You are on page 1of 8

PERSATUAN KANAK-KANAK SPASTIK SELANGOR

DAN WILAYAH PERSEKUTUAN


DEFINISI KANAK-KANAK SPASTIK
Kanak-kanak yang mengalami palsi sereblum atau dalam erti kata mudah, kerosakan otak
yang boleh menjejaskan pengawalan otot.
Mempunyai masalah pergerakan yang mengakibatkan gaya berjalan menjadi kekok dan
tidak seimbang.
Sering juga mengalami masalah ketegangan otot, kerencatan akal, kecacatan penglihatan
dan pendengaran (bergantung kepada tahap dan bahagian kerosakan otak)
Terdapat 3 bentuk Cerebral Palsy(CP), spastic, athetosis dan ataxia. Spastic merujuk
pada kerosakan pada bahagian Cerebral Cortex, athetosis pula kerosakkan pada bahagian
Basal Ganglia yang mengawal pergerakkan agar lebih teratur, tersusun dan tepat. Ataxia
pula kerosakkan pada bahagian sereblum yang mengawal keseimbangan badan, postur
koordinasi pergerakkan.

PUNCA-PUNCA WUJUDNYA KANAK-KANAK SPASTIK


1. Semasa dalam kandungan

Pendedahan kepada bahan-bahan toksik seperti minuman keras, tabiat merokok dan
penyalahgunaan dadah. Bahan-bahan kimia yang terkandung dalam kesemua elemen itu
boleh merencatkan pertumbuhan organ-organ penting janin seperti otak, buah pinggang,
jantung dan sebagainya.

Kekurangan zat pemakanan. Ibu yang kurang mengambil makanan yang seimbang seperti
asid folik dan vitamin boleh menjejaskan pertumbuhan janin.

Faktor genetik. Masalah terlebih kromosom Trisomi 13 dan Trisomi 18 boleh


mengakibatkan muka, jantung, otak, kaki dan tangan janin mengalami kecacatan.

Ibu-ibu yang menghidap penyakit-penyakit yang serius seperti diabetes, jantung, buah
pinggang, tiroid dan epilepsi.

Kehamilan kembar

Bayi yang songsang

2. Semasa kelahiran

Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan (premature). Bayi yang dilahirkan tidak cukup
bulan mempunyai risiko mendapat CP yang cukup tinggi berbanding bayi yang normal.

Bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang kurang daripada 2.5 kilogram.
Dianggarkan risiko bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang kurang daripada 1.5
kilogram mendapat CP ialah antara lima hingga lapan peratus.

Malah, bayi-bayi ini juga mempunyai risiko 25 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat
CP berbanding bayi yang dilahirkan normal.

Bayi yang lemas dan tertelan najis semasa dalam kandungan (meconium aspiration).

Penyakit kuning (jaundis). Ia berpunca daripada kekurangan G6PD, masalah rhesus darah
yang tidak sesuai antara ibu dan bayi dan kelahiran tidak cukup bulan.

Kandungan billirubin yang tinggi boleh merosakkan otak.

3. Selepas dilahirkan

Asphyxia. Masalah kesukaran bernafas seperti penyakit asma menyebabkan oksigen tidak
sampai ke otak.

Shaken Baby Syndrome. Bayi yang digoncang dengan kuat supaya berhenti menangis
boleh menggegarkan bahagian otak.

Keracunan ubat-ubatan seperti panadol, minyak tanah dan sebagainya.

Tertelan benda asing.

Kemalangan jalan raya yang mencederakan kepala dan otak.

*Antara punca lain ialah :I.

II.

