You are on page 1of 37

021207-11-0710

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM 2022

Objektif kajian

1. Mengenalpasti produk tempatan yang sering menjadi pilihan dalam kalangan


guru-guru di SMKTHAM.

2. Mengkaji faktor-faktor guru di SMKTHAM membeli barangan tempatan


berbanding barangan import.
021207-11-0710

Penghargaan

Melalui peluang keemasan ini, pengkaji ingin merakamkan jutaan terima kasih dan
penghargaan kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek
terutama tuan pengetua Encik Razali Bin Kudap kerana telah membuka peluang dan
sokongan yang padu kepada pengkaji untuk melaksanakan kerja khusus ini. Selain itu,
pengkaji ingin berterima kasih kepada Tuan Rosli Bin Bakar selaku guru Pengajian Am
yang memberikan tunjuk ajar dan nasihat dalam menghasilkan kerja kursus ini. Di
samping itu, pengkaji juga berterima kasih kepada semua responden pengkaji kerana
telah memberi kerjasama sepanjang soal selidik dan temu bual dijalankan.Akhir kata,
seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu sama ada
secara langsung atau tidak langsung.
021207-11-0710

BHGN A : Demografi Responden

Maklumat kepada responden.

Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan kerja kursus matapelajaran
Pengajian Am 900/4. Soal selidik ini bertujuan untuk mengenalpasti produk
tempatan yang sering menjadi pilihan dalam kalangan guru-guru di Sekolah
Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek. Segala maklumat yang
diberikan akan dirahsiakan dan hanya hanya digunakan bagi kepentingan
kajian sahaja.

BAHAGIAN A : Demografi Responden

Sila tandakan (/) pada kotak berkenaan

1) Jantina : Lelaki Perempuan

2) Kaum : Melayu Cina India

3) Adakah barangan tempatan di Malaysia mendapat sambutan ramai?

Ya

Tidak
021207-11-0710

BHGN B : Demografi Responden

BAHAGIAN B : Set Soalan Soal Selidik

Objektif kajian 1 : Mengenalpasti produk tempatan yang sering menjadi pilihan dalam
kalangan guru-guru di SMKTHAM.

Sila tandakan (/) mengikut skala yang disediakan.

1. TIDAK 2. TIDAK PASTI 3. YA

NO SOALAN JENIS-JENIS BARANGAN 1 2 3


TEMPATAN

1. Anda lebih gemar membeli barang keperluan


perkakasan rumah jenama tempatan berbanding
import.

2. Anda lebih gemar membeli barangan kraftangan


jenama tempatan berbanding import.

3. Anda lebih gemar membeli pakaian buatan tempatan


berbanding import.

4. Anda lebih gemar menggunakan atau membeli


barangan elektronik jenama tempatan berbanding
import.

5. Anda lebih gemar membeli perabot seperti sofa, meja


makan dll yang berjenama tempatan berbanding
import.
021207-11-0710

BAHAGIAN C : Set Soalan Soal Selidik

Objektif kajian 2 : Mengkaji faktor-faktor guru di SMKTHAM membeli barangan


tempatan berbanding barangan import.

1.SANGAT SETUJU 2. SETUJU 3.TIDAK PASTI 4.TIDAK SETUJU 5.SANGAT TIDAK SETUJU

SOALAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG 1 2 3 4 5


GURU DI SMKTHAM UNTUK MEMBELI BARANGAN
TEMPATAN BERBANDING BARANGAN IMPORT

1.Membeli barangan tempatan dapat menjimatkan


perbelanjaan keluarga anda.

2.Anda boleh memilih pelbagai variasi produk barangan


tempatan jika dibandingkan dengan produk import.

3.Anda lebih mudah mendapatkan produk tempatan


berbanding produk import.

4. Kebanyakan produk tempatan lebih mesra alam.

5. Perbandingan harga barang dapat dilakukan dengan


mudah.

3.0 Lokasi kajian


3.1 Peta negeri Melaka
021207-11-0710

Kajian ini telah dijalankan di Melaka. Melaka terletak di dalam Malaysia. Negeri ini
juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah. Lokasi kawasan kajian ini merupakan
negeri keempat terkecil di Malaysia, negeri berpendudukan kedua terkecil di Malaysia
dan negeri ke-4 terpadat penduduk di Malaysia. Ibu negerinya Bandaraya Melaka.

Peta 1 : Melaka Negeri Bersejarah


Sumber : Google Image

3.2 Daerah di Melaka


021207-11-0710

Melaka mempunyai tiga daerah utama iaitu Daerah Alor Gajah, Jasin dan Melaka
Tengah. Kawasan kajian terletak di daerah Melaka Tengah iaitu kawasan Cheng.
Selain itu, daerah Melaka Tengah merangkumi 29 mukim. Daerah Melaka Tengah
berkeluasan 314km persegi. Melaka Tengah merupakan daerah terkecil antara Alor
Gajah dan Jasin.

