You are on page 1of 71

010329-04-0040

KESETIAAN PENGGUNA TERHADAP TELEFON PINTAR JENAMA


APPLE DALAM KALANGAN PENDUDUK DI TAMAN TASIK UTAMA,
AYER KEROH, MELAKA

ABSTRAK

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis telefon pintar jenama
Apple yang digunakan oleh penduduk di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka
dan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan pengguna tehadap telefon
pintar jenama Apple dalam kalangan penduduk di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh,
Melaka. Kaedah kajian yang digunakan ialah soal selidik, temu bual, dan rujukan.
Sampel kajian terdiri daripada 30 orang responden dan 3 orang informan yang dipilih
daripada penduduk di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa paling tinggi responden memilih (iPhone 5, iPhone 5c dan
iPhone 5s) dan (iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 6s dan iPhone 6s Plus) dalam jenis-
jenis telefon pintar jenama Apple yang digunakan oleh responden serta kualiti kamera
yang terbaik sebagai faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan pengguna tehadap
telefon pintar jenama Apple. Kesimpulannya, banyak jenis-jenis telefon pintar jenama
Apple yang digunakan oleh penduduk di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka
dan terdapat pelbagai faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan mereka tehadap
telefon pintar jenama Apple.

i
010329-04-0040

KANDUNGAN

Kandungan
Perkara Muka Surat
Abstrak i
Kandungan ii
Penghargaan iii
1.0 Pengenalan 1
2.0 Objektif Kajian 7
3.0 Lokasi Kajian 8
4.0 Metodologi Kajian
4.1 Reka Bentuk Kajian 11
4.2 Instrumen Kajian 11
4.2.1 Borang Soal Selidik 12
4.2.2 Skrip Temu Bual 12
4.2.3 Rujukan 13
4.3 Cara Mendapatkan Responden 13
4.4 Prosedur Mengumpul Data 13
4.4.1 Sumber Primer 14
4.4.2 Sumber Sekunder 14
4.4.2.1 Rujukan 14
4.5 Cara Menganalisis Data 15
4.6 Cara Mempersembahkan Data 16
5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan
5.1 Demografi Responden 17
5.2 Mengenal pasti jenis-jenis telefon pintar jenama Apple yang 26
digunakan oleh penduduk di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh,
Melaka.
5.3 Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan 37
pengguna tehadap telefon pintar jenama Apple dalam kalangan
penduduk di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.
6.0 Rumusan/Kesimpulan 53
7.0 Rujukan 55
8.0 Lampiran 59

ii
010329-04-0040

PENGHARGAAN

Di sini, pengkaji ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima


kasih kepada kedua-dua ibu bapa pengkaji, iaitu Encik Rosslan bin Mahat dan Puan
Andi Anggeriani binti Andi Asri kerana banyak mendorong, membantu dan
menyokong anak mereka dalam melaksanakan kerja kursus Pengajian Am Kertas 4
(900/4) Semester 2 Tahun 2021 yang bertajuk “Kesetiaan Pengguna Terhadap Telefon
Pintar Jenama Apple Dalam Kalangan Penduduk di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh,
Melaka”. Contohnya, mereka banyak memberi segala bantuan kewangan dan
peralatan seperti komputer riba dan alat tulis untuk pengkaji memudahkan segala
urusan untuk menyiapkan projek yang diberikan. Oleh itu, projek ini tidak akan siap
dengan sempurna jika tiada bantuan dari mereka.

Seterusnya, ribuan terima kasih kepada guru Pengajian Am pengkaji iaitu


Puan Farah Amaneena Binti Abdul Rahman. Beliau telah banyak mengorbankan masa
beliau di rumah dan di sekolah demi membantu setiap pelajarnya dari awal
sehinggalah proses menyempurnakan projek ini. Beliau telah membimbing, memberi
nasihat dan tunjuk ajar tentang perkara yang pengkaji perlu lakukan untuk
melaksanakan projek ini dengan sempurna. Tanpa beliau juga setiap pelajar tidak
dapat menyiapkan projek ini dengan begitu baik sekali.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih diberikan kepada pihak sekolah dan rakan
sekelas pengkaji yang secara langsung dan tidak langsung membantu pengkaji sedikit
sebanyak dalam menyempurnakan projek ini.

Pengkaji ingin memberikan sepenuh penghargaan kepada semua responden


dan informan yang terlibat dalam pelaksanaan kerja kursus ini kerana sudi
meluangkan masa untuk mengisi soal selidik di “Google Form” yang disediakan dan
ditemu bual. Segala maklumat yang diberikan oleh mereka telah pengkaji gunakan
dengan sebaiknya yang amat membantu pengkaji dalam menyiapkan projek ini

iii
010329-04-0040

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, “kesetiaan”


bermaksud keteguhan hati. Dari sebuah laman sesawang ms.jodoinstitute.com yang
bertajuk “Kesetiaan” menyatakan bahawa istilah setia adalah kata sifat yang
digunakan untuk mengenal pasti individu yang setia berdasarkan tindakan atau
tingkah lakunya.

Seterusnya, menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat juga,
“telefon bimbit” didefinisikan sebagai telefon mudah alih tanpa wayar yang berfungsi
dengan menggunakan isyarat gelombang. Berdasarkan sebuah artikel yang ditulis oleh
Zakwan Zakariah yang bertajuk “Smartphone? MobilePhone?” dari laman sesawang
Mention Online menyatakan bahawa istilah “telefon bimbit” juga merupakan peranti
elektronik mudah alih yang digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data
melalui jaringan stesen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Sebagai tambahan,
“telefon bimbit” kini mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, seperti Perkhidmatan
Pesanan Ringkas, (Short Message Service – SMS) bagi perutusan teks, e-mel,
permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan
Multimedia (Multimedia Messaging Service Human – MMSH) bagi menghantar dan
menerima gambar serta video.

Menurut sebuah artikel oleh Robert Longley yang bertajuk “Biografi


Alexander Graham Bell, Pencipta Telefon” dari laman sesawang greelane.com secara
tradisinya, sejarah telefon dikaitkan dengan nama Alexander Graham Bell iaitu
pencipta telefon yang pertama di Amerika yang berasal dari Scotland. Kajian beliau
mengenai pendengaran dan pertuturan turut mendorong beliau bereksperimen dengan
peranti pendengaran yang akhirnya memuncak dengan kejayaan beliau dikurniakan
paten Amerika Syarikat pertama untuk ciptaan telefon pada tahun 1876.

Pada zaman abad ke-21 ini, telefon bimbit melalui pelbagai reka bentuk. Pada
awalnya, telefon bimbit agak berat dan besar tetapi kini, telefon bimbit atau dikenali
sebagai telefon pintar semakin kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.
Bukan sahaja untuk orang yang bekerja, malah remaja juga kini ramai yang memiliki
telefon pintar tersebut. Menurut kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dari

1
010329-04-0040

laman sesawang rasmi bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia


(Malaysian Communications and Multimedia Commission – MCMC) menyatakan
bahawa hampir 20.5 juta rakyat Malaysia memiliki telefon bimbit. Permintaan yang
tinggi daripada pengguna telah menyebabkan syarikat telekomunikasi prabayar
melebarkan sayap mereka ke pelosok negara.

Menurut Tina Abdullah yang merupakan seorang pelajar Universtiti


Pendidikan Sultan Idris dalam kajian ilmiahnya yang bertajuk “Penggunaan Telefon
Pintar: Suatu Kemudahan atau Kemudaratan” yang diambil oleh pengkaji dari laman
sesawang academia.edu menyatakan bahawa penggunaan telefon pintar semakin
popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Telefon pintar merujuk kepada telefon
bimbit yang mempunyai ciri pengkomputeran maju dan ketersambungan berbanding
dengan telefon bimbit biasa. Menurutnya lagi, telefon pintar membolehkan
penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon
seperti Symbian, Android, iOS atau Windows Phone. Selain itu, telefon pintar juga
menggunakan sistem pengendalian yang menyediakan satu pelantar untuk pembinaan
aplikasi. Antara kebaikan telefon pintar ialah peranti ini boleh dijadikan sebagai alat
yang membolehkan ahli keluarga yang berjauhan berhubung antara satu sama lain.
Perkara ini merupakan tujuan asas pembuatan telefon bimbit yang dijadikan sebagai
alat berkomunikasi sesama manusia tidak kira di mana mereka berada.

Berdasarkan sebuah artikel yang ditulis oleh Aman iaitu seorang bekas pelajar
Universiti Selangor dan Universiti Kebangsaan Malaysia, yang bertajuk “Apple
Mengatasi Samsung Sebagai Jenama Telefon Pintar Terlaris Pada Suku Ke-4 2020”
dari laman sesawang amanz.my menyatakan bahawa Gartner, iaitu pendiri perusahaan
Gartner di Stamford, Amerika Syarikat telah mengeluarkan data berkenaan jualan
telefon pintar pada suku keempat tahun 2020 yang lepas, sekaligus memperlihatkan
lima jenama dengan angka jualan yang paling tinggi. Menerajui tangga teratas
ialah jenama Apple sekaligus mengatasi Samsung yang bertahun-tahun menduduki
tempat teratas. Menurut beliau lagi, Apple berjaya mendapatkan pegangan pasaran
jualan telefon pintar sebanyak 20.8% pada suku ke-4 tahun 2020 yang lepas, dengan
jumlah jualan melangkaui 79 juta peranti.

2
010329-04-0040

Menurut sebuah laman sesawang Cybertukang yang bertajuk “Apple, Syarikat


Produk Elektronik Terbesar Di Dunia” menyatakan bahawa Apple Incorporated ialah
sebuah Syarikat Multinasional (MNC) elektronik yang beribu pejabat di Cupertino,
California, Amerika Syarikat. Apple ialah sebuah syarikat yang mereka bentuk,
membangunkan dan menjual barangan elektronik kepada pengguna, perisian dan juga
perkhidmatan atas talian (online services). Apple kini mempunyai 137,000 orang
pekerja (pada tahun 2019). Menurutnya, syarikat Apple yang diasaskan pada 1 April
1976 oleh tiga orang, iaitu Steve Jobs, Steve Wozniak dan juga Ronald Wayne.
Syarikat ini diasaskan untuk menjual komputer Apple yang direka bentuk dan dibuat
oleh Steve Wozniak. Dalam masa beberapa tahun sahaja, Steve Jobs dan Steve
Wozniak mengambil pekerja tambahan untuk pereka bentuk komputer.

Dari segi produk pula, artikel yang sama juga telah menyatakan bahawa Apple
menghasilkan pelbagai produk elektronik untuk penggunanya. Satu ketika dahulu,
penawaran produk mereka kebanyakannya bersifat perkakasan seperti komputer meja,
komputer riba dan pemain muzik. Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun
kebelakangan ini, mereka meningkatkan penawaran perkhidmatannya. Ada
perkhidmatan yang dapat kita lihat termasuklah iTunes Store, Apple Music, dan
iCloud. Antara senarai produk Apple yang wujud di pasaran ialah iPad, iaitu sebuah
peranti yang mempunyai skrin besar dan direka bentuk untuk interaksi secara
sentuhan dan iPhone iaitu telefon pintar yang pada asalnya bertujuan untuk
menggabungkan fungsi pelayar internet (Safari), pemain muzik (iPod) dan telefon
bimbit. Produk seterusnya ialah iPod iaitu pemain muzik dan video mudah alih,
Macbook iaitu komputer riba, iMac iaitu komputer meja atau dikenali sebagai desktop,
Mac Pro iaitu komputer meja untuk kegunaan profesional, iCloud iaitu perkhidmatan
storan awan (cloud), iOS iaitu sistem operasi, dan iPadOS: Sistem operasi (OS) untuk
peranti iPad.

Menurut Bangsa Daniel yang menulis sebuah artikel dari laman sesawang
eYewated yang bertajuk “Apakah OS iPhone (iOS)?”, iOS adalah sistem operasi
mudah alih Apple yang menjalankan peranti iPhone, iPad, dan iPod Touch. Dalam
istilah yang paling mudah, sistem operasi adalah medium yang ada di antara
pengguna dan peranti fizikal. Sistem pengendalian mudah alih seperti iOS berbeza
dari kebanyakan sistem operasi lain kerana mereka meletakkan setiap aplikasi dalam

3
010329-04-0040

pelindungnya sendiri, yang menyimpan aplikasi lain daripada mengganggu mereka.


Hal ini menjadikan mustahil virus menginfeksi aplikasi pada sistem operasi mudah
alih, walaupun ada bentuk Malware yang lain iaitu suatu program yang dirancang
dengan tujuan untuk merosakkan dengan cara menyusup ke sistem komputer. Apple
tidak mengenakan bayaran untuk kemas kini ke sistem operasi. Apple melancarkan
kemas kini utama ke iOS sekali setahun dengan pengumuman pada persidangan
pemaju Apple pada awal musim panas. Ia diikuti dengan pelepasan pada musim gugur
awal yang ditetapkan untuk bertepatan dengan pengumuman model iPhone dan iPad
terbaru. Siaran percuma ini menambah ciri-ciri utama kepada sistem operasi. Apple
juga mengeluarkan siaran fix bug dan patch keselamatan sepanjang tahun.

Melalui laman sesawang rasmi Apple iaitu apple.com, model yang terkini
pada tahun 2020 iaitu iPhone 12 yang boleh didapatkan di laman tersebut dengan
harga yang bermula dari RM3399. Antaranya ialah harga bagi model iPhone 12 Pro
Max 128GB ialah bermula dari RM5299. Bagi model iPhone 12 Pro, harga bermula
dari storan 128GB ialah RM4899. Seterusnya, model iPhone 12 bermula dengan
storan 64GB ialah RM3899. Dan model yang paling murah antara model iPhone 12
ini ialah iPhone 12 Mini iaitu harganya bermula dengan RM3399 untuk storan 64GB.
Untuk model ini, pengguna diberikan pilihan untuk memilih warna iPhone
12 dengan pilihan warna White, Black, Blue, Green dan (PRODUCT) RED dan
terkini ialah Purple manakala iPhone 12 Pro pula terpapar dengan pilihan warna
Graphite, Silver, Gold dan Pacific Blue.

Kini, orang ramai sudah mengetahui bahawa ketika peranti ikonik milik Apple
iaitu iPhone 12 tidak disertakan palam kuasa termasuk fon telinga sebaliknya hanya
kabel jenis USB-C. Menurut sebuah artikel yang bertajuk “Pembelian iPhone 12
Tidak Lagi Disertakan Palam Kuasa Dan Fon Telinga” oleh Ketua Pengarang iaitu
penulis dari laman sesawang Malaysian Views, menyatakan bahawa langkah itu
sejajar dengan misi syarikat gergasi berkenaan yang mahu menghasilkan peranti lebih
'mesra hijau' serta komitmen Apple kepada peranti lebih mesra kepada alam sekitar.
Apple tidak lagi menyertakan palam kuasa dan fon telinga daripada pek iPhone
mereka dan langkah itu dibuat untuk mengurangkan kadar pengeluaran karbon.
Ketiadaan dua aksesori itu sekali gus mengurangkan saiz kotak untuk pek baharu

4
010329-04-0040

iPhone dan langkah berkenaan dikatakan menjimatkan lebih dua juta tan metrik
pengeluaran karbon secara tahunan.

Menurutnya lagi, Apple sememangnya dilihat sebagai 'pembuat dasar baharu'


untuk industri peranti pintar memandangkan syarikat itu juga yang mula-mula
memperkenalkan telefon bertakuk di bahagian atas sebelum menjadi trend dan diikuti
oleh jenama lain. Maka, tidak hairanlah tidak lama lagi kebanyakan pengeluar telefon
pintar akan mengikut jejak langkah Apple dalam aspek berkenaan. Secara umumnya,
ia mungkin menyulitkan pengguna kerana memerlukan pembelian berasingan bagi
pengguna baharu dan untuk pengguna sedia ada, mereka boleh menggunakan palam
kuasa sebelum ini. Namun, jika dilihat secara saintifik dan berfakta, langkah
berkenaan mempunyai kebaikan jangka panjang termasuk menjimatkan elemen unik
bumi.

