaedah Temubual (Sarantakos, 1998;
Sulaiman, 2011) 91
4.1 Contoh Struktur Pembangunan Nod bagi Setiap Persoalan Kajian 102
4.2 Latar Belakang Responden 104
4.3 Kesedaran Mengenai BIM 106
4.4 Pengetahuan dan Kefahaman tentang BIM 107
4.5 Kelebihan atau Manfaat BIM 112
4.6 Kepentingan BIM dalam Praktis Pengurusan Fasiliti 115
4.7 Pengaplikasian BIM ke dalam Praktis Pengurusan Fasiliti 119
4.8 Tahap Perkembangan Pelaksanaan BIM di Malaysia 124
4.9 Pelaksanaan BIM dalam Praktis Pengurusan Fasiliti di Malaysia 128
xiii

4.10 Potensi Pengaplikasian BIM dalam Praktis Pengurusan Fasiliti di


Malaysia 132
4.11 Kesesuaian Masa Pelaksanaan BIM dalam Praktis Pengurusan
Fasiliti di Malaysia 136
4.12 Kesediaan Melaksanakan BIM dalam Praktis Pengurusan Fasiliti
di Malaysia 139
4.13 Usaha atau Sokongan Pelaksanaan BIM dalam Praktis
Pengurusan Fasiliti di Malaysia 142
4.14 Cabaran Pelaksanaan BIM dalam Praktis Pengurusan Fasiliti di
Malaysia 146
xiv

SENARAI RAJAH

1.1 Metodologi Kajian 12


1.2 Carta Alir Metodologi Kajian 13
2.1 Perwakilan Visual Konsep BIM (Azhar, Khalfan dan
Maqsood, 2012) 24
2.2 Contoh Tahap Pengumpulan Maklumat atau LOD BIM
(McPhee, 2013) 34
2.3 Tiga Fasa Utama dalam Kitaran Hayat Bangunan Fasiliti
(Atkin, Borgbrant dan Josephson, 2008) 35
2.4 Rangkaian Hubungan BIM bagi Pelbagai Pihak dalam Kitaran
Hayat Bangunan (Kubba, 2012) 36
2.5 Penggunaan Model BIM untuk Penyelarasan Utiliti Bawah Tanah
Bangunan (Adaptasi daripada Azhar, Khalfan dan Maqsood,
2012) 38
2.6 Illustrasi Penggunaan BIM dalam Praktis Pengurusan Fasiliti
(Adaptasi daripada Azhar, Khalfan dan Maqsood,2012) 42
2.7 Jenis-Jenis Alat atau Tools/Softwares BIM yang Dicadangkan
JKR (JKR, 2013) 44
2.8 Elemen Kesediaan Pengaplikasian BIM di Malaysia (Adaptasi
daripada Haron, 2013) 46
2.9 Ilustrasi Kedudukan Pengurusan Fasiliti dalam Organisasi
(IFMA, 2005) 50
2.10 Rangkaian Proses Pembinaan (Abdul Hamid, 2004) 51
2.11 Kepelbagaian Konsep Penyelenggaraan dan Hubungannya
(Nordstrand, 200) 53
2.12 Fungsi Pengurusan Fasiliti (Telcholz, 2013) 54
2.13 Aktiviti Pengurusan Fasiliti (Abd. Hamid, 2007) 58
xv

2.14 Kerangka Teoritikal 78


3.1 Carta Alir Metodologi Kajian 82
3.2 Sumber Responden Kaedah Temubual 95
4.1 Satu Gambar Rajah Pokok Mudah (Struktur Data Hierarki atau
Hierarchical Data Structure) bagi Analisis Kandungan
Kualitatif 101
4.2 Model Teori Pengetahuan dan Kefahaman tentang BIM 109
4.3 Model Teori Kelebihan dan Manfaat BIM 113
4.4 Model Teori Kepentingan BIM dalam Praktis Pengurusan
Fasiliti 116
4.5 Model Teori Pengaplikasian BIM ke dalam Praktis Pengurusan
Fasiliti 121
4.6 Model Teori Tahap Perkembangan Pelaksanaan BIM di
Malaysia 125
4.7 Tahap Perkembangan Pelaksanaan BIM (Bew dan Richard, 2008;
Bew et al., 2008) 126
4.8 Model Teori Pelaksanaan BIM dalam Praktis Pengurusan Fasiliti
di Malaysia 129
4.9 Model Teori Potensi Pengaplikasian BIM dalam Praktis
Pengurusan Fasiliti di Malaysia 133
4.10 Model Teori Kesediaan Melaksanakan BIM dalam Praktis
Pengurusan Fasiliti di Malaysia 140
4.11 Model Teori Usaha atau Sokongan Pelaksanaan BIM dalam
Praktis Pengurusan Fasiliti di Malaysia 144
4.12 Model Teori Usaha atau Sokongan Pelaksanaan BIM dalam
Praktis Pengurusan Fasiliti di Malaysia 148
4.13 Proses Pembentukan Rangka Kerja Pelaksanaan BIM dalam
Praktis Pengurusan Fasiliti di Malaysia 153
4.14 Rangka Kerja Langkah-Langkah Pelaksanaan BIM dalam Praktis
Pengurusan Fasiliti di Malaysia 154
5.1 Langkah-Langkah Pelaksanaan BIM dalam Praktis Pengurusan
Fasiliti di Malaysia 169
xvi

SENARAI SINGKATAN

ACEM The Association of Consulting Engineers Malaysia


AGC The Associated General Contractors of America
AIA American Institute of Architects
BIFM British Institute of Facilities Management
BIM Building Information Modeling
BOVAEA The Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents
BUS Building Automation System
CAD Computer Aided Design
CAM Computer Aided Manufacturing
CAFM Computer Aided Facilities Management
CFM Centre for Facilities Management
CMMS Computerized Maintenance Management System
COBie Construction Operations Building Information Exchange
CREAM Construction Research Institute of Malaysia
GIS Geographical Information System
HDS Hierarchical Data Structure
HVAC Heating, Ventilation, and Air Conditioning
ICT Information and Communication Technology
IFC Industry Foundation Class
IFMA International Facilities Management Association
IPMS Integrated Project Management Solution
JKR Jabatan Kerja Raya
LOD Level of Development
MEP Mechanical, Electrical and Plumbing
NBISM National Building Information Modeling Standards
O&P Operasi dan Penyelenggaraan
xvii

RFID Radio-Frequency Identification


RICS Royal Institution of Chartered Surveyor
ROI Return of Investment
SKP Senibina, Kejuruteraan dan Pembinaan
SPKO Senibina, Kejuruteraan, Pembinaan dan Operasi
THIS Total Hospital Integrated System
UTHM Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Temubual
B Senarai Penulisan
C Vita
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Sejak zaman dahulu lagi, reka bentuk dan pembinaan sesebuah bangunan bergantung
pada lukisan-lukisan kejuruteraan dimana ia menggambarkan sesuatu projek harus
dilaksanakan (Eastman et al., 2008). Dalam konteks ini, ia dinamakan sebagai
undang-undang sah kontrak, yang mana ia merujuk kepada kod-kod bangunan, dan
seterusnya digunakan untuk mengurus fasiliti dan kemudahan bangunan tersebut.
Namun, terdapat dua batasan strategik lukisan kejuruteraan ini; keperluan pandangan
berganda untuk gambaran 3D secara terperinci serta hanya boleh ditafsirkan oleh
sesetengah pihak dan bukannya komputer (Eastman et al., 2008).
Building Information Modeling (BIM) adalah satu set interaksi antara polisi,
proses dan teknologi untuk menghasilkan satu ‘kaedah untuk menguruskan
kepentingan reka bentuk bangunan dan data-data projek dalam format digital atau
alam maya menerusi kitaran hayat bangunan tersebut’ (Penttilä, 2006). Hardin
(2009) pula menyatakan BIM bukan sekadar menggunakan model 3D secara bijak,
malah ianya juga adalah membuat perubahan ketara dalam aliran kerja dan proses
penyampaian projek. Dalam erti kata lain, BIM adalah suatu proses lukisan dan reka
bentuk pembinaan sesebuah bangunan dengan mengunakan pendekatan teknologi
dan ianya melibatkan prosedur dalam industri Senibina, Kejuruteraan, Pembinaan
(SKP). Selain itu, aplikasi BIM ini boleh dilaksanakan dalam praktis Pengurusan
Fasiliti yang mana melalui integrasi tersebut, masalah-masalah yang terdapat dalam
sistem Pengurusan Fasiliti dapat di atasi dan seterusnya membawa kepada
keberkesanan kerja-kerja yang terdapat dalam praktis tersebut.
2

1.2 Latar Belakang Kajian

Building Information Modeling (BIM) merupakan satu pengetahuan domain yang


penting dalam industri Senibina, Kejuruteraan dan Pembinaan (SKP) (Sucar, 2008).
Hal ini kerana aplikasi BIM membolehkan sesuatu objek atau model didefinisikan
dari segi elemen dan sistem bangunan seperti ruang, rasuk, tiang dan lajur (Kymmell,
2008). Model-model ini dilengkapi dengan kesemua data-data yang berhubungkait
dengan sesebuah bangunan, termasuk ciri-ciri fizikal dan fungsi serta informasi
kitaran hayat projek, yang mana ia dipanggil smart objects (CRC Construction
Innovation, 2007). Namun, menurut Setiausaha Kehormat The Association of
Consulting Engineers Malaysia (ACEM), Ir. Looi Hip Peu; kontraktor tempatan,
bermula dari kelas paling kecil (Kelas F) sehinggalah kepada kontraktor projek
sederhana besar (Kelas B) masih belum lagi bersedia untuk mengaplikasikan BIM di
negara ini kerana penggunaan IT di kalangan mereka masih rendah, di samping
format untuk standard BIM yang masih tidak diperjelaskan dengan sepenuhnya
(Ibina, 2012).
Walaupun begitu, beliau menyatakan bahawa BIM mampu untuk
menyelesaikan permasalahan kerja serta membantu perancangan projek pembinaan.
Antara permasalahan yang boleh ditangani ialah BIM mampu untuk membantu
perancangan projek pembinaan serta boleh mengelakkan pembaziran kerja yang
tidak produktif antara pekerja semasa di tapak pembinaan. Sebagai contoh, analisis
yang bertindanan sering berlaku di sektor minyak dan gas. Selain itu, BIM juga
memastikan kuantiti bahan disukat dengan tepat, jangkaan pengaliran wang tunai
projek menjadi lebih teliti, bil kuantiti dapat diberikan dengan tepat kepada pembekal
bahan selain memastikan jadual kerja pembinaan menjadi lebih tersusun (Ibina,
2012)
Pelaksanaan BIM membolehkan maklumat mengenai projek bangunan yang
dikumpulkan dan diwujudkan semasa fasa perancangan, program, reka bentuk dan
pembinaan digunakan oleh pemilik dan Pengurus Fasiliti untuk meningkatkan
keberkesanan operasi di seluruh kitaran hayat bangunan (Sabol, 2008).
Perkembangan penggunaan model BIM untuk reka bentuk, analisis, perancangan
pembinaan, koordinasi 4D, dan fabrikasi mewujudkan peluang untuk mengambil dan
menyatukan maklumat yang terdapat di dalam model tersebut kepada satu model
3

