You are on page 1of 19

IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN KEPUJIAN

JAN / 2022

CBCT2203

KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

NO. MATRIKULASI : 860626055071001


NAMA : WAN MOHD ASRAF

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN BANGI


ARAHAN
 Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.
 Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN
(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK
TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Open
University Malaysia (OUM) bagi tugasan kursus berkenaan.
 Tugasan anda hendaklah mematuhi bilangan patah perkataan seperti di
dalam arahan soalan tugasan dan TIDAK termasuk rujukan.
 Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan
langkau baris 1.5.
 Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.
 Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.
 Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS.

1
BAHAGIAN 1

2
ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat


1. Penghuraian tugasan 4
2. Pengenalan kepada teknologi maklumat 5
3. Teknologi maklumat menyokong perkhidmatan kurier 6-7
i. Justifikasi
a. Penjejakan lokasi barang
b. Memudahkan urusan
4. Penggunaan teknologi maklumat dalam perkhidmatan kurier 7-8
i. Keburukan
a. Operasi terjejas sekiranya sistem tergendala
b. Kos yang tinggi untuk menggunakan sistem
5. Contoh penggunaan teknologi maklumat dalam perkhidmatan 9 - 13
kurier
i. Aplikasi atau sistem digunakan
a. Aplikasi Pos Malaysia
b. Laman web Pos Malaysia
ii. Sebab penggunaan
a. Stabil dan mesra pengguna
b. Pelbagai kemudahan disediakan selain dari
penghantaran barangan
c. Kemudahan pandu lalu
iii. Faedah diperolehi
a. Penjimatan masa
b. Penjimatan tenaga
iv. Keperluan aplikasi atau sistem
a. Capaian internet
b. Telefon pintar atau komputer
6. Rumusan 13 – 14
7. Rujukan 15

3
Assalamualaikum w.b.t.

Saya, Wan Mohd Asraf Bin Mahyuddin merupakan seorang pelajar yang
mengambil jurusan Teknologi Maklumat di Universiti Terbuka Malaysia di Pusat
Pembelajaran Bangi. Saya memulakan pengajian di Universiti Terbuka Malaysia pada
ambilan Mei 2021. Tahun ini merupakan tahun kedua pengajian saya dan juga
merupakan semester ketiga saya sepanjang menjadi pelajar di Universiti Terbuka
Malaysia. Subjek ini iaitu Konsep Asas Teknologi Maklumat merupakan subjek yang
membincangkan berkenaan konsep paling asas dalam komponen teknologi maklumat
seperti pengenalan kepada komputer, perisian, perkakasan, sistem operasi dan
sebagainya. Subjek ini sangat sesuai diambil di permulaan pengajian kerana subjek ini
merupakan subjek pengenalan kepada teknologi maklumat yang membincangkan
perkara-perkara asas yang terkandung dalam bidang teknologi maklumat. Subjek ini juga
mewajibkan saya untuk melengkapkan tugasan yang diberikan oleh tutor untuk
melayakkan saya lulus dengan cemerlang dalam subjek ini.
Kurun ke-21 telah menyaksikan era maklumat berterusan berkembang dengan
kadar yang pesat di mana sistem berkomputer digunakan dalam hampir semua jenis
bidang, dari perubatan dan penerokaan angkasa ke pendidikan serta perbankan dan sektor
pembuatan. Perkembangan pesat ini memberikan gambaran bahawa dunia ini semakin
maju dan semakin canggih dengan pelbagai penciptaan dan inovasi baru yang akan lebih
memudahkan urusan harian kita dan permintaan daripada pelbagai bidang ini turut
meningkatkan penggunaan dan pembangunan pelbagai jenis sistem dan aplikasi yang
kompleks demi memenuhi keperluan dan matlamat yang ingin dicapai.
Apa itu Teknologi Maklumat? Secara umum, teknologi maklumat adalah tunggak
utama dalam era maklumat. Teknologi Maklumat merupakan teknologi yang diperlukan
untuk memproses data yang besar dan kompleks. Secara tepat dan mudahnya adalah
penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi,
memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu (Haliza,
Nenly & Aidah, 2012). Definisi teknologi maklumat berbeza menurut sumbernya. Behan
dan Holmes (1990) mendefinisikan teknologi maklumat sebagai istilah untuk
menerangkan teknologi yang membolehkan kita merekod, menyimpan, memproses,

