You are on page 1of 25

030711-13-0475

1.0 Pengenalan

Pada era globalisasi ini, kemajuan bidang teknologi maklumat dan komunikasi
berkembang dengan maju hari demi hari. Perkembangan bidang teknologi maklumat
dan komunikasi mendorong kepada penciptaan gajet harian yang semakin canggih
terutamanya telefon pintar. Kecanggihan pelbagai jenis telefon pintar yang berjenama
yang wujud pada masa ini telah menambah baik pelbagai aspek perisian telefon pintar
yang mampu menepati cita rasa pengguna.
Berdasarkan laporan Berita Harian (2017), syarikat Vivo Malaysia telah
melancarkan sebuah telefon pintar iaitu Vivo V17 yang menampilkan keunikan Skrin
Ultra O Super AMOLED dan lima kamera bertaraf profesional baharu dalam
memenuhi keinginan pelanggan untuk kualiti fotografi mudah alih terbaik pada harga
mampu milik iaitu RM1,699. Pembaharuan yang berlaku pada telefon pintar ini
mampu menarik banyak pelanggan untuk membeli dan menggunakannya. Selain itu,
harga yang ditawarkan pada sebuah telefon bimbit juga merupakan harga mampu
milik yang memberi peluang kepada pengguna untuk mampu membeli dan
memilikinya. Ia membuktikan bahawa telefon pintar yang dicipta semakin canggih
seiring berjalannya waktu dan pemodenan dunia.
Menurut laporan Astro Awani (2021), jenama telefon pintar no. 1 Malaysia,
Xiaomi telah membawa buah tangan baharu kepada peminatnya di Malaysia dengan
memperkenalkan peranti premium siri Xiaomi 11T iaitu Xiaomi 11T dan 11T Pro.
Pengurus Besar Asia Tenggara Xiaomi International, KM Leong berkata Xiaomi 11T
Pro merupakan telefon pintar pertama dilancarkan secara global dengan teknologi
Xiaomi HyperCharge 120W yang membolehkan pengecasan 100 peratus dalam
tempoh hanya 17 minit. Beliau berkata, inovasi Xiaomi HyperCharge 120W tersebut
menerima pensijilan TUV Rheinland Safe Fast-Charge System Certification menerusi
pengujian yang ketat daripada syarikat Jerman, TUV Rheinland. Telefon pintar ini
menampilkan 9 siri sensor termal dalam port jenis-c, chip pengecasan dua kali, bateri,
kawasan sejuk papan induk, CPU, dan flash LED. 9 sensor termal memantau suhu
masa nyata untuk memastikan pengecasan selamat pada setiap masa. Ini menunjukkan
bahawa peranti telefon pintar kini telah berkembang maju.
Selain itu, menurut laporan Astro Awani (2021), Samsung telah melancarkan
telefon pintar baharu Galaxy Z Fold3, Z Flip3. Samsung Electronics Co Ltd telah
memperkenalkan perubahan terkini dalam inovasi peranti boleh lipat premium

1
030711-13-0475

menerusi dua telefon pintar baharunya, Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G.
Presiden dan Ketua Perniagaan Komunikasi Mudah Alih Samsung Electronics TM
Roh berkata dengan Galaxy Z Fold3 dan Z Flip3, Samsung sekali lagi mentakrifkan
semula jangkaan melalui telefon pintar boleh lipat yang memperkasa pengguna
dengan fleksibiliti dan versatiliti yang diperlukan dalam dunia yang bergerak pantas
pada hari ini.
Rasional kajian ini dijalankan ialah terdapat banyak jenama telefon pintar
yang wujud di pasaran seperti Vivo, Samsung, Oppo, Iphone, Xiaomi dan sebagainya.
Semua telefon pintar yang dihasilkan memiliki keunikan dan daya tarikan
masing-masing yang mampu menarik perhatian pelanggan untuk membelinya.
Amalan pengguna bijak dalam pembelian telefon pintar perlu diamalkan supaya
perbelanjaan tidak boros malah telefon pintar yang digunakan mampu bertahan lebih
lama.
Selain itu, penggunaan telefon pintar dapat memberikan pelbagai kebaikan
kepada para pengguna. Antara kebaikan penggunaan telefon pintar termasuklah
menjadi alat perhubungan yang membolehkan ahli keluarga yang berjauhan
berhubung untuk bertanya khabar. Telefon pintar juga memudahkan kita untuk
melayari pelbagai maklumat yang bermanfaat melalui internet. Malah, telefon pintar
juga mampu menjadi alat hiburan kepada para pengguna. Inilah yang menyebabkan
masyarakat kini suka hidup berdampingan dengan telefon pintar masing-masing.
Oleh itu, tujuan pengkaji menjalankan kajian adalah untuk mengenal pasti
amalan pengguna bijak dalam pembelian telefon pintar dalam kalangan penduduk
di Rumah Nelson Surau, Sibu. Selain itu, pengkaji juga ingin mengkaji faktor-faktor
penduduk di Rumah Nelson Surau, Sibu melakukan pembelian telefon pintar untuk
menyelesaikan masalah kajian tersebut.