Fokus kajian ini adalah untuk meninjau faktor tarikan yang menjadikan
pengguna setia terhadap telefon bimbit jenama Apple. Antara rasional kajian,
pengkaji berharap agar pada masa hadapan terhadap kajian ini, dapat meningkatkan
lagi kualiti pembuatan telefon pintar jenama iPhone iaitu sesuai mengikut citarasa
pengguna.

Gambar 1: Model terikini iPhone 12


Sumber: Google Image

5
010329-04-0040

Gambar 2: Model terkini iPhone 12 Pro Max


Sumber: Google Image

6
010329-04-0040

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah untuk :

2.1 Mengenal pasti jenis-jenis telefon pintar jenama Apple yang digunakan
oleh penduduk di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.

2.2 Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan pengguna tehadap


telefon pintar jenama Apple dalam kalangan penduduk di Taman Tasik Utama,
Ayer Keroh, Melaka.

7
010329-04-0040

3.0 LOKASI KAJIAN

Kajian ini dilakukan di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka

3.1 Peta Negeri Melaka

Peta 1 : Peta Negeri Melaka


Sumber : Google Maps

Negeri Melaka yang dikenali juga sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau
Negeri Hang Tuah merupakan salah satu negeri di Malaysia. Negeri Melaka yang
bersempadankan Negeri Sembilan di utara, Negeri Johor di selatan dan Selat Melaka
di barat merupakan negeri keempat terkecil di Malaysia dengan keluasan 1,650
kilometer persegi. Bilangan penduduk negeri Melaka pada tahun 2020 adalah
dianggarkan sebanyak 932,700 iaitu kedua terkecil di Malaysia pada tangga ke-13 dan
kepadatan penduduk ialah keempat terpadat di Malaysia. Ibu negerinya ialah
Bandaraya Melaka. Walaupun merupakan negeri pertama mengasaskan Kesultanan
Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai
oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri. Pada tahun 2008,
Melaka diisytiharkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural
Organization (UNESCO) sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).

8
010329-04-0040

3.2 Peta Daerah Melaka Tengah

Peta 2: Daerah Melaka Tengah


Sumber : Google Maps

Kini, di negeri Melaka sudah terdapat empat daerah yang menjadikan Masjid
Tanah daerah keempat di Melaka pada 4 Januari 2021 selepas Melaka Tengah, Alor
Gajah dan Jasin. Daerah Melaka Tengah merupakan daerah yang paling maju dan
paling ramai penduduk di negeri Melaka. Keluasan daerah ini ialah seluas
314 kilometer persegi. Di sini terdapat sebuah bandaraya yang dikenali
sebagai Bandaraya Melaka. Bandar-bandar lain adalah seperti Ayer Keroh, Bukit
Baru, Bukit Katil, Batu Berendam dan Banda Hilir yang terdapat di daerah Melaka
Tengah. Pada tahun 2019, dianggarkan bahawa penduduk di daerah tersebut
berjumlah 579 ribu orang. Tumpuan utama ekonomi daerah Melaka ialah
perindustrian. Sektor pertama yang menyumbang kepada ekonomi di Melaka Tengah
ialah sektor perindustrian. Sektor ke dua yang menyumbang kepada ekonomi daerah
Melaka Tengah ialah pelancongan. Pusat pelancongan utama ialah Kompleks Sejarah,
Bukit St Paul, Pusat Pelancongan Ayer Keroh, Pulau Besar dan Bukit Cina. Sektor ke
tiga yang akan menjadi tumpuan pembangunan ekonomi Daerah Melaka Tengah ialah
pertanian.

9
010329-04-0040

3.3 Peta Lokasi Kajian (Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka)

Peta 3: Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka


Sumber: Google Maps

Taman Tasik Utama terletak di Ayer Keroh, Melaka, terdapat dua buah
sekolah iaitu SMK Ayer Keroh dan SK Tun Syed Ahmad Shahabudin. Taman Tasik
Utama juga dikelilingi oleh beberapa kawasan pelancongan yang menarik dan
merupakan antara destinasi utama selain bandar Melaka yang dikunjungi pelancong-
pelancong tidak kira sama ada dari dalam dan luar negara. Contoh yang boleh kita
lihat di peta ialah Zoo Melaka, Taman Seribu Bunga, Taman Burung Melaka dan
Taman Botanikal Melaka. Taman Tasik Utama juga boleh dikatakan kawasan
perumahan yang paling strategik kerana taman tersebut berhampiran dengan semua
perkara berkaitan dengan kehidupan seharian seperti sebuah pasaraya besar iaitu
Mydin MITC Melaka, Poliklinik Komuniti Ayer Keroh yang memberi perkhidmatan
kesihatan kepada penduduk sekitar, Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC)
yang terletak di Ayer Keroh yang menyediakan tempat untuk mengadakan aktiviti
sama ada di peringkat negeri mahupun negara dan Dataran Sejarah pula merupakan
tempat untuk pengunjung bersantai dan mengadakan aktiviti fizikal seperti jogging
dan bermain bola sepak.

10
010329-04-0040

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Bahagian ini membincangkan maksud metodologi, reka bentuk kajian,


instrumen kajian, cara mendapatkan responden, prosedur mengumpul dan cara
menganalisis serta mempersembahkan data. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka Edisi Keempat, metodologi merujuk kepada sistem yang merangkumi kaedah
dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan. Metodologi berasal dari Bahasa
Yunani “metodos” dan “logos”, kata metodos terdiri dari dua suku kata iaitu “metha”
yang bererti melalui atau melewati dan “logos” yang bererti jalan atau cara. Manakala,
metode bererti sesuatu jalan yang dilalui untuk mencapai tujuan.

4.1 Reka Bentuk Kajian

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, reka bentuk kajian didefinisikan


sebagai rancangan, corak atau bentuk yang menunjukkan susunan, struktur atau
aspek-aspek dalam sesuatu proses mengkaji. Antara tujuan menyediakan reka bentuk
kajian adalah untuk menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian. Reka
bentuk kajian dalam penyelidikan ini ialah kajian jenis tinjauan.

4.2 Instrumen Kajian

Instrumen kajian merupakan alat atau cara atau kaedah yang digunakan untuk
melaksanakan proses pengumpulan data bagi sesebuah kajian. Jadi, untuk kajian ini
pengkaji menggunakan borang soal selidik, skrip temu bual dan rujukan untuk
melaksanakan proses mengumpul data.

Kaedah Instrumen Kajian


Soal Selidik Borang Soal Selidik
Temu Bual Skrip Temu Bual (dalam bentuk Google Form)
Rujukan Internet (Artikel dan Kamus)

11
010329-04-0040

4.2.1 Borang Soal Selidik

Instrumen ini di bawah kaedah kuantitatif di mana satu set soalan yang ringkas
dan senang difahami digunakan. Terdapat 3 bahagian dalam borang soal selidik ini
yang perlu dijawab oleh responden. Maklumat yang diberi oleh responden merupakan
maklumat SULIT dan tidak akan tersebar ke mana-mana pihak lain. Soalan dalam
borang ini merupakan soalan jenis tertutup yang menggunakan Skala Nominal dalam
Bahagian A iaitu demografi responden, Skala Guttman dalam soalan Bahagian B dan
Skala Likert dalam soalan Bahagian C. Individu yang membina borang soal selidik
perlulah mempunyai pengetahuan luas supaya soalan yang dibina dapat dipercayai.
Pelaksanaan soal selidik juga memerlukan masa dan pemikiran yang mendalam.
Pengkaji mengedarkan borang soal selidik dengan menggunakan Google Form
melalui aplikasi WhatsApp kerana ketika ini, negara masih berada dalam Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak penyakit Coronavirus Disease 2019
(COVID-19).

4.2.2 Skrip Temu Bual

Kaedah temu bual merupakan kaedah kualitatif informan digunakan bagi


pengumpulan maklumat atau pengumpulan data selain borang soal selidik. Temu bual
dijalankan untuk mendapatkan gambaran sebenar ke atas perkara-perkara yang tidak
boleh diperhatikan melalui pemerhatian. Pengkaji mengemukakan beberapa soalan
untuk dijawab oleh 3 orang informan yang dipilih daripada kalangan penduduk
Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Soalan yang dikemukakan adalah
berdasarkan objektif kajian. Pengkaji menjalankan temu bual ini dengan informan
melalui aplikasi WhatsApp dan pengkaji berbalas mesej bersama informan dengan
menggunakan telefon bimbit.

12
010329-04-0040

4.2.3 Rujukan

Instrumen rujukan utama pengkaji terdiri daripada bahan-bahan ilmiah seperti


sumber internet dan kamus yang berkaitan dengan penggunaan telefon pintar jenama
Apple. Contoh bahan yang dirujuk dari internet ialah artikel, kajian ilmiah dan berita.
Selain itu, untuk mendapatkan maklumat berkaitan kajian yang dijalankan, rujukan ini
juga penting untuk melihat hasil dapatan dahulu.

4.3 Cara Mendapatkan Responden

Kajian ini menggunakan persampelan bukan probabiliti iaitu teknik


persampelan bertujuan untuk menjawab objektif yang diutamakan oleh pengkaji.
Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk di Taman Tasik Utama,
Ayer Keroh, Melaka yang “hanya menggunakan telefon pintar jenama Apple sahaja”
dipilih manakala 3 orang informan yang merupakan penduduk di Taman Tasik
Utama, Ayer Keroh, Melaka yang juga “menggunakan telefon bimbit jenama Apple”.
Pengumpulan data sebegini amat penting kerana setiap responden mempunyai
pandangan yang heterogenus dan tahap kematangan yang berbeza.

4.4 Prosedur Mengumpul Data

Jenis Kaedah Kaedah


Kuantitatif Soal Selidik
Kualitatif Temu Bual dan Rujukan

Pengumpulan data yang dibuat dibahagikan kepada dua iaitu sumber primer
dan sumber sekunder.

13
010329-04-0040

4.4.1 Sumber Primer

Sumber primer didapati dengan cara pengambilan data yang dibuat ketika
berada di kawasan kajian yang diperoleh secara langsung. Sebagai contoh, kaedah
soal selidik telah dijalankan oleh pengkaji. Dalam kajian ini, borang soal selidik
diedarkan melalui Google Form yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas
daripada 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk di Taman Tasik Utama,
Ayer Keroh, Melaka yang hanya menggunakan telefon pintar jenama Apple sahaja
manakala tiga orang informan yang merupakan penduduk di Taman Tasik Utama,
Ayer Keroh, Melaka yang juga menggunakan telefon bimbit jenama Apple. Kaedah
kuantitatif merupakan satu kaedah yang menggunakan analisis statistik. Hal ini lebih
berdasarkan penyelidikan yang dilakukan melalui eksperimental dan data numerikal
yang dipungut dan dianalisis dengan ujian statistik.

4.4.2 Sumber Sekunder

Data sekunder merupakan data yang diperoleh atau dikumpul dan dirujuk oleh
peneliti dari pelbagai sumber yang sedia ada seperti kamus, bahan-bahan daripada
internet dan bahan ilmiah yang lain.

4.4.2.1 Rujukan

Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap sumber dari internet bagi
mendapatkan maklumat berkenaan dengan kesetiaan pengguna terhadap telefon pintar
jenama Apple dalam kalangan penduduk di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.
Pengkaji juga menggunakan internet untuk mencari artikel-artikel yang berkenaan
dengan penggunaan telefon pintar jenama Apple dan sebab pengguna memilih telefon
pintar tersebut berbanding telefon pintar jenama lain.

14
010329-04-0040

4.5 Cara Menganalisis Data

Data yang dikumpulkan telah dianalisis secara deskriptif dalam bentuk


bilangan, min purata dan peratus. Data dianalisis berdasarkan borang soal selidik.
Dalam borang soal selidik, Skala Nominal digunakan dalam Bahagian A untuk
mendapatkan demografi responden.

Skala Guttman digunakan dalam Bahagian B untuk mengenal pasti jenis-jenis


telefon pintar jenama Apple yang digunakan oleh penduduk di Taman Tasik Utama,
Ayer Keroh, Melaka. Terdapat dua pilihan dalam bahagian Skala Guttman iaitu
“Pernah” dan “Tidak Pernah”.

Skala Likert 5 mata pula digunakan dalam Bahagian C untuk mengkaji faktor-
faktor yang mempengaruhi Kesetiaan Pengguna Tehadap Telefon Pintar Jenama
Apple Dalam Kalangan Penduduk di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.
Angka 1 mewakili “Sangat Tidak Setuju”, Angka 2 mewakili “Tidak Setuju”, Angka 3
mewakili “Tidak Pasti”, Angka 4 mewakili “Setuju” dan Angka 5 mewakili “Sangat
Setuju”.

Data yang diperolehi dan diterima daripada responden melalui borang selidik
dianalisis dari segi bilangan, peratus dan min purata yang bersesuaian dengan objektif
kajian.

Jadual di bawah menunjukkan kategori Skala Likert yang diambil kira dalam proses
menganalisis data yang digunakan dalam Bahagian C.

Perkara Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat


Tidak Setuju Pasti Setuju
Setuju
Skor 1 2 3 4 5

15
010329-04-0040

Bagi memudahkan penganalisian data, min purata di dalam Bahagian C, Skala Likert
akan dikategorikan seperti berikut:

Min Purata Tidak Setuju (1-3.09) Setuju (3.1-5.0)


Perkara Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju Setuju Pasti Setuju
Skor 1 2 3 4 5

4.6 Cara Mempersembahkan Data

Data yang diperoleh akan dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf bar dan
carta pai untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

16
010329-04-0040

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menerangkan keputusan analisis dan


berdasarkan tindak balas responden terhadap soal selidik yang telah dijalankan
berkaitan dengan Kesetiaan Pengguna Terhadap Telefon Pintar Jenama Apple Dalam
Kalangan Penduduk di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.

5.1 Demografi Responden

Dalam kajian ini, maklumat responden telah dipilih berdasarkan jantina, umur,
bangsa, jenama telefon pintar yang pernah digunakan sebelum ini dan adakah
responden berpuas hati dengan telefon pintar jenama Apple yang digunakan sekarang.
Maklumat ini dikumpulkan melalui pengedaran melalui Google Form kepada 30
orang responden iaitu merupakan pengguna telefon pintar jenama Apple dalam
kalangan penduduk di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Data yang
dikumpul telah dipersembahkan dalam jadual dan rajah.

5.1.1 Jantina

Jadual 1 : Jantina Responden

BIL. JANTINA BILANGAN (ORANG) PERATUS (%)


1. Lelaki 9 30.00
2. Perempuan 21 70.00
Jumlah 30 100.00
Sumber: Kajian Lapangan 2021

17
010329-04-0040

Petunjuk:

Jumlah: 30 orang

Rajah 1: Jantina Responden


Sumber: Kajian Lapangan 2021

Berdasarkan Jadual 1 dan Rajah 1 di atas, daripada 30 orang responden


tersebut, jantina yang paling tinggi ialah perempuan iaitu seramai 21 orang responden
bersamaan dengan 70.00% manakala yang paling rendah ialah jantina lelaki iaitu
seramai 9 orang responden atau 30% daripada 30 orang responden. Hal ini demikian
menunjukkan kebanyakan pengguna telefon pintar jenama Apple iaitu iPhone terdiri
daripada responden berjantina perempuan di Taman Tasik Utama. Oleh itu, borang
soal selidik banyak diedarkan kepada responden perempuan berbanding dengan lelaki.
Menurut Informan B (rujuk Lampiran 2 Informan B), beliau menyatakan bahawa
beliau suka akan penggunaan telefon pintar jenama Apple kerana beliau gemar
mengambil gambar dalam kuantiti yang banyak dan penghasilan kualiti gambar yang
baik. Maka, iPhone adalah pilihan yang terbaik bagi Informan B kerana iPhone
lengkap dengan spesifikasi yang beliau inginkan seperti storan yang besar iaitu
512GB dan kualiti kamera yang menghasilkan gambar secara natural.