Kecuaian ibubapa. Sesetengah ibubapa malu untuk menghantar anak mereka yang
mengidap penyakit spastik ini walaupun mereka daripada golongan kaya ataupun
golongan mampu untuk menghantar anak mereka ke pusat spastik tersebut.
Ibubapa yang tak mampu untuk menghantar anaknya yang mengalami penyakit ini ke
pusat kanak-kanak spastik kerana masalah kewangan atau dalam erti kata lain golongan
miskin.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENYAKIT SPASTIK


1. Sikap keluarga dan masyarakat

Pengenalpastian masalah anak-anak sedari awal

Sikap ibu bapa terhadap anak-anak spastik


Menentukan masa depan anak tersebut
Menerima kehadiran ujian dengan tenang
Bersikap positif
Sentiasa berikhtiar membantu masa depan anak itu
Memberi secukupnya kasih sayang dan perhatian
Memberi peluang untuk anak-anak berdikari

2. Rawatan perubatan dan pemulihan

Melibatkan beberapa orang pakar (pakar kanak-kanak, pakar otopedik, jurupulih


anggota, jurupulih pertuturan, jurupulih cara kerja dan pekerja sosial)

Pembedahan
hanya pada bahagian kecacatan tertentu bertujuan untuk membaiki
pengawalan anggota seperti kaki dan tangan

Perubatan
Beberapa jenis ubat digunakan untuk mengurangkan ketegangan otot-otot
dan ianya hanya dalam kes-kes tertentu

3. Rawatan pemulihan
Rawatan paling popular
Boleh dilakukan di rumah, pusat-pusat pemulihan spastik dan di hospital.
Rawatan pemulihan: fisioterapi, pemulihan pertuturan, pemulihan cara
kerja.
Lebih berkesan sekiranya diberikan sejak peringkat awal lagi (latihan
menggunakan anggota dengan bantuan alatan).

Pemulihan pertuturan dimulakan sejak bayi lagi kerana biasanya mereka


cacat kerana kerosakan fungsi saraf otak dan juga kerana kurangnya
pengalaman.
Pemulihan cara kerja untuk memperkembangkan pola pergerakan asas
kemahiran motor dan sosial bagi membolehkan mereka berdikari (mental,
fizikal dan psikologi.

SEJARAH PENUBUHAN SCASF&FT

Persatuan kanak-kanak spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan (SCASF&FT) adalah


sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 16 julai 1960.

Persatuan ini sudah 50 tahun/bagi free servis

Pada tahun 1965 bangunan baru telah dibina dan bertambahlah kemudahan-kemudahan
infrastruktur SCASF&FT.

Persatuan ini mendapat duit daripada kerajaan hanya kurang dari 20% sahaja manakala
kewangan lain dapat daripada visitor, Dato-dato dan kawan-kawan.

Pada awal penubuhannya, kanak-kanak spastik yang berdaftar dengan pusatnya ada 50%
melayu dan 50% lagi non-melayu

Pusat spastik ini beroperasi pada 8 pagi hingga 1 tengah setiap hari minggu.

Antara contoh lain kanak-kanak CP adalah buta, pekak dan sawan

FUNGSI PENUBUHAN SCASF&FT

Pihak tenaga pengajar/pengasuh telah diberi tugas supaya memberi latihan


akademik/vokasional kepada kanak-kanak spastik tersebut.

Melaksanakan program pemulihan seperti pemulihan cara kerja (OT), percakapan


(speech), terapi fisio dan terapi hidro.

Mereka juga memberi peluang bagi kanak-kanak Cerebral Palsy (CP)


bergaul/berinteraksi dan mendapat tempat dikalangan orang yang tidak bermasalah
kelainan upaya supaya mereka tidak berasa tersisih.

Menyokong kanak-kanak CP dan keluarga mereka supaya sentiasa berusaha untuk


menghindari penyakit tersebut.

SENARAI SOALAN YANG AKAN DIKEMUKAKAN SEMASA SESI TEMU RAMAH


BERSAMA PERSATUAN KANAK-KANAK SPASTIK SELANGOR DAN WILAYAH
PERSEKUTUAN
SOALAN
1) Boleh tuan/puan ceritakan serba sedikit tentang penubuhan Persatuan Kanak-kanak
Spastik ini? Tujuan penubuhan dan atas dasar apa ia ditubuhkan.

