You are on page 1of 15

1) Terangkan dan bincangkan konsep negara bangsa dan isu-isu perpaduan di Malaysia 1.

1) Pengenalan

Perbincangan ini terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu definisi negara bangsa dan konsep negara bangsa. 1.2) Definisi negara bangsa

Secara umumnya, pembinaan negara bangsa (nation building) adalah merupakan suatu proses mewujudkan semangat kenegaraan atau perasaan kekitaan dalam kalangan semua penduduk sesebuah negara. Melalui proses ini biasanya dapat mewujudkan suatu bangsa yang bersatu padu yang penduduknya mempunyai penumpuan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara tersebut (Intan, 1980). Manakala dalam istilah pengajian politik, sains politik atau kerajaan, bidang yang dipanggil pembinaan negara-bangsa merupakan pengajian mengenai masyarakat,

sosiobudaya, sejarah, politik dan ekonomi. Pengajian ini memerlukan bukan sahaja pemahaman tetapi juga penghayatan sebagai seorang warganegara yang setia dan peka kepada sejarah, perubahan sistem pentadbiran, dasar dan pembangunan negara (Asnarulkhadi dan Jayum, 1997: 3). Asnarulkhadi dan Jayum (1997: 3) seterusnya menyatakan bahawa dalam istilah pengajian politik, sains politik atau kerajaan, negara-bangsa merujuk kepada sebuah negara yang sudah mempunyai budaya sivik. Budaya sivik adalah sama erti dengan budaya politik yang boleh ditafsirkan sebagai satu set pengetahuan dan peraturan mengenai segala tingkah laku dalam politik. Jesteru sebuah negara yang berbudaya sivik adalah sebuah negara yang keseluruhan rakyatnya sudah menerima satu pandangan dunia ( weltanschauung) politik yang sama. Rustam Sani (1993) pula menyatakan negara bangsa adalah sebuah komuniti politik yang bersifat simbolik. Penduduknya adalah terangkum dalam sebuah wilayah yang mempunyai simbol-simbol kewibawaannya yang simbolik. Simbol-simbol tersebut telah dijadikan asas untuk memupuk nilai-nilai patriotisma, kebanggaan dan jati diri negara-bangsa dikalangan warganya. Antara simbol-simbol tersebut adalah institusi perlembagaan, ideologi negara, bahasa, agama, budaya dan unsur-unsur sosial lain yang dapat membentuk kesepaduan dalam kalangan warganya.

Kesimpulannya, pengkaji bersetuju bahawa Negara bangsa merupakan dimana keseluruhan rakyatnya sudah menerima satu pandangan dunia (weltanschauung) politik yang sama. Manakala institusi perlembagaan, ideologi negara, bahasa, agama, budaya dan unsurunsur sosial lain pula merupakan simbol-simbol yang dapat digunakan bagi membentuk kesepaduan dan jati diri dalam kalangan rakyat di dalam negara bangsa itu. Jelaslah bahawa pembinaan negara bangsa sangatlah kompleks untuk dilaksanakan tetapi adalah tidak mustahil untuk dilaksanakan di Malaysia. Penghayatan, pemahaman dan kepekaan daripada seluruh lapisan masyarakat adalah amat diperlukan bagi menjaya dan mewujudkan negara-bangsa yang unggul ini. 1.3) Konsep negara bangsa

Permasalahan yang belum selesai sepenuhnya adalah persoalan identiti nasional dan pembentukan bangsa dalam sebilangan besar negara negara tersebut. Persoalan ini amat penting dalam memastikan negara tersebut terus wujud dan bertapak kukuh demi untuk membina sebuah tamadun bangsa yang tinggi. Kewujudan masalah membina negara bangsa ini diperhatikan kerana kepelbagaian dalam masyarakat. Menurut Rustam (1993), kebanyakan negara-negara itu dicirikan oleh keanekaragaman ikatan primodial yang kuat dengan sistem-sistem kekerabatan, kelompok, ras, bahasa, dan agama yang berbagai-bagai. Perbezaan yang ketara di dalam masyarakat ini menghasilkan persaingan dan konflik etnik kerana diantara mereka cuba untuk

