You are on page 1of 18

1.

PENGENALAN
Menurut Buku manual Kajian Tindakan oleh Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) Kajian
Tindakan adalah satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang
dilakukan oleh individu dalam situasi sosial itu sendiri (pengamal/guru/pendidik)
sebagai penyelidik; melaksanakan tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri
yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masingmasing, disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta
situasi di mana amalan itu dilakukan. Ia melibatkan proses membuat refleksi,
merancang, melaksanakan dan memerhati seperti rajah 1 di bawah;

merancang

mereflek

melaksanakan

bergerak ke gelung kedua jika masalah belum dapat diselesaikan


memerhati
merancang

mereflek

melaksanakan

Rajah 1 : Gelungan Kajian Tindakan


Muktahir ini Kajian Tindakan telah dilebarkan konsep dan pelaksanaan dari
hanya berfokus kepada pengajaran
dan pembelajaran, tetapi telah diguna pakai
memerhati
dalam penambahbaikan bidang pengurusan organisasi, hal ehwal murid,
kokurikulum dan lain-lain lagi.
2. REFLEKSI/LATAR BELAKANG KAJIAN
Suasana pembelajaran yang kondusif sangat dituntut dalam menyediakan
sebuah sekolah yang berkesan. Guru kelas kerap mengadu kepada pentadbir
1 | Page

bahawa kerusi dan meja kelas mereka selalu sahaja rosak. Pelajar juga terpaksa
datang awal ke sekolah untuk berebut kerusi dan meja. Manakala bilangan
kerusi dan meja yang dihantar ke tempat pelupusan semakin meningkat. Jika
sesuatu tindakan tidak dilakukan, masalah kekurangan kerusi dan meja akan
menjadi satu krisis di sekolah ini. Semoga dengan adanya Kajian Tindakan ini,
masalah kerosakan kerusi dan meja yang luar biasa ini akan berakhir atau
sekurang-kurangnya akan mengurangkan bilangan kerosakan pada tahun
berikutnya.
Merujuk kepada Tatacara Manual Kerosakan Perabot Kelas yang diterbitkan oleh
Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah hendaklah
memastikan bahawa pelajar tidak menggunakan perabot kelas yang rosak dan
merbahaya, melapor kepada guru atau pentadbir jiks terdapat perabot kelas
yang rosak dan tidak dapat digunakan serta pelajar dilarang memperbaiki
perabot kelas. Manakala kaunselor sekolah hendaklah menanam sikap
bertanggungjawab kepada pelajar, jika menerima laporan kerosakan hendaklah
mengambil tindakan segera dengan melaporkan kepada pihak pengurusan,
meletakkan papan tanda atau label di tempat-tempat yang merbahaya atau tidak
selamat. Semua perabot yang rosak hendaklah dibawa ke tempat yang
disediakan. Setiap laporan dan tindakan hendaklah direkodkan semula.

3. PERMASALAHAN KAJIAN
Setiap tahun bilangan perabot yang rosak di sekolah sentiasa meningkat
terutamanya kerusi dan meja murid. Berdasarkan analisis yang diterima dari
Bahagian Inventori Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Layang, Genting,
sebanyak 300 kerusi dan 180 meja telah rosak dalam tahun 2009, manakala
pada tahun 2008 sebanyak 263 kerusi dan 150 kerusi telah rosak dan
dilupuskan.
Menurut Syaharom Abdullah (1990) terdapat beberapa prosedur semasa memilih
masalah penyelidikan. Pertama, ialah mengenal pasti tajuk yang diminati; kedua,
2 | Page

