You are on page 1of 60

i

LAPORAN PRAKTIKUM
DI PUSAT PEMBANGUNAN PROFESIONAL
DAN KEPIMPINAN (PROFESIONAL-UKM)

‘ASHIM BIN MOHD HATTA

LAPORAN PRAKTIKUM YANG DIKEMUKAKAN


UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA
SYARAT MEMPEROLEHI SARJANA SAINS SOSIAL
(PSIKOLOGI INDUSTRI DAN ORGANISASI)

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BAGI

2020

LAPORAN PRAKTIKUM DI PROFESIONAL-UKM


ii

PUSAT PEMBANGUNAN PROFESIONAL DAN KEPIMPINAN


(PROFESIONAL-UKM)

LAPORAN PRAKTIKUM YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI


SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI SARJANA SAINS SOSIAL
(PSIKOLOGI INDUSTRI DAN ORGANISASI)

‘ASHIM BIN MOHD HATTA

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI

2020
iii

PENGAKUAN

Saya akui bahawa karya ini merupakan laporan hasil kerja saya sepanjang tempoh latihan
praktikum di Pusat Pembangunan Profesionalisme dan Kepimpinan (Profesional-UKM).
Kesemua lampiran dan ringkasan telah saya jelaskan dengan sumber dan rujukan.

05 JANUARI 2020 ‘ASHIM BIN MOHD HATTA


P92731
iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah swt. yang telah mengurniakan saya keazaman dan kekuatan untuk
menyempurnakan latihan praktikum dan menyiapkan laporan praktikum ini.

Terima kasih diucapkan kepada penyelia industri iaitu Dr Zulkafli Amat atas bimbingan
dan pemantauan serta galakan yang diberikan sepanjang tempoh latihan praktikum di Pusat
Pembangunan Profesionalisme dan Kepimpinan (Profesional-UKM). Pelaksanaan kerja
bersama beliau dalam pelbagai tugasan dan aktiviti telah memberi peluang kepada saya untuk
memperbaiki kelemahan saya dari semasa ke semasa melalui ilmu dan bimbingan yang
dicurahkan oleh beliau. Bantuan dan bimbingan secara berterusan yang diberikan oleh beliau
merupakan sumber sokongan kepada saya untuk meneroka lebih banyak kemahiran dan ilmu
pengetahuan yang boleh diaplikasikan di tempat kerja pada masa hadapan. Segala usaha yang
diberikan akan sentiasa diingati dalam perjalanan hidup saya selepas ini.

Selain itu, saya juga ingin menzahirkan ribuan terima kasih kepada penyelia universiti,
iaitu Puan Rusyda Helma Mohd atas dedikasi beliau untuk memberi tunjuk ajar, bimbingan
dan penyeliaan sepanjang tempoh latihan praktikum tidak kira dari proses pemohonan atau
sehingga ke tamat tempoh latihan praktikum. Sokongan dan sumbangan yang diberikan oleh
beliau dalam proses pelaksanaan program dan pembinaan modul turut memberi motivasi
kepada saya untuk melaksanakan yang terbaik.

Malahan, terima kasih juga dizahirkan kepada para pensyarah yang telah memberi ilmu
dan pengetahuan yang diperlukan kepada pelajar untuk menjayakan latihan praktikum ini.
Antara mereka yang komited ialah Dr. Wan Shahrazad binti Wan Sulaiman (Pengerusi Pusat
Penyelidikan Psikologi dan Kesejahteraan Manusia), Dr. Nurul Azza binti Abdullah
(Penyelaras Program Sarjana Sains Sosial- Psikologi Industri dan Organisasi), Dr. Mohd Nasir
Selamat, Dr. Siti Fardaniah binti Abdul Aziz dan Prof. Madya Zainah Ahmad Zamani.

Di samping itu, setinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada pegawai-pegawai di


Pusat Pembangunan Profesionalisme dan Kepimpinan (Profesional-UKM). Mereka
memberikan semangat sepanjang masa di tempat kerja dan memberi peluang serta membuka
ruang kepada saya untuk menimba ilmu melalui penglibatan aktiviti di kluster yang berlainan
sepanjang tempoh latihan praktikum. Semoga ahli sekerja dan pasukan sebegini terus berjaya
dalam kerjaya masing-masing.

Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga
saya yang bertungkus-lumus dan berkorban demi menjadikan saya seorang insan yang berguna.
Tanpa bantuan, sokongan moral dan bantuan dari segi kewangan, segala kerjaya mungkin tidak
dapat dicapai. Sekian, terima kasih.
v

ABSTRAK

Laporan ini merupakan rekod dan catatan mengenai proses pembelajaran pelajar sepanjang
tempoh dua belas (12) minggu latihan praktikum di Pusat Pembangunan Profesionalisme dan
Kepimpinan (Profesional-UKM). Kesemua tugasan yang telah dilaksanakan, pengalaman yang
dipelajari dan aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh latihan praktikum di organisasi telah
dilaporkan secara bertulis. Selain daripada penyelia universiti, pelajar juga diberi seorang
penyelia di organisasi dan kedua-dua orang penyelia memainkan peranan untuk menyelia dan
membimbing pelajar sepanjang tempoh latihan praktikum. Latihan praktikum merupakan
sejenis pembelajaran lanjutan melalui pendedahan kepada dunia pekerjaan sebenar yang
bertujuan untuk melatih pelajar, memperkenal dan mempromosi pendekatan psikologi industri
dan organisasi dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja dengan mengaplikasikan
kesemua pengetahuan yang telah dipelajari serta membuat perbandingan di antara
pembelajaran di kampus dan di organisasi. Hasilan latihan praktikum akan dizahirkan dalam
bentuk pengetahuan, kemahiran dan kebolehan pelajar dalam melaksanakan kerja di
Profesional-UKM. Pelajar telah didedahkan dengan persekitaran Profesional-UKM untuk
memberikan perkhidmatan psikologi kepada orang ramai terutamanya dalam kalangan
penjawat UKM. Sepanjang tempoh latihan praktikum, pelajar telah memberi sumbangan dalam
pelaksanaan tugasan rutin seperti tugasan tugasan pengurusan dan tugasan penyelidikan.
Sebanyak dua (2) tugasan khas juga telah dilaksanakan oleh pelajar bagi mempraktikkan teori-
teori psikologi industri dan organisasi di tempat kerja. Tugasan khas seperti perancangan dan
pengendalian latihan kursus pengurusan stres serta penilaian semula terhadap polisi kenaikan
pangkat turut memberi pendedahan, pengalaman dan membantu pelajar untuk memperolehi
ilmu baru. Perincian mengenai tugasan-tugasan tersebut dan hasil pembelajaran telah
dihuraikan secara perinci dalam laporan ini.
vi

ABSTRACT

This report is a record of the student learning process during the twelve (12) weeks of practical
training at the Center for Professionalism and Leadership Development (Professional-UKM).
All the tasks that have been implemented, the experiences learned and the activities carried out
during the practicum period in the organization have been reported in writing. In addition to
the university supervisor, the student is also assigned a supervisor in the organization and both
supervisors play a role in supervising and guiding the student throughout the practicum period.
Practical training is a form of advanced learning through exposure to the real world of work
aimed at training students, introducing and promoting the industrial and organizational
psychology approach to solving problems in the workplace by applying all of the knowledge
learned and comparing learning between campus and organization . The results of the
practicum training will be revealed in the form of knowledge, skills and abilities of the students
in performing the work at Professional-UKM. Students have been introduced to the
Professional-UKM’s environment to provide psychological services to the public especially
among UKM’s staffs. Throughout the course of practical training, students contributed to the
performance of routine tasks such as management tasks and research assignments. Two (2)
special assignments were also carried out by students to practice industrial and organizational
psychological theories at work. Special assignments such as planning and conducting stress
management training courses as well as reviewing promotion policies also provide exposure,
experience and help students to acquire new knowledge. Details of these tasks and learning
outcomes are described in detail in this report.
vii

KANDUNGAN

Halaman

PENGAKUAN iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI GAMBAR xii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Praktikum 1

1.3 Tujuan Latihan Praktikum 2

1.4 Pemilihan Tempat Latihan Praktikum 3

1.5 Jangkaan Latihan Praktikum 4

1.6 Perancangan Praktikum 5

1.7 Kesimpulan 6

BAB II LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Pengenalan 7

2.2 Sejarah dan Perkembangan Organisasi 7

2.3 Profil dan Hala Tuju Organisasi 7

2.3.1 Misi 8
2.3.2 Visi 8
2.3.3 Falsafah 8
2.3.4 Budaya dan Nilai Organisasi 8
2.3.5 Dasar Kualiti Profesional-UKM 8
viii

2.3.6 Struktur Organisasi 9


2.3.7 Prosedur Kerja Umum 10

2.4 Fungsi Organisasi 11

2.5 Latar Belakang Penyelia Organisasi 12

2.6 Kesimpulan 13

BAB III HURAIAN TUGAS RUTIN

3.1 Pengenalan 14

3.2 Kerja-kerja Pentadbiran 14

3.3 Kerja-kerja Pelaksana (Bangi) 15

3.4 Kerja-kerja Pelaksana (Tanjung Karang) 16

3.5 Kesimpulan 18

BAB IV HURAIAN TUGAS KHAS

4.1 Pengenalan 19

4.2 Modul Pengurusan Stres Get Really Excited About Today 19


(Great) Untuk Staf Pelaksana UKM
4.3 Tinjauan Semula Penilaian 360 Darjah Calon Naik Pangkat 29
N48
4.4 Kesimpulan 32

BAB V PENUTUP

5.1 Pendahuluan 33

5.2 Analisis Keseluruhan Organisasi 33

5.2.1 Kekuatan 35
5.2.2 Kelemahan 36
5.2.3 Peluang 36
5.2.4 Ancaman 37

5.3 Cadangan Penambahbaikan 38

5.3.1 Terhadap Organisasi 38


5.3.2 Terhadap Pembangunan Diri Pelajar
ix

(Kebolehpasaran) 40

5.4 Hasil Pembelajaran Praktikum 41

5.5 Kesimpulan 43

RUJUKAN 44

LAMPIRAN

LAMPIRAN A Slaid Ceramah GREAT 45

LAMPIRAN B Slaid Hasil Kajian Penilaian 360 Darjah Calon Naik Pangkat
N48: Ulasan Dan Cadangan 47

LAMPIRAN C Buku Log 48


x

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

Jadual 1.1 Keputusan analisis SWOT bagi pemilihan Pusat Pembangunan 4


Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM) sebagai
tempat latihan praktikum

Jadual 1.2 Perancangan praktikum di Profesional-UKM 6

Jadual 3.1 Kerja Pentadbiran di Profesional-UKM 14

Jadual 3.2 Kerja Pelaksana (Bangi) di Profesional-UKM 15

Jadual 3.3 Kerja Pelaksana (Tanjung Karang) di Profesional-UKM 16

Jadual 4.1 Slot Warna-warni Kehidupan 23

Jadual 4.2 Slot Kenali Tekanan 25

Jadual 4.3 Slot Terapi Seni Beehive 27

Jadual 4.4 Slot Kesejahteraan Tempat Kerja 28

Jadual 4.5 Cadangan penyingkiran dan penggantian item 30

Jadual 5.1 Analisis SWOT Keseluruhan Organisasi 33

Jadual 5.2 Senarai Program Yang Pernah Disertai Oleh Pelajar Sepanjang
Tempoh Latihan Praktikum 41
xi

SENARAI RAJAH

No. Rajah Halaman

Rajah 2.1 Carta organisasi Profesional-UKM 9

Rajah 2.2 Fungsi Organisasi Profesional-UKM 11

Rajah 4.1 Model ADDIE 20

Rajah 5.1 Kebaikan dan keburukan polisi Kerja Dari Rumah 40


xii

SENARAI GAMBAR

No. Gambar Halaman

Gambar 2.1 Dr Zulkafli Amat 12

Gambar 5.1 Lima (5) Nilai KAMII 34

Gambar 5.2 Papan Kerja Fizikal 39


1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Bab ini memberi gambaran mengenai komponen asas latihan praktikum dengan menjelaskan
pelbagai aspek yang mendalam seperti latar belakang praktikum, tujuan latihan praktikum,
kepentingan latihan praktikum, jangkaan latihan praktikum dan perancangan praktikum. Bab
ini memberikan kefahaman yang menyeluruh mengenai fokus dan matlamat utama latihan
praktikum dijalankan serta tujuan pemilihan tempat praktikum bagi menjelaskan persoalan
praktikum.

