You are on page 1of 18

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

TOPIK 5

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

PENGENALAN
Matlamat wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberikan penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif bagi membangunkan negara. Usaha yang disarankan ini dilihat sangat relevan dengan aspirasi pendidikan seni visual kerana subjek ini dilihat sebagai satu cabang disiplin yang membolehkan fikiran kreatif berkembang kerana sifatnya yang tidak konservatif dan tidak jumud. Hoffa (1964) menjelaskan bahawa program dan aktiviti seni visual seharusnya dijadikan landasan terbaik bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan kreativiti di kalangan murid. Selain menggalakkan penjanaan idea, mata pelajaran ini banyak memberi peluang dan kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Dalam hal ini, pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai semenjak kanak-kanak lagi. Guru-guru pendidikan seni visual perlu menguasai kaedah merangsang minda ke arah pembentukan individu kreatif.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini pelajar seharusnya dapat: 1. 2. 3. memahami definisi kreativiti; mengetahui tahap kreativiti; dan mengetahui ciri-ciri kreativiti.

5.1

KREATIVITI

Mengapa pengetahuan tentang kreativiti amat penting kepada guru pendidikan seni visual?

Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Oleh itu, salah satu daripada tanggungjawab guru pendidikan seni adalah memupuk daya kreativiti di kalangan murid-murid (Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan, 2003). Guilford (1964) pula menerangkan bahawa kebolehan intelektual yang diproses oleh minda manusia mempunyai lima bentuk operasi iaitu kognitif (cognition) yang melibatkan proses mental dari sudut penerimaan dan pemprosesan maklumat, memori (memory) merujuk kepada kaedah mengingat dan penyimpanan data, pemikiran korvergen (convergent production) merujuk kepada satu bentuk keupayaan

52

OUM

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

pemikiran yang memusatkan perhatian kepada penyelesaian masalah secara khusus, pemikiran divergen (divergen production) yang dapat dilihat sebagai kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai dan bercapah; dan akhirnya penilaian (evaluation) merujuk kepada penilaian atau pertimbangan bagi sesuatu tindakan. Pemikiran kreatif dapat diklasifikasikan di dalam golongan pemikiran divergen kerana sifat dan fitrah pemikiran kreatif itu pelbagai, dan tidak hanya tertumpu pada satu-satu kaedah sahaja. Justeru, adalah penting bagi guru-guru pendidikan seni visual untuk mengetahui tahap dan corak pemikiran kreatif murid supaya pengajaran yang dirancang menjurus ke arah itu.

5.2

PENGERTIAN KREATIVITI

Sebelum meneruskan pembacaan dalam bab ini, berikan takrifan anda sendiri tentang kreativiti. Bagaimana dapat kita menilai tahap kreativiti seseorang individu?

Terdapat pelbagai takrifan kreativiti. Pandangan dan pengertian yang berbeza ini adalah berpunca daripada istilah kreativiti dalam pelbagai bentuk sesuai dengan kajian dan pandangan tokoh-tokoh akademik dalam bidang dan disiplin tertentu. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Dalam konteks ini, ianya merujuk kepada kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya. Secara ringkasnya kreativiti melibatkan daya berfikir, dan kemahiran berfikir. Justeru, kreativiti sebenarnya boleh dibentuk dan dilatih. Ramai pengkaji mengklasifikasikan kemahiran berfikir secara kreatif sebagai kemahiran menggunakan otak kanan. Individu yang mempunyai kebolehan kreatif biasanya mempunyai perasaan istimewa dan eksklusif kerana individu ini dianggap mempunyai kualiti sejati yang jarang ditemui (Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan, 2003).

Adakah tafsiran awal anda tentang kreativiti mempunyai persamaan dengan takrifan yang dibincangkan di atas?

OUM

53

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

TOPIK 5

Latihan 5.1
1. Insan seni sering dikatakan sebagai insan yang kreatif. Sumbangsarankan lima cara untuk melihat kreativiti seseorang.

