You are on page 1of 33

020715-16-0189

ABSTRAK

GOLONGAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ MOHD


SAID, NILAI LEBIH MENGGEMARI MENGGUNAKAN KOMPUTER RIBA ASUS
BERBANDING JENAMA LAIN

Matlamat utama kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kelebihan-kelebihan yang ditawarkan
oleh komputer riba keluaran ASUS serta faktor-faktor yang dipercayai mendorong golongann
pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Said, Nilai membeli komputer riba
keluaran ASUS. Lokasi kajian ini terletak di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Said,
Nilai, Negeri Sembilan. Dalam menjalankan kajian ini, kaedah kajian yang digunakan adalah
berdasarkan kaedah temubual, kaedah soal selidik dan kajian kepustakaan. Seramai 37 responden
digunakan sebagai sampel kajian yang terdiri daripada kalangan pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato Mohd Said, Nilai. Menurut kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa
kelebihan yang ditawarkan oleh komputer riba keluaran ASUS yang menyebabkan golongan
pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Said, Nilai membelinya manakala faktor-
faktor yang mendorong golongan pelajar membeli komputer riba keluaran ASUS ialah
spesifikasi-spesifikasi yang terkandung dalam komputer riba tersebut. Kajian ini merumuskan
bahawa faktor-faktor yang mendorong pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Said,
Nilai membeli komputer riba keluaran ASUS adalah kerana kepercayaan pelajar sendiri dengan
jenama ASUS.

1
020715-16-0189

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA M/S


ABSTRAK I
ISI KANDUNGAN II
PENGHARGAAN III
1.0 PENGENALAN
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.0 LOKASI KAJIAN
3.1 PETA
3.2 GAMBAR
4.0 METODOLOGI KAJIAN
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
6.0 RUMUSAN/KESIMPULAN
7.0 RUJUKAN/BIBLIOGRAFI
8.0 LAMPIRAN/BORANG SOAL SELIDIK

PENGHARGAAN

2
020715-16-0189

1.0 PENGENALAN

Bagi melaksanakan tugasan yang diberikan, pengkaji telah memilih tema kepercayaan.
Pemilihan tema berdasarkan aspek teknologi. Tajuk kajian ini ialah golongan pelajar di Sekolah
Dato’ Mohd Said, Nilai lebih menggemari menggunakan komputer riba Asus berbanding jenama
lain.

3
020715-16-0189

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat, kepercayaan bermaksud
keyakinan atau akuan akan benarnya sesuatu perkara itu. Golongan pula bermaksud kumpulan
atau kelompok. Seterusnya, perkataan pelajar pula didefinisikan sebagai seseorang yang masih
belajar di sesuatu peringkat. Selain itu, perkataan lebih didefinisikan sebagai semakin. Maksud
kepada perkataan menggemari pula ialah menyukai benar akan. Selain itu, perkataan komputer
pula bermaksud alat elektronik yang menyimpan maklumat pada cakera atau pita bermagnet.
Perkataan riba pula didefinisikan sebagai bahagian paha yang menghala ke atas ketika duduk.
Perkataan berbanding pula bermaksud perbezaan antara dua benda. Maksud perkataan jenama
pula ialah jenis barang yang memakai nama khas yang dikeluarkan oleh pengeluar tertentu.
Manakala perkataan lain didefinisikan sebagai berbeza. Akhir sekali,

Isu kajian ini ialah mengenai jualan produk komputer riba Asus semakin meningkat
dengan mendadak berikutan kecanggihan komputer riba keluaran Asus yang menyebabkan
golongan pelajar di Sekolah Menengah Dato’ Mohd Said, Nilai menggemarinya. Menurut artikel
yang bertajuk ‘Safety Laptop,penulis iaitu Nor Farzana Binti Ahmad Puad mengatakan bahawa
komputer riba atau note book merupakan komputer peribadi untuk penggunaan secara bimbit.
Komputer riba juga adalah kecil dan dapat dibawa ke mana-mana dengan mudah dengan
integrasi komponen dari desktop, termasuk paparan, papan kekunci dan juga pembesar suara
dalam satu unit.

Menurut Wikipedia Ensiklopedia bebas, komputer riba juga mempunyai jisim sebanyak
0.4 kg sehingga 2.0 kg bergantung kepada saiz, bahan dan spesifikasi. Sumber elektrik dating
dari bateri atau adapter arus terus (A/C) yang boleh digunakan untuk mengecas bateri dan
memulakan komputer itu sendiri. Bateri komputer riba biasanya mampu bertahan selama 1
hingga 6 jam bergantung kepada cara ia digunakan,spesifikasi dan saiz bateri. Komputer mudah
alih pada asalnya berdasarkan monokrom CRT ( cathode-ray tube atau tiub sinar katod) dan
kemudiannya dibangunkan menjadi komputer riba moden.