2.0 Objektif Kajian


Pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan kepada dua objektif, iaitu:
i. Mengenal pasti amalan pengguna bijak dalam pembelian telefon pintar
dalam kalangan penduduk di Rumah Nelson Surau, Sibu.
ii. Mengkaji faktor-faktor penduduk di Rumah Nelson Surau, Sibu
melakukan pembelian telefon pintar.

2
030711-13-0475

3.0 Lokasi Kajian


3.1 Peta

Peta 1 : Peta Durin


Sumber : Laman Web Google Maps

Peta 1 di atas menunjukkan kawasan Durin yang merupakan daerah


kecil yang terletak sejauh 36 kilometer dari bandar Sibu. Ia mempunyai
permukaan yang lebih rendah dan rata. Kawasan Durin terletak berdekatan
dengan sungai terpanjang di Malaysia, iaitu Sungai Rajang.

3
030711-13-0475

3.2 Gambar

Foto 1 : Rumah Nelson Surau, Sibu


Sumber : Kerja Lapangan 2022

Foto 1 menunjukkan sebuah Rumah Panjang Nelson Surau yang


terletak di kawasan Durin, Sibu. Rumah panjang ini mula dibina pada tahun
1980. Pada mulanya, rumah panjang ini hanya mempunyai 13 buah pintu bilik.
Kini, rumah panjang tersebut memiliki 25 buah pintu bilik.

4
030711-13-0475

Foto 2 : Penduduk Rumah Nelson Surau Sedang Menggunakan Telefon Pintar


Sumber : Kerja Lapangan 2022

Foto 2 menunjukkan penduduk Rumah Nelson Surau, Durin, Sibu


sedang duduk di ruai. Mereka menggunakan telefon pintar dalam kehidupan
seharian untuk melakukan kerja serta mengisi masa lapang masing-masing.

5
030711-13-0475

4.0 Metodologi Kajian


Menurut Hornby (1985), metodologi kajian merupakan satu set kaedah yang
digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. Oleh
itu, bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian,
instrumen kajian, cara pengumpulan data dan cara analisis data.

4.1 Reka Bentuk Kajian


Kajian ini berbentuk tinjauan. Kajian tinjauan merupakan satu rangka
rujuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan,
pengukuran dan analisis data. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
amalan pengguna bijak dalam pembelian telefon pintar dalam kalangan
penduduk di Rumah Nelson Surau, Sibu dan mengkaji faktor-faktor
penduduk di Rumah Nelson Surau, Sibu melakukan pembelian telefon
pintar.

4.2 Sampel Kajian


Menurut Portney dan Walkin (1993), sampel merupakan subset populasi
yang dipilih untuk dikaji. Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan
secara rawak mudah yang melibatkan borang soal selidik yang diedarkan
kepada 30 orang respondan iaitu penduduk di Rumah Nelson Surau,
Sibu. Bilangan sampel bersesuaian dengan kajian kuntitatif yang
memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi yang
dikaji. (R. Kuberan et al, 2013)

6
030711-13-0475

4.3 InstrumenKajian
Instrumen merupakan proses menyediakan alat mengumpul data
menerusi konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan
keterangan latar belakang. Dalam kajian ini, instrumen digunakan untuk
mendapatkan data dengan menggunakan borang temu bual, borang soal
selidik dan kajian kepustakaan.
4.3.1 Soal Selidik
Soal selidik mempunyai beberapa kebaikan dibandingkan dengan
cara-cara lain dalam usaha penyelidik mendapatkan maklumat
kuantitatif. Di antaranya ialah maklumat dan data-data dari
responden dapat diperolehi secara terus daripada responden. Cara
ini juga lebih cepat serta menjimatkan masa dan perbelanjaan.
Arahan dan soalan yang diberi dalam soal selidik adalah piawai
dan serupa kepada semua responden yang dikaji. Responden
dapat bertindak balas terhadap rangsangan soalan yang piawai
dengan lebih berkesan. Ini dapat meningkatkan lagi ketepatan
dan kebenaran gerak balas responden terhadap rangsangan soalan
yang diberi. Di samping itu, responden juga lebih mudah dan
berani untuk memberi tindak balas terhadap aspek yang dikaji.
(Mohd. Majid Konting) Soal selidik ini terbahagi kepada 2
bahagian iaitu :
i. Bahagian A yang menggunakan skala nominal di mana
soalan perlu ditanda (/) oleh responden berkaitan dengan latar
belakang mereka.
ii. Bahagian B pula, soalan berkaitan dengan amalan pengguna
bijak dalam pembelian telefon pintar dalam kalangan
penduduk di Rumah Nelson Surau, Sibu dan faktor-faktor
penduduk di Rumah Nelson Surau, Sibu melakukan
pembelian telefon pintar. Skala likert yang digunakan untuk
mengukur pemarkahan bahagian B bagi kajian ini ialah skala
5 mata.