Peta 2 : Daerah Melaka Tengah


Sumber : Google Image

3.3 Kawasan kajian


021207-11-0710

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek atau nama ringkasnya SMK
Tun Haji Abdul Malek, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang
terletak di Km 10, Cheng. Pengkaji memilih sekolah tersebut sebagai lokasi kajian
kerana pengkaji bersekolah di lokasi ini. Hal ini kerana, sekolah memudahkan pengkaji
untuk menjalankan urusan pengkajian. Jarak rumah pengkaji ke sekolah hanya 1 km
sahaja. Masa yang diambil untuk sampai ke lokasi kira-kira 5 minit dengan berjalan
kaki. Guru tingkatan 6 di SMK Tun Haji Abdul Malek, Melaka adalah responden untuk
kajian pengkaji.

4.0 Kaedah Kajian


021207-11-0710

Bahagian ini membincangkan metodologi yang digunakan semasa


melakukan kajian tersebut . Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan
maklumat dalam kajian ini. Pelbagai kaedah ini digunakan untuk memastikan
maklumat yang diperolehi adalah betul dan tepat . Kaedah ini dijalankan dengan
menggunakan gabungan kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif dijalankan
dengan membuat pemerhatian serta sesi temubual bagi mendapatkan suasana
yang sebenar berkaitan kajian itu.Selain itu, melalui kaedah kuantitatif iaitu
dengan menyediakan borang soal selidik dapat mengumpul data serta
menganalisis maklumat dengan lebih jelas dengan menggunakan kaedah
gundalan dan peratusan bagi mengira bilangan responden yang disoal selidik.

4.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah berbentuk kajian soal selidik. Kajian ini menggunakan
persampelan rawak mudah. Tatacara kajian ini dilakukan dengan mengedarkan
borang soal selidik atau secara online iaitu menggunakan Google Form. Kaedah soal
selidik digunakan kerana ia bersesuaian dengan objektif serta persoalan yang ingin
dikaji. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti produk tempatan yang sering menjadi
pilihan dalam kalangan guru-guru di SMKTHAM. Selain itu, untuk mengkaji faktor yang
menyebabkan guru-guru di SMKTHAM membeli barangan tempatan berbanding
barangan import.

4.2 Instrumen Kajian

Dalam metodologi kajian ini terdapat beberapa kaedah termasuk soal selidik, temu
bual, pemerhatian dan rujukan. Soal selidik adalah tujuan menepati objektif kajian dan
dapat mengumpulkan maklumat secepat mungkin dengan soalan yang ringkas dan
mudah dijawab oleh responden. Rujukan merupakan bahan-bahan yang dirujuk untuk
menjalankan kajian dengan tepat, seperti buku ilmiah, internet, ensiklopedia, majalah
dan akhbar. Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data
adalah dengan menggunakan borang soal selidik, kaedah rujukan.

Kaedah Instrumen kajian


Kuantitatif Borang soal selidik
Kualitatif Rujukan

Jadual 1: Kaedah instrumen kajian

4.2.1 Kaedah soal selidik


021207-11-0710

Kaedah soal selidik terdapat 3 bahagian iaitu Bahagian A merupakan maklumat diri
responden manakala bahagian B terdapat 5 soalan mengenai jenis-jenis produk
tempatan yang sering menjadi pilihan dalam kalangan guru-guru di SMKTHAM.
Kemudian untuk Bahagian C mengandungi 5 soalan tentang faktor-faktor guru di
SMKTHAM membeli barangan tempatan berbanding barangan import. Untuk
menjalankan kajian ini, pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik berbentuk
Google Form kepada 30 responden yang terdiri daripada kalangan guru-guru di
SMKTHAM. Sampel responden yang dipilih terdiri daripada 30 orang guru di
SMKTHAM. Borang soal selidik ini telah diedarkan kepada guru-guru di SMKTHAM.
Kajian ini menggunakan skala likert lima aras iaitu 5 ialah sangat setuju, 4
menggunakan setuju, 3 ialah tidak pasti, 2 pula ialah untuk tidak setuju dan akhir sekali
1 ialah sangat tidak setuju.

Mengenalpasti produk tempatan yang sering menjadi pilihan dalam kalangan guru-guru
di SMKTHAM.

1. TIDAK 2. TIDAK PASTI 3. YA

Jadual 2 : Skala Likert

Mengkaji faktor-faktor guru di SMKTHAM membeli barangan tempatan berbanding


barangan import.

1.SANGAT SETUJU 2. SETUJU 3.TIDAK PASTI 4.TIDAK SETUJU 5.SANGAT TIDAK SETUJU

Jadual 3 : Skala Likert

4.2.1.1 Cara mendapatkan responden


021207-11-0710

Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang guru-guru di Sekolah Menengah Tun
Haji Abdul Malek, Cheng, Melaka telah dipilih sebagai responden. Responden telah
mengisi borang soal selidik melalui Google Form dengan lengkap pada hari kajian
dijalankan. Bagi teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini pula ialah
menggunakan teknik persampelan bertujuan. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang
guru dan 30 set borang soal selidik akan diberikan kepada mereka secara persampelan
bertujuan bagi mengumpul maklumat dari sekumpulan sampel khusus dan spesifik
serta bertepatan dengan objektif kajian.