4
mencapai, menghantar dan menerima maklumat. Manakala Senn (1998) pula
mendefinisikan teknologi maklumat mengandungi tiga komponen yang terdiri daripada
komputer, komunikasi dan kepakaran. Kombinasi tiga komponen ini membuka peluang
kepada individu dan organisasi untuk menjadi lebih produktif, efektif dan secara
umumnya berjaya tanpa tersisih. Dan menurut Martin, Brown, DeHayes, Hoffer dan
Perkins (1998) pula, teknologi maklumat terdiri daripada semua bentuk teknologi yang
terlibat dalam pengumpulan, manipulasi, komunikasi, persembahan dan penggunaan data
(yang ditransformasikan kepada maklumat). Teknologi maklumat tidak terhad kepada
Internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, talian tetap, telefon pintar,
fax, telegram dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Teknologi maklumat sangat penting kepada organisasi lebih-lebih lagi dalam era e-
dagang atau perdagangan elektronik pada masa kini.
Apakah pula yang dimaksudkan dengan e-dagang atau perdagangan elektronik?
Perdagangan elektronik atau singkatan e-dagang atau e-niaga ialah pemasaran, pembeli
dan penjualan barangan atau perkhidmatan melalui Internet. Ia merangkumi keseluruhan
skop jualan produk dan perkhidmatan dalam talian dari awal hingga akhir. Alat e-dagang
termasuk platform komputer, aplikasi, penyelesaian, pelayan dan pelbagai format perisian
yang dihasilkan oleh penyedia perkhidmatan e-dagang dan dibeli oleh peniaga untuk
meningkatkan jualan dalam talian. Menurut laman web Statista, Shopee merupakan
platform e-dagang yang paling popular di Malaysia diikuti oleh Lazada, PG Mall, Zalora
dan lain-lain. Platform e-dagang ini membantu memperkasa kemampuan penjualan
perniagaan tempatan sejajar dengan matlamat Rangka Tindakan Ekonomi Digital
Malaysia (MyDIGITAL).
Seiring dengan peningkatan populariti platform e-dagang di Malaysia, sektor
logistik juga perlulah mampu untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan boleh
dipercayai oleh pihak pengguna dan peniaga. Pengendali logistik yang dipercayai
menyumbang kepada perkembangan platform e-dagang di Malaysia di samping
membantu menjana pendapatan kepada negara. Perkhidmatan kurir menawarkan jaminan
untuk setiap barangan yang dihantar akan tiba ke destinasi yang dituju. Walaupun
mengenakan caj yang tinggi berbanding perkhidmatan pos, perkhidmatan kurir lebih
dipercayai dalam penghantaran barangan. Perkhidmatan kurir menjamin barangan

5
selamat sampai ke destinasi. Ini kerana, perkhidmatan kurir akan menguruskan sendiri
penghantaran barangan dari pengirim hingga ke tangan penerima tanpa melibatkan pihak
ketiga. Terdapat banyak penyedia perkhidmatan kurir yang beroperasi di Malaysia.
Antaranya Pos laju, J&T Ekspres, Ninja Van, DHL Ekspres, Nationwide Ekspres dan
lain-lain lagi. Menurut laman web YellowBees, Pos laju Malaysia adalah syarikat kurir
yang terbaik di Malaysia diikuti DHL Ekspres, City-Link, Nationwide Ekspres dan yang
lain-lain. Setiap syarikat kurir ini memiliki kelebihan dan kelemahan masing-masing.
Pihak pengguna mempunyai pilihan yang luas dan boleh memilih perkhidmatan kurir
yang memenuhi cita rasa dan keperluan mereka.
Teknologi maklumat mempunyai banyak cara dalam menyokong perkhidmatan
kurir dari segi pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan dan juga pengurusan
khidmat pelanggan. Banyak sistem boleh ditawarkan oleh teknologi maklumat dalam
menyokong perkhidmatan kurir. Antaranya ialah sistem pengesanan bungkusan.
Perkhidmatan kurir mempunyai sistem yang boleh menjejak di mana barangan yang
dihantar sedang berada. Ciri ini penting kerana pemilik boleh memaklumkan pelanggan
berkaitan status barangan dan pelanggan boleh menjangka bila mereka akan menerima
barangan mereka. Oleh kerana pelanggan perniagaan Internet datang dari seluruh dunia,
maka perkhidmatan kurir adalah pilihan yang lebih baik.
Selain itu, dengan aplikasi teknologi maklumat kepada perkhidmatan kurir
memberikan kemudahan dan kesenangan kepada pelanggan kerana mereka tidak lagi
perlu beratur panjang di syarikat kurir untuk menghantar pesanan atau tempahan yang
diterima dari pelanggan. Sebaliknya, mereka hanya perlu masuk ke laman web syarikat
kurir menggunakan komputer dan mengisi borang tempahan penghantaran yang telah
disediakan di laman web tersebut. Ataupun sekiranya tidak mempunyai komputer, boleh
juga menggunakan aplikasi syarikat kurir di peranti mudah alih kerana syarikat kurir
sudah pun membangunkan aplikasi mudah alih mereka yang tersendiri. Sesudah selesai
mengisi maklumat untuk proses penghantaran, mereka hanya perlu menunggu pihak kurir
untuk mengambil pesanan tersebut di premis mereka pada waktu yang telah ditetapkan
oleh pihak kurir, kebiasaannya selepas jam 4 petang setiap Isnin hingga Sabtu. Ini sangat
memudahkan dan menjimatkan masa dan tenaga.