5.3

PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI


E. Paul Torrance

5.3.1

Rajah 5.1: Ellis Paul Torrance Sumber: http://www.faculty.de.gcsu.edu/~cbader/Torrance.html

Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. Kerjaya perguruannya bermula dari tahun 1957 hinggalah 1984, bermula di University of Minnesota hinggalah ke University of Georgia, Amerika Syarikat, di mana beliau telah dianugerahkan gelaran profesor dalam bidang psikologi pada tahun 1966. Kemuncak kerjayanya ialah apabila beliau berjaya mencipta kaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti seseorang individu, dan beliau mengusulkan bahawa ujian IQ (intelligent quotion) bukanlah satu-satunya cara untuk mengukur daya intelektuali seseorang melalui instrumen ciptaannya Torrence Test of Creative Thinking. Sepanjang hidupnya, Profesor Dr. Ellis Paul Torrance telah menyumbangkan lebih daripada 2000 penulisan ilmiah dalam bentuk buku, monograf, artikel, ujian, manual dan material pengajaran. Bagi menghargai sumbangannya dalam bidang akademia dan psikologi, pada tahun 1984 University of Georgia telah menubuhkan Torrance Centre of Creativity and Talent Development.

54

OUM

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

5.3.2

June King McFee

June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea. Ringkasnya, Jun Macfee menjelaskan bahawa kreativiti seseorang boleh dilihat melalui keupayaan menyumbangkan idea dan berupaya pula untuk mengubah idea tersebut kepada idea yang baru lalu melahirkan satu idea lain yang lebih bermakna. Mcfee melihat bahawa idea boleh dimanipulasikan menjadi sesuatu yang baru dan mampu diolah. Antara sumbangan June King McFee dalam bidang pendidikan seni ialah pengiktirafan yang berjaya diperolehi daripada perjuangannya yang melihat bahawa seni tidak seharusnya terhad kepada hasil karya seni sahaja, malah terdapat pengalaman estetika di dalam semua objek di persekitaran. Menurut McFee, seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya. Untuk memahami seni secara holistik, seni perlu dikaji di dalam konteks budaya serta komuniti; melihat bagaimana manusia di dalam sesuatu komuniti menjalankan kehidupan harian mereka dan menterjemah kemampuan mereka dalam menghasilkan transformasi identiti manusia dalam bentuk seni. Oleh itu, usaha-usaha perjuangan seni McFee mempunyai elemen orientasi komuniti yang tinggi.

5.3.3

Carl Rogers

Carl Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Chicago, Amerika Syarikat dan merupakan anak keempat daripada enam orang adik beradik. Bapanya merupakan seorang jurutera sivil manakala ibunya pula ialah seorang suri rumah sepenuh masa. Rogers melanjutkan pelajaran di University of Winsconsin dalam bidang pertanian dan kemudian menukar bidangnya dalam pengajian agama. Sepanjang hidupnya, Carl Rogers lebih dikenali sebagai seorang ahli psikologi yang terkemuka dan pengasas kepada Client-centered Therapy. Ini kerana beliau telah bertukar bidang sekali lagi ke psikologi klinikal apabila beliau melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah.

Rajah 5.2: Carl Rogers Sumber: http://www.ship.edu/~cgboeree/rogers.html

Di dalam teori terapinya, Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif.

OUM

55

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

TOPIK 5

Rogers mempunyai takrifan yang unik tentang kreativiti. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun sains, melalui rasa sayang sesama insan serta melakukan yang terbaik dalam bidang yang diceburi. Konsep kreativiti Rogers ini mempunyai persamaan dengan konsep generativiti Erik Erikson, seorang lagi pengemuka teori dalam bidang perkembangan manusia dan sosial. Rogers juga menjelaskan bahawa kreativiti merupakan satu proses yang wujud apabila seseorang itu bertindak ke atas sesuatu. Tindakan tersebut memberikan keunikan dan menampakkan kelebihan individu tersebut termasuk penggunaan bahan dan alat serta kemampuan mengendalikan kejadian dan peristiwa yang menyebabkan tindakan ke atas perkara tersebut.

Keterbukaan kepada pengalaman

Menikmati kehidupan yang dialami

Mengamalkan kebebasan

ASAS INDIVIDU YANG SIHAT Menghargai diri sendiri Individu yang kreatif

Rajah 5.3: Lima faktor asas kepada individu yang sihat

5.3.4

Victor Lowenfeld

Beliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab membangunkan teori Lowenfeld Stages of Artistic Development yang banyak digunakan oleh warga pendidik khususnya di dalam bidang pendidikan seni visual sebagai rujukan dan penerangan untuk menerangkan peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak mengikut perspektif lukisan. Lowenfeld menjelaskan bahawa kita sering kali terkeliru di antara daya inteletualiti dan kreativiti. Menurutnya lagi, galakan mengembangkan pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak perlu dilakukan secara berterusan.