rekod untuk fasiliti terbina atau as-built facility. Daripada menyerahkan percetakan
dokumen dan rekod statik semasa fasa commisioning, ia adalah jauh lebih baik untuk
mengintegrasi dan menyerahkan satu model sebenar BIM. Maklumat dalam model
ini boleh menyokong pengendalian operasi harian dan perancangan yang diperlukan
untuk memastikan bangunan terus beroperasi dengan cekap dan efisien (Eastman et
al., 2011; Reddy, 2012).
Pengadaptasian BIM dalam sesebuah bangunan membawa kepada kerja-kerja
Pengurusan Fasiliti lebih berjaya dan cemerlang (CRC Construction Innovation,
2007). Pengurusan Fasiliti boleh diterjemahkan dalam banyak perkara, daripada
pengurusan aset dan kewangan sehinggalah kepada fasiliti operasi dan
penyelenggaraan, malahan ke arah pengurusan dan perancangan langkah fast track
(Sabol, 2008). Dengan menggunakan perisisan BIM, kaedah Pengurusan Fasiliti
yang mudah dapat dijana di dalam satu rangkaian pangkalan data secara berpusat.
Dalam rangkaian pangkalan data ini, maklumat atau informasi yang tidak diperlukan
akan dibuang dan data-data 3D geometrik bangunan akan dihubungkan melalui
fungsi Pengurusan Fasiliti dan kegunaannya dalam menyokong operasi sesebuah
bangunan (Sabol, 2008). Sebagai contioh, platform Autodesk Revit menyediakan
banyak alat atau tools yang membolehkan pengguna untuk meneroka, mengesan, dan
mengurus maklumat sesebuah fasiliti dengan tepat dan berkesan dengan
menggunakan kelebihan keupayaan parametrik perisian tersebut. Dengan
menggunakan alat ini, pereka bentuk, kontraktor dan pihak Pengurusan Fasiliti boleh
menganalisis data-data ruang yang berkaitan, menjejaki data inventori dan kitaran
hayat bangunan, melaksanakan analisis mengenai kos keperluan, penjadualan
pencegahan penyelenggaraan, mengakses pengurusan asset dan sebagainya
(Mastering Autodesk Revit Architecture, 2011).
4

1.3 Pernyataan Masalah

Payent dan Lewis (1999) menyatakan bahawa pengoperasian dan penyelenggaraan


adalah merupakan teras kepada praktis Pengurusan Fasiliti. Pengoperasian dan
penyelenggaraan sesebuah fasiliti berlaku selepas projek pembinaan selesai. Ini
merupakan fasa yang paling lama dalam kitaran hayat bangunan dan fasa yang
menyumbang paling banyak kepada kos kitaran hayat, iaitu sebanyak tiga kali ganda
daripada kos pembinaan (Fuller 2010). Pihak Pengurusan Fasiliti atau Pengurus
Fasiliti adalah orang-orang yang bertanggungjawab bagi pengoperasi dan
penyelenggaraan fasiliti dan mereka menguruskan informasi dan maklumat
mengenai persekitaran alam bina secara harian (input fasiliti), seperti penerangan
teknikal bahan-bahan, produk, peralatan dan sistem; waranti dan jaminan; peralatan
operasi, manual penyelenggaraan, seperti lukisan terbina atau as-built dan lain-lain.
Maklumat ini kemudiannya diserahkan kepada pemilik selepas pembinaan, biasanya
dalam bentuk dokumentasi elektronik seperti CD atau yang paling mudah melalui
percetakan kertas (East 2007; Goedhart & Meadati 2008).
Untuk fasa pengoperasian dan penyelenggaraan dilaksanakan dengan
berkesan, beberapa aspek perlu diberi perhatian. Penyampaian maklumat projek
mengenai maklumat apa yang perlu disampaikan, siapa yang menyampaikan
maklumat, bilakah maklumat akan diserahkan, dan bagaimana maklumat akan
dihantar adalah aspek yang perlu ada dalam fasa ini serta perlu dihantar secara telus
kepada pihak Pengurusan Fasiliti. Maklumat ini kemudian diuruskan oleh pihak
tersebut yang biasanya bergantung kepada penggunaan beberapa sistem berkomputer
untuk mengendalikan jumlah data yang besar dan banyak (Douglas 2012).
Namun, tekanan semakin meningkat dari pihak strategik pengurusan untuk
memiliki keperluan, kesahihan dan kecekapan informasi bagi perancangan organisasi
secara menyeluruh. Walaupun pelbagai jenis sistem data telah wujud dalam
pengurusan industri aset dan fasiliti - termasuk Computer Aided Facilities
Management (CAFM), kepelbagaian keperluan teknikal yang diperlukan adalah
berbeza berdasarkan jenis-jenis informasi dan maklumat yang diterima (Sabol,
2008). Tambahan lagi, Hardin (2011) turut menyatakan praktis semasa Pengurusan
Fasiliti menunjukkan penggunaan sumber yang tidak cekap dan penempatan
5

maklumat yang teruk membawa kepada proses pencarian yang memakan masa serta
kehilangan masa daripada pengoperasian dan penyelenggaraan yang penting.
Sementara itu, golongan-golongan profesional dalam sektor ini tidak mampu
untuk menguruskan sesebuah bangunan secara mampan, cekap dan berkesan bagi
tempoh masa jangka panjang (White Paper Series, 2013). Dalam satu laporan yang
dibuat oleh Royal Institution of Chartered Surveyor (RICS); “Raising the Bar:
Enhancing the Strategic Role of Facilities Management” yang merupakan satu kaji
selidik global yang melibatkan 400 ahli profesional Pengurusan Fasiliti daripada 40
buah negara menekankan bahawa secara purata, Pihak Pengurusan Tertinggi
Pengurusan Fasiliti hanya dapat memberi komitmen dan berdedikasi kurang daripada
sehari dalam seminggu bagi perancangan jangka panjang dan strategik (RICS, 2012).
Inilah yang berlaku walaupun pada hakikatnya seramai lebih daripada tiga perempat
Pengurus Fasiliti mengatakan bahawa Pengurusan Fasiliti harus dan perlu memiliki
kemahiran pengurusan yang berstrategik. Dalam laporan yang diterbitkan pada bulan
November 2012, RICS menjelaskan ketiadaan pemikiran strategik telah membawa
kepada pengurusan bangunan dan fasiliti yang tidak mampan, kurang cekap dan
berkesan (RICS, 2012).
Salah satu cabaran yang paling kerap dibincangkan dalam industri
Pengurusan Fasiliti adalah tentang pengendalian maklumat (Sabol, 2008). Masalah
terbesar dalam Pengurusan Fasiliti mengikut Hardin (2011) adalah pengurusan
jumlah pendokumentasian pemilik yang ditinggalkan dengan begitu banyak selepas
penyiapan projek. Penyampaian maklumat biasanya merangkumi maklumat yang
terperinci mengenai bangunan dan peralatan yang dimiliki, seperti bahan yang
digunakan, pengilang, waranti, panduan pengoperasian serta penyelenggaraan dan
lain-lain. Kekerapan pengendalian maklumat yang tidak berstruktur ketika proses
penyerahan biasanya tetap berterusan dalam fasa Pengurusan Fasiliti, yang
menyebabkan kepada pengawalan maklumat yang susah serta tidak teratur dan
seterusnya menghalang kepada operasi kerja harian (William, Nisbet dan Liebich,
2012). Oleh yang demikian, satu penyelesaian yang dibincangkan dan dicadangkan
bagi menangani masalah pengendalian dan pengurusan maklumat dalam Pengurusan
Fasiliti ini adalah ‘Building Information Modeling’ (BIM) (Eastman et al., 2008).
6

BIM secara praktikalnya dibangunkan untuk mengintegrasikan semua


maklumat pada setiap fasa ke dalam satu repositori tunggal yang mana ianya boleh
disimpan, diperolehi, diedit dan dikongsi dengan mudah (Metadata, 2009, Bullinger
et al., 2010). Bagi setiap peringkat kitaran hayat projek pembangunan yang terdiri
daripada fasa perancangan, reka bentuk, pembinaan sehingga ke Pengurusan Fasiliti,
banyak maklumat dan informasi yang perlu ditukar dan dikongsi dalam kalangan
pihak yang terlibat yang mana ianya terdiri daripada data grafik dan bukan grafik.
Data grafik terdiri daripada lukisan 2D dan 3D manakala data bukan grafik
merangkumi dokumen-dokumen projek yang lain Informasi-informasi yang
terkandung dalam BIM ini adalah konsisten serta terselaras dan ianya digunakan
untuk mereka bentuk projek-projek inovatif daripada peringkat awal,
pendokumentasian yang tepat, pelaksanaan sesuatu projek yang lebih cepat,
ekonomikal dan mesra alam serta penvisualan, penganalisan dan simulasi kos,
prestasi dan penampilan projek di dunia sebenar (Azhar, 2011).
BIM berupaya untuk menyelaras dan mengemaskini pengendalian maklumat
semasa kitaran hayat bangunan dan seterusnya mampu meningkatkan kualiti
informasi pembangunan dalam fasa Pengurusan Fasiliti (Nordstrand, 2000).
Tambahan lagi, BIM berfungsi atas dasar kerjasama dalam sesuatu projek pembinaan
dan dalam persekitaran ini semua pihak yang berkepentingan dalam proses
pembinaan termasuk Pemilik/Pemaju, Pengurus Projek, Perunding, Kontraktor, Sub-
kontraktor dan Pengurus Fasiliti mempunyai akses kepada reka bentuk yang sama,
kos dan maklumat jadual pada masa yang sama (Eastman et al., 2008). Becerik-
Gerber et al., (2012) menyatakan bahawa perkembangan BIM ini telah membawa
kepada perbezaan sebilangan besar pengaplikasian dalam bidang Pengurusan Fasiliti,
antaranya ialah;

(1) Pengesanan Komponen Bangunan;


(2) Kemudahan Pengaksesan Data;
(3) Visualisasi;
(4) Pengwujudan dan Pengemaskinian Aset-Aset Digital;
(5) Pengawalan dan Pemantauan Tenaga;
(6) Pengurusan Ruang;
(7) Penyemakan Penyelenggaraan;
7

(8) Pengurusan Kecemasan;


(9) Perancangan dan Kajian Kemungkinan Pembinaan;
(10) Pembangunan dan Latihan Kakitangan.

