You are on page 1of 10

30 M

PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN UMUM


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJONG MALIM, PERAK.

BMW3032 WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU

Penggunaan Sains dan Teknologi Dalam Pembelajaran di Sekolah

NAMA PELAJAR NO. MATRIK


NUR JULIANA BINTI SAHRIM D20192091260
KUMPULAN KULIAH KUMPULAN 9 (KELAS AE)
NAMA PENGAJAR PUAN NOR SAHARA BINTI MESMAN

PENERANGAN MARKAH
KERANGKA 10
FORMAT 4
BAHASA 5
KUTIPAN 4
RUJUKAN 3
PENYUNTINGAN 4
JUMLAH KESELURUHAN 30m
i

KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Faktor-faktor Penggunaan Sains dan Teknologi dalam 1

Pembelajaran di Sekolah

2.1 Meningkatkan Pengalaman dan Prestasi Pelajar 1-2

2.2 Membantu Pelajar Membuat Persediaan Untuk Kerjaya 2

Masa Depan

3.0 Cabaran Penggunaan Sains dan Teknologi dalam Pembelajaran 2

di Sekolah

3.1 Isi Kandungan dalam Internet yang Bebas 2-3

3.2 Pelajar Kurang Bersosial 3

4.0 Kesan Penggunaan Sains dan Teknologi dalam Pembelajaran 3

di Sekolah

4.1 Pengajaran dan Pembelajaran Dapat Dipertingkatkan 3-4

4.2 Membantu Dalam Menganalisis Maklumat Yang Diperolehi 4


5.0 Kaedah Penggunaan Sains dan Teknologi dalam Pembelajaran di 4

Sekolah

5.1 Penggunaan Internet 4

5.2 Penggunaan Projektor dan Imej Visual 5

6.0 Penutup 5-6

7.0 Rujukan 7
1

1.0 Pengenalan

Perkataan ‘sains’ berasal daripada bahasa Inggeris, iaitu science. Sains dari bahasa Latin

“scientia” yang bermaksud pengetahuan manakala dalam bahasa Arab pula ialah Al-Ilm yang

bererti tahu. Sains dari segi istilah merujuk kepada sebuah sistem untuk mendapatkan pengetahuan

dengan menggunakan pengamatan dan eksperimen. Manakala, Teknologi dari segi bahasa,

perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technologia), (techne), yang bermaksud seni,

kemahiran, rekaan, dan (logia), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Manakala dari segi istilah

pula, teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan.

Pengunaan sains dan teknologi kini merupakan suatu aspek yang agak penting dalam kehidupan

seharian dan tidak terkecuali dalam bidang pendidikan. Pendidikan adalah sasaran utama bagi para

penyelidik bersemangat yang ingin melihat apakah produk mereka dapat mengubah pendidikan

seperti yang kita ketahui hampir satu dekad kemudian, kebaharuan teknologi pendidikan agak

ketinggalan zaman.

2.0 Faktor-faktor Penggunaan Sains dan Teknologi dalam Pembelajaran di Sekolah

2.1 Meningkatkan Pengalaman dan Prestasi Pelajar

Dalam era yang penuh kemodenan kini, penggunaan sains dan teknologi dalam pembelajaran di

sekolah mendapat galakan yang sangat tinggi. Keadaan ini berlaku kerana penggunaan teknologi

di dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung dapat meningkatkan

pengalaman dan prestasi pelajar. Dengan menggunakan teknologi seperti komputer, pelajar akan

dapat mencipta pengetahuan mereka sendiri berdasarkan pengalaman masa lalu dengan maklumat

baru (Bitter dan Pierson, 2005). Penggunaan teknologi yang diterapkan sejak dari bangku sekolah

akan memudahkan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang setersunya kelak. Hal
2

ini kerana, teknologi merupakan suatu kepentingan pada masa kini dalam melakukan sesuatu

pekerjaan termasuk dalam aspek pembelajaran. Sebagai contoh yang boleh diketengahkan adalah,

situasi Covid-19 yang melanda kini, kesemua urusan adalah dijalankan secara atas talian dengan

penggunaan teknologi canggih seperti telefon bimbit, laptop dan sebagainya. Keadaan ini secara

tidak langsung akan memudahkan pelajar untuk menerima pengalaman baru dan dapat

meningkatkan prestasi seiring dengan teknologi yang kian moden kini.