1.2 LATAR BELAKANG PRAKTIKUM

Untuk membina seorang mahasiswa yang kompeten, seharusnya ia dilengkapkan dengan ilmu
yang cukup di dadanya. Tidak cukup bagi seorang mahasiswa untuk menadah buku di dalam
dewan kuliah, kompetensinya dapat disempurnakan dengan praktikal ilmu yang telah
dipelajarinya kerana manusia yang sejahtera itu adalah manusia yang sejahtera kognitif, emosi
dan psikomotornya. Menurut Sumathi, Zainal dan Chong (2012), latihan praktikum adalah
sebuah peluang untuk para mahasiswa bagi menggabungkan pengalaman kerja dengan
pengetahuan yang telah diperolehi sewaktu pendidikan formal di universiti melalui kerja-kerja
yang diselia dan dirancang di dalam suasana profesional dunia sebenar. Latihan praktikum ini
dilihat sebagai salah satu cabang yang disediakan oleh pihak universiti dalam usaha memberi
peluang kepada penuntutnya untuk mempraktikkan segala yang telah dipelajari dan melihat
bagaimana ilmu yang telah dipelajarinya itu dapat memberi kesan kepada persekitarannya ke
arah yang positif dan produktif serta meningkatkan keterampilan di tempat kerja.

Program latihan praktikum menyediakan peluang kepada penuntut untuk


mempraktikkan segala ilmu pengetahuan, teknik dan intervensi dalam bidang Psikologi
2

Industri dan Organisasi serta memberi pendedahan realiti dan pengalaman di tempat kerja
sebenar. Latihan praktikum ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa janggal apabila
pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal merealisasikan segala cita-cita dan
impian ketika belajar. Segala penyelesaian masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan
industri akan dijadikan suatu pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak
langsung, ia dapat memberi kesedaran kepada penuntut bahawa situasi di alam pekerjaan
sebenarnya adalah tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika
pembelajaran.

Maka, pemilihan tempat praktikum adalah perkara yang penting untuk ditambang tara
oleh penuntut bagi mencapai semua objektif dan matlamat di atas. Dengan ini, saya sebagai
pelajar Psikologi Industri dan Organisasi memilih Pusat Pembangunan Profesional dan
Kepimpinan (Profesional-UKM) sebagai pilihan saya untuk melengkapkan latihan praktikum
selama dua belas (12) minggu.

1.3 TUJUAN LATIHAN PRAKTIKUM

Dengan adanya latihan praktikum banyak pengalaman yang berguna dan berharga diperolehi
sebagai bekalan sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Ia juga dapat membina
keyakinan diri dengan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Menurut Jamil et. al
(2013), latihan industri memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mendapatkan
pengalaman yang berharga yang boleh dipraktikkan, membina hubungan profesional di dalam
lapangan yang ingin diceburi bagi perjalanan karier serta memberi peluang kepada majikan
untuk membimbing dan menilai bakat seseorang.

Penuntut dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi semasa


tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan datang. Selain daripada itu,
segala susah payah yang ditempuhi semasa dalam tempoh tersebut akan menjadi pendorong
dan pemangkin kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi ketahap yang lebih tinggi serta
menjadikan diri sebagai seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan cemerlang kelak.
Selain itu, latihan praktikum juga dapat meningkatkan kebolehan dan peribadi pelajar yang
lebih baik seperti dapat menonjolkan kebolehan untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh
dan bekerja dengan penuh dedikasi serta menampilkan sikap yang positif kepada majikan.
Latihan praktikum penting dalam menilai kebolehan pelajar di alam pekerjaan untuk
3

persediaan menghadapi alam pekerjaan sebenar selepas tamat pengajian. Semasa menjalani
latihan praktikum, pendedahan alam pekerjaan yang sebenar akan mengukuhkan keyakinan
diri pelajar pada masa hadapan. Penuntut akan dapat merasai perbezaan antara suasana
pekerjaan dengan suasana pembelajaran. Selepas menjalani latihan praktikum, semangat
kerjasama dapat dipertingkatkan iaitu para pelajar akan menyedari tanggungjawab dan peranan
diri sebagai anggota organisasi tersebut dengan melakukan sesuatu kerja secara bersama dan
menikmati faedah bersama dengan sikap yang bertimbang rasa dan tidak mementingkan diri.

Selain itu, pelajar juga akan menyedari kelemahan dan kekurangan diri sendiri dari segi
pengetahuan dan pengalaman. Oleh itu, pelajar akan cuba berusaha dengan sepenuhnya untuk
mempertingkatkan kebolehan, kemahiran dan pengetahuan sendiri. Tidak dapat dinafikan
bahawa corak pembelajaran yang hanya mementingkan kemahiran teori adalah sia-sia sahaja
tanpa mengetahui aplikasi teori itu. Maka latihan praktikum adalah medan untuk
mengaplikasikan teori yang dipelajarinya di universiti. Secara tidak langsung melalui latihan
industri, pelajar akan lebih berinovasi dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi
semasa bekerja.

Selain itu, peluang pergaulan antara pelajar dengan majikan serta rakan sekerja akan
diwujudkan. Pergaulan merupakan aspek yang penting dalam menjalankan sesuatu tugas, ini
adalah kerana pergaulan dapat meningkatkan keyakinan diri para pelajar. Tanpa pergaulan
yang betul kita tidak dapat menjalankan sesuatu tugas dengan lancar dan sempurna. Secara
keseluruhannya, penghimpunan hasil daripada pengalaman dan pengetahuan semasa latihan
industri dapat menambahkan keyakinan pelajar untuk terus berusaha bagi mencapai cita-cita
yang diimpiankan.

1.4 PEMILIHAN TEMPAT LATIHAN PRAKTIKUM

Pemilihan tempat latihan yang terbaik menjadi pemberat malah penentu kepada
keberkesanan dan hasil yang dirancang oleh pelajar. Di tempat inilah pelajar akan
mengaplikasikan segala yang telah dipelajari dan meilhat kesannya di tempat kerja sebenar.
Pelajar boleh meningkatkan kemahiran mereka melalui tugasan dan kerja yang diberikan oleh
penyelia industri mereka. Pelajar juga dapat mengambil peluang mengendalikan sebuah projek
khas di tempat latihan praktikum pilihan mereka bagi menambah lagi pengalaman dan
kompetensi mereka. Oleh itu, cara pemilihan tempat latihan praktikum seharusnya
4

dilaksanakan dengan arif bersama dengan kajian terhadap latar belakang organisasi bagi
memahami kekuatan (strength, S), kelemahan (weaknesses, W), peluang (opportunity, O) dan
ancaman (threat, T) yang berada dalam organisasi. Keputusan analisis SWOT bagi pemilihan
menjalankan latihan praktikum di Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan
(Profesional-UKM) adalah seperti dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Keputusan analisis SWOT bagi pemilihan Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan
(Profesional-UKM) sebagai tempat latihan praktikum.

Kekuatan Kelemahan
• Matlamat dan fungsi bahagian yang • Kesulitan untuk mendapatkan tempat
berkaitan dengan bidang. pakir.
• Lokasi yang berdekatan dengan tempat • Ketiadaan ahli akademik dalam kalangan
tinggal pelajar serta berada dalam kampus staf pelaksana
UKM Bangi.
• Merupakan pusat yang membangunkan
profesionalisme dan kompetensi staf UKM
Peluang Ancaman
• Pendedahan kepada pengurusan • Suasana cara kerja yang agak santai
universiti. • Cabaran kos dan peruntukan
• Penerokaan sistem pembangunan staf
UKM serta pengalaman terus membentuk
polisi kenaikan pangkat penjawat.

Menurut kepada keputusan analisis SWOT dalam Jadual 1.1, pelajar telah membuat
keputusan untuk membuat pemohonan untuk menjalankan latihan praktikum di Profesional-
UKM.

1.5 JANGKAAN LATIHAN PRAKTIKUM

Melalui program latihan praktikum ini, pelajar dijangka dapat menghubungkan apa yang telah
dipelajari dalam bilik kuliah untuk diperkenalkan dalam seting organisasi semasa menjalankan
latihan praktikum. Pelajar perlu mencari ruang dan peluang di dalam organisasi pilihan untuk
menyepadukan antara teori dan amali pembelajaran. Pelajar juga perlu dijangka dapat
menguasai pelbagai teknik dan strategi yang bersesuaian untuk diamalkan di tempat kerja bagi
5

meningkatkan lagi produktiviti dan elemen manusiawi. Di tempat latihan praktikum juga
pelajar dapat mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh organisasi tersebut
serta tidak lupa juga mengambil kira situasi dan keadaan organisasi dalam proses menawarkan
kepakaran agar ianya menjadi nilai tambah.

Selain itu, melalui pengalaman berada di tempat kerja sebenar, pelajar dapat memupuk
sikap positif, membentuk daya kefahaman serta mengamalkan nilai profesionalisme. Pelajar
perlu menganggap latihan ini bukan semata-mata simulasi malah ianya adalah penilaian kerja
yang sebenar bagi meningkatkan lagi tahap keseriusan dan ketekalan pelajar. Berbekalkan hasil
pembelajaran di bilik kuliah, pelajar juga dapat menjelmakan nilai psikologi dan manusiawi
yang bersesuaian ke dalam tempat latihan praktikum dengan kesedaran bahawa ianya dapat
memberikan impak yang signifikan kepada hasil kerja serta suasana yang kondusif kepada
anggota organisasi.

Pelajar juga dapat memanfaatkan segala prasarana dan kemudahan teknologi yang
disediakan di tempat latihan sama ada ianya dapat digunakan sewaktu melengkapkan sesebuah
tugasan ataupun dalam menjalankan projek khas. Melalui program latihan praktikum ini juga
pelajar dapat melihat secara terus cara sesebuah organisasi beroperasi serta sisi-sisi yang dapat
ditawarkan melalui kepakaran dan kompetensi pelajar. Selain itu, pelajar akan diselia oleh dua
orang penyelia iaitu daripada universiti dan tempat latihan praktikum. Pelajar dapat
memanfaatkan kedua-dua penyelia iaitu dengan mendapatkan input yang bersesuaian dengan
apa yang dihadapi serta mendapatkan khidmat nasihat dan cadangan daripada mereka bagi
meningkatkan lagi keberkesanan dan kecekapan pelaksanaan kerja dan hasil pelajar.

1.6 PERANCANGAN PRAKTIKUM

Pelajar telah membuat perancangan latihan praktikum untuk melaksanakan tugasan dan kerja
mengikut perancangan praktikum. Perancangan praktikum telah direka bentuk dengan
menggunakan Gantt Chart, dan hasil perancangan adalah seperti dalam Jadual 1.2. Pelajar telah
menjalankan latihan praktikum selama dua belas (12) minggu di Pusat Pembangunan
Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM).
6

Jadual 1.2: Perancangan praktikum di Profesional-UKM

MINGGU

AKTIVITI M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12

Analisis Kerja dan Latar Belakang


Organisasi
Penglibatan Aktiviti Organisasi

Penetapan sasaran kerja, tugasan rutin


dan tugasan khas
Pembinaan Modul

Penyeliaan Penyelia Universiti

Penulisan Laporan

1.7 KESIMPULAN

Bab ini menjelaskan mengenai tujuan latihan praktikum dijalankan dan cara pemilihan tempat
latihan praktikum. Berdasarkan analisis SWOT yang telah dijalankan, pelajar telah memilih di
Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM) sebagai tempat untuk
menjalani latihan praktikum sepanjang tempoh latihan praktikum yang ditetapkan. Selain itu,
bab ini juga menjelaskan pemahaman pelajar mengenai latar belakang praktikum, kepentingan
perancangan praktikum pada awal permulaan latihan praktikum bagi membantu pelajar untuk
menyesuaikan diri secepat mungkin di organisasi. Pelajar perlu memastikan semua tugas dapat
dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dibuat bagi mengelakkan kemungkinan
berlakunya melakukan kerja pada saat terakhir. Oleh sebab tempoh latihan praktikum yang
sangat singkat, pelajar telah mencuba sebaik mungkin untuk memberi sumbangan yang
bermanfaat kepada organisasi yang berkaitan dengan bidang Psikologi Industri dan Organisasi
serta berusaha dalam meningkatkan kesejahteraan tempat kerja warga Profesional-UKM.
7

BAB II

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 PENGENALAN

Bab ini akan menghuraikan tentang pelbgai aspek organisasi, Profesional-UKM, di mana
semua maklumat telah diperincikan dengan lebih mendalam seperti latar belakang organisasi,
fokus dan matlamat utama organisasi, perkembangan organisasi, misi dan visi, fungsi, struktur
pentadbiran dan sebagainya.