4.2.2 Kaedah Rujukan

Penyelidik juga telah mendapatkan data sekunder melalui kaedah Rujukan bagi
melengkapkan hasil kajian ini. Internet menjadi sumber rujukan utama bagi semua
penyelidik semasa membuat rujukan untuk mendapatkan peta zon, peta kawasan
kajian dan sebagainya. Selain itu, penyelidik juga telah merujuk pada kamus dewan,
buku, keratin akhbar dan majalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan kajian yang
dikaji. Membuat rujukan telah membantu penyelidik mendapatkan maklumat-maklumat
yang significant dan penting.

4.0 PENGENALAN
021207-11-0710

Barangan buatan Malaysia didefinisikan sebagai hasil produk yang dikeluarkan oleh
air tangan warga tempatan. Sebagai rakyat Malaysia , kita wajar menyokong hasil
keluaran tempatan negara dengan cara mudah iaitu membelinya. Namun begitu, sejajar
dengan landaan gelombang globasasi dengan pelbagai corak, roda pembangunan telah
bergerak pantas bagai lipas kudung di nusa tercinta ini sehingga mengalami anjakan
paradigma ke arah mengapai hasrat sebagai negara maju.Seperti yang dikatakan oleh
bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Doktor Mahathir Mohammad,
“Membeli barangan buatan tempatan merupakan teras kejayaan Malaysia menggapai
lonjakan masa depan dalam bidang industri”. Kerajaan, telah melancarkan Kempen Beli
Barangan Malaysia (KBBM) pada tahun 1984.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melancarkan semula program ini pada
tahun 2009 dan dijenamakan semula sebagai Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM)
bagi mempertingkatkan perbelanjaan domestik berikutan krisis kewangan global.
Pelancaran semula bertujuan untuk memperkukuhkan perbelanjaan domestik dengan
menggalakkan para pengguna di negara ini membeli barangan buatan Malaysia.

KBBM merupakan sebuah inisiatif yang akan membantu pengusaha tempatan


dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka dan memainkan peranan
penting. Banyak aktiviti yang telah dijalankan oleh KBBM. Namun kaji selidik yang
dijalankan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM)pada tahun 2015 mendapati hanya 40
peratus rakyat Malaysia membeli barangan buatan Malaysia. 60 peratus lagi lebih
cenderung memilih barangan berjenama antarabangsa. Ini menunjukkan jumlah
pembelian barangan tempatan masih rendah meski pun ramai yang tahu tentang
Kempen Beli Barangan Malaysia. Seperti yang dikatakan oleh Dr. Tan Yee Kew, Rakyat
Malaysia seharusnya menyokong produk tempatan berbanding produk luar negara
lebih-lebih lagi ada diantara produk kita lebih baik dari luar. Malah, harga yang
ditawarkan juga jauh lebih rendah dan berpatutan setaraf dengan piawaian
antarabangsa yang telah ditetapkan. (Sumber :
https://www.kpdnhep.gov.my/ms/kepenggunaan/program/kempen-beli-barangan-
malaysia

Seterusnya, hasil kajian yang dijalankan oleh Noor Farhana Binti Md Noor tentang
pembelian produk tempatan dalam kalangan guru-guru di Sekolah Menengah
Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek. Kajian mendapati walaupun pengetahuan mereka
tentang kebaikan dan faedah membeli barangan tempatan ialah tinggi namun terdapat
30% sahaja yang membeli barangan tempatan berbanding import.

Pengkaji telah memfokuskan kajian terhadap membeli barangan tempatan dalam


kalangan guru-guru di SMK Tun Haji Abdul Malek. Kebiasaan pengaruh untuk membeli
barangan tempatan ialah dari segi promosi dan pengiklanan produk tersebut.
021207-11-0710

Merujuk pada Kamus Dewan edisi keempat tempatan membawa maksud berkaitan
dengan tempat tertentu, di tempat itu sendiri. Definisi produk buatan Malaysia ialah bagi
barang tersedia bungkus (pre-packed) ertinya barang yang pada pembalut, beg atau
bekasnya, telah dinyatakan nama dan alamat pekilangnya di Malaysia.

4.2 Rasional Kajian

Rasional kajian ini dibuat ialah masalah pembelian barangan tempatan semakin
menurun kerana pengguna lebih mengutamakan barangan import berbanding barangan
tempatan kerana tidak mempunyai pilihan, terutama untuk barangan dan perkhidmatan
pengguna. Hal ini dikatakan demikian kerana, guru-guru di SMK Tun Haji Abdul Malek
lebih mementingkan kepelbagaian produk kerana ia mempunyai fungsi yang berbeza.
Jika produk buatan Malaysia tidak menjana idea baru maka jumlah pembeli akan
menurun kerana ia akan dianggap sebagai “ketinggalan zaman”. Guru-guru di SMK Tun
Haji Abdul Malek lebih gemar membeli barangan tempatan tetapi sejak akhir-akhir ini
mereka memilih barangan import walaupun taraf hidup mereka sederhana. Hal ini telah
menyebabkan kajian dilakukan di SMK Tun Haji Abdul Malek.