7
030711-13-0475

4.3.2 Temu Bual


Temu bual digunakan sebagai alternatif untuk mendapatkan data
tambahan daripada responden iaitu dengan menemu bual
penduduk di Rumah Nelson Surau, Sibu. Menurut Chua Yan
Piaw (2006), temu bual boleh dilaksanakan dengan kaedah
bersemuka dan tidak bersemuka. Dalam kajian ini, pengkaji
merasakan kaedah tidak bersemuka adalah lebih sesuai kerana ia
membolehkan pengkaji dan informen mengamalkan penjarakan
fizikal supaya kedua-dua pihak tidak dijangkiti penyakit
berjangkit sepeti Covid-19.

4.4 Cara Pengumpulan Data


Pengkaji mengumpul data dan maklumat bagi kajian ini dengan
menggunakan pelbagai cara seperti soal selidik, temu bual dan rujukan.
4.4.1 Kepustakaan
Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan
daripada laman web dan bahan ilmiah yang lain bagi
mendapatkan maklumat berkenaan amalan pengguna bijak
dalam pembelian telefon pintar dalam kalangan penduduk
di Rumah Nelson Surau, Sibu dan faktor-faktor penduduk
di Rumah Nelson Surau, Sibu melakukan pembelian telefon
pintar.

4.4.2 Soal Selidik


Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat
tentang amalan pengguna bijak dalam pembelian telefon pintar
dalam kalangan penduduk di Rumah Nelson Surau, Sibu dan
faktor-faktor penduduk di Rumah Nelson Surau, Sibu
melakukan pembelian telefon pintar. Borang soal selidik
disediakan dalam bentuk Google Form. Setiap responden
menjawab semua soalan yang sudah disediakan melalui pautan
https://forms.gle/pfcziH6XqXMd4vWc7 .

8
030711-13-0475

4.4.3 Temu Bual


Kaedah temu bual berstruktur digunakan untuk mengenal pasti
amalan pengguna bijak dalam pembelian telefon pintar dalam
kalangan penduduk di Rumah Nelson Surau, Sibu dan
mengkaji faktor-faktor penduduk di Rumah Nelson Surau, Sibu
melakukan pembelian telefon pintar. Pengkaji telah menemu
bual tiga orang penduduk Rumah Nelson Surau, Sibu. .Setiap
responden telah ditemu bual secara dalam talian, iaitu melalui
aplikasi Telegram dan WhatsApp.

4.5 Cara Analisis Data


Pada peringkat akhir kajian ini, analisis data secara deskriptif telah
dijalankan untuk menganalisis data daripada soal selidik untuk
menghasilkan laporan kajian. Data yang diperoleh telah dianalisis
menggunakan kekerapan, peratusan dan min.

Bagi item yang menggunakan skala likert, mata diberi seperti berikut :

Skala Mata
Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Tidak pasti 3
Setuju 4
Sangat setuju 5

9
030711-13-0475

5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan


Bahagian ini membincangkan analisis data secara deskriptif dan memaparkan
hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada borang soal selidik yang
telah diisi oleh responden. Data yang dimasukkan telah diproses bagi
mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, taburan kekerapan dan min.

5.1 Demografi Responden


Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk Rumah
Panjang Nelson Surau, Sibu telah disoal selidik. Huraian analisis latar
belakang responden melibatkan aspek seperti jantina, umur, agama, dan
bangsa dipersembahkan dalam bentuk rajah dan jadual.

Bil. Latar Kategori Bilangan Peratusan


Belakang (orang) (%)
Responden
1. Jantina Lelaki 10 33.33
Perempuan 20 66.67
2. Umur 20 tahun dan ke bawah 3 10.00
21-30 tahun 12 40.00
31-40 tahun 10 33.33
41-50 tahun 3 10.00
50 tahun ke atas 2 6.67
3. Bangsa Melayu 2 6.67
Cina 4 13.33
Iban 24 80.00
4. Agama Islam 2 6.67
Buddha 1 3.33
Kristian 20 66.67
Pagan 7 23.33
Jadual 1: Latar Belakang Responden
Sumber: Kajian Lapangan 2022

10
030711-13-0475

Jadual 1 menunjukkan pecahan responden daripada kalangan penduduk


Rumah Panjang Nelson Surau, Sibu berdasarkan jantina, umur, bangsa,
dan agama.

Jantina

33.33% Lelaki
Perempuan

66.67%

Rajah 1 : Demografi Responden Berdasarkan Jantina


Sumber: Kajian Lapangan 2022

Rajah 1 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina.


