You are on page 1of 2

Hari Kesedaran Autism Sedunia disambut setiap tahun pada 2 April untuk meningkatkan kesedaran

orang ramai tentang autism.

Autism atau Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan gangguan perkembangan saraf yang
mempengaruhi kemampuan seorang kanak-kanak di dalam interaksi sosial, tingkah laku dan cara
berkomunikasi. Kajian mendapati 1 daripada 160 kanak-kanak sedunia menghidapi autism. Tidak ada
punca tunggal yang diketahui untuk gangguan spektrum autism, tetapi secara amnya diterima
bahawa ia disebabkan oleh keabnormalan struktur otak atau fungsi. Imbasan otak menunjukkan
perbezaan dalam bentuk dan struktur otak pada kanak-kanak dengan autism berbanding dengan
kanak-kanak neurotipikal. Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “
Pervasive Developmental Disorders.“ dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah ‘Asperger’s
Syndrome’ di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal. Sebab-sebab
Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan
kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism.

Berikut adalah perkara yang perlu anda tahu tentang autism sempena Hari Autism Sedunia hari ini;

1. Tidak menunjukkan respon : Kanak-kanak autistik kebanyakannya tidak akan menunjukkan respon
semasa berinteraksi dengan orang lain. Mereka lebih gemar mengasingkan diri seolah-olah berada
dalam dunianya sendiri.

2. Perkembangan bahasa berbeza : Perkembangan bahasa kanak-kanak autism adalah berbeza bagi
setiap individu. Antara masalah perkembangan bahasa adalah mereka tidak boleh bertutur dan hanya
mengeluarkan bunyi. Manakala, masalah perkembangan bahasa bagi yang boleh bertutur adalah
perkataan yang dikatakan tidak mempunyai makna dan sukar untuk difahami.

3. Tiada keupayaan untuk tumpu perhatian : Kanak-kanak autism kebanyakannya tidak tahu
bagaimana untuk memulakan perbualan atau memberi respon. Ini kerana mereka tiada keupayaan
untuk menumpukan perhatian.

4. Lambat dikesan oleh keluarga terdekat : Ramai kanak-kanak yang menghidap autism lambat
dikesan oleh keluarga terdekat seperti ibu bapa atau penjaga. Biasanya, penghidap autism boleh
dikenal pasti seawal usia dua atau tiga tahun. Jika anak-anak anda menunjukkan tanda-tanda ini,
segera dapatkan rawatan pakar.

5. Bantuan dan rundingan : Jika anak-anak anda menunjukkan ciri-ciri ini, anda boleh mendapatkan
bantuan dan rundingan dari kumpulan sokongan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia .

6. Tips untuk berkomunikasi : Antara tip untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak autistik adalah
memberi arahan mudah dan jelas kepada mereka. Selain itu, kanak-kanak autistik gemar untuk
melakukan aktiviti secara berulang. Maka, lakukan aktiviti harian anak-anak autism berdasarkan rutin
yang dijadualkan.

7. Berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Kebajikan Masyarakat: Kanak-kanak autistik
di Malaysia perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran untuk
mendapatkan keperluan pendidikan. Mereka juga perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat untuk mendapatkan pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU).
Komplikasi

Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-
masing.

Peringkat awal kanak-kanak – Hiperaktif, panas baran

Peringkat akhir kanak-kanak – suka menyerang, mencederakan diri sendiri

Peringkat remaja dan dewasa – kemurungan dan epilepsi

Beberapa orang yang pakar dalam bidang ini diperlukan untuk :

Membaiki kemahiran sosial, Menggalakkan lebih ramai masyarakat mengenal pasti kelakuan mereka,
Menambah baikkan komunikasi verbal dan non verbal, Membantu keluarga mengendalikan masalah
ini dengan jayanya.

Tiada ubat yang dapat menyembuhkan autism tetapi ada beberapa jenis ubat yang dapat mengawal
gejala-gejala yang timbul disebabkan autism seperti:

Kelakuan ganas, Hiperaktif, Kebimbangan yang mungkin timbul

Rehabilitasi

Beberapa pencegahan termasuk :

Terapi pertuturan dan bahasa

Untuk memperbaiki komunikasi di kalangan kanak-kanak

Cara pulih kerja ( occupational therapy )

Untuk menambahbaikkan kemahiran kemasyarakatan seperti : eye contact, Pemerhatian dan


tumpuan serta membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti harian.

Berbagai rangsangan pancaindera / deria

Pencegahan tingkah laku ( behaviour intervention )

Untuk menurunkan panas baran dan tingkah laku yang ganas

Pendidikan khas

kanak-kanak autistic perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran supaya
keperluan pendidikan mereka dapat diberi. Borang pendaftaran boleh diperoleh di Jabatan
Pendidikan atau di sekolah. Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan yang dapat memberikan
pendidikan kepada kanak-kanak autism seperti National Autistic Society of Malaysia ( NASOM )

Pendaftaran Kurang upaya ( Disability registration )

Kanak-kanak Autism boleh berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mendapatkan
borang-borang di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.

Hari Kesedaran Autism Sedunia ini diraikan dengan memberi perhatian kepada pesakit autism serta
pendedahan kepada orang ramai mengenai rintangan yang mereka menghadapi setiap hari di
samping mengiktiraf kebolehan dan kemampuan mereka.

You might also like