2.2 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN ORGANISASI

Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan merupakan sebuah Pusat Tanggungjawab


(PTj) baharu yang diluluskan penubuhannya dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil
7/203.4 dengan tiga (3) peranan utama, iaitu:

1. Menganjurkan program latihan untuk Staf Akademik, Pengurusan dan


Profesional, dan Pelaksana dengan terancang dan sistematik
2. Memastikan pembangunan kepimpinan UKM terlaksana dengan strategik dan
berwawasan
3. Membantu UKM menjana dana melalui program-program latihan yang sesuai.

Istilah Profesional menonjolkan misi dan visi PTj selain ia juga salah satu istilah dalam
nama penuh pusat ini. Nama Profesional-UKM yang ringkas dan bertepatan dengan peranan
Pusat Tanggungjawab (PTj) ini akan memudahkan usaha mengetengahkan dan mempromosi
fungsi teras Pusat Tanggungjawab (PTj) baharu ini kepada warga UKM, selain menyerlahkan
peranan dan wawasannya secara mudah difahami.

2.3 PROFIL DAN HALA TUJU ORGANISASI

Profil dan hala tuju organisasi berfungsi sebagai garis panduan dalam pelaksanaan
tanggungjawab setiap pekerja dalam organisasi. Hala tuju bagi Pusat Pembangunan Profesional
8

dan Kepimpinan (Profesional-UKM) telah dizahirkan dalam bentuk misi, visi, budaya, nilai
dan sebagainya.

2.3.1 Misi

Menjadi universiti yang terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu
beracuan budaya kebangsaan.

2.3.2 Visi

UKM bertekad menjadi universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan
zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.

2.3.3 Falsafah

UKM mengukuh paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta
gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses
pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan universiti.

2.3.4 Budaya dan Nilai Organisasi

Warga Profesional-UKM sangat komited dalam mengamalkan pesekitaran berkualiti secara


berterusan bagi melahirkan tenaga kerja yang kreatif dan inovatif serta mencapai
profesionalisme. Matlamat tersebut dapat dicapai melalui budaya-budaya berikut:

1. Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif


2. Membina semangat kerja berpasukan melalui penyertaan semua warga
3. Membina amalan kepimpinan
4. Membentuk budaya kerja kelas pertama

2.3.5 Dasar Kualiti Profesional-UKM

Bertekad menjadikan UKM sebagai pusat ilmu terpilih menerusi pendidikan, penyelidikan,
perundingan dan perkhidmatan yang menepati keperluan pelanggan.
9

2.3.6 Struktur Organisasi

Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM) terbahagi kepada dua


kluster utama dalam organisasinya iaitu bahagian pentadbiran dan bahagian pelaksana.
Bahagian pelaksana pula terbahagi kepada dua iaitu pelaksana di Bangi (utama) dan pelaksana
di Tanjung Karang (pusat latihan). Carta organisasi Profesional-UKM dilampirkan seperti
dalam rajah 2.1

Rajah 2.1: Carta organisasi Profesional-UKM


10

2.3.7 Prosedur Kerja Umum

1. Aduan Pelanggan: 80% aduan diberi maklum balas tindakan dalam tempoh 14
hari dari tarikh aduan diterima oleh PTj.
2. Kepuasan Pelanggan: 85% pelanggan berpuas hati terhadap produk dan
perkhidmatan.
3. Pengurusan Latihan: 85% kakitangan mengikuti latihan sekurang- kurangnya
tujuh (7) hari atau 42 jam setahun.
4. Pengurusan Perolehan: Pembelian terus (Pesanan Rasmi sehingga RM3,000.00)
diuruskan tidak lewat sepuluh (10) hari dari tarikh terima dokumen lengkap.
Menyediakan Laporan Penilaian Teknikal dan Kewangan Sebut Harga dalam
tempoh dua puluh satu (21) dan tarikh tutup Sebut Harga.
5. Pengurusan Bayaran: Mengemukakan dokumen (bekalan/ perkhidmatan) ke
Jabatan Bendahari selewat-lewatnya lima (5) hari dan tarikh terima dokumen
lengkap.
6. Penilaian Prestasi Pembekal: 80% pembekal yang dilantik mencapai penilaian
prestasi sekurang- kurangnya memuaskan (Gred B) pada setiap kali penilaian.
7. Pengurusan Aset: Aset alih didaftarkan dalam tempoh dua (2) minggu selepas
APB diluluskan.
8. Penyelenggaraan: Menepati jadual perancangan penyelenggaraan yang
ditetapkan.
9. Pemeriksaan Keselamatan Dan Kesihatan Tempat Kerja: Menjalankan
pemeriksaan keselamatan dan kesihatan tempat kerja setiap tiga (3) bulan.
2.4

FUNGSI PUSAT PEMBANGUNAN


PROFESIONAL DAN
KEPIMPINAN
FUNGSI ORGANISASI

Pentadbiran Pelaksana (Bangi) Pelaksana (Tg. Karang)

• Mengendali segala aspek • Membuat perancangan •


Fungsi Profesional-UKM seperti rajah berikut.

Memastikan fasiliti latihan UKM di


pengurusan pentadbiran pejabat. kursus tahunan program Tanjung Karang terjaga dan berada
• Pengurusan hal ehwal kakitangan latihan penjawat UKM. dalam keadaan kondusif dan
berhubung perjawatan, • Merangka keperluan dan selamat
pentadbiran dan perkhidmatan. menyemak kesesuaian • Menyelenggara segala peralatan
• Menentukan halatuju dan langkah kandungan kursus latihan dan kemudahan dan memastikan
strategik organisasi • Menyediakan tenaga dan keadaannya dalam kondisi yang
Rajah 2.2: Fungsi Organisasi Profesional-UKM

• Menyelaras aspek pembangunan mengawal kualiti tenaga baik


sumber manusia pengajar program latihan • Mengurus urusan pemakanan dan
• Mengurus dan mengatur • Mengurus pelaksanaan penginapan peserta sewaktu
mesyuarat serta perjumpaan di kursus latihan berlangsung
antara pihak-pihak yang terlibat • Menyediakan laporan • Menyediakan laporan bulanan
di dalam pelaksanaan kerja prestasi program latihan untuk seliaan pentadbiran pusat
11
12

2.5 LATAR BELAKANG PENYELIA ORGANISASI

Gambar 2.1: Dr Zulkafli Amat

Penyelia organisasi yang ditugaskan kepada pelajar ialah Dr Zulkafli Amat. Beliau
menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah yang menguruskan bahagian Pembangunan
Kompetensi di Pusat Pembangunan Profesionalisme dan Kepimpinan (Profesional-UKM).
Beliau baru sahaja menamatkan pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang
Pembangunan Sumber Manusia di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM Bangi. Bidang
kepakaran beliau adalah pengurusan dan pembangunan sumber manusia.

Dr Zulkafli telah membimbing pelajar dengan penuh kesabaran dan sentiasa memberi
sokongan kepada pelajar sepanjang 12 minggu latihan praktikum di Profesional-UKM. Di
samping itu, beliau juga prihatin, komited dan sering meluangkan masa padatnya dalam
membantu pelajar menjalankan tugasan di tempat kerja. Beliau selalu meneliti dan mengkritik
idea pelajar dan memastikan kelancaran projek. Beliau juga memberi peluang kepada pelajar
untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran di tempat kerja dan memberi maklum
balas berdasarkan pengalamannya dalam bidang ini.
13

2.6 KESIMPULAN

Pusat Pembangunan Profesionalisme dan Kepimpinan (Profesional-UKM) merupakan sebuah


Pusat Tanggungjawab (PTj) yang diwujudkan dengan matlamat yang jelas iaitu memupuk dan
membina profesionalisme dan kepimpinan dalam kalangan staf penjawat UKM sama ada staf
akademik mahupun pelaksana. Profesional-UKM cuba sedaya upaya dalam memenuhi dan
mencapai hadaf tersebut melalui pelaksaan latihan yang komprehensif yang disusun secara
teliti oleh staf-stafnya. Dalam proses melahir dan membangun modal insan terbaik serta
kompeten untuk memenuhi keperluan strategik Universiti Kebangsaan Malaysia, para pegawai
di bahagian Profesional-UKM selalu saling membantu antara satu sama lain bagi memberikan
perkhidmatan yang bermanfaat kepada kesemua penjawat UKM.
14

BAB III

HURAIAN TUGAS RUTIN

3.1 PENGENALAN

Bab ini memperkenalkan tugas-tugas rutin staf pelaksana UKM di Pusat Pembangunan
Profesionalisme dan Kepimpinan (Profesional-UKM). Tugasan rutin ini dibahagikan mengikut
tahap jawatan dan akauntabiliti yang dipertanggungjawabkan bagi setiap bahagian di
Profesional-UKM. Organisasi ini terbahagi kepada dua (2) pembahagian tugas iaitu
pentadbiran dan pelaksana. Manakala pelaksana pula terbahagi kepada (2) bahagian
berdasarkan lokasi dan keperluan tugas yang perlu dipernuhi bagi melancarkan operasi dan
mencapai target yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran.

3.2 KERJA-KERJA PENTADBIRAN

Kerja-kerja pentadbiran secara am di Profesional-UKM dapat dihuraikan melalui jadual


berikut:

Jadual 3.1: Kerja Pentadbiran di Profesional-UKM

Bil. Akauntabiliti Tugas Utama


1. Merancang, membangun dan a. Mengurus dan memantau pelaksanaan kursus
memantau pelaksanaan kursus- pembangunan kompetensi, perkhidmatan dan fungsian
kursus Pembangunan anjuran PTj melalui eSPEL dan Sistem e-Aktiviti dari pihak
Kompetensi termasuk kursus luar termasuk di bawah skim HRDF.
dalam talian (MayaBestari). b. Mengurus dan memantau pelaksanaan kursus yang
diletakkan dalam pelantar MayaBestari.

2. Merancang dan memantau a. Mengurus dan memantau urusan Program Sangkutan staf
pelaksanaan Program akademik dan bukan akademik di organisasi dalam dan luar
Sangkutan Staf Akademik dan negara.
Bukan Akademik. b. Mengurus Program Kolokium bagi staf yang berjaya
menamatkan pengajian dan Program Sangkutan.
15

3. Merancang dan menyelaras a. Mengurus urusan lapor diri staf baharu pada hari pertama,
Program Suai Tugas Staf Bukan menyediakan program suaitugas di Pusat Tanggungjawab
Akademik. (PTj) yang telah dirancang dan membuat penilaian untuk
tempoh sehingga 6 bulan.
4. Merancang, membangun dan a. Menjalankan Analisis Keperluan Latihan (TNA) semua
melaksana keperluan Latihan skim dan gred perjawatan bagi staf bukan akademik.
semua skim untuk b. Merancang pembangunan alat ukuran penilaian
Pembangunan Kompetensi staf Kompetensi untuk digunakan dalam aktiviti pemprofilan
UKM. semua staf.
5. Pengurusan dan tadbir urus a. Menambahbaik dan mengemaskini diskripsi tugas (JD)
pembangunan latihan semua skim melalui kerjasama dengan BSM dan PTj
berkaitan.
b. Menyedia dan menyemak dasar latihan UKM untuk
penjajaran dengan pelan strategik UKM.