membentuk pelbagai jenis soalan; ketiga, meninjau sejauh mana tajuk tersebut
boleh diselidiki; keempat, menyatakan kenyataan dan hipotesis supaya pilihan
tajuk boleh dikhususkan kepada satu masalah penyelidikan. Semua aspek
permasalahan kajian terkandung dalam soalan kajian yang akan dapat dijawab
dengan jayanya apabila kajian ini lengkapkan.
4. KEPENTINGAN KAJIAN
Pada dasarnya kepentingan Kajian Tindakan ini adalah untuk mencari sebab
kerosakan kerusi dan meja serta meneliti langkah-langkah yang boleh sekolah
lakukan bagi mengurangkan kerosakan perabot tersebut. Ada pendapat yang
menyatakan bahawa kerosakan kerusi dan meja sekolah disebabkan oleh
tindakan vandalism oleh pelajar sekolah dan ada juga pendapat yang
menyatakan bahawa faktor kualiti kerusi dan meja tersebut yang lebih dominan
dalam menyumbang kepada kerosakan kerusi dan meja tersebut.
Dengan terhasilnya kajian ini adalah diharapkan kelakuan vandalism oleh pelajar
akan dapat dikurangkan. Manakala kualiti kerusi dan meja yang dibekalkan oleh
kerajaan akan dapat ditingkatkan. Kos bagi menggantikan perabot tersebut akan
dapat dikurangkan, beban tugas guru perabot akan dapat dikurangkan dan kelas
akan menjadi lebih kondusif dan seterusnya melahirkan sekolah yang berkesan.
Titik tolak kepada segala faedah ini terhasil melalui langkah-langkah bagi
memanjangkan jangka hayat kerusi dan meja di sekolah.
5. TUJUAN KAJIAN
Memastikan jangka hayat kerusi dan meja di Sekolah Menengah Kebangsaan
Sri Layang boleh dipanjangkan ke tempoh maksima penggunaan.
6. OBJEKTIF KAJIAN
i.
ii.
iii.
iv.

mengenaplasti bilangan kerusi murid yang rosak


mengenalpasti bilangan meja murid yang rosak
mengkaji sebab-sebab belaku kerosakan kerusi dan meja di kelas
mencadangkan tindakan yang sesuai bagi mengurangkan bilangan
kerosakan kerusi dan meja

3 | Page

7. SOALAN KAJIAN
i.
ii.
iii.
iv.

Berapakah bilangan kerusi murid yang rosak?


Berapakah bilangan meja murid yang rosak?
Apakah sebab-sebab belaku kerosakan merusi dan meja di kelas?
Bagaimanakah cara-cara untuk mengurangkan bilangan kerosakan kerusi
dan meja?

8. REKABENTUK KAJIAN
Kumpulan sasaran kajian ialah pelajar-pelajar Tingkatan 2 B seramai 30 orang,
guru perabot dan inventori serta guru kelas. Kajian ini dijalankan selama
sebulan. Teknik mengumpul data melalui temu bual, pemerhatian, analisis
dokumen dan soal selidik.

Langkah-langkah kajian
(i)

Kenalpasti Masalah
Daripada laporan dan pemerhatian adalah didapati bahawa masalah kerosakan
kerusi dan meja di sekolah ini sudah mencapai ke tahap yang serius dan
mungkin sehingga ke tahap krisis. Ini adalah kerana pada awal setiap tahun guru
perabot mengalami masalah menyediakan kerusi dan meja kepada pelajar baru.
Dengan meneliti masalah itu, pihak pentadbir haruslah membuat sesuatu untuk
memanjangkan jangka hayat perabot supaya pengajaran dan pembelajaran
tidak terjejas dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan prestasi
sekolah dapat menyumbang dalam pencapaian matlamat sekolah dengan
cemerlang. Langkah-langkah bagi kerja tersebut bolehlah diringkaskan seperti
rajah 1 di bawah;

4 | Page

Membuat tinj

Meranca

Membuat Refleksi tentang keberkesanan tindaka

5 | Page

Rajah 2 : Langkah-langkah kajian tindakan berkaitan kerosakan kerusi dan meja


(ii)

Membuat tinjauan / kutipan data

a)