6
Terdapat banyak penyedia perkhidmatan kurir yang boleh dipilih oleh pemilik
perniagaan e-dagang. Pemilik perlu berhati-hati memilihnya kerana harga yang mereka
kenakan akan mempengaruhi harga barangan yang dijual dan seterusnya keuntungan
pada pemilik. Pelanggan perlu diterangkan dengan jelas caj penghantaran yang dikenakan
atas barang yang dipesan. Terdapat banyak perniagaan Internet yang memisahkan harga
barang dengan kos penghantaran. Jadi para pelanggan boleh mengetahui kos
penghantaran yang mereka tanggung. Langkah ini penting agar tidak berlaku salah faham
akibat kenaikan kos antara pemilik dan pelanggan sekiranya kedua-dua pihak telah
bersetuju dengan kos penghantaran dari peringkat awal lagi.
Saya telah memberikan 2 justifikasi bagaimana teknologi maklumat boleh
menyokong perkhidmatan kurir di Malaysia. Seterusnya saya akan membincangkan pula
keburukan atau kelemahan mengaplikasikan teknologi maklumat dalam perkhidmatan
kurir.
Pada pandangan saya, masalah utama dalam mengaplikasikan teknologi
maklumat ke dalam perkhidmatan kurir ialah ketika berlakunya kegagalan perkhidmatan
atau masalah sistem akibat penambahbaikan mahupun kerana kegagalan sistem. Ini boleh
memberikan impak besar kepada operasi syarikat kurir kerana sistem pengimbas kod bar
akan menghadapi masalah. Sistem pengimbas kod bar ini sangat penting kerana semasa
proses menyusun barangan mengikut poskod kawasan bergantung sepenuhnya kepada
sistem pengimbas kod bar. Sekiranya sistem ini tidak beroperasi, maka pekerja syarikat
kurir terpaksa menyusun barangan secara manual. Proses yang sepatutnya mengambil
masa 30 minit dengan bantuan teknologi maklumat mungkin akan mengambil masa 3 jam
sekiranya berlakunya gangguan kepada sistem
Selain itu, kos untuk mengaplikasikan teknologi maklumat ke dalam
perkhidmatan kurir adalah sangat mahal. Kos ini meliputi peralatan, latihan dan kos
untuk penyelenggaraan. Kos peralatan sudah tentu sangat mahal kerana peralatan seperti
server, sistem perisian, sistem pengimbas kod bar dan sebagainya akan menelan belanja
yang tinggi. Pengendali perkhidmatan kurir perlu mengeluarkan modal yang besar untuk
mengaplikasikan sistem ini ke dalam perkhidmatan mereka di setiap cawangan pusat
operasi mereka. Setelah penyediaan peralatan, pengendali perkhidmatan kurir perlu
memastikan kakitangan mereka terlatih untuk mengendalikan peralatan tersebut. Maka,