memperjuangkan falsafah dan cara mereka. Akhirnya keanekaragaman inilah yang sering mengancam perpaduan dan kesatuan politik, serta kehidupan berbangsa dan bernegara yang tulen. Tambah Rustam (1993) lagi, dalam kebanyakan negara tersebut keupayaan membina negara bangsa melibatkan usaha melahirkan semacam rasa kesetiaan, penyertaan dan identiti nasional yang melewati batasan-batasan sosial yang memisahkan kelompok-kelompok di dalamnya. Usaha-usaha inilah yang diperhatikan sebagai titik tolak terpenting dalam mewujudkan negara bangsa. Untuk melaksanakan usaha-usaha tadi, terlebih dahulu ditentukan elemen-elemen yang boleh mengikat semua masyarakat di dalam negara itu supaya taat, setia dan boleh bertolak ansur antara satu sama lain. Elemen-elemen ini, selain daripada boleh membezakan masyarakat negara itu dengan masyarakat negara lain di dunia, perlu juga didasari pada sejarah silam negara tersebut. Ini untuk mempastikan bahawa rasa cinta dan kasih terhadap negara akan berterusan dan abadi.

Asnarulkhadi dan Jayum (1997: 13) menyatakan terdapat tiga ciri yang boleh dikaitkan dengan sebuah negara yang sudah mempunyai budaya sivik iaitu, 1) masyarakat ini hidup aman damai tanpa dipisahkan oleh elemen-elemen sempit khasnya etnik, kedaerahan, kebudayaan dan kepercayaan, 2) sebilangan besar ahli masyarakat berpegang kepada ideologi politik yang sama dan 3) kepercayaan kepada sistem pemerintahan dan undang-undang negara masih tinggi. Asnarulkhadi dan Jayum (1997: 3) menambah lagi bahawa dalam konteks Malaysia khasnya dan pengajian sains politik dan kerajaan amnya, konsep perpaduan, intergrasi dan negara-bangsa boleh dilihat sebagai tingkat yang berbeza. Rustam A. Sani (1993) pula mengaitkan negara bangsa yang dibentuk pada asasnya adalah komuniti politik yang bersifat simbolis, dan dalam zaman moden komuniti politik itu seolah-olah dianggap lazim. Terdapat tiga syarat yang akan menentukan komuniti itu menjadi lazim iaitu; 1) para anggota atau warganya mengesahkan kewujudan komuniti tersebut; 2) keanggotaannya dalam komuniti tersebut iaitu melalui ikatan hak dan tanggungjawab dengan wilayah kewibawaannya dan 3) hubungan kesetiaan dengan simbol-simbol yang menjadi asas komuniti politik itu. Seterusnya Fauzi Basri (1997) pula, menyatakan terdapat empat faktor penting dalam pembinaan negara bangsa iaitu ancaman dari luar, gaya politik pemimpin, kehadiran satu bahasa yang sama dan pembentukan satu ideologi yang dapat menafsirkan matlamat negarabangsa itu. Fauzi Basri juga merumuskan bahawa dalam soal membina negara bangsa ternyata kewujudan satu bahasa amat berkesan kepada generasi muda dan satu pilihan bijak yang terbukti menjadi alat perpaduan antara kaum. Perbincangan secara konseptual ini menampakkan betapa rumitnya agenda pembinaan negara-bangsa untuk direalisasikan pada keadaan masyarakat yang sebenar. Halangan dan cabaran yang dihadapi bukan sahaja berat malah juga sesautu yang amat kompleks. Cabaran yang utama dan harus ditangani sebaik mungkin ialah melaksanakan dan mengimplimentasikan perancangan dan pelan dalam proses pembinaan negara bangsa itu. Tanpa kesungguhan dalam melaksanakan perancangan, pastinya negara-bangsa akan menjadi lemah terutamanya pada abad ini yang penuh cabaran akibat dilanda oleh arus kesejagatan atau globalisasi. Perbincangan seterusnya meneliti apakah persoalan negara bangsa ini masih relevan lagi bagi menghadapi abad-abad yang akan datang. Untuk itu, Abdul Rahman Embong (2001:21) menyatakan persoalan negara bangsa tetap mengambil tempat yang penting dalam wacana yang menangani pelbagai cabaran abad ke 21. Samada sesautu pandangan itu