BIM dianggap oleh ramai pihak, terutamanya golongan penyelidik dan


profesional, mampu menawarkan penyelesaian kepada permasalahan dalam
pengendalian dan pengurusan maklumat dalam Pengurusan Fasiliti (Eastman et al.,
2008; Hardin, 2011). Walau bagaimanapun, dengan mempunyai keupayaan untuk
mengintegrasikan Pengurusan Fasiliti dengan BIM, tidak bermakna bahawa ianya
mudah untuk dilaksanakan. Sama seperti BIM yang mengambil masa beberapa tahun
untuk mendapat momentum yang penting dalam seni bina, kejuruteraan, dan
kemudiannya pembinaan, walaupun dengan adanya teknologi, penggunaan BIM
dalam Pengurusan Fasiliti juga jauh dari kebiasaan (Sabol, 2008). Terdapat beberapa
cabaran yang terlibat dalam pelaksanaan ini, seperti perubahan dalam minda
profesional Pengurusan Fasiliti yang telah menggunakan teknologi Pengurusan
Fasiliti berasaskan lukisan selama bertahun-tahun, kurangnya pengetahuan tentang
BIM serta kekurangan data yang sepadan dalam Pengurusan Fasiliti untuk model
BIM menyebabkan penggunaan teknologi BIM dalam sistem Pengurusan Fasiliti
tidak dilaksanakan dengan efisien (Khemlani, 2011; Becerik-Gerber et al., 2012;
Kelly et al., 2013).
Selain itu, kurangnya kajian kes kebolehsediaan berprofil tinggi penggunaan
BIM dalam industri Pengurusan Fasiliti telah menyebabkan BIM masih tidak
dilaksanakan dalam industri tersebut (Becerik-Gerber et al., 2012). Usaha bagi
mengkaji pelaksanaan BIM dalam Pengurusan Fasiliti hanyalah tertumpu kepada
bangunan baru walaupun ianya hanya merangkumi 1-2% daripada jumlah stok
bangunan yang sedia ada (Kincaid 2004). Selain itu, pengaplikasian BIM dalam
Pengurusan Fasiliti adalah sangat kurang dikaji berbanding pelaksanaannya dalam
bidang SKP. Malah, usaha-usaha penyelidikan yang besar hanya ditumpukan untuk
menangani pelbagai aspek yang berkaitan dengan pelaksanaan BIM dalam proses
perancangan, reka bentuk dan pembinaan. BIM dalam aspek Pengurusan Fasiliti
masih baru dan belum berkembang serta pengetahuan mengenainya masih lagi terhad
(Kelly et al., 2013).
8

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti
kepentingan pelaksanaan BIM dalam praktis Pengurusan Fasiliti, mengkaji tahap
kesediaan Pengurus Fasiliti mengaplikasikan BIM dalam Pengurusan Fasiliti serta
membentuk rangka cadangan pelaksanaan BIM dalam praktis Pengurusan Fasiliti.

1.4 Persoalan Kajian

(1) Apakah kepentingan pelaksanaan Building Information Modeling (BIM)


dalam praktis Pengurusan Fasiliti?

(2) Adakah Pengurus Fasiliti bersedia mengaplikasikan Building


Information Modeling (BIM) dalam praktis Pengurusan Fasiliti?

(3) Bagaimanakah Building Information Modeling (BIM) boleh


dilaksanakan dalam praktis Pengurusan Fasiliti?

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah penting dalam menentukan hala tuju sesebuah kajian itu
dilaksanakan. Antara objektif-objektif kajian yang perlu dicapai adalah seperti
berikut:

(1) Mengenal pasti kepentingan pelaksanaan Building Information


Modeling (BIM) dalam praktis Pengurusan Fasiliti;

(2) Mengkaji tahap kesediaan Pengurus Fasiliti dalam mengaplikasikan


Building Information Modeling (BIM) dalam praktis Pengurusan
Fasiliti; dan

(3) Membentuk rangka cadangan pelaksanaan Building Information


Modeling (BIM) dalam praktis Pengurusan Fasiliti.
9

1.6 Skop Kajian

Penjelasan skop kajian adalah seperti berikut:

(1) Kajian hanya meliputi aplikasi Building Information Modeling (BIM)


dalam Pengurusan Fasiliti di Malaysia sahaja dan tidak menerangkan
secara terperinci mengenai teknikaliti sistem BIM;

(2) Kajian tertumpu kepada pihak yang melaksanakan atau menjalankan


kerja-kerja Pengurusan Fasiliti dari segi pengoperasian dan
penyelenggaraan;

(3) Kajian dijalankan di dalam Malaysia sebagai lokasi kajian.

1.7 Kepentingan Kajian

Manfaat dari hasil kajian dan dapatan menyumbang kepada kefahaman yang lebih
baik tentang aplikasi Building Information Modeling (BIM) dalam sistem
Pengurusan Fasiliti. Secara amnya kepentingan kajian ini memberi manfaat secara
langsung atau tidak langsung kepada pihak-pihak berikut:

(1) Pengurusan Fasiliti

Kajian ini membantu pihak Pengurusan Fasiliti dalam mengenal pasti


potensi dan kepentingan aplikasi Building Information Modeling (BIM)
selain membantu penambahbaikan sistem Pengurusan Fasiliti melalui
aplikasi BIM. Dengan itu, Pengurusan Fasiliti boleh mengaplikasikan
penggunaan BIM dalam urusan kerja mereka agar semua pihak sedar
bahawa Pengurusan Fasiliti bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia
melibatkan keseluruhan operasi, penyelanggaraan dan jangka hayat
sesebuah bangunan.
10

(2) Para Pelajar dan Penyelidik

Para pelajar dalam bidang Pengurusan Fasiliti khasnya boleh


menjadikan kajian ini sebagai panduan atau rujukan dalam menambah
pengetahuan serta mengenali lebih lanjut berkaitan aplikasi Building
Information Modeling (BIM) dalam Pengurusan Fasiliti serta dapat
mengetahui cara bagi mengatasi masalah yang berlaku dalam
Pengurusan Fasiliti melalui penggunaan BIM.

1.8 Metodologi Kajian

Dalam usaha melaksanakan dan menyempurnakan kajian ini, satu metodologi kajian
telah dirangka dengan rapi agar dapat mencapai objektif kajian. Metodologi kajian
ini telah dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu:

(1) Peringkat 1: Pemilihan Tajuk

Pada peringkat ini, isu atau masalah yang berlaku iaitu mengenai
Pengurusan Fasiliti dan Building Information Modeling (BIM) telah
dikenal pasti. Seterusnya halatuju bagi kajian ini telah dikenalpasti dan
dirancang melalui pernyataan masalah yang dibentuk daripada masalah
berlaku. Pemilihan tajuk yang sesuai adalah penting untuk memastikan
kajian yang akan dilaksanakan memperolehi hasil yang terbaik. Kajian
yang akan dilakukan oleh penyelidik adalah mengenai pelaksanaan
pendekatan BIM dalam praktis Pengurusan Fasiliti.
Seterusnya, pembentukan objektif kajian dirancang berdasarkan
persoalan yang timbul dari isu yang berlaku. Di dalam kajian ini,
terdapat tiga objektif yang telah dibentuk iaitu untuk mengenal pasti
kepentingan pelaksanaan BIM dalam praktis Pengurusan Fasiliti,
mengkaji tahap kesediaan Pengurus Fasiliti dalam mengaplikasikan
BIM dalam Pengurusan Fasiliti serta membentuk rangka cadangan
pelaksanaan BIM dalam praktis Pengurusan Fasiliti.
11

(2) Peringkat 2: Kajian Literatur

Peringkat kedua ini dibuat bagi menerangkan dengan lebih terperinci


berkenaan tajuk kajian yang ingin dijalankan berpandukan sumber-
sumber lain. Kebanyakan sumber yang diperolehi adalah berdasarkan
internet, artikel serta jurnal-jurnal yang berkaitan. Setiap sumber
rujukan yang diperolehi dapat membantu dalam memberikan gambaran
yang lebih luas mengenai bidang kajian yang dipilih.

(3) Peringkat 3: Pengumpulan Data

Dalam peringkat ketiga, penyelidik telah menetapkan metodologi kajian


yang sama digunakan iaitu kaedah kualitatif bagi memastikan objektif-
objektif kajian tercapai. Kaedah kualitatif yang digunakan adalah
dengan melaksanakan sesi temubual separa struktur (Semi-structured
Interview) ke atas pihak yang menjalankan kerja-kerja Pengurusan
Fasiliti dari segi pengoperasian dan penyelenggaraan. Seramai sepuluh
(10) orang dijadikan sampel dalam sesi temubual ini dan ianya
dilaksanakan di Malaysia yang dijadikan sebagai lokasi kajian. Rajah
1.1 menerangkan secara ringkas metodologi kajian yang digunakan oleh
penyelidik dalam kajian ini.
12

PENGUMPULAN DATA SECARA KUALITATIF


(Sesi Temubual Separa Struktur atau Semi-Structured Interview)

Temubual Separa Struktur


(Semi-structured Interview) Responden:

1) 4 Pihak di Sektor Kerajaan


10 Pihak yang menjalankan kerja-kerja 2) 6 Pihak di Sektor Swasta
Pengurusan Fasiliti dari segi (3 adalah Pihak Berpengalaman
Pengoperasian dan Penyelenggaraan dalam BIM)

PEMBENTUKAN LANGKAH -
LANGKAH PELAKSANAAN
BUILDING INFORMATION
MODELING (BIM) DALAM PRAKTIS
PENGURUSAN FASILITI

Rajah 1.1: Metodologi Kajian


(Olahan Penyelidik, 2016)

(4) Peringkat 4: Analisis Data

Hasil dapatan daripada kaedah yang tersenarai dalam metodologi kajian


dikumpulkan dan dianalisa untuk mendapatkan penemuan secara
menyeluruh tentang kajian ini. Penemuan daripada kajian ini menjadi
penyelesaian kepada persoalan yang timbul dan mencapai objektif
kajian.

(5) Peringkat 5: Rumusan/Cadangan

Dalam peringkat ini, hasil yang diperolehi dikupas dan dirumuskan


mengikut pencapaian objektif. Selain itu, cadangan juga diberikan agar
kajian ini dapat diteruskan di peringkat yang lebih tinggi.
13

TAJUK
POTENSI PELAKSANAAN PENDEKATAN BUILDING INFORMATION MODELING (BIM) DALAM
PRAKTIS PENGURUSAN FASILITI

PERSOALAN KAJIAN (PK) 1 PERSOALAN KAJIAN (PK) 2 PERSOALAN KAJIAN (PK) 3

Apakah kepentingan pelaksanaan Adakah Pengurus Fasiliti bersedia Bagaimanakah Building Information
Building Information Modeling mengaplikasikan Building Information Modeling (BIM) boleh dilaksanakan
(BIM) dalam praktis Pengurusan Modeling (BIM) dalam praktis dalam praktis Pengurusan Fasiliti?
Fasiliti? Pengurusan Fasiliti?
???????????(PENGURUSAN
OBJEKTIF KAJIAN (OK) 1
FASILITI)? OBJEKTIF KAJIAN (OK) 2 OBJEKTIF KAJIAN (OK) 3

Mengenal pasti kepentingan Mengkaji tahap kesediaan Pengurus Membentuk rangka cadangan
pelaksanaan Building Information Fasiliti mengaplikasikan Building pelaksanaan Building Information
Modeling (BIM) dalam praktis Information Modeling (BIM) dalam Modeling (BIM) dalam praktis
Pengurusan Fasiliti. praktis Pengurusan Fasiliti. Pengurusan Fasiliti.
.(PENGURUSAN FASILITI).