7
kakitangan tersebut perlu diberikan latihan dalam pengendalian peralatan tersebut.
Seterusnya, setiap peralatan yang melibatkan penggunaan harian dan digunakan oleh
ramai pekerja, penyelenggaraan yang betul dan berjadual perlu dilaksanakan untuk
memastikan perkakasan dan peralatan tersebut berada dalam keadaan optimum dan
selamat digunakan. Sekiranya peralatan atau perkakasan tersebut sudah tidak relevan
dibaiki, maka perlulah diganti dengan yang baru dan akan melibatkan kos yang lebih
tinggi.
Seterusnya saya akan membincangkan secara terperinci contoh penggunaan
teknologi maklumat dalam perkhidmatan kurir. Saya sendiri yang merupakan pemilik
perniagaan dalam talian dan turut menggunakan platform Shopee sebagai platform e-
dagang. Selain dari menjual produk di Shopee, saya turut menjual secara terus kepada
pembeli. Dan semestinya dengan berniaga secara dalam talian, saya bergantung
sepenuhnya kepada perkhidmatan kurir untuk melakukan penghantaran produk saya
kepada pelanggan-pelanggan.

8
Sebagai pengenalan kepada aplikasi dan sistem yang saya gunakan, izinkan saya
melampirkan tangkap layar kedua-dua teknologi tersebut.

Rajah 1: Tangkap layar laman web Pos Malaysia.

9
Rajah 2: Tangkap layar aplikasi telefon pintar Pos Malaysia

10
Rajah 1 memaparkan tangkap layar daripada laman web Pos Malaysia manakala
rajah 2 pula memaparkan tangkap layar daripada aplikasi telefon pintar Pos Malaysia.
Kedua-duanya dimiliki oleh organisasi yang sama iaitu Pos Malaysia yang merupakan
syarikat perkhidmatan pengeposan dan kurir yang tertua di Malaysia. Aplikasi mudah
alih Pos Malaysia telah wujud sejak tahun 2018 lagi. Aplikasi ini dibangunkan untuk
peranti mudah alih di mana pengguna boleh melakukan transaksi pengeposan barangan di
mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja dengan hanya menggunakan peranti mudah
alih seperti telefon pintar dan tablet. Aplikasi ini sangat mudah digunakan dan mesra
pengguna. Begitu juga dengan laman web Pos Malaysia, saya menggunakan laman web
tersebut apabila saya berada di rumah kerana saya boleh terus mencetak ‘Airway Bill’
atau AWB secara terus apabila menggunakan komputer dan pencetak AWB yang
merupakan pencetak khas untuk mencetak dokumen AWB sahaja.
Selain daripada aplikasi Pos Laju, saya pernah menggunakan aplikasi J&T
Malaysia juga. Tetapi pada hemat saya yang memang banyak berurusan dengan
perkhidmatan kurir, sistem dan aplikasi dari Pos Laju adalah lebih baik berbanding
pesaingnya. Ini kerana, aplikasi Pos Laju lebih stabil dan mesra pengguna. Paparan
aplikasi Pos Malaysia juga lebih mudah difahami dan tidak memerlukan masa yang lama
untuk diselusuri. Sebagai contoh mudah, aplikasi J&T Malaysia pernah mengalami
masalah semasa saya sedang mengisi butiran pelanggan saya untuk proses penghantaran
dan saya terpaksa memaklumkan kepada pelanggan tentang masalah tersebut kerana
pelanggan tersebut telah meminta saya untuk menggunakan perkhidmatan J&T Ekspres.
Jadi proses penghantaran mengambil masa yang lebih lama kerana pelanggan saya tidak
mahu menggunakan perkhidmatan syarikat kurir yang lain.
Di samping itu, servis atas talian Pos Laju juga menyediakan servis pembayaran
bil, tambah nilai prabayar dan pembelian insurans / takaful berbanding sistem J&T
Malaysia yang hanya menyediakan perkhidmatan kurir sahaja. Servis yang disediakan
oleh Pos Laju boleh dikatakan lebih meluas dan memudahkan pelanggan mereka. Sebagai
contoh, saya boleh melakukan pembayaran bil elektrik dan juga bil air dengan hanya
melayari laman web Pos Malaysia.
Selain itu, Pos Malaysia juga mempunyai sistem pandu lalu untuk memudahkan
pelanggan mengambil dokumen atau bungkusan yang dihantar kepada mereka. Pelanggan