18
010329-04-0040

5.1.2 Umur

Jadual 2: Umur Responden

BIL. UMUR BILANGAN (ORANG) PERATUS (%)


1. 17 - 23 tahun 17 56.67
2. 23 - 30 tahun 8 26.67
3. 31 - 40 tahun 2 6.67
4. 41 tahun dan keatas 3 10.00
JUMLAH 30 100.00
Sumber: Kajian Lapangan 2021

Petunjuk:

Jumlah: 30 orang

Rajah 2: Umur
Sumber: Kajian Lapangan 2021

Berdasarkan Jadual 2 dan Rajah 2 di atas, bilangan responden yang


menggunakan telefon pintar jenama Apple paling tinggi ialah responden yang
berumur 17-23 tahun iaitu seramai 17 orang responden bersamaan dengan 56.67%
manakala paling rendah ialah responden yang berumur 31-40 tahun iaitu seramai 2
orang responden bersamaan 6.67% daripada 30 orang responden. Disebabkan majoriti

19
010329-04-0040

daripada responden yang berumur 17-23 tahun di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh,
Melaka menggunakan telefon pintar iPhone ini adalah kerana mereka ingin mengikut
trend yang terkini. Menurut Moneycompass iaitu seorang penulis artikel di sebuah
laman sesawang Celik Wang yang bertajuk “Faktor-Faktor Yang Membawa
Milenium Untuk Ikut TREND” menyatakan bahawa teknologi yang berkembang
dengan pesat pada masa kini boleh menjadi salah satu sebab milenium lebih suka
mengemaskini alat mereka hanya demi mengikuti trend dan kelihatan bergaya. Bagi
mereka, adalah penting untuk sentiasa mengikuti perkembangan teknologi
baru. Sesetengah orang mungkin tidak berfikir dua kali untuk membeli kerana mereka
hanya berfikir bahawa membeli alat atau telefon pintar baru ini lebih penting daripada
menyimpan wang untuk perbelanjaan bulanan mereka. Contohnya, setiap kali Apple
melancarkan iPhone baru mereka, sesetengah daripada mereka akan bersemangat
untuk mencari dan menyimpan wang untuk membelinya.

20
010329-04-0040

5.1.3 Bangsa

Jadual 3: Bangsa Responden


Bil. Bangsa Bilangan Responden (orang) Peratus (%)
1. Melayu 29 96.67
2. Cina 0 0.00
3. India 1 3.33
4. Lain-lain 0 0.00
Jumlah 30 100.00
Sumber: Kajian Lapangan 2021

Petunjuk:

Jumlah: 30 orang

Rajah 3: Bangsa
Sumber: Kajian Lapangan 2021

Berdasarkan Jadual 3 dan Rajah 3, 30 orang responden yang dipilih


menunjukkan bahawa bangsa Melayu merupakan bangsa yang paling tinggi iaitu
seramai 29 orang atau 96.67% manakala bangsa yang paling rendah ialah bangsa Cina
dan lain-lain iaitu masing-masing menunjukkan tiada responden. Hal ini kerana
kebanyakkan borang soal selidik telah diedarkan kepada responden di Taman Tasik
Utama yang berada di tanah kawasan khas untuk bumiputera.

21
010329-04-0040

5.1.4 Jenama Telefon Pintar yang Pernah Digunakan Sebelum Ini

Jadual 4: Jenama Telefon Pintar yang Pernah Digunakan Sebelum Ini

BIL. JENAMA TELEFON PINTAR BILANGAN PERATUS(%)


YANG PERNAH DIGUNAKAN (ORANG)
SEBELUM INI
1. Apple 26 35.62
2. Samsung 21 28.77
3. Huawei 2 2.74
4. Nokia 8 10.96
5. Vivo 2 2.74
6. Honor 0 0.00
7. Blackberry 0 0.00
8. HTC 2 2.74
9. Xiaomi 1 1.36
10. Sony 4 5.47
11. Oppo 1 1.36
12. Lenovo 1 1.36
13. LG 0 0.00
14. OnePlus 2 2.74
15. Motorola 3 4.11
16. Lain-lain 0 0.00
Jumlah 73 100.00
Sumber: Kajian Lapangan 2021

22
010329-04-0040

Petunjuk:

Jumlah: 30 orang

Rajah 4: Jenama Telefon Pintar yang Pernah Digunakan Sebelum Ini


Sumber: Kajian Lapangan 2021

Berdasarkan Jadual 4 dan Rajah 4, data yang paling tinggi, iaitu 26 orang atau
35.62% daripada setiap pemilihan jenama telefon pintar tersebut ialah jenama Apple
manakala yang paling rendah ialah dari jenama Honor, Blackbery, dan LG iaitu tiada
seorang pun daripada 30 orang responden yang pernah menggunakan jenama telefon
pintar tersebut. Jumlah responden yang pernah menggunakan telefon pintar jenama
Apple adalah tertinggi dan ini terbukti bahawa sehingga kini, mereka masih setia
menggunakannya walaupun terdapat kelemahan daripada telefon itu seperti harga
yang sangat premium dan tempoh hayat bateri. Mengikut temu bual yang dijalankan
oleh pengkaji, Informan A (rujuk Lampiran 2 informan A) menyatakan bahawa
walaupun beliau setia menggunakan iPhone, terdapat beberapa kelemahan semasa
menggunakannya seperti peratusan bateri yang cepat menurun dan harga telefon
pintar yang mahal berbanding dengan jenama lain.

23
010329-04-0040

5.1.5 Adakah Anda Berpuas Hati Dengan Telefon Pintar Apple yang
Digunakan Sekarang?

Jadual 5: Adakah Anda Berpuas Hati Dengan Telefon Pintar Apple yang
Digunakan Sekarang?

BIL. ADAKAH ANDA BERPUAS HATI BILANGAN PERATUS


DENGAN TELEFON PINTAR APPLE (ORANG)
YANG DIGUNAKAN SEKARANG?
1. Ya 30 100.00
2. Tidak 0 0.00
Jumlah 30 100.00
Sumber: Kajian Lapangan 2021

Petunjuk:

Jumlah: 30 orang

Rajah 5: Adakah Anda Berpuas Hati Dengan Telefon Pintar Apple yang
Digunakan Sekarang?
Sumber: Kajian Lapangan 2021

24
010329-04-0040

Berdasarkan Jadual 5 dan Rajah 5, data yang paling tinggi menunjukkan


bahawa daripada 30 orang responden, semua responden iaitu 100.00% yang
menyatakan bahawa mereka berpuas hati terhadap telefon pintar jenama Apple yang
digunakan oleh mereka sekarang manakala paling rendah adalah tiada responden yang
tidak berpuas hati. Berdasarkan temu bual Informan A (rujuk Lampiran 2 Informan A),
informan menyatakan bahawa beliau berpuas hati dengan penggunaan telefon pintar
tersebut walaupun harga yang dipasarkan oleh syarikat Apple sedikit mahal
berbanding dengan jenama lain. Menurutnya lagi, tiada telefon pintar yang ingin
membuat penggunanya berasa tidak puas hati. Maka, mereka akan sentiasa mencipta
sebuah telefon pintar baharu selari dengan teknologi yang kian mengembang.

25
010329-04-0040

5.2 Mengenal Pasti Jenis-jenis Telefon Pintar Jenama Apple yang Digunakan
Oleh Penduduk Di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.

Melalui kajian, terdapat banyak jenis-jenis telefon pintar jenama Apple yang
digunakan oleh penduduk di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Bahagian ini
adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis telefon pintar jenama Apple yang digunakan
oleh penduduk di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Bahagian ini juga terdiri
daripada 9 soalan yang memerlukan jawapan responden berdasarkan skala Guttman.

Jadual 6: Mengenal Pasti Jenis-jenis Telefon Pintar Jenama Apple yang


Digunakan Oleh Penduduk Di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka

BIL. JENIS-JENIS PERNAH TIDAK PERNAH


TELEFON
PINTAR BILANGAN PERATUS BILANGAN PERATUS
JENAMA (ORANG) (%) (ORANG) (%)
APPLE YANG
DIGUNAKAN
OLEH
PENDUDUK DI
TAMAN TASIK
UTAMA, AYER
KEROH,
MELAKA
1. iPhone 4 dan 7 23.33 23 76.67
iPhone 4s
2. iPhone 5, iPhone 16 53.33 14 46.67
5c dan iPhone 5s
3. iPhone 6, iPhone 6 16 53.33 14 46.67
Plus, iPhone 6s
dan iPhone 6s
Plus
4. iPhone 7 dan 12 40.00 18 60.00

26
010329-04-0040

iPhone 7 Plus
5. iPhone 8 dan 2 6.67 28 93.33
iPhone 8 Plus
6. iPhone X, iPhone 15 50.00 15 50.00
Xr, iPhone Xs dan
iPhone Xs Max
7. iPhone 11, iPhone 8 26.67 22 73.33
11 Pro dan iPhone
11 Pro Max
8. iPhone 12, iPhone 8 26.67 22 73.33
12 mini, iPhone
12 Pro dan iPhone
12 Pro Max
9. iPhone SE 1st 3 10.00 27 90.00
generation dan
iPhone SE 2nd
generation
Sumber: Kajian Lapangan 2021

27
010329-04-0040

Bilangan Responden (orang)

Jenis-
jenis
Telefon
Pintar
Jenama
Apple

Petunjuk:

Rajah 6: Mengenal Pasti Jenis-jenis Telefon Pintar Jenama Apple yang


Digunakan Oleh Penduduk Di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.
Sumber: Kajian Lapangan 2021

28
010329-04-0040

Jadual 6 dan Rajah 6 menunjukkan jenis-jenis telefon pintar jenama Apple


yang digunakan oleh penduduk di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Jenis-
jenis telefon pintar yang digunakan oleh responden yang pertama iaitu iPhone 4 dan
iPhone 4s, paling tinggi responden yang menandakan “Tidak Pernah”, iaitu seramai
23 orang bersamaan dengan 76.67% daripada 30 orang responden manakala paling
rendah responden yang menandakan “Pernah” adalah seramai 7 orang bersamaan
dengan 23.33% daripada 30 orang responden. Hal ini demikian kerana iPhone 4
secara rasmi diumumkan dan dilancarkan pada bulan Jun 2010 manakala Apple
akhirnya melepaskan iPhone 4S pada bulan Oktober 2011 berdasarkan sebuah artikel
yang bertajuk “Apple Sejarah Tarikh Tayangan iPhone (SEMUA Model) – 2010
hingga 2020” dari laman sesawang ssf-co.com. Perkara ini membuktikan bilangan
responden yang menggunakan model tersebut kurang disebabkan ketika itu, orang
ramai masih kurang menggunakan telefon pintar dan hanya segelintir syarikat
pengeluaran telefon yang masih berusaha membuat sebuah telefon itu menjadi telefon
pintar yang memudahkan pengguna membawa ke mana-mana sahaja. Selain itu,
berdasarkan artikel yang bertajuk “Perbezaan antara iPhone 4 dan iPhone 4S” dari
laman sesawang mldunbound.org, walaupun kedua-dua telefon itu sangat serupa di
luar, iPhone 4s mempunyai panel akses kad Micro SIM di sebelah kanan badan.

Menurut Apple, kuasa pemprosesan iPhone 4S adalah dua kali lebih cepat
daripada pendahulunya. Menurut sumber yang sama, prestasi grafik pada iPhone 4S
adalah tujuh kali lebih cepat. IPhone 4 boleh didapati dalam 16GB dan 32GB dari
segi penyimpanan. IPhone 4S boleh didapati dalam format penyimpanan 16GB, 32GB
dan 64GB. Pembantu suara yang berguna yang dinamakan 'Siri' hanya diperkenalkan
melalui iPhone 4S dan ia tidak boleh didapati di iPhone 4. IPhone 4 dilengkapi
dengan kamera 5 megapiksel menghadap belakang manakala iPhone 4S dilengkapi
dengan kamera yang lebih baik dengan 8 megapiksel. Secara keseluruhannya, kualiti
kamera pada iPhone 4S jauh lebih baik daripada iPhone 4. Justeru itu, spesifikasi
yang berada pada telefon tersebut menyebabkan 7 daripada 30 orang responden itu
tertarik dengan iPhone 4 dan iPhone 4s yang diperkenalkan oleh Apple.

29
010329-04-0040

Jenis-jenis telefon pintar yang digunakan oleh responden yang kedua pula
iaitu iPhone 5, iPhone 5c dan iPhone 5s, paling tinggi responden yang menandakan
“Pernah”, iaitu seramai 16 orang bersamaan dengan 53.33% daripada 30 orang
responden menggunakan salah satu model yang dinyatakan manakala paling rendah
yang menandakan “Tidak Pernah” adalah seramai 14 orang bersamaan dengan
46.67%. Menurut sebuah artikel yang bertajuk “Sejarah Bermulanya Apple Sehingga
Menjadi Pengeluar Terkemuka” oleh Haikel Areff pada 7 November 2019 dari laman
sesawang wiser.my, iPhone 5S dikeluarkan pada September 2013 bersama-sama
dengan iPhone 5C manakala iPhone 5 dikeluarkan pada tahun sebelumnya iaitu pada
tahun 2012. Jumlah responden yang pernah menggunakan model telefon pintar
tersebut lebih banyak kerana iPhone 5s dan iPhone 5c adalah antara perubahan
revolusi dalam jenama telefon pintar Apple.

Menurut artikel dari laman sesawang ms.sawakinome.com yang bertajuk


“Perbezaan Antara iPhone 5s dan iPhone 5c”, yang menjadi penarik utama untuk
pengguna menggunakan model ini ialah spesifikasi kemudahan kunci cap jari yang
merupakan ciri penting iPhone 5s tetapi tidak hadir dalam iPhone 5 dan iPhone 5c.
Menurut artikel itu juga kapasiti bateri iPhone 5s juga lebih tinggi berbanding iPhone
5 dan iPhone 5c iaitu sebanyak 1570mAh, yang menjadikan iPhone 5s berdiri lama
berbanding dengan kedual model yang lain. Selain itu, iPhone 5s dan iPhone 5
dilengkapi dengan tiga varian iaitu 16GB, 32GB, 64GB penyimpanan manakala
iphone 5c datang dengan dua varian sahaja iaitu 16GB, 32GB. Warna-warna yang
merupakan revolusi dalam iPhone 5c lebih menarik dengan membawa warna percikan
ke jenama telefon bimbit Apple yang sebelum ini berdiri untuk edisi dua nada dan kos
pembeli bagi iPhone 5c adalah lebih rendah untuk menunjukkan strategi baru Apple.

Bagi jenis-jenis telefon pintar yang digunakan oleh responden yang ketiga
iaitu iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 6s dan iPhone 6s Plus, menunjukkan bilangan
yang sama dengan yang kedua iaitu paling tinggi responden yang menandakan
“Pernah”, seramai 16 orang bersamaan dengan 53.33% daripada 30 orang responden
menggunakan salah satu model yang dinyatakan manakala paling rendah yang
menandakan “Tidak Pernah” adalah seramai 14 orang bersamaan dengan 46.67%. Hal
ini telah membuktikan bahawa telefon pintar itu disambut baik oleh pengguna.

30
010329-04-0040

Menurut Aman iaitu penulis sebuah artikel pada 22 Oktober 2014 yang bertajuk
“iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus Di Malaysia Pada 6 November” daripada laman
sesawang amanz.my, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus telah diumumkan pada hari yang
sama pada bulan September 2014 manakala iPhone 6s dan iPhone 6s Plus diumumkan
pada September 2015. Berdasarkan satu artikel daripada laman sesawang
ms.strephonsays.com yang bertajuk “Perbezaan Antara Apple iPhone 6 dan iPhone 6
Plus”, mereka mempunyai ciri-ciri dan perkakasan yang sama iaitu chipset, Unit
Pemprosesan Pusat (CPU), Unit Pemprosesan Grafik (GPU), Memori Akses Rawak
(RAM) dan sensor semuanya sama. Bukan sahaja perkakasan, tetapi juga sistem
pengendalian adalah sama. Perbezaan yang paling ketara di antara mereka adalah saiz
di mana panjang, lebar dan ketinggian iPhone 6 Plus agak lebih besar daripada iPhone
6. Maka, pengguna lebih tertarik kerana adanya pilihan untuk memilih saiz telefon
pintar mengikut citarasa masing-masing.