menekankan pentingnya peranan negara bangsa mahupun sebaliknya, konsep ini tetap menjadi rujukan. Jesteru, Abdul Rahman memberi hujah mengatakan bahawa memang benar kepentingan negara bangsa sudah menurun dengan syarikat-syarikat transnasional melakukan perniagaan 24 jam sehari, pengaliran maklumat berlaku tanpa henti menembusi sempadan negara bangsa, migrasi melewati perbatasan berlaku terus menerus dan pemerintah sesautu negara tidak berupaya untuk mengawalnya. Namun dari segi realpolitik hari ini, negara-bangsa masih menjadi rujukan dan tindakan utama dan penting dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Sebagai contohnya tiga buah naga Asia timur iaitu Taiwan, Korea Selatan dan Singapura menjadikan negara sebagai kerangka rujukan dan tindakan, malah sebagai penggerak utama pembangunan ekonomi mereka. Selain itu, apabila berdepan dengan pelbagai cabaran baru, orang ramai secara spontan akan merujuk kepada negara-bangsa masing-masing bagi penyelesaiannya. Ini bermakna negara-bangsa tetap menjadi pelaku utama dan penting yang terus berusaha mencapai kedudukan yang lebih unggul dan mengatasi negara lain. Globalisasi dalam batas tertentu telah melemah negarabangsa tetapi tidak mungkin dapat menggantikan atau mencampakkannya. Hujah dari Abdul Rahman Embong (2001) ini merupakan reaksi dan ulasannya daripada hujah-hujah oleh Kenichi Ohmae, iaitu seorang pakar strategi dan guru ilmu perniagaan, di dalam bukunya The End of Nation State: How Regional Economies Will Soon Reshape the World (1995). Ohmae adalah seorang pengamat yang menolak kerelevanan dan kepentingan negara bangsa. Menurutnya era penghujung abad ke 20 dan awal abad ke 21 adalah era berakhirnya negara bangsa. Hujahnya yang paling utama ialah terbinanya dunia tanpa sempadan di mana setiap negara diasaskan oleh kecanggihan teknologi dan bergantung kepada jaringan aliran maklumat secara global. Maksudnya, sesuatu tempat yang terdedah kepada pengaliran maklumat, walau sejauhmana pun ianya tidak menjadi halangan untuk merebut pasaran. Sekaligus, sempadan negara bangsa tidak lagi bererti. Tambahnya lagi, peranan negara bangsa akan diambil alih oleh negara wilayah. Negara bangsa hanya akan bertindak sebagai pemangkin bagi aktiviti-aktiviti negara wilayah tadi. Berbeza dengan Ohmae, John Naisbitt (1994) pula menyenaraikan faktor-faktor yang menunjukkan negara bangsa masih memainkan peranan penting dan masih relevan. Pertamanya dilihat melalui pertambahan tiga kali ganda anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Jika pada tahun 1945 ianya bermula dengan disertai 51 buah negara kini sudah