11
tidak perlu beratur di kaunter perkhidmatan sebaliknya hanya perlu pandu lalu ke kaunter
yang telah disediakan dan menyerahkan tiket pemakluman kutipan kepada petugas di
kaunter tersebut. Sebagai contoh, pelanggan saya pernah mengambil sendiri bungkusan
yang dihantar di kaunter pandu lalu kerana semasa proses serahan normal beliau tiada di
rumah. Jadi pihak Pos Laju telah meminta beliau untuk datang sendiri ke kaunter pandu
lalu untuk mengambil sendiri bungkusan tersebut tanpa perlu ke kaunter perkhidmatan.
Pelanggan saya juga turut berpuas hati kerana beliau tidak perlu beratur panjang di
kaunter perkhidmatan sebaliknya hanya perlu ke kaunter pandu lalu sahaja.
Pada pendapat saya, sistem dan aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat kurir
amat membantu pelanggan mereka. Aplikasi atau sistem ini mempunyai fungsi yang
lengkap dan membantu pelanggan untuk melakukan pengiraan kos penghantaran
barangan. Banyak faedah yang boleh diperolehi oleh pelanggan yang menggunakan
sistem atau aplikasi tersebut yang akan saya bincangkan seterusnya.
Faedah yang pertama yang dapat saya kongsikan ialah penjimatan masa, kos dan
tenaga. Sebagai contoh, saya menerima tempahan barangan daripada 20 orang pelanggan
dengan menggunakan 20 alamat yang berbeza. Setiap tempahan adalah seberat 4KG
membawa kepada keseluruhan beratnya 80KG yang memerlukan troli untuk dibawa ke
pejabat pos. Rutin yang perlu saya lakukan adalah masuk ke pejabat pos dan dapatkan
borang pengeposan barangan dan diisikan dengan lengkap. Seterusnya mengangkut
pesanan tersebut ke kaunter untuk penimbangan pula dan barulah proses pengeposan
selesai. Dengan adanya aplikasi atau sistem itu, saya tidak perlu lagi pergi ke pejabat pos
untuk mengepos barangan tempahan. Sebaliknya saya hanya perlu mengisi borang
penghantaran menggunakan aplikasi atau sistem dan memilih untuk pihak Pos Malaysia
datang ke premis saya untuk mengambil barangan yang hendak diposkan. Ini sangat
memudahkan saya kerana saya tidak perlu bersesak di pejabat pos lagi.
Faedah kedua pula ialah kemudahan untuk menjejak kedudukan barangan yang
sudah dihantar kepada pelanggan. Fitur ini merupakan satu fitur yang paling berguna
kepada saya dan pelanggan. Fitur ini membantu saya untuk menjawab pertanyaan
pelanggan sekiranya mereka masih tidak menerima pesanan mereka. Sebagai contoh
mudah, pelanggan saya, Encik Aziz dari Kota Bharu membuat pesanan kasut sukan pada
1 Mac 2022. Setelah menerima pesanan, saya terus membuat bungkusan dan

12
mengaturkan untuk pihak Pos Malaysia datang ke premis saya untuk mengambil
bungkusan pesanan tersebut. Setelah itu, nombor pengesanan bungkusan saya kongsikan
kepada Encik Aziz. Malangnya, selepas 3 hari pesanan tersebut masih tidak diterima. Jadi
saya dapat menyemak status penghantaran pesanan tersebut dengan melayari laman web
Pos Malaysia dan memasukkan nombor pengesanan bungkusan tersebut. Rupanya,
cubaan menghantar pesanan tersebut telah gagal pada 3 Mac 2022 kerana tiada penerima
di kediaman Encik Aziz. Jadi saya telah memaklumkan kepada Encik Aziz untuk
mengatur semula penghantaran dengan pihak Pos Malaysia ataupun beliau boleh terus
mengambil pesanan beliau itu di pejabat pos terdekat.
Untuk menggunakan sistem laman web Pos Malaysia, pengguna hanya
memerlukan dua perkara yang penting. Yang pertama ialah sambungan Internet dan yang
kedua ialah komputer. Tetapi saya memerlukan satu lagi perkakasan tambahan iaitu
pencetak ‘Airway Bill’ atau AWB kerana saya perlu mencetak AWB untuk ditampal di
atas bungkusan pesanan yang saya terima sebelum diambil oleh pihak kurir. Manakala
untuk menggunakan aplikasi mudah alih Pos Malaysia pula, pelanggan hanya
memerlukan dua perkara juga iaitu telefon pintar atau tablet dan juga sambungan
Internet.
Sebagai kesimpulan dan rumusan kepada persoalan samada pengaplikasian
teknologi maklumat dalam perkhidmatan kurir wajar atau tidak, saya ingin sekali lagi
menekankan di sini bahawa teknologi maklumat bertujuan untuk memudahkan urusan
dan membantu melancarkan setiap kerja kita. Jadi, teknologi maklumat ini sebenarnya
membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Walaupun untuk menggunakan
teknologi maklumat ini memerlukan kos yang tinggi tapi jangan pula kita belakangi
manfaat dan kelebihan yang diberikan oleh teknologi maklumat. Akan sentiasa wujud
risiko dalam mencuba sesuatu yang baru. Tetapi sekiranya hasil yang akan diperolehi
melangkaui risiko yang akan ditanggung, adalah lebih berbaloi untuk mengambil risiko
tersebut demi kelangsungan perjalanan sesuatu pekerjaan atau perniagaan.
Berbalik kepada tujuan penulisan ini, mengaplikasikan teknologi maklumat ke
dalam perkhidmatan kurir adalah sesuatu projek yang melibatkan kos yang tinggi.
Memang tidak dinafikan, manfaat yang diperolehi oleh pemilik perkhidmatan kurir dan
pelanggan mereka adalah sangat besar. Akan tetapi perlu diingat bahawa terdapat