SKOP KAJIAN
(1) Kajian hanya meliputi aplikasi Building Information Modeling (BIM) dalam Pengurusan Fasiliti di Malaysia sahaja dan
tidak menerangkan secara terperinci mengenai teknikaliti sistem BIM;
(2) Kajian tertumpu kepada pihak yang melaksanakan atau menjalankan kerja-kerja Pengurusan Fasiliti dari segi pengoperasian
dan penyelenggaraan;
(3) Kajian dijalankan di dalam Malaysia sebagai lokasi kajian.

Peringkat 1

SOROTAN DAN KAJIAN LITERATUR


Peringkat 2

METODOLOGI KAJIAN

KAEDAH KUALITATIF PENGUMPULAN DATA

Sesi Temubual Separa Struktur


(Semi-Structured Interview) - Jurnal
DATA DATA
- Buku-buku Rujukan
PRIMER SEKUNDER
Pihak yang menjalankan kerja-kerja - Internet
Pengurusan Fasiliti dari segi - KajianPerpustakaan
Pengoperasian dan
Penyelenggaraan
Peringkat 3

ANALISIS KAJIAN
Peringkat 4

KESIMPULAN DAN CADANGAN


Peringkat 5

Rajah 1.2: Carta Alir Metodologi Kajian


(Olahan Penyelidik, 2016)
14

1.9 Susun Atur Bab

Dalam usaha menghasilkan kajian yang sistematik dan pelaksanaan yang tersusun,
maka pembahagian dan susun atur bab harus dilakukan. Penyelidik telah
membahagikan kajian ini sebanyak lima (5) bab mengikut turutan penyelidikan,
iaitu:

1.9.1 Bab 1: Pendahuluan

Bab 1 merupakan pengenalan terhadap kajian. Ia merupakan penceritaan secara


ringkas mengenai perjalanan kajian secara menyeluruh. Bab ini membincangkan
tentang isu dan permasalahan kajian, tujuan kajian, objektif kajian, skop kajian,
kepentingan kajian, metodologi kajian dan seterusnya kesimpulan bagi
menyimpulkan keseluruhan awal kajian.

1.9.2 Bab 2: Kajian Literatur

Bab 2 adalah berkaitan dengan teoritikal atau kajian literatur. Dalam bab ini,
penerangan akan dibuat tentang takrifan serta konsep Building Information Modeling
(BIM) dan Pengurusan. Selain itu, bab ini juga mengupas tentang kelebihan BIM,
hubungan dan integrasi BIM dan Pengurusan Fasiliti serta manfaat daripada integrasi
BIM dan Pengurusan Fasiliti. Di penghujung bab ini, satu rangka kerja kajian dibuat
bagi menunjukkan pelaksanaan BIM dalam praktis Pengurusan Fasiliti serta satu
kesimpulan akan dibuat bagi menyimpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan
BIM dan Pengurusan Fasiliti

1.9.3 Bab 3: Metodologi Kajian

Bab 3 membincangkan tentang metodologi kajian yang akan digunakan untuk


mendapatkan data-data bagi menjawab segala objektif-objektif kajian yang telah
ditetapkan. Kaedah kualitatif digunakan bagi menjawab matlamat dan objektif-
objektif kajian yang diutarakan. Kaedah temubual separa struktur (Semi-structured
15

Interview) dilaksanakan terhadap sepuluh (10) pihak yang menjalankan kerja-kerja


Pengurusan Fasiliti dari segi pengoperasian dan penyelenggaraan. Seterusnya,
dapatan data-data dari kaedah ini digunakan untuk membentuk satu kerangka kerja
pelaksanaan Building Information Modeling (BIM) dalam Pengurusan Fasiliti di
Malaysia.

1.9.4 Bab 4: Dapatan dan Analisi Kajian

Bab 4 membincangkan tentang pendapatan dan analisis-analisis data mengenai


objektif-objektif kajian yang telah ditetapkan, iaitu mengenal pasti kepentingan
pelaksanaan Building Information Modeling (BIM) dalam praktis Pengurusan Fasiliti
serta mengkaji tahap kesediaan Pengurus Fasiliti dalam mengaplikasikan BIM dalam
Pengurusan Fasiliti. Seterusnya, pembentukan langkah-langkah pelaksanaan BIM
dalam praktis Pengurusan Fasiliti dilaksanakan. Pembentukan rangka kerja ini
dicadangkan menerusi dapatan data-data daripada kaedah temubual separa struktur
(Semi-structured Interview) dan kajian literatur.

1.9.6 Bab 5: Cadangan dan Kesimpulan

Bab 5 ini merangkumi cadangan dan kesimpulan terhadap kajian. Berdasarkan


analisis yang dilakukan maka cadangan terhadap kajian serta cadangan kajian
lanjutan dinyatakan untuk manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan pada
masa hadapan khususnya dalam memajukan bidang Pengurusan Fasiliti, khususnya
di Malaysia.
16

1.10 Kesimpulan

Kajian ini merupakan kajian awal ke atas idea baru penggunaan aplikasi Building
Information Modeling (BIM) dalam Pengurusan Fasiliti di Malaysia. Berdasarkan
jumlah pembinaan bangunan yang semakin meningkat di Malaysia, penghasilan
bangunan yang bermutu, efektif dan cemerlang amat diperlukan sebagai lambang
kemajuan sesebuah negara. Namun, keadaan bangunan yang cemerlang dan efektif
tidak berguna sekiranya sistem Pengurusan Fasiliti di dalamnya tidak dipantau dan
dijaga dengan baik. Oleh yang demikian, aplikasi BIM sememangnya membantu
penghasilan bangunan yang sempurna dan penggunaannya dalam Pengurusan Fasiliti
akan sentiasa meningkatkan penyesuaian pertumbuhan teknologi dalam firma arkitek
dan pembinaan. Aplikasi BIM dalam Pengurusan Fasiliti mempunyai pelbagai kesan
positif dan keupayaan yang tiada henti dan dengan menggunakan model BIM untuk
menguruskan bangunan, ianya akan lebih membawa kepada Pengurusan Fasiliti
bangunan yang cekap dan mampan.
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

BAB 1 telah membincangkan gambaran secara menyeluruh mengenai kajian, iaitu


latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, skop
kajian, kepentingan kajian, metodologi kajian serta jangkaan hasil kajian. Ia
bertujuan memberikan fahaman awal kepada pembaca mengenai kajian yang
dilaksanakan.
Kajian literatur amat penting kerana ia dapat memberikan idea dan hala tuju
mengenai penyelidikan yang dilakukan. Kajian literatur merupakan kupasan ke atas
bahan bacaan yang telah dibaca seperti jurnal, artikel, kertas seminar dan lain-lain.
Dalam literatur, beberapa kaedah digunakan iaitu membanding dan membeza,
menganalisis, menilai, merumus dan mensintesis. Tujuan kaedah membanding dan
membeza digunakan adalah untuk mencari perbezaan dan persamaan dari segi ciri,
sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Ia digunakan apabila terdapat 2
atau lebih ciri atau kemungkinan dan juga ketika membuat keputusan atau pilihan.
Manakala penggunaan kaedah analisis adalah untuk mengasingkan maklumat kepada
bahagian yang lebih kecil dan menghuraikan maksud yang tersirat. Ia digunakan
untuk memahami dan mengetahui hubungkait antara bahagian dan mengenai prinsip-
prinsip yang terlibat.
Kaedah menilai pula bertujuan mempertimbangkan dan menilai kebaikan dan
kelemahan yang wujud terhadap sesuatu perkara berdasarkan bukti yang sah dan
digunakan apabila ingin memilih sesuatu atau menerima atau menolak sesuatu idea.
Kaedah merumus pula berfungsi untuk menyatakan hasil sesuatu kajian berdasarkan
pada satu hipotesis dan mengukuhkan berdasarkan penyiasatan. Ia digunakan untuk
18

membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong kenyataan.


Seterusnya kaedah mensintesis adalah bertujuan untuk menggabungkan idea-idea,
unsur atau item yang berasingan seterusnya menghasilkan gambaran yang
menyeluruh dalam bentuk penyataan esei, lukisan atau artifak (Supli, 2010).
Dalam BAB 2, perbincangan lebih menyentuh tentang kajian literatur yang
berkaitan dengan tajuk kajian seperti definisi Building Information Modeling (BIM),
definisi Pengurusan Fasiliti serta perkara-perkara yang mempunyai hubungkait
antara BIM dan Pengurusan Fasiliti.

2.2 Building Information Modeling (BIM)

2.2.1 Definisi Building Information Modeling (BIM)

Sebelum mengupas lebih lanjut mengenai Building Information Modeling (BIM),


definisi mengenainya haruslah diketahui terlebih dahulu. Ada yang menganggap
sistem BIM adalah lanjutan kepada Computer Aided Design (CAD) dan ada yang
beranggapan ianya adalah satu siri model yang mempunyai unsur-unsur berbeza bagi
sesebuah projek (Azhar, 2011). Jadual 2.1 menerangkan takrifan mengenai BIM
daripada sudut individu atau organisai mengikut urutan tahun.