2.2 Membantu Pelajar Membuat Persediaan Untuk Kerjaya Masa Depan

Teknologi dalam dunia moden kini menjadi suatu aspek yang penting dalam kehidupan terutama

sekali dalam aspek pendidikan. Sepertimana yang kita tahu, penggunaan teknologi ini akan tambah

berkembang lagi dari semasa ke semasa. Penerapan serba sedikit tentang teknologi sangat penting

dalam kalangan pelajar kerana mudah untuk mereka membuat persediaan dalam kerjaya di masa

hadapan kelak. Alam pasti mementingkan ilmu pengetahuan tentang teknologi dalam sesuatu

bidang.

3.0 Cabaran Penggunaan Sains dan Teknologi dalam Pembelajaran di Sekolah

3.1 Isi Kandungan dalam Internet yang Bebas

Penggunaan teknologi sememangnya mempunyai kebaikan dan keburukan dalam pengunaannya.

Sepertimana yang kita tahu, kandungan dalam internet yang bebas dan banyak maklumat yang

tidak ditapis akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan khususnya dalam kalangan para pelajar.

Maklumat-maklumat yang tidak sesuai seperti seks, keganasan, hasutan, khabar angin,

diskriminasi, dadah, penderaan, perjudian dan sebagainya akan mendorong kepada kegagalan

dalam menghasilkan pelajar yang berinovatif. Keadaan ini juga akan mempengaruhi para pelajar

untuk mencuba sesuatu yang baru kerana mereka merupakan golongan remaja yang mempunyai

sikap ingin mencuba yang tinggi dalam diri mereka. Jadi kalangan pelajar ini mempunyai potensi
3

yang tinggi untuk mencuba aksi-aksi yang ditayangkan di internet semasa di sekolah seperti buli,

keganasan dan sebagainya.

3.2 Pelajar Kurang Bersosial

Penggunaan teknologi di sekolah akan menyebabkan para pelajar ini lebih tertumpu kepada

teknologi hampir 24 jam sehari dan tidak bersosial dengan kumpulan yang lain. Situasi ini akan

melahirkan pelajar yang anti sosial ataupun pelajar yang tidak gemar bersosial dengan pelajar yang

lain kerana fokus dalam melayari internet. Walhal di sekolah sepatutnya mereka lebih kepada

aktiviti pergaulan dengan rakan sekelas dan membuat perbincangan berkumpulan tentang mata

pelajaran yang tidak difahami. Perkara ini boleh dibendung dengan adanya pemantaun guru

semasa menggunakan teknologi di dalam hanya semasa porses pengajaran dan pembelajaran

sahaja, manakala di luar pada waktu belajar mereka tidak dibenarkan untuk menggunakan

kemudahan teknologi tersebut.

4.0 Kesan Penggunaan Sains dan Teknologi dalam Pembelajaran di Sekolah

4.1 Pengajaran dan Pembelajaran Dapat Dipertingkatkan

Penggunaan teknologi dalam pembelajaran di sekolah dapat meningkatkan lagi cara pengajaran

dan pembelajaran. Sepertimana yang kita tahu, perkembangan teknologi seperti kamera digital,

projektor, perisian latihan minda, computer, power persembahan titik, alat visualisasi 3D, semua

ini telah menjadi sumber yang baik kepada guru untuk membantu pelajar dalam memahami konsep

pembelajaran itu dengan mudah. Kaedah pembelajaran penggunaan media seperti tayangan video,

slaid pembentangan ini secara tidak langsung dapat mengatasi masalah guru dalam mengajar

murid-murid yang lemah. Tidak semua pelajar mempunyai tahap memahami yang sama dalam

sesuatu mata pelajaran tersebut. Menurut Jean Piaget (1950), kecerdasan adalah kebolehan

individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran. Oleh itu
4

penggunaan teknologi ini dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baru dan suasana

pembelajaran yang menarik pelajar kerana mempunyai gaya pembelajaran yang pelbagai.

4.2 Membantu Dalam Menganalisis Maklumat Yang Diperolehi

Teknologi yang kian moden kini dapat membantu pelajar dalam pengiraan dan analisis maklumat

yang diperolehi untuk pemeriksaan dan laporan prestasi pelajar juga disimpan di dalam komputer

bagi memudahkan urusan menyimpan laporan supaya tidak hilang. Dengan adanya penggunaan

teknologi di sekolah para pelajar dapat menganalisis maklumat yang tidak difahami dengan pantas

kerana kemudahan ICT telah tersedia di kawasan sekolah. Misalnya, bagi pelajar yang tidak dapat

memahami dengan jelas apa yang cuba disampai oleh guru ketika di dalam kelas, merkea boleh

mengakses internet untuk mencari video tayangan ulangan dengan kadar segera agar masalah yang

tidak difahami itu diselesaikan dengan pantas dan tidak tertangguh.