13
pelbagai risiko yang perlu ditanggung oleh pemilik syarikat kurir. Sebagai contoh dalam
proses pemilihan sistem yang bersesuaian dengan keperluan logistik syarikat, perlu
diambil kira servis selepas jualan yang diberikan dan bukan hanya memilih syarikat
teknologi maklumat yang memberikan harga termurah. Ini kerana servis selepas jualan
sangat penting untuk memastikan sistem yang dibeli akan sentiasa mendapat bantuan
sokongan sepanjang penggunaan sistem tersebut oleh syarikat kurir tersebut.
Di era teknologi maklumat masa kini, kita dapat lihat yang manusia makin
bergantung kepada teknologi di setiap urusan yang dilakukan. Tidak terlepas juga
berkenaan dengan urusan logistik. Sebagai pembeli dan peniaga yang beroperasi dari
rumah, sebolehnya saya tidak mahu keluar dari rumah untuk menguruskan penghantaran
pesanan pelanggan saya. Saya mahukan kemudahan di mana syarikat kurir yang akan
datang ke rumah saya untuk mengambil bungkusan untuk tujuan pengeposan kepada
pelanggan saya. Ini sangat menjimatkan masa dan tenaga saya sebagai pelanggan kepada
syarikat kurir tersebut.
Sebagai penutup bicara, saya ingin menzahirkan ucapan jutaan terima kasih
kepada tutor saya iaitu Puan Mudirriah Binti Bakri atas tunjuk ajar dan panduan yang
diberikan dalam penghasilan penulisan ini. Saya berharap penulisan ini memberikan
manfaat dan maklumat kepada sesiapa juga yang membacanya. Yang baik itu datang dari
Yang Maha Esa dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Saya sudahi dengan
ungkapan dari Tim O’Reilly yang berbunyi:

“Apa yang dilakukan oleh teknologi baharu ialah mencipta peluang baharu untuk
melakukan kerja yang diinginkan oleh pelanggan.”

Teknologi akan semakin canggih pada masa akan datang. Teknologi akan sentiasa
menghasilkan penciptaan baharu untuk menggantikan ciptaan yang sudah ketinggalan
zaman. Jadi, janganlah kita ketinggalan dalam dunia teknologi ini agar kita dapat sentiasa
memanfaatkan teknologi maklumat untuk kesenangan dan kebahagiaan generasi kini dan
generasi yang akan datang.

14
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

E. Wainright Martin, Carol V. Brown, Jeffrey A. Hoffer, William C. Perkins, and Daniel
W. DeHayes. (1998). Managing Information Technology: What Managers Need
to Know (3rd. ed.). Prentice Hall PTR, USA.

Haliza bt Sainan, Nenly Marudi & Aidah bt Sulaimah. (2012). Teknologi Maklumat ICT.
(Daripada) http://www.kumpulan/kawan.blogspot.com/p/test.html 12 April 2012

Kate Behan & Diana Holmes. (1990). Understanding Information Technology. Prentice
Hall.

Senn, James A. (1998). IT in Business, Principle, Practices and Opportunities. Prentice


Hall

15
BAHAGIAN 2

16
17
18

You might also like