Jadual 2.1: Takrifan BIM daripada Individu atau Organisasi Mengikut Urutan Tahun
(Olahan Penyelidik, 2016)

INDIVIDU/ TAKRIF/DEFINISI BIM


ORGANISASI
Penttilä BIM merupakan satu set interaksi antara polisi, proses dan teknologi untuk
(2006) menghasilkan satu kaedah untuk menguruskan kepentingan reka bentuk
bangunan dan data-data projek dalam format digital atau alam maya menerusi
kitaran hayat bangunan tersebut.
American BIM ialah satu pendekatan penyampaian projek yang mengintegrasikan orang,
Institute of sistem, struktur dan amalan dalam proses yang bersama-sama memanfaatkan
Architects, (AIA) kelebihan dan pandangan semua pihak yang terlibat untuk mengoptimumkan
(2007) penghasilan projek-projek, meningkatkan nilai kepada pemilik, mengurangkan
sisa, dan memaksimumkan kecekapan melalui semua fasa reka bentuk,
fabrikasi dan pembinaan
Kymell (2008) BIM sebagai satu simulasi projek yang terdiri daripada komponen-komponen
model 3D sesebuah projek yang mempunyai kaitan dengan semua maklumat
yang diperlukan berhubung dengan perancangan projek, reka bentuk,
pembinaan atau operasi.
Bersambung…
19

Jadual 2.1: Takrifan BIM daripada Individu atau Organisasi Mengikut Urutan Tahun
(Olahan Penyelidik, 2016)
…Sambungan
INDIVIDU/ TAKRIF/DEFINISI BIM
ORGANISASI
Arayichi (2008) BIM adalah satu sistem yang mengandungi pelbagai disiplin aplikasi perisian
tertentu yang menyokong semua fasa kitaran hayat projek daripada reka
bentuk konsep dan dokumentasi pembinaan, koordinasi dan pembinaan, dan
seluruh Pengurusan Fasiliti yang berterusan, penyelenggaraan dan operasi.
BIM adalah keterangan mengenai data digital 3D integrasi bangunan serta
yang berkaitan dengan konteks Sistem Maklumat Geografi atau Geographical
Information System (GIS)
Eastman et al. BIM merupakan pendekatan baru kepada reka bentuk, pembinaan, dan
(2008) Pengurusan Fasiliti yang mana perwakilan digital proses bangunan itu
digunakan untuk memudahkan pertukaran maklumat dalam format digital.

Azhar, Hein dan BIM adalah mewakili pembangunan dan penggunaan model n-dimensi (nD)
Sketo penghasilan komputer untuk mensimulasikan perancangan, reka bentuk,
(2008) pembinaan dan operasi kemudahan.

Hardin BIM ialah satu revolusi proses dan teknologi yang pantas dalam mengubah
(2009) cara bagaimana sesebuah bangunan diilhamkan, direka, dibina dan
dikendalikan. BIM bukan sahaja menggunakan model pintar tiga dimensi
(3D) tetapi juga membuat perubahan ketara dalam aliran kerja dan proses
penyampaian projek.
Glick dan BIM adalah satu pendekatan projek penghantaran novel untuk menyatukan
Guggemos orang, sistem, struktur dan amalan perniagaan ke dalam proses kerjasama
(2009) untuk mengurangkan sisa dan mengoptimumkan kecekapan melalui semua
fasa kitaran hayat projek, yang juga menyokong kepada konsep Penghantaran
Projek Bersepadu atau Integrated Project Delivery.
Van Naderveen, BIM ialah satu model maklumat mengenai bangunan (atau projek bangunan)
Beheshti dan yang terdiri daripada maklumat yang lengkap dan mencukupi untuk
Gielingh menyokong semua proses kitaran hidup dan yang boleh ditafsirkan secara
(2009) langsung dengan aplikasi komputer. Ia terdiri daripada maklumat mengenai
bangunan itu sendiri serta komponennya, dan terdiri daripada maklumat
tentang sifat-sifat seperti fungsi, bentuk, bahan dan proses untuk kitaran hayat
bangunan.
National Building BIM merupakan satu alat perwakilan digital yang merangkumi ciri-ciri fizikal
Information dan fungsi sesebuah fasiliti. BIM juga adalah satu sumber pengetahuan
Modeling mengenai fasiliti yang dikongsi bersama sebagai maklumat lanjut bagi
Standards membentuk asas kukuh dalam menentukan keputusan terhadap bangunan
(NBIMS) semasa kitaran hidupnya; ditakrifkan sebagai yang sedia ada dari konsep awal
(2010) untuk perobohan. Satu premis asas BIM adalah kerjasama daripada pelbagai
pihak berkepentingan yang berbeza pada pelbagai fasa kitaran hayat fasiliti
untuk memasukkan, mengeluarkan, mengemaskini atau mengubah suai
maklumat dalam BIM untuk menyokong dan menggambarkan peranan pihak-
pihak yang berkepentingan.
Mastering BIM merujuk kepada satu model 3D berparameter yang digunakan untuk
Autodesk Revit menghasilkan pelan, keratan, ketinggian, perspektif, butir-butir, penjadualan
Architecture yang mana semua komponen yang diperlukan untuk mendokumenkan reka
(2011) bentuk bangunan.
Forbes dan BIM adalah satu proses penjanaan dan menguruskan data bangunan semasa
Ahmed kitaran hayat bangunan.
(2011)

Bersambung…
20

Jadual 2.1: Takrifan BIM daripada Individu atau Organisasi Mengikut Urutan Tahun
(Olahan Penyelidik, 2016)
…Sambungan
INDIVIDU/ TAKRIF/DEFINISI BIM
ORGANISASI
Reddy BIM ialah proses penambahbaikan metodologi yang memanfaatkan data
(2012) untuk menganalisis dan meramalkan hasil melalui fasa yang berbeza dalam
kitaran hayat bangunan.
Love et al. BIM adalah satu kaedah teknologi 3D baru berfokuskan metodologi yang
(2013) boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti reka bentuk,
pembinaan, operasi dan proses penyelenggaraan.
CIDB BIM adalah pemodelan teknologi dan set proses yang berkaitan untuk
(2013) menghasilkan, berkomunikasi, dan menganalisis model maklumat digital
untuk pembinaan kitaran hayat bangunan.

Berdasarkan kepada definisi-definisi yang telah dinyatakan, dapat


dirumuskan bahawa BIM bukan sahaja sesuatu teknologi, malah ianya merangkumi
proses dengan meggunakan perisian yang betul dan sesuai (Azhar, 2011). Sesuatu
model BIM mengandungi perwakilan bahagian-bahagian sebenar yang digunakan
dalam proses pembinaan untuk membina sesebuah bangunan, yang mana ianya
mengandungi geometri, hubungan ruang, informasi georgrafi, bilangan dan sifat
komponen-komponen bangunan, pengiraan kos, jadual projek dan inventori material
(Bazjanac, 2006). Pelaksanaan BIM dalam projek-projek pembinaan dilihat sebagai
satu cara untuk menguruskan semua maklumat dalam keseluruhan projek kitaran
hayat bangunan. pelaksanaan BIM boleh meningkatkan keberkesanan dalam
menguruskan projek-projek pembinaan dengan mengurangkan masalah pembinaan
(Azhar, 2011).
Dari konteks praktis Pengurusan Fasiliti, terdapat pelbagai kefahaman
mengenai BIM yang mana ia berdasarkan apa yang boleh dilakukannya terhadap
praktis tersebut. Kefahaman BIM yang biasa dari sudut praktis ini adalah ia adalah
satu model yang bertindak sebagai satu repositori data elektronik, yang mengandungi
semua maklumat yang boleh didapati mengenai bangunan, boleh diakses oleh mana-
mana pihak seperti arkitek, kontraktor, pemilik mahupun Pengurusan Fasiliti yang
ingin membuat untuk carian serta menambah atau membuang maklumat daripada
model tersebut pada bila-bila masa bagi kegunaan pengurusan kitaran hatan
bangunan (Smith dan Tardif, 2009). Dalam kajian ini, BIM boleh dikategorikan
sebagai informasi berstruktur yang mana ia boleh ditakrifkan sebagai satu perwakilan
dalam bentuk digital fizikal dan ciri-ciri kefungsian sesebuah fasiliti yang mana
21

maklumat mengenai bangunan tersebut disimpan daripada pelbagai fasa pembinaan.


Dalam erti kata lain, BIM juga adalah satu sumber pengetahuan mengenai fasiliti
yang dikongsi bersama sebagai maklumat lanjut bagi membentuk asas kukuh dalam
menentukan keputusan terhadap bangunan semasa kitaran hayatnya; ditakrifkan
sebagai yang sedia ada dari konsep awal sehingga ke Pengurusan Fasiliti dan
pemusnahan (NBIMS, 2010; Enegbuma dan Ali, 2011).
Pandangan BIM dari sudut Pengurusan Fasiliti ini adalah berasas daripada
apa yang dinyatakan oleh Eastman et al. (2008) yang mana BIM adalah satu
pendekatan perwakilan digital proses bangunan yang digunakan untuk memudahkan
pertukaran maklumat dalam format digital dalam reka bentuk, pembinaan, dan
Pengurusan Fasiliti. Arayichi (2008) turut menambah bahawa BIM merupakan satu
sistem yang mengandungi pelbagai disiplin aplikasi perisian tertentu yang
menyokong semua fasa kitaran hayat projek daripada reka bentuk konsep dan
dokumentasi pembinaan, koordinasi dan pembinaan dan seluruh Pengurusan Fasiliti
yang berterusan menerusi penyelenggaraan dan pengoperasian. Pengaplikasian BIM
menghubungkan semua pihak yang terlibat seperti arkitek, kontraktor, juruukur,
pereka bentuk dan pemilik untuk bekerjasama dalam satu sistem maklumat umum Ini
membolehkan semua pihak yang terlibat dapat berkongsi maklumat sesama sendiri
dan meningkatkan keyakinan dan konsistensi semua pihak (Arayichi, 2008; Eastman
et al., 2008) Kitaran hayat sesebuah bangunan juga dapat disimulasikan dengan
menggunakan sistem BIM daripada awal pembinaan sehingga kepada pengoperasian
fasiliti (Sabol, 2008).
Berdasarkan kepada definisi-definisi yang telah dikumpul, dapat dinyatakan
bahawa BIM mempunyai pelbagai definisi berdasarkan kepada persepsi dan
pengetahuan masing-masing. Namun, rumusan yang boleh dibuat mengenai BIM
adalah ia adalah satu proses yang melibatkan semua pihak perancangan, reka bentuk,
pembinaan dan Pengurusan Fasiliti untuk menguruskan keseluruhan projek kitaran
hayat bangunan.
22

2.2.2 Konsep Building Information Modeling (BIM)

Eastman et al. (2011) menyatakan bahawa jenis-jenis model digital berikut tidaklah
boleh dikategorikan sebagai BIM:-

(1) Model yang mengandungi data 3D sahaja dan tiada sifat-sifat objek;

(2) Model dengan tiada sokongan informasi dan maklumat;

(3) Model yang terdiri daripada pelbagai rujukan fail 2D CAD yang perlu
digabungkan untuk menentukan bangunan; dan

(4) Model yang membenarkan perubahan kepada dimensi dalam satu


paparan yang tidak dapat dilihat secara automatik di dalam pandangan
lain.