Temubual
Penyelidik akan berjumpa dengan Pengetua dan akan menemu bual dengan
beliau tentang masalah kerusi dan meja ini (Lampiran A). Kaedah temubual
yang digunakan dalam pengumpulan maklumat ini adalah jenis temubual
berstruktur. Tujuan utama kaedah ini dipilih kerana soalan-soalan kajian tidak
akan terpesong dan objektif temu bual dapat dicapai secara terkawal. Soalan
akan

diajukan dan jawapan respondan akan dicatat. Penyelidik hanya

menggunakan soalan terbuka untuk menemubual dengan guru perabot. Kaedah


ini digunakan untuk mengumpul maklumat yang tidak terbatas dan pihak ditemu
bual dapat berhujah dengan bebas tanpa terasa tertekan untuk mendapatkan
maklumat, data triangulasi dibuat dengan menemu bual dengan Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid yang mengurus hal perabot secara langsung dan guru-guru
kelas yang berurusan dengan pelajar kelas mereka. Pelaksanaan penyeliaan
pengendalian perabot yang berkesan amat perlu.

Justeru itu, pelbagai jenis

intervensi amat perlu dicadangkan dan dilaksanakan di sekolah ini.


b)

Soalan soal selidik


Soalan soal selidik disediakan dalam 1 set. Aspek yang dikaji adalah mengenai
perspektif pelajar mengenai situasi perabot kerusi dan meja di kelas meraka.
Tujuan ialah membolehkan penyelidik memungut sebanyak mana maklumat
yang dapat bagi memenuhi kehendak fokus kajian. Soal selidik diedarkan di
kelas dan diselia oleh guru kelas. Guru kelas telah diberi taklimat yang lengkap
bagaimana untuk mengendalikan borang soal selidik ini bagi memastikan
maklumbalas yang dapat setepat yang mungkin. (Lampiran B)
Data yang diperoleh akan dianalisis dengan menggunakan program Microsoft
Excel. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan statistik
deskriptif, iaitu min serta peratus. Kekerapan (f), Peratus (%) dan Min bagi Item

6 | Page

Soal Selidik. Kajian ini juga akan membuktikan samada kerosakan kerusi
disebabkan oleh factor vandalism pelajar atau kualiti kerusi meja yang rendah
atau gabungan kedua-dua faktor tersebut.
Tinjauan awal dijangkakan menunjukkan bahawa sekolah kurang mengambil
berat soal pengurusan kerusi dan meja.

c)

Pemerhatian
Tinjauan amat perlu bagi memerhatian bagi mendapatkan maklumat tentang
aspek yang dikaji seperti data kerosakan kerusi dan meja, sebab-sebab
berlakunya kerosakan dan cadangan langkah-langkah mengatasi masalah
tersebut. Catatan menggunakan prinsip Rekod Anekdot. (Lampiran C) Rekod
Anekdot ialah satu huraian terperinci secara bertulis mengenai suatu kejadian
atau peristiwa spesifik dan singifikan (penting) yang berkaitan dengan tingkah
laku seseorang. Peristiwa atau kejadian ini berlaku pada sesuatu situasi yang
tertentu. Berkait dengan kajian ini kelakuan yang diteliti ialah sikap pelajar
terhadap kerusi dan meja, bagaimana mereka merosakkan kerusi dan meja,
berkait dengan sikap vendalisme. Ia dapat menghuraikan dengan tepat apa yang
diperhatikan; mengasingkan kejadian sebenar yang diperhatikan daripada
perasaan dan interpretasi pemerhatian. Catatan dilakukan secara serta merta.
Rekod ini juga dijalankan secara objektif.

d)

Rakaman digital kamera


Penyelidik juga akan merakamkan pelbagai jenis kerosakan kerusi dan meja
sam ada di dalam kelas atau stor simpanan serta di tempat pelupusan sampah.
Maklumat dalam rakaman adalah sangat berguna kerana pemerhatian yang
dibuat adalah lebih terperinci dan rekod yang dibuat boleh dimainkan berulangulang kali tidak terhad kepada masa atau tempat. Ianya juga boleh dijadikan
sebagai bukti kepada pihak yang berkepentingan dalam penyelidikan ini.