4
020715-16-0189

Setelah ia dijadikan sebagai komputer mudah alih, ia telah menjadi lebih kecil, ringan,
murah, kuat dan paparannya lebih besar dan kualitinya semakin meningkat. Oleh sebab itu,
penggunaan komputer riba lebih meluas untuk pelbagai tujuan semenjak peningkatan teknologi
yang semakin maju.

Menurut artikel lain yang bertajuk ‘Achieving Breakthroughs in an Uncertain World’,


ucapan yang diberikan oleh Presiden AsusTek Computer Inc. (ASUS) iaitu Jonney Shih
mengatakan bahawa beliau membimbing syarikatnya menerusi visi syarikat, budaya korporat
dan strategi inovasi. Di bawah kepemimpinannya, ASUS telah menjadi syarikat teknologi yang
diiktiraf di peringkat antarabangsa yang menduduki tempat pertama dalam penjualan papan
induk (motherboard) di seluruh dunia dan tempat kedua dalam pembekal komputer riba.

Sejak dua tahun kebelakangan ini, majalah Fortune telah menamakan ASUS sebagai
salah satu Syarikat yang paling dikagumi di dunia. Pada tahun 2013 menurut majalah Interbrand,
ASUS juga telah diiktiraf sebagai jenama antarabangsa yang paling berharga dari Taiwan selama
tiga tahun berturut-turut,. Jonney Shih juga terkenal dengan minat dan komitmennya terhadap
inovasi dan usaha mencapai kesempurnaan tanpa henti telah membantu beliau untuk
mengkomersialkan produknya.

Rasional pengkaji ingin melakukan kajian atas golongan pelajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Mohd Said, Nilai lebih menggemari komputer riba Asus berbanding jenama
lain adalah untuk mengenal pasti kelebihan yang ditawarkan komputer riba Asus. Tujuan kajian
ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang dipercayai mendorong golongan pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Said,Nilai membeli laptop keluaran Asus.

5
020715-16-0189

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan kepada dua objektif iaitu:

2.1 Mengenal pasti kelebihan-kelebihan yang ditawarkan komputer riba keluaran ASUS.

6
020715-16-0189

2.2 Mengkaji faktor-faktor yang dipercayai mendorong golongan pelajar membeli


komputer riba keluaran ASUS.

3.0 LOKASI KAJIAN


3.1 PETA

7
020715-16-0189

Peta 1 menunjukkan kedudukan Negeri Sembilan Darul Khusus di sebelah selatan negeri
Selangor.
Sumber daripada Google Maps.

3.2 PETA DAERAH

8
020715-16-0189

Daerah Seremban yang terletak di bahagian barat Negeri Sembilan mempunyai keluasan
2,980 km persegi.
Sumber daripada Google Maps.

9
020715-16-0189

3.2 GAMBAR

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ MOHD SAID, NILAI

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Said, Nilai yang terletak di Jalan Seremban- Labu
yang ditubuhkan sejak tahun 1964.
Sumber daripada Google Maps.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

10
020715-16-0189

4.1.1 CARA MENDAPATKAN SAMPEL

Kajian ini menggunakan persampelan bukan probability iaitu teknik persampelan


bertujuan untuk menjawab objektif kajian yang dikemukakan oleh pengkaji. Seramai
37 orang responden telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik, iaitu terdiri
daripada golongan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Mohd Said, Nilai. Saiz sampel ini dikatakan relevan menurut
Bailey (1994), dimana lebih kurang 3o kes merupakan saiz minimum bagi kajian
yang memerlukan analisis data perangkaan. Pemilihan responden adalah berdasrkan
kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab boring soal selidik.

Antara ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah, mereka
seharusnya golongan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Said, Nilai,
Negeri Sembilan. Hal ini kerana terdapat ramai pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Mohd Said, Nilai menuntut pelajaran di kawasan kajian. Oleh itu,
kerja mengenal pastis umber pendapatan dan corak perbelanjaan mereka dapat
dilakukan dengan mudah dan lancer. Demografi responden diambil kira dari segi
umur, iaitu mengikut peringkat umur daripada serendah 13 tahun sehingga 20 tahun.