Bagi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus pula, berdasarkan artikel oleh Einz pada 10
September 2015 yang bertajuk “iPhone 6S – 7 Peningkatan Baru Berbanding iPhone
Sebelumnya” dari laman sesawang einz.my, terbukti bahawa model kali ini memberi
peningkatan yang baharu untuk menarik minat pengguna. Contohnya, warna baharu
pada iPhone 6s dan iPhone 6s Plus iaitu warna Rose Gold yang seakan-akan warna
merah jambu bercampur dengan warna emas. Sebelum ini, Apple hanya
mengeluarkan tiga warna sahaja iaitu Space Grey, Silver dan Gold. Semestinya, warna
baharu yang dikeluarkan akan menjadi lebih popular dan lebih menarik perhatian
kepada pengguna wanita. Selain itu, artikel tersebut juga menyebut bahawa iPhone
mengekalkan kamera 8MP sejak empat tahun lepas lagi dari iPhone 4s, 5, 5s dan 6.
Akhirnya bermula dengan iPhone 6s, kamera iPhone telah dipertingkatkan kepada
12MP dan fungsi rakaman video juga menyokong video 4K. Fungsi bagi iPhone 6s
Plus juga adalah sama dan hanya saiznya yang lebih besar sahaja.

Jenis-jenis telefon pintar yang digunakan oleh responden yang keempat iaitu
iPhone 7 dan iPhone 7 Plus, paling tinggi responden yang menandakan “Tidak
Pernah” iaitu seramai 18 orang bersamaan dengan 60.00% manakala paling rendah
responden yang menandakan “Pernah” adalah seramai 12 orang iaitu bersamaan
dengan 40.00% daripada 30 orang responden telah mengatakan “Tidak Pernah”
menggunakan jenis model telefon pintar terbabit. Menurut artikel yang diambil oleh

31
010329-04-0040

berita Astro Awani melalui astroawani.com, tajuk artikel “iPhone 7 dan 7 Plus
dilancarkan di Malaysia pada 14 Oktober” yang ditulis oleh Kohilah Sekaran, kedua-
dua model tersebut dilancarkan pada 14 Oktober 2016 di Malaysia. Walaupun tidak
banyak bezanya dengan iPhone 6 dari segi rekaan bentuk, namun masih banyak
pembaharuan dan penambahbaikkan yang mampu mencuri perhatian 14 daripada 30
orang responden dalam kajian ini.

Berdasarkan artikel daripada Ariff Mac pada 8 September 2016 yang bertajuk
“Data Spesifikasi iPhone 7 dan iPhone 7 Plus Yang Perlu Anda Tahu” dari laman
sesawang ariffmac.com, antara ciri-ciri istimewa yang ada pada iPhone 7 dan iPhone
7 Plus ini adalah dari segi storan, warna, kamera, bateri dan kalis air dan debu. Untuk
storan, Apple tidak lagi membina iPhone dengan storan 16GB dan 64GB. Pilihan
storan untuk iPhone 7 dan iPhone 7 Plus bermula dari 32GB, 128GB dan 256GB
sahaja. Perkara ini dapat menarik perhatian pengguna kerana mereka boleh
menyimpan pelbagai jenis dokumen, gambar dan video dalam storan yang besar tanpa
perlu memindahkan kepada pemacu pena atau fail komputer berulang kali. Warna
pula, ada tambahan warna baharu lagi iaitu warna Jet Black iaitu warna hitam gelap
yang menghasilkan kilauan. iPhone 7 menggunakan kamera tunggal 12 megapiksel
dibelakang iPhone manakala iPhone 7 Plus pula menggunakan kamera berkembar
dengan 12 megapiksel sudut lebar dan kamera telefoto. Oleh itu, perkara yang
menarik perhatian pengguna ialah iPhone 7 Plus kerana model tersebut mempunyai
kamera berkembar dan dapat mengambil gambar seperti pengguna yang
menggunakan kamera Digital Single Lens Reflects (DSLR). Apple juga menyatakan
bahawa bateri iPhone 7 mampu bertahan 2 jam lebih lama berbanding iPhone 6s
manakala iPhone 7 Plus pula mampu bertahan 1 jam lebih lama berbanding iPhone 6s
Plus.

Jenis-jenis telefon pintar yang digunakan oleh responden yang kelima ialah
iPhone 8 dan iPhone 8 Plus, paling tinggi responden yang menandakan “Tidak
Pernah”, iaitu seramai 28 orang responden bersamaan dengan 93.33% manakala
paling rendah responden yang menandakan “Pernah” adalah seramai 2 orang sahaja
iaitu 6.67% daripada 30 orang responden yang menggunakan jenis model telefon
pintar itu. Hal ini berlaku kerana menurut sebuah artikel yang bertajuk “5 Hal yang
Membuat iPhone 8 Kurang Laku” oleh Kusuma Pertiwi dari laman sesawang

32
010329-04-0040

today.line.me, semasa pelancaran model tersebut pada September 2017, pengguna


berasa ianya suatu model yang lebih kurang sahaja dengan model sebelum ini tetapi
dengan harga yang mahal.

Seterusnya, Apple telah mengeluarkan satu lagi model iaitu iPhone X pada
tahun yang sama menyebabkan pengguna lebih berminat dengan model tersebut
berbanding iPhone 8 dan 8 Plus. Menurut XavierNaxa iaitu seorang pengkritik Apple
dan pencinta Inovasi yang menulis sebuah artikel bertajuk “iPhone 8, iPhone 8 Plus
dan iPhone Xr Mana Lebih Berbaloi?” dari laman sesawang ifon.my, sambutan bagi
model ini sedikit lemah berbanding sebelumnya atas faktor harga yang sangat
premium. Rekaan pada model ini sedikit berbeza kerana mereka menggunakan rekaan
kerangka kaca. Menurut XavierNaxa juga, pandangan pengguna mengatakan
walaupun rekaan itu kelihatan lawa, tetapi mempunyai risiko keretakan
memandangkan model ini diperbuat daripada kaca di bahagian badan belakang iPhone
tersebut.

Jenis-jenis telefon pintar yang digunakan oleh responden yang keenam ialah
iPhone X, iPhone Xr, iPhone Xs dan iPhone Xs Max, data menunjukkan bilangan
yang sama bagi status “Pernah” dan “Tidak Pernah” iaitu masing-masing
menunjukkan seramai 15 orang responden bersamaan dengan 50.00% daripada 30
orang responden. Perkara ini terjadi adalah disebabkan model tersebut telah
membawa satu pandangan yang baharu terhadap semua orang. Berdasarkan artikel
oleh Aman iaitu seorang penulis yang menulis sebuah artikel pada 13 Oktober 2017
dari laman sesawang amanz.my yang bertajuk “Apple Memperkenalkan iPhone X –
Masa Depan Generasi Baru iPhone”, selain pengumuman iPhone 8 dan iPhone 8
Plus, pihak Apple turut membuat kejutan dengan memperkenalkan telefon pintar
sempena ulang tahun ke-10 Apple, dan turut dikatakan bakal membawa revolusi
seterusnya, iaitu iPhone X (dipanggil iPhone 10).

Menurutnya lagi, iPhone X hadir dengan rekaan yang serba baru. Pada
bahagian hadapan, pengguna boleh melihat rekaan skrin menyeluruh dengan bingkai
yang sangat nipis. Di samping itu, satu lagi perubahan besar yang dibawakan adalah
iPhone X tidak lagi menyertakan butang Home, sebaliknya menggunakan sokongan
gesture. Maka, Apple turut menambah sebuah ciri baru dinamakan Face ID yang

33
010329-04-0040

membolehkan anda mengakses peranti melalui imbasan wajah. Apple sendiri dilihat
memberikan penekanan terhadap ciri kamera hadapan, iPhone X turut menyertakan
sebuah fungsi baru yang dinamakan Animoji. Melaluinya, pengguna boleh membuat
animasi menggunakan gerakan wajah melalui watak emoji. Apple memanggilnya
sebagai “Truedepth Camera”, kerana ia turut menyokong rakaman
gambar potrait melalui kamera hadapan. Pada tahun berikutnya, iPhone Xr, Xs dan Xs
Max diperkenalkan dengan rekaan dan fungsi yang sama tetapi warna yang berbeza
dan sedikit penambah baikan pada spesifikasi setiap model tersebut.

Jenis-jenis telefon pintar yang digunakan oleh responden yang ketujuh ialah
iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max, paling ramai responden yang
menandakan “Tidak Pernah” adalah seramai 22 orang iaitu 73.33% manakala paling
rendah responden menandakan “Pernah” adalah seramai 8 orang iaitu 26.67%
daripada 30 orang responden dalam penggunaan telefon pintar mengikut jenis model
yang dinyatakan. Perkara ini demikian kerana tidak dinafikan model tersebut juga
membawa perubahan pada tahun pelancarannya iaitu pada September 2019.
Berdasarkan data pada jadual 6, menunjukkan ramai responden telah memiliki model
iPhone X, Xr, Xs atau Xs Max. Hal ini menunjukkan responden tidak menukar
kepada model yang baharu iaitu model iPhone 11, 11 Pro atau 11 Pro Max kerana
baru setahun sahaja menggunnakannya.

Menurut sebuah artikel yang ditulis oleh Najib pada 11 september 2019 yang
betajuk “iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max Terima Naik Taraf Kamera Luar dan
Dalam” dari laman sesawang Soyacincau, untuk pelanggan yang mahukan teknologi
lebih canggih, Apple memperkenalkan iPhone 11 Pro. Ia datang dalam dua saiz,
iPhone 11 Pro dengan skrin 5.8-inci dan iPhone 11 Pro Max dengan skrin 6.5-inci. Ia
menggantikan kedudukan iPhone XS dan XS Max dan menambah satu lagi kamera
berbanding iPhone 11, menjadikannya memiliki 3 kamera belakang. Selain itu,
perkara yang menarik sebahagian pengguna ialah prestasi cip pemprosesan terbaru
yang dibangunkan oleh Apple bagi barisan model iPhone 11 iaitu A13 Bionic kerana
cip itu adalah yang paling berkuasa yang pernah dibangunkan dan dimuatkan dalam
sesebuah telefon pintar.

34
010329-04-0040

Jenis-jenis telefon pintar yang digunakan oleh responden yang kelapan ialah
iPhone 12, iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max, paling ramai
responden yang menandakan “Tidak Pernah” adalah seramai 22 orang responden iaitu
bersamaan dengan 73.33% manakala paling rendah responden yang menandakan
“Pernah” adalah seramai 8 orang responden bersamaan dengan 26.67% daripada 30
orang responden. Hal ini dapat dibuktikan oleh Fahim Zahar yang menulis sebuah
artikel pada 15 Oktober 2020 dari laman sesawang amanz.my yang bertajuk “10
Perkara Mengecewakan Pada Siri iPhone 12” bahawa penulis menemui beberapa
keburukan pada siri iPhone 12 ini. Pada pendapat penulis, Apple sebagai sebuah
syarikat teknologi gergasi tidak patut mempunyai keburukan seperti ini.

Antaranya ialah iPhone tersebut masih tiada USB-C, sistem pengecasan


“pantas” yang perlahan dan pengecas yang tidak disediakan. Apple masih berdegil
kerana Pengecasan “pantas” mereka adalah tidak pantas dan terhad kepada 20W
sahaja. Walaupun mereka menggunakan sistem Power Delivery yang mana adalah
sistem yang universal dan stabil, peranti Android boleh sahaja menyokong sehingga
100W, 65W, 45W, 30W atau juga 25W paling kurang. Xiaomi walaupun menyokong
sistem pengecasan melebihi 100W, ia masih lagi berasaskan Power Delivery.
Menurutnya lagi, sudah bertahun lamanya Apple masih kekal dengan rekaan skrin
dengan takuk yang besar dan tebal. Peranti Android sudah ada rekaan skrin berlubang,
kamera bawah skrin, kamera pop naik yang semuanya memberikan pengalaman skrin
yang lebih meluas dan imersif. Tetapi tahun 2020 rekaan takuk besar ini adalah
ketinggalan zaman. (Rujuk foto 1 dan 2 di muka surat 6).

Jenis-jenis telefon pintar yang digunakan oleh responden yang terakhir atau
kesembilan ialah iPhone SE 1st generation dan iPhone SE 2nd generation, paling
tinggi responden yang menandakan “Tidak Pernah” adalah seramai 27 orang
responden iaitu bersamaan dengan 90% manakala paling rendah responden yang
menandakan “Pernah” adalah seramai 3 orang sahaja iaitu 10% daripada 30 orang
responden yang menggunakan telefon pintar tersebut. Hal ini disebabkan, menurut
Meor Hasyim yang menulis sebuah artikel pada 19 April 2020 dari laman sesawang
wiser.my yang bertajuk “Mengapa Apple Menjual iPhone SE Dengan Skrin Kecil 4.7
Inci?”, antara perkara yang boleh menghalang pengguna untuk membeli iPhone SE
ini adalah baterinya yang sekadar cukup-cukup makan sahaja. Apple mengatakan

35
010329-04-0040

bahawa baterinya mampu bertahan lebih kurang seperti iPhone 8 kerana bateri iPhone
SE ini sememangnya hanya kecil (1,821mAh) dan langsung tidak melebih 2,000mAh.
Oleh itu, tidak ramai responden yang pernah memiliki iPhone tersebut.

Kesimpulannya, paling ramai jenis-jenis telefon pintar jenama Apple yang


digunakan oleh penduduk di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka ialah iPhone
5, iPhone 5c dan iPhone 5s dan iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 6s dan iPhone 6s
Plus. Sebaliknya, bilangan paling ramai yang tidak pernah menggunakan jenama
Apple ialah model iPhone 8 dan iPhone 8 Plus atau merupakan paling kurang
responden yang pernah guna.

36
010329-04-0040

5.3 Mengkaji Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesetiaan Pengguna


Tehadap Telefon Pintar Jenama Apple Dalam Kalangan Penduduk Di
Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.

Bahagian ini adalah untuk mengkaji persepsi responden terhadap faktor-faktor yang
mempengaruhi kesetiaan pengguna tehadap telefon pintar jenama Apple dalam
kalangan penduduk di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Bahagian ini terdiri
daripada 16 soalan yang memerlukan responden untuk menjawab berdasarkan skala
Likert 5 mata, seperti yang tertera dalam jadual di bawah.

Min Purata Tidak Setuju (1-3.09) Setuju (3.1-5.0)


Perkara Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju Setuju Pasti Setuju
Skor 1 2 3 4 5

Jadual 7: Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesetiaan Pengguna Tehadap


Telefon Pintar Jenama Apple Dalam Kalangan [enduduk Di Taman Tasik
Utama, Ayer Keroh, Melaka.

