You are on page 1of 27

UTU

BERSEK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

EDISI KEDUA
Diterbitkan oleh:
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-8312 6666


Faks : 03-8312 6655
Laman Sesawang : http://ipgm.moe.edu.my/

ISSN 2550- XXXX

© Hak Cipta Institut Pendidikan Guru Malaysia 2024

Semua hak cipta terpelihara. Semua petikan daripada penerbitan ini tidak boleh
diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau
disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik,
mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat keizinan daripada
penerbit.

Januari 2024

Edisi Kedua 2024


KANDUNGAN

Muka Surat

Sidang Editorial i

Kata Alu-aluan Rektor IPGM ii

1.0 Pengenalan 1

1.1 Hala Tuju Penyelidikan dan Inovasi IPG 1

1.2 Objektif 1

2.0 Skop 3

3.0 Dokumen Rujukan 3

4.0 Definisi 4

5.0 Strategi Pelaksanaan Dasar Penyelidikan dan 7


Inovasi
5.1 Pemantapan Perancangan dan 7
Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

5.2 Pembangunan Kepakaran Pensyarah 7


dalam Bidang Penyelidikan dan Inovasi

5.3 Pemantapan Pangkalan Data Penyelidikan 8


dan Inovasi

5.4 Peningkatan Kualiti dan 8


Pengantarabangsaan Penyelidikan dan
Inovasi

6.0 Etika Penyelidikan dan Inovasi 9

6.1 Penyelidikan dan Inovasi 9

6.2 Penerbitan 9

6.3 Penyertaan Program 10

6.4 Perundingan 10
6.5 Harta Intelek dan Pengkomersialan 10

7.0 Pengurusan Penyelidikan 11

7.1 Penyelidikan Peringkat Dalaman 11

7.2 Penyelidikan Peringkat Luaran 11

7.3 Garis Panduan Pembentangan Kertas 11


Ilmiah Peringkat Antarabangsa di Dalam
dan Luar Negara

8.0 Pengurusan Inovasi 12

9.0 Pengurusan Penerbitan Jurnal 12

10.0 Pengurusan Penganjuran Program 12

10.1 Penganjuran Program Peringkat 12


Kampus

10.2 Penganjuran Program Peringkat 14


Kebangsaan

10.3 Penganjuran Program Peringkat 17


Antarabangsa

10.4 Permohonan Kelulusan Penyampai 19


Ucaptama/ Panel/ Penceramah Luar
Negara

10.5 Tatacara Jemputan Perasmi 19

10.5.1 Jemputan Perasmi Program 19


Peringkat Kebangsaan

10.5.2 Jemputan Perasmi Program 20


Peringkat Antarabangsa

10.5.3 Penglibatan Ahli Politik sebagai 20


Perasmi

11.0 Pematuhan 20

12.0 Rumusan 20
SIDANG EDITORIAL

Penaung
Dr. Mohd Azam bin Ahmad
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Penasihat
Dr. Mazlan bin Aris
Timbalan Rektor
Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPGM

Ketua Penggubal
Dr. Syed Ismail bin Syed Mustapa
Ketua Penolong Pengarah Kanan, PPPI, IPGM

Panel Penggubal
Dr. Azahar Bin Aziz (IPGM
Dr. Shamsazila binti Sa’aban (IPGM)
Pn. Salmiah binti Md Salleh (IPGM)
Dr. Suriati binti Sulaiman (IPGKTAA)
Dr. Mohd Mernan bin Talling (IPGKPM)
Dr. Md Daud bin Md Jani (IPGKTI)

i
KATA ALU-ALUAN REKTOR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan hanya kepada-Nya kerana dengan


limpah rahmat dan izin-Nya, buku Dasar Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan
Guru (IPG) edisi kedua berjaya diterbitkan selepas kali pertama diterbitkan pada tahun
2020. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan panel penggubal yang diterajui
oleh Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) dalam menghasilkan dokumen penting ini.

Buku Dasar Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru (IPG) Edisi Kedua ini
telah dikemaskini sepenuhnya selaras dengan perubahan yang signifikan dalam
dasar penyelidikan dan inovasi di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dan IPGM. Buku ini memberi tumpuan kepada dasar-dasar terkini dan hala tuju
penyelidikan dan inovasi IPG sebagai panduan buat semua warga IPG khususnya
dalam melaksanakan penyelidikan dan inovasi.

Para pensyarah khususnya, dan seluruh warga IPG amnya, perlu lebih aktif dan peka
dengan setiap perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan masi kini serta
bersedia meneroka isu-isu semasa yang memerlukan perubahan termasuklah yang
berkaitan pendidikan digital. Usaha ini dapat dituai melalui kolaborasi dan kerjasama
dalam pelbagai bidang penyelidikan dan juga penghasilan jurnal-jurnal berimpak
dengan pelbagai institusi dalam dan luar negara. Buku ini boleh dijadikan panduan
dalam menyemarakkan lagi aktiviti berkaitan dan seterusnya melonjakkan lagi nama
IPG di persada dunia.