Secara keseluruhan, membeli barangan tempatan amat penting pada era moden ini.
Barangan tempatan bertujuan untuk meningkatkan ekonomi dan pendapatan negara
kita. Dengan pertumbuhan eknomi yang tinggi dan mapan, lama kelamaan taraf
kehidupan rakyat mampu ditingkatkan dan isu berkaitan dengan kos sara hidup dapat
ditangani dengan lebih efektif. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlulah
mengutamakan barangan tempatan berbanding barangan luar negara supaya setiap
ringgit yang dibelanjakan dalam ekonomi akan menjana aktiviti ekonomi yang tinggi,
berlipat ganda melebihi seringgit. Oleh sebab itu, kita haruslah menyokong barangan
buatan tempatan demi kemajuan negara.

8.0 Pengenalan

8.1 Dapatan Kajian


021207-11-0710

Dalam dapatan kajian yang dijalankan ,pengkaji ingin menunjukkan tentang produk
tempatan yang sering menjadi pilihan dalam kalangan guru-guru di SMK Tun Haji Abdul
Malek di kawasan Cheng Melaka.Oleh itu,pengkaji telah mengedarkan link soal selidik
melalui Google Form kepada golongan sasaran iaitu guru-guru di SMKTHAM. Pengkaji
telah mengambil masa selama 12 hari untuk mendapatkan maklumat daripada 30
responden. Ketika pengkaji sedang menjalankan kajian ini, terdapat beberapa cabaran
yang dihadapi olehnya.Sebagai contoh,terdapat beberapa responden yang memberikan
respons dalam memberikan respons yang lewat. Pengkaji mendapati bahawa ada
soalan yang berulang kerana kecuaian. Namun, terdapat beberapa responden yang
telah memberikan kerjasama yang baik dan memberikan pendapat yang bernas ketika
menjawab soalan soal selidik yang diberikan. Pengkaji telah memberikan maklumat
yang jelas kepada responden sebelum memberikan soal selidik tersebut. Namun
terdapat juga segelintir yang kurang mengetahui tentang barangan tempatan. Pengkaji
juga telah memberikan penjelasan kepada responden tentang tujuan kajian ini
dijalankan agar mereka dapat memberikan kerjasama dalam menjalani kajian ini.

8.2 Analisa Demografi

8.2.1 Responden mengikut jantina


021207-11-0710

Jadual 1 : Pemilihan responden mengikut jantina


Jantina Bilangan Respoden Peratus (%)
Lelaki 11 36.7%
Perempuan 19 63.3%
Jumlah 30 100%

Sumber : Kajian Lapangan 2022

JANTINA
Lelaki Perempuan

37%

63%

Gambar rajah 1:Carta pai menunjukkan peratusan responden mengikut jantina


Sumber:Kajian Lapangan 2022

Dapatan kajian menunjukkan seramai 11 orang (36.7%) daripada responden ialah lelaki
manakala 19 orang (63.3%) responden ialah perempuan daripada 30 0rang responden
yang telah disoal selidik. Kebanyakkan responden terdiri daripada guru-guru yang
mengajar di SMK Tun Haji Abdul Malek di kawasan Cheng Melaka.

8.2.2 Responden mengikut kaum

Jadual 2 : Pemilihan responden mengikut kaum


021207-11-0710

Kaum Bilangan Responden Peratus(%)


Melayu 25 83.3%
Cina 1 3.3%
India 4 13.3%
Jumlah 30 100%

Sumber : Kajian Lapangan 2022

KAUM
Melayu Cina India

13%

3%

83%

Gambar rajah 2:Carta pai menunjukkan peratusan responden mengikut kaum


Sumber:Kajian Lapangan 2022

Menurut hasil dapatan kajian terdapat 3 jenis kaum dalam kalangan 30 orang
responden yang telah disoal selidik. Jenis kaum dalam kalangan responden yang dikaji
kebanyakkannya ialah kaum Melayu. Justeru, kaum Melayu merupakan bilangan yang
terbesar dalam kalangan responden iaitu seramai 25 orang (83.3%) . Seterusnya, kaum
India pula seramai 4 orang (13.3%) Selebihnya adalah responden kaum Cina iaitu 1
orang sahaja (3.3%).

8.2.3 Responden mengikut jawatan di sekolah

Jadual 3 : Pemilihan responden mengikut jawatan di sekolah


021207-11-0710

Jawatan Bilangan Responden Peratus (%)


Guru tingkatan 6 19 63.3%
Guru aliran perdana 11 36.7%
Jumlah 30 100%

Sumber : Kajian Lapangan 2022

JAWATAN
guru ting 6 guru aliran perdana

37%

63%

Gambar rajah 3 : Carta pai menunjukkan peratusan responden mengikut jawatan


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan seramai 19 orang (63.3%) dari kalangan


responden adalah guru tingkatan 6. Justeru itu, terdapat seramai 11 orang (36.7%)
adalah guru aliran perdana dari kalangan 30 responden yang telah disoal selidik.
Kebanyakkan responden terdiri daripada guru-guru di SMKTHAM.