Bil Faktor-faktor yang 1 2 3 4 5


Mempengaruhi Min
Kesetiaan f f f f f Jumlah Purata
Pengguna Tehadap
Telefon Pintar % % % % %
Jenama Apple .
1. Sokongan aplikasi 0 1 6 17 6 30 3.93
baharu mendahului 0.00% 3.33% 20.00% 56.67% 20.00% 100.00%
Android.
2. Rekabentuk yang 0 1 2 17 10 30 4.20
unik dan tersendiri. 0.00% 3.33% 6.67% 56.67% 33.33% 100.00%

3. Memudahkan 0 1 6 17 6 30 3.93
pengguna 0.00% 3.33% 20.00% 56.67% 20.00% 100.00%
melakukan transaksi
kewangan.

37
010329-04-0040

4. Harga yang 1 9 11 6 3 30 3.03


berpatutan. 3.33% 30.00% 36.67% 20.00% 10.00% 100.00%

5. Mempunyai ciri-ciri 0 1 5 14 10 30 4.10


keselamatan yang 0.00% 3.33% 16.67% 46.67% 33.33% 100.00%
mantap.
6. Kualiti kamera yang 0 1 0 15 14 30 4.40
terbaik. 0.00% 3.33% 0.00% 50.00% 46.67% 100.00%

7. Kemaskini sistem 0 1 5 14 10 30 4.10


operasi yang pantas. 0.00% 3.33% 16.67% 46.67% 33.33% 100.00%

8. Mudah dihubungkan 0 1 10 12 7 30 3.83


dengan peranti yang 0.00% 3.33% 33.33% 40.00% 23.33% 100.00%
lain.
9. Kekalisan air yang 2 4 12 9 3 30 3.23
baik. 6.67% 13.33% 40.00% 30.00% 10.00% 100.00%

10. Ekosistem yang 0 3 6 15 6 30 3.80


menarik dan mesra 0.00% 10.00% 20.00% 50.00% 20.00% 100.00%
pengguna.
11. Nilai harga yang 1 4 4 14 7 30 3.73
tinggi jika dijual 3.33% 13.33% 13.33% 46.67% 23.33% 100.00%
semula.
12. Ikutan trend semasa. 0 1 1 17 11 30 4.27
0.00% 3.33% 3.33% 56.67% 36.67% 100.00%

13. Penggunaan 0 6 13 8 3 30 3.27


material yang tahan 0.00% 20.00% 43.33% 26.67% 10.00% 100.00%
lasak.
14. Penggunaan bateri 0 5 15 7 3 30 3.27
tahan lama. 0.00% 16.67% 50.00% 23.33% 10.00% 100.00%

15. Sokongan 0 1 8 14 7 30 3.90


kemaskini sistem 0.00% 3.33% 26.67% 46.67% 23.33% 100.00%
melebihi lima tahun.
16. Kelancaran semasa 0 1 2 16 11 30 4.23
menggunakannya. 0.00% 3.33% 6.67% 53.33% 36.67% 100.00%

Sumber: Kajian Lapangan 2021

38
010329-04-0040

Bilangan Responden (orang)

Faktor
yang
Mempeng-
aruhi
kesetiaan
pengguna

Petunjuk:

Rajah 7: Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesetiaan Pengguna Tehadap


Telefon Pintar Jenama Apple Dalam Kalangan Penduduk Di Taman Tasik
Utama, Ayer Keroh, Melaka.
Sumber: Kajian Lapangan 2021

39
010329-04-0040

Jadual 7 dan Rajah 7 telah menunjukkan data yang dikumpulkan tentang


faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan pengguna tehadap telefon pintar jenama
Apple dalam kalangan penduduk di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.

Bagi faktor pertama, sokongan aplikasi baharu mendahului Android,


paling tinggi responden yang menandakan “Setuju”, iaitu seramai 17 orang responden
bersamaan dengan 56.57% daripada 30 orang responden. Kedua, bilangan responden
yang menandakan “Tidak Pasti” dan “Sangat Setuju” masing-masing adalah seramai 6
orang responden bersamaan dengan 20.00%. Ketiga, responden yang menandakan
“Tidak Setuju” adalah seramai 1 orang responden bersamaan dengan 3.33% dan yang
terakhir, paling rendah responden yang menandakan “Sangat Tidak Setuju” adalah
tiada responden. Min purata bagi faktor sokongan aplikasi baharu mendahului
Android ialah 3.93 iaitu berstatus “Setuju”. Hal ini kerana terdapat banyak aplikasi
yang sememangnya memberi keutamaan kepada pengguna telefon pintar jenama
Apple dahulu untuk memasang aplikasi tersebut di telefon pintar mereka. Malah,
terdapat beberapa aplikasi yang hanya boleh dipasang khas untuk pengguna Apple
sahaja. Berdasarkan sebuah artikel dari laman sesawang sakudigital.my yang bertajuk
“iPhone: Kelebihan Yang Tiada Pada Peranti yang Lain”, banyak aplikasi yang
ditawarkan di iPhone tiada dalam Android. Kebanyakan pemaju aplikasi akan
bermula dengan platform iPhone dahulu dan kemudian barulah beralih kepada
platform Android. Contohya, aplikasi Clubhouse yang pernah menjadi aplikasi
popular di Malaysia pada awal tahun 2021.

Menurut Nazrin yang menulis sebuah artikel pada 9 Februari 2021 dari laman
sesawang amanz.my yang bertajuk “Saya Mencuba Clubhouse – Platform Media
Sosial Baru Dengan Gimiknya Tersendiri”, menyatakan bahawa
Clubhouse merupakan salah satu aplikasi berbentuk media sosial terbaru yang
memfokuskan kepada komunikasi berasaskan audio atau suara. Ia masih ditawarkan
dalam bentuk terhad kerana pengguna perlu dijemput masuk ke aplikasi tersebut
sebelum dapat menggunakannya, dan hanya ditawarkan di iPhone sahaja. Menurut
sebuah artikel oleh Farizul Izwani pada 8 Julai 2019 dari laman sesawang Maskulin
yang bertajuk “10 Sebab Mengapa Ramai Pengguna Pilih iPhone Berbanding
Android” adalah kerana ekosistem Apple iaitu iOS cukup eksklusif dan sentiasa
berada di bawah kawalan mereka kerana mereka tidak berkongsi dengan peranti

40
010329-04-0040

jenama lain. Berbeza dengan Android yang mempunyai ekosistem lebih terbuka atau
dikenali sebagai open-source yang membenarkan semua jenama telefon pintar kecuali
Apple menggunakan ekosistem itu. Hal ini menyebabkan pengguna iPhone akan
memperoleh aplikasi baharu terlebih dahulu berbanding jenama yang lain. Oleh itu
sokongan aplikasi baharu mendahului Android antara faktor yang mempengaruhi
kesetiaan pengguna terhadap telefon pintar jenama Apple.

Bagi faktor kedua iaitu rekabentuk yang unik dan tersendiri, paling tinggi
responden yang menandakan “Setuju”, iaitu sebanyak 17 orang responden atau
56.67% daripada 30 orang responden. Kedua, terdapat 10 orang responden bersamaan
dengan 33.33% yang menandakan “Sangat Setuju”. Ketiga, bilangan responden yang
menandakan “Tidak Pasti” adalah seramai 2 orang responden bersamaan dengan
6.67%. Keempat, responden yang menandakan “Tidak Setuju” adalah seramai 1 orang
atau 3.33% dan yang terakhir, paling rendah responden yang menandakan “Sangat
Tidak Setuju” adalah tiada. Min purata bagi faktor rekabentuk yang unik dan
tersendiri ialah 4.20, iaitu berstatus “Setuju”. Hal ini sememangnya benar kerana
menurut sebuah artikel oleh Bukhari Malek pada 15 November 2016 dari laman
sesawang Teknologi yang bertajuk “Lihat Bagaimana Evolusi Reka Bentuk iPhone
Sejak Mula Diperkenalkan”, iPhone boleh dikatakan menjadi trend dalam dunia
telefon pintar, mungkin kerana pemilihan konsep minimalis lebih
digemari masyarakat moden zaman sekarang. Dilaporkan, pada Julai 2016, jumlah
iPhone yang terjual di seluruh dunia sudah melebihi 1 bilion unit. Oleh itu, terbukti
bahawa pengguna telefon pintar jenama Apple memandang berat tentang rekabentuk
sebuah telefon pintar tersebut.

Selanjutnya, bagi faktor yang ketiga iaitu memudahkan pengguna


melakukan transaksi kewangan, paling tinggi responden yang menandakan
“Setuju”, iaitu seramai 17 orang responden atau 56.67% daripada 30 orang responden.
Kedua, bilangan responden yang menandakan “Tidak Pasti” dan “Sangat Setuju”
masing-masing adalah seramai 6 orang responden bersamaan dengan 20.00%. Ketiga,
bilangan responden yang menandakan “Tidak Setuju” adalah seorang sahaja
responden iaitu bersamaan dengan 3.33%. Akhir sekali, paling rendah responden yang
menandakan “Sangat Tidak Setuju”, iaitu tiada responden yang menyatakannya. Min
purata bagi faktor memudahkan pengguna melakukan transaksi kewangan ialah 3.93

41
010329-04-0040

yang berstatus “Setuju”. Hal ini memudahkan pengguna iPhone yang hanya perlu
menggunakan Face ID atau Touch ID berbanding memasukkan nombor pin setiap
kali ingin melakukan transaksi kewangan. Kaedah ini hanya mengambil masa sesaat
sahaja. Selain itu, Apple juga telah membangunkan “Apple Pay”.

Menurut Rosie Greaves iaitu seorang pakar strategi dan penyusun kandungan
profesional yang pakar dalam semua perkara pemasaran digital dari United Kingdom,
beliau telah menulis sebuah artikel yang bertajuk “Apa itu Apple Pay dan Bagaimana
Ia Berfungsi?” dari laman sesawang ecommerce-platforms.com, Apple Pay
memberikan dompet digital yang mudah digunakan untuk pembayaran tanpa sentuhan
di dalam kedai, dalam aplikasi, atau pembelian dalam talian. Pengguna bahkan boleh
menghantar wang kepada keluarga dan rakan melalui pesanan ringkas. Penggunaan
Apple Pay adalah percuma dan selamat. Bagi sistem pembayaran mudah alih,
pengguna hanya perlu menggunakan nombor akaun peranti dan bukannya nombor kad
kredit atau debit. Hal ini jelas bahawa faedah Apple Pay memberi lebih banyak
fleksibiliti kepada pengguna yang lebih suka tidak membawa dompet atau kad fizikal
seperti visa atau MasterCard. Pengguna tidak perlu ingat kad kredit nombor dan
hanya memerlukan telefon bimbit pada bila-bila masa pengguna mahu membuat
pembayaran.

Bagi faktor keempat iaitu harga yang berpatutan pula, paling tinggi
responden yang menandakan “Tidak Pasti”, iaitu seramai 11 orang responden atau
36.67% daripada 30 orang responden. Bilangan responden yang menandakan “Tidak
Setuju” adalah seramai 9 orang responden atau 30.00%. Bilangan responden yang
menandakan “Setuju” adalah seramai 6 orang responden bersamaan dengan 20.00%.
Seterusnya, bilangan responden yang menandakan “Sangat Setuju” ialah 3 orang
responden bersamaan dengan 10.00% dan paling rendah responden yang menandakan
“Sangat Tidak Setuju”, iaitu hanya 1 orang sahaja responden atau bersamaan dengan
3.33%. Min purata bagi faktor harga yang berpatutan ialah 3.03, iaitu berstatus “Tidak
Setuju”. Hal ini kerana Apple sememangnya menjual telefon pintar mereka dengan
harga yang sangat premium. Menurut IHS Markit Limited (Ltd.) iaitu penyedia
maklumat Britain, menyatakan bahawa iPhone X dijual dengan harga USD999
(RM4100) sedangkan kos bahan dan pemasangan hanyalah kurang daripada USD400
(RM1640). Maka, jawapan yang paling jelas ialah pelanggan Apple membayar harga

42
010329-04-0040

premium ini hanya untuk reputasi jenama dan bukan sahaja kerana kualiti dan
rekabentuknya sahaja.

Seterusnya, bagi faktor kelima ialah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang


mantap, paling tinggi bilangan responden yang menandakan “Setuju” adalah seramai
14 orang responden atau 46.67% daripada 30 orang responden. Kedua, terdapat 10
orang responden atau 33.33% yang menandakan “Sangat Setuju”. Ketiga, bilangan
responden yang menandakan “Tidak Pasti” adalah seramai 5 orang responden atau
16.67%. Keempat, bilangan responden yang menandakan “Tidak Setuju” adalah 1
orang responden sahaja atau 3.33% dan bilangan paling rendah responden yang
menandakan “Sangat Tidak Setuju” adalah tiada. Min purata bagi faktor mempunyai
ciri-ciri keselamatan yang mantap ialah 4.10, iaitu berstatus “Setuju”. Hal ini
demikian kerana Apple juga tidak ketinggalan dalam memastikan privasi pelanggan
mereka terjamin.

Taufiq Mahfuzah telah menulis sebuah artikel pada 3 Mei 2019 dari laman
sesawang Soyacincau yang bertajuk “Tips Untuk Memastikan Privasi Peranti Apple
seperti iPhone Terjamin”, menyatakan bahawa pihak Apple telah bekerja keras dalam
mereka alat untuk membantu pelanggan mengekalkan privasi. Contohnya,
berdasarkan artikel yang diambil oleh berita Astro Awani melalui astroawani.com,
tajuk artikel “Kenapa Saya Akan Terus Gunakan iPhone?” yang ditulis oleh Ian
Johan Ariff pada 19 September 2019 menyatakan bahawa pakar-pakar teknologi biro
itu gagal mengakses iPhone 5C iaitu model yang termurah dari Apple selepas 10 kali
cubaan, sekaligus berdepan ancaman kesemua data dipadam jika percubaan
seterusnya gagal. Hal ini bermakna untuk mengakses iPhone dan mendapatkan data
daripada peranti tersebut bukan satu perkara yang mudah.

Menurut sebuah artikel oleh Andy O'Donnell dari laman sesawang eYewated
yang bertajuk “4 Tetapan Keselamatan Pencuri iPhone Pencuri”, iPhone dengan
pembaca Touch ID atau Face ID menambah lapisan keselamatan dengan
membenarkan pengguna menggunakan cap jari atau imbasan muka dan bukannya
menaip dalam kod laluan mereka. Maka, sesiapa terutamanya pencuri tidak boleh
menggunakan telefon tersebut tanpa keizinan pemilik iPhone itu. Hal ini kerana Face
ID dan Touch ID lebih cenderung menggunakan kod laluan yang kuat dan bukannya

43
010329-04-0040

kod laluan 4 angka asas yang mungkin pencuri boleh meneka kod pengguna. Selain
itu, Apple telah membuatkan iPhonenya dengan tetapan keselamatan yang pencuri
benci iaitu “Cari iPhone Saya” (Find My iPhone). Menurutnya lagi, “Kunci
Pengaktifan” adalah sebahagian daripada Cari iPhone Saya. Ia diaktifkan secara
automatik apabila pengguna menghidupkan Cari iPhone Saya. Ia menjadikan iPhone
pengguna terjamin keselamatanya, walaupun ia berada di tangan pencuri. Ciri anti-
kecurian Apple telah dikreditkan kerana mempunyai impak utama terhadap kadar
kecurian iPhone di seluruh dunia. Ciri Kunci Pengaktifan memerlukan pengguna
untuk memadamkan data atau pemasangan sistem operasi yang baru. Hal ini kerana
sebelum ciri ini menjadi sebahagian daripada iOS, seorang pencuri dapat
mengeluarkan semua jejak pemilik sebelumnya dan memudahkan penjualan semula di
pasaran gelap atau di tempat lain. Kini, dengan penambahan ciri Kunci Pengaktifan
untuk Cari iPhone Saya, pemilik telefon perlu memasukkan kata laluan akaun Apple
sebelum proses tetapan semula dilakukan kerana ia tidak boleh dengan mudah
dihapuskan dan dijual semula.

Selain itu, faktor keenam ialah kualiti kamera yang terbaik. Bilangan
responden paling tinggi yang menandakan “Setuju” adalah seramai 15 orang
responden bersamaan dengan 50.00%. Kedua, bilangan responden yang menandakan
“Sangat Setuju” adalah seramai 14 orang responden bersamaan dengan 46.67%.
Ketiga, bilangan responden yang menandakan “Tidak Setuju” hanyalah 1 orang
responden sahaja atau 3.33% dan paling rendah responden yang menandakan “Sangat
Tidak Setuju” dan “Tidak Pasti” masing-masing adalah tiada responden. Min purata
bagi faktor kualiti kamera yang terbaik ialah 4.40, iaitu berstatus “Setuju”. Faktor ini
mendapat bilangan setuju yang paling banyak kerana dari dahulu lagi, telefon pintar
jenama Apple sudah menghasilkan kualiti kamera yang terbaik. Menurut salah satu
artikel dari laman sesawang sakudigital.my yang bertajuk “iPhone: Kelebihan Yang
Tiada Pada Peranti Yang Lain”, juga telah menyatakan bahawa perkara pertama
pengguna Malaysia lihat ialah kamera depan dan belakang sebuah telefon pintar. Bagi
iPhone, walaupun mempunyai piksel yang rendah, tapi kualiti gambar yang dihasilkan
adalah antara yang terbaik. Dengan hanya 12 megapiksel, gambar iPhone Xs Max
menduduki tangga ke tujuh dalam laman web Dxomark iaitu sebuah laman web yang
menguji skor sebuah kamera telefon pintar. Hal ini kerana gambar yang dihasilkan

44
010329-04-0040

oleh iPhone lebih tepat bermaksud iPhone tidak akan menapis gambar yang
dihasilkan menjadi lebih “flawless” berbanding kamera Android yang lain.