Diharapkan buku ini dapat dipatuhi sepenuhnya oleh seluruh warga IPG dalam
merencanakan perancangan, pelaksanaan dan pengurusan penyelidikan dan inovasi,
penganjuran program dan penerbitan jurnal sama ada di peringkat kebangsaan atau
antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

Dr. Mohd Azam bin Ahmad


Rektor, IPGM

ii
1.0 PENGENALAN

Dasar Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru (IPG) merupakan satu
dokumen yang menyediakan panduan dalam pengurusan dan pelaksanaan
penyelidikan dan inovasi kepada warga IPG KPM. Dasar ini menyokong Kluster 3,
Pembudayaan Penyelidikan dan Inovasi, Transformasi Institusi Pendidikan Guru
2016-2025 Edisi Kedua.

1.1 Hala Tuju Penyelidikan dan Inovasi IPG


Hala tuju penyelidikan dan inovasi IPG adalah untuk meningkat dan
memperkasakan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi.
Penyelidikan dan inovasi merupakan sebahagian daripada tugas warga IPG dan
tugas ini perlu diseimbangkan dengan tanggungjawab pengajaran dan
pentadbiran. Penyelidikan dan inovasi yang dijalankan di IPG hendaklah
menghormati nilai dan maruah kemanusiaan serta menjamin kesejahteraan dan
keselamatan negara.
Hala tuju ini boleh dicapai melalui pemantapan perancangan dan
pengurusan penyelidikan, pembangunan kepakaran pensyarah dalam bidang
penyelidikan, pemantapan pangkalan data penyelidikan, dan peningkatan kualiti
dan pengantarabangsaan penyelidikan.

1.2 Objektif
Dasar Penyelidikan dan Inovasi IPG digubal sebagai panduan untuk warga IPG
melaksanakan penyelidikan dan inovasi. Melalui dasar ini, warga IPG akan lebih
jelas tentang peranan dan tanggungjawab mereka dalam membudayakan
penyelidikan dan inovasi. Sehubungan dengan itu, objektif dasar ini adalah
untuk:
1.2.1 Memantapkan perancangan dan pengurusan penyelidikan dan
inovasi dengan;
a. mengupayakan kepimpinan penyelidikan dan inovasi dalam
kalangan pemimpin akademik dan pensyarah IPG;
b. memperkasa dan membudayakan penyelidikan dan inovasi
dalam kalangan warganya; dan menjadikan IPG sebagai

1
pusat rujukan dalam penyelidikan dan inovasi pendidikan
guru.

1.2.2 Membangunkan kepakaran pensyarah dalam bidang penyelidikan


dan inovasi dengan;
a. menggalakkan penglibatan aktif pensyarah dalam
penyelidikan dan inovasi yang berimpak tinggi;
b. menggalakkan penyelidikan yang berorientasikan
kebolehgunaan (applicability) bagi meningkatkan kualiti
pendidikan guru;
c. membudayakan penyelidikan dan inovasi serta
membangunkan prestasi penyelidik yang berdaya saing di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa; dan
d. menyebarluaskan hasil penyelidikan dan inovasi dalam
bentuk penerbitan seperti buku atau artikel/jurnal akademik di
peringkat kebangsaan dan/atau antarabangsa.

1.2.3 Memantapkan pangkalan data penyelidikan dan inovasi dengan;


a. menggalakkan warga IPG menguasai bidang kepakaran
masing-masing melalui penyelidikan yang berfokus; dan
b. menggalakkan penglibatan aktif pensyarah dan pelajar dalam
penghasilan repositori penyelidikan dan inovasi.

1.2.4 Meningkatkan kualiti dan pengantarabangsaan penyelidikan dan


inovasi dengan;
a. mempertingkatkan usaha dalam mengurus hak cipta, harta
intelek dan paten hasil penyelidikan dan inovasi;
b. mempergiat dan memperkukuhkan jalinan kerjasama
(universiti, agensi kerajaan, industri, komuniti dan lain-lain)
dalam aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam dan luar negara;
dan
c. memperkasa usaha sama merentasi pelbagai disiplin dan
bidang kepakaran.

2
1.2.5 Memantapkan perancangan dan pengurusan penganjuran
program penyelidikan dan inovasi dengan;
a. menyelaras penganjuran program peringkat kampus,
kebangsaan dan antarabangsa;
b. meningkatkan kualiti pengurusan penganjuran program
penyelidikan dan inovasi; dan
c. menggalakkan penganjuran program secara kolektif melalui
konsep connecting the dots.

2.0 Skop
Dasar ini merangkumi semua hal berkaitan dengan perancangan, pelaksanaan
dan pengurusan aktiviti berikut:
a. Penyelidikan dan Inovasi.
b. Penganjuran Program Penyelidikan dan Inovasi.
c. Penerbitan Jurnal.

