You are on page 1of 28

PENDIDIKAN SENI VISUAL

KREATIVITI DAN SENI KANAK-


KANAK
PSVK3013
Konsep dan ciri Kreativiti, Estetika,
Ekspresi Visual dan Proses Kreativiti
dan Artistik
OLEH: LAU & HANA
(PISMP C2)
KONSEP KREATIVITI
 Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang
membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan
Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’.
 Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu
kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan
manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan
mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea
baru dan asli. 
 Kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang
menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga
pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai
penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya
Pandangan Tokoh-tokoh mengenai kreativiti
 (DfEE, 1999).Department For Employment And Education
Definisi kreativiti dirungkaikan kepada empat ciri ;
a) Pertama yang melibatkan pemikiran dan tingkahlaku imaginatif.
b)Kedua ialah aktiviti imaginatif (penghayalan) yang bertujuan,
iaitu terarah bagi mencapai satu-satu objektif.
c)Ketiga proses ini mesti menjana sesuatu yang asli (original).
d)Keempat ialah nilai yang berkait dengan objektif yang dikhayalkan
itu. Laporan ini juga mengatakan bahawa darjah kreativiti seseorang boleh
jadi berkurang atau lebih jika diberi peluang.
 Lowenfeld (1975)
Setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan
sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan
perasaan ingin tahupercaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.
 Guilford (1964)
Menerangkan bahawa kebolehan intelektual yang diproses oleh minda
manusia mempunyai lima bentuk operasi iaitu:
1. kognitif (cognition) yang melibatkan proses mental dari sudut penerimaan
dan pemprosesan maklumat.
2. memori (memory) merujuk kepada kaedah mengingat dan penyimpanan
data.
3. pemikiran korvergen (convergent production) merujuk kepada satu
bentuk keupayaan pemikiran yang memusatkan perhatian kepada penyelesaian
masalah secara khusus.
4. pemikiran divergen (divergen production)  yang dapat dilihat sebagai 
kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai dan bercapah.
5.penilaian (evaluation) merujuk kepada penilaian atau pertimbangan bagi
sesuatu tindakan
 Muhamad Tamyez Bajuri (1996)
Kreativiti adalah berkait dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental
atau fizikal. Daya inilah yang membawa kita kepada satu cara pemikiran di
luar pemikiran biasa (berfikir diluar kotak).
Sesungguhnya kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir
seseorang , maka itu ia dapat dibentuk, dilatih menerusi ransangan tertentu.
 June King McFee
Mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu
yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea.
LUKISAN KREATIF http://amniehsan.blogspot.co
m
KONSEP ESTETIKA

 Perkataan estetika diambil dari perkataan Greek iaitu aisthetikos yang merujuk
kepada perkara yang berkaitan dengan pancaindera atau deria. Estetika sering
dikaitkan dengan hasil karya seni, atau pada sesuatu yang ada nilai seninya.
Bagi sebahagian besar kita menyatakan sebagai indah atau cantik. Dalam
Bahasa Inggeris disebut beautiful
 Secara ringkasnya estetik melibatkan penggunaan semua deria. Ilmu estetik
merupakan sebahagian daripada ilmu cabang falsafah yang mengutarakan isu-
isu berkaitan dengan  sifat seni dan nilai yang terdapat pada hasil seni. Sebagai
contoh, kecantikan merupakan salah satu daripada kualiti dan nilai yang
terdapat pada hasil seni
 Pengalaman estetik adalah hasil interaksi pemerhati dengan objek tersebut. Ia
tidak akan berlaku sekiranya salah satu antaranya tidak berinteraksi.
 Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu bersifat sedia menerima dengan
mengamati dan memahami beberapa aspek atau pengalaman yang
membolehkannya membuat pentafsiran
 Menurut kajian terdapat dua cara untuk melihat sifat kecantikan iaitu
konsep relativist dan konsep objektivist
Konsep relativist
 Bagi yang menginterpretasi sesuatu objek seni itu melalui konsep relativist
ialah mereka yang dipengaruhi oleh pengalaman, persekitaran individu,
budaya dan cara hidup.
 Maka sudah tentu wujud perbezaan persepsi dan pendapat tentang nilai
keindahan terhadap sesuatu objek seni.
 Misalnya mereka yang tinggal di daerah Kalabakan, Tawau dimana
masyarakatnya hidup serba kekurangan dalam persekitaran pertanian kelapa
sawit jauh dari bandar akan berbeza persepsi rasa keindahan atau nilai estetik
berbanding masyarakat yang tinggal di Petaling Jaya.
Konsep objektivist