dianggotai oleh 184 negara (hal. 9). Ini melihatkan bahawa di satu pihak peri pentingnya negara bangsa semakin merosot tetapi di pihak lain semakin banyak pula negara bangsa yang muncul. Kedua, runtuhnya negara kesatuan seperti Soviet Union menjadi negara-negara kecil, tidak bererti konsep negara bangsa itu sudah tidak penting malah sebaliknya proses itu diimbangi oleh pembentukan semula negara bangsa. Ini satu bukti emperikal tentang hakikat bahawa sentimen bangsa merupakan gerak kuasa politik dan budaya yang cukup kuat dalam menentukan arah perkembangan sejarah zaman ini di wilayah bekas blok Soviet, termasuklah di rantau Balkan. Ketiga, berbanding dengan abad ke-19 yang digelar sebagai Abad Eropah, dan abad ke-20 sebagai Abad Amerika, abad ke-21 pula diramalkan oleh ramai pemerhati sebagai Abad Asia. Ini disebabkan oleh perkembangan ekonomi, khususnya ekonomi negara-negara di Asia Timur. Namun begitu, perlu ditunjukkan di sini bahawa perkembangan negara-negara ini adalah dalam kerangka negara bangsa dan tidak kebetulan serta terpisah daripada kerangka itu. Jepun, misalnya menekankan pentingnya peranan negara dalam pembangunannya, samada pada zaman Kebangkitan Meiji selepas 1868, dan lebih-lebih lagi dalam pembangunan semula negara itu bermula tahun 1950-an, setelah kehancurannya dalam Perang Dunia Kedua. Selain itu, perang perdagangan hari ini diantara Amerika Syarikat dan Jepun jelas menunjukkan kedua-duanya bertindak dengan kepentingan ekonomi negara masing-masing sebagai titik tolak utama, sekalipun ekonomi mereka paling sejagat sifatnya. Keempat, dari segi bahasa memang benar bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa universal yang digunakan oleh lebih satu billion penduduk dunia. Oleh itu, mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bagi mereka yang bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris memang amat perlu (hal. 26). Tetapi seperti yang ditegaskan oleh Naisbitt, semakin bahasa Inggeris menduduki status universal dan menjadi bahasa kedua kebanyakkan orang, semakin penting pula tekanan yang diberikan kepada bahasa ibunda yang diperjuangkan oleh bangsa-bangsa berkenaan di merata dunia. Menurutnya, di Iceland setiap orang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tetapi mereka tetap melindungi dan menghormati bahasa mereka. Dengan kata lain, mengutamakan dan memperjuangkan bahasa sendiri sebagai bahasa kebangsaan yang moden dan bahasa ilmu dalam usaha pembinaan negara bangsa menjadi arus yang selaras dengan arus global itu sendiri. Kesimpulannya daripada pandangan Naisbitt ini, negara bangsa masih tetap relevan dan akan terus menjadi unit rujukan dan tindakan kebanyakan orang di dunia. Di Malaysia,

pembinaan negara bangsa bukan sahaja relevan, malah menjadi satu kemestian sejarah yang amat perlu bagi menjamin keutuhan Malaysia sebagai salah satu pelaku utama di pentas dunia pada abad ke-21 (Abdul Rahman Embong, 2001:25). Oleh itu, pengkaji bersetuju dan pasti bahawa negara bangsa akan terus memainkan peranan penting dan relevan untuk abad-abad mendatang. Kepastian bahawa negara bangsa masih perlu dan amat relevan di Malaysia ini, menuntut kepada tindakan susulan yang boleh merealitikan pembentukannya. 1.4) Rumusan Rustam A. Sani (1993) menyatakan Malaysia sesungguhnya merupakan (a nation without nationalism ). Ini bermakna kita masih belum berjaya merealisasikan sebuah bangsa yang mempunyai ideologi yang unggul. Dalam erti kata mudah, proses mewujudkan semangat kenegaraan atau perasaan kekitaan dalam kalangan semua penduduk Malaysia masih belum lagi sempurna sepenuhnya. Dan pada pengamatan pengkaji, jika proses ini mencapai satu tahap yang tinggi barulah terwujudnya nasionalisme Malaysia yang sejati. Sekaligus matlamat membina negara bangsa itu pastinya tercapai. Namun, tahap pencapaian Malaysia pada masa kini untuk menjadi negara bangsa sebenarnya adalah dalam keadaan yang baik. Perubahan cara hidup antara kaum kian nyata dan lebih baik jika dibandingkan sebelum 13hb Mei 1969. Jika kaum muda tidak diracuni dengan unsur-unsur perkauman, sebaliknya diyakini tentang nilai bersama yang dapat memupuk perpaduan, proses pembinaan negara bangsa Malaysia akan lebih segera terlaksana. Oleh yang demikian, untuk membina negara bangsa Malaysia yang unggul, strategi pembangunan negara yang difokuskan kepada pembangunan manusia yang bersepadu, iaitu menggabungkan pembinaan potensi, spiritual, intelektual dan jasmani di samping

pembangunan ekonomi dan kebendaan dilihat perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Dengan itu negara akan mencapai tahap kemajuan yang berperadaban tinggi dan pembinaan negara bangsa yang bersepadu berlandaskan acuannya yang tersendiri akan terlaksana.