4.1.2 CARA MENDAPATKAN DATA

Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan soal selidik,
temu bual dan kajian kepustakaan. Data terbahagi kepada dua jenis iaitu data primer
dan data sekunder.

11
020715-16-0189

i) Data Primer

Data primer diperoleh melalui kaedah soal selidik dan temubual yang telah dilakukan
terhadap golongan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Mohd Said, Nilai.

a) Soal selidik

Pengkaji telah mengumpulkan data dengan cara menyebarkan pautan borang kaji selidik
kepada 37 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Said, Nilai, mengikut
peringkat umur. Borang soal selidik tersebut berbentuk soalan terbuka. Rasional menggunakan
soal selidik terbuka adalah untuk mendapatkan kekerapan serta peratus bagi setiap jawapan.
Borang soal selidik direka kepada tiga bahagian, iaitu demografi responden, objektif 1 dan
objektif 2. Objektif kajian adalah mengenal pasti kelebihan-kelebihan yang ditawarkan dan
faktor- faktor yang mendorong pelajar membeli komputer riba keluaran ASUS di Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Said, Nilai, Negeri Sembilan.

b) Kaedah temubual

Kaedah temubual adalah kaedah alternatif yang ada dalam mengumpulkan data dan
maklumat selain menggunakan boring kaji selidik. Kaedah ini bersifat kualitatif. Kaedah
temu bual dijalankan ke atas golongan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’
Mohd Said, Nilai, Negeri Sembilan untuk mendapatkan pendapat mereka tentang
kelebihan dan faktor yang terdapat pada komputer riba keluaran ASUS.

Terdapat tiga jenis teknik temu bual iaitu temu bual formal, temu bual tidak formal dan
temu bual terbuka. Pengkaji menggunakan temu bual tidak formal dalam menjalankan
kajian.

Soalan yang dikemukakan oleh pengkaji adalah berdasarkan 8 soalan yang terdapat dala
boring kaji selidik. Beberapa responden telah dipilih sejurus selepas mereka menjawab
boring kaji selidik. Mereka dipilih oleh pengkaji kerana jawapan mereka yang kelihatan
lain daripada kebanyakan responden.

12
020715-16-0189

ii) Data Sekunder

Data sekunder seperti definisi perkataan, peta dan pernyataan telah diperolehi
daripada kamus, laman web google dan jurnal.

4.1.2 CARA MENGANALISIS DAN MEMPERSEMBAHKAN DATA


Teknik penganalisan data adalah menggunakan teknik penganalisan data secara
kuantitatif dan kualitatif.

i) Data Penganalisan Kuantitatif

Data dianalisa menggunakan kaedahdeskriptif dalam bentuk peratusan, dan juga


kekerapan. Analisa data dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal
selidik yang disebarkan kepada responden. Tahap analisis dicapai apabila data
yang diperolehi dipastikan, disunting dan ditukarkan kepada angka. Seterusnya,
data tersebut dianalisis dan dipersembahakan dalam bentuk jadual.

Dalam boring kaji selidik, skala likert 5 peringkat digunakan dalam menilai
persepsi golangan pelajar Seklah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Said, Nilai,
Negeri Sembilan. Setiap peringkat penilaian diberi nilai dalam bentuk pernyataan
iaitu setuju, tidak pasti dan tidak setuju.

ii) Data Penganalisan Kualitatif

Data melalui temu bual yang dikumpulkan dalam bentuk kata-kata, bukan dalam
bentuk angka-angka. Penggunaan kaedah ini bertujuan untuk menyokong data-
data daripada soal selidik dan memperkukuhkan objektif.

Pengkaji telah mengeluarkan data-data yang diperoleh daripada borang kaji


selidik seperti latar belakang responden, jenis komputer riba ASUS yang
digunakan dan kepercayaannya dengan jenama ASUS di Kawasan kajian dan

13
020715-16-0189

mengira kekerapan jawapan yang ditanda oleh responden. Seterusnya, kekerapan


tersebut akan ditukar kepada peratus. Data tersebut akhirnya akan
dipersembahkan dalam bentuk carta pai dan graf bar.

4.3 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen merupakan proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep yang
berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Dalam kajian ini,
instrumen digunakan untuk mendapatkan data dengan menggunakan borang borang temu bual,
borang soal selidik dan kaedah rujukan.