Melalui temu bual antara laman Peta Pixel dengan Pengurus Produk Apple
dan iPhone, Francesca Sweet dan Naib Presiden Kejuruteraan Perisian Kamera, Jon
McCormack mendedahkan falsafah di sebalik rekaan kamera iPhone dengan
menjelaskan, kamera iPhone bukan hanya sekadar pada lensa dan sensor, tetapi juga
melibatkan keseluruhan keupayaan memproses imej fotografi menerusi gabungan cip
pemprosesan dan perisian. Beliau juga menegaskan bahawa paling penting adalah
dapat menghasilkan sesuatu imej sama sepertimana apa yang terpapar ketika itu.

Bagi faktor ketujuh ialah kemaskini sistem operasi yang pantas, paling
tinggi bilangan responden yang menandakan “Setuju” adalah seramai 14 orang
responden bersamaan dengan 46.67% daripada 30 orang responden. Kedua, bilangan
responden yang menandakan “Sangat Setuju” adalah seramai 10 orang responden
bersamaan dengan 33.33%. Ketiga, bilangan responden yang menandakan “Tidak
Pasti” adalah seramai 5 orang responden atau 16.67%. Keempat, bilangan responden
yang menandakan “Tidak Setuju” adalah 1 orang responden sahaja atau 3.33% dan
bilangan paling rendah responden yang menandakan “Sangat Tidak Setuju” adalah
tiada responden. Min purata bagi faktor kemaskini sistem operasi yang pantas ialah
4.10, iaitu berstatus “Setuju”. Hal ini dapat dibuktikan oleh seorang informan C (rujuk
Lampiran 2 Informan C) yang menyatakan bahawa dia kagum dengan kepantasan
iPhone yang hanya mengambil masa kurang dari satu jam untuk kemas kini perisian
yang terkini. Menurut sebuah artikel dari laman sesawang mldunbound.org yang
bertajuk “IOS 10 vs Android Nougat: Apa yang perlu anda pilih?”, apabila versi iOS
dikeluarkan kepada pengguna iPhone, majoriti daripada mereka hanya perlu beberapa
jam malah kurang dari sejam sahaja untuk mengemas kini perisian sistem operasi
mereka. Sebaliknya, pengguna Android mengambil masa yang lama untuk mengemas
kini perisian sistem operasi mereka kerana iOS digunakan oleh banyak pengeluar
telefon jenama lain.

Bagi faktor kelapan mudah dihubungkan dengan peranti yang lain pula,
paling tinggi responden yang menandakan “Setuju”, iaitu seramai 12 orang responden
atau 40.00% daripada 30 orang responden. Kedua, bilangan responden yang

45
010329-04-0040

menandakan “Tidak Pasti” ialah 10 orang responden atau 33.33%. Ketiga, bilangan
responden yang menandakan “Sangat Setuju” adalah seramai 7 orang responden
bersamaan dengan 23.33%. Keempat, bilangan responden yang menandakan “Tidak
Setuju” hanya 1 orang responden bersamaan dengan 3.33% dan paling rendah
responden yang menandakan “Sangat Tidak Setuju”, iaitu tiada responden. Min purata
bagi faktor mudah dihubungkan dengan peranti yang lain ialah 3.83, iaitu berstatus
“Setuju”. Menurut informan C (rujuk Lampiran 2 Informan C), beliau sudah memiliki
hampir kesemua peranti Apple seperti iPhone 11 Pro Max, iPhone X, iPhone 5s,
Apple Watch SE, iPad Pro 2020, MacBook Pro, AirPods 1st generation, dan AirPods
Pro. Menurutnya, dengan memiliki pelbagai jenis peranti jenama Apple, ia
memudahkan pengguna untuk melalukan pelbagai perkara khususnya perkara yang
berkaitan dengan pelajarannya memandangkan beliau seorang pelajar di universiti.
Pengguna boleh menghantar gambar kepada iPad atau MacBook dengan mudah dan
pantas. Pengguna juga boleh membalas mesej di iPhone menggunakan peranti iMac
atau iPad. Hal ini juga kerana menurut laman web rasmi dari syarikat Apple dari
laman sesawang apple.com, mereka telah mengeluarkan pelbagai jenis peranti seperti
Apple Watch, MacBook, AirPods, iPad dan banyak lagi yang memudahkan pengguna
Apple menghubungkan semua peranti yang mereka ada dengan mudah. Jika pengguna
mempunyai iPhone, iPad atau iMac, peranti-peranti ini senang untuk dintegrasikan
antara satu sama lain.

Di samping itu, faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan pengguna tehadap


telefon pintar jenama Apple yang kesembilan ialah kekalisan air yang baik, paling
tinggi bilangan responden yang menandakan “Tidak Pasti” adalah seramai 12 orang
responden iaitu bersamaan 40.00% daripada 30 orang responden. Kedua, bilangan
responden yang menandakan “Setuju” adalah seramai 9 orang responden atau 30.33%.
Ketiga, bilangan responden yang menandakan “Tidak Setuju” adalah seramai 4 orang
responden atau 13.33%. Keempat, bilangan responden yang menandakan “Sangat
Setuju” adalah seramai 3 orang responden atau 10.00% dan paling rendah bilangan
responden yang menandakan “Sangat Tidak Setuju” ialah 2 orang responden
bersamaan 6.67%. Min purata bagi faktor kekalisan air yang baik ialah 3.23, iaitu
berstatus “Setuju”. Bagi pengetahuan yang lebih terperinci, sebuah artikel oleh Mira
Mohamad pada 13 November 2017 yang bertajuk “Adakah Telefon Pintar Kalir Air
Anda Boleh Dibawa Menyelam Ke Dasar Laut?” dari laman sesawang iluminasi.com

46
010329-04-0040

menyatakan pada masa ini, tidak ada model iPhone yang kalis air sehingga pengguna
dapat membawa telefon semasa berenang, melayari, atau mengambil bahagian dalam
aktiviti air jenis lain. Perkara ini bermakna bahawa kalis air yang dibincangkan
bermaksud water-resistance dan bukannya waterproof. iPhone tidak akan rosak jika
terdedah kepada keadaan yang tertentu sahaja seperti percikan hujan sedikit. Begitu
juga sekiranya pengguna secara tidak sengaja menjatuhkannya di dalam sinki yang
dipenuhi air. Menurut sebuah artikel dari laman sesawang tutorialesdelweb.com yang
bertajuk “Adakah model iPhone 11, iPhone X, XS, XR, atau iPhone 8 kalis air?”
menyatakan bahawa ukuran kedalaman iPhone 11 Pro termasuk daya tahan air
tambahan sehingga 4 meter dalamnya berbanding dengan iPhone XS dan iPhone XS
Max yang mempunyai daya tahan air sehingga kedalaman 2 meter sahaja.

Bagi faktor kesepuluh ialah ekosistem yang menarik dan mesra pengguna.
Bilangan paling tinggi responden yang menandakan “Setuju” adalah seramai 15 orang
responden atau 50.00% daripada 30 orang responden. Kedua, bilangan responden
yang menandakan “Tidak Pasti” dan “Sangat Setuju” masing-masing adalah sebanyak
6 orang responden atau 20.00%. Ketiga, bilangan responden yang menandakan
“Tidak Setuju” adalah hanya 3 orang responden atau 10.00% dan paling rendah
bilangan responden yang menandakan “Sangat Tidak Setuju” adalah tiada. Min purata
bagi faktor ekosistem yang menarik dan mesra pengguna ialah 3.80, iaitu berstatus
“Setuju”. Ekosistem Apple atau dikenali sebagai ekosistem iOS antara satu faktor
yang utama bagi pengguna telefon pintar jenama Apple setia kepada penggunaan
iPhone. Hal ini kerana menurut sebuah artikel dari laman sesawang amanz.my yang
bertajuk “9 Sebab Kenapa Ramai Pengguna Meminati iPhone Sebagai Telefon Pintar
Mereka” oleh Fahim Zahar, kebanyakan pengguna produk Apple, pasti akan memiliki
sekurang-kurangnya dua produk seperti iPhone dan iPad, iPhone dan Macbook atau
kesemuanya sekali. Ekosistem iOS ini sangat baik, sehinggakan pengguna boleh
menjawab panggilan telefon dan membalas Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dari
iPhone secara terus dalam Macbook atau iPad. Begitu juga dengan pembesar suara
Apple Homepod, pengguna dengan mudah boleh mengawal muzik dari Apple Music
dan juga banyak peranti berhubung dengan arahan suara melalui Siri.

Menurut sebuat artikel oleh Ilham Efendi yang bertajuk “Apa Itu Siri ?” dari
laman sesawang it-jurnal.com, Siri adalah pembantu peribadi pintar yang membantu

47
010329-04-0040

pengguna iPhone menyelesaikan sesuatu dengan memberi arahan. Melalui Siri,


pengguna dapat menggunakan suara untuk mengirimkan sesuatu pesanan,
menjadualkan pertemuan, menelefon seseorang, dan banyak lagi.

Bagi faktor kesebelas nilai harga yang tinggi jika dijual semula pula, paling
tinggi responden yang menandakan “Setuju”, iaitu seramai 14 orang responden
bersamaan dengan 46.67% daripada 30 orang responden. Bilangan responden yang
menandakan “Sangat Setuju” adalah seramai 7 orang responden atau 23.33%
Bilangan responden yang menandakan “Tidak Pasti” dan “Tidak Setuju” masing-
masing adalah seramai 4 orang responden atau 13.33% dan paling rendah responden
yang menandakan “Sangat Tidak Setuju”, iaitu hanya 1 orang responden sahaja
bersamaan dengan 3.33%. Min purata bagi faktor nilai harga yang tinggi jika dijual
semula ialah 3.73, iaitu berstatus “Setuju”. Berdasarkan sebuah artikel yang
diterbitkan pada 24 Julai 2018 oleh Effi Saharudin dari laman sesawang amanz.my
yang bertajuk “iPhone Ialah Telefon Pintar Dengan Nilai Jualan Semula Tertinggi Di
Pasaran”, menyatakan bahawa tidak hairanlah bahawa iPhone mempunyai nilai harga
yang tinggi jika dijual semula kerana atas permintaan orang ramai yang boleh dimiliki
pada harga yang lebih mampu milik menerusi jualan nilai semula. Menurutnya lagi,
pakar di Syarikat B-Stock iaitu sebuah syarikat usahawan dan inovator perdagangan
dunia menyatakan bahawa nilai jualan semula iPhone X adalah yang tertinggi di
pasaran. Peranti boleh dijual semula pada harga 85% dari harga belian asal. Hal ini
adalah lebih tinggi berbanding model iPhone dan Android lain di pasaran.

Seterunsya, bagi faktor kedua belas pula ialah ikutan trend semasa, paling
tinggi responden yang menandakan “Setuju”, iaitu seramai 14 orang responden
bersamaan dengan 46.67% daripada 30 orang responden. Kedua, bilangan responden
yang menandakan “Sangat Setuju” adalah seramai 7 orang responden atau 23.33%
Ketiga, bilangan responden yang menandakan “Tidak Pasti” dan “Tidak Setuju”
masing-masing adalah seramai 4 orang responden atau 13.33% dan paling rendah
responden yang menandakan “Sangat Tidak Setuju”, iaitu hanya 1 orang responden
sahaja bersamaan dengan 3.33%. Min purata bagi faktor ikutan trend semasa ialah
3.73, iaitu berstatus “Setuju”. Hal ini kerana fenomena dan minat popular yang
tertanam di dalam masyarakat kita sekarang ini saling berkaitan. Menurut sebuah
artikel yang ditulis oleh nama samarannya, Moneycompass pada 11 Februari 2020

48
010329-04-0040

dari laman sesawang moneycompass.com.my yang bertajuk “Faktor-Faktor Yang


Membawa Milenium Untuk Ikut “TREND””, tidak dapat dinafikan bahawa teknologi
berkembang dengan pesat pada masa kini. Perkara ini boleh menjadi salah satu sebab
golongan milenial atau generasi Y sentiasa mengemaskini alat mereka hanya demi
mengikuti trend dan kelihatan bergaya. Bagi mereka, adalah penting untuk sentiasa
mengikuti perkembangan teknologi baru. Sesetengah mungkin tidak berfikir dua kali
untuk membeli kerana mereka hanya berfikir bahawa membeli alat atau telefon pintar
baru ini lebih penting daripada menyimpan wang untuk perbelanjaan bulanan
mereka. Contohnya, setiap kali Apple melancarkan iPhone baharu mereka, sesetengah
daripada mereka akan bersemangat untuk mencari dan menyimpan wang untuk
membelinya. Hal ini kerana mereka mahu berasa puas serta terikut-ikut dengan edaran
zaman.

Bagi faktor ketiga belas, penggunaan material yang tahan lasak paling
tinggi responden yang menandakan “Tidak Pasti”, iaitu seramai 13 orang responden
bersamaan dengan 43.33% daripada 30 orang responden. Keduan, Bilangan
responden yang menandakan “Setuju” adalah seramai 8 orang atau 26.67%. Ketiga,
bilangan responden yang menandakan “Tidak Setuju” iaitu seramai 6 orang responden
bersamaan dengan 20.00%. Keempat, bilangan responden yang menandakan “Sangat
Setuju” ialah 3 orang responden bersamaan dengan 10.00% dan paling rendah
bilangan responden yang menandakan “Sangat Tidak Setuju” adalah tiada. Min purata
bagi faktor penggunaan material yang tahan lasak ialah 3.27, iaitu berstatus “Setuju”.
Perkara ini terbukti apabila salah seorang Informan B (rujuk Lampiran 2 Informan B)
menyatakan bahawa pelindung iPhone yang dipakainya seperti casing dan screen
protector banyak membantu apabila terjatuh atau terhentak di permukaan keras
kerana tiada sebarang skrin retak atau pecah pada iPhonenya.

Menurut sebuah artikel oleh XavierNaxa dari laman sesawang ifon.my yang
bertajuk “70% Dari 3,065 Responden Cenderung Memilih Pelindung iPhone Tahan
Lasak”, apabila menyebut soal telefon pintar, kita tidak lari daripada melakukan
kecuaian termasuklah menyebabkan skrin retak atau pecah. Kos penggantian skrin
bagi sesebuah telefon pintar terutama iPhone bukan murah dan boleh mencecah
RM2,000. Kesedaran terhadap penjagaan telefon pintar terutama iPhone harus
diperkasa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Maka,

49
010329-04-0040

pengguna lebih cenderung memilih material yang tahan lasak seperti membeli
pelindung (case) iPhone tahan lasak. Antara jenama yang hadir dengan pelindung
tahan lasak untuk jenama iPhone adalah Urban Armor Gear (UAG), Spigen,
Rhinoshield dan lain-lain.

Menurut Hizam Jaafar yang menulis sebuah artikel pada 30 Jun 2021 dari
laman sesawang vocket.tech yang bertajuk “7 Case iPhone Terbaik Yang Anda Boleh
Dapatkan Di Shopee”, Syarikat Spigen juga merupakan salah satu jenama yang
terkenal dalam penghasilan pelindung iPhone terbaik yang berkualiti kepada
pengguna. Bahan binaan pelindung antaranya diperbuat daripada termoplastik yang
fleksibel. Bahagian sisi perlindung juga terdapat tekstur yang kasar untuk
memberikan cengkaman yang lebih ketat dan lebih geseran. Akhir sekali,
permukaan pelindung iPhone yang rata memberikan keselesaan sewaktu
memegangnya.