Carta pai menunjukkan bahawa majoriti yang disoal selidik merupakan
responden perempuan. Sebanyak 20 orang responden (66.70%)
merupakan perempuan manakala sebanyak 10 orang responden (33.30%)
merupakan lelaki telah disoal selidik. Jumlah responden adalah seramai
30 orang penduduk di Rumah Nelson Surau, Sibu.

11
030711-13-0475

Umur

6.67%
10.00%

10.00% 20 tahun dan ke bawah


21-30 tahun
31-40 tahun
41-50 tahun
50 tahun ke atas
40.00%
33.33%

Rajah 2 : Demografi Responden Berdasarkan Umur


Sumber: Kajian Lapangan 2022

Rajah 2 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan umur


responden. Carta pai menunjukkan bahawa responden yang telah
mengisi soalan soal selidik kebanyakannya berumur antara 21 hingga 30
tahun iaitu sebanyak 12 orang (40%). Responden yang berumur 50
tahun ke atas merekod jumlah paling sedikit iaitu seramai 2 orang
(6.7%).

Bangsa
6.67%

Melayu
13.33% Cina
Iban

80.00%

Rajah 3 : Demografi Responden Berdasarkan Bangsa


Sumber: Kajian Lapangan 2022

12
030711-13-0475

Rajah 3 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan bangsa.


Daripada 30 orang penduduk yang telah disoal selidik, seramai 24 orang
responden (80%) berbangsa Iban, seramai 4 orang responden (13.3%)
berbangsa Cina dan 2 orang responden (6.7%) berbangsa Melayu.

Agama
6.67%
3.33%

Islam
23.33%
Buddha
Kristian
Pagan

66.67%

Rajah 4 : Demografi Responden Berdasarkan Agama


Sumber: Kajian Lapangan 2022

Rajah 4 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan agama.


Daripada 30 orang penduduk yang telah disoal selidik, seramai 2 orang
responden (6.70%) beragama islam, seorang responden (3.30%)
beragama Buddha, 20 orang responden (66.70%) beragama Kristian dan
7 orang responden (23.30%) tiada agama, iaitu Pagan.

13
030711-13-0475

5.2 AMALAN PENGGUNA BIJAK DALAM PEMBELIAN TELEFON


PINTAR DALAM KALANGAN PENDUDUK DI RUMAH NELSON
SURAU, SIBU

Jadual 2 menunjukkan amalan pengguna bijak dalam pembelian telefon


pintar dalam kalangan penduduk di Rumah Nelson Surau, Sibu.

JADUAL 2 : ANALISIS AMALAN PENGGUNA BIJAK DALAM


PEMBELIAN TELEFON PINTAR DALAM
KALANGAN PENDUDUK DI RUMAH NELSON SURAU, SIBU
Sangat
Tidak Tidak Sangat
Amalan Pengguna Tidak Setuju
Bil. Setuju Pasti Setuju Min
Bijak Setuju
f % f % f % f % f %
1 Saya akan membuat 0 0 3 10.00 5 16.7 8 26.7 1 46.7 4.1
perbandingan harga 4
sebelum membeli
telefon pintar.
2 Saya akan mengambil 2 6.7 2 6.7 3 10.0 7 23.3 1 53.3 4.1
kira telefon pintar 6
yang mempunyai
kamera yang
berkualiti.
3 Saya akan mengambil 0 0 1 3.3 5 16.7 7 23.3 1 56.7 4.3
kira reka bentuk dan 7
penampilan luar
telefon pintar yang
sesuai dengan cita rasa
saya.
4 Saya akan memilih 1 3.3 2 6.7 5 16.7 6 20.0 1 53.3 4.1
jenama telefon pintar 6
yang ternama dan

14
030711-13-0475

terlaris.
5 Saya mementingkan
penawaran jaminan
1
(warranty) selepas 0 0 3 10.0 4 13.3 6 53.3 56.7 4.2
7
pembelian telefon
pintar yang panjang.
Sumber: Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan Jadual 2, seramai 3 orang responden (10%) memilih tidak setuju,


