You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG JALAN COLLEGE,

93200 KUCHING, SARAWAK

Nama : FAEZAHTUL ZANARIAH BINTI ROSLEE


Angka giliran : 2022042380009
No. Kad Pengenalan : 860606-52-6518
Kumpulan/Unit : PDP KDC OKT 2022 / PAKK
Kod dan Nama Kursus : PAKK2372D / KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Nama Pensyarah : DR KAMALAWATI BINTI DOLHAN
Tarikh Hantar : 28 NOVEMBER 2023

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:
TAJUK
Tugasan 3 : Penulisan (Individu) [40%]
Ali adalah seorang murid berkeperluan khas. Dia berumur 5 tahun dan bersekolah di sebuah
taska di Kota Kinabalu. Dia sering menunjukkan perlakuan yang berulang-ulang, tidak suka
bersosial dan sukar berkomunikasi dengan kawan-kawannya. Selain daripada itu, ali sering
menangis sambal menutup telinganya semasa mendengar bunyi bising di dalam kelasnya.
Berdasarkan pernyataan di atas, anda sebagai guru tadika perlu membuat analisis tentang
kategori masalah berkeperluan khas yang dihadapi oleh Ali dan intervensi awal serta sokongan
khidmat yang perlu diberikan kepada Ali. Penulisan anda perlu mengandungi:
i. Jenis kategori berkeperluan khas yang dihadapi oleh Ali.
ii. Intervensi awal dan sokongan khidmat yang perlu diberikan kepada Ali berdasarkan ciri-
ciri berkeperluan khas yang dihadapi oleh Ali.

- Panjang penulisan ialah 800 patah perkataan


- Bilangan muka surat tidak melebihi 5 termasuk gambar, gambar rajah dan jadual (tidak
termasuk Lampiran).
- Penulisan hendaklah menunjukkan kemahiran membuat rujukan dengan gaya APA (Edisi
ke-7) dengan jelas, tepat dan betul.

i
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 KATEGORI AUTISME 1

3.0 INTERVENSI AWAL DAN SOKONGAN KHIDMAT - AUTISME 3

4.0 KESIMPULAN 4

5.0 RUJUKAN iii

ii
1.0 PENGENALAN
Melalui teks yang diberi, ciri-ciri dari segi perlakuan dan tingkah laku Ali jelas

menunjukkan Ali menghidapi penyakit Autisme. Istilah ‘autisme’ berasal daripada perkataan
‘autos’ bermaksud ‘diri sendiri’. Manakala, ‘-isme’ bermaksud satu aliran. Autisme merujuk
kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Ia memberi kesan kepada tiga
komponen iaitu sosial, komunikasi dan tingkah laku.
Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan
pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6
kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding
perempuan dari "Autism Society of
America": http://www.autism-society.org/site/PageServer Diarkibkan 2004-02-20 di Wayback
Machine . Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih. Pada masa kini, autisme
boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. Walaupun terdapat organisasi bergelar
Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now". Diagnosis dan latihan awal amat
penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.

2.0 KATEGORI AUTISME

Berpandukan kes Ali, dalam perkembangannya autism yang dihidapi oleh Ali
terbahagi kepada beberapa jenis. Perbezaan gejala yang menandainya kemudian
menjadi dasar pengelompokan autism. Autism dibahagi kepada empat peringkat iaitu
Sindrom Asperger, Autistic Disorder, Childhood Disintegrative Disorder dan Pervasive
Developmental Disorder (Not Otherwise Specified).

1. Autistic Disorder
Kecelaruan autistic adalah kecelaruan autism yang teruk. Simptom awal yang boleh
dilihat adalah seperti kesukaran dalam interaksi social, masalah komunikasi, kelakuan yang
berulang-ulang, meragam dan gangguan sewaktu makan dan tidur. Kanak-kanak yang
menghidap kecelaruan spectrum autism yang teruk atau paras 3 kecelaruan spectrum ini lebih
memilih untuk bermain seorang diri dan sukar untuk berinteraksi dengan kawan-kawan yang
lain. Golongan ini memerlukan sokongan yang tinggi daripada ibu bapa dan penjaga.
Meskipun begitu, anak dengan kecenderungan gejala ini bukan bererti tidak memiliki
keistimewaan. Kebanyakan mereka memiliki kecekapan dalam bidang seni, berhitung dan
mempunyai memori yang lebih tajam jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal.