Bagi faktor keempat belas penggunaan bateri tahan lama, paling tinggi
responden yang menandakan “Tidak Pasti”, iaitu seramai 15 orang responden
bersamaan dengan 50.00% daripada 30 orang responden. Kedua, bilangan responden
yang menandakan “Setuju” adalah seramai 7 orang responden atau 23.33%. Ketiga,
bilangan responden yang menandakan “Tidak Setuju” adalah seramai 5 orang
responden bersamaan dengan 16.67%. Keempat, bilangan responden yang
menandakan “Sangat Setuju” ialah 3 orang responden bersamaan dengan 10.00% dan
yang terakhir ialah bilangan paling rendah responden yang menandakan “Sangat
Tidak Setuju” iaitu tiada. Min purata bagi faktor penggunaan bateri tahan lama ialah
3.27 iaitu berstatus “Setuju”. Menurut laman web rasmi Apple dari apple.my, pada
“Panduan Pengguna iPhone”, iPhone mempunyai bateri dalaman, litihum-ion boleh
dicas semula, yang memberikan prestasi terbaik untuk peranti iPhone buat masa ini.
Berbanding teknologi bateri tradisional, bateri lithium-ion lebih ringan, cas dengan
lebih cepat, tahan lebih lama dan mempunyai ketumpatan kuasa yang lebih tinggi
untuk hayat bateri yang lebih. Oleh itu, menurut sebuah artikel dari laman sesawang
ifon.my yang ditulis oleh XavierNaxa yang bertajuk “Adakah Jangka Hayat Bateri
iPhone Memberi Kesan Jika Anda Bermain Aplikasi Permainan?”, isu bateri iPhone
sering menjadi satu topik hangat di kalangan pengguna iPhone, walaupun mereka
sedar bahawa kapasiti milliampere/hour (mAh) bagi iPhone antara terendah dalam

50
010329-04-0040

semua model flagship iaitu produk andalan bagi telefon pintar. Namun perkara ini
masih bergantung pada cara penggunaannya.

Bagi faktor kelima belas iaitu sokongan kemaskini sistem melebihi lima
tahun, paling tinggi responden yang menandakan “Setuju” iaitu seramai 14 orang
responden atau 46.67% daripada 30 orang responden. Kedua, bilangan responden
yang menandakan “Tidak Pasti” adalah seramai 8 orang responden bersamaan dengan
26.67%. Ketiga, bilangan responden yang menandakan “Sangat Setuju” adalah
seramai 7 orang responden atau 23.33%. Keempat, bilangan responden yang
menandakan “Tidak Setuju” hanya 1 orang responden atau 3.33% dan paling rendah
responden yang menandakan “Sangat Tidak Setuju” adalah tiada. Min purata bagi
faktor sokongan kemaskini sistem melebihi lima tahun ialah 3.90, iaitu berstatus
“Setuju”. Menurut sebuah artikel dari laman sesawang amanz.my yang ditulis oleh
Fahim Zahar pada 11 September 2018 yang bertajuk “9 Sebab Kenapa Ramai
Pengguna Meminati iPhone Sebagai Telefon Pintar Mereka”, Apple sehingga hari ini,
tidak melupakan peranti generasi lama mereka. iPhone 5S yang dilancarkan pada
tahun 2013 sehingga hari ini masih menerima kemaskini iOS 12. Perkara ini
bermakna, Apple masih tetap menyumbang perkhidmatan iOS walaupun peranti
generasi itu telah berusia lima tahun. Maka, faktor ini juga merupakan satu
penjimatan kewangan pada pengguna yang ingin menggunakan telefon pintar mereka
dalam tempoh yang lama. Hal ini kerana kemaskini sistem di setiap telefon pintar
amat penting untuk mendapatkan ciri-ciri baharu, pembetulan pepijat dan keselamatan
yang lebih baik di dalam telefon pintar pengguna.

Akhir sekali, faktor yang keenam belas ialah kelancaran semasa


menggunakannya, paling tinggi responden yang menandakan “Setuju” adalah
seramai 16 orang responden atau 53.33% daripada 30 orang responden. Kedua,
bilangan responden yang menandakan “Sangat Setuju” adalah seramai 11 orang
responden atau 36.67%. Ketiga, bilangan responden yang menandakan “Tidak Pasti”
adalah seramai 2 orang responden bersamaan dengan 6.67%. Keempat, bilangan
responden yang menandakan “Tidak Setuju” adalah hanya 1 orang responden
bersamaan dengan 3.33% dan paling rendah responden yang menandakan “Sangat
Tidak Setuju”, iaitu tiada. Min purata bagi faktor kelancaran semasa menggunakannya
ialah 4.23, iaitu berstatus “Setuju”. Hal ini demikian kerana pengguna iPhone

51
010329-04-0040

dikatakan lebih menikmati kelancaran semasa menggunakannya. Menurut Carrie Tsai


yang menulis sebuah artikel dari laman sesawang Neway pada 14 Ogos 2018 bertajuk
“Apakah Pemproses Terbaik dalam Smartphone”, istilah Cipset (Chipset) merujuk
kepada sebuah sistem di dalam sebuah peranti mudah alih yang terdiri dari kumpulan
mikrochip. Mikrochip tersebut dibina untuk bekerja sesuai dengan tugasnya dalam
menyokong pelbagai ciri-ciri dan fungsi tertentu. Di telefon pintar dan tablet sendiri,
cipset ini mempunyai fungsi yang penting.

Menurut Effi Saharudin, iaitu seorang Ketua Kandungan Digital di Amanz


Media dan Penulis Buku F.O.A terbitan DubookPress, beliau telah menulis sebuah
artikel di laman sesawang amanz.my yang diterbitkan pada 12 November 2020 yang
bertajuk “Cip Mana Lebih Berkuasa? – Perbandingan Apple A14 Bionic VS
Snapdragon 865+”, kesimpulan dari kesemua ujian yang mereka lakukan terhadap
cipset mengesahkan bahawa Apple A14 Bionic ialah cip pemprosesan yang paling
berkuasa untuk telefon pintar iaitu iPhone. Takhta cip peranti mudah alih paling
berkuasa masih lagi dipegang oleh Apple 12Z Bionic yang digunakan pada iPad Pro
2020. Oleh sebab itu, aplikasi di telefon bimbit jenama Apple dapat dibuka secara
cepat dan lancar kerana cip pemprosesan yang dihasilkan oleh Apple adalah yang
terbaik. Selain itu, aplikasi seperti permainan video juga dapat dibuka dengan lebih
cepat di iPhone. Contohnya, iPhone XS Max hanyalah mengunakan 4GB RAM
berbanding Android flagship yang lain yang menggunakan RAM sehingga 8GB.
Disebabkan syarikat Apple mengeluarkan iPhone dan membuat cipset mereka sendiri,
maka sistem operasinya sangat sesuai dengan perkakasan tersebut. Perkara ini ibarat
“minyak enjin yang sangat sesuai dengan kereta”.

Kesimpulannya, daripada 16 faktor yang mempengaruhi kesetiaan pengguna


tehadap telefon pintar jenama Apple, majoriti menunjukkan min purata berstatus
“Setuju”. Berdasarkan 16 faktor yang tersenarai, faktor yang paling banyak disetujui
oleh responden adalah kualiti kamera yang terbaik. Hal ini demikian kerana kualiti
pengambilan gambar dan video menjadi kriteria utama oleh setiap individu.
Seterusnya, faktor yang paling kurang disetujui oleh responden adalah harga yang
berpatutan.

52
010329-04-0040

6.0 RUMUSAN/ KESIMPULAN

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tajuk “Kesetiaan Pengguna Terhadap


Telefon Pintar Jenama Apple Dalam Kalangan Penduduk Di Taman Tasik Utama,
Ayer Keroh, Melaka”. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis
telefon pintar jenama Apple yang digunakan oleh penduduk di Taman Tasik Utama,
Ayer Keroh, Melaka dan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan
pengguna tehadap telefon pintar jenama Apple dalam kalangan penduduk di Taman
Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Data untuk kajian ini diperolehi dengan
menggunakan kaedah soal selidik, temu bual, dan kepustakaan. Sebanyak 30 orang
responden dan 3 orang informan yang menggunakan telefon pintar jenama Apple
telah dipilih untuk menjalankan kaedah borang soal selidik, dan temu bual.

Berdasarkan dapatan borang soal selidik, bilangan responden perempuan


adalah paling tinggi. Selain itu, kebanyakan responden adalah dari golongan yang
berumur 17 hingga 23 tahun. Bagi bangsa pula, kebanyakan responden terdiri
daripada bangsa Melayu. Paling ramai responden yang menggunakan jenama telefon
pintar yang pernah digunakan sebelum ini adalah telefon pintar berjenama Apple.
Kesemua responden berpuas hati dengan telefon pintar jenama Apple yang digunakan
sekarang.

Objektif pertama untuk kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis
telefon pintar jenama Apple yang digunakan oleh penduduk di Taman Tasik Utama,
Ayer Keroh, Melaka. Berdasarkan hasil dapatan ini, didapati paling ramai responden
menyatakan jenis-jenis telefon pintar jenama Apple yang digunakan oleh responden
ialah “iPhone 5, iPhone 5c dan iPhone 5s” dan “iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 6s
dan iPhone 6s Plus”. Hal ini demikian kerana banyak responden yang berpendapat
bahawa iPhone tersebut merupakan revolusi yang baru ketika itu kerana masih ramai
pengguna yang menggunakan telefon bimbit selain daripada telefon pintar. Bagi jenis-
jenis telefon pintar jenama Apple yang digunakan oleh responden, paling kurang
responden menggunakannya ialah “iPhone 8 dan iPhone 8 Plus”. Hal ini demikian
kerana semasa pelancaran model tersebut, pengguna berasa ianya suatu model yang
lebih kurang sahaja dengan model sebelum ini tetapi dengan harga yang mahal.

53
010329-04-0040

Objektif kedua bagi kajian ini adalah mengkaji faktor-faktor yang


mempengaruhi kesetiaan pengguna tehadap telefon pintar jenama Apple dalam
kalangan penduduk di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Berdasarkan
dapatan kajian tentang objektif ini, majoriti responden yang menyatakan “Setuju”
dengan faktor kualiti kamera yang terbaik kerana faktor tersebut mendapat min
purata yang tertinggi. Menurut Pengurus Produk Apple dan iPhone, Francesca Sweet
dan Naib Presiden Kejuruteraan Perisian Kamera, Jon McCormack menjelaskan
kamera iPhone bukan hanya sekadar pada lensa dan sensor, tetapi juga melibatkan
keseluruhan keupayaan memproses imej fotografi menerusi gabungan cip
pemprosesan dan perisian. Beliau juga menegaskan bahawa apa yang paling penting
adalah dapat menghasilkan sesuatu imej sama seperti mana yang terpapar ketika itu.
Hasilnya, walaupun iPhone mempunyai piksel yang rendah, tapi kualiti gambar yang
dihasilkan adalah antara yang terbaik.

Kesimpulannya, terdapat banyak jenis-jenis telefon pintar jenama Apple yang


digunakan oleh penduduk di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Antaranya
ialah iPhone 12, iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. Perkara ini
boleh diambil perhatian oleh syarikat Apple kerana menurut data yang dikumpul,
(rujuk Jadual 6 Rajah 6) pengguna iPhone saban hari kurang menggantikannya
dengan model yang baharu kerana spesifikasi iPhone yang baru itu tiada peningkatan
yang ketara berbanding iPhone sebelumnya. Pelbagai faktor boleh ditingkatkan
supaya pengguna dapat memanfaatkannya selain daripada mengikut trend sahaja.
Pengkaji berharap agar kajian ini dapat memberi inspirasi kepada syarikat
pengeluaran telefon bimbit terutamanya Syarikat Apple dalam meninjau respon dan
pendapat pengguna bagi meningkatkan kualiti dan spesifikasi yang terdapat pada
ciptaan telefon baru. Selain itu, pengkaji berharap kajian ini dapat membantu
pengguna dalam menilai ciri-ciri keistimewaan yang terdapat pada telefon pintar
iPhone sebelum mereka membelinya.

54
010329-04-0040

7.0 RUJUKAN

Aman. (2021). Apple Mengatasi Samsung Sebagai Jenama Telefon Pintar Terlaris
Pada Suku Ke-4 2020. Diperoleh pada 11 Ogos 2021 daripada
https://amanz.my/2021273846/

Ariff Mac. (2016). Data spesifikasi iPhone 7 dan iPhone 7 Plus yang perlu anda tahu.
Diperoleh pada 30 Jun 2021 daripada https://ariffmac.com/spesifikasi-iphone-7-dan-
iphone-7-plus/

Ariff Mac. (2020). Falsafah Disebalik Rekaan dan Teknologi Kamera iPhone.
Diperolehi pada 11 Ogos 2021 daripada https://ariffmac.com/falsafah-disebalik-
rekaan-dan-teknologi-kamera-iphone/

Bukhari Malek. (2016). Lihat Bagaimana Evolusi Reka Bentuk iPhone Sejak Mula
Diperkenalkan. Diperoleh pada 9 Ogos 2021 daripada
https://www.thevocket.com/evolusi-iphone/

Carrie Tsai. (2018). Apakah Pemproses Terbaik dalam Smartphone. Diperoleh pada
11 Ogos 2021 daripada https://www.neway.mobi/ms/news/what-is-best-processor-in-
smartphone.html

Effi Saharudin. (2018). iPhone Ialah Telefon Pintar Dengan Nilai Jualan Semula
Tertinggi Di Pasaran. Diperoleh pada 10 Ogos 2021 daripada
https://amanz.my/2018174408/

Effi Saharudin. (2020). Cip Mana Lebih Berkuasa? – Perbandingan Apple A14
Bionic VS Snapdragon 865+. Diperolehi pada 12 Ogos 2021 daripada
https://amanz.my/202026029

Einz. (2015). iPhone 6S – 7 Peningkatan Baru Berbanding iPhone Sebelumnya.