3.0 Dokumen Rujukan


3.1 Perancangan Strategik IPG KPM.
3.2 Manual EOMS IPG KPM (IPG KPM-PPK-MK-01).
3.3 Kompilasi Dasar Operasi Institut Pendidikan Guru
3.4 Dasar Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru.
3.5 Garis Panduan Penerbitan Jurnal Ilmiah Malaysia, Pusat Sitasi Malaysia
2018.
3.6 Pekeliling, surat pekeliling, garis panduan dan dasar-dasar yang
berkaitan.
3.7 Buku Transformasi IPG (2016-2025)
3.8 Buku Transformasi IPG (2016-2025), Edisi Kedua.
3.9 Dasar Operasi Institut Pendidikan Guru.
3.10 Dasar Operasi Pusat Pembangunan Latihan.
3.11 Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar.
3.12 Garis Panduan Pelaksanaan Program Kerjasama IPG KPM.
3.13 Garis Panduan Pembentangan Kertas Ilmiah Peringkat Antarabangsa di
Dalam dan Luar Negara

3
4.0 Definisi

4.1 IPG KPM merujuk kepada IPGM, IPG dan ELTC.

4.2 Penyelidikan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan oleh penyelidik


secara sistematik, saintifik dan berdisiplin sama ada untuk menghasilkan
ilmu baharu atau mengembangkan ilmu sedia ada.

4.2.1 Penyelidikan Peringkat Dalaman merujuk kepada penyelidikan


yang hanya melibatkan penyelidik/peserta/responden IPG KPM.

4.2.2 Penyelidikan Peringkat Luaran merujuk kepada penyelidikan yang


melibatkan penyelidik/peserta/responden kajian dari luar IPG KPM
(contoh: pensyarah IAB/Matrikulasi/universiti, pegawai Bahagian
KPM, pegawai JPN/PPD, guru sekolah, pegawai kementerian selain
KPM dan kakitangan sektor swasta).

4.3 Inovasi merujuk kepada pembaharuan, modifikasi, atau menambahbaik


idea dalam bentuk produk, perkhidmatan, proses, atau kaedah bagi
meningkatkan kecekapan pengurusan dan keberkesanan penyampaian
pendidikan.

4.4 Penerbitan Jurnal merujuk kepada penerbitan yang mengandungi artikel


ilmiah yang ditulis oleh sarjana, profesional dan pakar dalam bidang
masing-masing dan diterbitkan oleh IPG KPM secara berkala.

4.5 Penyelidik merujuk kepada pentadbir/pensyarah/pegawai pengurusan


IPG KPM yang menjalankan penyelidikan secara individu atau
berkumpulan. Maksimum ahli pasukan penyelidik adalah seramai lima (5)
orang termasuk ketua penyelidik.

4.6 Pereka cipta merujuk kepada pentadbir/pensyarah/pegawai pengurusan


IPG KPM yang menghasilkan inovasi secara individu atau berkumpulan.
Maksimum ahli pasukan pereka cipta adalah seramai lima (5) orang
termasuk ketua penyelidik.

4
4.7 Ketua Jabatan, Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
merujuk kepada Ketua Jabatan yang menyelaras semua aktiviti
penyelidikan, inovasi dan penerbitan di IPG KPM.

4.8 Harta Intelek merujuk kepada mana-mana karya, ciptaan dan rekaan yang
dilindungi oleh undang-undang Malaysia termasuk penemuan yang boleh
dipatenkan, hak cipta (copyright), reka bentuk perindustrian (industrial
design), cap dagangan (trademark) dan petunjuk geografi (geographical
indication).

4.9 Pengurus Jurnal merujuk kepada pensyarah/pegawai yang menyelaras


penerbitan jurnal di IPG KPM.

4.10 Penganjuran Program merujuk kepada penganjuran seminar, kolokium,


simposium, persidangan, konvensyen penyelidikan dan pertandingan
inovasi.

4.10.1 Peringkat Kampus merujuk kepada program yang melibatkan


warga IPG kampus masing-masing atau warga KPM dalam
daerah/ negeri IPG berkenaan.

4.10.2 Peringkat Kebangsaan merujuk kepada program yang melibatkan


peserta daripada pelbagai negeri dalam negara.

4.10.3 Peringkat Antarabangsa merujuk kepada program yang


melibatkan peserta daripada pelbagai negara.

4.11 Warga IPG KPM merujuk kepada pengurusan tertinggi, ketua-ketua


jabatan/unit, pensyarah akademik, pegawai pengurusan, anggota khidmat
pengurusan (AKP) dan pelajar.

4.12 Pelajar merujuk kepada pelajar yang berdaftar dan mengikuti kursus di IPG
secara sepenuh masa termasuk mod Kursus Dalam Cuti (KDC).

4.13 Pengurusan Tertinggi KPM merujuk kepada Ketua Setiausaha (KSU)


KPM, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) dan Timbalan Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia (TKPPM).

5
4.14 Pengurusan Atasan IPGM (PA IPGM) merujuk kepada Rektor dan
Timbalan Rektor Kanan.

4.15 Pengurusan Atasan IPG/ELTC (PA IPG/ELTC) merujuk kepada


Pengarah dan Timbalan Pengarah.

4.16 Pengurusan Tertinggi IPGM merujuk kepada Rektor, Timbalan Rektor


Kanan, semua Timbalan Rektor dan Pendaftar.

4.17 Implikasi Kewangan merujuk kepada penganjuran program yang


melibatkan perbelanjaan daripada pelbagai sumber seperti tajaan, kutipan
yuran dan wang Anggaran Belanja Mengurus (ABM).