Kaedah Instrumen Kajian


Kuantitatif Borang Soal Selidik
Kualitatif Borang Temu Bual Rujukan

4.4 CARA PENGUMPULAN DATA

Pengkaji mengumpul data dan maklumat bagi kajian ini dengan menggunakan
pelbagai cara seperti dokumentasi, soal selidik, temu bual dan rujukan.

4.5 SAMPEL KAJIAN

Menurut Webster (1985). Sampel merupakan bahagian set responden yang dipilih
daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian manakala menurut Portney dan Walkin
(1993), sampel merupakan subset populasi yang dipilih untuk dikaji. Pemilihan sampel untuk
kajian ini dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan demografi responden, objektif 1 dan
objektif 2.

4.7 SOAL SELIDIK

14
020715-16-0189

Soal selidik merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul data mengikut pandangan
Miles dan Huberman (1984) yang menyatakan bahawa data yang diperoleh daripada soal selidik
dengan responden kajian yang dijalankan dalam suasana semula jadi memberikan data berbentuk
deskriptif yang tepat. Prinsip yang digunakan semasa merangka soal selidik merupakan prinsip
KISS (Keep It Short and Simple) iaitu setiap item dalam soal selidik sewajarnya ditulis secara
ringkas (R. Kuberan etal, 2016). Soal selidik yang dilakukan ke atas responden adalah untuk
mengenal pasti kelebihan-kelebihan yang ditawarkan dala komputer riba keluaran ASUS dan
mengkaji faktor-faktor yang mendorong pelajar membeli komputer riba keluaran ASUS di
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Said, Nilai, Negeri Sembilan. Soal selidik yang
digunakan dalam kajian ini adalah terbuka, iaitu soalan yang mudah dan memilih jawapan yang
disediakan supaya ia mudah dijawab dan jawapan mudah dianalisis.
Soal selidik berbentuk Thustorne telah digunakan dalam bahagian A soal selidik untuk mengenal
pasti jenis komputer riba ASUS yang digunakan oleh pelajar.Responden diberi 4 pilihan jawapan
mengikut jenis komputer riba yang digunakan.
Soal selidik berbentuk skala likert yang diasaskan oleh Rensis Likert pada tahun 1932
(R.Kuberan etal, 2016) pula digunakan dalam bahagian B soal selidik untuk mengkaji faktor-
faktor yang mendorong peljar membeli komputer riba keluaran ASUS. Skala yang menunjukkan
indikator positif, neutral dan negative ( setuju, tidak pasti, tidak setuju).
Soal selidik pengkaji terdiri daripada 3 bahagian, iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C.
Bahagian A menyoalkan demografi dan maklumat responden. Bahagian b pula menyoalkan jenis
komputer riba yang digunakan oleh pelajar dan kewujudan jenama ASUS dan bahagian C pula
menyoalkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan pelajar membeli komputer riba keluaran
ASUS.

4.8 TEMU BUAL

Kaedah ini menggunakan penemuramah yang menjalankan temu bual yang terperinci
berdasarkan garis panduan yang ditetapkan. Apa yang disebutkan oleh responden merupakan
data penting kajian. Tindak balas yang relevan akan dicatatkan kata demi kata. Melalui kaedah
ini seseorang pengkaji boleh memperoleh kefahaman yang meluas dan sempurna dengan cara
“mendalami” sesebuah topik tertentu.

Temu bual yang dijalankan ke atas informen berbentuk tidak formal. Temu bual ini digunakan
atas sebab responden yang lebih kecil akan digunakan, pengkaji boleh memberikan keterangan
yang terperinci tentang sebab di sebalik jawapan responden dan mengizinkan pemerhatian yang
lebih lama tentang respon yang diberikan.

15
020715-16-0189

4.9 CARA ANALISIS DATA

Analisis data secara statistik telah dijalankan untuk menganalisis data soal selidik. Data yang
diperoleh dianalisis menggunakan bilangan, peratusan dan min. Bagi pernyataan yang
menggunakan skala likert diberi seperti berikut:

Soalan Setuju Tidak pasti Tidak setuju


1
2
3
4
5

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

16
020715-16-0189

Bahagian ini menerangkan penilaian analisis data secara kuantitatif dan kualitatif. Data yang
diperoleh berdasarkan maklum balas responden terhadap soal selidik dan maklum balas informen
melalui temu bual. Seramai 37 orang responden disoal selidik dan seramai 3 orang informen
ditemu bual. Data turut disokong dengan kajian kepustakaan dan pendapat berasaskan bukti
pengkaji.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN


5.1.1 JANTINA

JANTINA BILANGAN (responden) PERATUS (%)


LELAKI 14 37.8
PEREMPUAN 23 62.2

Seramai 37 orang responden telah disoal selidik berkaitan dengan dua objektif kajian pengkaji.
37 orang responden ini terdiri daripada 14 orang lelaki dan 23 orang perempuan pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Said, Nilai, Negeri Sembilan. Ratio 1: 1.642 digunakan
antara jantina iaitu 37.8% pelajar lelaki dan 62.2% pelajar perempuan. Hal ini demikian kerana,
jumlah pelajar perempuan melebihi jumlah pelajar lelaki di sekolah tersebut.