56

OUM

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

Rajah 5.4: Viktor Lowenfeld Sumber: http://www.arteducationstudio.com/viktor.htm

Di dalam teori perkembangannya, sekatan dan halangan terhadap pengembangan kreativiti adalah disebabkan oleh dua faktor utama iaitu halangan bersifat psikologi atau emosi, dan halangan persekitaran atau budaya. Halangan bersifat psikologi merujuk kepada tekanan di mana murid tidak memperoleh jawapan ke atas persoalan dan kemusykilan yang sememangnya telah wujud di dalam diri mereka. Ibu bapa sering kali cepat bosan terhadap soalan-soalan yang diutarakan oleh anak mereka menjadikan mereka serik untuk bertanya. Selain itu, faktor persekitaran dan budaya juga menjadi halangan kerana persekitaran tidak kondusif dan membina daya kreativiti murid. Sistem persekitaran di sekolah tidak menggalakkan murid bertanya malahan sebaliknya. Kebiasaannya guru lebih banyak menyoal berbanding murid. Ini menurut Lowenfeld membantutkan perkembangan kreativiti kanak-kanak. Justeru pembentukan falsafah pendidikan perlu fokus terhadap melahirkan individu yang mempunyai sifat kritikal dan analitikal dengan memberi peluang kepada murid untuk menyoal dan guru perlu menyediakan jawapan yang bersesuaian. Secara ringkasnya, Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan. (a) Kelancaran (Fluency) Idea dan pendapat diterjemahkan secara spontan serta pantas. Pada peringkat ini, murid berupaya menghubungkan dan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain selain memikirkan kemungkinan-kemungkinan terhadap idea tersebut. Berupaya menginterasikan kemungkinan-kemungkinan dan alternatif kepada penyediaan masalah. Fleksibel (Flexibility) Pada peringkat ini, murid mula mempamerkan semangat toleransi dan bertolak ansur. Mereka mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan tinggi terhadap apa yang dilakukan. Sanggup menerima cabaran yang pelbagai dan sedia menghadapi cabaran tersebut dengan fikiran yang terbuka dan positif. Murid di dalam proses ini memandang cabaran sebagai satu proses pembelajaran.

(b)

OUM

57

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

TOPIK 5

(d)

Keaslian (Originality) Murid yang kreatif sentiasa mencari idea baru dan asli selain mempunyai idea luar biasa. Tidak konservatif dan tidak stereotaip serta sering mempunyai kebolehan dan kelaziman yang berlainan. Kepekaan (Sensitivity) Pada peringkat ini, murid mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap aspek keperluan rakan sebaya dan sekeliling. Ini termasuk kepekaan terhadap ciptaan, nilai estetika terhadap objek, proses artistik terhadap objek di samping penekanan terhadap apa yang dilihat. Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses pengamatan dan merekod.

(d)

Kelancaran

UKURAN KREATIVITI

Fleksibel

Keaslian

Kepekaan

Rajah 5.5: Ukuran kreativiti oleh Lowenfeld

Latihan 5.2
1. Nyatakan dua halangan yang menghalang perkembangan kreativiti mengikut Lowenfeld.

5.4

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI

Latihan 5.2
1. Adakah perkembangan kreativiti terhenti apabila seseorang itu meningkat dewasa?

58

OUM

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

Kreativiti dipercayai mempunyai tahap-tahap tertentu. Adalah penting bagi guru-guru pendidikan seni visual untuk mengetahui peringkat dan tahap kreativiti supaya pengetahuan tersebut boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi merancang aktiviti seni visual. Aktiviti yang dirancang menjadikan aktiviti tersebut lebih tersusun dan menjamin proses pembelajaran tersebut berjalan dengan baik dan berkesan.

5.4.1

Perkembangan Kreativiti Fisher

Fisher (1943) menjelaskan bahawa terdapat 5 tahap dalam pemikiran kreatif iaitu: (a) Peringkat Rangsangan Pada peringkat ini, pemikiran kreatif dirangsang dengan mengemukakan pelbagai bentuk soalan seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu membantu murid untuk berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaan ingin tahu murid terhadap sesuatu isu. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal. Peringkat Penerokaan Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke hadapan. Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Untuk itu latihan dan pendedahan seperti eksperimentasi, dan kajian atau latihan menyelesaikan masalah boleh membantu. Pada peringkat ini, kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara, gaya dan teknik. Peringkat Perancangan Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu: x x (d) Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya. Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.