8.3 Analisa Dapatan Kajian

8.3.1 Analisa dapatan kajian berdasarkan soalan


021207-11-0710

8.3.1 Objektif : Produk tempatan yang sering menjadi pilihan dalam kalangan guru-guru
di SMKTHAM

8.3.1.1 Soalan 1: Anda lebih gemar membeli perkakasan rumah jenama tempatan
berbanding import.

Jadual 1 : Perkakasan rumah jenama tempatan


Skala likert Kekerapan Peratus (%) Skor min
responden
1 4 13.3%
2 10 33.3% 2.4
3 16 53.3%
Jumlah 30 100%

Sumber : Kajian Lapangan 2022

PERKAKASAN RUMAH JENAMA TEMPATAN


18
16
16

14
Kekerapan Responden

12
10
10 Tidak
Tidak pasti
8 Ya

6
4
4

Skala Likert
021207-11-0710

Berdasarkan rajah kekerapan responden di atas, menunjukkan responden skala likert


3 ialah yang paling ramai iaitu sebanyak 16 orang (53.3%). Ini menunjukkan responden
gemar membeli barang keperluan perkakasan rumah jenama tempatan berbanding
import. Selain itu, responden skala likert 2 seramai 10 orang (33.3%) daripada 30 orang
responden. Ini menunjukkan responden tidak pernah atau pernah membeli perkakasan
rumah jenama tempatan. Selebihnya ialah kekerapan responden paling rendah iaitu
skala likert 1 ialah seramai 4 orang (13.3%). Skor min untuk soalan ini ialah 2.4 hampir
menuju ke setuju. Majoriti responden lebih gemar membeli barang keperluan
perkakasan rumah jenama tempatan berbanding import. Hal ini dikatakan demikian,
perkakasan rumah jenama tempatan lebih tahan lama dan berkualiti. Sumber laman
web rasmi SInar Harian, Sabtu, 30 Julai 2022 yang mengatakan perkakasan rumah
jenama tempatan setanding dengan luar negara. Sebagai contoh, alat mesin urut
Ogawa adalah jenama Malaysia walaupun jenamanya mengambil maksud aliran dalam
bahasa Jepun.
021207-11-0710

8.3.2 OBJEKTIF : Produk tempatan yang sering menjadi pilihan dalam kalangan guru-
guru di SMKTHAM

8.3.2.1 Soalan 2 : Anda lebih gemar membeli barangan kraftangan jenama tempatan berbanding
import.
Jadual 2 : Barangan Kraftangan Jenama Tempatan
Skala likert Kekerapan responden Peratus (%) Skor min
1 3 10%
2 8 26.7% 2.53
3 19 63.3%
Jumlah 30 100%

Sumber : Kajian Lapangan 2022

BARANGAN KRAFTANGAN JENAMA TEMPATAN


20 19

18

16

14
Kekerapan Responden

12
Tidak
10 Tidak Pasti
Ya
8
8

4 3

Skala Likert

Berdasarkan rajah kekerapan responden di atas, menunjukkan responden skala likert


3 ialah yang paling ramai iaitu sebanyak 19 orang (63.3%). Ini menunjukkan responden
021207-11-0710

gemar membeli barang kraftangan jenama tempatan berbanding import. Selain itu,
responden skala likert 2 seramai 8 orang (26.7%) daripada 30 orang responden. Ini
menunjukkan responden tidak pernah atau pernah membeli barangan kraftangan
jenama tempatan. Selebihnya ialah kekerapan responden paling rendah iaitu skala
likert 1 ialah seramai 3 orang (10%). Skor min untuk soalan ini ialah 2.53 hampir
menuju ke setuju. Majoriti responden lebih gemar membeli barangan kraftangan jenama
tempatan berbanding import. Hal ini dikatakan demikian kerana, kraftangan buatan
tempatan kualitinya amat tinggi kerana diperbuat daripada sumber semulajadi. Sumber
laman web rasmi Berita Harian, Disember 13,2015 12.02 a.m yang mengatakan
penghasilan produk karf lebih tertumpu kepada barang kegunaan harian misalnya
bakul, tikar, tudung saji, tembikar dan arca, kini, fungsi dan kegunaannya diperluaskan
merangkumi perabot, perhiasan diri, malah elemen dekorasi.

8.3.3 OBJEKTIF :Produk tempatan yang sering menjadi pilihan dalam kalangan guru-
guru di SMKTHAM
021207-11-0710

8.3.3.1 Soalan 3: Anda lebih gemar membeli pakaian buatan tempatan berbanding import.

Jadual 3: Pakaian Buatan Tempatan


Skala likert Kekerapan responden Peratus (%) Skor min
1 5 16.7%
2 13 43.3% 2.23
3 12 40%
Jumlah 30 100%

Sumber : Kajian Lapangan 2022

PAKAIAN BUATAN TEMPATAN


14
13
12
12

10
Kekerapan Responden

8 Tidak
Tidak Pasti
Ya
6
5

Skala Likert

Berdasarkan rajah kekerapan responden di atas, menunjukkan responden skala likert


2 ialah yang paling ramai iaitu sebanyak 13 orang (43.3%). Ini menunjukkan responden
021207-11-0710

kurang gemar membeli pakaian buatan tempatan berbanding import. Selain itu,
responden skala likert 3 seramai 12 orang (40%) daripada 30 orang responden. Ini
menunjukkan bilangan responden gemar membeli baju buatan tempatan tetapi tidak
ramai. Selebihnya ialah kekerapan responden paling rendah iaitu skala likert 1 ialah
seramai 5 orang (16.7%). Skor min untuk soalan ini ialah 2.23 hampir menuju ke setuju.
Majoriti responden kurang gemar membeli pakaian buatan tempatan berbanding import.
Hal ini dikatakan demikian kerana,pakaian buatan kurang menarik dan kebanyakkannya
tidak mengikut trend semasa. Sumber laman web Coursehero, mengatakan tanggapan
rakyat terhadap pakaian tempatan kurang bermutu dan beranggapan bahawa barangan
import yang mahal adalah lebih bermutu tinggi dan tahan lama.