Memberi latihan akademik/vokasional

Melaksanakan program pemulihan seperti pemulihan cara kerja (OT), percakapan


(speech), terapi fisio dan terapi hidro

Memberi peluang bagi kanak-kanak Cerebral Palsy (CP) bergaul/berinteraksi dan


mendapat tempat dikalangan orang yang tidak bermasalah kelainan upaya

Menyokong kanak-kanak CP dan keluarga mereka

2) Sejarah awal penubuhan Persatuan Kanak-kanak Spastik.

Persatuan kanak-kanak spastik Selangor dan wilayah persekutuan (SCASF&FT)


adalah sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 16 julai 1960

3) Apakah misi, visi dan objektif penubuhan Persatuan Kanak-kanak Spastik.

Persatuan ini ditubuhkan untuk melatih dan memberi pemulihan serta


pembelajaran bagi kanak-kanak CP untuk berdaya saing dalam komuniti

4) Bagaimana pula dengan struktur organisasi Persatuan Kanak-kanak Spastik, tentang skop
tugas setiap struktur organisasi.

Menerima mereka dan cuba memulihkan mereka dengan setiap terapi yang boleh
diguna pakai disini

5) Apakah peranan serta tanggungjawab yang digalas Persatuan Kanak-kanak Spastik


terhadap Negara Malaysia.

Menerima dan melayan kanak-kanak CP dengan baik (with respect & dignity)

Memastikan suasana, fizikal dan social sesuai untuk kanak-kanak CP berinteraksi


dalam komuniti

6) Sepanjang penubuhan persatuan ini, apakah program yang pihak persatuan telah
laksanakan dan bagaimana pula dengan sambutannya, adakah ia memberangsangkan?

Sukan (terutama sukan Boccia iaitu bowling padang)

Muzik (percussion band)

Penempatan dewasa di tempat kerja

7) Selain itu, apakah program jangka panjang/pendek yang dirancangkan oleh pihak
Persatuan Kanak-kanak Spastik? bagaimana dengan sasaran dan matlamat program yang
ditetapkan ?

Program jangka pendek yang selalu diadakan adalah seperti program Corporate
Sosial Responsibility (CSR) dari syarikat luar/orang perseorangan untuk kanakkanak ini dimana mensasarkan kanak-kanak dapat berinteraksi dan bergaul
dengan kelompok dewasa

Kanak-kanak CP lebih berkeyakinan untuk berbual dengan kelompok luar

Persatuan juga mengadakan sukan tahunan, konsert, majlis makan seperti


sambutan setiap perayaan yang melibatkan ibu bapa kanak-kanak CP serta guru
dan tenaga kerja di sini

8) Sesuatu program yang dijalankan memerlukan dana yang agak besar , bagi pihak
persatuan sendiri , dari manakah sumber kewangan itu diperolehi ?

Sumber kewangan diperolehi dari sumbangan syarikat dan orang perseorangan

9) Bagaimanakah kanak-kanak spastik ini diajar untuk menjadi seperti orang lain. Apakah
kaedah pembelajaran dan pengajaran yang diguna pakai.

Pengajian akademik dengan memfokuskan pada benda-benda functional seperti


belajar membaca perkataan yang berkaitan dengan rutin hidup seharian

10) Huraikan serba sedikit tentang peraturan kesihatan dan keselamatan yang telah ditetapkan
oleh pihak persatuan.

Kanak-kanak disni ditempatkan di dalam kelas dan setiap pergerakan perubahan


kelas atau terapi akan diselia oleh guru atau pembantu guru

Tahap kesihatan mereka akan dipantau oleh ibu bapa dan sekiranya tidak sihat
mereka tidak akan hadir ke persatuan

11) Bagaimanakah cara untuk menarik minat dan memberi kesedaran kepada ibu bapa yang
mempunyai anak-anak yang spastik ini untuk menghantar mereka ke persatuan dan
kepentingannya.

Focus kepada kejayaan kanak-kanak CP terdahulu

Mengajar ibu bapa berkenaan kepentingan memberi latihan terapi untuk


pemulihan anggota badan kanak-kanak CP mengikut saranan doctor dan pakar
terapi

You might also like