5 orang responden (16.7%) memilih tidak pasti, 8 orang responden (26.7%) memilih
setuju dan 14 orang responden (46.7%) memilih sangat setuuju bahawa mereka akan
membuat perbandingan harga sebelum membeli telefon pintar. Min bagi penyataan ini
adalah sebanyak 4.1 yang menunjukkan kebanyakan responden bersetuju bahawa
mereka akan membuat perbandingan harga sebelum membeli telefon pintar. Ini
disokong oleh 3 orang informen (100.00%) yang menyatakan bahawa perbandingan
harga hendaklah dilakukan semasa membeli telefon pintar.
Bagi amalan pengguna bijak kedua iaitu mereka akan mengambil kira telefon
pintar yang mempunyai kamera yang berkualiti sebelum membeli telefon pintar,
seramai 16 orang responden (53.3%) memilih sangat setuju dan seramai 7 orang
responden (23.3%) memilih setuju. Walau bagaimanapun, seramai 3 orang responden
(10%) memilih tidak pasti, 2 orang responden (6.7%) memilih sangat tidak setuju, dan
2 orang responden (6.67%) memilih tidak setuju dengan penyataan ini. Oleh itu, min
bagi penyataan ini adalah sebanyak 4.1 yang menunjukkan kebanyakan responden
bersetuju bahawa mereka akan mengambil kira telefon pintar yang mempunyai
kamera yang berkualiti sebelum membeli telefon pintar.
Seterusnya, bagi amalan pengguna bijak ketiga iaitu mereka akan mengambil
kira reka bentuk dan penampilan luar telefon pintar yang sesuai dengan cita rasa
mereka sebelum membeli telefon pintar, seramai 17 orang responden (56.677%)
memilih sangat setuju dan 7 orang responden (23.33%) memilih setuju. Sementara itu,
seramai 5 orang responden (16.7%) memilih tidak pasti dan seorang responden
(3.3%) memilih tidak setuju dengan penyataan ini. Oleh itu, min bagi pernyataan ini
adalah sebanyak 4.3 yang menunjukkan kebanyakan responden bersetuju bahawa

15
030711-13-0475

mereka akan mengambil kira reka bentuk dan penampilan luar telefon pintar yang
sesuai dengan cita rasa mereka sebelum membeli telefon pintar.
Selain itu, seramai 16 orang responden (53.3%) memilih sangat setuju dan 6
orang responden (20%) memilih setuju bahawa mereka akan memilih jenama yang
ternama dan terlaris dalam pembelian telefon pintar. Walaupun begitu, seramai 5
orang responden (16.7%) memilih tidak pasti, 2 orang responden (6.7%) memilih
tidak setuju dan seorang responden (6.7%) memilih sangat tidak setuju. Oleh itu, min
bagi pernyataan ini adalah sebanyak 4.1 yang menunjukkan bahawa kebanyakan
penduduk di Rumah Nelson Surau akan memilih jenama yang ternama dan terlaris
dalam pembelian telefon pintar.
Akhir sekali, bagi pernyataan bahawa penduduk di Rumah Nelson Surau
mementingkan penawaran jaminan (warranty) selepas pembelian telefon pintar yang
panjang, seramai 17 orang responden (56.7%) memilih sangat setuju dan 6 orang
responden (20%) memilih setuju. Walaupun begitu, seramai 4 orang responden
(13.3%) memilih tidak pasti dan 3 orang responden (10%) memilih tidak setuju. Min
bagi pernyataan tersebut adalah sebanyak 4.2 yang menunjukkan bahawa majoriti
penduduk di Rumah Nelson Surau mementingkan penawaran jaminan (warranty)
selepas pembelian telefon pintar yang panjang.

16
030711-13-0475

5.3 FAKTOR-FAKTOR PENDUDUK DI RUMAH NELSON SURAU,


SIBU MELAKUKAN PEMBELIAN TELEFON PINTAR

Jadual 3 menunjukkan faktor-faktor penduduk di Rumah Nelson Surau,


Sibu melakukan pembelian telefon pintar.

JADUAL 3 : ANALISIS FAKTOR-FAKTOR PENDUDUK DI RUMAH NELSON


SURAU, SIBU MELAKUKAN PEMBELIAN TELEFON PINTAR
Sangat
Tidak Tidak Sangat
Tidak Setuju
Bil. Faktor-faktor Setuju Pasti Setuju Min
Setuju
f % f % f % f % f %
1 Telefon pintar 0 0 1 3.33 3 10.00 6 20.0 20 66.70 4.5
membolehkan ahli 0
keluarga saya yang
berjauhan dapat
berhubung dan bertanya
khabar.
2 Telefon pintar 1 3.33 2 6.70 4 13.30 6 20.0 17 56.70 4.2
membolehkan saya 0
mengetahui isu semasa
dengan mudah dan
cepat
3 Telefon pintar 1 3.33 1 3.33 5 16.70 6 20.0 17 56.70 4.2
merupakan alat hiburan 0
yang dapat mengisi
masa lapang saya.
4 Telefon pintar 4 13.3 1 3.33 1 3.33 6 20.0 18 60.00 4.1
diperlukan supaya saya 0 0
dapat melaksanakan
kerja saya dengan
sempurna.