7 | Page

(iii)

Analisis data

a)

Kajian fail pengurusan perabot dan inventori sekolah


Dengan menkaji data tersebut kita boleh membuat unjuran bilangan kerusi dan
meja yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri serta unjuran bilangan
kerosakan pada tahun berikutanya.

b)

Temubual dengan GPK HEM


Temubual ini sangat penting kerana penyelidik akan mendapat isi atau perkara
berkaitan kerosakan kerusi dan meja dari GPK HEM secara situasi yang
sebenar. Ini adalah kerana setiap perkara berkaitan perabot akan dilaporkan
kepada beliau. (lampiran D)
Beliau juga turut memberi bimbingan dan mentoring kepada guru-guru kelas
dalam pengendalian kerusi dan meja di sekolah.

c)

Borang Soal Selidik


Instrumen ini mengandungi 6 item yang menyentuh tentang persepsi pelajar
terhadap situasi kerusi dan meja di sekolah yang menggunakan skala Likert 5;
poin iaitu 1 = sangat tidak setuju, 2 = tidak setuju, 3 = kurang setuju, 4 = setuju, 5
= sangat setuju. Borang soal selidik diedarkan kepada seramai 30 orang pelajar
dalam sebuah kelas.
Data-data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Microsoft Excel.
Analisis statistik telah digunakan untuk menerangkan kekerapan serta pengiraan
skor Kekerapan (f), Peratus (%) dan Min bagi Item Soal Selidik bagi
mengenalpasti persepsi pelajar terhadap aspek kerusi dan meja yang pernah
mereka guna di dalam bilik kelas.

9. TINJAUAN KAJIAN
8 | Page

Keseriusan kerosakan kerusi meja telah menyebabkan Bahagian Perancangan


dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menjalankan satu kajian dan dilapurkan dalam Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (2006) Manual

Kajian Tindakan, berkaitan

penggunaan kerusi meja plastik di sekolah pada tahun 2000. Mengikut kajian
tersebut hanya sebuah sekolah rendah iaitu 16.66 peratus murid menyatakan
keadan kerusi meja kurang baik kerana skru meja tidak dipasang dengan baik
dan ada kerusi yang tiada skru. Kajian itu juga menyatakan bahawa meja
hendaklah kukuh dan tidak mudah goyang. Masalah skru meja yang mudah
tercabut merupakan sebab utama kerosakan pada meja hendaklah diatasi.
Berdasarkan dapatan ini aspek yang akan dikaji berkaitan konstruk kualiti kerusi
meja yang dibekalkan oleh pembekal berpusat kepada sekolah.
10. METODOLOGI KAJIAN
Mengikut Azizi Yahya dan rakan-rakan dalam bukunya Menguasai Penyelidikan
Dalam

Pendidikan

menyatakan

metodologi

penyelidikan

penting

dalam

menentukan himpunan data yang diperlukan dalam penyelidikan. Dengan kata


lain, metodologi penyelidikan memberi panduan dalam pelaksanaan serta cara
pelaksanakan penyelidikan tersebut. Caranya adalah dengan menentukan jenis
data yang hendak dikumpul, berapa banyak yang diperlukan, bagaimana data
dipersembahkan dan sebagainya. Kaedah penyelidikan, instrument, sample dan
teknik analisis data perlu dihuraikan.
Dalam kajian ini, penyelidik akan memilih dan meneliti data dari populasi warga
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Layang seperti berikut;
Enrolment Pelajar
Bilangan

9 | Page

Tingkatan

Lelaki

Perempuan

Jumlah

41

44

85

47

45

92

41

48

89

59

65

124

72

71

143

Jumlah

260

273

533

Staf Akademik
Gred Jawatan
DG 52
DG 48
DG 44
DG 41
DC 41
DGA 29
Jumlah

Lelaki
6
6
1
1
14

Bilangan
Perempuan
2
1
3
24
9
2
42

Jumlah
2
1
9
30
10
3
55

Staf Sokongan
Jawatan

Gred

Ketua Pembantu Tadbir


Ketua Penyelia Asrama
Penyelia Asrama
Pembantu Tadbir
Pembantu Makmal
Pembantu Am Rendah
Pembantu Am Rendah
Pemandu
Juruteknik
Juruteknik