 Konsep objektivist percaya bahawa kecantikan itu sudah ada bersama objek
seni dan bukan terletak pada persepsi seseorang.
 Maka untuk mentakrif kecantikan pada sesebuah karya adalah dilihat dari
aspek formalistik yang berkaitan dengan kandungan atau isi (subjek) dan
bentuk (form) iaitu merujuk kepada elemen-elemen seni (garisan ,rupa,
jalinan, bentuk, ruang dan warna) dan prinsip-prinsip seni (imbangan,
kontra, penegasan, irama, pergerakan, harmoni, kepelbagaian, kesatuan)
pada karya.
 Dengan itu seseorang harus menguasai pengetahuan formalistik atau
aturan dalam bidang seni terlebih dahulu sebelum ia dapat merakamkan
pengalaman estetikanya terhadap objek-objek seni di sekelilingnya.
PEMIKIRAN AWAL ESTETIKA
SENI LUKIS DALAM ISLAM http://ahmadsamantho.wordpress.com
Konsep Ekspresi Visual

 Sejak dari zaman batu hingga ke hari ini manusia adalah dikatakan sebagai
pembuat imej. Contohnya imej yang terdapat di gua Laucaux , Perancis atau
gua Niah di Sarawak. Tujuan utama menghasilkan imej ini adalah sebagai
sumber komunikasi.
 Hal yang sama pada kanak-kanak, seawal umur dua atau tiga tahun sudah
membuat contengan bagi tujuan pernyataan dan komunikasi berdasarkan gaya
mereka sendiri.
 Representasi imej yang dijelmakan itu adalah ekspresi visual yang tidak sama
bagi setiap individu. Ekspresi visual seseorang pelukis terhadap sesuatu
objek yang dilukis misalnya merupakan manifestasi rasa dalaman yang
dianggap sebagai pernyataan perasaan
 Berdasarkan konsep ekspresi visual ini, setiap orang melukis atau mencipta
imej sesuai dengan tanggapan daripada apa yang mereka tahu dan lihat. Ini
adalah tertakluk kepada persepsi dan daya tafsir yang berbeza.
 Dalam erti kata lain sebarang ungkapan yang terpancar melalui imej yang
diciptakan ialah apa yang dirasai oleh pelukis itu sebagai satu ekspresi
dalaman yang mempengaruhi ekspresi visualnya.
 Dengan sebab itulah terdapatnya pelbagai rupa dan corak hasil lukisan dan ini
merupakan gagasan yang diekspresikan oleh seseorang pelukis.
Tokoh-tokoh Konsep Ekspresi Visual
Tolstoy Ekspresi dalam seni menurutnya ialah satu bentuk
komunikasi, seumpama bahasa.

Collingwood Ekspresi sebagai perhubungan yang rapat antara perasaan


pelukis dan hasil kerjanya. Pelukis tidak perlu meluahkan
perasaannya untuk khalayak

Chapman (1985) Tiga aspek yang menentukan perbezaan ekspresi iaitu daya
intuisi, persepsi dan konsepsi. Ketiga-tiga aspek ini
mempunyai pengertian yang berlainan dan ada pelbagai
faktor pula yang akan membawa kepada perbezaan
bentuk ekspresinya.
Konsep ekspresi visual pada sebuah lukisan umpamanya
boleh membawa pelbagai pengertian bergantung kepada
si pelukis itu. Sebenarnya terdapat pelbagai pendekatan yang
digunakan oleh manusia bagi tujuan ekspresi antaranya
melalui lisan, perasaan dan emosi , tulisan dan bahasa,
penciptaan dan penghasilan pergerakan.
Ciri-ciri Kreativiti, Estetika dan Ekspresi Visual