1
2. Asperger Syndrom
Pada dasarnya anak dengan Asperger sindrom tetap mampu berinteraksi dengan
orang lain. Malah mereka mampu memahami hal-hal yang terjadi di sekitarnya dan memiliki
empati. Hanya respon yang diberikan seperti ekspresi saat berkomunikasi memang cukup
minima. Ketertarikan yang diperlihatkan hanya jika tentang dirinya atau hal yang dianggap
menarik.
Kebanyakan dari mereka sebenarnya tidak memiliki masalah keterlambatan Bahasa.
Bahkan dalam beberapa keadaan, kanak-kanak ini memiliki kemampuan Bahasa yang sangat
baik meskipun terbatas pada bidang yang mereka sukai.
3. Childhood Disintegrative Disorder

Childhood Disintegrative Disorder atau biasa disebut dengan sindrom Heller,


ditandai dengan adanya keterlambatan perkembangan motor, bahasa dan fungsi sosial.
Kanak-kanak yang menghidap autisme jenis ini membesar dengan normal untuk
beberapa tahun diawal usianya. Selepas itu berlaku kemerosotan yang ketara terhadap
kemahiran-kemahiran berikut:

 Komunikasi dan Bahasa;


 Kemahiran social, penjagaan diri atau bermain
 Kemahiran motor, kawalan pembuangan air kecil dan besar

Kecelaruan disintegrative kanak-kanak ini dikelaskan dalam spectrum autism yang teruk.

4. Pervasive Developmental Disorder (Not Otherwise Specified)

Kecelaruan perkembangan pervasive-tidak dinyatakan sebaliknya atau dalam


Bahasa Inggerisnya “pervasive developmental disorder not otherwise specified” (PDD-
NOS) adalah kecelaruan perkembangan yang sepertinya tidak menepati kriteria autism,
sindrom Asperger, sindrom Rett atau kecelaruan disintegrative kanak-kanak.

Tanda atau symptom PDD-NOS ini antaranya:

 Perkembangan skil yang tidak sekata


 Perkembangan pertuturan dan Bahasa yang lemahkelakuan social yang kurang
 Sukar menerima perubahan
 Tindak balas yang luar biasa terhadap rasa, bunyi, bau, sentuhan dan pandangan
 Kelakuan yang berulang-ulang
 Minat yang sangat terhad dan tertumpu

2
3.0 INTERVENSI AWAL DAN SOKONGAN KHIDMAT-AUTISME

Intervensi awal ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan


sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam
perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan
menghalang pembelajaran. Perkhidmatan atau program intervensi awal yang disediakan
adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas
dalam lima bidang perkembangan, iaitu perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi,
sosial dan emosi dan adaptasi (Sandler, Brazdziunas, Cooley & De Pijem 2001) melalui
pelbagai terapi atau perkhidmatan, seperti terapi cara kerja, terapi fisio, terapi pertuturan
dan khidmat sokongan untuk keluarga (Addison 2003).

Program intervensi awal di Malaysia disediakan kepada kanak-kanak yang


berkeperluan khas yang berumur dari 0 hingga 6 tahun. Di bawah Kementerian
Pelajaran Malaysia, kanak-kanak yang berkeperluan khas merujuk kepada tiga kategori,
iaitu kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan
pembelajaran. Kanak-kanak autistik merupakan salah satu golongan daripada kategori
bermasalah pembelajaran.

Namun harus diakui bahawa negara kita masih jauh ketinggalan jika hendak
dibandingkan dengan negara-negara maju dalam menyediakan pusat-pusat khusus bagi
menawarkan perkhidmatan intervensi awal autisme ini. Di puhak kerajaan, hanya
hospital-hospital dan di sekolah-sekolah yang mempunyai sayap Pendidikan Khas
sahaja yang menyediakan perkhidmatan intervensi awal secara percuma seperti terapi
pertuturan, terapi cara kerja, kaunseling dan sebagainya. Sementara perkhidmatan yang
ditawarkan oleh pihak swasta kosnya yang agak tinggi serta membebankan pihak-pihak
yang kurang berkemampuan.

Empat tujuan utama intervensi awal dilakukan adalah:

1. Membekalkan sokongan kepada keluarga supaya dapat membantu anak-anak


berkeperluan khas mereka.
2. Meningkatkan perkembangan anak-anak dari segi komunikasi dan mobility.
3. Meningkatkan keyakinan kanak-kanak.
4. Mengelakkan atau meminimakan berlakunya masalah di masa akan datang.

3
4.0 KESIMPULAN

Intervensi awal amat penting bagi perkembangan positif kanak-kanak autisme.


Kerjasama antara mereka yang berkepakaran dengan kesedaran ibu bapa dapat
memaksimumkan potensi kanak-kanak autisme serta meminimakan ketidakupayaan
mereka. Jangan abaikan keperluan anak-anak istimewa kita, berfikiran positif dan
segerakan tindakan supaya peluang untuk mereka mendapatkan pendidikan yang
sempurna terjamin.

Gambar 1: Pita Kesedaran Autisme

4
5
5.0 RUJUKAN

https://www.autismmalaysia.com/autismathome/lessons/apa-itu-autisme/?lang=ms

https://www.scribd.com/doc/76388080/Kategori-Kanak-kanak-Autisme

https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2019/04/03/jenis-jenis-autisme

III

You might also like