N26
N22
N17
N17
C17
N4
N1
R3
J17
FT17

Jumlah

Lelaki
1
1
1
1
3
2
1
1

11

Bilangan
Perempuan
1
1
3
3
-

Jumlah
1
1
1
4
4
1
3
2
1
1

19

Sampel yang akan digunakan ialah sebuah kelas tingkatan 2 seramai 30 orang
dari 92 keseluruhan Tingkatan 2, walaupun mengikut Krejcie dan Morgan (1970)
jika saiz populasi seramai 500 bilangan yang syorkan mestilah 217 sampel.
Subjek yang penyelidik kaji berupa terdiri dari 15 sampel lelaki dan 15 sample
perempuan. Pemilihan sample adalah berasaskan Persampelan Rawak Mudah.
Penyelidik akan menggunakan Kaedah Penyelidikan Deskriptif. Mengikut Mohd.
Majid (1990) keadah ini merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk
menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku iaitu Kerosakan Kerusi
Dan Meja di sekolah dengan mengkaji sebab kerosakan tersebut melalui
pendekanan Kajian Kes secara intensif. Kajian ini penting bagi memahami
10 | P a g e

bagaimanakan fenomena tersebut boleh berlaku dan mencadangkan langkahlangkah penyelesaiannya. Bagi melengkapkan data kajian tindakan ini pengkaji
juga akan menggunakan Kaedah Analisis Dokumen, data kerosakan kerusi dan
meja dari fail Unit Perabot dan Inventori sekolah.

11. DAPATAN KAJIAN tidak perlu dibuat


12. PERBINCANGAN KAJIAN tidak perlu dibuat
13. KESIMPULAN tidak perlu dibuat

14. BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Abd. Rahman.(2007) Merancang Kemajuan Sekolah (Terjemahan)


Institut Terjemahan Negara Malaysia berhad. Kuala Lumpur
11 | P a g e

Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim
Hamdan.(2007) Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. PTS:
Kuala Lumpur
Ali Puteh.(2008) Kajian Tindakan Di Sekolah.Pure Honey Enterprise: Jitra
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.(2006) Manual
Kajian Tindakan. Kementerian Pelajaran Malaysia: Kuala Lumpur
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Sekolah(2005) Konsep Dan Manual
Sekolah Selamat. Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya
Mohd Majid Konting.(1990) Kaedah Penyelidikan Pendidikan. DBP: Kuala
Lumpur
Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. (2006) Ringkasan Eksekutif Kajian-Kajian Bahagian
Perancangan Dan dasar Pendidikan 2000 hingga 2004. Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Syaharom Abdullah.(1990) Panduan Amali Untuk Penyelidikan Pendidikan. DBP:
Kuala Lumpur

15. LAMPIRAN
Lampiran A
Soalan temubual tentang kerosakan kerusi dan meja di kelas
Sila berikan pendapat anda dalam isu-isu berikut;
12 | P a g e

1..Apakah punca-punca utama kerosakan kerusi meja di kelas terjadi?


2..Menurut pemerhatian guru, bilakah masa utama terjadinya masalah kerosakan
kerusi meja?
3.Bagaimana kerosakan kerusi dan meja di kelas boleh terjadi?
4.Di blok mana sering terjadi masalah kerosakan kerusi dan meja ?
5.Apakah masalah-masalah lain yang timbul akibat kerosakan meja dan kerusi di
kelas?
6.Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak pentadbiran sekolah dalam
mengatasi masalah kerosakan kerusi meja?
7.Bagaimana usaha-usaha guru sendiri dalam mengurangkan masalah kerosakan
meja dan kerusi?
8.Adakah tindakan yang telah diambil oleh pihak sekolah memberikan kesan
terhadap pengurangan kadar kerosakan kerusi dan meja di kelas?
9.Apakah tindakan yang dikenakan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan
merosakkan kerusi dan meja di kelas?
10.Bagaimana respon ibubapa bila anak mereka yang bersalah diambil tindakan
oleh pihak sekolah?