17
030711-13-0475

Sumber: Kajian Lapangan 2022


Berdasarkan Jadual 3, seramai 20 orang responden (66.67%) memilih sangat
setuju dan 6 orang responden (20.00%) memilih setuju bahawa faktor penduduk
di Rumah Nelson Surau, Sibu melakukan pembelian telefon pintar iaitu telefon pintar
membolehkan ahli keluarga mereka yang berjauhan dapat berhubung dan bertanya
khabar. Walau bagaimanapun, seramai 3 orang responden (10.00%) memilih tidak
pasti dan seorang responden (3.33%) memilih tidak setuju dengan penyataan ini. Oleh
itu, min bagi penyataan ini adalah sebanyak 4.5 yang menunjukkan kebanyakan
responden sangat bersetuju bahawa faktor penduduk di Rumah Nelson Surau, Sibu
melakukan pembelian telefon pintar iaitu telefon pintar membolehkan ahli keluarga
mereka yang berjauhan dapat berhubung dan bertanya khabar. Ini disokong oleh 3
orang informen (100.0%) yang menyatakan bahawa mereka membeli telefon pintar
untuk memudahkan komunikasi bersama ahli keluarga apabila saling berjauham.
Seterusnya, seramai 17 orang responden (56.7%) memilih sangat setuju, 6
orang responden (20%) memilih setuju dan 4 orang responden (13.3%) memilih tidak
pasti bahawa faktor penduduk di Rumah Nelson Surau, Sibu melakukan pembelian
telefon pintar iaitu telefon pintar membolehkan mereka mengetahui isu semasa
dengan mudah dan cepat. Sementara itu, seramai 2 orang responden (6.7%) memilih
tidak setuju dan seorang responden (3.3%) memilih sangat tidak setuju dengan
penyataan ini. Min untuk pernyataan ini adalah sebanyak 4.2 yang menunjukkan
bahawa majoriti penduduk di Rumah Panjang Nelson Surau bersetuju bahawa faktor
penduduk di Rumah Nelson Surau, Sibu melakukan pembelian telefon pintar iaitu
telefon pintar membolehkan mereka mengetahui isu semasa dengan mudah dan cepat.
Bagi faktor pembelian telefon pintar dalam kalangan penduduk Rumah
Panjang Nelson Surau iaitu telefon pintar merupakan alat hiburan yang dapat mengisi
masa lapang mereka, seramai 17 orang responden (56.7%) memilih sangat setuju dan
6 orang responden (20%) memilih setuju. Walau bagaimanapun, seramai 5 orang
responden (16.7%) memilih tidak pasti dan seorang responden (3.3%) masing-masing
memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju. Min untuk pernyataan ini adalah
sebanyak 4.2 yang menunjukkan bahawa faktor penduduk di Rumah Nelson Surau,
Sibu melakukan pembelian telefon pintar iaitu telefon pintar merupakan alat hiburan
yang dapat mengisi masa lapang mereka.
Akhir sekali, bagi faktor yang mendorong penduduk Rumah Panjang Nelson
Surau membeli telefon pintar iaitu telefon pintar diperlukan supaya mereka dapat

18
030711-13-0475

melaksanakan kerja dengan sempurna, seramai 18 orang responden (60%) memilih


sangat setuju. 6 orang responden (20%) memilih setuju dan seorang responden (3.3%)
memilih tidak pasti. Walau bagaimanapun, seramai 4 orang responden (13.3%)
memilih sangat tidak setuju dan seorang responden (3.3%) memilih tidak setuju
dengan penyataan ini. Min untuk pernyataan tersebut adalah sebanyak 4.1 yang
menunjukkan bahawa faktor penduduk di Rumah Nelson Surau, Sibu melakukan
pembelian telefon pintar iaitu telefon pintar diperlukan supaya mereka dapat
melaksanakan kerja dengan sempurna.