3.3 KERJA-KERJA PELAKSANA (BANGI)

Kerja-kerja pegawai tadbir yang melaksanakan arahan dan tugasan yang dibincangkan oleh
pihak pentadbiran adalah seperti berikut:

Jadual 3.2: Kerja Pelaksana (Bangi) di Profesional-UKM

Bil. Akauntabiliti Tugas Utama


1. Perancangan dan pembangunan a. Perbincangan dengan pejabat pentadbiran mengenai latihan
latihan kursus kursus yang akan dilaksanakan oleh bahagian dan kluster
masing-masing.
b. Merangka perancangan pelaksanaan kursus tahunan
bahagian.
c. Merangka keperluan latihan dan kesesuaian kandungan
latihan.
d. Mengawal kualiti dan menyediakan tenaga pengajar bagi
setiap ceramah kursus.
2. Pengurusan dan pelaksanaan a. Menempah lokasi, ruang latihan, makanan, peralatan dan
pra-latihan kursus penceramah
b. Menyediakan maklumat kursus dan senarai peserta latihan
16

c. Mengesahkan tempahan lokasi dan lain-lain serta


mengemaskini status kepada pejabat pentadbiran
d. Memastikan semua peserta akan dapat hadir ke kursus
latihan
3. Pengurusan dan pelaksanaan a. Menyelaras pelaksanaan penilaian latihan dan penilian
pasca-latihan kursus keberkesanan latihan staf pelaksana dan akademik UKM.
b. Memantau dan membuat pengukuran terhadap objektif
kualiti berkaitan latihan staf.
c. Menyediakan laporan berkaitan latihan dan
mengemukakannya kepada pejabat pentadbiran
4. Pengurusan aset dan pemfailan a. Menguruskan dan memastikan bilik peralatan dan aset
Profesional-UKM berada dalam keadaan baik dan sedia
untuk digunakan.
b. Menggunakan aset dan peralatan milik universiti secara
berhemah, berintegriti dan cermat
c. Merekod penggunaan dan pemulangan aset dan peralatan di
dalam buku catatan penggunaan yang disediakan
d. Menyusun segala rekod berkaitan kluster latihan di dalam
fail-fail yang berkaitan
e. Mendapatkan kelulusan pengurusan bagi sebarang laporan
yang ingin difailkan

3.4 KERJA-KERJA PELAKSANA (TANJUNG KARANG)

Kerja-kerja pegawai tadbir yang melaksanakan arahan dan tugasan yang dibincangkan oleh
pihak pentadbiran adalah seperti berikut:

Jadual 3.3: Kerja Pelaksana (Tanjung Karang) di Profesional-UKM

Bil. Akauntabiliti Tugas Utama


1. Menyediakan urusan-urusan a. Melaksanakan penerimaan tempahan bilik penginapan
penginapan Pusat melalui email/ telefon.
Pembangunan Profesional- b. Mengemaskini pengurusan pendaftaran masuk/keluar
UKM Tanjong Karang peserta mengikut tarikh penginapan.
17

c. Menjalankan pemeriksaan bilik penginapan dan


memastikan bilik dalam keadaan bersih, selesa dan selamat.
d. Memastikan kelengkapan asrama dan dewan makan berada
dalam keadaan bersih dan selesa.
2. Melaksanakan pengurusan a. Memastikan prosedur kerja mengikut peraturan sedia ada
pendaftaran dan b. Membuat pemeriksaan aduan kerosakan yang boleh
penyelenggaraan fasiliti dan diperbaiki
aset di Pusat Pembangunan c. Membuat pemeriksaan aduan kerosakan yang tidak boleh
Profesional-UKM Tanjong diperbaiki dan dipanjangkan ke dalam sistem e-fect dan
Karang memantau tindakan susulan
d. Mengemaskini rekod dan urusan dokumentasi.
e. Memantau kerja-kerja penyelenggaraan, kerosakan dan
kebersihan oleh syarikat pembekal
f. Melaksanakan pengurusan penyelenggaraan berkala bagi
pemotongan rumput, kawalan serangga perosak, fogging,
keselamatan fire extinguisher dan penyaman udara.
3. Melaksanakan pengurusan a. Melaksanakan pengurusan cuti bagi kakitangan di Pusat
pentadbiran dan kewangan di Pembangunan Profesional-UKM Tanjong Karang
Pusat Pembangunan b. Menyediakan laporan bulanan dan jadual kerja di Pusat
Profesional-UKM Tanjong Pembangunan Profesional-UKM Tanjong Karang kepada
Karang ketua serta melaporkan kes-kes yang merbahaya kepada
ketua
c. Menjalankan rondaan bagi memastikan, fasiliti, bangunan
dan persekitaran berada dalam keadaan selamat
d. Menyediakan pelan tindakan kecemasan dan maklumat
pegawai yang boleh dihubungi.
e. Mengemaskini dan menerima aduan berkenaan dengan
kemudahan bilik penginapan, keselamatan dengan
menjalankan kajian kepuasan pelanggan
f. Menyediakan urusan tuntutan bayaran dobi, tuntutan
bayaran klinik pergigian/hospital dan sebagainya
g. Menyediakan urusan peralatan landskap seperti pembelian
petrol dan peralatan habis guna
h. Menguruskan urusan perolehan berkaitan
fasiliti/kemudahan dan alatan pejabat dengan mendapatkan
sebuthatrga daripada pembekal
18

i. Melaksanakan setiap proses kerja mengikut Prosedur Kerja


(PK) dan Garis Panduan (GP).

4. Melaksanakan urusan a. Membuat urusan perekodan bagi penggunaan utiliti seperti


perekodan dan pemfailan di (air, elektrik dan telefon)
Pusat Pembangunan b. Mengemaskini dan menghantar rekod bil utiliti melalui
Profesional-UKM Tanjong kiriman pos
Karang c. Mengemaskini bil utiliti dan menyediakan rekod di dalam
fail

3.5 KESIMPULAN

Bab ini merumuskan bidang tugas yang perlu dilaksanakan secara rutin di Profesional-UKM
bagi mencapai objektif dan matlamat yang telah ditetapkan oleh pejabat pentadbiran. Dapat
disimpulkan bahawa fokus pelaksaan oleh bahagian pentadbiran adalah memantau dan
membantu staf pelaksana secara keseluruhan. Pentadbiran juga bertanggungjawab dalam
perancangan dan pengurusan am serta menetapkan hala tuju yang ingin dicapai bersama.
Pelaksana pula terbahagi kepada dua (2) kluster utama yang menjadi tunjang pergerakan
seluruh organisasi ini iaitu pelaksana di Bangi dan Tanjung Karang. Fokus pasukan di Bangi
adalah merancang, membangun dan mengurus segala urusan yang berkaitan dengan kursus
latihan daripada penetapan objektif, urusan teknikal sehinggalah penilaian keberkesanan
latihan yang telah dijalankan. Fokus pasukan di Tanjung Karang pula adalah memastikan
fasiliti pusat latihan UKM di sana berada dalam keadaan kondusif, teratur dan selesa untuk
digunakan sewaktu latihan.
19

BAB IV

HURAIAN TUGAS KHAS

4.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan tugasan khas secara terperinci. Tugasan khas merupakan hasil kerja
yang telah dilakukan oleh pelajar semasa menjalani latihan praktikum di Pusat Pembangunan
Profesionalisme dan Kepimpinan (Profesional-UKM). Kebanyakan tugasan merupakan
inisiatif, idea dan usaha pelajar sepanjang latihan praktikum. Tugasan khas juga merupakan
hasil perbincangan di antara pelajar dengan penyelia organisasi, dan tugasan-tugasan yang
dilaksanakan adalah selari dengan fungsi organisasi. Tugasan-tugasan khas ini cenderung
kepada pengaplikasian perkhidmatan psikologi kepada penjawat UKM dan juga arahan khas
yang diberi oleh penyelia organisasi kepada pelajar. Bab ini memberi kefahaman yang
menyeluruh mengenai tugasan khas yang telah dilaksanakan oleh pelajar.

4.2 MODUL PENGURUSAN STRES GET REALLY EXCITED ABOUT TODAY (GREAT)
UNTUK STAF PELAKSANA UKM.

Pusat Pembangunan Profesionalisme dan Kepimpinan (Profesional-UKM) berfungsi untuk


menganalisa keperluan semasa bagi pembangunan modul/ panduan/ program psikologi
(penempatan hingga persaraan) dan membina modul/ program psikologi yang sesuai kepada
seluruh warga staf Universiti Kebangsaan Malaysia. Menurut Rohany & Fatimah (2006),
tekanan merupakan fenomena yang penting dan seringkali dikaitkan dengan prestasi kerja
individu, tahap kesihatan dan produktiviti pekerja. Bertitik tolak daripada itu, pelajar telah
berbincang dengan penyelia untuk membantu menyediakan Modul Pengurusan Stres Get
Really Excited About Today (GREAT).

Pelajar telah menggunakan modul yang sama dibangunkan bersama rakan sekursus
sewaktu menjalankan program pengurusan stres di Pejabat Malaysian Care (MyCARE). Modul
ini dibangunkan untuk membekalkan kepada staf pelaksana UKM dengan pengetahuan yang
20

mendalam mengenai stres dan perkara berkaitan dengannya. Selain itu, pelajar juga telah
mencadangkan beberapa skil-skil intervensi yang boleh dilaksanakan oleh organisasi dan
individu itu sendiri dalam menangani stres.

Prosedur Pembinaan Modul

Model ADDIE yang diasaskan oleh Sink (2014) telah dijadikan sebagai panduan pelajar dalam
proses pembinaan modul. Model ini menggunakan lima (5) fasa utama dalam membangunkan
sesuatu kajian ataupun program. Antaranya adalah analisis, rekabentuk, pembangunan,
implementasi dan penilaian. Model ADDIE (Sink 2014) adalah seperti dalam Rajah 4.1 di bawah.
Rajah 4.1: Model ADDIE (Sink, 2014).

Analisis Rekabentuk Pembangunan Implementasi Penilaian

Fasa 1: Analisis

Proses analisis amat penting disebabkan ia merupakan penentuan kepada jenis, hala tuju,
objektif dan perincian modul yang selanjutnya. Hasil daripada analisis keperluan modul akan
digunapakai dalam proses merekabentuk kandungan program/ modul/ latihan yang ingin
dibina. Selain itu analisis juga penting dalam memperuntukkan tempoh, bajet, penceramah,
peralatan, tempat dan peserta kepada program tersebut.

Keputusan analisis menunjukkan bahawa staf pelaksana UKM telah mengadu


berkenaan isu-isu yang telah menyebabkan berlakunya stres dan ketegangan sama ada sesama
rakan sekerja ataupun diri sendiri. Kenyataan ini disokong oleh contoh-contoh yang diberika
oleh penyelia sewaktu beliau berkhidmat sebagai pengarah di Jabatan Pendaftar UKM.
Menurut beliau, bagi jabatan-jabatan yang mempunyai deskripsi kerja yang tinggi intensitinya,
sebahagian daripada pelaksana-pelaksana di UKM yang mengalami stres yang berpunca
daripada tuntutan kerja tinggi dilihat mengalami keruduman prestasi dalam hasil kerja mereka.
Antara jabatan yang dimaksudkan adalah Jabatan Pendaftar, Unit Audit Dalam dan Jabatan
Bendahari.
21

Selain itu, pemerhatian beliau pada staf pelaksana yang mempunyai deskripsi kerja
dengan intensiti rendah pula dilihat tiada masalah yang berlaku begitu ketara dalam hasil kerja
memandangkan tuntutan kerja yang rendah. Namun begitu, penyelia tetap melihat berlaku
permasalahan di dalam kalangan mereka apabila berlaku ketidakstabilan emosi akibat daripada
tekanan yang datang daripada luar suasana kerja seperti permasalahan di rumah, kehidupan
peribadi dan sebagainya. Mereka kurang terdedah dengan pemahaman yang komprehensif
serta skil-skil yang diperlukan sewaktu berada di dalam keadaan stres dan tekanan. Hal ini
menunjukkan bahawa UKM mementingkan kesejahteraan pekerjanya bukan sahaja di tempat
kerja malahan kesejahteraan mereka di luar tempat kerja.