5.0 Kaedah Penggunaan Sains dan Teknologi dalam Pembelajaran di Sekolah

5.1 Penggunaan Internet

Penggunaan internet membolehkan pelajar mencari bahan, informasi, tutorial dan bahan bantu

yang lain. Bahan-bahan tersebut akan dapat meningkatkan pembelajaran mereka secara akademik.

Hal ini kerana terdapat pelbagai bahan bacaan yang boleh didapati dengan mudah melalui laman

internet tersebut. Sumber pencarian maklumat tidak lagi terbatas di sekolah atau perpustakaan

kerana pencarian maklumat, latihan tambahan, video tutorial kajian sains, jalan kira matematik

dan sebagainya boleh diperolehi melalui internet. Keadaan ini akan menjadikan pelajar lebih

bersemangat untuk mencari maklumat kerana tidak perlu lagi untuk meminjam buku di

perpustakaan sekolah atau awam.


5

5.2 Penggunaan Projektor dan Imej Visual

Kepelbagaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting kerana ianya

melibatkan tahap kefahaman seseorang pelajar tersebut. Salah satu faktor yang menyebabkan

hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran ialah kekeliruan atau ketidakfahaman mengikuti

pelajaran khususnya yang berbentuk teori semata-mata (Zain, 2001). Penggunaan teknologi dalam

pembelajaran ini juga dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

kerana ianya melibatkan proses penggunaan keseluruhan pancaindera iaitu penglihatan,

pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. Menurut Salleh (2007), beliau menyatakan bahawa pelajar

sebenarnya lebih tertarik kepada pendekatan pengajaran yang lebih interaktif dan berbeza dengan

kaedah tradisional yang hanya berpusatkan pada guru semata-mata. Misalnya, tayangan video

yang mengandungi kombinasi warna dan muzik yang tepat akan menghasilkan paparan yang

menarik, penggunaan permainan dan susunan teks yang teratur juga akan memberikan

persembahan yang menarik dan secara tidak langsung dapat menarik perhatian pelajar untuk terus

menumpukan perhatian sehingga kelas tersebut tamat. Keadaan ini secara tidak lansung dapat

membantu guru-guru dalam melahirkan pelajar yang cemerlang.

6.0 Penutup

Kesimpulannya, penggunaan sains dan teknologi telah membawa seribu satu kesan yang positif

kepada institusi masyarakat, khususnya dalam bidang pendidikan. Hal ini demikian kerana, bidang

sains dan teknologi telah menjadi sesuatu yang baru yang semakin diterima umum. Sistem

pendidikan juga telah berubah kesan daripada peningkatan dalam teknologi kini. Ini telah memberi

kemudahan buat pelbagai sektor yang ada, khususnya sektor pendidikan. Walau bagaimanapun,

masih terdapat beberapa kekangan dalam meningkatkan lagi tahap penggunaan sains dan teknologi

dalam beberapa sektor. Oleh itu, semua masyarakat hendaklah menggunakan kemajuan sains dan
6

teknologi yang ada dengan sebaiknya dan pelajar khususnya perlu menyambut baik teknologi yang

diperkenalkan ini bagi meningkatkan lagi tahap pendidikan di Malaysia sejajar pendidikan di

negara maju yang lain.


7

7.0 Rujukan

Willis, J., Thompson, A., & Sadera, W, (1999). Research on Technology and Teacher Education:
Current Status and Future Directions. Educational Technology Research and
Development, 47(4), 29-45.

Kussmaul, C., Dunn, J., Bagley, M., & Watnik, M. (1996). Using Technology in Education: When
and Why, Not How. College Teaching, 44(4), 123-126.

Kanika Budhwar, (2017). The Role of Technology in Education, International Journal of


Engineering Applied Sciences and Technology, 2(8), 55-57.

Robiah Sidin, Juriah Long, Khalid Abdullah & Puteh Mohamed, (2001). Proceedings of the
conference on “Recent Trend Of Teaching Methods in Education”, Jurnal Pendidikan 27,
1(1), 35-45.

R.Raja dan P. C Nagasubramani, (2018). Proceedings of the conference on “Recent Trend Of


Teaching Methods in Education”, Impact of modern technology in education, 1(3), 33-34.

James Francis, (2008). The Effects of Technology on Student Motivation and Engagement in
Classroom-Based Learning, Masters thesis, The College at Brockport: State University of
New York.
8

Proses Penyuntingan

Bil Kesalahan Jenis kesalahan dan Pembetulan

penyuntingan

1. computer Penyuntingan Ejaan komputer

2. memahami Penyuntingan Tatabahasa kefahaman

3. Hal ini kerana Penyuntingan Tanda Baca Hal ini kerana,

4. lansung Penyuntingan Ejaan langsung

You might also like