4.18 Institusi Luar merujuk kepada alumni, universiti awam, universiti swasta,
badan berkanun dan badan bukan kerajaan (NGO).

4.19 Penganjur Utama merujuk kepada IPG/ELTC yang menjadi pengelola


utama program.

4.20 Penganjur Bersama merujuk kepada IPG/ELTC yang menjadi pengelola


bersama penganjuran program.

4.21 Berimpak merujuk kepada hasil yang memberi pulangan kepada


Transformasi IPG, penarafan, peningkatan amalan profesionalisme,
kemenjadian warga dan kebolehpasaran produk selaras dengan misi dan
visi IPG.

6
5.0 STRATEGI PELAKSANAAN DASAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI

IPG melaksanakan dasar penyelidikan dan inovasi berdasarkan strategi berikut:

5.1 Pemantapan Perancangan dan Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi


Memperkasa Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi di IPG
sebagai peneraju perkembangan penyelidikan dan inovasi yang dinamik
dalam;
a. merancang pelan strategik bertujuan memantapkan
perkhidmatan rundingan kepada pelbagai institusi pendidikan
dan badan-badan profesional;
b. menyedia, mengurus dan menyenggara infrastruktur dan
infostruktur berkaitan dengan penyelidikan dan inovasi;
c. menyedia dan mengurus dana penyelidikan dan inovasi;
d. menyedia sumber manusia yang mencukupi dan terlatih bagi
menggalakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi;
e. menggalakkan warga IPG mengambil bahagian dalam
penyelidikan dan inovasi secara berkumpulan bagi kelestarian
penyelidikan dan penggunaan sumber yang optimum; dan
f. menggalakkan hasil penyelidikan diterjemahkan kepada dasar
dan menambah baik amalan organisasi.

5.2 Pembangunan Kepakaran Pensyarah dalam Bidang Penyelidikan dan


Inovasi
Meningkatkan kepakaran pensyarah dalam bidang penyelidikan dan
inovasi dengan;
a. mengadakan bengkel/seminar/persidangan bertujuan memberi
pendedahan kepada warga IPG aspek yang berkaitan dengan
perundingan, komersialisasi, harta intelek serta pemindahan
teknologi;
b. mengiktiraf kepakaran penyelidik seperti pelantikan sebagai
penyunting jurnal, pemeriksa luar, panel pakar dan perunding;
c. menyediakan wadah yang bersesuaian untuk penerbitan bahan yang
berwasit;

7
d. merangka strategi untuk memastikan peningkatan bilangan artikel
yang diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi;
e. menawarkan peluang dan memberi sokongan kepada penyelidik IPG
dan penyelidik luar yang berwibawa (outstanding) untuk menjalankan
penyelidikan terpilih di IPG;
f. menggalakkan pendaftaran hak harta intelek dan dokumentasi dalam
bentuk paten, hak cipta (copyright), reka bentuk perindustrian
(industrial design), cap dagangan (trademark) dan petunjuk geografi
(geographical indication); dan
g. menggalakkan pengkomersialan penemuan penyelidikan dan
teknologi yang dibangunkan di IPG.

5.3 Pemantapan Pangkalan Data Penyelidikan dan Inovasi


Memantapkan pangkalan data penyelidikan dan inovasi warga IPG
dengan;
a. memberi pengiktirafan kepada warga IPG yang cemerlang dalam
penyelidikan dan inovasi di dalam dan luar negara;
b. mengenal pasti kekuatan kepakaran warga IPG dalam penyelidikan
dan inovasi bagi mengembangkan bidang tersebut;
c. mengenal pasti dan menyokong perkembangan kepakaran dalam
bidang kebitaraan (niche areas) dan penerokaan bidang-bidang
baharu; dan
d. mewujudkan pelapis dalam kalangan pensyarah bagi memastikan
kesinambungan dan memantapkan kumpulan kepakaran.

5.4 Peningkatan Kualiti dan Pengantarabangsaan Penyelidikan dan Inovasi


Meningkatkan keunggulan penyelidikan dan inovasi yang berpotensi melalui
akses yang lebih luas kepada sumber ilmu dengan;
a. memastikan semua penyelidikan dan inovasi yang dijalankan
mematuhi etika penyelidikan yang telah ditetapkan;
b. melantik penilai luar untuk menilai kemajuan dan hasil program-
program penyelidikan dan inovasi warga IPG;
c. membina jaringan dan jalinan dengan pihak yang berkepentingan
(pihak awam, sekolah, universiti, agensi dan lain-lain) bagi tujuan

8
penyelidikan, inovasi, perundingan, pengkomersialan dan
pemindahan teknologi;
d. mempromosikan aktiviti penyelidikan dan inovasi melalui perundingan
dan perkongsian pintar;
e. meningkatkan daya saing global bagi penyelidikan dan inovasi yang
dilaksanakan di IPG; dan
f. menggalakkan persaingan dalam mendapatkan dana penyelidikan
antarabangsa.

6.0 Etika Penyelidikan dan Inovasi


Warga IPG perlu mematuhi etika yang merangkumi aspek penyelidikan, inovasi,
penerbitan, penyertaan program, perundingan, harta intelek, dan pengkomersialan.