Faktor demografi jantina turut diambil kira kerana wujud perbezaan sikap dan pendapat antara
pelajar kedua-dua jantina. Informen A,B dan C berpendapat bahawa pelajar lelaki lebih
cenderung memiloh spesifikasi yang terbaik dalam komputer riba mereka berbanding
perempuan. Menurut informen A, pelajar lelaki ingin mempunyai komputer riba yang

17
020715-16-0189

berteknologi tinggi untuk kegunaan harian dan bermain permainan video berkualiti tinggi.
Menurut informen B, pelajar perempuan memilih komputer riba yang kelihatan cantik dan tidak
mementingkan spesifikasinya. Menurut informen C, pelajar perempuan membeli komputer riba
atas sebab ingin memudahkan kerja mengedit gambar dan video dengan pantas. Pendapat-
pendapat ini merupakan persepsi terhadap kebanyakan pelajar lelaki di sekolah ini dan bukan
semua.

5.1.2 UMUR

UMUR BILANGAN (responden) PERATUS (%)


13-17 0 0
18-25 37 100
26-30 0 0
31-36 0 0
37-40 0 0

Kesemua 37 orang responden yang disoal selidik berumur dalam lingkungan 18 tahun hingga 25
tahun. Hal ini demikian kerana, pengkaji ingin mendapatkan data yang tepat dan lengkap dan
perkara ini boleh tercapai apabila demografi umur sama.

18
020715-16-0189

5.1.3 ANALISIS KEWUJUDAN JENAMA ASUS DALAM KALANGAN


PELAJAR

KEPERCAYAAN BILANGAN (responden) PERATUS (%)


YA 37 100
TIDAK 0 0
MUNGKIN 0 0

Rajah di atas menunjukkan kepercayaan atas kewujudan jenama ASUS dalam kalangan 37 orang
responden yang disoal selidik. Mereka dikatakan pernah mendengar tentang kewujudan jenama
ASUS ini melalui iklan dan pameran di kedai-kedai elektronik diseluruh Malaysia.

5.2 ANALISIS JENIS KOMPUTER RIBA ASUS YANG DIGUNAKAN OLEH


PELAJAR SMK DATO’ MOHD SAID, NILAI

JENIS KOMPUTER RIBA BILANGAN (responden) PERATUS (%)

19
020715-16-0189

ASUS
ASUS ZENBOOK 14 19 51.4
ASUS VIVOBOOK S15 10 27.0
ASUS ROG ZHEPHYRUS 3 8.1
ASUS TUF GAMING 5 13.5

Rajah di atas menunjukkan jenis komputer riba ASUS yang digunakan oleh golongan pelajar di
SMK Dato’ Mohd Said, Nilai, Negeri Sembilan. Sebanyak 51.4% responden membeli komputer
riba ASUS jenis Zenbook 14. Manakala 27% responden pula telah membeli komputer riba
ASUS jenis Vivobook S15 sebagai komputer riba kegunaan harian mereka. Manakala baki 21.6
responden telah membeli komputer riba ASUS jenis ROG Zhephyrus dan TUF Gaming yang
terdiri daripada 8.1% dan 13.5%.
Menurut informen A, beliau membeli komputer riba ASUS jenis Zenbook 14 kerana
reliabilitinya yang sangat bagus. Manakala informen B pula mengatakan bahawa beliau membeli
komputer riba ASUS jenis Vivobook S15 kerana ia memiliki paparan skrin yang sangat besar
iaitu 15 inci. Menurut informen C beliau membeli komputer riba jenis ROG Zhephyrus kerana
beliau amat meminati komputer riba yang mempunyai lampu LED pada badan komputer riba
tersebut yang berwarna-warni. Menurut informen D pula, beliau membeli komputer riba jenis

20
020715-16-0189

TUF Gaming kerana ia mempunyai cip prosessor yang sangat bagus untuk bermain permainan
video dan melakukan kerja sekolah.

