You are on page 1of 2

RANGSANGAN DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LUKISAN KANAK-KANAK

Setiap insan di dunia mempunyai keinginan, terutamanya kanak-kanak. Sebagai guru,

memahami keinginan mereka memberi ruang kepada kita untuk mengatur sesi pembelajaran serta
pendekatan yang digunakan dengan cara yang lebih berkesan. Apabila tiba pada peringkat umur
tertentu, kanak-kanak akan lebih cenderung untuk melukis berdasarkan apa yang mereka lihat
daripada menggunakan imaginasi sendiri. Kenapa ini berlaku?

KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK

(a) Untuk Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan Disanjung

Pujian dan sanjungan merupakan sebahagian daripada kaedah meningkatkan motivasi kanak-kanak.
Di dalam aktiviti pendidikan seni visual, penghasilan karya oleh kanak-kanak perlu mendapat kredit
yang sewajarnya daripada guru. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak hendaklah dipamerkan
pada papan kenyataan murid di sekolah sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keyakinan
diri murid selain sebagai satu bentuk penghargaan kepada mereka di atas usaha menghasilkan karya.

(b) Untuk Bersaing, Ketangkasan Fizikal dan Memahami

Aktiviti melukis dijadikan sebagai landasan bagi membina persaingan yang sihat di kalangan kanak-
kanak. Pertandingan seperti pertandingan melukis dan mewarna sering diadakan bertujuan untuk
mewujudkan persaingan positif di kalangan kanak-kanak di samping memberikan peluang kepada
mereka untuk berinteraksi denganrakan sebaya. Penganjuran aktiviti sebegini memberikan peluang
kepada mereka untuk mempelajari kaedah dan perkara baru sesama mereka.

(c) Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan Meluahkan Perasaan

Aktiviti melukis meningkatkan dan membuka ruang ke arah pembinaan daya kreativiti kanak-kanak.
Selain itu, melalui aktiviti melukis kanak-kanak diberikan peluang untuk meneroka dan
bereksperimentasi dengan bahan-bahan lukisan seperti pensil, pen, pensil warna, dan sebagainya.
Kanak-kanak sememangnya suka untuk mencuba. Perasaan ingin mencuba ini merupakan
sebahagian daripadaproses pembelajaran bagi kanak-kanak.
Mengikut Lowenfeld dan Brittain, pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara- cara yang
sesuai kepada tahap perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah menggunakan aksi kanak-kanak,
objek yang konkrit dan isikandungan yang ada kaitan dengan kehidupan sehariannya diperingkat itu.

Apabila pengetahuan pasif di aktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran berlaku secara
semulajadinya. Aktivit Seni yang memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal, mental
sosia, | emosi, intellek dan estetik boleh direka untuk membantu dalam perkembangan dan
pertumbuhan yang sihat. Dengan demikian, perkembangan dan tumbuhbesaran kanak-kanak juga
berlaku dengan sihatnya dan secara tidak sedarnya.

Pembelajaran secara tradisional seperti yang diamalkan oleh kebanyakan pelajar adalah
pembelajaran yang pasif. Mereka menghabiskan kebanyakan masa persekolahannya dalam suasana
pembelajaran yang pasif dengan menghafal semua maklumat yang disampaikan oleh guru secara
syarahan tanpa ada penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Pelajar hanya mendengar syarahan dan
mengingati fakta yang diberikan oleh guru. Kaedah ini lebih pada pembelajaran berpusatkan guru
(Elizabeth et al., 2002). Pembelajaran yang pasif ini perlu berubah kepada kaedah pembelajaran dan
pengajaran yang aktif untuk membolehkan pelajar memberi tumpuan dalam pembelajaran. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang aktif dapat merangsang pelajar dengan mengaktifkan
pengetahuan yang sedia ada dan dihubungkaitkan dengan pengetahuan baru. Pengetahuan yang
baru diperolehi ini pula terus boleh diguna pakai pada masa hadapan (Khoo, 2003).

You might also like