1.5)

Definisi Perpaduan

Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama. 1.6) Isu-isu Perpaduan di Malaysia

Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada Negara. Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu sahaja. 1.6.1)

2)

Bincangkan usaha-usaha kerajaan yang telah dan sedang dijalankan untuk

mewujudkan perpaduan dan membina negara bangsa (peristiwa 13 Mei 1969- Wawasan 2020) 2.1) Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969

Penjajahan British melalui dasar pecah dan perintah serta mementingkan kuasa dan ekonomi menyebabkan terjadi jurang perbezaan dan pengenalan ekonomi berbentuk etnik antara kaum dan wilayah. Pelbagai kaum terasa seperti tidak mendapat pembelaan dan peluang yang sewajarnya. Dalam kempen pilihanraya 1969 pula, terdapat parti-parti politik yang telah menimbulkan isu-isu sensitif yang menyentuh kaum tertentu. Kehilangan dua pertiga majoriti parti Perikatan dalam pilihanraya umum tersebut, diikuti kelantangan beberapa pemimpin parti pembangkang dan penyokong mereka yang menimbulkan perasaan saling membenci dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Kemuncak manifestasi perkauman ini ialah peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Kerajaan bertindak pantas dengan menubuhkan sebuah badan khas yang dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Majlis ini dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin, adil dan sempurna serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum. Peristiwa ini menunjukkan bahawa perpaduan nasional sukar dicapai jika terdapat jurang perbezaan yang terlalu besar terutama dari segi ekonomi, politik dan sosial antara rakyat pelbagai kaum. Pada bulan Januari 1970, Majlis Perundingan Negara (MPN) ditubuhkan. Fungsi utama majlis ini ialah meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikannya. Antara hasil utama Majlis ini ialah Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru. Perisytiharan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi kebangsaan negara adalah bertujuan agar fikiran, pendapat dan perasaan rakyat pelbagai kaum dapat dipersatukan secara pemuwafakatan dan bijaksana tanpa membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan keadaan yang tidak diingini. 2.2) Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perpaduan Negara

Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan

warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar. Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifatsifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. 2.3) Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah

Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haj Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah. Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara agar terus berkekalan. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab

Rukun Negara Di Sekolah, maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya golongan relajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan. 2.4)

```````````````````````````````````````````````````````````````4) Cadangan untuk mewujudkan perpaduan antara kaum di Malaysia Pertama sekali adalah dengan penubuhan sekolah-sekolah yang boleh menghasil integrasi kaum yang lebih padu seperti Sekolah Wawasan haruslah dilaksanakan secepat mungkin supaya masalah polarisasi kaum dapat dikurangkan terutamanya di institusi pengajian tinggi. Oleh itu, semua kaum terutamanya mereka yang datang daripada golongan politik dan pendidikan hendaklah sama-sama berbincang secara rasional dan mencari kesepakatan dalam menentukan ciri-ciri sekolah yang akan dibentuk supaya dapat memuaskan hati semua pihak. Janganlah suatu hari nanti perjuangan melampau golongan hari ini dalam mempertahankan ciriciri dan budaya etnik masing-masing menjadi alasan kepada tidak terwujudnya negara bangsa Malaysia kerana sudah ternyata kepentingan kewujudan negara bangsa bukan sahaja lebih penting kepada negara tetapi mampu menjamin kehidupan yang lebih baik untuk semua etn````````````````````````negara ini.

Kedua adalah berkaitan saranan-saranan kepada institusi pengajian tinggi seperti kita iaitu IPG untuk menghasilkan guru pelatih yang bersedia dan membantu mempercepatkan terbentuk negara bangsa Malaysia. Dicadangkan pihak pentadbiran merancang melaksanakan dan memastikan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan lebih berkesan supaya guru-guru pelatih di IPG tidak hanya bergaul sesama keturunan mereka sahaja. Sebagai contohnya pihak IPG hendaklah memastikan atau menguatkuasakan tugasan berkumpulan di dalam kursus-kursus yang diikuti pelajar hendaklah disertai oleh pelbagai etnik. Pada pemerhatian saya, sebahagian besar kumpulan-kumpulan yang dibentuk oleh guru pelatih sendiri dalam melaksanakan tugasan akan disertai oleh sekaum dengan mereka sahaja. Ketiga, langkah atau kaedah yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah seperti penyertaan pelajar dalam kokurikulum. Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tetrtentu semasa mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni bersatu padu dan berintegrasi. Manakala yang keempat pula ialah seperti Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan. Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, Alumni, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran Jalur Gemilang, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan

program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara. Saranan terakhir khusus buat generasi muda, sama-samalah kita menilai dan meneliti diri, sejauhmanakah kita bersedia untuk membantu negara mencapai hasrat murni ini. Jesteru, generasi muda harus bersedia berkorban sedikit daripada ciri-ciri dan budaya kita masingmasing di dalam membina satu bangsa baru yang lebih utuh sifatnya iaitu Bangsa Malaysia ataupun kita masih sanggup mengorbankan keamanan dan perpaduan yang miliki sekarang demi untuk memastikan bahawa keturunan dan segala ciri-ciri etnik kita dapat dipertahankan. Seterusnya, generasi muda seharusnya sudah mempunyai sikap terbuka sewajarnya dalam menerima kaum-kaum lain di dalam kehidupan harian. Dalam tindakan seharian pula, generasi muda tidak boleh menggunakan sentimen sempit seperti perkauman, kepercayaan, kedaerahan dan kebudayaan dalam berdepan etnik-etnik yang berbeza dengan kita. Akhir sekali, adakah pada hari ini kita sudah dapat merasakan satu perasaan sentimen sebangsa dengan etnik-etnik yang berbeza dengan kita ?

Refleksi Aminoor Ridhwan bin Azman (930825036173) Untuk semester ini, saya Aminoor Ridhwan bin Azman merupakan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dari unit Pendidikan Seni Visual 3(SK) telah menyempurnakan

tugasan kerja kursus pendek bagi mata pelajaran Hubungan Etnik di Malaysia(WAJ 3106) di bawah kelolaan Encik Wan Abd. Hakim bin Wan Dagang. Tugasan ini mendapat reaksi yang positif daripada semua guru pelatih. Tugasan yang diberikan ini merupakan kerja kursus pendek bagi memenuhi jumlah jam kredit dalam mata pelajaran WAJ 3106. Antara elemen-elemen positif daripada hasil tugasan ialah secara amnya, tugasan ini mendapati bahawa sudah ada pendedahan yang cuba diberikan kepada guru pelatih mengenai tajuk-tajuk kecil untuk dititikberatkan yang ada dalam matapelajaran Hubungan Etnik di Malaysia. Salah satu kemungkinan mengenai pendedahan ini dikenalpasti iaitu konsep negara