5.3 ANALISIS FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPERCAYAAN


PENGGUNA MEMILIH KOMPUTER RIBA ASUS DALAM KALANGAN
PELAJAR

BI SEBAB Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju


BI % BIL % BIL %
L
L
1 Mempunyai ‘RAM’ dan ‘storage yang besar 30 81.0 2 5.41 5 13.51
8
2 Mudah untuk dibawa kerana jisimnya yang ringan 22 59.4 7 18.91 8 21.62
5
3 Dikenakan harga yang murah di pasaran 19 51.3 3 8.10 15 40.54
5
4 Dibeli kerana keyakinan pelajar terhadap jenama itu 36 97.2 1 2.70 0 0
sendiri 9
5 Mempunyai fungsi ‘fingerprint’ untuk membuka 18 48.6 12 32.43 7 18.91
komputer riba 4
6 Diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan tahan 24 64.8 8 21.62 5 13.51
lasak 6

Jadual di atas menunjukkan data kuantitatif soal selidik bahagian B yang memenuhi objektif
yang kedua iaitu faktor-faktor yang mendorong pelajar membeli komputer riba jenis ASUS di
Smk Dato’ Said, Nilai, Negeri Sembilan. Secara keseluruhan, seramai 36 pelajar yang mewakili
responden paling ramai bersamaan 97.29% bersetuju bahawa faktor utama yang mendorong
mereka membeli komputer riba jenis ASUS kerana keyakinan peljar terhadap jenama itu sendiri.
Sebab kedua tertinggi ialah mempunyai ‘RAM’ dan ‘storage’ yang besar, seramai 30 orang
responden iaitu merangkumi 81.08% bersetuju bahawa sebab ini turut mendorong pelajar
membeli komputer riba keluaran ASUS. Tambahan pula, hanya seorang sahaja responden yang
tidak pasti bahawa komouter riba jenis ASUS memberi keyakinan kepadanya untuk dibeli.

21
020715-16-0189

Manakala sebab kedua tertinggi mempunyai 2 responden yang tidak pasti dan 5 responden yang
tidak setuju bahawa komputer riba keluaran ASUS mempunyai ‘RAM’ dan ‘storage’ yang besar.

5.4.1 KOMPUTER RIBA ASUS DIBELI KERANA KEYAKINAN PELAJAR


TERHADAP JENAMA ITU SENDIRI

Sebanyak 97.29% responden bersetuju bahawa mereka membeli kkomputer riba jenis ASUS
kerana keyakinan mereka terhadap jenama itu sendiri. Peratusan yang tertinggi ini menjadi faktor
yang mendorong pelajar di SMK Dato’ Mohd Said, Nilai memebeli komputer riba keluaran
ASUS. Hanya 2.7 perastus sahaja yang tidak pasti bahawa komputer riba keluaran ASUS
memberi keyakinan kepadanya untuk dijadikan sebagai komputer riba hariannya dan tiada
responden yang tidak bersetuju bahawa komputer riba keluaran ASUS tidak memberi keyakinan
kepada mereka.

22
020715-16-0189

Menurut informen A, beliau membeli komputer riba keluaran ASUS keranan keyakinannya
ketika menggunakan komputer riba tersebut kerana ia merupakan jenama global yang dipercayai
di seluruh dunia. Ia juga mempunyai jangka hayat bateri yang sangat panjang walaupun ia
digunakan tanpa henti.

5.4.2 KOMPUTER RIBA ASUS MEMPUNYAI ‘RAM’ DAN ‘STORAGE’ YANG


BESAR

Sebanyak 81.08% responden bersetuju bahawa komputer riba keluaran ASUS mempunyai
‘RAM’ dan ‘storage’ yang besar. Sebanyak 5.41% responden yang tidak pasti dan 13.51%
responden yang tidak setuju bahawa komputer riba keluaran ASUS mempunyai ‘RAM’ dan
‘storage’ yang besar.
Menurut informen A, beliau membeli komputer riba keluaran ASUS kerana ia mempunyai ruang
simpanan yang besar. Perkara ini memudahkannya untuk membuat kerja harian tanpa
memeikirkan masalah kekurangan ruang simpanan di dalam komputer ribanya.