Fasa 2: Rekabentuk

Fasa rekabentuk merupakan proses perancangan yang dalam proses pembinaan modul. Proses
perancangan ini termasuklah penentuan objektif modul, kandungan modul, kaedah, bahan-
bahan dan sebagainya.

(a) Objektif Modul:

1. Mengaplikasi pelbagai model-model dan simptom-simptom tekanan


kerja untuk memahami tahap tekanan staf pelaksana UKM.
2. Mengenalpasti punca-punca tekanan daripada individu, tempat kerja dan
persekitaran
3. Merekabentuk atau mencadangkan intervensi tekanan kerja di tahap
primer, sekunder dan tertier untuk staf pelaksana UKM.
4. Mengaplikasikan teknik penyelesaian masalah dalam meningkatkan
kesejahteraan psikospiritual di tempat kerja

(b) Kandungan Modul

Modul GREAT mengandungi beberapa elemen utama yang perlu dilalui oleh setiap
peserta. Peserta akan berkenalan dengan stres dan implikasinya. Simptom-simptom
yang boleh dikesan melalui psikologikal, fisiologikal, kesihatan dan organisasi
22

diterangkan secara mendalam dan saintifik yang mudah difahami oleh peserta. Peserta
juga dibekalkan dengan skil-skil intervensi yang boleh dilaksanakan dalam organisasi
dan diri sendiri. Selain itu, pelajar juga telah menerangkan mengenai teknik-teknik
intervensi stres yang diajar dalam agama Islam memandangkan kesemua peserta terdiri
daripada mereka yang beragama Islam.

(c) Sasaran Peserta

Peserta Modul Pengurusan Stres Get Really Excited About Today (GREAT) ini terdiri
daripada staf-staf pelaksana Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi yang berkhidmat
tidak kira daripada mana-mana jabatan yang berminat untuk menyertai program serta
memenuhkan jam kursus mereka yang masih belum lengkap bagi tahun itu.

(d) Pengendalian Program

Program ini dirancang daripada awal dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar. Modul
yang diberikan telah dinilai terlebih dahulu oleh penyelia dan telah diberikan maklum
balas khususnya pada slaid yang dibentangkan kepada peserta.

(f) Jangka masa

Program Modul Pengurusan Stres Get Really Excited About Today (GREAT) ini
berlangsung selama setengah hari iaitu lima (5) jam.

Fasa 3: Pembangunan
23

Dalam fasa pembangunan, perbincangan mengenai modul dan cara penyampaian turut
dibincang bersama penyelia bagi memastikan penyampaian modul disampaikan secara efektif
dan menjamin kemenjadian staf pelaksana UKM.

Fasa 4: Implementasi Modul

Modul latihan dilaksanakan mengikut pelan pembelajaran dan rekabentuk modul yang
dirancang. Pelajar telah mendapat bantuan staf Profesional-UKM iaitu Encik Fauzi Parmin
dalam pengurusan tempat, makanan dan pelaksanaan program yang lain. Penganjur atau
penyelaras program perlu memastikan program dapat diimplementasi dan berjalan seperti yang
dirancang.

Fasa 5: Penilaian

Fasa penilaian merupakan fasa yang terakhir dalam proses pembinaan modul. Dengan adanya
penilaian, penganjur dan penyelaras program dapat menentukan sama ada latihan yang
diberikan dapat memberi impak dan manfaat kepada peserta.

Hasil Kerja Pelajar Dalam Program Modul Pengurusan Stres Get Really Excited About
Today (GREAT)

Modul GREAT ini terdiri daripada 4 slot. Antaranya adalah seperti Warna-Warni Kehidupan,
Kenali Tekanan, Slot Terapi Seni iaitu Beehive dan ditutup dengan Kesejahteraan di Tempat
Kerja. Dalam proses pembangunan modul ini, pelajar telah menggunakan modul yang sama
yang telah diemplementasi sebelum ini di MyCARE.

Perincian bagi setiap slot yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

Jadual 4.1: Slot Warna-warni Kehidupan

Slot 1 Warna-Warni Kehidupan

MASA 30 Minit
24

TUJUAN Memberikan rasa keselesaan dan kesediaan kepada peserta program


serta merapatkan perhubungan dan saling berkenalan antara peserta
dengan fasilitator.

HASILAN Di akhir sesi, peserta telah mengenali sesama sendiri dan mula rasa
selesa dan bersedia untuk menjalani latihan

SINOPSIS Pentadbiran LDK ini akan menerapkan rasa selesa dan kesediaan kepada
peserta untuk program dan peluang untuk saling berkenalan

METODOLOGI Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

AKTIVITI 1. Para peserta dan fasilitator berkumpul bersama dan membentuk


sebuah bulatan besar.
2. Peralatan yang diperlukan bagi menjayakan permainan ini
adalah segulung tali rafia yang berwarna menarik.
3. Orang pertama dalam bulatan yang memegang segulung tali
rafia berwarna akan memperkenalkan diri kepada para peserta
dan fasilitator (nama, negeri asal dan apa jawatan).
4. Kemudian dia akan menceritakan mengenai peristiwa atau
kejadian apa yang dialami oleh dirinya dalam tempoh masa
beberapa hari sebelum yang memberikan tekanan dan stres
kepada dirinya.

BAHAN/ LAMPIRAN 1. Tali rafia yang berwarna menarik

Objektif-objektif yang ingin dicapai oleh pihak pelaksana program bagi slot permainan
icebreaking adalah bertujuan untuk memberikan rasa keselesaan dan kesediaan kepada peserta
program serta merapatkan perhubungan dan saling berkenalan antara peserta dengan fasilitator.
Seusainya permainan dimain bersama, pelaksana program telah mendapat respon yang bagus
daripada para peserta. Ramai yang menyatakan bahawa mereka merasa lebih ringan secara
mentalnya kerana telah berkongsi permasalahan yang dihadapi yang selama ini tersimpan
walaupun tidak diberikan penyelesaian. Inisiatif berkongsi masalah dilihat sangat berkesan
dalam mengurangkan rasa tekanan dan stres dikalangan peserta (termasuklah fasilitator).

Dapatan ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Sarah Townsend (2013) bahawa
interaksi khusus dan spesifik bersama individu yang memahami emosi dan respon kita, atau
secara idealnya sedang juga mengalami permasalahan tersebut, akan memberikan kelegaan
daripada stres yang signifikan. Objektif-objektif lain juga berjaya dicapai dan ini dapat diukur
25

melalui respon para peserta sepanjang program yang sentiasa memberikan respon kepada
penyampaian yang dijalankan serta tiada masalah dan kekok dalam perhubungan dengan
fasilitator.

Jadual 4.2: Slot Kenali Tekanan

Slot 1 Kenali Tekanan

MASA 1 jam

TUJUAN Peserta akan dikenalkan diberi pendedahan mengenai apakah itu


tekanan, ciri-ciri tekanan, tindak balas terhadap tekanan serta cara
menangani tekanan.

HASILAN Di akhir sesi, peserta dibekalkan dengan skil dan pengetahuan yang
mencukupi untuk terus mengekalkan produktiviti hasil kerja serta
elemen keagamaan yang diselit bersama

SINOPSIS Pentadbiran slot ini akan memberikan pengetahuan saintifik mengenai


stres yang mudah difahami oleh peserta

METODOLOGI Ceramah

AKTIVITI 1. Para peserta memenuhi ruang kerusi dewan bagi mendengar


ceramah yang disampaikan oleh pelajar
2. Peserta akan bertanya soalan dan peluang untuk berbuat
demikian dibuka sepanjang slot

BAHAN/ LAMPIRAN 1. Slaid ceramah seperti dalam lampiran

Hasil yang dapat dilihat sejurus sahaja perkongsian tentang apakah itu tekanan serta
cara menangani tekanan, kami mendapati bahawa ramai di antara peserta yang tidak
mengetahui maksud sebenar tentang tekanan dan sekadar mengambil lengah berkenaan dengan
tekanan yang sedang dihadapinya. Walhal, ada di antara peserta merasakan bahawa apa yang
dihadapi dan dibebani oleh mereka bukanlah tekanan tetapi masalah biasa yang hadir pada
setiap hari. Setelah diterangkan kepada mereka tentang definisi sebenar dan kesan terhadap
tekanan, ternyata apa masalah dihadapi oleh peserta merupakan satu tekanan yang cenderung
membawa kepada impak yang negatif.
26

Perkongsian mengenai tindak balas yang ditonjolkan oleh peserta sekiranya


menghadapi tekanan juga dikongsi bagi memastikan peserta sedar dan mengetahui bahawa diri
mereka sedang menghadapi tekanan. Pelajar menjelaskan mengenai simptom-simptom yang
perlu diperhatikan oleh setiap individu yang menandakan bahawa ia sedang mengalami stress
melalui pengukur stress yang dapat diklasifikasikan kepada prikologikal, fizikal, fisiologikal,
kesihatan serta di peringkat organisasi. Peserta juga diberi pendedahan berkenaan dengan
tekanan yang baik dan tekanan yang memberi keburukan. Ini adalah kerana peserta sering
menganggap bahawa tekanan itu merupakan sesuatu perkara yang tidak baik. Walhal, tekanan
itu boleh dikategorikan sebagai eustress iaitu tekanan yang baik serta distress iaitu tekanan
yang boleh memberikan impak negatif kepada individu tersebut.

Pelajar juga menerangkan mengenai intervensi-intervensi yang dapat dilaksanakan di


dalam organisasi. Di peringkat primer, sesebuah organisasi itu boleh membuat intervensi secara
langsung seperti membentuk semula tugasan, mereka bentuk semula persekitaran kerja,
memperkenalkan jadual waktu kerja fleksibel serta memperkenalkan polisi pekerjaan yang
adil. Intervensi primer ini adalah intervensi yang sering kali tidak dilaksanakan oleh sesebuah
organisasi kerana prosesnya mengambil masa dan pelaburan kewangan yang agak tinggi untuk
melaksanakan sesebuah perubahan langsung tetapi hakikatnya intervensi sebegini menjanjikan
pulangan dan hasil yang memuaskan dan memberansangkan kepada pihak organisasi dan
pekerja pada masa sama.

Untuk intervensi sekunder pula, pelajar mencadangkan agar sesebuah organisasi itu
boleh menyediakan perkhidmatan kaunseling, memperkenalkan latihan relaksasi dan latihan
mengurus masa. Untuk intervensi tertier pula, pelajar mencadangkan agar organisasi
menawarkan kaunseling melalui telefon dan atas talian. Intervensi sebegini menjangkakan
impak positif untuk individu tetapi ianya tidak mempengaruhi kepuasan kerja dan prestasi kerja
secara signifikan jika dibandingkan dengan intervensi primer.
27

Jadual 4.3: Slot Terapi Seni Beehive

Slot 1 Terapi Seni Beehive

MASA 1 jam

TUJUAN Meningkatkan motivasi peserta dan berpandangan positif untuk


berusaha ke arah masa depan yang diidamkan

HASILAN Di akhir sesi, peserta akan mendapat gambaran fizikal mengenai apa
yang ingin dicapai dalam kehidupan

SINOPSIS Pentadbiran slot ini akan melepaskan tekanan peserta dengan meluahkan
perasaan tekanan melalui lukisan, serta meluahkan perasaan
kegembiraan apabila dapat bayangkan gambaran bebas daripada
tekanan.

METODOLOGI Melukis dan mewarna

AKTIVITI 1. Peserta akan diberi pendedahan kepada ‘Art Therapy’ yang


diberi nama Beehive.
2. Peserta dikehendaki melukis atau melakar berdasarkan tema
yang diberi oleh fasilitator iaitu ‘Kejayaan di masa hadapan’.
3. Peserta diminta untuk berkongsi lakaran mereka dengan rakan-
rakan lain dan memberi penerangan.