6.1 Penyelidikan dan Inovasi


Warga IPG hendaklah jujur daripada aspek berikut:
a) objektif dan perancangan penyelidikan dan inovasi;
b) pengumpulan data;
c) perancangan perbelanjaan penyelidikan dan inovasi;
d) penggunaan peruntukan penyelidikan dan inovasi;
e) pematuhan terma perjanjian bersabit dengan peruntukan yang
diberikan;
f) pematuhan etika keguruan berhubung dengan profesion pendidikan
yang meliputi kerahsiaan serta keselamatan di tempat kerja;
g) penggunaan dana IPG atau dana yang diberi melalui IPG sebagai
projek IPG dan bukan sebagai projek peribadi;
h) pengkomersialan hasil, manuskrip atau produk penyelidikan dan
inovasi; dan
i) pematuhan peraturan yang ditetapkan oleh agensi atau badan yang
menaja projek penyelidikan dan inovasi.

6.2 Penerbitan
a) Memastikan bahan yang ditulis adalah sahih dan benar.
b) Mematuhi etika penulisan akademik.
c) Mematuhi format penulisan yang ditetapkan oleh penerbit.

9
d) Mengelakkan sebarang unsur penciplakan (plagiarism)

6.3 Penyertaan Program


a) Mendapatkan kebenaran daripada pihak IPGM dan KPM sekiranya
menyertai program penyelidikan dan inovasi di luar negara.
b) Menjaga nama baik IPG dan negara ketika berada di luar negara.
c) Memastikan kertas penyelidikan/hasil inovasi dibentangkan dalam
program penyelidikan dan inovasi yang berwibawa dari segi akademik
dan profesionalisme keguruan.
d) Berkongsi ilmu yang diperolehi daripada program penyelidikan dan
inovasi dengan rakan sejawat dan pelajar melalui perbincangan,
pembentangan dalam seminar serta menyediakan laporan dan
sebagainya.

6.4 Perundingan
a) Mematuhi peraturan perundingan yang ditetapkan oleh Pekeliling
Perbendaharaan Malaysia (Kos Perkhidmatan Perunding PK3.2)
yang sedang berkuat kuasa.
b) Memastikan khidmat perundingan tidak mengganggu tugas hakiki di
IPG.
c) Mendapatkan khidmat perundingan pakar berdasarkan keperluan
bidang sendiri atau bidang rakan sejawat.
d) Memberi khidmat perundingan berdasarkan kepakaran sendiri atau
kepakaran bersama rakan sejawat.

6.5 Harta Intelek dan Pengkomersialan


a) Mematuhi peraturan harta intelek dan pengkomersialan yang
ditetapkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang sedang
berkuat kuasa.
b) Memastikan hasil penyelidikan dan inovasi didaftarkan melalui
Perbadanan Harta Intelek Malaysia;

10
7.0 Pengurusan Penyelidikan

7.1 Penyelidikan Peringkat Dalaman dan Luaran


a. Ketua penyelidik perlu memohon kelulusan penyelidikan melalui
sistem eRAS 2.0, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (BPPDP) melalui pautan:
https://eras.moe.gov.my/index.cfm .
b. Ketua Penyelidik perlu memohon kebenaran daripada Rektor IPGM
setelah mendapat kelulusan daripada BPPDP dengan mengisi
Borang Kebenaran Melaksanakan Penyelidikan (LAM-PT-10-01)
secara dalam talian.
c. Ketua penyelidik perlu memohon kebenaran penyelidikan daripada
organisasi yang terlibat dengan kajian sekiranya berkenaan (cth: JPN/
Kolej Matrikulasi).
d. Kajian boleh dilaksanakan setelah mendapat kelulusan penyelidikan
daripada semua pihak yang terlibat.
e. Ketua Penyelidik perlu mengisi Borang Selesai Pelaksanaan
Penyelidikan (LAM-PT-10-02) secara dalam talian sekurang-
kurangnya satu (1) bulan selepas kajian selesai dilaksanakan.
f. Kajian tindakan tidak perlu memohon melalui sistem eRAS 2.0.

7.2 Garis Panduan Pembentangan Kertas Ilmiah Peringkat Antarabangsa


di Dalam dan Luar Negara

a. Mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu.

b. Mendapatkan kebenaran daripada Rektor IPGM selepas mendapat


kebenaran Ketua Jabatan.

c. Selepas mendapat kelulusan Rektor IPGM, pegawai perlu


mengemukakan borang permohonan melalui borang BPPDP 2(a)
melalui pautan:

https://www.moe.gov.my/muat-turun/borang/penyelidik atau kod QR:

11
d. Pegawai perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh
pihak BPPDP.

e. Pegawai perlu mengemukakan permohonan cuti keluar negara secara


rasmi untuk tujuan pembentangan kertas ilmiah sekurang-kurangnya
90 hari sebelum tarikh pembentangan.

8.0 Pengurusan Inovasi


a. Ketua pereka cipta dan ahli kumpulan perlu merancang dengan teliti
sebelum menghasilkan sesuatu inovasi.
b. Ketua pereka cipta perlu mengisi Borang Selesai Penghasilan Inovasi
(LAM-PT-10-03) secara dalam talian sekurang-kurangnya satu (1) bulan
selepas inovasi selesai dihasilkan.