23
020715-16-0189

5.4.3 KOMPUTER RIBA ASUS DIPERBUAT DARIPADA BAHAN YANG


BERKUALITI DAN TAHAN LASAK

Sebanyak 64.86% responden bersetuju bahawa komputer riba keluaran ASUS diperbuat daripada
bahan yang berkualiti dan tahan lasak. Tambahan lagi, hanya 21.62% responden sahaja yang
tidak pasti dan 13.51% respondenyang tidak bersetuju bahawa komputer riba keluaran ASUS
diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan tahan lasak.
Menurut informen B, beliau membeli komputer riba keluaran ASUS kerana ia diperbuat daripada
bahan yang berkualiti dan tahan lasak kerana badan komputer ribanya diperbuat daripada
aluminium yang sangat kuat dan tahan lasak.

5.4.4 KOMPUTER RIBA ASUS MUDAH UNTUK DIBAWA KERANA JISIMNYA


YANG RINGAN

24
020715-16-0189

Sebanyak 59.45% responden bersetuju bahawa komputer riba keluaran ASUS mudah dibawa
kerana ia mempunyaijisim yang ringan. Manakala 21.62% responden tidak bersetuju dan 18.91%
responden tidak pasti bahawa komputer riba keluaran ASUS mudah dibawa.
Menurut informen C, beliau membeli komputer riba keluaran ASUS ini kerana jisimnya yang
sangat ringan iaitu 1.3 kg sahaja yang amat mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja tanpa
menyakitkan bahu atau tangan.

5.4.5 KOMPUTER RIBA ASUS DIKENAKAN HARGA YANG MURAH DI


PASARAN

25
020715-16-0189

Sebanyak 51.35% responden bersetuju bahawa harga komputer riba yang dipasarkan di pasaran
murah berbanding komputer riba jenama yang lain. Manakala 40.54% responden tidak bersetuju
dan 8.1% tidak pasti dengan harga komputer riba keluaran ASUS.
Menurut informen B, beliau membeli komputer riba keluaran ASUS ini kerana harganya yang
murah dengan spesifikasi yang sangat bagus seperti RAM dan ruang simpanan yang besar dan
mempunyai ciri-ciri yang tidak ada pada komputer riba jenama lain dengan harga yang
berpatutan.

26
020715-16-0189

5.4.6 KOMPUTER RIBA ASUS MEMPUNYAI FUNGSI ‘FINGERPRINT’


UNTUK MEMBUKA KOMPUTER RIBA.

Sebanyak 48.64% responden bersetuju bahawa terdapat beberapa komputer riba keluaran ASUS
mempunyai fungsi fingerprint pada kpmputer riba mereka. Manakala 32.43% responden tidak
pasti akan kewujudan fungsi fingerprint dan 18.91% responden tidak bersetuju dengan fungsi ini.
Menurut informen C, beliau membeli komputer riba keluaran ASUS ini kerana ia mempunyai
fungsi fingerprint kerana ia memudahkannya untuk membuka komputer riba tanpa perlu
menekan kata laluan pada papan kekunci komputer ribanya.

6.0 KESIMPULAN

27
020715-16-0189

Secara keseluruhannya, kajian ini mencapai objektifnya. Dapatan kajian menunjukkan


bahawa kebanyakan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 mempunyai komputer riba
keluaran ASUS untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Bagi kelebihan-kelebihan yang
ditawarkan amat memuaskan hati pengguna dalam kalangan pelajar. Bilangan yang bersetuju
lebih banyak berbanding yang tidak bersetuju. Untuk kepercayaan kewujudan komputer riba
ASUS ini menunjukkan tahap yang baik.

Dapatan kajian juga mendapati bahawa pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6


mempunyai pelbagai persepsi tentang faktor-faktor yang mendorong pelajar membeli
komputer riba keluaran ASUS diSMK Dato’ Mohd Said, Nilai, Negeri Sembilan. Menurut
soal selidik yang dijalankan, ramai pelajar yang mempunyai persepsi bahawa komputer riba
keluaran ASUS memberi keyakinan kepada mereka untuk membelinya. Ini adalah kerana
komputer riba keluaran ASUs ini amat dipercayaioleh semua golongan masyarakat di seluruh
dunia. Seterusnya, semua pelajar berpendapat bahawa harga yang dikenakan kepada
komputer riba keluaran ASUS ini berpatutan dan ada yang tidak pasti dengan harga yang
dikenakan.

Hasil daripada kajian, didapati kepercayaan pelajar dengan komouter riba keluaran
ASUS di SMK Dato’ Mohd Said, Nilai, Negeri Sembilan adalah baik dari segi kelebihan
yang ditawarkan dan faktor-faktor yang mendorong mereka membeli komputer riba tersebut.