19
030711-13-0475

6.0 RUMUSAN / KESIMPULAN


6.1 AMALAN PENGGUNA BIJAK DALAM PEMBELIAN TELEFON
PINTAR DALAM KALANGAN PENDUDUK DI RUMAH NELSON
SURAU, SIBU

Melalui kajian yang pengkaji lakukan tentang amalan pengguna bijak dalam
pembelian telefon pintar dalam kalangan penduduk di Rumah Nelson Surau, Sibu,
pengkaji mendapati bahawa ramai responden bersetuju bahawa melakukan
perbandingan harga hendaklah dilakukan semasa membeli telefon pintar. Hal ini
kerana pembelian telefon pintar yang dilakukan hendaklah mempertimbangkan
perbelanjaan yang dimiliki. Ada pelbagai jenis telefon pintar yang ada di pasaran
memiliki harga yang berbeza, ada yang sangat mahal, ada yang berharga mampu
milik. Oleh itu, perbandingan harga diutamakan oleh penduduk semasa melakukan
pembelian telefon pintar.
Selain itu, ramai reponden juga bersetuju bahawa pembelian telefon pintar
yang dilakukan hendaklah mempertimbangkan kualiti kamera. Hal ini kerana
kebanyakkan penduduk di Rumah Pan jang Nelson Surau adalah berumur antara
21-30 tahun yang masih tergolong dalam kategori remaja dewasa. Remaja dewasa
gemar untuk mengambil foto diri sendiri, bersama kawan atau keluarga mahupun
persekitaran sebagai kenangan. Oleh itu, majoriti responden bersetuju bahawa
pembelian telefon pintar mengambil kira kualiti telefon pintar tersebut.
Sementara itu, kebanyakan responden juga bersetuju bahawa mereka akan
membeli telefon pintar dengan mementingkan reka bentuk dan penampilan telefon
pintar yang menepati citarasa. Hal ini kerana reka bentuk telefon pintar yang cantik
dapat menggambarkan gaya hidup yang ceria dan meriah. Penduduk juga cenderung
untuk membeli telefon pintar yang menepati citarasa demi memuaskan perasaan dan
nafsu diri yang menginginkan sesuatu. Dengan itu, penduduk amat mengambil kira
reka bentuk dan penampilan yang menepati cita rasa semasa membeli telefon pintar.
Di samping itu, majoriti responden bersetuju bahawa kebanyakkan penduduk
mementingkan jenama yang ternama dan laris semasa membeli telefon pintar. Hal ini
kerana terdapat pelbagai jenama telefon pintar yang wujud di pasaran pada masa kini.
Setiap jenama telefon pintar mempunyai kelebihan masing-masing dari aspk perisian
telefon pintar. Semakin berjenama dan laris sesuatu jenama telefon pintar, maka

20
030711-13-0475

semakin bagus kualiti perisian yang dimiliki oleh sesebuah telefon pintar. Dengan itu,
penduduk akan memilih jenama telefon pintar yang ternama dan terlaris dalam
pembelian telefon pintar.
Akhir sekali, ramai responden juga bersetuju bahawa pembelian telefon pintar
yang dilakukan hendaklah disertakan sekali dengan penawaran jaminan (warranty).
Hal ini kerana tidak semua telefon pintar yang baru dibeli akan bertahan lama.
Penawaran jaminan yang diberikan akan membolehkan pengguna untuk menuntut
ganti rugi terhadap produk yang baru dibeli tetapi mudah rosak. Oleh itu, penduduk
mementingkan penawaran jaminan semasa melakukan pembelian telefon pintar
supaya tidak mengalami kerugian.
Dengan itu, amalan pengguna bijak hendaklah diamalkan oleh para penduduk
Rumah Panjang Nelson Surau semasa melakukan pembelian telefon pintar.

6.2 FAKTOR-FAKTOR PENDUDUK DI RUMAH NELSON SURAU,


SIBU MELAKUKAN PEMBELIAN TELEFON PINTAR

Bagi faktor-faktor penduduk di Rumah Nelson Surau, Sibu melakukan


pembelian telefon pintar, pengkaji mendapati bahawa ramai responden bersetuju
bahawa telefon pintar membolehkan mereka untuk berkomunikasi dengan keluarga
yang berjauhan. Hal ini keranaa kebanyakkan penduduk di Rumah Panjang Nelson
Surau berumur antara 21-30 tahun yang masih melanjutkan pelajaran dan berkerja
di luar dan berjauhan dengan ahli keluarga di kampung. Penggunaan telefon pintar
memudahkan mereka untuk saling berkomunikasi dan bertanya khabar dengan mudah
dimana pun mereka berada. Dengan itu, penggunaan telefon pintar amat penting
digunakan untuk berhubung dengan ahli keluarga yang jauh apabila berkerja atau
belajar di tempat yang jauh.
Selain itu, ramai responden juga bersetuju bahawa telefon pintar
membolehkan mereka untuk mengetahui isu semasa dengan mudah dan cepat. Hal ini
kerana telefon pintar merupakan sebuah gajet yang berteknologi tinggi. Sistem
canggih yang ada pada telefon pintar membolehkan penggunanya mengakses pelbagai
benda dengan mudah. Pelbagai aplikasi canggih yang memudahkan kita untuk
mengetahui berita-berita terkini yang berlaku di mana-mana sahaja termasuklah
di luar negara dengan mudah. Dengan itu, ramai penduduk bersetuju bahawa