9.0 Pengurusan Penerbitan Jurnal


a. Pengurus jurnal perlu membuat hebahan sumbangan artikel jurnal.
b. Pengurus jurnal menerima artikel jurnal.
c. Pengurus jurnal melantik panel penilai dalam dan penilai luar.
d. Pengurus jurnal mengurus penilaian artikel oleh panel penilai
e. Editor mengurus pembetulan/ penambahbaikan artikel jurnal.
f. Pengurus jurnal dan editor mengurus penyuntingan jurnal.
g. Pengurus jurnal menerbitkan jurnal.
h. Pengurus jurnal mengisi Borang Penerbitan Jurnal (LAM-PT-10-05) secara
dalam talian sekurang-kurangnya satu (1) bulan selepas jurnal diterbitkan.

10.0 Pengurusan Penganjuran Program


10.1 Penganjuran Program Peringkat Kampus

a. Penganjuran program peringkat kampus dilaksanakan berdasarkan


Dokumen Prosedur Teras Pengurusan Penyelidikan, Inovasi dan

12
Penerbitan IPG KPM-EOMS-PT-10.

b. Penetapan tema dan sub tema program adalah berdasarkan Tier IPG
kampus berkenaan.

c. Penganjur perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap program


yang dianjurkan.

d. Penganjur perlu menyedia dan membentangkan kertas cadangan di


peringkat kampus.

e. Penganjuran program yang melibatkan jemputan penceramah dalam


negara selain warga KPM perlu melalui tapisan Menteri Pendidikan.
Pihak penganjur perlu mengemukakan senarai nama penceramah,
institusi dan curriculum vitae penceramah berkenaan kepada IPGM.

f. Penganjuran program yang melibatkan jemputan penceramah luar


negara perlu melepasi tapisan keselamatan oleh pihak Kementerian
Dalam Negeri (KDN).

g. Perasmi bagi program peringkat kampus adalah Pengarah IPG/ELTC.


Jemputan perasmi luar adalah tertakluk kepada perkara 10.5 dalam
Tatacara Jemputan Perasmi.

h. Penganjur perlu mengisi Borang Selesai Penganjuran Program (LAM-


PT-10-04) dalam tempoh satu (1) bulan setelah program selesai
dilaksanakan.

i. Penganjuran program peringkat kampus yang diterajui oleh agensi


luar dengan kerjasama IPG perlu mendapat kebenaran Rektor IPGM.
Agensi berkenaan perlu menghantar surat permohonan kebenaran
menjalankan program sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum
tarikh pelaksanaan.

10.1.1 Penganjuran Program Peringkat Kampus Tanpa Implikasi


Kewangan
a. Penganjuran program yang tidak melibatkan implikasi
kewangan perlu mendapat kelulusan Pengarah IPG/ELTC
sahaja.

13
b. Surat pemakluman penganjuran program perlu dihantar
kepada Rektor IPGM sekurang-kurangnya tiga (3) bulan
sebelum tarikh pelaksanaan.
c. Hebahan berkaitan program hendaklah dibuat selepas
mendapat kelulusan Pengarah IPG/ELTC.

10.1.2 Penganjuran Program Peringkat Kampus dengan Implikasi


Kewangan
a. Penganjur perlu menyediakan kertas cadangan
penganjuran program.
b. Semua kertas cadangan penganjuran program perlu
dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Profesional,
Pengurusan dan Pentadbiran (MPPP) IPG.
c. Kertas cadangan penganjuran program yang melibatkan
wang ABM IPG perlu mendapatkan kelulusan Pengarah
IPG/ELTC sahaja.
d. Penganjuran program peringkat kampus yang ingin
memohon tajaan Yayasan Guru Tun Hussein Onn
(YGTHO) perlu mendapatkan kelulusan MPT IPGM.
e. Penganjuran program peringkat kampus yang melibatkan
kutipan yuran adalah TIDAK DIBENARKAN.
f. Hebahan berkaitan program hendaklah dibuat selepas
mendapat kelulusan Pengarah IPG/ELTC.

10.2 Penganjuran Program Peringkat Kebangsaan


a. Penganjuran program peringkat kebangsaan hendaklah dilaksanakan
mengikut zon berdasarkan Dokumen Prosedur Teras Pengurusan
Penyelidikan, Inovasi dan Penerbitan IPG KPM-EOMS-PT-10.
b. Penetapan tema dan sub tema program adalah berdasarkan Tier IPG
penganjur utama dan IPG zon yang berkenaan.
c. Penganjur perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap program
yang dianjurkan.
d. Penganjur perlu menyedia dan membentangkan kertas cadangan di