Berdasarkan kepada jenis-jenis model digital di atas, dapat dikatakan bahawa


model BIM hendaklah terdiri daripada 3D serta harus mempunyai sifat-sifat objek.
Dalam erti kata lain, objek-objek di dalam BIM membawa semua maklumat yang
berkaitan dengan bangunan, termasuk ciri-ciri fizikal dan fungsi serta projek
maklumat kitaran hidup bangunan, dalam siri objek pintar atau smart object (Azhar
dan Richter, 2009). Sebagai contoh, unit penyaman udara dalam BIM juga
mengandungi data mengenai prosedur pembekal, operasi dan penyelenggaraan, kadar
aliran dan keperluan pembersihan (CRC Construction Innovation, 2007).
Perbezaan utama dalam pengaplikasian teknologi BIM dengan konvensional
3D CAD adalah 3D CAD menggambarkan sesebuah bangunan dengan berpandangan
bebas 3D seperti pelan, seksyen dan ketinggian sahaja (CRC Construction
Innovation, 2007). Pengeditan salah satu daripada pandangan tersebut memerlukan
pandangan yang lain diperiksa dan dikemaskini, yang mana ianya adalah kesilapan
yang sering berlaku selain merupakan penyebab utama dalam penghasilan
pendokumentasian yang lemah. Tambahan lagi, data-data yang terdapat di dalam
lukisan 3D CAD ini hanyalah berunsur entiti grafik sahaja, seperti garisan,
lengkungan dan bulatan (Azhar dan Richter, 2009). Keadaan ini berbeza jika dilihat
dari sudut model konstektual semantik berpintar BIM, yang mana objek-objek di
23

dalam sistem tersebut ditakrifkan dari segi elemen atau unsur-unsur bangunan dan
sistem seperti ruang, dinding, rasuk dan tiang. Data-data mengenai sesebuah
bangunan akan dimasukkan ke dalam model BIM ini dan seterusnya membolehkan
objek-objek di dalam sistem mengetahui cara untuk berhubung antara satu sama lain
serta kepada reka bentuk model bangunan tersebut. (CRC Construction Innovation,
2007).
Dari sudut pemprosesan, BIM boleh didefinisikan dan dilihat sebagai proses
maya yang merangkumi kesemua aspek-aspek, bidang-bidang dan sistem-sistem
sesebuah fasiliti di dalam satu model maya yang membenarkan kesemua pihak yang
terlibat seperti pemilik, arkitek, kontraktor, jurutera, sub-kontraktor dan pembekal
untuk bekerjasama dengan lebih sistematik dan efisien jika dibandingkan dengan
sistem tradisional (Azhar et al., 2011). Carmona dan Irwin (2007) menyatakan
bahawa sejajar dengan penghasilan sesuatu model, semua pihak akan berterusan
memperbaiki, menyelaras dan menyesuaikan peranan-peranan mereka mengikut
kepada spesifikasi projek dan perubahan reka bentuk untuk memastikan model
tersebut adalah lengkap, betul dan setepat yang mungkin sebelum projek pembinaan
dimulakan. Oleh itu, asas kepada pengaplikasian dan kebolehsediaan BIM adalah
terletak kepada dua perkara, iaitu komunikasi dan kerjasama (K+K) yang mana
memerlukan penglibatan semua pihak daripada awal proses (Azhar, Khalfan dan
Maqsood, 2012).
Dari segi perspektif teknologi, Kymell (2008) dan Isikdag (2012),
menyatakan bahawa BIM adalah simulasi projek yang terdiri daripada komponen
projek model 3D yang menghubungkan semua maklumat diperlukan serta berkaitan
dengan perancangan projek, reka bentuk, pembinaan atau operasi seperti yang
digambarkan. Teknologi BIM berasal dari teknik pemodelan parametrik
berorientasikan objek (Azhar et al., 2008). Terma ‘parametrik’ menerangkan suatu
proses di mana suatu elemen diubahsuai dengan elemen atau pemasangan
berhampiran (contohnya pintu melekat pada dinding) dan diselaraskan secara
automatik untuk mengekalkan keseimbangan asal (Stine, 2011). Rajah 2.1
menunjukkan struktur BIM berdasarkan perspektif teknologi.
24

B I M
Kediaman Spatial Laman
Perdagangan Elemen Seni Bina
Kesihatan Sistem Struktur
Institusi Kuantiti MEP Sistem
Sukan Jadual Kelestarian
Hiburan Operasi Pengurusan

Pra- Operasi Pemusnahan


Program Reka Bentuk Pembinaan
Pembinaan

Rajah 2.1: Perwakilan Visual Konsep BIM


(Azhar, Khalfan dan Maqsood, 2012)

2.2.3 Kelebihan Building Information Modeling (BIM)

Berikut adalah kelebihan-kelebihan BIM sebagaimana menurut Alan (2007);


Eastman et al. (2011); Azhar et al. (2011) Reddy (2012); MacDonald (2013) dan
Masons (2013)

2.2.3.1 3D - Model dalam Building Information Modeling (BIM)

(1) Walkthrough Model


Model ini memiliki keupayaan memberikan alat visualisasi yang besar
yang mana membolehkan pereka bentuk dan kontraktor untuk bekerja
bersama-sama bagi mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dengan
bantuan model sebelum pembinaan sesebuah bangunaan dimulakan di
tapak pembinaan (Masons, 2013).
RUJUKAN

Abd. Hamid, Z. (2004). Role of Information Technology in Facilities Management.


Buletin Ingenieur. Vol 24, pp. 25-31.
Abd. Hamid, Z. (2007). Incorporating Facilities Management in PFI Proposals.
Buletin Ingenieur. Vol 36, pp. 12-21.
Abel, J., Lennerts, K. (2005). Where does CAFM really help? Current Fields of
Application and Future Trends according to System Users. Proceedings of CIB
W78's 22nd International Conference on Information Technology in
Construction. CIB Publication 304, ISBN 3-86005-478-3: The Westin
Bellevue, Dresden, Germany. 19-21 June 2005.
Akcamete, A. (2011). Integration and Visualization Maintenance and Repair Work
Orders in BIM: Lessons Learned From A Prototype. Proceedings of the 11th
International Conference on Construction Applications of Virtual Reality, 3-4
November 2011, Weimar, Germany.
Alan, E. (2007). BIM Implementation Strategies. National BIM Standard Committee.
Alshawi M. (2007). Rethinking IT in Construction and Engineering: Organisational
Readiness. Oxon and New York: Taylor and Francis.
American Institute of Architects (2007). Integrated Project Delivery: A Guide. AIA
California Council, 2007.
Arayici, Y. (2008). Towards Building Information Modeling for Existing Structures.
Structural Survey, Vol. 26 (3), pp. 210-222.
Atkin, B., Borgbrant, J. dan Josephson, P.E. (2008). Construction Process
Improvement. John Wiley & Sons.
Audenhove, L.V. (2010). Expert Interviews and Interview Techniques for Policy
Analysis. Power Point Presentation Notes. Vrije Universiteit Brussel:
Belgium.
174

Australian Institute of Architects (2010). BIM in Australia. Australian Institute of


Architects, South Melbourne, Victoria, Australia.
Autodesk (2003). Building Information Modeling. San Rafael, CA, Autodesk, Inc.
Autodesk (2003). White Paper: Building Information Modelling in Practice,
[Internet]. Capaian www.autodesk.com/buildinginformation> [Carian 15
Februari 2015].
Autodesk (2008). Autodesk BIM Communication Specification. United stated
America. Autodesk, Inc. [Internet] Capaian
http://au.autodesk.com/?autodownload=../orig/class_questions/thread__1356/A
utodesk-AEC---Communication-Specification-FINAL.pdf.> [Carian 20 Januari
2015].
Autodesk (2012). CAD Learning. [Internet]. Capaian http://www.cadlearning.com/>
[Carian 16 Februari 2015].
Autodesk (2013). BIM Workshop. [Internet]. Capaian
http://bimcurriculum.autodesk.com/node/484> (Carian 21 Januari 2015].
AutoDesk Whitepaper (2008). BIM and Facilities Management. [Internet] Capaian
www.microdesk.com/LinkClick.aspx?fileticket=YtBHxydvg-
g%3D&tabid=40/> [Carian 06 Jun 2013].
Azhar. S. (2011). Building Information Modeling (BIM): Trends, Benefits, Risks and
Challenges for the AEC Industry. ASCE Journal of Leadership and
Management in Engineering, 11 (3), pp. 241-252.
Azhar, S., Carlton, W.A., Olsen, D., dan Ahmad, I. (2011). Building Information
Modeling for Sustainable Design and LEED Rating Analysis. Journal of
Automation in Construction (Special Issue on Building Information Modeling
and Changing Construction Practices), 20 (2), pp. 217-224.
Azhar, S., Khalfan, M., dan Maqsood, T. (2012). Building Information Modeling
(BIM): Now and Beyond. Australasian Journal of Construction, Economics
and Buildings, 12 (4), pp. 15-28.
Azhar, S., Hein, M., dan Sketo, B. (2008). Building Information Modeling (BIM):
Benefits, Risks and Challenges. Proceedings of the 44th ASC National
Conference.
175

Azhar, S., dan Richter, S. (2009). Building Information Modeling: Case studies and
return-on-Investment Analysis. Proceedings of the Fifth International
Conference on Construction in the 21st Century (CITV-V). Istanbul, Turkey.
pp. 1378-1386.
Azhar, S., Nadeem, A., Mok, J.Y.N., and Leung, B.H.Y. (2008). Building
Information Modeling (BIM): A new Paradigm for Visual Interactive
Modeling and Simulation for Construction Projects. Proceedings of the First
International Conference on Construction in Developing Countries (ICCIDC-
I), Karachi, Pakistan, August 4-5.
Bazjanac, V. (2006). Virtual Building Environments (VBE) –Applying Information
Modeling to Buildings. [Internet], Capaian
http://repositories.cdlib.org/lbnl/LBNL-56072/> [Carian 10 Julai 2013].
Becerik-Gerber, B., Jazizadeh, F., Li, N., and Calis, G. (2012). Application Areas
and Data Requirements for BIM-Enabled Facilities Management. Journal of
Construction Engineering and Management, Vol. 138(3), pp. 431-442.
Berlo, L.V. dan Laat, R.D. (2011) Integration of BIM and GIS: The Development of
the City GML GeoBIM Extension. Advances in 3D Geo-Information Sciences,
Springer.
Best, R., Langston, C. dan De-Valence, G. (2003). Workplace Strategies and
Facilities Management. USA: Butterworth Heinemann.
BIM Implementation (2012). An Owner's Guide to Getting Started. [Internet]
Capaian
http://www.aia.org/aiaucmp/groups/aia/documents/pdf/aiab085571.pdf/>
[Carian 15 September 2013].
BIM Task Group (2012). The Government Soft Landings Policy. [Internet] Capaian
http://www.bimtaskgroup.org/gsl-policy-2> [Carian 22 Oktober 2013].
BIFM (2003). British Institute Of Facilities Management. [Internet] Capaian
www.bifm.org.uk/> [Carian 17 Ogos 2013].
BIFM (2012). BIM and FM: Bridging the Gap for Success. [Internet] Capaian
www.bifm.org.uk/.../3bim-fm-report-bridgingthegapforsuccess/> [Carian 17
Ogos 2013].
176