(b)

(c)

Peringkat Aktiviti Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut? Kajian Semula Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pada peringkat ini, pemikiran kreatif akan memberikan cadangan bernas bagi menggalakkan perkara tidak diingini daripada terjadi semula. Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

(e)

OUM

59

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

TOPIK 5

PERINGKAT KREATIVITI OLEH FISHER (1943)

Peringkat Rangsangan

Peringkat Penerokaan

Peringkat Perancangan

Peringkat Aktiviti

Peringkat Kajian Semula

Rajah 5.6: Perkembangan kreativiti menurut Fisher (1943)

5.4.2

Laura H. Chapman

Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai proses artistik. Proses artistik ini, menurut beliau, digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses artistik yang dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-ulang. Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai. Dalam konteks ini, guru-guru pendidikan seni visual perlu memahami bahawa proses penghasilan karya tidak hanya tertumpu kepada satu cara sahaja dan pemahaman ini perlu diaplikasikan ke atas murid di dalam kelas. Pelbagai cara dan kaedah boleh diketengahkan selagi proses penghasilan karya tersebut dijelaskan dengan baik kepada murid. Bagi menggalakkan pelajar menghasilkan karya seni, seseorang guru itu sendiri perlu mempunyai pengalaman luas di dalam penghasilan karya seni. Ini kerana, bimbingan dan panduan yang akan diberikan kepada pelajar oleh guru bergantung kepada pengalaman guru itu sendiri. Namun demikian, di dalam proses ini guru mungkin mempunyai kecenderungan untuk menggunakan kaedah atau teknik yang sama semasa menghasilkan karya terdahulu, namun perlu diingatkan bahawa pengajaran pendidikan seni visual di sekolah mempunyai panduan yang telah ditetapkan agar tidak keluar daripada objektif asal pendidikan seni di sekolah.

60

OUM

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

Terdapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni: (a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Terdapat juga pengkarya yang tidak dapat menetapkan haluan penghasilan karya kerana penetapan ini bergantung kepada ilham dan cetusan idea. Yang nyata, proses ini agak lambat dan memakan masa. Di dalam konteks pendidikan seni visual pula, guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya. (b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement) Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik. Proses ini perlu didedahkan kepada murid di sekolah supaya mereka dilatih untuk mempunyai pengamatan mendalam terhadap ketelitian. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium) Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu. Yang jelas, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkannya. Di dalam pendidikan seni visual, guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

(c)

OUM

61

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

TOPIK 5

Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)

Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)

Rajah 5.7: Proses penghasilan karya seni menurut Chapman (1978)

Latihan 5.3
1. Fisher (1943) menjelaskan lima tahap pemikiran kreatif. Huraikan lima tahap tersebut. Chapman (1978) telah mengkategorikan tiga kaedah penghasilan karya seni. Jelaskan ketiga-tiga kaedah tersebut. dalam

2.

5.4.3

Calvin W. Taylor

Calvin W. Taylor (1915-2000) merupakan seorang ahli psikologi yang menjelaskan bahawa tidak semua manusia lahir dan dikurniakan dengan bakat yang sama. Taylor percaya bahawa pengembangan bakat berkait rapat dengan cara guru merangsang pemikiran mereka. Melalui teorinya Multiple Creative Talent, beliau percaya pembentukan bakat perlu sesuai dengan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Taylor (1976) membahagikan kreativiti kepada lima peringkat utama iaitu: (a) Kreativiti Bersifat Ekspresif Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas. Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontan. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak pada peringkat ini misalnya dihasilkan secara bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yang belum stabil. Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan contengan mudah. Ekspresi ini bersifat bebas; di mana kemahiran, keaslian dan kualiti tidak dianggap penting oleh murid semasa proses menghasilkan karya.

62

OUM

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

(b)

Kreativiti Melalui Penghasilan Kreativiti melalui penghasilan merujuk kepada keupayaan dan kecekapan murid menghasilkan sesuatu karya dan rekaan. Pada peringkat ini, guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun. Peranan guru menjadi penting kerana murid memerlukan bimbingan untuk mengenal pasti kaedah yang betul dan sesuai di dalam penghasilan karya selain memperbaiki teknik. Kreativiti Bersifat Inventif Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksprimentasi. Peringkat ini menekan faktor-faktor penemuan dan penciptaan. Peringkat ini juga melibatkan banyak percubaan bagi menghasilkan teori dan kesimpulan terhadap sesuatu eksperimen yang dilakukan. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikan motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa. Kreativiti Bersifat Inovatif Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna. Pada peringkat ini, murid mula melakukan pembaharuan melalui gaya dan teknik mereka sendiri. Guru pendidikan seni visual boleh membantu murid untuk mengenal pasti kaedah pelaksanaan yang betul. Pada peringkat ini juga pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan alternatif bagi setiap perancangan. Kreativiti Bersifat Emergen Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi contoh, figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanak-kanak apabila melukis.