8.3.4 OBJEKTIF :Produk tempatan yang sering menjadi pilihan dalam kalangan
guru-guru di SMKTHAM
021207-11-0710

Soalan 4: Anda lebih gemar menggunakan atau membeli barangan elektronik jenama tempatan
berbanding import.

Jadual 4 : Barangan Elektronik Jenama Tempatan


Skala likert Kekerapan responden Peratus (%) Skor min
1 12 40%
2 9 30% 1.9
3 9 30%
Jumlah 30 100%

Sumber: Kajian Lapangan 2022

BARANGAN ELEKTRONIK JENAMA TEMPATAN


14

12
12

10
Kekerapan Responden

9 9

8 Tidak
Tidak Pasti
Ya
6

Skala Likert

Berdasarkan rajah kekerapan responden di atas, menunjukkan responden skala likert


1 ialah yang paling ramai iaitu sebanyak 12 orang (40%). Ini menunjukkan responden
tidak menggunakan atau membeli barangan elektronik jenama tempatan berbanding

import. Selain itu, responden skala likert 2 dan 3 mempunyai bilangan yang sama iaitu
seramai 9 orang (30%) daripada 30 orang responden. Ini menunjukkan bilangan
021207-11-0710

responden gemar atau kurang gemar membeli barangan elektronik jenama tempatan.
Skor min untuk soalan ini ialah 1.9 hampir menuju ke tidak pasti. Majoriti responden
tidak gemar membeli barangan elektronik jenama tempatan berbanding import. Hal ini
dikatakan demikian kerana pengguna tidak yakin kerna jenama tempatan tidak popular.
Hakikatnya terdapat banyak syarikat barangan elektronik jenama tempatan yang
menembusi pasaran dunia. Sebagai contoh, Nakada, Primada dan Cuoco. Menurut
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhaf, Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamed
Hani, barangan elektrik dan elektronik tempatan yang telah diperakui SIRIM, setanding
produk jenama terkenal antarabangsa dari segi keselamatan dan kualiti.

8.3.5 OBJEKTIF : :Produk tempatan yang sering menjadi pilihan dalam kalangan guru-
guru di SMKTHAM
021207-11-0710

8.3.5.1 Soalan 5: Anda lebih gemar membeli perabot seperti sofa, meja makan dll yang
berjenama tempatan berbanding import.

Jadual 5: Perabot berjenama tempatan


Skala likert Kekerapan responden Peratus (%) Skor min
1 4 13.3%
2 11 36.7% 2.37
3 15 50%
Jumlah 30 100%

Sumber : Kajian Lapangan 2022

PERABOT BERJENAMA TEMPATAN


16
15

14

12
11
Kekerapan Responden

10
Tidak
8 Tidak Pasti
Ya
6

4
4

Skala Likert

Berdasarkan rajah kekerapan responden di atas, menunjukkan responden skala likert


3 ialah yang paling ramai iaitu sebanyak 15 orang (50%). Ini menunjukkan responden
lebih gemar membeli perabot berjenama tempatan berbanding import. Selain itu,
responden skala likert 2 ialah seramai 11 orang (36.7%). Ini menunjukkan terdapat

responden yang kurang gemar membeli perabot jenama tempatan. Skor min untuk
soalan ini ialah 2.37 hampir menuju ke setuju. Majoriti responden lebih gemar membeli
perabot berjenama tempatan berbanding import. Hal ini dikatakan demikian kerana
021207-11-0710

bilangan kedai perabot di Malaysia amatlah tinggi. Malahan kualitinya setanding dengan
produk. Perabot berjenama tempatan juga sering diiklankan dan dikomersialkan dia
iklan tv. Tambahan pula, ciri-ciri kemewahan dan reka bentuk perabot yang elegan
serta ‘evergreen’ membuatkan status dan kedudukan sofa atau perabut dipandang
tinggi. Sebagai contoh, sofa rekabentuk Chesterfield dipandang tinggi kerana kualiti dan
nilai eksklusifnya, perabot ini menjadi pilihan unutk ditempatkan di istana kediaman
diraja Eropah, ruang legar hotel mewah, pejabat perniagaan yang gah dan terkemuka,
restoran lima bintang serta kediaman bangsawan dan orang-orang kenamaan. Sumber
dipetik dari laman web rasmi Sinar Harian, Sabtu, 30 Julai 2022.