BIFM (2014). FM World: Centre Stage. [Internet] Capaian http://www.fm-


world.co.uk/resources/buyers-guide/buyers-guide-fm-providers/> [Carian 20
Jun 2013].
Bilal Succar (2008). Building Information Modeling Framework: A Research and
Delivery Foundation for Industry Stakeholders. University of Newcastle,
Australia. Elsevier Inc.
Bogner, A., Littig, B. dan Menz, W. (2009). Interviewing Experts. New York:
Palgrave Macmillan
Bröchner, J. & Haugen, T., 1990. Graphical Support for Property Management:
Demand on Design Procedure. Building Maintenance & Modernisation
Worldwide, Volume 2. pp. 1201-1210.
Bullinger, H.-J., Bauer, W., Wenzel, G. & Blach, R., 2010. Towards User Centered
Design (UCD) in Architecture Based On Immersive Virtual Environments.
Computer In Industry, Volume 61, pp. 372-379.
Business Definition (2004). Definition of Space Planning. [Internet] Capaian
www.allbusiness.com/glossaries/space-planning/4963788-1.html> [Carian 31
May 2013].
Carmona, J. dan Irwin, K. (2007). BIM: Who, What, How and Why. Building
Operation Management, October 2007.
Chotipanich, S. (2004). Positioning Facility Management. Facilities, Vol. 22, No.
13/14, pp. 364-372.
Chua Yan Piaw (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan.
McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
CICRP (2009) BIM Project Execution Planning Guide, Ver 1.0, The Computer
Integrated Construction Research Group, The Pennsylvania State University,
PA.
Construction Industry Development Board (CIDB) (2013). BIM Portal: Building
Information Modelling. [Internet] Capaian
http://bimcenter.com.my/index.php/bim-news> [Carian 31 Julai 2014].
177

Construction Research Institute of Malaysia, (CREAM) (2012). A Case Study of BIM


Implementation in Malaysia. [Internet] Capaian
http://www.myconstructionresearch.com/index.php/publication/integrated-
design-delivery-solution/file/12-bim-implementation-in-malaysia> [Carian 31
Mac 2014].
Cotts, D. G., Roper, K. O., Payant, R. P. dan Knovel (2010). The Facility
Management Handbook. New York, NY, American Management Association.
CHALMERS, Civil and Environmental Engineering, Master’s Thesis 2014: 59
EAST.
CRC Construction Innovation (2007). Adopting BIM for Facilities Management:
Solutions for Managing the Sydney Opera House. Cooperative Research Centre
for Costruction Innovation, Brisbane, Australia.
Creswell, J.W. (2003), Research Design: Qualitative and Quantitative Approaches.
Thousand Oaks, CA: Sage.
De Toni, A.F., Fornasier, A., Montagner, M. And Nonino, F. (2006). A performance
Measurement system for Facility Management: the Case Study of a Madical
Service Authority. Proceedings of the 13th EUROMA Conference. Glasgow:
UK.
Douglas, C. (2012). When TCO and BIM Become a TEAM. Journal of Building
Information Modeling (Spring), pp.14–17.
East, W. dan Brodt, W. (2007). BIM for Construction Handover. Journal of Building
Information Modeling, 2007, pp. 28.
East, E.W. (2007). Construction Operations Building Information Exchange
(COBIE): Requirements Definition and Pilot Implementation Standard. Wiley
Online Library.
East, E. W. dan Nisbet, N. (2010). Analysis of Life-Cycle Information Exchange.
Proceedings of the International Conference on Computing in Civil and
Building Engineering. 30 June-2 July, Nottingham, UK: W. TIZANI (Editor).
Eastman, C., Teicholz, P., Sacks, R. dan Liston, K. (2008). Frontmatter, Wiley
Online Library.
178

Eastman, C., Teicholz, P., Sacks, R., dan Liston, K. (2008). BIM Handbook: A Guide
to Building Information Modeling for Owners, Managers, Designers,
Engineers and Contractors. John Wiley & Sons Inc.
Eastman, C, Teicholz, P., Sacks, R., Liston, K. (2011). BIM Handbook: A Guide to
Building Information Modeling for Owners, Managers, Designers, Engineers
and Contractors. 2nd ed”. NY: John Wiley & Sons Inc.
Elvin, G. (2007). Integrated Practice in Architecture: Mastering Design-Build, Fast-
Track, and Building Information Modelling. New Jersey: John Wiley and Sons,
Inc.
Enegbuma, W. I. dan Ali, K. N. (2011). A Preliminary Study on Building
Information Modeling (BIM) Implementation in Malaysia. Proceedings of
2011 3rd International Post Graduate Conference in Engineering (IPCIE2011).
Hong Kong. pp. 399-407.
Exactal (2013). Cost X: Your Estimating Solution. [Internet]. Capaian
http://www.exactal.com/> [Carian 16 Februari 2015].
Firestone, W.A. (1993). Alternative Arguments for Generalising from Data as
Applied to Qualitative Research. Educational Researcher, 16 (7), pp.16-21.
Francois, L. (2012). BIM in Small-scale Sustainable Design. New Jersey. John Wiley
and Son, Inc., pp 32.
Fuller, S. (2010). Life-Cycle Cost Analysis (LCAA), National Institute of Building
Sciences.
Forbes, L. H. & Ahmed, S. M. (2011). Modern Construction Lean Project Delivery
and Integrated Practices. United States of America: Taylor and Francis Group,
LLC.
Furneaux, C. dan Kivit, R. (2008). BIM: Implications for Government. CRC for
Construction Innovation. Brisbane Australia. Net Pty Ltd., pp. 10-31.
Glick, S. dan Guggemos, A. (2009). IPD and BIM: Benefits and Opportunities for
Regulatory Agencies. Proceedings of the 45th ASC National Conference,
Gainesville: Florida, April 2-4.
Global Facilities Management Association (2012). What is Facilities Management.
[Internet]. Capaian http://globalfm.org/what-is-fm> [Assessed 27 November
2013].
179

Goedert, J.D. dan Meadati, P. (2008). Integrating Construction Process


Documentation into Building Information Modeling. Journal of Construction
Engineering and Management, (July). pp. 509–516.
Guba, E. G., dan Lincoln, Y. S. (1989). Fourth Generation Evaluation. Newbury
Park: Sage.
Hardin, B. (2009). BIM and Construction Management. Indianapolis: Wiley
Publishing, IN.
Hardin, B. (2011). BIM and Construction Management: Proven Tools, Methods, And
Workflows. John Wiley & Sons.
Haron, A. T. (2013). Organisational Readiness to Implement Building Information
Modelling: A Framework for Design Consultants in Malaysia (Doctoral
dissertation, University of Salford).
Hui, S., Huang, Y. dan George, E. (2008). Model-based Analysis of Concept Maps.
Bayesian Analysis, 3(3), 479-512.
Ibina (2012). BIM Belum Meluas di Malaysia – ACEM. [Internet]. Capaian
www.1bina.my/blog/2012/03/07/bim-belum-meluas-di-malaysia-acem/>
[Carian 5 May 2013].
IFMA (2005). Definition of Facilities Management. [Internet] Capaian
www.ifma.org/whatsfm/index.cfm?actionbig=9> [Carian 05 Oktober 2013].
Isikdag, U. (2012). Design Patterns for BIM - Based Services-Oriented Architecture.
Automation in Construction, 25, pp. 59-71.
Isikdag, U., Underwood, J. dan Aouad, G. (2008). An Investigation into The
Applicability Of Building Information Models in Geospatial Environment in
Support of Site Selection and Fire Response Management Processes. Advanced
Engineering Informatics, Vol. 22. pp.504-519
Jabatan Kerja Raya (JKR) (2011). Laporan Tahunan JKR 2011. [Internet] Capaian
http://www.jkr.gov.my/var/files/File/dokumen/laporan tahunan_jkr_2011.pdf>
[Carian 15 Mac 2014].
Jabatan Kerja Raya (JKR) (2013). Pengenalan BIM. [Internet] Capaian
http://www.jkr.gov.my/prokom/index.php?option=com_content&view=article
&id=310& Itemid=476&lang=ms> [Carian 15 Mac 2014].
180

Jensen, P. A., 2010. Organization of Facilities Management in Relation to Core


Business. Journal of Facilities Management, Volume 9. pp. 78-95.
Jordani, M. (2010). BIM and FM: The Portal to Lifecycle Facility Management.
Journal for Building Information Modeling, Spring 2010. pp. 13-16.
Kamaruzzaman, S. N. dan Ahmad Zawawi, E. M. (2010). Development of Facilities
Management in Malaysia. Journal of Facilities Management, Vol 8 (No. 1). pp.
75 - 81.
Kelly, J., Hunter, K., Shen, G. dan Yu, A. (2005). Briefing from A Facilities
Management Perspective. Facilities, Vol. 23 No 7. Pp. 357-367.
Kelly, G., Seginson, M., Lockley, S., Dawood, N. dan Kaseem, M. (2013). BIM for
Facility Management: A Review and A Case Study Investigating The Value
and Challenges. Proceedings of the 13th International Conference on
Construction Applications of Vitual Reality, 30-31 October 2013, London, UK.
Khemlani, L. (2011). BIM for Facilities Management. [Internet], Capaian
www.aecbytes.com/feature/2011/BIMforFM.htm/> [Carian 9 Jun 2013].
Khemlani, L., Papamichael, K. dan Harfman, A. (2006). The Potential of Digital
Building Modeling. [Internet] Capaian
www.aia.org/SiteObjects/files/potentialofdigital.pdf/> [Carian 20 Oktober
2013].
Kincaid, D. (2004). Adapting Buildings for Changing Uses: Guidelines for Change
Of Use Refurbishment. London and New York: Taylor & Francis.
Kohlbacher, F. (2006, January). The use of qualitative content analysis in case study
research. In Forum Qualitative Sozialforschung/Forum: Qualitative Social
Research, 7(1).
Kor. L. K. dan Teoh, S. H. (2009). The Effectiveness of An Interactive Courseware
using Three Strategies. Readings in Technology and Education: Proceedings of
ICICTE, 2009.
Kubba, S. (2012). Handbook of Green Building Design and Construction: LEED,
BREEAM, and Green Globes. UK: Butterworth Heinemann.
Kymmell, W. (2008). Building Information Modeling: Planning and Managing
Projects with 4D CAD and Simulations. USA: McGraw Hill Corporation.
181

Lindholm, A. (2005). Public Facilities Management Services in Local Government:


International Experience. Institute of Real Estate Studies, Helsinki University
of Technology.
Lipman, R. (2009). Interoperability with CIS/2 and IFC. National Institute of
Standards and Technology (NIST).
Love, P. E. D., Simpson, I., Hill, A. dan Standing, C. (2013). From Justification to
Evaluation: Building Information Modeling for Asset Owners. Automation in
Construction. In Press.
MacDonald, M. (2013). 10 BIM Benefits. [Internet], Capaian
https://www.mottmac.com/article/2385/building-information-modeling-bim/>
[Carian 20 Mac 2014].
Masons, P. (2013). Building Information Modeling. [Internet], Capaian www.out-
law.com/en/topics/projects--construction/projects-and-procurement/building-
information-modeling/> [Carian 25 Jun 2013]
Mastering Autodesk Revit Architecture (2011). BIM: For Project Managers.
[Internet]www.dpsdesign.org/files/file/BIM%20for%20Project%20Managers>
[Carian 12 Julai 2013].
McPhee, A. (2013). What Is This Thing Called LOD. [Internet], Capaian
http://practicalbim.blogspot.com/2013/03/what-is-this-thing-called-lod.html/>
[Carian 2 Januari 2014].
Meadati, P., 2009. BIM Extension into Later Stages of Project Life Cycle. Florida,
45th ASC Annual Conference.
Mendenhall, M. E., Osland, J.S. dan Bird, A. (2013). Global Leadership: Research,
Practice and Development. 2nd Edition. London, Routledge.
Mihindu, S. dan Arayici, Y. (2008). Digital Construction through BIM Systems will
Drive the Re-engineering of Construction Business Practices. Salford,
International Conference Visualisation.
Miles, M.B. dan Huberman, A.M. (1994). Qualitative Data Analysis. Sage
Publications.London.
Mohammed, M. A. & Hassanain, M. A., 2010. Towards Improvement in Facilities
Operation and Maintenance through Feedback to The Design Team. The Built
and Human Environment Review, Volume 3.
182

Moore, M. dan Finch, E. (2004). Facilities Management in South East Asia.


Facilities. Vol. 22, No. 9, pp. 259-270.
Morse, J. M. dan Richards, L. (2002) Read me first for a user's guide to qualitative
methods. Thousand Oaks: Sage Publications.
Mudrak, T., Wagenberg, A.V. and Wubben, E. (2004). The Innovative Ability of FM
Teams: A Review. Facilities, Vol. 22 No 11/12, pp. 290–5.
Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia (2013). MSC Malaysia: MyProCert
Programme. [Internet], Dicapai daripada
www.kdi.mscmalaysia.my/DisplayProgramme.action?p=MPC> [Carian 21
Februari 2014].
Nassar, K. (2012). The Effect of Building Information Modelling on the Accuracy of
Estimates. [Internet], Dicapai daripada
hascpro.ascweb.org/chair/paper/CPRT155002010.pdf> [Carian 22 Januari
2015].
NBIMS (2010). National Building Information Modeling Standard. [Internet],
Capaian www.wbdg.org/pdfs/NBIMSv1_p1.pds/> [Carian 05 Disember 2013].
Newton, R. S. (2004). Inadequate Interoperability in Construction Wastes 415.8
Billion. AECNews.com, 13. Article 342.
Nordstrand, U. 2000. Byggprocessen. Stockholm, Liber, Tredje upplagan.
OCS (2013). OCS International Facilities Management Services. [Internet], Capaian
http://www.ocs.co.uk/> [Carian 2 Februari 2014].
Open BIM Network (2012). Open BIM Focus. COBie, issue 4, Oct 2012.
Oxford Dictionary (2007), OXFORD Advance Learner’s Dictionary. Oxford
University Press. United Kingdom.
Patton, M. Q. (2002) Qualitative Research and Evaluation Methods, (3rd ed.),
Thousand Oaks: Sage Publications.
Payant, R.P. dan Lewis, B. T. (1999). Operations Plan, dalam: Lewis, B.T. (Pnyt.).
Facilities Manager’s Operation and Maintaning Handbook. New York:
McGraw-Hill. pp. 3.3-3.61.
Payne, G. dan Payne, J. (2004). Key Concepts in Social Research. Sage Publication.
London.
183

Penttilä, H. (2006). Describing The Changes In Architectural Information


Technology to Understand Design Complexity And Free-Form Architectural
Expression. ITCON 11 (Special Issue the Effects of CAD on Building Form and
Design Quality). pp. 395–408.
Pheng, L. S. (1996). Total Quality Facilities Management: A Framework for
Implementation. Facilities, Vol. 14 No. 5, pp. 5-13.
Philips, S. dan Azhar, S. (2011). Role of BIM for Facility Management in Academic
Institutions. Proceedings of the 6th International Conference on Construction
in the 21st Century (CITV-VI), Kuala Lumpur, Malaysia,.July 5-7, 950-957.
Pillay, M. S. (2002). Privatization of Hospital Support Services. Springer, Berlin.
Plume, J. dan Mitchell, J. (2007). Collaborative Design using A Shared IFC Building
Model- Learning from Experience. Automation in Construction, Volume 16.
pp. 28-36.
Reddy, K.P. (2012). BIM for Building Owners and Developers. NJ: John Wiley and
Sons.
RICS (2009). The Strategic Role of Facilities Management in Business Performance.
1st Edition, RICS: Coventry.
Robrecht, L.C. (1995). Grounded Theory: Evolving Methods. Qualitative Health
Research, 5(2), pp. 169-177.
Royal Institution of Chartered Surveyor (2012). Raising the Bar: Enhancing the
Strategic Role of Facilities Management. White Paper Series.
Rowland (2013). FM's Role in BIM is Critical. British Institute of Facilities
Management. FM-World.co.uk.
Rozental, A., Forsström, D., Tangen, J. A. dan Carlbring, P. (2015). Experiences of
Undergoing Internet-Based Cognitive Behavior Therapy for Procrastination: A
Qualitative Study. Internet Interventions Journal.
Ruiz, M. (2010) FM Issue: Transforming Technologies.Today’s Facility Manager.
[Internet], Capaian www.todaysfacilitymanager.com/articles/fm-issue-
transforming-technologies.php/> [Carian 14 Jun 2013].
Sabol, L. (2008). Building Information Modeling & Facilities Management. Design
and Construction Strategies, IFMA World Workplace, November 2008.
184

Sapri, M. dan Baba, M. (2008), Penyumberan Luar dalam Pengurusan Fasiliti. 1st
Edition. Universiti Teknologi Malaysia (UTM): Univision Press Sdn. Bhd.
Sarantakos, S. (1998). Social Research. 2nd ed. New York: Palgrave Publishers Ltd.
Schlueter, A. dan Thesselin, F. (2009). Building Information Model based
Energy/Exergy Performance Assessment in Early Design Stage. Automation in
Construction, Volume 18. pp. 153-163.
Silverman, D. (2007). A Very Short, Fairly Interesting and Reasonably Cheap Book
about Qualitative Research. 1st ed. United States: Sage Publications Inc.
Smith, D. dan Tardif, M., (2009). Building Information Modeling: A Strategic
Implementation Guide for Architects, Engineers, Constructors and Real Estate
Asset Managers. NJ: John Wiley and Sons.
Strauss, A. dan Corbin, J. (1990). Basics of Qualitative Research: Grounded Theory
Procedures and Techniques. Newbury Park, CA: Sage Publications, Inc.
Stine, J.D. (2011). Design Integration Using Autodesk Revit 2012. Mission, KS: SDC
Publication.
Sugiyono (2012). Metode Penelitian Kuantitatif, Kualitatif dan R&D. Bandung:
Alfabeta.
Sulaiman, N. (2011). Opportunities for the Transfer of United Kingdom Best
Practices for the Provision of Public Residential Care Facilities for the Elderly
to Malaysia. University of Salford: Ph. D. Thesis.
Supli Affendi Rahim (2010). Sejarah Penyelidikan Ilmiah. Program Kemahiran
Hidup. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Malaysia.
Syed Mustapa, S.A.H, Adnan, H. dan Jusoff, K. (2008). Facility Management
Challenges and Opportunities in the Malaysian Property Sector. Journal of
Sustainable Development. Vol 1, No. 2, pp. 79-85.
Sääf, A. & Alvebro, B. 2008. Fastighetsförvaltning. Fastighetsnytt. (red.).
Fastighetsekonomisk Analys och Fastighetsrätt, 467-473.
US Legal Definition (2005). Definition of Facilities Management. [Internet],
Capaian http://definitions.uslegal.com/f/facility-management/> [Carian 30
November 2013].
Utusan Malaysia (2012). Projek IKN Siap Tiga Bulan Lebih Awal. [Internet],
Capaian www.kkr.gov. my/en/node/29133> [Carian 30 Disember 2014].
185

Tay, L. dan Ooi, J. (2001). Facilities Management: a Jack of All Trades. Journal of
Facilities. MCB University Press. Vol. 19. (No. 10), pp. 357 - 362.
Thompson, P. (1994). The Maintenance Factor in Facilities Management. Facilities.
Vol. 12, No. 6, pp. 13-16.
Teicholz, E. (2000). The Internet and New Software make Room for Architects in
Facilities Management. Architectural Record, 188 (3), pp. 176-180.
Teicholz, E. (2013). BIM for Facility Managers. IFMA.
Van Nederveen, S., Beheshti, R. dan Gielingh, W. (2009). Modeling Concepts for
BIM. In: Underwood, J., and Isikdag, U., eds., Handbook of Research on
Building Information Modeling and Construction Informatics: Concepts and
Technologies, Hershey, PA: Information Science Reference, 1-18.
Valentine, E. dan Zyskowski, P. (2009). Models (BIM): How It Has Changed FM.
Facilities Management Journal.
Watson, R. dan James, R. (2011). Computer Aided Facilities Management.
[Internet], Capaian www.wbdg.org/om/cafm.php/> [Carian 10 Ogos 2013].
White Paper Series – BIM for Facility Managers (2012). BIM Implementation in FM:
Thinking Long Term. [Internet], Capaian https://mybimhub.com/featured/bim-
implementation-in-fm-thinking-long-term.htm1/> [Carian 30 Disember 2013].
William, E., Nisbet, N. dan Liebich, T. (2012). Facility Management Handover
Model View. Journal of Computing In Civil Engineering, 27, 61-67.
Winch, G.M. (2010). Managing Construction Project. United Kingdom: Blackwell
Publishing, Ltd., pp 398-402.
Yik, F.W.H. dan Lai, J.H.K. (2005). The Trend of Outsourcing for Building
Services, Operation and Maintenance in Hong Kong. Facilities. Vol. 23, No. 1,
pp. 63-72.
YIN, R.K. (2003), Case Study Research. Sage Publication. London.
Zakaria, H., Arifin, K., Ahmad, S., Aiyub, K. dan Fizal, Z. (2010). Pengurusan
Fasiliti dalam Penyelenggaraan Bangunan: Amalan Kualiti, Keselmatan dan
Kesihatan. Journal of Techno Social. pp. 23-36.
Zhang, Y. dan Wildemuth, B. M. (2009). Qualitative Analysis of Content.
Applications of Social Research Methods to Questions in Information and
Library Science, 308-319.

You might also like