Diperoleh pada 30 Jun 2021 daripada https://einz.my/iphone-6s-fungsi-baru/

55
010329-04-0040

Fahim Zahar. (2018). 9 Sebab Kenapa Ramai Pengguna Meminati iPhone Sebagai
Telefon Pintar Mereka. Diperoleh pada 11 Ogos 2021 daripada
https://amanz.my/2018179058/

Fahim Zahar. (2020). 10 Perkara Mengecewakan Pada Siri iPhone 12. Diperolehi
pada 10 Ogos 2021 daripada https://amanz.my/2020255046/

Farizul Izwany. (2019). 10 Sebab Mengapa Ramai Pengguna Pilih iPhone


Berbanding Android. Diperoleh pada 10 Ogos 2021 daripada
https://www.maskulin.com.my/10-sebab-mengapa-ramai-pengguna-pilih-iphone-
berbanding-android/

Google Maps (2021). Peta Negeri Melaka. Diperolehi pada 28 Jun 2021 daripada
https://www.google.com.my/maps/place/Malacca/

Google Maps (2021). Peta Daerah Melaka Tengah. Diperolehi pada 28 Jun 2021
daripada https://www.google.com/maps/place/Melaka+Tengah,+Malacca/

Google Maps (2021). Peta Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Diperolehi
pada 28 Jun 2021 daripada https://www.google.com/maps/place/Taman+Tasik+
Utama+75450+Ayer+Keroh+Malacca/

Haikel Areff. (2019). Sejarah Bermulanya Apple Sehingga Menjadi Pengeluar


Terkemuka. Diperolehi pada 10 Ogos 2021 daripada https://wiser.my/sejarah-
bermulanya-apple-sehingga-menjadi-pengeluar-terkemuka

Hizam Jaafar. (2021). 7 Case iPhone Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Di Shopee.
Diperolehi pada 12 Ogos 2021 daripada https://vocket.tech/7-case-iphone-terbaik-
yang-anda-boleh-dapatkan-di-shopee/

Ian Johan Ariff. (2019). Kenapa saya akan terus gunakan iPhone?. Diperolehi pada 8
Julai 2021 daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenapa-saya-akan-
terus-gunakan-iphone-217930

56
010329-04-0040

Kamus Dewan, 2016. Edisi Keempat Cetakan Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Kay Suhaimi. (2019). Ini Sebab Mengapa Produk Apple Tersangat Mahal. Diperolehi
pada 8 Julai 2021 daripada https://iluminasi.com/bm/ini-sebab-mengapa-produk-
apple-tersangat-mahal.html

Kohila Sekaran. (2016). iPhone 7 dan 7 Plus dilancarkan di Malaysia pada 14


Oktober. Diperolehi pada 11 Ogos 2021 daripada https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/iphone-7-dan-7-plus-dilancarkan-di-malaysia-pada-14-oktober-118092

Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah (2020). Profil Daerah
Melaka Tengah. Diperoleh pada 28 Jun 2021 daripada https://www.pdtmt.gov.my/

Meor Hasyim. (2020). Mengapa Apple Menjual iPhone SE Dengan Skrin Kecil 4.7
Inci?. Diperoleh pada 30 Jun 2021 daripada https://wiser.my/mengapa-apple-masih-
menjual-model-iphone-dengan-skrin-kecil-4-7-inci

Mira Mohamad. (2017). Adakah Telefon Pintar Kalis Air Anda Boleh Dibawa
Menyelam Ke Dasar Laut?. Diperoleh pada 10 Ogos 2021 daripada
https://iluminasi.com/bm/bolehkah-anda-berenang-dengan-iphone-x-ataupun-mana-
mana-telefon-pintar-kalis-air.html

Najib. (2019). iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max terima naik taraf kamera luar dan
dalam. Diperoleh pada 30 Jun 2021 daripada
https://bm.soyacincau.com/2019/09/11/apple-iphone-11-pro-max-spec-harga/

Najib. (2020). iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max: Berbeza Saiz Skrin dan Saiz
Kamera. Diperolehi pada 30 Jun 2021 daripada
https://bm.soyacincau.com/2020/10/14/apple-iphone-12-pro-iphone-12-pro-max-spec/

Nazrin. (2021). Saya Mencuba Clubhouse – Platform Media Sosial Baru Dengan
Gimiknya Tersendiri. Diperoleh pada 8 Julai 2021 daripada
https://amanz.my/2021271819/

57
010329-04-0040

Noor Ain Norman. (2017). 9 Kelebihan Yang Bakal Anda Perolehi Jika Memilih
iPhone Berbanding Android. Diperolehi pada 9 Julai 2021 daripada
https://www.remaja.my/ini-9-sebab-kenapa-anda-perlu-memilih-iphone-berbanding-
android/

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka (2020). Demeografi dan Statistik Negeri
Melaka. Dicapai pada 28 Jun 2020 daripada https://www.melaka.gov.my/ms/rakyat/
info-melaka/demeografi-statistik/

Rosi Greaves. (2021). Apa itu Apple Pay dan Bagaimana Ia Berfungsi?. Diperolehi
pada 10 Ogos 2021 daripada https://ecommerce-platforms.com/ms/articles/what-is-
apple-pay-and-how-does-it-work

Taufiq Mahfuzah. (2019). Tips Untuk Memastikan Privasi Peranti Apple Seperti
iPhone Terjamin. Diperoleh pada 10 Ogos 2021 daripada
https://bm.soyacincau.com/2019/05/03/tips-privasi-apple-iphone/

XavierNaxa. (2018). iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone Xr Mana Lebih Berbaloi?.
Diperolehi pada 30 Jun 2021 daripada https://ifon.my/2018/10/17/iphone-8-iphone-8-
plus-dan-iphone-xr-mana-lebih-berbaloi/

XavierNaxa. (2018). Adakah Jangka Hayat Bateri iPhone Memberi Kesan Jika Anda
Bermain Aplikasi Permainan?. Diperoleh pada 11 Ogos 2021 daripada
https://ifon.my/2018/11/25/adakah-jangka-hayat-bateri-iphone-memberi-kesan-jika-
anda-bermain-aplikasi-permainan/

XavierNaxa. (2019). 70% Dari 3,065 Responden Cenderung Memilih Pelindung


iPhone Tahan Lasak. Diperoleh pada 11 Ogos 2021 daripada
https://ifon.my/2019/03/08/70-dari-3065-responden-cenderung-memilih-pelindung-
iphone-tahan-lasak/

58
010329-04-0040

8.0 LAMPIRAN Lampiran 1

SMK TINGGI MELAKA


75000 MELAKA
BORANG SOAL SELIDIK
KERJA KURSUS PENGAJIAN AM 900/4
TAHUN 2021

TAJUK KERJA KURSUS

KESETIAAN PENGGUNA TERHADAP TELEFON PINTAR JENAMA APPLE


DALAM KALANGAN PENDUDUK DI TAMAN TASIK UTAMA, AYER
KEROH, MELAKA

Borang soal selidik ini digunakan untuk membuat kajian tentang Faktor-Faktor yang
Mempengaruhi Masyarakat Terhadap Telefon Pintar Berjenama Apple (iPhone) di
Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Segala maklumat di dalam borang ini
adalah SULIT dan hanya digunakan untuk kajian sahaja. Terdapat 3 bahagian dalam
borang ini.

Bahagian A Demografi Responden.


Mengenal pasti jenis-jenis telefon pintar jenama Apple yang
Bahagian B digunakan oleh penduduk di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh,
Melaka.
Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan pengguna
Bahagian C tehadap telefon pintar jenama Apple dalam kalangan penduduk
di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.

59
010329-04-0040

BAHAGIAN A : DEMOGRAFI RESPONDEN


Arahan : Tandakan ( / ) mengikut maklumat diri yang dinyatakan di bawah.

1. JANTINA

Lelaki Perempuan

2. UMUR

17 - 23 tahun 31 - 40 tahun

23 - 30 tahun 41 tahun dan keatas

3. BANGSA

Melayu India

Cina Lain- Lain

(Sila nyatakan:____________)

4. JENAMA TELEFON PINTAR YANG PERNAH DIGUNAKAN SEBELUM INI

Apple Xiaomi

Samsung Sony

Huawei Oppo

Nokia Lenovo

Vivo LG

Honor OnePlus

BlackBerry Motorola

HTC Lain- lain

(Sila nyatakan: ___________)

5. ADAKAH ANDA BERPUAS HATI DENGAN TELEFON PINTAR APPLE


YANG DIGUNAKAN SEKARANG?

YA TIDAK

60
010329-04-0040

BAHAGIAN B: Mengenal pasti jenis-jenis telefon pintar jenama Apple yang


digunakan oleh penduduk di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.

Arahan: sila tandakan ( / ) mengikut jenis-jenis telefon pintar jenama Apple yang
pernah digunakan.

Bil. Jenis-jenis telefon pintar jenama Apple yang


digunakan oleh penduduk di Taman Tasik Utama, PERNAH TIDAK
Ayer Keroh, Melaka. PERNAH
1. iPhone 4 dan iPhone 4s

2. iPhone 5, iPhone 5c dan iPhone 5s

3. iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 6s dan iPhone 6s Plus

4. iPhone 7 dan iPhone 7 Plus

5. iPhone 8 dan iPhone 8 Plus

6. iPhone X, iPhone Xr, iPhone Xs dan iPhone Xs Max

7. iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max


8. iPhone 12, iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro dan iPhone
12 Pro Max
9. iPhone SE 1st generation dan iPhone SE 2nd generation

61
010329-04-0040

BAHAGIAN C: Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan


pengguna tehadap telefon pintar jenama Apple dalam kalangan penduduk di
Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.

Tandakan ( / ) mengikut item yang dinyatakan di bawah.


Skor 1 2 3 4 5
Perkara Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju Pasti Setuju
Setuju

Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan


Bil. pengguna tehadap telefon pintar jenama Apple dalam 1 2 3 4 5
kalangan penduduk di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh,
Melaka.
1. Sokongan aplikasi baharu mendahului Android.

2. Rekabentuk yang unik dan tersendiri.

3. Memudahkan pengguna melakukan transaksi kewangan.

4. Harga yang berpatutan.

5. Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mantap.

6. Kualiti kamera yang terbaik.

7. Kemaskini sistem operasi yang pantas.

8. Mudah dihubungkan dengan peranti yang lain.

9. Kekalisan air yang baik.

10. Ekosistem yang menarik dan mesra pengguna.

11. Nilai harga yang tinggi jika dijual semula.

12. Ikutan trend semasa.

13. Penggunaan material yang tahan lasak.

14. Penggunaan bateri tahan lama.


15. Sokongan kemaskini sistem melebihi lima tahun.
16. Kelancaran semasa menggunakannya.

62
010329-04-0040

Lampiran 2

SMK TINGGI MELAKA


75000 MELAKA
BORANG SOAL SELIDIK
KERJA KURSUS PENGAJIAN AM 900/4
TAHUN 2021

BORANG TEMU BUAL


KESETIAAN PENGGUNA TERHADAP TELEFON PINTAR JENAMA
APPLE DALAM KALANGAN PENDUDUK DI TAMAN TASIK UTAMA,
AYER KEROH, MELAKA

Borang TEMU BUAL ini digunakan untuk membuat kajian tentang kesetiaan
pengguna terhadap telefon pintar jenama Apple dalam kalangan penduduk di Taman
Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Segala maklumat di dalam borang ini adalah
SULIT dan hanya digunakan untuk kajian sahaja.

Arahan : Maklumat Am dan soalan-soalan temubual ini dikemukakan kepada


responden menggunakan aplikasi WhatsApp.

63
010329-04-0040

Informan A

Bil. Soalan Jawapan


1. Adakah anda akan kekal untuk Ya, kerana sistem iOSnya yang
menggunakan telefon pintar jenama lancar. Walaupun terdapat beberapa
Apple? Jika ya atau tidak, mengapa? kelemahan semasa menggunakannya
seperti peratusan bateri yang cepat
turun dan harga telefon pintar yang
mahal berbanding dengan jenama
lain, perkara tersebut tidak
menghalang untuk kekal
menggunakannya.

2. Selain daripada menggunakan iPhone, Apple Watch Siri 3 dan AirPods 1st
adakah anda menggunakan peranti generation
yang lain seperti jam dan laptop
berjenama Apple? Jika ada, sila
nyatakan setiap peranti yang anda ada.

3. Anda ialah seorang yang Dipengaruhi oleh rakan sendiri untuk


mempengaruhi orang sekeliling untuk membeli dan mencuba kerana
membeli iPhone atau anda sendiri yang kebanyakkan mereka telah
dipengaruhi oleh orang sekeliling untuk menggunakan iPhone sejak di
mencuba iPhone tersebut? sekolah menengah lagi.

4. Sebagai pengguna iPhone, apakah Kamera juga antara salah satu sebab
perkara utama yang anda suka pada informan suka menggunakan iPhone
telefon pintar tersebut? kerana informan ialah seorang yang
sentiasa menangkap gambar tak kira
waktu dan tempat.

5. Untuk sebuah telefon pintar, adakah Berbaloi dan puas hati dengan harga
berbaloi untuk anda melabur sejumlah yang ditawarkan walaupun harga
wang yang banyak dan mengapa? yang dipasarkan oleh syarikat Apple
sedikit mahal berbanding dengan
jenama lain. Tiada telefon pintar yang
ingin membuat penggunanya berasa
tidak puas hati jadi mereka akan
sentiasa mencipta sebuah telefon
pintar baharu selari dengan teknologi
yang kian mengembang.

64
010329-04-0040

Informan B

Bil. Soalan Jawapan


1. Adakah anda akan kekal untuk Kekal menggunakan iPhone kerana
menggunakan telefon pintar jenama kualiti kameranya adalah yang
Apple? Jika ya atau tidak, mengapa? terbaik. Sebagai seorang perempuan,
kamera merupakan perkara yang
penting untuk sentiasa kelihatan
cantik dan menyimpan segala memori
dengan rakan-rakan.

2. Selain daripada menggunakan iPhone, iPad, MacBook dan AirPods Pro


adakah anda menggunakan peranti
yang lain seperti jam dan laptop
berjenama Apple? Jika ada, sila
nyatakan setiap peranti yang anda ada.

3. Anda ialah seorang yang Ingin mempengaruhi orang sekeliling


mempengaruhi orang sekeliling untuk untuk membeli iPhone kerana iPhone
membeli iPhone atau anda sendiri yang merupakan salah satu pelaburan yang
dipengaruhi oleh orang sekeliling untuk baik untuk jangka masa panjang.
mencuba iPhone tersebut?

4. Sebagai pengguna iPhone, apakah Kamera di iPhone kerana kualiti yang


perkara utama yang anda suka pada dihasilkan tidak boleh dapat pada
telefon pintar tersebut? telefon pintar jenama lain. Selain itu,
iPhone dengan storan yang besar
kerana boleh mengambil gambar
dalam kuantiti yang banyak.

5. Untuk sebuah telefon pintar, adakah Sangat berbaloi kerana walaupun


berbaloi untuk anda melabur sejumlah iPhone ini mahal, tetapi ia dapat
wang yang banyak dan mengapa? digunakan dalam jangka masa yang
sangat panjang. Pelindung iPhone
seperti casing dan screen protector
banyak membantu apabila terjatuh
atau terhentak di permukaan keras
kerana tiada sebarang skrin retak atau
pecah pada iPhonenya.

65
010329-04-0040

Informan C

Bil. Soalan Jawapan


1. Adakah anda akan kekal untuk Selamanya kekal menggunakan
menggunakan telefon pintar jenama iPhone kerana ia mudah
Apple? Jika ya atau tidak, mengapa? melakukan pelbagai kerja. Sebagai
seorang pelajar universiti, boleh
menghantar gambar kepada iPad atau
Macbook dengan mudah dan pantas.
Ia juga boleh membalas mesej di
iPhone menggunakan peranti iMac
atau iPad.

2. Selain daripada menggunakan iPhone, Selain iPhone 11 Pro Max, iPhone X


adakah anda menggunakan peranti dan iPhone 5s peranti lain seperti
yang lain seperti jam dan laptop Apple Watch SE, iPad Pro 2020,
berjenama Apple? Jika ada, sila MacBook Pro, AirPods 1st
nyatakan setiap peranti yang anda ada. generation, dan AirPods Pro

3. Anda ialah seorang yang Seorang yang akan mempengaruhi


mempengaruhi orang sekeliling untuk orang sekeliling untuk membeli
membeli iPhone atau anda sendiri yang iPhone.
dipengaruhi oleh orang sekeliling untuk
mencuba iPhone tersebut?

4. Sebagai pengguna iPhone, apakah Sistem operasinya. Apabila ingin


perkara utama yang anda suka pada dikemaskini, ia akan mengambil
telefon pintar tersebut? masa dengan sangat pantas untuk
mengemaskini sistem operasi
tersebut. Kepantasan iPhone yang
hanya mengambil masa kurang dari
satu jam untuk kemas kini perisian
yang terkini.

5. Untuk sebuah telefon pintar, adakah Bergantung pada individu itu sendiri
berbaloi untuk anda melabur sejumlah tetapi amatlah berbaloi kerana iPhone
wang yang banyak dan mengapa? juga dapat menghasilkan kualiti
gambar yang terbaik.

66
010329-04-0040

Lampiran 3

Gambar 3: Perbualan Antara Pengkaji dan Informan A dari WhatsApp


Sumber: Kajian Lapangan 2021

Gambar 3: Perbualan Antara Pengkaji dan Informan B dari WhatsApp


Sumber: Kajian Lapangan 2021

Gambar 3: Perbualan Antara Pengkaji dan Informan C dari WhatsApp


Sumber: Kajian Lapangan 2021

67
010329-04-0040

Lampiran 4

Gambar 4: Soal Selidik Yang Dilakukan Di Google Form


Sumber: Kajian Lapangan 2021

68

You might also like