(c)

(d)

(e)

OUM

63

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

TOPIK 5

PERINGKAT KREATIVITI OLEH TAYLOR (1976)

Kreativiti Bersifat Ekspresif

Kreativiti Bersifat Penghasilan

Kreativiti Bersifat Inventif

Kreativiti Bersifat Inovatif

Kreativiti Bersifat Emergen

Rajah 5.8: Perkembangan kreativiti menurut Taylor (1976)

Latihan 5.4
1. Huraikan bagaimana pengetahuan tentang perkembangan kreativiti kanak-kanak seperti yang dibincangkan dapat membantu dalam proses pengajaran dari segi (i) (ii) peringkat umur kanak-kanak; peringkat kecenderungan kreativiti kanak-kanak.

5.5

CIRI-CIRI KREATIVITI

Adalah penting bagi guru-guru pendidikan seni untuk mengetahui ciri-ciri dan sifat-sifat kreativiti. Ciri-ciri kreativiti boleh dilihat dari segi keperibadian serta sifat-sifat kelaziman. Bagi memudahkan guru-guru mengenal pasti ciri-ciri kreativiti, berikut merupakan ciri-ciri individu kreatif. (a) Bersifat Fleksibel Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. Sebagai contoh, sekiranya berlaku kemalangan kecil semasa menjalankan aktiviti seni mereka tidak cepat panik malahan cepat bertindak meredakan keadaan dan cuba menyelesaikannya secepat yang boleh mengikut keadaan dan kesesuaian.

64

OUM

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

(b)

Sensitif dan Peka Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria. Antara ciri lain adalah kepekaan terhadap alam sekitar serta mempunyai deria dalaman yang sangat sensitif terhadap persepsi estetik. Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa. Bersifat Terbuka Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik. Logik Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional. Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa. Berfikiran Bebas Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.

(c)

(d)

(e)

(f)

Bersifat Fleksibel

Sensitif dan Peka

Logik

CIRI-CIRI KREATIVITI

Gagasan Idea yang Asli dan Tulen Berfikiran Bebas

Rajah 5.9: Ciri-ciri kreativiti

OUM

65

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

TOPIK 5

5.6

STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI

Bagaimana kaedah sumbangsaran (brainstorming) dapat menjana kreativiti para pelajar?

5.6.1

Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)

Bagi menggalakkan dan merangsang pemikiran kreatif di kalangan pelajar, kaedah sumbangsaran boleh digunakan. Asas sumbangsaran ialah mengasingkan proses penghasilan idea daripada proses menilai. Aktiviti sumbangsaran perlu fokus kepada kuantiti idea dan saranan yang disampaikan melalui interaksi sesama murid. Dalam proses ini, apabila menjalankan kaedah sumbangsaran guru perlu bijak mengendalikan sesi dan pendekatan agar idea dan penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh murid tidak terbantut kerana adakalanya penyelesaian yang diberikan mungkin tidak logik dan relevan. Proses menilai, perbincangan dan kritikan perlu dikemudiankan agar proses sumbangsaran berjalan lancar. Kecenderungan untuk menilai sama ada saranan tersebut sesuai ataupun tidak akan mengganggu keseluruhan proses tersebut. John Baer (1997) telah menggariskan 4 panduan utama semasa menjalankan sesi sumbangsaran. (a) Kaedah Pertama Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan. Kedah Kedua Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut. Kaedah Ketiga Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya. Kaedah Keempat Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja.

(b)

(c)

(d)

66

OUM

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

Senaraikan tiga kelebihan kaedah sumbangsaran.