bangsa Malaysia. Hasilnya sebahagian besar saya yang berada tahun ketiga iaitu 3PISMP PSV3 telah pernah mendengar atau terbaca perkataan negara bangsa ini. Walaupun kita semua berasal dari pelbagai latar belakang yang berbeza seperti keturunan, agama, wilayah asal, tempat asal dan lain-lain namun sesuatu yang mungkin dapat dibanggakan dalam tugasan ini ialah sebahagian besar mereka mempunyai persepsi yang positif terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi konsep negara bangsa Malaysia. Penerimaan positif terhadap faktor-faktor ini adalah amat perlu kerana kesedaran mereka pastinya membantu secara langsung mempercepatkan kewujudan negara bangsa di Malaysia. Pengkaji mengakui masih terdapat segelintir responden yang mempunyai persepsi negatif terhadap faktor-faktor yang digariskan itu, namun perwakilan yang jelas diwakili sebahagian besar responden sudah menampakkan kematangan responden dalam menilai sesuatu perkara berkaitan tanpa menggunakan elemen-elemen yang sempit. Satu lagi elemen positif yang berkemungkinan dapat dimanfaatkan kepada

perkembangan pembinaan negara bangsa Malaysia ialah keadaan dimana majoriti guru pelatih berpendapat bahawa kerjasama dan kompromi melalui penggabungan parti politik pelbagai kaum ke dalam satu parti politik merupakan pilihan terbaik dan haruslah dikekalkan sebagai salah satu cara untuk mencapai hasrat mewujudkan satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu. Sentimen kenegerian yang ekstrim di dalam politik akan menghalang perpaduan dan potensi untuk berdaya saing namun majoriti guru pelatih berpendapat parti-parti politik di Malaysia sudah tidak lagi ketara mengemukakan sentimen kenegerian di dalam agenda politik mereka. Berdasarkan pendapat guru pelatih sendiri ini bermakna negara kita sudah dapat menyelesaikan satu halangan politik untuk mempercepatkan kewujudan negara bangsa. Antara elemen-elemen negatif pula ialah walaupun keseluruhan guru pelatih disimpulkan sebagai positif terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi negara bangsa namun masih terdapat sejumlah guru pelatih yang bolehlah dianggap besar telah tidak bersetuju dan kurang bersetuju bahawa sistem pendidikan negara dan perlaksanaan DEB telah membentuk perpaduan dan memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Golongan ini berkemungkinan berpendapat sedemikian kerana mungkin terdapat unsur-unsur yang berada di dalam dua faktor ini dilihat tidak tepat dan tidak berapa berkesan. Contohnya dalam sistem pendidikan negara perbincangan mengenai alternatif untuk menggabungkan sekolah-sekolah berdasarkan etnik ke dalam satu sekolah yang lebih berintegrasi dan mengurangkan polarisasi kaum di institusi pengajian tinggi masih menjadi isu dan perbahasan yang hangat ketika ini.

Tuntasnya, tugasan ini untuk meninjau sejauhmana tahap pengetahuan dan kesedaran golongan rakyat di Malaysia tentang isu perpaduan. Tugasan ini juga meninjau pemahaman guru pelatih tentang negara bangsa dan kepentingannya kepada diri individu, masyarakat dan Negara. Apa yang kita semua tahu bahawa skop mengenai negara bangsa dan isu perpaduan ini merupakan satu perkara yang amat luas. Oleh itu, saya sarankan tugasan akan datang lebih menumpukan kepada sesuatu aspek sahaja seperti politik, ekonomi atau sosial. Ini akan memberi hasil yang lebih jitu dan mengurangkan perkara-perkara penting terlepas dari skop kajian. Terima kasih.

Bibliografi Sumber rujukan : Mahathir Mohammad. (1991). Malaysia Melangkah Kehadapan. Kuala Lumpur: ISIS/Dewan Bahasa Dan Pustaka. Abdul Rahman Embong. (2001). Negara-Bangsa: Proses dan Perbahasan. Bangi: Penebit UKM. Rustam A. Sani. (1993). Melayu Baru dan Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Disributors Sdn Bhd. Sejarah Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd. John Naisbitt. (1992). Global Paradox: The Bigger the World Economy, the More Powerful Its Smallest Player. New York: Nicholas Brealey Publishing.

Institut Tadbiran Awam (INTAN). (1980). Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasardasar Pembangunan. Kuala Lumpur: INTAN. Ramlah Adam, 'Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra'. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004. Tunku Abdul Rahman Putra, '13 Mei - Sebelum dan Selepas'. [1] Leon Comber, "13 May 1969, A Survey of Sino-Malay Relations",Heinemann Asia Ltd., Kuala Lumpur, 1981, Kamarudin, Raja Petra (June 13, 2005). "Silver lining in a dark cloud: May 13 was not all bad news". Malaysia Today.

http://www.ikim.gov.my/index.php/en/utusan-malaysia/7871-perpaduan-kaum-dimalaysia-mengharap-sinar-di-hujung-terowong http://abihulwa.blogspot.com/2009/10/sekolah-satu-aliran-capai-gagasan.html http://zanas.wordpress.com/isu-perpaduan-kaum-di-malaysia/

You might also like