14
peringkat IPGM.
e. Penganjuran program yang melibatkan jemputan penceramah dalam
negara selain warga KPM perlu melalui tapisan Menteri Pendidikan.
Pihak penganjur perlu mengemukakan senarai nama penceramah,
institusi dan curriculum vitae penceramah berkenaan kepada IPGM.
f. Penganjuran program yang melibatkan jemputan penceramah luar
negara perlu melepasi tapisan keselamatan oleh pihak Kementerian
Dalam Negeri (KDN).
g. Perasmi bagi program peringkat kebangsaan adalah Rektor IPGM
dan tertakluk kepada perkara 10.5 dalam Tatacara Jemputan
Perasmi.
h. Penganjur perlu mengisi Borang Selesai Penganjuran Program (LAM-
PT-10-04) dalam tempoh satu (1) bulan setelah program selesai
dilaksanakan.
i. Penganjuran program peringkat kebangsaan yang diterajui oleh
agensi luar dengan kerjasama IPG KPM perlu mendapat kebenaran
Rektor IPGM. Agensi berkenaan perlu menghantar surat permohonan
kebenaran menjalankan program sekurang-kurangnya tiga (3) bulan
sebelum tarikh pelaksanaan.

10.2.1 Penganjuran Program Peringkat Kebangsaan Tanpa


Implikasi Kewangan
a. Penganjuran program yang tidak melibatkan implikasi
kewangan perlu mendapat kelulusan Pengarah IPG/ELTC
sahaja.
b. Surat pemakluman penganjuran program perlu dihantar
kepada Rektor IPGM sekurang-kurangnya tiga (3) bulan
sebelum tarikh pelaksanaan.
c. Hebahan berkaitan program hendaklah dibuat selepas
mendapat kelulusan Pengarah IPG/ELTC.

15
10.2.2 Penganjuran Program Peringkat Kebangsaan dengan
Implikasi Kewangan
a. Penganjur utama perlu menyediakan kertas cadangan
penganjuran program.
b. Penganjur utama program perlu mendapatkan kelulusan
Pengarah IPG/ELTC penganjur utama.
c. Semua kertas cadangan penganjuran program perlu
dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Pemantapan Kualiti (MJPK) IPGM dan Mesyuarat
Pengurusan Tertinggi (MPT) IPGM sekurang-kurangnya
lapan (8) bulan sebelum persidangan dilaksanakan.
d. Kertas cadangan penganjuran program yang melibatkan
wang ABM perlu mendapatkan kelulusan Rektor sahaja.
e. Kertas cadangan penganjuran program yang melibatkan
tajaan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) perlu
dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Pemantapan Kualiti (MJPK) KPM, Mesyuarat Profesional
(MPKPM), Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) KPM
dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Penilaian
Bantuan YGTHO.
f. Kertas cadangan penganjuran program yang melibatkan
kutipan yuran perlu dibentang dan diluluskan dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kualiti (MJPK)
KPM, Mesyuarat Profesional KPM dan Mesyuarat
Pengurusan Tertinggi (MPT) KPM.
g. Kadar yuran dan kaedah kutipan bagi program peringkat
kebangsaan adalah di bawah tanggungjawab penganjur.
h. Hebahan berkaitan program hendaklah dibuat selepas
mendapat kelulusan Rektor IPGM/ Pengurusan Tertinggi
KPM.

16
10.3 Penganjuran Program Peringkat Antarabangsa
a. Penganjuran program peringkat antarabangsa diterajui oleh IPGM
bersama-sama IPG mengikut zon secara bergilir di bawah jenama
International Conference on Teacher Learning and Development
(ICTLD) dan Persidangan Antarabangsa Minda Inovasi Dinamik
(i-MInD).
b. Penganjuran selain daripada perkara 10.3 (a) adalah TIDAK
DIBENARKAN.
c. Penetapan tema dan sub tema persidangan adalah berdasarkan
trenda pendidikan semasa.
d. Penganjur perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap program
yang dianjurkan.
e. Penganjur perlu menyedia dan membentangkan kertas cadangan di
peringkat IPGM.
f. Penganjuran program yang melibatkan jemputan penceramah dalam
negara selain warga KPM perlu melalui tapisan Menteri Pendidikan.
Pihak penganjur perlu mengemukakan senarai nama penceramah,
institusi dan curriculum vitae penceramah berkenaan kepada IPGM.
g. Jemputan penceramah dalam negara perlu melibatkan sekurang-
kurangnya seorang warga IPG.
h. Penganjuran program yang melibatkan jemputan penceramah luar
negara perlu melepasi tapisan keselamatan oleh pihak Kementerian
Dalam Negeri (KDN).
i. Perasmi bagi program peringkat antarabangsa adalah Menteri
Pendidikan atau Pengurusan Tertinggi KPM dan tertakluk kepada
perkara 10.5 dalam Tatacara Jemputan Perasmi.
j. Penganjur perlu mengisi Borang Selesai Penganjuran Program (LAM-
PT-10-04) dalam tempoh satu (1) bulan setelah program selesai
dilaksanakan.
k. Penganjuran program peringkat antarabangsa yang diterajui oleh
agensi luar dengan kerjasama IPG KPM perlu mendapat kebenaran
Rektor IPGM. Agensi berkenaan perlu menghantar surat permohonan
kebenaran menjalankan program sekurang-kurangnya tiga (3) bulan
sebelum tarikh pelaksanaan.