21
030711-13-0475

penggunaan telefon pintar yang berteknologi tinggi mampu untuk membantu mereka
mengetahui isu semasa dengan lebih mudah dan pantas.
Seterusnya, kebanyakan responden juga bersetuju bahawa telefon pintar dapat
menjadi sebuah alat hiburan pada masa lapang. Hal ini kerana telefon pintar
dilengkapi dengan system yang amat canggih. Pelbagai jenis hiburan yang wujud di
dalam telefon pintar. Antaranya, permainan atas talian, pelbagai jenis lagu dan video
yang dapat didengarkan dan ditonton melalui aplikasi Youtube. Semuanya dapat
dilakukan untuk mengisi masa lapang dan memberikan keseronokan serta ketenangan
kepada pengguna. Dengan itu, ramai responden bersetuju bahawa telefon pintar dapat
menjadi sebuah alat hiburan untuk mengisi masa lapang.
Akhir sekali, ramai responden bersetuju bahawa telefon pintar membolehkan
mereka untuk melaksanakan kerja dengan sempurna. Hal ini kerana telefon pintar
mempunyai pelbagai kemudahan yang dapat membantu menyelesaikan pekerjaan.
Contohnya, aplikasi WPS yang membolehkan kita untuk membuatkan kertas
perbentangan, kertas kerja dan sebagainya. Aplikasi Google Meet juga memudahkan
para pekerja untuk melakukan meeting kerja dengan mudah melalui atas talian.
Dengan itu, ramai penduduk di Rumah Panjang Nelson Surau bersetuju bahawa
penggunaan telefon pintar membolehkan mereka untuk melaksanakan kerja dengan
sempurna.

6.3 KESIMPULAN

Hasil daripada kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati ramai responden


bersetuju bahawa pembelian telefon yang dilakukan adalah dengan
mempertimbangkan reka bentuk dan penampilan telefon pintar yang menepati
citarasa. Selain itu, pengkaji juga mendapati kebanyakan responden bersetuju bahawa
jenama telefon pintar yang ternama dan terlaris hendaklah dipertimbangkan semasa
membeli telefon pintar. Di samping itu, ramai responden juga bersetuju bahawa
penawaran jaminan adalah penting semasa melakukan pembelian telefon pintar.
Sementaraitu, pengkaji juga mendapati bahawa kebanyakan responden
bersetuju bahawa penggunaan telefon pintar membolehkan penduduk Rumah Nelson
Surau untuk berkomunikasi dan berhubung dengan ahli keluarga yang berjauhan.
Sementara itu, ramai responden juga bersetuju bahawa telefon pintar membolehkan
penduduk untuk mengetahui isu seamsa dengan lebih mudah dan pantas. Selain itu,

22
030711-13-0475

ramai responden juga bersetuju bahawa telefon pintar dapat menjadi alat hiburan yang
dapat mengisi masa lapang. Akhirnya, kebanyakan responden juga bersetuju bahawa
telefon pintar amat diperlukan untuk para penduduk melakukan kerja dengan sangat
baik.
Kesimpulannya, pengkaji telah mengenal pasti amalan pengguna bijak dalam
pembelian telefon pintar dalam kalangan penduduk di Rumah Nelson Surau, Sibu dan
mengkaji faktor-faktor penduduk di Rumah Nelson Surau, Sibu melakukan pembelian
telefon pintar. Kajian ini penting untuk membuktikan penggunaan telefon pintar
bukanlah keperluan tetapi ia penting kepada penduduk di Rumah Panjang Nelson
Surau untuk melakukan aktiviti harian setiap hari.

23
030711-13-0475

RUJUKAN

Bernama (2022). “Samsung Lancar Telefon Pintar Baharu Galaxy Z Fold3, Z Flip3”.
Dicapai pada Mei 5, 2022, dari
https://www.astroawani.com/berita-bisnes/samsung-lancar-telefon-pintar-
baharu-galaxy-z-fold3-z-flip3-313625

Che Wan Badrul Alias (2022). “V17 Telefon Pintar Lima Kamera”. Dicapai pada
Mei 5, 2022, dari
https://www.bharian.com.my/bisnes/teknologi/2019/12/639548/v17-telefon-
pintar-lima-kamera

Chua, Yan Piaw (2006). “Kaedah Penyelidikan” Kuala Lumpur: Mc Graw Hill
(Malaysia) Sdn.Bhd.

Google Maps, (2022). Google.com Search, Dicapai pada April 23, 2022, dari
https://www.google.com.my/maps/place/Durin,+96700+Sibu,+Sarawak/@2.1
118504,111.9792011,14z/data=!4m5!3m4!
1s0x31f831b3e784a149:0x559bf94dd026e86!8m2!3d2.111078!
4d111.9936571?hl=en

Haikal Raman (2022). “Siri Xiaomi 11T Kini Diperkenalkan Bagi Pasaran
di Malaysia”. Dicapai pada Mei 5, 2022, dari
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/siri-xiaomi-11t-kini-
diperkenalkan-bagi-pasaran-di-malaysia-321347

Konting, M. M. (2009). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan” Edisi Kelapan. Selangor:


Dawama Sdn. Bhd.

R. Kuberan et al. (2013). “Teks Efektif STPM Pengajian Am (Semester 2) 900/2”


Petaling Jaya : Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd.

24
030711-13-0475

Sabitha Marican (2005). “Kaedah Penyelidikan Sains Sosial” Petaling Jaya,


Selangor : Prentice Hall.

25

You might also like