BAHAN/ LAMPIRAN 1. Kertas kosong


2. Pensil mewarna

Dengan jayanya program dijalankan, Beehive telah menepati objektif aktiviti, iaitu
menggalakkan para peserta berpandangan positif terhadap motivasi mereka yang bakal dicapai.
Selain itu, para peserta amat menikmati proses aktiviti tersebut, daripada proses lukisan kepada
sesi perkongsian. Dalam sesi perkongsian tentang lukisan, para peserta amat berminat untuk
berkongsi perasaan mereka tentang definisi masa depan yang idaman mereka yang tersendiri.
Kebanyakan yang telah berkongsi tentang masa depan idaman yang sama, iaitu tinggal di
kawasan luar bandar yang berdekatan dengan semulajadi dan bebas daripada segala tekanan.
28

Sebagai pelaksana program, pelajar amat berpuas hati menerima respons daripada para
peserta bahawa mereka amat menikmati sesi ini, selain daripada boleh diperhatikan melalui
mimik muka dan emosi yang mereka paparkan. Sepanjang perkongsian, pelajar kebanyakannya
hanya memberi ruangan para peserta untuk berkongsi, dan kadang kala akan bertanya soalan
open-ended dan menunjukkan persamaan yang membenarkan peserta menyelami diri lagi. Sesi
perkongsian juga menarik peserta untuk berinteraksi tentang lukisan yang dipaparkan itu,
selain mereka telah mengetahui lebih mendalam tentang pandangan rakan sekerja mereka
antara satu sama lain. Sebagai penutup, refleksi ringkas telah diberikan oleh pelajar.

Ringkasan bagi keseluruhan aktiviti ini telah diberikan, dan refleksi telah mulakan
dengan ucapan terima kasih kepada semua peserta kerana sudi berkongsi perasaan mereka.
Keseluruhannya, pelajar berharapkan bahawa peserta boleh membawa balik hasil lukisan
sebagai peringatan tentang perasaan yang dilepaskan, dan semoga mereka habiskan sesi ini
dengan dapatan pengetahuan dan hasil yang lumayan. Para peserta juga telah digalakkan untuk
meluahkan perasaan diri melalui lukisan, penulisan jurnal atau kaedah yang menyenangkan
mereka sebagai strategi menangani tekanan sepanjang kehidupan. Aktiviti ini juga boleh
dijalankan bersama pekerja yang mempunyai anak dan keluarga untuk mengeratkan
silaturahim kekeluargaan, dan seterusnya meningkatkan kepuasan hidup serta keseimbangan
kerja-kehidupan

Jadual 4.4: Slot Kesejahteraan di Tempat Kerja

Slot 1 Kesejahteraan di Tempat Kerja

MASA 1 jam

TUJUAN Memberi gambaran mengenai aspek kehidupan mereka yang paling


terkesan akibat daripada tekanan yang dihadapi oleh diri masing-masing

HASILAN Di akhir sesi, peserta akan lebih jelas tentang inisiatif yang boleh mereka
ikhtiarkan untuk mengatasi atau mengurangkan aspek kehidupan yang
terjejas

SINOPSIS Pentadbiran slot ini akan membantu peserta dalam memahami tanda dan
simptom yang boleh membantu mereka memahami keadaan mental,
emosi dan fizikal

METODOLOGI Mengisi borang soal selidik


29

AKTIVITI 1. Peserta diminta untuk menjawab borang soal selidik bagi


mengukur punca yang menyebabkan peserta mengalami
tekanan.
2. Borang soal selidik itu mengukur 3 indikator pengukuran
tekanan iaitu pengukuran depresi, keresahan dan stres.

BAHAN/ LAMPIRAN 3. Borang soal selidik DASS

Ringkasnya, objektif untuk mendedahkan peserta kepada tekanan yang mungkin


mereka hadapi telah dicapai. Oleh hal yang demikian, aktiviti mengisi, mentadbir dan refleksi
diri berdasarkan soal selidik yang diedarkan mampu memberi kesedaran mengenai tekanan
yang mempengaruhi aspek kesejahteraan dan norma kehidupan mereka supaya dapat
mempraktikkan pengurusan tekanan yang sepadan.

4.3 TINJAUAN SEMULA PENILAIAN 360 DARJAH CALON NAIK PANGKAT N48

Pelajar juga telah diberi peluang menjalankan tinjauan semula terhadap Penilaian 360 Darjah
Calon Naik Pangkat N48 yang telah dibangunkan sebelum ini. Penilaian ini merupakan sebuah
penilaian kepada penjawat UKM dengan gred N48 yang mempunyai elemen 360 darjah iaitu
penilaian daripada staf atasan, bawahan dan setaraf. Penilaian yang diberikan seharusnya
penilaian yang jujur dengan niat bekerjasama ingin menaikkan lagi taraf perkhidmatan
penjawat. Penilaian 360 darjah ini berpaksikan kepada lima (5) teras nilai KAMII iaitu
Keserakanan, Akauntabiliti, Merit, Inovatif dan Integriti.

Pelajar telah menjalankan tinjauan semula secara umum serta khusus iaitu menjurus
kepada item-item yang digunakan dalam sistem penilaian. Pelajar telah mencadangkan untuk
menggandingkan ujian personaliti bersama dengan penilaian ini sebagai pemberat tambahan
dalam pembuatan keputusan serta dapat mengenal pasti sama ada personaliti calon bersesuaian
dengan jawatan yang bakal disandang. Pelajar telah mencadangkan agar organisasi
menggunakan Penilaian Personaliti Hogan atas beberapa faktor iaitu:

1. Konstruk yang digunakan adalah berasaskan konstruk Big Five Personality


30

2. Kesahan muka (face validity) item yang tidak terlalu psikologikal, akademik, tidak
mengenepikan potensi dan dilihat lebih selesa untuk dijawab.
3. Kesahan kajian saintifik yang tinggi dalam pembinaan konstruk dan item
4. Keputusan positif yang dilihat dalam kajian-kajian lepas dalam pengaplikasian
dalaman.

Selain itu, pelajar juga mencadangkan agar penilaian ini diganding bersama dengan
penilaian atau ujian pengetahuan calon mengenai deskripsi kerja jawatan yang bakal
disandang. Cadangan ini dilihat munasabah kerana jika organisasi bergantung hanya pada
penilaian nilai dalaman individu, ianya tidak mencukupi sekiranya calon tidak menguasai
bidang yang diceburinya. Pelajar juga telah mencadangkan untuk menyingkirkan satu (2) item
daripada kluster Nilai Inovatif kemudian diganti dengan sembilan (9) item baharu. Pada kluster
Nilai Integriti, pelajar mencadangkan untuk menyingkirkan satu (2) item kemudian diganti
dengan tujuh (7) item baharu. Cadangan penggantian item lama dengan item baharu ini
diusulkan melihat kepada item lama dengan sifatnya yang terlalu umum yang dapat membawa
kepada salah faham calon yang mengisi. Item baharu yang dicadangkan selepas kajian
tambahan dijalankan bagi setiap kluster dan dilihat menghurai lebih mendalam daripada
pelbagai sisi yang dapat membantu kefahaman dan menambah keseriusan penilaian 360 darjah
ini.
Melalui telahan dan kajian pelajar terhadap sistem penilaian ini, pelajar melihat bahawa
hanya nilai Inovatif dan Integriti sahaja yang memerlukan kepada perubahan kerana item yang
sedia ada dalam dua kluster tersebut adalah terlalu sedikit. Baki nilai-nilai yang lain tidak
dicadangkan sebarang perubahan namun ianya masih boleh dinilai semula oleh pengkaji lain
di masa depan. Penyingkiran dan penggantian item baru bagi setiap kluster yang dicadangkan
oleh pelajar adalah seperti dalam jadual 4.5.

Jadual 4.5: Cadangan penyingkiran dan penggantian item

Bil. Kluster Nilai Cadangan Cadangan Penggantian Item


Penyingkiran Item
1. Inovatif 1) Peroleh, analisis 1. Menggunakan sumber secara efektif bagi menambah
dan tafsir maklumat kualiti kerja
dengan berkesan 2. Mampu untuk menghadapi risiko dan perubahan
dalam buat dalam organisasi
keputusan
31

2) Inisiatif untuk 3. Mempamerkan gaya pemikiran peninjauan pelbagai


baiki perkhidmatan sudut dalam penyelesaian masalah
jabatan/ fakulti/ 4. Bersedia memberikan kritikan dan cadangan
universiti pembaikan yang sesuai
5. Inisiatif dalam menjadikan tugas kakitangan lebih
ringan dalam mengendalikan rutin.
6. Inisiatif dalam mengurangkan tahap kebosanan kesan
pengulangan tugas.
7. Membina keberkesanan jaringan kerja luar dan dalam
secara kreatif.
8. Tiada mentalilti takut dikritik, takut gagal dan takut
mengambil risiko dalam pembaikan gaya kerja.
9. Menggalakkan inisiatif, cadangan, dan idea dalam
jaringan kerja.

2. Integriti 1) Pegawai seorang 1. Mengutamakan kelangsungan perkhidmatan ketika


berintegriti berlaku konflik kepentingan
2) Guna sumber 2. Staf tidak dipengaruhi oleh sentimen politik
organisasi secara kepartian sewaktu bertugas
berhemat 3. Tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk
kepentingan luar
4. Tidak terlibat dalam apa jua perbuatan rasuah, salah
guna kuasa dan tuntutan palsu
5. Menggunakan kemudahan prasarana untuk
kecemerlangan kerja.
6. Bertindak tegas terhadap pelanggaran undang-
undang
7. Menyerlahkan potensi secara berhemah dan
berintegriti
32

4.4 KESIMPULAN

Kesimpulannya, bab ini telah menerangkan kesemua tugasan khas yang dilaksanakan oleh
pelajar di organisasi sepanjang tempoh latihan praktikum. Dalam proses kerja, pelajar telah
mengaplikasikan ilmu dan teori yang dipelajari daripada universiti untuk tujuan
penyempurnaan tugasan. Selain itu, bantuan dan tunjuk ajar yang diberi oleh penyelia di
Profesional-UKM dalam pelaksanakan kerja juga amat dihargai.
33

BAB V

PENUTUP

5.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini, analisis keseluruhan terhadap aktiviti praktikum akan dihuraikan secara
terperinci dengan menggunakan analisis SWOT terhadap organisasi. Selain itu, cadangan
penambahbaikan, impak pelaksanaan praktikum dan hasil pembelajaran praktikum juga
dibincangkan dalam bab ini.

5.2 ANALISIS KESELURUHAN ORGANISASI

Analisis SWOT merupakan sejenis kaedah yang popular dalam pasaran di mana ia digunakan
dalam perancangan strategik dan pengurusan strategik bagi sesebuah organisasi. Analisis
SWOT yang merangkumi kekuatan (strength, S), kelemahan (weaknesses, W), peluang
(opportunity, O) dan ancaman (threat, T) amat berguna bagi menyimpulkan sumber-sumber
kekuatan, kelemahan, peluang pemasaran dan ancaman luaran terhadap perkembangan
sesebuah organisasi. Dalam analisis keseluruhan organisasi, pelajar telah menggunakan
analisis SWOT dan menjalankan pemerhatian untuk memahami aspek-aspek SWOT yang
wujud dalam organisasi dan bahagian. Analisis SWOT yang dilakukan terhadap Pusat
Pembangunan Profesionalisme dan Kepimpinan (Profesional-UKM) dapat dikelaskan dan
disenaraikan seperti dalam Jadual 5.1 di bawah:

Jadual 5.1 : Analisis SWOT Keseluruhan Organisasi


Kekuatan Kelemahan
• Matlamat dan fungsi bahagian yang • Kesulitan untuk mendapatkan tempat
berkaitan dengan bidang. pakir.
• Lokasi yang berdekatan dengan tempat • Ketiadaan ahli akademik bidang dalam
tinggal pelajar serta berada dalam kampus kalangan staf pelaksana
UKM Bangi.
• Merupakan pusat yang membangunkan
profesionalisme dan kompetensi staf UKM
34

Peluang Ancaman
• Pendedahan kepada pengurusan • Suasana cara kerja yang agak santai
universiti. • Cabaran kos dan peruntukan
• Penerokaan sistem pembangunan staf
UKM serta pengalaman terus membentuk
polisi kenaikan pangkat penjawat.