17
10.3.1 Penganjuran Program Peringkat Antarabangsa Tanpa
Implikasi Kewangan
a. Penganjuran program yang tidak melibatkan implikasi
kewangan perlu mendapat kelulusan Rektor IPGM sahaja.
b. Hebahan berkaitan program hendaklah dibuat selepas
mendapat kelulusan Rektor IPGM.

10.3.2 Penganjuran Program Peringkat Antarabangsa dengan


Implikasi Kewangan
a. Penganjur utama perlu menyediakan kertas cadangan
penganjuran program.
b. Penganjur utama program perlu mendapatkan kelulusan
Pengarah IPG/ELTC penganjur utama.
c. Semua kertas cadangan penganjuran program perlu
dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Pemantapan Kualiti (MJPK) IPGM dan Mesyuarat
Pengurusan Tertinggi (MPT) IPGM sekurang-kurangnya
setahun (12 bulan) sebelum tarikh pelaksanaan program.
d. Kertas cadangan penganjuran program yang melibatkan
wang ABM perlu mendapatkan kelulusan Rektor sahaja.
e. Kertas cadangan penganjuran program yang melibatkan
tajaan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) perlu
dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Pemantapan Kualiti (MJPK) KPM, Mesyuarat Profesional
(MPKPM), Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) KPM
dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Penilaian
Bantuan YGTHO.
f. Kertas cadangan penganjuran program yang melibatkan
kutipan yuran perlu dibentang dan diluluskan dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kualiti (MJPK)
KPM, Mesyuarat Profesional KPM dan Mesyuarat
Pengurusan Tertinggi (MPT) KPM.
g. Hebahan berkaitan program hendaklah dibuat selepas

18
mendapat kelulusan Rektor IPGM/ Pengurusan Tertinggi
KPM.
h. Kadar yuran dan kaedah kutipan program peringkat
antarabangsa adalah di bawah tanggungjawab penganjur.

10.4 Permohonan Kelulusan Penyampai Ucaptama/ Panel/


Penceramah Luar Negara

10.4.1 Setiap penyampai ucaptama, panel, dan penceramah luar negara


perlu melalui tapisan keselamatan daripada Kementerian
Dalam Negeri (KDN).
10.4.2 Permohonan perlu dikemukakan kepada IPGM untuk
dipanjangkan kepada KDN sekurang-kurangnya tiga (3) bulan
sebelum tarikh pelaksanaan program.
10.4.3 Dokumen yang perlu dikemukakan kepada KDN adalah seperti
berikut:
i. Nama penuh penyampai ucaptama, panel atau peceramah
luar negara
ii. Nombor pasport
iii. Salinan muka hadapan pasport
iv. Curriculum Vitae/Resume
v. Butiran Program (contoh: atur cara program/poster)

10.5 Tatacara Jemputan Perasmi

10.5.1 Jemputan Perasmi Program Peringkat Kebangsaan


a. Tarikh pelaksanaan program telah dimasukkan dalam
takwim IPGM pada tahun semasa.
b. Teks ucapan perasmian yang lengkap perlu dihantar ke
IPGM untuk semakan sekurang-kurangnya dua (2) bulan
sebelum tarikh pelaksanaan program.
c. Teks ucapan yang disediakan perlu mengikut standard yang
sesuai dengan kedudukan perasmi.
d. Sekiranya ucapan perasmian melibatkan rakaman video,
19
maka urusan rakaman perlu dikendalikan oleh pihak
penganjur sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum tarikh
pelaksanaan program.

10.5.2 Jemputan Perasmi Program Peringkat Antarabangsa


a. Tarikh pelaksanaan program telah dimasukkan dalam takwim
IPGM pada tahun semasa.
b. Teks ucapan perasmian yang lengkap perlu dihantar ke IPGM
untuk semakan sekurang-kurangnya empat (4) bulan
sebelum tarikh pelaksanaan program.
c. Teks ucapan perasmian yang disediakan perlu mengikut
standard yang sesuai dengan kedudukan perasmi.
d. Sekiranya ucapan perasmian melibatkan rakaman video,
maka urusan rakaman perlu dikendalikan oleh pihak
penganjur sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum tarikh
pelaksanaan program.

10.5.3 Penglibatan Ahli Politik sebagai Perasmi


a. Penganjur program perlu mengemukakan justifikasi jemputan
ahli politik sebagai perasmi dalam kertas cadangan.
b. Mohon rujuk pautan https://shorturl.at/wGJM8 berkaitan garis
panduan undangan dan lawatan orang kenamaan dan ahli
politik.
11. PEMATUHAN
Sekiranya penganjur tidak mematuhi ketetapan dalam pengurusan
penganjuran program, pihak IPGM berhak menolak dan tidak meluluskan
permohonan penganjuran program.

12.0 RUMUSAN
a. Dasar ini perlu dibaca bersama-sama dengan dokumen rujukan berkaitan.
b. Dasar ini perlu menjadi rujukan utama semua warga IPG KPM dalam
perancangan, pelaksanaan dan pengurusan penyelidikan dan inovasi,
penganjuran program dan penerbitan jurnal sama ada di peringkat
kebangsaan atau antarabangsa.

20
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Institut Pendidikan Guru Malaysia


Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
Malaysia

You might also like