BAHAGIAN C

8.3.6 Objektif : Faktor-faktor guru di SMKTHAM membeli barangan tempatan berbanding


barangan import.
021207-11-0710

8.3.6.1 Soalan 6: Membeli barangan tempatan dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga anda.

Jadual 6: Barangan tempatan menjimatkan perbelanjaan keluarga


Skala likert Kekerapan responden Peratus(%) Skor min
1 10 33.3%
2 16 53.3%
3 1 3.3% 1.9
4 3 10%
5 0 0%
Jumlah 30 100%

Sumber : Kajian Lapangan 2022

BARANGAN TEMPATAN MENJIMATKAN


PERBELANJAAN KELUARGA
18
16
16

14
Kekerapan Responden

12 Sangat Setuju
10 Setuju
10 Tidak Pasti
Tidak Setuju
8 Sangat Tidak Setuju

4 3 3

2
0
0

Skala Likert

Berdasarkan rajah kekerapan responden di atas, menunjukkan responden skala likert


2 ialah yang paling tinggi iaitu sebanyak 16 orang (53.3%). Ini menunjukkan responden
setuju bahawa membeli barangan tempatan dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga
anda. Selain itu, responden skala likert 1 terdapat 10 orang (33.3%) responden
021207-11-0710

daripada 30 orang responden. Di samping itu, skala likert 4 mempunyai 3 orang (10%)
responden. Justeru, skala likert 3 (3.3%) mempunyai 1 orang responden sahaja.
Seterusnya, ia merupakan kekerapan responden paling rendah iaitu skala likert 5 tiada
responden (0%). Skor min untuk soalan ini ialah 1.9 hampir menuju ke setuju. Majoriti
responden setuju bahawa membeli barangan tempatan dapat menjimatkan
perbelanjaan keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana, harga yang ditawarkan lebih
murah berbanding barangan import. Tambahan pula, produk yang dijual amat berkualiti
dan tahan lama. Ia juga dapat membantu masyarakat yang taraf hidupnya rendah.

8.3.7 Objektif : Faktor-faktor guru di SMKTHAM membeli barangan tempatan berbanding


barangan import.

8.3.7.1 Soalan 7: Anda boleh memilih pelbagai variasi produk barangan tempatan jika
dibandingkan dengan produk import.
021207-11-0710

Jadual 7: Variasi produk barangan tempatan


Skala likert Kekerapan responden Peratus (%) Skor min
1 8 26.7%
2 11 36.7%
3 5 16.7% 2.33
4 5 16.7%
5 1 3.3%
Jumlah 30 100%

Sumber : Kajian Lapangan 2022

VARIASI PRODUK BARANGAN TEMPATAN


12
11

10

8
Kekerapan Pengguna

8
Sangat Setuju
Setuju
6 Tidak Pasti
5 5 Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju
4

2
1

Skala LIkert

Berdasarkan rajah kekerapan responden di atas, menunjukkan responden skala likert


2 ialah yang paling tinggi iaitu sebanyak 11 orang (36.7%). Ini menunjukkan responden
setuju bahawa ada pelbagai variasi produk barangan tempatan berbanding import.
Selain itu, responden skala likert 1 terdapat 8 orang (26.7%) responden daripada 30
orang responden. Di samping itu, skala likert 4 dan 5 mempunyai (16.7%) responden.
021207-11-0710

Seterusnya, ia merupakan kekerapan responden paling rendah iaitu skala likert 5 yang
mempunyai 1 orang sahaja (3.3%) responden. Skor min untuk soalan ini ialah 2.33
hampir menuju ke tidak pasti. Majoriti responden setuju bahawa barangan tempatan
mempunyai pelbagai variasi. Hal ini dikatakan demikian kerana,kepelbagaian produk
mempunyai kepelbagaian fungsi . Variasi produk cerminkan kreativiti usahawan
tempatan. Sebagai contoh, Produk Sertwo memberikan pengguna penyelesaian melalui
pembersihan dan perundingan sertu profesional. Produknya yang kompak
memudahkannya untuk dibawa kemana-mana sahaja dan secara tidak langsung
mendidik pengguna muslim kepentingan pembersihan sertu dalam ekosistem halal.

8.3.8 Objektif : Faktor-faktor guru di SMKTHAM membeli barangan tempatan berbanding


barangan import.

8.3.8.1 Soalan 8: Anda lebih mudah mendapatkan produk tempatan berbanding produk import.

Jadual 8: Mudah mendapatkan produk tempatan berbanding produk import.


021207-11-0710

Skala likert Kekerapan responden Peratus (%) Skor min


1 11 36.7%
2 9 30%
3 8 26.7% 2.07
4 1 3.3%
5 1 3.3%
Jadual 30 100%

Sumber : Kajian Lapangan 2022

MUDAH MENDAPATKAN PRODUK TEMPATAN


BERBANDING PRODUK IMPORT
12
11

10
9
8
Kekerapan Responden

8 Sangat Setuju
Setuju
Tidak Pasti
6 Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju

2
1 1

Skala Likert

Berdasarkan rajah kekerapan responden di atas, menunjukkan responden skala likert


1 ialah yang paling tinggi iaitu sebanyak 11 orang (36.7%). Ini menunjukkan responden
setuju bahawa barangan tempatan mudah didapati berbanding produk import. Selain
itu,

responden skala likert 2 terdapat 9 orang (30%) responden daripada 30 orang


responden. Di samping itu, skala likert 3 mempunyai 8 orang (26.7%) responden.
Seterusnya,skala likert 4 dan 5 merupakan kekerapan responden paling rendah yang
mempunyai 1 orang sahaja (3.3%) responden. Skor min untuk soalan ini ialah 2.07
021207-11-0710

hampir menuju ke tidak pasti. Majoriti responden sangat setuju bahawa barangan
tempatan mudah didapati berbanding produk import. Hal ini dikatakan demikian kerana
barangan import memerlukan masa yang lama untuk dihantar ke rumah. Manakala
produk tempatan kita dapat menyentuhnya secara fizikal dan membelinya serta-merta.
Sebagai contoh, pembelian secara atas talian menggunakan aplikasi Shoppe, Lazada
dan dll akan meletakkan harga yang tinggi pada penghantaran jika produk tersebut
dihantar dari luar negara. Masa dan duit terbazir begitu sahaja.