Antara penambahbaikan yang boleh dicadangkan ialah supaya fungsi fingerprint pada
setiap komputer riba ASUS ini dipertingkatkan supaya keselamatan komputer riba pelajar
dapat dijamin keselamatannya.

Kajian ini terhadap kepercayaan pelajar dengan komputer riba keluaran ASUS adalah
penting untuk memastikan mereka dapat memiliki kemudahan yang sangat baik tanpa perku
mengekuarkan wang yang banyak serta dapat menikmati kemudahan yang disediakan dengan
lebih baik.

Namun begitu, kajian ini hanya terbatas dalam kalangan pelajar di SMK Dato Mohd
Said, Nilai, Negeri Sembilan. Jika dilihatkan pelajar yang memiliki komputer riba keluaran
ASUS dengan komputer riba jenama lain, sudah pasti kelebihan yang ditawarkan pada
kedua-dua komputer riba ini berbeza.Hal bergantung juga kepada tahap pendapatan keluarga
pelajar tersebut dan kemampuan mereka untuk membeli komputer riba. Oleh yang demikian,
kajian ini boleh diandaikan sebagai tidak mewakili keseluruhan isi berkaitan faktor dan
kelebihan yang ditawarkan oleh komputer riba keluaran ASUS. Diharapkan pada masa akan
datang, kajian-kajian lain boleh dijalankan berkaitan isu ini dari pelbagai sudut dan
perspektif.

28
020715-16-0189

7.0 RUJUKAN

TEMUBUAL:
Informen A:
Wawancara secara bebas antara pengkaji dengan Yashinavi A/P Sundar selaku pelajar tingkatan
6 secara panggilan telefon, pada jam 1:30 tengah hari, 3 Jun 2021.

Informen B:

Wawancara secara bebas antara pengkaji dengan Muhammad Yasir Firdaus Bin Mustafa selaku
pelajar tingkatan 6 secara panggilan telefon pada jam 2:20 petang pada 5 Jun 2021.

Informen C:

Wawancara secara bebas antara pengkaji dengan Nur Farrahdina Binti Rosli selaku pelajar
tingkatan 6 secara panggilan telefon pada jam 11:30 pagi, 10 Jun 2021.

KAMUS:

Kamus Dewan, 2010, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, Edisi Keempat.

JURNAL:

Azizah Hamzah, 2010. “Kaedah Kualitatif dalam Penyelidikan Sosiobudaya” in Jurnal Pengajian
Media Malaysia, 6(1).

Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatif in Kursus


Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012.

Chang, W., & Taylor, S. A. (2016). The effectiveness of customer participation in new product
development: A meta-analysis. Journal of Marketing, 80(1), 47-64

29
020715-16-0189

Cheng, C., & Yang, M. (2019). Creative process engagement and new product performance: The
role of new product development speed and leadership encouragement of creativity. Journal of
Business Research, 99(C), 215-225.

James, M. M. A., Kee, D. M. H., Xian, T. H., Han, K. C., Ching, K. K., & Alshammari, M. S.
(2019). Johnson & Johnson’s product safety issues and ways the company can address those
issues. Asia Pacific Journal of Management and Education, 2(3), 7-18

MANUAL:
Majlis Peperiksaan Malaysia, Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4),
2020, hlm. 5.

BAHAN INTERNET:

Ali Delice (2010). The Sampling Issues in Quantitative Research- 4.4.2. Bailey (1994). Dicapai
pada Februari 25, 2020, dari https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ919871.pdf

Nor Farzana Binti Ahmad Puad (2020). Safety Laptop. Dicapai pada 15 Jun 2021, dari
http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/2659

The 18th Nikkei Global Management Forum (2016). CEO of ASUS Company. Dicapai pada 15
Jun 2021, dari https://ngmf.com/ngmf2016/speakers14.html

Peta Daerah Nilai, Google Images. Dicapai pada 15 Jun 2021 dari
https://images.app.goo.gl/2nvnG5Cfbak81jj96.

Peta Negeri Sembilan, Google Images. Dicapai pada 15 Jun 2021 dari pngimage.net/peta-negeri-
sembilan-png-3/

30
020715-16-0189

Peta Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Said, Nilai, Google Maps. Dicapai pada 15 Jun
2021 dari https://maps.app. goo.gl/56Zoum8CJXmNKy5L8

31
020715-16-0189

LAMPIRAN

Borang soal selidik.

32
020715-16-0189

33

You might also like