5.2.1 Kekuatan

i. Matlamat dan fungsi jabatan yang berkaitan dengan bidang

Struktur keseluruhan bagi Pusat Pembangunan Profesionalisme dan Kepimpinan (Profesional-


UKM) adalah sangat bersesuaian dan berpadanan dengan bidang yang sedang diceburi oleh
pelajar iaitu Psikologi Industri dan Organisasi. Misi, visi dan halatuju Profesional-UKM
sememangnya bertepatan dengan kehendak bidang kerana organisasi ini bergerak dengan fokus
untuk mempromosikan produktiviti, kompetensi dan kemahiran bagi seluruh warga staf UKM
tidak kira daripada kalangan pelaksana atau akademik.

Profesional-UKM beroperasi atas paksi lima (5) nilai KAMII yang menjadi pegangan
warga UKM iaitu Keserakanan, Akauntabiliti, Merit, Inovatif dan Integriti seperti gambar di
bawah:

Gambar 5.1 : Lima (5) Nilai KAMII


35

ii. Lokasi yang berdekatan dengan tempat tinggal pelajar serta berada dalam kampus UKM
Bangi.

Lokasi Pusat Pembangunan Profesionalisme dan Kepimpinan (Profesional-UKM) adalah di


Aras 4, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Profesional-UKM
menjadi pilihan pelajar bagi menjalankan latihan praktikum antaranya adalah kerana faktor
lokasi yang sangat dekat dengan lokasi penginapan pelajar iaitu di Seksyen 16, Bandar Baru
Bangi. Lokasi bangunan ini juga bersambungan dengan lokasi Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan jadi ianya lebih memudahkan pelajar sekiranya ada urusan-urusan universiti
yang ingin diselesaikan serta mudah untuk mengadakan mesyuarat dengan penyelia sekiranya
memerlukan. Lokasi yang dekat juga bermakna kos yang dikeluarkan bagi pengangkutan akan
menjadi rendah berbanding syarikat-syarikat lain ditawarkan kepada pelajar bagi menjalankan
latihan praktikum iaitu CIMB yang berada di ibu kota.

iii. Merupakan pusat yang membangunkan profesionalisme dan kompetensi staf UKM

Pengalaman pelajar selama dua (2) tahun berada di UKM dan berurusan serta bergaul dengan
staf-staf menimbulkan rasa bahawa mereka memerlukan latihan dan perhatian yang lebih
daripada pihak pengurusan universiti bagi meningkatkan lagi profesionalisme dan kompetensi
staf khususnya staf pelaksana. Intervensi yang perlu dilakukan bukan sekadar pelaksanaan
latihan tetapi intervensi psikologi organisasi yang boleh dilaksanakan pada peringkat polisi,
organisasi dan cara kerja. Maka, pelajar melihat bahawa fungsi Profesional-UKM selari dengan
keperluan yang perlu dipenuhi ini. Ianya dikuatkan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengarah
yang memimpin Pembangunan Kompetensi iaitu Dr Zulkafli Amat yang mempunyai
pengalaman yang luas dalam pengurusan sumber manusia malah tesis PhD beliau adalah dalam
bidang tersebut. Walaupun kesempatan bersama beliau adalah singkat, tetapi pelajar dapat
menimba pengalaman sebanyak mungkin daripada beliau melalui interaksi yang kerap. Pelajar
juga berpeluang menjalankan tinjauan semula terhadap Penilaian 360 Darjah Kenaikan
Pangkat Calon N48 dengan nasihat dan tinjauan rapat oleh beliau.
36

5.2.2 Kelemahan

i. Kesulitan untuk mendapatkan tempat pakir.

Seluruh warga UKM maklum bahawa unit parkir kenderaan yang disediakan oleh pihak UKM
adalah sangat terhad. Perkara ini sedikit sebanyak menyulitkan pergerakan pelajar sewaktu
menjalankan latihan praktikum di Profesional-UKM. Walaupun mod pengangkutan pilihan
pelajar adalah motosikal, kesulitan ini tetap berlaku. Ini kerana ruang parkir untuk motosikal
adalah sangat terhad di Bangunan Canselori iaitu berdekatan dengan Pejabat Poslaju. Jadi sama
ada pelajar perlu hadir awal 15 hingga 20 minit ataupun pelajar boleh parkir di Kolej Dato Onn.
Pada awalnya, staf dibenarkan berbuat demikian kemudian undang-undang baru diwartakan
oleh pihak kolej yang tidak membenarkan kemasukan kenderaan lain selain penghuni kolej
menyulitkan pelajar. Maka pelajar membuat keputusan untuk parkir di tempat yang agak jauh
daripada Profesional-UKM iaitu di Fakulti Pengajian Islam atau Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan.

ii. Ketiadaan ahli akademik bidang dalam kalangan staf pelaksana

Seperti yang sudah dihuraikan sebelum ini, struktur Profesional-UKM terbahagi kepada dua
(2) kluster utama iaitu pentadbiran dan pelaksana. Dalam kalangan pelaksana pula ianya
dipecahkan kepada dua (2) lagi bahagian iaitu Bangi dan Tanjung Karang. Staf pelaksana di
Bangi berfokus kepada pelaksanaan latihan manakala staf pelaksana di Tanjung Karang
berfokus kepada pengurusan tempat latihan kursus. Kelompongan yang dilihat agak besar
dalam ahli organisasi ini adalah ketiadaan ahli akademik bidang dalam kalangan staf pelaksana.
Isu ini dilihat besar kerana sepanjang tempoh pelajar bersama Profesional-UKM, terlalu
banyak kerja-kerja akademik yang tertangguh dan tidak dapat dilaksanakan kerana staf
pelaksana tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang cukup dalam bidang tersebut.

5.2.3 Peluang

i. Pendedahan kepada pengurusan universiti.


37

Sepanjang tempoh tiga (3) bulan pelajar menjalankan latihan praktikum di Profesional-UKM,
pelajar mendapat peluang pendedahan kepada pengurusan universiti khususnya melibatkan
pengurusan staf pelaksana. Pelajar juga menyedari cabaran dan dilemma antara memenuhi
pelaksanaan arahan pihak atasan universiti dengan mengambil kira dan berempati dengan
keadaan semasa staf. Kesemua pengalaman ini dapat digarab oleh pelajar khususnya sewaktu
tempoh bersama Dr Zulkafli Amat yang pernah memimpin Jabatan Pendaftar yang berfokus
kepada pengurusan dan pembangunan sumber manusia sebelum berpindah ke Profesional-
UKM.

ii. Penerokaan sistem pembangunan staf UKM serta pengalaman terus membentuk polisi
kenaikan pangkat penjawat.

Dalam proses meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan staf, ianya tidak cukup bergantung
hanya kepada pelaksanaan latihan kursus. Sistem yang komprehensif dan mapan serta polisi
yang mampu mewujudkan suasana yang kondusif ke arah mencapai matlamat dan objektif
organisasi adalah lebih penting. Pelajar berpeluang meneroka sistem yang dibangunkan sendiri
oleh Profesional-UKM melalui dua (2) sub-bidang utamanya iaitu Pembangunan Kompetensi
dan Pembelajaran Berterusan yang berfokus kepada pembangunan staf akademik dan
pelaksana di UKM. Selain itu, pelajar juga diberi peluang dan akses untuk memberi masukan
kritikan dan cadangan terhadap polisi kenaikan pangkat penjawat gred N48 yang sedang
diimplementasi.

5.2.4 Ancaman

i. Suasana cara kerja yang agak santai

Sedari mula pelajar menjejakkan kaki ke dalam pejabat Profesional-UKM, pelajar terdedah dan
terikut dengan cara kerja dan budaya yang wujud di pejabat yang agak santai. Budaya ini lebih
memberi ancaman daripada manfaat kepada organisasi. Antara manfaat yang tidak dapat
dinafikan adalah hubungan yang rapat sesama ahli organisasi daripada pihak atasan
pentadbiran sehinggalah staf bawahan. Suasana ceria yang wujud di Profesional-UKM adalah
sebuah pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan oleh pelajar. Manakala daripada sudut
38

pandang ancaman pula, budaya dan cara kerja yang wujud ini dapat menggugat produktiviti
dan keberhasilan kerja staf-staf di Profesional-UKM. Ketidakseriusan dan suasana santai yang
wujud juga dapat memberi gambaran yang negatif serta kualiti kerja yang rendah kerana
penguatkuasaan yang lemah. Contoh kes yang boleh diberikan adalah budaya minum pagi yang
terlalu lama dalam kalangan staf Profesional-UKM, antara yang paling teruk adalah staf keluar
minum pagi selama satu (1) jam setengah. Sekiranya perkara yang sama berlaku di syarikat
swasta, nescaya staf tersebut akan dipecat sebelum rehat makan tengahari.

ii. Cabaran kos dan peruntukan

Setiap kali mesyuarat staf, hal yang semestinya dibangkitkan oleh pengurusan jika ada
cadangan baru dikemukakan adalah isu kos dan peruntukan jabatan yang disediakan oleh
universiti. Hal ini dapat melunturkan semangat kerja sekiranya cadangan yang diunjurkan oleh
staf ditepis hanya kerana isu kos. Selain pekerja harus lebih berfikir secara kritis cadangan-
cadangan yang lebih mesra kos seiring dengan nilai Inovatif, pihak pentadbiran universiti juga
perlu lebih bertimbang rasa dalam penggunaan dana. Pengalaman yang dialami pelajar adalah
apabila mencadangkan peralatan-peralatan yang ingin digunakan sewaktu kursus pengurusan
stres terpaksa dikurangkan kerana kos dan peruntukan yang terhad.

5.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

5.3.1 Terhadap Organisasi

Organisasi yang cemerlang adalah organisasi yang sentiasa terbuka kepada kritikan dan
cadangan penambahbaikan untuk mencapai matlamat produktiviti dan keberkesanan di tempat
kerja. Ada beberapa cadangan yang dikemukakan oleh pelajar yang lebih tertumpu kepada
inisiatif-inisiatif yang dapat dilaksanakan oleh Profesional-UKM untuk meningkatkan lagi
produktiviti dan cara kerja yang sihat. Pertama, pelajar mencadangkan agar pihak Profesional-
UKM dapat menawarkan jawatan khas unit penyelidikan dalam untuk unit pelaksana yang
lebih bersifat akademik. Sebab cadangan ini dikemukakan adalah untuk menutup kelompongan
kelemahan yang telah dihurai sebelum ini.
39

Kedua, pelajar dapat mengenalpasti bahawa mesyuarat yang dilaksanakan adalah


kurang berkualiti. Maka, pelajar mencadangkan agar organisasi menggunakan kaedah templat
enam (6) langkah “CHORE” dalam pelaksanaan mesyuarat seperti berikut:

1. Cabaran: Kenalpasti “Di mana kita sekarang” samada masalah atau peluang
2. Hasil yang tidak diingini: “Kita tidak mahu ke mana” iaitu apa yang akan
berlaku jika no 1 tidak diuruskan dengan baik
3. Hasil yang diingini: “Kita mahu ke mana” iaitu situasi jika no 1 diuruskan
dengan baik
4. Solusi cadangan: Pelan perancangan untuk mengelak no 2 dan mencapai
no 3
5. Penyahan risiko: Mengapa no 4 mampu berjaya dan susah untuk gagal
6. Langkah pelaksanaan: Menyusun pelan terperinci dan “menghidupkan” no 4
untuk mencapai no 3