a) Bersifat Fleksibel 
Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai
keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. 
b) Sensitif dan Peka 
Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan
sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif
menggunakan deria. 
c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen 
Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea
dan gagasan yang asli.
Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana
sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak
kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut
cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada
yang biasa
d) Bersifat Terbuka 
Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat
orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas
serta demokratik
(e) Logik 
Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional. 
Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa
mereka juga sangat menghormati masa. 
(f) Berfikiran Bebas 
Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada
satusatu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek
dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya
mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan. 
Calvin W. Taylor (1915-2000)
 teorinya Multiple Creative Talent, beliau percaya pembentukan bakat perlu
sesuai dengan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Taylor (1976)
membahagikan kreativiti kepada lima peringkat utama iaitu:
1. Kreativiti Bersifat Ekspresif
2. Kreativiti Melalui Penghasilan
3. Kreativiti  Bersifat Inventif
4. Kreativiti Bersifat Inovatif
5. Kreativiti Bersifat Emergen
Contoh ekspresi visual kanak-kanak
Ciri-ciri Kreativiti, Estetika dan Ekpresi Visual Lukisan Kanak-
Kanak
NAMA : ENG ZI CHI
UMUR : 12 TAHUN
BANGSA : CINA
 Lukisannya bertemakan kepelbagaian hidupan di dasar laut. Dia ingin menghargai
keindahan dasar laut yang dipenuhi hidupan marin seperti ikan, rumpai laut dan
sebagainya. Olahan alat dan bahan yang digunakan menunjukkan penguasaan terhadap
alat dan bahan yang digunakan. Ia juga memperlihatkan kemahiran Eng Zi Chi
mengolah alat dan bahan bagi menghasilkan karya yang kreatif dan mempunyai
nilai estetika.
 Eng Zi Chi tergolong dalam pengutaraan tampak kanak-kanak peringkat awal realism.
Dia melukis objek berdasarkan kepada kesedaran tampak dan memahami tentang
konsep ruang di dalam lukisannya. Objek di susun pada dua bahagian iaitu bahagian
atas dan juga bawah yang mewakili dasar laut (tanah). Banyak objek juga di masukkan
ke dalam lukisan bagi memperlihatkan kepelbagaian serta hubungkait diantara satu
dengan yang lainnya. Ia sekaligus menjadikan lukisan lebih harmoni. Imej lukisan
mula mengecil dari segi saiz dan mula menunjukkan sifat kritikal terhadap hasil karya
sendiri. Pada peringkat ini juga kanak-kanak mula menitikberatkan kualiti dalam
penghasilan karya mereka
 Peringkat perkembangan kreativiti di dalam lukisannya ialah kepekaan,
fleksibiliti, keterbukaan, kebebasan dan kelancaran serta ketekalan
organisasi. Mengikut peringkat ini, kanak-kanak ini mampu menghasilkan
lukisan yang lebih kreatif dan menarik serta mengandungi nilai estetika yang
tinggi.
 
Lukisan kanak-kanak 9 tahun
Proses Kreativiti dan Artistik

Proses artistik ialah proses penghasilan karya. Proses


artistik memberi kuasa tujuk kepada guru pendidikan seni
bagaimana pelajar menjana serta mengembangkan idea
(proses kreativiti) berdasarkan pemerhatian dan
pengamatan mereka.
Laura H. Chapman di dalam bukunya Approach in Art
Education (1978):

proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang


hampir sama dalam proses penghasilan karya (proses artistik).

proses artistik itu adalah tidak rigid dan bersifat boleh ubah
dari segi kaedah dan tekniknya.

Terdapat 3 langkah dalam proses kreativiti


1. Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)

Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan


tujuan penghasilan karya. Di dalam konteks pendidikan seni visual,
guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala
tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea.

2. Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)

Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan


kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan
oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak
dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif
penghasilan.
3. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada


pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan
terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak
kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-
kesan tertentu.
Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa
yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu
dilakukan sebelum menghasilkan.

Dalam siri buku “Discover Art”, Chapman telah memberi contoh setiap
pelajaran yang mengikut langkah berikut:

 Pemerhatian
 Penerokaan
 Penghasilan
 Apresiasi
Tokoh Pandangan tentang kreativiti
E. Paul Torrance • Pencipta kepada “Torrence Test of Creative Thinking” iaitu satu
kaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti seseorang.
• Menganjurkan tujuh kaedah utama dalam proses penjanaan
kreativiti seseorang individu : Penyoalan, Penemuan, Pemerhatian,
Percubaan, Penerokaan, Memanipulasi, Aktiviti / Bermain

Victor Lowenfeld • Pakar ini percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.
• Melihat kreativiti pada seorang murid boleh diukur melalui empat
komponen utama iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan

Guilford Pengatur kepada Teori Struktur Intelek (SI) terdiri daripada 180
kebolehan (termasuk kreativiti) dalam dimensi operasi, kandungan dan
hasilan

Alexander Osborne • Pengasas kepada Creative Problem Solving (CPS). Banyak


mengutarakan model-model pemikiran produktif.
• Menganjurkan sesuatu masalah boleh diselesaikan secara kreatif
melalui model CPS.
• Perluasan Kaedah kreatif: Membesarkan, mengecilkan,
membanyakkan, mengurangkan,mengubahsuaikan menukar
kedudukan.
SEKIAN,TERIMA KASIH

You might also like