8.3.9 Objektif : Faktor-faktor guru di SMKTHAM membeli barangan tempatan berbanding


barangan import.

8.3.9.1 Soalan 9: Kebanyakkan produk tempatan lebih mesra alam.

Jadual 9: Produk tempatan lebih mesra alam


021207-11-0710

Skala Likert Kekerapan Pengguna Peratus (%) Skor min


1 10 33.3%
2 11 36.7%
3 6 20% 2.07
4 3 10%
5 0 0%
Jumlah 30 100%

Sumber : Kajian Lapangan 2022

PRODUK TEMPATAN LEBIH MESRA ALAM


12
11

10
10
Kekerapan Pengguna

8
Sangat Setuju
Setuju
6
6 Tidak Pasti
Tidak Setuju
Sangat Setuju
4
3

0
0

Skala Likert

Berdasarkan rajah kekerapan responden di atas, menunjukkan responden skala likert


2 ialah yang paling tinggi iaitu sebanyak 11 orang (36.7%). Ini menunjukkan responden
setuju bahawa barangan tempatan lebih mesra alam. Selain itu, responden skala likert
1 terdapat 10 orang (33.3%) responden daripada 30 orang responden. Di samping itu,
skala likert 3 mempunyai 6 orang (20%) responden. Seterusnya,skala likert 4
mempunyai 3 orang (10%) responden. Skor min untuk soalan ini ialah 2.07 hampir
menuju ke tidak pasti. Majoriti responden setuju bahawa barangan tempatan lebih
mesra alam. Hal ini dikatakan demikian kerana, barangan tempatan amat
mementingkan alam sekitar. Ia juga dilabel sebagai produk hijau. Menurut laman web
rasmi propertyguru.com.my mengatakan bahawa terdapat 6 kedai perabot mesra alam
021207-11-0710

di Malaysia. Antaranya ialah, Katta Kayu yang mengeluarkan perabot yang sesuai
untuk kediaman dan dll. Mereka membuat perabot menggunakan 70% kayu buangan
atau disebut sebagai “reclaimed wood” yang diperoleh dari kilang.

8.3.10 Objektif : Faktor-faktor guru di SMKTHAM membeli barangan tempatan berbanding


barangan import.

8.3.10.1 Soalan 10: Perbandingan harga barang dapat dilakukan dengan mudah.

Jadual 10: Perbandingan harga barang dapat dilakukan dengan mudah


021207-11-0710

Skala likert Kekerapan responden Peratus (%) Skor min


1 10 33.3%
2 13 43.3%
3 4 13.3% 2.03
4 2 6.7%
5 1 3.3%
Jumlah 30 100%

Sumber : Kajian Lapangan 2022

PERBANDINGAN HARGA BARANG DAPAT


DILAKUKAN DENGAN MUDAH
14
13

12

10
10
Kekerapan Responden

Sangat Setuju
Setuju
8
Tidak Pasti
Tidak Setuju
6 Sangat Tidak Setuju

4
4

2
2
1

Skala Likert

Berdasarkan rajah kekerapan responden di atas, menunjukkan responden skala likert


2 ialah yang paling tinggi iaitu sebanyak 13 orang (43.3%). Ini menunjukkan responden
setuju bahawaperbandingan harga barang tempatan dapat dilakukan dengan mudah
berbanding barang import. Selain itu, responden skala likert 1 terdapat 10 orang
(33.3%) responden daripada 30 orang responden. Di samping itu, skala likert 3
mempunyai 4 orang (13.3%) responden. Seterusnya,skala likert 4 mempunyai 2 orang
(6.7%). Skala likert 5 merupakan kekerapan responden yang paling rendah iaitu 1
orang (3.3%) responden sahaja. Skor min untuk soalan ini ialah 2.03 hampir menuju ke
setuju. Majoriti responden setuju bahawa perbandingan harga barangan
021207-11-0710

tempatandapat dilakukan dengan mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana kita dapat
menyentuh barangan secara fizikal dan proses membeli belah juga dapat dilakukan
lebuh pantas. Tambahan pula, tawar menawar juga dapat dilakukan kerana barangan
dijual di kedai atau pasaraya. Hal ini dapat menjimatkan perbelanjaan dan mudah
membuat perbandingan harga agar duit tidak dibazirkan begitu sahaja. Hal ini juga
disokong oleh sumber Harian Metro yang mengatakan “Bijak berbelanja banyak
berjimat”.

You might also like