Ketiga, pelajar melihat bahawa staf-staf pelaksana banyak bergantung kepada komputer
sewaktu perancangan dan pelaksanaan kerja. Maka, pelajar mencadangkan kepada Profesional-
UKM untuk mewujudkan papan kerja fizikal di pejabat atas beberapa faktor. Dengan
pelaksanaan papan kerja fizikal ini, ianya dapat menggalakkan persaingan dan produktiviti
dalam kalangan staf. Pekerja juga dapat melihat progres kerja yang telah dilaksanakan secara
fizikal dan perkara tersebut dapat m,engurangkan kadar stres dalam perancangan dan
pelaksanaan kerja. Selain itu, pelaksanaan papan kerja fizikal ini juga dapat memberi lebih
kepuasan selepas selesai sesebuah tugasan kecil mahupun besar. Gambaran bagi cadangan
yang dihuraikan adalah seperti berikut:

Gambar 5.2 : Papan kerja fizikal


40

Keempat, pelajar mencadangkan agar organisasi menawarkan polisi Kerja Dari Rumah
kepada staf-staf di Profesional-UKM. Cadangan ini diutarakan oleh pelajar apabila
diperhatikan bahawa 85% daripada kerja-kerja yang dilaksanakan oleh staf pelaksana
Profesional-UKM dapat dilaksanakan juga dari rumah. Atas tanggungjawab akademik, pelajar
mengemukakan kebaikan dan keburukan pelaksaan polisi ini yang dapat difahami melalui rajah
berikut:

Rajah 5.1 : Kebaikan dan keburukan polisi Kerja Dari Rumah

Kelima, pelajar mengemukakan cadangan-cadangan yang lebih menambah


keberkesanan kepada budaya dan polisi sedia ada. Pelajar mencadangkan kepada pihak
pengurusan dan pentadbiran Profesional-UKM untuk menerapkan nilai transformasi dan
transaksi dalam pengurusan tenaga kerja. Untuk merapatkan lagi jurang antara pengurusan dan
pelaksana, pelajar mencadangkan peningkatan kekerapan walk-around di pejabat dan
bimbingan personal kepada staf. Pelajar juga mencadangkan agar pentadbiran dapat
menekankan lagi aspek pencapaian di tempat kerja bagi menampung budaya santai yang wujud
supaya ianya tidak memberi kesan negatif yang signifakan kepada organisasi.

5.3.2 Terhadap Pembangunan Diri Pelajar (Kebolehpasaran)

Bagi aspek pembangunan diri, pelajar perlu meningkatkan kebolehpasaran diri supaya dapat
memenuhi keperluan organisasi serta pelajar mampu bersaing mendapatkan tempat di pasaran
semasa. Kebolehpasaran dapat ditingkatkan melalui peningkatan tiga aspek utama iaitu
pengetahuan dan kebolehan. Bagi meningkatkan pengetahuan, pelajar perlu menambah
pengetahuan yang lebih dalam bidang Psikologi Industri dan Organisasi terutama sekali
41

pengetahuan bersifat praktikal dan hands-on. Selain itu, pelajar juga perlu memperkukuhkan
pengetahuan yang sedia ada berkaitan bidang ini seperti pengetahuan mendalam mengenai
teori-teori psikologi serta statistik. Bagi aspek kebolehan pula, pelajar perlu mengasah lagi
kebolehan komunikasi di tempat kerja. Komunikasi dan hubungan dengan rakan sekerja yang
rapat dapat memberi sebuah lonjakan yang hebat buat graduan mahasiswa dalam langkah
mencapai kejayaan dan melakar legasi. Pelajar juga perlu menekankan aspek inovatif dan
kreatif dalam penyelesaian masalah dan keluar daripada kerangka pemikiran lama dalam
menghadapi sebarang permasalahan dan isu-isu. Selain dua aspek utama iaitu pengetahuan dan
kebolehan, pelajar juga perlu mempunyai resilien dan ketahanan emosi dalam mendepani
cabaran dan realiti di tempat kerja sebenar nanti. Ketahanan emosi yang kuat adalah penting
dalam usaha terus kekal dalam landasan mencapai objektif dan matlamat dalam hidup.

5.4 HASIL PEMBELAJARAN PRAKTIKUM

Sepanjang menjalani latihan praktikum di Pusat Pembangunan Profesionalisme dan


Kepimpinan (Profesional-UKM), pelajar dapat menimba banyak pengalaman dan pedoman
melalui aktiviti dan program yang dianjurkan serta tugasan dan kerja yang diberikan. Pelajar
dapat melihat proses perancangan dan pelaksanaan program kursus latihan staf serta
berperanan sebagai petugas, AJK dan pengacara majlis. Pelajar juga dapat melihat dinamik
kerja yang wujud di dalam Profesional-UKM melalui cara kerja dan budaya yang wujud di
sana. Pelajar juga mempelajari pelbagai aspek manusiawi dalam berurusan dengan rakan
sekerja dan pihak atasan Profesional-UKM. Pelajar dapat menimba pengetahuan dan
pengalaman sewaktu terlibat secara langsung dalam proses tinjauan semula polisi kenaikan
pangkat. Antara program-program yang telah disertai oleh pelajar sepanjang tempoh latihan
praktikum di Profesional-UKM adalah seperti dalam Jadual 5.1.

Jadual 5.2: Senarai Program Yang Pernah Disertai Oleh Pelajar Sepanjang Tempoh Latihan Praktikum
Bil. Nama Program Tarikh
1. Acara mingguan setiap
Acara Senamrobik bersama staf-staf Profesional-UKM
hari Rabu

2. Acara bulanan setiap


Bacaan surah Yasin dan tazkirah ringkas minggu keempat hari
Jumaat
42

3.
Pertandingan Tenpin Bowling bersama seluruh staf Profesional-UKM
6 September 2019
termasuk staf daripada Tanjung Karang

4.
Program latihan Multimedia Camtasia dan Powtoon di Institut Islam
12 September 2019
Hadhari

5.
Kursus Latihan Enhancing Communication Style (ECOMS) di Pusat
24 - 26 September 2019
Latihan UKM, Tanjung Karang

6.
Program Jati Diri (PJD) Siri 03 di sekitar kampus UKM Bangi 2 Oktober 2019

7. Majlis Sambutan Serahan Tugas Dr Zulkafli Amat sebagai Timbalan


8 Oktober 2019
Pengarah (Pembangunan Komptensi)

8. Program Transformasi Minda (PTM) di Pusat Latihan UKM,


14 - 18 Oktober 2019
Tanjung Karang
9. Majlis Syarahan Umum dengan jemputan Dr Izhar Ariff di Auditorium
23 Oktober 2019
Siswazah, UKM Bangi
10. Bengkel MyPortfolio dan Hala Tuju Profesional-UKM di Hotel Puri
24 Oktober 2019
Pujangga, UKM Bangi

11.
Program Gotong Royong Pusat Latihan UKM, Tanjung Karang 11 November 2019

12. Pengendalian Program Pengurusan Stres Get Really Excited About Today
13 November 2019
(GREAT) di Kolej Keris Mas, UKM Bangi
13. Acara Pertandingan Perarakan dan Majlis Kemuncak Maulidur Rasul
18 November 2019
Peringkat UKM di Dewan Canselori Tunku Abd Rahman
14. Acara Penggambaran dan Rakaman Jubli Emas UKM di Arca Gong,
22 November 2019
Dewan Canselori Tunku Abd Rahman.

Program-program dan aktiviti yang dihadiri pelajar sepanjang dua belas (12) minggu
berada di Profesional-UKM telah sedikit sebanyak memberi nilai tambah dalam diri pelajar
untuk meningkatkan lagi pembangunan diri dan kebolehpasaran. Pelajar telah cuba
mengadaptasikan diri ke dalam sesebuah organisasi/institusi baharu dengan cepat dengan
memfokuskan kepada hubungan sesama rakan sekerja dan memahami struktur dan budaya
tempat kerja. Melalui penyertaan mesyuarat mingguan Profesional-UKM, pelajar telah
didedahkan mengenai tatatertib dan tatacara pelaksanaan sesebuah mesyuarat. Selain itu,
pelajar juga mempelajari bagaimana untuk menerapkan sesebuah budaya baharu atau
mengukuhkan budaya sedia ada di tempat kerja. Sepanjang keterlibatan dengan pengurusan
43

Profesional-UKM, pelajar berpeluang melihat bagaimana menguruskan perjalanan rutin harian


sesebuah institusi. Melalui interaksi dan menjadi sukarela, pelajar dapat menimba pengetahuan
mengenai perancangan, pengurusan dan pelaksanaan sesebuah latihan kursus.

Bukan itu sahaja, pelajar juga dapat menjalankan penilaian semula terhadap sesebuah
polisi serta bagaimana mengkritik dan mencadang secara akademik selari dengan keadaan
semasa institusi. Dalam pelaksanaan tugas tersebut, pelajar telah mengemukakan cadangan
menyingkir dan menambah sesebuah item dalam Penilaian Kenaikan Pangkat N48 selari
dengan panduan yang telah dipelajari di dalam bilik kuliah. Pelajar juga berjaya melaksanakan
sebuah program latihan kursus yang dikendalikan sendiri dengan sedikit bantuan oleh staf
pelaksana. Pelajar melalui proses penetapan objektif, perangkaan bentuk program, pengurusan
teknikal program dan akhirnya pengendalian kursus latihan itu sendiri. Seluruh hasil dan
pengalaman berharga yang telah menambah jati diri pelajar selari dengan pemerhatian Klink
dan Streumer (2002) bahawa pelajar-pelajar yang melalui latihan praktikum industri
melaporkan hasil pembelajaran yang signifikan, skil komunikasi mereka berkembang dengan
lebih baik dan menonjolkan perkembangan kendiri yang signifikan.

5.5 KESIMPULAN

Kesimpulannya, latihan praktikum yang telah dijalani oleh pelajar di Pusat Pembangunan
Profesionalisme dan Kepimpinan (Profesional-UKM) telah berjaya memberi hasil
pembelajaran yang penting dalam pembangunan diri pelajar. Walaupun terdapatnya ancaman
yang berlaku dalam organisasi, tetapi pelajar tetap berjaya melaksanakan tugas dengan sedaya
upaya bagi mencapai matlamat yang diberikan dan melaksanakan tugasan khas mengikut
perancangan latihan praktikum. Laporan ini telah menjelaskan segala kerja dan tugasan yang
telah diamanahkan oleh pelajar sepanjang tempoh latihan praktikum. Tugasan-tugasan dan
tanggungjawab yang dilaksanakan oleh pelajar juga telah disenaraikan secara teperinci dalam
laporan ini. Atas sumbangan dan sokongan daripada penyelia organisasi dan penyelia
universiti, pelajar telah memenuhi objektif dan matlamat latihan praktikum. Semoga
sumbangan pelajar kepada bahagian dan organisasi dapat sedikit banyak meninggalkan kesan
positif kepada organisasi. Diharapkan juga Program Sarjana Sains Sosial (Psikologi Industri
dan Organisasi) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus membawa manfaat dan
impak positif kepada pelajar.
44

RUJUKAN

Jamil, N. A., Shariff, S. M., & Abu, Z. (2013). Students’ Practicum Performance of Industrial Internship
Program. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 90, 513–521.
Klink, M.R., dan Streumer, J.N. (2002). Effectiveness of on the job training. Journal of European
Industrial Training, vol. 26. No. 2/3/4, pp. 196-199
Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan. Laman web. http://www.ukm.my/profesional-
ukm/en/. 29 Disember 2019.
Rohany Nasir dan Fatimah Omar (2006). Kesejahteraan Manusia: Perspektif Psikologi. Kajian tekanan
kerja dan kesihatan pekerja. Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.
Sink, D. (2014). Design Models and Learning Theories for Adults. In D. Sink, ASTD handbook: The
Definitive Reference for Training & Development (pp. 181-199). American Society for
Training & Development (ASTD).
Sumathi Renganathan, Zainal Ambri Bin Abdul Karim, Chong Su Li. (2012). "Students’ perception of
industrial internship programme", Education + Training, Vol. 54 Issue: 2/3, pp.180-191
45

LAMPIRAN A

SLAID CERAMAH GREAT


46
47

LAMPIRAN B

SLAID HASIL KAJIAN PENILAIAN 360 DARJAH CALON NAIK PANGKAT N48:
ULASAN DAN CADANGAN
48

LAMPIRAN C

BUKU LOG

You might also like