You are on page 1of 5

TAJUK: AUTISME

NAMA:

NUR FARHANAH BINTI MOHAMAD

(21160124)

KOD & SUBJEK:

KDC 2293

ISU SOSIAL KONTEMPORARI

PENSYARAH:

PUAN NURUL HAFIZA BINTI MAT DAUD


PENGENALAN

Istilah ‘autisme’ berasal daripada perkataan ‘autos’ bermaksud ‘diri sendiri’.


Manakala, ‘-isme’ bermaksud satu aliran, jadi autisme merujuk kepada seseorang yang hidup
dalam dunianya sendiri. Autisme itu sendiri adalah gangguan perkembangan neurologikal
sepanjang hayat. Ini bermakna autisme memberi kesan kepada perkembangan otak dan
mempengaruhi keupayaan anak untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar
seperti anak biasa. Otak penghidap autisme berfungsi secara berbeza dalam memproses
maklumat daripada persekitaran dan autisme ini juga tidak mempunyai ciri-ciri fizikal yang
ketara menyebabkan penyakit ini tidak dapat dikenal pasti hanya dari luaran.

Autisme juga dikategorikan sebagai satu penyakit psikiatri oleh Diagnostic & Stastical
Manual of Mental Disorders (DSM – 5) yang turut dikenali sebagai Autism Spectrum
Disorder (ASD). Autisme boleh dikesan pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak
iaitu di antara usia 12 bulan sehingga 3 tahun. Ia boleh berlaku pada semua etnik, bangsa
mahupun latar belakang ekonomi. Walau bagaimanapun, kanak-kanak lelaki lebih berpotensi
mengalaminya sebanyak 4 kali berbanding kanak-kanak perempuan.

Setiap individu autistik mempunyai tahap kondisi dan spektrum autisme yang berbeza-
beza antara satu sama lain. Justeru itu, terdapat perbezaan yang nyata dalam aspek intelektual,
kognitif, emosi, sosial dan tingkah laku penghidap autisme.

PUNCA

Terdapat beberapa punca-punca yang boleh menyebabkan autisme yang dapat


diketahui walaupun dahulunya, menjadi misteri bagaimana boleh berlakunya autisme. Antara
puncanya:

1. Faktor Neurobiologist

Gangguan neurologist pada susunan saraf pusat (otak). Biasanya, gangguan ini terjadi
dalam tiga bulan pertama masa kehamilan, apabila pertumbuhan sel-sel otak di beberapa
tempat tidak sempurna.

2. Faktor Genetik
Banyak manusia mengalami mutasi genetik yang boleh terjadi oleh kerana cara hidup
yang lebih modern (penggunaan zat kimia sehari-hari dan faktor udara yang terpolusi).
Beberapa faktor yang juga terkait adalah usia ibu ketika hamil, usia suami ketika isteri hamil
serta masalah yang terjadi ketika proses kehamilan.

3. Masalah Yang Berlaku Ketika Kehamilan

Risiko autisme berhubungan dengan masalah-masalah yang berlaku pada masa 8 minggu
pertama kehamilan. Ibu yang mengkonsumsi alkohol, terkena virus rubella, menderita
jangkitan yang parah dan mengambil ubat-ubatan terlarang. Ini juga termasuk masalah yang
berlaku ketika kelahiran, proses kelahiran yang sukar menyebabkan bayi kekurangan oksigen
dan juga bayi yang lahir dalam keadaan pra-matang.

4. Keracunan kimia

Situasi yang sering dijumpai ketika anak berada dalam kandungan. Keracunan kimia
seperti merkuri, cadmium, spasma infetile dan banyak lagi. ini diperoleh hanya dari sekeliling
seperti petisida (racun serangga), udara kotor dan cat bangunan yang dapat menjejaskan
kesihatan janin.

KESAN

Kesan dari autisme boleh muncul dalam beberapa aspek, seperti kesan dari segi:

1. Komunikasi Dan Sosial

Kesukaran berkomunikasi dan bersosial, tidak menunjukkan minat untuk berkawan


dan bermain dengan kanak-kanak lain, kurang memahami bagaimana cara untuk
berkomunikasi dengan orang lain, cenderung bermain sendiri dan kurang respon apabila
dipanggil.

2. Tingkah Laku

Mempamerkan tingkah laku yang agresif dan hiperaktif, sulit mengendalikan emosi,
tingkah laku dan percakapan yang berulang-ulang, tantrum yang keterlaluan tanpa sebab, tidak
menunjukkan kontak mata, mempunyai minat yang terhad dan sukar menerima perubahan
rutin.
3. Sensori

Terdapat 7 jenis sensori iaitu penglihatan, pendengaran, hidu, sentuhan, rasa, vestibular
dan proprioceptive, mereka mengalami masalah memproses rangsangan sensori, masalah
sensori akan dirasakan terlalu sensitif (over-sensitive) atau terlalu kurang (under-sensitive)
dan masalah ini boleh menyebabkan terhasilnya tingkah laku agresif.

PENDEKATAN RAWATAN

Walaupun autisme boleh menjadi gangguan sepanjang hayat, namun dengan diagnosis
awal serta rawatan perubatan dan pemulihan dengan segera mampu memperbaiki gejala dan
keupayaan penghidapnya untuk berfungsi secara lebih optimum dalam kehidupan seharian.
Pada peringkat awal simptom yang dapat dilihat, ibu bapa atau penjaga boleh membawa
penghidap autisme untuk dirujuk ke mana-mana klinik atau hospital yang kemudiannya akan
dirujuk kepada pakar-pakar tertentu.

Terapi yang banyak digunakan untuk merawat autisme adalah Terapi Carakerja:
Terapi Carakerja merupakan bidang pemulihan yang telah dibuktikan antara yang paling
berkesan merawat autisme di mana bagi tempoh jangka masa panjang, ia membantu
meningkatkan harga diri dan keyakinan penghidapnya seterusnya memperbaiki kemahiran
sosial dan pembelajaran mereka.

Rawatan Integrasi Sensori atau lebih dikenali sebagai Sensory Integration (SI)
biasanya dijalankan bagi kanak-kanak yang mengalami masalah sensori dalam pelbagai
kaedah yang menyeronokkan dengan mengaplikasikan rangsangan deria dan penggunaan alat
permainan yang digemari mereka. Antara contoh rawatan SI ialah aktiviti melompat atas
trampolin, bermain jongkang-jongkit dan buaian untuk merangsang deria keseimbangan,
memakai baju pemberat, aktiviti berkebun, terapi berkuda, berdiri atas satu kaki untuk
merangsang deria kedudukan sendi dan banyak lagi.

KESIMPULAN

Secara faktanya autisme bukanlah penyakit tetapi keistimewaan yang diberikan kepada
manusia yang terpilih. Ini kerana, ramai individu autistik yang mempunyai bakat yang luar
biasa dan lebih baik dari manusia normal. Dari keistimewaan itu mengajarkan masyarakat
untuk tidak memandang remeh dengan individu autistik. Ibu bapa atau penjaga juga haruslah
memainkan peranan yang baik dalam memastikan hak penghidap autisme berada dalam
keadaan yang seharusnya dan Autisme bukanlah satu alasan untuk tidak membolekan mereka
bersosial dengan masyarakat.

You might also like