5.6.2

Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance

E. Paul Torrance juga telah mencipta dan membangunkan teori kreativiti yang membantu menjelaskan tujuh perkara utama di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu. Tujuh perkara ini boleh diaplikasikan oleh guru-guru pendidikan seni visual di dalam proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar. (a) Penyoalan Rangsangan melalui proses penyoalan. Guru pendidikan seni visual boleh menyoal murid bagi menggalakkan daya fikir. Selain itu, galakan penyoalan boleh dilakukan semasa proses penghasilan sesuatu karya. Perasaan ingin tahu atau curiosity boleh diwujudkan melalui keupayaan guru bersoal jawab di dibantu dengan contoh-contoh yang relevan. Sesi yang baik bagi mewujudkan pemikiran kritikal melalui aktiviti pendidikan seni visual adalah melalui sesi kritikan seni. Penemuan Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian. Dalam konteks ini, murid digalakkan membuat pelbagai usaha eksplorasi dan eksperimen melalui aktiviti seni tampak seperti mewarna, melukis dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti seperti lawatan akademik mampu memberikan rangsangan kepada murid kerana ianya berupaya memberikan motivasi dan rangsangan penemuan-penemuan baru. Pemerhatian Pemerhatian merujuk kepada rangsangan menggunakan pelbagai deria. Sebagai contoh, deria penglihatan digunakan bagi aktiviti lukisan. Di dalam konteks pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya. Percubaan Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki. Sebagai contoh, penghasilan karya yang dihasilkan berkemungkinan besar tidak sempurna seperti yang dikehendaki, namun percubaan demi percubaan dilakukan bagi memastikan hasil tersebut berjaya diperolehi. Secara tidak langsung, percubaan ini mendidik murid supaya tidak mudah putus asa dan eksperimentasi yang dilakukan berupaya membina pengalaman berguna di dalam menghasilkan karya yang lain.

(b)

(c)

(d)

OUM

67

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

TOPIK 5

(e)

Penerokaan Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling. Bagi tujuan ini, guru-guru pendidikan seni boleh menggalakkan pelajar untuk menggunakan bahan terpakai atau bahan kitar semula bagi tujuan penghasilan karya. Ini secara tidak langsung membimbing murid menjadi individu yang mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Memanipulasi Memanipulasi merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu mampu bertindak melalui bahan atau keadaan sedia ada. Maksudnya murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran. Aktiviti/Bermain Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanak-kanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah.

(f)

(g)

Latihan 5.5
1. Apakah perbezaan di antara penerokaan dan manipulasi di dalam Teori Perkembangan Kreativiti Torrance?

5.7

MENINGKATKAN MOTIVASI

Proses menjurus ke arah pemikiran kreatif perlu mengambil kira faktor keperluan murid itu sendiri. Terdapat pelbagai cadangan dan aktiviti yang boleh digunakan bagi merangsang pemikiran kreatif murid, namun guru perlu melihat faktor murid sebagai faktor utama kerana proses memupuk kreativiti memerlukan keinginan dan kerjasama murid. Penganjuran aktiviti perlu melihat minat, keinginan dan semangat ingin tahu semula jadi murid. Berikut adalah beberapa strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses kreativiti. (a) Memilih Bahan dan Alat Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual. Dengan memberikan peluang kepada murid untuk memilih alatan dan bahan tersebut, ianya memberikan peluang kepada murid untuk menghasilkan karya mereka dengan alatan yang dipilih sendiri. Secara tidak langsung, ianya juga memberi peluang kepada murid untuk mengatur dan menetapkan gaya hasil karya mereka. Masa Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka. Jangan memberi tekanan yang melampau kepada murid untuk melengkapkan aktiviti seni visual mereka kerana ianya boleh membunuh minat murid terhadap seni visual.

(b)

68

OUM

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

(c)

Rangsangan Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual. Selain itu guru perlu memastikan bahawa hasil karya yang dipamerkan turut diubah dan digantikan dengan hasil karya yang baru. Selain hasil karya, bahan pameran seperi objek sejarah dan poster alam semula jadi boleh diletakkan sebagai satu rangsangan dari sudut artistik dan kronologi masa dalam seni. Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid. Hormat-menghormati Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan oleh mereka di dalam menghasilkan karya seni visual. Memberikan Galakan dan Motivasi Kanak-kanak sememangnya cepat bosan dan mudah putus asa. Oleh itu guru pendidikan seni visual perlu terus memberikan semangat dan rangsangan motivasi. Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya. Jangan sekali-kali memperlekehkan hasil karya murid dan beri peluang kepada mereka untuk berkongsi kesusahan dan gangguan yang mereka hadapi semasa menghasilkan karya seni. Penghargaan Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas. Guru bertindak sebagai juri yang adil dan saksama di dalam menganugerahkan markah memberikan mereka contoh dan teladan yang baik.

(d)

(e)

(f)

(g)

RUMUSAN
Di dalam topik ini, anda telah mempelajari kreativiti dan kepentingan merangsang pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak selain mempelajari tingkatan kreativiti Aktivitiaktiviti yang merangsang pemikiran kreatif perlu diterapkan semasa melaksanakan aktiviti pendidikan seni visual. Guru pendidikan seni visual juga perlu turut kreatif menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

OUM

69

You might also like