Lampiran B
BORANG SOAL SELIDIK

Bahagian A
13 | P a g e

Maklumat Demografi
Sila tandakan ( X ) dalam kotak yang berkenaan atau tandakan pada ruang yang
disediakan.
1. Jantina:
2. Tingkatan:

Lelaki
Perempuan
1
2
3
4
5

3. Jenis kerusi yang dipakai:

Kayu
Plastik

4. Bilangan kerusi yang telah digunakan dalam tahun ini:

buah.

5. Guru yang manakah paling mengambil berat tentang kerosakan kerusi/meja?


(sila tanda 1 sahaja)
a. Guru kelas
b. Guru perabot
c. Guru bertugas mingguan

Bahagian B
Sila berikan respon terhadap pernyataan-pernyataan di bawah dengan
menggunakan skala yang dinyatakan.
Bil

FAKTOR KEROSAKAN KERUSI DAN MEJA


Gunakan skala seperti berikut bagi penyataan 1 hingga 5
1. Sangat tidak setuju
2. Tidak setuju
3. Tidak pasti
4. Setuju
5. Sangat setuju
Kualiti kerusi dan meja yang diterima teguh dan
1
1
2 3
tahan
2 Pelajar selalu merosakan kerusi dan meja
1
2 3
Kerusi dan meja rosak disebabkan oleh vandalisme
3
1
2 3
pelajar

14 | P a g e

Kerusi dan meja rosak disebabkan kualiti kerusi itu

sendiri
Pelajar menggunakan kerusi dan meja dengan cara

ganas
Skru kerusi dan meja mudah tercabut
Jangka hayat kerusi dan meja menjangku sehingga

6
7

enam bulan.
Kerusi dan meja di kelas anda kerap mengalami

kerosakan
Anda kerap melihat rakan anda menggunakan

kerusi dengan cara yang salah.(kaki dua)


Kerusi dan meja yang diterima pada awal sesi

10

persekolahan adalah dalam keadaan memuaskan

Bahagian C

Bil

1
2
3
4
5
6

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KEROSAKAN KERUSI DAN


MEJA
Gunakan skala seperti berikut bagi penyataan 1 hingga 5
1. Sangat tidak setuju
2. Tidak setuju
3. Tidak pasti
4. Setuju
5. Sangat setuju
Peranan menjaga keselamatan kerusi meja terletak
1
2
dalam jagaan GPK HEM
Peranan menjaga keselamatan kerusi meja terletak
1
2
dalam jagaan Guru Kelas
Guru kelas pernah memberi taklimat tentang
1
2
penjagaan kerusi dan meja di kelas
Pelajar seharusnya mempunyai sikap yang positif
1
2
dalam menjaga kerusi dan meja
Pelajar yang melakukan kerosakan telah dikenakan
1
2
hukuman
Hukuman yang dilaksanakan telah mengurangkan
1
2
kadar kerosakan kerusi dan meja.

15 | P a g e

7
8
9
10

Pemeriksaan berkala oleh guru perabut telah


mengurangkan kerosakan kerusi dan meja.
Meminta murid membayar ganti rugi boleh
mengurangkan kadar kerosakan kerusi dan meja
Sebarang laporan kerosakan diambil tindakan yang
segera oleh guru.
Rekod inventori pada kerusi dan meja
mengurangkan kadar kerosakan kerusi dan meja.

LAMPIRAN C
16 | P a g e

LAPORAN REKOD ANEKDOT

NAMA :..

TINGKATAN:.

TEMPAT :.

TARIKH:.

PEMERHATI:..

MASA:

INSIDEN;

..

INTERPRETASI;

TANDATANGAN PEMERHATI:.

17 | P a g e

18 | P a g e

You might also like